Bab 114
Kelahiran Al-Zahra' Fatimah A.S (maulid al-Zahraa' Fatimah a.s)
Fatimah a.s suaminya adalah Ali a.s, dilahirkan 5 tahun selepas Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul. Fatimah a.s telah mati ketika berusia 18 tahun dan 75 hari. Dan beliau telah tinggal 75 hari selepas [kematian] bapanya.
(811)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Ibn Ri'ab, daripada Abi 'Ubaidah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s telah tinggal selepas Rasulullah s.a.w selama 75 hari. Beliau telah berdukcita di atas kematian bapanya. Jibrail telah mendatanginya dan memberi takziah di atas kematian bapanya, memperbaiki [keadaan] dirinya, menceritakan kepadanya tentang keadaan bapanya, tempatnya, memberitahu kepadanya apa yang akan berlaku selepasnya pada zuriatnya dan Ali a.s menulis semuanya.
(812)-2. Muhammad bin Yahya, daripada al-'Umarkiy, daripada Ali bin Ja'far, daripada saudaranya, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s adalah Siddiqah dan Syahidah, sesungguhnya anak-anak perempuan para nabi tidak ada haid.
(813)-3. Ahmad bin Mihran-rahima-hu llah-secara marfu' dan Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar al-Syaibani berkata: Al-Qasim bin Muhammad bin al-Razi telah memberitahu kepadaku, berkata: Ali bin Muhammad al-Haramzani, daripada Abi Abdillah al-Husain bin Ali a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s mati, maka Amir al-Mukminin a.s telah mengembumikannya secara rahsia dan meratakan kuburnya .
Kemudian beliau telah berdiri dan mengadap mukanya kepada kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: " Al Salamu 'alaika ya Rasulallah daripadaku dan al-Salamu 'alaika daripada anak perempuan anda, pelawat anda di tempat anda dan Allah telah memilih untuknya supaya cepat bersama anda. Katakan, wahai Rasulullah, tentang pilihan anda ini, [betapa kuatnya] kesabaranku dan maafilah daripada penghulu wanita syurga kekasaranku, sesungguhnya bagiku di dalam kesedihan dengan sunnah anda ketika perpisahan anda, masih mempunyai tempat untuk memberi takziah. Sesungguhnya aku telah menyandarkan anda pada lahad kubur anda dan diri anda antara bahagian atas dadaku (nahri) dan dadaku (sadri). Ya, pada kitab Allah bagiku sebaik-baik penerimaan.
Inna li-llah wa inna ila-hi raaji'uun. Barang simpanan dikembalikan, diambil sebagai gadaian dan al-Zahra' telah diambil dengan cepat. Alangkah buruknya masa sekarang [kerana kematiannya] dan masa dahulu [kerana kematian anda], wahai Rasulullah, adapun dukacitaku adalah berkekalan, adapun malamku tanpa tidur dan merana, [beliau] tidak hilang daripada hatiku atau Allah memilih untukku negeri yang anda sedang berada (kematian). Dukacita yang kuat [seperti] nanah tanpa darah, alangkah cepatnya perpisahan di antara kita dan kepada Allah aku mengadu. Anak perempuan anda akan menceritakan kepada anda dengan kemenangan umat anda di atas kezaliman [kelak], maka bertanyalah kepadanya dan mintalah penjelasan daripadanya.
Berapa banyak dendam kasumat di dadanya, tetapi ia tidak tersibar dan beliau akan berkata: "Dan Allah akan menetapkan hukumnya di antara kita dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya" Salam daripada orang yang mengucap selamat tinggal tanpa jemu. Jika aku pulang, bukan kerana jemu dan jika aku tinggal, bukan kerana sangkaan jahat dengan janji Allah kepada mereka yang bersabar. Sesungguhnya kesabaran itu cantik. Jika tidak kerana kemenangan pihak penguasa, nescaya aku telah menjadikannya maqam dan tinggal beriktikaf [di sisinya] pada masa yang lebih lama dan menanggung penderitaan di atas bencana yang mulia. Dengan mata Allah, anak perempuan anda dikapan secara rahsia, dirampas haknya dan dihalang pusakanya sedangkan masa belum lama [daripada kematian anda] dan Dia tidak menciptakan daripada anda anak lelaki (yang hidup). Dan kepada Allah, wahai Rasulullah, sebaik baik ucapan takziah, selawat dan salam kepada anda dan di atasnya (Fatimah) salam dan keredaan".
(814)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammd bin Isa, daripada Ahamd bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada 'Abd al-Rahman bin Salim, daripada al-Mufadhdhal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Siapakah yang telah memandikan [jenazah Fatimah? Beliau telah berkata: Amir al-Mukminin-seolah-olah aku telah membesar-besarkan kata-katanya-, maka beliau telah berkata: Seolah-olah anda tidak senang hati dengan apa yang aku telah ceritakan kepada anda? Aku telah berkata: Ia memang begitu, aku telah menjadikan diriku tebusan anda, maka beliau telah berkata: Janganlah anda merasa tertekan kerana Fatimah adalah siddiqah, lantaran itu, ianya akan dimandikan [jenazahnya] oleh siddiq, tidakkah anda telah mengetahui bahawa Maryam tidak dimandikan [jenazah]nya melainkan oleh Isa.
(815)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Isma'il, daripada Salih bin 'Uqbah, daripada Abdullah bin Muhammad al-Ju'fi, daripada Abu Ja'far dan Abu Abdillah a.s, mereka berdua telah berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s-manakala telah berlakulah urusan mereka-telah mengambil baju Umar, lalu menariknya kepadanya, kemudian telah berkata: Demi Allah, wahai Ibn al-Khattab, jikalaulah aku tidak benci bahawa bala akan menimpa orang yang tidak bersalah, nescaya anda mengetahui bahawa aku akan bersumpah ke atas Allah [untuk anda], kemudian aku akan mendapatiNya cepat menerima [doaku].
(816)-6. Dengan sanad-sanad ini, daripada Salih bin 'Uqbah, daripada Yazid bin 'Abd al-Malik, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s dilahirkan, Allah telah mewahyukan kepada malaikat supaya lidah Muhammad menamakannya Fatimah, lalu baginda s.a.w telah menamakannya Fatimah, kemudian beliau telah berkata: Sesungguhnya aku telah membiasakan anda dengan ilmu dan aku telah menjauhkan anda daripada darah haid. Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Demi Allah, sesungguhnya Dia telah membiasakannya dengan ilmu dan manjauhkannya daripada darah haid di dalam perjanjian (al-Mithaq)
(817)-7. Dan dengan sanad-sanad ini, daripada Salih bin 'Uqbah, daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Nabi s.a.w telah bersabda kepada Fatimah a.s: Wahai Fatimah, berdirilah dan keluarkan mangkuk (al-Sahfah) itu, lalu beliau berdiri dan mengeluarkan mangkuk yang mengandungi bubur daging (tharid) Maka Nabi s.a.w, Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain telah memakannya selama tiga belas hari. Kemudian Umm Aiman telah melihat kepada al-Husain bersamanya ada sesuatu, maka beliau telah berkata kepadanya: Dari manakah anda mendapatinya? Beliau telah berkata: Sesungguhnya kami memakannya selama beberapa hari.
Kemudian Umm Aiman telah datang kepada Fatimah a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Fatimah, apabila ada sesuatu di sisi Umm Aiman, maka ia adalah untuk Fatimah dan anak-anaknya dan apabila ada sesuatu di sisi Fatimah, maka ia bukannya untuk Umm Aiman? Lantas Fatimah telah mengeluarkannya untuknya, lalu Umm Aiman telah memakannya dan [makanan] di dalam mangkuk itupun telah habis. Maka Nabi s.a.w telah bersabda kepadanya: Jikalaulah anda tidak memberi makan kepadanya, nescaya anda dan zuriat anda boleh memakannya sehingga hari Kiamat. Kemudian Abu Ja'far a.s telah berkata: Mangkuk (al-Sahfah) di sisi kami, akan dikeluarkan oleh Qaim kita a.s pada zamannya.
(818)-8. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Ali, daripada Ali bin Ja'far berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s telah berkata: Sebaik saja Rasulullah s.a.w duduk, tiba-tiba malaikat yang mempunyai dua puluh empat muka telah datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w telah bersabda kepadanya: Kekasihku Jibrail, aku tidak pernah melihat anda di dalam bentuk ini, malaikat itu telah berkata: Aku bukanlah Jibrail, wahai Muhammad, Allah telah menghantar aku supaya aku mengahwinkan cahaya daripada cahaya (uzawwiju al-Nur min al-Nur), baginda s.a.w telah bersabda: Siapa daripada siapa? Beliau telah berkata: Fatimah daripada Ali. Beliau telah berkata: Manakala malaikat itu telah berpaling, tiba-tiba di antara dua bahunya[tertulis] Muhammad Rasulullah, Ali adalah wasinya. Maka Rasulullah s.a.w telah bersabda: Semenjak bilakah ia ditulis di antara dua bahu anda? Maka beliau telah berkata: Dua puluh dua ribu tahun sebelum Allah menciptakan Adam.
(819)-9. Ali bin Muhammad dan orang lain, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang kubur Fatimah a.s, maka beliau telah berkata: Beliau telah dikebumikan di rumahnya, manakala Bani Umayyah telah menambahkan Masjid, maka ia termasuk di dalam Masjid.
(820)-10. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada al-Khaibari, daripada Yunus bin Zubyaan, daripada Abu Abdillah a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Jikalaulah Allah tidak menciptakan Amir al-Mukminin a.s untuk Fatimah, nescaya tidak ada orang yang layak (kufwun) untuknya di muka bumi daripada Adam dan selain daripadanya.
Bab 115
Kelahiran Al-Hasan Bin Ali A.S (maulid al-Hasan bin Ali a.s)
Al-Hasan bin Ali a.s telah dilahirkan pada bulan Ramadan pada tahun Badr tahun kedua hijrah. Ada riwayat yang menyatakan bahawa beliau dilahirkan pada tahun ketiga hijrah. Beliau telah mati pada akhir bulan Safar pada tahun 49 hijrah ketika berusia 47 tahun dan beberapa bulan. Ibunya Fatimah binti Rasulullah s.a.w.
(821)-1. Muhammad bin Yahya, daripada al-Husain bin Ishaq, daripada Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Abdullah bin Sinan, daripada orang yang telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila kematian telah menghampiri al-Hasan a.s, beliau telah menangis, maka dikatakan kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, kenapa anda menangis sedangkan kedudukan anda daripada Rasulullah s.a.w? Dan baginda s.a.w telah bersabda bermacam-macam kepada anda; anda telah melakukan haji sebanyak dua puluh kali dengan berjalan kaki, anda telah membahagi-bahagikan harta anda sebanyak tiga kali sehingga kasut dengan kasut? Beliau telah berkata: Sesungguhnya aku menangis kerana dua perkara: Permulaan perjalanan [ke alam Barzakh] dan perpisahan dengan orang yang dikasihi.
(822)-2. Sa'd bin Abdullah dan Abdullah bin Ja'far, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali [bin Mihziyar], daripada al-Hasan bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah mati ketika berusia 47 tahun pada tahun 50 Hijrah, beliau telah hidup selama 40 tahun selepas [kematian]Rasulullah s.a.w.
(823)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Nu'man, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Sesungguhnya Ja'dah binti As 'ath bin Qais al-Kindi telah meracuni al-Hasan bin Ali a.s dan seorang hamba perempuannya (al-Hasan a.s). Hamba perempuannya telah terhidu racun, sementara al-Hasan a.s telah termakan racun dan ia telah meresap kedalam perutnya, lalu beliau mati.
(824)-4. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada al-Qasim al-Nahdi, daripada Isma'il bin Mihran, daripada al-Kinasi, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah keluar kerana mengerjakan umrah bersama seorang lelaki daripada anak-anak al-Zubair yang telah percaya tentang imamahnya. Mereka telah bermalam di satu tempat di bawah pohon kurma yang kering, kemungkinan ia telah kering kerana kekurangan air. Lalu beliau telah membentangkan hamparan untuk al-Hasan a.s dan satu hamparan untuk anak lelaki al-Zubair di bawah pohon kurma yang lain.
Anak lelaki al-Zubair telah berkata dan mengangkat kepalanya: Jikalaulah pohon kurma ini ada buah yang segar (al-Ratab), nescaya kita boleh memakannya, maka al-Hasan a.s telah berkata kepadanya: Adakah anda ingin makan kurma segar? Anak lelaki al-Zubair telah berkata: Ya, lantas beliau a.s telah mengangkat tangannya ke langit dan berdoa dengan kata-kata yang aku tidak dapat memahaminya, lalu pohon kurma itu menjadi hijau, kemudian telah bertukar kepada keadaannya, maka ia telah mengeluarkan daun dan buah kurma yang segar. Al-Jammal telah berkata: [Ini] sihir, demi Allah, maka al-Hasan a.s telah berkata: Celaka anda, ini bukanlah sihir, tetapi doa seorang anak lelaki Nabi dimakbulkan. Beliau telah berkata: Kemudian mereka telah memanjat pohon kurma itu, lalu mereka memotong (mengambil) apa yang ada padanya dan ia telah cukup untuk mereka.
(825)-5. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ya'qub bin Yazid, daripada Ibn Abi Umar, daripada beberapa orang lelakinya, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya al-Hasan a.s telah berkata: Sesungguhnya bagi Allah dua bandar, salah satunya di timur dan yang satu lagi di barat, di atas kedua-duanya dinding daripada besi dan di atas setiap satu daripadanya beribu-ribu gelanggang tinju dan padanya beribu-ribu bahasa, setiap bahasa bercakap berlainan dengan bahasa sahabatnya. Aku mengetahui semua bahasa-bahasa itu dan apa yang ada pada kedua-duanya dan di antara kedua-duanya dan Hujjah yang ada di atas kedua-duanya selain daripadaku dan selain daripada al-Husain saudaraku.
(826)-6. Al-Husain bin Muhammd dan Mu'alla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ali bin al-Nu'man, daripada Sundal, daripada Abi Usamah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Hasan bin Ali a.s telah keluar ke Makkah selama setahun dengan berjalan kaki, lalu dua kakinya telah menjadi bengkak, maka sebahagian hambanya telah berkata kepadanya: Jika anda menunggang [binatang], nescaya bengkak ini akan berkurangan. Maka beliau a.s telah berkata: Apabila kita sampai di rumah ini, seorang yang berkulit hitam akan menjemput anda dan bersamanya minyak, maka belilah daripadanya dan janganlah anda bertawar-tawaran dengannya.
Maka hambanya berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, kami telah datang ke sebuah rumah padanya seorang yang menjual ubatnya, maka beliau a.s telah berkata kepadanya: Ya, rumah itu di hadapan anda, bukan rumah tadi, lalu mereka berdua telah berjalan [sejauh] satu batu, tiba-tiba beliau adalah yang berkulit hitam (al-Aswad). Maka al-Hasan a.s telah berkata kepada hambanya: Ambillah minyak daripadanya dan bayarlah harganya, maka lelaki hitam itu telah berkata: Kepada siapa anda maksudkan minyak ini?
Maka beliau telah berkata: Kepada al-Hasan bin Ali, lantas beliau berkata: Pergilah bersamaku kepadanya, lalu beliau telah pergi dan berjumpa dengannya, maka beliau telah berkata kepadanya: Dengan bapaku, anda dan ibuku, aku tidak mengetahui bahawa anda berhajat kepada ini, aku tidak mengambil harganya. Sesungguhnya aku adalah maula anda, tetapi berdoalah kepada Allah supaya mengurniakan kepadaku seorang anak lelaki yang sempurna yang akan mencintai kamu Ahlu l-Bait, sesungguhnya aku telah meninggalkan isteriku yang sedang sakit bersalin, maka beliau a.s telah berkata: Pulanglah ke rumah anda, maka Allah telah mengurniakan kepada anda seorang anak lelaki yang sempurna dan beliau adalah daripada Syiah kita.
Bab 116
Kelahiran Al-Husain Bin Ali A.S (maulid al-Husain bin 'Ali a.s)
Al-Husain bin Ali a.s telah dilahirkan pada tahun ke tiga hijrah dan mati pada [hari Isnain10 hb] Muharram tahun 61 hijrah ketika berusia 57 tahun dan beberapa bulan. Beliau telah dibunuh oleh 'Ubaidillah bin Ziyad yang dilaknati Allah di dalam pemerintahan Yazid bin Mu'awiyah di dalam perjalanan ke Kufah. Beliau telah dibunuh oleh Umar bin Sa'd yang dilaknati Allah di Karbala' ketika menunggang kuda perangnya pada hari Isnain 10 Muharram dan ibunya Fatimah binti Rasulullah s.a.w.
(827)-1. Sa'd dan Ahmad bin Muhammad, daripada Ibrahim bin Mihziyar, daripada saudaranya Ali bin Mihziyar, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ibn Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Al-Husain bin Ali a.s telah mati pada hari 'Asyura' (kesepuluh Muharram) ketika berusia 57 tahun.
(828)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahamad bin Muhammad, daripada al-Hakam, daripada 'Abd al-Rahman al- 'Arzami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Di antara al-Hasan dan al-Husain a.s satu kali suci (tuhrun) dan di antara mereka berdua dari segi kelahiran ialah 6 bulan 10 hari.
(829)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahamad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa' dan al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh, daripada Abi Khadijah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala Fatimah a.s telah mengandungkan al-Husain, Jibrail telah datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Sesungguhnya Fatimah a.s akan melahirkan seorang kanak-kanak yang akan dibunuh oleh umat anda selepas anda [mati]. Manakala Fatimah a.s telah mengandungkan al-Husain a.s, beliau tidak sukakan kandungannya dan kelahirannya . Kemudian Abu Abdillah a.s telah berkata: Tidak didapati di dunia ini seorang ibu yang akan melahirkan anak yang tidak disukainya, beliau tidak menyukainya apabila beliau telah mengetahui bahawa anaknya akan dibunuh, beliau telah berkata: Dan padanyalah telah turun ayat: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik (husnan) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga bulan"
(830)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ali bin Isma'il, daripada Muhammad bin 'Amru al-Zayyaat, daripada seorang lelaki daripada sahabat kami, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dan berkata kepadanya: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah memberi berita gembira kepada anda dengan seorang bayi yang akan dilahirkan oleh Fatimah a.s, tetapi umat anda akan membunuhnya selepas anda [mati]. Maka beliau telah naik [ke langit], kemudian beliau a.s telah berkata kepadanya seumpamanya, kemudian baginda s.a.w telah bersabda: Wahai Jibrail, di atas Tuhanku salam, aku tidak berhajat kepada bayi yang akan dibunuh oleh umatku selepasku, lalu Jibrail a.s telah naik ke langit.
Kemudian beliau telah turun, maka beliau telah berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhan anda memberi salam kepada anda dan memberi berita gembira kepada anda bahawa sesungguhnya Dia menjadikan pada zuriatnya imamah, wilayah dan wasiat. Maka baginda s.a.w telah bersabda: Aku telah reda, kemudian baginda s.a.w telah datang kepada Fatimah a.s [bersabda]: Sesungguhnya Allah telah memberi berita gembira kepadaku dengan seorang bayi yang akan dilahirkan oleh anda, umatku akan membunuhnya selepasku, lalu Fatimah a.s telah memberitahu kepadanya: Aku tidak berhajat kepada bayi yang akan dilahirkan olehku, akan dibunuh oleh umat anda selepas anda [mati].
Kemudian baginda s.a.w telah memberitahu kepadanya bahawa Allah telah menjadikan pada zuriatnya imamah, wilayah dan wasiat, lalu beliau telah memberitahu kepadanya: Sesungguhnya aku telah reda "Ibunya mengandungkannya dengan susah payah (kebencian), melahirkannya dengan susah payah (kebencian). Mengandungkannya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun dia berdoa: Ya, Tuhanku, tunjuklah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi) kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk mereka yang berserah"
Jikalaulah baginda s.a.w tidak berkata: "berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi) kebaikan kepada anak cucuku" nescaya zuriatnya telah menjadi para imam semuanya. Al-Husain a.s tidak pernah menerima [air] susu Fatimah a.s dan juga perempuan lain. Nabi s.a.w telah mendatanginya dan meletakkan ibu jarinya s.a.w pada mulutnya, lalu beliau menghisap daripadanya untuk bekalan [selama] dua atau tiga hari. Lalu daging al-Husain a.s telah tumbuh daripada daging Rasulullah s.a.w dan darahnya. Tidak pernah dilahirkan [bayi yang berumur] enam bulan melainkan Isa bin Maryam a.s dan al-Husain bin Ali a.s.
Di dalam riwayat yang lain, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s bahawa sesungguhnya al-Husain a.s telah dibawa kepada Nabi s.a.w, lalu baginda s.a.w telah memberi (menghulurkan) lidahnya kepada al-Husain a.s, lalu beliau telah menghisapnya, maka beliau telah memadai dengannya dan beliau tidak menyusu daripada perempuan.
(831)-5. Ali bin Muhammad secara marfu', daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w: "Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang. Kemudian ia berkata: Sesungguhnya aku sakit" Beliau telah berkata: Beliau telah mengira, lalu beliau telah melihat apa yang akan berlaku kepada al-Husain a.s, maka beliau telah berkata: Aku sakit di atas apa yang akan berlaku kepada al-Husain a.s.
(832)-6. Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Isa bin 'Ubaid, daripada Ali bin Asbaat, daripada Saif bin 'Umairah, daripada Muhammad bin Hamraan berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Manakala urusan al-Husaian a.s belum berlaku, malaikat telah gempar dan mengadu kepada Allah dengan tangisan dan berkata: Akan dilakukan ini kepada al-Husain pilihan Engkau dan anak lelaki Nabi Engkau? Dia berfirman: Maka Allah telah mendirikan untuk mereka bayangan al-Qaim a.s dan Dia berfirman: Dengan ini (al-Qaim a.s) Aku membalas dendam dengan ini (al-Husain a.s).
(833)-7. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Saif bin 'Umairah, daripada 'Abd al-Malik bin A'yan, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala kemenangan telah turun kepada al-Husain bin Ali a.s sehingga di antara langit dan bumi, kemudian diberi pilihan: Kemenangan atau pertemuan dengan Allah (mati), maka beliau a.s telah memilih pertemuan dengan Allah.
(834)-8. Al-Husain bin Muhammad telah berkata: Abu Kuraib dan Abu Sa'id al-Asyajj telah memberitahu kepadaku, berkata: Abdullah bin Idris telah memberitahu kepada kami, daripada bapanya Idris bin Abdullah al-Awadi, berkata: Manakala al-Husain a.s telah dibunuh, mereka ingin memijaknya dengan kuda, lalu Fidhdhah berkata kepada Zainab: Wahai sayyidati, sesungguhnya Safinah telah pecah di lautan, lalu beliau telah keluar ke sebuah pulau, tiba-tiba beliau terserempak dengan Asad , lalu beliau telah berkata: Wahai al-Harith , aku adalah hamba (maula) Rasulullah s.a.w.
Lalu beliau telah bercakap dengan tidak jelas di hadapannya sehingga beliau telah menunjukkan jalan kepadanya sedang al-Asad menunggu di satu sudut, biarlah aku pergi kepadanya dan aku akan memberitahu kepadanya apakah mereka akan buat besok. Beliau telah berkata: Beliau telah pergi kepadanya: Wahai Abu al-Harith, lalu beliau mengangkat kepalanya, kemudian berliau telah berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang akan dilakukan kepada Abu Abdillah a.s besok? Mereka ingin kuda memijak belakangnya. Beliau telah berkata: Lalu beliau telah berjalan sehingga beliau meletakkan dua tangannya di atas tubuh al-Husain a.s, maka kuda telah maju ke depan, manakala mereka melihat kepadanya, lalu Umar bin Sa'd yang dilaknati Allah berkata kepada mereka: Fitnah, janganlah kamu menggalakkannya, maka pulanglah, kemudian mereka telah pulang.
(835)-9. Ali bin Muhammad, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin Ahmad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Yunus, daripada Musqalah al-Tahhan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Apabila al-Husain a.s dibunuh, isterinya dari Bani Kilab (al-Kalbiyyah) telah mengadakan majlis ratapan, lalu beliau menangis dan perempuan-perempuan yang lain dan khadam-khadam telah turut menangis sehingga air mata mereka telah kering. Kemudian beliau (isteri) telah pergi, tiba-tiba beliau telah melihat seorang hamba perempuan daripada hamba-hambanya sedang menangis dan air matanya masih berlinang, lalu beliau telah memanggilnya dan berkata kepadanya: Kenapa anda di kalangan kami air mata anda masih berlinang? Beliau telah berkata: Apabila aku ditimpa kepenatan, aku meminum minumam suwaiq Beliau a.s telah berkata: Kemudian beliau (hamba perempuan) telah menyuruh dengan makanan dan minuman suwaiq, lalu beliau telah memakannya dan meminumnya dan berkata: Sesungguhnya kami mahu sedemikian adalah bagi menguatkan [diri kami] untuk menangis ke atas al-Husain a.s.
Beliau a.s telah berkata: Dihadiahkan kepada al-Kalbiyyah sapu tangan wangi untuk membantunya di majlis ratapan (ma'tam) al-Husain a.s. Apabila beliau telah melihat kepada sapu tangan wangi itu, maka beliau telah berkata: Apakah ini? Mereka telah berkata: Hadiah yang diberikan kepadanya oleh polan untuk membantu anda di majlis ratapan al-Husain a.s, lalu beliau telah berkata: Kami bukanlah di dalam [majlis] perkahwinan, apakah kita akan buat dengannya? Kemudian beliau telah menyuruh mereka supaya dikeluarkan dari rumah. Manakala mereka dikeluarkan dari rumah, kami tidak merasa apa-apa (bau-bauan) seolah-olah kami telah berterbang di antara langit dan bumi dan tidak nampak kesan mereka selepas mereka keluar dari rumah.
Catatan Kaki:
1. Surah al-Ra'd (13): 38.
2. Pada tarikh dan masa tertentu kerana tarikh dan masa kemunculannya adalah pada ilmu Allah.
3. Pahala pertama kerana membenarkannya dan pahala kedua kerana percaya kepada konsep al-Bada' iaitu Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki.
4. Surah al- 'Ankabut (29): 2.
5. Surah al-Israa' (17): 71.
6. Surah al-Israa' (17): 71.
7. Surah al-Zumar (39): 60.
8. Surah al-Zumar (39): 60.
9. Mereka yang berpendapat bahawa Abu Bakr dan Umar telah menjadi khalifah kerana nasib mereka sahaja adalah termasuk mereka yang tidak dirahmati Allah pada hari Kiamat.
10. Surah al-A'raaf (7): 28.
11. Surah al-A'raaf (7): 33.
12. Surah al-Baqarah (2): 165.
13. Abu Bakr.
14. Umar.
15. Surah al-Baqarah (2): 165-167.
16. Abu Bakr dan Umar.
17. Surah a-Qasas (28): 50.
18. Mereka yang mewalikan imam yang zalim.
19. Mereka yang mewalikan imam yang adil daripada Allah.
20. Surah al-Baqarah (2): 257.
21. Ibid.
22. Ibid.
23. Hadis kudsi.
24. Perbezaan di antara dua bab bahawa di dalam bab pertama menyatakan bahawa orang yang tidak mengenali imam, tidak layak mendapat keampunan dan rahmat. Sementara bab kedua (ini) menyatakan bahawa orang yang tidak mengenali imamnya mati seperti orang jahiliyah.
25. Imam a.s adalah pintu Allah.
26. Surah Yusuf (12): 58.
27. Surah al-Taubah (9): 122.
28. Surah al-Taubah (9): 122.
29. Surah al-Nisaa' (4): 100.
30. Surah al-Anfaal (8): 75.
31. Bukan Quraisy.
32. Surah al-Baqarah (2): 132.
33. Surah al-Taubah (9): 122.
34. Sa'id telah meratap di atas kematian Abu al-Hasan Musa al-Kazim a.s [berjalan] dari Baghdad ke Madinah.
35. Umm Farwah adalah salah seorang isteri al-Kazim a.s. Kemungkinan al-Ridha a.s telah menjadi wakil bapanya di dalam menceraikannya. Hukum syariat mengikut zahirnya sahaja bukan batinnya. Sebagaimana 'Aisyah telah di ceraikan oleh Amir al-Mukminin a.s sebagai wakil daripada Rasulullah .s.a.w selepas kematiannya iaitu sebelum berlakunya peperangan Jamal. Justeru, beliau tidak lagi bergelar Umm al-Mukminin pada batinnya dan ini membolehkan kaum muslimin memeranginya di peperangan Jamal. Kerana sifat keibuannya telah hilang daripadanya apabila beliau cuba memerangi Amir al-Mukminin Ali a.s.
36. Surah Maryam (19): 30-31.
37. Surah Maryam (19): 12.
38. Surah Maryam (19):13.
39. Surah Yusuf( 12): 22.
40. Surah al-Ahqaf( 46): 15.
41. Surah Yusuf (12): 108.
42. Imam al-Ridha a.s telah memandikan jenazah bapanya Musa a.s.
43. Iaitu wasinya telah memandikan jenazahnya di al-Taih.
44. Termasuk para malaikat a.s.
45. Pada malam berlakunya jimak.
46. Malaikat.
47. Surah al-An'aam (6): 115.
48. Surah Ali Imraan (3): 18.
49. Surah al-Qadar (97): 4.
50. Surah al-An'aam (6): 115.
51. Ibid.
52. Ibid.
53. Surah al-An'aam (6): 115.
54. Boleh bercakap dengan malaikat.
55. Tanah yang bermutu tinggi di syurga.
56. Surah al-Mutaffifiin (83): 18-21.
57. Tanah yang tidak bermutu di neraka.
58. Surah al-Mutaffiffin (83): 7-9.
59. Surah al-Nisaa' (4): 65.
60. Perkataan taslim bererti: Penyerahan diri, merendah diri atau penerimaan sepenuhnya.
61. Surah Hud (11): 23.
62. Surah al-Syuura (42): 23.
63. Surah al-Mu'minun (23): 1.
64. Surah al-Nisaa' (4): 64-65.
65. Abu Bakr dan Umar serta kumpulan mereka.
66. Surah al-Nisaa' (4): 65.
67. Surah al-Zumar (39): 18.
68. Tidak mengetahui maksud asal perintah mendatangi Ka'bah dan tawaf.
69. Surah Ibrahim (14): 37.
70. Surah Taha (20): 82.
71. Tanah yang lembab digunakan sebagai ramuan untuk mengecap surat.
72. Cincin digunakan untuk mengecap surat.
73. Di dalam keadaannya.
74. Roh Kudus akan memberitahu kepada para imam a.s tentangnya.
75. Surah al-Baqarah (2): 8.
76. Surah al-Zukhruf (43): 44.
77. Tidak asli.
78. Tetapi Salman tidak termasuk di kalangan empat belas manusian suci.
79. Imam Dua Belas.
80. Meletakkan tanggungjawab.
81. Keadaan sebenar dapat dilihat di akhirat kelak tanpa hijab.
82. Surah al-Syu'araa' (26): 193. Kematiannya hampir tiba
83. Memusnahkan mereka.
84. Di Iran.
85. Di Iraq.
86. Surah al-Taubah (9): 60.
87. Tidak pada perkara maksiat.
88. Surah al-A'raaf (7): 128.
89. Dengan membayar khumus.
90. Surah al-A'raaf (7): 32.
91. Para imam a.s tidak mahu menipu umat Islam dengan politik kotor, kesenangan dunia hanya sementara sahaja.
92. Pakaian biasa seperti jubah.
93. Pakaian yang bermutu dipakai oleh orang kaya.
94. Surah al-Rahmaan (55): 10-11.
95. Surah al-Rahmaan): 19-22.
96. Surah al-Dhuha ( 93): 11.
97. Makna baqiyyatu llah ialah sisa Allah, tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah Imam Mahdi a.s.
98. Surah Huud (11): 86.
99. Surah Yusuf (12): 65.
100. Surah al- A'raaf (7): 172.
101. Surah al-Syu'araa' (26): 193-195.
102. Surah al-Ahzab (33): 72.
103. Surah al-An'aam (6): 82.
104. Wilayah Abu Bakr.
105. Wilayah Umar.
106. Surah al-Taghaabun (64): 2.
107. Di alam atom atau alam roh.
108. Surah al-Insaan (76): 7.
109. Surah al-Ma'idah 95): 66.
110. Surah al-Syuura ( 42): 23.
111. Surah al-Ahzab (33): 71. Muslim, Sahih, ii, hlm 726 meriwyatkan bahawa Abu Musa al-Asy'ari telah membaca selepas Surah al-Saf (61):2 "fatuktabu syahadatan fi a'naaqi-kum…, tetapi ianya tidak dimasukkan di dalam al-Qur'an sekarang.
112. Iaitu dengan makna ini ia diturunkan. Al-Suyuti, al-Itqan, I, hlm. 226 menyatakan bahawa dua surah yang bernama al-Khal' dan al-Hafd telah ditulis di dalam mashaf Ubayy bin Ka'ab dan mashaf Ibn 'Abbas. Sesungguhnya Ali a.s telah mengajar kedua-dua surah tersebut kepada Abdillah al-Ghafiqi, tetapi ianya tidak ada di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.
113. Surah al-Ahzab (33): 53.
114. Surah al-Ahzab (33): 69.
115. Surah Taha (20): 123.
116. Surah al-Balad (90):1-3.
117. Surah al-Anfaal(8): 41.
118. Surah al-A'raaf (7): 181.
119. Surah Ali 'Imran (3): 7.
120. Abu Bakr.
121. Umar.
122. Surah Ali 'Imran (3):7.
123. Surah al-Taubah (9): 16.
124. Surah al-Anfaal (8): 61.
125. Surah al-Insyiqaaq (84): 19.
126. Abu Bakr.
127. Umar.
128. Uthman.
129. Surah al-Qasas (28): 51.
130. Surah al-Baqarah (2): 136.
131. Surah al-Baqarah (2): 137.
132. Surah Ali 'Imran (3): 68.
133. Surah al-An'aam (6): 19.
134. Surah Taha (20_:115.
135. Surah al-Zukhruf (43): 43.
136. Surah al-Baqarah (2): 90.
137. Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 192 mencatatkan bahawa di sana terdapat ayat yang tertinggal selepas surah al-Ahzab (33): 25 iaitu "Bi 'Ali bin Abi Talib" Justeru, ayat yang mesti dibaca ialah "Kafa llahu l-Mu'minin al-Qital Bi 'Ali bin Abi Talib".
138. Surah al-Baqarah (2): 23.
139. Surah al-Nisaa' (4): 47.
140. Surah al-Nisaa' (4): 66.
141. Surah al-Baqarah (2): 208.
142. Abu Bakr, Umar dan Uthman.
143. Surah al-A'laa (88): 16-19.
144. Surah al-Baqarah (2): 87.
145. Surah al-Syuura (42): 13.
146. Surah al-A 'raaf (7): 43.
147. Surah al-Nabaa' (78): 1-2.
148. Surah al-Kahfi (18): 44.
149. Surah al-Ruum (30): 30.
150. Surah al-Anbiyaa' (21): 47.
151. Apa yang dimaksudkan dengan al-Mawaaziin (timbangan) ialah para nabi dan para wasi a.s.
152. Surah Yunus (10): 15.
153. Surah al-Mudaththir ( 74): 42-43.
154. Surah al-Waaqi'ah (56): 10-11.
155. Surah al-Jin (72): 16.
156. Surah Fussilat (41): 30.
157. Surah al-Saba' (34): 46.
158. Surah al-Nisaa' (4): 137.
159. Surah Ali 'Imran (3): 90.
160. Abu Bakr.
161. Umar.
162. Uthman.
163. Surah Muhammad (47): 25.
164. Abu Bakr, Umar dan Uthman.
165. Surah Muhammad (47): 26.
166. Abu Bakr dan Umar.
167. Termasuk golongan Khawarij, Salafi, Wahabi dan Ahlu al-Sunnah wa al-Jama'ah.
168. Surah al-Zukhruf ( 43): 79-80.
169. Surah al-Hajj (22): 25.
170. Abu Bakr, Umar, Khalid bin Walid, Salim Maula Huzaifah dan Sa'd bin Abi Waqqas. Mereka dikenali dengan "Ashab al-Khamsah" Lima sahabat yang telah membuat perjanjian di hadapan Ka'bah bahawa apabila Muhammad s.a.w mati, mereka akan menghalang Ali a.s dari menjadi khalifah. Lihat Kitab Sulaim, hlm.87.
171. Surah al-Mulk (67): 29.
172. Surah al-Nisaa' (4): 135.
173. Surah Fussilat (41): 27.
174. Surah al-Mu'min (40): 12.
175. Surah al-Ma'aarij ( 70): 1-2.
176. Al-Suyuti, al-Itqan, iii, hlm. 82, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 180 meriwayatkan daripada 'Aisyah bahawa beliau telah berkata: "Surah al-Ahzab (33) di baca pada zaman Rasulullah s.a.w sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa Uthman menulis mashaf, ianya tinggal 73 ayat sahaja. Ini bererti 127 ayat telah dihilangkan.
177. Surah al-Dhaariyaat (51): 8-9.
178. Surah al-Balad (90): 11-13.
179. Surah Yunus (10): 2.
180. Surah al-Hajj (22): 19.
181. Surah al-Kahf (18): 44.
182. Surah al-Baqarah (2): 138.
183. Perjanjian di alam roh.
184. Surah Nuh (71): 28.
185. Surah al-Ahzab (33): 33.
186. Surah Yunus (10): 58.
187. Surah al-Dukhaan (44): 40-42.
188. Surah al-Haaqqah ( 69): 12.
189. Surah al-Baqarah (2): 59.
190. Surah al-Nisaa' (4): 167. Perkataan kafaruu (mereka telah kafir) sebeum perkataan zalamuu, tidak ada di dalam teks asal. Justeru, tidak hairanlah jika Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394, al-Turmudhi, Sahih, v, hlm. 191 menyatakan bahawa Surah al-Dhaariyaat (51): 58 telah diubah dari teks asalnya inni ana al-Razzaq kepada inna llaha huwa al-Razzaq iaitu teks sekarang.
191. Surah al-Nisaa' (4): 170.
192. Surah al-Nisaa' (4): 66.
193. Surah al-An'aam (6): 19.
194. Surah al-Taubah (9): 105.
195. Al-Ma'munuun ialah mereka yang diamanahkan lagi maksum (para imam a.s).
196. Surah al-Hijr (15): 41 Abu Abdillah a.s membacanya dengan perkataan "'Ali" bukan 'alayya sementara teks sekarang tertulis 'alayya ertinya ke atasku.
197. Surah al-Israa' (17): 89.
198. Surah al-Kahf (18): 29.
199. Surah al-Jin (72): 18.
200. Surah Yusuf (12): 108.
201. Surah al-Dhaariyaat (51): 35-36.
202. Surah al-Mulk ( 67): 27.
203. Surah al-Buruuj (85): 3.
204. Surah al-A'raaf 97): 44.
205. Surah al-Hajj (22): 24.
206. Surah al-Hujuraat (49): 7.
207. Abu Bakr.
208. Umar.
209. Uthman.
210. Surah al-Ahqaaf (46): 4.
211. Abu Bakr.
212. Umar.
213. Uthman, Mu'awiyah dan keturunannya.
214. Surah Taha (20): 116.
215. Surah al-Taghaabun (64): 2.
216. Surah al-Taghaabun ( 64): 12.
217. Surah al-Hajj (22): 45.
218. Surah al-Zumar ( 39): 65.
219. Surah al-Zumar ( 39): 66.
220. Surah al-Nahl (16): 83.
221. Surah al-Ma'idah (5): 55.
222. Surah al-Nahl (16): 83.
223. Surah al-Furqaan (25): 63.
224. Surah Luqman (31): 14.
225. Umar bin al-Khattab. Hantamah adalah ibu Umar bin al-Khattab.
226. Abu Bakr.
227. Surah Luqman 931): 15.
228. Ibu bapa yang menyeru anak mereka kepada perkara mungkar mesti ditentang secara baik.
229. Surah Ibrahim (14): 24.
230. Surah al-An 'aam (6): 158.
231. Surah al-Baqarah (2): 81.
232. Surah Huud (11): 118-119.
233. Surah al-A'raaf (7): 156.
234. Yang menentang Ahlu l-Bait a.s.
235. Surah al-A'raaf (7): 157.
236. Abu Bakr, Umar dan Uthman.
237. Surah al-Zumar (39): 54.
238. Surah Yunus (10): 64.
239. Surah Ali 'Imran (3):162-163.
240. Surah Faathir (35): 10.
241. Surah al-Hadiid (57): 28.
242. Surah Yunus (10): 54.
243. Surah al-Balad (90): 11.
244. Surah al-Balad (90): 13. Iaitu memerdekakan hamba.
245. Surah al-Baqarah (2): 40.
246. Surah Maryam (19): 73.
247. Definisi mukminin: Mereka yang mengakui Amir al-Mukminin a.s dan para wasi a.s selepasnya.
248. Surah Maryam (19): 74.
249. Surah Maryam (19): 75.
250. Surah Maryam (19): 76.
251. Surah Maryam (19): 87.
252. Surah Maryam (19): 96.
253. Surah Maryam (19): 97.
254. Surah Yaasiin (36): 6.
255. Surah Yaasiin (36): 7.
256. Surah Yaasiin (36): 9.
257. Surah Yaasiin (36): 10.
258. Al-Suyuti, Durr al-Manthur, v, hlm. 192 mencatat bahawa terdapat ayat yang tertinggal selepas Surah al-Ahzab (33): 25, iaitu "Bi 'Ali bin Abi Talib" Justeru, ayat yang dibaca dahulu ialah: "Kafa llahu al-Mu'minin al-Qital bi 'Ali bin Abi Talib".
259. Surah Yaasiin(36): 11.
260. Surah al-Taghaabun (64): 8.
261. Tanzil bererti apa yang telah diturunkan (wahyu).
262. Surah al-Munaafiquun (63): 3.
263. Surah al-Munaafiqiin (63): 1.
264. Surah al-Munaafiqiin ( 63): 3.
265. Ibn Majah, al-Sunan, I, hlm. 625 menacatatkan riwayat daripada 'Aisyah bahawa beliau telah berkata: "Ayat al-Radha'ah (penyusuan) sebanyak sepuluh kali telah diturunkan oleh Allah dan ianya ditulis dalam mashaf di bawah katilku, tetapi manakala Rasulullah s.a.w mati dan kami sibuk dengan kematiannya, maka ianya telah hilang".
266. Surah al-Munaafiqiin (63): 5.
267. Surah al-Munaafiqiin (63): 6.
268. Surah al-Mulk ( 67): 22.
269. Surah al-Haaqqah ( 69): 40.
270. Surah al-Haaqqah (69): 41.
271. Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 208 mencatatkan bahawa ayat al-Raghbah adalah sebahagian daripada al-Qur'an, iaitu "La targhabuu 'an aabaa'i-kum", tetapi ianya tidak wujud di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.
272. Surah al-Haaqqah (69): 48- 52.
273. Surah al-Jin (72):13.
274. Surah al-Jin (72): 23-24.
275. Surah al-Muzzammil (73): 10-11.
276. Surah al-Muddaththir (74): 31.
277. Surah al-Muddaththir (74): 35.
278. Surah al-Muddaththir (74): 37.
279. Surah al-Muddaththir (74): 39.
280. Surah al-Muddaththir (74)" 43.
281. Surah al-Muddaththir (74): 49.
282. Surah al-Muddaththir ( 74): 54.
283. Suraj al-Insaan (76): 7.
284. Perjanjian di alam roh.
285. Surah al-Insaan (76): 23.
286. Surah al-Insaan (76): 29.
287. Surah al-Insaan 976): 31.
288. Surah al-Baqarah (2): 57.
289. Surah al-Baqarah (2): 57.
290. Surah al-Mursalaat (77): 15-18.
300. Surah al-Mursalaat (77): 41.
301. Surah al-Naba' (78): 38.
302. Surah al-Mutaffifiin (83): 7.
303. Surah al-Mutaffiffin (83): 17.
304. Surah Taha (20): 124-127.
305. Surah al-Syuura ( 42): 19-20.
306. Surah al- Zukhruf (43): 87.
307. Surah Yunus (10): 74.
308. "Tidakkah Aku ini Tuhan kamu?"
309. Surah al-Saad ( 38): 39.
310. Ali a.s telah membaca a'ti (berikanlah), bukan amsik (tahanlah) sebagaimana ditulis di dalam al-Qur'an yang ada sekarang.
311. Surah al-Hijr (15): 75.
312. Surah al-Hijr (15): 76.
313. Surah al-Ruum (30): 22.
314. Kebanyakan sejarawan berpendapat bahawa baginda s.a.w telah bernikah dengan Khadijah ketika berusia dua puluh lima tahun dan baginda s.a.w telah dilahirkan pada 17 hb Rabi' al-Awwal pada tahun gajah dan mati pada 28 hb Safar tahun 11 hijrah.
315. Bererti tidak ada manusia yang lebih baik daripada Muhammad s.a.w. Justeru, para imam a.s tidak melebihi kedudukannya di dalam semua perkara.
316. Ali dan para imam a.s.
317. Surah al-A'raaf ( 7): 172.
318. Jika tidak, baginda s.a.w melalui jalan lain.
319. Surah al-Najm ( 53): 9.
320. Mancung.
321. Berhati-hati.
322. Selain daripada Syiah Ali.
323. Surah Ali 'Imran (3): 185.
324. Untuk menentangnya s.a.w.
325. Allah mengetahui dalih-dalih kamu dan mencampakkan kamu ke neraka.
326. Raja Habsyah dan tenteranya.
327. Cucuku.
328. Ini menunjukkan bahawa 'Abd al-Muttalib adalah seorang yang berkedudukan tinggi di sisi Allah meskipun beliau bukanlah seorang nabi yang diketahui.
329. Surah al-Nisaa' (4): 69-70.
330. Surah al-Ahzab (33): 56.
331. Seorang Imam a.s disembahyangkan oleh seorang Imam a.s. Rasulullah s.a.w adalah seorang nabi dan seorang imam.
332. Surah al-Ahzab (33): 56.
333. Di langit yang dikunjungi oleh para malaikat.
334. Hadis ini dikira mursal kerana Ja'far bin al-Muthanna adalah daripada sahabat al-Ridha a.s dan beliau tidak sempat berjumpa dengan Abu Abdillah a.s. Lantaran itu, hadis ini dikira majhul atau mursal. Justeru, penyeliaan kubur Nabi s.a.w atau para imam a.s adalah tidak dilarang, malah digalakkan.
335. Kekayaan negeri Farsi.
336. Abu Talib telah mengetahui bahawa anak lelakinya Ali a.s akan menjadi wasi Rasulullah s.a.w.
337. Pertalian bapa saudara sebelah ibu.
338. Kemungkinan suara daripada malaikat.
339. Kubur al-Jabanah.
340. Supaya kuburnya tidak diketahui oleh musuh-musuhnya yang diketui oleh Abu bakr, Umar dan pengikut-pengikut mereka berdua.
341. Surah al-A'raaf (7): 87.
342. Perjanjian di alam roh.
343. Bubur daging.
344. Isteri al-Hasan a.s.
345. Menurut kiraan manusia biasa, tetapi Fatimah a.s tidak mempunyai darah haid seperti Maryam ibu nabi Isa a.s. Justeru, mereka berdua dipanggil al-Batul.
346. Sebelum berita imamah kepada zuriatnya melalui (al-Husain) a.s.
347. Surah al-Ahqaaf (46):15 Di dalam mashaf Uthman dibaca ihsaanan sementara Abu Abdillah a.s membaca husnan.
348. Surah al-Ahqaaf ( 46):15.
349. Surah al-Safaat (37): 88-89.
350. Safinah adalah gelaran hamba Rasulullah s.a.w, dipanggil Abu Dujaanah, namanya Qais.
351. Al-Asad adalah Abu Harith.
352. Asad.
353. Daripada tumbuhan-tumbuhan.
(Dokumen-ABNS)
Posting Komentar