Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Hadis 12 Imam dan Bagaimana Aplikasinya?

Hadis 12 Imam dan Bagaimana Aplikasinya?

Written By Unknown on Senin, 26 Februari 2018 | Februari 26, 2018


Rasulullah s.a.w bersabda: “Agama ini sentiasa berdiri tegak sehingga hari Kiamat dengan 12 Khalifah ke atas kamu, semuanya daripada Quraisy” dan sabdanya:
Islam sentiasa kuat sehingga berlalu12 Khalifah” (Muslim, Sahih,(bab al-Imarah) II, hlm. 79).

Hadis ini menunjukkan bahawa setiap zaman mesti ada seorang Imam /Khalifah daripada Quraisy (Bani Hasyim) Sehingga hari Kiamat. Bilangan mereka adalah terhad kepada 12 imam sahaja menurut hadis tersebut; semenjak kewafatan nabi s.a.w sehingga hari Kiamat. Soalnya: Siapakah imam umat Islam sekarang? Kami Syiah dapat menjawabnya: Imam Muhammad al-Mahdi as bin Hasan Askari. Justeru bagaiman hadis imam 12 ini dilaksanakan menurut Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah?

Mereka menghina Syiah kerana percaya kepada Imam Mahdi sebagai imam yang kedua belas yang masih ghaib sedangkan hadis Rasulullah s.a.w menjelaskan sedemikan. Dia akan zahir kembali di akhir zaman. (Sila lihat lampiran D). Justeru bagaimana mereka menjelaskan hadis-hadis berikut:
(i) Rasulullah s.a.w bersabda: “Siapa yang mati tanpa memberi baiah (kepada imam zamannya), maka dia mati sebagai seorang jahiliyah” (Sahih Muslim, iii/1478).
(ii) Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang mati tanpa imam, maka dia mati sebagai seorang jahiliyah”(Musnad Ibn hanbal, vi/22/16876).
(iii) Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang mati tanpa baiah kepada imam, maka dia mati sebagai seorang jahiliyah” (Sunan al-Kubra, viii/270/16612)?

Sementara Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menurut jalur para sahabat tertentu pula. Mereka percaya bahawa semua sahabat yang berjumlah ratusan ribu itu adalah para mujtahid dan adil (kebal).

Dan para sahabat boleh menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya dengan ijtihad mereka. Implikasinya (i) Allah tidak ditaati dengan sepenuhnya (100%).
(ii) Rasulullah s.a.w tidak ditaati dengan sepenuhnya (100%)
(iii) Rasulullah s.a.w tidak maksum dengan sepenuhnya (100%)
(iv) al-Qur’an tidak maksum dengan sepenuhnya (100%)
(v) Sunnah Nabi s.a.w tidak maksum dengan sepenuhnya (100%) dari sudut amali. Dan ijtihad para sahabat yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w itu pula menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah.

Walau bagaimanapun dari sudut sejarah, Syiah mengakui Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah Muslimin. Dan pengakuan itu adalah cukup bagi mereka untuk menjadi warga negara di bawah pemerintahan ketiga-tiga Khalifah tersebut. Dan dari sudut Usuluddin ada tiga perkara: Ketuhanan (ilahiyyah), kenabian (nubuwwah) dan perkara Akhirat (Ma‘ad) dipercayai bersama oleh Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah dan Syiah. Maka mereka adalah daripada Ahli Qiblat. Justeru Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah menyatakan bahawa “kami tidak mengkafirkan seorang pun daripada Ahli Qiblat”

Begitu juga Syiah tidak mengkafirkan Ahli Qiblat. Hanya Wahabi -Takfiri yang mengakafirkan Ahli Qiblat selain daripada golongan mereka. Adapun perkara khilafiyyah antara mazhab-mazhab hendaklah dibentangkan kepada al-Qur’an dan Sunnah Nabi s.a.w, menerusi ulama, kemudian diamalkan, jika mahu, di kalangan mazhab itu sahaja tanpa menyalahkan pengikut mazhab yang lain (lihat Deklarasi Amman). Justeru mazhab tidak boleh menjadi pengukur kepada mazhab yang lain kerana ia tidak bersifat umum seperti al-Qur’an dan Hadis. Seorang yang bertaklid (muqallid) kepada mazhab tertentu tidak boleh mencampuri perkara-perkara diluar mazhabnya kerana dia adalah seorang muqallid bukan mujtahid, tetapi apa yang berlaku di Malaysia, seorang muqallidmengambil peranan mujtahid.

Justeru dia melampaui syarat muqallid, lalu menimbulkan banyak masalah. Dan golongan inilah yang mengkafirkan Syiah sebagai sumber pendapatan mereka. Kami tidak bercadang untuk megubah pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama‘ah di negara ini. Semoga Kerajaan Malaysia dapat menjadi pelindung kepada minoriti Syiah di Malaysia menurut keadilan al-Qur’an dan Perlembagaan Malaysia sebagaimana dilakukan kepada masyarakat bukan Islam di negara ini.

Allah berfirman dalam surah al-Ma’idah (5): 8 “Wahai orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya, Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan”.

(AB-Perlak/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: