Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Jika Mereka Ahlu s-Sunnah Nabi S.a.w (Bagian 3)

Jika Mereka Ahlu s-Sunnah Nabi S.a.w (Bagian 3)

Written By Unknown on Rabu, 28 Februari 2018 | Februari 28, 2018


BAHAGIAN KETIGA

JIKA KHALIFAH UTHMAN DAN PENGIKUTNYA AHLU S-SUNNAH NABI S.A.W, NESCAYA MEREKA TIDAK MENENTANG SUNNAH NABI S.A.W

Khalifah Uthman dianggap contoh yang unggul sebagai pelaku atau pengamal Sunnah Nabi (Sa.w) selepas khalifah Umar, tetapi para ulama Ahlu s -Sunnah wa l-Jama‘ah juga mencatat sebaliknya di dalam buku-buku mereka. Sekiranya mereka berbohong di dalam catatan mereka, maka mereka tidak boleh dipercayai lagi dan bertanggungjawab di hadapan Allah (swt). Dan sekiranya catatan mereka itu betul, kenapa kita menolaknya dan terus memusuhi Sunnah Nabi (S.a.w) yang bertentangan dengan sunnah Uthman? Justeru itu, adakah khalifah Uthman dan pengikut-pengikutnya Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w)? Berikut di kemukakan sebahagian daripada sunnah khalifah Uthman yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi (S.a.w) serta akal yang sejahtera:

1. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w) dengan sepenuhnya. Tetapi Khalifah Uthman telah melarang kaum Muslimin dari meriwayat dan menulis Sunnah Nabi (S.a.w) dengan sepenuhnya. Dia berkata: "Tidak boleh bagi seseorang meriwayatkan hadis yang tidak diriwayatkan pada masa Abu Bakar dan Umar.( Muntakhab al-Kanz fi Hamisy Musnad Ahmad,IV, hlm. 64; al-Darimi, al-Sunan, I, hlm. 132; Ibn Sa'd, Tabaqat, II, hlm.354].

Persoalannya: Jika Sunnah Nabi pada masa khalifah Abu Bakar dan Umar telah dilarang dari diriwayat dan dituliskan, apa lagi yang tinggal pada masa khalifah Uthman? Malah khalifah Uthman hanya menuruti Sunnah dua khalifah yang terdahulu. Justeru itu ketiga-tiga khalifah tersebut telah melarang atau sekurang-kurangnya tidak memberi kebebasan kepada kaum Muslimin untuk meriwayat atau menulis Sunnah Rasulullah (S.a.w) yang menjadi sumber kedua pentingnya selepas al-Qur'an.

Oleh itu ianya bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w), "Allah memuliakan seseorang yang mendengar hadisku. Kemudian dia menjaganya dan menyebarkannya pula. Kadangkala pembawa ilmu (hadis) membawanya kepada orang yang lebih alim daripadanya dan kadangkala pembawa ilmu (hadis) bukanlah seorang yang alim."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 437; al-Hakim, al-Mustadrak, I, hlm. 78]. Dan sabdanya, "Siapa yang ditanya tentang ilmu, maka dia menyembunyikannya, Allah akan membelenggukannya dengan api neraka."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 263]. Lantaran itu tidak hairanlah jika hadis atau Sunnah Nabi (S.a.w) mulai ditulis secara resminya pada maspemerintahan Umar bin Abdu l-Aziz." Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

2. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam solat Hari Raya, tetapi Khalifah Uthman adalah orang pertama yang mendahulukan khutbah Hari Raya di dalam solat Hari Raya. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w).[al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 137] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

3. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka menjalankan hukum Qisas ke atas pembunuh dengan sengaja, tetapi Khalifah Uthman tidak menjalankan hukum Qisas ke atas Ubaidullah bin Umar al-Khattab kerana membunuh Hurmuzan dan Jufainah. Sebaliknya membawanya ke Kufah dan membenarkannya menetap di sana. Kaum Muslimin menentang Sunnahnya.[Ibn Hajr, al-Isabah, I, hlm. 619; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 8-10].

Oleh itu pembekuan khalifah Uthman terhadap hukum bunuh Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah satu perbuatan yang menyalahi nas seperti berikut:
a). Pembunuhan yang dilakukan oleh Ubaidullah hanya berpegang kepada kata-kata Abdur Rahman bin Abu Bakar yang berkata: "Aku lalu di hadapan Abu Lu'luah petang semalam bersama Jufaifah dan Hurmuzan," ini bererti Abdu r-Rahman bin Abu Bakar tidak benar-benar menyaksikan peristiwa itu, dan ini bererti dia bukanlah seorang saksi yang melihat peristiwa tersebut, sedangkan pembunuhan memerlukan dua saksi.
b) Khalifah Uthman berkata: "Hurmuzan tidak mempunyai wali, oleh itu walinya ialah orang-orang Islam, aku adalah khalifah kamu dan aku telah mengampunkannya."[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10]
c) Ali berkata: "Bunuhlah fasiq ini (Ubaidullah bin Umar) kerana dia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Muslim tanpa kesalahan, " lalu dia berkata kepada Ubaidullah, "Wahai si fasiq, jika aku menang dengan kamu pada suatu hari, aku mesti membunuh kamu kerana kamu telah membunuh Hurmuzan."Kata-kata Ali menunjukkan beliau mempercayai bahawa Ubaidullah telah melakukan pembunuhan yang tidak patut dilakukan terhadap Hurmuzan dan Jufainah (Ibid).
d) Mengemukakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan adalah bertentangan dengan kenyataan khalifah Uthman sendiri bahawa Hurmuzan tidak mempunyai wali dan beliau sendiri mengakui bahawa beliaulah yang mengampunkan Ubaidullah dan bukan Qamazaban. Oleh itu riwayat yang mengatakan Qamazaban sebagai wali Hurmuzan dan mengampunkan Ubaidullah adalah riwayat maudhuk (palsu), kerana ia telah diriwayatkan oleh al-Surriy yang meriwayatkan daripada Syu'aib daripada Saifbin Umar daripada Abi al-Mansur. Saif bin Umar adalah "seorang khayalan" yang menciptakan seorang khayalan yang lain bernama Abdullah bin Saba' di mana kedua-dua orang tersebut tidak pernah wujud dan ianya ditulis oleh penulis yang tidak diketahui bagi membenarkan apa yang dilakukan oleh sahabat-sahabat tertentu seperti Uthman dan lain-lain, lantaran itu riwayat tersebut mesti ditolak.
e) Hurmuzan dan Jufainah keduanya adalah Muslim, berasal dari Farsi. Ali sendiri menyatakan bahawa Hurmuzan adalah seorang Muslim, "Bunuhlah fasiq itu (Ubaidullah) kerana ia telah melakukan perkara yang besar, iaitu membunuh seorang Islam tanpa dosa. "[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 141; Ibn Sa'd, Tabaqat, V, hlm. 10] Dengan itu alasan bahawa Hurmuzan dan Jufainah adalah kafir adalah bertentangan dengan kata-kata Ali (a.s) dan pembunuh mereka mestilah dibunuh balas.
f) Khalifah Umar bin al-Khattab sendiri berkata selepas ia ditikam: Aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku, buatlah penelitian apabila aku mati dan dapatkan saksi yang menyatakan Hurmuzan adalah pembunuhku, jika ada saksi, maka darahnya adalah menepati darahku dan sekiranya tidak ada saksi maka bunuhlah Ubaidullah kerana dia telah membunuh Hurmuzan sdan Jufainah." Oleh itu saksi dalam kes pembunuhan tersebut adalah tidak jelas dan tidak mencukupi dua orang saksi lantaran itu tidak hairanlah apabila Ali a.s menjadi khalifah ia menuntut Ubaidullah supaya ia dibalas bunuh, lalu Ubaidullah berlindung di bawah jagaan Muawiyah di Syam dan akhirnya ia terbunuh di Siffin.

Oleh itu pembekuan hukum qisas oleh khalifah Uthman terhadap Ubaidullah bin Umar yang telah membunuh Hurmuzan dan Jufainah adalah menyalahi nas. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

4. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w).), nescaya mereka tidak memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan khums Afrika Utara kepada Marwan bin Hakam, kemudian Marwan membelanjakannya untuk membina istana. Justeru itu perbuatannya adalah bertentangan dengan nas.[Surah al-Anfal (8): 41] sebagaimana juga ia telah dinyatakan oleh Ibn Abd Rabbih: "Di antara kebencian orang ramai terhadap Uthman ialah memberi fadak kepada Marwan, dan apabila dia membuka Afrika Utara ia mengambil khums dan memberikannya kepada Marwan."[Ibn Abd Rabbih, al-Iqd al-Farid, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Oleh itu terbukti bahawa ijtihad Uthman memberi fadak dan khums Afrika kepada Marwan adalah bertentangan dengan nas. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

5. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Tetapi Khalifah Uthman mengharamkan Haji Tamattu', sedangkan ia adalah halal. Ali a.s menentang ijtihadnya itu kerana ia menyalahi nas.[al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 69; Muslim, Sahih, I, hlm. 349] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

6. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang mengandung 6 bulan, tetapi Khalifah Uthman memerintahkan supaya direjam seorang perempuan bersuami yang mengandung 6 bulan. Apabila Ali (a.s) mengetahuinya, beliau menentang hukum tersebut kerana ia bertentangan dengan Surah al-Ahqaf (46): 15 dan Surah al-Baqarah (2): 233. Kedua-dua ayat tersebut bererti masa penyusuan ialah 24 bulan dan masa mengandung yang paling kurang ialah 6 bulan. Sepatutnya khalifah Uthman menangguhkan hukuman tersebut dan menyelamatkan kandungan yang tidak berdosa itu.[Malik, al-Muwatta', II, hlm. 176; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 42] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

7. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah (S.a.w) melakukan solat di Mina 2 rakaat, tetapi Khalifah Uthman melakukan solat 4 rakaat di Mina, sedangkan Rasulullah (S.a.w) melakukan solat di Mina 2 rakaat. Daripada Abdullah bin Umar berkata: "Rasulullah (S.a.w) melakukan solat dengan kami di Mina 2 rakaat begitu juga Abu Bakar, Umar dan Uthman di masa awal pemerintahannya. Kemudian Uthman sembahyang 4 rakaat. "Abdullah bin Umar apabila melakukan solat bersama khalifah Uthman di Mina beliau melakukan solat 4 rakaat, tetapi apabila melakukan solat seorang diri, dia melakukan 2 rakaat. [al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 154; Muslim, Sahih, II, hlm. 260].

Sepatutnya khalifah Uthman mengikut Sunnah Nabi (S.a.w) yang melakukan 2 rakaat Qasar zuhur, Asar dan Isyak di Mina. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

8. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak lari di dalam Perang, tetapi Khalifah Uthman telah lari di dalam Perang Uhud kemudian kembali ke rumahnya selepas tiga hari. Perbuatan ini adalah bertentangan dengan prinsip jihad di dalam al-Qur'an dan Sunnah Nabi (S.a.w). [Ibn Hajr, al-Isabah, II, hlm. 190] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

9. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah, tetapi Khalifah Uthman telah memukul Abu Dhar kemudian mengusirnya ke Rabzah. Tindakannya itu ialah disebabkan Abu Dhar mengkritiknya kerana menggunakan harta Baitulmal untuk keluarganya.[Ibn Abd al-Birr, al-Isti'ab, I, hlm. 114; al-Ya'qubi, Tarikh,II, hlm. 162; al-Syahrastani, al-Milal, I, hlm. 26] Abu Dhar berkata: Sesungguhnya anda telah melakukan perkara yang tidak ada di dalam Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Demi Tuhan, aku melihat kebenaran dipadamkan,kebatilan dihidupkan, kebenaran dibohongi, cintakan kebendaan tanpa ketakwaan.[al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 16] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

10. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, tetapi Khalifah Uthman telah memanggil pulang al-Hakam bin al-As dari Taif ke Madinah, sedangkan al-Hakam adalah seorang yang dilaknati dan diusir oleh Rasulullah (S.a.w). Oleh itu tindakannya itu adalah bertentangan dengan nas.[al-Tabari,Tarikh, V, hlm. 60] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

11. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka melaksanakan hukum had ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak, tetapi Khalifah Uthman tidak melaksanakan hukum hudud ke atas al-Walid bin Uqbah kerana meminum arak. Dia mengerjakan solat Subuh empat rakaat di dalam keadaan mabuk dan bertanya: Adakah aku perlu menambah lagi rakaatnya? Mereka menjawab: Tidak, kami telah mengerjakan solat kami. "Mereka memberitahu khalifah Uthman mengenainya, lantas khalifah Uthman memarahi mereka, lalu memukul saksi-saksi tersebut. Kemudian mereka memberitahu Aisyah mengenainya. Aisyah berkata: "Uthman telah membatalkan hudud dan memukul saksi-saksi. [Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 638; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 91-92; al-Tabari, Tarikh, V, hlm. 60; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 144] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

12. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani, tetapi Khalifah Uthman berpendapat bahawa tidak wajib mandi janabah bagi seorang yang menyetubuhi isterinya tanpa keluar mani. [Muslim, Sahih, I, hlm. 142. Sunnahnya itu adalah bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w), "Apabila bertemu dua khatan, maka wajiblah mandi janabah."[Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, VI, hlm. 47; al-Turmudhi, Sahih, I, hlm. 16] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

13. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah (S.a.w) tidak mewajibkannya, tetapi Khalifah Uthman mewajibkan zakat kuda sedangkan Rasulullah (S.a.w), tidak mewajibkannya. Rasulullah (S.a.w) bersabda, "Aku memaafkan kalian zakat kuda dan hamba. "[al-Buladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 26; al-Bukhari, Sahih, III, hlm. 30; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 62; al-Syafi'i, al-Umm, II, hlm. 22; Muslim, Sahih, I, hlm. 136] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

14. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan orang lain supaya tidak mengqasarkan solat melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau kehadiran musuh, tetapi Khalifah Uthman telah memerintahkan gabenor-gabenor-nya supaya tidak mengqasarkan solat melainkan orang yang benar-benar di dalam kesusahan atau kehadiran musuh.[al-Jassas, Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 312; al-Baihaqi,Sunan, III, hlm. 137; Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 163] Tindakannya itu adalah bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Nisa' (4):10:"Dan apabila kamu berpergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasarkan solat(mu)." Sebagaimana ianya bertentangan dengan Sunnah Nabi (S.a.w) yang mutlak. Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

15. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memukul seorang sehingga patah tulang rusuknya tanpa sebab yang munasabah,tetapi Khalifah Uthman telah memukul Abdullah bin Mas'ud sehingga patah tulang rusuknya,kerana tidak mahu menyerahkan mushapnya kepada Uthman. Abdullah bin Mas'ud memberitahu kepada Ammar supaya Uthman tidak melakukan solat jenazah ke atasnya nanti. Uthman meminta maaf, tetapi Abdullah bin Mas'ud berkata:"Aku memohon kepada Allah supaya mengambil hak aku ke atas anda."[Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, III, hlm. 259; Ibn Kathir,Tarikh, VII, hlm. 163; al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 157] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

16. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan pemerintahan, tetapi Khalifah Uthman tidak melantik orang Muhajirin dan Ansar di dalam mengendalikan urusan pemerintahannya, dan tidak bermesyuarat dengan mereka pula. Malah melantik kerabat-kerabatnya dari Banu Umaiyyah. [al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32], sedangkan mereka terdiri daripada orang-orang yang layak untuk memegang jawatan penting seperti gabenor-gabenor dan lain-lain. Tetapi Uthman melantik keluarganya al-Walid bin Uqbah sebagai gabenor di Basrah yang terkenal dengan pemabuk. [al-Tabari, Tarikh, V, hm. 60] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

17. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-kerabatnya, tetapi Khalifah Uthman telah mengambil tempat khas (hima) untuknya dan kerabat-kerabatnya. Dia melarang kaum Muslimin menggunakan tempat-tempat tersebut yang mengandungi rumput-rumput dan lain-lain, sedangkan Rasulullah (S.a.w) menjadikan tempat-tempat tersebut milik bebas kaum Muslimin iaitu mereka bebas memiliki air, rumput, dan api secara saksama. Rasulullah (S.a.w) bersabda: "Kaum Muslimin berkongsi di dalam tiga perkara, rumput-rumputan, air dan api."[al-Halabi, Sirah Nabawiyyah, II, hlm. 78; Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

18. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitulmal, tetapi Khalifah Uthman telah membina rumah-rumah mewah untuk isterinya Na'ilah dan anak perempuannya Aisyah dengan menggunakan wang Baitulmal. Oleh itu perbuatannya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w), dan tidakhairanlah jika kaum Muslimin mengkritiknya.[Ibn Qutaibah, al-Imamah wal-Siyasah, I, hlm. 32] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

19. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan pungutan zakat melainkan kepada yang berhak sahaja, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan pungutan zakat Qadha'ah (di Yaman) kepada al-Hakam bin al-As sebanyak 300,000 Dirham.[al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28]. Sedangkan al-Hakam adalah orang yang telah diusir dan dilaknati oleh Rasulullah (S.a.w). [al-Ya'qubi, Tarikh, II, hlm. 145] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

20. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan wang Baitulmal melainkan kepada yang berhak sahaja, tetapi Khalifah Uthman telah memberikan wang Baitulmal kepada Sa'id bin al-As bin Umaiyyah sebanyak 100,000 Dirham. Lantaran itu, Ali, al-Zubair, Talhah, dan Abdur Rahman bin Auf menentangnya.[al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, V, hlm. 28] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri

21. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengambil hukum Allah daripada orang yang tidak sepatutnya sedangkan dia seorang khalifah, sepatutnya dia lebih mengetahui sunnah Nabi (S.a.w) daripada orang lain, tetapi Khalifah Uthman telah mengambil hukum Allah daripada Ubayy bin Ka'ab. Dia bertanya Ubayy tentang seorang lelaki mencerai isterinya kemudian merujukkan isterinya di dalam haidh ketiga. Ubayy berkata: "Aku berpendapat dia lebih berhak ke atas isterinya selama isterinya belum "mandi" daripada haidh ketiga." Lalu khalifah Uthman mengambil pendapatnya.[al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VII, hlm. 417] Riwayat ini menunjukkan bahawa khalifah Uthman tidak mengetahui hukum tersebut sehingga dia belajar daripada Ubayy dan mengambil fatwanya. Dan tidak syak lagi bahawa orang yang mengajarnya adalah lebih baik daripadanya. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

22. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan, tetapi Khalifah Uthman menghalalkan pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara untuk disetubuhi oleh pemiliknya secara berasingan dengan firman Tuhan Surah al-Nisa' (4): 23, "Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan....dan menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara."Ali (a.s) mengatakan pengumpulan dua perempuan yang bersaudara sama ada di dalam perkahwinan atau perhambaan adalah haram. Kerana di dalam Surah al-Mukminun (23): 6, "Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba (perempuan) yang mereka miliki" tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan "pengumpulan dua hamba perempuan yang bersaudara" untuk disetubuhi kerana pengharaman mereka berdua di dalam perkahwinan dan perhambaan adalah sama. Oleh itu semua imam-imam mazhab empat mengharamkannya. [Fakhruddin al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 193; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 359; Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 72; al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, I, hlm. 269; Muslim, Sahih, I, hlm. 416] Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

23. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu simati dengan adanya dua saudara lelakinya (simati), tetapi Khalifah Uthman membahagikan sepertiga bahagian pusaka kepada ibu simati dengan adanya dua saudara lelakinya (si mati) kerana dia memahami dua saudara lelaki (akhwan) bukanlah saudara-saudara (ikhwah). Tindakannya adalah bertentangan dengan firman-Nya di dalam Surah al-Nisa'(4): 11: "Jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara (ikhwah), maka ibunya mendapat seperenam."Apabila khalifah Uthman ditanya: Tidakkah (akhawan) dua saudara termasuk ikhwah (saudara-saudara)? "Dia menjawab:"Apakah aku mampu menentang perkara yang telah berlaku? "Ini bermaksud dia tidak mampu mengubahnya kerana dua orang khalifah sebelumnya telah menetapkan hukuman itu walaupun ianya bertentangan dengan al-Qur'an.[al-Hakim, al-Mustadrak, IV, hlm. 335; al-Sunan al-Kubra, VI, hlm. 227; al-Durr al-Manthur, II, hlm. 126; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 459] . Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

24. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memberikan harta Baitulmal kepada orang yang tidak berhak,tetapi Khalifah Uthman telah memberikan kepada Abdullah bin Khalid bin Usyad bin Abi l-As sebanyak 300,000 Dirham dan setiap orang dari kaumnya sebanyak 1,000 Dirham daripada harta Baitulmal kaum Muslimin. [Ibn Abd Rabbih, Iqd al-Fariq, II, hlm. 261; Ibn Qutaibah, Kitab al-Ma'arif, hlm. 84; Ibn Abi l-Hadid,Syarh Nahj al-Balaghah, I, hlm. 66] Dia memberikan kepada Abdullah 400,000 Dirham. Persoalan yang timbul: Kenapakah khalifah Uthman tidak memberikan wang Baitulmal kepada orang-orang seperti Abdullah bin Mas'ud, Abu Dhar, Ammar dan lain-lain? Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

25. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka mengetahui Sunnah Nabi (S.a.w), apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi Khalifah Uthman tidak mengetahui Sunnah Nabi (S.a.w), lalu dia mengambil Sunnah daripada seorang wanita. Seorang wanita datang berjumpa Rasulullah (S.a.w) tentang iddahnya kerana suaminya telah mati dibunuh di dalam misi khas. Dia bertanya Rasulullah (S.a.w) sama ada dia kembali kepada keluarganya Bani Khudrah walaupun suaminya tidak meninggalkan rumah untuknya? Dia berkata: "Rasulullah (S.a.w) bersabda:Ya, aku pun kembali dan apabila aku sampai di masjid beliau memanggilku lantas aku menyahuti panggilannya. Dia bertanya: "Bagaimana anda berkata? Akupun menerangkan kisah suamiku kepadanya. Maka beliaupun bersabda: "Tinggallah di rumah anda sehingga tamat "iddah." Dia berkata: "Akupun menangguhkan iddahku selama empat bulan sepuluh hari. Khalifah Uthman datang kepadaku dan bertanya mengenainya. Lalu dia mengambilnya dan melaksanakan hukuman tersebut ke atas orang ramai.[Syafi'i, al-Umm, V, hlm. 208; al-Baihaqi, al-Sunan, VII, hlm. 434; Ibn Hajr, al-Isabah, IV, hlm. 346; Malik, al-Muwatta', II, hlm. 86] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

26. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya ialah satu haidh, tetapi Khalifah Uthman mengatakan bahawa perempuan yang bercerai secara khal' iddahnya ialah satu haidh itupun kerana khuatir ianya hamil. [Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 634; Ibn Kathir, Tafsir, I, hlm. 276; Muttaqi al-Hindi, Kanz al-Ummal, III, hlm. 223] Tindakan khalifah Uthman itu adalah bertentangan dengan Surah al-Baqarah (2): 228,"Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru'. Kerana bercerai secara khal' termasuk di dalam al-Muttalaqat(wanita-wanita yang ditalak). Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.

27. Jika mereka Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), nescaya mereka tidak memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Tetapi Khalifah Uthman adalah orang yang pertama memerintahkan azan (pertama) dilakukan sebelum azan (kedua) khutbah. Ianya adalah bertentangan dengan Sunnah Rasulullah (S.a.w). [al-Suyuti, Tarikh al-Khulafa', hlm. 136] Justeru itu mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w), malah mereka adalah Ahlu s-Sunnah Uthman atau Ahlu s-Sunnah ciptaan mereka sendiri.


KESIMPULAN

Khalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman telah memeperlihatkan penentangan mereka terhadap (sebahagian) sunnah Nabi (s.a.w) sementara pengikut-pengikut mereka pula mentaati sunnah-sunnah mereka bertiga yang bertentangan dengan sunnah Nabi (S.a.w) berdasarkan catatan para ulama Ahlus Sunnah wa l-Jama‘ah. Justeru itu, mereka bukanlah Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) di dalam pengertian yang sebenar, malah mereka adalah Ahli Anti Sunnah Nabi (S.a.w) secara sedar ataupun tidak.

Lantaran itu tidak hairanlah, jika Amir al-Mukminin Ali a.s berjuang dengan keras untuk mengembalikan sunnah nabi (s.a.w) ke tempat asalnya, tetapi beliau ditentang oleh Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah. Beliau as berkata:

"Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah (S.a.w) dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah (S.a.w), nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah (S.a.w) akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah (S.a.w), mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah (S.a.w), mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah (S.a.w), mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikantanah Khaibar yang telah dibahagikan-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberiankepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah (S.a.w) tanpa menjadikannya tertumpu di kalanganorang-orang kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardhukan Allah (swt).

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi (S.a.w), menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi (S.a.w), memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahi r-Rahmani r-Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan bersama Rasulullah (S.a.w) di dalam masjidnya, di mana Rasulullah (S.a.w) telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah (S.a.w) (beliau sendiri) di mana Rasulullah (S.a.w) telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya yang sembilan, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan orang-orang supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardhu dan memberitahukan kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Tarawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Tarawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar) yang hanya menyeru mereka ke neraka. "[al-Kulaini, al-Raudhah min al -Kafi, (vii), hadis 21, hlm. 51-52].

Khalifah Ali (a.s) begitu berdukacita di atas sikap negatif kaum Muslimin terhadap seruannya untuk kembali kepada Sunnah Nabi (S.a.w). Malah mereka pula memarahi beliau. Khalifah Ali (a.s) berkata lagi, "Aneh! Hati ummat ini telah dimabukkan oleh cinta kepada Abu Bakr dan Umar dan menerima segala bid'ah mereka. Kemudian beliau berkata lagi, Aneh! Mereka melihat Sunnah Nabi mereka bertukar-tukar dan berubah-ubah sedikit demi sedikit, bab demi bab. Kemudian mereka meredhainya tanpa mengingkarinya. Malah mereka memarahi (orang lain) bagi mempertahankannya, mencaci pengkritik-pengkritiknya dan penentang-penentangnya. Kemudian datang kaum selepas kita, lalu mengikuti pula bid'ah-bid'ah tersebut. Lantas mereka mengambil bid'ah-bid'ah tersebut sebagai Sunnah dan agama bagi mendekatkan diri kepada Allah (swt)."[Sulaim, Kitab Sulaim, hlm. 134-135 dan selepasnya].

Oleh itu Ahlu s-Sunnah Nabi (S.a.w) Adalah para Imam Dua Belas daripada Ahlu l-Bait Nabi (S.a.w) dan pengikut-pengikut mereka yang memepertahankan sunnah Nabi (S.a.w) di sepanjang zaman meskipun mereka menghadapi berbagai-bagai tekanan dan rintangan daripada Ahlu s-Sunnah wa l-Jama‘ah Abu Bakr, Umar dan Uthman yang menjadi penguasa di sepanjang masa.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: