Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 1)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 1)

Written By Unknown on Selasa, 06 Maret 2018 | Maret 06, 2018


Usul al-Kafi-Kitab al-Hujjah
Pemikiran isiam


USUL AL-KAFI-KITAB AL-HUJJAH

*

(Kitab Penghujahan Para Imam A. S)

THIQAT AL-ISLAM ABU JA‘FAR MUHAMMAD BIN YA‘QUB AL- KULAINI

Wafat 328/ 329 Hijrah

Diterjemahkan dari buku aslinya Usul al-Kafi- Kitab al-Hujjah Karya Thiqat al-Islam Abu Jalar Muhammad bin Ya‘qub al- Kulaini Tahqiq oleh Ali Akbar al-Ghifari


Cetakan Bahasa Arab: Maktabah al-Saduq Tehran 1380 H

Hak terjemahan dilindungi undang-undang


All rights reserved
Cetakan Pertama: Februari, 1994


Edisi Bahasa Arab

Usul al-Kafi-kitab al-Hujjah, jilid 1, Tehran, 1380 H.


Edisi Bahasa Melayu

Copyright @
*****

PRAKATA DAN KOMENTAR

Bismillohir Rahmanir Rahim

Segala pujian adalah untuk Allah s. w. t, selawat dan salam kepada Muhammad s.a.w dan keluarganya yang suci a. s serta para sahabat mereka yang terpilih r. h.

Amma Ba‘du, Adapun kemudian daripada itu, bahawa buku ini beijodol Usul al-Kafi-kitab al-Hujjah adalah kaiya Thiqat al-Islam Abu JaTar Muhammad bin Ya‘qub bin Ishaq al-Kulaini al-Razi. Beliau dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Kulain atau al-Kulin di Iran. Beliau adalah di kalangan ulama yang masyhur di Ray, Iran. Kemudian beliau telah berpindah ke Baghdad kerana menjadi ketua ulama kepada pengikut Syi‘ah Imam Dua Belas di sana semasa pemerintahan al- Muqtadir. Beliau telah hidup di zaman sufaraa’ (wakil-wakil Imam al- Mahdi a. s) dan mati di Kufah pada tahun 328/329 hijrah bersamaan 939/940 masihi.

Beliau telah menulis beberapa buah buku di antaranya Usul al-Kafi (Asas asas yang mencukupi), Kitab al-Rijaal, al-Radd e ala al-Qaramitah dan lain-lain. Buku beliau yang paling masyhur adalah al-Kafi . Beliau telah menulis buku ini selama dua puluh tahun. Buku al-Kafi boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama al-Kafi membincangkan mengenai Usul yang mengandungi lapan bab (kutub) seperti kitab akal dan kejahilan, kitab kelebihan ilmu, kitab tauhid, kitab al-Hujjah (kitab ini), kitab iman dan lain-lain, dinamakan al-Usul min al-Kafi atau Usul al-Kafi.

Bahagian kedua al-Kafi atau Furu e membincangkan tentang Furu e yang mengandungi dua puluh enam (26) bab (kutub) seperti kitab kebersihan, kitab sembahyang, kitab haid, kitab jenazah, kitab puasa, kitab haji dan lain-lain, maka ia dinamakan al-Furu e min al-Kafi . Bahagian ketiga Raudhat al-Kafi membincangkan mengenai Furu\ Usul secara ringkas, alam semesta, rawatan penyakit dan lain-lain mengandungi lima ratus sembilan puluh tujuh (597) hadis, maka ia dinamakan Raudhat al-Kafi . Adapun Kitab al-Hujjah mengandungi 1015 hadis para imam Ahlul Bait a. s. Sebahagian daripadanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh World Organization for Islamic Services (WOFIS) P.O. Box No.2245, Tehran, 1981, Iran di dalam 6 jilid bersama teks Arab iaitu sebanyak 488 hadis daripada 1015 hadis kesemuanya di dalam Kitab al-Hujjah . Ia mengandungi 130 bab yang membincangkan tentang keperluan kepada seorang imam, dunia tidak sunyi daripada seorang imam, imam dua belas, wasiat Rasulullah s. a. w tentang imamah, keghaiban imam a.s, sejarah para imam a.s, keilmuan mereka a.s dan lain-lain. Kitab al-Hujjah adalah kitab penghujahan para imam a.s tentang imamah untuk mereka a.s daripada Rasulullah s. a. w.

Penterjemahan buku ini adalah berdasarkan kepada Tahqiq Hujjat al-Islam ‘Ali Akbar Al-Ghifari, cetakan pertama Maktabah al-Saduq, Tehran, 1380 Hijrah. Keistimewaan Usul al-Kafi-kitab al-Hujjah karangan Thiqat al-Islam al-Kulaini terletak kepada sanad dan matannya yang masih tidak terputus dengan para Imam Ahlu 1-Bait a.s meskipun terdapat beberapa hadis yang diriwayatkannya secara marfuu’. Terjemahan buku ini adalah khusus untuk pengikut-pengikut mazhab Ahlu 1-Bait a.s atau mazhab JaTari atau mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas SAHAJA. Semoga hujah-hujah para imam a.s tentang imamah dapat dimanfaatkan oleh mereka. Selawat dan salam ke atas Muhammad s. a. w dan keluarganya yang suci.


Penterjemah Dan Komentar,

8 hb. Februari, 1994.
*****

KANDUNGAN

PRAKATA DAN KOMENTAR 3


KANDUNGAN 5

Bab 1 . Keperluan kepada al-Hujjah 1 7

Bab 2. Tingkatan para nabi, para rasul dan para imam a. s 25

Bab 3. Perbezaan antara rasul, nabi dan muhaddath 26

Bab 4. Sesungguhnya al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan untuk Allah Ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam a.s 28

Bab 5. Sesungguhnya bumi tidak pernah sunyi daripada al-Hujjah 29

Bab 6. Jika tidak tinggal di bumi kecuali dua orang lelaki, nescaya salah seorang daripada mereka berdua adalah al-Hujjah 31

Bab 7. Mengenali seorang imam a.s dan merujuk [segala perkara] kepadanya 32

Bab 8. Fardu mentaati para imam a.s 39

Bab 9. Sesungguhnya para imam a.s adalah saksi-saksi Allah ke atas makhluk-Nya 45

Bab 10. Sesungguhnya para imam a.s adalah penunjuk 47

Bab 1 1 . Sesungguhnya para imam adalah uli amri llah dan penyampai ilmu-Nya 48

Bab 12. Sesungguhnya para imam a.s adalah khalifah Allah di bumi-Nya dan pintu-pintu-Nya yang didatangi 50

Bab 13. Sesungguhnya para imam a.s adalah cahaya Allah a. w 51

Bab 14. Sesungguhnya para imam a.s adalah tiang-tiang bumi 54

Bab 15. Hadis-hadis yang luar biasa tentang kelebihan imam a.s dan sifat-sifatnya 58

Bab 16. Sesungguhnya para imam a.s adalah mereka yang mempunyai kuasa dan merekalah yang didengkikan 67

Bab 17. Sesungguhnya para imam a.s adalah mereka yang disebutkan oleh Allah a.w di dalam kitab-Nya 69

Bab 18. Sesungguhnya ayat-ayat yang disebutkan oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah para imam a.s 70

Bab 19. Apa yang difardukan oleh Allah a.w dan Rasul- Nya s.a.w adalah bersama para imam a.s 71

Bab 20. Sesungguhnya Ahl al-Zikr yang Allah perintahkan makhluk-Nya supaya bertanya kepada mereka merupakan para imam a.s 74

Bab 2 1 . Sesungguhnya mereka yang disifatkan oleh Allah di dalam kitab-Nya dengan ilmu adalah para imam a.s 77

Bab 22. Sesungguhnya orang yang mendalam ilmunya adalah para imam a.s 78

Bab 23. Sesungguhnya para imam a.s dikurniakan ilmu yang ditetapkan di dalam dada mereka 79

Bab 24. Tentang hamba-hamba yang dipilih oleh Allah dan mewariskan mereka dengan kitab-Nya, mereka adalah para imam a.s 80

Bab 25. Sesungguhnya para imam di dalam kitab Allah ada dua j enis : Imam yang menyeru kepada Allah dan imam yang menyeru kepada neraka 8 1

Bab 26. Sesungguhnya al-Qur’an memberi petunjuk kepada imam a.s 82

Bab 27. Sesungguhnya nikmat yang telah disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah para imam a.s 83

Bab 28. Sesungguhnya mutawassimin yang disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya, mereka adalah para imam a.s 84

Bab 29. Pembentangan semua amalan kepada Nabi s.a.w dan para imam a.s 86

Bab 30. Sesungguhnya jalan (wilayah) yang digalakkan supaya tetap di atasnya adalah wilayah Ali a.s 87

Bab 31. Sesungguhnya para imam a.s adalah galian ilmu, pokok kenabian dan tempat turunnya malaikat 88

Bab 32. Sesungguhnya para imam adalah pewaris ilmu, seorang (imam) mewarisi ilmu daripada seorang (imam) yang lain 89

Bab 33. Sesungguhnya para imam a.s telah mewarisi ilmu Nabi s.a.w, ilmu semua nabi dan wasi sebelum mereka 91

Bab 34. Sesungguhnya para imam a. s di sisi mereka semua kitab yang diturunkan di sisi Allah a.w dan sesungguhnya mereka mengetahui [nya] sekalipun berbeza bahasanya 95

Bab 35. Sesungguhnya tidak seorangpun yang telah mengumpulkan al-Qur’an kesemuanya melainkan para imam a. s., sesungguhnya mereka mengetahui semua ilmu 97

Bab 36. Apa yang diberikan kepada para imam a. s tentang “nama Allah yang maha besar” 99

Bab 37. Tanda-tanda para nabi a. s dimiliki oleh para imam a.s 100

Bab 38. Apa yang dimiliki oleh para imam a.s terhadap senjata Rasulullah s.a.w dan barang miliknya 102

Bab 39. Umpama senjata Rasulullah s.a.w sepertilah Tabut pada Bani Israel 107

Bab 40. Padanya sebutan mashaf, al-Jafar, al-Jami* dan mashaf Fatimah a. s 108

Bab 41. Tentang “ inna anzalna-hu f i lailati l-Qadr ” dan tafsirnya 112

Bab 42. Tentang para imam a.s bertambah ilmu mereka pada malam Jumaat 127

Bab 43. Jikalaulah para imam a.s tidak bertambah apa yang mereka mahu, nescaya habislah apa yang ada pada sisi mereka 128

Bab 44. Sesungguhnya para imam a.s mengetahui semua ilmu yang telah keluar kepada malaikat, para nabi dan para rasul a.s 129

Bab 45. [Hadis] pelik mengenai ghaib 130

Bab 46. Sesungguhnya para imam a.s apabila mereka mahu mengetahui, mereka mengetahui 132

Bab 47. Sesungguhnya para imam mengetahui bila mereka akan mati dan sesungguhnya mereka tidak akan mati melainkan dengan pilihan mereka sendiri 133

Bab 48. Sesungguhnya para imam a.s mengetahui ilmu yang telah berlaku, ilmu yang akan berlaku dan sesungguhnya tidak ada sesuatu yang tersembunyi daripadanya 136

Bab 49. Sesungguhnya Allah tidak mengajar ilmu kepada Nabi-Nya melainkan Dia memerintahkannya supaya mengajarnya pula kepada Amir al-Mukminin a.s, sesungguhnya beliau a.s adalah kongsi ilmunya 139

Bab 50. Dimensi ilmu para imam a.s 140

Bab 51. Sesungguhnya para imam a.s jika rahsia mereka tidak disembunyikan, necaya mereka menceritakan kepada setiap orang manfaatnya dan mudaratnya 141

Bab 52. Penyerahan kepada Rasulullah s.a.w dan para imam a.s dalam urusan agama 142

Bab 53. Tentang para imam a.s yang menyerupai mereka yang telah berlalu dan kebencian bercakap tentang mereka dengan kenabian 1 47

Bab 54. Para imam a.s muhaddathuun mufahhamuun 150 Bab 55. Tentang sebutan roh-roh pada para imam a.s 151

Bab 56. Roh yang diarahkan oleh Allah ke atas para imam a.s 153

Bab 57. Waktu seorang imam mengetahui semua ilmu imam sebelumnya 155

Bab 58. Para imam a.s adalah sama dari sudut ilmu, keberanian dan ketaatan 156

Bab 59. Sesungguhnya seorang imam a.s mengetahui seorang imam a.s selepasnya dan firman Allah “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya” diturunkan ke- pada mereka a.s 157

Bab 60. Sesungguhnya imamah adalah janji daripada Allah a.w yang dijanjikan daripada seorang imam kepada seorang imam yang lain a.s 159

Bab 61. Sesungguhnya para imam a.s tidak pernah melakukan sesuatu melainkan dengan janji Allah a.w dan perintah daripada-Nya serta mereka tidak akan melampauinya 161

Bab 62. Beberapa perkara yang mewajibkan Hujjah seorang imam a.s 167

Bab 63. Penerusan imamah pada keturunan dan sesungguhnya ia tidak biasa berlaku kepada saudara lelaki, tidak kepada bapa saudara sebelah bapa atau mana-mana keluarga selain daripada mereka 1 69

Bab 64. Apa yang dinaskan oleh Allah dan Rasul- Nya ke atas para imam a.s seorang selepas seorang 170

Bab 65. Isyarat dan nas ke atas Amir al-Mukminin a.s 179 Bab 66. Isyarat dan nas ke atas al-Hasan bin Ali a.s 187 Bab 67. Isyarat dan nas ke atas al-Husain bin Ali a.s 190 Bab 68. Isyarat dan nas ke atas Ali bin al-Husain a.s 195 Bab 69. Isyarat dan nas ke atas Abu Jalar Muhammad al- Baqir a.s 196

Bab 70. Isyarat dan nas ke atas Abu Abdillah Jalar bin Muhammad al-Sadiq a.s 198

Bab 71. Isyarat dan nas ke atas Abu al-Hasan Musa a.s 200

Bab 72. Isyarat dan nas ke atas Abu al-Hasan al-Ridha a.s 206

Bab 73. Isyarat dan nas ke atas Abu Jalar al-Thani a.s 218

Bab 74. Isyarat dan nas ke atas Abu al-Hasan al-Thalith a.s 224

Bab 75. Isyarat dan nas ke atas Abu Muhammad a.s 227

Bab 76. Isyarat dan nas ke atas tuan rumah (sahib al-Dat)) a.s 231

Bab 77. Penamaan mereka yang telah melihatnya a.s 232

Bab 78. Bab tentang larangan menyebut namanya 237

Bab 79. Bab yang luar biasa tentang keghaibannya 238

Bab 80. Bab tentang ghaib 241

Bab 81. Penj elasan di antara dakwaan orang yang benar dan orang yang batil tentang urusan imamah 252

Bab 82. Bab makruh menetapkan waktu 287

Bab 83. Bab pemeriksaan dan ujian 289

Bab 84. Sesungguhnya sesiapa yang telah mengetahui imamnya, maka cepat atau lewatnya urusan ini, tidak akan memudaratkannya 292

Bab 85. Sesiapa yang telah mendakwa imamah, tetapi beliau tidak mempunyai kelayakan dan sesiapa yang telah mengingkari para imam a. s atau sebahagian daripada mereka dan sesiapa yang telah menetapkan imamah kepada orang yang tidak mempunyai kelayakan 293

Bab 86. Tentang orang yang telah beragama dengan agama Allah a.w tanpa imam daripada Allah jalla jalaalah 297

Bab 87. Sesiapa yang telah mati dan tiada baginya imam daripada para imam petunjuk iaitu daripada bab pertama 300

Bab 88. Tentang orang yang telah mengetahui kebenaran daripada Ahlu 1-Bait dan orang yang telah mengingkarinya 301

Bab 89. Perkara yang wajib bagi manusia ketika matinya imam a.s 302

Bab 90. Tentang imam a.s bilakah beliau mengetahui urusan imamah berpindah kepadanya 305

Bab 91. Keadaan para imam a.s tentang umur 308

Bab 92. Sesungguhnya seorang imam a.s tidak akan dimandikan (jenazahnya) melainkan oleh seorang imam daripada para imam a.s 312

Bab 93. Kelahiran para imam a.s 313

Bab 94. Penciptaan badan para imam, roh mereka dan hati mereka a.s 318

Bab 95. Penerimaan sepenuhnya dan kelebihan mereka yang menerima sepenuhnya 320

Bab 96. Kewajipan orang ramai selepas menunaikan manasik haji supaya mendatangi imam a.s untuk bertanya kepadanya tentang tanda-tanda agama 323 Bab 97. Sesungguhnya para imam a.s dikunjungi oleh para malaikat di rumah mereka, menjejaki hamparan mereka dan mendatangi mereka dengan berita-berita 325

Bab 98. Sesungguhnya jin mendatangi mereka dan bertanya mereka tentang tanda-tanda agama dan merujuk kepada mereka a.s 326

Bab 99. Tentang para imam a.s, sesungguhnya apabila mereka terserlah, mereka menghukum dengan hukuman Daud dan keluarga Daud dan mereka tidak bertanya saksi, di atas mereka salam 330

Bab 100. Sesungguhnya sumber ilmu adalah daripada rumah keluarga Muhammad s.a.w 332 Bab 101. Tidak ada sesuatu kebenaran di tangan manusia melainkan apa yang telah keluar dari sisi para imam a. s dan sesungguhnya setiap sesuatu yang tidak keluar dari sisi mereka a.s, maka ia adalah batil 333

Bab 102. Sesungguhnya hadis mereka adalah sulit dan menyulitkan 335

Bab 103. Apa yang diperintahkan oleh Nabi s.a.w tentang rujukan nasihat kepada para imam muslimin dan penyertaan mereka dan siapakah mereka? 338

Bab 104. Apa yang wajib daripada hak seorang imam a. s ke atas rakyat dan hak rakyat ke atas seorang imam a.s 341

Bab 105. Sesungguhnya bumi semuanya untuk imam a.s 344

Bab 106. Sirah imam a.s pada dirinya, pada makanannya dan pakaiannya apabila beliau menjalankan urusan 348

Bab 107. Bab tentang perkara yang pelik 350

Bab 108. Anekdot dan kutipan daripada al-Qur’an tentang wilayah 352

Bab 109. Kutipan dan kumpulan riwayat tentang wilayah 386

Bab 110. Mengetahui para wali dan penyerahan kepada mereka a.s 388

Bab 111. Kelahiran Nabi s.a.w dan keluarganya 39 1

Bab 112. Larangan penyeliaan di atas kubur Nabi s.a.w 408

Bab 113. Kelahiran Amir al- Mukminin a.s 409

Bab 114. Kelahiran al-Zahra’ Fatimah a.s 416

Bab 115. Kelahiran al-Hasan bin Ali a.s 420

Bab 116. Kelahiran al-Husain bin Ali a.s 422

Bab 117. Kelahiran Ali bin al-Husain a.s 427

Bab 118. Kelahiran Abu JaTar Muhammad bin Ali a.s 430

Bab 119. Kelahiran Abu Abdillah Jalar bin Muhammad a.s 435

Bab 120. Kelahiran Abu al-Hasan Musa bin Jalar a.s 440

Bab 121. Kelahiran Abu al-Hasan al-Ridha a.s 455

Bab 122. Kelahiran Abu JaTar Muhammad bin Ali al-Thani a.s 464

Bab 123. Kelahiran Abu al-Hasan Ali bin Muhammad a.s 471

Bab 124. Kelahiran Abu Muhammad al-Hasan bin Ali a.s 478

Bab 125. Kelahiran Sahib al-Zaman a.s 494

Bab 126. Hadis-hadis tentang dua belas para imam dan nas-nas ke atas mereka a.s 510

Bab 127. Apabila sesuatu dikatakan kepada seseorang, tetapi ia tidak terjadi kepadanya, maka ia terjadi kepada anaknya atau cucunya kerana beliaulah dikatakan kepadanya 522

Bab 128. Sesungguhnya para imam a.s semuanya melaksanakan perintah Allah, penunjuk kepada-Nya 523

Bab 129. Hubungan [dengan] imam a.s 524

Bab 130. Al-Fai’, anfaal, tafsir khumus dan batasannya serta apa yang wajib padanya 526


BIBLIOGRAFI 539

INDEKS 541
*****

Bab 1 

Keperluan Kepada Al-Hujjah (al-Idhtirar ila al-Hujjah)

[Abu Ja'far Muhammad bin Ya'qub al-Kulaini pengarang kitab ini-rahimahu llahu- telah berkata:

(1)-1. Ali bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, daripada bapanya, daripada al-'Abbas bin Umar al-Fuqimiy daripada al-Hisyam bin al-Hakam, daripada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s telah berkata kepada seorang zindiq yang telah bertanya kepadanya: Bagaimanakah anda buktikan para nabi dan para rasul? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya manakala kami membuktikan bahawa bagi kami Pencipta Yang Maha Bijaksana yang mana makhluk-Nya tidak dapat menyaksikanNya dan menyentuhiNya, justeru Dia menghubungi mereka atau mereka menghubungiNya, lalu Dia berhujah dengan mereka dan mereka pula berhujah dengan-Nya, maka terbuktilah bahawa bagiNya duta-duta (sufara') pada makhluk-Nya bagi menerangkan tujuan-Nya kepada makhluk-Nya dan hamba-hamba-Nya.

Menunjukkan kebaikan dan manfaat kepada mereka serta menjaga kewujudan mereka kerana jika al-Hujjah ditinggalkan, maka ia akan membinasakan mereka. Justeru, mereka yang menyuruh (al-Amirun) dan melarang (al-Nahun) adalah daripada Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui tentang makhluk-Nya. Dan mereka yang bercakap tentangNya adalah para nabi a.s dan mereka yang terpilih di kalangan makhluk-Nya. Mereka adalah bijak diutus untuk mendidik umat dengan hikmah tanpa bersyarikat dengan mereka dari segi penciptaan dan bentuk-meskipun mereka pada zahirnya adalah sama. Mereka disokong oleh Yang Maha Bijaksana lagi Mengetahui dengan hikmah. Kemudian dalil-dalil dan bukti-bukti yang dibawa oleh para nabi dan para rasul a.s di setiap era dan zaman membuktikan bahawa bumi Allah tidak sunyi daripada (seorang) Hujjah yang mana bersamanya petanda yang menunjukkan kepada kebenaran kata-katanya dan ketepatan keadilannya.

(2)-2. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syazan, daripada Safwan bin Yahya, daripada Mansur Ibn Hazim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s bahawa sesungguhynya Allah adalah lebih dihormati dan lebih mulia dari memperkenalkan diri-Nya kepada makhluk-Nya, malah makhluk-Nya mengenaliNya, beliau a.s telah berkata: Apa yang anda telah katakan itu adalah benar. Maka aku telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui bahawa baginya Tuhan, maka sayugia baginya mengetahui bahawa Allah mempunyai keredaan dan kemurkaan. Sesungguhnya beliau tidak mengetahui keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya melainkan dengan wahyu atau rasul.

Justeru, sesiapa yang tidak didatangi wahyu, maka beliau harus mendapatkan para rasul dan apabila beliau bertemu dengan mereka, maka beliau mengetahui bahawa mereka adalah al-Hujjah dan mereka pula wajib ditaati. Aku telah berkata kepada orang ramai: Adakah kamu mengetahui bahawa Rasullah s.a.w adalah seorang Hujjah daripada Allah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, maka siapakah Hujjah ke atas makhluk-Nya? Mereka telah berkata: Al-Qur'an, lalu aku telah melihat kepada al-Qur'an, maka aku dapati Murjiah, Qadariyah dan Zindiq menggunakan hujah daripada al-Qur'an meskipun mereka tidak mempercayainya. Lantaran itu, aku dapati al-Qur'an tidak menjadi Hujjah kecuali dengan wujud penjaganya. Justeru, apa yang dikatakannya itu adalah benar.

Aku telah berkata kepada mereka: Siapakah penjaga al-Qur'an? Mereka telah berkata: Ibn Mas'ud telah mengetahuinya, 'Umar telah mengetahuinya dan Huzaifah telah mengetahuinya, aku telah berkata: Semuanya? Mereka telah berkata: Tidak, maka aku tidak mendapati seorangpun yang berkata bahawa beliau mengetahui semuanya kecuali Ali a.s. Apabila persoalan mengenai al-Qur'an timbul di kalangan orang ramai, Ibn Mas'ud telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Sementara seorang lain ('Umar) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya dan seorang lagi (Huzaifah) telah berkata: Aku tidak mengetahuinya. Dan lelaki ini (Ali a.s) telah berkata: Aku mengetahuinya. Lantaran itu, aku naik saksi bahawa Ali a.s adalah penjaga al-Qur'an. Dan Ketaatan kepadanya adalah difardukan (kanat ta'atu-hu muftaradhatan) justeru beliau adalah Hujjah ke atas manusia selepas Rasulullah s.a.w. Dan apa yang dikatakan olehnya tentang al-Qur'an adalah benar. Imam Ja'far a.s telah berkata: Semoga Allah merahmati anda.

(3)-3. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Ibrahim, daripada Yunus bin Ya'qub berkata: Di sisi Abu Abdillah a.s sekumpulan para sahabatnya antaranya Humraan bin A'yan, Muhammad bin Nu'man, Hisyam bin Abu Salim, al-Tayyar dan satu kumpulan yang terdiri daripada Hisyam bin al-Hakam; seorang remaja pada masa itu, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Hisyam, apakah yang anda telah buat kepada 'Umru bin 'Ubaid dan bagimana anda telah bertanya kepadanya? Hisyam telah berkata: Wahai anak Rasulullah, sesungguhnya aku memuliakan anda dan menjadi malu kepada anda, lidahku tidak berfungsi di hadapan anda, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila aku memerintahkan kamu melakukan sesuatu, maka lakukanlah. Hisyam telah berkata: Aku telah diberitahu bahawa 'Umru bin 'Ubaid telah berada di masjid Basrah (mengajar), maka ia mencemaskan aku. Kemudian aku telah pergi ke Basrah pada hari Jumaat. Aku telah memasuki masjid Basrah, maka aku telah mendapati orang ramai mengelilingi 'Umru bin 'Ubaid yang memakai kain bulu berwarna hitam yang membaluti pinggangnya dan satu kain di atas bahunya.

Orang ramai telah bertanya kepadanya, aku telah meminta orang ramai di sekelilingnya memberi laluan kepadaku, lantas mereka melakukanya untukku. Lalu akupun duduk di atas lututku di belakang mereka. Aku telah berkata: Wahai orang alim, aku adalah orang asing di sini, adakah anda izin kepadaku untuk bertanya? Beliau telah berkata kepadaku: Ya, aku telah berkata kepadanya: Adakah anda mempunyai mata? Maka beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, apakah soalan semacam ini? Bagaimana anda telah bertanya soalan yang anda dapat melihatnya dengan jelas? Aku telah berkata: Tetapi ini adalah soalanku.

Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, tanyalah sekalipun soalan anda itu bodoh. Aku telah berkata: Jawablah soalanku, beliau telah berkata: Tanyalah. Aku telah berkata: Adakah anda mempunyai mata? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku menlihat dengannya, aku telah berkata: Adakah anda mempunyai mulut? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya?

Beliau telah berkata: Aku merasai makanan dengannya. Aku telah berkata: Adakah anda mepunyai telinga? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku mendengar suara dengannya. Aku telah berkata: Adakah anda mempunyai hati (al-Qalb)? Beliau telah berkata: Ya, aku telah berkata: Apakah anda buat dengannya? Beliau telah berkata: Aku membezakan dengannya apa yang datang daripada anggota-anggota dan perasaan, aku telah berkata: Adakah anggota-anggota ini tidak memerlukan hati? Beliau telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Bagaimana itu boleh terjadi sekiranya ia sihat dan sejahtera?

Beliau telah berkata: Wahai anak lelakiku, anggota-anggota badan apabila ia syak tentang sesuatu, maka ia mengidunya, melihatnya atau merasainya dan mendengarnya, kemudian ia mengembalikanya kepada hati, lalu ia mengembalikan keyakinan dan menghilangkan syak. Hisyam telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Tidakkah Allah menjadikan hati untuk menghilangkan syak anggota-anggota? Beliau telah berkata: Ya, maka aku telah berkata kepadanya: Wahai Abu Marwan, sesungguhnya Allah tidak meninggalkan anggota-anggota badan anda sehingga Dia menjadikan untuknya imam (imaman) bagi mengesahkan kebenaran dan menyakinkan apa yang disyakinya. Dia tidak meninggalkan semua makhluk di dalam kebingungan, syak dan perselisihan tanpa melantik imam untuk mereka yang membolehkan mereka menjelaskan kebingungan dan syak mereka kepadanya sebagaimana Dia telah menjadikan untuk anda [seorang] imam bagi anggota-anggota anda. Segala kebingunan dan syak anda dirujukkan kepadanya?! Beliau telah berkata: 'Umru bin 'Ubaid telah terdiam tanpa berkata apa-apa kepadaku.

Kemudian beliau telah berpaling kepadaku sambil berkata kepadaku: Anda Hisyam bin al-Hakam? Aku telah berkata: Tidak, beliau telah berkata: Adakah anda di kalangan sahabatnya? Aku telah menjawab: Tidak, beliau telah berkata: Dari manakah anda datang? Aku telah berkata: Aku daripada ahli Kufah. Beliau telah berkata: Jika begitu, maka anda adalah beliau, kemudian beliau telah memelukku dan menjemput aku duduk bersamanya. Dan beliau terus berdiam diri sehingga aku pergi dari majlis itu. Perawi telah berkata: Abu Abdillah a.s telah tersenyum sambil berkata: Wahai Hisyam, siapakah yang telah mengajar anda semua ini? Aku telah berkata: Suatu yang aku telah mengambilnya daripada anda dan aku menyusunnya sendiri, maka beliau a.s telah berkata: Ini adalah tertulis di dalam mashaf Ibrahim dan Musa.

(4)-4. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Yunus bin Ya'qub berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s apabila seorang lelaki dari Syam datang kepadanmya sambil berkata: Aku adalah seorang pakar di dalam bidang ilmu Kalam, Fekah dan Faraid. Aku telah datang untuk berdialog tentang para sahabat anda, lantas Abu Abdillah a.s telah berkata: Percakapan anda daripada percakapan Rasulullah s.a.w atau dari sisi anda?

Beliau telah berkata: Dari percakapan Rasulullah s.a.w dan percakapan aku, maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Jika begitu, anda adalah bersekutu (syarik) Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Tidak, Abu Abdillah a.s telah berkata: Anda mendengar wahyu daripada Allah menceritakan kepada anda? Beliau telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Anda wajib ditaati sebagaimana wajib ditaati Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Tidak, maka Abu Abdillah a.s telah berpaling kepadaku sambil berkata: Wahai Yunus bin Ya'qub, orang ini telah menentang dirinya sendiri sebelum beliau berdialog, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Yunus, jika anda seorang pendebat yang baik, nescaya anda boleh berdebat dengannya. Yunus telah berkata: Alangkah tidak beruntungnya aku! Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya aku telah mendengar anda mencegah perbahasan di dalam ilmu Kalam dan berkata: Celakalah kepada mereka yang berdebat di dalam ilmu Kalam. Mereka telah berkata: Ini boleh diterima dan ini tidak boleh diterima, ini boleh dibuat kesimpulan dan ini tidak boleh dibuat kesimpulan. Ini boleh difahami dan itu tidak boleh difahami.

Maka Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya aku telah berkata: Celakalah kepada mereka sekiranya mereka meninggalkan apa yang aku telah katakan kepada mereka dan berpendapat apa yang mereka mahu. Kemudian beliau telah berkata kepadaku: Keluar ke pintu dan lihat kepada Mutakallimun serta jemput mereka masuk? Yunus telah berkata: Aku telah memasukkan Humraan bin A'yan seorang pendebat yang baik, aku telah memasukkan al-Ahwal, seorang pendebat yang baik, aku telah memasukkan Hisyam bin Salim, seorang pendebat yang baik, aku telah memasukkan Qais bin al-Masir, seorang pendebat yang paling baik di sisiku. Beliau telah mempelajari ilmu Kalam daripada Ali bin al-Husain a.s.

Manakala majlis diadakan- Abu Abdillah a.s sebelum mengerjakan haji, beliau a.s telah tinggal beberapa hari di dalam khemah di atas bukit yang berdekatan dengan al-Haram. Perawi telah berkata: Abu Abdillah a.s telah mengeluarkan kepalanya dari khemahnya, tiba-tiba beliau a.s telah melihat unta betina melompat kepadanya. Beliau a.s telah berkata: Hisyam, demi Tuhan Ka'bah, Yunus telah berkata: Kami telah menyangka bahawa Hisyam adalah daripada keturunan 'Aqil, kerana beliau a.s telah mengasihinya dengan kuat. Yunus telah berkata: Hisyam bin al-Hakam telah sampai, seorang remaja yang baru tumbuh janggutnya. Di kalangan kami tiada seorangpun yang lebih muda daripadanya.

Yunus telah berkata: Abu Abdillah a.s telah menyediakan bilik untuknya sambil berkata: Beliau adalah pembantu kami dengan hatinya, lidahnya dan tangannya. Kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Humraan, berdebatlah dengannya (lelaki dari Syam), lalu Humraan telah berdebat dengannya dan mengatasinya. Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Taqi, berdebatlah dengannya, lalu beliau telah berdebat dengannya dan dapat mengatasinya. Al-Ahwal juga berdebat dengannya dan mengatasinya.

Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai Hisyam bin Salim, berdebatlah dengannya, maka mereka adalah sama di dalam debat. Kemudian beliau a.s telah berkata kepada Qais al-Masir: Berdebatlah dengannya, lalu beliau telah berdebat dengannya. Abu Abdillah a.s telah tersenyum kerana perdebatan mereka berdua telah dapat mengatasi lelaki dari Syam itu. Beliau a.s telah berkata: kepada lelaki Syam itu: Berdebatlah dengan remaja ini-iaitu Hisyam bin al-Hakam-maka beliau berkata: Ya, sambil berkata kepada Hisyam, wahai remaja, bertanyalah aku tentang imamah lelaki ini (Abu Abdillah a.s), lantas Hisyam telah menjadi marah sehingga gementar, kemudian berkata kepada lelaki dari Syam itu: Wahai lelaki, adakah Tuhan anda lebih memahami makhlukNya atau makhluk-Nya lebih memahami tentang diri mereka? Lelaki dari Syam telah berkata: Tuhanku lebih memahami tentang makhluk-Nya. Hisyam telah berkata: Apakah Dia telah melakukan kepada mereka sebagai hasil kefahaman-Nya? Beliau telah berkata: Beliau telah mendirikan hujjah dan dalil untuk mereka supaya mereka tidak berpecah dan berselisih faham. Beliau telah menjinakkan mereka, menyokong mereka dengan kasih sayang, menceritakan kepada mereka apa yang difardukan oleh Tuhan mereka. Hisyam telah berkata: Siapakah dia?

Lelaki daripada Syam telah berkata: Rasulullah s.a.w, Hisyam telah berkata: Siapakah selepas Rasulullah s.a.w? Beliau telah berkata: Al-Qur'an dan Sunnah. Hisyam telah berkata: Apakah al-Qur'an dan Sunnah memanfaatkan kita di dalam menghapuskan perselisihan di kalangan kita? Lelaki daripada Syam telah berkata: Ya. Beliau telah berkata: Kenapakah kita berselisih faham, aku dan anda. Anda telah datang dari Syam untuk menentang kami?

Yunus telah berkata: Lelaki dari Syam itu terdiam. Abu Abdillah a.s telah berkata kepada lelaki dari Syam itu: Kenapa anda tidak bercakap? Lelaki dari Syam telah berkata: Jika aku telah berkata: Aku tidak berselisih faham, nescaya aku berbohong dan jika aku telah berkata: Sesungguhnya al-Qur'an dan Sunnah dapat menghapuskan perselisihan di antara kita, maka aku berbohong juga kerana kedua-duanya memberi berbagai-bagai tafsiran. Dan jika aku telah berkata: Kita telah berberselisih faham (berbeza), maka setiap seorang daripada kita mendakwa bahawa beliaulah di atas kebenaran.

Justeru, al-Qur'an dan Sunnah tidak memanfaatkan kita. Tetapi aku boleh mengemukakan perkara yang sama untuk menentangnya (Hisyam). Abu Abdillah a.s telah berkata: Tanyalah beliau, nescaya anda mendapatinya bersedia untuk menjawabnya. Lelaki dari Syam telah berkata: Wahai remaja, siapakah yang lebih memahami tentang makhluk, Tuhan mereka atau mereka sendiri? Hisyam telah berkata: Tuhan mereka lebih memahami tentang diri mereka daripada mereka sendiri. Lelaki dari Syam telah berkata: Adakah Dia telah melantik untuk mereka seorang yang akan menyatukan mereka di dalam percakapan mereka, menyokong mereka, memberitahu kepada mereka kebenaran dan kebatilan?

Hisyam telah berkata: Pada masa Rasulullah s.a.w atau pada masa sekarang? Lelaki dari Syam telah berkata: Pada masa Rasulullah adalah Rasulullah s.a.w dan pada masa sekarang siapa? Hisyam telah berkata: Lelaki ini yang sedang duduk yang mana orang ramai datang kepadanya, beliau menceritakan kepada kita khabar-khabar dari langit mewarisi daripada bapa daripada datuknya. Lelaki dari Syam telah berkata: Bagaimana aku akan mengetahui perkara itu?

Hisyam telah berkata kepadanya: Tanyalah beliau apa yang terlintas di hatimu. Lelaki dari Syam telah berkata: Anda telah memotong alasanku dan sekarang aku mesti bertanya kepadanya. Abu Abdillah a.s telah berkata: Wahai lelaki dari Syam, bolehkah aku menceritakan kepadamu tentang perjalananmu dan apakah jalan yang anda lalui? Ia adalah begini dan begitu, maka lelaki dari Syam telah berkata: Anda adalah benar, aku menyerahkan diriku kepada Allah sekarang ini juga. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah pesuruh-Nya dan anda adalah wasi di kalangan [para] wasi. Kemudian Abu Abdillah a.s telah berpaling kepada Humraan dan berkata: Anda telah berdebat menurut tradisi dan anda telah melakukannya dengan tepat. Beliau a.s telah berpaling kepada Hisyam bin Salim dan berkata: Anda mahu menurut tradisi debat, tetapi anda tidak mengetahuinya.

Kemudian beliau a.s telah berpaling kepada al-Ahwal dan berkata: Anda telah berdebat dengan menggunakan kias yang pantas, anda telah memecahkan kebatilan dengan kebatilan, tetapi kebatilan anda lebih terserlah. Kemudian beliau a.s telah berpaling kepada Qais al-Masir dan berkata: Anda telah berdebat hampir menggunakan makna hadis Rasulullah s.a.w, tetapi anda telah pergi lebih jauh daripada itu. Anda telah mencampur-adukkan kebenaran dengan kebatilan sedangkan kebenaran yang sedikit adalah memadai daripada kebatilan yang banyak. Anda dan al-Ahwal adalah pantas dan bijak.

Yunus telah berkata: Demi Allah, aku telah menyangka bahawa beliau a.s akan berkata kepada Hisyam hampir sama dengan apa yang beliau a.s katakan kepada mereka berdua. Tetapi beliau a.s telah berkata kepada Hisyam: Wahai Hisyam, anda tidak akan kalah, apabila anda hampir kalah, anda mula kembali, lelaki seperti anda layak berdebat dengan orang ramai. Anda mesti menjaga diri anda dari tergelincir dan pada hari Akhirat akan ada syafaat untuk anda insya' Allah.

(5)-5. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abban berkata: Al-Ahwal telah memberitahu kepadaku bahawa Zaid bin Ali bin al-Husain a.s telah diutus kepadanya ketika beliau sedang bersembunyi berkata: Aku telah mendatanginya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Wahai Abu Ja'far, apakah pendapat anda jika seorang daripada kami mengetuk pintu anda, adakah anda akan keluar bersama kami? Perawi telah berkata: Aku telah berkata: Jika beliau adalah bapa anda atau saudara lelaki anda (Imam Ja'far a.s), maka aku akan keluar bersamanya. Maka beliau telah berkata kepadaku: Aku mahu keluar menentang mereka (Bani Umayyah), maka keluarlah bersamaku. Aku telah berkata: Tidak, aku tidak akan melakukannya, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda mencintai diri anda lebih daripada diriku? Aku telah berkata kepadanya: Aku hanya mempunyai satu kehidupan sahaja.

Jika Allah mempunyai Hujjah di bumi ini, maka orang yang menyalahi anda akan selamat dan orang yang keluar [menentang] bersama anda akan binasa. Jika Allah tidak mempunyai Hujjah di bumi ini, maka orang yang menyalahi anda dan orang yang keluar bersama anda adalah sama. beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu Ja'far, akulah orang yang pernah duduk dengan bapaku di hidangan makan dan beliau telah mengambil berat tentangku.

Beliau pernah memberi kepadaku secebis makanan dan menyejukkan makanan yang panas sehingga ia menjadi sejuk, [memberi] kasih sayang kepadaku, tetapi beliau tidak kasihan belas terhadapku tentang api neraka. Jika begitu keadaannya, aku akan menceritakan kepada anda tentang agama yang mana beliau tidak menceritakan kepadaku mengenainya? Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, antara kasihan belasnya terhadap anda bahawa beliau tidak menceritakan kepada anda tentang kepanasan api neraka kerana khuatir bahawa anda tidak akan menerimanya, lalu anda akan memasuki neraka. Beliau telah memberitahu kepadaku bahawa jika aku menerimanya, maka aku akan selamat dan beliau tidak gelisah jika aku tidak menerimanya.

Kemudian aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, adakah kamu lebih mulia daripada para nabi? Beliau a.s telah berkata: Malah para nabi, aku telah berkata: Ya'qub berkata kepada Yusuf "Dia (ayahnya) berkata: Hai anakku, janganlah kamu menceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, maka mereka akan menipumu" Kenapakah Ya'qub tidak menceritakan kepada mereka sehingga mereka tidak dapat membuat rancangan jahat terhadapnya, tetapi beliau telah menyembunyikannya. Begitulah bapa anda telah menyembunyikannya daripada anda, kerana beliau khuatir ke atas diri anda.

Perawi telah berkata: Beliau telah berkata: Demi Allah, jika anda telah berkata sedemikian, maka sesungguhnya sahabat anda telah memberitahu kepadaku di Madinah bahawa aku akan dibunuh dan akan disalib di Kunasah (Kufah). Dan sesungguhnya di sisinya mashaf yang menyebut pembunuhanku dan salibku. Aku telah pergi untuk mengerjakan haji dan memberitahu kepada Abu Abdillah a.s apa yang telah dikatakan oleh Zaid dan apa yang aku telah katakan kepadanya. Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Anda telah memerangkap beliau di hadapannya, di belakangnya, dari kanannya, dari kirinya, dari atasnya, dari bawahnya dan anda tidak memberi ruang untuk beliau berjalan ke mana-mana"

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita:

Index »

KULINER

Index »

LIFESTYLE

Index »

KELUARGA

Index »

AL QURAN

Index »

SENI

Index »

SAINS - FILSAFAT DAN TEKNOLOGI

Index »

SEPUTAR AGAMA

Index »

OPINI

Index »

OPINI

Index »

MAKAM SUCI

Index »

PANDUAN BLOG

Index »

SENI