Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 80, dan 81)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 80, dan 81)

Written By Unknown on Kamis, 08 Maret 2018 | Maret 08, 2018


Bab 80

Bab Tentang Ghaib (bab fi al-Ghaibah)

(458)-1. Muhammad bin Yahya dan al-Hasan bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad al-Kufi, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Sairafi, daripada Salih bin Khalid, daripada Yaman al-Tammar berkata: Kami telah duduk di sisi Abu Abdillah a.s, maka beliau a.s telah berkata kepada kami: Sesungguhnya ghaibah (ghaib) akan berlaku kepada sahabat urusan ini (inna li-hadha al-Amr ghaibah), orang yang berpegang teguh pada agamanya [pada masa ini] adalah seperti seorang yang membuangkan duri-duri dari semak- Kemudian beliau a.s telah berkata sedemikian [menunjukkan kami] dengan tangannya-Justeru siapakah di kalangan kamu yang akan memegang duri-duri itu dengan tangannya? Kemudian beliau a.s telah menundukkan kepalanya buat seketika. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ghaibah akan berlaku kepada sahabat urusan ini (Imam al-Mahdi a.s). Lantaran itu, setiap hamba hendaklah bertakwa kepada Allah dan berpegang kepada agama-Nya.

(459)-2. Ali bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Isa bin Muhammad bin Ali bin Ja'far, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Ali bin Ja'far, daripada saudaranya Musa bin Ja'far a.s telah berkata: Apabila anak kelima daripada anak ketujuh tidak ditemui, demi Allah, berwaspadalah tentang agama kamu, tiada seorangpun yang akan menghalang kamu daripadanya, wahai anak lelakiku, sesungguhnya keghaiban(ghaibah) akan berlaku kepada sahabat urusan ini (imamah) sehingga ada juga orang yang bercakap tentangnya akan mengubah pendiriannya.

Sesungguhnya keghaiban (ghaibah) adalah ujian daripada Allah (mihnatun mina-llah) yang menguji makhluk-Nya dengannya. Jikalaulah bapa-bapa dan datuk-datuk kamu telah mengetahui satu agama yang lebih baik daripada [agama] ini, nescaya mereka telah mengikutinya. [Ali bin Ja'far] telah berkata: Aku telah berkata: Wahai sayyidi, siapakah yang kelima daripada anak ketujuh itu? Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, akal kamu begitu kecil untuk memahami ini ('uqulu-kum tasgharu 'an ha-dha) dan kefahaman kamu begitu sempit untuk menanggungnya, tetapi jika kamu hidup [lama], maka kamu akan mendapatinya.

(460)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Najran, daripada Muhammad bin al-Musawir daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Hati-hatilah kamu dari menyebut [Imam yang kedua belas a.s] kerana imam kamu, demi Allah, akan ghaib selama beberapa tahun (la-yaghibabanna imamu-kum sininan) semasa kamu dan kamu akan mengujinya sehingga dikatakan: Beliau telah mati, dibunuh atau dibinasakan, dilembah manakah beliau lalui? Mata-mata mukminin akan menangis kerananya. Kamu akan ditunda sebagaimana bahtera-bahtera ditunda di dalam lautan yang bergelombang. Justeru tiada seorangpun yang berjaya kecuali orang yang mana Allah telah mengambil perjanjian-Nya dan menulis di hatinya keimanan dan menguatkannya dengan roh daripadaNya. Dua belas bendera yang keliru akan diangkat, tidak mengetahui mana yang betul, al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah menangis. Kemudian aku telah berkata: Bagaimana kita akan buat? Beliau a.s telah melihat kepada [cahaya] matahari yang memasuki anjungnya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Abdillah (al-Mufadhdhal), adakah anda melihat kepada cahaya matahari ini? Aku telah berkata: Ya, lalu beliau a.s telah berkata: Demi Allah, urusan kita adalah lebih terang daripada matahari ini (la-amru-na abyanu min hadhihi al-Syams).

(461)-4. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Abi Najran, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Sadir al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya urusan pada sahabat urusan ini adalah seperti nabi Yusuf a.s, aku telah berkata kepadanya: Seolah-olah anda menyebutnya (Imam al-Mahdi a.s) pada masa hidupnya atau pada masa ghaibnya? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Umat ini tidak akan mengingkarinya kecuali kumpulan seperti babi (asybah al-Khanazir). Sesungguhnya saudara-saudara Yusuf a.s adalah daripada keturunan anak-anak para nabi a.s, mereka telah memperdagangkan Yusuf, memberi baiah kepadanya dan bercakap dengannya.

Mereka adalah saudara-saudaranya dan beliau adalah saudara mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya sehingga beliau telah berkata: Aku adalah Yusuf dan ini adalah saudaraku, maka umat yang dilaknati ini tidak akan mengingkari jika Allah melakukan sedemikian kepada Hujjah-Nya pada masa tertentu sebagaimana Dia telah melakukannya kepada Yusuf. Yusuf telah memegang kuasa di Mesir dan jaraknya dengan bapanya adalah lapan belas hari perjalanan. Jika beliau mahu supaya bapanya mengetahuinya, nescaya beliau mampu melakukannya. Sesungguhnya Ya'qub a.s dan anak-anak lelakinya telah berjalan dari padang pasirnya ke Mesir selama sembilan hari. Bagaimana umat ini boleh mengingkari jika Allah melakukannya kepada Hujjah-Nya sebagaimana Dia telah melakukannya kepada Yusuf. Beliau boleh datang dan pergi di pasar-pasar mereka dan melangkahi hamparan-hamparan mereka sehingga Allah memberi keizinan kepadanya sebagaimana Dia telah melakukannya kepada Yusuf. Mereka telah berkata: Sesungguhnya anda adalah Yusuf? Beliau telah berkata: Aku adalah Yusuf.

(462)-5. Ali bin Ibrahim, daripada al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Abdullah bin Musa, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya keghaiban akan berlaku kepada kanak-kanak ini sebelum beliau berdiri. Aku telah berkata: Kenapa? Beliau telah berkata: Beliau akan merasa ketakutan (yakhafu)-beliau telah menunjukkan dengan tangannya ke arah perutnya -kemudian beliau telah berkata: Wahai Zurarah, beliaulah yang dinanti-nantikan (huwa al-Muntazar), beliaulah yang disyaki tentang kelahirannya. Di kalangan mereka ada yang telah berkata: Bapanya telah mati tanpa meninggalkan pewaris atau pengganti. Ada yang telah berkata: [Bapanya telah mati semasa] beliau masih di dalam kandungan ibunya. Ada yang telah berkata: Beliau telah dilahirkan dua tahun sebelum kematian bapanya dan beliaulah yang dinanti-nantikan, tetapi Allah kehendaki untuk menguji Syiah. Di dalam keadaan sedemikian, [wahai] Zurarah, ahli kebatilan akan mengesyakinya. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, jika aku sempat mendapati zaman itu, apakah yang aku akan melakukannya?

Beliau a.s telah berkata: Wahai Zurarah, apabila anda mendapati zaman ini, maka bacalah doa ini: Wahai Tuhanku, perkenalkanlah diri Engkau kepadaku('arrif-ni nafsa-ka), sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan diri Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali nabi Engkau (fa-inna-ka in lam tu'arrif-ni nafsa-ka lam a'rif nabiyya-ka), wahai Tuhanku, perkenalkanlah rasul Engkau kepadaku (Allahumma 'arrif-ni rasula-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan rasul Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali Hujjah Engkau (fa-in lam tu'arrif-ni rasula-ka, lam a'rif hujjata-ka). Wahai Tuhanku, perkenalkanlah Hujjah Engkau kepadaku (Allahumma 'ariif-ni hujjata-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan Hujjah Engkau kepadaku, nescaya aku akan tersesat daripada agamaku (fa-inna-ka in lam tu'arrif-ni hujjata-ka dhalal-tu 'an dini).

Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Zurarah, kanak-kanak lelaki itu pasti akan dibunuh di Madinah. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tidakkah tentera al-Sufyani akan membunuhnya? Beliau a.s telah berkata: Tidak, tetapi beliau akan dibunuh oleh tentera Bani polan. Mereka akan datang sehingga mereka memasuki Madinah. Mereka akan mengambil kanak-kanak itu dan membunuhnya. Mereka akan membunuhnya secara zalim dan permusuhan, mereka tidak akan menangguhkannya. Pada masa itu, anda akan mengharapkan kejayaan jika Allah kehendaki.

(463)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Yahya bin al-Muthanna, daripada Abdullah bin Bakir, daripada 'Ubaid bin Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang ramai akan kehilangan imam mereka, beliau akan menampakkan dirinya pada musim haji dan beliau akan melihat mereka, tetapi mereka tidak akan melihatnya.

(464)-7. Ali bin Muhammad, daripada Abdullah bin Muhammad bin Khalid berkata: Mundhir bin Muhammad bin Qabus telah memberitahu kepadaku daripada Mansur al-Sindi, daripada Abu Daud al-Mustariq, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Malik al-Jahani, daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nubatah berkata: Aku telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka aku telah mendapatinya sedang berfikir (mufakkiran), mengetuk pada tanah, maka aku telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, kenapa aku melihat anda sedang berfikir, mengetuk pada tanah, adakah anda menyukainya? Beliau a.s telah berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak pernah menyukainya dan tidak pada dunia walaupun satu hari, tetapi aku telah memikir tentang bayi (al-Maulud) yang kesebelas yang akan dilahirkan daripada keturunanku, beliaulah al-Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman.

Keghaiban dan kekeliruan akan berlaku kepadanya. Justeru, sebahagian kaum akan tersesat dan sebahagian yang lain pula mendapat pertunjuk. Aku telah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, berapa lamakah kekeliruan dan keghaiban akan berlaku? Beliau a.s telah berkata: Enam hari atau enam bulan atau enam tahun. Aku telah berkata: Wahai Amir al-Mukmin, adakah ini akan berlaku? Beliau a.s telah berkata: Ya, sebagaimana beliau diciptakan dan aku akan meyakinkan anda tentang perkara ini, wahai Asbagh! Mereka adalah sebaik-baik umat ini bersama sebaik-baik keluarga Rasulullah s.a.w. Maka aku telah berkata: Kemudian apakah yang akan berlaku selepas itu? Beliau a.s telah berkata: Kemudian Allah akan melakukan apa yang dikendakiNya. Kerana Dia memiliki semua perkara yang tersembunyi, segala iradat, segala tujuan dan segala kesudahan.

(465)-8. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hanan bin Sadir, daripada Ma'ruf bin Gharrabudh, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya kami adalah seperti bintang-bintang di langit (nahnu ka-nujum al-Sama'). Setiap kali satu bintang hilang (ghaib), satu bintang yang lain terserlah sehingga apabila kamu menunjukkan anak-anak jari tangan kamu dan kamu condongkan tengkuk-tengkuk kamu. Allah mengghaibkan daripada kamu bintang kamu, maka Banu 'Abd al-Muttalib akan menjadi sama, seorang itu tidak dikenali siapakah dia dan dari mana dia datang. Justeru, apabila bintang kamu terserlah, maka hendaklah kamu memuji Tuhan kamu.

(466)-9. Muhammad bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mu'awiyah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya keghaiban akan berlaku kepada al-Qaim a.s sebelum beliau berdiri. Aku telah berkata: Kenapa? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan merasa takut-beliau a.s telah menunjukkan kepada perutnya-iaitu pembunuhan.

(467-10. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika [berita] keghaiban sahabat urusan ini telah sampai kepada kamu, maka janganlah kamu mengingkarinya (in balagha-kum 'an sahib hadha al-Amr ghaibah fa-la tunkiruu-ha).

(468)-11. Al-Husain bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mu'awiyah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Ibrahim bin Khalaf bin 'Ubbad al-Anmati, daripada Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s dan beberapa orang berada bersamanya di dalam bilik. Aku telah menyangka bahawa beliau a.s mahu orang selain daripadaku[mendengarnya]. Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, sahabat urusan ini (sahib li-hadha al-Amr) akan ghaib daripada kamu dan beliau tidak akan [menjadi] terkenal sehingga dikatakan: Beliau telah mati, telah binasa dan pada lembah mana beliau telah lalui?

Kamu akan ditunda sebagaimana bahtera ditunda di lautan yang bergelombang. Justeru tiada seorangpun yang akan berjaya kecuali orang yang mana Allah telah mengambil perjanjian-Nya dan menulis di hatinya keimanan dan menguatkannya dengan roh daripadaNya. Dua belas bendera yang keliru akan diangkat, tidak mengetahui mana yang betul, al-Mufadhdhal telah berkata: Aku telah menangis. Beliau a.s telah berkata: Apakah yang membuat anda menangis, wahai Mufadhdhal? Kemudian aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana aku tidak menangis sedangkan anda telah berkata: Dua belas bendera yang keliru, tidak diketahui mana yang betul!? Di biliknya terdapat lubang yang dimasuki oleh cahaya matahari, lalu beliau a.s telah berkata: Adakah [cahaya] ini terang? Aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Urusan kita adalah lebih terang daripada [cahaya] matahari ini.

(469)-12. Al-Husain bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada al-Qasim bin Isma'il al-Anbari, daripada Yahya bin al-Muthanna, daripada Abdullah bin Bakir, daripada 'Ubaid bin Zurarah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Qaim (Imam al-Mahdi a.s) akan menghadapi dua keghaiban (ghaibah) , [tetapi] salah satu daripadanya, beliau akan menghadiri pada musim haji; beliau akan melihat orang ramai, tetapi mereka tidak akan melihatnya (yara al-Nas wa la yarauna-hu).

(470)-13. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad dan Muhammad bin Yahya dan lain-lain, daripada Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abi Hamzah, daripada Abi Ishaq al-Sabi', daripada beberapa orang sahabat Amir al-Mukminin a.s, daripada mereka yang dipercayai bahawa Amir al-Mukmin a.s telah berucap dengan perkataan ini dan dihafaz daripadanya di dalam satu khutbah yang mana beliau a.s telah berkhutbah di mimbar [masjid] Kufah: Wahai Tuhanku, Hujjah-Hujjah Engkau adalah satu kepastian di bumi Engkau, Hujjah selepas Hujjah di atas makhluk Engkau, mereka akan menunjukkan orang ramai kepada agama Engkau, mengajar mereka ilmu Engkau supaya pengikut-pengikut para wali Engkau tidak akan berpecah. [Hujjah] sama ada zahir, tetapi tidak memerintah atau bersembunyi dan [pemerintahannya] dinanti-nantikan. Keperibadian mereka tersembunyi daripada orang ramai ketika gencatan senjata , tetapi ilmu yang terdahulu yang mereka sebarkan tidak disembunyikan, adab-adab mereka adalah tetap di hati mukminin dan mereka mengamalkannya.

Beliau a.s telah memberi khutbah pada tempat yang lain pula dan berkata: Kepada siapakah ini? Lantaran itu, ilmu akan hilang apabila tiada orang yang akan menghafaznya dan meriwayatkannya sebagaimana mereka telah mendengarnya daripada para ulama dan memperakui mereka tentangnya. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mengetahui bahawa ilmu tidak akan hilang semuanya dan tidak terputus asas-asasnya dan sesungguhnya Engkau tidak akan mengosongkan bumi Engkau daripada Hujjah Engkau ke atas makhluk Engkau, [beliau sama ada] zahir tetapi tidak memerintah atau di dalam ketakutan atau tidak dikenali supaya Hujjah Engkau tidak akan terbatal dan para wali Engkau tidak akan tersesat selepas Engkau memberi pertunjuk kepada mereka, tetapi di manakah mereka? Bilangan mereka adalah sedikit, tetapi nilai mereka di sisi Allah adalah besar.

(471)-14. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim bin Mu'awiyah al-Bajali, daripada Ali bin Ja'far, daripada saudaranya Musa bin Ja'far a.s tentang firman Allah "Katakanlah: Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?" Beliau a.s telah berkata: Apabila imam kamu telah tersembunyi (ghaib) daripada kamu, maka siapakah yang akan mendatangkan kamu dengan imam yang baru?"

(472)-15. Beberapa orang di kalangan sahabat kita, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila [berita] keghaiban telah sampai kepada kamu daripada sahabat kamu (Imam al-Mahdi a.s), maka janganlah kamu mengingkarinya.

(473)-16. Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa', daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Keghaiban bagi sahabat urusan ini adalah satu kepastian dan keghaibannya pasti di dalam pengasingan (la budda li-sahib hadha al-Amr min ghaibatin wa-la budda fi ghaibati-hi min 'uzlatin). Sebaik-baik tempat tinggal [nya] adalah di Taibah (Madinah) dan di sana tiada kesunyian dengan tiga puluh (orang) .

(474)-17. Dengan sanad-sanad ini, daripada al-Wasyaa', daripada Ali bin al-Hasan, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Bagaimana anda apabila berlaku pukulan di antara dua masjid , maka ilmu akan hilang sebagaimana ular bergulung-gulung memasuki lubangnya. Apabila perselisihan berlaku di kalangan Syiah, maka mereka menamakan sebahagian mereka sebagai pendusta-pendusta dan mereka meludah pada muka-muka sebahagian yang lain? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, tiada kebaikan pada ketika ini? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku tiga kali: Semuanya baik ketika itu"

(475)-18. Dengan sanad-sanad ini, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada bapanya Muhammad bin Isa, daripada Ibn Bakir, daripada Zurarah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Bagi al-Qaim ada keghaibannya sebelum beliau berdiri , beliau akan merasa takut-beliau a.s telah menunjukkan dengan tangannya kepada perutnya- iaitu pembunuhan.

(476)-19. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibn Mahbub, daripada Ishaq bin 'Ammar berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Qaim mempunyai dua keghaiban, pertama: Dalam masa yang pendek dan kedua: Dalam masa yang panjang (lama). Keghaiban yang pertama tempatnya tidak diketahui kecuali Syiah tertentu sahaja. Dan kedua tempatnya tidak diketahui kecuali hamba-hambanya yang tertentu sahaja (khassah mawaali-hi).

(477)-20. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Idris, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada Ali bin Hassan, daripada bapa saudara 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sahabat urusan in mempunyai dua keghaiban. Pertama beliau a.s akan kembali kepada keluarganya dan kedua dikatakan: Beliau a.s telah binasa, di lembah manakah beliau a.s telah lalui? Aku telah berkata: Apakah kita akan buat? Beliau a.s telah berkata: Apabila seorang mendakwanya (imamah), maka bertanyalah kepadanya perkara-perkara yang beliau akan menjawabnya sepertinya (imam).

(478)-21. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada Ja'far bin al-Qasim, daripada Muhammad bin al-Walid al-Khazzaz, daripada al-Walid bin 'Uqbah, daripada al-Harith bin Ziyad, daripada Syu'aib, daripada Abi Hamzah berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah anda sahabat urusan ini? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, lalu aku telah berkata: Anak lelaki anda? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, lalu aku telah berkata: Anak lelaki kepada anak lelaki anda? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Anak lelaki kepada anak lelaki kepada anak lelaki anda (cucu anda)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Siapakah dia? Beliau a.s telah berkata: Orang yang akan memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia (bumi) dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan di masa ketiadaan para imam sebagaimana Rasulullah s.a.w diutus selepas ketiadaan para rasul a.s.

(479)-22. Ali bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Musa bin Ja'far al-Baghdadi, daripada Wahab bin Syadhan, daripada al-Hasan bin Abi al-Rabi', daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Umm Hani' berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far Muhammad bin Ali a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar, berlari dan terbenam" Maka beliau (Umm Hani') telah berkata: Beliau a.s telah berkata: Beliau adalah imam yang akan beredar atau berundur pada tahun 260 Hijrah (tahun kematian Imam yang ke sebelas), selepas itu ia akan zahir seperti komet yang bercahaya pada malam yang gelap. Jika anda mendapati zamannya, maka mata anda akan bersinar (kegembiraan).

(480)-23. Beberapa orang di kalangan sahabat kita, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada Ahmad bin al-Hasan, daripada Umar bin Yazid, daripada al-Hasan al-Rabi' al-Hamdani berkata: Muhammad bin Ishaq telah memberitahu kepada kami, daripada Usaid bin Tha'labah, daripada Umm Hani' berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ja'far Muhammad bin Ali a.s, maka aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya: "Sesungguhnya Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar, berlari dan terbenam" Beliau telah berkata: Yang beredar itu adalah imam yang berundur pada zamannya ketika ilmunya terputus di sisi manusia pada tahun 260 Hijrah. Kemudian beliau akan zahir seperti komet yang bersinar di dalam kegelapan malam. Jika anda mendapatinya, nescaya mata anda akan bersinar (kegembiraan).

(481)-24. Ali bin Muhammad, daripada sabahagian sahabat kita, daripada Ayyub bin Nuh, daripada Abu al-Hasan yang ketiga (al-Thalith) a.s telah berkata: Apabila ilmu kamu hilang di kalangan kamu, maka berharaplah kejayaan di bawah telapak kaki kamu (di kalangan kamu).

(482)-25. Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada Ayyub bin Nuh berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku berharap anda akan menjadi sahabat urusan ini (sahib hadha al-Amr), Allah akan menyerahkannya kepada anda tanpa [kekuatan] pedang. Kerana anda telah dibaiah dan dirham telah dicetak dengan nama anda, maka beliau a.s telah berkata: Tiada seorangpun di kalangan kami [meskipun] surat-surat sepakat ditujukan kepadanya (pemilihannya) dan ditunjukkan dengan anak-anak jarinya, ditanya tentang masalah-masalah dan dibawakan kepadanya harta-harta melainkan dibunuh atau mati di atas hamparannya sehingga Allah mengutus seorang kanak-kanak daripada kami untuk urusan ini yang mana kelahiran dan tempat lahirnya tersembunyi, tetapi keturunannya tidak tersembunyi.

(483)-26. Al-Husain bin Muhammad dan lain-lainnya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Ali bin al-'Abbas bin 'Amir daripada Musa bin Hilal al-Kindi, daripada Abdullah bin 'Ata', daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya Syiah anda di Iraq adalah banyak. Demi Allah, tiada seorangpun di dalam keluarga anda seperti anda, kenapa anda tidak keluar menentang mereka? Beliau a.s telah berkata: Wahai Abdullah bin 'Ata', anda telah meminjamkan dua telinga anda kepada orang yang bodoh, ya, aku bukanlah sahabat kamu [di dalam perkara ini]. Aku telah berkata kepadanya: Siapakah sahabat kita? Beliau a.s telah berkata: Lihatlah kepada siapa yang kesamaran kelahirannya daripada orang lain, maka beliaulah sahabat (imam) kamu. Sesungguhnya tiada seorangpun di kalangan kita yang ditunjukkan dengan anak-anak jari [tentang imamah) dan namanya disebut-sebut oleh orang ramai melainkan beliau akan mati di dalam keadaan marah atau dibunuh.

(484)-27. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: [Apabila] Al-Qaim menjalankan tugasannya, tiada perjanjian, persetujuan dan baiah di tengkuknya dengan seorangpun .

(485)-28. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Ali al-'Atar, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Mansur, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata: Apabila setiap pagi dan petang aku tidak melihat seorang imam yang aku akan ikuti, maka apakah yang aku akan buat? Beliau a.s telah berkata: Anda mesti mengambil seorang yang anda cintai dan memarahi seorang yang anda benci sehingga Allah menzahirkannya (imam) kepada anda.

(486)-29. Al-Husain bin Ahmad, daripada Ahmad bin Hilal berkata: Uthman bin Isa telah memberi tahu kepada kami daripada Khalid bin Najih, daripada Zurarah bin A'yun berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Keghaiban pasti akan berlaku kepada kanak-kanak itu (al-Ghulam), aku telah berkata: Kenapa? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan merasa takut-beliau telah menunjukkan dengan tangannya kepada perutnya-beliaulah yang dinanti-nantikan (al-Muntazar), beliaulah yang mana orang ramai mengesyaki tentang kelahirannya. Ada di kalangan mereka telah berkata: Beliau masih berada di dalam kandungan ibunya. Ada di kalangan mereka telah berkata: Bapanya telah mati tanpa pewaris. Ada di kalangan mereka telah berkata: Beliau telah dilahirkan sebelum kematian bapanya dua tahun.

Zurarah telah berkata: Maka aku telah berkata: Apakah yang anda akan menyuruh aku jika aku mendapati zaman itu? Beliau a.s telah berkata: Berdoalah kepada Allah dengan doa ini: Wahai Tuhanku, perkenalkanlah diri Engkau kepadaku('arrif-ni nafsa-ka), sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan diri Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali nabi Engkau (fa-inna-ka in lam tu'arrif-ni nafsa-ka lam a'rif nabiyya-ka), wahai Tuhanku, perkenalkanlah rasul Engkau kepadaku (Allahumma 'arrif-ni rasula-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan rasul Engkau kepadaku, nescaya aku tidak mengenali Hujjah Engkau (fa-in lam tu'arrif-ni rasula-ka, lam a'rif hujjata-ka).

Wahai Tuhanku, perkenalkanlah Hujjah Engkau kepadaku (Allahumma 'ariif-ni hujjata-ka), kerana sesungguhnya jika Engkau tidak memperkenalkan Hujjah Engkau kepadaku, nescaya aku akan tersesat daripada agamaku (fa-inna-ka in lam tu'arrif-ni hujjata-ka dhalal-tu 'an dini). Ahmad bin al-Hilal telah berkata: Aku telah mendengar hadis ini semenjak lima puluh enam tahun dahulu.

(487)-30. Abu Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata tentang firman Allah: "Apabila ditiup sangkakala" Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya di kalangan kami seorang imam yang menang, tersembunyi. Apabila Allah kehendaki menzahirkan urusannya, Dia akan mengetuk di hatinya dengan satu ketukan, maka beliau akan zahir dan berdiri dengan perintah Allah.

(488)-31. Muhammad bin Yahya, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Ahmad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Faraj berkata: Abu Ja'far a.s telah menulis kepadaku: Apabila Allah memarahi makhluk-Nya, Dia akan menjauhkan kami dari mendekati mereka".


Bab 81

Penjelasan Di Antara Dakwaan Orang Yang Benar Dan Orang Yang Batil Tentang Urusan Imamah (ma yufassilu bi-hi baina da'wa al-Muhiqq wa al-Mubtil fi amr al-Imamati)

(489)-1. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Salam bin Abdullah dan Muhammad bin al-Hasan dan Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad dan Abu Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ali bin al-Asbat, daripada Salam bin Abdullah al-Hasyimi, Muhammad bin Ali berkata: Sesungguhnya aku telah mendengarnya daripadanya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Talhah dan al-Zubair telah mengutus seorang lelaki daripada [Bani] 'Abd al-Qais dikenali sebagai Khadasy kepada Amir al-Mukminin a.s.

Mereka berdua telah berkata kepadanya: Sesungguhnya kami akan mengutus anda kepada seorang lelaki yang kami sudah lama mengenalinya dan keluarganya dengan sihir dan ramalan (kahanah) dan anda lebih dipercayai mewakili kami daripada diri kami sendiri untuk mencegahnya (sihir) dari berlaku. Anda hendaklah berhujah untuk kami sehinggalah beliau memahami perkara yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa beliau adalah seorang yang paling besar dakwaannya, justeru, janganlah anda biarkan beliau mengalahkan anda tentangnya. Di antara perkara-perkara yang dapat menipu manusia adalah makanan, minuman, madu dan minyak. Anda hendaklah berhadapan dengan lelaki ini.

Lantaran itu, janganlah anda memakan makanannya, janganlah anda meminum minumannya, janganlah anda menyentuh madunya dan minyaknya, janganlah anda berdua-duan dengannya, hati-hatilah semua ini daripadanya. Pergilah di atas keberkatan Allah. Apabila anda melihatnya, maka bacalah ayat al-Sukhrah dan mintalah pertolongan dengan Allah daripada tipu dayanya dan tipu daya syaitan. Apabila anda berhadapan dengannya, maka janganlah anda memusatkan pandangan anda sepenuhnya kepadanya dan janganlah anda berlembut dengannya. Kemudian katakanlah kepadanya: Sesungguhnya dua orang saudara anda dalam agama dan dua sepupu anda dalam kekerabatan menyeru anda supaya memutuskan silaturahim (al-Qati'ah). Mereka berdua berkata kepada anda: Anda mengetahui bahawa kami telah meninggalkan orang ramai untuk anda dan kami telah meninggalkan keluarga-keluarga kami kerana anda semenjak Allah a.w mematikan Muhammad s.a.w. Manakala anda telah mencapai cita-cita anda yang paling rendah, maka anda telah menghilangkan kehormatan kami dan anda telah memutuskan harapan kami. Kemudian anda telah melihat perbuatan-perbuatan kami terhadap anda dan kemampuan kami menjauhkan diri kami daripada anda, negara adalah luas tanpa anda. Sesungguhnya orang yang telah memalingkan anda daripada kami dan perhubungan kami adalah [orang] yang kurang memberi manfaat kepada anda dan [orang] yang lemah untuk mempertahankan anda daripada kami.

Sesungguhnya Subuh telah terang kepada orang yang mempunyai dua mata. Sesungguhnya [berita] pencorobohan dan doa anda ke atas kami telah sampai kepada kami. Apakah yang telah mendorong anda untuk melakukan sedemikian? Sesungguhnya kami telah melihat bahawa anda adalah penglima Arab yang paling berani, adakah anda mengambil laknat terhadap kami sebagai agama? Dan anda melihat bahawa ianya akan membuatkan kami tidak bersemangat menentang anda? Apabila Khadasy telah datang kepada Amir al-Muminin a.s, maka beliau telah melakukan apa yang diperintahkan oleh mereka berdua. Manakala Amir al-Mukminin a.s telah melihat kepadanya-beliau bermunajat-beliau a.s tersenyum sambil berkata: Di sini, wahai saudara 'Abd Qais-beliau telah menunjukkan tempat duduk yang berdekatan dengannya-lalu Khadasy berkata: Alangkah luasnya tempat ini, aku ingin menyerahkan surat kepada anda.

Beliau a.s telah berkata: Malah anda makanlah, minumlah, tukar pakaian anda dan bersihlah badan anda dengan minyak. Kemudian anda serahlah surat anda, wahai Qanbar, berdirilah dan berilah tempat kepadanya. Khadasy telah berkata: Aku tidak berhajat kepada apa yang anda telah sebutkannya. Beliau telah berkata: Aku akan bersama anda? Beliau a.s telah berkata: Setiap rahsia bukan rahsia lagi bagiku. Beliau a.s telah berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah yang lebih hampir kepada diri anda daripada anda sendiri, dinding antara anda dan hati anda, yang mengetahui mata-mata yang tidak jujur dan apa yang disembunyikan di dada, adakah al-Zubair telah datang kepada anda dan membentangkanya kepada anda?

Beliau telah berkata: Wahai Tuhanku, Ya, beliau a.s telah berkata: Jika anda menyembunyikan [sesuatu] selepas aku bertanya kepada anda, nescaya anda tidak sempat mengelipkan mata anda. Justeru aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah beliau (al-Zubair) telah mengajar anda kata-kata yang anda akan katakan kepadaku apabila anda datang kepadaku? Beliau telah berkata: Ya, Ali telah berkata: Ayat al-Sukhrah? Beliau telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Bacalah, lalu beliau membacanya dan Ali mulai mengulanginya dan menegurnya apabila beliau (Khadasy) melakukan kesilapan sehingga beliau telah membacanya sebanyak tujuh puluh kali. Khadasy telah berkata: Apakah Amir al-Mukminin a.s mendapati urusannya dengan mengulanginya sebanyak tujuh puluh kali! Kemudian beliau a.s telah berkata kepadanya: Adakah anda mendapati hati anda telah tenang? Beliau telah berkata: Ya,-demi Yang diriku di tangan-Nya-beliau a.s telah berkata: Apakah mereka berdua telah katakan kepada anda? Beliau telah memberitahunya, maka beliau a.s telah berkata: Katakanlah kepada mereka berdua: Cukuplah logik kamu berdua menjadi hujah ke atas kamu berdua, tetapi Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim. Kamu berdua telah menyangka bahawa kamu berdua saudaraku di dalam agama dan sepupuku dalam keturunan (nasab).

Adapun dari segi keturunan, maka aku tidak mengingkarinya sekalipun keturunan terputus melainkan apa yang telah disambungkan oleh Allah dengan Islam. Adapun kata-kata kamu berdua: "Sesungguhnya kamu berdua saudaraku dalam agama", jika kamu berdua adalah benar, maka kamu berdua telah meninggalkan Kitab Allah dan kamu berdua telah menderhakai perintah-Nya dengan perbuatan kamu berdua pada saudara kamu berdua di dalam agama. Jika tidak, kamu berdua telah berbohong dan berdusta dengan dakwaan kamu berdua bahawa kamu berdua saudaraku dalam agama. Adapun peninggalan atau perpecahan kamu berdua daripada orang ramai semenjak Allah mematikan Muhammad s.a.w, jika kamu berdua telah meninggalkan mereka dengan kebenaran, maka kamu berdua telah bercanggah dengan kebenaran itu sendiri dengan peninggalan atau perpecahan kamu berdua daripadaku pada masa akhir ini.

Jika kamu berdua telah meninggalkan mereka dengan kebatilan, maka dosa kebatilan itu terkena kamu berdua bersama bidaah yang kamu berdua telah melakukannya. Lagi pun dakwaan kamu berdua dengan meninggalkan orang ramai itu hanya kerana tamakkan dunia. Kamu berdua telah menyangka bahawa itulah kata-kata kamu berdua. [Kata-kata anda] "anda telah memutuskan harapan kami" kamu berdua tidak merasa malu untuk bersyukur kepada Allah [kerana] itulah agamaku. Adapun perkara yang telah memalingkan aku dari berhubung dengan mereka berdua adalah apa yang telah memalingkan kamu berdua daripada kebenaran dan mendorongkan kamu berdua untuk mencabutnya daripada tengkuk kamu berdua sebagaimana kuda mencabut tali kekangnya.

Dia adalah Allah Tuhanku, aku tidak akan melakukan syirik kepadaNya dengan sesuatupun. Justeru janganlah kamu berdua berkata: "Kurang manfaat dan pertahanan yang lemah", nescaya kamu berdua berhak dengan nama syirik bersama nifak. Adapun kata-kata kamu berdua: "Sesungguhnya aku adalah penglima Arab yang paling berani dan kamu berdua telah melarikan diri daripada laknatku dan doaku [ke atas kamu berdua], maka sesungguhnya setiap pendirian ada amalannya khususnya apabila lidah-lidah telah berselisih dan kuda-kuda yang telah dilekatkan bersama mengancam dan telah sampai ke kemuncaknya, meresapi perut kamu berdua, maka di sana Allah akan mencukupi aku dengan kesempurnaan hati. Adapun jika kamu berdua telah enggan, maka aku akan berdoa kepada Allah supaya kamu tidak berdukacita bahawa seorang lelaki sihir daripada golongan sihir, menurut sangakaan jahat kamu berdua [terhadapku], akan berdoa menentang kamu. Wahai Tuhanku, bunuhlah al-Zubair dengan seburuk-buruk pembunuhan dan tumpahilah darahnya di atas kesesatan. Perkenalkanlah kepada Talhah kehinaan dan sedialah untuk mereka berdua di Akhirat [perkara] yang lebih buruk daripada itu. Kerana mereka berdua telah menzalimiku, berdusta ke atasku, menyembunyikan penyaksian, menderhakai Engkau dan Rasul Engkau mengenaiku, maka katalah: Amin, Khadasy telah berkata: Amin.

Kemudian Khadasy telah berkata kepada dirinya: Demi Allah, aku tidak pernah melihat seorang yang telah menjelaskan kesalahan seperti ini selain daripada anda, [sehingga] pembawa hujah bercanggah sebahagian dengan sebahagian yang lain, Allah tidak menjadikannya (hujah) berkesan. Aku membersihkan diriku [berdoa] kepada Allah daripada mereka berdua. Ali a.s telah berkata: Kembalilah kepada mereka berdua dan beritahulah kepada mereka berdua apa yang aku telah katakan. Beliau telah berkata: Tidak, sehingga anda berdoa kepada Allah supaya mengembalikan aku kepada anda secepat mungkin dan supaya Dia memberi taufik kepadaku kerana keredaan-Nya kepada anda, lalu beliau a.s telah melakukannya. Tidak berapa lama selepas itu, Khadasy telah pulang dan terbunuh di dalam peperangan Jamal-rahima-hu-llah.

(490)-2. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad dan Abu Ali al-Asy'ari, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Muhammad bin Ali, daripada Nasr bin Mazahim, daripada 'Amru bin Sa'id, daripada Jarah bin Abdullah, daripada Rafi' bin Salmah berkata: Aku telah berada bersama Ali bin Abu Talib a.s pada hari Nahrawan. Manakala beliau a.s sedang duduk, tiba-tiba seorang penglima telah datang dan berkata: Al-Salamu 'alai-ka ya Ali, Maka Ali a.s telah berkata: Wa 'alai-ka al-salam, kenapakah anda, ibu anda telah meninggalkan anda , tidak memberi salam kepadaku dengan [perkataan] Amir al-Muminin? Beliau telah berkata: Ya, aku akan memberitahu kepada anda tentangnya. Manakala anda di atas kebenaran di Siffin [dan] apabila anda telah melakukan tahkim dengan dua orang hakim, [semenjak itu] aku telah membersihkan diriku daripada anda dan aku telah menamakan anda seorang musyrik (musyrikan).

Justeru, aku tidak mengetahui ke manakah aku akan palingkan wilayahku . Demi Allah, jika aku mengetahui petunjuk anda daripada kesesatan anda lebih aku sukai daripada dunia dan apa yang ada padanya. Maka Ali a.s telah berkata kepadanya: Anda telah ditinggalkan oleh ibu anda, berdirilah dekat dengan aku, aku akan memperlihatkan kepada anda alamat-alamat petunjuk daripada alamat-alamat kesesatan. Lalu lelaki itu telah berdiri dekat kepadanya.

Di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba seorang penglima mulai bergegas mendatangi Ali a.s, lalu berkata: Wahai Amir al-Mukminin, bergembiralah dengan pembukaaan, nescaya Allah menenangkan mata anda. Sesungguhnya mereka semuanya terbunuh. Lantas beliau a.s telah berkata kepadanya: Di seberang sungai atau di tepi sungai? Beliau telah berkata: Di seberang sungai, maka beliau a.s telah berkata: Anda telah berbohong. Demi Yang telah memecahkan biji-bijian dan membersihkan jiwa bahawa mereka tidak akan menyeberanginya selama-lamanya sehingga mereka dibunuh.

Maka lelaki itu berkata: Aku telah bertambah yakin padanya. Tiba-tiba seorang penglima yang lain melompat di atas kudanya, lalu berkata kepadanya perkara yang sama, maka Amir al-Mukminin a.s telah menjawabnya sebagaimana beliau a.s telah menjawabnya kepada sahabatnya. Seorang lelaki yang syak telah berkata: Aku berangan-angan untuk mendatangi Ali a.s dan menghancurkan kekuatannya dengan pedang. Kemudian dua orang penglima yang sedang menunggang kuda mereka dengan laju telah berkata: Allah akan menenangkan mata anda, wahai Amir al-Mukminin, bergembiralah dengan pembukaan, sesungguhnya mereka semuanya telah dibunuh.

Maka Ali a.s telah berkata: Adakah di tepi sungai atau di seberang sungai? Mereka telah berkata: Di tepi sungai. Manakala mereka telah mendesak kuda-kuda mereka menyeberangi Nahrawan dan air telah memukul paras tengkuk kuda-kuda mereka, maka mereka pun telah kembali dan terkena musibah (mati). Maka Ali a.s telah berkata kepada mereka berdua: Kamu berdua adalah benar, lalu seorang penglima telah turun dari kudanya, lalu mengambil tangan Amir al-Mukmininn a.s dan kakinya, kemudian mengucup kedua-duanya. Maka Ali a.s telah berkata: Inilah satu alamatnya (ayatnya).

(491)-3. Ali bin Muhammad, daripada Abi Ali Muhammad bin Isma'il bin Musa bin Ja'far, daripada Ahmad bin al-Qasim al-'Ajaliy, daripada Ahmad bin Yahya yang dikenali dengan Kard, daripada Muhammad bin Khudahi, daripada Abdullah bin Ayyub, daripada Abdullah bin Hasyim, daripada 'Abd al-Karim bin 'Amru al-Khusya'i, daripada Hababah al-Walibiyyah berkata: Aku telah melihat Amir al-Mukminin a.s pada pembarisan ketenteraan (syurtah al-Khamis) bersamanya cemeti yang mempunyai dua jari telunjuk yang mana beliau a.s telah memukul dengannya penjual-penjual belut, al-Marmahiya dan tukang tiup serunai. Beliau a.s telah berkata kepada mereka: Wahai penjual-penjual Bani Israel yang diubah bentuk (masukh Bani Israel) dan tentera Bani Marwan, lantas Furat bin Ahnaf berdiri, lalu berkata: Wahai Amir al-Mukminin, apakah tentera Bani Marwan? Beliau a.s telah berkata kepadanya: Kaum yang telah mencukur janggut dan memintal misai, maka mereka telah diubah bentuk (musikhu), maka aku tidak pernah melihat orang yang bercakap yang lebih baik daripadanya.

Kemudian aku telah mengikutinya, aku sentiasa menjejaki kesannya sehingga beliau a.s telah duduk di perkarangan masjid, lalu aku telah berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, apakah dalil imamah mudah-mudahan anda dirahmati Allah. Hababah telah berkata: Beliau a.s telah berkata: Bawakan batu kecil itu sambil menunjukkan dengan tangannya kepada batu kecil itu, lalu aku telah membawanya kepadanya, kemudian beliau a.s telah mencetak atau mengecap padanya dengan cincinnya untuk aku (fa-tabi'a li fi-ha bi-Khatimi-hi). Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Hababah, apabila seorang yang mendakwa imamah, maka beliau mampu mencetak atau mengecap sebagaimana anda telah melihatnya, maka ketahuilah, bahawa beliau adalah seorang imam yang difardukan ketaatannya dan seorang imam tidak akan terlepas sesuatu yang beliau inginkan. Hababah telah berkata: Aku telah pergi jauh sehingga kematian Amir al-Mukminin a.s.

Kemudian aku (Hababah) telah datang kepada al-Hasan a.s ketika itu sedang berada di tempat duduk Amir al-Mukminin a.s dan orang ramai sedang bertanya kepadanya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Hababah al-Walibiyyah, maka aku telah berkata: Ya, wahai maulaya, maka beliau a.s telah berkata: Bawalah kepadaku apa yang ada pada anda, maka Hababah telah berkata: Akupun telah memberikan batu kecil kepadanya, lalu beliau a.s telah mencetak atau mengecap padanya [dengan cincinnya] sebagaimana dilakukan oleh Amir al-Mukminin a.s. Hababah telah berkata: Kemudian aku telah mendatangi al-Husain a.s dan beliau a.s pada ketika itu berada di masjid Rasulullah s.a.w, lalu beliau a.s telah mendekati[ku] dan mengucap selamat datang kepada[ku]. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Di dalam beberapa dalil terdapat satu dalil yang anda mahu, adakah anda mahu dalil imamah? Maka aku telah berkata: Ya, wahai sayyidi, Maka beliau a.s telah berkata: Bawalah kepadaku apa yang ada pada anda.

Kemudian aku telah memberi batu kecil kepadanya, lalu beliau a.s mencetak atau mengecap padanya [dengan cincinnya] untukku. Hababah telah berkata: Kemudian aku telah datang kepada Ali bin al-Husain a.s pada masa itu aku telah lanjut usia sehingga aku merasa gemuruh, aku telah menjangka [umurku] pada hari itu 113 tahun. Maka aku telah melihatnya sedang rukuk, sujud atau sibuk dengan ibadat, justeru, aku telah putus asa [untuk bertanya] tentang dalil (imamah), lalu beliau a.s telah menunjukkan kepadaku dengan jari telunjuknya, lalu perasaan usia mudaku kembali kepadaku. Aku telah berkata: Wahai sayyidi, berapa lamakah dunia telah berlalu dan berapa lamakah ia masih tinggal?

Beliau a.s telah berkata: Adapun apa yang telah berlalu, maka ia adalah ya, adapun apa yang masih tinggal, maka ia adalah tidak. Hababah telah berkata: Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Bawalah kepadaku apa yang ada bersama anda, lalu aku telah memberi kepadanya batu kecil. Kemudian beliau a.s telah mencetak atau mengecap padanya [dengan cincinnya] untukku. Kemudian aku telah mendatangi Abu Ja'far a.s, lalu beliau telah mencetak atau mengecap padanya [dengan cincinnya] untukku. Kemudian aku telah mendatangi Abu Abdillah a.s, lalu beliau telah mencetak atau mengecap padanya [dengan cincinnya] untukku. Kemudian aku telah mendatangi Abu al-Hasan Musa a.s, lalu beliau telah mencetak atau mengecap padanya [dengan cincinnya] untukku. Kemudian aku telah mendatangi al-Ridha a.s, lalu beliau telah mencetak atau mengecap padanya [dengan cincinnya] untukku. Hababah telah hidup sembilan bulan selepas itu menurut Muhammad bin Hisyam.

(492)-4. Muhammad bin Abi Abdullah dan Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad al-Nakha'i, daripada Abi Hasyim Daud bin al-Qasim al-Ja'fari berkata: Aku telah berada di sisi Abu Muhammad a.s, lalu beliau a.s telah memberi keizinan kepada seorang lelaki daripada Yaman berjumpa dengannya, lantas seorang lelaki yang montok, panjang tubuhnya datang dan memberi salam kepadanya dengan wilayah [Ahlu l-Bait], maka beliau a.s telah menjawab salamnya dengan penerimaan dan memintanya supaya duduk. Beliau telah duduk berdekatan denganku, maka aku telah berkata kepada diriku: Siapakah gerangan lelaki ini? Abu Muhammad a.s telah berkata: Ini adalah anak lelaki kepada seorang perempuan Badwi bernama Hababah, pemilik batu kecil yang telah dicetak atau dicapkan oleh bapa-bapaku padanya dengan cincin-cincin mereka, maka ia tercetak padanya.

Sesungguhnya beliau telah membawanya bersamanya, beliau mahu supaya aku mencetak padanya [dengan cincinku]. Kemudian beliau a.s telah berkata: Bawalah ia kepadaku, lalu beliau mengeluarkan batu kecil dan di tepinya [terdapat] tempat yang licin, lalu Abu Muhammad a.s telah mengambilnya, kemudian beliau a.s mengeluarkan cincinnya, lalu mencetak padanya dengan cincinnya dan ia tercetak seolah-olah aku sedang melihat ukiran cincinnya pada masa itu juga "al-Hasan bin Ali" Maka aku telah berkata kepada lelaki Yaman itu: Adakah anda telah melihatnya a.s sebelum ini? Beliau telah berkata: Tidak, demi Allah, sesungguhnya aku semenjak berapa lama berhasrat untuk melihatnya seolah-olah pada masa itu juga, seorang pemuda telah mendatangi aku, tetapi aku tidak melihatnya, berkata kepadaku: Berdirilah dan masuklah, lantas aku masuk.

Kemudian lelaki Yaman itu telah bangun sambil berkata: Rahmat Allah dan berkat-Nya di atas kamu Ahlu l-Bait, zuriat selepas zuriat bahawa aku naik saksi dengan Allah bahawa hak anda adalah wajib seperti hak Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya. Kemudian beliau telah pergi dan aku tidak melihatnya selepas itu. Ishaq telah berkata: Abu Hasim al-Ja'fari telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya namanya, maka beliau telah berkata: Namanya Mahja' bin al-Salt bin 'Uqbah bin Sam'an bin Ghanim bin Umm Ghanim iaitu Seorang perempuan Badwi dari Yaman, pemilik batu kecil yang telah dicapkan padanya oleh Amir al-Mukminin a.s dan anak-anaknya sehingga waktu Abu al-Hasan a.s.

(493)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ali bin Ri'ab, daripada Abu 'Ubaidah dan Zurarah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala al-Husain a.s dibunuh, Muhammad bin al-Hanafiyyah telah mengutus kepada Ali bin al-Husain a.s, lalu beliau telah berbicara dengannya dan berkata: Wahai anak saudaraku, sesungguhnya anda telah mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi wasiat dan imamah selepasnya kepada Amir al-Mukminin a.s, kemudian kepada al-Hasan a.s, kemudian kepada al-Husain a.s dan bapa anda r.a telah dibunuh dan diselawatkan ke atas rohnya, tetapi beliau a.s tidak meninggalkan wasiat. Aku adalah bapa saudara anda ('ammu-ka) dan seorang daripada dua saudara bapa anda dan kelahiranku adalah daripada Ali a.s. Justeru, dari segi umur dan kedewasaan, aku adalah lebih berhak dengannya daripada anda di dalam usia anda yang masih muda.

Lantaran itu, janganlah anda menentangku tentang wasiat dan imamah serta janganlah anda berhujah denganku. Maka Ali bin al-Husain a.s telah berkata kepadanya: Wahai bapa saudaraku, janganlah anda mendakwa perkara yang anda tidak ada hak ke atasnya, sesungguhnya aku menasihati anda supaya anda tidak termasuk di kalangan mereka yang jahil. Sesungguhnya bapaku a.s telah mewasiatkan kepadaku sebelum beliau a.s menuju ke Iraq dan telah berjanji kepadaku tentangnya (imamah) satu jam sebelum beliau a.s mati syahid. Ini adalah senjata Rasulullah s.a.w di sisiku, janganlah anda menentang perkara ini kerana aku khuatir umur anda akan berkurangan dan [menghadapi] keadaan yang tidak menentu. Sesungguhnya Allah a.s telah menjadikan wasiat dan imamah pada zuriat al-Husain a.s. Jika anda mahu mengetahui tentangnya, maka datanglah bersama kami ke al-Hajr al-Aswad supaya kita meminta penghakiman daripadanya dan kita bertanya kepadanya tentangnya. Abu Ja'far a.s telah berkata: Percakapan di antara mereka berdua telah berlaku di Makkah. Kemudian mereka berdua telah pergi sehingga mereka berdua telah sampai di al-Hajr al-Aswad. Maka Ali bin al-Husain a.s telah berkata kepada Muhammad bin al-Hanafiyyah: Anda cubalah berdoa secara mubahalah kepada Allah a.s dan mintalah kepadanya supaya Dia membuatkan al-Hajr al-Aswad bercakap kepada anda, kemudian bertanyalah kepadaNya. Lalu Muhammad telah berdoa dan memohon kepada Allah, kemudian beliau telah berdoa kepada al-Hajr, tetapi ia tidak menjawabnya.

Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Wahai bapa saudaraku, jika anda seorang wasi dan imam, nescaya Dia telah menjawab anda (lau kun-ta wasiyyan wa imaman la-ajaba-ka). Maka Muhammad telah berkata kepadanya: Berdoalah kepada Allah, wahai anak saudaraku dan mohonlah kepadaNya, lantas Ali bin al-Husain a.s berdoa kepada Allah apa yang beliau a.s kehendaki, kemudian beliau a.s telah berkata: Aku meminta kepada engkau dengan Yang telah menjadikan pada engkau perjanjian para nabi dan perjanjian para wasi dan perjanjian manusia semua supaya engkau memberitahu kepadaku siapakah wasi dan imam selepas al-Husain bin Ali a.s?

Beliau telah berkata: Al-Hajr (batu) telah bergerak seolah-olah ia berpindah dari tempatnya. Kemudian Allah a.w telah membuatnya bercakap dengan bahasa Arab yang jelas, maka ia telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya wasiat dan imamah selepas al-Husain bin Ali a.s adalah kepada Ali bin al-Husain a.s bin Ali bin Abu Talib dan anak lelaki Fatimah binti Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata: Lalu Muhammad bin Ali pulang dan mewalikan Ali bin al-Husain a.s.

Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz, daripada Zurarah, daripada Abu Ja'far a.s riwayat seumpamanya.

(494)-6. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali berkata: Sama'ah bin Mihran telah berkata: Al-Kalbi al-Nassabah telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah memasuki Madinah dan aku tidak mengetahui sesuatupun tentang urusan ini, lalu aku telah mendatangi masjid, tiba-tiba aku dapati sekumpulan Quraisy, maka aku telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang orang alim di kalangan Ahlu l-Bait ini? Mereka telah berkata: Abdullah bin al-Hasan, lalu akupun telah mendatangi rumahnya dan meminta izin daripadanya. Lantas seorang lelaki telah datang kepadaku, aku telah menyangka bahawa dia adalah hambanya. Aku telah berkata kepadanya: Aku meminta izin kepada maula anda, maka beliaupun telah masuk, kemudian beliau telah keluar dan berkata kepadaku: Masuklah, lalu akupun masuk. Tiba-tiba aku telah mendapati seorang syeikh yang sangat gigih. Aku telah memberi salam kepadanya, lalu beliau telah berkata kepadaku: Siapakah anda? Maka aku telah berkata: Aku adalah al-Kalbi al-Nassabah, maka beliau telah berkata: Apakah hajat anda? Aku telah berkata: Aku datang kerana ingin bertanya anda, maka beliau telah berkata: Adakah anda telah bertemu dengan anak lelakiku Muhammad? Aku telah berkata: Aku telah mulai bertemu dengan anda, maka beliau telah berkata: Tanyalah, maka aku telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang seorang lelaki yang telah berkata kepada isterinya: Anda ditalakkan sebanyak bilangan bintang-bintang di langit, maka beliau telah berkata: Anda maksudkan dengan bilangannya dan bakinya di atasnya dan [beliau akan menerima] balasan.

Aku telah berkata kepada diriku: Satu . Apakah pendapat syeikh tentang sapu di atas dua kasut (al-Khuffain)? Beliau telah berkata: Kaum yang saleh telah menyapunya, tetapi kami Ahlu l-Bait tidak menyapunya. Maka aku telah berkata kepada diriku: Dua . Maka aku telah berkata: Apakah pendapat anda tentang memakan belut adakah ia halal atau haram? Beliau telah berkata: Halal, tetapi kami Ahlu l-Bait [tidak memakannya] kerana kewarakan kami ('iffah). Maka aku telah berkata kepada diriku: Tiga , maka aku telah berkata: Apakah pendapat anda tentang nabidh (air anggur arak)? Maka beliau telah berkata: Halal, tetapi kami Ahlu l-Bait tidak meminumnya. Kemudian aku telah berdiri dan keluar dari sisinya sambil berkata: Inilah kumpulan yang membohongi Ahlu l-Bait ini.

Kemudian aku telah memasuki masjid, lalu aku telah melihat kepada sekumpulam Quraisy dan orang lain. Akupun telah memberi salam kepada mereka, kemudian aku telah berkata kepada mereka: Siapakah orang yang paling alim di kalangan Ahlu l-Bait ini? Mereka telah berkata: Abdullah bin al-Hasan. Aku telah berkata: Aku telah mendatanginya, tetapi aku tidak mendapatinya sesuatu (tidak berilmu). Tiba-tiba seorang lelaki di kalangan mereka mengangkat kepalanya dan berkata: Datanglah kepada Ja'far bin Muhammad a.s, maka beliau adalah orang yang paling alim di kalngan Ahlu l-Bait ini. Maka seorang daripada mereka yang telah berada di situ telah mencelanya.

Aku telah berkata: Sesungguhnya mereka telah menegah mereka dari menunjukkan aku kepadanya pertama kali disebabkan hasad. Maka aku telah berkata kepadanya: Alangkah dukacitanya anda, beliaulah yang aku kehendaki, maka akupun pergi sehingga aku berada di rumahnya. Aku telah mengetuk pintu [rumah]nya. Lalu hambanya keluar dan berkata: Masuklah, wahai saudara Kalb, demi Allah, ia telah menakutkan aku, maka akupun masuk di dalam keadaan gelisah dan aku telah melihat seorang syeikh di atas tikar sembahyang tanpa bantal dan sarungnya.

Kemudian beliau telah memulakan percakapan denganku selepas aku memberi salam kepadanya. Beliau telah berkata kepadaku: Siapakah anda? Maka aku telah berkata pada diriku: Ya subhanallah! Hambanya telah berkata kepadaku di pintu: Masuklah, wahai saudara Kalb sedangkan maulanya bertanyaku siapakah anda? Aku telah berkata kepadanya: Aku adalah al-Kalb al-Nassabah, lalu beliau telah memukul dengan tangannya di atas dahinya sambil berkata: Berbohonglah golongan 'Adiluun dengan Allah, mereka telah sesat dengan kesesatan yang jauh dan mereka telah rugi dengan kerugian yang nyata.

Wahai saudara Kalb, sesungguhnya Allah a.w telah berfirman: "Dan (Kami binasakan) kaum 'Ad dan Thamud dan penduduk Rass dan banyak (lagi) generasi-generasi di antara kaum-kaum tersebut" Adakah anda melakukan penasaban diri anda dengannya? Aku telah berkata: Tidak, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bolehkan anda melakukan penasaban diri anda? Aku telah berkata: Ya, aku adalah polan bin polan bin polan sehingga aku telah sampai ke kemuncaknya, maka beliau telah berkata kepadaku: Berdirilah, ia tidak mengikut pendapat anda, alangkah dukacitanya anda, adakah anda mengetahui siapakah polan bin polan? Aku telah berkata: Ya, polan bin polan. Beliau telah berkata: Sesungguhnya polan bin polan bin polan penternak berbangsa Kurdi.

Sesungguhnya polan penternak berbangsa Kurdi telah berada di atas gunung keluarga polan, lalu beliau telah bermalam dengan seorang perempuan polan dari gunungnya yang mana beliau menternak kambing-kambingnya di atasnya. Beliau telah memberi makan kepadanya (perempuan) sesuatu dan beliau telah menutupnya (menidurinya). Kemudian perempuan itu telah melahirkan seorang anak. Justeru, polan bin polan adalah daripada perempuan itu dan polan bin polan. Kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui nama-nama ini? Aku telah berkata: Tidak, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, jika anda fikir anda dapat menegahnya daripada ini, maka lakukanlah?

Maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya anda telah berkata: Maka aku telah berkata: Sesungguhnya aku tidak akan kembali. Beliau telah berkata: Jika begitu kita tidak akan kembali dan bertanyalah apa yang anda datang kerananya? Maka aku telah berkata kepadanya: Beritahulah kepadaku tentang seorang lelaki yang telah berkata kepada isterinya: Anda ditalakkan sebanyak bilangan bintang-bintang di langit? Beliau a.s telah berkata: Tidakkah anda membaca Surah al-Talaq?

Aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Bacalah, lalu aku membacanya: "Maka cerailah mereka menurut iddah mereka dan hitunglah iddah" Beliau a.s telah berkata: Adakah anda melihat di sini bilangan bintang-bintang di langit? Aku telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Seorang lelaki yang telah berkata kepada isterinya: Anda diceraikan dengan talak tiga? Beliau a.s telah berkata: Dirujukkan kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Tidak ada talak melainkan ketika bersih [dari haid], tanpa jimak dengan dua orang saksi yang adil", maka aku telah berkata kepada diriku: Satu[yang benar]. Kemudian beliau a.s telah berkata: Tanyalah, aku telah berkata: Apakah pendapat anda tentang penyapuan di atas al-Khuffain? Lantas beliau a.s tersenyum, kemudian berkata: Apabila tiba hari Kiamat, Allah mengembalikan setiap sesuatu kepada jenis asalnya.

Dia akan mengembalikan kulit (al-Jild) kepada kambing. Justeru, anda melihat mereka yang melakukan penyapuan (ashab al-mashu) yang manakah wuduk mereka akan pergi? Maka aku telah berkata kepada diriku: Dua [yang benar]. Kemudian beliau a.s telah berpaling kepadaku dan berkata: Tanyalah, maka aku telah berkata: Beritahulah kepadaku tentang memakan belut? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah menukarkan bentuk (masakha) sekumpulan Bani Israel. Justeru, apa yang Dia telah menempatkan mereka di lautan, maka ia adalah belut dan spesisnya. Dan Apa yang Dia telah menempatkan mereka di daratan, maka ia adalah beruk, babi, cicak, biawak dan sepesisnya. Maka aku telah berkata kepada diriku: Tiga [yang benar]. Kemudian beliau a.s telah berpaling kepadaku, maka beliau a.s telah berkata: Tanyalah dan berdirilah, maka aku telah berkata: Apa pendapat anda tentang nabidh (air anggur arak)? Maka beliau a.s telah berkata: Halal, maka aku telah berkata kepada diriku: Sesungguhnya kami menjernihkan nabidh, lalu kami membuangkan yang keruh dan selain daripada itu kami meminumnya.

Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, itu adalah arak yang busuk (al-Khumrah al-Muntinah). Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, nabidh manakah yang anda maksudkan? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya penduduk Madinah telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang perubahan air dan kerosakan tabiinya, lalu baginda s.a.w telah memerintahkan mereka supaya menjernihkannya. Seorang lelaki memerintahkan khadamnya supaya menjernihkannya untuknya, lalu beliau mengambil segenggam kurma dan mencampakkannya ke dalam bekas daripada kulit. Maka daripadanyalah minumannya dan kebersihannya. Maka aku telah berkata: Berapakah bilangan kurma di dalam genggaman?

Beliau a.s telah berkata: Apa yang boleh dibawa oleh tapak tangan, maka aku telah berkata: Satu dan dua? Beliau a.s telah berkata: Kemungkinan satu dan kemungkinan dua. Aku telah berkata: Berapakah ukuran bekas (al-Syannu)? Beliau a.s telah berkata: Di antara empat puluh kepada lapan puluh [tahun atau abad?] ke atas. Maka aku telah berkata: Dengan [ukuran] kati? Beliau a.s telah berkata: Ya, kati mengikut ukuran Baghdad. Sama'ah telah berkata: Al-Kalbi telah berkata: Kemudian beliau a.s telah bangun dan aku telah berdiri, lalu aku keluar sedangkan aku telah memukul tanganku di atas yang lain dan berkata: Jika ia adalah sesuatu, maka ia adalah ini. Al-Kalbi masih beragama dengan agama Allah dengan mencintai keluarga rumah ini sehingga beliau mati.

(495)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abi Yahya al-Wasiti, daripada Hisyam bin Salim berkata: Kami telah berada di Madinah selepas kematian Abu Abdillah a.s. Aku, Sahib al-Taq dan orang ramai bersepakat ke atas Abdullah bin Ja'far bahawa beliaulah sahib al-Amr (sahabat urusan imamah) atau imam selepas bapanya. Kemudian kami telah datang kepadanya; aku, Sahib al-Taq dan orang ramai di sisinya bahawa mereka telah meriwayatkan daripada Abu Abdillah a.s bahawa beliau telah berkata: Sesungguhnya urusan [imamah] adalah kepada yang paling tua selama tiada kecacatan, Lalu kami telah datang kepadanya bertanya beliau sebagaimana kami telah bertanya bapanya.

Kami telah bertanya beliau tentang zakat, berapakah kadar wajib zakat? Beliau telah berkata: Dua ratus [dirham] lima [dirham]. Kami berkata: Pada seratus? Beliau telah berkata: Dua dirham setengah. Maka kami telah berkata: Demi Allah, [pendapat] ini dikatakan oleh Murjiah. Beliau (perawi) telah berkata: Maka Abdullah telah mengangkat tangannya ke langit dan berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui apa yang dikatakan oleh Murjiah. Beliau (perawi) berkata: Maka kami telah keluar dari sisinya di dalam keadaan sesat, kami tidak mengetahui ke manakah kami akan tuju, aku dan Ja'far al-Ahwal, kami telah duduk di lorong Madinah menangis dan keliru. Kami tidak mengetahui ke manakan kami akan tuju dan kepada siapakah kami akan tumpu? Kami telah berkata: Kepada Murjiah? Kepada Qadariyyah? Kepada Zaidiyyah? Kepada Muktazilah? Kepada Khawarij?

Begitulah kami, tiba-tiba aku telah melihat seorang syeikh yang aku tidak mengenalinya, menunjukkan dengan tangannya kepadaku. Aku khuatir bahawa beliau adalah salah seorang pengintip daripada pengintip-pengintip Abu Ja'far al-Mansur kerana beliau mempunyai ramai pengintip di Madinah memerhatikan orang yang mengikuti Syiah Ja'far a.s, lalu mereka memukul tengkuknya (yadhribun 'unqa-hu). Justeru, aku khuatir menjadi [mangsa] seorang daripada mereka. Maka aku telah berkata kepada Ahwal: Pergi jauh, kerana aku khuatir di atas diriku dan diri anda. Sesungguhnya beliau (Abu Ja'far al-Mansur) mahuku dan bukan anda. Lantaran itu, Pergilah jauh daripadaku, nescaya anda tidak akan binasa dan dapat menolong diri anda sendiri.

Kemudian beliau telah pergi agak jauh daripadaku dan aku telah mengikuti syeikh itu kerana aku menyangka bahawa aku tidak mampu melepaskan diriku daripadanya. Justeru, aku sentiasa mengikutinya dan aku telah berazam untuk mati sehingga aku sampai ke pintu [rumah] Abu al-Hasan a.s. Kemudian beliau telah berada bersamaku buat seketika dan pergi. Tiba-tiba khadam[nya] telah berada di pintu dan berkata kepadaku: Masuklah semoga Allah merahmati anda, maka akupun masuk, tiba-tiba aku mendapati Abu al-Hasan Musa a.s, lalu beliau a.s telah berkata kepadaku: Tidak kepada Murjiah, tidak kepada Qadariyyah, tidak kepada Zaidiyyah, tidak kepada Muktazilah, tidak kepada Khawarij, tetapi kepadaku, kepadaku. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bapa anda telah mati? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Bapa anda a.s telah mati? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Siapakah [imam] untuk kita selepasnya?

Beliau a.s telah berkata: Insya Allah jika Dia kehendaki memberi hidayah kepada anda, nescaya Dia akan melakukannya. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya Abdullah menyangka bahawa beliaulah [imam] selepas bapanya, beliau a.s telah berkata: Abdullah ingin supaya Allah tidak disembah (yuridu 'Abdullah an la yu'bada llah). Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, siapakah [imam] untuk kita selepas bapa anda? Beliau a.s telah berkata: Insya Allah jika Dia kehendaki memberi hidayah kepada anda, nescaya Dia akan melakukannya. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda bahawa andalah orangnya?

Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku tidak berkata sedemikian. Aku telah berkata pada diriku: Aku belum menyelesaikan masalah. Kemudian aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah di atas anda seorang imam? Beliau telah berkata: Sesuatu telah membuatkan aku menghormatinya dan kehebatannya lebih terserlah daripada kehebatan bapanya ketika aku datang kepadanya. Kemudian aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku akan bertanya anda apa yang aku telah bertanya bapa anda? Maka beliau a.s telah berkata: Tanyalah, nescaya anda akan diberitahu, tetapi janganlah anda menyebarkannya. Jika anda menyebarkannya, nescaya anda akan disembelih. Aku telah bertanya kepadanya, maka [aku mendapati] beliau adalah lautan yang tidak kering . Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, Syiah anda dan Syiah bapa anda dituduh sesat. Justeru aku akan berjumpa dengan mereka dan menyeru mereka kepada anda?

Sesungguhnya anda telah meminta aku supaya merahsiakannya? Beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang anda mendapatinya seorang yang cerdik, maka bertemulah dengannya dan mintalah supaya beliau merahsiakannya (al-Kitman). Jika mereka mendedahkannya, maka pembunuhan untuk mereka [beliau a.s telah menunjukkan dengan tangannya ke halkumnya] beliau telah berkata: Aku telah keluar dari sisinya, maka aku telah berjumpa dengan Abu Ja'far al-Ahwal, maka beliau telah berkata kepadaku: Apakah rahsianya?

Aku telah berkata: Petunjuk, lalu aku telah menceritakan kepadanya kisah itu. Beliau telah berkata: Kemudian kami telah berjumpa dengan al-Fudhail dan Abu Basir, lalu mereka berdua telah datang kepadanya dan mendengar percakapannya dan bertanya beliau dan memutuskan ke atasnya dengan imamah. Kemudian kami telah berjumpa dengan orang ramai yang berpuak-puak dan setiap puak telah datang berjumpa dengannya dan memutuskan bahawa beliaulah imam melainkan puak 'Ammar dan dan para sahabatnya. Dan tinggallah Abdullah yang hanya didatangi oleh golongan yang sedikit. Apabila beliau telah melihat keadaan sedemikian, beliau telah berkata: Apakah keadaan manusia? Lalu diceritakan bahawa Husyam telah menahan orang ramai daripada anda. Hisyam telah berkata: Ramai orang telah membuatkan aku duduk di rumah kerana mereka mahu memukul aku.

(496)-8. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad, daripada Muhammad bin polan seorang berfahaman Waqifiyyah, berkata: Aku mempunyai seorang sepupu dikenali dengan al-Hasan bin Abdullah. Beliau adalah seorang yang zuhud dan yang paling kuat ibadat pada zamannya. Beliau dilindungi oleh sultan kerana kesungguhnya tentang agama dan ijtihadnya. Kemungkinan sultan telah mengalukan [seorang] dengan kata-kata yang sukar [untuk] menasihatinya, menyuruhnya melakukan perkara yang baik dan melarangnya daripada perkara yang mungkar. Sultan menanggungnya kerana kebaikannya. Keadaan berterusan sedemikian sehingga pada suatu hari, tiba-tiba Abu al-Hasan Musa a.s telah mendatanginya ketika beliau berada di masjid, lalu beliau telah melihatnya dan menunjukkan kepadanya dengan tangannya, lalu beliau mendatanginya dan berkata kepadanya: Wahai Abu Ali, alangkah sukanya aku [melihat] keadaan anda sekarang kecuali anda tidak mempunyai makrifah (pengetahuan), justeru, dapatkanlah makrifah.

Beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah itu makrifah? Beliau telah berkata: Pergilah dan fahamilah dan pelajarilah hadis. Beliau telah berkata: Daripada siapa? Beliau telah berkata: Daripada para ulama Madinah. Kemudian beliau telah membentangkan hadis kepadaku. Beliau telah berkata: Beliaupun telah pergi dan menulis. Kemudian beliau telah datang kepadanya, lalu membacanya kepadanya, maka beliau telah menjatuhkannya kesemuanya. Kemudian beliau telah berkata kepadanya: Pergilah dan kenallah makrifah. Lelaki itu amat mengambil berat tentang agamanya. Justeru, beliau sentiasa menanti Abu al-Hasan a.s sehingga beliau telah keluar ke ladangnya.

Beliau telah bertemu dengannya di jalan, lalu beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku berhujah ke atas anda di hadapan Allah. Justeru tunjukkanlah kepadaku makrifah. Lalu beliau a.s telah memberitahu kepadanya tentang Amir al-Mukminin a.s dan apa yang telah berlaku selepas [kematian] Raulullah s.a.w dan beliau telah menceritakan kepadanya tentang urusan dua lelaki itu , lalu beliau telah menerimanya. Kemudian beliau telah berkata kepadanya: Siapakah selepas Amir al-Mukminin a.s? Beliau a.s telah berkata: Al-Hasan a.s, kemudian al-Husain a.s sehingga berakhir kepada dirinya, kemudian beliau telah diam. Maka beliau telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, siapakah dia imam] hari ini? Beliau a.s telah berkata: Jika aku menceritakan kepada anda, anda akan menerimanya?

Beliau telah berkata: Ya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah berkata: Akulah dia. Beliau telah berkata: Sesuatu yang aku menjadikannya sebagai dalil? Beliau a.s telah berkata: Pergilah kepada pokok itu- beliau telah menunjukkan dengan tangannya ke arah pokok Umm Ghailan-maka katakanlah kepadanya: Musa bin Ja'far akan berkata kepada engkau: Datanglah ke sini. Maka beliau telah berkata: Aku telah datang kepadanya dan melihatnya, demi Allah, ia (pokok) membajak atau membelah bumi sehingga ia berdiri di hadapannya. Kemudian beliau a.s telah menunjukkan [dengan tangannya] kepadanya, lalu ia kembali [ke tempat asalnya]. Beliau telah berkata: Beliau telah mengakuinya, kemudian beliau telah bersikap berdiam diri dan beribadat. Tiada seorangpun melihatnya bercakap selepas itu.

Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ibrahim bin Hasyim dengan riwayat yang sama.

(497)-9. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ahmad bin al-Husain, daripada Muhammad bin al-Tayyib, daripada 'Abd al-Wahhab bin Mansur, daripada Muhammad bin Abi al-'Ala' berkata: Aku telah mendengar Yahya bin Aktam[kadi al-Samara']selepas aku mengadakan dialog dengannya, aku telah bertanya beliau tentang ilmu keluarga Muhammad s.a.w, maka beliau telah berkata: Pada suatu hari, aku telah datang untuk bertawaf di makam Rasulullah s.a.w, tiba-tiba aku telah melihat Muhammad bin Ali al-Ridha a.s sedang melakukan tawaf di sekitar makamnya. Lantaran itu, aku telah berdialog dengannya di dalam berbagai masalah di sisiku, lalu beliau telah mengeluarkannya kepadaku .

Aku telah berkata kepadanya: Demi Allah, aku ingin bertanya kepada anda tentang satu masalah, sesungguhnya aku, demi Allah, malu mengenainya. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Aku akan menceritakan kepada anda sebelum anda bertanya kepadaku, anda akan bertanyaku tentang imam, maka aku telah berkata: Ya, demi Allah, ini [masalahnya]. Beliau a.s telah berkata: Akulah dia (ana hu-wa). Aku telah berkata: Alamat[nya]? Maka di tangannya tongkat, lalu ia telah bercakap dan berkata: Sesungguhnya maulaku adalah imam zaman ini dan beliaulah al-Hujjah".

(498)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad atau orang lain daripadanya, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Husain Ibn Umar bin Yazid berkata: Aku telah datang kepada al-Ridha a.s dan aku pada hari itu seorang yang berfahaman Waqifiyyah. Sesungguhnya bapaku telah bertanya bapanya tentang tujuh masalah, maka beliau telah menjawabnya enam [masalah] dan beliau telah menahan dirinya dari [menjawab] masalah ke tujuh. Aku telah berkata: Demi Allah, aku akan bertanya kepadanya apa yang telah ditanya oleh bapaku akan bapanya. Jika beliau menjawab sebagaimana jawapan bapanya, maka ia adalah satu alamat [imamahnya].

Maka aku telah bertanya beliau, lalu beliau telah menjawab sebagaimana jawapan bapanya kepada bapaku di dalam enam masalah. Maka beliau tidak menambah jawapan sama ada wau atau ya' dan beliau telah menahan dirinya dari [menjawab] masalah ketujuh. Sesungguhnya bapaku telah berkata kepada bapanya: Aku akan berhujah di atas anda di sisi Allah pada hari Kiamat bahawa sesungguhnya anda telah menyangka bahawa Abdullah bukanlah seorang imam, lalu beliau telah meletakkan tangannya di atas tengkuknya, kemudian beliau telah berkata kepadanya: Ya, beliau telah berhujah di atasku sedemikian di sisi Allah a.w, justeru, jika beliau berdosa, maka dosanya adalah di tengkukku. Manakala aku mengucapkan selamat jalan kepadanya, beliau telah berkata: Sesungguhnya tiada seorangpun daripada Syiah kita diuji dengan sebarang ujian atau beliau mengadu [tentang sesuatu], lalu beliau bersabar di atasnya, melainkan Allah mendaftarkan untuknya pahala seribu syahid (inna-hu laisa ahadun min Syi'ati-na yubtala bi-baliyyatin au yasytaki fa-yasbiru 'ala dhalika illa kataba llahu lahu ajra alfa syahid).

Maka aku telah berkata pada diriku: Demi Allah, ini bukanlah semata-mata peringatan. Manakala aku telah pergi dan aku telah berada di sebahagian jalan, tiba-tiba peluh yang aneh telah keluar daripadaku, aku telah mendapatinya amat menyakitkan. Meskipun begitu, aku telah meneruskan amalan hajiku, kemudian aku telah mendatanginya di dalam kesakitan. Lantas aku telah mengadu kepadanya dan berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, rawatlah kakiku dengan bacaan doa, lantas aku telah membentangkannya di hadapannya. Maka beliau telah berkata kepadaku: Bukan di atas kaki anda ini, tetapi perlihatkan kepadaku kaki anda yang betul (lain), lalu aku telah membentangkannya di hadapannya, lalu beliau a.s merawatnya dengan bacaan doa. Apabila aku telah keluar seketika, peluh telah keluar daripadaku dan kesakitannya mulai berkurangan.

(499)-11. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Qiyama al-Wasiti-daripada golongan al-Waqifah-berkata: Aku telah datang kepada Ali bin Musa al-Ridha a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah berlaku dua orang imam [dalam satu masa]? Beliau a.s telah berkata: Tidak, kecuali salah seorang daripada mereka diam (samitun). Aku telah berkata kepadanya: Beliaulah anda, anda tidak diam- beliau a.s belum lagi mempunyai anaknya Abu Ja'far- beliau a.s telah berkata kepadaku: Demi Allah, Allah akan menjadikan daripadaku apa yang menguatkan kebenaran dan ahlinya dan menghapuskan dengannya kebatilan dan ahlinya . Selepas setahun Abu Ja'far a.s telah dilahirkan [anak lelaki] untuknya. Dikatakan kepada Ibn Qiyama: Tidakkah bukti ini menyakinkan anda? Maka beliau telah berkata: Demi Allah, ianya satu bukti yang besar, tetapi apakah yang aku akan buat dengan kata-kata Abu Abdillah a.s pada anak lelakinya?

(500)-12. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa' berkata: Aku telah datang ke Khurasan-aku adalah seorang yang berfahaman Waqifiyyah-aku telah membawa bersamaku barang-barang, termasuk kain yang beranika warna dikumpulkan di dalam satu bungkusan kain-aku tidak menyedari [kewujudannya] dan aku tidak mengetahui tempatnya. Apabila aku tiba di Marv, aku pun bermalam di sebuah rumah di sana. Aku tidak menyedari melainkan seorang lelaki dari bandar itu berkata kepadaku: Sesungguhnya Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata kepada anda: Hantarlah kepadaku kain yang beranika warna di sisi anda itu.

Maka aku telah berkata: Siapakah yang telah memberitahu kepada Abu al-Hasan tentang kedatanganku dan aku baru saja sampai dan aku tidak mempunyai kain yang beranika warna itu? Lantas beliau kembali kepadanya dan datang lagi kepadaku, lalu berkata: Beliau a.s telah berkata: Ya, ia ada di tempat itu dan dikumpulkan di dalam satu bungkusan kain. Lantas aku mencarinya sebaik sahaja beliau memberitahuku: Maka aku telah mendapatinya di tempat yang terkebawah, lalu akupun mengirimkannya kepadanya.

(501)-13. Ibn Fadhdhal, daripada Abdullah bin al-Mughirah berkata: Aku adalah seorang Waqifiyyah dan aku telah menunaikan haji di dalam keadaan itu. Manakala aku telah sampai ke Makkah, maka sesuatu telah merisaukan aku, lalu aku telah bergantung di Multazam, kemudian aku telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah mengetahui permintaanku dan kehendakku. Justeru tunjukkanlah aku kepada sebaik-baik agama. Maka terlintas di hatiku supaya aku mendatangi al-Ridha a.s. Lalu aku telah datang ke Madinah dan aku telah berdiri dipintu [rumah] nya dan aku telah berkata kepada seorang hamba lelaki: Katakanlah kepada maula anda: Seorang lelaki dari penduduk Iraq di pintu.

Beliau telah berkata: Aku telah mendengar seruannya yang sedang berkata: Masuklah, wahai Abdullah bin al-Mughirah, masuklah, wahai Abdullah bin al-Mughirah, maka akupun telah masuk. Manakala beliau a.s telah melihat kepadaku, beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Allah telah menerima doa anda dan telah menunjukkan anda kepada agama-Nya. Maka aku telah berkata: Aku naik saksi bahawa anda adalah Hujjah Allah dan penyimpan rahsia-Nya di atas makhluk-Nya.

(502)-14. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah berkata: Abdullah bin Hulayyal telah berpendapat bahawa Abdullah bin al-Aftah adalah imam, maka beliau telah pergi ke al-'Askar. Kemudian beliau telah kembali. Aku telah bertanya kepadanya tentang sebab kepulangannya, maka beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah membentangkan kepada Abu al-Hasan a.s untuk bertanya kepadanya mengenainya. Lalu beliau telah memberhentikan aku pada jalan yang sempit. Beliau telah condong kepadaku sehingga hampir merempuhku, beliau telah menghala kepadaku dengan sesuatu dari mulutnya, lalu ia terjatuh di atas dadaku. Aku telah mengambilnya, tiba-tiba kulit kambing nipis tertulis padanya: Beliau (Abdullah) tidak ada di sana (ma kana hunalika) dan tidak juga sedemikian.

(503)-15. Ali bin Muhammad, daripada sabahagian daripada sahabat kami yang beliau telah menyebut namanya berkata: Muhammad bin Ibrahim telah memberitahu kepada kami, berkata: Musa bin Muhammad bin Isma'il bin 'Ubaidillah bin al-'Abbas bin Ali bin Abu Talib berkata: Ja'far bin Zaid bin Musa telah memberitahu kepadaku, daripada bapanya, daripada bapa-bapanya a.s bahawa mereka telah berkata: Pada suatu hari Umm Aslam telah datang kepada Nabi s.a.w di rumah Umm Salmah, lalu beliau telah bertanya kepadanya tentang Rasulullah s.a.w, maka Umm Salamah berkata: Baginda s.a.w telah keluar untuk mendapatkan sebahagian hajatnya. Jam berlalu, maka beliau telah menantinya di sisi Umm Salamah sehingga Rasulullah s.a.w kembali. Maka Umm Aslam berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku, wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah membaca buku-buku [terdahulu] dan aku telah mengetahui setiap nabi dan wasi.

Musa ada wasinya pada masa hidupnya dan wasinya selepas kematiannya. Begitulah dengan Isa. Justeru siapakah wasi anda, wahai Rasulullah? Maka baginda s.a.w telah bersabda kepadanya: Wahai Umm Aslam, wasiku pada masa hidupku dan selepas matiku adalah satu. Kemudian baginda s.a.w bersabda kepadanya: Sesiapa yang telah melakukan perbuatan seperti perbuatanku ini, maka beliaulah wasiku. Kemudian baginda s.a.w telah memukul dengan tangannya kepada batu kecil (husat) daripada tanah.

Lalu memecahkannya dengan anak jarinya, mengecilkannya, mengisarnya, kemudian mencetaknya atau mengecapnya dengan cincinnya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah melakukan perbuatan seperti perbuatanku ini, maka beliau adalah wasiku semasa hidupku dan selepas kematianku. Maka aku telah keluar dari sisinya.

Lalu aku mendatangi Amir al-Mukminin a.s dan aku telah berkata Kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, adakah anda wasi Rasulullah s.a.w? Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Umm Aslam, kemudian beliau a.s telah memukul dengan tangannya kepada batu kecil daripada tanah, lalu memecahkannya, mengecilkannya, kemudian mengisarnya dan mencetaknya atau mengecapnya dengan cincinnya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Umm Aslam, sesiapa yang telah melakukan perbuatan seperti perbuatanku ini, maka beliau adalah wasiku. Kemudian aku telah mendatangi al-Hasan a.s pada masa mudanya, maka aku telah berkata kepadanya: Wahai sayyidi, adakah anda wasi bapa anda?

Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Umm Aslam, [Umm Aslam berkata:] beliau a.s telah memukul dengan tangannya dan mengambil batu kecil, kemudian beliau a.s telah melakukan dengannya perbuatan seperti perbuatan mereka berdua. Kemudian aku telah keluar dari sisinya dan datang kepada al-Husain a.s-aku telah mengecil-ngecilkan umurnya-aku telah berkata kepadanya: Dengan bapa anda, anda dan ibu anda, adakah anda wasi saudara lelaki anda? Maka beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Umm Aslam, bawalah batu kecil kepadaku, kemudian beliau a.s telah melakukan perbuatan seperti perbuatan mereka. Umm Aslam sempat berjumpa dengan Ali bin al-Husain a.s selepas pembunuhan al-Husain a.s, lalu bertanya kepadanya: Adakah anda wasi bapa anda? Beliau a.s telah berkata: Ya, kemudian beliau a.s telah melakukan perbuatan seperti perbuatan mereka a.s.

(504)-16. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Husain bin al-Jarud, daripada Musa bin Bakr bin Dab, daripada orang yang telah meriwayatkannya, daripada Abu Ja'far a.s bahawa Zaid bin Ali bin al-Husain a.s telah datang kepada Abu Ja'far Muhammad bin Ali dan bersamanya beberapa kitab (surat) daripada penduduk-penduduk Kufah. Mereka telah menyerunya-di dalam surat-surat tersebut-kepada diri mereka dan memberitahu kepadanya tentang persetujuan mereka dan memerintahkannya supaya keluar menentang pemerintah. Maka Abu Ja'far a.s telah berkata kepadanya: Adakah surat-surat ini sebagai permulaan daripada mereka atau jawapan kepada tulisan anda kepada mereka dan seruan mereka kepadanya?

Beliau telah berkata: Malah ia adalah sebagai permulaan daripada mereka, kerana mereka mengetahui hak kita dan dekatnya kita kepada Rasulullah s.a.w, khususnya apabila mereka mendapati di dalam Kitab Allah a.w kewajipan mencitai kita dan ketaatan kepada kita adalah fardu. Apatah lagi apabila kita di dalam kesusahan, kesempitan dan bala. Lantas Abu Ja'far a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya ketaatan adalah fardu daripada Allah a.w dan sunnah yang telah berlalu pada mereka yang terdahulu. Demikian juga ia berlaku kepada mereka yang terkemudian. Ketaatan adalah untuk seorang daripada kita dan kecintaan adalah untuk semua. Sesungguhnya urusan Allah berlaku kepada para wali-Nya dengan hukum yang berterusan (bi-hukmin mausul), penghakiman yang jelas [di atas] perkara yang di tetapkan, [begitu juga] kadar dan ajal ditentukan pada masa tertentu.

Justeru janganlah anda dipengaruhi oleh mereka yang tidak yakin. Sesungguhnya mereka tidak dapat mempertahankan anda daripada Allah. Justeru janganlah anda menjadi gopoh. Kerana Allah tidak akan mempercepatkan [sesuatu] disebabkan manusia mahu cepat dan janganlah anda mendahului Allah kerana ujian [Nya] akan melemahkan anda. Justeru ia akan menentang anda. Beliau telah berkata: Zaid telah menjadi marah pada ketika itu. Kemudian beliau telah berkata: Bukan seorang imam daripada kita jika beliau hanya duduk di rumahnya dan menutup tirai [rumahnya] dan mengelakkan diri daripda jihad, tetapi seorang imam daripada kita, adalah orang yang telah mempertahankan rumah tangganya, berjihad pada jalan Allah dengan sebenarnya, mempertahankan rakyatnya dan menjaga maruah isterinya. Abu Ja'far a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui sesuatu, wahai saudaraku, tentang diri anda yang mana anda telah melakukan penasaban kepadanya, anda mengemukakan ke atasnya penyaksian daripada Kitab Allah atau Hujjah daripada Rasulullah s.a.w atau anda mengemukakan contoh seumpamanya.

Sesungguhnya Allah a.w telah menghalalkan perkara yang halal dan mengharamkan perkara yang haram dan memfardukan fardu dan mengemukakan contoh-contoh yang banyak. Dia telah menciptakan sunnah-sunnah dan tidak menjadikan imam yang melaksanakan urusan-Nya dalam kesamaran (syubhah) terhadap ketaatan yang difardukan oleh Allah ke atasnya dan mendahuluiNya dengan perintah sebelum tempatnya. Atau beliau berjuang padanya sebelum tiba masanya. Sesungguhnya Allah a.w telah berfirman tentang binatang buruan: "Wahai mereka yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan ketika kamu sedang ihram" Adakah membunuh binatang buruan itu lebih besar atau membunuh diri yang telah diharamkan oleh Allah [lebih besar]? Dia telah menjadikan setiap sesuatu tempatnya. Dan Dia telah berfirman: "Dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu" Dan Allah a.w berfirman: "Wahai mereka yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram"

Dia telah menjadikan bulan-bulan itu bilangan yang tertentu, lalu Dia telah menjadikan daripadanya empat bulan haram. Dan Dia telah berfirman: "Maka berjalanlah kamu di muka bumi selama empat bulan dan ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak akan dapat melemahkan Allah" dan Dia telah berfirman: "Apabila sudah habis bulan-bulan haram itu, maka bunuhlah musyrikin itu di mana saja kamu jumpa mereka" Maka Dia telah menjadikannya tempatnya. Dan Dia telah berfirman: "Janganlah kamu berazam untuk mengakad nikah sebelum habis iddahnya" . Maka Dia telah menjadikan setiap sesuatu tempohnya dan setiap ajal ditulis (kitab) jika anda di atas keterangan daripada Tuhan anda dan keyakinan daripada urusan anda dan penerangan daripada segala keadaan anda. Justeru, janganlah anda terlibat di dalam perkara yang mana anda sendiri di dalam syak atau syubhat, janganlah anda terlanjur di dalam perkara [kesamaran] yang berpanjangan, sebelum tempohnya.

Jika masanya telah sampai dan cukup tempohnya sekalipun, maka ia tidak akan sampai kepada matlamatnya-tanpa keredaan-Nya-nescaya Dia akan mengiringi pengikutnya (al-Tabi') dan orang yang diikutinya (al-matbu') dengan kehinaan dan kekecewaan. Aku pohon perlindungan dengan Allah daripada imam yang telah sesat daripada waktunya. Orang yang mengikutnya, wahai saudaraku, adalah lebih mengetahui daripada orang yang diikuti. Adakah anda mahu, wahai saudaraku, menghidupkan agama kaum yang telah mengingkari ayat-ayat Allah, menderhakai Rasul-Nya.

Mereka telah mengikut hawa nafsu mereka tanpa petunjuk daripada Allah, mereka telah mendakwa khilafah tanpa bukti daripada Allah dan tiada perjanjian daripada Rasul-Nya?! Aku pohon perlidungan untuk anda daripada Allah, wahai saudaraku, dari anda diserang dengan sampah sarap besok, kemudian dua matanya telah menjadi merah dan menitiskan air mata. Kemudian beliau telah berkata: Allah di antara kita dan mereka yang telah mencabuli rahsia kita, menentang hak kita, mendedahkan rahsia kita, menisbahkan kita kepada bukan datuk kita dan berkata kepada kita apa yang kita tidak katakannya pada diri kita sendiri.

(505)-17. Sebahagian daripada sahabat kami, daripada Muhammad bin Hassan, daripada Muhammad bin Ranjuwaih, daripada Abdullah bin al-Hakami al-Armani, daripada Abdullah bin Ibrahim bin Muhammad al-Ja'fari berkata: Kami telah datang kepada Khadijah binti Umar bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s mengucap takziah kepadanya di atas kematian cucu lelakinya daripada anak perempuannya, maka kami telah mendapati di sisinya Musa bin Abdullah bin al-Hasan. Pada masa itu Khadijah sedang berada di satu sudut berdekatan dengan sekumpulan wanita. Lalu kami telah mengucap takziah kepada mereka semua. Kemudian kami telah datang berjumpa dengan Musa, tiba-tiba beliau telah mengucap terima kasih kepada seorang perempuan yang sedang meratap, maka perempuan itu berkata:

Hitunglah Rasulullah [pertama[] dan hitunglah selepasnya

Asadullah[kedua] dan ketiga 'Abbas

Hitunglah Ali kebaikan dan hitunglah Ja'faran

Dan hitunglah 'Aqilan selepasnya al-Ruwasa

Maka beliau telah berkata kepada perempuan itu: Anda adalah bagus dan anda telah menghiburkan aku, tambah lagi untukku, lalu perempuan itu berkata:

Daripada kami Imam muttaqin Muhammad

Penglimanya adalah Imam Mutahhar

Dan daripada kami Ali menantunya dan sepupunya

Hamzah daripada kami dan yang terdidik ialah Ja'far

Kami telah berada di sisinya sehingga malam tiba, kemudian Khadijah telah berkata: Aku telah mendengar bapa saudaraku Muhammad bin Ali salawatullahi 'alai-hi berkata: Seorang perempuan di majlis memperingati kematian memerlukan tangisan supaya air matanya berlinang dan beliau tidak boleh berkata dengan bahasa yang tidak sopan. Apabila malam tiba, tangisan tidak menyedihkan para malaikat.

Kemudian kami telah keluar dan pada waktu pagi [keesokannya], kami telah datang kepadanya dan kami teringat rumahnya berdekatan dengan rumah Abu Abdillah Ja'far bin Muhammad, lalu Musa bin Abdullah berkata: Rumah ini dinamakan Dar al-Sariqah, lantas perempuan itu berkata: Di sinilah Mahdi kita dipilih-beliau maksudkan dengan Muhammad bin Abdullah bin al-Hasan-beliau telah bergurau dengan kata-katanya- Maka Musa bin Abdullah telah berkata: Demi Allah, aku akan memberitahu kepada kamu perkara yang pelik. Aku telah melihat bapaku rahimahu llah manakala beliau telah mengambil urusan Muhammad bin Abdullah dan membuat keputusan untuk berjumpa dengan para sahabatnya, maka beliau telah berkata: Aku tidak mendapati urusan ini betul melainkan aku berjumpa dengan Abu Abdillah Ja'far bin Muhammad.

Kemudian beliau telah pergi dengan berpegang kepadaku. Maka akupun telah pergi bersamanya sehingga kami mendatangi Abu Abdillah a.s. Kami telah berjumpa dengannya ketika beliau a.s keluar ke masjid, lalu bapaku telah memberhentikannya dan bercakap dengannya. Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Ini bukanlah tempat itu, kita berjumpa lagi, jika Allah kehendaki. Bapaku telah pulang dengan gembira, kemudian beliau telah berdiri sehingga pada hari esok atau sehari selepasnya, kami telah pergi sehingga kami mendatanginya.

Maka bapaku telah datang kepadanya dan aku bersamanya, beliau telah mula bercakap, kemudian berkata kepadanya apa yang beliau kata: Sesungguhnya anda telah mengetahui, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya umurku di atas anda dan sesungguhnya pada kaum anda ada orang yang lebih muda daripada anda, tetapi Allah telah mendahulukan anda kerana kelebihan anda di kalangan kaum anda. Sesungguhnya aku telah datang kepada anda secara sengaja kerana aku mengetahui kebaikan anda dan aku mengetahui-fidyah anda-sesungguhnya jika anda menyahuti seruanku, nescaya tiada seorangpun sahabat anda akan meninggalkan aku dan dua orang Quraisy tidak akan bertengkar denganku dan begitu juga orang lain.

Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya anda mendapati orang lain daripadaku lebih mentaati kepada anda daripadaku dan anda tidak berhajat kepadaku. Demi Allah, sesungguhnya anda mengetahui bahawa aku ingin melintasi padang pasir atau lebih penting daripadanya, tetapi aku keberatan untuk melakukannya, aku ingin melakukan haji, maka aku tidak mendapatinya melainkan selepas kepenatan dan kesusahan kepada diriku. Justeru, carilah orang selain daripadaku dan bertanyalah kepadanya tentangnya, tetapi janganlah anda memberitahu kepada mereka bahawa anda telah datang kepadaku, lalu beliau telah berkata kepadanya: Sesungguhnya orang ramai menundukkan kepala mereka kepada anda. Justeru jika anda menyahuti seruanku, nescaya tiada seorangpun yang akan meninggalkan aku dan anda janganlah memaksa peperangan dan melakukan perkara yang tidak diingini.

Beliau telah berkata: Orang ramai telah menyerbu kami, lantas mereka datang kepada kami dan memutuskan percakapan kami. Maka bapaku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah anda telah katakan? Beliau a.s telah berkata: Kita bertemu lagi jika Allah kehendaki. Kemudian beliau telah berkata: Tidakah ia menurut apa yang aku suka? Maka beliau telah berkata: Mengikut apa yang anda suka jika Allah kehendaki, untuk kebaikan anda. Kemudian beliau telah pulang terus ke rumah, lalu beliau telah mengutus seorang utusan kepada Muhammad di satu bukit di Juhainah dipanggil al-Asyqar, dua malam perjalanan dari Madinah. Beliau telah memberi khabar gembira kepadanya dan memberitahu kepadanya bahawa beliau telah menang bagi menghadapi hajatnya dan apa yang beliau telah tuntut.

Kemudian beliau telah pulang selepas tiga hari. Maka kami telah berdiri di pintu[rumah] dan kami tidaklah berselindung apabila kami datang, hanya utusan itu yang telah melambat-lambatkannya. Kemudian beliau telah membenarkan kami, lalu kami datang kepadanya. Maka aku telah duduk berhampiran satu bilik dan bapaku telah mendekatinya, lalu beliau telah mengucup kepalanya. Kemudian beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah datang kepada anda dengan harapan. Harapanku telah berkembang dan aku berharap supaya hajatku tercapai. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Wahai sepupuku, aku pohon perlindungan untuk anda daripada Allah dari terlibat di dalam urusan ini, aku khuatir bahawa anda akan menghadapi bahaya, maka percakapan telah berlalu di antara mereka berdua sehingga membawa kepada apa yang beliau tidak mahu. Antara kata-katanya: Di atas asas apakah al-Husain lebih berhak dengan imamah daripada al-Hasan?

Abu Abdillah a.s telah berkata: Allah telah merahmati al-Hasan dan al-Husain dan bagaimana anda telah menyebutnya? Beliau telah berkata: Sepatutnya al-Husain telah menjadikan imamah untuk anak lelaki al-Hasan yang paling muda. Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia mewahyukan kepada Muhammad, maka Dia telah mewahyukan kepadanya menurut apa yang Dia kehendaki dan Dia tidak melantik seorangpun daripada makhluk-Nya selain daripadanya. Muhammad telah melantik Ali a.s mengikut kehendak-Nya dan telah melakukan apa yang diperintahkan kepadanya. Kami tidak berkata tentangnya melainkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kehormatannya dan ketelusannya.

Jika urusan al-Husain [boleh] dijadikan untuk orang yang lebih muda atau memindahkannya kepada anak lelaki mereka berdua-iaitu wasiat-nescaya al-Husain telah melakukannya dan beliau bukanlah orang yang dituduh di sisi kami untuk dirinya. Sesungguhnya beliau telah menjadi wali dan meninggalkannya [dengan kematiannya], tetapi apa yang diperintahkan [kepadanya] telah berlalu, beliau ialah datuk anda dan bapa saudara anda. Jika anda telah berkata baik, maka anda tidaklah sebaiknya dan jika anda telah berkata tanpa kesopanan kepadanya, Allah akan mengampuni anda. Justeru, taatilah aku dan dengarlah kata-kataku, Allah tiada tuhan melainkan Dia, aku menasihati anda dan mengambil berat terhadap anda, bagaimana aku tidak melihat anda akan melakukannya sedangkan urusan Allah tidak boleh ditolak, maka bapaku telah gembira pada ketika itu. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Demi Allah, sesungguhnya anda mengetahui bahawa beliaulah al-Ahwal al-Aksyaf al-Akhdhar yang akan dibunuh di Suddati Asyja' di perut wadi. Bapaku telah berkata: Beliau bukanlah begitu. Demi Allah, beliau akan memerangi [musuh-musuhnya] dari hari ke hari, jam ke jam, tahun ke tahun, beliau akan menuntut bela semua Bani Abu Talib.

Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Semoga Allah mengampuni anda, apa yang menakutkan aku adalah keluarga ini akan bersama sahabat kita "Diri anda ketika persendirian akan menambahkan kesesatan" Tidak, demi Allah, beliau tidak akan memiliki lebih banyak [kawasan] di sekitar Madinah dan amalannya {pengaruhnya) tidak akan sampai di Taif sekalipun beliau berusaha dengan gigih. Urusan akan berlaku, justeru, bertakwalah kepada Allah, kasihanilah diri anda dan anak-anak bapa anda. Demi Allah, aku melihatnya, aku meramal kotoran (zuriatnya) akan dikeluarkan oleh salbi-salbi lelaki kepada rahim-rahim perempuan. Demi Allah, bahawa beliau akan dibunuh di Suddati Asyja'. Demi Allah, seolah-olah aku sedang melihat kepada kebinasaannya, dirampas dengan senjata dan pakaiannya di antara dua kakinya, lelaki ini tidak memanfaatkan apa yang beliau mendengarnya.

Musa bin Abdullah telah berkata-beliau maksudkan aku-Beliau akan keluar bersamanya, lalu akan dikalahkan dan sahabatnya akan dibunuh. Kemudian beliau akan pergi dan keluar dengan bendera yang lain, lalu ketua tenteranya akan dibunuh dan tentera-tenteranya akan berpecah. Jika beliau telah mentaatiku, hendaklah beliau menuntut keamanan pada masa itu daripada Bani 'Abbas sehingga Allah memberi kejayaan kepadanya. Dan anda telah mengetahui bahawa sesungghuhnya urusan ini tidak akan sempurna, anda mengetahui[nya] dan kami juga mengetahui[nya] bahawa anak lelaki anda al-Ahwal al-Akhdhar al-Aksyaf akan dibunuh di Suddati Asyja' di perut wadi.

Lantas bapaku berdiri sambil berkata: Semoga Allah menyelamatkan anda daripadanya dan anda akan kembali atau Allah menjaga anda dan orang selain daripada anda dan aku tidak mahu melainkan menahan orang selain daripada anda dan anda menjadi penghalang mereka kepadanya, maka Abu Ab Abdillah a.s telah berkata: Allah mengetahui apa yang aku mahu sekadar memberi nasihat kepada anda dan menunjukkan anda, aku hanya berusaha untuk itu, lalu bapaku telah berdiri menarik kainnya di dalam keadaan marah, kemudian didatangi oleh Abu Abdillah a.s dan berkata kepadanya: Aku akan menceritakan kepada anda bahawa aku telah mendengar bapa saudara anda di sebelah bapa anda dan beliau juga bapa saudara anda di sebelah ibu anda menyebut bahawa anda dan anak bapa anda akan dibunuh.

Jika anda mentaatiku dan anda melihat untuk melakukan apa yang lebih baik, maka lakukanlah, Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia, mengetahui perkara ghaib dan kenyataan, Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Maha Besar lagi Maha Tinggi di atas makhluk-Nya, nescaya aku suka memberi kepada anak lelakiku sebagai fidyah kepada anda, orang yang paling aku kasihi dan ahli baitku yang paling aku cintai, tetapi tidak ada sesuatu yang dapat menandingi anda, anda tidak melihat bahawa aku telah menipu anda, lalu bapaku telah keluar di sisinya di dalam keadaan marah dan dukacita. Beliau telah berkata: Kami tidak tinggal selepas itu melainkan sedikit-dua puluh malam-sehingga utusan Abu Ja'far al-Dawaaniqi telah datang.

Lalu mereka telah mengambil bapaku dan bapa-bapa saudara sebelah bapaku; Sulaiman bin Hasan, Hasan bin Hasan, Ibrahim bin Hasan, Daud bin Hasan, Ali bin Hasan, Sulaiman bin Daud bin Hasan, Ali bin Ibrahim bin Hasan, Hasan bin Ja'far bin Hasan, Tabataba Ibrahim bin Isma'il bin Hasan dan Abdullah bin Daud, beliau telah berkata: Mereka telah digari dengan besi, kemudian mereka dibawa di atas usungan (tandu) ke musalla supaya mereka dicaci oleh orang ramai, beliau telah berkata: Orang ramai telah menahan diri mereka dan telah berlembut hati terhadap mereka, kemudian mereka telah pergi bersama mereka dan berhenti di pintu masjid Rasulullah s.a.w.

Abdullah bin Ibrahim al-Ja'fari telah berkata: Khadijah binti Umar bin Ali telah memberitahu kepada kami bahawa manakala mereka telah diberhentikan di pintu masjid-di satu pintu bernama pintu Jibrail- Abu Abdillah a.s telah melihat kepada mereka dan kebanyakan kain-kain mereka tercampak di tanah, kemudian beliau a.s telah melihat dari arah pintu masjid, maka beliau telah berkata: Allah melaknati kamu, wahai golongan Ansar-sebanyak tiga kali-bukan di atas [perbuatan] ini kamu telah berjanji dengan Rasulullah s.a.w dan bukan di atas [perbuatan] ini kami telah memberi baiah kepadanya.

Demi Allah, jika aku berhati-hati, tetapi dikalahkan dan tidak ada jalan lain untuk menolak keputusan itu, [aku pasrah]. Kemudian beliau a.s telah berdiri dan mengambil salah satu daripada dua kasutnya, lalu beliau telah memakaikannya di kakinya dan yang lainnya di tangannya dan beliau telah menarik pakaiannya di atas tanah, kemudian beliau telah memasuki rumahnya, lalu beliau telah demam selama dua puluh malam. Beliau sentiasa menangis tentangnya malam dan siang sehingga kami khuatir di atasnya. Ini adalah hadis Khadijah. Al-Ja'fari telah berkata: Musa bin Abdullah bin al-Hasan telah memberitahu kepada kami bahawa manakala beliau a.s telah melihat mereka dibawa di atas usungan, Abu Abdillah a.s telah berdiri dari masjid, kemudian beliau telah pergi ke usungan yang membawa Abdullah bin al-Hasan yang mahu bercakap dengannya, lantas beliau a.s telah dihalang dengan kuat dan pengawal telah datang kepadanya, lalu menolaknya dan beliau a.s telah berkata: Jauhilah daripada ini [lelaki] sesungguhnya Allah akan menghinakan anda dan orang yang lain daripada anda. Kemudian beliau a.s telah memasuki anjung [masjid] dan kembali ke rumahnya. Mereka belum sempat sampai di al-Baqi', tiba-tiba pengawal tadi ditimpa bala yang teruk, unta betinanya telah mencampakkannya, lalu beliau telah mati padanya, maka kami telah tinggal selepas itu beberapa ketika.

Kemudian seorang anak lelaki Abdullah bin Hasan telah datang, lalu diberitahu bahawa bapanya dan bapa-bapa saudara sebelah bapanya telah dibunuh-oleh Abu Ja'far- melainkan Hasan bin Ja'far, Tabataba, Ali bin Ibrahim, Sulaiman bin Daud, Daud bin Hasan dan Abdullah bin Daud, berkata: Muhammad bin Abdullah telah muncul dan menyeru orang ramai supaya memberi baiah kepadanya beliau telah berkata: Aku adalah yang ketiga daripada tiga yang telah memberi baiah kepadanya dan beliau telah mengumpul orang ramai bagi mendapatkan kepercayaan mereka untuk baiahnya, tidak seorangpun Qurasy, Ansar dan Arab menyalahinya, beliau telah berkata: Beliau telah berbincang dengan Isa bin Zaid antara orang kepercayaannya untuk mengutus kepada pemuka-pemuka kaumnya, lalu Isa bin Zaid telah berkata kepadanya: Jika anda menyeru mereka dengan seruan yang mudah, nescaya mereka tidak akan menjawab anda atau anda mengasari mereka, maka tinggallah aku bersendirian.

Lantas Muhammad telah berkata kepadanya: Pergilah kepada orang yang anda mahu di kalangan mereka, maka beliau telah berkata: Utuslah kepada ketua mereka dan orang tua mereka-iaitu Abu Abdillah Ja'far bin Muhammad a.s-Sesungguhnya jika anda mengasarinya, nescaya mereka telah mengetahui bahawa anda akan membiarkan mereka melalui jalan yang dilalui Abu Abdillah a.s. Beliau telah berkata: Demi Allah, kami tidak menunggu lama sehingga Abu Abdillah a.s dibawa datang di hadapannya, lalu Isa bin Zaid telah berkata kepadanya: Serahlah diri anda, nescaya anda selamat.

Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Kenabian selepas Muhammad s.a.w telah berlalu, maka Muhammad telah berkata kepadanya: Tidak, tetapi lakulah baiah, nescaya anda akan aman di atas diri anda, harta anda, pemilik anak anda dan janganlah memaksa peperangan. Maka Abu Abdllah a.s telah berkata kepadanya: Tidak ada padaku peperangan dan pembunuhan. Sesungguhnya aku telah datang kepada bapa anda dan aku telah memberi nasihat kepadanya, tetapi manfaat tidak dilakukan, wahai anak lelakiku, ambillah yang muda dan tinggallah yang tua, maka Muhammad telah berkata kepadanya, Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Alangkah hampirnya umur di antara kita, lalu Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Sesungguhnya aku tidak akan memerangi anda dan aku tidak datang melainkan untuk mengemukakan kepada anda tentang urusan anda, maka Muhammad telah berkata kepadanya: Tidak, demi Allah, anda mesti memberi baiah.

Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Wahai anak saudaraku, tidak ada padaku permintaan, tidak ada padaku peperangan, sesungguhnya aku mahu keluar ke padang pasir, maka beliau telah menghalang aku dan ia menjadi keberatan kepadaku sehingga keluargaku telah bercakap tentangnya bukan satu kali dan tidak mengalang aku melainkan kelemahan. Demi Allah, silaturahim supaya anda mengurus kami dan kami menderita kerana anda, lalu beliau telah berkata kepadanya: Wahai Abu Abdillah, sesungguhnya Abu al-Dawaaniq telah mati-iaitu Abu Ja'far-maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Apakah anda buat dengan aku sedangkan beliau telah mati? Beliau telah berkata: Aku ingin berbaik-baik dengan anda, beliau telah berkata: Tidak ada jalan kepada apa yang anda mahu, tidak, demi Allah, Abu al-Dawaaniq tidak mati melainkan beliau mati tidur, beliau telah berkata: Demi Allah, anda akan memberi baiah kepadaku secara rela atau terpaksa dan janganlah anda memuji di dalam baiah anda.

Tetapi beliau a.s telah enggan [memberi baiah kepadanya] atau diperintahkan supaya beliau ditahan, maka Isa bin Zaid telah berkata kepadanya: Jika kita mencampakkannya ke dalam penjara, beliau akan merosakkan penjara, justeru ia tidak ditutup penuh pada hari ini, tetapi kami takut beliau akan melarikan diri daripadanya, lantas Abu Abdillah a.s telah tersenyum, kemudian beliau telah berkata: La haula wala quwwata illa bi llahi l 'Aliyyi al-'Azim atau anda melihat untuk memasukkan aku ke penjara? Beliau telah berkata: Ya, demi yang telah memuliakan Muhammad s.a.w dengan kenabian, aku akan memenjarakan anda dan aku akan mengasari anda, Isa bin Zaid telah berkata: Tahanlah beliau di tempat yang tersembunyi-iaitu di Dar Ritah pada hari ini.

Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Demi Allah, aku akan berkata, kemudian aku akan membenarkannya, maka Isa bin Zaid telah berkata kepadanya: Jika anda bercakap, aku akan memecahkan mulut anda, lalu Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Demi Allah, wahai Uksyuf, wahai Azraq, seolah-olah aku [melihat] anda sedang mencari lubang untuk diri anda sendiri dan anda tidak termasuk daripada mereka yang disebut ketika bertemu, sesungguhnya aku menyangka anda apabila ditepuk di belakang anda, anda terbang seperti merpati jantan yang liar, lantas Muhammad telah menerkan ke atasnya dengan kasar: Beliau telah menahannya dan mengasarinya, maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Demi Allah, seolah-olah aku [melihat] anda keluar dari Suddati Asyja' ke perut wadi, seorang penglima yang berani akan datang kepada anda di tangannya lembing yang pendek separuhnya putih dan separuh lagi hitam di atas kuda yang laju, lalu menikam anda dan dipukul batang hidung kudanya, lalu ia mencampakkannya dan orang yang lain akan keluar kepada anda dari lorong keluarga Abi 'Ammar al-Di'liyyin, di atasnya dua jalinan rambut yang telah keluar di bawah topi besinya, banyak bulu misainya, maka beliau, demi Allah, adalah sahabat anda.

Justeru Allah tidak merahmati tulang buruknya, maka Muhammad telah berkata kepadanya: Wahai Abu Abdillah, anda telah menghitung, tetapi anda telah bersalah, lalu al-Saraqi bin Salkh al-Hut telah datang kepadanya, kemudian beliau telah menolak pada belakangnya sehingga beliau dimasukkan ke penjara dan di ambil bersamanya hartanya dan harta kaumnya yang tidak keluar bersama Muhammad. Beliau telah berkata: Kemudian beliau telah datang kepada Isma'il bin Abdullah bin Ja'far bin Abi Talib, seorang syeikh yang tua dan lemah. Satu matanya telah hilang dan dua kakinya juga telah hilang, beliau berpegang kepada sesuatu, maka beliau telah menyerunya untuk baiah, lalu beliau telah berkata kepadanya: Wahai anak saudaraku, sesungguhnya aku seorang syeikh yang tua dan lemah dan aku lebih berhajat kepada kebaikan dan pertolongan anda.

Maka beliau telah berkata kepadanya: Anda mesti memberi baiah, maka beliau telah berkata kepadanya: Apakah faedah baiahku, demi Allah, aku tidak akan menyusahkan anda, beliau telah berkata: Anda mesti melakukannya dan beliau telah mengasarinya, lalu Isma'il telah berkata kepadanya: Panggillah untukku Ja'far bin Muhammad, mudah-mudahan kami semua memberi baiah, beliau telah berkata: Beliau telah memanggil Ja'far a.s, lalu Isma'il telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, jika anda telah melihat bahawa anda akan memberi penjelasan kepadanya, maka lakukanlah, mudah-mudahan Allah menegahnya daripada kami, beliau telah berkata: Aku telah membuat keputusan bahawa aku tidak akan bercakap dengannya, biarlah beliau dengan pendapatnya.

Maka Isma'il telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku menyeru anda dengan nama Allah, adakah anda ingat pada suatu hari anda telah datang kepada bapa anda Muhammad bin Ali a.s dan aku telah memakai dua pakaian berwarna kuning, lalu beliau telah merenung kepadaku, lantas beliau telah menangis, maka aku telah berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda menangis? Maka beliau telah berkata kepadaku: Pembunuhan terhadap anda ketika anda tua yang membuatku menangis, aku telah berkata: Bilakah ia akan berlaku? Beliau telah berkata: Apabila anda diseru kepada kebatilan, lalu anda mengabaikannya dan apabila anda melihat kepada al-Ahwal, sangkaan jahat kaumnya akan mengaitkan dirinya daripada keluarga al-Hasan di atas mimbar Rasulullah s.a.w, menyeru untuk dirinya, beliau telah menamakan dirinya bukan namanya yang sebenar. Justeru perbaharuilah janji anda dan tulislah wasiat anda, sesungguhnya anda akan dibunuh pada hari anda atau besok. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Ya, dan ini-Tuhan ka'bah-beliau tidak berpuasa pada bulan Ramadan melainkan sedikit. Justeru aku ucapkan selamat tinggal, wahai Abu al-Hasan Dan Allah akan memperbesarkan pahala kami pada anda dan memperelokkan khilafah kepada orang yang anda tinggalkan untuknya wa inna li-llahi wa inna ilai-hi raji'uun.

Beliau telah berkata: Kemudian Isma'il dibawa [keluar] dan Ja'far ditolak ke penjara, beliau telah berkata: Demi Allah, pada waktu petang, anak-anak saudaranya Bani Mu'awiyah bin Abdullah telah datang kepadanya, lalu mereka telah membunuhnya dan Muhammad bin Abdullah telah mengutus kepada Ja'far, lalu beliau telah membiarkan beliau pergi. Beliau tiba, maka berita keluarnya Isa bin Musa telah sampai kepada kami, beliau sedang menuju ke Madinah, lalu Muhammad bin Abdullah telah datang, di dahului oleh Yazid bin Mu'awiyah bin Abdullah bin Ja'far. Dan di hadapan Isa bin Musa adalah anak lelaki al-Hasan bin bin Zaid bin al-Hasan bin al-Hasan dan Qasim!! Muhammad bin Zaid, Ali, Ibrahim Bani al-Hasan bin Zaid, lalu Yazid bin Mu'awiyah dikalahkan dan Isa bin Musa telah mara ke Madinah dan peperangan telah berlaku di Madinah, lalu beliau telah bermalam di Dhubab

Kemudian mereka yang berpakaian hitam telah datang kepada kami di belakang kami dan Muhammad telah keluar bersama para sahabatnya sehingga beliau telah sampai ke pasar, kemudian beliau telah menghubungi mereka dan pergi. Kemudian beliau telah mengikuti mereka sehingga berakhir kepada masjid al-Khawwamin, lalu beliau telah melihat kepada kawasan yang luas, tiada padanya pakaian hitam dan putih. Kemudian beliau telah mara sehingga berakhir ke kabilah Fazarah.

Kemudian Huzail telah masuk, kemudian beliau telah pergi kepada Asyja', lalu seorang penglima yang telah dikatakan oleh Abi Abdillah telah keluar kepadanya dari belakngnya, daripada kabilah Huzail, lalu menikamnya, lantas beliau telah memukul batang hidung kudanya dengan pedang, kemudian penglima itu telah menikamnya, maka beliau telah mempertahankannya dengan baju besinya yang disokong oleh Muhammad, kemudian beliau telah memukulnya dan menundukkannya. Kemudian Humaid bin Qahtubah berlari di atas kudanya memukulnya dari lorong al-'Ammariyyin, lalu beliau telah menikamnya dengan satu tikaman dengan lembing, lalu beliau telah mengalahkannya.

Kemudian beliau telah datang kepadanya dan membunuhnya dan mengambil kepalanya dan tentera telah datang dari segenap penjuru, lalu bandar itu diambil dan kami diusir. Musa bin Abdullah telah berkata: Aku telah pergi sehingga aku telah datang kepada Ibrahim bin Abdullah, kemudian aku telah mendapati Isa bin Zaid bersembunyi di sisinya, lalu aku telah memberitahu kepadanya tentang keburukan pengurusannya dan kami telah keluar bersamanya sehingga beliau ditimpa musibah rahimahu llahu. Kemudian aku telah pergi bersama anak saudaraku al-Asytar Abdullah bin Muhammad bin Abdullah bin Hasan sehingga beliau ditimpa musibah di al-Sind, kemudian aku telah diusir pulang, maka ia menggusarkan aku [untuk pulang].

Manakala aku telah berada di dalam kesusahan dan ketakutan, terlintas di hatiku kata-kata Abu Abdillah a.s, maka aku telah datang kepada [khalifah] al-Mahdi. Beliau telah melakukan haji dan sedang memberi khutbah kepada orang ramai berhampiran Ka'bah, beliau tidak menyedari bahawa aku telah datang dari bawah mimbar, maka aku telah berkata: Keamanan untukku, wahai Amir al-Mukminin? Aku akan menunjukkan nasihatku kepada anda? Maka beliau telah berkata: Ya, apakah ia? Aku telah berkata: Aku akan tunjukkan anda kepada Musa bin Abdullah bin Hasan, maka beliau telah berkata kepadaku: Ya, keamanan untuk anda, maka aku telah berkata kepadanya: Berilah kepadaku apa yang aku percayakannya, lalu aku telah mengambil daripadanya janji-janji dan aku telah percaya kepada diriku.

Kemudian aku telah berkata: Aku adalah Musa bin Abdullah, lalu beliau telah berkata: Jika begitu, kemuliaan dan kasih sayang [untuk anda], maka aku telah berkata kepadanya: Serahlah aku kepada sebahagian keluarga anda supaya beliau menilai urusanku di sisi anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku akan melihat kepada siapakah anda mahu, maka aku telah berkata: Bapa saudara anda al-'Abbas bin Muhammad, lalu al-'Abbas telah berkata: Aku tidak berhajat kepada anda, maka aku telah berkata: Tetapi aku berhajat kepada anda, aku meminta anda dengan hak Amir al-Mukminin supaya anda menerima aku.

Lalu beliau telah menerimaku, beliau mahu ataupun tidak dan al-Mahdi telah berkata kepadaku: Siapakah yang kenal anda?-di sekitarnya para sahabatnya-maka aku telah berkata: Ini adalah al-Hasan bin Zaid, beliau mengenaliku, ini Musa bin Ja'far, beliau mengenaliku, ini al-Hasan bin Abdillah bin al-'Abbas, beliau mengenaliku, maka mereka semua telah berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin seolah-olah beliau tidak hilang daripada kami. Kemudian aku telah berkata kepada al-Mahdi, wahai Amir al-Mukminin, bapa lelaki inilah yang telah memberitahu kepadaku kedudukan ini dan aku telah menunjukkan kepada Musa bin Ja'far, Musa bin Abdullah telah berkata: Aku telah membohongi Ja'far satu kali: Maka aku telah berkata kepadanya: Beliau telah menyuruhku supaya membaca salam kepada anda dan beliau telah berkata bahawa beliau seorang imam yang adil dan pemurah, beliau telah berkata: Maka beliau telah memerintahkan untuk Musa bin Ja'far 5000 dinar dan untukku 2000 dinar, kemudian beliau telah mengadakan perhubungan yang baik dengan para sahabatnya dan aku sendiri dengan sebaik-baik perhubungan sebagaimana disebutkan oleh anak lelaki Muhammad bin Ali bin al-Husain, justeru, katakanlah: Selawat Allah ke atas mereka dan malaikat-Nya, pembawa-pembawa 'Arasy-Nya dan Kiram Katibiin-Nya dan secara khusus Abu Abdillah dengan sebaik-baik selawat. Musa bin Ja'far telah berterima kasih kepadaku dengan baik. Justeru aku, demi Allah, maula mereka selepas Allah.

(506)-18. Dengan sanad-sanad ini, daripda Abdullah bin Ja'far bin Ibrahim al-Ja'fari berkata: Abdullah bin al-Mufadhdhal Maula Abdullah bin Ja'far bin Abu Talib telah memberitahu kepada kami berkata: Manakala al-Husain bin Ali yang terbunuh di Fakhkhin telah keluar dan mengepung Madinah, maka beliau telah menyeru Musa bin Ja'far supaya memberi baiah kepadanya, lalu beliau telah datang kepadanya dan berkata kepadanya: Wahai sepupuku, janganlah anda memaksaku sebagaimana sepupu anda telah memaksa bapa saudara anda Abu Abdillah, lalu beliau keluar dariku apa yang aku tidak mahu sebagaimana beliau telah keluar dari Abu Abdillah apa yang beliau tidak mahu.

Maka al-Husain berkata kepadanya: Sesungguhnya aku telah membentangkan kepada anda satu perkara jika anda kehendaki, anda masuklah padanya dan jika anda tidak menyukainya, aku tidak memaksa anda ke atasnya, Allah Yang akan menolong, kemudian beliau telah mengucap selamat tinggal. Abu al-Hasan a.s Musa bin Ja'far a.s telah berkata kepadanya ketika mengucap selamt jalan kepadanya: Wahai sepupuku, anda akan dibunuh, berhati-hatilah, kerana mereka adalah fasik menzahirkan keimanan dan menyembunyikan syirik wa inna li-llahi wa-inna ilai-hi raaji'uun. Aku menilai kamu di sisi Allah daripada kumpulan ('asabah) keluarga [yang jauh], kemudian al-Husain keluar dan urusannya sebagaimana telah berlaku, semua mereka telah dibunuh sebagaimana dikatakan oleh beliau a.s.

(507)-19. Dengan sanad-sanad ini, daripada Abdullah bin Ibrahim al-Ja'fari berkata: Yahya bin Abdullah bin al-Hasan telah menulis [surat] kepada Musa bin Ja'far a.s: Amma ba'du, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya aku menasihatkan diriku supaya bertakwa kepada Allah dan dengannyalah aku menasihatkan anda, kerana ia adalah wasiat Allah kepada mereka yang terdahulu dan kepada mereka yang terkemudian. Seorang daripada penolong-penolong Allah telah memberitahu kepadaku tentang agama-Nya dan beliau telah mengembangkan ketaatan-Nya bersama kasih sayang anda, sedang anda menderhakaiNya.

Sesungguhnya aku telah terlibat di dalam perbincangan dakwah untuk mendapatkan keredaan daripada keluarga Muhammad s.a.w. Sesungguhnya anda telah menutupnya sebagaimana bapa anda telah menutupnya sebelum anda . Sudah lama kamu mendakwa apa yang bukan hak kamu dan kamu telah membentangkan angan-angan kamu kepada perkara yang tidak dikurniakan Allah [kepada kamu]. Kamu sentiasa terpengaruh dengan hawa nafsu kamu dan aku memberi peringatan kepada kamu apa yang telah diberi peringatan oleh Allah tentang diri-Nya".

Abu al-Hasan bin Musa bin Ja'far a.s telah menulis: Daripada Musa bin Abdullah Ja'far dan Ali berkongsi merendahkan diri kepada Allah, mentaatiNya kepada Yahya bin Abdullah bin Hasan, amma ba'du adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya aku memberi peringatan kepada anda dan diriku dan aku memberitahu kepada anda tentang azab-Nya yang pedih, dendam-Nya yang berterusan. Aku memberi peringatan kepada anda dan diriku supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia merupakan perhiasan percakapan dan kepastian nikmat-Nya. Surat anda telah sampai kepadaku, anda menyebut padanya bahawa aku adalah pendakwa [seperti] bapaku sebelumnya.

Anda tidak mendengarnya daripadaku sendiri dan anda akan menulis penyaksian mereka dan mereka pula akan bertanya: Kenapa tidak ditinggalkan ketamakan dunia dan tuntutannya kepada ahlinya sahaja kerana ia merosakkan tuntutan akhirat pada dunia mereka. Anda telah menyebut bahawa aku telah menjauhkan orang ramai daripada anda kerana keinginanku untuk mendapatkan apa yang anda miliki dan ia tidak menghalang aku untuk menggugatkan anda jika aku mahu melemahkan sunnah dan [bersikap] kurang renungan dengan hujah, tetapi Allah telah menciptakan manusia dengan berbagai-bagai campuran yang pelik, cita-rasa dan tabiat. Justeru beritahulah kepadaku tentang dua huruf yang aku bertanya kepada anda tentangnya. Al- 'Ataraf di badan anda dan al-Sahlaj pada manusia?

Kemudian tulislah kepadaku dengan berita itu dan aku akan mendatangi anda, memberi ingatan kepada anda tentang maksiat khalifah dan aku menggalakkan anda di atas kebaikannya dan ketaatannya dan hendaklah anda menuntut keamanan [daripadanya] di atas diri anda sebelum anda dicengkam dan dicekik pada setiap tempat. Justeru dapatlah ketenangan jiwa pada setiap tempat sehingga Allah mengurniakan kepada anda nikmat dan kelebihan-Nya dan kesopanan khalifah-semoga Allah memanjangkan umurnya- Lantaran itu, beliau memberi keamanan kepada anda, memberi rahmat kepada anda dan menjaga pada anda keturunan Rasulullah s.a.w dan salam ke atas orang yang telah mengikuti petunjuk. Sesungguhnya diwahyukan kepada kami bahawa azab adalah ke atas mereka yang telah berbohong dan berpaling tadah.

Al-Ja'fari berkata: Berita telah sampai kepadaku bahawa suratku telah terjatuh di tangan khalifah Harun. Manakala beliau telah membacanya, beliau telah berkata: Orang ramai mendorongku untuk menentang Musa bin Ja'far, sedang beliau adalah terlepas dari apa yang dilontarkan kepadanya.


Catatan Kaki:

1. Allah menghendaki perkara itu berlaku sedemikian kepada mereka a.s.
2. Seolah-olah mulut mereka diikat kerana tidak mendedahkan rahsia kepada orang ramai.
3. Surah al-Qalam (68):4.
4. Surah al-Hasyr (59):7.
5. Surah al-Nisaa' (4): 80.
6. Kesalahan kecil sahaja.
7. Surah alSaad (38): 39.
8. Surah al-Hasyr (59): 7.
9. Surah al-Hasyr (59): 7.
10. Surah al-Qalam (68):4.
11. Surah al-Hasyr (59): 7.
12. Zuhur, Asar dan Isyak.
13. Perintah Allah adalah sepuluh rakaat, Rasulullah s.a.w telah menambah dua rakaat pada sembahyang Zuhur, dua rakaat pada sembahyang Asar, dua rakaat pada sembahyang Isyak dan satu rakaat pada sembahyang Maghrib sebagai sunnahnya, maka Allah telah menerimanya seperti perintah-Nya.
14. Surah al-Hasyr (59): 7.
15. Surah al-Hasyr (59): 7.
16. Surah al-Saad (38): 39.
17. Perbuatan Rasulullah s.a.w adalah sunnahnya.
18. Surah al-Nisaa' (4): 105.
19. Surah al-Hasyr (59): 7.
20. Surah al-Saad (38): 39.
21. Surah al-Hasyr (59): 7.
22. Surah al-Zukhruf (43): 84.
23. Al-Mu'minuun (23): 51.
24. Pada umumnya para imam a.s adalah di bawah kedudukan Rasulullah s.a.w. Mereka hanya menjalankan risalah Rasulullah s.a.w.
25. Seorang pelampau.
26. Surah al-Waaqi'ah (56): 7-11.
27. Surah al-Syuura (42): 52.
28. Surah al-Syuura (42): 52.
29. Surah al-Israa' (17): 85.
30. Surah al-Israa' (17): 85.
31. Surah al-Syuura (42): 52.
32. Surah al-Nahl (16):1-2.
33. Surah al-Tuur( 52): 21.
34. Surah al-Nisaa' (4): 58.
35. Surah al-Nisaa' (4): 59.
36. Surah al-Nisaa' (4): 59.
37. Surah al-Nisaa' (4): 58.
38. Surah al-Nisaa' (4): 58.
39. Surah al-Nisaa' (4): 58.
40. Mesti diberikan kepada pemilik kebun anggur sebagai bayaran ganti ruginya, tetapi bukan (ibu) kambingnya.
41. Ibu kambingnya.
42. Surah Yaa Siin (36): 12.
43. Orang yang menjadi imam harus mempunyai senjata Rasulullah s.a.w sebagai bukti.
44. Surah al-Anfaal (8): 75.
45. Surah al-Nisaaa' (4): 59.
46. Surah al-Nisaa' (4): 59.
47. Abu Bakr.
48. Umar.
49. Surah al-Ahzaab (33): 33.
50. Doa Nabi s.a.w kepada Umm Salamah r.a
51. Tidak dibenarkan melantik mereka yang tidak ditetapkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai para imam.
52. Menjadikan anaknya seorang imam.
53. Surah al-Anfaal (8): 75, Surah al-Ahzaab (33): 6.
54. Surah al-Anfaal (8): 75, Surah al-Ahzaab (33): 6.
55. Surah al-Ahzaab (33): 6.
56. Surah al-Ma'idah (5): 55.
57. Surah al-Ma'idah (5): 55.
58. Surah al-Ma'idah (5): 67.
59. Surah al-Ma'idah (5): 3.
60. Surah al-Ma'idah (5): 3.
61. Surah al-Ma'idah (5): 67.
62. Mukhtar bin Abu 'Ubaid al-Thaqafi, seorang ketua yang menuntut bela atas kematian al-Husain bin Ali di Karbala'.
63. Surah al-Anfaal (8): 75, Surah al-Ahzaab (33): 6.
64. Abu Bakr dan Umar.
65. Surah al-Nahl (16):91.
66. Aimmatun hiya azkaa min aimmati-kum Ertinya: Para imam yang lebih cerdik daripada para imam kamu. Tetapi di dalam al-Qur'an sekarang dibaca "ummatun hiya arbaa min ummatin" Ertinya: Satu golongan yang lebih banyak jumlahnya dari yang lain. Muslim, Sahih, hlm. 726 meriwayatkan bahawa Abu Musa al-Asy'ari membaca selepas Surah al-Saf (61): 2 "fatuktabu syahadatan fi a'naaqi-kum…" tetapi ia tidak ada di dalam al-Qur'an sekarang.
67. Di dalam al-Qur'an sekarang disebut arbaa bukan azkaa.
68. Surah al-Nahl (16): 92-94.
69. Di dalam al-Qur'an di sebut "Sesungguhnya Kami telah mengutus para rasul kami dengan ketangan-keterangan dan Kami telah menurunkan bersama mereka Kitab dan Mizan" Surah al-Hadiid (57): 25. Al-Majlisi meriwayatkan bahawa hadis ini adalah dha'if di dalam Mar'aat al-'Uquul, 111, hlm.270.
70. Surah al-A'laa (87): 18-19.
71. Surah al-Hajr (15): 88.
72. Surahal-Zukhruf (43):89. Di dalam al-Qur'an disebut "saufa ya'lamuun".
73. Surah al-Hijr (15: 97.
74. Surah al-An'aam (6):33.
75. Surah al-Insyiraah (94): 7-8. Di dalam al-Qur'an disebut fa-nsab. Ertinya: Kerjalah dengan sungguh-sungguh. Jika dibaca fan-sib, ertinya: Lantiklah.
76. Sindiran kepada Abu Bakr dan Umar yang telah melarikan diri di dalam peperangan.
77. Surah al-Ahzaab (33): 33.
78. Surah al-Anfaal (8): 41.
79. Surah al-Israa' (17): 26.
80. Surah al-Syura (42): 23.
81. Surah al-Takwiir (81): 8-9. Di dalam al-Qur'an disebut dengan perkataan " al-Maudatu" yang bererti anak perempuan. Sementara perkataan "al-Mawaddatu" bererti: Kasih sayang.
82. Surah al-Nahl (16): 43.
83. Surah al-Nahl (16): 44.
84. Surah al-Zukhruf (43): 44.
85. Surah al-Nisa' (4): 59.
86. Surah al-Nisaa' (4): 83.
87. Surah al-Ma'idah (5): 67.
88. Al-Syuura ( 42): 23.
89. Wasiat kepada Ali dan para imam a.s selepasnya.
90. Rasulullah s.a.w telah menjawab soalan-soalan yang dikemukan kepadanya selepas jenazahnya dimandikan oleh Amir al-Mukminin a.s. Keadaan sedemikian telah berlaku kepada Fatimah a.s selepas kematiannya a.s.
91. Sedikit sahaja tentang kelebihan para imam a.s diriwayatkannya sedangkan kelebihan mereka adalah banyak.
92. Anak Amir al-Mukminin a.s daripada isterinya dari suku al-Hanafiyyah.
93. Untuk mengangkat kepalanya.
94. Surah al-Nuur (24): 22.
95. Surah al-Baqarah (2): 109.
96. Hari peperangan Jamal.
97. Surah al-Ahzaab (33): 53.
98. Surah al-Hujuraat (49): 2.
99. Surah al-Hujuraat (49): 3.
100. Surah al-Qasas (28): 5.
101. Perkataan al-Qaim mempunyai dua makna: Pertama seorang imam yang menggantikan imam sebelumnya dan kedua ia adalah khusus untuk imam al-Mahdi a.s.
102. Kitab-kitab dan senjata Rasulullah s.a.w.
103. Surah al-Baqarah (2): 132.
104. Selamatlah kami dari neraka.
105 Abdullah dan Isma'il adalah daripada ibu yang sama. Sementara Musa a.s daripada ibu yang lain. Barangkali apa yang dimaksudkan oleh Abdullah ialah mereka berdua daripada keturunan yang sama. Kerana bapa mereka adalah Imam Ja'far al-Sadiq a.s.
106. Surah al-Baqarah (2): 156.
107. Surat jawapan kepada Abu Ja'far al-Mansur untuk mengelakkan pengganti Imam Ja'far al-Sadiq a.s (Musa a.s) dipenggalkan kepalanya. Di antara penggantinya termasuklah Abu Ja'far al-Mansur.
108. Surah al-Baqarah (2): 30.
109. Surah al-Nisaa' (4): 58.
110. Surah al-Baqarah (2): 140.
111. Wakil Imam Musa dan Imam al-Ridh a.s di Kufah.
112. Surah Yusuf (12): 66.
113. Surah Ibrahim (14): 27.
114. Surah al-Hujuraat (49): 12.
115. Surah al-Baqarah (2): 156.
116. Perkataan al-Bada' bererti: Apa yang jelas dan nampak [oleh manusia] dan ia dirujukkan kepada firman Allah Surah al-Zumar (39): 47 "Dan jelaslah (badaa-la-hum) bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan" Dan difahami di dalam konteks firman-Nya di dalam Surah al-Ra'd(13):39 "Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki) dan di sisi-Nyalah Umm al-Kitab". Di dalam erti kata yang lain al-Bada' berlaku seperti berlakunya hukum nasikh dan mansuh.
117. Surah al-Taubah (9): 115.
118. Surah al-Baqarah (2): 106.
119. Surah al-Baqarah(2): 260.
120. Keadaan politik pada masa itu tidak membenarkan menyebut namanya a.s.
121. Para Imam a.s.
122. Occultation.
123. Khuatir akan ditikam diperutnya.
124. Keghaiban yang kecil dan keghaiban yang besar. Pada masa keghaiban yang kecil (ghaibah sughra) ramai yang dapat melihatnya pada tempat yang berbeza. Sementara keghaiban yang besar (ghaibah kubra) sedikit sahaja yang dapat melihatnya.
125. Ketika tiada keamanan.
126. Surah al-Mulk (67): 30.
127. Imam al-Mahdi a.s tinggal bersama beberapa orang pengikutnya.
128. Rumah Imam al-'Askari yang terletak di antara dua masjid di Samaraa'.
129. Sebelum beliau menjalankan tugasannya.
130. Surah al-Takwir (81): 15-16.
131. Surah al-Takwir (81): 15-16.
132. Ini bererti bahawa al-Qaim tidak mempunyai sebarang perjanjian atau baiah dengan orang lain. Tidak seperti para imam a.s sebelumnya.
133. Surah al-Muddaththir (74):8.
134. Kasihan kepada anda!
135. Wilayah Ahlu l-Bait a.s
136. Bercabang dua
137. Menurut Abdullah bin al-Hasan bahawa talak jatuh tiga sekaligus. Sementara al-Kalbi al-Nassabah berkata: Talak jatuh satu.
138. Kesalahan pertama
139. Kesalan kedua.
140. Kesalahan ketiga.
141. Surah al-Furqan (25): 38.
142. Surah al-Talaq (65): 1.
143. Banyak ilmunya.
144. Abu Bakr dan Umar
145. Menjelaskannya kepadaku
146. Supaya Dia mengurniakan anak lelaki sebagai penggatinya.
147. Samarraa'
148. Iaitu bukanlah Abdullah di sana iaitu di tempat imamah (Beliau tidak layak menjadi imam).
149. Beliau tidak berhak menjadi imam.
150. Surah al-Maidah (5): 95.
151. Surah al-Maidah (5): 2.
152. Surah al-Maidah (5): 2.
153. Surah al-Taubah (9): 2.
154. Surah al-Taubah (9): 5.
155. Surah al-Baqarah (2): 235.
156. Ketahuilah bahawa anak lelaki anda Muhammad ini ialah al-Ahwal al-Aksyaf al-Akhdhar yang akan keluar menentang [pemerintah] tanpa kebenaran dan akan dibunuh dengn kejam.
157. Yang bermata juling.
158. Yang berbulu di ubun-ubunnya.
159. Berwarna hijau.
160. Al-Dawaaniq.
161. Ritah binti Abdullah bin Muhammad bin al-Hanafiyyah ibu Yahya bin Zaid, Ritah pada hari ini menduduki rumah itu.
162. Iaitu dengan nama al-Mahdi.
163. Nama sebuah bukit di Madinah.
164. Mereka telah memakai pakaian hitam dan merekalah penyokong-penyokong kerajaan 'Abbasiyyah.
165. Al-Husain bin Ali bin al-Hasan bin al-Hasan bin al-Hasan bin Ali a.s. Ibunya ialah Zainab binti Abdullah bin al-Hasan. Beliau telah keluar menentang Musa al-Hadi bin Muhammad al-Mahdi bin Abu Ja'far al-Mansur.
166. Perigi di antara al-Tan'aim dan Makkah.
167. Tidak mengadakan perbincangan dengannya.
168. Nama jenis saraf.
169. Nama jenis saraf.

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: