Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Raudhat Al-Kaafi/Furuu‘ Al-Kaafi (Bagian 10)

Raudhat Al-Kaafi/Furuu‘ Al-Kaafi (Bagian 10)

Written By Unknown on Kamis, 01 Maret 2018 | Maret 01, 2018


BAHAGIAN KESEPULUH

Allah Menguasai Di Dunia Musuh-Nya Ke Atas Wali-Nya, Sesungguhnya Bagi Allah Malaikat Yang Meluruhkan Dosa-Dosa Daripada Belakang-Belakang Syi‘ah Kami Dan Lain-Lain.


Allah Menguasai Di Dunia Musuh-Nya Ke Atas Wali-Nya.

469. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Walid bin Sabih, daripada Abu Abdullah a.s bahawa sesungguhnya beliau berkata: Aku telah berjumpa dengannya pada suatu hari, lalu beliau a.s telah mencampakkan kain kepadaku dan berkata: Wahai Walid, kembalikannya kepada orang yang melipatkannya, lalu akupun berdiri di hadapannya.

Maka Abu Abdullah a.s berkata: Mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada al-Mu‘alla bin Khanis, maka aku telah menyangka bahawa beliau a.s telah menyamakan pendirianku di hadapannya seperti pendirian al-Mu‘alla di hadapannya. Kemudian beliau a.s berkata: Oh dunia, oh dunia, sesungguhnya dunia adalah tempat ujian. Allah menguasai musuh-Nya di atas wali-Nya dan sesungguhnya selepasnya tempat tidak seperti ini lagi, maka aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, di manakan tempat itu? Maka beliau a.s berkata: Di sini dan beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya ke tanah.


Sesungguhnya Bagi Allah Malaikat Yang Meluruhkan Dosa-Dosa Daripada Belakang-Belakang Syi‘ah Kami.

470. Muhammad bin Ahmad, daripada Abdullah bin al-Salt, daripada Yunus daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya bagi Allah malaikat yang meluruhkan dosa-dosa daripada belakang-belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pokok pada masa luruhnya sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Syuura (42):5 “Malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhan-Nya dan memohonkan ampun bagi golongan yang ada di bumi”, beliau a.s berkata: Demi Allah, Dia tidak maksudkan dengan ayat ini selain daripada kamu.


Mengenai Firman Allah Di Dalam Surah Al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat”

471. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada ‘Umar bin Adhinah, daripada Zararah berkata: Abu al-Khattab telah memberitahuku di dalam keadaan yang amat baik bahawa beliau berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Zumar (39): 45 “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut, kesallah hati golongan yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat”, maka beliau a.s berkata: “Dan apabila hanya nama Allah saja yang disebut” ( dengan mentaati keluarga Muhammad dengan perintah Allah) “kesallah hati golongan yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat dan apabila nama golongan selain daripada Allah yang disebut, tiba-tiba mereka bergirang hati”


Taubat Adam A.S.

472. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Ibrahim, daripada Kathir bin Kalthamah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 37 “Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhan-Nya”, beliau a.s berkata: Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau. Wahai Tuhanku, dengan kepujian Engkau aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku. Justeru ampunilah aku dan Engkau adalah sebaik-baik Pengampun.

Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, dengan kepujian Engkau aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah aku dan Engkau adalah Maha Penyayang. Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, Wahai Tuhanku, dengan kepujian Engkau aku telah melakukan kejahatan dan aku telah menzalimi diriku, maka ampunilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Mengasihani. Di dalam riwayat yang lain beliau a.s berkata: Adam telah memohon kepada Tuhan-Nya dengan hak Muhammad, Ali, al-Hasan, al-Husain dan Fatimah a.s.


Ibrahim A.S Melihat Kerajaan Langit Dan Bumi.

473. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Ali bin Ibrahim daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abi Ayyub al-Kharraz, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Ibrahim a.s telah melihat kerajaan langit dan bumi (malakuut), maka beliau a.s telah berpaling dan melihat seorang lelaki sedang berzina. Lalu beliau a.s berdoa ke atasnya, maka dia terus mati. Kemudian beliau a.s melihat lelaki lain sedang berzina, lalu beliau a.s berdoa ke atasnya, maka dia terus mati sehingga beliau a.s melihat tiga orang lelaki, maka beliau a.s berdoa ke atas mereka, lalu mereka semua mati.

Maka Allah telah mewayhukan kepadanya: Wahai Ibrahim, sesungguhnya doa engkau dimakbulkan. Justeru janganlah engkau berdoa ke atas hamba-hamba-Ku, kerana sesungguhnya jika Aku mahu, Aku tidak menciptakan mereka. Sesungguhnya Aku menciptakan makhluk-Ku di atas tiga jenis: Seorang hamba yang menyembah-Ku tanpa melakukan sebarang syirik dengan-Ku, maka Aku akan memberinya pahala. Seorang hamba yang menyembah selain daripada-Ku, maka dia tidak akan terlepas daripada-Ku. Dan seorang hamba yang menyembah selain daripada-Ku, tetapi Aku mengeluarkan daripada salbinya orang yang menyembah-Ku. Kemudian Ibrahim a.s berpaling, maka beliau a.s melihat satu bangkai di tepi pantai sebahagiannya di dalam air dan sebahagian yang lain di daratan. Binatang buas laut datang, lalu memakan bahagian bangkai yang berada di air.

Kemudian binatang buas laut itu kembali, lalu bertengkar dan memakan sesama mereka. Kemudian binatang buas daratan datang, lalu memakan bahagian yang berada di daratan. Kemudian mereka bertengkar dan memakan sesama mereka. Ibrahim a.s telah menjadi hairan terhadap apa yang telah dilihatnya dan berkata di dalam Surah al-Baqarah (2):260 “Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan golongan mati” Ibrahim a.s berkata: Bagaimana Engkau mengeluarkan keturunan yang memakan sebahagian akan sebahagian yang lain?

Allah berfirman: “Apakah kamu belum percaya? Ibrahim menjawab: “Aku telah percaya, akan tetapi agar bertambah tetap hatiku” Iaitu sehingga aku melihat ini sebagaimana aku telah melihat semua perkara. Allah berfirman: “Ambillah empat ekor burung, lalu jinakkanlah burung-burung itu kepadamu, kemudian letakkanlah tiap-tiap seekor daripadanya atas tiap-tiap bukit. Lalu beliau a.s memotongnya dan mencampurkannya sebagaimana bercampurnya bangkai ini pada binatang-binatang buas yang memakan sebahagian yang lain. Kemudian beliau a.s mencampurkannya “Kemudian letakkanlah tiap-tiap seekor daripadanya atas tiap-tiap bukit. Sesudah itu pergillah dia, nescaya dia akan datang kepada kamu dengan segera”. Manakala beliau a.s telah menyeru burung-burung itu, maka mereka menyahut seruannya. Dan bilangan bukit adalah sepuluh.


Sebab Panas Dan Sejuk.

474. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Aku telah bertanya mengenai panas dan sejuk daripada apakah ia dijadikan? Maka beliau a.s berkata: Wahai Abu Ayyub, sesungguhnya Marikh adalah planet panas dan Zuhal adalah planet sejuk. Apabila planet Marikh meninggi, maka planet Zuhal menurun. Itu berlaku pada musim bunga (rabii‘) selama tiga bulan sehingga Marikh sampai ke kemuncaknya dan Zuhal akan berada pada darjat yang paling bawah. Justeru suhu kepanasan akan bertambah. Dan apabila pada akhir musim panas dan pada awal musim sejuk, planet Zuhal mulai meninggi dan planet Marikh mulai menurun.

Kedua-duanya sentiasa begitu. Manakala planet Zuhal meninggi pada satu darjah, maka planet Marikh menurun pada satu darjah sehingga planet Marikh turun serendah-rendahnya. Sementara planet Zuhal meninggi setinggi-tingginya. Justeru ia menunjukkan awal musim sejuk dan akhir musim panas. Lantaran itu, kesejukan berlaku. Setiap kali planet ini naik, maka planet lain menurun begitulah seterusnya. Apabila pada musim panas berlaku kesejukan, maka perbuatan itu disebabkan oleh bulan. Dan apabila pada musim sejuk berlaku kepanasan, maka perbuatan itu disebabkan oleh matahari. Ini adalah suatu takdir daripada Yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui dan aku hanya seorang hamba Tuhan alam semesta.


Sesiapa Yang Mencintai Ali A.S.

475. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ja‘far bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Abdullah bin Maimun al-Fadah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesiapa yang mencintai anda, kemudian dia mati, maka dia telah menunaikan ajalnya. Dan sesiapa yang telah mencintai anda dan tidak mati, maka dia menunggu [ajalnya]. Tiada matahari yang naik dan turun melainkan dengan rezeki dan iman.


Akan Datang Kepada Umatku Zaman Di Mana Dalaman Mereka Buruk Dan Luaran Mereka Adalah Baik.

476. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang kepada umatku zaman di mana dalaman mereka buruk dan luaran mereka adalah baik, kerana tamak kepada dunia; mereka tidak mahu dengan apa di sisi Allah Tuhan mereka. Agama mereka adalah riyak, tiada perasaan takut kepada azab-Nya. Lantas mereka menyeru kepada-Nya seperti doa orang yang sedang tenggelam, lalu Dia tidak menerima doa mereka.


Hadis Mengenai Fakih Dan Ulama.

477. Daripadanya, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Para fakih dan para ulama apabila sebahagian mereka menulis kepada sebahagian yang lain, maka mereka menulis dengan tiga dan tiada yang ke empat: Sesiapa yang cita-citanya untuk akhirat, maka Allah mencukupinya dengan cita-cita dunia. Sesiapa yang telah memperbaiki dalaman dirinya, maka Allah akan memperbaiki luarannya. Dan sesiapa yang memperbaiki di antaranya dan di antara Allah, maka Allah memperbaiki di antaranya dan di antara manusia.


Rintihan Abu Dhar.

478. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Sa‘dan bin Muslim, daripada sebahagian sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Seorang lelaki di Madinah telah memasuki masjid Rasulullah s.a.w, lalu beliau berkata: Wahai Tuhanku, temanilah ketakutanku, hubungilah aku ketika keseorangan dan kurnialah kepdaku seorang teman yang soleh. Tiba-tiba seorang lelaki di masjid al-Aqsa telah memberi salam kepadanya dan berkata kepadanya: Siapakah anda, wahai hamba Allah?

Maka beliau menjawab: Aku adalah Abu Dhar. Lantas lelaki itu berkata: Allah akbar, Allah akbar. Abu Dhar berkata: Kenapakah anda bertakbir, wahai hamba Allah? Sesungguhnya aku telah memasuki masjid, maka aku telah berdoa kepda Allah supaya Dia menemani ketakutanku, menghubungi ketika aku keseorangan dan kurniakan kepadaku seorang teman yang soleh. Abu Dhar berkata: Aku adalah lebih berhak takbir daripada anda sekiranya anda temanku, kerana aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Aku dan anda adalah di atas satu terusan pada hari Kiamat sehingga manusia selesai daripada hisab, berdirilah, wahai hamba Allah, kerana sesungguhnya penguasa telah melarang anda duduk bersamaku.


Akan Datang Kepada Manusia Satu Zaman Al-Qur’an Hanya Tulisan Sahaja.

479. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang kepada manusia satu zaman di mana al-Qur’an hanya tulisan sahaja yang tinggal (saya’ti ‘ala al-Naasi zamaanun laa yabqaa min al-Qur’an illaa rasmu-hu), Islam hanya tinggal nama sahaja iaitu mereka hanya menamakannya dengan Islam sedangkan mereka jauh daripadanya (wa min al-Islam illaa ismu-hu yusammauna bi-hi wa-hum ab‘adu al-Naasi min-hu). Masjid mereka membangun, tetapi rosak daripada petunjuk (masaajidu-hum ‘aamiratun wa hiya kharaab min al-Hudaa). Para fakih pada masa itu adalah sejahat-jahat fakih di bawah bayang langit, daripada mereka datangnya fitnah dan kepada mereka fitnah kembali (fuqahaa’ dhalika al-Zamaan syarru fuqahaa’ tahta zilli al-Samaa’ min-hum kharajat al-Fitnatu wa ilai-him ta‘uudu).


Kami Ahlu l-Bait Mewarisi Kemaafan Daripada Keluarga Ya‘qub Dan Kesyukuran Daripada Keluarga Daud.

480. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Husain bin Yazid berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s di Khurasan berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait telah mewarisi kemaafan daripada keluarga Ya‘qub, kesyukuran daripada keluarga Daud- Beliau telah menyangka perkataan lain yang dilupai Muhammad- maka aku telah berkata kepadanya: Mudah-mudahan beliau berkata: Kami telah mewarisi kesabaran daripada keluarga Ayyub? Maka beliau berkata: Sepatutnya begitu.

Ali bin Asbat berkata: Sesungguhnya aku telah berkata sedemikian kerana aku telah mendengar Ya‘qub bin Yaqtin sedang memberitahu mengenai sebahagian perawi-perawinya berkata: Manakala Abu Ja‘far al-Mansur datang ke Madinah pada tahun Muhammad dan Ibrahim dibunuh iaitu dua anak lelaki Abdullah bin al-Hasan, lalu beliau berpaling kepada bapa saudaranya Isa bin Ali, maka beliau berkata kepadanya: Wahai Abu al-‘Abbas, sesungguhnya Amir al-Mukminin telah berpendapat bahawa pokok di Madinah harus dipotong, dicederakan matanya dan dijadikan pangkalnya ke bawah, maka beliau berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, ini adalah sepupu anda Ja‘far bin Muhammad hadir bersama.

Justeru utuslah kepadanya dan bertanyalah kepadanya mengenai perkara ini. Kemudian beliau telah mengutus kepadanya, lalu Isa telah memberitahu kepadanya, maka beliau a.s datang dan berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya Daud a.s dikurniakan [dengan kerajaan], lalu beliau bersyukur. Ayyub diuji dengan bala, lalu beliau telah bersabar. Dan Yusuf a.s telah memaafi selepas beliau berkuasa. Justeru maafilah, kerana anda adalah daripada keturunan mereka.


Tafsir Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir”

481. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Zar‘ah bin Muhammad, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir”, maka beliau a.s berkata: Golongan Yahudi mendapati pada kitab mereka bahawa seorang yang berhijrah bernama Muhammad (s.a.w) adalah di antara ‘Air dan Uhud. Lantaran itu, mereka telah keluar mencari tempat tersebut, lalu mereka melalui sebuah gunung bernama Haddad, mereka berkata: Haddad dan Uhud adalah sama, maka mereka telah berpecah di sisinya. Sebahagian mereka bermalam di Taima’, sebahagian mereka di Fadak dan sebahagian lain di Khaibar. Kemudian sebahagian mereka yang berada di Taima’ telah merindui sebahagian saudara-saudara mereka.

Lalu seorang badwi daripada Qais telah melalui mereka, lantas mereka berkumpul di sekelilingnya, dia berkata kepada mereka: Urusan kamu adalah di antara ‘Air dan Uhud, maka mereka berkata kepadanya: Apabila anda melalui di antara ‘Air dan Uhud, maka anda minta izin daripada kedua-duanya. Manakala dia berada di tengah-tengah bumi Madinah, dia berkata kepada mereka: Itu adalah ‘Air dan itu adalah Uhud. Kemudian mereka telah turun daripada belakang untanya dan mereka berkata: Sesungguhnya kami telah menepati sasaran kami. Justeru itu kami tidak berhajat kepada unta anda. Pergilah ke mana anda mahu.

Kemudian mereka telah menulis kepada saudara-saudara mereka di Fadak dan Khaibar: Sesungguhnya kami telah mendapati tempat itu dan datanglah kepada kami, lalu mereka menulis kepada mereka: Kami telah mendirikan rumah-rumah kami di sini, kami telah mengambil harta-harta dan kami tidaklah dekat daripada kamu. Jika begitu, apakah yang membuat kami bersegera kepada kamu. Justeru ambillah harta dari bumi Madinah. Apabila harta-harta mereka menjadi banyak, maka Tubba’ menyerang mereka dan mereka pula mempertahankannya. Mereka memberi kurma dan gandum kepada para sahabat Tubba’ yang lemah pada waktu malam, lalu Tubba’ berkata kepada mereka: Aku telah hidup dengan aman di negara kamu dan akan menetap di sini bersama kamu, maka mereka berkata kepadanya: Tempat ini bukan untuk anda, kerana ia adalah tempat hijrah seorang nabi dan ia bukanlah untuk orang lain, maka Tubba’ berkata kepada mereka: Aku tinggalkan kepada kamu keluargaku yang akan menolongnya dan membantunya.

Lalu Tubba’ meninggalkan dua kabilah Aus dan Khazraj. Apabila mereka bertambah ramai, maka mereka mengambil harta golongan Yahudi dan Yahudi berkata kepada mereka: Jika Muhammad diutuskan, maka beliau akan mengeluarkan kamu daripada rumah-rumah kamu dan harta-harta kami. Manakala Allah mengutus Muhammad (s.a.w), maka golongan Ansar beriman dengannya. Sementara golongan Yahudi mengingkarinya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 89 “padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang mereka telah ketahui, lalu mereka ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas golongan yang ingkar itu”


Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir”

482. Ali bi Ibrahim, daripada bapanya, daripada Safwan bin Yahya, daripada Ishaq bin ‘Ammar berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 89 “Padahal sebelumnya mereka biasa memohon untuk mendapat kemenangan atas golongan kafir, maka setelah datang kepada mereka apa yang mereka telah ketahui, lalu mereka ingkar kepadanya. Maka laknat Allah-lah atas golongan yang ingkar itu”, beliau a.s berkata: Kaum di antara Muhammad dan Isa s.a.w. Mereka telah memberi amaran kepada penyembah-penyembah berhala dengan kedatangan Nabi (s.a.w), mereka berkata: Seorang nabi akan keluar, maka beliau akan memecahkan berhala-berhala kamu dan beliau pasti akan melakukannya. Manakala Rasulullah s.a.w keluar, maka mereka mengingkarinya.


Lima Tanda Sebelum Datangnya Al-Qaim A.S.

483. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abu Ayyub al-Khazaz, daripada Umar bin Hanzalah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Lima alamat sebelum datangnya al-Qaim: Laungan (al-Saihat), al-Sufyani, gempa bumi, pembunuhan al-Nafs al-Zakiyyah dan al-Yamani. Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, jika seorang daripada Ahlu l-Bait anda keluar sebelum alamat ini, adakah kami keluar bersamanya? Beliau a.s berkata: Tidak, pada keesokannya aku telah membaca Surah al-Syu‘araa’ (26):4 “Jika kami kehendaki, nescaya Kami menurunkan kepada mereka mukjizat dari langit, maka sentiasa tengkuk-tengkuk mereka tunduk kepadanya”, maka aku berkata kepadanya: Adakah ia suatu laungan? Beliau a.s berkata: Jika tengkuk-tengkuk musuh Allah tunduk.


Di Antara Alamat Al-Qaim A.S.

484. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Abi Jamilah, daripada Muhammad bin Ali al-Halabi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Bani ‘Abbas telah berselisih mengenai penentuan masa, seruan dan keluarnya al-Qaim secara penentuan. Aku berkata: Bagaimanakah seruan? Beliau a.s berkata: Seorang penyeru dari langit menyeru pada awal siang: Sesungguhnya Ali dan Syi‘ahnyalah yang mendapat kemenangan, beliau a.s berkata: Seorang penyeru menyeru pada akhir siang: Sesungguhnya Uthman dan Syi‘ahnyalah yang mendapat kemenangan.


Dialog Abu Ja‘far A.S Dengan Qatadah Al-Da‘aamah Dan Tafsir Firman Allah Di Dalam Surah Ibrahim (14): 37 “Dan jadilah sebahagaian manusia cenderung kepada mereka”

485. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Zaid bin Syahham berkata: Qatadah bin Da‘aamah telah berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s, maka beliau a.s berkata: Wahai Qatadah, anda adalah fakih ahli Basrah? Maka beliau berkata: Begitulah apa yang mereka sangka. Lalu Abu Ja‘far a.s berkata: Berita telah sampai kepadaku bahawa anda mentafsirkan al-Qur’an?

Qatadah berkata kepadanya: Ya, maka Abu Ja‘far a.s berkata kepadanya: Dengan ilmu anda mentafsirkannya atau dengan kejahilan? Beliau berkata: Beliau tidak mengetahuinya. Maka Abu Ja‘far a.s berkata kepadanya: Jika anda mentafsirkannya dengan ilmu, maka anda adalah anda dan aku akan bertanya anda? Qatadah berkata: Tanyalah, maka beliau a.s berkata: Beritahuku mengenai firman Allah di dalam Surah al-Saba’ (34): 18 “Dan kami tetapkan antara negeri-negeri itu perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan aman”.

Qatadah berkata: Ia dimaksudkan kepada orang yang telah keluar daripada rumahnya dengan bekalan halal, kenderaan dan makanan halal menuju Baitullah di dalam keadaan aman sehingga dia pulang kepada keluarganya. Abu Ja‘far a.s berkata: Aku menyeru anda dengan nama Allah, wahai Qatadah, adakah anda mengetahui kadang kala seorang lelaki keluar daripada rumahnya dengan bekalan halal, kenderaan dan makanan halal menuju Baitullah, tetapi dia dirompak, lalu hilanglah nafkahnya dan dia juga dipukul dengan pukulan yang mencederakannya? Qatadah berkata: Wahai Tuhanku, ya, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Aduhai anda, wahai Qatadah, jika anda telah mentafsirkan al-Qur’an menurut pendapat anda, maka binasalah anda dan anda telah membinasakan orang lain. Jika anda telah mengambilnya daripada lelaki tertentu, maka anda telah binasa dan membinasakan orang lain pula.

Aduhai anda, wahai Qatadah, ayat itu dimaksudkan kepada orang yang telah keluar daripada rumahnya dengan bekalan, kenderaan dan makanan halal menuju Baitullah di dalam keadaan mengetahui hak kami, hatinya cenderung kepada kami sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ibrahim (14): 37 “Dan jadilah sebahagaian manusia cenderung kepada mereka”, maka Dia tidak maksudkan Baitullah, lantaran itu Dia tidak berfirman “kepadanya” sebaliknya “kepada mereka”. Justeru maka kamilah, demi Allah, dakwah Ibrahim a.s di mana sesiapa yang hatinya cenderung kepada kami, maka hajinya diterima. Jika tidak, maka hajinya ditolak, wahai Qatadah, jikalaulah ia sedemikian, maka dia aman daripada azab jahanam pada hari Kiamat, Qatadah berkata: Tentu sekali, demi Allah, aku tidak mentafsirkannya melainkan sedemikian, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Aduhai anda, wahai Qatadah, sesungguhnya al-Qur’an diketahui oleh orang yang diucapkan kepadanya.


Sifat Neraka Jahanam.

486. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Mufadhdhal bin Salih, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Nabi s.a.w bersabda: Jibrail a.s telah memberitahuku sesungguhnya Allah tiada tuhan selain daripada-Nya. Apabila semua makhluk diberhentikan (wukuf), Dia mengumpulkan golongan yang terdahulu dan golongan yang terkemudian, lalu dibawa datang dengan neraka Jahanam yang dipandu oleh seribu tali. Setiap tali dipegang oleh seratus ribu malaikat yang kasar dan bagi neraka jahanam segala pekikan dan laungan. Sesunggungnya ia memekik dengan kuat.

Jika Allah tidak menangguhkannya kepada hari Hisab, nescaya ia membinasakan semua. Kemudian keluar daripadanya tengkuk yang meliputi semua makhluk sama ada yang baik dan yang jahat mereka. Allah tidak menciptakan seorang hamba daripada hamba-hamba-Nya sama ada malaikat atau nabi melainkan dia menyeru wahai Tuhanku, diriku, diriku sedangkan anda berkata: Wahai Tuhanku, umatku, umatku. Kemudian diletakkan di atasnya titian yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang di atasnya tiga jambatan: Pertama: Amanah dan rahmat. Kedua: Solat. Ketiga: Di atasnya Tuhan alam semesta, tiada tuhan selain daripada-Nya. Mereka dipaksa berjalan di atasnya (sirat), maka rahmat dan amanah menahan mereka dan jika mereka terselamat daripadanya, maka solat menahan mereka.

Jika mereka terselamat daripadanya, maka dia akan berakhir kepada Tuhan alam semesta sebagaimana firman Allah di dalam Surah (89): 14 “Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi”. Dan manusia di atas Titian tergantung sama ada tergelincir kaki atau tetap kaki mereka. Para malaikat di sisinya menyeru: Wahai Yang Maha Mulia, wahai Yang Pemaaf, maafilah. Manusia di dalam keadaan huru hara seperti kupu-kupu. Apabila seorang berjaya, maka ia adalah dengan rahmat Allah, dia melihat kepadanya (neraka) dan berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku daripada anda (neraka) selepas putus asa dengan kelebihan-Nya dan limpah kurnia-Nya sesungguhnya Tuhan kami amat mengampuni.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 148 “Maka berlumba-lumbalah kamu (di dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian”

487. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi Umar, daripada Mansur bin Yunus, daripada Ismail bin Jabir, daripada Abu Khalid, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 148 “Maka berlumba-lumbalah kamu (di dalam membuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian”, beliau a.s berkata: Kebaikan (al-Khairaat) adalah al-Wilayah dan firman-nya “Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian”. Iaitu para sahabat al-Qaim seramai tiga ratus tiga belas orang lelaki, beliau a.s berkata: Mereka itu, demi Allah, umat yang terbilang, mereka berkumpul di dalam satu masa seperti angin di musim panas.


Perjalanan Untuk Kebaikan.

488. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ismail Ibn Bazi‘, daripada Munzir bin Ja‘far daripada Hisyim bin Salim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Berjalanlah kamu walaupun di dalam keadaan sejuk? Aku berkata: Kami takut daripada binatang yang melata, maka beliau a.s berkata: Jika sesuatu menimpa kamu, maka ia adalah lebih baik sedangkan kamu terjamin.


Bumi Dilipat Pada Waktu Malam.

489. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Naufali, daripada al-Sukuni, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu musafir pada waktu malam, kerana bumi dilipat pada waktu malam.


Dilipatkan Bumi Sebagaimana Dilipatkan Kain.

490. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Ismail Ibn Mihran, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Basyir al-Nabal, daripada Hamran bin A‘yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Orang ramai berkata: Bumi dilipatkan untuk kita pada waktu malam bagaimana ia dilipatkan? Beliau a.s berkata: Dilipatkan bumi begini, kemudian beliau a.s melipatkan kainnya.


Bumi Dilipatkan Pada Akhir Malam.

491. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Bumi dilipatkan pada akhir malam.


Kematian Nabi S.A.W Pada Hari Isnin.

492. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Uthman bin Isa, daripada Abu Ayyub al-Khazaz berkata: Kami telah mahu keluar, lalu kami datang untuk memberi salam kepada Abu Abdullah a.s, maka beliau a.s berkata: Seolah-olah kamu mahu keberkatan hari Isnin? Maka kami berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Manakah hari yang lebih besar ramalan jahat daripada hari Isnin; hari Nabi kita telah meninggalkan kita dan diangkatkan wahyu daripada kita. Justeru janganlah kamu keluar [pada hari Isnin] dan keluarlah pada hari Selasa[115].


Lima Ramalan Jahat Bagi Orang Musafir Di Dalam Perjalanannya

493. Daripadanya, daripada Bakr bin Salih, daripada Sulaiman al-Ja‘fari, daripada Abu al-Hasan Musa a.s berkata: Ramalan jahat bagi orang musafir di dalam perjalanannya lima perkara: Gagak berkicau di sebelah kanannya, mengembang ekornya, serigala yang menyalak pada muka lelaki, lalu meninggi dan merendahkan ekornya sebanyak tiga kali. Kijang yang melintas dari kanan ke kiri, burung hantu yang berkicau, perempuan yang berambut kelabu atau keldai betina melintasinya. Sesiapa yang khuatir pada dirinya daripada perkara- perkara tersebut, maka hendaklah dia berkata: Aku berpegang dengan Engkau, wahai Tuhanku, daripada kejahatan yang aku dapati pada diriku, beliau a.s berkata: Maka dia akan terpelihara daripada perkara-perkara tersebut.


Akhlak Dan Keilmuan.

494. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Abdullah, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada ‘Umru bin Abi al-Miqdam berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menghiaskan Syi‘ah kami dengan lemah lembut dan menutupkan mereka dengan ilmu kerana keilmuan-Nya mengenai mereka sebelum Dia menciptakan Adam a.s.


Orang Yang Mencintai Kamu Akan Masuk Syurga, Orang Yang Membenci Kamu Akan Masuk Neraka Dan Buku Catatan Amal Kamu Dipenuhi Pahala Tanpa Amal.

495. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar dan beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Umar bin Abban, daripada al-Sabah bin Siyabah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki mencintai kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (inna al-Rajula la-yuhibbu-kum wa-maa yadrii maa taquuluun), maka Allah akan memasukkannya ke syurga (fa-yadkhulu-hu llahu ‘azza wa-jalla al-Jannata). Dan sesungguhnya seorang lelaki memarahi kamu dan dia tidak mengetahui apa yang kamu katakan (wa inna al-Rajula la-yabghadhu-kum wa maa yadrii maa taquuluun), maka Allah memasukkannya ke neraka (fa-yadkhulu-hu llahu al-Jannata).

Sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu akan dipenuhi buku catatan amalnya tanpa amal (wa inna al-Rajula min-kum la-tamla‘a sahifatu-hu min ghairi ‘amalin), aku berkata: Bagaimana ia berlaku? Beliau a.s berkata: Dia melalui mereka (kaum) yang mengumpatkan kita, maka apabila mereka melihatnya, mereka berkata sesama mereka: Tahan diri anda, kerana lelaki ini adalah daripada Syi‘ah mereka dan seorang lelaki daripada Syi‘ah kita melalui mereka, maka mereka mengumpatkannya dan bercakap-cakap mengenainya, justeru Allah akan menulis untuknya kebaikan-kebaikan sehingga memenuhi buku catatan amalnya tanpa dia melakukan sebarang amalan (hatta yamla‘ sahifatu-hu min ghairi ‘amalin)[116].


Galakan Ziarah Dan Membuat Perjanjian.

496. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada bapanya, daripada Abi al-Jahm, daripada Abi Khadijah berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepadaku: Berapakah di antara anda dan Basrah? Aku berkata: Mengikut jalan air lima hari apabila angin baik dan mengikut jalan darat lapan hari, maka beliau a.s berkata: Alangkah lebih dekat daripada ini; kamu ziarah-menziarahi dan membuat perjanjian di antara kamu, kerana pada hari Kiamat setiap orang akan membawa saksi yang akan memberi saksi untuknya mengenai agamanya dan beliau a.s berkata: Sesungguhnya seorang muslim apabila melihat saudaranya adalah suatu penghidupan kepada agamanya apabila dia menyebut Allah.


Hanya Orang Yang Mempunyai Kemulian Dan Galian Baik Mencintai Kami.

497. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba‘i daripada Abu Abdullah a.s berkata: Demi Allah, tidak akan mencintai kami sama ada Arab atau bukan Arab melainkan ahlu buyuutaat (isi rumah}, kemuliaan dan galian [yang baik]. Begitu juga tidak akan memarahi kami daripada mereka melainkan oleh setiap [orang yang mempunyai] kotoran yang melekat.


Khabar Tabut Bani Israel.

498. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid dan al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Harun bin Kharijah, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 247 “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu” Mereka menjawab: “Bagaimana Talut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya”, beliau a.s berkata: Beliau bukanlah daripada keturunan nabi dan bukan daripada keturunan raja “Sesungguhnya Allah telah memilihnya menjadi rajamu” dan berkata: “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, Tabut itu dibawa oleh malaikat” Surah al-Baqarah (2): 248.

Dan Allah berfirman di dalam surah yang sama ayat 249 “Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan satu sungai. Maka siapa di antara kamu yang meminum airnya, bukanlah ia pengikutku. Dan sesiapa yang tidak meminumnya, kecuali menceduk seceduk tangan, maka ia adalah pengikutku, justeru mereka telah meminumnya melainkan tiga ratus tiga belas orang lelaki. Di kalangan mereka orang yang telah menceduk seceduk tangan dan di kalangan mereka orang yang tidak meminumnya. Apabila mereka melakukannya, maka berkatalah orang yang telah menceduk “Tak ada kesanggupan kami pada hari ini untuk melawan Jalut dan tenteranya”. Dan berkata orang yang tidak meminumnya “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta golongan yang sabar”. Surah al-Baqarah (2): 249.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2): 248 “Sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu”

499. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Yahya al-Halabi, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s telah membaca Surah al-Baqarah (2): 248 “Sesungguhnya tanda dia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, Tabut itu dibawa oleh malaikat” Beliau a.s berkata: Ia membawanya di dalam bentuk Surah al-Baqarah.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Baqarah (2):248 “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu”

500. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Huraiz daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Baqarah (2):248 “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi raja, ialah kembalinya Tabut kepadamu, di dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, Tabut itu dibawa oleh malaikat”, beliau a.s berkata: Batu-batu Loh padanya ilmu dan hikmat.


Al-Hasan Dan Al-Husain Kedua-duanya Adalah Anak Lelaki Rasulullah S.A.W.

501. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada al-Hasan Ibn Zarif, daripada Abd al-Samad bin Basyir, daripada Abi al-Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s: Wahai Abu Jarud, apakah alasan mereka berkata kepada anda mengenai al-Hasan dan al-Husain a.s? Aku berkata: Mereka telah mengingkari kami bahawa mereka berdua adalah anak lelaki Rasulullah (s.a.w). Beliau a.s berkata: Di atas alasan apakah kamu berhujah menentang mereka? Aku berkata: Kami telah berhujah menentang mereka dengan firman Allah di dalam Surah al-An‘aam (6): 84 “dan kepada sebahagian daripada keturunannya (Nuh) iaitu Daud, Sulaiman, Ayyub, Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik, dan Zakaria, Yahya, Isa”, maka Dia telah menjadikan Isa bin Maryam daripada zuriat Nuh a.s.

Beliau a.s berkata: Di atas alasan apakah mereka telah berkata kepada kamu? Aku berkata: Mereka telah berkata: Kadang-kadang anak lelaki kepada anak perempuan adalah daripada anak, tetapi dia bukanlah anak salbi. Beliau a.s berkata: Di atas alasan apakah kamu telah berhujah menentang mereka? Aku berkata: Kami telah berhujah menentang mereka dengan firman Allah kepada Rasulullah s.a.w di dalam Surah Ali Imran(3): 61 “Katakanlah kepadanya: “Marilah kita memanggil anak-anak lelaki kami dan anak anak lelaki kamu. Perempuan-perempuan kami dan perempuan-perempuan kamu, diri kami dan diri kamu”. Beliau a.s berkata: Di atas alasan apakah mereka berkata?

Aku berkata: Mereka berkata: Kadang-kadang di dalam percakapan Arab ia dimaksudkan anak lelaki orang lain (abnaa’ rajulin) dan yang lain pula berkata: Anak-anak lelaki kami (abnaa’u-naa). Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Abu Jarud, aku akan memberi jawapan kepada anda daripada kitab Allah bahawa mereka berdua adalah daripada salbi Rasulullah s.a.w yang mana tidak akan menolaknya melainkan orang kafir. Aku berkata: Di manakah itu, aku jadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s berkata sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 23 “Diharamkan ke atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-anakmu yang perempuan, saudara- saudaramu yang perempuan” sehingga firman-Nya “Isteri-isteri anak kandungmu (menantu)”, maka tanyalah mereka, wahai Abu Jarud, adakah halal bagi Rasulullah s.a.w mengahwini isteri-isteri anak kandungnya al-Hasan dan al-Husain? Jika mereka berkata: Ya, maka mereka telah berbohong lagi jahat dan jika mereka berkata: Tidak, maka mereka berdua adalah anak lelakinya dari salbinya.


Peperangan Uhud Dan Kisah Golongan Yang Lari.

502. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Husain Abi al-‘Alaa’ al-Khafaaf, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila orang ramai telah lari dari Nabi s.a.w pada peperangan Uhud, maka baginda s.a.w berpaling kepada mereka dengan mukanya sambil berkata: Aku adalah Muhammad, aku adalah Rasulullah, aku tidak dibunuh dan aku belum lagi mati, lalu polan (Abu Bakr) dan polan (Umar) berpaling kepadanya dan berkata: Sekarang dia (Muhammad) mengejek kita dan kita telah kalah (al-Aan yaskhuru bi-naa wa-qad hazam-naa).

Ali (a.s) dan Samak bin Khursyah Abu Dujanah telah berada bersama Nabi (s.a.w), maka Nabi s.a.w telah memanggil Abu Dujanah dan bersabda: Wahai Abu Dujanah, Pulanglah dan anda terlepas dari baiah anda. Adapun Ali, maka aku adalah dia dan dia adalah aku, maka diapun bergerak dan duduk di hadapan Nabi (s.a.w) lalu menangis sambil berkata: Tidak, demi Allah, tidak, aku telah menjadikan diriku terlepas dari baiahku. Sesungguhnya aku telah memberi baiah kepada anda, maka kepada siapakah lagi aku akan tuju, wahai Rasulullah (s.a.w), kepada isteri yang akan mati atau kepada anak lelaki yang akan mati atau rumah yang akan rosak, harta yang akan binasa dan ajal yang semakin hampir. Maka Nabi s.a.w meninggalkannya berperang sehingga dia dicederakan. Apabila dia terjatuh, maka Ali a.s telah membawanya kepada Nabi s.a.w dan meletakkannya di sisinya dan berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku telah menunaikan baiahku?

Baginda s.a.w bersabda: Ya, Nabi s.a.w telah berkata kepadanya dengan baik. Orang ramai telah menyerang Nabi s.a.w di sebelah kanan, maka Ali a.s telah menentang mereka. Apabila beliau a.s melakukannya, maka mereka mulai menyerang di sebelah kanan Nabi s.a.w. Ali a.s mempertahankannya sehingga pedangnya terpatah tiga. Kemudian beliau a.s datang kepada Nabi s.a.w, lalu mencampakkannya di hadapannya sambil berkata: Ini adalah pedangku telah terpatah, maka pada hari itu Nabi s.a.w telah memberi pedang Dhu l-Fiqar kepadanya. Manakala Nabi s.a.w telah melihat dua betis Ali a.s bergoncang kerana banyak berperang, lalu baginda s.a.w mengangkat kepalanya ke langit di dalam keadaan menangis sambil bersabda: Wahai Tuhanku, Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau akan menzahirkan agama Engkau jika Engkau kehendaki.

Engkau boleh melakukannya. Lantas Ali a.s datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, aku sedang mendengar suara yang kuat dan aku mendengar Aqdim Haizum (majulah, wahai Haizum) dan apabila aku berniat untuk memukul seseorang, maka dia jatuh mati sebelum aku memukulnya? Maka baginda s.a.w bersabda: Ini adalah Jibrail, Mikail dan Israfil di dalam kumpulan para malaikat. Kemudian Jibrail a.s datang, lalu dia berdiri di sisi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Muhammad, ini adalah sebagai satu kegembiraan, maka baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya Ali adalah daripadaku dan aku daripada Ali, maka Jibrail berkata: Aku adalah daripada kamu berdua (inna ‘Aliyyan min-ni wa-anaa min-hu fa-qaala Jibrail: Wa anaa minku-maa).

Kemudian orang ramai melarikan diri, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Wahai Ali, pergilah dengan pedang anda sehingga anda menentang mereka. Jika anda melihat mereka telah lemah dan mereka menjauhi kuda, maka mereka akan menuju Makkah. Dan jika anda melihat mereka menunggang kuda dan mereka telah lemah, maka mereka akan menuju Madinah. Kemudian Ali a.s telah mendatangi mereka yang berada di dalam keadaan lemah, maka Abu Sufyan berkata kepada Ali a.s: Wahai Ali, apakah yang anda mahu, kami sedang menuju Makkah, justeru pulanglah kepada sahabat anda. Lantas Jibrail a.s mengikuti mereka. Manakala mereka mendengar deringan kasut kudanya (Jibrail a.s), mereka bersungguh-sungguh di dalam perjalanan mereka, Jibrail a.s sedang mengikuti mereka. Apabila mereka musafir, mereka berkata: Ini adalah askar Muhammad sudah sampai.

Maka Abu Sufyan telah memasuki Makkah, lalu berita tersebar, kemudian orang ramai memasuki Makkah dan berkata: Kami telah melihat askar Muhammad yang sedang di dahului oleh seorang penglima di atas seekor kuda berwarna putih kuning sedang menjejaki mereka dari belakang. Maka penduduk Makkah mulai mencaci Abu Sufyan. Nabi s.a.w telah bertolak dan bendera adalah bersama Ali a.s di hadapannya. Apabila beliau a.s menghampiri ‘Aqabah dengan benderanya, orang ramai telah melihatnya, lalu Ali a.s menyeru: Wahai manusia, ini adalah Muhammad masih tidak mati dan belum dibunuh. Maka berkatalah orang yang telah berkata (Abu Bakr dan Umar): “Sekarang dia (Muhammad) mengejek kita dan kita telah kalah” (al-Aan yaskhuru bi-naa wa-qad hazam-naa): Ini adalah Ali dan bendera di tangannya sehingga Nabi (s.a.w) menyerang mereka, dan perempuan-perempuan Ansar di pintu-pintu rumah mereka.

Bagi lelaki mereka keluar minta berlindung kepadanya. Perempuan-perempuan Ansar telah mencalar-calarkan muka-muka, menghuraikan rambut-rambut, mendedahkan ubun-ubun, mencarik-carikkan poket, mengharamkan semua kabilah kepada Nabi s.a.w. Tetapi apabila mereka melihatnya, maka beliau (s.a.w) berkata baik kepada mereka. Beliau (s.a.w) telah memerintahkan mereka supaya menutup aurat, memasuki rumah-rumah mereka dan berkata: Sesungguhnya Allah telah berjanji kepadaku bahawa Dia akan menzahirkan agama-Nya di atas semua agama dan Allah telah menurunkan ke atas Muhammad firman-Nya di dalam Surah Ali Imraan (3): 144 “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Sesiapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak akan mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun; dan Allah akan memberi balasan kepada golongan yang bersyukur”


Pejanjian Al-Hudaibiyyah.

503. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair dan lain-lainnya, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Semasa Rasulullah s.a.w menuju peperangan al-Hudaibiyyah, baginda s.a.w telah keluar pada bulan Dhu al-Qa‘idah. Semasa baginda s.a.w telah sampai ke tempat memulakan ihram, mereka melakukan ihram (ahramuu) dan memakai senjata.

Apabila sampai berita kepadanya bahawa musyrikin telah mengutus Khalid bin al-Walid bagi menolaknya, maka baginda s.a.w bersabda: Dapatkan aku seorang lelaki yang akan mengambilku bukan melalui jalan ini, lalu dibawa datang seorang lelaki dari Mazinah atau dari Juhainah, maka baginda s.a.w telah bertanya kepadanya, tetapi dia tidak bersetuju, maka baginda s.a.w bersabda: Dapatkan aku seorang lelaki selain daripadanya, lalu dibawa datang seorang lelaki lain sama ada dari Mazinah atau dari Juhainah, maka baginda s.a.w telah menyebutnya kepadanya, lalu dia telah mengambilnya bersamanya sehingga sampai di ‘Aqabah.

Baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang menaikinya, maka Allah akan mengampuninya sebagaimana Dia telah mengampuni Bani Israel, maka Dia telah berfirman kepada mereka di dalam Surah al-A‘raaf (7): 161 “Dan masukilah pintu gerbangnya sambil membongkok, nescaya kami mengampuni kesalahan-kesalahan kamu”. Maka kaum Ansar: Al-Aus dan al-Khazraj telah memulakannya. Bilangan mereka seribu lapan ratus orang. Apabila mereka turun di al-Hudaibiyyah, tiba-tiba seorang perempuan bersama anak lelakinya di atas al-Qalib, maka anak lelakinya telah melarikan diri, tetapi apabila dia pasti bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w, maka baginda s.a.w telah memerintahkannya, lalu dia memberi satu baldi air kepadanya.

Maka Rasulullah s.a.w telah mengambilnya, meminumnya dan membasuhkan mukanya. Kemudian dia telah mengambil baldinya, lalu mengembalikannya ke perigi beberapa ketika. Kemudian Rasulullah s.a.w telah keluar, lalu musyrikin mengutus Abban bin Sa‘id kepadanya dengan seekor kuda di sampingnya. Kemudian mereka mengutus al-Halis, lalu dia melihat unta sedang memakan sebahagiannya, lalu dia pulang tanpa mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata kepada Abu Sufyan: Wahai Abu Sufyan, kami tidak membuat perjanjian dengan kamu supaya kamu memulangkan unta dari tempatnya. Maka Abu Sufyan berkata: Diam, anda hanyalah seorang badwi, lalu dia berkata: Demi Allah, anda akan memisahkan diri anda dari Muhammad dan apa yang dia mahu atau aku akan tinggal berseorangan di Habsyah?

Dia berkata: Diam sehingga kami mengambil perjanjian daripada Muhammad. Kemudian mereka mengutus kepadanya ‘Urwah bin Mas‘ud yang telah datang kepada Quraisy mengenai kaum yang telah dikenakan tindakan oleh al-Mughirah bin Syu‘bah bahawa dia telah keluar bersama mereka dari Taif. Mereka adalah peniaga-peniaga, maka dia telah membunuh mereka. Kemudian dia telah datang kepada Rasulullah s.a.w dengan harta-harta mereka, maka Rasulullah s.a.w telah enggan menerimanya dan bersabda: Ini adalah suatu penipuan dan kami tidak berhajat kepadanya. Kemudian mereka telah mengutus kepada Rasulullah s.a.w, maka mereka telah berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah ‘Urwah bin Mas‘ud dan dia telah datang kepada kamu, dia membesar-besarkan unta-untanya, beliau s.a.w bersabda: Laksanakanlah, maka merekapun melaksanakannya.

Dia berkata: Wahai Muhammad, kenapakah kamu datang?

Baginda s.a.w bersabda: Aku datang, kerana melakukan tawaf di Ka‘bah dan berjalan di antara Safa dan Marwah. Aku akan menyembelih unta ini dan aku akan tinggalkan dagingnya kepada kamu.

Dia berkata: Tidak, demi al-Laata dan al-‘Uzza, aku tidak pernah melihat orang seperti anda menolak apa yang aku telah bawa kepadanya. Sesungguhnya kaum anda menyebutkan anda, Allah dan silaturahim, anda memasuki negeri mereka tanpa keizinan mereka, anda memutuskan silaturahim mereka dan anda melakukan permusuhan ke atas mereka.

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tidak akan melakukannya sehingga aku memasukinya.

‘Urwah bin Mas‘ud ketika bercakap-cakap dengan Rasulullah s.a.w, sambil memegang janggutnya dan al-Mughirah berdiri di kepalanya, lalu dia memukulnya dengan tangannya.

‘Urwah berkata: Siapakah ini, wahai Muhammad, beliau s.a.w bersabda: Ini adalah anak saudara anda al-Mughirah.

Dia berkata: Wahai penipu, demi Allah, aku tidak datang melainkan untuk membasuh kotoran anda. Kemudian dia pulang kepada mereka dan berkata kepada Abu Sufyan dan sahabatnya: Tidak, aku tidak pernah melihat orang seperti Muhammad menolak apa yang dibawa kepadanya, maka utuslah kepadanya Suhail bin ‘Umru dan Haubatab bin ‘Abd al-‘Aza. Lantas Rasulullah s.a.w memerintahkan mereka, lalu terserlah kepenatan pada muka-muka mereka, maka mereka berdua berkata: Kamu datang berjumpa siapa?

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku datang untuk melakukan tawaf, berjalan di antara Safa dan Marwah, aku akan menyembelih unta dan aku akan tinggalkan di antara kamu dan dagingnya.

Mereka berdua berkata: Kaum anda menyeru anda dengan nama Allah dan silaturahim supaya anda tidak memasuki negeri mereka tanpa keizinan mereka, memutus silaturahim mereka dan melakukan permusuhan ke atas mereka. Maka Rasulullah s.a.w telah menolak permintaan mereka berdua melainkan memasukinya.

Rasulullah s.a.w mahu mengutus Umar, tetapi Umar berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya keluargaku sedikit dan sesungguhnya aku pada mereka sebagaimana anda mengetahuinya, tetapi aku menunjukkan anda kepada Uthman bin ‘Affan[117]. Maka Rasulullah s.a.w telah mengutus kepadanya dan bersabda: Pergilah kepada kaum anda yang mukminin, berilah khabar gembira kepada mereka sebagaimana dijanjikan oleh Tuhanku untuk pembukaan Makkah. Apabila Uthman bertolak, dia berjumpa Abban bin Sa‘id, tetapi dia terlambat turun dari untanya, lalu Uthman memegang dua tangannya.

Kemudian Uthman pun masuk, lalu memberitahu mereka. Pertengkaran telah berlaku, Suhail bin ‘Umru telah duduk di sisi Rasulullah s.a.w, Uthman telah duduk di kem askar musyrikin. Rasulullah s.a.w telah memberi baiah kepada muslimin dan memukul salah satu tangannya di atas yang lain untuk Uthman, muslimin berkata: Alangkah beruntungnya Uthman, dia telah melakukan tawaf di Ka‘bah, berjalan di antara Safa dan Marwah serta melakukan tahlil, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Dia belum lagi melakukannya. Manakala datangnya Uthman, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda telah melakukan tawaf di Ka‘bah? Dia berkata: Aku tidak akan melakukan tawaf di Ka‘bah sedangkan Rasulullah (s.a.w) belum melakukannya. Kemudian dia menyebut kisah dan apa yang telah berlaku.

Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Ali a.s: Tulis Bismillahir Rahmanir Rahim.

Suhail berkata: Aku tidak tahu apakah itu al-Rahman al-Rahim melainkan aku menyangka ini adalah di al-Yamamah, tetapi tulislah sebagaimana kami menulis dengan nama Allahumma.

Beliau s.a.w bersabda: Tulis: Ini adalah apa yang dilaksanakan oleh Rasulullah ke atas Suhail bin ‘Umru.

Suhail berkata: Di atas apakah kami memerangi anda, wahai Muhammad?!

Beliau s.a.w bersabda: Aku adalah Rasulullah dan aku adalah Muhammad bin Abdullah.

Maka orang ramai berkata: Anda adalah Rasulullah.

Beliau s.a.w bersabda: Tulislah, lalu dia menulis: Ini adalah apa yang dilaksanakan oleh Muhammad bin Abdullah.

Orang ramai berkata: Anda adalah Rasulullah bahawa sesiapa daripada kami datang kepada kamu, maka kamu memulangkannya kepada kami. Rasulullah tidak memaksa [sesiapapun] mengenai agamanya dan sesiapa daripada kamu yang datang kepada kami, maka kami tidak memulangkannya kepada kamu.

Rasulullah s.a.w bersabda: Kami tidak berhajat kepada mereka dan Allah disembah pada [masyarakat] kamu secara terang-terangan bukan secara rahsia lagi sekalipun mereka mengadakan gencatan senjata di dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah, tetapi persoalan yang lebih besar keberkatannya adalah Islam hampir menguasai penduduk Makkah.

Maka Suhail bin ‘Umru telah memukul di atas bahu anak lelaki Abu Jundal, dia berkata: Perkara yang pertama kita telah mengalahkannya.

Rasulullah s.a.w bersabda: Anda tidak mengalahkan kami di atas sesuatupun?

Dia berkata: Wahai Muhammad, anda bukanlah penipu?

Dia telah pergi dengan Abu Jundal dan berkata: Wahai Rasulullah, anda akan menolak aku kepadanya?

Beliau s.a.w bersabda: Aku tidak mensyaratkan untuk anda. Kemudian beliau s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku, Jadilah jalan keluar untuk Abu Jundal.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Nisaa’ (4):90 “Atau golongan yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa keberatan untuk memerangi kamu dan memerangi kaumnya”

504. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban daripada al-Fadhl Abi ‘Abbas, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4):90 “Atau golongan yang datang kepada kamu sedang hati mereka merasa keberatan untuk memerangi kamu dan memerangi kaumnya”, beliau a.s berkata: Ayat ini diturunkan kepada Bani Mudlaj, kerana mereka telah datang kepada Rasulullah (s.a.w) dan berkata: Sesungguhnya hati kami keberatan untuk mengakui bahawa anda adalah Rasulullah, maka kami bukanlah bersama anda dan bukanlah bersama kaum kami menentang anda. Aku berkata: Bagaimanakah tindakan Rasulullah (s.a.w) terhadap mereka? Beliau a.s berkata: Beliau s.a.w menyeru mereka jika mereka menyahuti seruannya dan jika tidak, beliau s.a.w memerangi mereka.


Hadis Mengenai Tetamu Ibrahim Dan Pembinasaan Kaum Lut A.S.

505. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn fadhdhal, daripada Daud bin Abi Yazid iaitu Furqad, daripada Abu Yazid al-Himar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengutus empat malaikat untuk membinasakan kaum Lut: Jibrail, Mikail, Israfil dan Karubiil a.s. Mereka telah melalui Ibrahim a.s dengan memakai serban, memberi salam kepadanya, tetapi Ibrahim a.s tidak mengenali mereka, hanya melihat mereka di dalam keadaan yang baik, maka Ibrahim a.s berkata: Aku sahaja yang melayani mereka, menjadi tuan tetamu, lalu beliau a.s memanggang untuk mereka seekor lembu jantan yang gemuk sehingga masak. Kemudian beliau mendekatkannya kepada mereka. Manakala beliau a.s meletakkannya di hadapan mereka “Maka tatkala dilihatnya tangan mereka tidak menjamahnya, Ibrahim memandang aneh perbuatan mereka dan merasa takut kepada mereka” Surah Hud (11): 70.

Manakala Jibrail a.s melihat ketakutannya, lalu dia mengalihkan serbannya daripada mukanya dan kepalanya, lantas Ibrahim a.s berkata: Anda dia? Jibrail a.s berkata: Ya, dan perempuannya Sarah telah melaluinya, maka dia telah memberi khabar gembira kepadanya dengan Ishaq dan selepas Ishaq adalah Ya‘qub. Maka Sarah berkata: Apakah firman Allah? Mereka menjawabnya sebagaimana di dalam al-Qur’an. Kemudian Ibrahim a.s berkata kepada mereka: Apakah tujuan kedatangan kamu?

Mereka berkata kepadanya: Untuk membinasakan kaum Lut, maka Ibrahim a.s berkata kepada mereka: Sekiranya pada mereka seratus mukminin adakah kamu akan membinasakan mereka? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka lima puluh? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka tiga puluh? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka dua puluh? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka sepuluh? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim berkata: Sekiranya pada mereka lima? Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sekiranya pada mereka seorang?

Jibrail a.s berkata: Tidak, Ibrahim a.s berkata: Sesungguhnya pada mereka adalah Lut, mereka berkata: Kami lebih mengetahui mengenai siapakah padanya, kami akan menyelamatkannya dan keluarganya selain daripada isterinya yang ingkar. Kemudian mereka telah pergi, al-Hasan al-Askari Abu Muhammad berkata: Aku tidak mengetahui kata-kata itu selain Ibrahim a.s telah meminta supaya mereka tinggal bersama sebagaimana firman Allah di dalam Surah Hud (11): 74 “diapun bersoaljawab dengan (malaikat) Kami mengenai kaum Lut”. Kemudian mereka telah mendatangi Lut di ladangnya di pinggir bandar, memberi salam kepadanya di dalam keadaan memakai serban.

Manakala Lut a.s melihat mereka di dalam keadaan yang tampan, memakai serban putih dan kain putih, maka Lut a.s berkata: Rumah, maka mereka berkata: Ya, lalu Lut a.s mendahului mereka dan mereka berjalan di belakangnya. Lut a.s telah menyesal, kerana menjemput mereka ke rumah dan berkata: Apakah anda telah lakukan, aku membawa datang kaumku kepada mereka sedangkan aku mengetahui mereka. Kemudian Lut a.s telah berpaling kepada mereka dan berkata: Sesungguhnya kamu mendatangi sejahat-jahat makhluk Allah, Jibrail a.s berkata: Kami tidak tergesa-gesa ke atas mereka sehingga dia memberi tiga syahadat (penyaksian), maka Jibrail a.s berkata: Ini adalah satu syahadat, kemudian Lut a.s berjalan beberapa ketika dan berpaling kepada mereka sambil berkata: Sesungguhnya kamu mendatangi sejahat-jahat makhluk Allah, maka Jibrail a.s berkata: Ini adalah syahadat kedua.

Kemudian Lut a.s pergi dan apabila beliau a.s telah sampai di pintu bandar, beliau a.s berpaling kepada mereka dan berkata: Sesungguhnya kamu mendatangi kepada sejahat-jahat makhluk Allah, maka Jibrail a.s berkata: Ini adalah shahadat yang ketiga. Kemudian Lut a.s masuk, maka mereka telah masuk bersama. Manakala perempuannya telah melihat mereka di dalam keadaan yang tampan, maka diapun naik ke tingkat atas, lalu jatuh pengsan, tetapi mereka (kaumnya) tidak mendengarnya, maka dia telah mengeluarkan asap. Apabila mereka melihat asap, maka mereka mulai bergegas ke pintu untuk memasukinya. Maka dia telah turun kepada mereka sambil berkata: Di sisi Lut ada satu kaum yang mana aku tidak pernah melihat orang yang lebih tampan daripada mereka[118]. Lalu mereka datang ke pintu rumah untuk memasukinya.

Manakala Lut a.s melihat mereka, maka beliau a.s berdiri di hadapan mereka sambil berkata: “Wahai kaum, takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu menghinaku mengenai tetamuku, tidakkah di kalangan kamu seorang lelaki yang cerdik”, maka Lut a.s berkata: “Mereka itu adalah puteri-puteriku, mereka adalah lebih suci untuk kamu”, maka Lut a.s telah menyeru mereka kepada yang halal, tetapi mereka berkata: “Sesungguhnya kamu telah tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki. Lut berkata: “Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat” Surah Hud (11):78-80, maka Jibrail a.s berkata: Jika Lut mengetahui mana-mana kekuatan untuknya.

Kemudian mereka berkumpul di sisinya sehingga mereka memasuki rumahnya. Lantas Jibrail a.s melaung: Wahai Lut, biarkan mereka masuk. Manakala mereka masuk, maka Jibrail a.s menggerakkan anak tangannya ke arah mereka, lantas mata mereka hilang penglihatan. Iaitu firman Allah “Lalu kami butakan mata mereka” Surah al-Qamar (54):37. Kemudian Jibrail a.s menyeru dan berkata: “Wahai Lut, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam” Surah Hud (11): 81.

Jibrail a.s berkata: Sesungguhnya kami diutus supaya membinasakan mereka, maka Lut a.s berkata: Wahai Jibrail, percepatkanlah, maka Jibrail a.s berkata: “Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah pada waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?” Surah Hud (11): 81.

Jibrail a.s telah memerintahkan Lut a.s supaya membawa pengikut-pengikutnya kecuali isterinya. Kemudian Jibrail a.s telah mencabutnya dengan dua sayapnya daripada tujuh bumi, kemudian mengangkatnya sehingga penghuni langit dunia mendengar salakan anjing dan kokokan ayam jantan. Kemudian dia telah membalikkannya, menghujani ke atasnya dan golongan di sekeliling bandar dengan batu daripada sijjil.

Apa Yang Dilakukan Oleh Al-Hasan Bin Ali A.S Adalah Untuk Kebaikan Umat ini.

506. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abi al-Sabah bin ‘Abd al-Hamid, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Demi Allah, apa yang telah dilakukan oleh al-Hasan bin Ali a.s adalah untuk kebaikan umat ini selama matahari meneranginya, demi Allah, ayat ini telah diturunkan “Tidakkah kamu perhatikan kepada golongan yang dikatakan kepada mereka: “tahanlah tanganmu (dari berperang), dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat”. Surah al-Nisaa’ (4): 77.

Sesungguhnya ayat ini adalah mentaati imam dan menuntut peperangan. Manakala peperangan diwajibkan ke atas mereka bersama al-Husain a.s, mereka berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau mewajibkan peperangan ke atas kami? Mengapa tidak Engkau tangguhkan kepada kami sampai kepada beberapa waktu” Surah al-Nisaa’, (4): 77, nescaya kami menyahuti seruan Engkau dan kami mengikuti para rasul. Mereka mahu ia ditangguhkan kepada al-Qaim a.s.


Hadis Mengenai Soalan Mu‘alla Bin Khanis Mengenai Bintang-Bintang.

507. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab dan beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin al-Hasaan, daripada Ali bin ‘Atiyyah al-Ziyaat, daripada Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai bintang-bintang dan haknya? Maka beliau a.s berkata: Ya, sesungguhnya Allah telah mengutus al-Musytari ke bumi di dalam bentuk seorang lelaki, lalu dia telah mengambil seorang lelaki bukan Arab dan mengajarnya ilmu bintang-bintang sehingga dia menyangka bahawa dia telah baligh, kemudian dia berkata kepadanya: Lihatlah, di manakah al-Musytari? Maka lelaki itu berkata: Aku tidak melihatnya di planet dan aku tidak tahu di manakah dia?

Maka dia menjauhinya dan mengambil seorang lelaki dari India, lalu dia mengajarnya ilmu bintang-bintang sehingga dia menyangka bahawa dia telah baligh dan berkata: Lihatlah kepada al-Musytari di manakan dia? Maka dia berkata: Sesungguhnya kiraanku bahawa anda adalah al-Musytari, lalu dia bertempik dengan satu tempikan, lalu mati. Justeru ilmunya diwarisi oleh ahlinya. Maka ilmu [bintang-bintang] adalah di sana[119].


Kepakaran Ilmu Bintang.

508. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Jamil bin Salih, daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Beliau a.s ditanya mengenai ilmu bintang-bintang, maka beliau a.s berkata: Tidak diketahui akan ilmu bintang-bintang melainkan oleh ahlu bait daripada Arab dan ahlu bait daripada India.


Pembunuhan Al-Sufyaani Adalah Di Antara Alamat Al-Qaim A.S.

509. Hamid bin Ziyad, daripada Abi al-‘Abbas ‘Ubaidillah bin Ahmad al-Dahqan, daripada Ali bin al-Hasan al-Tatari, daripada Muhammad bin Ziyad biya‘ al-Sabiri, daripada Abban, daripada Sabah bin Siyabah daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah membawa surat ‘Abd al-Salam bin Na‘aim, Sudair dan lain-lain kepada Abu Abdullah a.s ketika zahirnya draf sebelum zahirnya anak lelaki al-‘Abbas bahawa sesungguhnya kami telah meramalkan bahawa urusan khilafah akan berpindah kepada anda, apa pendapat anda? Beliau a.s terus mencampakkan surat-surat itu ke tanah, kemudian berkata: Tidak, tidak, aku bukanlah imam kepada mereka kerana mereka mengetahui bahawa imam akan membunuh al-Sufyani.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Nuur (24): 36 “Di rumah-rumah yang diperintahkan untuk dimuliakan”

510. Abban, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nuur (24): 36 “Di rumah-rumah yang diperintahkan untuk dimuliakan”, beliau a.s berkata: Iaitu rumah-rumah Nabi s.a.w.


Baju Besi Rasulullah S.A.W.

511. Abban, daripada Yahya bin Abi al- ‘Alaa’ berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Baju besi Rasulullah s.a.w mempunyai keistimewaannya baginya dua siri berbentuk daun di hadapannya dan dua siri berbentuk daun pada belakangnya dan berkata: Ali a.s telah memakainya pada peperangan Jamal.


Tali Hijau Dari Langit.

512. Abban, daripada Ya‘qub bin Syu‘aib, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ali a.s telah mengikat perutnya pada peperangan Jamal dengan tali hijau yang telah dibawa turun oleh Jibrail a.s dari langit. Rasulullah s.a.w pernah mengikat perutnya apabila beliau a.s memakai baju besi.


Aku Telah Kembali Kepada Tuhanku Yang Pertama.

513. Abban, daripada al-Fudhail bin Yassar, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Uthman telah berkata kepada al-Miqdad: Demi Allah, anda akan menamatkannya atau aku akan mengembalikan anda kepada tuhan anda yang pertama[120]. Apabila kematian menghampiri al-Miqdad, maka beliau berkata kepada ‘Ammar: Sampaikan kepada Uthman mengenaiku bahawa sesungguhnya aku telah kembali kepada Tuhanku Yang Pertama[121].


Di Atasku Agama Anda Semuanya.

514. Abban, daripada Fudhail dan ‘Ubaid daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila kematian hampir kepada Muhammad bin Usamah, Bani Hasyim datang kepadanya dan beliau berkata kepada mereka: Sesungguhnya kamu telah mengetahui kerabatku dan kedudukanku daripada kamu dan di atasku agamaku, maka aku suka kamu menjaminnya untukku. Lalu Ali bin al-Husain a.s berkata: Demi Allah, satu pertiga agama anda di atasku. Kemudian beliau diam, maka merekapun diam. Ali bin al-Husain a.s berkata: Di atasku agama anda semuanya. Kemudian beliau a.s berkata: Tidak ada halangan bagiku untuk menjaminnya pada mula lagi selain dari tidak mahu mereka berkata: Kami telah mendahuluinya.


Pengaduan Unta Betina Rasulullah S.A.W.

515. Abban, daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w apabila turun dari unta betinanya, beliau a.s menggantungkan tali kekangnya di atasnya. Kemudian beliau a.s berkata: Seorang lelaki akan memberi sedikit [makanan] kepadanya dan lelaki lain pula akan melakukan perkara yang sama, justeru dia (unta betina) sentiasa terasa kenyang. Beliau a.s berkata: Dia telah memasukkan kepalanya di tempat persembunyian Samurah bin Jundab, kemudian beliau mengambil tombak dan memukulnya di atas kepalanya, lalu mencederakannya. Lantas dia keluar kepada Nabi s.a.w dan mengadu kepadanya.


Maryam Telah Mengandungkan Isa A.S Selama Sembilan Jam.

516. Abban, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Maryam a.s telah mengandungkan Isa a.s selama sembilan jam, setiap jam adalah sebulan.


Hari Ini Adalah Bagi Malam Yang Lalu.

517. Abban, daripada Umar bin Yazid berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s bahawa golongan al-Mughiriyyah telah menyangka hari ini adalah untuk malam yang akan datang? Beliau a.s berkata: Mereka telah berbohong, hari ini adalah bagi malam yang lalu. Sesungguhynya penduduk Batn Nakhlah apabila mereka melihat anak bulan, mereka berkata: Sesungguhnya telah masuk bulan haram.


Syi‘ah Adalah Mereka Yang Istimewa Dan Ikhlas Kepada Kami Ahlu l-Bait.

518. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin Salar bin Abi ‘Umrah, daripada Abi Maryam al-Thaqafi, daripada ‘Ammar bin Yasir berkata: Ketika aku berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Syi‘ah adalah mereka yang istimewa dan ikhlas kepada kami Ahlu l-Bait, lantas Umar berkata: Wahai Rasulullah, perkenalkan mereka kepada kami sehingga kami mengenali mereka, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku tidak bersabda kepada kamu melainkan aku mahu memberitahu kepada kamu.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Aku adalah penunjuk (al-Dalil) kepada Allah, Ali adalah kemenangan agama dan menaranya adalah Ahlu l-Bait, merekalah lampu-lampu yang mana cahaya diambil daripada mereka, maka Umar berkata: Sesiapa yang mana hatinya tidak bersetuju dengan ini? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Hati tidak diletak di tempat itu melainkan untuk bersetuju (li-yuwaafiqa) atau menyalahi (li-yukhaalifa). Justeru sesiapa yang mana hatinya bersetuju dengan kami Ahlu l-Bait akan berjaya (kaana naajian) dan sesiapa yang mana hatinya menyalahi kami Ahlu l-Bait akan binasa (kaana haalikan)[122].


Kamu Telah Bermusuhan Dengan Keluarga Kamu Kerana Kami.

519. Ahmad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada al-Qutaibah al-A‘syaa, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Kamu telah bermusuhan dengan bapa-bapa, anak-anak dan pasangan-pasangan kamu (al-Azwaaj) kerana kami. Justeru pahala kamu adalah di atas Allah a.w. Kamu lebih berhajat [kepada pertolongan kami] apabila nyawa telah sampai ke halkum.


Ali Adalah Manusia Yang Paling Aula Selepas Rasulullah (s.a.w).

520. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Daud Ibn Sulaiman al-Himar daripada Sa‘id bin Yasar berkata: Kami telah meminta izin daripada Abu Abdullah a.s, aku, al-Harith bin al-Mughirah al-Nasri dan Mansur al-Saiqal telah datang ke rumah Tahir maulanya, lalu kami mengerjakan solat Asar. Kemudian kami telah pergi kepadanya, maka kami telah mendapatinya berpegang di katil dekat dengan tanah. Maka kamipun telah duduk di kelilingnya. Kemudian beliau a.s duduk.

Kemudian beliau a.s meluruskan dua kakinya sehingga beliau a.s meletakkan dua kakinya di atas tanah, kemudian beliau a.s berkata: Segala puji bagi Allah yang mana manusia pergi ke kanan dan ke kiri, golongan Murjiah, golongan Khawarij dan golongan Qadariyyah. Kamu menamakan diri kamu dengan golongan Turaabiyyah. Kemudian beliau a.s berkata dengan sumpahnya: Demi Allah, tiada dia melainkan Allah Yang Tunggal, tiada syirik bagi-Nya, Rasul-Nya, keluarganya (a.s) dan Syi‘ah mereka, Allah memuliakan mereka, adapun selain daripada itu, adalah tidak [benar]. Ali, demi Allah, adalah manusia yang paling aula selepas Rasulullah (s.a.w)-Beliau a.s telah berkata sedemikian sebanyak tiga kali.


Kelebihan Keluarga Muhammad S.A.W.

521. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Ali bin al-Mastaurid al-Nakha‘i, daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya para malaikat di langit dunia melihat kepada yang pertama (Abu Bakr), yang kedua (Umar) dan yang ketiga (Uthman) sedang mereka menyebut kelebihan keluarga Muhammad a.s, maka mereka berkata: Tidakkah kamu melihat kepada mereka yang mempunyai bilangan yang sedikit sedangkan mereka pula mempunyai bilangan yang ramai, menceritakan kelebihan keluarga Muhammad a.s. Golongan malaikat yang lain pula berkata: Itu adalah kelebihan Allah, Dia mengurniakannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah mempunyai kelebihan yang besar.


Janganlah Kamu Membebankan Syi‘ah Kami.

522. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Umar bin Hanzalah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Umar, janganlah kamu membebankan Syi‘ah kami, berlembutlah dengan mereka kerana orang ramai tidak dapat memikul apa yang kamu pikul (laa tahmiluu ‘alaa syi‘ati-naa wa irfaquu bi-him fa-inna al-Naasa laa yahtamiluuna maa tahmiluun).


Mengenai Firman Allah Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami”

523. Muhammad bin Ahmad al-Qummi, daripada Abdullah bin al-Salt, daripada Yunus bin Abd al-Rahman daripada Abdullah bin Sinan, daripada Husain bin Jamal, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) Sebahagian daripada jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi golongan yang hina”, beliau a.s berkata: Mereka berdua (Abu Bakr dan Umar). Kemudian beliau a.s berkata: Polan (Umar) adalah syaitan.


Mengenai Firman Allah Surah Fussilat (41): 29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami”

524. Yunus, daripada Surat bin Kulaib daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Fussilat (41):29 “Wahai Tuhan kami perlihatkanlah kepada kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami (iaitu) Sebahagian daripada jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi golongan yang hina”, beliau a.s berkata: Wahai Surah, mereka berdua (Abu Bakr dan Umar)-Beliau a.s telah berkata sedemikian sebanyak tiga kali-Demi Allah, wahai Surat, sesungguhnya kami adalah penyimpan ilmu Allah di langit dan sesungguhnya kami adalah penyimpan ilmu Allah di bumi.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Nisaa’ (4):108 “Ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak reda”

525. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain Ibn Sa‘id, daripada Sulaiman al-Ja‘fari berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4):108 “Ketika pada suatu malam mereka menetapkan keputusan rahsia yang Allah tidak reda”, beliau a.s berkata: Iaitu polan (Abu Bakr), polan (Umar) dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Nisaa’ (4): 63 “Mereka itu adalah golongan yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka”

526. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Ismail, dan daripada orang lain, daripada Mansur bin Yunus, daripada Ibn Adhinah, daripada Abdullah al-Najjaasyi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 63 “Mereka itu adalah golongan yang Allah mengetahui apa yang di dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu daripada mereka, berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berkesan pada jiwa mereka”. Iaitu, demi Allah, polan (Abu Bakr) dan polan (Umar). “Dan kami tidak mengutus seorang rasul, melainkan untuk ditaati dengan izin Allah. Sesungguhnya jikalau mereka menzalimi diri mereka datang kepadamu, lalu memohon ampun kepada Allah dan Rasulpun memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima Tubat lagi Maha Penyayang” Surah al-Nisaa’ (4): 64.

Iaitu, demi Allah, Nabi s.a.w dan Ali a.s dari apa yang mereka telah lakukan. Iaitu jikalau mereka mendatangi anda, wahai Ali, maka mereka memohon ampun daripada Allah dari apa yang mereka telah lakukan dan Rasul s.a.w pula mengampuni mereka, nescaya mereka mendapati Allah menerima taubat mereka. “Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan”, Abu Abdullah a.s berkata: Dia adalah Ali a.s. “Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan” (di atas lidah anda, wahai Rasulullah, iaitu apa yang dimaksudkan dengannya ialah wilayah Ali) “Dan mereka menerima dengan sepenuhnya” untuk Ali a.s.


Mimpi Mengikut Takwil.

527. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Mu‘ammar bin Khalad berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s berkata: Mungkin anda telah melihat [sesuatu] di dalam mimpi anda, maka takwillah mimpi anda kerana mimpi mengikut takwil anda.


Takbir Mimpi Kepada Kebaikan.

528. Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Jaham berkata: Aku telah mendengar Abu al-Hasan a.s berkata: Mimpi mengikut takwil anda, maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya mimpi menjadi raja merupakan mimpi-mimpi yang kosong. Abu al-Hasan a.s berkata: Sesungguhnya seorang perempuan telah bermimpi pada masa Rasulullah s.a.w bahawa tiang rumahnya telah pecah, lalu dia telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan menceritakan kepadanya mimpinya. Maka Nabi s.a.w bersabda: Suami anda akan pulang di dalam keadaan baik. Suaminya telah hilang, kemudian dia kembali sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian suaminya telah hilang pada kali kedua, lalu perempuan itu melihat di dalam mimpinya seolah-olah tiang rumahnya telah pecah, lalu dia mendatangi Rasulullah s.a.w, memberitahu kepadanya mengenai mimpinya, maka baginda s.a.w bersabda: Suami anda akan pulang di dalam keadaan baik.

Kemudian suaminya pulang sebagaimana disabdakan oleh Nabi s.a.w. Kemudian suaminya telah hilang pada kali yang ketiga. Maka dia telah melihat di dalam mimpinya bahawa sesungguhnya tiang rumahnya telah pecah, lalu dia berjumpa dengan seorang lelaki yang susah, lalu dia memberitahu kepadanya mengenai mimpinya, maka lelaki itu telah memberitahunya keburukan: Suami anda akan mati. Berita ini telah sampai kepada Nabi s.a.w, maka baginda s.a.w bersabda: Kenapa tidak dia mentakbir kepadanya kebaikan.


Takbir Mimpi.

529. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Mahbub, daripada Abdullah bin Ghalib, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya mimpi seorang mukmin merupakan jarak di antara langit dan bumi di atas tuannya sehingga dia mentakbirkannya untuk dirinya atau dia mentakbirkannya untuknya seumpamanya. Apabila ia ditakbirkannya, maka janganlah kamu memberitahunya kepada sesiapapun melainkan kepada orang yang berakal.


Mimpi Boleh Diceritakan Kepada Mukmin.

530. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin khalid, daripada al-Qasim bin ‘Urwah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Mimpi tidak boleh diceritakan melainkan kepada mukmin yang bersih daripada perasaan hasad dan kezaliman.


Hadis Mengenai Dhi Al-Namirah.

531. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Abban bin Uthman, daripada seorang lelaki, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Pada masa Rasulullah ada seorang lelaki yang bernama Dhu al-Namirah. Dia adalah seorang yang paling hodoh. Dia dinamakan dengan Dhu al-Namirah adalah kerana kehodohannya. Dia telah mendatangi Nabi s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah, beritahuku apakah yang Allah telah fardukan ke atasku?

Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Dia telah memfardukan ke atas anda tujuh belas rakaat sehari semalam, puasa bulan Ramadan apabila anda mendapatinya, haji apabila anda mampu melakukannya dan zakat, lalu baginda s.a.w telah menghuraikannya kepadanya. Dia berkata: Demi Yang telah mengutus anda sebagai seorang Nabi, aku tidak mahu menambah sedikitpun di atas apa yang Dia telah fardukan ke atasku, maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya: Kenapakah wahai Dhu al-Namirah?

Maka dia berkata: Sebagaimana Dia telah menciptakan aku seorang yang hodoh. Lalu Jibrail a.s turun ke atas Nabi s.a.w, maka dia berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Tuhan anda telah memerintahkan anda supaya menyampaikan salam-Nya kepada Dhu al-Namirah dan anda berkata kepadanya: Tuhan anda berkata kepada anda: Adakah anda reda bahawa Aku akan mengumpulkan engkau sekacak Jibrail a.s pada hari Kiamat? Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Wahai Dhu al-Namirah, ini adalah Jibrail a.s memerintahkan aku supaya menyampaikan salam dan Tuhan anda berfirman: Adakah anda reda bahawa Aku akan mengumpulkan engkau sekacak Jibrail a.s pada hari Kiamat? Maka Dhu al-Namirah berkata: Sesungguhnya aku telah reda, wahai Tuhanku, dengan kemulian Engkau, aku akan menambahkan [perintah] Engkau sehingga Engkau reda.


Hadis Tentag Orang Yang Dihidupkan Oleh Isa A.S

532. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abi Jamilah, daripada Abban bin Taghlab dan lain-lain, daripada Abu Abdullah a.s bahawa beliau a.s telah ditanya adakah Isa bin Maryam telah menghidupkan seorang selepas kematiannya sehingga baginya makanan, rezeki, masa dan anak? Maka beliau a.s berkata: Ya, sesungguhnya baginya sahabat dan saudara di dalam agama Allah. Isa a.s telah melaluinya, dan melawatnya. Sesungguhnya Isa a.s telah menghilangkan diri daripadanya. Kemudian beliau a.s datang kembali dan memberi salam kepadanya, lalu ibunya keluar kepadanya, maka Isa a.s telah bertanya kepadanya mengenainya. Ibunya berkata: Dia telah mati, wahai Rasulullah, maka beliau a.s berkata: Adakah anda suka melihatnya? Dia berkata: Ya, maka beliau a.s berkata kepadanya: Besok aku akan datang kepada anda sehingga aku menghidupkannya untuk anda dengan izin Allah. Apabila tiba keesokannya, maka beliau a.s datang kepadanya dan berkata: Datang bersamaku ke kuburnya, maka mereka berduapun pergi sehingga mereka sampai di kuburnya. Lalu Isa a.s berdiri di atasnya. Kemudian beliau a.s berdoa kepada Allah, lalu kuburnya terbuka dan anak lelakinya keluar di dalam keadaan hidup.

Manakala ibunya melihatnya dan Isa a.s melihat ibunya menangis, maka beliau a.s mengasihani mereka berdua dan berkata kepadanya: Adakah anda mahu tinggal bersama ibu anda di dunia? Maka dia berkata: Wahai Nabi Allah, adakah dengan makan, rezeki dan masa atau tanpa makan, tanpa rezeki dan tanpa masa? Maka Isa a.s berkata kepadanya: Dengan makan, rezeki, masa dan umur anda adalah dua puluh tahun. Anda akan bernikah dan mendapat seorang cahaya mata, maka dia berkata: Jikalau begitu, ya, lalu beliau a.s menolaknya kepada ibunya. Kemudian dia telah hidup selama dua puluh tahun, berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Hajj (22): 25 “Dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim”

533. Ibn Mahbub, daripada Abu Walad dan lain-lainnya di kalangan sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Hajj (22): 25 “Dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih”, beliau a.s berkata: Sesiapa yang telah menyembah padanya selain daripada Allah a.w atau mewalikan padanya selain daripada para wali Allah, maka dia adalah pelaku kejahatan secara zalim (mulhid bi-zulmin) dan Allah akan merasakannya sebahagian daripada siksa yang pedih.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Hajj (22): 40 “Golongan yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata:“ Tuhan kami hanyalah Allah”

534. Ibn Mahbub, daripada Abu Ja‘far al-Ahwal, daripada Salam al-Mustanir, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Hajj (22): 40 “Golongan yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata:“ Tuhan kami hanyalah Allah”, beliau a.s berkata: Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah s.a.w, Ali, Hamzah, Ja‘far dan telah berlaku kepada al-Husain secara umum.


Mengenai Firman Allah Surah Al-Maidah (5): 109 “Hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya: “Apa jawaban kaummu terhadapmu?

535. Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Barid al-Kinasi berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Maidah (5): 109 “Hari di waktu Allah mengumpulkan para rasul, lalu Allah bertanya: “Apa jawaban kaummu terhadapmu? Para rasul menjawab: Tidak ada pengetahuan kami”, beliau a.s berkata: Takwilnya: Apakah kamu telah menjawab mengenai para wasi kamu yang kamu telah melantik mereka di atas umat-umat kamu? Mereka berkata: Tidak kami mengetahui apa yang mereka telah lakukan selepas kami.


Hadis Mengenai Islamnya Ali A.S

536. Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Hamzah daripada Sa‘id bin al-Musayyab berkata: Aku telah bertanya Ali bin al-Husain a.s mengenai berapakah umur Ali bin Abu Talib ketika beliau a.s memeluk Islam? Maka beliau a.s berkata: Atau beliau pernah kafir. Sesungguhnya Ali a.s ketika Allah mengutus Rasul-Nya (s.a.w) berumur sepuluh tahun dan beliau a.s tidak pernah kafir. Beliau a.s telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya (s.a.w), mendahului orang lain beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan solat selama tiga tahun.

Solat yang pertama dilakukan oleh Ali a.s bersama Rasulullah s.a.w adalah solat Zuhur sebanyak dua rakaat. Demikianlah Allah fardukan ke atas orang yang telah memeluk Islam di Makkah dua rakaat dua rakaat. Rasulullah s.a.w pernah mengerjakan solat di Makkah dua rakaat dan Ali a.s mengerjakan solat bersamanya di Makkah sebanyak dua rakaat selama sepuluh tahun sehingga Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah. Baginda s.a.w telah melantik Ali a.s di dalam beberapa perkara yang tidak dilakukan oleh orang lain selain daripadanya. Rasulullah s.a.w telah keluar dari Makkah pada hari pertama daripada bulan Rabi‘ al- Awwal; iaitu pada hari Khamis tiga belas tahun kerasulannya.

Baginda s.a.w telah datang ke Madinah [perjalanan] selama dua belas malam pada bulan Rabi‘ al-Awwal ketika matahari condong. Baginda s.a.w telah singgah di Qaba, mengerjakan solat Zuhur dua rakaat, solat Asar dua rakaat. Kemudian baginda s.a.w terus bermalam di sana menunggu Ali a.s mengerjakan solat yang lima sebanyak dua rakaat dua rakaat. Baginda s.a.w telah bermalam di sisi ‘Umru bin ‘Auf dan bermukim di sisi mereka beberapa hari, mereka berkata: Adakah anda mahu tinggal bersama kami, maka kami akan mengambil rumah dan masjid untuk anda? Baginda s.a.w bersabda: Tidak, sesungguhnya aku sedang menunggu Ali bin Abu Talib.

Aku telah memerintahkannya supaya datang kepadaku dan aku tidak akan menetap di mana-mana tempat tinggal sehingga Ali datang dan aku tidak akan gopoh insyaa’ Allah. Kemudian Ali a.s datang sedang Nabi s.a.w berada di rumah ‘Umru bin ‘Auf, lalu beliau a.s bermalan bersamanya. Kemudian Rasulullah s.a.w apabila Ali a.s datang, baginda s.a.w berpindah dari Qaba kepada Bani Salim bin ‘Auf dan Ali a.s bersamanya pada hari Jumaat ketika matahari naik menggariskan sebuah masjid untuk mereka dan menetapkan kiblatnya. Kemudian baginda s.a.w telah mengerjakan solat Jumaat bersama mereka padanya sebanyak dua rakaat dan memberi dua khutbah. Kemudian baginda s.a.w telah pergi ke Madinah menaiki unta betina yang dinaikinya sebelumnya dan Ali a.s tidak berpisah dengannya.

Nabi s.a.w tidak melalui kabilah-kabilah Ansar melainkan mereka datang kepadanya memintanya supaya bermalam bersama mereka, maka baginda s.a.w bersabda kepada mereka: Beri laluan kepada unta betina kerana ia diperintah. Maka unta betina itu pun berjalan dan Rasulullah s.a.w meletakkan tali kekang di atasnya sehingga ia berhenti di pintu masjid Rasulullah s.a.w sekarang, lalu ia berdiri di sisinya dan meletakkan kepalanya di tanah, lalu baginda s.a.w turun dan Abu Ayyub datang dengan segera menyambutnya dan memasukkannya ke rumahnya. Rasulullah s.a.w dan Ali a.s telah bermalam bersama sehingga dibina sebuah masjid untuk Rasulullah s.a.w, beberapa rumah untuknya dan rumah Ali a.s. Kemudian mereka berdua telah berpindah ke rumah-rumah mereka masing-masing.

Sa‘id bin al-Musayyab telah berkata kepada Ali bin al-Husain a.s: Aku jadikan diriku tebusan anda, Abu Bakr bersama Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w datang ke Madinah, maka di manakah beliau telah berpisah dengannya? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Abu Bakr manakala Rasulullah s.a.w datang ke Qaba, maka baginda s.a.w telah tinggal bersama mereka menunggu Ali a.s, maka Abu Bakr berkata kepadanya: Datanglah bersama kami ke Madinah kerana kaum Ansar telah bergembira menyambut kedatangan anda.

Justeru datanglah bersama kami dan janganlah anda berdiri di sini menunggu Ali sehingga sebulan. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Tidak sekali-kali, aku tidak akan meninggalkannya, aku tidak pergi sehingga datangnya sepupuku dan saudaraku pada Allah dan orang yang paling aku kasihi di dalam keluargaku. Beliau telah menjaga aku dengan dirinya daripada musyrikin. Ali bin al-Husain a.s berkata: Abu Bakr ketika itu menjadi marah dan hasad terhadap Ali a.s bermula dan permusuhan pertama terhadap Rasulullah s.a.w terserlah mengenai Ali a.s. Ia adalah perselisihan pertama terhadap Rasulullah s.a.w. Abu Bakr pergi ke Madinah dengan meninggalkan Nabi s.a.w di Qaba menunggu Ali a.s[123].

Aku telah berkata kepada Ali bin al-Husain a.s: Bilakah Rasulullah s.a.w mengahwinkan Fatimah dengan Ali a.s, maka beliau a.s berkata: Di Madinah setahun selepas Hijrah dan Fatimah a.s pada masa itu berumur sembilan tahun. Ali bin al-Husain a.s berkata: Hanya Fatimah a.s yang telah dilahirkan oleh Khadijah di atas fitrah Islam daripada Rasulullah s.a.w. Khadijah telah mati setahun sebelum hijrah dan Abu Talib telah mati setahun selepas kematian Khadijah. Apabila kedua-duanya tidak ada, maka Rasulullah s.a.w tidak suka tinggal di Makkah. Baginda s.a.w amat berdukacita, lalu mengadu kepada Jibrail a.s mengenai perkara tersebut.

Lalu Allah mewahyukan kepadanya: Keluarlah dari negeri yang zalim penduduknya dan berpindahlah ke Madinah. Anda tidak ada penolong di Makkah pada hari ini dan tingkatlah penentangan terhadap musyrikin. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w menuju ke Madinah, maka aku berkata kepadanya: Bilakah difardukan solat ke atas muslimin sebagaimana mereka pada hari ini?

Maka beliau a.s berkata: Di Madinah ketika dakwah terserlah, Islam telah kuat dan Allah telah mewajibkan jihad ke atas muslimin. Rasulullah s.a.w telah menambahkan di dalam solat tujuh rakaat; solat Zuhur dua rakaat, solat Asar dua rakaat, solat Maghrib satu rakaat, solat Isyak dua rakaat dan baginda s.a.w telah memperakui solat Subuh seperti difardukan kerana malaikat siang segera turun dari langit disebabkan malaikat malam segera naik ke langit. Malaikat malam dan malaikat siang menyaksikan solat Subuh bersama Rasulullah s.a.w. Lantaran itu, Allah berfirman di dalam Surah al-Israa’ (17): 78 “Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)”.


Menahan Lidah Kamu Daripada Mereka.

537. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Perkara yang paling mudah orang ramai meredai kamu adalah menahan lidah kamu daripada mereka.


Aku Tidak Akan Bersahabat Dengan Mereka.

538. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Abu al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Ali bin Hadid, daripada Jamil bin Darraaj, daripada Zararah berkata: Abu Ja‘far a.s telah berada di Masjid Haram, lalu menyebut Bani Umayyah dan kerajaan mereka, lantas sebahagian sahabatnya berkata kepadanya: Kami berharap agar anda bersahabat dengan mereka sekiranya Allah menzahirkan urusan ini [khilafah] di tangan anda, maka beliau a.s berkata: Aku tidak akan bersahabat dengan mereka, aku tidak suka bahawa aku menjadi sahabat mereka. Sesungguhnya para sahabat mereka adalah anak-anak zina (innaa ashaaba-hum aulaad al-Zina). Sesungguhnya Allah tidak menciptakan tahun-tahun dan hari-hari semenjak Dia menciptakan langit dan bumi yang lebih pendek daripada tahun-tahun dan hari-hari mereka. Sesungguhnya Allah akan memerintahkan malaikat supaya melipatkannya dengan satu lipatan.


Anak-Anak Al-Mirdaas.

539. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mendekati anak-anak al-Mirdaas[124], maka mereka mengkafirkannya, sesiapa yang menjauhi mereka, maka mereka membuatnya fakir. Sesiapa yang menentang mereka, maka mereka membunuhnya. Sesiapa yang berlindung dengan mereka, maka mereka menghinanya. Sesiapa yang lari daripada mereka, maka mereka mendapatinya sehingga tumbangnya kerajaan mereka.


Khalid Bin Sinan A.S, Anak Perempuannya Dan Keingkaran Kaumnya.

540. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Ahmad bin Muhammad al-Kufi, daripada Ali bin ‘Umru bin Aiman, daripada Muhsin bin Ahmad bin Mu‘adh, daripada Abban bin Uthman, daripada Basyir al-Nabaal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w duduk, tiba-tiba seorang perempuan telah mendatanginya, lalu beliau a.s mengucapkan selamat datang kepadanya, memegang tangannya dan menyuruhnya duduk. Kemudian baginda s.a.w bersabda: Ini adalah anak perempuan nabi yang telah dihilangkan oleh kaumnya.

Nabi Khalid bin Sinan telah menyeru mereka, tetapi mereka enggan beriman sehingga api yang dikenali dengan api al-Hadathan mendatangi mereka pada setiap tahun, lalu ia memakan sebahagian mereka. Api itu keluar pada hari tertentu, maka Khalid bin Sinan berkata kepada mereka: Jika aku menolaknya daripada kamu, kamu akan beriman? Mereka berkata: Ya, lalu api itu datang dan beliau a.s menyambutnya dengan kainnya.

Kemudian beliau a.s menolaknya dan mengikutinya sehingga ia memasuki guanya. Lalu beliau a.s memasukinya bersamanya (api) sedangkan mereka duduk di pintu gua. Mereka berpendapat bahawa beliau a.s tidak akan keluar, kemudian beliau a.s keluar sambil berkata: Ini, ini dan setiap ini adalah daripada ini, maka Bani ‘Abas telah menyangka bahawa aku tidak akan keluar dan dahiku sedang berpeluh. Kemudian beliau a.s berkata: Kamu beriman kepadaku?

Mereka berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Aku akan mati pada hari tertentu, maka apabila aku mati, kafanlah aku. Sekumpulan keldai akan didahului oleh seekor keldai liar akan datang sehingga ia berdiri di atas kuburku. Justeru galilah kuburku kembali dan tanyalah aku apa yang kamu mahu. Manakala beliau a.s mati, mereka mengapankannya dan pada hari itu datanglah keldai tersebut, kemudian mereka datang kerana ingin menggali kuburnya, maka mereka berkata: Kamu tidak beriman kepadanya pada masa hidupnya, maka bagaimana kamu beriman kepadanya selepas kematiannya. Jika kamu menggali kembali kuburnya, maka ia menjadi celaan ke atas kamu. Justeru tinggallah, maka merekapun meninggalkannya.


Orang Yang Pertama Memberi Baiah Kepada Abu Bakr.

541. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim Ibn ‘Umran al-Yamaani, daripada Sulaim bin Qais al-Hilali berkata: Aku telah mendengar Salman al-Farisi berkata: Apabila Rasulullah s.a.w telah mati dan orang ramai telah melakukan apa yang mereka telah melakukannya, maka Abu Bakr, Umar dan Abu ‘Ubaidah al-Jarrah telah bertengkar dengan golongan Ansar, lalu mereka bertengkar dengan hujah Ali a.s. Mereka berkata: Wahai golongan Ansar, Quraisy lebih berhak dengan urusan ini daripada kamu, kerana Rasulullah (s.a.w) adalah daripada Quraisy dan Muhajirin adalah daripada mereka.

Sesungguhnya Allah telah memulakan dengan mereka di dalam Kitab-Nya dan melebihkan mereka. Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Para imam itu adalah daripada Quraisy. Salman r.a berkata: Maka aku telah mendatangi Ali a.s ketika itu beliau a.s sedang memandikan Rasulullah (s.a.w), lalu aku memberitahunya mengenai apa yang dilakukan oleh orang ramai dan aku berkata: Sesungguhnya Abu Bakr sekarang berada di atas mimbar Rasulullah (s.a.w), demi Allah, beliau tidak reda mereka memberi baiah kepadanya dengan satu tangan. Sesungguhnya mereka memberi baiah kepadanya dengan dua tangan; kanan dan kirinya. Maka Ali a.s telah berkata kepadaku: Wahai Salman, adakah anda mengetahui siapakah orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya di atas mimbar Rasulullah (s.a.w)?

Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, melainkan aku telah melihat di perkarangan Bani Saa‘idah ketika golongan Ansar bertengkar bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya adalah Basyir bin Sa‘d dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah, kemudian ‘Umar, kemudian Saalim. Ali a.s berkata: Aku bukanlah bertanya anda mengenai ini, tetapi tahukah anda bahawa orang pertama yang telah memberi baiah kepadanya ketika beliau menaiki mimbar Rasulullah (s.a.w)?

Aku berkata: Tidak, tetapi aku telah melihat seorang syeikh tua yang bertongkat, di antara dua matanya kesan kehitaman sujud, adalah orang pertama yang telah menaiki kepadanya di dalam keadaan menangis sambil berkata: Segala puji bagi Allah yang belum mematiku di dunia sehingga aku melihat anda pada tempat ini, hulurkan tangan anda, lalu beliau (Abu Bakr) mengulurkan tangannya, kemudian dia memberi baiah kepadanya. Kemudian diapun turun, lalu keluar dari masjid, Ali a.s berkata: Adakah anda mengetahui siapakah dia? Aku berkata: Tidak, kata-katanya menyakitiku seolah-olah beliau a.s bergembira dengan kematian Nabi s.a.w, lalu beliau a.s berkata: Itu adalah Iblis yang terkutuk (la‘ana-hu llah). Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahuku bahawa Iblis dan para sahabatnya telah menyaksikan perlantikan aku oleh Rasulullah s.a.w kepada semua manusia di Ghadir Khum dengan perintah Allah.

Rasulullah s.a.w telah memberitahu mereka bahawa aku adalah orang yang paling layak (aula) dengan mereka daripada mereka sendiri dan baginda s.a.w telah memerintahkan mereka supaya orang yang hadir memberitahu orang yang tidak hadir, maka Iblis dan para sahabatnya berkata: Sesungguhnya umat ini umat yang dirahmati dan terpelihara. Justeru tidak ada jalan bagi kami ke atas mereka. Sesungguhnya mereka telah mengetahui imam mereka selepas nabi mereka. Maka Iblis (la‘anahu llahu) telah pergi dengan dukacita dan Rasulullah (s.a.w) telah memberitahuku bahawa jika baginda s.a.w mati, sesungguhnya manusia akan memberi baiah kepada Abu Bakr di perkarangan Bani Saa‘idah selepas mereka bertengkar.

Kemudian mereka akan mendatangi masjid, kemudian orang pertama yang akan memberi baiah kepadanya di atas mimbarku adalah Iblis la‘anahu llahu di dalam bentuk seorang lelaki tua (syeikh) yang mempunyai tanda kehitaman sujud berkata sedemikian, kemudian dia akan keluar, lalu dia mengumpulkan syaitan-syaitannya dan iblis-iblisnya mendengus dan berundur ke belakang seraya berkata: Tidak, kamu telah menyangka bahawa aku tidak ada jalan ke atas mereka, maka bagaimana kamu telah melihat apa yang aku telah lakukan kepada mereka sehingga mereka meninggalkan perintah Allah dan ketaatan kepada-Nya serta apa yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.a.w).


Catatan Kaki:

[115] Larangan bukan wajib, ia merupakan pilihan.

[116] Mendapat pahala kerana berpegang kepada mazhab Ahlu l-bait a.s dan kerana umpatan mereka terhadapnya. Ia bukan bererti bahawa Syi‘ah tidak perlu mengerjakan solat, puasa, haji dan sebagainya.

[117] Umar tidak mematuhi Rasulullah s.a.w sehingga dia mencadang orang lain bagi menjalankan urusan Rasulullah s.a.w.

[118] Isteri nabi Lut tidak mentaati Nabi Lut a.s.

[119] Hadis dhaif.

[120] Berhala-berhala. Kata-kata Uthman menunjukkan bahawa dia bukanlah seorang mukmin.

[121] Allah s.w.t

[122] Berpegang kepada Ahlu l-Bait a.s adalah perkara yang tidak dapat dielakkan jika seorang itu mahu kejayaan di akhirat.

[123] Sepatutnya Abu Bakr tidak meninggalkan Rasulullah s.a.w yang sedang menunggu kedatangan Ali a.s dari Makkah.

[124] Nama sindiran kepada Bani al-‘Abbas atau pemerintah yang zalim.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: