Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 72, 73, 74 dan 75)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 72, 73, 74 dan 75)

Written By Unknown on Kamis, 08 Maret 2018 | Maret 08, 2018


Bab 72

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu al-Hasan Al-Ridha A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi al-Hasan al-Ridha a.s)

(384)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada al-Husain bin Na'aim al-Sahhaf berkata: Aku, Hisyam bin al-Hakam dan Ali bin Yaqtin telah berada di Baghdad, maka Ali bin Yaqtin berkata: Aku telah duduk di sisi al-'Abd al-Salih (Imam Musa a.s), tiba-tiba anak lelakinya Ali datang, lalu beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Ali bin Yaqtin, ini Ali adalah penghulu anak-anakku. Sesungguhnya aku telah memberi kepadanya gelaranku, lalu Hisyam bin al-Hakam memukul dahinya dengan tapak tangannya, kemudian beliau telah berkata: Alangkah dukacitanya anda, bagaimana anda telah berkata sedemikian?

Ali bin Yaqtin berkata: Demi Allah, aku telah mendengar daripadanya sebagaimana anda telah katakan, maka Hisyam telah berkata: Aku akan memberitahu kepada anda bahawa urusan imamah adalah padanya (al-Ridha a.s) selepasnya. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Husain bin Nu'aim al-Sahhaf berkata: Aku telah berada di sisi al-'Abd al-Salih (pada naskhah al-Safwani) beliau telah berkata: Aku…- kemudian beliau telah menyebutnya seumpamanya.

(385)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu'awiyah bin Hakim, daripada Nu'aim al-Qabusi daripada Abu al-Hasan a.s bahawa beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya anak lelakiku Ali adalah anak lelakiku yang paling tua, paling baik di sisiku dan yang paling aku cintai, beliau melihat bersamaku pada al-Jafar yang mana hanya nabi atau wasi nabi yang melihat kepadanya.

(386)-3. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Sinan dan Isma'il bin 'Abbad al-Qasri bersama-sama Daud al-Raqiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, umurku telah meningkat, maka ambillah tanganku dari api neraka, beliau telah berkata: Maka beliau a.s telah menunjukkan kepada anak lelakinya Abu al-Hasan a.s sambil berkata: Beliau adalah sahabat (imam) kamu selepasku"

387)-4. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada al-Hasan Ibn Abi 'Umair, daripada Muhammad bin Ishaq bin 'Ammar berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan yang pertama a.s: Bolehkah anda tunjukkan kepadaku siapakah yang aku patut mengambil daripadanya agamaku? Maka beliau a.s telah berkata: Ini anak lelakiku Ali. Sesungguhnya bapaku telah mengambil tanganku, lalu mengambil aku kepada kubur Rasulullah s.a.w, maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku! Sesungguhnya Allah telah berfirman: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi "" Dan sesungguhnya Allah apabila Dia telah berfirman sesuatu, Dia melaksanakannya.

(388)-5. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu'lu' daripada Yahya bin 'Umru, daripada Daud al-Raqiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan Musa a.s: Sesungguhnya umurku telah meningkat, tulangku menjadi lemah, sesungguhnya aku telah bertanya bapa anda a.s, maka beliau telah memberitahu kepadaku tentang anda, kemudian beliau a.s telah memberitahu kepadaku (orang selepas anda), maka beliau telah berkata: Ini adalah Abu al-Hasan al-Ridha.

(389)-6. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ziyad bin Marwan al-Qanadiy, beliau adalah seorang penganut fahaman al-Waqifah, berkata: Aku telah datang kepada Abu Ibrahim a.s dan di sisinya anak lelakinya Abu al-Hasan a.s, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Ziyad, ini adalah anak lelakiku polan, kitabnya adalah kitabku (suratku), percakapannya adalah percakapanku, utusan-nya adalah utusanku dan [kebenaran] adalah pada kata-katanya"

(390)-7. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Fudhail berkata: Al-Makhzumi telah memberitahu kepadaku, ibunya adalah daripada salah seorang anak lelaki Ja'far bin Abu Talib a.s telah berkata: Abu al-Hasan Musa a.s telah mengutus kepada kami, lalu kami berkumpul, kemudian beliau a.s telah berkata kepada kami: Adakah kamu mengetahui kenapakah aku telah memanggil kamu? Kami berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Jadilah saksi bahawa sesungguhnya anak lelakiku ini adalah wasiku dan orang yang mempunyai kuasa di dalam urusanku dan khalifahku selepasku. Sesiapa yang mempunyai hutang di sisiku, maka hendaklah dia mengambilnya daripada anak lelakiku ini. Sesiapa yang mempunyai janji denganku, maka hendaklah beliau mendapatkannya daripadanya. Sesiapa yang ingin berjumpa denganku, maka beliau tidak boleh berjumpa denganku kecuali dengan melalui suratnya.

(391)-8. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Sinan dan Ali bin al-Hakam bersama, daripada al-Husain bin al-Mukhtar berkata: Beberapa keping kertas (surat) telah datang kepada kami daripada Abu al-Hasan a.s- beliau a.s di dalam tahanan- Janjiku dengan anakku yang paling tua supaya melakukan sesuatu dan jangan berikan kepada polan sesuatupun sehingga aku berjumpa dengan anda atau Allah memerintahkan aku dengan kematian.

(392)-9. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada al-Hasan bin al-Mukhtar berkata: Beberapa lambaran surat daripada Abu al-Hasan a.s di Basrah telah sampai kepada kami secara kiasan: Janjiku adalah kepada anak lelakiku yang paling tua, diberikan kepada polan begitu dan polan begitu, polan begitu dan polan tidak diberikan sehingga aku datang atau Allah mengambil nyawaku, sesungguhnya Allah melakukan apa yang Dia kehendaki.

(393)-10. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Muhriz, daripada Ali bin Yaqtin, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Beliau a.s telah mengirim surat kepadaku dari tempat tahanannya bahawa polan adalah anak lelakiku, penghulu anak lelakiku dan aku telah memberi kepadanya gelaranku (kunyati).

(394)-11. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi Ali al-Khazzaz, daripada Daud bin Sulaiman berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Aku khuatir sesuatu akan berlaku kepada anda dan aku tidak bertemu dengan anda lagi, justeru, beritahu kepadaku siapakah imam selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakiku polan-Iaitu Abu al-Hasan a.s.

(395)-12. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Sa'id bin Abi al-Jahm, daripada al-Nasr bin Qabus berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Sesungguhnya aku telah bertanya bapa anda a.s tentang siapakah selepas anda? Maka beliau a.s telah memberitahu kepadaku bahawa andalah orangnya. Manakala Abu Abdillah a.s mati, orang ramai telah pergi ke kanan dan ke kiri, aku dan para sahabatku telah menerima anda, justeru, beritahu kepadaku siapakah selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakiku polan.

(396)-13. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Dhahhak bin al-Asy'ath, daripada Daud bin Zurbi berkata: Aku telah datang kepada Abu Ibrahim a.s dengan harta, lalu beliau a.s telah mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian, maka aku telah berkata: Aslaha-ka llahu, kenapakah anda meninggalkannya di sisiku? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang yang mempunyai kuasa (sahib hadha al-Amr) akan menuntutnya daripada anda. Apabila berita kematiannya telah sampai kepada kami, maka Abu al-Hasan a.s telah mengutus anak lelakinya, lalu beliau meminta harta itu, maka aku telah memberikannya kepadanya.

(397)-14. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi al-Hakam al-Armani berkata: Abdullah bin Ibrahim bin Ali bin Abdullah bin Ja'far bin Abu Talib telah memberitahu kepadaku, daripada Yazid bin Salit al-Zaidi, Abu al-Hakam berkata: Abdullah bin Muhammad bin 'Imarah al-Jarmi telah memberitahu kepadaku, daripada Yazid bin Salit berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ibrahim a.s- ketika kami mahu melakukan umrah- di sebahagian jalan, maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah anda menyedari tempat ini di mana kita berada? Beliau a.s telah berkata: Ya, adakah anda sendiri menyedarinya? Aku telah berkata: Ya, sesungguhnya aku dan bapaku, kami telah berjumpa dengan anda di sini ketika anda bersama Abu Abdillah a.s dan bersamanya saudara-saudara anda, maka bapaku telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, kamu semua para imam yang disucikan, tiada seorang yang akan terlepas daripada kematian. Justeru beritahulah kepadaku sesuatu supaya aku memberitahunya kepada mereka selepasku, lantaran itu, mereka tidak akan sesat.

Beliau a.s telah berkata: Ya, wahai Abu Abdillah (bapa Yazid bin Salit), mereka itu adalah anak-anak lelakiku dan ini adalah penghulu mereka-beliau a.s telah menunjukkan kepada anda dan beliau a.s telah diberikan ilmu, kefahaman, kemurahan hati, ilmu yang dihajati oleh orang ramai, ilmu yang tidak disepakati oleh mereka tentang urusan agama dan dunia mereka, akhlak yang mulia, jawapan yang baik [kepada soalan]. Beliau a.s adalah satu pintu daripada pintu-pintu Allah. Dan di dalam diri beliau a.s terdapat satu sifat yang lebih baik daripada ini. Bapaku telah berkata: Apakah dia? -Dengan bapaku, anda dan ibuku-Beliau a.s telah berkata: Allah akan mengeluarkan daripadanya pertolongan umat ini, kejayaan umat ini, ilmunya, cahayanya, kelebihannya, hikmahnya, sebaik-baik bayi yang dilahirkan dan sebaik-baik (manusia) yang akan membesar.

Allah memelihara darah [orang ramai] dengannya, membaiki silaturahim, menyatukan perselisihan, memakaikan yang bertelanjang, mengenyangkan yang lapar, mengamankan yang takut, Allah menurunkan hujan dengannya, merahmati hamba-hamba-Nya, paling baik di kalangan orang tua dan paling baik di kalangan remaja, kata-katanya adalah hikmah, diamnya adalah ilmu, menerangkan kepada manusia apa yang mereka tidak sepakati. Beliau akan menjadi ketua keluarga sebelum beliau mencapai umur baligh. Maka bapaku telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, adakah beliau telah dilahirkan? Beliau a.s telah berkata: Ya, beberapa tahun umurnya telah berlalu. Yazid berkata: Tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepada kami dan kami tidak dapat bercakap dengannya.

Yazid berkata kepada Abu Ibrahim a.s: Beritahu kepadaku sebagaimana bapa anda a.s telah memberitahunya kepadaku, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Ya, sesugguhnya bapaku a.s telah berada di zaman di mana sekarang bukan zamannya. Maka aku telah berkata kepadanya: Sesiapa yang meredai anda tentang perkara ini, maka laknat Allah ke atasnya. Beliau telah berkata: Abu Ibrahim a.s telah ketawa dengan nyaring, kemudian beliau a.s telah berkata: Aku akan memberitahunya kepada anda, wahai Abu 'Ammarah, apabila aku telah keluar dari rumahku, maka aku telah mewasiatkan kepada anak lelakiku polan, tetapi aku telah bersyarikat bersamanya anak-anakku yang lain pada zahir sedangkan aku telah mewasiatkan kepadanya pada batin.

Justeru, aku telah mengasingkannya seorang sahaja. Sekiranya urusan ini terletak kepadaku, nescaya aku telah memilih anak lelakiku al-Qasim kerana cintaku dan kelembutan hatiku kepadanya, tetapi ia terletak kepada Allah, Dia menjadikannya untuk siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhyna Rasulullah s.a.w telah datang kepadaku dengan berita ini. Kemudian baginda s.a.w telah memperlihatkan [di dalam mimpi] kepadaku penggantiku (imam) di kalangan anak-anakku dan mereka yang bersamanya. Begitulah tiada seorangpun yang mewasiatkan kepada seseorang di kalangan kami sehingga Rasulullah s.a.w dan datukku Ali a.s datang dengan beritanya. Aku telah melihat sebentuk cincin, sebilah pedang, sebatang tongkat, sebuah kitab dan serbannya (Rasulullah s.a.w). Maka aku telah berkata: Apakah ini, wahai Rasulullah s.a.w? Baginda s.a.w telah bersabda kepadaku: Adapun serban adalah kekuasaan Allah a.w.

Adapun pedang, maka ia adalah kekuatan Allah t.w. Adapun kitab, maka adalah cahaya Allah t.w. Adapun tongkat, maka ia adalah kekuatan Allah. Adapun cincin, maka ia meliputi semua perkara. Kemudian baginda s.a.w telah bersabda kepadaku: Urusan imamah telah keluar daripada anda kepada orang lain. Lantas aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w, perlihatkanlah beliau (imam selepasnya) kepadaku, siapakah beliau di kalangan mereka? Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Aku tidak melihat seorangpun di kalangan para imam yang paling mengambil berat di dalam perkara ini selain daripada anda. Jika imamah adalah dengan kasih sayang (al-mahabbah), nescaya Isma'il lebih dikasihi oleh bapa anda daripada anda, tetapi perkara itu adalah daripada Allah a.w.

Kemudian Abu Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah melihat semua anak-anakku sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadaku: Ini adalah penghulu mereka, beliau a.s telah menunjukkan kepada anak lelakiku Ali, maka beliau adalah daripadaku dan aku adalah daripadanya dan Allah adalah bersama mereka yang melakukan kebaikan" Yazid berkata: Kemudian Abu Ibrahim a.s telah berkata: Wahai Yazid, ini adalah simpanan [rahsia] di sisi anda. Justeru, janganlah anda memberitahu kepada sesiapapun tentangnya melainkan dia seorang yang berakal atau seorang hamba [Allah] yang anda percaya bahawa dia seorang yang benar. Jika anda dipanggil untuk membuat penyaksian, maka buatlah iaitu sebagaimana firman Allah a.w: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya"

Dan Dia juga berfirman kepada kita: "Dan siapakah orang yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah? Abu Ibrahim a.s telah berkata: Aku telah berpaling kepada Rasulullah s.a.w sambil berkata: Sesungguhnya anda telah mengumpulkan anak-anakku untukku- dengan bapaku dan ibuku- manakah beliau di kalangan mereka? Maka baginda s.a.w telah bersabda: Seorang yang melihat dengan cahaya Allah a.w, mendengar dengan kefahaman-Nya, bercakap dengan hikmah-Nya, tepat dan tidak bersalah, mengetahui tanpa kejahilan, pendidik hikmah dan ilmu, inilah dia orangnya (huwa hadha) dan baginda s.a.w telah mengambil tangan anak lelakiku Ali-Kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Anda akan hanya bersamanya di dalam jangka waktu yang pendek.

Justeru, apabila anda kembali dari musafir anda, maka berwasiatlah, perbaikilah urusan anda dan selesailah apa yang anda kehendaki kerana anda akan berpindah daripada mereka dan akan berjiran dengan orang lain. Jika anda mahu, maka panggillah Ali, maka beliau akan memandi dan mengapankankan anda kerana ia adalah suci untuk anda. Ia mesti dijalankan menurut cara ini. Inilah sunnah yang telah berlalu.

Kemudian biarlah beliau meletakkan anda di hadapannya, biarkan saudara-saudaranya dan bapa-bapa saudaranya beratur di hadapannya dan perintahkannya supaya melakukan takbir di atas anda sembilan takbir, sesungguhnya wasiatnya telah diperkukuhkan dan beliau adalah wali anda ketika anda masih hidup. Kemudian kumpulkan semua anak-anak anda di kelilingnya dan jadikan mereka saksi dan Allah akan menyaksikannya dan cukuplah Allah menjadi saksi. Yazid berkata: Kemudian Abu Ibrahim a.s telah berkata kepadaku: Aku akan diambil pada tahun ini dan urusan imamah adalah kepada anak lelakiku Ali nama yang sama dengan Ali: Ali yang pertama, maka Ali bin Abu Talib dan adapun Ali yang akhir adalah Ali bin al-Husain a.s. Dikurniakan dengan fahaman yang pertama, kesabarannya, kemenangannya, kasih sayangnya, agamanya dan ujiannya. Dan ujian yang lain adalah kesabarannya di atas apa yang beliau tidak sukai, tetapi beliau tidak bercakap melainkan selepas empat tahun kematian Harun.

Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Yazid, jika anda melintasi tempat ini dan berjumpa dengannya- dan anda akan berjumpa dengannya- maka beritahulah kepadanya tentang berita baik kepadanya bahawa seorang bayi (ghulam) akan dilahirkan untuknya, yang amanah, dijamin, diberkati dan beliau akan memberitahu kepada anda bahawa anda telah berjumpa denganku, maka beritahulah kepadanya ketika itu bahawa seorang hamba perempuan (al-Jariah) yang akan melahirkan bayi ini adalah seorang hamba perempuan daripada keluarga Mariah seorang hamba perempuan Rasulullah s.a.w, ibu Ibrahim a.s (anak lelaki Rasulullah s.a.w).

Jika anda boleh menyampaikan salamku kepadanya, maka lakukanlah. Yazid berkata: Aku telah berjumpa dengan Ali a.s selepas kematian bapanya Abu Ibrahim a.s, maka beliau a.s telah memulakan percakapan denganku. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Yazid, apa pendapat anda tentang umrah? Aku telah berkata: Dengan bapaku, anda dan ibuku, itu terserah kepada anda, aku tidak ada wang untuk perbelanjaannya.

Maka beliau a.s telah berkata: Subhana llah, kami tidak memaksa anda dan tidak akan menyediakan perbelanjaan untuk anda. Kemudian kami telah keluar sehingga kami sampai ke tempat itu, maka beliau a.s telah mula bercakap denganku, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Yazid, pada tempat ini anda banyak berjumpa dengan jiran-jiran anda dan bapa-bapa saudara anda, aku telah berkata: Ya, kemudian aku telah menceritakan kepadanya kisah itu, lalu beliau a.s telah berkata kepadaku: Adapun seorang hamba perempuan, maka dia belum datang lagi kepadaku, maka apabila dia datang, aku akan menyampaikan salamnya kepadanya. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke Makkah dan beliau a.s telah membelinya pada tahun itu juga.

Tidak lama kemudian, dia telah mengandung (hamil) dan melahirkan seorang bayi. Yazid berkata: Saudara-saudara Ali masih berharap bahawa mereka akan mewarisinya. Justeru, saudara-saudaranya telah memusuhiku tanpa dosa. Ishaq bin Ja'far telah berkata kepada mereka: Demi Allah, aku telah melihatnya (Yazid) sedang duduk dekat dengan Abu Ibrahim a.s di majlis yang aku tidak duduk bersama.

(398)-15. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi al-Hakam berkata: Abdullah bin Ibrahim al-Ja'fari telah memberitahu kepadaku dan Abdullah bin Muhammad bin 'Ammarah, daripada Yazid bin Salit berkata: Apabila Abu Ibrahim a.s telah mewasiatkan [imamah], beliau a.s telah memanggil Ibrahim bin Muhammad al-Ja'fari, Ishaq bin Muhammad al-Ja'fari, Ishaq bin Ja'far bin Muhammad, Ja'far bin Salih, Mu'awiyah al-Ja'fari, Yahya bin al-Husain bin Yazid bin Ali, Sa'd bin 'Imran al-Ansari, Muhammad bin al-Harith al-Ansari, Yazid bin Salit al-Ansari dan Muhammad bin Ja'far bin Sa'd al-Aslami-iaitu wasiat yang pertama-Beliau a.s telah memanggil mereka untuk menjadi saksi bahawa beliau a.s naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, sesungguhnya Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, sesungguhnya hari Kiamat akan berlaku tanpa syak lagi. Sesungguhnya Allah akan membangkitkan mereka di dalam kubur.

Sesungguhnya [hari] Kebangkitan selepas kematian adalah benar. Sesungguhnya Janji[Nya] adalah benar, sesungguhnya Hisab adalah benar, Penghakiman adalah benar, sesungguhnya wukuf di hadapan Allah adalah benar, sesungguhnya apa yang telah dibawa oleh Muhammad adalah benar, sesungguhnya apa yang telah diturunkan oleh al-Ruh al-Amin adalah benar. Di atas (kepercayaan ini], aku hidup dan di atasnya aku mati dan di atasnya aku akan dibangkitkan kembali in sya'a Allah. Aku telah memanggil mereka sebagai saksi bahawa inilah wasiatku dengan khat aku sendiri, sesungguhnya aku telah menyalin khat datukku Amir al-Mukminin Ali bin Abu talib a.s dan wasiat Muhammad bin Ali sebelum itu. Aku telah menyalinnya satu persatu dan wasiat Ja'far bin Muhammad seperti itu juga. Sesungguhnya aku telah mewasiatkan kepada Ali dan anak-anakku bersamanya jika beliau mahu, jika beliau melakukan penghakiman yang adil kepada mereka. Aku suka supaya beliau menyokong mereka, tetapi itu terserah kepadanya. Jika beliau tidak mengakui mereka dan beliau suka untuk memecat mereka, maka ia terserah kepadanya dan mereka pula tidak mempunyai kuasa ke atasnya.

Aku telah mewasiatkan kepadanya tentang wakaf-wakafku, harta-hartaku, hamba-hambaku, anak-anak kecilku yang aku telah meninggalkan mereka dan anak-anakku yang lain. Aku telah meninggalkan perempuan-perempuanku kepada al-'Abbas dan Ibrahim, al-Qasim, Isma'il, Ahmad, Umm Ahmad kepada Ali dan bukan kepada orang lain. Satu pertiga daripada sadaqah bapaku dan dua pertiga sadaqahku (aku tinggalkan untuk Ali a.s), beliau boleh melakukan sesuatu kepadanya apabila beliau fikir sesuai seperti seorang pemilik harta terhadap hartanya.

Jika beliau suka menjualnya atau memberikannya, mendermanya atau bersedekah dengannya kepada orang yang aku telah menamakannya kepadanya ataupun aku tidak menamakannya. Maka ia terserah kepadanya. Beliau adalah sepertiku sendiri tentang wasiatku pada hartaku, keluargaku dan anak-anakku. Jika beliau melihat bersesuain untuk menetapkan saudara-saudaranya yang aku telah menamakan mereka di dalam wasiatku ini, maka beliau boleh melakukannya dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau boleh mengeluarkan mereka, beliau tidak boleh dicela atau ditolak.

Jika beliau mendapati keadaan mereka berlainan semasa aku meninggalkan mereka dan beliau mahu mengeluarkan mereka daripda kuasa [yang aku telah tetapkan], maka ia adalah terserah kepadanya. Jika ada di kalangan mereka (saudara-saudaranya) yang ingin mengahwinkan saudara perempuannya, maka beliau (saudaranya) tidak boleh mengahwinkannya melainkan dengan izinnya (Ali al-Ridha a.s) dan perintahnya kerana beliau lebih mengetahui tentang perkahwinan keluarganya.

Mana-mana kuasa atau individu yang mencegahnya dari sesuatu atau meletak halangan di antaranya dan sesuatu daripada apa yang aku telah sebutkannya di dalam suratku ini atau antara beliau dan seorang daripada mereka yang aku telah sebutkannya, maka beliau adalah terlepas daripada Allah dan Rasul-Nya, Allah dan Rasul-nya juga terlepas daripadanya dan di atasnya laknat Allah, kemurkaan-Nya, laknat para pelaknat, para malaikat yang dekat dengan Allah, para nabi, para rasul dan kumpulan mukminin. Tiada seorangpun yang mempunyai kuasa boleh mencegahnya dari sesuatu dan tiada tuntutan di pihakku untuk menentangnya (Ali al-Ridha) dengan alasan salah laku. Tiada seorangpun di kalangan anak-anakku boleh menuntut mana-mana harta menentangku daripadanya. Beliau mesti diterima di dalam semua perkara yang dikatakan olehnya. Jika beliau mengurangkan [pembahagian], maka beliau lebih mengetahui atau jika beliau memperbanyakkannya, maka beliau adalah seorang yang benar begitulah seterusnya.

Sesungguhnya aku mahu memasukkan nama anak-anakku bersamanya adalah untuk memuliakan mereka. Kepada hamba-hamba perempuanku yang telah melahirkan anak-anakku (ummahaat aulaadi) yang masih tinggal di rumah-rumah mereka dan di sebalik hijab akan diberikan perbelanjaan seperti pada masa hidupku, jika beliau melihat keadaannya sesuai dan sesiapa di kalangan mereka keluar untuk berkahwin, maka beliau tidak boleh lagi kembali ke rumahku kecuali Ali memikirkan sebaliknya.

Begitu juga dengan anak-anak perempuanku, tiada seorangpun daripada saudara-saudaranya di sebelah ibunya boleh mengahwinkan mereka, begitu juga mereka yang mempunyai kuasa atau bapa saudaranya tidak boleh mengahwinkan mereka melainkan mengikut pendapatnya (Ali al-Ridha a.s) dan perbincangan dengannya. Jika mereka melakukan perkara selain daripadanya, maka sesungguhnya mereka telah menyalahi Allah dan Rasul-Nya serta menentang kekuasaannya (Ali al-Ridha a.s) sedangkan beliau lebih mengetahui tentang pernikahan atau perkahwinan keluarganya. Jika beliau mahu untuk mengahwinkan mereka, maka beliau akan melakukannya dan jika beliau tidak mahu mengahwinkan mereka, maka beliau boleh berbuat demikian. Sesungguhnya aku telah mewasiatkannya kepada mereka sebagaimana aku telah menyebutkannya di dalam suratku ini.

Aku telah menjadikan Allah saksi ke atas mereka begitu juga dengannya (Ali al-Ridha a.s) dan Umm Ahmad. Tiada seorang yang boleh membuka wasiatku atau menyebarkan wasiatku jika beliau bukan seorang yang aku telah menyebutkannya dan menamaknnya di dalam perkara ini. Sesiapa yang telah melakukan kejahatan, maka ia kembali kepadanya dan sesiapa yang melakukan kebaikan, maka ia adalah untuk dirinya dan Tuhan kamu tidak menzalimi hamba-hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya. Tiada seorang yang mempunyai kuasa atau orang selain daripadanya boleh membuka suratku ini yang aku telah menutupnya rapat-rapat.

Sesiapa yang melakukan sedemikian, maka laknat Allah ke atasnya, kemurkaan-Nya, laknat semua pelaknat, termasuk para malaikat yang dekat dengan Allah, semua rasul dan mukminin ke atas mereka yang membuka suratku ini. Abu Ibrahim a.s dan saksi-saksinya telah menulis dan menutupnya. Selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.

Abu al-Hakam berkata: Abdullah bin Adam al-Ja'fari telah memberitahu kepadaku daripada Yazid bin Salit berkata: Abu 'Imran al-Talhi adalah kadi Madinah. Apabila Musa a.s telah mati, saudara-saudaranya (Ali al-Ridha a.s) telah mengemukakannya kepada al-Talhi al-Qadhi. Al-'Abbas bin Musa berkata: Aslaha-ka llah, berilah kami kesoronokan melalui anda di bahagian bawah surat ini ada perbendaharaan, permata-permata dan beliau (Ali al-Ridha a.s) mahu menyembunyikannya dan mengambilnya untuk dirinya dan bukan untuk kami. Bapa kami tidak meninggalkan sesuatu melainkan beliau berlindung kepadanya (Ali al-Ridha a.s) dan beliau telah meninggalkan kami pula bergantung kepadanya. Jika aku tidak menahan diriku, nescaya aku memberitahu sesuatu kepada anda di hadapan orang ramai yang telah berkumpul. Lantas, Ibrahim bin Muhammad telah menerkam kepadanya dan berkata: Lantaran itu, demi Allah, anda akan memberitahu perkara yang kami tidak menerimanya daripada anda dan kami tidak mempercayai anda tentangnya. Kemudian anda akan menjadi seorang yang dihina dan dimurkai.

Kami mengetahui anda dengan pembohongan semenjak kecil lagi dan bapa anda lebih mengetahui tentang anda. Jika kebaikan ada pada anda dan bapa anda mengetahui anda pada zahir dan batin, kenapa beliau tidak memprcayai anda meskipun dengan dua kurma. Kemudian Ishaq bin Ja'far, bapa saudaranya di sebelah bapa, menerkam kepadanya, lalu memegang leher bajunya sambil berkata: Anda adalah seorang yang dungu, lemah dan bodoh. Ini dan apa yang telah berlaku kelamarin adalah daripada anda. Orang ramai telah berkumpul di sana menyokongnya (Ishaq). Abu 'Imran al-Qadhi berkata kepada Ali: Wahai Abu al-Hasan, pergilah, cukuplah aku apa yang dilaknati oleh bapa anda pada hari ini. Bapa anda telah memberi kepada anda kuasa yang luas. Demi Allah, tiada seorang yang lebih mengetahui tentang anaknya daripada bapanya. Demi Allah, bapa anda, di sisi kami, bukanlah seorang yang lemah akalnya. Maka al-'Abbas berkata kepada al-Qadhi: Aslaha-ka llahu, pecahkan penutupnya dan bacalah apa yang ada di bawahnya.

Abu 'Imran berkata: Aku tidak akan memecahkannya atau membukanya, cukuplah apa yang dilaknati oleh bapa anda pada hari ini. Al-'Abbas berkata: Aku akan memecahkannya [untuk dibuka], maka beliau (al-Qadhi) berkata: Ia terserah kepada anda. Maka al-'Abbas telah memecahkan penutupnya (al-Khatam), maka beliau mendapatinya (surat) mengeluarkan mereka daripada sadaqah dan perkara-perkara yang lain dan menyokong Ali, malah mereka semua di bawah kuasa Ali sama ada mereka mahu ataupun tidak. Pembukaan surat itu adalah satu bala, keburukan dan kehinaan kepada mereka. Dan bagi Ali a.s adalah satu kelebihan. Di dalam wasiat yang dibukakan penutupnya oleh al- Abbas mengandungi saksi-saksi seperti: Ibrahim bin Muhammad, Ishaq bin Ja'far, Ja'far bin Salih dan Sa'id bin 'Imran.

Mereka telah mendedahkan muka Umm Ahmad (yang hadir) di majlis al-Qadhi kerana mereka mendakwa bahawa beliau bukanlah Umm Ahmad sehingga mereka telah mendedahkannya dan mereka mengenalinya. Maka beliau telah berkata pada ketika itu: Demi Allah, sesungguhnya tuanku telah berkata ini kepadaku: Sesungguhnya anda akan diambil secara paksaan atau anda akan dikeluarkan dari majlis. Ishaq bin Ja'far telah menakut-nakutkan beliau dan berkata: Diamlah, kerana perempuan dikira mempunyai akal yang lemah. Aku tidak terfikir bahawa beliau telah berkata sedemikian. Kemudian Ali a.s telah berpaling kepada al-'Abbas sambil berkata: Wahai saudaraku, aku mengetahui sesungguhnya apa yang telah mendorong anda bertindak sedemikan adalah disebabkan hutang-hutang anda. Justeru, wahai Sa'id, tentukan untukku berapakah hutang mereka yang wajib dibayar, kemudian bayarlah di atas akaun aku [untuk mereka].

Demi Allah, aku tidak akan meninggalkan berbuat baik kepada kamu selama aku berjalan di bumi ini, maka katakanlah apa yang kamu kehendaki. Al-'Abbas berkata: Apa yang anda berikan kepada kami adalah lebihan daripada harta-harta kami sedangkan harta kami di sisi anda adalah lebih banyak. Beliau a.s telah berkata: Katakanlah apa yang kamu mahu, maka kehormatan adalah kehormatan kamu. Jika kamu berbuat baik, maka ia adalah untuk kamu. Jika kamu berbuat jahat, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Sesungguhnya kamu pun mengetahui bahawa aku pada hariku ini tidak mempunyai anak dan tiada pewaris selain daripada kamu. Jika aku menyimpan sesuatu sebagaimana kamu fikirkan atau aku menyimpannya, maka ia akan menjadi milik kamu sahaja dan ia akan diberikan kepada kamu.

Demi Allah, semenjak kematian bapa kamu r.a, aku tidak memiliki sesuatupun kecuali untuk tujuan tertentu sebagaimana kamu telah melihatnya. Lantas al-'Abbas melompat kepadanya dan berkata: Demi Allah, ia bukanlah begitu, Allah tidak menjadikan pendapat anda menguasai kami, tetapi ia adalah hasad bapa kita terhadap kita dan kemahuannya yang dikehendaki olehnya [sendiri] yang mana Allah tidak membenarkannya untuknya dan untuk anda. Sesungguhnya anda mengetahui bahawa aku mengenali Safwan bin Yahya Bayya' al-Sabiri di Kufah, jika aku masih hidup, aku akan membuatnya tercekik dengan air liurnya dan anda bersamanya.

Ali a.s telah berkata: Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Adapun aku, wahai saudara-saudaraku, aku bersemangat untuk menggembirakan kamu, Allah mengetahui, wahai Tuhanku, jika Engkau mengetahui bahawa aku mencintai kebaikan mereka dan sesungguhnya aku seorang yang baik terhadap mereka dan bersemangat untuk menemani mereka, mengambil berat tentang urusan mereka malam dan siang, maka berilah ganjaran di atas kebaikan dan jika aku bukan sedemikian, maka Engkau lebih mengetahui tentang perkara-perkara yang ghaib, maka berilah ganjaran kepadaku apa yang aku layak dengan sewajarnya. Jika ia jahat, maka jahatlah ia dan jika ia baik, maka baiklah ia.

Wahai Tuhanku, buatlah mereka baik dan buatlah perkara-perkara yang baik untuk mereka. Jauhilah syaitan daripada kami dan mereka dan buatlah mereka mentaati Engkau, buatlah mereka berjaya bagi mencapai kejayaan Engkau. Adapun aku, wahai saudaraku, bersemangat untuk menggembirakan kamu, berjuang untuk kebaikan kamu "Dan Allah adalah saksi terhadap apa yang kita ucapkan (ini) . Maka al-'Abbas berkata: Aku benar-benar mengetahui cara lidah anda [bertutur], aku bukanlah tanah yang subur untuk tipu-daya anda". Kemudian orang ramai telah bersurai, selawat dan salam ke atas Muhammad dan keluarganya.

(399)-16. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ali dan Abdullah bin al-Marzaban, daripada Ibn Sinan berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan Musa a.s setahun sebelum beliau a.s datang ke Iraq dan anak lelakinya Ali sedang duduk di sisinya. Maka beliau a.s telah melihat kepadaku dan berkata: Wahai Muhammad, pada tahun ini akan berlaku kekacauan, justeru, janganlah anda berdukacita kerananya. Aku telah berkata: Apakah akan berlaku, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Apa yang anda katakan itu membuatkan aku risau. Maka beliau a.s telah berkata: Aku akan diambil kepada seorang yang zalim, tetapi tiada keburukan akan menimpaku di tangannya dan tidak juga di tangan orang selepasnya. Aku telah berkata: Apakah akan berlaku, aku telah menjadikan diriku tebusan anda?

Beliau a.s telah membaca firman Allah: "Dan Allah menyesatkan mereka yang zalim dan Allah memperbuat apa yang Dia kehendaki" Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Apakah itu, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang menzalimi anak lelakiku ini akan haknya dan menentang imamahnya selepasku adalah seperti seorang yang telah menazalimi Ali bin Abu Talib akan haknya dan menentang imamahnya selepas Rasulullah s.a.w. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Demi Allah, jika Allah memanjangkan umurku, nescaya aku akan menyerahkan haknya kepadanya dan mengakui imamahnya. Beliau a.s telah berkata: Anda memang benar, wahai Muhammad, Allah akan memanjangkan umur anda dan anda akan menyerahkan haknya kepadanya, dan anda akan mengakui imamahnya dan imamah orang selepasnya. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Siapakah itu? Beliau a.s telah berkata: Muhammad anak lelakinya. Beliau telah berkata: Aku telah berkata: Aku meredainya dan menyerah kepadanya".


Bab 73

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Ja'far Al-Thani A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi Ja'far al-Thani a.s)

(400)-1. Ali bin Muhammad, daripada n Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yahya bin Habib al-Zayyat berkata: Beberapa orang yang sedang duduk di sisi Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah memberitahu kepadaku. Apabila mereka bangun, beliau a.s telah berkata kepada mereka: Pergi jumpa Abu Ja'far dan sampaikanlah salam kepadanya dan perbaharuilah janji kamu dengannya. Apabila mereka berdiri untuk pergi, beliau a.s telah berpaling kepadaku dan berkata: Allah memberi rahmat kepada al-Mufadhdhal kerana beliau berpuas hati [mengakui imam akan datang] tanpa ini (arahan].

(401)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s telah menyebutkan sesuatu, maka beliau a.s telah berkata: Apakah hajat kamu kepadanya, ini adalah Abu Ja'far sesungguhnya aku telah mendudukkannya di tempat dudukku dan aku telah melantiknya kepada kedudukanku dan berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait yang mana yang kecil kami mewarisi yang besar kami, kami adalah sama.

(402)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya Muhammad bin Isa berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far al-Thani a.s, lalu beliau a.s telah berbincang beberapa perkara denganku. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Ali, tiada ruang untuk syak kerana bapaku tidak mempunyai anak lelaki selain daripadaku.

(403)-4. Beberapa orang daripada sahabat kita, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ja'far bin Yahya, daripada Malik bin Asyim, daripada al-Husain bin Basysyar berkata: Ibn Qiyama telah menulis surat kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, beliau telah berkata di dalamnya: Bagaimana anda menjadi seorang imam sedangkan anda tidak [mampu] mempunyai anak lelaki? Maka Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata kepadanya-seakan-akan memarahinya-Siapakah yang telah memberitahu kepada anda bahawa aku tidak mempunyai anak lelaki? Demi Allah, hari-hari dan malam-malamku tidak akan berlalu sehingga Allah mengurniakan kepadaku seorang anak lelaki yang dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.

(404)-5. Beberapa orang sahabat kita, daripada Muhammad bin Ali, daripada Mu'awiyah bin Hakim, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Ibn al-Najjasyi telah berkata kepadaku: Siapakah imam selepas sahabat anda? Aku mahu anda bertanya kepadanya sehingga aku mengetahuinya. Lalu aku telah datang berjumpa dengan al-Ridha a.s dan aku telah bertanya kepadanya, beliau a.s telah berkata kepadaku: Imam itu adalah anak lelakiku. Kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah seorang berani berkata "anak lelakiku" sedangkan beliau tidak mempunyai anak lelaki?

(405)-6. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Kami telah menyebutkan sesuatu di sisi Abu al-Hasan a.s selepas Abu Ja'far dilahirkan untuknya. Maka beliau a.s telah berkata: Apakah hajat kamu kepada ini? Ini adalah Abu Ja'far, aku telah mendudukkannya di tempat dudukku dan melantiknya pada tempatku.

(406)-7. Ahmad, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Qiyama al-Wasiti berkata: Aku telah datang kepada Ali bin Musa a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Adakah berlaku dua imam (pada satu masa)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, kecuali salah seorang daripadanya berdiam diri. Maka aku telah berkata kepadanya: Andalah yang tidak berdiam diri, Abu Ja'far belum dilahirkan pada masa itu, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Demi Allah, Allah akan menjadikan aku seorang yang mana Dia akan mendirikan kebenaran dengannya dan pendokongnya. Dia akan memusnahkan kebatilan dan pendokongnya. Abu Ja'far dilahirkan untuknya selepas setahun. Ibn Qiyama adalah seorang yang berfahaman al-Waqifiyyah.

(407)-8. Ahmad, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Hasan bin al-Jahm berkata: Aku telah duduk di sisi Abu al-Hasan a.s, lalu beliau a.s telah memanggil anak lelakinya yang masih kecil, kemudian beliau a.s telah mendudukkannya di atas ribaku. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Cabutlah bajunya, lantas aku mencabutnya. Beliau a.s telah berkata kepadaku: Lihatlah di antara dua bahunya, lantas aku melihatnya, tiba-tiba pada salah satu bahunya seperti penutup yang menusuk ke dalam daging. Kemudian beliau a.s telah berkata: Adakah anda melihat ini? Bapaku telah mempunyai perkara yang sama di tempat ini.

(408)-9. Daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abi Yahya al-San'ani berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s, maka anak lelakinya Abu Ja'far yang masih kecil telah dibawakan kepadanya, maka beliau a.s telah berkata: Tiada bayi yang dilahirkan yang akan memberi keberkatan yang lebih besar kepada Syiah kita selain daripada bayi ini.

(409)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Safwan bin Yahya berkata: Aku telah berkata kepada al-Ridha a.s: Kami pernah bertanya kepada anda sebelum Allah mengurniakan anda dengan Abu Ja'far a.s, lantas anda berkata: Allah akan mengurniakan aku seorang bayi, maka Allah telah mengurniakannya kepada anda, maka kami bergembira. Semoga Allah tidak akan membiarkan kami melihat hari kematian anda, tetapi jika apa yang akan berlaku itu berlaku, maka kepada siapa? Beliau a.s telah menunjukkan dengan tangannya kepada Abu Ja'far a.s yang sedang berdiri di hadapannya. Maka aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ini anak lelaki yang berusia tiga tahun? Maka beliau a.s telah berkata: Tiada sesuatu yang menghalangnya daripadanya. Sesungguhnya Isa a.s telah mendirikan hujahnya ketika berusia tiga tahun.

(410)-11. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Mu'ammar bin Khallad berkata: Aku telah mendengar Isma'il bin Ibrahim berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya anak lelakiku ini perlahan lidahnya, aku akan menghantarkannya kepada anda besok supaya anda menyapu di atas kepalanya dan berdoa untuknya kerana beliau adalah di bawah jagaan anda, maka beliau a.s telah berkata: Beliau adalah di bawah jagaan Abu Ja'far, maka hantarlah beliau kepadanya besok.

(411)-12. Al-Husain bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Nahdiy, daripada Muhammad bin Khallad al-Saiqal, daripada Muhammad bin al-Hasan bin 'Ammar berkata: Aku telah duduk di sisi Ali bin Ja'far bin Muhammad di Madinah, aku telah tinggal bersamanya selama dua tahun menulis apa yang beliau dengar daripada saudaranya- iaitu Abu al-Hasan a.s- tiba-tiba Abu Ja'far Muhammad bin Ali al-Ridha a.s telah datang ke masjid Rasulullah s.a.w, lantas Ali bin Ja'far menerkam kepadanya tanpa kasut dan jubah, mengucupnya dan menghormatinya.

Maka Abu Ja'far a.s telah berkata kepadanya: Wahai bapa saudaraku ('amm), silakan duduk-mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada anda, maka beliau telah berkata: Wahai sayyidi, bagaimana aku duduk sedangkan anda berdiri. Manakala Ali bin Ja'far kembali ke majlisnya, para sahabatnya mulai mencacinya dan berkata: Anda adalah bapa saudara bapanya sedangkan anda melakukan kepadanya perbuatan ini? Beliau telah berkata: Diam, apabila Allah-beliau memegang janggutnya-tidak membuat janggut putih ini layak (imamah) dan membuatkan pemuda ini layak (imamah) serta meletakkannya di tempat yang Dia telah meletakkannya, aku pula mengingkari kelebihannya? Aku mohon perlindungan daripada apa yang anda katakannya, malah aku adalah seorang hamba untuknya.

(412)-13. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Khairani, daripada bapanya berkata: Aku pernah berdiri di hadapan Abu al-Hasan a.s di Khurasan, maka seorang lelaki berkata: Wahai tuanku (sayyidi), jika berlakulah apa yang akan berlaku, maka [imamah] kepada siapa? Beliau a.s telah berkata: Kepada Abu Ja'far anak lelakiku, seolah-olah lelaki yang bertanya itu memperkecilkan umur Abu Ja'far a.s. Maka Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus Isa bin Maryam sebagai rasul dan nabi, pembawa syariah bermula dengan umurnya semuda usia Abu Ja'far a.s.

(413)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Ali bin Muhammad al-Qasani bersama, daripada Zakaria bin Yahya bin al-Nu'man al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Ali bin Ja'far memberitahu kepada al-Hasan bin al-Husain bin Ali bin al-Husain berkata: Demi Allah, sesungguhnya Allah telah menolong Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka al-Hasan telah berkata kepadanya: Ya, demi Allah, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, saudara-saudaranya telah menentangnya, maka Ali bin Ja'far telah berkata: Ya, demi Allah, dan kami bapa-bapa saudaranya telah menentangnya juga. Maka al-Hasan telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bagaimana kamu telah melakukannya sedangkan aku tidak berada bersama kamu?

Beliau telah berkata: Saudara-saudaranya berkata kepadanya dan kami juga: Tidak pernah ada pada kami seorang imam yang berkulit hitam. Maka al-Ridha a.s telah berkata kepada mereka: Beliau itu adalah anak lelakiku. Mereka berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menghukum dengan al-Qaffah (pakar tentang pertalian keluarga sedarah sedaging), maka di antara kami dan anda adalah al-Qaffah, beliau telah berkata: Kamu utuslah kepada mereka, adapun aku, maka aku tidak mahu dan janganlah kamu memberitahu kepada mereka apabila kamu memanggil mereka, hendaklah kamu tinggal di rumah kamu. Apabila mereka telah datang, maka mereka (saudara-saudara dan bapa-bapa saudaranya) telah memanggil kami untuk berkumpul di taman dan bapa-bapa saudara, saudara-saudara dan saudara-saudara perempuannya berbaris.

Mereka telah mengambil al-Ridha a.s dan memakaikannya jubah bulu, songkok daripada bahan yang sama dan mereka telah meletakkan penyodok di atas tengkuknya dan mereka berkata kepadanya: Pergilah ke taman seolah-olah anda bekerja padanya. Kemudian mereka telah membawa datang Abu Ja'far a.s dan berkata (kepada pakar tentang pertalian keluarga): Kaitkanlah kanak-kanak ini kepada bapanya, maka mereka telah berkata: Tiada bapanya di sini, tetapi ini adalah bapa saudara bapanya, ini adalah bapa saudara bapanya, ini adalah bapa saudaranya, dan ini adalah ibu saudaranya. Jika beliau mempunyai bapa di sini, maka beliau adalah tukang kebun itu kerana kedua-dua tapak kakinya (tukang kebun) menyamai tapak kakinya. Apabila Abu al-Hasan a.s telah kembali, mereka telah berkata: Inilah bapanya.

Ali bin Ja'far telah berkata: Aku telah berdiri, lalu aku menghisap air liur Abi Ja'far a.s, kemudian aku telah berkata kepadanya: Aku naik saksi bahawa anda adalah imam di sisi Allah, lantas al-Ridha a.s menangis, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai bapa saudaraku, Tidakkah anda pernah mendengar bapaku telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang bapaku: Anak lelaki yang terpilih daripada sebaik-baik hamba perempuan, anak lelaki daripada hamba perempuan Nubah yang mempunyai mulut yang manis, rahimnya telah dipilih (untuk melahirkan seorang imam). Celakalah mereka, Allah melaknati al-'Abbas dan zuriatnya, pembuat fitnah. Beliau (dan mereka) akan membunuh mereka (yang ditipu oleh Bani al-'Abbas) di dalam beberapa tahun, bulan dan hari. Beliau akan memberi tamparan yang hebat, memberi minum air kepahitan kepada mereka. Beliaulah yang diburu dan diusir serta dikaitkan dengan bapanya dan datuknya kepada persembunyian (sahib al-Ghaibah). Beliau akan dikatakan: Beliau telah mati atau binasa atau (ditanya) di manakah beliau telah pergi? Adakah ia akan berlaku selain daripada aku, wahai bapa saudaraku? Maka aku telah berkata: Anda telah berkata benar, aku telah menjadikan diriku tebusan anda.


Bab 74

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu al-Hasan al-Thalith (Ketiga) A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi al-Hasan al-Thalith a.s)

(414)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Isma'il bin Mihran berkata: Apabila Abu Ja'far a.s telah keluar dari Baghdad di dalam salah satu daripada dua perjalanannya, aku telah berkata kepadanya ketika beliau a.s keluar: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, aku khuatir ke atas anda mengikut arah ini, justeru kepada siapakah urusan imamah selepas anda? Beliau a.s telah berpaling mukanya kepadaku di dalam keadaan tersenyum dan berkata: Tiada persembuyian (ghaibah) seperti anda fikirkan pada tahun ini. Apabila beliau a.s dikeluarkan pada kali kedua kepada al-Mu'tasim, aku telah datang kepadanya dan berkata: Aku telah menjadikan diriku terbusan anda, anda sedang keluar, maka kepada siapakah urusan imamah selepas anda? Maka beliau a.s telah menangis sehingga janggutnya menjadi basah, kemudian beliau a.s telah berpaling kepadaku dan berkata: Ketika keberangkatan pada kali ini aku terasa takut, urusan selepasku adalah kepada anak lelakiku Ali.

(415)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada al-Khairani, daripada bapanya bahawa beliau telah berkata: Bapaku terikat kepada rumah Abu Ja'far a.s kerana perkhidmatan yang diwakilkan kepadanya. Ahmad bin Muhammad bin Isa telah datang pada waktu sahur pada setiap malam untuk mengetahui berita kesakitan Abu Ja'far a.s. Di sana terdapat utusan yang berulang-alik di antara Abu Ja'far a.s dan bapaku. Apabila beliau telah datang, Ahmad telah berdiri, lalu pergi dan bapaku dapat bercakap dengannya secara peribadi.

Pada suatu malam aku telah keluar dan Ahmad telah berdiri, lalu pergi dari majlis dan bapaku telah bercakap dengan utusan itu secara peribadi, tetapi Ahmad telah kembali dan berdiri yang mana beliau dapat mendengar percakapan mereka. Maka utusan itu telah berkata kepada bapaku: Sesungguhnya tuan anda (maulaa-ka) telah mengirim salamnya kepada anda dan berkata kepada anda: Aku sedang berlalu (mati) dan urusan imamah adalah kepada anak lelakiku Ali, beliau mempunyai hak ke atas kamu selepasku sebagaimana aku mempunyai hak ke atas kamu selepas bapaku. Kemudian utusan itu telah pergi dan Ahmad telah kembali ke tempatnya dan berkata kepada bapaku: Apakah beliau telah katakan kepada anda? Beliau telah berkata: Baik, beliau telah berkata: Aku telah mendengar apa yang beliau telah katakannya, kenapakah anda menyembunyikannya? Beliau telah mengulangi apa yang beliau telah mendengarnya.

Maka bapaku telah berkata kepadanya: Allah telah mengharamkan apa yang anda telah buat kerana Allah telah berfirman: "Janganlah kamu mengintai" Jagalah penyaksian anda, kemungkinan kita perlu kepadanya pada suatu hari nanti. Jagalah dan janganlah anda mendedahkannya sehingga tiba waktunya. Apabila tiba waktu pagi, bapaku telah menulis sepuluh salinan surat daripada imam, kemudian menutupnya dan menyerahkannya kepada sepuluh orang pemuka mazhab dan berkata: Jika kematian berlaku kepadaku sebelum aku menuntut kamu dengannya, maka bukalah dan beramallah mengikut apa yang ada padanya. Apabila Abu Ja'far a.s mati, bapaku telah menyebut bahawa beliau (bapaku) tidak akan keluar dari rumahnya sehingga empat ratus orang mengisytiharkan diri mereka menyokong imamah di tangannya.

Kemudian ketua-ketua mazhab telah berkumpul di sisi Muhammad bin al-Faraj berunding tentang perkara ini. Muhammad bin al-Faraj telah menulis kepadaku memberitahu kepadanya tentang perhimpunan mereka di sisinya. Jika tidak kerana khuatir diketahui ramai, nescaya beliau telah datang bersama mereka kepadanya (bapa al-Khairani) dan memintanya supaya datang kepadanya. Justeru, bapaku telah menaiki kenderaannya dan pergi kepadanya. Maka beliau telah mendapati orang ramai berkumpul di sisinya. Mereka telah berkata kepada bapaku Apakah pendapat anda tentang urusan ini? Bapaku telah berkata: kepada mereka yang mempunyai salinan surat: Kemukakan salinan-salinan itu, maka beliau telah berkata kepada mereka: Inilah apa yang aku telah memerintahkan kamu, maka sebahagian mereka telah berkata: Kami mahu di sana ada saksi lain bersama anda di dalam urusan ini.

Maka beliau telah berkata kepada mereka: Sesungguhnya Allah telah mendatangi kamu denganya, ini adalah Abu Ja'far al-Asy'ari yang akan menjadi saksi untukku bahawa aku telah mendengar perutusan ini. Dan beliau telah memintanya supaya menjadi saksi apa yang beliau telah mengetahuinya. Kemudian Ahmad telah menafikan bahawa beliau telah mendengar sesuatu daripada ini, lalu bapaku telah menyerunya untuk melakukan sumpah pemusnahan (mubahalah). Beliau telah berkata: Manakala beliau (bapaku) telah melakukan [sesuatu] ke atasnya, beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah mendengarnya sedemikian. Ini adalah satu penghormatan yang mana aku mahu anda menjadi seorang lelaki Arab bukan seorang lelaki bukan Arab (al-'Ajam). Orang ramai tidak bersurai sehingga mereka semua telah berkata benar.

Mengikut naskhah al-Safwani:

(416)-3. Muhammad bin Ja'far al-Kufi, daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Muhammad bin al-Husain al-Wasiti bahawa beliau telah mendengar Ahmad bin Abi Khalid, hamba Abu Ja'far menceritakan bahawa beliau telah menjadi saksi kepada wasiat yang telah disalinkannya:

Ahmad bin Khalid, hamba Abu Ja'far bahawa Abu Ja'far Muhammad bin Ali bin Musa bin Ja'far bin Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s telah menjadi saksi bahawa beliau telah mewasiatkan kepada Ali anak lelakinya untuk urusannya sendiri dan saudara-saudara permpuannya. Beliau telah menyerahkan urusan Musa (kepada Ali) apabila beliau sampai umur baligh, beliau telah melantik Abdullah bin al-Musawir untuk menjaga harta peninggalannya yang terdiri daripada ladang pertanian, hartanah, sumber kewangan sokongan, hamba-hamba dan lain-lain sehingga Ali bin Muhammad sampai umur baligh.

Mulai daripada hari itu (semua perkara di tangan) Abdullah bin al-Musawir diserahkan kepadanya (Ali). Beliau akan menguruskan urusan dirinya sendiri, urusan saudara-saudara perempuannya dan urusan Musa adalah di bawah jagaannya. Musa sendiri akan menjaga sadaqat (bapanya) yang diwarisinya selepas mereka berdua (selepas Abdullah bin al-Musawir dan Ali, (jika beliau mati) mengikut syarat bapa mereka berdua. (Beliau, Ahmad bin Khalid, telah menjadi saksi) ini pada hari Ahad, 3hb Dhu l-Hijjah, 220 hijrah (28 hb November, 835, tiga hari selepas kematian al-Jawad a.s pada hari Khamis 30hb Dhu l-Hijjah, 220 hijrah (25 hb November 835).

Ahmad bin Abu Khalid telah menulis penyaksiannya dengan khatnya sendiri dan al-Hasan bin Muhammad bin Abdullah bin al-Hasan bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s yang dikenali dengan al-Jawwani, telah menjadi saksi sebagaimana penyaksian Ahmad bin Abi Khalid pada permulaan kitab (surat) dan beliau telah menulis penyaksiannya dengan tangannya sendiri dan disaksikan oleh Nasr, hamba (al-Jawad a.s) dan beliau telah menulis penyaksiannya dengan tangannya sendiri.


Bab 75

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Muhammad A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi Muhammad a.s)

(417-1. Ali bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad al-Nahdi, daripada Yahya bin Yasar al-Qanbari berkata: Abu al-Hasan a.s telah mewasiatkan kepada anak lelakinya al-Hasan empat bulan sebelum kematiannyan. Beliau a.s telah mengambil aku dan sekumpulan hamba yang dibebaskan (al-Mawali) menjadi saksi.

(418)-2. Ali bin Muhammad, daripada Ja'far bin Muhammad al-Kufi, daripada al-Basysyar bin Ahmad al-Basri, daripada Ali bin Umar al-Naufali berkata: Aku telah berada bersama Abu al-Hasan a.s di perkarangan rumahnya, tiba-tiba anak lelakinya Muhammad telah melalui kami, lantas aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah beliau sahabat kami selepas anda? Maka beliau a.s telah berkata: Tidak, sahabat kamu selepas aku adalah al-Hasan a.s.

(419)-3. Daripadanya, daripada Basysyar bin Ahamd, daripada Abdullah bin Muhammad al-Isfahani, berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sahabat kamu selepasku adalah orang yang akan memberi salam kepadaku. Beliau telah berkata: Kami tidak mengetahui Abu Muhammad sebelum ini, beliau telah berkata: Abu Muhammad telah keluar, lantas beliau telah memberi salam kepadanya.

(420)-4. Dan daripadanya, daripada Musa bin Ja'far bin Wahab, daripada Ali bin Ja'far berkata: Aku telah hadir bersama Abu al-Hasan a.s menakala anak lelakinya Muhammad mati, maka beliau telah berkata kepada al-Hasan: Wahai anak lelakiku, perbaharuilah kesyukuran anda kepada Allah kerana Dia telah memperbaharui sesuatu kepada anda.

(421)-5. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Marwan al-Anbari berkata: Aku telah hadir ketika kematian Abu Ja'far Muhammad bin Ali. Kemudian Abu al-Hasan a.s telah datang, lalu kerusi diletakkan untuknya, lalu beliaupun duduk di atasnya. Dan di sekitarnya adalah keluarganya. Abu Muhammad telah berada di dalam keadaan berdiri di satu sudut. Apabila selesai urusan Abu Ja'far, beliau telah berpaling kepada Abu Muhammad a.s, maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, perbaharuilah syukur anda kepada Allah kerana Dia telah memperbaharui sesuatu untuk anda.

(422)-6. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Qalanisi, daripada Ali bin al-Husain bin 'Umru, daripada Ali bin Mihziyar berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Jika berlaku sesuatu kepada anda-dan aku berlindung kepada Allah-maka kepada siapa [imamah]? Beliau a.s telah berkata: Janjiku adalah kepada anak lelakiku yang paling tua.

(423)-7. Ali bin Muhammad, daripada Abi Muhammad al-Asbarqini, daripada Ali bin 'Umru al-'Attar berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan al-'Askari a.s dan Abu Ja'far anak lelakinya adalah di kalangan mereka yang masih hidup dan aku menyangka bahawa beliau adalah imam selepas Abu al-Hasan a.s. Maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, siapakah yang paling khusus yang aku harus taati di kalangan anak-anak anda? Beliau a.s telah berkata: Janganlah kamu mengkhususkan seorangpun daripada mereka sehingga perintahku datang kepada kamu. Beliau telah berkata: Aku telah menulis kepadanya selepas kematian Abu Ja'far: Kepada siapakah urusan imamah akan berlaku? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah menulis kepadaku: Anak lelakiku yang paling tua. Beliau telah berkata: Abu Muhammad adalah anak lelaki yang paling tua daripda Abu Ja'far.

(424)-8. Muhammad bin Yahya dan lain-lain, daripada Sa'd bin Abdullah, daripada sekumpulan Bani Hasyim, di kalangan mereka adalah al-Hasan bin al-Hasan al-Aftas bahawa mereka telah hadir-pada hari kematian Muhammad bin Ali bin Muhammmad-di pintu Abu al-Hasan al-'Askari untuk memberi takziah kepadanya. Permaidani telah dibentangkan kepadanya di perkarangan rumahnya dan orang ramai telah duduk di sekitarnya, maka mereka telah berkata: Kami telah membuat anggaran bahawa mereka yang telah hadir di sekitarnya yang terdiri daripada keluarga Abu Talib, Bani Hasyim adalah seratus lima puluh orang, tidak termasuk mawaalinya dan orang lain.

Tiba-tiba Abu al-Hasan a.s telah melihat kepada Abu al-Hasan bin Ali datang dengan bajunya yang koyak sehingga beliau telah berdiri di sebelah kanannya dan kami tidak mengetahuinya. Maka Abu al-Hasan a.s telah melihat kepadanya selepas beberapa ketika. Lalu beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, perbaharuilah kesyukuran kepada Allah kerana Dia telah memperbaharui sesuatu kepada anda. Maka orang muda itu telah menangis, memuji Allah dan membaca firman Allah "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali" Kami telah bertanya tentangnya (siapakah dia) dan diberitahu: Ini adalah al-Hasan, anak lelakinya. Kami telah membuat anggaran umurnya [pada ketika itu] dua puluh tahun ataupun lebih. Semenjak hari itu kami telah mengenalinya dan kami telah mengetahui bahawa Abu al-Hasan a.s telah menunjukkannya untuk imamah dan meletakkannya di tempatnya.

(425)-9. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya bin Daryab berkata: Aku telah datang kepada Abu al-Hasan a.s selepas kematian Abu Ja'far, maka aku telah mengucap takziah kepadanya tentangnya dan Abu Muhammad a.s sedang duduk, lantas Abu Muhammad a.s telah menangis. Maka Abu al-Hasan a.s telah datang kepadanya dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah telah menjadikan anda penggantinya, justeru, bersyukurlah kepada Allah.

(426)-10. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Abu Hasyim al-Ja'fari berkata: Aku telah berada di sisi Abu al-Hasan a.s selepas kematian anak lelakinya Abu Ja'far, aku telah berfikir untuk berkata: Seolah-olah mereka berdua, aku maksudkan Abu Ja'far dan Abu Muhammad pada masa ini seperti Abu al-Hasan Musa dan Isma'il dua anak lelaki Ja'far bin Muhammad a.s dan kisah mereka berdua seperti kisah mereka berdua juga.

Kerana Abu Muhammad diharapkan [menjadi imam] selepas Abu Ja'far, tiba-tiba Ali Abu al-Hasan telah datang sebelum aku bercakap dan beliau telah berkata: Ya, wahai Abu Hasyim, al-Bada' telah berlaku kepada Abu Muhammad selepas Abu Ja'far yang tidak diketahui tentang-Nya. Sebagaimana al-Bada' telah berlaku kepada Musa selepas kematian Isma'il yang mana Allah telah menerangkan kedudukannya. Dan inilah sebagaimana ia telah terbayang di fikiran anda dahulu sekalipun dibencikan oleh pengikut-pengikut kebatilan. Abu Muhmmad adalah anak lelakiku, penggantiku selepasku. Di sisinya ilmu yang dihajati oleh manusia dan bersamanya segala kelayakan untuk imamah.

(427)-11. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya bin Daryab daripada Abi Bakr al-Fahfaki berkata: Abu al-Hasan a.s telah menulis surat kepadaku: Abu Muhammad adalah anak lelakiku yang paling disegani di dalam keluarga Muhammad dan Hujjah yang paling dipercayai, beliau adalah anak lelakiku yang paling tua, beliau adalah penggantiku dan kepadanyalah berakhirnya ikatan imamah dan hukum-hukumnya. Apa yang anda telah tanyakan kepadaku, maka bertanyalah kepadanya, kerana beliau memiliki apa yang dihajati [oleh manusia].

(428)-12. Ali bin Muhammad, daripada Ishaq bin Muhammad, daripada Syahwaih bin Abdullah al-Jallab berkata: Abu al-Hasan a.s telah menulis kepadaku di dalam suratnya: Anda ingin bertanya kepadaku tentang pengganti selepas Abu Ja'far dan anda syak mengenainya, justeru janganlah anda berdukacita dengannya kerana Allah telah berfirman: "Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum setelah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan- Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi" Sahabat (imam) anda selepasku adalah Abu Muhammad anak lelakiku dan beliau memiliki apa yang kamu hajati (untuk mengetahuinya). Allah mendahulukan apa yang Dia kehendaki dan melewatkan apa yang Dia kehendaki "Dan apa saja ayat yang kami nasakhkan atau apa yang kami jadikan (manusia) lupa kepadanya, kami datangkan apa yang lebih baik daripadanya atau sebanding dengannya" Aku telah menulis padanya penjelasan dan kepuasan bagi orang yang mempunyai akal dan kesedaran.

(429)-13. Ali bin Muhammad, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Muhammad bin Ahmad al-'Alawi, daripada Daud al-Qasim berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Pengganti selepasku adalah al-Hasan, bagaimana kedudukan anda tentang pengganti selepas pengganti ini? Maka aku telah berkata: Kenapakah Allah telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kamu tidak akan melihat orangnya dan kamu tidak dibenarkan menyebut namanya, maka aku telah berkata: Bagaimana aku akan menyebutnya? Maka beliau telah berkata: Katakanlah: Hujjah daripada keluarga Muhammad s.a.w.

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: