Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin

Asal Kejadian Para Nabi dan Mukminin

Written By Unknown on Senin, 26 Februari 2018 | Februari 26, 2018


Daripadanya, daripada Ruba‘i daripada seorang lelaki daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menciptakan para nabi dari tanah‘Illiyyiin. (syurga). Hati dan badan mereka (quluubu-hum wa abdaanu-hum) adalah daripada tanah tersebut. Dia telah menciptakan hati orang-orang mukmin daripada tanah itu tetapi tidak menciptakan badan mereka darinya.

Allah menciptakan orang-orang kafir, hati dan badan mereka daripada tanah Sijjin (neraka). Kemudian Allah s.w.t. mencampurkan kedua-dua tanah tersebut(fa-khalata al-tinatain). Maka keadaan inilah menyebabkan seorang mukmin melahirkan seorang kafir (yalidu al-Mu’min al-Kafir),dan seorang kafir melahirkan seorang mukmin (al-Kafir yalidu al-Mukmin). Keadaan ini jugalah menyebabkan seorang mukmin (boleh) ditimpa keburukan (al-Sayyiah) dan seorang kafir (boleh) mendapat kebaikan (al-Hasanah). Justeru itu hati orang-orang mukmin cenderung kepada asal ciptaan mereka manakala hati orang-orang kafir juga cenderung kepada asal ciptaan mereka.

Daripada Huraiz daripada Abu Abdullah a.s menjelaskan tentang firman Allah Surah Fussilat (41): 34 “Dan tidaklah sama kebaikan (al-Hasanatu) dan kejahatan (al-Sayyi’atu)”. Beliau berkata: al-Hasanatu adalah al-Taqiyyatu dan al-Sayyia’atu adalah al-Idhaa’atu (penyebaran) “Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik. (Keadaan ini membolehkan) orang yang bermusuhan terhadapmu akan bertukar menjadi (seolah-olah) seorang sahabat yang baik.

Daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s. daripada bapa, datuk dan moyangnya daripada Amir al-Mukminin a.s daripada Rasulullah s.a.w daripada Allah Azzawajalla berfirman: Urusan kamu adalah dengan warak, ijtihad, menunaikan amanah, benar di dalam perkataan, lama sujud, rukuk, tahajud di waktu malam, memberi makan dan memberi salam.

Al-Sadiq a.s berkata: Sesiapa yang bersumpah (halifa) dengan (nama) Allah dalam keadaan berbohong (kadhiban), maka dia akan menjadi kafir (kafara). Sesiapa yang bersumpah dengan (nama) Allah dalam keadaan benar (sadiqan), maka dia berdosa (athima) kerana Allah berfirman dalam Surah al-Baqarah(2):24 “ Dan janganlah kamu menjadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan ”.

Al-Baqir a.s berkata: Tidak ada seorang lelaki yang memberi penyaksian palsu ke atas seorang lelaki muslim bagi melucutkan haknya melainkan Allah menulis tempatnya di dalam catatan ke neraka. Beliau a.s. berkata: Perkukuhkan harta kamu (hassinuu amwala-kum) dengan mengeluarkan zakat dan ubatilah penyakit kamu (daawuu mardhaa-kum) dengan memberi sedekah[1].

Al-Sadiq a.s berkata: Tidak ada seekor burung yang diburu melainkan ia meninggalkan tasbih dan tidak ada harta yang ditimpa bencana melainkan ia tidak dikeluarkan zakat[2].


Mukmin Diciptakan Dari Tanah Para Nabi A.S

Daripada Muhammad bin Hamraan: Aku telah bertanya kepada al-Sadiq a.s. Dari apakah Allah telah menciptakan tanah mukmin? Beliau a.s. menjawab: Dari tanah ‘Illiyyin. Aku bertanya lagi: Dari apakah diciptakan seorang mukmin? Beliau menjawab: Dari tanah para nabi, lantaran itu mereka tidak boleh dikotori oleh sesuatu (fa-lan yunajjisa-hu sya’un) [3].


Referensi:

[1] Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 61.
[2] Ibid, iii, 55.
[3] Al-Barqi, al-Mahasin, hlm.133,al-Kulaini, al-Kafi, ii, 167.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: