Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Raudhat Al-Kaafi/Furuu‘ Al-Kaafi (Bagian 11)

Raudhat Al-Kaafi/Furuu‘ Al-Kaafi (Bagian 11)

Written By Unknown on Kamis, 01 Maret 2018 | Maret 01, 2018


BAHAGIAN KESEBELAS

Hadis Mengenai Iblis Pada Hari Al-Ghadir, Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) Dan Bani Umayyah Sedang Menaiki Mimbarku Ini, Jikalaulah Tidak Kerana Kata-Kata Orang ramai Dan Lain-Lain.


Hadis Mengenai Iblis Pada Hari Al-Ghadir.

542. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Sulaiman, daripada Abdullah bin Muhammad al-Yamaani, daripada Masma‘ bin al-Hajjaj, daripada Sabah al-Haza’, daripada Sabah al-Mazni, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mengambil tangan Ali a.s di Ghadir Khum, maka Iblis telah melaung kepada tenteranya dengan laungan yang kuat sehingga tidak seorangpun yang tinggal sama ada di darat atau di laut melainkan mendatanginya, maka mereka berkata: Wahai tuan dan maula, kami tidak pernah mendengar laungan yang kuat dan menakutkan daripada anda seperti ini? Iblis berkata kepada mereka: Nabi ini telah melakukan satu perbuatan jika ia sempurna, maka dia tidak akan menderhakai Allah selama-lamanya.

Mereka berkata: Wahai tuan kami, anda telah berada bersama Adam. Manakala golongan munafik berkata: Sesungguhnya dia (nabi) bertutur menurut hawa nafsunya, maka salah seorang daripada mereka berdua (Abu Bakr / Umar) berkata kepada sahabatnya: Anda melihat dua matanya berpusing seolah-olah dia seorang yang gila, maka orang yang mereka maksudkannya adalah Rasulullah s.a.w. Iblis telah melaung dengan gembira (sarakha Iblisu sarkhatan bi-tarabin), lalu dia mengumpulkan para walinya dan berkata: Tidakkah kamu mengetahui bahawa aku telah berada bersama Adam pada masa dahulu?

Mereka berkata: Ya, dia berkata: Adam telah mengingkari janjinya, tetapi dia tidak mengingkari Tuhannya (naqadha al-‘Ahd wa-lam yakfur bi-al-Rabb). Sedangkan mereka telah mengingkari janji mereka dan mengingkari Rasul ( wa-haulaa’ naqadhuu al- Ahd wa-kafaruu bi- al-Rasul). Manakala Rasulullah s.a.w mati, maka orang ramai telah melantik selain daripada Ali a.s, justeru Iblis telah memakai mahkota kerajaan, menaiki mimbar, menduduki di atas kerusinya, mengumpulkan unta-untanya dan tentera-tenteranya, kemudian berkata kepada mereka: Bergembiralah, kerana Allah tidak ditaati sehingga datangnya seorang imam.

Lalu Abu Ja‘far a.s membaca Surah al-Saba’ (34): 20 “Dan sesungguhnya Iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka, lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian golongan yang beriman”. Abu Ja‘far a.s berkata: Takwil ayat ini adalah manakala Rasulullah s.a.w mati. Sangkaan adalah daripada Iblis ketika mereka berkata kepada Rasulullah (s.a.w): Sesungguhnya dia (s.a.w) bertutur menurut hawa nafsunya, maka Iblis membuktikan kebenaran sangkaannya, lalu mereka mengikutinya.


Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) Dan Bani Umayyah Sedang Menaiki Mimbarku Ini, Mereka Menolak Orang Ramai Daripada Islam Ke Belakang.

543. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin Hadid, daripada Jamil bin Darraj, daripada Zararah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s berkata: Rasulullah s.a.w pada suatu pagi berdukacita? Maka Ali a.s berkata kepadanya: Aku melihat anda berdukacita? Maka beliau s.a.w bersabda: Bagaimana aku tidak berdukacita bahawa sesungguhnya aku telah melihat di dalam mimpiku bahawa Bani Taim (Abu Bakr), Bani ‘Adi (Umar) dan Bani Umayyah sedang menaiki mimbarku ini, mereka menolak orang ramai daripada Islam ke belakang[125], maka aku berkata: Wahai Tuhanku, pada masa hidupku atau selepas kematianku? Maka Dia berfirman: Selepas kematian anda.


Jikalaulah Tidak Kerana Kata-Kata Orang Ramai, Nescaya Nabi S.A.W Memenggalkan Kepala Kebanyakan Sahabatnya.

544. Jamil, daripada Zararah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Jikalaulah aku tidak benci orang berkata: Sesungguhnya Muhammad telah minta pertolongan dengan mereka (kaum) sehingga beliau (s.a.w) menang menentang musuhnya, kemudian beliau (s.a.w) membunuh mereka pula, nescaya aku banyak memenggalkan kepala-kepala mereka[126].


Orang Yang Meninggalkan Rawatan Orang Yang Terluka Adalah Sekutu Kepada Orang Yang Melukakannya.

545. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Abdullah bin al-Dahqan, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Ibn Abi Najran, daripada Abban bin Taghlab, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Al-Masih a.s berkata: Sesungguhnya orang yang meninggalkan rawatan orang yang terluka adalah sekutu kepada orang yang melukakannya. Kerana orang yang melukakannya mahu merosakkan orang yang terluka dan orang yang menolak untuk mengubatinya tidak mahu memperelokkannya. Justeru dia mahu merosakkannya secara terpaksa. Justeru janganlah kamu memberitahu mengenai hikmat selain daripada ahlinya, maka kamu menjadi jahil dan janganlah kamu menghalang ahlinya, maka kamu akan berdosa. Hendaklah seorang daripada kamu seperti seorang tabib yang mengubat[seseorang] sekiranya dia melihat peluang untuk mengubatinya, jika tidak, maka tahanlah diri anda.


Reda, Kesyukuran Dan Sangkaan Baik Terhadap Allah.

546. Sahl, daripada ‘Ubaidillah, daripada Ahmad bin Umar berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu al-Hasan al-Ridha a.s, aku dan Husain bin Thaubar bin Abu Fakhitah, maka aku telah berkata kepadanya: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kami dikurniakan rezeki yang banyak dan kesenangan hidup, tiba-tiba keadaan telah berubah, lalu aku berdoa kepada Allah supaya mengembalikannya kepada kami. Beliau a.s berkata: Kenapa kamu mahu menjadi raja? Adakah anda lebih senang menjadi seorang yang bersih sedangkan anda menyalahi hakikat anda yang sebenar?

Aku berkata: Tidak, demi Allah, ia tidak menyenangkan aku jika aku mempunyai dunia yang penuh dengan emas dan perak sedangkan aku menyalahi hakikatku yang sebenar. Beliau a.s berkata: Sesiapa yang hidup senang, maka hendaklah dia bersyukur kepada Allah, sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Ibrahim (14): 7 “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, maka Kami akan menambah (nikmat) kepadamu” . Dan Allah berfirman di dalam Surah Saba’ (34): 13 “Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih”.

Perelokkanlah sangkaan kamu kepada Allah, kerana Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang elok sangkaannya dengan Allah, maka Allah akan mengikut sangkaannya. Sesiapa yang meredai rezeki yang sedikit, maka Allah menerima amalannya yang sedikit. Sesiapa yang meredai rezeki yang halal, maka ringanlah bekalannya dan keluarganya bergembira bersamanya. Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya penyakit dunia dan penawarnya, kemudian mengeluarkannya di dalam keadaan selamat ke negeri yang aman sejahtera.

Kemudian beliau a.s berkata: Apakah Ibn Qiyama telah melakukannya? Aku berkata: Demi Allah, dia berjumpa dengan kami secara baik. Maka beliau a.s berkata: Apakah yang menghalangnya dari melakukannya, kemudian beliau a.s telah membaca Surah al-Taubah (9): 110 “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur”. Kemudian beliau a.s berkata: Adakah anda tahu kenapakah Ibn Qiyama menjadi tercengang?

Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Sesungguhnya beliau telah mengikut Abu al-Hasan a.s, lalu beliau mendatanginya di sebelah kanan dan kirinya, menuju masjid Nabi s.a.w. Maka Abu al-Hasan a.s berpaling kepadanya dan berkata: Apakah yang anda mahu- Allah membuatkan anda tercengang. Kemudian beliau berkata: Apakah pendapat anda sekiranya Musa telah kembali kepada mereka, dan mereka berkata: Jika anda melantiknya (Harun), nescaya kami mengikutinya” Adakah pendapat mereka lebih tepat atau orang yang berkata: “Kami tetap menyembah patung anak lembu ini, hingga Musa kembali kepada kami”? Surah Taha (20):91.

Aku berkata: Tidak, malah orang yang berkata: Jika anda melantiknya untuk kami, maka kami mengikutinya. Maka beliau a.s berkata: Dari sinilah datangnya Ibn Qiyama dan orang yang sependapat dengannya. Ibn al-Sarraj berkata: Sesungguhnyua Ibn Qiyama telah mengakui kematian Abu al-Hasan a.s. Justeru beliau telah berwasiat ketika kematiannya dan berkata: Semua peninggalanku sehingga bajuku di tengkukku ini adalah untuk pewaris Abu al-Hasan a.s dan beliau tidak berkata ianya untuk Abu al-Hasan a.s. Ini adalah pengakuannya, tetapi apakah yang boleh memanfaatkannya daripada itu dan daripada apa yang dikatakannya. Kemudian beliau telah menahan dirinya dari berucap.


Nasihat Luqman Kepada Anaknya.

547. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada Sulaiman bin Daud al-Munqiri, daripada Hammad, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Luqman telah berkata kepada anak lelakinya: Apabila anda bermusafir dengan mereka, maka perbanyakkanlah perbincangan anda dengan mereka di dalam urusan anda dan urusan mereka dan perbanyakkanlah senyuman pada muka-muka mereka.

Jadilah anda seorang yang pemurah mengenai bekalan anda. Apabila mereka menyeru anda, maka sahutilah seruan mereka. Apabila mereka minta pertolongan anda, maka tolonglah mereka dan menangilah mereka dengan tiga perkara: Diam yang lama, banyak bersolat dan kemurahan hati sama ada kenderaan, harta atau bekelan anda. Apabila mereka minta anda menjadi saksi di atas perkara yang benar, maka berilah penyaksian anda. Berilah pendapat anda kepada mereka apabila mereka berbincang dengan anda dan gunalah segala kebijakan anda di dalam perbincangan. Apabila anda melihat sahabat anda berjalan, maka berjalanlah bersama mereka. Apabila anda melihat sahabat anda bekerja, maka bekerjalah bersama mereka. Apabila mereka bersedekah dan memberi pinjaman, maka berilah bersama mereka dan dengarlah kepada orang yang lebih tua daripada anda.

Apabila mereka memerintahkan anda dengan satu perkara dan meminta anda, maka katakanlah: Ya, dan janganlah anda berkata: Tidak, apabila anda menjadi tercengang di dalam perjalanan anda, maka bermalamlah. Dan apabila anda menjadi syak di dalam tujuan, maka berhentilah. Apabila anda melihat seorang lelaki yang meragukan di petrjalanan, kemungkinan dia seorang pengintip kepada pencuri-pencuri atau dia adalah syaitan yang membuatkan anda tercengang. Berwaspadalah jika dua lelaki yang anda jumpa di jalan melainkan anda melihat apa yang aku tidak lihat, kerana seorang yang berakal apabila dia melihat sesuatu dengan mata hatinya, nescaya dia mengetahui kebenarannya dan orang yang hadir melihat apa yang tidak dilihat oleh orang yang tidak hadir. Wahai anak lelakiku, apabila datang waktu solat, maka janganlah anda menangguhkannya kerana sesuatu, tunailah dan beristirahatlah daripadanya, kerana ia adalah agama.

Kerjaklanlah solat berjemaah sekalipun di dalam kesusahan. Apabila anda mendekati rumah, maka turunlah dari binatang kenderaan anda di atas tanah yang tinggi dan berumput. Apabila anda turun, maka kerjalah solat dua rakaat sebelum anda duduk. Apabila anda mahu menunaikan hajat, maka jauhilah tempat lapang. Apabila anda musafir, maka kerjalah solat dua rakaat dan ucaplah selamat tinggal kepada tanah yang anda kerjakan solat di atasnya, berilah salam kepadanya dan penghuninya. Kerana setiap tanah ada penghuninya di kalangan malaikat. Jika anda mampu, janganlah anda makan sehingga anda bersedekah, maka lakukanlah. Hendaklah anda membaca Kitab Allah selama anda menunggang, bertasbihlah jika anda bekerja, berdoalah jika anda tidak melakukan apa-apa. Jauhilah anda berjalan pada awal malam, berjalanlah pada waktu separuh malam sehingga ke akhir malam. Jauhilah anda mengangkat suara di dalam perjalanan anda.


Dialog Abu Ja‘far A.S Dengan Abdullah Bin Nafi‘.

548. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada al-Husain Ibn Yazid al-Naufali, daripada Ali bin Daud al-Ya‘qubi, daripada Isa bin Abdullah al-‘Alawi berkata: Al-Usaidi dan Muhammad bin Mubasysyir telah memberitahuku bahawa Abdullah bin Nafi‘ al-Arzaq berkata: Sekiranya aku telah mengetahui bahawa di antara dua pelusuk dunia ada seorang yang mana binatang tunggangannya akan menyampaikan aku kepadanya, ingin berdialog denganku bahawa Ali telah membunuh ahli Nahrawan tanpa menzalimi mereka, nescaya aku datang kepadanya. Ada orang berkata kepadanya: Anaknya bagaimana? Dia berkata: Adakah orang alim di kalangan anak-anaknya? Ada orang berkata kepadanya: Ini adalah kejahilan anda yang pertama, mereka tidak ada yang alim?!

Dia berkata: Siapakah orang alim mereka pada hari ini? Ada orang berkata: Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Ali a.s. Lalu dia dan para sahabatnya bertolak ke Madinah dan meminta izin untuk berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s, ada orang berkata kepadanya: Ini adalah Abdullah bin Nafi‘, maka beliau a.s berkata: Apakah dia akan lakukan kepadaku sedangkan dia telah melepaskan dirinya daripadaku dan bapaku pada awal-awal lagi[127]? Abu Basir berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, lelaki ini menyangka bahawa sekiranya dia telah mengetahui bahawa di antara dua pelusuk dunia ada seorang yang mana binatang tunggangannya akan menyampaikannya kepadanya, ingin berdialog dengannya bahawa Ali a.s telah membunuh ahli Nahrawan tanpa menzalimi mereka, nescaya dia datang kepadanya.

Maka Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadanya: Adakah anda fikir dia mendatangiku untuk berdialog? Abu Basir berkata: Ya, maka beliau a.s berkata: Wahai budak, keluar dan katakanlah kepadanya: Besok, datanglah kepada kami. Pada keesokannya Abu Ja‘far a.s mengutus kepada semua anak-anak orang Muhajirin dan Ansar, lalu mengumpulkan mereka, kemudian beliau a.s keluar kepada orang ramai memakai dua kain yang cantik dan berkata: Segala puji bagi Allah yang menentukan tempat, mengetahui bagaimana dan menetapkan di mana. Segala puji bagi Allah yang tidak mengantuk dan tidak tidur, bagi-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, Dia telah memilihnya dan memberi hidayah kepadanya ke jalan yang lurus.

Segala puji bagi Allah yang telah memuliakan kami dengan kenabiannya dan menentukan kami dengan wilayahnya. Wahai Anak-anak lelaki orang Muhajirin dan Ansar, sesiapa yang mengetahui mengenai kelebihan (manaaqib) Ali bin Abu Talib a.s, maka hendaklah dia berdiri dan bercakap. Maka orang ramaipun berdiri, lalu mereka menceritakan mengenai kelebihan Ali a.s–Abdullah bin Nafi‘ berkata: Akupun mengetahui manaaqib ini, tetapi kekufuran telah berlaku kepada Ali selepas tahkim- sehingga mereka berakhir kepada hadis Khaibar “Aku akan memberi bendera besok kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, Allah dan Rasul-Nya pula mencintainya, berpusing, tetapi tidak lari, dia tidak kembali sehingga Allah membuka [negeri] dengan dua tangannya (Ali a.s). Abu Ja‘far a.s berkata: Apakah pendapat anda mengenai hadis ini?

Maka dia berkata: Hadis ini adalah benar, tanpa syak lagi, tetapi kekufuran telah berlaku selepas itu (ahdatha al-Kufra ba‘da), maka Abu Ja‘far a.s berkata: Ibu anda telah berdukacita kerana anda, beritahuku mengenai Allah, adakah Dia mencintai Ali bin Abu Talib pada hari di mana Dia telah mencintainya bahawa Dia mengetahui bahawa Ali akan membunuh ahli Nahrawan atau Dia tidak mengetahui? Dia berkata: Jika aku berkata: Tidak, nescaya aku telah kafir. Kemudian beliau a.s berkata: Allah telah mencintainya supaya beliau melakukan ketaatan atau kemaksiatan? Dia berkata: Supaya beliau melakukan ketaatan. Maka Abu Ja‘far a.s berkata kepadanya: Berdirilah sebagai seorang yang dikalahkan. Maka Abdullah bin Nafi‘ pun berdiri sambil berkata: “Hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar” Surah al-Baqarah (2): 187.


Pendapat Abu Abdullah Mengenai Ilmu Bintang.

549. Ahmad bin Muhammad dan Ali bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi, daripada Muhammad bin al-Khattab al-Wasiti, daripada Hammad al-Azadi, daripada Hisyam al-Khafaf berkata; Abu Abdullah a.s telah berkata kepadaku: Bagaimana pandangan anda mengenai bintang-bintang? Aku berkata: Aku tidak dapati di Iraq orang yang lebih mengetahui mengenai bintang-bintang selain daripadaku. Maka Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimanakah perjalanan planet di sisi kamu? Maka aku telah mengambil songkok dari kepalaku, lalu aku memusingkannya.

Beliau a.s berkata: Jikalaulah perkara itu sebagaimana pendapat anda bagaimana dengan planet-planet al-Na‘asy, al-Jiddi dan al-Firqadiin, mereka tidak melihat “mereka” berpusing satu hari di dalam satu masa ke arah kiblat? Aku berkata: Ini, demi Allah, perkara yang aku tidak mengetahuinya dan aku tidak pernah mendengar daripada ahli Hisab menyebutnya. Kemudian beliau a.s berkata kepadaku: Berapakah jarak al-Sakinah daripada planet Zuhrah sebagai sebahagian pada cahayanya?

Aku berkata: Ini, demi Allah, satu bintang yang aku tidak pernah mendengar bersamanya dan aku tidak mendengar seorangpun menyebutnya. Beliau a.s berkata: Subhanallah, maka kamu telah membuang satu bintang yang penting bagaimana kamu membuat perkiraan?! Kemudian beliau a.s berkata: Berapakah jarak Zuhrah daripada bulan sebagai sebahagian daripada cahayanya? Aku berkata: Ini perkara yang tidak diketahui akannya melainkan Allah. Kemudian beliau a.s berkata: Berapakah jarak bulan sebagai sebahagaian daripada matahari pada cahayanya?

Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya. Beliau a.s berkata: Anda memang benar. Kemudian beliau a.s berkata: Apakah gerangan dua askar yang bertempur, lalu mengira sahabatnya yang menang dan yang seorang lagi mengira sahabatnya yang menang. Kemudian kedua-duanya bertempur, lalu salah seorang dapat mengalahkan yang seorang lagi, maka di manakah kemalangan? Aku berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya. Beliau a.s berkata: Anda memang benar, sesungguhnya asal hisab adalah benar, tetapi tidak diketahui perkara tersebut melainkan orang yang mengetahui asal asul semua kejadian.


Khutbah Amir Al-Mukmin A.S Mengenai Hak Wali Dan Hak Rakyat.

550. Ali bin al-Hasan al-Muaddib, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid dan Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi, daripada Ismail bin Mihran berkata: Abdullah bin al-Harith telah memberitahuku daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkhutbah kepada orang ramai di Siffin, beliau a.s telah memuji Allah dan berselawat ke atas Nabi s.a.w, kemudian berkata: Amma ba‘du, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Allah telah menjadikan hak aku ke atas kamu untuk mengurus urusan kamu dan kedudukanku yang telah dikurniakan oleh Allah daripada kamu, hak kamu ke atasku sepertilah hak aku ke atas kamu.

Hak adalah suatu perkara yang paling cantik untuk diceritakan, tetapi sukar untuk dilaksanakannya. Allah akan melaksanakannya jika seorang itu tidak melaksanakannya dengan keadilan-Nya. Tetapi Dia telah menjadikan hak-Nya ke atas hamba-hamba-Nya supaya mentaatiNya, kemudian dikurniakan ganjaran kepada mereka sebagai kemurahan daripada-Nya. Kemudian Dia memfardukan hak-hak tertentu ke atas sebahagian manusia. Maka hak yang paling besar adalah hak wali ke atas rakyatnya dan hak rakyat ke atas wali merupakan satu fardu yang diwajibkan oleh Allah. Ia merupakan peraturan yang mengukuhkan agama mereka.

Kebaikan rakyat tidak terjamin melainkan dengan kebaikan pemimpin-pemimpin (al-Wulaat) dan tiada kebaikan bagi pemimpin-pemimpin melainkan dengan ketegasan rakyat. Lantaran itu, apabila rakyat menunaikan haknya terhadap wali dan wali pula menunaikan haknya terhadap rakyat, maka kebenaran akan terserlah, mantaplah peraturan agama, zaman menjadi baik, kehidupan menjadi senang, kerajaan akan kekal lebih lama. Justeru musuh-musuh akan berputus asa. Apabila rakyat mengalahkan wali mereka dan wali menzalimi rakyat, maka persatuan akan pecah, terserlah kezaliman, berlaku penyelewengan di dalam agama, lalu sunnah ditinggalkan. Kemudian hawa nafsu dipatuhi, banyak berlaku perkara yang menyakitkan jiwa, hukum had dibekukan, golongan yang baik dihina, golongan yang jahat dihormati, negara dirosakkan dan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah di sisi Hamba-hamba-Nya dimuliakan.

Marilah, wahai manusia, kepada saling tolong-menolong bagi mentaati Allah, melaksanakan keadilan-Nya, menunaikan janji-Nya dan hak-Nya. Tiada perkara yang amat dihajati oleh hamba-hamba selain daripada menasihatinya (pemimpin) dan memberi pertolongan yang baik kepadanya, kerana tiada seorangpun, sekalipun dia amat menjaga keredaan Allah dan ijtihadnya di dalam amal, akan sampai kepada hakikat yang dikurniakan Allah kepada ahlinya, tetapi sudah menjadi kewajipan hak-hak Allah ke atas hamba-hamba-Nya menasihati mereka dan membantu mereka untuk mendirikan kebenaran pada mereka. Kemudian tiada seorang meskipun kedudukannya besar di dalam kebenaran terlepas dari dibantu mengenai haknya. Justeru tiada seorangpun yang terlepas dari dibantu. Golongan yang mempunyai nikmat adalah lebih berhajat kepada pertolongan dan semuanya berhajat kepada Allah.

Seorang lelaki di dalam kemnya telah memberi jawapan kepadanya, tidak diketahui siapakah dia; tidak pernah dilihat di dalam kem tenteranya sebelum dan selepasnya. Beliau telah memuji Allah kerana telah menguji mereka dan mengurniakan hak-nya ke atas mereka dan melakukan ikrar di dalam semua perkara. Kemudian beliau berkata: Anda adalah amir kami dan kami adalah rakyat anda. Dengan andalah Allah telah mengeluarkan kami daripada kehinaan. Dengan kemuliaan anda Dia telah membebaskan hamba-hamba-Nya daripada belenggu. Justeru teruslah memimpin kami, kerana anda adalah orang yang bercakap benar, hakim yang telus, raja yang adil, kami tidak menghalalkan sesuatupun kemaksiatan anda, kami tidak membandingkan ilmu anda dengan ilmu orang lain dan kelebihan anda adalah besar di jiwa kami.

Amir al-Mukminin a.s menjawab: Adalah menjadi hak orang yang membesarkan Allah pada dirinya dan memuliakan-Nya di hatinya merasa rendah diri di sisi-Nya. Begitulah hak orang yang mana nikmat Allah besar ke atasnya, ihsan-Nya mencurah kepadanya, kerana nikmat Allah ke atas seseorang tidak diperbesarkan melainkan bertambah besar hak Allah ke atasnya. Sesungguhnya sesiapa yang meringan-ringankan hak para wali di sisi manusia yang baik, maka mereka akan disangka mencintai kemegahan dan urusan mereka pula di letakkan di atas keangkuhan.

Sesungguhnya aku benci sangkaan kamu bahawa aku menyukai penghargaan dan pujian. Aku bersyukur kepada Allah, aku bukanlah begitu. Sekiranya aku suka dikatakan sedemikian, nescaya aku meninggalkannya kerana merendahkan diri kepada Allah dari mengambil apa yang aku berhak dengannya daripada kebesaran dan keangkuhan. Kemungkinan orang ramai melakukan pujian selepas ujian, justeru janganlah kamu memujiku dengan pujian yang cantik untuk mengeluarkan diriku daripada Allah. Sebaliknya hendaklah kamu melaksanakan hak-hak yang mana aku belum melaksanakannya dan fardu-fardu yang mesti dilaksanakannya. Janganlah kamu bercakap kepadaku sebagaimana bercakapnya penguasa-penguasa yang zalim (al-Jabaabirah), janganlah kamu menjaga aku sebagaimana dilakukan di sisi golongan yang gopoh.

Janganlah kamu bergaul denganku secara berpura-pura (al-Musaana‘ah), janganlah kamu terasa berat untuk memberitahuku mengenai apa yang dikatakan kepadaku atau terasa rimas kerana kemulianku sedangkan ia tidak layak bagiku. Sesiapa yang terasa berat untuk diberitahu kebenaran kepadanya atau keadilan dibentangkan kepadanya, maka beramal dengan kedua-duanya adalah lebih berat (man istathqala al-Haqqa an yuqaala la-hu au al-‘Adla an yu ‘radha ‘alai-hi kaana al-‘Amalu bi-himaa athqalu ‘ali-hi).

Justeru janganlah kamu menahan dari mengatakan perkataan yang benar atau mesyuarat dengan keadilan. Kerana aku bukanlah- satu kelebihan- untuk melakukan kesilapan dan aku tidak terlepas daripadanya melainkan Allah menjaga diriku apa yang layak untukku. Sesungguhnya aku dan kamu adalah hamba-hamba milik Tuhan, tiada Tuhan selain daripada-Nya. Dia memiliki kita dan apa yang kita miliki. Dia telah mengeluarkan kita dari apa yang kita telah berada padanya kepada apa yang selayaknya. Maka Dia telah menukarkan kita selepas kesesatan dengan petunjuk dan Dia telah memberi kita penglihatan selepas buta.

Maka lelaki itu menjawab: Anda adalah ahli (layak) apa yang aku telah katakan, demi Allah, malah demi Allah, lebih dari apa yang aku telah katakannya. Lantaran itu, ujian-Nya di sisi kami apa yang tidak boleh dingkari. Sesungguhnya Allah telah membawa anda untuk menjaga kami dan mewalikan anda untuk pengurusan kami. Justeru anda telah menjadi bendera kami yang mana kami mendapat petunjuk dengannya, imam kami yang kami ikuti, urusan anda semuanya bijak, kata-kata anda semuanya bersopan santun. Sesungguhnya kami merasa tenang dengan anda di dalam kehidupan [kami], hati kami bergembira dengan anda.

Akal kami terecengang dengan kelebihan anda, kami tidak berkata kepada anda: Wahai imam yang soleh, adalah kerana tidak mahu membersihkan diri anda (tazkiatan la-ka) sahaja, tidak melebihi sasaran pada memujikan anda. Kami tidak mempunyai celaan kepada keyakinan anda atau penipuan pada agama anda, kerana kami khuatir anda akan melakukan nikmat Allah secara terpaksa atau keangkuhan memasuki anda, tetapi kami berkata kepada anda apa yang telah kami katakan kerana mendekatkan diri kepada Allah dengan kemuliaan anda dan kesyukuran terhadap kebesaran urusan anda. Justeru renunglah kepada diri anda dan diri kami, cintailah perintah Allah di atas diri anda dan di atas kami. Kami mematuhi apa yang anda perintah di samping itu ia memanfaatkan kami.

Maka Amir al-Mukmin a.s menjawab:

Aku minta anda menjadi saksi di sisi Allah ke atas diriku kerana kelimuan kamu mengenai perlantikanku bagi melaksanakan urusan kamu sedikit hari lagi. Dia akan mengumpulkan aku dan kamu di Mauqif di hadapan-Nya dan akan bertanya apa yang kita telah kerjakannya. Kemudian sebahagian kita akan memberi penyaksian kepada sebahagian yang lain. Justeru janganlah kamu memberi penyaksian pada hari ini menyalahi apa yang kamu saksikan besok, kerana Allah tidak dapat ditutupi oleh sesuatu dan tidak boleh berlaku di sisi-Nya melainkan dengan kelapangan dada di dalam segala perkara.

Kemudian lelaki itu telah menjawabnya dan dikatakan: Lelaki itu tidak kelihatan selepas jawapannya kepada Amir al-Mukminin a.s. Dadanya telah menjadi sesak, tangisannya memotong ucapannya, kesedihannya memecahkan suaranya kerana membesarkan bahaya yang dihadapinya:

Beliau telah memuji Allah, kemudian mengadu kepada-Nya mengenai bahaya yang besar dan penghinaan yang dihadapi pada zamannya dan pemerintahannya. Kemudian beliau kemukakan masalah tersebut kepada Allah supaya memberi pemerhatian ke atasnya dan mempertahankannya, maka beliau berkata: Wahai Tuhan Semua hamba, wahai yang menenangkan semua negeri, di mana nilai kata-kata kami daripada kelebihan Engkau, di mana kesudahan kata-kata kami untuk menceritakan perbuatan Engkau, di manakah kami akan menyampaikan hakikat kebaikan pujian Engkau atau menghitung ujian Engkau yang baik.

Bagaimana, tidakkah dengan anda nikmat-nikmat Allah telah berlalu di atas kami, di atas tangan andalah telah bersambung sebab-sebab kebaikan kepada kami, tidakkah ia menjadi suatu kelazatan bagi orang yang merendahkan diri dan bagi penderhaka-penderhaka yang ingkar sebagai saudara-saudara? Siapakah lagi selain daripada Ahlu Bait anda. Dengan andalah, Allah telah mengeluarkan kami daripada ketakutan bahaya? Atau dengan siapakah lagi yang dapat menyelamatkan kami daripada dukacita?

Dan dengan siapakah lagi? Melainkan dengan kamu yang mana Allah telah menzahirkan mercu tanda agama kami, memperbaiki apa yang telah rosak daripada agama kami sehingga terserlah sebutan kami selepas kezaliman, tenang mata kami selepas kesusahan, manakala anda menyumbangkan tenaga anda dengan ihsan kepada kami, anda menunaikan kepada kami apa yang anda telah janjikan. Anda adalah saksi kepada orang yang tidak hadir di kalangan kami dan Dia telah meninggalkan Ahlu Bait untuk kami. Anda adalah kemuliaan kepada golongan yang lemah kami dan fakir-fakir kami. Anda adalah tiang kepada pembesar-pembesar kami. Keadilan anda mengumpulkan kami dalam semua perkara dan meluaskan kepada kami di dalam kebenaran. Anda adalah teman kepada kami apabila kami melihat anda dan merasa tenang apabila kami menyebutkan anda. Lantaran itu, manakah lagi kebaikan yang anda belum melakukannya?

Manakah perkara baik yang anda belum kerjakan? Jikalaulah tidak ada perkara yang kami khuatirkan ke atas anda, nescaya kami kemukakan diri-diri kami, anak-anak lelaki kami kepada anda dan kami melakukan apa sahaja untuk mempertahankan anda dari orang yang menentang anda, tetapi ia adalah satu kuasa [ketetapan] yang tidak boleh diubah, kemuliaan yang tidak boleh digoncang dan Tuhan yang tidak boleh dikalahkan agar Dia mengurniakan nikmat-Nya kepada kami dengan kesihatan anda, mengasihani kami dengan kehadiran anda, mengasihani kami dengan menyelamatkan kami daripada keadaan anda kepada keselamatan anda untuk kami, kehadiran anda di hadapan kami. Kami akan mengucap syukur kepada Allah di atas perkara tersebut.

Kami akan membahagikan harta-harta kami sebagai sedekah, hamba-hamba kami dimerdekakan. Kami akan menzahirkan tawaduk pada diri kami. Kami akan menumpukan kepada segala urusan kami. Jika Dia memasukkan mereka bersama anda ke syurga, maka anda tidak dituduh mengenai ketetapan-Nya, tidak ditolak daripada anda akan ujian-Nya. Hati kami bersatu mengenai pilihan-Nya terhadap anda. Tetapi kami menangis tanpa mana-mana dosa kerana kemuliaan kuasa ini kembali menjadi hina. Justeru kami mengadu kepada-Nya, tiada tandingan yang kami harap-harapkan.


Khutbah Amir Al-Mukminin A.S Mengenai Hukum Islam.

551. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Ali, daripada Ismail bin Mihran dan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi dan Ali bin al-Husain, daripada Ahmad bin Muhammad bin Khalid, daripada Ismail bin Mihran, daripada al-Mundhir bin Jifar, daripada al-Hakam bin Zahir, daripada Abdullah bin Jarir al-‘Abdi, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Abdullah bin Umar, anak lelaki Abu Bakr dan Sa‘d bin Abi Waqqas telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s meminta daripadanya supaya memberi kelebihan kepada mereka, lalu beliau a.s menaiki mimbar dan orang ramai cenderung kepadanya dan berkata:

Segala puji bagi Allah, puncak kemuliaan, tidak dicapai oleh sifat-sifat, tidak dihadkan oleh bahasa-bahasa, tidak diketahui dengan tujuan-tujuan. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Tunggal tiada sekutu bagi-Nya dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah s.a.w, nabi petunjuk, tempat takwa dan Rasul Tuhan Yang Maha Tinggi. Beliau s.a.w datang dengan kebenaran, memberi peringatan dengan al-Qur’an yang bercahaya, dalil yang terang sebagaimana berlalunya para rasul sebelumnya.

Amma ba‘du, adapun kemudian daripada itu, wahai manusia, janganlah mereka berkata bahawa dunia telah membanjiri mereka, lalu mereka mengambil tanah-tanah menjadi milik mereka, menggali sungai-sungai, menunggang kuda-kuda yang mahal, memakai pakaian yang lembut, maka semuanya memalukan mereka sekiranya Yang Maha Pengampun tidak mengampuni mereka.

Jikalau Engkau menghalang mereka, nescaya mereka tidak boleh mengharuminya dan tidak boleh mendapat apa yang sepatutnya, lalu mereka berkata: Anak lelaki Abu Talib telah menzalimi kami, menghalang kami, menahan hak-hak kami. Justeru Allah akan menolong mereka yang mengadap kiblat kami, memakan binatang sembelihan kami, beriman dengan nabi kami, memberi penyaksian kami, memasuki agama kami. Oleh itu, kami akan melaksanakan ke atas mereka hukum dan hudud Islam. Tiada kelebihan seorang ke atas seorang yang lain melainkan dengan takwa.

Sesungguhnya bagi golongan yang bertakwa di sisi Allah adalah sebaik-baik pahala dan sebaik-baik balasan. Apa yang ada di sisi Allah itu adalah lebih baik bagi golongan yang baik. Perhatilah, [wahai] ahli agama Allah, apa yang kamu lakukan pada Kitab Allah, kamu meninggalkannya di sisi Rasulullah s.a.w, kamu telah berjuang dengannya pada zat Allah, adakah dengan nasab atau dengan amalan atau ketaatan atau kezuhudan? Bersegeralah kepada peningkatan martabat kamu sebagaimana diperintahkan Allah.

Pembinaan yang tidak akan dimusnahkan, peninggalan yang tidak akan dihapuskan di mana Dia telah menyeru kamu kepadanya. Dia telah menjadikan pahala di sisi-Nya untuk kamu. Justeru sempurnakanlah nikmat-nikmat Allah dengan penyerahan diri kepada qada’-Nya, bersyukur kepada nikmat-nikmat-Nya. Oleh itu, sesiapa yang tidak meredainya, maka dia bukanlah daripada kami dan bukan lah dia kepada kami. Sesungguhnya seorang hakim akan menghukum dengan hukum Allah tanpa perasaan takut dan merekalah golongan yang mendapat kebahagian.

Kemudian beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku telah menyeksa kamu dengan cemetiku yang mana aku mencela dengannya keluargaku. Justeru janganlah kamu peduli, aku telah memukul kamu dengan cemetiku kerana aku melaksanakan hudud Tuhanku, tetapi kamulah yang tidak menjaganya, adakah kamu mahu supaya aku memukul kamu dengan pedangku. Sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu mahu, tetapi aku tidak akan membeli kebaikan kamu dengan kerosakan diriku (wa-laakin laa asytarii salaha-kum bi-fasaadi nafsii), malah Allah akan menguasai ke atas kamu satu kaum yang akan menuntut bela untukku daripada kamu; bukan dunia yang kamu bersedap-sedap dengannya menjadi milik kamu dan bukan pula akhirat yang kamu akan mendapat nikmat. Alangkah jauhnya [nikmat] bagi penghuni-penghuni neraka.


Hadis Mengenai Anak Lelaki Seorang Alim Bersama Jirannya Dan Pembahagian Zaman Kepada Tiga.

552. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada Ali bin Hadid, daripada Jamil, daripada Zararah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Hamraan telah bertanya kepadanya, maka beliau berkata: Allah telah menjadikan aku tebusan anda, Jikalau anda memberitahu kami bilakah urusan ini (khilafah), nescaya kami bergembira dengannya?

Maka beliau a.s berkata: Wahai Hamraan, sesungguhnya anda mempunyai para sahabat, saudara-saudara dan kenalan-kenalan, sesungguhnya seorang lelaki di kalangan para ulama terdahulu, mempunyai seorang anak lelaki yang tidak mahu keilmuan bapanya dan dia tidak bertanya sesuatupun kepadanya. Tetapi jirannya telah mendatanginya, bertanya kepadanya dan mengambil ilmu daripadanya. Apabila lelaki itu hampir mati, dia telah menyeru anak lelakinya dan berkata: Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda tidak mahu keilmuanku dan anda tidak bertanya sesuatupun kepadaku, tetapi aku mempunyai seorang jiran yang selalu mendatangiku dan bertanya kepadaku, mengambil [ilmu] daripadaku dan menghafaz [sesuatu] daripadaku.

Sekiranya anda berhajat kepada sesuatu, maka datanglah kepadanya. Dia telah memperkenalkan kepadanya jirannya. Kemudian lelaki itu telah meninggal dunia dan anak lelakinya masih hidup. Seorang raja pada zaman itu telah bermimpi, lalu beliau bertanya mengenai lelaki itu, lalu diberitahu kepadanya: Lelaki itu telah mati. Raja itu berkata: Adakah dia telah meninggalkan anak lelaki? Ada orang berkata kepadanya: Ya, dia telah meninggalkan seorang anak lelaki. Raja berkata: Bawakan dia kepadaku, lalu diutus kepadanya supaya mendatangi raja. Maka budak itu berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui kenapakah raja memanggilku mengadap, aku tidak mempunyai ilmu.

Sekiranya beliau bertanyaku mengenai sesuatu perkara, nescaya terbongkarlah keburukanku, dia teringat kepada wasiat bapanya, lalu dia mendatangi lelaki yang telah mengambil ilmu daripada bapanya dan berkata kepadanya: Sesungguhnya raja telah mengutus kepadaku bertanyaku, dan aku tidak mengetahui kenapakah beliau telah mengutus kepadaku. Sesungguhnya bapaku telah memerintahkan aku supaya mendatangi anda jika aku berhajat kepada sesuatu. Maka lelaki itu berkata: Aku mengetahui kenapakah beliau telah mengutus kepada anda. Sekiranya aku memberitahu anda, maka ganjarannya nanti akan dibahagi dua antara anda dan aku. Dia berkata: Ya, lalu lelaki itu minta supaya budak itu bersumpah dan meminta kepercayaan daripadanya bahawa dia akan menunaikannya. Lalu budak itu memberi jaminan kepadanya, maka dia berkata: Raja mahu bertanya anda mengenai mimpi yang dilihatnya; pada zaman apakah ini?

Maka katakanlah kepadanya: Ini adalah zaman serigala. Budak itu mendatangi raja, maka raja berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui kenapakah aku telah mengutus kepada anda? Dia berkata: Anda telah mengutus kepadaku kerana anda mahu bertanya kepadaku mengenai mimpi yang anda telah melihatnya; zaman apakah ini? Raja berkata kepadanya: Anda memang benar, lantaran itu, beritahuku zaman apakah ini? Dia berkata kepadanya: Zaman serigala, maka beliau telah memerintahkan supaya dikurniakan hadiah kepadanya, lalu dia menerimanya dan pulang ke rumahnya, tetapi dia enggan menunaikannya kepada sahabatnya dan berkata: Mudah-mudahan aku tidak memberi harta ini kepadanya, aku tidak memakannya sehingga dia binasa. Mudah-mudahan aku tidak berhajat kepadanya dan aku tidak akan ditanya lagi soalan seperti ini. Dia di dalam keadaan sedemikian sehingga dikehendaki Allah.

Kemudian raja telah bermimpi pada kali kedua, lalu beliau telah mengutus kepadanya menyerunya, maka dia telah menyesal di atas apa yang dilakukannya dan berkata: Demi Allah, aku tidak ada ilmu untuk dibawakan kepadanya. Aku tidak tahu bagaimana aku akan lakukan kepada sahabatku, aku telah menipunya dan aku tidak menunaikan janjiku. Kemudian dia berkata: Meskipun begitu, aku akan mendatanginya, aku akan meminta maaf daripadanya, aku akan bersumpah untuknya. Mudah-mudahan dia akan memberitahuku, maka dia mendatanginya dan berkata kepadanya: Aku telah melakukan apa yang aku telah lakukan, aku tidak menunaikan perjanjian di antara aku dan anda dan telah habis apa yang ada di tanganku.

Sesungguhnya aku telah berhajat kepada anda, aku menyeru anda dengan nama Allah, supaya anda tidak menghinaku lagi, aku mempercayai anda bahawa jika aku mendapat ganjaran nanti, aku akan membahagikannya di antara aku dan anda. Sesungguhnya raja telah mengutus kepadaku dan aku tidak mengetahui apakah beliau akan bertanyaku, maka lelaki itu berkata: Raja mahu bertanya anda mengenai mimipi yang dilihatnya; zaman apakah ini? Maka katakan kepadanya: Ini adalah zaman biri-biri. Lalu dia mendatangi raja, maka raja berkata: Kenapakah aku mengutus kepada anda?

Maka dia berkata: Anda telah melihat satu mimpi, anda mahu bertanyaku zaman apakah ini? Raja berkata kepadanya: Anda memang benar, lantaran itu, beritahuku zaman apakah ini? Dia berkata: Ini adalah zaman biri-biri, lalu beliau memerintahkan supaya dikurniakan hadiah kepadanya. Maka dia menerimanya dan pulang ke rumahnya. Kemudian dia merenung kembali pendapatnya sama ada mahu menunaikan janjinya terhadap sahabatnya ataupun tidak. Dia telah bercadang untuk melaksanakannya pada satu masa dan tidak mahu melaksanakannya pada masa yang lain pula. Kemudian dia berkata: Mudah-mudahan aku tidak berhajat kepadanya selepas kali ini selama-lamanya. Lalu dia membuat keputusan untuk menipu dan tidak menunaikan janji. Dia di dalam keadaan sedemikian sehingga dikehendaki Allah.

Kemudian raja telah melihat satu mimpi pada kali ketiga, lalu beliau mengutus kepadanya. Maka dia telah menyesal di atas apa yang dilakukan kepada perjanjian di antaranya dan sahabatnya dan berkata selepas penipuan kali kedua: Bagaimana aku akan melakukannya sedangkan aku tidak mempunyai ilmu, kemudian dia membuat keputusan untuk mendatangi lelaki itu, lalu dia mendatanginya dan merayu kepadanya dengan nama Allah serta meminta supaya dia memberitahunya bahawa pada kali ini dia akan menunaikan janjinya dan meminta supaya dia mempercayainya, maka dia berkata: Janganlah anda meninggalkan aku di dalam keadaan seperti ini, sesungguhnya aku tidak akan kembali kepada penipuan, aku akan menunaikan janjiku kepada anda, maka dia berkata: Raja memanggil anda kerana bertanya anda mengenai mimpi yang dilihatnya iaitu zaman apakah ini, apabila beliau bertanya anda, maka beritahulah kepadanya bahawa zaman ini adalah zaman neraca (al-Mizaan).

Kemudian dia mendatangi raja, maka raja berkata kepadanya: Kenapakah aku mengutus kepada anda? Dia berkata: Anda telah melihat satu mimpi dan anda mahu bertanya aku mengenai zaman apakah ini, maka raja berkata: Anda memang benar, lantaran itu, beritahuku zaman apakah ini? Dia berkata: Ini adalah zaman neraca, maka beliau memerintahkan supaya hadiah dikurniakan kepadanya, lalu dia menerimanya dan terus pergi kepada lelaki itu.

Kemudian dia meletakkannya di hadapannya sambil berkata: Aku telah mendatangi anda kerana mengemukakan kepada anda apa yang beliau kurniakan kepadaku, maka bahagikanlah. Orang alim itu berkata: Zaman pertama adalah zaman serigala dan anda adalah di kalangan serigala. Zaman kedua adalah zaman biri-biri, dia bercadang untuk melakukannya tetapi dia tidak melakukannya. Begitulah anda telah bercadang untuk melakukannya, tetapi anda tidak melakukannya. Zaman ini adalah zaman neraca dan anda menunaikan janji anda padanya, ambillah harta anda, aku tidak berhajat kepadanya, lalu orang alim itu memulangkannya kepadanya.


Aku Telah Mewarisi Mashaf Ibrahim, Musa Dan Isa Daripada Bapa-Bapaku A.S.

553. Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Kufi, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi, daripada Ali bin Asbat, daripada Ali bin Ja‘far berkata: Mu‘tab dan lain-lain telah memberitahuku, berkata: Abdullah bin al-Hasan telah mengutus kepada Abu Abdullah a.s bahawa Abu Muhammad berkata kepada anda: Aku lebih berani dan lebih pemurah daripada anda dan aku lebih alim daripada anda, maka beliau a.s berkata kepada utusannya: Adapun keberanian, maka demi Allah, anda tidak ada pendirian sehingga diketahui sifat pengecut anda daripada keberanian anda.

Adapun kemurahan, maka ia mengambil sesuatu dari pihaknya dan meletakkannya pada haknya. Adapun ilmu, maka bapa anda Ali bin Abu Talib a.s telah memerdekakan seribu hamba, maka namakan lima daripada mereka sedangkan anda seorang yang alim? Utusan itu telah kembali kepadanya dan memberitahunya. Kemudian dia kembali kepadanya lagi dan berkata: Dia berkata kepada anda bahawa anda adalah seorang lelaki suhufiyyun, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Katakan kepadanya: Ya, iaitu mashaf Ibrahim, Musa dan Isa yang mana aku telah mewarisinya daripada bapa-bapaku a.s.


Mengenai Firman Allah Surah Yunus (10): 2 “Dan gembiralah golongan yang beriman bahawa mereka mempunyai [seorang yang] kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka”

554. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Hammad bin Isa, daripada Ibrahim Ibn Umar al-Yamaani, daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 2 “Dan gembiralah golongan yang beriman bahawa mereka mempunyai [seorang yang] kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka”, beliau a.s berkata: Dia adalah Rasulullah (s.a.w).


Khabar Mengenai Mikraj Dan Israk.

555. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin Yahya al-Kahili, daripada Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 101 “Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi golongan yang tidak beriman”, beliau a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w diperjalankan pada malam Israk, maka Jibrail a.s telah mendatanginya dengan seekor buraq, lalu beliau s.a.w menaikinya.

Kemudian beliau s.a.w telah mendatangi Bait al-Maqdis dan berjumpa saudara-saudaranya daripada para nabi a.s. Kemudian beliau a.s kembali, lalu memberitahu kepada para sahabatnya: Sesungguhnya aku telah mendatangi Bait al-Maqdis dan aku pulang pada malam itu juga. Sesungguhnya Jibrail telah mendatangi aku dengan seekor buraq, lalu aku menaikinya.

Buktinya aku telah melalui unta Abu Sufyan di atas air milik Bani polan. Sesungguhnya mereka telah kehilangan seekor unta yang berwarna merah milik mereka. Maka mereka telah bercadang untuk mencarinya. Sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain bahawa sesungguhnya beliau s.a.w telah datang ke Syam menaiki binatang tunggangan dengan cepat, tetapi kamu telah datang di Syam dan mengetahuinya, oleh itu, bertanyalah kepadanya mengenai pasar-pasarnya, pintu-pintunya dan peniaga-peniaganya, maka mereka telah berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah Syam dan bagaimanakah pasar-pasarnya? Rasulullah s.a.w apabila ditanya mengenai sesuatu perkara yang beliau s.a.w tidak mengetahuinya, beliau s.a.w kelihatan susah hati sehingga ternampak di mukanya.

Manakala keadaan berlaku sedemikian, tiba-tiba Jibrail a.s mendatanginya dan berkata: Wahai Rasulullah, ini adalah Syam, sesungguhnya aku telah mengangkatnya untuk anda, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Di manakah orang yang bertanya mengenai Syam? Mereka berkata kepadanya: Polan dan polan, maka Rasulullah s.a.w memberi jawapan kepada mereka pada setiap apa yang dikemukakan kepadanya. Hanya sedikit sahaja yang telah beriman kepadanya. Iaitu sebagaimana firman Allah di dalam Surah Yunus (10): 101 “Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi golongan yang tidak beriman”. Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Kami pohon perlindungan dengan Allah dari tidak beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kami telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya s.a.w.


Pujian Tehadap Syi‘ah.

556. Ahmad bin Muhammad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hasan al-Taimi, daripada Muhammad bin Abdullah, daripada Zararah, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Apabila seorang mukmin berkata kepada saudaranya “ah” (uffin), maka dia terkeluar daripada wilayahnya. Dan apabila dia berkata: Anda adalah musuhku, maka kafirlah salah seorang daripada mereka, kerana Allah tidak akan menerima amalan daripada seorang yang mencela mukmin, bukan menasihatinya. Dia tidak menerima amalan daripada mukmin yang menyembunyikan kejahatan di hatinya terhadap mukmin.

Sekiranya didedahkan kepada manusia, nescaya mereka melihat pertalian di antara Allah dan mukmin, mereka merendah diri sesama mereka, urusan mereka dipermudahkan, ketaatan sesama mereka terserlah. Sekiranya mereka melihat kepada amalan mereka yang ditolak oleh Allah, nescaya mereka berkata: Allah tidak menerima amalan daripada sesiapapun. Aku telah mendengar beliau a.s berkata kepada seorang lelaki Syi‘ah: Kamu adalah baik dan perempuan kamu adalah baik. Setiap mukminah adalah bidadari dan setiap mukmin adalah sahabat.

Aku telah mendengarnya berkata: Syi‘ah kami adalah makhluk yang paling hampir kepada ‘Arasy Allah pada hari Kiamat selepas kami (Syi‘atu-naa aqrabu al-Khalqi min ‘Arsyi llahi ba‘da-naa). Tiada seorang daripada Syi‘ah kami yang mendirikan sembahyang secara berjemaah melainkan dikelilingi oleh malaikat yang berdoa untuknya seramai bilangan orang yang menentangnya (man khaalafa-hu) sehingga dia selesai daripada sembahyangnya. Sesungguhnya orang yang berpuasa di kalangan kamu akan bergembira di taman-taman syurga sedang malaikat berdoa untuknya sehingga dia membuka puasanya (iftaar). Dan aku telah mendengarnya berkata: Kamu adalah ahli kehormat Allah dengan salam-Nya, ahli kecintaan Allah dengan rahmat-Nya, ahli taufik Allah dengan jagaan-Nya dan ahli dakwah Allah dengan ketaatan kepad-Nya.

Tidak ada hisab di atas kamu, tidak ada perasaan takut dan dukacita, kamu adalah untuk syurga dan syurga adalah untuk kamu. Nama-nama kamu di sisi kami adalah baik (saalihuun) dan kamu adalah orang yang melakukan kebaikan. Kamu adalah ahli keredaan Allah dengan reda-Nya terhadap kamu. Para malaikat adalah saudara-saudara kamu di dalam kebaikan. Apabila kamu berjihad, maka kamu disahuti, apabila kamu lalai, maka kamu diberi peringatan. Kamu adalah sebaik-baik makhluk, rumah-rumah kamu adalah syurga bagi kamu, kubur-kubur kamu adalah syurga bagi kamu, untuk syurga kamu diciptakan, pada syurga nikmat-nikmat kamu dan kepada syurga kamu akan memasukinya.


Apa Yang Mengagumkan Ja‘far Bin Abu Talib Di Habsyah.

557. Ahmad bin Muhammad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Ahmad al-Nahadi, daripada Muhammad bin al-Walid, daripada Abban bin Uthman, daripada al-Fudhail, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a. bersabda kepada Ja‘far r.a ketika beliau pulang dari Habsyah: Apakah perkara yang mengagumkan anda yang pernah anda melihatnya?

Beliau berkata: Aku telah melihat seorang perempuan Habsyah melintasi [ku] di atas kepalanya bakul, lalu seorang lelaki telah melintasinya. Kemudian lelaki itu menghimpitkannya dan menolaknya, lalu bakul terjatuh daripada kepalanya, maka diapun duduk. Kemudian dia berkata: Neraka wail untuk anda daripada penjaga hari agama (Ali a.s) apabila dia duduk di atas kerusi, menuntut bela ke atas orang yang zalim untuk orang yang dizalimi. Maka Rasulullah (s.a.w) telah merasa kagum dengannya.


Khabar Aazar, Namrud Dan Kelahiran Ibrahim A.S.

558. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Ayyub al-Khazaz, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya Aazar[128] bapa Ibrahim a.s adalah ahli nujum kepada Namrud, tetapi dia tidak melakukannya melainkan dengan perintahnya. Pada suatu malam dia telah melihat kepada bintang-bintang, maka dia berkata kepada Namrud: Sesungguhnya aku telah melihat dengan hairan. Namrud berkata: Apakah dia? Dia berkata: Aku telah melihat di dalam mimpi bahawa seorang bayi akan dilahirkan di bumi kita, maka kebinasaan kita di tangannya. Lalu dia menjadi hairan dengan perkara tersebut dan berkata: Adakah perempuan yang telah mengandungkannya?

Dia berkata: Tidak, lalu dia telah memisahkan di antara perempuan dan lelaki sehingga tiada seorang perempuanpun di bandar yang terkecuali daripadanya. Kemudian Aazar telah melakukan persetubuhan dengan isterinya, lalu isterinya mengandungkan Ibrahim a.s. Aazar telah menyangka Ibrahim adalah sahabatnya pada masa akan datang. Dia telah mengutus kepada semua perempuan di semua kabilah pada masa itu supaya tidak mengandungkan bayi melainkan diketahuinya. Kemudian Allah telah menukarkan kandungan ibu Ibrahim a.s dari rahim ke arah belakang. Maka mereka berkata: Kami tidak melihat sesuatupun di perutnya. Aazar telah diberitahu bahawa Ibrahim a.s akan dibakar, tetapi dia tidak diberitahu bahawa Allah akan menyelamatkannya.

Manakala ibu Ibrahim melahirkan Ibrahim, maka Aazar mahu membawanya kepada Namrud supaya dibunuhnya. Isterinya berkata: Janganlah anda membawa anak lelaki anda kepada Namrud, nescaya dia akan membunuhnya, biarlah aku membawanya ke gua agar aku meletakkannya di situ sehingga ajalnya tiba. Justeru bukanlah anda yang membunuh anak lelaki anda. Maka dia berkata kepadanya: Laksanakanlah, lalu dia membawanya ke gua dan menyusunya. Kemudian dia meletakkan di pintu gua itu satu batu besar, kemudian diapun kembali ke rumahnya.

Allah telah menjadikan rezekinya pada ibu jarinya, maka beliau mulai menghisapnya, lalu ia mengeluarkan susunya. Proses pembesaran Ibrahim a.s berbeza dengan orang lain; satu harinya menyamai satu minggu, satu minggunya menyamai satu bulan orang lain, satu bulannya menyamai satu tahun orang lain. Beliau di dalam keadaan sedemikian sehingga dikehendaki Allah. Kemudian ibunya berkata kepada bapanya: Jika anda izinkan aku pergi kepada kanak-kanak itu, necaya aku pergi, dia berkata: Pegilah, lalu ibunya pergi, tiba-tiba dia mendapati Ibrahim a.s yang mana dua matanya bersinar seperti lampu. Kemudian dia mengambilnya dan meletakkannya di dadanya, kemudian menyusukannya dan pulang ke rumahnya.

Aazar telah bertanya kepadanya mengenainya, maka dia berkata: Aku telah menyembunyikannya di tanah, dia keluar ketika berhajat, dia pergi kepada Ibrahim a.s dan menyusukannya. Pada suatu hari apabila ibunya mahu pulang, Ibrahim a.s memegang di tepi kainnya, maka ibunya berkata: Apa terjadi kepada anda? Ibrahim berkata: Bawalah aku bersama anda, ibunya berkata: Sehingga aku meminta kebenaran bapa anda. Ibu Ibrahim a.s telah mendatangi Aazar, lalu dia memberitahu ceritanya kepadanya, maka dia berkata: Bawalah dia kepadaku sehingga aku biarkan dia duduk di atas jalan dan apabila saudara-saudaranya datang, dia masuk bersama mereka, lalu dia tidak akan dikenali. Saudara-saudara Ibrahim a.s membuat berhala dan membawanya ke pasar-pasar, lalu menjualnya.

Kemudian ibunya mendatanginya dan membawanya sehingga meletakkannya di atas jalan, saudara-saudaranya melaluinya, lalu Ibrahim a.s telah masuk bersama mereka. Apabila bapanya melihatnya, lantas dia mencintainya, lalu beliau di dalam keadaan sedemikian sehingga Allah kehendaki. Manakala saudara-saudaranya pada suatu hari membuat berhala-berhala, maka Ibrahim mengambil beliung[129] dan kayu, lalu beliau menarahkan daripadanya satu berhala yang mana mereka belum pernah melihat seumpamanya sebelumnya. Aazar telah berkata kepada ibunya: Aku berharap nasib [kita] lebih baik dengan berkat anak lelaki anda.

Manakala mereka di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba Ibrahim telah mengambil beliung dan memecahkan berhala yang beliau telah membuatnya, lalu bapanya terkejut daripada perbuatannya itu, maka dia berkata kepadanya: Kenapa anda telah melakukannya? Ibrahim a.s berkata kepadanya: Apakah yang kamu buat dengannya? Maka Aazar berkata: Kami menyembahnya, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya “Adakah kamu sembah apa yang kamu buat”? Maka Aazar berkata kepada: Inilah orang yang akan memusnahkan kerajaan kita di tangannya.


Dialog Ibrahim A.S Dengan Namrud Dan Berita Mengenai Api Yang Mana Mereka Menyalakannya Untuk Ibrahim A.S.

559. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Abban bin Uthman, daripada Hajr, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ibrahim a.s telah menyalahi kaumnya dan menghina tuhan-tuhan mereka sehingga beliau a.s berjumpa dengan Namrud dan berdialog dengannya, maka Ibrahim a.s berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan mematikan” Namrud berkata: “Aku menghidupkan dan mematikan” Ibrahim a.s berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitlah dia dari barat, lalu terdiamlah orang kafir itu; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada golongan yang zalim” Surah al-Baqarah (2): 258.

Abu Ja‘far a.s berkata: Ibrahim a.s telah menghina tuhan-tuhan mereka di dalam firman Allah Surah al-Safaat (37): 88-9 “Lalu ia memandang sekali pandang kepada bintang-bintang. Kemudian ia berkata: “Sesungguhnya aku sakit”. Abu Ja‘far a.s berkata: Demi Allah, beliau a.s bukanlah sakit dan bukanlah pula berbohong. Apabila mereka menghadiri perayaan mereka, maka Ibrahim a.s memasuki rumah berhala mereka dengan beliung, lalu memecahkannya melainkan yang besar mereka dan meletakkan beliung pada tengkuknya.

Kemudian mereka kembali kepada berhala mereka dan melihat apa yang telah dilakukan oleh Ibrahim a.s sambil berkata: Tidak, tidak seorangpun yang berani memecahkannya selain daripada pemuda yang menghinanya dan melepaskan diri daripadanya. Maka mereka tidak mendapati pembunuhannya yang lebih besar daripada api[130]. Lalu kayu api dikumpulkan untuknya. Namrud dan tenteranya datang dan dibina untuknya sebuah binaan tinggi agar dia dapat melihat kepada Ibrahim a.s bagaimana api membakarnya. Kemudian Ibrahim a. s diletakkan di atas pelontar, maka bumi berkata: Wahai Tuhanku, tiada seorang di atasku yang menyembah Engkau selain daripadanya, adakah dia akan dibakar dengan api? Tuhan berfirman: Sekiranya dia berdoa kepada-Ku, nescaya Aku menjaganya.

Abban telah menyebutnya daripada Muhammad bin Marwan, daripada orang yang telah meriwayatkannya daripada Abu Ja‘far a.s bahawa doa Ibrahim a.s pada hari itu “Ya ahad, (ya ahad, ya samad), ya samad, ya man lam yalid wa lam yuulad wa lam yaku llahu kufwan ahadun”. Kemudian Ibrahim a.s berkata: Tawakkal-tu ‘Ala llahi, maka Tuhan berfirman: Aku menjaganya dan berfirman: “Wahai api menjadi dinginlah dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim” Surah al-Anbiyaa’ (21): 69. Lalu Ibrahim a.s menggigil akibat kesejukan sehingga Allah berfirman “ Dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim”. Kemudian Jibrail a.s turun, lalu duduk bersama Ibrahim a.s dan bercakap dengannya di dalam api. Namrud berkata: Sesiapa yang mengambil tuhan, maka hendaklah dia mengambil tuhan seperti Tuhan Ibrahim. Seorang pembesar mereka pula berkata: Aku berharap kepada api supaya tidak membakarnya. Kemudian dilontarkan api kepadanya sehingga membakarnya. Kemudian Ibrahim, Lut a.s dan Sarah berpindah ke Syam dengan aman.


Ibrahim A.S Dilahirkan Di Kutha Riba, Pengusiran Ibrahim A.S Dari Negaranya, Berita Ibrahim A.S Dengan Namrud Dan Kisah Saarah.

560. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan beberapa orang sahabatnya, daripada Sahl Ibn Ziyad, daripada Hasan bin Mahbub, daripada Ibrahim bin Abi Ziyad al-Karkhi berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Ibrahim a.s dilahirkan di Kutha Riba dan bapanya adalah di kalangan penduduknya. Begitu juga dengan ibu Ibrahim dan Ibu Lut. Sementara Sarah dan Warqah/ Ruqiyyah adalah bersaudara. Mereka berdua adalah anak perempuan kepada Laahij.

Laahij adalah seorang nabi dan bukan seorang rasul. Ibrahim a.s pada masa mudanya telah berada di atas fitrah sehingga Allah telah memberinya petunjuk kepada agama-Nya dan memilihnya. Sesungguhnya Ibrahim a.s telah mengahwini Sarah anak perempuan Laahij; iaitu anak perempuan ibu saudaranya sebelah ibunya. Sarah merupakan teman seperjalanannya di bumi yang luas. Dia telah memberi kepada Ibrahim a.s apa yang dimilikinya.

Ibrahim a.s telah melaksanakan tugasannya sehingga binatang ternakan membiak dan tanaman membesar sehingga tidak ada di bumi Kutha Riba seorang lelaki yang lebih baik keadaan daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim a.s manakala memecahkan berhala-berhala, maka Namrud telah memerintahkannya supaya melakukan perbuatan yang baik untuknya, mengumpulkan kayu api untuknya dan menyalakan api padanya. Kemudian dia telah mencampakkan Ibrahim a.s ke dalam api supaya ia membakarnya. Kemudian mereka telah menjauhinya sehingga ia terpadam. Kemudian mereka hampir tercengang apabila mereka mendapati Ibrahim a.s selamat daripada ikatannya.

Maka beritanya diberitahu kepada Namrud, lalu dia memerintahkan supaya membuang Ibrahim a.s dari negaranya dan menghalangnya keluar bersama binatang ternakannya dan hartanya. Lantaran itu, Ibrahim a.s berdialog dengan mereka sambil berkata: Jika kamu mengambil binatang ternakanku dan hartaku, maka hak aku ke atas kamu agar kamu memberi ganti rugi terhadap umur yang aku telah habiskan di negara kamu. Kemudian mereka berdialog dengan kadi Namrud, lalu dia memerintahkan Ibrahim a.s supaya menyerahkan kepada mereka semua yang beliau a.s telah perolehi di negara mereka.

Dan dia telah memerintahkan kepada para sahabat Namrud supaya membayar ganti rugi kepada Ibrahim a.s semenjak beliau a.s tinggal di negara itu. Kemudian diberitahu kepada Namrud, lalu dia memerintahkan supaya mereka memberi laluan kepadanya, binatang ternakannya dan hartanya, malah mereka harus mengeluarkannya dari negaranya. Namrud berkata: Jika dia tinggal di negara kamu, nescaya dia merosakkan agama kamu dan memudaratkan tuhan-tuhan kamu, lalu mereka mengeluarkan Ibrahim dan Lut a.s bersama dari negara mereka ke Syam. Maka Ibrahim, Lut dan Sarah keluar, maka Ibrahim a.s berkata: “Sesungguhnya aku pergi mengadap kepada Tuhanku dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku” Iaitu Bait al-Maqdis. Surah al-Safaat (37): 99.

Ibrahim a.s telah membawa bersamanya binatang ternakannya, hartanya dan membuat satu tabut[131] dan meletakkan Sarah di dalamnya, lalu beliau a.s menutupnya, kerana cemburu kepadanya. Beliau a.s telah pergi meninggalkan raja Namrud, kemudian berhadapan dengan raja Qibti yang dikenali dengan nama ‘Ararah. Lalu beliau a.s melalui seorang pemungut cukai kepada raja tersebut. Kemudian pemungut cukai itu mahu melihat apa yang ada di dalam tabut. Pemungut cukai itu berkata kepada Ibrahim a.s: Bukalah tabut ini sehingga kami melihat apa yang ada di dalamnya, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Katalah apa yang anda mahu mengenainya daripada emas dan perak sehingga kami memberi sepuluh peratus tanpa anda membukakannya, tetapi dia enggan menerimanya melainkan dia membukanya. Lantas Ibrahim a.s menjadi marah, kerana pembukaannya.

Manakala Sarah ternampak, maka terserlah kecantikannya, maka pemungut cukai itu berkata: Apakah hubungan perempuan ini daripada anda? Ibrahim a.s berkata: Dia adalah isteriku (Kariimati)dan sepupuku. Pemungut cukai itu berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda menyembunyikannya di dalam tabut ini? Ibrahim a.s berkata: Cemburu kepadanya supaya tiada seorangpun dapat melihatnya, pemungut cukai itu berkata: Aku tidak akan membenarkan anda pergi sehingga aku memberitahu raja mengenai keadaannya dan keadaan anda. Kemudian dia mengutus seorang lelaki kepada raja, lalu dia memberitahunya. Lantas raja mengutus seorang utusan di pihaknya supaya mereka membawa tabut kepadanya, lalu mereka membawanya, maka Ibrahim a.s berkata: Aku tidak akan meninggalkan tabut sehingga rohku berpisah daripada tubuhku.

Lalu mereka memberitahu raja mengenai perkara tersebut, maka raja mengutus supaya mereka membawa Ibrahim a.s dan tabut bersama mereka. Kemudian mereka telah membawa Ibrahim a.s dan tabut serta barang-barang bersamanya sehingga beliau a.s berjumpa dengan raja, maka raja berkata kepadanya: Bukalah tabut, maka Ibrahim a.s berkata: Wahai raja, di dalamnya isteriku (hurmati) dan sepupuku, aku akan menebus pembukaannya dengan semua yang ada bersamaku. Lantas raja memarahi Ibrahim a.s supaya membukakannya. Manakala dia melihat Sarah, maka dia tidak dapat mengawal perasaannya, lalu menghulurkan tangannya kepadanya. Lantas Ibrahim a.s menentangnya dengan mukanya daripadanya, kerana cemburu kepadanya sambil berkata: Wahai Tuhanku, tahanlah tangannya daripada isteriku dan sepupuku, lantas tangannya tidak sampai kepada isterinya dan tidak terdaya mengembalikannya seperti keadaan sebelumnya, maka raja berkata kepadanya: Sesungguhnya Tuhan anda yang membuat aku jadi begini?

Maka Ibrahim a.s berkata: Ya, sesungguhnya Tuhanku cemburu, membenci perkara yang haram dan Dialah yang menghalang anda di antara apa yang anda mahu daripada perkara yang haram, maka raja berkata kepadanya: Serulah Tuhan anda supaya Dia mengembalikan kepadaku tanganku, jika Dia menyahuti seruan anda, maka aku tidak mengganggunya lagi. Maka Ibrahim a.s berkata: Wahai Tuhanku, kembalikan kepadanya daya tangannya kerana dia akan menahan dirinya daripada isteriku. Kemudian Allah mengembalikannya kepadanya. Maka raja melihat kepadanya, kemudian menghulurkan tangannya terhadapnya, lalu Ibrahim membantahnya, kerana cemburu kepadanya dan berkata: Wahai Tuhanku, tahanlah tangannnya daripadanya (isterinya), lantas tangannya menjadi kering dan tidak sampai kepadanya. Raja berkata kepada Ibrahim a.s: Sesungguhnya Tuhan anda cemburu, anda juga cemburu.

Lantaran itu, berdoalah kepada Tuhan anda supaya Dia mengembalikan tanganku kepadaku. Jika Dia mengembalikannya kepadaku, nescaya aku tidak akan mengulanginya lagi. Maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Aku meminta kepada-Nya perkara tersebut dengan syarat jika anda dikembalikan daya tangan anda kepada anda, maka anda tidak meminta aku supaya berdoa kepada-Nya lagi. Raja berkata: Ya, maka Ibrahim a.s berkata: Sekiranya ia benar, maka kembalilah daya tangannya kepadanya. Maka daya tangannya kembali kepadanya. Manakala raja melihat cemburuannya dan bukti pada tangannya, lalu dia menghormati Ibrahim a.s, takut kepadanya dan berkata kepadanya: Sesungguhnya anda telah selamat dari ganguanku terhadapnya, maka pergilah bila anda mahu, tetapi aku ada hajat kepada anda, maka Ibrahim a.s berkata: Apakah hajat anda?

Raja berkata: Aku suka jika anda membenarkan aku berkhidmat kepadanya melalui seorang hamba perempuan berbangsa Qibti yang cantik dan berakal menjadi khadam kepadanya. Lalu Ibrahim a.s membenarkannya, kemudian raja memanggilnya dan memberikannya kepada Sarah; iaitu Hajar ibu Ismail a.s. Kemudian Ibrahim a.s berjalan dengan membawa apa yang ada bersamanya. Sementara raja keluar bersamanya berjalan di belakang Ibrahim a.s, kerana menghormati Ibrahim a.s, lalu Allah menurunkan wahyu kepadanya supaya berdiri dan tidak berjalan di hadapan orang zalim yang berkuasa sedang dia berjalan di belakang anda. Tetapi jadilah dia di hadapan anda, berjalanlah di belakangnya, hormatilah dia, kerana dia berkuasa. Pasti di bumi ada pemerintah sama ada dia seorang yang baik atau seorang yang jahat.

Maka Ibrahim a.s terus berdiri dan berkata kepada raja: Pergilah, sesungguhnya Tuhanku telah mewahyukan kepadaku sekarang supaya aku menghormati anda dan mengemukakan anda di hadapanku dan aku akan berjalan di belakang anda sebagai kehormatan kepada anda, maka raja berkata: Dia telah mewahyukan anda dengan ini? Ibrahim a.s berkata: Ya, maka raja berkata kepadanya: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Tuhan anda lembut, mulia dan sesungguhnya anda mahu aku memasuki agama anda.

Kemudian raja mengucapkan selamat jalan kepadanya, lalu Ibrahim a.s berjalan menuju Syam yang terjauh dan meninggalkan Lut a.s di Syam yang terdekat. Kemudian apabila Ibrahim a.s terlewat mendapat anak, maka beliau a.s berkata kepada Sarah: Jika anda mahu, nescaya anda jualkan Hajar kepadaku. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kami anak daripadanya, maka ia akan menjadi peninggalan kami. Kemudian Ibrahim a.s membeli Hajar daripada Sarah, lalu beliau a.s menidurinya (fa-waqa‘a ‘lai-ha), Kemudian dia melahirkan Ismail a.s.


Mengenai Hajr Bin Za’idah, ‘Aamir Bin Jadha‘ah Dan Al-Mufadhdhal Bin ‘Umar.

561. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada al-Husain bin Ahmad al-Munqari, daripada Yunus bin Zibyan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Kenapa anda tidak melarang dua lelaki ini daripada lelaki ini? Maka beliau a.s berkata: Siapakah lelaki ini dan siapakah dua lelaki itu? Aku berkata: Kenapakah anda tidak melarang Hajr bin Zaaidah dan ‘Aamir bin Jazaa‘ah daripada al-Mufadhdhal bin ‘Umar, maka beliau a.s berkata: Wahai Yunus, sesungguhnya aku telah meminta mereka berdua supaya menahan diri mereka daripadanya.

Tetapi mereka berdua tidak menahan diri mereka daripadanya dan tidak melakukannya, maka aku telah memanggil mereka berdua, aku telah meminta mereka berdua, aku telah menulis kepada mereka berdua, malah aku telah menjadikan hajat aku kepada mereka berdua, tetapi mereka berdua tidak menahan diri daripadanya, lantaran itu, Allah tidak mengampuni mereka berdua, demi Allah, Kathir ‘Izzah adalah lebih benar di dalam kasih sayangnya daripada mereka berdua yang mana mereka berdua berpura-pura kasih kepadaku. Dia berkata:

Tidakkah anda menyangka dengan perkara yang ghaib

Tidakkah aku mencintainya

Jika begitu, aku tidak dihormati oleh karimnya

Demi Allah, jika mereka berdua mencintaiku, nescaya

mereka berdua mencintai orang yang aku cintai.


Aku Bukanlah Imam Melainkan Bagi Orang Yang Telah Mentaati Aku.

562. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada al-Qasim rakan al-Mufadhdhal, dia adalah seorang yang benar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Di perkarangan masjid, mereka memasyhurkan kami dan memasyhurkan diri mereka, mereka bukanlah daripada kami dan kami bukanlah daripada mereka, aku cuba menyembunyikan diriku, tetapi mereka mencabuli tabirku, maka Allah mencabuli tabir-tabir mereka. Mereka berkata: Imam, demi Allah, aku bukanlah imam melainkan bagi orang yang telah mentaati aku. Adapun orang yang telah menderhakai aku, maka aku bukanlah imam baginya, kenapa mereka memaparkan namaku?! Kenapa mereka tidak menahan namaku daripada mulut-mulut mereka, demi Allah, Allah tidak akan mengumpulkan aku dan mereka di dalam satu tempat.


Syair-Syair Talib Bin Abu Talib.

563. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan, daripada Dhuraih, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Quraisy keluar ke Badr dan mereka mengeluarkan Bani ‘Abd al-Muttalib bersama mereka, lalu Talib bin Abu Talib keluar dan bermalam sedang mereka mengajukan syair-syair mereka. Talib bin Abu Talib berkata:

Wahai Tuhanku, sama ada mereka memerangi dengan Talib

Di tempat ini

Di tempat ini orang yang menang berperang

Menjadikan apa yang dirampas bukan perampasnya

Dia telah menjadikan orang yang dikalahkan bukanlah pemenang.

Maka Quraisy berkata: Lelaki ini akan mengalahkan kita, justeru kembalikannya [ke tempatnya]. Di dalam satu riwayat yang lain daripada Abu Abdullah a.s bahawa dia (Talib) telah memeluk Islam.


Catatan Kaki:

[125] Jika Abu Bakr, Umar dan Mu‘awiyah telah menolak Islam ke belakang menurut hadis tersebut, maka pengikut-pengikut mereka pun sama. Justeru mereka juga membuat Rasulullah s.a.w berdukacita.

[126] Memenggalkan kepala-kepala sahabatnya, kerana dosa dan nifak mereka.

[127] Dia tidak memberi baiah kepadanya dan kepada bapanya a.s.

[128] Menurut satu riwayat bahawa Aazar bukanlah bapa kandung Ibrahim a.s, dia adalah bapa saudaranya yang kemudian mengahwini ibunya. Bapa kandungnya bernama Taarih.

[129] Kapak yang matanya melintang

[130] Di bakar.

[131] Kotak empat persegi.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: