Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 68, 69, 70 dan 71)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 68, 69, 70 dan 71)

Written By Unknown on Kamis, 08 Maret 2018 | Maret 08, 2018


Bab 68

Isyarat Dan Nas Ke Atas Ali Bin Al-Husain A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala al-Husain bin 'Ali a.s)

(353)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Husain bin Ali apabila hampir kematiannya, telah memanggil anak perempuannya yang paling tua Fatimah bin al-Husain a.s, kemudian beliau a.s memberi kepadanya kitab (surat) wasiat secara terbuka. Ali bin al-Husain a.s yang telah berada bersama mereka menghidapi sakit perut dan kebanyakan orang mengatakan beliau akan mati. Fatimah telah memberi kitab itu kepada Ali bin al-Husain a.s, kemudian, demi Allah, kitab itu berada di sisi kami, wahai Ziyad. Aku telah berkata: Apakah yang ada di dalam kitab itu, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau s.a berkata: padanya, demi Allah, apa yang dihajati oleh manusia semenjak Allah telah menciptakan Adam sehingga binasanya dunia. Demi Allah, padanya hukum hudud sehingga ada padanya denda memukul seseorang.

(354)-2. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Ibn Sinan, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila al-Husain hampir kematiannya, beliau a.s telah memberi wasiatnya kepada anak perempuannya Fatimah secara terbuka di dalam satu kitab (surat) yang disusun. Apabila apa yang telah berlaku kepada al-Husain a.s telah berlalu, beliau telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s. Aku telah berkata kepadanya: Apakah di dalamnya- Semoga Allah memberi rahmat kepada anda? Beliau a.s telah berkata: Apa yang dihajati oleh manusia semenjak dunia diciptakan sehingga binasa dunia.

(355)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Husain a.s ketika di dalam perjalanan ke Iraq, beliau a.s telah menyimpan buku-buku dan wasiat di sisi Umm Salmah r.a dan apabila Ali bin al-Husain a.s telah kembali, beliau telah memberikannya kepada Ali bin al-Husain a.s. Menurut naskhah al-Safwani:

(356)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hanan bin Sadir, daripada Fulaih bin Abu Bakr al-Syaibani berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku telah berada di sisi Ali bin al-Husain a.s dan di sisinya anak lelakinya, tiba-tiba Jabir bin Abdullah al-Ansari datang, lalu beliau memberi salam kepadanya, kemudian beliau telah mengambil tangan Abu Ja'far a.s dan pergi bersamanya, maka beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu kepadaku sesungguhnya aku akan mendapati (melihat) seorang lelaki daripada Ahlu l-Bait-nya yang bernama Muhammad bin Ali dipanggil Abu Ja'far a.s, maka apabila anda mendapatinya, sampaikanlah salamku kepadanya.

Beliau telah berkata: Jabir telah pergi dan Abu Ja'far a.s telah kembali, lalu beliau a.s duduk bersama bapanya Ali bin al-Husain a.s dan saudara-saudaranya. Apabila sembahyang Maghrib telah dilakukan, maka Ali bin al-Husain a.s telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Apakah yang dikatakan oleh Jabir bin Abdullah al-Ansari kepada anda? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya anda akan mendapati (melihat) seorang lelaki daripada Ahlu l-Baitku bernama Muhammad bin Ali dipanggil Abu Ja'far, maka sampaikanlah salamku kepadanya" Bapanya berkata kepadanya: Tahniah untuk anda, wahai anak lelakiku, di atas apa yang dikhususkan untuk anda oleh Allah daripada Rasul-nya di kalangan keluarganya. Jangan biarkan saudara-saudara anda mengetahuinya supaya mereka tidak merancang tipu-daya kepada anda sebagaimana saudara-saudara Yusuf telah merancang tipu-daya kepada Yusuf.


Bab 69

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Ja'far A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi Ja'far a.s)

(357)-1. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Abi al-Qasim al-Kufi, daripada Muhammad bin Sahl, daripada Ibrahim bin Abi al-Bilad, daripada Isma'il bin Muhammad bin Abdullah bin Ali bin al-Husain daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila al-Husain bin Ali hampir kematiannya, beliau a.s telah mengeluarkan kotak di sisinya, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Muhammad, bawalah kotak ini. Beliau telah berkata: Empat orang telah membawa kotak itu. Apabila beliau a.s (Ali bin al-Husain) mati, saudara-saudaranya (Abu Ja'far) datang kepadanya untuk menuntut apa yang ada di dalam kotak itu, mereka berkata: Berilah bahagian kami di dalam kotak itu, maka beliau a.s telah berkata: Demi Allah, tiada hak anda di dalamnya. Jika ada hak anda di dalamnya, nescaya beliau a.s (bapanya) tidak memberikannya kepadaku. Sesungguhnya di dalam kotak itu adalah senjata Rasulullah s.a.w dan kitab-kitabnya.

(358)-2. Muhammad bin Yahya, daripada 'Imraan bin Musa, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Isa bin Abdullah, daripada bapanya, daripada datuknya berkata: Ali bin al-Husain a.s telah berpaling kepada anak-anaknya ketika kematiannya sedang mereka berkumpul di sisinya, kemudian beliau a.s berpaling kepada Muhammad bin Ali sambil berkata: Wahai Muhammad, bawalah kotak ini ke rumah anda. Beliau telah berkata: Sesungguhnya tidak ada di dalamnya dinar dan dirham, tetapi ia dipenuhi dengan ilmu.

(359)-3. Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl, daripada Muhammad bin Isa, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada al-Husain bin Abi al-'Alaa', daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Umar bin 'Abd al-'Aziz telah menulis surat kepada Ibn Hazm supaya beliau menghantar kepadanya dokumen tentang sedekah Ali, Umar dan Uthman. Sesungguhnya Ibn Hazm telah mengutus kepada Zaid bin al-Hasan yang paling tua di kalangan mereka, lalu beliau telah meminta dokumen daripadanya, maka Zaid telah berkata: Sesungguhnya Wali selepas Ali adalah al-Hasan dan selepas al-Hasan adalah al-Husain dan selepas al-Husain adalah Ali bin al-Husain dan selepas Ali bin al-Husain adalah Muhammad bin Ali, lantaran itu, utuslah kepadanya. Maka Ibn Hazm telah mengutus kepada bapaku. Kemudian bapaku telah mengirim kitab kepadaku untuknya sehingga aku telah memberikannya kepada Ibn Hazm.

Sebahagian daripada kami telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah anak-anak al-Hasan megetahui perkara ini? Beliau a.s telah berkata: Ya, mereka megetahuinya seperti mereka mengetahui waktu malam, tetapi mereka dikuasai oleh hasad. Jika mereka telah mencari kebenaran dengan kebenaran, nescaya ia adalah lebih baik bagi mereka, tetapi mereka mencari dunia.

Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasysyaa', daripada 'Abd al-Karim bin 'Umru, daripada Ibn Abi Ya'fur berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Umar bin 'Abd al-'Aziz telah menulis kepada Ibn Hazm, kemudian beliau telah menyebut seumpamanya, tetapi beliau telah berkata: Ibn Hazm telah mengutus kepada Zaid bin al-Hasan dan beliau adalah lebih tua daripada Abu Abdillah a.s.

Beberapa orang daripada sahabat kita, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa' [meriwayatkan] hadis yang sama.


Bab 70

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu Abdillah Ja'far Bin Muhammad Al-Sadiq A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'ala Abi Abdillah Ja'far bin Muhammad al-Sadiq a.s)

(360)-1. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa', daripada Abban bin Uthman, daripada Abi al-Sabah al-Kinani berkata: Abu Ja'far a.s telah melihat kepada Abu Abdillah a.s sedang berjalan, maka beliau a.s telah berkata: Anda sedang melihat kepada ini? Ini adalah di kalangan mereka yang difirmankan oleh Allah a.w: "Dan Kami hendak memberi kurnia kepada mereka yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka pewaris bumi"

(361)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila bapaku hampir kematiannya, beliau a.s telah berkata: Wahai Ja'far, aku mewasiatkan kepada anda supaya melakukan kebaikan kepada para sahabatku, aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, demi Allah, aku akan meninggalkan mereka di tempat mereka maka beliau a.s tidak akan [perlu] bertanya seorang pun daripada mereka [tentang agama].

(362)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Hisyam bin al-Muthanna, daripada Sadir al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya di antara kebahagian seorang lelaki itu bahawa beliau mempunyai anak yang dikenali menyerupai tubuhnya, akhlaknya dan bentuknya. Dan sesungguhnya aku mengenali anak lelakiku ini menyerupai tubuhku, akhlakku dan bentukku; iaitu Abu Abdillah a.s.

(363)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Tahir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far a.s, tiba-tiba Ja'far a.s menghampirinya, maka Abu Ja'far a.s telah berkata: Ini adalah sebaik-baik makhluk (selepasku).

(364)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Yunus bin Ya'qub, daripada Tahir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far a.s, tiba-tiba Ja'far a.s telah menghampirinya, lantas Abu Ja'far a.s telah berkata: Ini adalah sebaik-baik makhluk.

(365)-6. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Fudhail bin Uthman, daripada Tahir, berkata: Aku telah duduk di sisi Abu Ja'far a.s, tiba-tiba Ja'far a.s telah menghampirinya, lantas Abu Ja'far a.s telah berkata: Ini adalah sebaik-baik makhluk.

(366)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Jabir bin Yazid al-Ja'fi, daripada Abu Ja'far a.s, berkata: Beliau a.s ditanya tentang al-Qaim a.s, lantas beliau a.s memukul dengan tangannya ke atas Abu Abdillah a.s dan berkata: Ini, demi Allah, adalah Qaim keluarga Muhammad s.a.w. 'Anbasah telah berkata: Apabila Abu Ja'far a.s mati, aku telah pergi kepada Abu Abdillah a.s, maka aku telah memberitahu kepadanya mengenainya. Beliau a.s telah berkata: Jabir telah bercakap benar, kemudian beliau a.s telah berkata: Mudah-mudahan kamu terfikir bahawa bukan setiap imam menjadi al-Qaim selepas imam sebelumnya.

(367)-8. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin 'Abd al-Rahman, daripada 'Abd al-A'laa, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya bapaku telah mengamanahkan kepadaku apa yang telah ada di sana. Apabila kematian telah menghampirinya, beliau a.s telah berkata: Panggillah beberapa orang saksi untukku, maka aku telah memanggil empat orang Quraisy, antaranya Nafi' bin Umar, maka beliau a.s telah berkata: Tulislah, ini adalah apa yang telah diwasiatkan oleh Ya'qub kepada anak-anaknya "Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam" Muhammad bin Ali telah mewasiatkan kepada Ja'far bin Muhammad dan memerintahkannya supaya mengapankannya dengan pakaian burdahnya yang dipakai pada sembahyang Jumaat dan dipakaikannya dengan serbannya.

Kuburnya diratakan, empat jari lebar di bawah tanah dan dibukakan ikatan bajunya ketika disemadikan. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada para saksi: Pulanglah, semoga kamu dirahmati Allah, maka aku telah berkata kepadanya: Wahai bapaku- selepas mereka telah pulang- Tiada di sini untuk disaksikan ke atasnya. Maka beliau a.s telah berkata: Wahai anak lelakiku, Aku tidak suka anda dikalahkan dan dikatakan: Sesungguhnya beliau (Abu Abdillah a.s) tidak diwasiatkan kepadanya. Aku mahu ia akan menjadi hujah untuk anda"


Bab 71

Isyarat Dan Nas Ke Atas Abu al-Hasan Musa A.S (al-Isyarat wa al-Nas 'Ala Abi al-Hasan Musa a.s)

(368)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abdullah bin al-Qala, daripada al-Faidh bin al-Mukhtar berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Ambillah tanganku dari neraka , siapakah untuk kami selepas anda? Maka Abu Ibrahim a.s telah dating, beliau pada masa itu seorang kanak-kanak, maka beliau a.s telah berkata: Inilah sahabat (imam) kamu, maka berpeganglah dengannya.

(369)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abi Ayyub al-Khazzazz, daripada Thubait, daripada Mu'az bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku memohon kepada Allah Yang telah mengurniakan bapa anda dan anda kedudukan ini supaya Dia mengurniakan anda daripada keturunan anda sebelum kematian [anda] seumpamanya, maka beliau telah berkata: Allah telah melakukannya. Aku telah berkata: Siapakah dia, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah memberi isyarat kepada seorang lelaki soleh yang sedang tidur (Pada masa itu beliau a.s adalah seorang kanak-kanak).

(370)-3. Dengan sanad-sanad yang sama, daripada Ahmad bin Muhammad, berkata: Abu 'Ali al-Rajani al-Farisi telah memberitahu kepadaku daripada 'Abd al-Rahman bin al-Hajjaj berkata: Aku telah bertanya 'Abd al-Rahman pada tahun Abu al-Hasan a.s ditangkap, maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya lelaki ini (imam Musa a.s) telah jatuh ke tangan lelaki ini (Harun al-Rasyid) dan kami tidak mengetahui tentang nasibnya. Adakah berita telah sampai kepada anda tentang salah seorang anak lelakinya?

Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Aku tidak menyangka bahawa seorang akan bertanya kepadaku soalan seperti ini. Aku telah pergi kepada Ja'far bin Muhammad a.s di rumahnya, maka tiba-tiba beliau a.s telah berada di rumah tertentu di musallanya berdoa dan di kanannya Musa bin Ja'far a.s yang sedang mengaminkan doanya. Maka aku telah berkata kepadanya: Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya anda telah mengetahui dedikasiku kepada anda dan perkhidmatanku untuk anda, maka siapakah wali orang ramai selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Musa telah memakai baju besi dan berpadanan dengannya, maka aku telah berkata kepadanya: Aku tidak berhajat selepas ini kepada sesuatu.

(371)-4. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Musa al-Saiqal, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba Abu Ibrahim a.s-ketika kanak-kanak- datang, maka beliau telah berkata: Jagalah wasiatnya dan letaklah urusannya di sisi para sahabat anda yang dipercayai"

(372)-5. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ya'qub bin Ja'far al-Ja'fari berkata: Ishaq bin Ja'far telah meriwayatkan kepadaku, berkata: Pada suatu hari, aku telah berada di sisi bapaku, lalu Ali bin Umar bin Ali telah bertanya kepadanya, maka beliau telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, kepada siapakah kami dan orang ramai berlindung selepas anda? Beliau a.s telah berkata: Kepada orang yang mempunyai dua kain kuning dan dua jalinan rambut yang terhurai akan melihat kepada anda daripada pintu ini, beliau akan membuka dua pintu dengan dua tangannya. Tidak lama sebelum dua tangan ternampak kepada kami membuka dua pintu, Abu Ibrahim a.s datang kepada kami".

(373)-6. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Najran, daripada Safwan al-Jamal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Mansur bin Hazim telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku [bersumpah], sesungguhnya roh-roh datang pada waktu pagi atau petang, jikalaulah begitu keadaannya, maka siapakah selepas anda? Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila ia berlaku sedemikian, maka dia adalah sahabat kamu (imam) dan beliau a.s telah memukul dengan tangannya di atas bahu kanan Abu al-Hasan a.s- menurut apa yang aku tahu- dan beliau pada hari itu baru berumur lima tahun dan Abdullah bin Ja'far pada ketika itu sedang duduk bersama kami.

(374)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada 'Abd al-Rahman bin Abi Najran, daripada Isa bin Abdullah bin Muhammad bin Umar bin Ali bin Abu Talib, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Jika sesuatu berlaku kepada anda dan mudah-mudahan Allah tidak membenar aku melihatnya (keadaan itu), maka siapakah yang aku mesti ikuti? Beliau telah berkata: Beliau a.s telah memberi isyarat kepada anak lelakinya Musa a.s. Aku telah berkata: Jika sesuatu berlaku kepada Musa, maka siapakah yang aku mesti ikuti?

Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya, aku telah berkata: Jika sesuatu berlaku kepada anak lelakinya dan beliau telah meninggalkan saudara yang tua dan anak lelaki yang masih kecil, maka siapakah yang aku mesti ikuti? Beliau a.s telah berkata: Anak lelakinya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Begitulah seterusnya. Aku telah berkata: Jika aku tidak mengetahuinya dan aku tidak mengetahui tempatnya? Beliau a.s telah berkata: Anda berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku mewalikan seorang yang masih hidup di kalangan Hujjah-hujjah Engkau daripada anak lelaki imam yang lalu, kerana itu akan memadai bagi anda jika Allah kehendaki.

(375)-8. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Abdullah bin al-Qalaa, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Abdillah a.s telah menyebut Abu al-Hasan a.s-beliau pada ketika itu masih kanak-kanak- Maka beliau a.s telah berkata: Tidak ada kanak-kanak yang dilahirkan pada kami yang lebih besar keberkatannya ke atas Syiah kami selain daripadanya, kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Janganlah kamu melayani Isma'il dengan kasar"

(376)-9. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin al-Husain, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Faidh bin al-Mukhtar di dalam hadis yang panjang tentang Abu al-Hasan a.s sehingga Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Beliau adalah sahabat (imam) anda yang mana anda telah bertanya mengenainya. Berdirilah kepadanya dan isytiharlah kepadanya bahawa anda menerima haknya. Akupun berdiri sehingga aku mengucup kepalanya dan tangannya serta aku telah berdoa kepada Allah untuknya. Abu Abdillah a.s telah berkata: Walaubagaimanapun pada mulanya kami tidak dibenarkan untuk memberitahu kepada anda mengenainya. Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, bolehkah aku memberitahu seseorang tentangnya?

Beliau a.s telah berkata: Ya, keluarga anda dan anak-anak anda. Bersamaku keluargaku, anak-anakku dan kawan-kawanku, antaranya Yunus bin Zabyan di kalangan kawan-kawanku. Apabila aku memberitahu kepada mereka, maka mereka memuji Allah a.w dan Yunus berkata: Tidak, demi Allah, sehingga aku mendengar perkara itu daripadanya sendiri, beliau adalah seorang yang gopoh, beliau telah keluar dan aku mengikutinya. Apabila aku telah sampai ke pintu, aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata kepadanya: Wahai Yunus, perkara itu telah mendahului aku, ia sebagaimana telah dikatakan oleh Faidh: Beliau telah berkata: beliau telah berkata: Aku telah mendengar dan aku telah mentaati. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata kepadaku: Jagalah (apa yang aku telah memberitahu kepada anda).

(377)-10. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Fudhail, daripada Tahir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Abu Abdillah a.s pernah mencaci Abdullah (anak lelakinya) dan mencelanya, menasihatinya dan berkata: Apakah yang telah menghalang anda dari menjadi seperti saudara anda (Musa), demi Allah, aku mengetahui cahaya pada mukanya? Abdullah berkata: Tidakkah bapaku dan bapanya satu dan ibuku dan ibunya satu? Abu Abdillah a.s telah berkata: Dia adalah daripadaku (sepertiku) sedangkan anda adalah anak lelakiku"

(378)-11. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa', daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ya'qub al-Sarraj, berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s ketika beliau a.s sedang berdiri di kepala Abu al-Hasan Musa yang berada dalam buaian. Beliau a.s sedang membisikkannya di dalam masa yang agak lama. Justeru, aku telah duduk sehingga beliau a.s selesai. Kemudian aku telah pergi kepadanya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Dekatilah maula anda dan berilah salam kepadanya. Aku telah mendekatinya dan memberi salam kepadanya.

Maka beliau a.s telah mengembalikan salam kepadaku dengan lidah yang fasih. Kemudian beliau a.s telah berkata kepadaku: Pergi dan tukarlah nama anak perempuan anda yang anda telah menamakannya kelmarin kerana namanya tidak disukai Allah (yabghudhu-hu llah). Aku mempunyai seorang anak perempuan yang dilahirkan untukku, aku telah menamakannya al-Humaira'. Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Buatlah apa yang beliau perintah, nescaya anda berada di jalan yang betul. Maka aku telah menukarkan namanya.

(379)-12. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Pada suatu hari Abu Abdillah a.s telah menyeru Abu al-Hasan a.s dan kami berada di sisinya, maka beliau a.s telah berkata kepada kami: Terimalah beliau kerana beliau, demi Allah, adalah sahabat (imam) kamu selepasku.

(380)-13. Ali bin Muhammad, daripada Sahl dan orang lain, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Yunus, daripada Daud Ibn Zurbi, daripada Abu Ayyub al-Nahwi berkata: Abu Ja'far al-Mansur telah mengutus kepadaku pada pertengahan malam, maka aku telah mendatanginya ketika beliau sedang duduk di atas kerusi di hadapannya lilin dan kitab (surat) di tangannya. Manakala aku memberi salam kepadanya, beliau terus mencampakkan kitab (surat) kepadaku di dalam keadaan menangis. Beliau telah berkata kepadaku: Ini adalah kitab (surat) Muhammad bin Sulaiman memberitahu kepada kami bahawa Ja'far bin Muhammad telah mati.

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan dan kepadaNya-lah kami kembali" -sebanyak tiga kali- Di mana orang seperti Ja'far? Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Tulislah, beliau telah berkata: Aku telah menulis bahagian pertama surat itu, kemudian beliau telah berkata: Tulislah, jika beliau (Ja'far bin Muhammad) telah mewasiatkan kepada seorang lelaki tertentu, maka kemukakannya kepadaku dan penggallah kepalanya" Beliau telah berkata: Jawapan dikembalikan kepadanya bahawa sesungguhnya beliau a.s telah mewasiatkan kepada lima orang. Seorang daripadanya adalah Abu Ja'far al-Mansur, Muhammad bin Sulaiman, Abdullah (anak lelaki Imam al-Sadiq a.s), Musa dan Hamidah (Ibu Imam Musa a.s).

(381)-14. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Nadhar bin Suwaid seperti riwayat ini kecuali disebutkan bahawa beliau a.s telah mewasiatkan kepada Abi Ja'far al-Mansur, Abdullah, Musa, Muhammad bin Ja'far dan Maula kepada Abu Abdillah a.s. Beliau telah berkata: Abu Ja'far berkata: Tidak ada jalan untuk membunuh mereka.

(382)-15. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasysyaa', daripada Ali bin al-Hasan, daripada Safwan bin Jamal berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang seorang yang mempunyai urusan imamah, maka beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya seorang yang mempunyai urusan imamah (sahib hadha al-Amr) tidak melakukan sesuatu untuk kegembiraan dirinya dan tidak melakukan perkara yang sia-sia. Tiba-tiba datanglah Abu al-Hasan Musa yang masih kecil dan bersamanya anak kambing betina, lalu berkata kepadanya (anak kambing betina): Sujudlah kepada Tuhan anda. Kemudian Abu Abdillah a.s mengambilnya dan merapatkannya ke dadanya sambil berkata: Dengan bapaku, ibuku, [Musa a.s) seorang yang tidak melakukan sesuatu untuk kegembiraan dirinya dan tidak pula melakukan perkara yang sia-sia".

(383)-16. Ali bin Muhammad, daripada sebahagian sahabat kami, daripada 'Abis bin Hisyam berkata: Umar al-Ramaani telah memberitahuku, daripada Faidh bin al-Mukhtar berkata: Sesungguhnya aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba Abu al-Hasan Musa a.s datang-beliau masih kanak-kanak- maka aku telah memeluknya dan mengucupnya, Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamu adalah bahtera dan beliau adalah kaptennya (antum al-Safinah wa huwa mallahu-ha), beliau telah berkata: Aku telah pergi mengerjakan haji dan aku mempunyai dua ribu dinar. Justeru aku telah mengirimkan satu ribu dinar untuk Abu Abdillah a.s dan seribu dinar kepadanya (Abu al-Hasan Musa a.s). Manakala aku datang kepada Abu Abdillah a.s, beliau a.s telah berkata: Wahai Faidh, anda telah menyamakannya dengan aku? Aku telah berkata: Sesungguhnya aku telah melakukan sedemikian kerana kata-kata anda juga. Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, aku tidak melakukan sedemikian, malah Allah a.w telah melakukannya".

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: