Fatimah binti Hizam (Bahasa Arab: فاطمة بنت حِزام ) yang terkenal dengan sebutan Ummul Banin (أمّ البَنین), salah seorang isteri daripada isteri-isteri Ali bin Abi Thalib as dan termasuk di kalangan peribadi-peribadi terhormat di tengah-tengah kaum Syiah. Dia adalah ibunda Sayidina Abbas as dan tiga orang anak lain bernama Abdullah, Ja’far dan Utsman yang mana keempat-empatnya meneguk cawan syahadah di hari Asyura. Dikeranakan dia adalah ibu dari empat orang anak lelaki, maka dia dikenali dengan Ummul Banin.
Setelah peristiwa Asyura, Ummul Banin bertakziah demi Imam Hussein dan anak-anaknya sehinggakan para musuh Ahlul bait as juga seirama duka dengannya. Pusara Ummul banin berada di pemakaman Baqi.
Keturunan dan Wafat
Ayahanda Ummul Banin ialah Abul Majl Hizam bin Khalid, daripada kabilah Bani Kilab[1] dan ibunya laili atau Tsamamah puteri Suhail bin Amir bin Malik. [2] Mengenai tanggal wafat Ummul Banin tidak diketahui kejelasannya. Namun yang masyhur adalah pada hari ke-13, Jamadil Akhir adalah hari wafatnya lalu jasadnya dikuburkan di Baqi.
Pernikahan dengan Imam Ali as
Bertahun-tahun sepeninggalan Sayyidah Fatimah sa, Imam Ali bersama saudaranya Aqil yang sangat terkenal dengan nasab keturunan asal usul Arab, bermusyawarah untuk memilih seorang isteri yang benar-benar suci daripada keturunan Arab sehingga melahirkan anak-anak yang pemberani dan berjiwa kesatrian. Aqil mengusulkan kepadanya, Fatimah binti Hizam bin Khalid untuk dijadikan isteri dan berkata bahawa belum dijumpai di kalangan Arab keluarga yang lebih berani daripada keluarga Bani Kilab. Lalu Ali as bernikah dengannya. [3]
Hasil daripada pernikahan itu, 4 putera lelaki bernama Abbas, Abdullah, Ja’far dan Utsman. 4 orang ini terkenal dengan keberanian dan kepahlawanan mereka dan kerana inilah Fatimah dinamakan Ummul Banin (Ibu dari anak-anak lelaki). Keempat-empat anak lelakinya meneguk cawan syahadah di Karbala di samping saudara mereka dan bersama Imam mereka, Imam Hussein as. [4]
Dikatakan bahawa beliau sa kemudiannya setelah beberapa kali mengusulkan kepada Imam Ali as dan mengatakan hendaklah Imam mengganti memanggilnya dengan nama aslinya Fatimah menjadi Ummul Banin, supaya Hassanain as dengan panggilan nama Fatimah itu, tidak terkenang kembali kenangan pahit di masa lalu dalam fikiran mereka.
Ummul Banin setelah Peristiwa Karbala
Ummul Banin tidak hadir dalam Peristiwa Karbala. Ketika rombongan kafilah daripada para tawanan Karbala memasuki Madinah, seseorang menyampaikan kepadanya tentang berita kesyahidan anak-anaknya, tapi beliau malah mengatakan; Katakanlah kepadaku tentang Hussein as. Ummul Banin, ketika ia mendengar keempat-empat anaknya syahid bersama Imam Hussein as, beliau berkata: “Seandainya semua anak-anakku dan semua yang ada di bumi berkorban demi Hussein, beliau as tetap hidup.” Semua pembicaraannya ini dianggap sebagai pernyataan ikhlasnya dalam mengabdikan diri kepada Ahlul bait dan Imam Hussein as. [5]
Diterangkan bahawa Sayyidah Zainab sa setibanya di Madinah, dia terus pergi mengunjungi Ummul Banin dan meyampaikankan ucapan belasungkawa kepadanya atas kesyahidan anak-anaknya. [6]
Kesedihan Ummul Banin atas anak-anaknya
Ummul Banin setelah mendengar khabar kesyahidan anak-anaknya, setiap hari dia pergi ke pemakaman Baqi dengan cucunya Ubaidillah (anak dari Abbas) dan di sana ia membacakan puisi-puisinya dan melantunkannya dengan penuh tangis dan derita. Penduduk Madinah berkumpul mengelilinginya dan menangis seirama bersamanya. Bahkan dikatakan bahawa Marwan bin al-Hakam juga hadir bergabung dengan mereka dan menangis. [7]
Beliau ketika mengenang Saidina Abbas as akan membawakan bait-bait syair dan melantunkan:
“Wahai orang yang melihat Abbas menyerang musuh dan putera-putera Ali as berada di belakangnya. Mereka berkata, tangan anakku terpotong dan sepasak tiang tertusuk di atas kepalanya. Jika ada pedang di tanganmu tiada seorang pun yang bersedia untuk datang menghampirimu.” [8]
Beliau dikenali sebagai seorang pujangga dan penyair yang fasih dan seorang yang ahli dan berilmu [9]
Ucapan Para Tokoh tentang Ummul Banin
Zainuddin Amuli yang dikenali dengan Syahid Tsani berkenaan dengan Ummul Banin berkata: ” Ummul Banin termasuk daripada kalangan para wanita yang berpengetahuan dan penuh keutamaan. Dia memiliki kecintaan yang murni dan keinginan yang tinggi terhadap keluarga Nabi dan telah mengabdikan dirinya untuk melayani mereka. Keluarga Nabi juga menempatkannya dalam kedudukan yang istimewa dan memberikan penghormatan khusus kepadanya. Pada hari-hari besar, mereka datang menziarahinya sebagai orang yang dihormati dan mereka benar-benar menghargainya.” [10]
Sayid Mahmud Husaini Shahroudi (wafat 17 Sya’ban 1394 H) mengatakan: “‘. Saya dalam kesulitan-kesulitan saya, seratus kali mengirimkan salawat untuk ibu dari Saidina Abulfadhl Abbas as, Ummul Banin sa, dan hajat-hajatku terkabul” [11]
Seyed Muhsin Amin dalam bukunya A’yan al-Syiah menulis: “Ummul Banin sa adalah seorang penyair yang indah penjelasannya dan daripada golongan keluarga yang mulia dan berani ‘.” [12]
Muqrim berkata: “Ummul Banin daripada kalangan para perempuan soleh dan terhormat. Dia benar-benar mengetahui kedudukan Ahlul bait dan benar-benar ikhlas dalam menyayangi dan mecintai mereka dan sebaliknya dia juga memiliki kedudukan yang tinggi dan maqam yang mulia. [13] Ali Muhammad Ali Dukhail, penulis kontemporeri Arab ketika menyifatkan wanita yang mulia ini menulis: “Keagungan wanita ini (Ummul Banin) begitu jelas ketika berita kesyahidan putera-puteranya disampaikan kepadanya sama sekali dia tidak pedulikan hal itu, malah dia menanyakan tentang keselamatan Imam Hussein as: Seakan-akan Imam Hussein itu anaknya sendiri bukan mereka.” [14]
Baqir Syarif Qurasyi: Penulis buku Abbas bin Ali, Rāid al-Karāmah dalam keutamaan Sayidah Ummul Banin menulis: Dalam sejarah tidak ditemukan seorang wanita yang begitu mencintai anak-anak madunya dengan kecintaan yang benar-benar murni melebihi dari kecintaan terhadap anak-anaknya sendiri, kecuali wanita suci ini; iaitu Ummul Banin sa. [15]
Catatan Kaki:
1. Thabari, Tārikh, jld.4, hlm.118.
2. Ibnu Anbah, ‘Umdatu al-Thālib, hlm.356; Ghaffari, Ta’limāt bar Maqtal al-Husain, hlm.174.
3. Ibnu Anbah, ‘Umdatu al-Thālib, hlm.356.
4. Isfahani, Maqātil al-Thālibin, hlm.82-84; Ibnu Anbah, ‘Umdatu al-Thālib, hlm.356; Hassun, A’lām al-Nisā’ al-Mu;mināt, hlm.496.
5. Hassun, A’lam al-Nisā’ al-Mu;mināt, hlm.496-497; Mahallati, Riyāhin al-Syari’ah, jld.3, hlm.293.
6. Musawi, Qamar Bani Hāsyim, hlm.16
7. Isfahani, Maqātil al-Thālibin, hlm.85.
8. Mahallati, Riyāhin al-Syari’ah, jld.3, hlm.294 dan Tanqih al-Maqāl, jld.3, hlm.70.
9. Hassun, A’lām al-Nisā’ al-Mu;mināt, hlm.496-497;
10. Setāreh Derahshān Madinah Hadharate Ummul Banin, hlm.7.
11. Cehreh Derakhshān Qamar Bani Hāsyim Abu al-Fadh al-Abbas As, jld.1, hlm.464.
12. A’yan al-Syiah, jld.8, hlm.389.
13. Muqrim, al-Abbas As, hlm.18.
14. Dukhail, al-Abbas As, hlm.18.
15. Syarif Qurasyi, al-Abbas bin Ali, hlm.23.
(Islam-Muhammadi/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar