Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Sirah Akhlak Maksumin (Taslim (Berserah) dan Ridha)

Sirah Akhlak Maksumin (Taslim (Berserah) dan Ridha)

Written By Unknown on Senin, 01 Januari 2018 | Januari 01, 2018


Sirah Akhlak Maksumin a.s.

Bahagian Pertama


Akhlak Individu

Bab ketujuh: Taslim (Berserah) dan Ridha

Taslim memberi erti berserah dan menyerah. Sesuatu yang diberikan kepada seseorang dan ketaatan. (Kamus Al Quran, J 3, ms 300-301).

Ridha jika datang dari manusia, ia memberi erti tidak merasa sedih dengan apa yang datang dari ketentuan Allah. Jika datang dari Allah, ketika hambaNya mentaati perintahNya. (Raqib Isfahani, Al Mufradat, ms 198).


Islam, agama Taslim dan Ridha

Islam adalah agama Taslim dan Ridha kepada keinginan Allah S.W.T. Apa yang disampaikan seluruh para Anbia adalah untuk manusia berserah dan menyerah kepada Allah serta ridha kepada qadha dan qadar Allah.

Dalam mensifati Islam, Amirul Mukminin berkata:

وقال عليه السلام: لَاَنْسُبَنَّ الْإِسْلاَمَ نِسْبَةً لَمْ يَنسُبْهَا أَحَدٌ قَبْلِي.

الْإِسْلاَمُ هُوَ التَّسْلِيمُ، وَالتَّسْلِيمُ هُوَ الْيَقِينُ، وَالْيَقِينُ هُوَ التَّصْدِيقُ، وَالتَّصْدِيقُ هُوَ الْإِقْرَارُ، وَالْإِقْرَارُ هُوَ الْأَدَاءُ، وَالْأَدَاءُ هَوَ الْعَمَلُ.

Aku mensifati Islam sedemikian rupa yang mana tidak ada sesiapa pun sebelumku mensifatinya sedemikian. Islam adalah Taslim. Taslim adalah yakin. Yakin adalah membenarkan. Membenarkan adalah pengakuan. Pengakuan adalah perlaksanaan. Perlaksanaan adalah amal. (Nahjul Balagh, hikmah 120).


Kefahaman yang negatif – keliru

Malangnya berlaku penyelewengan di dalam sebahagian penulisan yang cuba mempamerkan budaya Islam yang tulen. Sebagai contoh, ketika membicarakan tentang puncak dari taslim dan ridha mereka memberikan makna jabriah. Oleh kerana itu menyebabkan Islam dianggap sebagai agama jabriah. Sedangkan Islam bersih dari segala bentuk tuduhan yang sedemikian.

Pemikiran yang sempit ini mengakibatkan kehilangan sebahagian besar dari kekuatan Islam. Umat Islam disogokkan dengan sikap berserah dan ridha kepada setiap peristiwa dan kezaliman yang berlaku. Ini juga mengakibatkan kemalasan dan hanya menunggu takdir dari Allah. Kedua hal ini tidak sedikit pun mencerminkan agama Allah yang sebenar. Amirul Mukminin a.s. berkata bahawa puncak dari taslim adalah beramal. Dalam hal ini Al Quran menyebutkan:

إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِرًا وَإِمَّا كَفُورًا

Sesungguhnya Kami memberikannya petunjuk jalan, adapun ia bersyukur atau ingkar. (Al Insan, 3).

Perjalanan hidup manusia ditentukan oleh manusia sendiri.

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubahnya sendiri. (Ar Ra’d, 11).

Oleh itu makna taslim dan ridha bukan berserah kepada peristiwa yang berlaku. Ia juga bukan bererti duduk diam tanpa melakukan usaha. Taslim ertinya menyerah kepada perintah Allah dan ridha dengan apa yang diinginkan oleh Allah. Sirah para maksumin adalah dalil yang terbaik dalam perkara ini.


Taslim dan Ridha Rasulullah

Baginda Rasulullah telah mengunakan segala kekuatan dan usahanya untuk mengembangkan agama Allah. Baginda adalah orang yang menyerah kepada segala yang diinginkan oleh Allah. Tidak pernah Baginda mempersoalkan kenapa dan kerana apa di hadapan Allah. Dan tidak pernah Baginda mengabaikan perintah yang datang dari Allah. Sehingga Allah S.W.T. memerintahkan Baginda untuk berkata ‘katakanlah aku adalah muslim yang pertama’. Baginda begitu gigih berusaha di jalan Allah, hingga Allah bersabda:


مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَىٰ

Tidak Kami turunkan kepadamu Al Quran untuk kau menderita. (Taha, 2).

Selama 23 tahun Baginda gigih dan penuh susah payah menyampaikan ajaran Allah. Tidak pernah sekali pun Baginda mengeluh. Baginda sentiasa mengharapkan keridhaan Allah. Ketika puteranya meninggal, Baginda duduk menangis dan berkata:

ما نقول ما یسخط الرب

Kami tidak akan berkata sesuatu yang menyebabkan Allah murka. (Bihar Al Anwar, J 22, ms 157).


Taslim dan Ridha di Hadapan Allah, Rasulullah dan Maksumin

Rasulullah sentiasa mentaati mutlak kepada Allah. Para Imam pula mentaati mutlak kepada Allah, Rasulullah dan Imam sebelumnya. Allah sentiasa ridha dengan apa yang mereka lakukan. Seluruh pekerjaan yang mereka lakukan dengan keimanan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi. Tidak ada kenapa dan kerana apa dalam perbuatan mereka. Seluruh para Imam memiliki keimanan yang mendalam terhadap yang difirmankan oleh Allah dan sabda Rasulullah. Setiap yang selepas akan membenarkan apa yang disampaikan oleh Imam yang sebelumnya.

Tidak pernah sekali pun Baginda Rasulullah mengabaikan perintah Allah. Tidak ada juga Imam yang membantah sabda Baginda atau Imam-Imam sebelumnya. Semuanya mereka terima dan mereka membenarkan apa yang datang dari para maksumin yang lain.

Imam Ali a.s. ketika berbicara tentang Taslim mutlak beliau terhadap Allah dan Rasulullah, berkata:

وَ لَقَدْ عَلِمَ اَلْمُسْتَحْفَظُونَ مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّدٍ ص أَنِّی لَمْ أَرُدَّ عَلَى اَللَّهِ وَ لاَ عَلَى رَسُولِهِ سَاعَةً قَطُّ وَ لَقَدْ وَاسَیْتُهُ بِنَفْسِی فِی اَلْمَوَاطِنِ اَلَّتِی تَنْکُصُ فِیهَا اَلْأَبْطَالُ وَ تَتَأَخَّرُ فِیهَا اَلْأَقْدَامُ

Para Sahabat yang tulus mengetahui bahawa aku sama sekali tidak pernah walau sedetik menentang perintah Allah dan Rasulullah. Aku mengorbankan diriku untuknya sewaktu para pewira undur kebelakang dan kaki-kaki prajurit lambat tiba. (Nahjul Balagh, khutbah 633).

Ini adalah sirah para Anbia dan para Imam dalam mentaati Allah, Rasul dan Imam yang sebelumnya. Imam Hassan dan Imam Hussin ketika zaman Imam Ali adalah pembantu kepada Imam. Mereka sentiasa taat dan taslim dengan segala arahan Imam. Ketika perang Jamal, Imam Hassan diperintahkan untuk pergi ke Kuffah. Dengan usahanya, dia Berjaya mengumpul tentera berhadapan dengan golongan ‘Nakissin’. Dalam perang Siffin, Imam Hassan dan Imam Hussin ditugaskan pada posisi yang penting. Mereka termasuk inti dari tentera Imam Ali.

Dinukilkan ketika perang Siffin berada pada puncaknya, Abdullah bin Umar mendatangi Imam Hassan. Ia menasihati Imam untuk meninggalkan tentera Imam Ali dan dijanjikan dengan baiah. Menjawab itu, Imam Hassan berkata:

کلا و الله لا یکون ذلک…اما ان الشیطان قد زین لک و خدعک

Sama sekali tidak, Demi Allah, tidak akan berlaku sedemikian…sesungguhnya syaitan telah telah menguasai fikiranmu dan menipumu… (Waqiyatus As Siffin, ms 297).

Tentang hal ini Imam Jaffar As Sadiq berkata:

اذا اردنا امرا و اراد الله امرا سلمنا لامر الله

Ketika kami menginginkan sesuatu dan Allah menginginkan sesuatu yang lain, kami akan menyerah kepada keinginan Allah. (Bihar Al Anwar, J 82, ms 103).

Imam Ali mengungkapkan bagaimana Ridha dan Taslim Ahlu Bait a.s.:

رضینا عنالله قضاءه و سلمنا امره

Kami Ridha atas Allah dengan ketentuanNya dan kami berserah kepada Allah urusanNya. (Nahjul Balagh, khutbah 37).


Tampakan Taslim dan Ridha dalam kehidupan para Maksumin

Setiap kali ada urusan yang mengembirakan, Rasulullah akan membaca:

الحمد الله علی هذه النعمه. 

Jika ada urusan yang menyedihkan, Baginda akan membaca:

الحمد الله علی کل حال. 

(Sunan An Nabi, ms 328)

Ada yang bertanya kepada Imam Ali:
Kamu ketika datang ke Iraq, kamu telah berkata ‘aku lebih layak kepada kepimpinan berbanding dengan yang lain. Aku sejak awal telah dizalimi.’ Kenapa ketika masyarakat berbaiah kepada yang lain, kamu diam? Kenapa tidak kamu mengangkat pedang untuk mengambil hakmu?

Imam menjawab:
Diamku bukan kerana ridha atau takut kepada kematian. Semuanya kerana perintah Rasulullah untuk aku bersabar. Rasulullah telah mengkhabarkan hal ini terlebih dahulu yang menyebabkan aku yakin sepenuhnya kepada kata-katanya. Ini adalah janjiku kepada Baginda hingga menyebabkan aku tidak menghunus pedang. (Sayed Hashim Bahreini, Hillatu Al Abrar, J 1, ms 248).

Ketika anak perempuan Imam Hassan Al Mujtaba meninggal dunia, ramai dari sahabat beliau yang mengutus surat takziah kepadanya. Imam menjawab surat tersebut dengan mengatakan:
Aku telah menerima surat takziah kalian atas kematian puteriku. Aku menyerahkan musibah ini kepada Allah dan aku Taslim dengan ketentuanNya serta sabar dengan balaNya. (Bihar Al Anwar, J 43, ms 336).

Ketika Imam Hussin dihujani dengan anak panah dari seluruh arah, beliau berkata:

بسم الله و لا حول و لا قوه الا بالله و هذا قتیل فی رصی الله

…… dan pembunuhan ini di jalan keridhaan Allah (Maqtal Abu Mukhnif, ms 198).

Zararah berkata:
Anak Imam Jaffar jatuh sakit pada zaman hidup Imam Muhammad Al Baqir. Imam Baqir duduk disamping pembaringan anak yang lagi sakit tersebut dan menjaganya. Pada waktu itu anak tersebut menghembuskan nafasnya yang terakhir. Imam menutupkan mata dan mulut anak tersebut dan berkata:

Untuk kami selagi belum ada ketentuan dari Allah, kami akan tetap berusaha. Namun setelah turun ketentuan Allah, maka reaksi kami hanya menerima apa yang diinginkan oleh Allah. (Bihar Al Anwar, J 46, ms 302)


Peristiwa yang hampir serupa berlaku ke atas Imam Jaffar As Sadiq, beliau berkata:
Kami menyukai nyawa, harta, anak-anak, keselamatan diri dan kesihatan. Namun jika ketentuan Ilahi berlaku (bertentangan dengan apa yang kami inginkan), kami akan menyukai apa yang ditentukan oleh Allah. (Bihar Al Anwar, J 47, ms 49).


Kegembiraan dua pihak

Ketika seorang hamba melakukan apa yang diridhai oleh Allah, maka dia akan menghindarkan diri dari perbuatan yang menyebabkan kemurkaan Allah. Dengan ini seorang hamba akan mampu mendapatkan keridhaan Allah. Keridhaan hamba pada keinginan Allah dan keridhaan Allah pada hambaNya adalah hal yang sering diungkapkan di dalam Al Quran, antaranya ayat:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُوْلَئِكَ هُمْ خَيْرُ الْبَرِيَّةِ . جَزَاؤُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ جَنَّاتُ عَدْنٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا رَّضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ ذَلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka adalah sebaik-baik manusia. Ganjaran mereka di sisi Tuhan mereka, syurga Adnin, yang mengalir di bawahnya sungai, mereka kekal di dalamnya selamanya. Allah ridha ke atas mereka dan mereka ridha ke atas Allah, begitulah orang yang takut kepada Tuhannya. (Al Baiyinnah, 7, 8).

Moga dengan mencontohi kedudukan tinggi Rasulullah dan Ahlu Bait, kita semua akan mendapatkan kedudukan tinggi Taslim dan Ridha. Apa yang diinginkan oleh Allah itulah yang kita inginkan, apa yang disukai Allah, itulah yang kita sukai. Apa yang Allah benci, itulah yang kita benci. Dengan ini kita akan mencapai maqam ridha mutlak kepada Allah S.W.T. Ilahi Amin Ya Karim.

(Islam-Muhammadi/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: