Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 2, 3, 4 dan 5)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 2, 3, 4 dan 5)

Written By Unknown on Selasa, 06 Maret 2018 | Maret 06, 2018


Bab 2

Tingkatan Para Nabi, Para Rasul Dan Para Imam A.S (Tabaqat al-Anbiyaa' wa al-Rusul wa al-Aimmah A.S) 

(6)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Abu Yahya al-Wasiti, daripada Hisyam bin Salim dan Darst bin Abu Mansur, daripadanya berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Para nabi dan para rasul di atas empat tingkatan: Nabi yang diutus untuk dirinya sahaja tanpa (berdakwah) kepada orang lain; nabi yang melihat (wahyu] di dalam mimpinya, mendengar suara dan tidak melihat malaikat di masa jaga dan di atasnya seorang imam seperti Ibrahim ke atas Lut a.s; nabi yang melihat [wahyu] di dalam mimpinya, mendengar suara melihat malaikat dan diutus kepada satu kumpulan sama ada sedikit atau banyak seperti Yunus sebagaimana Allah telah berfirman kepada Yunus "Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih"

Beliau a.s telah berkata: Perkataan "lebih" (yazidun) adalah tiga puluh ribu orang dan di atasnya seorang imam; dan nabi yang melihat [wahyu} di dalam mimpinya, mendengar suara dan melihat malaikat semasa jaganya, maka beliau adalah seorang imam seperti Uli al-'Azm. Ibrahim pada mulanya adalah seorang nabi sahaja dan bukanlah seorang imam sehingga Allah telah berfirman "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia" Ibrahim berkata: Dari keturunanku. Allah telah berfirman: Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim" Lantaran itu, sesiapa yang telah menyembah berhala tidak boleh menjadi imam.

(7)-2. Muhammad bin al-Hasan, daripada mereka yang beliau telah menyebut namanya, daripada Muhammad bin Khalid, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Zaid al-Syahham berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi. Sesungguhnya Dia telah mengambilnya sebagai seorang nabi sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang rasul. Sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai seorang rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang khalil dan sesungguhnya Dia telah mengambilnya sebagai seorang khalil sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang imam. Manakala semuanya berkumpul padanya, Dia telah berfirman "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam" Disebabkan perkara ini besar di mata Ibrahim, maka beliau telah berkata: Dari keturunanku" Allah telah berfirman "Janji-Ku tidak mengenai orang yang zalim" Abu Abdillah a.s telah berkata: Orang yang bodoh (al-Safih) tidak boleh menjadi imam yang bertakwa".

(8)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Yahya al-Khasya'i, daripada Hisyam bin Abu Ya'fur, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Penghulu para nabi dan rasul adalah lima orang; mereka adalah Ulu al-'Azm di kalangan para rasul a.s di atas merekalah batu pengisar para rasul berpusing: Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w.

(9)-4. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziad, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ishaq bin Abd al-Aziz Abi al-Safatij, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah mendegarnya berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil Ibrahim sebagai seorang hamba sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang nabi. Dia telah mengambilnya sebagai seorang nabi sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang rasul. Dia mengambilnya sebagai seorang rasul sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang khalil (teman). Dan Dia telah mengambilnya sebagai seorang khalil sebelum Dia mengambilnya sebagai seorang imam. Manakala Dia mengumpulkan semua perkara untuknya- Beliau a.s telah memegang tangannya-Dia telah berfirman kepada Ibrahim: Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia" Disebabkan perkara ini besar di mata Ibrahim, maka beliau telah berkata: Dari keturunanku. Allah telah berfirman: Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim"


Bab 3

Perbezaan Antara Rasul, Nabi Dan Muhaddath (al-Farq Baina al-Rasul wa al-Nabi wa al-Muhaddath)

(10)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasir, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Zurarah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Dan dia adalah seorang rasul dan nabi" Apakah rasul dan apakah nabi? Beliau a.s telah berkata: Nabi adalah yang melihat (malaikat) di dalam mimpinya (al-Ladhi yara fi manami-hi), mendengar suaranya (wa yasma'u al-Saut), tetapi tidak melihatnya ketika jaga (wa la yu'ayanu al-Malak). Rasul adalah yang mendengar suara malaikat (ketika jaga), melihatnya ketika mimpinya dan ketika jaga. Aku telah berkata: Apakah kedudukan seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Beliau mendengar suara malaikat, tetapi tidak melihat malaikat ketika mimpinya dan ketika jaganya (yasma' al-Saut wa la yara wa la yu'ayinu al-Malak). Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya "Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi" dan tidak pula seorang muhaddath (imam) .

(11)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ismail bin Marrar berkata: Al-Hasan bin al-'Abbas al-Ma'rufiy telah menulis kepada al-Ridha a.s a.s: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, apakah perbezaan antara rasul, nabi dan imam? Perawi telah berkata: Maka beliau a.s telah menulis atau berkata: Perbezaan antara rasul, nabi dan imam bahawa sesungguhnya rasul adalah yang didatangi oleh Jibrail, maka beliau melihatnya, mendengar percakapannya dan wahyu diturunkan ke atasnya (al-Rasul yanzilu 'alai-hi Jibrail fa-yara-hu wa yasma u kalama-hu wa yanzilu 'alai-hi al-Wahyu) beliau melihat(nya) di dalam mimpinya seperti mimpi nabi Ibrahim a.s. Dan nabi sama ada beliau mendengar percakapan malaikat atau beliau melihatnya tanpa mendengarnya (al-Nabi rubbama sami'a al-Kalam wa rubbama ra'a al-Syakhs wa lam yasma'). Sementara imam adalah yang mendengar percakapan malaikat dan tidak melihatnya (al-Imam huwa al-Ladhi yasma' al-Kalam wa la yara al-Syakhs)

(12)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada al-Ahwal berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang rasul, nabi dan muhaddath , beliau a.s telah berkata: Rasul adalah yang didatangi oleh Jibrail secara berdepan, lalu beliau melihatnya dan bercakap dengannya, maka ini adalah rasul (al-Rasul al-Ladhi ya'ti-hi Jibrail qubulan fa-yara-hu wa yukallimu-hu fa-hadha al-Rasul). Adapun nabi, maka belaiu melihat [malaikat] di dalam mimpinya seperti mimpi Ibrahim a.s dan mimpi Rasulullah s.a.w tentang sebab-sebab kenabian sebelum turunnya wahyu sehingga Jibrail mendatanginya daripada Allah dengan risalah. Muhammad s.a.w ketika terkumpul sifat kenabian dan risalah, Jibrail telah mendatanginya dari sisi Allah dan bercakap kepadanya mengenainya secara berdepan. Di kalangan para nabi ada yang melihat [malaikat] di dalam mimpinya, didatangi oleh al-Ruh (malaikat) dan bercakap dengannya tanpa melihatnya ketika jaga. Muhaddath adalah yang dicakapkan kepadanya (muhaddath), lantas beliau mendengar [suara malaikat], tetapi beliau tidak melihat dengan matanya atau beliau tidak melihat di dalam mimpinya (al-Muhaddath fa-huwa al-Ladhi yuhaddath fa-yasma', wa la yu'ayan wa la yara fi manami-hi).

(13)-4. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin Hassan daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin Ya'qub al-Hasyimiy, daripada Marwan bin Muslim, daripada Buraid, daripada Abu Ja'far dan Abu Abdillah a.s tentang firman-Nya "Dan Kami tidak mengutus seorang rasulpun dan tidak (pula) seorang nabi" (dan tidak pula seorang yang dicakapkan kepadanya (muhaddath)? Aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, ini bukanlah bacaan kita, maka apakah rasul, nabi dan muhaddath? Beliau a.s telah berkata: Rasul adalah yang mana malaikat menampakkan dirinya kepadanya dan bercakap kepadanya (al-Rasul yazharu la-hu al-Malak fa-yukallimu-hu).
Dan nabi adalah yang melihat [malaikat] di dalam mimpinya (al-Nabi huwa al-Ladhi yara fi manami-hi). Kemungkinan terkumpulnya kenabian dan kerasulan pada seseorang. Sementara muhaddath mendengar suara [malaikat], tetapi tidak melihat bentuknya (al-Muhaddath al-Ladhi yasma' al-Saut wa la yara al-Surah). Aku telah berkata: Mudah-mudahan Allah membuatkan semua perkara benar untuk anda- bagaimana beliau mengetahui bahawa apa yang beliau melihat di dalam mimpinya itu benar dan ia daripada malaikat? Beliau a.s telah berkata: Beliau diberikan taufik kepada kebenaran sehingga beliau mengetahuinya, Allah telah menamatkan kitab-kitab dengan kitab kamu dan menamatkan para nabi dengan nabi kamu.



Bab 4


Sesungguhnya Al-Hujjah Tidak Dapat Diperkukuhkan Untuk Allah Ke Atas Makhluk-Nya Kecuali Melalui Seorang Imam (anna al-Hujjah la taqumu li-llah 'ala khalqi-hi illa bi-imam) 

(14)-1. Muhammad bin Yahya al-'Attar, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Daud al-Raqiy, daripada al-'Abd al-Salih berkata: Sesungguhnya Al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam yang diakui"
(15)-2. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya' berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s berkata: Sesungguhnya Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan untuk Allah a.w ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam yang diakui"

(16)-3. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada 'Ubbad bin Sulaiman, daripada Sa'd bin Sa'd daripada Muhammad bin 'Ammarah, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Sesungguhnya Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hujjah tidak dapat diperkukuhkan untuk Allah a.w ke atas makhluk-Nya kecuali melalui seorang imam yang diakui"

(17)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin Muhammad, daripada al-Baraqiy, daripada Khalaf bin Hammad, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hujjah adalah sebelum penciptaan, bersama penciptaan dan selepas penciptaan" (al-Hujjah qabl al-Khlq wa ma'a al-Khalq wa ba'd al-Khalq).


Bab 5


Sesungguhnya Bumi Tidak Pernah Sunyi Daripada Al-Hujjah (anna al-Ardh la takhlu min al-Hujjah)

(18)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada al-Husain bin Abi al-'Ala' berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Bolehkah bumi ini wujud tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak. Aku telah berkata: Bolehkan ada dua imam (pada satu masa)? Beliau a.s telah berkata: Tidak, melainkan salah seorang daripada mereka berdiam diri (samit).

(19)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abi 'Umair, daripada Mansur bin Yunus dan Sa'dan bin Muslim, daripada Ishaq bin 'Ammar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya bumi tidak sunyi melainkan padanya seorang imam. Apabila mukminun menambahkan sesuatu, maka beliau mengembalikan mereka kepada kebenaran (radda-hum) dan jika mereka mengurangkan sesuatu, maka beliau menyempurnakannya untuk mereka (atamma lahum).

20)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Rabi' bin Muhammad al-Musalli, daripada Abdullah bin Sulaiman al-'Amiri, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Selagi bumi masih berterusan, maka bagi Allah Hujjah padanya yang memperkenalkan halal dan haram dan menyeru manusia kepada jalan Allah.

(21)-4. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada al-Husain bin Abi al-'Ala', daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Adakah bumi akan wujud tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak.

(22)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada salah seorang daripada dua imam a.s berkata: Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan bumi tanpa seorang alim . Jika ia tidak ada, maka kebenaran tidak akan diketahui daripada kebatilan.

(23)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Qasim bin Muhammad daripada Ali bin Abi Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah adalah lebih mulia dan lebih dihormati dari meninggalkan bumi tanpa seorang imam yang adil (bi-ghairi imam 'adil)

(24)-7. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Usamah dan Hisyam bin Salim daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ishaq, daripada sahabat Amir al-Mukminin a.s yang dipercayai sesungguhnya Amir al-Mukmin a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau tidak akan mengosongkan bumi Engkau tanpa Hujjah Engkau".

(25)-8. Ali bin Ibrahim daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Beliau a.s telah berkata: Demi Allah, Allah tidak meninggalkan bumi semenjak Adam a.s mati melainkan padanya seorang imam yang mana dengannya [manusia] dapat pertunjuk kepada Allah, beliaulah Hujjah-Nya ke atas hamba-hamba-Nya. Bumi tidak akan wujud melainkan padanya seorang imam yang menjadi Hujjah Allah ke atas makhluk-Nya".
(26)-9. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Ali bin Rasyid berkata: Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya bumi tidak sunyi daripada Hujjah dan aku, demi Allah, adalah Hujjah itu"

(27)-10. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Bolehkah bumi tinggal tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Kami diriwayatkan daripada Abu Abdillah a.s bahawa bumi tidak boleh tinggal tanpa seorang imam melainkan Allah memarahi ke atas penduduk bumi atau ke atas hamba-hamba-Nya, maka beliau a.s telah berkata: Tidak, bumi tidak boleh tinggal sedemikian, maka ia akan menjadi lumpur"

28)-12. Ali, daripada Muhammad bin Isa, daripada Abu Abdillah al-Mu'min, daripada Abu Harasah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Jika seorang imam dibuang dari bumi sekalipun satu jam, nescaya ia akan menggulung penghuninya sebagaimana lautan menggulung penghuninya"

(29)-13. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya' berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s bolehkah bumi tinggal tanpa seorang imam? Beliau a.s telah berkata: Tidak, aku telah berkata: Kami diriwayatkan bahawa bumi tidak tinggal melainkan Allah memarahi ke atas hamba-hamba-Nya? Beliau a.s telah berkata: Bumi tidak akan tinggal [tanpa seorang imam], jika tidak, ia akan menjadi lumpur"

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: