LAMPIRAN A
KEKAFIRAN MAJORITI PARA SAHABAT MENURUT CATATAN AL- BUKHARI DAN MUSLIM
Pengenalan.
I
Perkataan “kekafiran” adalah pecahan daripada perkataan “kafir”. Menurut Kamus Dewan, perkataan “kekafiran” memberi pengertian sifat-sifat kafir.Dan kafir adalah orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya Sementara perkataan “mengkafir atau mengafir” bererti menganggap kafir atau mengatakan kafir (Kamus Dewan, Kuala Lumpur,1991, hlm.514). Perkataan “murtad” bererti seorang keluar daripada agamanya, tidak setia kepada agamanya (Kamus Dewan, Kuala Lumpur, 1991, hlm. 846) Justeru itu orang Muslim yang menjadi kafir atau murtad adalah orang yang keluar agama Islam.
Kajian mengenai para sahabat yang telah menjadi kafir-murtad selepas kewafatan Nabi (Saw.) amat mencemaskan, tetapi ianya suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapapun kerana ia telah dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka di mana kedua dua kitab tersebut dinilai sebagai kitab yang paling Sahih selepas al-Qur’an oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sendiri. Di samping itu ia juga telah dicatat oleh pengumpul-pengumpul Hadis daripada mazhab Ahlu l-Bait (a.s) di dalam buku-buku mereka.
Amatlah dikesali bahawa kaum Wahabi yang menyamar sebagai Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah sentiasa menyamarakkan sentiment anti Syi‘ah dengan slogan “Syi‘ah mengafirkan para sahabat” bagi mendapatkan sokongan orang ramai kepada gerakan mereka. Walau bagaimanapun rencana rengkas ini sekadar mendedahkan hakikat sebenar bagi menjawab tuduhan tersebut, dan tidak sekali-kali bertujuan meresahkan kaum Muslimin di rantau ini.
Sekiranya al-Bukhari dan Muslim telah mencatat kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) di dalam Sahih-Sahih mereka,kenapa kita menolaknya dan melimparkan kemarahan kepada orang lain pula? Dan jika mereka berdua berbohong, merekalah yang berdosa dan dipertanggongjawabkan di hadapan Allah (swt) Dan jika kita Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), nescaya kita menerimanya.Jika tidak,kitalah Ahli anti Sunnah atau Hadis Nabi (Saw.)
Definisi sahabat
Berbagai pendapat mengenai definisi sahabat telah dikemukakan. Ada pendapat yang mengatakan: "Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya daripada orang-orang Islam, maka ia adalah daripada para sahabatnya." Definisi inilah yang dipegang oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya (al-Bukhari, Sahih, v , hlm.1). Sementara gurunya Ali bin al-Madini berpendapat: Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi (Saw.) atau melihatnya, sekalipun satu jam di siang hari, adalah sahabatnya(Ibid). Manakala al-Zain al-Iraqi berkata: "Sahabat adalah sesiapa yang berjumpa dengan Nabi sebagai seorang Muslim, kemudian mati di dalam Islam." Said bin Musayyab berpendapat: "Sesiapa yang tinggal bersama Nabi selama satu tahun atau berperang bersamanya satu peperangan." Pendapat ini tidak boleh dilaksanakan kerana ianya mengeluarkan sahabat-sahabat yang tinggal kurang daripada satu tahun bersama Nabi (Saw.) dan sahabat-sahabat yang tidak ikut berperang bersamanya.Ibn Hajar berkata:"Definisi tersebut tidak boleh diterima(Ibn Hajr, Fath al-Bari, viii, hlm.1) Ibn al-Hajib menceritakan pendapat 'Umru bin Yahya yang mensyaratkan seorang itu tinggal bersama Nabi (Saw.) dalam masa yang lama dan "mengambil (hadis) daripadanya (Syarh al-Fiqh al-‘Iraqi,hlm.4-3) Ada juga pendapat yang mengatakan: "Sahabat adalah orang Muslim yang melihat Nabi (Saw.) dalam masa yang pendek(Ibid).
Kedudukan para sahabat
Kedudukan para sahabat di bahagikan kepada tiga:
1. Sahabat semuanya adil dan mereka adalah para mujtahid.Ini adalah pendapat Ahlu s- Sunnah wa l-Jama‘ah.
2. Sahabat seperti orang lain, ada yang adil dan ada yang fasiq kerana mereka dinilai berdasarkan perbuatan mereka. Justeru itu yang baik diberi ganjaran kerana kebaikannya. Sebaliknya yang jahat dibalas dengan kejahatannya. Ini adalah pendapat mazhab Ahlu l-Bait Rasulullah(Saw.) atau Syi‘ah atau Imam Dua belas.
3. Semua sahabat adalah kafir-semuga dijauhi Allah-Ini adalah pendapat Khawarij yang terkeluar daripada Islam.
II
Dikemukan dibawah ini lima hadis daripada Sahih al-Bukhari (Al-Bukhari, Sahih, (Arabic-English), by Dr.Muhammad Muhammad Muhsin Khan, Islamic University, Medina al-Munawwara, Kazi Publications, Chicago, USA, 1987, jilid viii, hlm.378-384(Kitab ar-Riqaq,bab fi l-Haudh)dan enam hadis dari Sahih Muslim (Muslim, Sahih, diedit oleh Muhammad Fuad ‘Abdu l-Baqi, Cairo, 1339H, jilid iv, hlm.1793-1800 (Kitab al-Fadha‘il bab Ithbat Haudhi al-Nabi(Saw.) yang berkaitan dengan topik kajian:
Terjemahan hadis-hadis dari Sahih al-Bukhari
1. Hadis no. 578. Daripada Abdullah bahawa Nabi(Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh dan sebahagian daripada kamu akan dibawa di hadapanku. Kemudian mereka akan dipisahkan jauh daripadaku. Aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Maka dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)
2. Hadis no.584. Daripada Anas daripada Nabi (Saw.) bersabda: Sebahagian daripada sahabatku akan datang kepadaku di Haudh (Sungai atau Kolam Susu) sehingga aku mengenali mereka, lantas mereka dibawa jauh daripadaku. Kemudian aku akan bersabda:Para sahabatku(ashabi)! Maka dia (Malaikat) berkata: Anda tidak mengetahui apa yang lakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka(inna-ka la adri ma ahdathu ba‘da-ka)
3. Hadis no.585. Abu Hazim daripada Sahl bin Sa‘d daripada Nabi (Saw.) Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan siapa yang akan melaluinya akan miminumnya.Dan siapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku kenali, dan mereka juga mengenaliku. Kemudian dihalang di antaraku dan mereka.Abu Hazim berkata : Nu‘man bin Abi ‘iyasy berkata selepas mendengarku: Adakah anda telah mendengar sedemikian daripada Sahl? Aku menjawab: Ya. Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa ‘id al-Khudri berkata perkara yang sama,malah dia menambah: Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan bersabda: mereka itu adalah daripadaku (ashabi). Maka dijawab: “Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka Aku akan bersabda:Terjauh! Terjauh! (daripada rahmat Allah) mereka yang telah mengubah (hukum Allah dan Sunnahku) selepasku (suhqan suhqan li-man gayyara ba‘di) ”
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah (Saw.) bersabda: Sekumpulan daripada para sahabatku akan datang kepadaku di Hari Kiamat.kemudian mereka akan diusir jauh dari Haudh.Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! mereka itu adalah para sahabatku (ashabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang mereka lakukan selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la ‘ilma la-ka bima ahdathu ba‘da-ka) Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad kebelakang (irtaddu ‘ala a‘qabi-bi-himu l-Qahqariyy)
4. Hadis no.586. Daripada Ibn Musayyab bahawa Nabi (Saw.) bersabda:Sebahagian daripada para sahabatku akan mendatangiku di Haudh, dan mereka akan dipisahkan dari Haudh.Maka aku berkata: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku (ashabi), maka akan dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka.Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad ke belakang selepas anda meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba ‘da-ka ‘ala Adbari-ka l-Qahqariyy)
5.Hadis no.587. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (Saw.) bersabda:Manakala aku sedang tidur,tiba-tiba sekumpulan (para sahabatku) datang kepadaku. Apabila aku mengenali mereka,tiba-tiba seorang lelaki (Malaikat) keluar di antara aku dan mereka. Dia berkata kepada mereka: Datang kemari.Aku bertanya kepadanya: Ke mana? Dia menjawab:Ke Neraka, demi Allah. Aku pun bertanya lagi: Apakah kesalahan mereka?Dia menjawab: Mereka telah menjadi kafir-murtad selepas kamu meninggalkan mereka (inna-hum irtaddu ba‘da-ka ‘ala Adbari-himi l-Qahqariyy). Justeru itu aku tidak melihat mereka terselamat melainkan (beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat/terbiar daripada pengembalanya (fala ara-hu yakhlusu min-hum illa mithlu hamali n-Na‘ am).
TERJEMAHAN HADIS-HADIS DARI SAHIH MUSLIM
1. Hadis no.26. (2290) Daripada Abi Hazim berkata: Aku telah mendengar Sahlan berkata:Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh.Siapa yang melaluinya, dia akan meminumnya. Dan siapa yang meminumnya,dia tidak akan dahaga selama-lamanya. Akan datang kepadaku beberapa orang yang aku mengenali mereka dan mereka mengenaliku (para sahabatku). Kemudian dipisahkan di antaraku dan mereka. Abu Hazim berkata: Nu‘man bin Abi ‘Iyasy telah mendengarnya dan aku telah memberitahukan mereka tentang Hadis ini. Maka dia berkata: Adakah anda telah mendengar Sahlan berkata sedemikian? Dia berkata: Ya.
(2291) Dia berkata: Aku naik saksi bahawa aku telah mendengar Abu Sa‘id al-Khudri menambah: Dia berkata: Sesungguhnya mereka itu adalah daripadaku (inna-hum min-ni). Dan dijawab:Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka(inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).Maka aku(Nabi (Saw.)bersabda: Terjauh!Terjauh (daripada rahmat) mereka yang telah mengubah (hukum Tuhanku dan Sunnahku) selepasku (Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di)
2. Hadis no.27(2293) Dia berkata: Asma‘ binti Abu Bakr berkata: Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku akan berada di Haudh sehingga aku melihat mereka yang datang kepadaku dikalangan kamu (man yaridu ‘alayya min-kum).Dan mereka akan ditarik dengan pantas (daripadaku),maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu daripada (para sahabat) ku dan daripada umatku. Dijawab: Tidakkah anda merasai atau menyedari apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (amma sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka)? Demi Allah, mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) selepas anda meninggalkan mereka (Wa Llahi! Ma barihu ba‘da-ka yarji‘un ‘ala a‘qabi-him) Dia berkata: Ibn Abi Mulaikah berkata“ Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kami memohon perlindungan daripadaMu supaya kami tidak mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) atau kami difitnahkan tentang agama kami”
3. Hadis no.28. (2294) Daripada ‘Aisyah berkata: Aku telah mendengar Nabi (Saw.) bersabda ketika beliau berada di kalangan para sahabatnya(ashabi-hi): Aku akan menunggu mereka di kalangan kamu yang akan datang kepadaku. Demi Allah! Mereka akan ditarik dengan pantas dariku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah daripada(para sahabat)ku dan daripada umatku Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ‘amilu ba‘da-ka). Mereka sentiasa mengundur ke belakang (kembali kepada kekafiran) (Ma zalu yarji‘un ‘ala a‘qabi-him)
4. Hadis no.29 (2295) Daripada Abdullah bin Rafi‘; Maula Ummi Salmah;isteri Nabi (Saw.)Rasulullah (Saw.) bersabda: Sesungguhnya aku akan mendahului kamu di Haudh. Tidak seorang daripada kamu(para sahabatku) akan datang kepadaku sehingga dia akan dihalau/diusir daripadaku (fa-yudhabbu ‘anni) sebagaimana dihalau/diusir unta yang tersesat ( ka-ma yudhabbu l-Ba‘iru dh-Dhallu). Aku akan bersabda:apakah salahnya? Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka) Maka aku bersabda: Terjauh daripada daripada rahmat (suhqan).
5. Hadis no.32(2297) Daripada Abdillah, Rasulullah (Saw.) bersabda: Aku akan mendahului kamu di Haudh. Dan akau akan bertelagah dengan mereka(aqwaman). Kemudian aku akan menguasai mereka. Maka aku bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka itu adalah para sahabatku. Mereka itu adalah para sahabatku (Ya Rabb! Ashabi, ashabi). Lantas dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka(inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka)
6. Hadis no.40. (2304) Daripada Anas bin Malik bahawa Nabi (Saw.) bersabda:Akan datang kepadaku di Haudh beberapa lelaki (rijalun) daripada mereka yang telah bersahabat denganku (mimman sahabani) sehingga aku melihat mereka diangkat kepadaku. Kemudian mereka dipisahkan daripadaku. Maka aku akan bersabda: Wahai Tuhanku! Mereka adalah para sahabatku.Mereka adalah para sahabatku (Usaihabi) Akan dijawab kepadaku: Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka (inna-ka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka).
Perkataan-perkataan yang penting di dalam hadis-hadis tersebut.
Daripada hadis-hadis di atas kita dapati al-Bukhari telah menyebut perkataan:
a. Ashabi (para sahabatku) secara literal sebanyak empat kali
b. Inna-ka la tadri atau la ‘ilma la-ka ma ahdathu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) sebanyak tiga kali. Perkataan ahdathu bererti mereka telah melakukan bid‘ah-bid‘ah atau innovasi yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah nabi (Saw.).
c. Inna-hum Irtaddu (Sesungguhnya mereka telah menjadi kafir-murtad) sebanyak empat kali.
d. Suhqan suhqan li-man gyayara ba‘di (Terjauh terjauhlah (daripada rahmat) mereka yang telah mengubah atau menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku- selepasku) satu kali.perkataan “Ghayyara” bererti mengubah atau menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
e. Fala arahu yakhlusu minhum mithlu hamalu n-Na‘am (Aku tidak fikir mereka terselamat melainkan(beberapa orang sahaja) sepertilah unta yang tersesat atau terbiar daripada pengembalanya) satu kali, Sementara Muslim telah menyebut perkataan:
a. Ashabi(para sahabatku) secara literal satu kali.
b. Ashabi-hi (para sahabatnya) satu kali,
c. Sahaba-ni ( bersahabat denganku) satu kali
d. Usaihabi (para sahabatku) dua kali.
e. Innaka la tadri ma ahdathu ba‘da-ka (sesungguhnya anda tidak mengetahui apa yang dilakukan(ahdathu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali.
f. Inna-ka la tadri atau sya‘arta ma ‘amilu ba‘da-ka (Sesungguhnya anda tidak mengetahui atau menyedari apa yang dilakukan (ma ‘amilu) oleh mereka selepas anda meninggalkan mereka) tiga kali .Perkataan “Ma ‘amilu” (Apa yang dilakukan oleh mereka) adalah amalan-amalan yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya..
g. Ma barihu atau Ma zalu Yarji‘un ‘ala a‘qabi-him (mereka sentiasa kembali kepada kekafiran) dua kali
h. Suhqan suhqan li-man baddala ba‘di (Terjauh terjauhlah (daripada rahmat) mereka yang telah mengganti atau mengubah atau menukar-hukum Tuhanku dan Sunnahku-selepasku) satu kali. Perkataan “Baddala” bererti mengganti atau mengubah atau menukar hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Justeru itu sebab-sebab mereka menjadi kafir-murtad menurut al-Bukhari dan Muslim adalah kerana mereka:
(1) Ahdathu=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(2) ‘Amilu =Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(3) Ghayyaru=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
(4) Baddalu=Irtaddu atau yarji‘un ‘ala a‘qabi-him
Ini bererti mereka yang telah mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya dilaknati(mal‘unin). Lantaran itu sebarang justifikasi (tabrirat) sepertiMaslahah, Masalihu l-Mursalah, Saddu dh-Dhara’i‘, Maqasidu sy-Syari‘ah‘, dan sebagainya bagi mengubah atau menukar atau menangguh atau membatalkan sebahagian hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya adalah bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.). Jika mereka terus melakukan sedemikian, maka mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (Saw.), malah mereka adalah Ahli anti Sunnah nabi (Saw.)
Sebab utama yang membawa mereka menjadi kafir-murtad(Irtaddu atau La yazalun yarji‘un ‘ala a‘qabi-him) di dalan hadis-hadis tersebut adalah kerana mereka telah mengubah hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya(baddalu wa ghayyaru) dengan melakukan berbagai bid‘ah(ahdathu) dan amalan-amalan(‘amilu) yang menyalahi al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.) Perkara yang sama akan berlaku kepada kita di abad ini jika kita melakukan perkara yang sama. Menurut al-Bukhari dan Muslim, hanya sebilangan kecil daripada mereka terselamat seperti bilangan unta yang tersesat atau terbiar (mathalu hamali n-Na‘am)
Justeru itu konsep keadilan semua para sahabat yang diciptakan oleh Abu l-Hasan al-Asy ‘ari ( al-Asy‘ari, al-Ibanah, cairo, 1958, hlm.12) dan dijadikan akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah adalah bertentangan dengan hadis-hadis tersebut. Dan kekafiran majoriti para sahabat selepas kewafatan Nabi (Saw.) yang dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-sahihmereka-hanya sebilangan kecil terselamat-amatlah memilukan.
Walaubagaimanapun ianya bertepatan dengan firma-Nya di dalam Surah al-Saba’(34):131 “Dan sedikit daripada hamba-hambaKu yang bersyukur”, firman-Nya di dalam Surah Yusuf (12):103 “Dan kebanyakan manusia bukanlah orang-orang yang beriman,meskipun engkau harapkan”, dan firman-Nya di dalam Surah Sad (38):24 “Melainkan orang-orang yang beriman,dan beramal salih,tetapi sedikit (bilangan) mereka” Dia berfirman kepada Nuh di dalam Surah hud(11):40 “ Dan tiadalah beriman bersamanya melainkan sedikit sahaja.” Justeru itu Mukminun adalah sedikit. Justeru itu tidak hairanlah jika di kalangan Para sahabat ada yang telah mengubah Sunnah Nabi (Saw.), tidak meredhai keputusan yang dibuat oleh Nabi (Saw.) Malah mereka menuduh beliau melakukannya kerana kepentingan diri sendiri dan bukan kerana Allah (swt).
Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, hlm. 47 bab al-Sabr 'Ala al-Adhameriwayatkan bahawa al-A'masy telah memberitahukan kami bahawa dia berkata: "Aku mendengar Syaqiq berkata: "Abdullah berkata: Suatu hari Nabi (Saw.) telah membahagikan-bahagikan sesuatu kepada para sahabatnya sebagaimana biasa dilakukannya. Tiba-tiba seorang Ansar mengkritiknya seraya berkata: "Sesungguhnya pembahagian ini bukanlah kerana Allah (swt). Akupun berkata kepadanya bahawa aku akan memberitahukan Nabi (Saw.) mengenai kata-katanya. Akupun mendatangi beliau ketika itu beliau berada bersama para sahabatnya. Lalu aku memberitahukan beliau apa yang berlaku. Tiba-tiba mukanya berubah dan menjadi marah sehingga aku menyesal memberitahukannya. Kemudian beliau bersabda:"Musa disakiti lebih dari itu tetapi beliau bersabar."
Perhatikanlah bagaimana perlakuan(ma ‘amilu) sahabat terhadap Nabi (Saw.)! Tidakkah apa yang diucapkan oleh Nabi (Saw.) itu adalah wahyu? Tidakkah keputusan Nabi (Saw.) itu harus ditaati?Tetapi mereka tidak mentaatinya kerana mereka tidak mempercayai kemaksuman Nabi (Saw.).
Al-Bukhari di dalam Sahihnya, Jilid IV, Kitab al-Adab bab Man lam yuwajih al-Nas bi l-'Itab berkata: "Aisyah berkata:Nabi (Saw.) pernah melakukan sesuatu kemudian membenarkan para sahabat untuk melakukannya. Tetapi sebahagian para sahabat tidak melakukannya. Kemudian berita ini sampai kepada Nabi (Saw.), maka beliau memberi khutbah memuji Allah kemudian bersabda: "Kenapa mereka menjauhi dari melakukannya perkara yang aku melakukannnya. Demi Allah, sesungguhnya aku lebih mengetahui dari mereka tentang Allah dan lebih takut kepada-Nya dari mereka."
Al-Bukhari juga di dalam Sahihnya Jilid IV, hlm. 49 bab al-Tabassum wa al-Dhahak (senyum dan ketawa) meriwayatkan bahawa Anas bin Malik telah memberitahukan kami bahawa dia berkata:"Aku berjalan bersama Rasulullah (Saw.) di waktu itu beliau memakai burdah (pakaian) Najrani yang tebal. Tiba-tiba datang seorang Badwi lalu menarik pakaian Nabi (Saw.) dengan kuat." Anas berkata: "Aku melihat kulit leher Nabi (Saw.) menjadi lebam akibat tarikan kuat yang dilakukan oleh Badwi tersebut. Kemudian dia (Badwi) berkata:Wahai Muhammad! Berikan kepadaku sebahagian dari harta Allah yang berada di sisi anda. Maka Nabi (Saw.) berpaling kepadanya dan ketawa lalu menyuruh sahabatnya supaya memberikan kepadanya."
Di kalangan mereka ada yang telah menghina Nabi (Saw.)dan mempersendakan Nabi (Saw.) dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau” di hadapan Nabi (Saw.)“ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah Nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]” “ Mereka telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.) Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida”,Tarikh, I, hlm. 156] merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya(Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II ,hlm.14;Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid,Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79,92), menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain,kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku, dia menyakiti Allah” “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah” “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga” (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.129-131 dan lain-lain).
Mereka telah membakar Sunnah Nabi (Saw.) (Ibn Sa'd, Tabaqat, V , hlm. 140), “ menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi (Saw.) " [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz,I,hlm. 7], mengesyaki Nabi (Saw.) sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih,IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111] , mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (Saw.) (al-Suyuti,Tarikh al-Khulafa’ hlm.136)
Al-Bukhari meriwayatkan bahawa al-Musayyab berkata: Aku berjumpa al-Barra’ bin ‘Azib (r.a), lalu aku berkata:Alangkah beruntungnya anda kerana anda telah bersahabat (Sahabta) dengan Nabi (Saw.) dan membaiahnya di bawah pokok. Lantas dia menjawab: Wahai anak saudaraku! Sebenarnya anda tidak mengetahui apa yang kami lakukan (Ahdathna-hu) selepasnya (al-Bukari, Sahih, v, hlm. 343 (Hadis no.488 )
Kesemua hadis-hadis tersebut adalah menepati ayat al-Inqilab firmanNya di dalam Surah Ali Imran (3): 144:"Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang(murtad), maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur." Dan bilangan yang sedikit sahaja yang "terselamat" adalah menepati firman-Nya di dalam Surah Saba' (34): 13:"Dan sedikit sekali dari hamba-hambaku yang berterima kasih."
Kesimpulan
Kekafiran majoriti para sahabat yang dicatat oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam Sahih-Sahih mereka amatlah memeranjatkan dan memilukan sekali. Sepatutnya perkara tersebut tidak berlaku sehingga Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim tidak boleh dikira Sahih lagi kerana catatan mereka menyalahi akidah Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah yang menegaskan bahawa semua para sahabat adalah adil (kebal) atau catatan mereka merupakan suatu kebenaran, tetapi kita tidak boleh menerimanya sehingga kita memusuhi orang lain dengan melemparkan tuduhan terhadap mereka, malah menghukum mereka pula?
Lantaran itu mana-mana Muslim sama ada dia seorang yang bergelar sahabat, tabi‘i, mufti, kadi dan kita sendiri, tidak boleh mengubah atau menukar atau menagguhkan atau melanggar atau membatalkan mana-mana hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya dengan alasan Maqasidu sy-Syari‘ah, Maslahah, dan sebagainya.Kerana Allah dan Rasul-Nya tidak akan meridhai perbuatan tersebut. Firman-Nya“ Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah(hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)
Firman-nya “Tidak, demi Tuhan,mereka tidak juga beriman sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan di kalangan mereka,kemudian mereka tiada keberatan di dalam hati mereka menerima keputusan engkau,dan mereka menerima dengan sebenar-benarnya” (Al-Nisa’(4):65)Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir”(al-Ma ‘idah(5):44)
Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(al-Ma ‘idah(5):45) Firman-Nya “Barang siapa yang tidak menghukum menurut hukum yang diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq”(al-Ma‘idah(5):47)
Dan firman-Nya “Barang siapa yang menentang Rasul,sesudah nyata petunjuk baginya dan mengikut bukan jalan orang-orang Mukmin,maka kami biarkan dia memimpin dan kami memasukkan dia ke dalam nereka Jahannam.Itulah sejahat-jahat tempat kembali” (Al-Nisa ‘(4);115).
Semoga semua Muslimun dahulu dan sekarang, sama ada sahabat atau tidak, akan diampun dosa mereka dan dimasukkan ke Syurga-Nya. Amin.
LAMPIRAN B
KONSEP LAKNAT DI DALAM AL-QUR’AN
Pengenalan
Perkataan la‘nat (laknat) dan pecahannya disebut sekurang-kurangnya 32 kali di dalam al-Qur’an di dalam berbagai perkara yang melanggari perintah Allah dan Rasul-Nya. Mengikut Muhammad Abu Bakr ‘Abd al-Qadir al-Razi perkataan la‘nat (laknat) memberi erti “ pengusiran dan berjauhan dari kebaikan” ( al-Tard wa al-Ib’ad mina l-khair) (Mukhtaral-Sihhah, hlm. 108, Cairo, 1950). J. MiltonCowan menyatakanla‘nat adalah “curse”. La‘natullahi ‘Alaihi bererti” God’s curse upon him (A Dictionary of Written Arabic, London 1971., hlm.870). Iaitu kemurkaan Allah dan jauh dari petunjuk-Nya; setiap perbuatan jahat akan menerima kutukan (laknat) daripada Allah. (Kamus Dewan, hlm. 694, Kuala Lumpur,1971).
Mereka yang dilaknati di dalam al-Qur’an
DI SINI DIKEMUKAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA YANG DILAKNATI DI DALAM AL- QUR’AN SEPERTI BERIKUT:
1. Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perintah-Nya.
Firman-Nya “Sesungguhnya Allah melaknat (mengutuk) orang-orang yang kafir(ingkar) dan menyediakan untuk mereka api yang menyala-nyala”(Al- Ahzab(33):64) “Sesungguhnya di atas engkau laknat sampai hari pembalasan” (Al-Hijr(15):35) “Sesungguhnya di atasmu laknatku sampai hari pembalasan” (Sad(38):78)
Ini menunjukkan barang siapa yang mengingkari walaupun satu hukum daripada hukum-hukum-Nya adalah termasuk orang yang ingkar terhadap hukum-Nya. Apatahlagi jika seorang itu menukarkan hukum Allah dengan hukumnya sendiri.Kerana setiap individu Muslim sama ada Nabi (Saw.) atau bukan Nabi tidak boleh menyalahi al-Qur’an.Firman-Nya “ katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku mendurhakai Tuhan-ku,akan azab hari yang besar” (Al-An’am (96):15). Jika Nabi (Saw.) merasa takut kepada Allah jika dia menderhaka-Nya, maka orang lain sama ada yang bergelar khalifah atau sahabat atau mana-mana individu sepatutnya lebih takut lagi untuk menderhaka perintah-Nya.
2. Laknat Allah kepada mereka yang menyakiti-Nya dan Rasul-Nya.
Firman-Nya “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, nescaya mereka dilaknati Allah di Dunia dan di Akhirat dan Dia menyediakan mereka seksa yang menghinakan(mereka) (Al-Ahzab(33):57)
Ini bererti barang siapa yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya walau dengan apa cara sekalipun dilaknati Allah, Rasul-Nya,para Malaikat-Nya dan Mukminun.Sama ada dengan menentang hukum Allah dan Sunnah Nabi-nya atau menghina Allah dan Rasul-Nya dengan membatalkan hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya di atas alasan maslahah umum atau sebagainya.
Justeru itu, orang yang menghina Nabi (Saw.)dan mempersendakan Nabi (Saw.) dengan mengatakan bahawa Nabi (Saw.) “Sedang meracau” di hadapan Nabi (Saw.) “ Kitab Allah adalah cukup dan kami tidak perlu kepada Sunnah Nabi (Saw.)” .( al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 36; Muslim, Sahih, III, hlm. 69) “Sunnah nabi (Saw.) mendatangkan perselisihan dan pertengkaran kepada Umat [Al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I , hlm.3]” “ Orang yang telah mengepung dan membakar rumah anak perempuan Nabi (Saw.) Fatimah (a.s) dan berkata: "Aku akan membakar kalian sehingga kalian keluar untuk memberi bai'ah kepada Abu Bakar."[Al-Tabari, Tarikh, III, hlm. 198; Abu-l-Fida” ,Tarikh, I, hlm. 156] merampas Fadak daripada Fatimah (a.s) yang telah diberikan kepadanya oleh Nabi (Saw.) semasa hidupnya(Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghah al-Nisa’, II ,hlm.14;Umar Ridha Kahalah, A'lam al-Nisa', III, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79,92),menyakiti hati Fatimah, Ali, al-Hasan dan al-Husain,kerana Rasulullah (Saw.) bersabda “Siapa menyakiti Fatimah, dia menyakitiku, dan siapa menyakitiku ,dia menyakiti Allah” “Siapa menyakiti Ali, sesungguhnya dia menyakitiku,dan siapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah” “al-Hasan dan al-Husain kedua-dua mereka adalah pemuda Syurga” (al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi’ al-Mawaddah, hlm.129-131 dan lain-lain).
Mereka yang membakar Sunnah Nabi (Saw.) (Ibn Sa'd, Tabaqat, V , hlm. 140), “ menghalang orang ramai dari meriwayatkan Sunnah Nabi (Saw.) " [al-Dhahabi, Tadhkirah al-Huffaz, I, hlm. 7], mengesyaki Nabi (Saw.) sama ada berada di atas kebenaran atau kebatilan [Muslim, Sahih, IV, hlm.12,14; al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 111] , mengubah sebahagian hukum Allah dan sunnah Nabi (Saw.) (al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa’’ hlm.136) adalah termasuk orang yang dilaknati Allah, Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminun. Dan jika seorang itu tidak melakukan laknat kepada mereka di atas perbuatan mereka yang dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka dia bukanlah Mukmin yang sebenar. Apatah lagi jika dia mempertahankan perbuatan mereka tersebut sebagai sunnah atau agama bagi bertaqarrub kepada Allah (swt).
3. Laknat Allah kepada mereka yang menyembunyikan hukum-Nya di dalam kitab-Nya.
Firman-Nya“Sesungguhnya mereka yang menyembunyikan apa yang Kami turunkan dari keterangan dan petunjuk setelah Kami menerangkannya kepada orang ramai, nescaya mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati oleh orang-orang yang mengutuknya” (Al-Baqarah (2):159)
Ini bererti barang siapa yang menyembunyikan hukum Allah dan Sunnah Nabi-Nya yang sepatutnya didedahkan kepada masyarakat, tetapi dia tidak menerangkannya kepada mereka kerana kepentingan tertentu , maka dia dilaknati Allah dan orang-orang yang melaknatinya . Apatah lagi jika dia seorang yang mempunyai autoritatif di dalam agama.Kerana kosep hukum Allah tidak boleh disembunyikannya, kerana ia harus dilaksanakannya. Di samping itu, dia tidak boleh cenderung kepada orang-orang yang zalim, kerana Firman-Nya “ Janganlah kamu cenderung kepada orang yang melakukan kezaliman, lantas kamu akan disambar oleh api neraka.Dan tidak ada bagimu wali selain daripada Allah,kemudian kamu tiada mendapat pertolongan” (Hud(11):113).
4. Laknat Allah kepada mereka yang membohongi-Nya dan Rasul-Nya.
Firman-Nya “Barang siapa yang membantah engkau tentang kebenaran itu, setelah datang kepada engkau ilmu pengetahuan,maka katakanlah: Marilah kamu,kami panggil anak-anak kami dan anak-anak kamu,perempuan kami dan perempuan kamu dan diri kami dan diri kamu,kemudian kita bermubahalah (bersungguh-sungguh berdoa),lalu kita jadikan laknat Allah atas orang yang berbohong”(Ali ‘Imran (3):61)
Ini bererti mereka yang membohongi Allah dan Rasul-nya selepas dikemukakan hukum al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya,tetapi mereka masih membantahnya, maka mereka itulah dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Ayat ini dikenali dengan ayat al-Mubahalah. Ia berlaku di antara Nabi (Saw.) dan Ahlu l-Baitnya (a.s) di satu pihak dan Nasrani Najran di pihak yang lain.
Nabi (Saw.) telah mempertaruhkan kepada Nasrani Najran abna’a-na anak-anak kami (al-Hasan dan al-Husain a.s), nisa’-ana perempuan kami (Fatimah a.s) dan anfusa-na diri kami( Ali a.s).Imam Ali al-Ridha berkata: “Sesungguhnya ianya dimaksudkan dengan Ali bin Abi Talib (a.s). Buktinya sebuah hadis telah menerangkan maksud yang sama, seperti berikut:" ...aku akan mengutuskan kepada mereka seorang lelaki seperti diriku [ka-nafsi]." Iaitu Ali bin Abi Talib. Ini adalah suatu keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain, kelebihan yang tidak boleh dikaitkan dengan orang lain dan kemuliaan yang tidak dapat didahului oleh sesiapa pun kerana diri Ali seperti dirinya sendiri." (Muhammad Babwaih al-Qummi, Amali al-Saduq Najaf, 1970, hlm.468).
Akhirnya mereka enggan bermubahalah dengan Nabi )Saw.) dan Ahlu l-Baitnya, lalu mereka membayar jizyah kepada Nabi (Saw.). Jika Nasrani Najran tidak berani menyahuti mubahalah Nabi (Saw.) dengan pertaruhan Ahlu l-Baitnya, kerana kebenarannya, apakah gerangan mereka yang mengakui al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya sebagai asas agama mereka pula berani menentang Ahlu l-Bait(a.s),kemudian menyembunyikan kebenaran al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya,khususnys mengenai mereka? Jika mereka melakukan sedemikian,nescaya mereka dilaknati oleh Allah dan Rasul-Nya, para Malaikat-Nya dan Mukminun.
5. Laknat Allah kepada mereka yang menderhakai-Nya dan Rasul-Nya.
Firman-Nya “Telah dilaknati orang-orang yang kafir dikalangan Bani Isra’il di atas lidah Daud dan Isa anak lelaki Maryam. Demikian itu disebabkan mereka telah mendurhaka dan melampaui batas. Mereka tidak melarang sesuatu yang mungkar yang mereka perbuat. Sungguh amat jahat apa yang mereka perbuat” (Al-Ma’idah(5):78-79)
Firman-Nya “Tidak ada bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah (hak) memilih di dalam urusan mereka apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan urusan itu.Barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya,maka ianya telah sesat dengan kesesatan yang nyata” (Al-Ahzab(33):35)
Ini bererti barang siapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya; sama ada melakukan perkara-perkara yang menyalahi hukum Allah dan Sunnah Rasul-Nya serta tidak melakukan konsep “Amru Ma’ruf Nahyu Munkar”, maka mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang dilaknati Allah dan Rasul-Nya, maka para Malaikat dan Mukminun akan melaknati mereka.
6. Laknat Allah kepada mereka yang zalim.
Firman-Nya “Ahli syurga menyeru ahli neraka: Kami telah memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya.Adakah kamu memperolehi apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kami dengan sebenarnya? Mereka itu menjawab: Ya. Lalu menyeru orang yang menyeru (Malaikat) di kalanggan mereka: Sesungguhnya laknatAllah ke atas orang yang zalim.(iaitu) orang-orang yang menghalangi jalan Allah dan mereka mencari jalan bengkok, sedang mereka itu kafir terhadap Akhirat” (Al-A’raf (7):44-45)dan, “Barang siapa yang tidak menghukum dengan hukum Allah,maka merekalah orang yang zalim”) Al-Ma’dah (5):45)
Ini bererti sebarang kecenderungan terhadap orang-orang yang zalim akan di sambar oleh api neraka.Apatah lagi jika seorang itu meredai atau menyokong mereka atau bekerja sama dengan mereka.Saidina Ali (a.s) berkata: “Mereka yang bersekutu di dalam kezaliman adalah tiga: Pelaku kezaliman, pembantunya dan orang yang menridhai kezaliman itu” (Tuhafu l ‘uqul ‘n Ali r-Rasul, hlm.23 dan lain-lain. Jueteru itu mereka dilaknati Allah dan Rasul-Nya serta Mukminun.
7. Laknat Allah kepada mereka yang mengingkari perjanjian Allah, melakukan kerosakan di Bumi dan memutuskan silaturahim.
Firman-Nya “ Mereka yang mengingkari janji Allah sesudah eratnya dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah supaya diperhubungkan dan mereka membuat kerosakan di muka bumi,untuk mereka laknat dan untuk mereka tempat yang jahat ”(Al-Ra’d(13):25) dan “Apakah kiranya jika kamu menjadi wali (berkuasa) kamu melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan silatu r-Rahim? Mereka itulah yang dilaknati Allah,lalu Dia memekakkan mere ka dan membutakan pemandangan mereka ” (Muhammad(47)22-23).
Ini bererti mereka yang mengingkari janji Allah dengan mendurhakai-Nya, kemudian melakukan kerosakkan di muka bumi dengan mengubah hukum-Nya dan Sunnah Nabi-Nya serta memutuskan silaturahim, maka bagi mereka laknat Allah dan Rasul-Nya.
Justeru itu tidak hairanlah jika Saidina Ali (a.s) telah melaknati mereka yang telah mengubah agama Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Beliau berdoa: Wahai Tuhanku! Laknatilah mereka yang telah mengubah agama-Mu, menukar ni‘kmat-Mu (khilafah), menuduh perkara-perkara yang bukan-bukan terhadap Rasul-Mu (Saw.), menentang jalan-Mu, menyalahi agamaMu, mengingkari nikmatMu, menentang kalam-Mu, mempersenda-sendakan Rasul-Mu…(al-Majlisi, Biharu l-Anwar, Bairut 1991, xxx, hlm. 393) Sementara Imam Ja‘far al-Sadiq pula berdoa: Wahai Tuhanku! Pertingkatlah laknat-Mu dan azab-Mu ke atas mereka yang telah mengingkari ni‘mat-Mu, mengkhianati Rasul-Mu,menuduh Nabi-Mu perkara yang bukan-bukan dan menentangnya…(Ibid, hlm. 395)
Kesimpulan
Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut, maka Laknat boleh atau harus dilakukan kepada mereka yang mempersendakan Allah dan Rasulullah (Saw.), menghina, mengingkari, membatal, mengubah, menangguh dan menggantikan sebahagian daripada hukum Allah (swt) dan Sunnah Rasul-Nya dengan pendapat atau sunnah mereka sendiri sama ada orang itu bergelar khalifah atau sahabat atau tabi‘in dan sebagainya.
Justeru itu, ungkapan “melaknat khalifah atau sahabat tertentu atau polan dan polan” tidak menjadi perkara sensitif lagi jika kita meletakkan mereka sama ada khalifah, sahabat, individu , kita sendiri di bawah martabat Rasulullah (Saw.), dan Rasulullah (Saw.) pula di bawah martabat Allah (swt). Tetapi jika mereka meletakkan seorang khalifah, sahabat atau mana mana individu lebih tinggi daripada martabat Allah dan Rasul-Nya dari segi pengamalan hukum dan sebagainya, maka mereka tidak akan meredai Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuhnya di dalam perkara tersebut. Kerana penilaian kebenaran bagi mereka bukanlah al-Qur’an dan Sunnah Nabi (Saw.) secara keseluruhannya, malah seorang khalifah atau sahabat menjadi penilaian kebenaran mereka. Lalu mereka menjadikan pendapat atau sunnah “mereka” yang menyalahi Nas sebagai agama bagi mendekatkan diri mereka kepada-Nya.
LAMPIRAN C
KONSEP PELAMPAU DI DALAM AL-QUR’AN
Pengenalan Dan Definisi
Perkataan “pelampau” bererti orang yang melakukan sesuatu dengan berlebih-lebihan, orang yang mempunyai faham (kepercayaan) yang berlebih-lebihan (Kamus Dewan, Kuala Lumpur, 1991, hlm.701).Di dalam bahasa Arab di panggil al-Ghali, kata jamaknya al-Ghulat bererti “ orang yang melampaui had” (Muhammad bin Abu Bakr bin Abdu l-Qadir ar-Razi, Mukhtar as-Sihhah, Mesir 1950, hlm.505). Di dalam bahasa Inggeris bererti “extremist” .J. Milton Cowan, A Dictionary Of Modern Written Arabic, London, 1971, hlm.683). Di dalam al-Qur’an ia disebut sebanyak dua kali dengan perkataan “taghlu”.
Terjemahan ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan:
Pertama. Firman-Nya “Hai Ahlu l-Kitab, janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan di dalam agamamu (La taghlu fi dini-kum) dan janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan kebenaran) (wa la taqulu ‘ala Llahi illa l-Haqqa). Sesungguhnya Isa anak Mariam Rasul Allah dan kalimah-Nya (Inan-ma l–Masihu ‘Isa bna Maryam Rasulullah wa kalimatu-hu). Dia telah mencampakkan-Nya (kalimat) kepada Maryam berserta roh daripada-Nya (alqa-ha ila Maryama wa ruhun min-hu).Lantaran itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya (fa-aminu bi-Llahi wa rasuli-hi). Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan itu) bertiga (wa la taqulu thalathah). Berhentilah kamu,itu adalah lebih baik bagimu (Intahu khairun la-kum).Sesungguhnya Allah hanya Tuhan yang Esa (Inna-ma Llahu ilahun wahidun).Maha suci Dia bahawa ada bagi-Nya seorang anak (Subhanah an yakunu la-hu waladun). Bagi-Nya apa yang di langit dan apa di bumi (la-hu ma fi s-Samawati wa l-Ardh). Cukuplah Allah menjadi wakil (wa kafa bi Llahi wakila).(al-Nisa’(4):171).
Kedua. Firman-Nya “Katakanlah: Hai Ahlu l-Kitab, janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama selain dari kebenaran(La taghlu fi-dini-kum ghaira l-Haqqi) dan janganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka yang telah sesat sebelum itu (wa la tattabi‘u ahwa qaumin qad Dhallu min qablu)dan telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus (wa adhallu kathiran wa Dhallu ‘an sawa as-sabili)”(al-An‘am(5):77).
Perkataan yang penting di dalam ayat pertama
1. La taghlu fi dini-kum (Janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama kamu.
2. Wa la taqulu ‘ala Llahi illa l-Haqqa (Janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan kebenaran).
3. Inna-ma l–Masihu ‘Isa bna Maryam Rasulu Llahi wa kalimatu-hu. (Sesungguhnya Isa anak Mariam Rasul Allah dan kalimah-Nya).
4. Alqa-ha ila Maryama wa ruhun min-hu.( Dia telah mencampakkan-Nya (kalimat itu) kepada Maryam berserta roh daripada-Nya)
5. Fa-aminu bi-Llahi wa rasuli-hi (Lantaran itu berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-Nya).
6. Wa la taqulu thalathah (Dan janganlah kamu berkatakan (Tuhan itu) bertiga)
7. Intahu khairun la-kum (Berhentilah kamu,itu adalah lebih baik bagimu).
8. Inna-ma Llahu ilahun wahidun (Sesungguhnya Allah hanya Tuhan yang Esa).
9. (Subhanah an yakunu la-hu waladun ( Maha suci Dia bahawa ada bagi-Nya seorang anak).
Perkataan yang penting di dalam ayat kedua
1. La taghlu fi-dini-kum ghaira l-Haqqi (janganlah kamu melampaui batas atau berlebih-lebihan dalam agama selain dari kebenaran)
2. wa la tattabi‘u ahwa qaumin qad dhallu min qablu (dan anganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka yang telah sesat sebelum itu)
3. wa adhallu kathiran wa dhallu ‘an sawa as-sabili (dan telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus)
Ayat-ayat tersebut memberi implikasi:
1. Kebenaran (al-Haqq) adalah menepati hukum Allah.
2. Kebenaran adalah menepati Sunnah Rasul-Nya.
3. Kebenaran tidak boleh diubah oleh sesiapapun. Mereka tidak boleh mengubah atau mengangkat status al-Masih, dan ibunya Maryam kepada status Tuhan.
4. Memertabatkan Rasul-Nya setaraf dengan Allah, apatah lagi menjadikan tarafnya lebih tinggi daripada Allah dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
5. Melebih-lebihkan para sahabat Rasulullah (Saw.) daripada Rasulullah, apatah lagi menjadikan taraf mereka lebih tinggi daripada Rasulullah (Saw.) dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
6. Melebih-lebihkan sunnah sahabat sama ada sunnah Abu Bakr , Umar, Uthman atau sesiapa sahaja dari hukum Allah dari segi pelaksanaan hukum dan sebagainya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
7. Melebih-lebihkan sunnah sahabat sama ada sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman atau sesiapa sahaja daripada Sunnah Rasul-Nya adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
8. Menolak sebahagian daripada hukum Allah adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
9. Menolak sebahagian daripada Sunnah Rasul-Nya adalah termasuk golngan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
10. Membatal atau menggantikan hukum Allah dengan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman atau sesiapa sahaja adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
11. Membatal atau menggantikan Sunnah Rasul-Nya dengan sunnah Abu Bakr, Umar, Uthman atau sesiapa sahaja adalah termasuk golongan pelampau agama (Ghulat fi d-Din).
12. Pelampau agama (Religious exterimist) adalah sesat dan meyesatkan dari jalan yang lurus.
Kesimpulan
Tidak ada seorangpun yang setaraf dengan Allah dari semua segi. Dia Yang Maha Esa dan Perkasa. Hukum-Nya adalah wajib ditaati oleh para Rasul-Nya dan pengikut-pengikut mereka. Hukum-Nya mengatasi hukum makhluk-Nya. Barang siapa yang melebih-lebihkan (yaghlun) hukum makhluk dari hukum-Nya dengan alasan Ijtihad, Masalih Mursalah, Maqasidu sy-Syari‘ah, Ijmak, Qiyas, dan lain-lain adalah termasuk golongan pelampau agama. Sepatutmya istilah-istilah tersebut digunakan untuk melaksanakan hukum-Nya, dan bukan untuk membatal atau menangguh atau menyalahinya. Akibatnya mereka menjadi sesat dan meyesatkan sebagaimana terserlah di dalam ayat-ayat tersebut.
LAMPIRAN D
AKIDAH SYI‘AH TENTANG AL-QUR’AN
Sesungguhnya Syi'ah mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang adalah benar dan mereka beramal dengannya. Tetapi ianya tidak dinafikan bahawa terdapat kitab-kitab karangan ulama Syi'ah seperti al-Kulaini dan lain-lain yang telah mencatat tentang kurang atau lebihnya ayat-ayat al-Qur'an yang ada sekarang, tetapi ketahuilah anda bahawa bukanlah semua riwayat itu sahih malah ianya ada yang sahih dan ada yang dha'if. Contohnya al-Kulaini telah meriwayatkan di dalam al-Kafi bahawa Rasulullah (S.a.w telah dilahirkan pada 12 Rabi'ul Awwal tetapi ianya ditolak oleh majoriti ulama Syi'ah kerana mereka berpendapat bahawa Nabi SAW telah dilahirkan pada 17 Rabi'ul Awwal.
Begitu juga mereka menolak kitab al-Hassan bin al-'Abbas bin al-Harisy yang dicatat oleh al-Kulaini di dalam al-Kafi, malah mereka mencela kitab tersebut. Begitu juga mereka menolak riwayat al-Kulaini bahawa orang yang disembelihkan itu adalah Nabi Ishaq bukan Nabi Isma'il AS (al-Kafi, IV, hlm. 205). Justeru itu riwayat al-Kulaini umpamanya tentang kekurangan dan penambahan ayat-ayat al-Qur'an adalah riwayat yang lemah (Majallah Turuthuna, Bil. XI, hlm. 104). Kerana ulama Syi'ah sendiri telah menjelaskan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam al-Kafi, malah mereka menolak sebahagian besar riwayat al-Kulaini. Begitu juga dengan kitab al-Istibsar fi al-Din, Tahdhib al-Ahkam karangan al-Tusi dan Man LaYahdhuruhu al-Faqih karangan Ibn Babuwaih, sekalipun 4 buku tersebut dikira muktabar di dalam mazhab Syi'ah, umpamanya al-Kafi yang mempunyai 16,199 hadis telah dibahagikan kepada 5 bahagian (di antaranya):
i. Sahih, mengandungi 5,072 hadis.
ii. Hasan, 144 hadis.
iii. al-Muwaththaq, 1128 hadis (iaitu hadis-hadis yang diriwayatkan oleh orang yang bukan Syi'h tetapi mereka dipercayai oleh Syi'ah).
iv. al-Qawiyy, 302 hadis.
v. Dhaif, 9,480 hadis. (Lihat Sayyid Ali al-Milani, “al-Riwayat Li Ahadis al-Tahrif ‘di dalam Turuthuna, Bil. 2, Ramadhan 1407 Hijrah, hlm. 257). Oleh itu riwayat-riwayat tentang penambahan dan kekurangan al-Qur'an telah ditolak oleh ulama Syi'ah Imamiyah mazhab Ja'fari dahulu dan sekarang. Syaikh al-Saduq (w. 381H) menyatakan "i'tiqad kami bahawa al-Qur'an yang telah diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Muhammad SAW dan keluarganya ialah di antara dua kulit (buku) iaitu al-Qur'an yang ada pada orang ramai dan tidak lebih dari itu. Setiap orang yang mengatakan al-Qur'an lebih dari itu adalah suatu pembohongan." (I'tiqad Syaikh al-Saduq, hlm. 93). Syaikh al-Mufid (w. 413H) menegaskan bahawa al-Qur'an tidak kurang sekalipun satu kalimah, satu ayat ataupun satu surah (Awa'il al-Maqalat, hlm. 55). Syarif al-Murtadha (w. 436H) menyatakan al-Qur'an telah dijaga dengan rapi kerana ia adalah mu'jizat dan sumber ilmu-ilmu Syarak, bagaimana ia boleh diubah dan dikurangkan? Selanjutnya beliau meyatakan orang yang mengatakan al-Qur'an itu kurang atau lebih tidak boleh dipegang pendapat mereka (al-Tabrasi,Majma' al-Bayan, I, hlm. 15). Syaikh al-Tusi (w. 460H) menegaskan bahawa pendapat mengenai kurang atau lebihnya al-Qur'an adalah tidak layak dengan mazhab kita (al-Tibyan fi Tafsir al-Qur'an, I, hlm.3). Begitu juga pendapat al-Allamah Tabataba'i dalam Tafsir al-Mizan, Jilid 7, hlm. 90 dan al-Khu'i dalam Tafsir al-Qur'an al-'Azim, I, hlm. 100, mereka menegaskan bahawa al-Qur'an yang ada sekarang itulah yang betul dan tidak ada penyelewengan.
Demikianlah sebahagian daripada pendapat-pendapat ulama Syi'ah dahulu dan sekarang yang mengaku kesahihan al-Qur'an yang ada pada hari ini. Imam Ja'far al-Sadiq AS berkata, "Apabila datang kepada kamu dua hadis yang bertentangan maka hendaklah kamu membentangkan kedua-duanya kepada Kitab Allah dan jika ianya tidak bertentangan dengan Kitab Allah, maka ambillah dan jika ianya bertentangan Kitab Allah, maka tinggalkanlah ia" (Syaikh, al-Ansari, al-Rasa'il, hlm. 446).
Kata-kata Imam Ja'far al-Sadiq itu menunjukkan al-Qur'an yang wujud sekarang ini adalah al-Qur'an yang diturunkan oleh Allah ke atas Nabi Saw.) tanpa tambah dan kurang jika tidak, ianya tidak menjadi rujukan kepada Muslimin untuk membentangkan hadis-hadis Nabi (S.a.w) yang sampai kepada mereka. Oleh itu mazhab Syi'ah Ja'fari samalah dengan mazhab Ahlu s-Sunnah dari segi menjaga al-Qur'an dari penyelewengan, tetapi apa yang anehnya ialah terdapat banyak riwayat di dalam buku-buku Sahih Ahlu s-Sunnah sendiri yang mencatatkan bahawa al-Qur'an telah ditambah, dikurang dan ditukarkan, di antaranya seperti berikut:
1. Al-Bukhari di dalam Sahihnya, VI, hlm. 210 menyatakan (Surah al-Lail (92):3 telah ditambah perkataan "Ma Khalaqa" oleh itu ayat yang asal ialah "Wa al-Dhakari wa al-Untha" tanpa "Ma Khalaqa". Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Darda', kemudian ianya dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm. 565; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191.
2. Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394; al-Turmudhi, Sahih, V, hlm. 191 menyatakan (Surah al-Dhariyat (51):58 telah diubah dari teks asalnya "Inni Ana r-Razzaq" kepada "Innallah Huwa r-Razzaq" iaitu teks sekarang.
3. Muslim, Sahih, I, hlm. 726; al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 224 meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari, "Kami membaca satu surah seperti Surah al-Bara'ah dari segi panjangnya, tetapi aku telah lupa, hanya aku mengingati sepotong dari ayatnya, "Sekiranya anak Adam (manusia) mempunyai dua wadi dari harta, nescaya dia akan mencari wadi yang ketiga dan perutnya tidak akan dipenuhi melainkan dengan tanah."
4. Al-Suyuti, al-Itqan, II, hlm. 82, meriwayatkan bahawa 'Aisyah menyatakan Surah al-Ahzab (33):56 pada masa Nabi (Saw) adalah lebih panjang iaitu dibaca "Wa'ala al-Ladhina Yusaluna al-Sufuf al-Uwal" selepas "Innalla ha wa Mala'ikatahu Yusalluna 'Ala al-Nabi..." Aisyah berkata, "Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf."
5. al-Muslim, Sahih, II, hlm. 726, meriwayatkan bahawa Abu Musa al-Asy'ari membaca selepas Surah al-Saf (61):2, "Fatuktabu syahadatan fi A'naqikum..."tetapi ianya tidak dimasukkan ke dalam al-Qur'an sekarang.
6. Al-Suyuti, al-Itqan, I, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama "al-Khal’ " dan "al-Hafd" telah ditulis dalam mashaf Ubayy bin Ka'b dan mashaf Ibn 'Abbas, sesungguhnya 'Ali AS mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdullah al-Ghafiqi, 'Umar dan Abu Musa al-Asy'ari juga membacanya.
7. Malik, al-Muwatta', I, hlm. 138 meriwayatkan dari 'Umru bin Nafi' bahawa Hafsah telah meng'imla' "Wa Salati al-Asr" selepas Surah al-Baqarah (2): 238 dan ianya tidak ada dalam al-Qur'an sekarang. Penambahan itu telah diriwayatkan juga oleh Muslim, Ibn, Hanbal, al-Bukhari, dan lain-lain.
8. Al-Bukhari, Sahih, VIII, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an iaitu "La Targhabu 'an Aba'ikum" tetapi ianya tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.
9. Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 82; al-Durr al-Manthur, V, hlm. 180 meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa dia berkata,"Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah SAW sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa 'Uthman menulis mashaf ianya tinggal 173 ayat sahaja."
10. Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 192 mencatatkan bahawa di sana terdapat ayat yang tertinggal selepas Surah al-Ahzab (33):25 iaitu "Bi 'Ali bin Abi Talib". Jadi ayat yang dibaca, "Kafa Llahul Mu'minin al-Qital bi 'Ali bin Abi Talib."
11. Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 625 mencatat riwayat daripada 'Aisyah RD dia berkata: Ayat al-Radha'ah sebanyak 10 kali telah diturunkan oleh Allah dan ianya ditulis dalam mashaf di bawah katilku, tetapi manakala wafat Rasulullah Saw.) dan kami sibuk dengan kewafatannya, maka ianya hilang.
12. Al-Suyuti, al-Itqan, III, hlm. 41 mencatatkan riwayat daripada 'Abdullah bin 'Umar, daripada bapanya 'Umar bin al-Khattab, dia berkata, "Janganlah seorang itu berkata aku telah mengambil keseluruhan al-Qur'an, apakah dia tahu keseluruhan al-Qur'an itu? Sesungguhnya sebahagian al-Qur'an telah hilang dan katakan sahaja aku telah mengambil al-Qur'an mana yang ada." Ini bererti sebahagian al-Qur'an telah hilang. Demikianlah di antara catatan para ulama Ahlu s-Sunnah mengenai al-Qur'an sama ada lebih atau kurang di dalam buku-buku Sahih dan muktabar mereka. Bagi orang yang mempercayai bahawa semua yang tercatat di dalam sahih-sahih tersebut adalah betul dan wajib dipercayai, akan menghadapi dilema, kerana kepercayaan sedemikian akan membawa mereka kepada mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang tidak sempurna, sama ada berkurangan atau berlebihan. Jika mereka mempercayai al-Qur'an yang ada sekarang adalah sempurna - memang ianya sempurna - ini bererti sahih-sahih mereka tidak sempurna dan tidak sahih lagi.
Bagi Syi'ah mereka tidak menghadapi dilema ini kerana mereka berpendapat bahawa bukan semua riwayat di dalam buku-buku mereka seperti al-Kafi, al-Istibsar fi al-Din dan lain-lain adalah sahih, malah terdapat juga riwayat-riwayat yang lemah. Oleh itu untuk mempercayai bahawa al-Qur'an yang ada sekarang ini sempurna sebagaimana yang dipercayai oleh Syi'ah mazhab Ja'fari, maka Ahlu s-Sunnah terpaksa menolak riwayat-riwayat yang terdapat di dalam sahih-sahih mereka demi mempertahankan kesempurnaan al-Qur'an. Dan mereka juga harus menolak riwayat-riwayat yang bertentangan dengan al-Qur'an dan akal seperti hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, "Sesungguhnya Neraka Jahanam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kaki Nya, maka Neraka Jahanam berkata: Cukup, cukup. "(Al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 127; Muslim, Sahih, II, hlm. 482).
Hadis yang bertentangan
Hadis ini adalah bertentangan dengan ayat al-Qur'an Surah al-Sajdah (32):13 yang bermaksud,...."Sesungguhnya Aku akan penuhi Neraka Jahanam dengan jin dan manusia." Juga bertentangan dengan Surah al-Syura (42):11 yang menafikan tajsim "Tidak ada suatu perkarapun yang menyerupaiNya." Lantaran aitu tidak hairanlah jika al-Suyuti di dalam Tadrib al-Rawi, hlm. 36 menyatakan bahawa al-Bukhari telah mengambil lebih 480 periwayat yang tidak disebut atau diambil oleh Muslim dan ia mengandungi para periwayat yang lemah, sama ada disebabkan oleh pembohongan dan sebagainya, sementara Muslim pula mengambil 620 periwayat yang tidak disebut atau diambil oleh al-Bukhari dan terdapat di dalamnya 160 periwayat yang lemah. Murtadha al- Askari pula menulis buku berjudul 150 sahabat khayalan, Beirut, 1968., berkata: Hanya nama-nama mereka sahaja disebutkan oleh al-Bukhari dan Muslim tetapi mereka sebenarnya tidak pernah wujud.
Kesimpulan
Oleh itu 'sahih" adalah nama buku yang diberikan oleh orang tertentu, misalnya al-Bukhari menamakannya 'Sahih" iaitu sahih mengikut pandangannya, begitu juga Muslim menamakan bukunya 'Sahih" iaitu sahih mengikut pandangannya. Justeru itu buku-buku 'sahih' tersebut hendaklah dinilai dengan al-Qur'an, kerana Sahih yang sebenar adalah sahih di sisi Allah SWT. Dan kita naik saksi bahawa al-Qur'an yang ada di hadapan kita ini adalah sahih dan tidak boleh dipertikaikan lagi.Dengan itu anda tidak lagi menganggap Syi'ah mempunyai al-Qur'an 'lebih atau kurang' isi kandungannnya kerana mereka sendiri menolaknya. Dan ianya telah dicatat di dalam buku-buku Sahih dan muktabar Ahlu s-Sunnah tetapi mereka juga menolaknya. Dengan demikian Syi'ah dan Sunnah adalah bersaudara di dalam Islam dan mereka wajib mempertahankan al-Qur'an dan beramal dengan hukumnya tanpa menjadikan 'ijtihad' sebagai alasan untuk menolak (hukum)nya pula.
BIBLIOGRAFI
Abu al-Fida’, Tarikh, Cairo, 1364
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1348 H.
Al-Bukhari, Sahih, Chicago, 1987
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1958.
____________,Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Hasan bin ‘Ali bin al-Husain bin Syu‘bah , Tuhaf al-‘Uqul
‘an Ali al-Rasul , al-Najaf , 1380 H.
Al-Kasyi, al-Rijal , Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abual-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
Al-Khawarizmi, al-Manaqib, Cairo,1340 H
al-Kulaini , Usul al-Kafi , Beirut 1413 H
__________ , al-Raudhah min al-Kafi , Beirut, 1412
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1950.
Ibn al-Nadim , al-Fihris , Baghdad, 1391H.
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1345 H.
____________,Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________,Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1412 H
Lutpi Ibrahim,Konsep Imamah Dan Khilafah, Shah Alam,1993
_____________, Anthologi pemikiran Islam, Shah Alam, 1993
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1339H.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Baghdad,1958.
al-Nasa’i, al-Khasa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H.
al-Saduq , al-Amali ,al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar ,al-Najaf , 1391 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, Tunis,1972.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1963.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1956
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382 H.
Al-Tabarsi,Ahmad bin Ali, al-Ihtijaj , Beirut 1403 H/1983 M
Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Cairo, 1957
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H. al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, Cairo, 1957.
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar