Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 76, 77, 78 dan 79)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 76, 77, 78 dan 79)

Written By Unknown on Kamis, 08 Maret 2018 | Maret 08, 2018


Bab 76

Isyarat Dan Nas Kepada Tuan Rumah ini A.S (al-Isyarat dan al-Nas ila sahib al-Dar a.s)

(4230)-1. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Ali bin Bilal berkata: [Sepucuk surat] telah dihantarkan kepadaku daripada Abu Muhammad dua tahun sebelum kematiannya yang beliau a.s telah memberitahu kepadaku tentang pengganti selepasnya. Kemudian sepucut surat telah dihantar kepadaku [daripadanya] tiga hari sebelum kematiannya yang beliau a.s telah memberitahu kepadaku tentang pengganti selepasnya.

(431)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad bin Ishaq, daripada Abi Hasyim al-Ja'fari berkata kepada Abu Muhammad a.s: Kehormatan anda menghalangku dari bertanya anda, adakah anda membenarkan aku bertanya? Beliau a.s telah berkata: Tanyalah. Aku telah berkata: Wahai sayyidi, adakah anda mempunyai seorang anak lelaki? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Jika sesuatu berlaku kepada anda, maka siapakah yang aku akan bertanya mengenainya? Beliau a.s telah berkata: [orang] Di Madinah.

(432)-3. Ali bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad al-Kufi, daripada Ja'far bin Muhammad al-Makfuf, daripada 'Umru al-Ahwaziy berkata: Abu Muhammad telah memperlihatkan kepadaku anak lelakinya dan berkata: Ini adalah sahabat anda selepasku.

(433)-4. Ali bin Muhammad, daripada al-Hamdan al-Qalanisi berkata: Aku telah berkata kepada al-'Umari: Abu Muhammad telah mati? Beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya beliau a.s telah mati, tetapi beliau a.s telah meninggalkan pada kamu penggantinya yang sihat dan selamat (yang mana tengkuknya seperti ini). Kemudian beliau telah menunjukkannya dengan tangannya.

(434)-5. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah berkata: [sepucuk surat] telah dihantar daripada Abu Muhammad a.s ketika al-Zubairi yang dilaknati Allah dibunuh: Ini adalah balasan kepada orang yang telah berani menentang Allah kerana para wali-Nya. Beliau telah mendakwa bahawa beliau akan membunuhku ketika aku tidak ada pewaris. Bagaimana beliau telah melihat kekuasaan Allah padanya. Seorang bayi lelaki telah dilahirkan untuknya, beliau telah menamakannya "mim ha' mim dal" (mhmd) pada tahun 256.

(435)-6. Ali bin Muhammad, daripada al-Husain dan Muhammad, dua anak lelaki Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Ali bin 'Abd al-Rahman al-'Abdi-daripada 'Abd Qais-daripada al-Dhau' bin Ali al-'Ajali, daripada seorang lelaki dari Faz yang mana beliau telah menamakannya: Aku telah datang ke Samarra' dan tinggal di pintu [rumah] Abu Muhammad a.s, maka beliau a.s telah memanggil aku, lalu akupun memasuki [rumahnya] dan aku telah memberi salam kepadanya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Apakah yang membuat anda datang ke sini? Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Keinginan untuk berkhidmat kepada anda. Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Tinggallah di pintu. Beliau telah berkata: Aku telah berada di pintu bersama hamba-hambanya. Kemudian aku mulai membeli barang-barang untuk keperluan mereka dari pasar. Aku telah datang kepada mereka tanpa meminta izin selama ada ramai lelaki di sana. Beliau telah berkata: Pada suatu hari aku telah datang kepadanya (imam) ketika beliau a.s berada di bilik mereka.

Aku telah mendengar pergerakan di dalam bilik itu, kemudian beliau telah memanggil aku: Berdirilah di tempat anda berada, jangan bergerak. Aku tidak berani sama ada untuk masuk atau pergi. Tiba-tiba seorang hamba perempuan telah datang kepadaku bersamanya benda yang ditutup [di tangannya]. Kemudian beliau a.s telah memanggil aku supaya masuk, lalu aku telah masuk dan beliau a.s telah memanggil seorang hamba perempuan, lalu beliau telah datang kepadanya. Beliau a.s telah berkata kepadanya: Dedahkan apa yang ada bersama anda. Maka beliau (hamba perempuan) telah mendedahkan seorang bayi yang cantik mukanya dan beliau a.s telah mendedahkan tubuh bayi itu, tiba-tiba [aku telah melihat] bulu sedang tumbuh di tengah dadanya ke pusatnya berwarna kehijauan dan bukan kehitaman. Maka beliau a.s telah berkata: Inilah sahabat kamu. Kemudian beliau a.s telah memerintahkannya (hamba perempuan) supaya membawanya keluar. Aku tidak melihatnya (bayi itu) selepas itu sehingga Abu Muhammad a.s mati.


Bab 77

Penamaan Mereka Yang Telah Melihatnya A.S (fi tasmiyati man ra'a-hu a.s)

(436)-1. Muhammad bin Abdullah dan Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Ja'far al-Humairiy berkata: Aku dan Syeikh Abu 'Amru yang dirahmati Allah telah berkumpul di sisi Ahmad bin Ishaq. Maka Ahmad bin Ishaq telah mengelipkan matanya kepadaku supaya aku bertanya kepadanya (syeikh) tentang pengganti kepada Imam al-Hasan al-'Askari, lalu aku telah berkata kepadanya: Wahai Abu 'Amru, sesungguhnya aku ingin bertanya anda tentang satu perkara dan aku tidak syak kepada apa yang aku ingin tanyakannya, kerana sesungguhnya kepercayaanku dan agamaku bahawa bumi tidak sunyi daripada seorang Hujjah melainkan empat puluh hari sebelum hari Kiamat.

Apabila hari itu tiba, Hujjah diangkat dan pintu taubat ditutup. Justeru, iman seseorang tidak akan memanfaatkan dirinya jika ia tidak beriman sebelumnya atau beliau telah melakukan kebaikan pada imannya. Lantaran itu, mereka adalah sejahat-jahat makhluk Allah dan Kiamat akan berlaku kepada mereka, tetapi aku suka menambahkan keimananku, sesungguhnya Ibrahim a.s telah memohon kepada Tuhannya supaya memperlihatkan kepadanya bagaimana Dia menghidupkan orang mati "[Ibrahim] menjawab: Ya, aku telah percaya, tetapi agar bertambah yakin hatiku" Abu Ali Ahmad bin Ishaq telah memberitahu kepadaku, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya: Siapakah orang yang aku akan berurusan dengannya atau daripada siapakah aku akan menuntut ilmu [agama] dan kata-kata siapakah yang aku boleh menerimanya?

Maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Al-'Umari adalah kepercayaanku, apa yang beliau telah menunaikannya kepada anda daripadaku, maka daripadaku beliau menunaikannya. Apa yang beliau memberitahu kepada anda daripadaku, maka beliau memberitahu daripadaku. Justeru, dengarlah kepadanya dan taatilah, kerana beliau adalah orang kepercayaan yang diamanahkan. Abu Ali telah memberitahu kepadaku bahawa beliau telah bertanya soalan yang sama kepadanya dan beliau telah berkata kepadanya: Al-'Umari dan anak lelakinya boleh dipercayai. Justeru, apa yang dilaksanakan kepada anda oleh mereka berdua daripadaku, maka daripada aku mereka berdua melaksanakannya.

Dan apa yang dikatakan kepada anda oleh mereka berdua daripada aku, maka daripada aku mereka berdua berkata. Lantaran itu, dengarlah dan taatilah mereka berdua, kerana mereka berdua dipercayai dan dijamin. Inilah kata-kata dua orang imam yang telah mati tentang anda. Beliau telah berkata: Abu 'Umru terus sujud dan menangis, kemudian beliau telah berkata: Mintalah apa yang anda hajati, maka aku telah berkata kepadanya: Anda telah melihat pengganti selepas [kematian] Abu Muhammad s.a.w? Maka beliau telah berkata: Ya, demi Allah, beliau adalah selamat dan sihat-beliau telah menunjukkan dengan tangannya- maka aku telah berkata kepadanya: Satu perkara masih tinggal, maka beliau telah berkata kepadaku: Biarlah aku mendengarnya, aku telah berkata: Dan namanya? Beliau telah berkata: Ia diharamkan ke atas kamu bertanya tentangnya, aku tidak berkata sedemikian daripada diriku sendiri.

Aku tidak menghalalkannya atau mengharamkannya, tetapi ia datang daripadanya a.s. Sesungguhnya urusan itu adalah di sisi orang yang berkuasa. Sesungguhnya Abu Muhammad a.s telah mati tanpa meninggalkan anak lelaki, hartanya dibahagikan dan diambil oleh orang yang tidak mempunyai haknya ke atasnya. Keluarganya bergerak dengan bebas, tetapi tiada seorangpun yang berani memperkenalkan dirinya kepada mereka atau memberi sesuatu kepada mereka. Jika nama [nya] disebut, maka pemeriksaan boleh dilakukan. Justeru, bertakwalah kepada Allah dan berhentilah dari melakukannya.

Al-Kulaini-rahimahu llah- telah berkata: Seorang syeikh daripada sahabat kita telah memberitahu kepadaku-namanya telah hilang daripada ingatanku-bahawa Abu 'Umru telah bertanya Ahmad bin Ishaq perkara yang sama, maka beliau telah memberi jawapan yang sama.

(437)-2. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il bin Musa bin Ja'far, beliau adalah yang paling tua daripada keturunan Rasulullah s.a.w di Iraq, maka beliau telah berkata: Aku telah melihat beliau a.s di antara dua masjid ketika beliau a.s masih kanak-kanak.

(438)-3. Muhammad bin Yahya, daripada al-Husain bin Rizqi-llah Abu Abdillah berkata: Musa bin Muhammad bin al-Qasim bin Hamzah bin Musa bin Ja'far telah memberitahu kepadaku, berkata: Hakimah binti Muhammad bin Ali-iaitu ibu saudara bapanya-sesungguhnya beliau telah melihatnya a.s pada malam kelahirannya dan selepasnya.

(439)-4. Ali bin Muhammad, daripada Hamdan al-Qalanisi berkata: Aku telah berkata kepada al-'Umari: Adakah Abu Muhammad a.s telah mati? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah mati, tetapi beliau a.s telah meninggalkan kepada kamu pewarisnya yang mana tengkuknya seperti ini. Iaitu berada di dalam keadaan sihat dan selamat. Beliau telah menunjukkannya dengan tangannya.

(440)-5. Ali bin Muhammad, daripada Fath Maula al-Zurari berkata: Aku telah mendengar Abu Ali bin Mutahhar menyebutkan bahawa beliau telah melihatnya a.s dan menceritakan bentuk tubuhnya a.s.

(441)-6. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Syazan bin Na'aim, daripada seorang pekerja wanita kepada Ibrahim bin 'Abadah al-Nisaburi berkata: Aku telah berdiri bersama Ibrahim di al-Safa, tiba-tiba beliau a.s telah datang sehingga beliau a.s. berdiri di hadapan Ibrahim memegang buku tentang ibadat haji dan bercakap dengannya di dalam banyak perkara.

(442)-7. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin Ibrahim, daripada Abi Abdillah bin Salih bahawa sesungguhnya beliau telah melihatnya a.s di sisi Hajr al-Aswad sedangkan orang ramai menolak dan berkumpul di kelilingnya, maka beliau a.s telah berkata: Mereka tidak diperintahkan untuk berkelakuan sedemikian.

(443)-8. Ali, daripada Abi Ali Ahmad bin Ibrahim bin Idris, daripada bapanya bahawa beliau telah berkata: Aku telah melihatnya a.s selepas kematian Abu Muhammad ketika beliau [masih] remaja, aku telah mengucup dua tangannya dan kepalanya.

(444)-9. Ali, daripada Abi Abdullah bin Salih dan Ahmad bin al-Nadhar, daripada al-Qanbari-seorang lelaki daripada anak lelaki Qanbar yang tua- Maula Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Hadis Abu Ja'far bin Ali telah berlalu, lalu beliau mencelanya, maka aku telah berkata kepadanya: Tiada seorangpun selain daripadanya [yang telah melakukannya], adakah anda telah melihatnya? Beliau telah berkata: Aku tidak melihatnya, tetapi orang lain telah melihatnya. Aku telah berkata: Siapakah yang telah melihatnya? Beliau telah berkata: Ja'far telah melihatnya dua kali dan baginya hadis tentangnya.

(445)-10. Ali bin Muhammad, daripada Abi Muhammad al-Wajnani bahawa beliau telah memberitahu kepadaku daripada orang yang telah melihatnya: Sesungguhnya beliau telah keluar dari rumah sepuluh hari sebelum peristiwa serangan ke atas rumahnya oleh khalifah al-Mu'tadhid dan beliau a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa ini adalah tempat yang aku paling cintai jika aku tidak diusir; atau kata-kata seumpamanya.

(446)-11. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin Qais, seorang polis di kawasan Iraq berkata: Aku telah melihat Sima' di Surra man ra'a (Samarra'). Beliau telah memecahkan pintu rumah [al-'Askari a.s], tiba-tiba al-Mahdi datang kepadanya memegang kapak di tangannya dan berkata kepadanya: Apakah yang anda buat di rumahku? Maka Sima' telah berkata: Sesungguhnya Ja'far telah mendakwa bahawa bapa anda telah mati tanpa meninggalkan seorang anak lelaki. Jikalau inilah rumah anda, maka aku akan meninggalkannya. Kemudian beliau telah keluar dari rumahnya. Ali bin Qais telah berkata: Kemudian seorang daripada pekerja-pekerja di rumah itu telah datang kepada kami, maka aku telah bertanya kepadanya tentang khabar ini. Maka beliau telah berkata kepadaku: Siapakah yang telah memberitahu kepada anda tentang perkara ini? Aku telah berkata kepadanya: Seorang daripada polis khas telah memberitahu kepadaku tentangnya. Kemudian beliau telah berkata: Amat sukar sesuatu perkara disembunyikan daripada orang ramai.

(447)-12. Ali bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad al-Kufi, daripada Ja'far bin Muhammad al-Makfuf, daripada 'Amru al-Ahwazi berkata: Abu Muhammad a.s telah menunjukkannya kepadaku dan berkata: Inilah sahabat (imam) kamu.

(448)-13. Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Nisaburi, daripada Ibrahim bin Muhammad bin Abdullah bin Musa bin Ja'far, daripada Abi Nasr Zarif, khadam [Imam al-'Askari a.s] bahawa beliau telah melihatnya a.s.

(449)-14. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad dan al-Hasan dua anak lelaki Ali bin Ibrahim bahawa sesungguhnya mereka berdua telah menceritakannya pada tahun 279 Hijrah, daripada Muhammad bin 'Abd al-Rahman al-'Abdi, daripada Dhau' bin Ali al-'Ajali, daripada seorang lelaki dari Faz yang mana beliau telah menamakannya bahawa Abu Muhammad a.s telah menunjukkannya [Imam al-Mahdi a.s] kepadanya.

(450)-15. Ali bin Muhammad, daripada Abi Ahmad bin Rasyid, daripada seorang penduduk al-Mada'in berkata: Aku telah melakukan haji bersama seorang sahabatku, kami telah sampai di al-Mauqif, tiba-tiba seorang pemuda sedang duduk, memakai [satu] pakaian di lengannya dan satu lagi di bahunya, berkasut kuning. Aku telah menganggarkan dua pakaiannya berharga seratus lima puluh dinar dan tiada kesan musafir ke atasnya. Seorang peminta sedekah telah datang kepada kami, lalu kami telah mengusirnya. Kemudian beliau telah menghampirinya dan meminta [sedekah] daripadanya. Kemudian beliau telah mengambil sesuatu dari tanah lalu memberikannya kepadanya.

Peminta sedekah itu telah berdoa untuknya dengan bersungguh-sungguh dan memanjangkan doanya pula. Kemudian lelaki itu telah berdiri dan menghilangkan diri daripada kami. Kemudian kami telah menghampiri peminta sedekah itu, lalu kami telah berkata kepadanya: Apakah di bumi ini, beliau telah berikan kepada anda? Beliau telah menunjukkan kepada kami seketul emas, kami telah menilainya dua puluh mithqal, maka aku telah berkata kepada sahabatku: Maula-na (al-Mahdi a.s) telah berada di sisi kami dan kami tidak mengetahuinya. Kemudian kami telah pergi mencarinya ke merata tempat di al-Mauqif, tetapi kami tidak mendapatinya. Justeru, kami telah bertanya kepada penduduk Makkah dan penduduk Madinah tentangnya, maka mereka berkata: Beliau adalah seorang 'Alawi yang datang melakukan haji pada setiap tahun dengan berjalan kaki.


Bab 78

Bab Tentang Larangan Menyebut Namanya (bab fi al-Nahyi 'an al-Ism)

(451)-1. Ali bin Muhammad, daripada orang yang beliau telah menyebut namanya, daripada Muhammad bin Ahmad al-'Alawi, daripada Daud bin al-Qasim al-Ja'fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan al-'Askari a.s berkata: Pengganti selepas aku adalah al-Hasan, bagaimana [pendapat] kamu tentang pengganti selepas pengganti? Maka aku telah berkata: Kenapa Allah telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan melihat keperibadiannya dan tidak halal bagi kamu menyebut namanya. Aku telah berkata: Bagaimana kita boleh menyebut namanya? Beliau telah berkata: Al-Hujjah daripada keluarga Muhammad a.s.

(452)-2. Ali bin Muhammad, daripada Abi Abdullah al-Salihi berkata: Sahabat kita telah bertanyaku selepas kematian Abu Muhammad a.s supaya aku bertanya tentang nama dan tempat [beliau berada], tiba-tiba jawapan telah datang: Jika kamu menunjukkan kepada mereka namanya, nescaya mereka menyebarkannya dan jika mereka mengetahui tempatnya, nescaya mereka akan menunujukkan [musuhnya] kepadanya.

(453)-3. Beberapa orang di kalangan sahabat kita, daripada Ja'far bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Rayyan bin al-Salt berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata- ketika ditanya tentang al-Qaim- maka beliau a.s telah berkata: Tubuhnya tidak akan dilihat dan namanya tidak akan disebut.

(454)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sahib hadha al-Amr (Imam al-Mahdi a.s) tidak akan disebut namanya melainkan oleh orang kafir .


Bab 79

Bab Yang Luar Biasa Tentang Keghaiban (bab nadir fi hali ghaibah)

(455)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Khalid, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada al-Mufadhdhal bin Umar dan Muhammad bin Yahya, daripada Abdullah bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, daripada sebahagian sahabatnya, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Perkara yang paling hampir bagi seorang hamba kepada Allah a.w adalah menyebutNya dan perkara yang paling diredai olehNya adalah apabila mereka tidak mendapati Hujjah Allah dan beliau tidak dilihat oleh mereka dan mereka tidak mengetahui tempatnya pula. Meskipun sedemikian mereka mengetahui bahawa Hujjah Allah masih ada dan perjanjiannya tidak terbatal.

Di dalam keadaan sedemikian, kamu menanti kejayaannya (al-Faraj) di waktu pagi dan petang. Kerana kemurkaan Allah terhadap musuh-musuh-Nya adalah apabila mereka tidak dapat mencari Hujjah-Nya dan beliau pula tidak menzahirkan dirinya kepada mereka. Sesungguhnya Dia telah mengetahui bahawa para walinya tidak akan merasa bimbang. Jika Dia mengetahui bahawa mereka merasa bimbang, nescaya Dia tidak akan menyembunyikan Hujjah-Nya daripada mereka sekalipun sekelip mata. Justeru, ia tidak akan terjadi melainkan kepada mereka yang paling jahat.

(456)-2. Al-Husain bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Mirdas, daripada Safwan bin Yahya dan al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada 'Ammar al-Sabatiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Manakah yang paling baik: Ibadat secara rahsia sedangkan imam di kalangan kamu bersembunyi (ma'a al-Imam min-kum al-Mustatir) di dalam kerajaan yang batil atau ibadat secara menzahirkan kebenaran dan [keburukan] kerajaannya sedangkan imam di kalangan kamu di dalam keadaan zahir (ma'a al-Imam min-kum al-Zahir)? Maka beliau a.s telah berkata: Wahai 'Ammar, sedekah secara rahsia (fi al-Sirr), demi Allah, adalah lebih baik daripada sedekah secara terang-terang (al-'Alaniyah).

Demikianlah juga, demi Allah, ibadat kamu secara rahsia sedangkan imam kamu bersembunyi di dalam kerajaan yang batil, dan ketakutan kamu terhadap musuh-musuh kamu di dalam kerajaan yang batil dan genjatan senjata adalah lebih baik daripada orang yang menyembah Allah secara menzahirkan kebenaran bersama imam yang benar zahir di dalam kerajaan yang benar. Ibadat dalam keadaan takut di dalam kerajaan yang batil tidaklah sama seperti ibadat dalam keamanan di dalam kerajaan yang benar.

Ketahuilah bahawa orang yang telah melakukan sembahyang fardu di kalangan kamu secara berjemaah [dengan orang lain] pada hari ini bersembunyi daripada musuhnya, di dalam waktunya, lalu beliau menyempurnakannya, maka Allah mendaftarkan untuknya [pahala] lima puluh sembahyang fardu secara berjemaah. Sesiapa yang telah melakukan sembahyang fardu berkeseorangan, bersembunyi daripada musuhnya di dalam waktunya, lalu beliau menyempurnakannya, maka Allah mendaftarkan untuknya [pahala] dua puluh lima sembahyang persendirian. Sesiapa yang telah melakukan sembahyang sunat di dalam waktunya, lalu beliau menyempurnakannya, maka Allah mendaftarkan untuknya [pahala] sepuluh sembahyang sunat.

Sesiapa yang melakukan kebaikan di kalangan kamu, maka Allah mendaftarkan untuknya dua puluh kebaikan dan melipatgandakan kebaikan mukmin di kalangan kamu apabila beliau melakukan amalannya dengan baik, melakukan taqiyyah tentang agamanya, imamnya, dirinya dan menahan lidahnya, sesungguhnya Allah Maha Mulia. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya, demi Allah, anda telah mendorong aku untuk melakukan amalan yang baik dan menggalakkan aku kepadanya, tetapi aku ingin tahu bagaimana amalan kita pada hari ini terjadi lebih baik daripada [amalan] para sahabat imam yang zahir di kalangan kamu di dalam kerajaan yang benar sedangkan kami di dalam satu agama?

Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu telah mendahului mereka memasuki agama Allah, (mendahului mereka di dalam] sembahyang, puasa, haji, segala kebaikan yang dipersetujui olehNya dan segala ibadat kepada Allah secara tersembunyi daripada musuh kamu bersama imam kamu yang tersembunyi di dalam keadaan [kamu] mentaatinya, bersabar bersamanya, menanti kerajaan yang benar (daulat al-Haq), khuatir ke atas [keselamatan] imam kamu dan diri kamu daripada raja-raja yang zalim. Kamu melihat kepada hak imam kamu dan hak kamu di tangan-tangan mereka yang zalim. Sesungguhnya mereka telah menegah kamu daripadanya dan memaksa kamu bekerja keras di dunia dan mencari kehidupan dengan penuh kesabaran di atas agama kamu, ibadat kamu, ketaatan kepada imam kamu dan ketakutan terhadap musuh kamu. Justeru Allah akan melipatgandakan [pahala] amalan kamu, maka tahniah untuk kamu.

Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah pendapat anda jika kami menjadi sahabat al-Qaim dan kebenaran terserlah sedangkan kami sekarang di dalam imamah anda dan ketaatan kepada anda itu lebih baik amalan daripada para sahabat kerajaan kebenaran dan keadilan? Beliau a.s telah berkata: Subhanallah, adakah kamu suka bahawa Allah menzahirkan kebenaran dan keadilan di seluruh negara, Allah akan menyatukan kalimah dan Allah menjinakkan di antara hati-hati yang bermacam-macam, mereka tidak menderhakai Allah di bumi-Nya, hudud-Nya dilaksanakan pada makhluk-Nya, Allah akan mengembalikan kebenaran kepada ahlinya, maka ia akan terserlah sehingga tiada seorangpun menyembunyikan kebenaran kerana takutkan makhluk. Demi Allah, wahai 'Ammar, seorang daripada kamu tidak akan mati di dalam keadaan kamu sekarang melainkan beliau adalah lebih baik di sisi Allah daripada kebanyakan para syuhada' Badr dan Uhud, lantaran itu, bergembiralah.

(457)-3. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Mahbub, daripada Husyam bin Salim, daripada Abi Hamzah, daripada Abi Ishaq berkata: Orang yang dipercayai di kalangan sahabat Amir al-Mukminin a.s telah memberitahu kepadaku bahawa sesungguhnya mereka telah mendengar Amir al-Mukminin a.s a.s telah berkata di dalam khutbahnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mengetahui bahawa ilmu tidak boleh dibawa kesemuanya dan disembunyikan pada satu tempat.

Asasnya tidak terputus, sesungguhnya Engkau tidak akan mengosongkan bumi Engkau daripada seorang Hujjah untuk Engkau ke atas makhluk Engkau, zahir tetapi tidak memerintah atau yang ketakutan atau tidak diketahui supaya Hujjah Engkau tidak terbatal dan para wali Engkau tidak tersesat selepas Engkau menunjukkan mereka. Malah di manakah mereka dan berapakah bilangan mereka? Mereka adalah sedikit dari segi bilangan, tetapi dari segi pangkat mereka adalah "besar" di sisi Allah. Mereka mentaati pimpinan agama, para imam yang memberi petunjuk, mereka yang beradab dengan adab-adab mereka, mengikuti cara mereka. Justeru mereka mempunyai ilmu yang dapat mencapai hakikat keimanan. Lantaran itu, roh-roh mereka menyahuti pimpinan ilmu. Mereka mempermudahkan percakapan mereka yang sukar difahami oleh orang lain. Mereka mendapat ketenteraman yang dikhuatiri oleh pembohong-pembohong dan ditolak oleh pemboros-pemboros.

Mereka adalah pengikut-pengikut para ulama, mereka bersahabat dengan ahli dunia dengan mentaati Allah dan para wali-Nya. Mereka berpegang dengan taqiyyah daripada agama mereka kerana takutkan musuh mereka. Roh-roh mereka tergantung di tempat yang tinggi, para ulama mereka dan pengikut-pengikut mereka menahan lidah mereka dan berdiam diri di dalam kerajaan yang batil, menanti kerajaan yang benar. Allah akan melaksanakan kebenaran dengan kalimah-kalimah-Nya dan menghapuskan kebatilan. Alangkah beruntungnya mereka yang bersabar di atas agama mereka di dalam gencatan senjata mereka (fi hali hudnati-him). Alangkah rindunya untuk melihat mereka ketika terserlahnya kerajaan mereka. Allah akan mengumpulkan kita dan mereka di syurga-syurga Aden [begitu juga] bapa-bapa mereka, isteri-isteri mereka dan zuriat-zuriat mereka.

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: