Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Ihtijaj (Bagian 3)

Al-Ihtijaj (Bagian 3)

Written By Unknown on Sabtu, 24 Februari 2018 | Februari 24, 2018


BAHAGIAN KETIGA

DIALOG AMIR AL-MUKMININ ALI BIN ABI TALIB DENGAN AHLI SYURA


Pengenalan

Tujuan rencana ini adalah untuk mendedahkan secara langsung dialog atau munasyadah Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib dengan lima orang Ahli majlis Syura mengenai haknya menduduki jawatan khilafah terutamanya selepas kewafatan khalifah yang kedua `Umar b. al-Khattab. Justeru itu ia bersifat akademik semata-mata. Semoga ia dapat meluaskan wawasan berfikir di kalangan intelek muslim khususnya para mahasiswa dan mahasiswi jurusan Pemikiran Islam di Nusantara.

Kebiasaannya, orang ramai menerima keputusan majlis syura tersebut kerana ia, menurut mereka, merupakan majlis permesyuara­tan yang berasaskan keikhlasan dan muafakat. Walaubagaimanapun kajian mendalam mendapati ianya telah dirancang begitu rapi supaya jawatan khalifah itu kelak dipegang oleh `Uthman. Justeru itu ia merupakan saudara kembar Saqifah di mana Khalifah `Umar menjadi perencana utama.

Ahli majlis Syura yang dilantik mengandungi `Uthman b. `Affan, al-Zubair b. `Awwam, Talhah b. `Ubaidillah, `Abd al-Rahman b. `Auf, Sa`d b. Abi Waqqas dan `Ali b. Abi Talib A.S di mana pengerusinya ialah `Abd Allah b. `Umar . Mereka dikenali sebagai Ahl al-Hill wa al-‘Aqd.


Terjemahan Teks

Di sini akan dikemukakan dialog atau munasyadah Amir al-Mukmi­nin `Ali b. Abi Talib khususnya mengenai Imamah atau Khilafah terhadap lima orang Ahli Majlis Syura tersebut berdasarkan teks al-`Alla­mah al-Tabarsi dalam bukunya al-Ihtijaj[124], Riwayat ini telah diambil daripada Muhammad al-Baqir daripada bapanya, `Ali Zain al-`Abidin. seorang ulama Mazhab Ja`fari abad keenam hijrah. Untuk mengukuhkan kesahihan hadis-hadis di dalam munasyadah tersebut, penulis membuat rujukan kepada buku-buku karangan para ulama Ahl al-Sunnah kita yang muktabar untuk kajian bersama.Dengan ini perasaan iri hati dan prejudis dapat dikurangkan, Insya' Allah.

"Manakala Amir al-Mukminin `Ali A.S melihat keghairahan "mereka" untuk memberi bai`ah kepada `Uthman, beliau terus ber­diri di hadapan mereka bagi memberi hujah-hujah penentangan beliau terhadap mereka. Beliau berkata: Dengarlah ucapanku, jikalaulah apa yang aku ucapkan itu benar, maka kalian terimalah dan jikalau ia adalah batil, maka kalian ingkarilah. Kemudian beliau berkata:

1. Aku menyeru kalian dengan nama Allah yang mengetahui kebenaran kalian jika kalian orang yang benar. Dan Dia mengetahui pembo­hongan kalian jika kalian berbohong. Adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengerjakan solat menghadapi dua Qiblat selain daripadaku?
Mereka (berlima) menjawab: Tidak.[125]

2. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah melakukan dua bai`ah; Bai`ah al-Fath dan Bai`ah al-Ridwan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[126]

3. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana saudaranya dihiasi dengan dua sayap di syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[127]

4. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian bapa saudaranya (di sebelah bapa) menjadi penghulu para syahid selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[128]

5. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah, adakah di kalangan kalian seorang di mana isterinya penghulu wanita alam sejagat selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[129]

6. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana kedua-dua anak lelakinya adalah anak-anak Rasulullah (s.`a.w.) dan kedua-duanya penghulu pemuda syurga selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[130]

7. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengetahui nasikh dan mansukh selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[131]

8. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah menghilangkan kekotoran dosa daripadanya dan mensucikannya dengan sebenar-benarnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[132]

9. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah melihat Jibra'il di dalam bentuk seorang lelaki yang tempang selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[133]

10. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[134]

11. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menyapu kedua-dua matanya dan memberikan bendera di hari peperan­gan Khaibar selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[135]

12. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dilantik oleh Rasulullah (s.`a.w.) di hari Ghadir Khum dengan perintah Allah S.W.T. dan berkata: "Siapa yang aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[136]

13. Beliau berkata: aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang menjadi saudara Rasulullah di masa bermukim dan temannya semasa musafir selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [137]

14. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah bertarung dengan `Amru bin `Abd Wuddin di peperangan Khandaq dan membunuhnya selain daripa­daku?
Mereka menjawab: Tidak.[138]

15. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Kedudukan anda di sisiku sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa hanya tidak ada nabi selepasku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[139]

16. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dinamakan mukmin di dalam sepuluh ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[140]

17. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi segenggam tanah kepadanya kemudian dia melemparkannya ke atas muka orang-orang kafir, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[141]

18. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana para malaikat berdiri bersa­manya di dalam peperangan Uhud sehingga orang lain meninggalkan tempat itu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[142]

19. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah menjelaskan hutang Rasulul­lah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[143]

20. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah menyaksikan kewafatan Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[144]

21. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah memandikan jenazah Rasulul­lah (s.`a.w.), mengkafan dan meletakkannya di liang lahad selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[145]

22. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mewarisi senjata Rasulullah (s.`a.w.), benderanya dan cincinnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[146]

23. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah menjadikantalaq isteri-isterinya di tangannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[147]

24. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) menang­gungnya di atas belakangnya sehingga dia memecahkan berhala di pintu Ka`bah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[148]

25. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana namanya diseru di langit di hari peperangan Badr: "Tidak ada pedang melainkan Dhu al-Fiqar dan tidak ada pemuda melainkan `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[149]

26. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah makan bersama Rasulullah (s.`a.w.) seekor burung panggang yang dihadiahkan kepadanya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[150]


27. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah disabdakan oleh Rasulullah (s.`a.w.): "Andalah pemilik benderaku di dunia dan akhirat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[151]

28. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mengadakan perbincangan khusus dengan Rasulullah s.`a.w, kemudian mengeluarkan sedekah (kepada orang-orang miskin) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[152]

29. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah memperbaiki kasut Rasulul­lah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[153]

30. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku adalah saudara anda dan anda adalah saudaraku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[154]

31. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik makhluk kepadaku dan orang yang paling benar percakapannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[155]

32. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang mendapati Rasulullah (s.`a.w.) sedang lapar lalu dia meminta seratus baldi dengan seratus tamar, kemudian dia membawa tamar, lalu Rasulullah (s.`a.w.) memberi­kannya makan, selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[156]

33. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana malaikat Jibra'il, Mika'il dan Israfil memberi salam kepadanya dengan tiga ribu para malaikat yang lain di peperangan Badr selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[157]

34. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah menutup mata Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[158]

35. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah mentauhidkan Allah sebelumku selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[159]

36. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang pertama memasuki bilik Rasulullah (s.`a.w.)dan orang yang terakhir keluar dari sisinya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[160]

37. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah berjalan-jalan bersama Rasullullah (s.`a.w.) kemudian dia melalui sebuah taman, maka dia pun berkata: Alangkah cantiknya taman ini. Maka beliau bersabda: " Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini". Sehingga dia melalui tiga taman pada setiap taman Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Taman anda di syurga lebih cantik daripada taman ini" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[161]

38. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah orang pertama yang beriman denganku, membenarkanku dan orang pertama akan dikembalikan Haud kepadaku di hari kiamat" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[162]

39. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Orang pertama yang datang kepada kalian dari pintu ini wahai Anas, maka dialah Amir al-Mukminin, penghulu Muslimin dan orang yang paling utama di kalangan manusia".Lalu Anas berkata: Wahai Tuhanku jadikan "nya" seorang lelaki dari kalangan Ansar. Maka dia pun datang, lalu Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepada Anas: "Anda bukanlah orang pertama yang mencintai kaumnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[163]

40. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah diturunkan mengenainya firman-Nya: "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, memberi zakat dalam keadaan rukuk" (Surah al-Maidah 5: 55) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[164]

41. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan padanya dan anak-anaknya, firman-Nya: "Sesungguhnya orang-orang yang baik akan minumdaripada gelas di mana campurannya mengandungi kafur" (Surah al-Insan 76: 5) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[165]

42. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah menurunkan ayat mengenai "Apakah (orang-orang) yang memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjid al-Haram, kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidaklah sama di sisi Allah" (Surah al-Taubah 9: 19) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[166]

43. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah diajar oleh Rasulullah (s.`a.w.) seribu kalimah dan setiap kalimah berpecah kepada seribu kalimah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[167]

44. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah dimunajat oleh Rasulullah (s.`a.w.)
di hari Taif, lalu Abu Bakr dan `Umar berkata: Wahai Rasulullah! Anda telah melakukan munajat kepada `Ali dan bukan kepada kami. Nabi (s.`a.w.) bersabda: "Aku bukanlah ingin bermu­najat untuknya tetapi Allah telahmemerintahkan aku supaya mela­kukannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[168]

45. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah disuapkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dengan tepung manis selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[169]

46. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah makhluk yang paling akrab kepadaku di hari kiamat akan memasuki syurga dengan syafa`at anda, lebih ramai dari bilangan Rabi`ah dan Mudar" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[170]

47. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Wahai Ali!Sesungguhnya anda dikenakan pakaian ketika aku dike­nakan pakaian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[171]

48. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Anda danSyi`ah anda akan mendapat kemenangan di hari kiamat?" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[172]

49. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Berbohonglah orang yang mengatakan bahawa dia mencintaiku se­dangkan dia membenci `Ali" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[173]

50. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: "Siapa yang mencintai bahagian-bahagianku (syatrati) ini, maka sesungguhnya dia telah mencintaiku dan siapa yang mencintaiku, maka sesungguhnya dia mencintai Allah - Ditanya kepadanya: Apakah syatratu-ka? Beliau (s.`a.w.) menjawab: `Ali, Hasan, Husain dan Fatimah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[174]

51. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Anda adalah sebaik-baik manusia selepas para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[175]

52. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah al-Faruq yang membezakan di antara kebenaran
dan kebatilan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[176]

53. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Amalan anda adalah sebaik-baik amalan makhluk selepas para nabi" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[177]

54. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) menutup dengan pakaiannya ke atasnya, isterinya dan dua anak lelakinya kemudian beliau bersabda: "Wahai Tuhanku aku dan Ahlu l-Baitku kepada anda dan bukankepada neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[178]

55. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah saudaraku, wazirku, sahabatku daripada ke­luargaku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[179]

56. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah orang yang paling awal memeluk Islam, paling alim dan paling perihatin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[180]

57. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah membunuh seorang panglima perang Yahudi secara berdepan selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[181]

58. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Nabi (s.`a.w.) membentangkan Islam kepadanya lalu beliau menjawab: Tunggulah sehingga aku berjumpa bapaku. Lantas Nabi (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Ini adalah satu amanah di sisi anda". Maka dia menjawab: Sekiranya ia adalah satu amanah di sisiku, maka aku menerima Islam sekarang juga selain” daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [182]

59. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah mengangkat pintu kota Khaibar di masa pembukaannya dan membawanya sejauh seratus hasta kemudian empat puluh lelaki cuba mengangkatnya tetapi mereka tidak mampu selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[183]

60. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini diturunkan kepadanya " Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu mengadakan perbi­caraan khusus dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin)" (Surah al-Mujadalah 50: 12). Maka akulah yang mengeluarkan sedekah dan adakah di kalangan kalian seorang yang melakukannya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak. [184]

61. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Siapa yang mencaci `Ali, maka sesungguhnya dia menca­ciku dan siapa yang mencaciku maka sesungguhnya dia mencaci Allah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[185]

62. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Rumahku menghadapi rumah anda di syurga" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[186]

63. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah(s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Allah memerangi orang yang memerangi anda dan Allah memusuhi orang yang memusuhi anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[187]

64. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang yang telah tidur di atas tempat tidur Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau ingin berjalan ke Madinah dan mempertahankannya dengan dirinya ketika mereka hendak membunuhnya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[188]

65. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah orang yang utama dalam umatku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[189]

66. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda di hari kiamat di kanan `Arasy dan Allah akan memakaikan anda dua helai kain; satu berwarna biru dan satu berwarna merah" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[190]

67. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah mengerjakan solat sebelum orang ramai tujuh tahun dan beberapa bulan selain daripa­daku?
Mereka menjawab: Tidak.[191]


68. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku di hari kiamat akan mengambil hajzah (kedudukan istimewa) kurniaan Tuhanku daripada cahaya sedangkan anda akan mengambil hajzahku dan keluargaku akan mengambil hajzah anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[192]

69. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya:"Anda sepertilah diriku, cinta anda adalah cintaku dan kemarahan anda adalah kemarahanku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[193]

70. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wilayah anda sepertilah wilayahku, satu janji yang telah dijanjikan oleh Allah kepadaku dan Dia memerintahkanku supaya menyampaikannya kepada anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[194]

71. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Tuhanku jadikanlah beliau (`Ali) pembantu dan penolongku" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[195]

72. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Harta adalah madu(tumpuan) orang-orang yang zalim dan anda adalah madu (tumpuan) orang-orang mukmin" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[196]

73. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku akan mengutus kepada kalian seorang lelaki di mana Allah telah menguji hatinya untuk keimanan" selain daripada­ku?
Mereka menjawab: Tidak.[197]

74. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) memberi kepadanya sebiji buah delima dan bersabda: "Ini adalah buah delima daripada syurga. Hanya seorang nabi atau wasinya sahaja yang memakannya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[198]

75. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang lelaki di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku tidak memohon sesuatu dari Tuhanku melainkan Dia memberikannya kepadaku dan aku tidak memohon sesua­tu daripada Tuhanku melainkan aku memohon untuk anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[199]

76. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Anda adalah orang yang paling cekal di kalangan mereka bagi menjalankan perintah Allah, paling setia di kalangan mereka bagi menunaikan janji Allah, paling arif di kalangan mereka tentang segala permasalahan, orang yang paling adil di dalam pembahagian hak dan orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T." selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[200]

77. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Kelebihan anda ke atas umat ini sepertilah kelebihan matahari ke atas bulan dan sepertilah kelebihan bulan ke atas bintang-bintang" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[201]

78. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Allah akan memasukkan wali anda ke syurga dan musuh anda ke neraka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[202]

79. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Manusia dari pokok yang bermacam-macam (berlainan asal usulnya), tetapi aku dan anda adalah dari satu pokok" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[203]

80. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku adalah penghulu anak Adam dan anda adalah penghu­lu Arab dan bukan Arab tanpa kemegahan" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[204]

81. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Allah telah meridainya di dalam dua ayat al-Qur'an selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[205]

82. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Janji anda adalah janjiku dan janji Syi`ah anda di Haud; apabila semua umat merasa takut dan neraca-neraca mula menjalankan tugasnya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[206]

83. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Wahai Tuhanku sesungguhnya aku mencintainya maka cintailah beliau. Wahai Tuhanku sesungguhnya aku ucapkan selamat tinggal kepada Engkau untuknya" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[207]

84. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah yang berhujah dengan orang ramai supaya mereka mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara yang baik dan melarang perkara yang mungkar, melaksanakan hudud dan membahagikan hak yang sama" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[208]

85. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) memegang tangannya di hari Badr, lalu mengangkatnya sehingga orang ramai melihat keputihan kedua ketiaknya sambil bersabda: "Sesungguhnya ini adalah sepupuku, wazirku. Oleh itu jadikanlah beliau wazir, mintalah nasihatnya dan percayailah beliau kerana beliau adalah wali kalian" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[209]

86. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana ayat ini turun mengenainya: "Mereka mengutamakan orang lain atas diri mereka sendiri sekali­pun mereka dalam kesusahan" (Surah al-Hasyr 59: 9) selain daripa­daku?
Mereka menjawab: Tidak.[210]

87. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Jibrail seorang daripada para tetamunya selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[211]

88. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah memberi kepadanya kapur barus dari syurga kemudian dia membahagikannya tiga bahagian, " Satu bahagian untukku, satu bahagian untuk anak perempuankudan satu bahagian untuk anda " selain dari­padaku?
Mereka menjawab: Tidak.[212]

89. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Di mana apabila dia berdepan dengan Rasulullah (s.`a.w.) dia menghormatinya, mendekatinya, mengalu-alukannya dan berseri-seri mukanya"selaindaripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[213]

90. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) telah melepaskannya dengan Surah al-Bara'ah kepada Musyrikin Makkah selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[214]

91. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Aku bermegah dengan anda di hari kiamat apabila para nabi bermegah dengan para wasi mereka" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak[215]

92. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Sesungguhnya aku akan memberi rahmat kepada anda dari hasad dengki orang ramai di dada-dada mereka, tetapi mereka tidak menzahirkannya sehinggalah ketiadaanku. Dan apabila mereka kehilanganku, mereka akan melakukan khilaf" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[216]

93. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Apabila Allah melaksanakan amanah anda, Allah akan menyempurnakan dhimmah anda" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[217]

94. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.) bersabda kepadanya: "Andalah pembahagi neraka, andalah yang mengeluarkan daripadanya orang yang telah bersih dan meninggalkan di dalamnya setiap kafir" selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[218]

95. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana dia telah membuka benteng Khaibar dan menawan anak perempuan Rahib kemudian dia membawanya kepada Rasulullah (s.`a.w.) selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[219]

96. Beliau berkata: Aku menyeru kalian dengan nama Allah adakah di kalangan kalian seorang di mana Rasulullah (s.`a.w.)bersabda kepadanya: "Haud akan dibentangkan kepadaku di kala itu anda dan Syi`ah anda berseri muka-muka mereka. Dan dibentang ke atasku musuh anda dalam keadaan dahaga dan terbelenggu dalam keadaan muka mereka kehitaman"selain daripadaku?
Mereka menjawab: Tidak.[220]


Kemudian Amir al-Mukminin A.S berkata kepada mereka: Adapun apabila kalian telah memperakui kebenarannya, dan telah jelas

sabda-sabda Nabi kalian, maka hendaklah kalian bertakwa kepada Allah sahaja, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sekarang aku melarang kalian dari kemaraha-Nya dan janganlah kalian mendurhakai-Nya. Kembalikanlah kebenaran itu kepada ahlinya, ikutilah Sunnah Nabi kalian, kerana sesungguhnya sekiranya kalian menyalahinya, maka sesungguhnya kalian telah menyalahi Allah. Oleh itu kembalikan­lah hak itu kepada ahlinya dan sememangnyalah ia adalah untuknya.

Beliau berkata: Mereka pun mengelipkan mata di kalangan mereka dan bermesyuarat kemudian berkata: "Sesungguhnya kami telah mengetahui kelebihannya, dan kami telah mengetahui sesung­guhnya beliau adalah orang yang paling berhak dengannya, tetapi beliau adalah seorang yang tidak melebihkan seorang ke atas seorang. Oleh itu sekiranya kalian melantiknya untuk jawatan Khalifah, nescaya beliau akan menjadikan kalian dan orang ramai dari segi hak sama sahaja. Tetapi sekiranya kalian melantik `Uthman beliau akan menurut apa yang kalian hajati". Lantaran itu mereka melantik Uthman sebagai Khalifah.


Ulasan

Amir al-Mukminin `Ali b. Abu Talib A.S telah mengemukakan hujah-hujahnya terhadap lima orang Ahli majlis Syura yang dilan­tik oleh Khalifah `Umar. Beliau telah mengajukan beberapa soalan munasyadah yang berasaskan hadis-hadis Rasulullah (s.`a.w.). Kesemua soalan-soalan tersebut diperakui oleh kelima-lima Ahli Syura tersebut. Beliau yakin bahawa jawatan Imamah atau Khilafah adalah untuk beliau dan sebelas anak cucunya daripada Fatimah bt. Muhammad A.S. Hadis-hadis tersebut telah dicatat oleh para ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka.Tetapi sayangnya berla­kulah apa yang berlaku sehingga hari ini.

Walau bagaimanapun, Majlis Syura yang dibentuk oleh Khalifah `Umar kelihatan aneh dan menakutkan kerana ia mesti diselesaikan dalam masa tiga hari dan dikawal oleh 50 orang tentera yang lengkap dengan senjata. Khalifah `Umar melantik enam orang; `Uthman b. `Affan, `Ali b. Abi Talib, Sa`d b. Abi Waqqas, Talhah b. `Ubaidillah dan al-Zubair b. al-`Awwam. Kemudian dia mencaci mereka dengan cacian yang tidak melayakkan mereka menjadi Khali­fah.

`Umar berkata: Demi Allah, tidak ada halangan bagiku untuk melantik anda menjadi khalifah wahai Sa`d, hanya anda adalah seorang yang kasar(ghalazah) kerana anda adalah ahli peperangan, `Abd al-Rahman hanya anda adalah Fir`aun umat ini (fir`aun hadhi-hi al-ummah), al-Zubair, hanya anda adalah seorang mukmin pada waktu redha dan kafir pada waktu marah (kafir `and al-ghadab), Talhah, hanya seorang yang angkuh dan Rasulullah memarahi anda kerana kata-kata anda ketika turun ayat hijab (Surah al-Ahzab 33: 53) (kata-kata Talhah: Muhammad tidak boleh membuat apa-apa sekalipun mengenakan hijab ke atas isteri-isterinya. Apabila beliau wafat, kami akan mengahwini isteri-isteri beliau).

Justeru itu jika anda dilantik, anda akan menyarungkan cincin mohornya ke jari isteri anda. Begitu juga `Uthman, andalah seorang yang asabiyah kepada kaum keluarga anda. Justeru itu sekumpulan serigala Arab akan menyembelihkan anda dan jika ia berlaku ingatlah kata-kataku ini. Dan anda wahai `Ali, sekiranya anda bukan orang yang sukakan kelakar, `Ali A.S telah menafikan dirinya sebagai seorang kelakar.[221] nescaya aku melantik anda dan anda akan membawa kaum muslimin kepada kebenaran yang jelas dan hujah yang bersih.[222] Kemudian dia berkata kepada panglima tentera Abu Talhah al-Ansari: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga bersetuju,maka pilihlah pihak yang ada `Abd al-Rahman b. `Auf.[223]

Oleh itu, tidak hairanlah jika sistem syura sedemikian rupa dilihat sebagai suatu perencanaan halus bagi menjauhkan `Ali A.S daripada menjadi khalifah dan sekaligus menolak konsep keadilan semua sahabat seperti berikut:

1. Syura ini telah melahirkan permusuhan terhadap `Ali A.S. Talhah al-Tamimi adalah dari keluarga Abu Bakr yang telah memindahkan khalifah dari `Ali A.S. `Abd al-Rahman bin `Auf adalah ipar `Uthman dan dia adalah di antara orang yang menentang `Ali A.S. Dan dia di antara orang yang cuba untuk membakar rumah `Ali A.S kerana keengganannya memberi bai`ah kepada Abu Bakr . Sa`d b. Abi Waqqas adalah di antara orang yang dendam terhadap `Ali A.S kerana ramai daripada bapa-bapa saudaranya telah dibunuh oleh `Ali kerana penyebaran Islam. Lantaran itu dia lewat memberi bai`ah kepada `Ali A.S.Dan`Uthman ketua Bani Umayyah yang dikenali dengan permusuhan dan penentangan terhadap Bani Hasyim. Justeru itu syura telah diciptakan dengan begitu rupa adalah semata-mata untuk menjauhkan `Ali daripada jawatan khalifah.

2. Syura ini juga menjauhkan `Ali dari anasir-anasir yang memban­tunya di dalam pemilihan, kerana tidak seorang pun orang Ansar dipilih di dalam majlis syura tersebut.

3. Syura menjadikan `Abd al-Rahman b. `Auf sebagai penentu apabila tiga bersetuju dan tiga lagi menentang. Apakah kelebihan `Abd al-Rahman b. `Auf sehingga dia menjadi penentu? Tidakkah dia (`Umar) berkata kepadanya: "Anda adalah Fir`aun umat ini?"[224]

4. Syura melahirkan perebutan dan penentangan di kalangan anggo­ta-anggotanya. Sa`d bin Abi Waqqas dan `Abd al-Rahman patuh kepada `Uthman . Dan berlakulah sebagaimana ianya berlaku.[225]


Amir al-Mukminin `Ali b. Abi Talib nampaknya tidak berpuas hati dengan ketiga-tiga khalifah yang terdahulu. Beliau telah melahirkan dukacitanya di dalam khutbah al-Syiqsyiqiyyah. Seramai dua puluh lapan orang ulama Ahl al-Sunnah memperakui kesahihan khutbah al-Syiqsyiqiyyah,[226] seperti berikut:

"Demi Allah, si anu (Abu Bakr Ibn Abi Quhafah) telah memakai baju (kekhalifahan) itu, padahal ia mengetahui dengan yakin bahawa kedudukanku sehubungan (kekhalifahan) itu samalah seperti kedudukan sumbu dengan roda. Air mengalir menjauhiku dan burung tidak dapat terbang kepadaku. Aku memasang tirai (terhadap kekhalifahan itu) dan melepaskan diri daripadanya.

Aku pun mulai berfikir, apakah aku akan menyerangnya atau aku harus menanggung kesengsaraan kegelapan yang membutakan itu sehingga orang dewasa menjadi daif, orang muda menjadi tua, dan mukmin yang salih hidup dalam kongkongan sampai ia menemui Allah (di saat kematiannya). Aku berpendapat adalah lebih bijaksana untuk menanggungnya dengan tabah. Lalu aku menempuh jalan kesabaran, meskipun mata rasa tertusuk-tusuk dan kerongkongan rasa tercekik. Aku menyaksikan perampasan terhadap warisanku hingga yang pertama (Abu Bakr) menemui ajalnya; namun ia memberikan kekhalifahan itu kepada Ibn Khattab. (Lalu `Ali A.S mengutip syair `A'sya):

Hari-hariku kini berlalu di punggung unta, Dan berlalu sudah hariku bersama Jabir, saudara Hayyan'. Aneh, semasa hidupnya ia ingin terbebas dari jabatan khalifah, tapi ia mengukuhkannya kepada `Umar setelah kematiannya. Tidak syak kedua orang ini hanya membahagi-bahagikan tetek susu di antara keduanya sahaja. Yang satu ini (`Umar) mengongkong kekhalifahan itu rapat-rapat, dengan ucapannya congkak dan sentuhannya kasar. Kekeliruan sangat banyak dan kerana itu maka dalihnya pun sangat banyak.Orang yang berhubung dengan kekhalifahan itu ibarat penunggang unta liar. Apabila ia menarik ke­kangnya maka muncungnya akan koyak; dan apabila ia membiarkannya maka ia akan jatuh terlempar. Sebagai akibatnya, demi Allah, rakyat terjerumus ke dalam kebingungan, penipuan dan penyelewen­gan. Sekalipun demikian, aku tetap bersabar dalam waktu yang lama dengan cubaan yang keras, sampai ketika ia (`Umar) menemui ajal-nya ia menyerah urusan (kekhalifahan) itu kepada satu kelompok dan menganggap aku sebagai salah seorang daripadanya.

Tetapi, ya Allah! Apa urusanku dengan mesyuarat ini! Di manakah keraguan tentang diriku dibandingkan dengan yang pertama mereka (Abu Bakr) sehingga sekarang aku harus dipandang sama dengan orang-orang ini? Namun aku terus merendah sementara mereka merendah, dan membumbung tinggi ketika mereka terbang tinggi. Seorang dari mereka berpaling menentangku kerana hubun­gan kekeluargaannya, manakala yang lainnya cenderung memihak ke jalan lain kerana hubungan iparnya, dan ini, dan itu, sampai yang ketiga dari orang-orang ini berdiri dengan dada membusung di antara kotoran dan makanannya. Bersama dia anak-anak dari Bani Umayyah bangkit menelan harta Allah, bagaikan unta melalap dedau­nan musim bunga sampai talinya putus, tindak tanduknya mengakhir­inya dan keserakahannya menyebabkan ia terguling.

(Pada saat itu) orang ramai datang membanjiri ke arahku dari segala penjuru seperti serbuan kumpulan rubah sehingga Hasanain (Hasan dan Husain) terhinjak dan kedua tepi bahagian bahu kemeja­ku koyak.Mereka berkumpul di sekelilingku seperti kumpulan domba dan kambing. Tatkala aku memegang teraju pemerintahan sebahagian memutuskan bai`ahnya (nakatha) dan sebahagian lagi mengingkari (maraqa) dan yang lainnya bertindak salah, kerana mereka tidak mendengar firman Allah S.W.T. yang berbunyi:

"(Kebahagiaan) di negeri akhirat Kami sediakan bagi mereka yang tiada suka menyombongkan diri dan melakukan kerosakan di bumi. Dankesudahannya (adalah baik) bagi mereka yang takwa." (Surah al-Qasas 28: 83).

Tidak, demi Allah, mereka mendengarnya dan memahaminya tetapi dunia terlihat kemilau di mata mereka dan hiasan dunia menggoda mereka. Lihat, demi Dia yang mengembangkan biji-bijian dan menciptakan makhluk hidup, bila orang-orang tidak datang kepadaku dan pendukung-pendukung tidak menegakkan hujah dalam bentuk penolong, dan tidak ada perjanjian Allah dengan ulama bahawa mereka tidak boleh menyerah terhadap kerakusan seorang yang zalim dan kelaparan orang yang dizalimi maka aku akan melem­parkan tali kekang (kekhalifahan) itu dan akan aku beri minum kepada yang terakhir dengan piala yang aku gunakan untuk orang yang pertama. Maka akan kamu lihat bahawa dalam pandanganku duniamu tidak lebih dari bersinnya seekor kambing".[227] Beliau telah memilih " bersabar " daripada menentang kerana ini adalah lebih baik dan sesuai dengan keadaan pada masa itu.


Kesimpulan

Amir al-Mukminin `Ali A.S telah mengemukakan hujah-hujah beliau di majlis Syura mengenai haknya menjadi khalifah bukan sahaja selepas khalifah`Umar malah selepas Rasulullah s.`a.w secara langsung berdasarkan kepada keistimewaannya yang disokong oleh hadis-hadis Rasulullah s.`a.w di mana ia dicatat oleh kedua-dua sumber Ahl al-Sunnah dan Ahl al-Bait.Meskipun begitu, disebabkan kepentingan dan alasan tertentu, lima orang Ahli Majlis Syura tidak dapat menerimanya sebagai khalifah, tetapi beliau tetap bersabar demi perpaduan umat Islam.


Referensi:

[124] Abu `Ali al-Fadil b. al-Hasan, al-Ihtijaj, Beirut 1403 H, I, hlm. 132-145.

[125] Lihat umpamanya al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr, al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur, Beirut,1960 M., II, hlm. 304.

[125] Lihat umpamanya al-Ya`qubi, Ahmad b. `Ali Ya`qub b. Ja`far b. Wahb b. al-Wadih, Tarikh al-Ya`qubi, Beirut 1362 H., II, hlm. 204.

[126] Al-Qunduzi al-Hanafi, Sulayman b. Ibrahim, Yanabi` al-Mawaddah fi Syama`il al-Nabi wa Fada`il Amir al-Mu'minin `Ali, Iran, 1385 H., hlm. 519.

[127] Al-Tabari, Abu Ja`far Muhammad b. Jarir, Tarikh al-Umam wa al-Muluk, Cairo 1956 M., II, hlm. 84.

[128] Ibn Hajr al-Makki, Syihab al-Din Ahmad b. Muhammad b. Muhammad b. `Ali b. Muhammad, Kitab al-Sawa`iq al-Muhriqah fi al-Radd `Ala Ahl al-Bida` wa al-Zindiqah, Cairo 1971 M., hlm. 85; Muhibb al-Din al-Syafi`i al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, Baghdad 1348 H., hlm. 29.

[129] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 164-165.

[130] Al-Hakim al-Nisaburi, Muhammad b. `Abdullah, al-Mustadrak `ala al-Sahihain fi al-Hadis, Cairo 1969 M., III, hlm. 166; al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad 1950 M., IV, hlm. 348; Ibn al-Athir, `Izz al-Din Abi Hasan `Ali b. Muhammad b. `Abd al-Qasim al-Jazari, Usd al-Ghabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1349 H., IV, hlm. 22; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, Baghdad 1958 M., VI, hlm. 152.

[131] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Cairo 1352 H., III, hlm. 259; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo 1957 M., hlm. 251.

[132] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.

[133] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293; al-Zamakhsyari, Abu al-Qasim Mahmud b. `Umar, al-Kasysyaf `anHaqa`iq Ghawamid al-Tanzil wa `Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta`wil, Cairo t.t., I, hlm. 422; al-Syablanji, Mu`min b. Hasan Mu`min, Nur al-Absar fi Manaqib al-Bayt al-Nabi al-Mukhtar (s.`a.w.), Cairo, 1960 M., hlm. 105; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, Tehran 1404 H., hlm.106.

[134] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 132; `Abd al-Rauf al-Munawi, Kunuz al-Haqa'iq, Baghdad 1368 H,hlm. 98; al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo 1340 H., hlm. 65.

[135] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, Iv, hlm. 370; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 150; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Alusi, Syihab al-Din Mahmud b. `Abdullah, Ruh al-Ma`ani fi Tafsir al-Qur'an al-`Azim wa al-Sab` al-Masani, Cairo 1958 M., VI, hlm. 172.

[136] Al-Dhahabi, Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad b. `Uthman, Mizan al-I`tidal fi Naqd al-Rijal, Cairo 1348 H., I, hlm. 257; Ibn `Abd al-Barr, Abu `Umar Yusuf b. `Abdullah b. Muhammad, Kitab al-Isti`ab fi Ma'rifah al-Sahabah, Cairo 1365 H., II, hlm. 460.

[137] Lihat umpamanya, Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 74; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.

[138] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175; al-Nasa'i, al-Khasa'is `Ali A.S, Baghdad 1956 M., hlm. 78; al-Turmudhi, Abu `Isa Muhammad b. `Isa b. Sawrah, al-Jami` al-Sahih, Tunis 1958 M., II, hlm. 301; Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad 1367 H., I, hlm.30.

[139] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 238-258.

[140] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 158.

[141] Ibid., hlm. 169.

[142] Al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306.

[143] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 43.

[144] Ibid

[145] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.

[146] Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 78.

[147] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.

[148] Al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 78; al-Baihaqi, Abu Bakr Ahmad b. al-Husayn, al-Sunan al-Kubra, Baghdad 1959 M., III, hlm. 276; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 385; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 277.

[149] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 299; Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya' wa Tabaqat al-Asfiya', Cairo 1956 M., VI, hlm. 339; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30.

[150] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 398.

[151] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.

[152] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 59.

[153] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 199; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 73; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963 M., hlm. 144; Ibn Hajr al-Asqalani, Abu al-Fadl Ahmad b. `Ali b. Muhammad b. Muhammad, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad 1327H., I, hlm. 337.

[154] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253; al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958 M. hlm. 133.

[155] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 99.

[156] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.

[157] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 98.

[158] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 82.

[159] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 102.

[160] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, V, hlm. 40; Ibn Hajr, Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 109; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 272-273.

[161] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 152; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 72; al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 58.

[162] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 103.

[163] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422, al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, VI, hlm. 149; al-Qurtubi al-Andalusi, Abu `Abdullah Muhammad b. Ahmad al-Andasari, al-Jami` li Ahkam al-Qur'an, Baghdad 1959 M., VI, hlm. 221; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 106.

[164] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 331; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 102; al-Alusi, Ruh al-Ma`ani, X, hlm. 268; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah fi Ma`rifah al-Sahabah, Baghdad 1345 H., VIII, hlm. 167

[165] Al-Tabari, Tafsir, X, hlm. 59; Fakhr al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar, Mafatih al-Ghaib, Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III, hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.

[166] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 72-73 Al-Tabari, Tafsir, X, hlm. 59; Fakhr al-Din al-Razi, Abu `Abdullah Muhammad b. `Umar, Mafatih al-Ghaib, Baghdad 1963 M., IV, hlm. 422; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III, hlm. 218; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 93.

[167] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 72.

[168] Al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 300; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 27; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 328-329.

[169] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 112.

[170] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 393; al-Muhibb al-Tabari, Riyadh al-Nadhirah, t.t., II, hlm. 103.

[171] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.

[172] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 423; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, VI, hlm. 93.

[173] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 399; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 319-320.

[174] Lihat umpamanya, al-Kanji al-Syafi`i, Ibid., hlm. 80-83.

[175] Lihat umpamanya, al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 247.

[176] Al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 58.

[177] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 159.

[178] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 251; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm.259.

[179] Al-Turmudhi al-Hanafi, al-Kaukab al-Durriy, Damascus 1958 M., hlm. 143; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 251.

[180] Al-Qunduzi al-Hanafi, ibid., hlm. 60.

[181] Ibid., hlm. 95.

[182] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 60-61.

[183] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60.

[184] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.

[185] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 337-338.

[186] Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 96; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 227-228.

[187] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.

[188] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 60.

[189] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 253.

[190] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 70.

[191] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 62-63.

[192] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 485-486.

[193] Lihat umpamanya, al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm.114.

[194] Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105-106.

[195] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117.

[196] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 62; al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 56.

[197] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 407; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 96-97.

[198] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 69.

[199] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 80.

[200] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130; al-Munawi al-Syafi`i, Kunuz al-Haqa`iq, hlm. 19.

[201] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 121-122.

[202] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 113.

[203] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 24; al-Khawarizmi, al-Manaqib hlm. 86.

[204] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 157; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 124.

[205] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 232-265.

[206] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 72.

[207] Ibid., hlm. 74.

[208] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 217-219.

[209] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 25; al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 218.

[210] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 82.

[211] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 94-95.

[212] Lihat umpamanya, al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 83.

[213] Ibid.

[214] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 156; al-Muhibb al-Tabari, Dhakha'ir al-`Uqba, hlm. 69; al-Hakim , al-Mustadrak, II, hlm. 51; al-Suyuti, Jalal al-Din `Abd al-Rahman b. Abu Bakr, Tarikh al-Khulafa', Cairo 1963 M., hlm. 66.

[215] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 75.

[216] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 408; al-Khatib, Tarikh Baghdad, XII, hlm. 397; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 273.

[217] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 280.

[218] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 83-84.

[219] Ibid., hlm. 95-96.

[220] Ibid., hlm. 304.

[221] Lihat, Syarif al-Radhi, Abu Hasan Muhammad b. al-Hasan al-Musawi, Nahj al-Balaghah, Baghdad 1364

[222] Lihat umpamanya, Ibn Qutaibah, Abu Muhammad `Abdullah b. Muslim, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm 24; al-Tabari, Tarikh, V,hlm. 2778.

[223] Ibn Qutaibah, ibid., hlm. 24.

[224] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 24.

[225] Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lihat: Sulaim b. Qais al-Hilali, Kitab Sulaim, Beirut, 1980, hlm.212, 222.

[226] Lihat al-Amini, `Abd al-Husayn b. Ahmad al-Najafi, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab, Beirut 1977 M., I, hlm. 82-85.

[227] Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghah, hlm. 48-50.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: