Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Hadis Al-Kisaa’ (Kain Selimut)

Hadis Al-Kisaa’ (Kain Selimut)

Written By Unknown on Senin, 26 Februari 2018 | Februari 26, 2018


Hadis Al-Kisaa’ Adalah hadis tentang kelebihan Ahlulbait as dan faidah-faidahnya.

Dikutip dari kitab 'Awalim al-'Ulum oleh Syeikh Abdullah bin Nuru llah al-Bahrini dengan sanad yang sahih daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari:

Daripada Fatimah al-Zahra' as Binti Rasulullah saw, dia berkata:

Aku telah mendengar Fatimah as bahawa beliau as berkata:

Pada suatu hari bapaku Rasulullah saw telah datang kepadaku, maka beliau saw berkata: Salam ke atas anda, wahai Fatimah, maka aku menjawab: Salam ke atas anda.

Beliau saw bersabda:

Aku mendapati kelemahan pada badanku (tidak sihat). Maka aku telah berkata kepadanya:

Aku pohon kepada Allah supaya melindungi anda, wahai bapaku, dari kelemahan itu.

Beliau saw berkata:

Wahai Fatimah, bawa datang kepadaku al-Kisaa' al-Yamani (kain selimut Yamani), maka tutupilah aku dengannya.

Maka akupun membawa datang kepadanya al-Kisaa'al-Yamani, maka akupun menutupinya dan aku mulai melihat kepadanya, tiba-tiba mukanya bercahaya seperti bulan penuh purnama.

Selepas beberapa ketika, tiba-tiba anak lelakiku al-Hasan datang kepadaku dan berkata:

Salam ke atas anda, wahai ibuku, maka akupun manjawab:

Salam ke atas anda, wahai cahaya mataku dan buah hatiku. maka beliau as berkata:

Wahai ibuku, sesungguhnya aku sedang menghidu bauan yang enak seakan-akan bauan datukku Rasulullah saw, maka aku menjawab:

Ya, sesungguhnya datuk anda di bawah al-Kisaa', lalu al-Hasan datang ke arah al-Kisaa' dan berkata: Salam ke atas anda, wahai datukku,wahai Rasulullah, adakah anda membenarkan aku untuk memasuki bersama anda di bawah al-Kisaa'?

Maka beliau saw berkata: Salam ke atas anda, wahai anakku, wahai sahabat kolamku (sahib haudhi), sesungguhnya aku telah membenarkan anda.

Lalu beliau as memasuki bersamanya di bawah al-Kisaa'.

Selepas beberapa ketika,tiba-tiba anak lelakiku al-Husain as datang kepadaku dan berkata: Salam ke atas anda, wahai ibuku, aku menjawab: Salam ke atas anda, wahai anak lelakiku, wahai cahaya mataku dan buah hatiku.

Beliau as telah berkata kepadaku: Wahai ibuku, sesungguhnya aku sedang menghidu di sisi anda, bauan yang enak seakan-akan bauan datukku Rasulullah. Aku menjawab:

Ya, sesungguhnya datuk anda dan saudara anda di bawah al-Kisaa'.

Maka al-Husain mendekati ke arah al-Kisaa' sambil berkata: Salam ke atas anda, wahai datukku, salam ke atas orang yang telah dipilih oleh Allah, adakah anda membenarkan aku bersama anda berdua di bawah al-Kisaa'?

Beliau saw bersabda: Salam ke atas anda, wahai anak lelakiku, pemberi syafaat umatku, sesungguhnya aku telah membenarkan anda, lalu beliau as memasuki bersama mereka berdua di bawah al-Kisaa'.

Kemudian Abu al-Hasan Ali Bin Abu Talib datang keadaku dan berkata: Salam ke atas anda, wahai anak perempuan Rasulullah, maka aku menjawab:

Salam ke atas anda, wahai Abu al-Hasan, wahai Amir al-Mukminin. Maka beliau as berkata:

Wahai Fatimah, aku sedang mengidu di sisi anda, bauan yang enak seakan-akan baun saudaraku dan sepupuku Rasulullah. Maka aku menjawab:

Ya, beliau saw adalah bersama dua anak lelaki anda, di bawah al-Kisaa'.

Lalu Ali datang ke arah al-Kisaa' dan berkata: Salam ke atas anda, wahai Rasulullah, adakah anda membenarkan aku bersama kamu semua di bawah al-Kisaa'?

Baliau saw berkata: Salam ke atas anda, wahai saudaraku, wasiku, khalifahku dan pemegang bendaraku, aku telah membenarkan anda, lalu Ali memasuki di bawah al-Kisaa'. Kemudian aku (Fatimah as)vdatang ke arah al-Kisaa' dan berkata:

Salam ke atas anda, wahai bapaku, wahai Rasulullah, adakah anda membenarkan aku bersama kamu semua di bawah al-Kisaa'?

Beliau saw bersabda: Ya, Salam ke atas anda, wahai anak perempuanku, wahai anggotaku, aku telah membenarkan anda, maka akupun memasuki di bawah al-Kisaa'.

Manakala kami semua berada di bawah al-Kisaa', maka Rasulullah telah mengambil dua tepi kain selimut (al-Kisaa') dan memberi isyarat dengan tangan kanannya ke langit dan bersabda:

Wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka itulah Ahlulbait ku, orang istimewaku dan orang yang paling rapat denganku. Daging mereka adalah dagingku, darah mereka adalah darahku, aku menderita dengan penderitaan mereka, aku berdukacita dengan dukacita mereka. Aku berperang dengan mereka yang berperang dengan mereka (Ahlulbaitku), berdamai dengan mereka yang berdamai dengan mereka (Ahlulbaitku), bermusuhan dengan mereka yang memusuhi mereka (Ahlulbaitku), mencintai mereka yang mencintai mereka (Ahlubaitku). Sesungguhnya mereka adalah daripadaku dan aku adalah daripada mereka.

Justeru , wahai Tuhanku, jadilah selawat Engkau, keberkatan Engkau, rahmat Engkau, keampunan Engkau dan keridhaan Engkau ke atasku dan ke atas mereka, maka hilanglah daripada mereka kotoran dosa dan bersihlah mereka dengan sebersih-bersihya.

Maka Allah azza wajalla berfirman:

Wahai para malaikat-Ku dan penghuni-penghuni langit-Ku, sesungguhnya Aku tidak menciptakan langit yang tersusun, bumi yang terhampar, bulan yang bersinar, matahari yang bercahaya, planet yang berpusing, lautan yang mengalir, bahtera yang bergerak melainkan kerana mencintai mereka berlima di bawah al-Kisaa'.

Lantas Jibrail berkatanya: Siapakah di bawah al-Kisaa' itu?

Allah 'azza wa jalla berfirman: Mereka adalah AhluBait kenabian (hum ahlu bait al-Nubuwwah) dan galian kerasulan (wa ma'dinu al-Risaalah); mereka itu adalah Fatimah, bapanya, suaminya, dan anak-anak lelakinya (Fatimatu wa abu-ha wa ba'lu-ha wa banuu-ha)"

Maka Jibrail as berkata:

Wahai Tuhanku, adakah Engkau membenarkan aku turun ke bumi untuk menjadi yang keenam?

Maka Allah berfirman: Aku telah membenarkan anda, lalu Jibrail turun ke bumi dan berkata: Salam ke atas anda, wahai Rasulullah, sesungguhnya Yang Maha Tinggi memberi salam kepada anda dan memeberi kepada anda kehormatan dan kemuliaan yang istimewa dan berfirman:

Demi kemuliaan-Ku dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku tidak menciptakan langit yang tersusun, bumi yang terhampar, bulan yang bersinar, matahari yang bercahaya, planet yang berpusing, lautan yang mengalir, bahtera yang bergerak melainkan kerana kamu dan mencintai kamu, sesungguhnya Dia telah membenarkan aku untuk memasuki bersama kamu, adakah anda membenarkan aku, wahai Rasulullah?

Rasulullah saw menjawab: Salam ke atas anda, wahai pemegang amanah wayhu Allah (aminu wahyi llah), sesungguhnya, ya, aku telah membenarkan anda.

Lalu Jibrail memasuki bersama kami di bawah al-Kisaa',

Maka dia as berkata kepada bapaku bahawa sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada kamu dengan berfirman--Nya:

Sesungguhnya Allah menghendaki menghilangkan kotoran dosa daripada kamu Ahlulbait dan membersihkan kamu dengan sebersih-bersihnya”
(Surah al-Ahzab (33): 33).

Fatimah as berkata bahawa Ali as telah bertanya bapaku:

Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku apakah keistimewaan keberadaan kami di bawah al-Kisaa' di sisi Allah?

Maka bapaku Rasulullah saw bersabda: Wahai Ali, Demi Yang telah mengutusku dengan kebenaran sebagai seorang nabi dan memilih aku dengan kerasulan sebagai kejayaan kepada manusia, maka apabila hadis ini dibaca di mana-mana majlis syiah kami dan pencinta-pencinta kami;
(1) Nescaya rahmat Allah diturunkan ke atas mereka,
(2) Para malaikat mengelilingi mereka,
(3) Para malaikat meminta keampunan untuk mereka sehingga mereka meninggalkan majlis itu.

Ali as berkata: Jikalau begitu keadaannya, maka kami telah menang (fuz-na) dan syiah kami telah menang (faza syi'atu-na) Demi Tuhan Ka'bah"

Maka bapaku Rasulullah saw bersabda:

Wahai Ali, Demi Yang telah mengutusku dengan kebenaran sebagai seorang nabi dan memilih aku dengan kerasulan sebagai kejayaan kepada manusia, maka apabila hadis ini dibaca di mana-mana majlis syiah kami dan pencinta-pencinta kami sedangkan:

(4) terdapat pada mereka orang yang di dalam keresahan, maka Allah akan mengilangkan keresahannya.

(5) Dan jika terdapat pada mereka orang yang di dalam keadaan dukacita, maka Allah akan menghilangkan dukacitanya.

(6) Dan jika terdapat pada mereka orang yang berhajat, maka Allah akan menunaikan hajatnya.

Ali as berkata: Jikalau begitu keadaannya, Demi Allah, kami telah mendapat kemenangan dan kami telah mendapat kebahagian.

Demikian juga dengan syiah kami, mereka telah mendapat kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, Demi Tuhan Ka'bah"

Rujukan: (Mafaatih al-Jinaan-Hadis al-Kisaa')


Keistimewaan keberadaan 5 manusia suci di bawah al-Kisaa' (selimut) dan 6 faidah membaca hadis al-Kisaa'.

Fatimah as berkata bahawa Ali as telah bertanya bapaku: Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku apakah keistimewaan keberadaan kami di bawah al-Kisaa' (selimut) di sisi Allah? Maka bapaku Rasulullah saw bersabda:

Wahai Ali, Demi Yang telah mengutusku dengan kebenaran sebagai seorang nabi dan memilih aku dengan kerasulan sebagai kejayaan kepada manusia, maka apabila hadis ini dibaca di mana-mana majlis syiah kami dan pencinta-pencinta kami,(1) nescaya rahmat Allah diturunkan ke atas mereka, (2) para malaikat mengelilingi mereka, (3) para malaikat meminta keampunan untuk mereka sehingga mereka meninggalkan majlis itu"

Ali as berkata:

Jikalau begitu keadaannya, maka kami telah menang (fuz-na) dan syiah kami telah menang (faza syi'atu-na) Demi Tuhan Ka'bah"

Maka bapaku Rasulullah saw bersabda:

Wahai Ali, Demi Yang telah mengutusku dengan kebenaran sebagai seorang nabi dan memilih aku dengan kerasulan sebagai kejayaan kepada manusia, maka apabila hadis ini dibaca di mana-mana majlis syiah kami dan pencinta-pencinta kami sedangkan (4) terdapat pada mereka orang yang di dalam keresahan, maka Allah akan mengilangkan keresahannya (5)dan jika terdapat pada mereka orang yang di dalam keadaan dukacita, maka Allah akan menghilangkan dukacitanya (6) dan jika terdapat pada mereka orang yang berhajat, maka Allah akan menunaikan hajatnya.

Ali as berkata:

Jikalau begitu keadaannya, Demi Allah, kami telah mendapat kemenangan dan kami telah mendapat kebahagian. Demikian juga dengan syiah kami,mereka telah mendapat kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, Demi Tuhan Ka'bah" (Mafaatih al-Jinaan-Hadis al-Kisaa').

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: