Yahya, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Dharis berkata:
Orang ramai telah bertengkar di sisi Abu Ja‘far a.s, maka
Sebahagian mereka berkata:
Perang terhadap Ali adalah lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah s.a.w
(harbu ‘Ali syarrun min harb ‘ala rasulillah s.a.w).
Sebahagian yang lain berkata: Perang terhadap Rasulullah s.a.w adalah lebih jahat daripada perang terhadap
Ali a.s (harb rasulullah s.a.w syarrun min harb ‘Ali a.s).
Abu Ja‘far a.s telah mendengar pertengkaran mereka, lalu berkata:
Apakah yang kamu kata?
Mereka berkata: Aslaha-ka llahu, kami telah bertengkar mengenai perang terhadap Rasulullah s.a.w dan perang terhadap Ali a.s, maka sebahagian kami berkata: Perang terhadap Ali a.s adalah lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah s.a.w.
Sebahagian kami berkata: Perang terhadap Rasulullah s.a.w adalah lebih jahat daripada perang terhadap Ali a.s.
Maka Abu Ja‘far a.s berkata: Tidak, malah perang terhadap Ali a.s adalah lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah (s.a.w), maka aku berkata kepadanya:
Aku jadikan diriku tebusan anda, adakah perang terhadap Ali lebih jahat daripada perang terhadap Rasulullah s.a.w?
Beliau a.s berkata: Ya, aku akan memberitahu anda mengenainya;
Sesungguhnya perang terhadap Rasulullah (s.a.w) dilakukan oleh mereka yang tidak mengakui Islam (inna harb rasulillah s.a.w lam yuqirru bi al-Islam) dan sesungguhnya perang terhadap Ali a.s dilakukan oleh mereka yang telah mengakui Islam, kemudian mereka mengingkarinya (inna harb ‘Ali a.s aqarruu bi al-Islam thumma jahaduu-hu).
**
Penentang-penentang terhadap Ali a.s di dalam peperangan Jamal dan Siffin yang terdiri di kalangan para sahabat dan Tabi‘iin adalah lebih buruk daripada penentang-penentang terhadap Rasulullah s.a.w.
Justeru mereka dilakanati oleh Allah, Rasul-Nya para malaikat-Nya.
Dikutip dari al-Raudhah min al-Kafi oleh al-Kulaini
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar