Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Pujian Amir Al-Mukminin Ali a.s Terhadap Syiahnya

Pujian Amir Al-Mukminin Ali a.s Terhadap Syiahnya

Written By Unknown on Senin, 26 Februari 2018 | Februari 26, 2018


Amir al-Mukminin Ali a.s berkata kepada Qanbar: “Wahai Qanbar, bergembiralah, dan beritahulah tentang kegembiraan ini, demi Tuhan, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah wafat di dalam keadaan beliau s.a.w memarahi umatnya selain daripada Syiah (maata rasulullah s.a.w wa huwa ‘ala ummati-hi sakhitun illa ‘ala al-Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kekuatannya, maka kekuatan Islam adalah Syiah (ala wa inna li-kulli sya’in ‘izzan wa ‘izzu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tiangnya, maka tiang Islam adalah Syiah (ala wa inna li-kulli syai’in da‘amatan wa-da‘amatu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada puncaknya, maka puncak Islam adalah Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in dhirwatan wa-dhirwatu l-Islam al-Syi‘ah).

Sesungguhnya setiap sesuatu ada kemuliaannya, maka kemuliaan Islam adalah Syi‘ah (ala wa-inna li-kulli syai’in syarafan wa-syarafu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada tuannya, maka tuan kepada semua majlis adalah majlis Syiah (ala wa-inna li-kulli syai’in sayyidan wa-sayyidu l-Islam al-Syi‘ah). Sesungguhnya setiap sesuatu ada imamnya, maka imam bagi bumi adalah bumi yang diduduki Syi‘ah (ala wa-inna li-kulli syai’in imaman wa-imamu l-Ardh ardhun taskunu-ha al-Syi‘ah ).

Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya aku tidak melihatnya dengan senang. Demi Tuhan, jika orang seperti kamu tidak ada di bumi ini, nescaya Allah tidak memberi nikmat kepada orang yang menentang kamu (ahli khilafi-kum). Mereka tidak mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Setiap nasibi (penentang Syiah) sekalipun dia bekerja keras (kullu nasibin mujtahidin), maka amalannya adalah sia-sia (fa-‘amalu-hu habaa’an).

Syiah kami bercakap dengan cahaya Allah a.w. Adapun mereka yang menyalahi Syiah bercakap dengan kesalahan (tafallutin). Demi Tuhan, tidak seorang di kalangan Syiah kami yang tidur melainkan Allah mengangkatkan rohnya ke langit, lalu memberkatinya. Dan jika ajalnya tiba, maka Dia akan meletakkanya di gedung rahmat-Nya; di taman syurga-Nya; di bayang ‘Arasy-Nya. Dan jika ajalnya belum tiba, maka Dia mengutus malaikat untuk mengembalikannya kepada jasadnya. Demi Tuhan, sesungguhnya mereka yang mengerjakan haji dan umrah di kalangan kamu adalah tetamu istimewa Allah a.w. Sesungguhnya orang fakir kamu adalah ahli kekayaan dan orang kaya kamu adalah ahli qana‘ah. Sesungguhnya kamu semua adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti seruan-Nya” (Raudhah min al-Kafi, viii, hlm. 26-28, Qum, 1985).


Ini bererti:

(i) Rasulullah s.a.w telah redha dengan Syiah Ali dan Khalifah Ali a.s pula senang hati dengan Syiahnya

(ii) Kerana Kekuatan Islam, menurut Khalifah Ali, adalah Syiah.

(iii) Tiang Islam adalah Syiah

(iv) Puncak Islam adalah Syiah

(v) kemuliaan Islam adalah Syiah

(vi) Tuan kepada semua majlis adalah majlis Syiah

(vii) Imam bagi bumi adalah bumi yang diduduki Syiah.

(ix) Syiah kami bercakap dengan cahaya Allah sementara mereka yang menyalahi Syiah bercakap dengan kesalahan.

(x) Nasibi (penentang Syiah) sekalipun dia bekerja keras, maka amalannya adalah sia-sia

(xi) Syiah amal hidup sederhana

(xii) Syiah adalah ahli dakwah-Nya dan ahli yang menyahuti seruan-Nya.

(xiii) Justeru dakyah Wahabi untuk memisahkan Syiah daripada para imam mereka adalah dakyah tanpa ilmu dan kesedaran. Mereka tidak menggunakan akal yang sejahtera kerana kejahilan mereka di dalam bidang sejarah dan logik, justeru mereka senang diperalatkan.

(xiv) Soalnya adakah Khalifah Ali as berbohong ketika dia memuji Syiahnya?

(xv) Syiah Ali adalah bersama Ali a.s tanpa meninggalkan jenazah Rasulullah s.a.w sehingga ia selesai dikebumikan sementara Abu Bakar dan Umar serta rakan-rakannya berada di Saqifah Bani Sa‘idah bagi merebut jawatan Khalifah daripada Ali a.s

(xvi) Syiah Ali juga bersama Ali a.s tanpa meninggalkan jenazah Fatimah al-Zahra’ sementara Abu Bakar dan Umar tidak dibenarkan mengerjakan solat ke atasnya kerana menuruti wasiatnya.

(xvii) Fatimah a.s berkata bahawa Abu Bakar dan Umar adalah musuh Allah

(xviii) kerana cubaan membakar rumahnya, merebut jawatan Khalifah daripada suaminya, merampas tanah Fadak yang dihadiahkan oleh ayahndanya kepadanya, membatal pemberian khumus yang diberikan kepadanya dan mengikat suaminya dengan tali dan diikat kedua tangan dan kakinya supaya memeberi baiah kepada Khalidfah Abu Bakar.

(xix) Peperangan Khaibar telah menjadi asas peperangan strategik bagi umat Islam apabila Syiah Ali a.s bernama Salman al-Farisi mencadangkan supaya digali parit (Khandaq) untuk mencegah Yahudi dari terus maju ke depan memerangi Rasulullah s.a.w, tentu sekali Rasulullah s.a.w dan Ali a.s telah memainkan peranan yang penting di dalam peperangan Khaibar. Rasulullah s.a.w bersabda: “ Wahai Ali! Pukulan anda di Khaibar adalah lebih baik daripada ibadat jin dan manusia”.

(xx) Ali a.s telah mengerjakan solat jenazah ke atas Syiahnya Salman al-Farisi di al-Mada’in, Iraq yang mana beliau terpaksa bertolak dari Madinah ke al-Mada’in dengan cara yang paling pantas yang tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa. Kemudian beliau kembali ke Madinah pada hari itu juga.

(xxi) Ada pendapat yang mengatakan bahawa Salman al-Farisi adalah wasi Nabi Isa a.s. yang dirahsiakan. Justeru seorang wasi, jenazahnya harus di sembahyangkan oleh seorang wasi dan Ali a.s adalah seorang wasi Nabi Muhammad s.a.w.

(xxii) Salman al-Farisi adalah orang yang mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s bahawa talak para isterinya berada di tangan Ali a.s (Lihat lampiran D).

(xxiii) Khalifah Ali a.s berkata: “Urusan kami adalah sulit dan menyulitkan. Ia tidak diakui melainkan oleh malaikat yang hampir kepada Allah (malak muqarrab), nabi yang diutus (nabiyyun mursalun) dan mukmin yang diuji hatinya dengan keimanan”

(xxiv) Kejayaan Khalifah Ali a.s di peperangan Jamal menentang pemberontakan Aisyah, Talhah dan Zubair, di peprangan Siffin menentang pemberontakan Mu‘awiyah, dan di peperangan Nahrawan menentang pemberontakan Khawarij yang mana Syiah Ali a.s turut terlibat.

(xxv) Peperangan 8 tahun yang dikenakan ke atas Syiah Iran oleh pemerintah Sunni Iraq mulai 1979 yang disokong oleh negara–negara Telok Farsi, Nato dan Barat bagi menentang Iran yang mengorbankan satu juta rakyat Iran akhirnya mereka dapat dikalahkan oleh Syiah Iran.

(xxvi). Peperangan Israel ke atas Syiah Hizbullah di Lubnan pada tahun 2000 adalah permulaan perang secara strategik oleh kumpulan kecil yang dapat mengalahkan Israel.

(xxvii) Peperangan 2006 antara Syiah Hizbullah di Lubnan dengan Israel selama 33 hari dapat dikalahkan oleh Syiah Hizbullah yang mana negara-negara Arab yang mempunyai peralatan yang cukup tidak mampu berperang menentang Israel.

(xxii). Peperangan Hamas dan Jihad Islam Sunni menentang Israel pada tahun-tahun yang lalu, Hizbullah turut terlibat bersama dengan mengajar mereka tentang strategik peperangan di samping senjata yang diberikan kepada mereka oleh Syria dan Iran melalui Hizbullah termasuk peluru berpandu Walfajr 3 dan Walfajr 5, tanpa mengira mazhab yang dianuti oleh Hamas dan Jihad Islam di Palestin (Presstvnews 2/3/2013).

(xxviii). Adakah negara-negara Sunni-Wahabi akan melakukan sedemikan bagi menentang Israel? Jawapannya: Tidak, malah mereka bersama Yahudi- Israel. (xxix) Oleh itu Wahabilah pengikut Abdullah bin Saba’ rekaan itu kerana mereka bersama Yahudi-Israel dan asal pengasas mereka ada kaitan dengan Yahudi Khaibar

(xxx) Jika negara-negara Arab di Telok Farsi menggunakan kekayaan dan senjata mereka bagi membantu pejuang-pejuang Palestin, nescaya mereka dapat membebaskan Qudus dari cengkaman Israel, tetapi mereka sebaliknya menggunakan kekayaan dan senjata mereka untuk menumpahkan darah sesama muslim di Syria atas alasan mazhab Syiah.

(xxxi). Pengganas upahan Wahabi membongkar kubur sahabat nabi s.a.w bernama Hujr bin ‘Adi di Syria dan memakan hati manusia.

(xviii) Pengganas–Wahabi yang berperang di Syria adalah 95% datangnya dari luar Syria

(xxxi) Peperangan di Syria, Syiah Hizbullah dapat mengalahkan pengganas Wahabi di Qusair dengan menggunakan pendekatan strategik.

(xxxii) Pengakuan ketua tawanan Qusair dari Jabhah al-Nusurah di Syria tentang kehebatan Hizbullah adalah bukti yang hidup. Dia ditawan oleh Hizbullah di Qusair. Di dalam temuramahnya, dia menjelaskan kedudukannya seperti berikut:
(1). Kami bersumpah bahawa Qusair tidak akan jatuh (kalah) kerana kepakaran kami di dalam peperangan di Afghanistan, Iraq dan Libya
(2). Kami memperlengkapkan Qusair selama 2 tahun dengan semua jenis senjata yang diperlukan
(3). Aku tidak ketahui di muka bumi ini seorang yang akan mengalahkan kami kerana kepakaran kami di dalam perang
(4). Tetapi kami dapati Hizbullah mengatasi kami
(5). Mereka berperang secara gila-gilaan
(6). Mereka mengatasi kami di dalam kematian
(7). Kami mendengar laungan Allahu Akbar! Ya Husain!Ya Mahdi! Ya Zainab! Ya Haidar!
(8). Kami merasa takut kemudian kami dapati gelombang seperti dunia dibelah dua dengan bedilan-bedilan yang menakutkan
(9). Mereka menggunakan benteng-benteng kami untuk membunuh kami dan terowong-terowong kami untuk mengkapankan kami.(10). Kami mengakui seperti Israel bahawa Hizbullah adalah bayangan (asybah).(11). Sekiranya kami mempunyai kepakaran perang seperti Hizbullah ini, nescaya kami dapat menguasai separuh dunia ini.(FarsNews pada 29/6/2013).

(xxxii) Pemimpin besar Iran, Ayatullah Ali Khamanie berkata: Andainya Israel menyerang Iran, kami akan meratakan bumi Tel Aviv dan Haifa dengan peluru berpandu (al-Alamnews12/12/2012.

(xxxiii) Presiden Syiah Iran Dr. Mahmod Ahmadi Nejad berkata: Andainya 5 kuasa besar dunia menyerang Iran, nescaya kami dapat mengalahkan mereka dengan izin Allah (Farsnews (4/3/2013).

(xxxiv) Siapakah di kalangan pemimpin Sunni kita yang berani berkata sedemikian dan adakah kerana mereka bertaqiyyah pula?

(xxxv) Dan adakah Khalifah Ali a.s berbohong apabila dia berkata bahawa kekuatan Islam adalah Syiah?

(xxxvi) Peperangan di Syria adalah proxy kuasa-kuasa besar, Israel dan negara-negara Telok Farsi-Wahabi menentang Iran, Syria dan Hizbullah, ia bukan peperangan mazhab antara Sunni dan Syiah. Malah ia merupakan peperangan bagi membentuk peta Asia Barat yang baru bagi kepentingan Israel

(xxxvii) Rampasan kuasa di Mesir oleh tentera daripada pimpinan Ikhwan Muslimin (Sunni) yang memerintah menunjukkan campur tangan Israel dan ia berlaku dengan persetujuan mereka. Ikhwan Muslimin Mesir (parti Islam) adalah lemah dari sudut dalaman dan polisi luar negeri. Mereka tidak ada orang yang boleh menjadi rujukan (marja‘iyyah) (Presstvnews 19/7/2013).

(xxxviii) Syiah Melayu sudah wujud di Alam Melayu sejak 1200 tahun yang lalu; iaitu pada abad 3 Hijrah bersamaan abad ke 9 Masihi sebelum tertubuhnya kerajaan Islam yang bermazhab Syiah di Perlak.

(xxxix) Orang Melayu dari segi sejarah awal Islam dan kebudayaan mereka seperti tahlil, berzanji, sambutan hari Maulid al-Rasul s.a.w, sambutan nisfu Sya‘ban (hari kelahiran Imam al-Mahdi as), ziarah kubur, majlis bercukur dan memperingati hari Asyura, adalah Syiah kerana kecintaan mereka kepada anak cucu Rasulullahs.a.w. Malah itulah tuntutan Islam yang sebenar sebagaimana Firman-Nya di dalam surah al-Syura (42:23) “Katakanlah: Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang kepada keluarga (ku)”

(xxxx) 5 orang Sultan yang memerintah kerajaan Islam Perlak adalah bermazhab Syiah Imamiyyah Ja‘fariyyah (Syiah Imam 12).

(xxxxi) Justeru Sunni-Syiah harus bersatu bagi menjimatkan tenaga, kos, senjata, nyawa dan kecederaan yang sia-sia bagi menentang kezaliman Israel. Allah berfirman di dalam surah Ali ‘Imaran (3): 103 “ Dan berpegang tegohlah kamu semuanya pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai”

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: