BAHAGIAN KEDUA BELAS
Khutbah Fatimah A.S, Khabar Rasulullah S.A.W Mengenai Pembunuhan Ja‘far R.A, Bilangan Mereka Yang Dibunuh Ali A.S Di Hunain, Bentuk Buraq Dan Lain-Lain.
Khutbah Fatimah A.S.
564. Hamid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami daripada Abban bin Uthman, daripada Muhammad bin al-Mufadhdhal berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Fatimah a.s telah datang ke Masjid, beliau a.s memberi khutbah mengenai Nabi s.a.w berkata:
Sesungguhnya selepas anda berita dan peristiwa
Jika anda menyaksikannya, nescaya tidak banyaklah
Khutbah
Sesungguhnya kami telah kehilangan anda sebagaimana
hilangnya bumi kepada untanya
Kaum anda telah menipu, maka saksilah mereka janganlah
anda menghilangkan diri
Khabar Rasulullah S.A.W Mengenai Pembunuhan Ja‘far R.A.
565. Abban, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w berada di Masjid, tiba-tiba direndahkan kepadanya suara yang tinggi dan diangkatkan kepadanya suara yang rendah sehingga beliau s.a.w melihat kepada Ja‘far r.a yang sedang memerangi golongan kafir, berkata: Beliau telah dibunuh, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ja‘far telah dibunuh dan kesesakan telah berlaku pada perutnya.
Bilangan Mereka Yang dibunuh Ali A.S Di Hunain.
566. Hamid bin Ziyad, daripada ‘Ubaidillah bin Ahmad al-Dahqan, daripada Ali bin al-Hasan al-Tatari, daripada Muhammad bin Ziyad Biya‘ al-Saabiri, daripada ‘Ajalan Abi Salih berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Ali bin Abu Talib a.s telah membunuh dengan tangannya pada peperangan Hunain seramai empat puluh orang.
Bentuk Buraq Yang Dinaiki Oleh Rasulullah S.A.W.
567. Abban, daripada Abdullah bin ‘Ata’, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Jibrail a.s telah mendatangi Rasulullah s.a.w dengan buraq yang lebih kecil daripada baghal dan lebih besar daripada keldai, mempunyai dua telinga, dua mata dan langkahnya sejauh pandangan matanya. Apabila sampai ke gunung, dia memendekkan dua tangannya dan memanjangkan dua kakinya. Apabila dia turun, maka dua tangannya memanjang dan dua kakinya pula memendek. Ia mempunyai dua sayap di belakang.
Penjelasan Mengenai Bacaan Firman Allah Surah Al-Taubah (9): 118 “ Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan”
568. Ali bin Ibrahim, daripada Salih bin al-Sanadi, daripada Ja‘far bin Basyir daripada Faidh Ibn al-Mukhtar berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Bagaimana anda membaca wa ‘alaa al-Ladhiina khullifuu “ Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan” Surah al-Taubah (9): 118, beliau a.s berkata: Jika mereka ditangguhkan (khullifuu)[132], nescaya mereka masih di dalam taat, tetapi mereka khaalafuu (telah menyalahi). Iaitu Uthman dan dua orang sahabatnya. Demi Allah, mereka tidak pernah mendengar suara [peperangan] secara langsung melainkan mereka berkata: Kami telah datang, maka Allah telah menguasai ketakutan ke atas mereka sehingga keesokannya.
Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Al-Taubah (9):112 “Taa’ibuun al- ‘Aabiduun”
569. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Ali bin Abi Hamzah daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Adakah anda telah membaca al-Taa’ibuun al- ‘Aabiduun? Maka beliau a.s berkata: Tidak, aku membaca al-Taa’ibiin al-‘Aabidiin [133]sehingga ke akhir ayat Surah al-Taubah (9):112. Ditanya mengenai sebabnya, maka beliau a.s berkata “Sesungguhnya Allah telah membeli dari golongan yang beriman yang bertaubat yang beribadat…”Surah al-Taubah (9): 111.
Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Al-Taubah (9):128 “Sesungguhnya telah datang kepada [kami] seorang rasul dari kaum [kami] sendiri”
570. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Yahya bin al-Mubarak, daripada Abdullah bin al-Jabalah, daripada Ishaq bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beginilah Allah telah menurunkan ayat “La-qad jaa’-naa rasuulun min anfusi-naa ‘azizun ‘alai-hi maa ‘anatta-naa hariisun ‘alai-naa bi l-mu’miniin ra’uufun rahiim”[134]. Surah al-Taubah (9):128 “Sesungguhnya telah datang kepada [kami] seorang rasul dari kaum [kami] sendiri, berat terasa olehnya penderitaan [kami], sangat menginginkan bagi [kami], amat belas kasihan lagi penyayang terhadap golongan yang mukmin”[135]
Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Al-Taubah (9): 40 “Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada [Rasul-Nya] dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya”
571. Muhammad, daripada Ahmad, daripada Ibn Fadhdhal daripada al-Ridha a.s “fa-anzala lluhu sakiinata-hu ‘alaa rasuli-hi wa ayyada-hu bi-junuudin lam tarau-haa” “Maka Allah menurunkan ketenangan-Nya kepada [Rasul-Nya] dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya”. Surah al-Taubah (9): 40. Aku berkata: Benarkah begitu? Beliau a.s berkata: Begitulah kami membacanya dan begitulah ia diturunkan[136].
Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Hud (11): 12 “Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebahagian dari apa diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya dadamu”
572. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Khalid dan al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Ibn Maskan, daripada Ammar bin Suwaid berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah Hud (11): 12 “Maka boleh jadi kamu hendak meninggalkan sebahagian dari apa diwahyukan kepadamu dan sempit kerananya dadamu, kerana khuatir bahawa mereka akan mengatakan: Mengapa tidak diturunkan kepadanya perbendaharaan atau datang bersama-sama dengan dia seorang malaikat”
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w manakala diturunkan daging bakar (qadiid), beliau s.a.w berkata kepada Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya aku telah meminta Tuhanku supaya mewalikan di antara anda dan aku, lalu Dia melakukannya. Aku telah meminta Tuhanku supaya mempersaudarakan di antara aku dan anda, maka Dia melakukannya. Aku telah meminta Tuhanku supaya menjadikan anda wasiku, maka Dia melakukannya.
Maka dua orang lelaki daripada Quraisy (Abu Bakr dan Umar) berkata: Demi Allah, segantang kurma di dalam bungkusan buruk itu lebih kami cintai dari apa yang diminta oleh Muhammad kepada Tuhan-Nya (wa llahi, la-Saa‘un min tamarin fi syanni baalin ahabbu ilai-naa mimmaa sa’ala Muhammadun rabba-hu). Kenapakah dia tidak meminta seorang malaikat kepada Tuhan-Nya yang akan membantunya ke atas musuhnya atau perbendaharaan yang dapat melepaskannya dari kemiskinan (fa-halaa saala rabba-hu malikan ya ‘dhudu-hu ‘alaa ‘aduwwi-hi au kanzan yastaghni-bi-hi ‘an faaqati-hi). Demi Allah, dia (Muhammad) tidak menyeru-Nya kepada kebenaran dan kepada kebatilan melainkan Dia menyahutinya (wa llahi, maa da‘aa-hu ilaa haqqin wa laa baatilin illaa ajaaba-hu ilai-hi). Lantas Allah menurunkan Surah Hud (11): 12. kepada Rasul s.a.w.
Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Hud (9): 118-19 “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu”
573. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Ditanya Abu Abdullah a.s mengenai Surah Hud (9): 118-19 “Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat kecuali golongan yang diberi rahmat oleh Tuhanmu”, maka beliau a.s berkata: Mereka pada mulanya umat yang satu, maka Allah mengutus para nabi sebagai hujah ke atas mereka.
Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah al-Syuura (42): 23 “Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu”
574. Ali bin Muhammad, daripada Ali bin al-‘Abbas, daripada Ali bin Hammad, daripada ‘Umru bin Syamar daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah al-Syuura (42): 23 “Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu”, beliau a.s berkata: Sesiapa yang mewalikan para wasi daripada keluarga Muhammad dan mengikuti athar-athar mereka, maka Dia akan menambahkan untukya [pahala] wilayah golongan yang terdahulu di kalangan para nabi dan mukminin sehingga wilayah mereka sampai kepada Adam a.s sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Qasas (28): 84 “Barangsipa yang datang dengan kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu”, maka Dia akan memasukkannya ke syurga sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Saba’ (34): 47 “Katakanlah: “Upah apapun yang aku minta kepadamu, maka itu untuk kamu”.
Beliau a.s menerangkan bahawa Pahala kasih sayang (al-Mawaddah) yang mana Aku tidak meminta kepadamu selainnya, maka ia adalah untuk kamu; kamu dapat petunjuk dengannya dan kamu akan terselamat daripada azab pada hari Kiamat. Dia telah berfirman kepada musuh-musuh Allah sebagai wali-wali syaitan; ahli pembohongan dan ingkar di dalam Surah al-Saad (38): 86 “Katakanlah: “Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas dakwahku; dan bukanlah aku termasuk golongan yang mengada-ngadakan”, beliau a.s berkata: Orang yang mengada-ngadakan (mutakallifan) sekiranya aku meminta kepada kamu apa yang kamu bukan ahlinya, maka golongan munafik berkata kepada sebahagian mereka: Tidakkah Muhammad telah cukup memaksa kami selama dua puluh tahun sehingga beliau mahu membawa keluarganya di atas tengkuk kami (ammaa yakfi Muhammadan an yakuuna qaharnaa ‘isyriin sanatan hatta yuriida an yahmila ahla baita-hi ‘alaa riqaaba-naa), lalu mereka berkata: Allah tidak menurunkan ayat ini.
Ia adalah suatu yang direka-rekakannya [oleh Muhammad]; Muhammad mahu mengangkat keluarganya di atas tengkuk kami[137]. Sekiranya Muhammad terbunuh atau dia mati, nescaya kami akan mencabutkannya (al-Wialayah wa al-Mawaddah)) daripada keluarganya. Kemudian kami tidak akan menyerahkannya kembali kepada mereka selama-lamanya. Sesungguhnya Allah mahu memberitahu kepada Nabi-Nya (s.a.w) apa yang mereka sembunyikan di dalam hati mereka, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Syuura (42): 24 “Bahkan mereka mengatakan: “Dia (Muhammad) telah mengada-ngadakan dusta terhadap Allah”. Maka jika Allah menghendaki, nescaya Dia mengunci mati hatimu”, beliau a.s menjelaskan: Jika Aku mahu, nescaya Aku menahankan wahyu daripada kamu.
Justeru anda tidak dapat melebih-lebihkan keluarga anda, apatah lagi kasih sayang kepada mereka. Sesungguhnya Allah berfirman “Dan Allah menghapuskan yang batil dan membenarkan yang hak dengan kalimat-kalimat-Nya” (Dia berkata benar mengenai keluarga anda mengenai wilayah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat di hati mereka”. Beliau a.s berkata: Permusuhan yang terdapat di dalam hati mereka terhadap keluarga anda adalah selepas anda sebagaimana di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 3 “Dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka: “Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, maka apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya”.
Mengenai firman Allah di dalam Surah al-Najm (53): 1 “Demi bintang ketika terbenam”, beliau a.s berkata: Dia telah bersumpah dengan kematian Muhammad apabila beliau s.a.w dimatikan. “Kawanmu (Muhammad) tidak sesat” (dengan melebih-lebihkan keluarganya) “dan tidak pula keliru, dan tidaklah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya”, beliau a.s berkata: Muhammad tidak bercakap mengenai kelebihan keluarganya mengikut hawa nafsunya sebagaimana firman Allah “Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”. Dan Allah telah berfirman kepada Muhammad (s.a.w) di dalam Surah al-An‘aam (6): 58 “Katakanlah: “Kalau sekiranya ada padaku apa yang kamu minta supaya disegerakan keadaannya, tentu telah diselesaikan Allah urusan yang ada antara aku dan kamu”, beliau a.s berkata: Sekiranya aku diperintahkan supaya memberitahu kamu apa yang kamu sembunyikan di dalam hati kamu, iaitu supaya disegerakan kematianku, nescaya kamu akan menzalimi keluargaku selepasku. Maka kamu seperti mereka yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Baqarah (2): 17 “Perumpamaan mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu menerangi sekelilingnya”.
Beliau a.s berkata: Bumi diterangi dengan cahaya Muhammad begitu juga matahari diterangi dengan cahaya Muhammad. Maka Allah telah membuat perumpamaan Muhammad dengan matahari dan wasi umpama bulan di dalam firman-Nya Surah Yunus (10): 5 “Dialah yang telah menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya” dan firman-Nya di dalam Surah Yaasiin (36): 37 “Dan satu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah malam; kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada di dalam kegelapan”. Dan firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 17 “Allah hilangkan cahaya mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat”.
Iaitu dengan kematian Muhammad (s.a.w) dan zahir kegelapan, maka mereka tidak dapat melihat kelebihan keluarganya (ahli baiti-hi) sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah al-A‘raaf (7): 198 “Dan jika kamu sekalian menyeru mereka untuk memberi petunjuk, nescaya mereka tidak dapat mendengarnya. Dan kamu melihat mereka itu memandang kepadamu padahal ia tidak melihat”. Kemudian bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah meletakkan ilmu yang berada di sisinya kepada wasinya, iaitu firman Allah di dalam Surah al-Nuur (24):35 “Allah cahaya langit dan bumi”. Dia berkata: Akulah Penunjuk langit dan bumi. Perumpamaan ilmu yang aku telah kurniakannya adalah cahaya-Ku yang menjadi petunjuk seperti sebuah lubang yang tak tembus dan di dalamnya ada pelita besar.
Al-Misykaat (lubang yang tidak tembus) itu adalah hati Muhammad (s.a.w). Al-Misbaah (pelita) adalah cahaya yang ada padanya ilmu. Dan firman-Nya “Pelita itu di dalam kaca” Dia berfirman bahawa sesungguhnya Aku ingin mematikan anda, maka jadilah apa yang ada di sisi anda untuk wasi sebagaimana pelita di dalam kaca “seakan-akan bintang seperti mutiara”, maka Dia telah memberitahu mereka akan kelebihan wasi “yang dinyalakan dari minyak dari pohon yang banyak berkatnya”.
Oleh itu, asal pohon yang berkat itu adalah Ibrahim a.s iaitu sebagaimana firman Allah di dalam Surah Hud (11): 73 “Rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan ke atas kamu, wahai Ahlu l-Bait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”. Iaitu sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ali Imraan (3): 33-4 “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imraan melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing). Iaitu satu keturunan yang sebahagiannya dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” “Tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat”.
Dia berfirman bahawa kamu bukanlah orang Yahudi, justeru itu kamu mengerjakan solat ke arah barat (maghrib) dan bukan orang Nasrani, justeru kamu tidak mengerjakan solat ke arah timur (masyriq). Sesungguhnya kamu adalah di atas agama Ibrahim a.s sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ali Imraan (3): 67 “Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi menyerahkan diri (kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia dari golongan golongan yang musyrik”. Firman-Nya di dalam Surah al-Nuur (24): 35 “Yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki”
Dia berfirman bahawa umpama anak-anak lelaki yang dilahirkan daripada kamu adalah seperti minyak yang diperah daripada zaitun “yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki”. Beliau a.s berkata: Hampir-hampir mereka bercakap mengenai kenabian jikalau malaikat tidak diturunkan ke atas mereka[138] (yakaaduuna an yatakallamuu bi al-Nubuwwati wa lau lam yanzil ‘alai-him malakun).
Penjelasan Mengenai Firman Allah Surah Fussilat (41): 53 “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri”
575. Abu Ali al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Jabbar, daripada al-Hasan bin Ali, daripada Ali bin Abu Hamzah, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Fussilat (41): 53 “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah benar”, beliau a.s berkata: Dia akan memperlihatkan mereka pada diri mereka mengenai pertukaran bentuk badan (al-Maskh)[139] mereka dan akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda yang bermengenaian ke atas mereka. Lantaran itu, mereka akan melihat kekuasaan Allah pada diri mereka dan pada segenap penjuru, maka aku berkata kepadanya: “Sehingga jelaslah bagi mereka bahawa ia adalah benar”, beliau a.s berkata: Kedatangan Imam al-Mahdi itu adalah kebenaran (al-Haq) di sisi Allah, makhluk pasti akan melihatnya.
Ribaat Mereka A.S Adalah Sepanjang Masa.
576. Muhammad bin Yahya dan al-Husain bin Muhammad, daripada Ja‘far bin Muhammad, daripada ‘Ubbad bin Ya‘qub, daripada Ahmad bin Ismail, daripada ‘Umru bin Kisan, daripada Abu Abdullah al-Ja‘fi berkata: Abu Ja‘far Muhammad bin Ali a.s telah berkata kepadaku: Berapakah al-Ribaat[140] di sisi kamu? Aku berkata: Empat puluh orang, tetapi beliau a.s berkata: Bilangan penempatan tentera kami (ribaatu-naa) adalah sepanjang masa (umum)[141]. Justeru sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kami walaupun dengan seekor binatang, maka baginya [pahala] seberat timbangannya dan dua kali ganda pahala apa yang ada di sisinya. Sesiapa yang ada kaitan senjata dengan kami[142], maka baginya [pahala] seberat timbangannya.
Janganlah kamu merasa sedih dengan satu kali, dua kali, tiga kali dan empat kali [ujian] kerana umpama kami dan kamu adalah seperti seorang nabi pada Bani Israel di mana Allah telah mewahyukan kepadanya: Serulah kaum anda berperang, kerana Aku akan menolong anda, lalu beliau mengumpulkan mereka dari puncak-puncak gunung dan lain-lain, kemudian beliau pergi bersama mereka, tetapi mereka tidak memukul dengan pedang dan tidak melontar dengan lembing sehingga mereka kalah.
Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Serulah kaum anda berperang, kerana Aku akan menolong anda kemudian beliau pergi bersama mereka, tetapi mereka tidak memukul dengan pedang dan tidak melontar dengan lembing sehingga mereka kalah. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya: Serulah kaum anda berperang, kerana Aku akan menolong anda, lalu beliau menyeru mereka, maka mereka berkata: Anda telah menjanjikan kami kemenangan, tetapi kami tidak pun menang. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya supaya mereka memilih di antara peperangan dan api neraka, maka beliau berkata: Peperangan itu adalah lebih baik daripada api, lalu beliau menyeru mereka, lalu tiga ratus tiga belas orang seramai bilangan ahli Badr telah menyahuti seruannya. Kemudian beliau telah pergi bersama mereka, tetapi mereka tidak memukul dengan pedang, tidak melontar dengan lembing sehingga Allah memberi kemenangan untuk mereka.
Rasulullah (S.A.W) Tidak Mengubati Selesema (zukaam).
577. Beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Bakr bin Salih dan al-Naufali dan lain-lain, mereka mengangkatnya kepada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah (s.a.w) tidak mengubati selesema (zukaam) dan berkata: Setiap orang mempunyai urat penyakit kusta (juzaam) dan apabila ia menghidapi selesema, maka ia (selesema) akan menghilangkannya (kusta).
Selesema Adalah Tentera Allah.
578. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Abu ‘Umair daripada Hisyam bin Salim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Selesema (zukaam) adalah tentera daripada tentera-tentera Allah di mana Dia mengutusnya ke atas penyakit, lalu menghilangkannya.
Anak Adam Mempunyai Dua Urat.
579. Muhammad bin Yahya, daripada Musa bin al-Hasan, daripada Muhammad bin ‘Abd al-Hamid dengan sanad-sanadnya dikaitkan kepada Abu Abdullah a.s secara marfuu’ berkata: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidak ada seorang anak Adam melainkan dia mempunya dua urat; satu urat di kepalanya yang mencetuskan penyakit kusta dan satu urat lagi di tubuhnya yang mencetuskan kanser. Apabila urat di kepalanya bergoncang, maka Allah menguasai ke atasnya selesema sehingga penyakit yang ada padanya mengalir. Apabila urat di tubuhnya bergoncang, maka Allah menguasai ke atasnya bisul-bisul sehingga penyakit yang ada padanya mengalir. Justeru apabila seorang daripada kamu menghidapi selesema dan bisul-bisul, maka hendaklah dia memuji Allah supaya menyembuhkan penyakitnya. Beliau s.a.w bersabda: Selesema adalah terasa berat di kepala.
Tiga Ramuan Untuk Rawatan Mata.
580. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada seorang lelaki berkata: Seorang lelaki yang mengadu mengenai dua matanya telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau a.s berkata kepadanya: Di manakah anda boleh dapatkan tiga perkara: Kayu gaharu (aloe), kapur barus dan jadam? Maka lelaki itu melakukannya, kemudian dua matanya sembuh.
Rawatan Mata.
581. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s bahawa kami mempunyai seorang anak perempuan yang melihat planet seperti benda kecil, maka beliau berkata: Ya, dia melihatnya seperti biji-bijian, aku berkata bahawa penglihatannya agak lemah, kemudian beliau a.s berkata: Celakkan dia dengan kayu gaharu, jadam dan kapur barus beberapa kali, lantaran itu, kamipun melakukannya dengannya, maka ia memanfaatkannya.
Kisah Abu Abdullah A.S Dengan Abu Ja‘far Al-Dawaaniq Dan Kisah Nabi Bani Israel.
582. Daripadanya, daripada Ahmad, daripada Daud bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Faidh, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja‘far al-Dawaaniq, lalu dibawakan kepadanya satu peta, maka beliau telah melihat kepadanya. Kemudian beliau telah mengeluarkan sesuatu daripadanya dan berkata: Wahai Abu Abdullah, adakah anda mengetahui apakah ini? Aku berkata: Apakah itu? Beliau berkata: Ini adalah benda yang dibawa dari Tanjah, Afrika, lalu aku berkata: Apakah dia?
Beliau berkata: Gunung di sana mengeluarkan beberapa titisan [air] di dalam setahun, kemudian ia membeku, ia adalah baik bagi orang yang mengidap sakit mata mencelak dengannya, maka ia akan sembuh dengan izin Allah. Aku berkata: Ya, aku mengetahuinya, jika anda mahu, aku akan memberitahu anda mengenai namanya dan keadaannya? Tetapi beliau tidak bertanya mengenai namanya, beliau berkata: Apakah keadaannya? Maka aku berkata: Ini adalah gunung yang telah dinaiki oleh seorang nabi daripada para nabi Bani Israel yang telah melarikan diri daripada kaumnya, beliau telah menyembah Allah di atasnya. Kemudian kaumnya mengetahuinya, lalu mereka membunuhnya di dalam keadaan dia sedang menangis. Ini adalah titisan air matanya dari satu segi dan dari satu segi yang lain terdapat satu mata air yang lain keluar daripada air tersebut di waktu malam dan siang.
Celak Abu Ja‘far A.S.
583. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Sulaim maula Ali bin Yaqtiin bahawa dua matanya menghidapi kesakitan, maka Abu al-Hasan a.s telah menulis surat kepadanya berkata: Apakah yang menghalang anda daripada celak Abu Ja‘far a.s; iaitu sebahagian daripada kapur barus, kayu gaharu yang dilumatkan dan ditapis dengan ukuran haba, kemudian dicelakkan daripadanya sebagaimana mencelak daripada antimoni dalam masa sebulan, maka ia akan menghilangkan penyakit di kepala dan mengeluarkannya daripada badan. Kemudian dia telah mencelak dengannya, justeru dia tidak mengadu mengenai dua matanya sehingga dia mati.
Hadis Mengenai Seorang ‘Abid.
584. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Muhammad bin Sinan, daripada orang yang telah memberitahunya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Iblis telah mendengus terhadap seorang ahli ibadah (‘abid) Bani Israel yang tidak pernah melakukan sesuatu daripada urusan dunia. Maka tentera-tenteranya berkumpul kepadanya, dia berkata: Siapakah yang akan pergi kepada polan sebagai wakil aku? Sebahagian mereka berkata: Aku adalah untuknya, maka dia berkata: Dari manakah anda akan mendatanginya?
Dia berkata: Dari sudut perempuan. Dia berkata: Anda bukanlah untuknya, dia tidak akan melakukannya. Ada di kalangan mereka berkata kepadanya: Aku untuknya, maka dia berkata kepadanya: Dari manakah anda akan mendatanginya? Dia berkata: Dari sudut minuman keras (arak) dan kelazatan. Maka dia berkata: Anda bukanlah untuknya, kerana minuman keras dan kelazatan bukan untuknya. Ada yang lain pula berkata: Aku adalah untuknya, maka dia berkata: Dari manakah anda akan mendatanginya? Dia berkata: Dari sudut kebaikan, maka dia berkata: Pergilah kepadanya, maka anda adalah ahlinya. Kemudian dia pergi ke tempat lelaki ahli ibadat itu, mengerjakan solat di sisinya. Lelaki itu tidur, tetapi syaitan tidak tidur, lelaki itu beristirahat, tetapi syaitan tidak beristirahat. Maka lelaki itu berpaling kepadanya merasa dirinya kecil dan memperkecil amalannya, maka lelaki itu berkata: Wahai hamba Allah, dengan apakah yang membuat anda mampu mengerjakan solat?[143]
Syaitan[144] itu tidak menjawabnya, kemudian lelaki itu mengulanginya lagi, syaitan tidak menjawabnya, kemudian lelaki itu mengulanginya lagi, maka syaitan berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku telah melakukan dosa dan aku sekarang bertaubat kepada-Nya. Apabila aku mengingati dosaku, maka aku mampu mengerjakan solat. Lalu lelaki itu berkata: Beritahuku mengenai dosa anda sehingga aku melakukannya dan aku akan bertaubat. Apabila aku melakukannya, maka aku mampu mengerjakan solat [sepanjang masa]? Syaitan berkata: Pergilah ke bandar, maka tanyalah seorang pelacur (fulaanah al-Baghiyyah), kemudian berilah kepadanya dua dirham dan berseronoklah dengannya.
Lelaki itu berkata: Di manakah aku akan dapat dua dirham, aku tidak mengetahui apakah dua dirham itu, lantas syaitan mengambil dua dirham di bawah tapak kakinya dan memberikannya kepadanya. Kemudian lelaki itu berdiri dan pergi ke bandar dengan jubahnya bertanya rumah pelacur itu. Maka orang ramai telah menunjukkan jalan kepadanya, kerana mereka menyangka bahawa dia datang untuk memberi nasihat kepadanya. Kemudian dia datang kepadanya, lalu mencampakkan dua dirham kepada perempuan itu dan berkata: Berdirilah, maka dia pun berdiri, lalu memasuki rumahnya dan berkata kepada lelaki itu: Masuklah sambil berkata: Anda telah mendatangiku di dalam keadaan di mana orang yang berjubah tidak mendatangi orang sepertiku ini. Lantaran itu, beritahuku mengenai cerita anda, lalu lelaki itu memberitahunya, maka dia berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, sesungguhnya meninggalkan dosa itu lebih senang daripada bertaubat dan bukan semua orang yang bertaubat diterima.
Dan ini pasti syaitan yang telah menyamar kepada anda. Pulanglah, sesungguhnya anda tidak akan melihat sesuatu. Kemudian dia pulang dan pada malam itu juga perempuan itu mati. Tiba-tiba tertulis di pintunya: Hadirlah kepada perempuan itu, kerana dia adalah di kalangan ahli syurga. Orang ramai telah meraguinya, lalu mereka membiarkan mayat itu selama tiga hari tanpa mengapankannya. Justeru Allah mewahyukan kepada seorang nabi Bani Israel yang mana hanya diketahui oleh Musa bin Imraan a.s: Datangilah polanah (perempuan) itu, kerjalah solat ke atasnya. Perintahlah orang ramai supaya mengerjakan solat ke atasnya. Sesungguhnya Aku telah mengampuni dosanya dan dia berhak syurga kerana menegah hambaku polan dari melakukan kemaksiatan terhadap-Ku.
Hadis Mengenai Seorang ‘Abid, Isterinya Dan Peminta Sedekah.
585. Ahmad bin Muhammad bin Ahmad, daripada Ali bin al-Hasan, daripada Muhammad bin Abdullah bin Zararah, daripada Muhammad Ibn al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja‘far a.s berkata bahawa terdapat seorang lelaki ‘abid di kalangan Bani Israel yang tidak bekerja, tetapi agak bernasib baik. Maka isterinya telah membelanjakan untuknya sehingga tidak ada lagi yang tinggal di sisinya. Mereka telah lapar untuk beberapa hari, lalu isterinya memberikan kepadanya kain yang diperbuat daripada bulu dan berkata kepadanya: Ini sahaja yang aku miliki, pergilah, juallah dan belilah sesuatu untuk kita makan.
Diapun pergi, tetapi dia mendapati kedai telah ditutup, pembeli-pembeli telah bangun dan pulang, maka dia berkata: Kenapa tidak aku mengambil air ini, berwuduk, mencurahkan air ke atasku, kemudian aku pulang. Kemudian dia datang ke laut, tiba-tiba dia bertemu dengan seorang nelayan yang telah mencampakkan jalanya dan mengeluarkannya, maka dia mendapati seekor ikan buruk yang telah berada di jalanya sehingga busuk, maka dia berkata: Juallah kepadaku ikan ini dan aku akan memberikan kepada anda kain bulu ini di mana anda boleh memanfaatkannya untuk jala anda. Dia berkata: Ya, maka dia mengambil ikan dan memberikan kain bulu kepadanya. Kemudian dia pulang dengan ikan ke rumahnya, lalu memberitahu isterinya mengenai berita itu. Isterinya mengambil ikan itu untuk dipotong. Apabila dia membelahnya, terserlah mutiara di perutnya, lalu dia memanggil suaminya dan memperlihatkannya kepadanya.
Lantas dia mengambilnya dan pergi ke kedai, lalu dia menjualnya dengan dua puluh ribu dinar. Kemudian dia pulang ke rumahnya dengan harta dan menyimpannya. Tiba-tiba seorang peminta sedekah mengetuk pintu rumahnya dan berkata: Wahai tuan rumah, bersedekahlah kepada orang miskin, nescaya Allah memberi rahmat kepada kamu. Maka lelaki itu berkata: Masuklah, lalu diapun masuk, maka dia berkata kepadanya: Ambillah salah satu daripada dua karung itu, lalu diapun mengambilnya dan pergi.
Maka isterinya berkata kepadanya: Subhanallah! Manakala kita baru senang, tiba-tiba separuh daripada kesenangan kita telah habis. Tidak lama selepas itu, tiba-tiba seorang telah mengetuk pintu rumahnya, maka lelaki itu berkata kepadanya: Masuklah, maka diapun masuk, maka dia meletakkan karung pada tempatnya, kemudian berkata: Makanlah dengan riang hati, sesungguhnya aku adalah malaikat Tuhan anda, sesungguhnya Tuhan anda mahu menguji anda, maka Dia mendapati anda seorang yang bersyukur.
Khutbah Amir Al-Mukmin A.S Di Dhi Waqqar.
586. Ahmad bin Muhammad, daripada Sa‘ad bin al-Munzir bin Muhammad, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada bapanya berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah di suatu tempat bernama Dhi Waqqar[145]. Beliau a.s telah memuji Allah, kemudian berkata:
Amma ba‘du. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad (s.a.w) dengan kebenaran supaya mengeluarkan hamba-hamba-Nya dari menyembah hamba-hamba-Nya kepada menyembah-Nya. Daripada janji-janji hamba-hamba-Nya kepada janji-janji-Nya, daripada ketaatan kepada hamba-hamba-Nya kepada ketaatan kepada-Nya, daripada wilayah hamba-hamba-Nya kepada wilayah-Nya, memberi khabar gembira dan peringatan serta menyeru kepada Allah dengan izin-Nya, dalam keadaan terang dan bersinar yang meliputi hukum-hukum yang telah diterangkan agar hamba-hamba-Nya mengetahui akan Tuhan mereka manakala mereka jahil mengenai-Nya, hendaklah mereka mengakui-Nya manakala mereka mengingkari-Nya, hendaklah mereka menetapkan-Nya selepas mereka mengingkari-Nya. Maka Allah telah terserlah kepada mereka di dalam Kitab-Nya tanpa mereka melihat-Nya, lantaran itu Dia memperlihatkan kepada mereka sifat lemah-lembut-Nya dan kemaafan-Nya serta kekuasaan-Nya.
Dia telah menakutkan mereka dengan kekuasaan-Nya, bagaimana Dia telah menciptakan bukti-bukti, bagaimana Dia menghapuskan dosa-dosa daripada penderhaka-penderhaka, bagaimana Dia membalas dendam, bagaimana Dia memberi rezeki dan petunjuk, memperlihatkan kepada mereka kebijakan-Nya, bagaimana Dia menghukum, bersabar sehingga Dia mendengar apa yang Dia mendengar dan melihatnya. Allah telah mengutus Muhammad (s.a.w) untuk semua perkara tersebut. Kemudian akan datang ke atas kamu satu zaman di mana kebenaran menjadi perkara yang paling dirahsiakan dan kebatilan lebih terserlah, pembohongan terhadap Allah dan Rasul-Nya (s.a.w) lebih menonjol.
Tidak ada barang yang lebih laris pada mereka pada zaman itu selain daripada Kitab (al-Qur’an) apabila dibaca dengan betul, tiada barang yang lebih mahal untuk dijual dan tiada yang lebih mahal daripada Kitab apabila diubah daripada tempatnya [146](idha hurrifa ‘an mawaadhi‘i-hi). Tidak ada perkara yang paling dibenci oleh semua peringkat selain dari melakukan perkara yang baik dan tidak ada perkara yang terkenal selain daripada kemungkaran, bukanlah kejahatan yang diingkari dan tidak ada balasan yang lebih daripada petunjuk ketika kesesatan. Pada zaman itu, Kitab (al-Qur’an) ditinggalkannya, dilupai penghafazannya sehingga hawa nafsu menguasai mereka yang mana mereka mewarisinya daripada bapa-bapa mereka. Mereka telah mengubah al-Qur’an secara pembohongan[147] (wa ‘amiluu bi-tahriif al-Kitaab kidhban), lalu menjualnya dengan harga yang murah sekalipun mereka dianggap zuhud (fa-baa‘uu-hu bi l-Bakhs wa kaanuu fi-hi min al-Zaahidiin). Kitab dan ahli Kitab[148] pada zaman itu kedua-duanya menjadi buruan dan sahabat yang akrab yang menuju satu haluan di mana kedua-duanya tidak boleh dilindungi[149].
Justeru Kitab dan ahli Kitab berada di kalangan orang ramai, tetapi mereka pada hakikatnya tidaklah bersama mereka, kerana kesesatan tidak menyetujui petunjuk sekalipun kedua-duanya berhimpun. Mereka telah bersetuju untuk perpecahan, lalu mereka berpecah daripada jemaah[150]. Sesungguhnya orang yang mengurus urusan mereka dan urusan agama mereka adalah orang yang melakukan kelicikan, kemungkaran, rasuah dan pembunuhan seolah-olah merekalah pemimpin-pemimpin Kitab sedangkan Kitab bukanlah imam mereka.
Kebenaran yang tinggal di sisi mereka hanyalah pada nama sahaja, mereka mengenali Kitab hanya pada tulisan khat sahaja. Apabila seorang yang masuk mendengar hukum al-Quran, maka dia tidak dapat menyakinkan orang yang duduk sehingga dia keluar daripada agama berpindah daripada agama raja kepada agama raja yang lain, daripada wilayah raja kepada wilayah raja yang lain, daripada ketaatan kepada raja kepada ketaatan kepada raja yang lain, daripada janji-janji raja kepada janji-janji raja yang lain. Maka Allah menguji mereka secara perlahan-lahan tanpa mereka mengetahuinya.
Sesungguhnya “tipudaya” adalah kuat dengan cita-cita dan harapan sehingga mereka melahirkan anak-anak mereka di dalam kemaksiatan, mereka telah terlibat dengan kezaliman sehingga al-Quran tidak memberi pengertian apa-apa kepada mereka, lantas mereka tinggal di dalam kesesatan, lalu mereka beragama dengan agama selain daripada agama Allah.
Masjid-masjid mereka membangun daripada kesesatan, rosak daripada petunjuk. Qari-qari dan ahli jawatan kuasa masjid adalah serugi-rugi makhluk Allah. Daripada merekalah berlakunya kesesatan dan kepada merekalah ia kembali. Justeru kehadiran di masjid-masjid mereka dan pergi kepadanya adalah kufur dengan Allah Yang Maha Besar melainkan orang yang pergi kepadanya mengetahui kesesatan mereka (fa-hudhuuru masaajidi-him wa al-Masyyu ilai-haa kufrun bi llahi l-‘Aziim illaa man masyaa ilai-haa wa hua ‘aarifun bi-dhalaali-him). Lantaran itu, masjid-masjid yang dibina oleh mereka adalah sebagai kerosakan daripada petunjuk, membangun daripada kesesatan. Sunnah Allah ditukarkan, hudud-Nya dicemari. Mereka tidak menyeru kepada petunjuk, tidak membahagi-bahagiklan al-Fai’, tidak menunaikan tugasan diri, mereka mendakwa orang yang mati di kalangan mereka sebagai syahid.
Sesungguhnya mereka mendatangi Allah dengan pembohongan, keingkaran, mencukupi dengan kejahilan[151]. Mereka tidaklah seperti golongan yang soleh, kerana mereka menamakan kebenaran mereka ke atas Allah sebagai pembohongan dan mereka menjadikan balasan yang jahat untuk kebaikan[152]. Lantaran itu Allah telah mengutus kepada kamu seorang rasul di kalangan kamu yang mengambil berat ke atas kamu dan mengasihani akan golongan mukminin. Dia telah menurunkan Kitab ke atasnya yang tidak didatangi oleh sebarang kebatilan di depannya dan di belakangnya, turun daripada Yang Maha Bijaksana, al-Qur’an yang berbahasa Arab tanpa keraguan bagi memberi peringatan kepada orang yang hidup dan membenarkan hujah kepada golongan yang kafir.
Justeru janganlah angan-angan kamu melalaikankan kamu dan ajal kamu yang panjang [melupakan akhirat]. Sesungguhnya telah binasa orang yang sebelum kamu yang mempunyai angan-angan dan umur panjang sehingga sampai masa yang ditetapkan, lalu keuzuran dan taubat tidak diterima lagi. Dan tempatnya digantikan dengan azab dan dendam. Sesungguhnya Allah telah menyampaikan kepada kamu dengan janji, menerangkannya kepada kamu, mengajarkan kamu sunnah, menghuraikan kepada kamu segala manhaj bagi menghilangkan sebarang alasan.
Justeru sesiapa yang berpegang kepada firman-Nya sebagai petunjuk, maka Dia akan menunjukannya kepada apa yang lebih baik. Sesungguhnya jiran Allah adalah aman dan terjaga sementara musuh-Nya merasa takut dan terpedaya. Lantaran itu, banyaklah berzikir kepada Allah dan takutlah kepada-Nya dengan takwa, dekatilah diri kepada-Nya dengan ketaatan, kerana Dia adalah dekat dan menyahuti seruan sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah (2): 186 “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila dia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku. Dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”. Lantaran itu, sahutilah seruan-Nya, berimanlah kepada-Nya, hormatilah Allah dengan sepenuhnya.
Golongan yang mengetahui kebesaran Allah, hendaklah mereka bertawaduk kepada-Nya. Oleh itu, janganlah mereka mengingkari diri mereka selepas mencapai had makrifat dan janganlah mereka tersesat daripada petunjuk. Justeru janganlah kamu lari daripada kebanaran seperti larinya orang yang sihat daripada orang yang berkudis atau orang yang mempunyai penyakit. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak akan mengetahui kebijakan (al-Rusyd) sehingga kamu mengetahui orang yang meninggalkannya. Janganlah kamu mengambil perjanjian Kitab sehingga kamu mengetahui apa yang bermengenai dengannya.
Janganlah kamu berpegang kepadanya sehinggalah kamu mengetahui orang yang telah meninggalkannya. Janganlah kamu membaca Kitab dengan bacaan yang sebenar sehingga kamu mengetahui orang yang telah mengubahnya (alladhi haraafa-hu)[153]. Kamu tidak akan mengetahui kesesatan sehingga kamu mengetahui petunjuk. Kamu tidak akan mengetahui takwa sehingga kamu mengetahui orang yang melanggarinya. Apabila kamu mengetahui semuanya ini, maka kamu akan mengetahui bid‘ah-bid‘ah dan kecuaian. Kamu telah melihat pembohongan ke atas Allah, ke atas Rasul-Nya, pengubahan (tahriif) kepada Kitab-Nya. Kamu telah melihat bagaimana Allah memberi petunjukNya, dan janganlah kamu gusar mengenai mereka yang tidak mengetahuinya.
Sesungguhnya ilmu al-Qur’an tidak diketahui melainkan oleh orang yang telah merasai cita rasanya. Lantaran itu, kejahilan diketahui dengan ilmu, diperlihatkan dengannya apa yang tertutup, didengari dengannya apa yang pekak. Dengannya ilmu yang lalu diketahui, dihidupkan dengannya selepas seorang itu mati. Allah telah menetapkan kebaikan dan menghapuskan dengannya kejahatan sehingga keredaan Allah dicapai. Lantaran itu, tuntutlah perkara tersebut di sisi ahlinya secara khusus, kerana mereka adalah cahaya istimewa, para imam yang diikuti. Merekalah yang menghidupkan ilmu dan mematikan kejahilan, merekalah yang memberitahu kamu akan hukum mereka daripada ilmu mereka, diam mereka daripada percakapan mereka.
Zahir mereka daripada batin mereka. Mereka tidak akan menyalahi agama dan mereka tidak berselisih mengenainya. Maka dia[154] di kalangan mereka sebagai saksi yang benar, pendiam, bercakap. Justeru mereka adalah saksi kebenaran, pemberita yang benar. Mereka tidak menyalahi kebenaran dan berselisih mengenainya. Sesungguhnya telah berlalu hukum Allah yang benar pada mereka sebagai peringatan kepada golongan yang mahu mengingatinya. Fikirlah kebenaran apabila kamu mendengarnya dengan fikiran yang terbuka (rational) dan janganlah kamu memikirkannya dengan akal yang tertutup[155]. Kerana perawi-perawi Kitab[156] adalah ramai dan orang yang menggunakan akalnya adalah sedikit, semoga Allah menolong kamu.
Fasiq, Faajir Dan Pendosa.
587. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Umar bin Ali, daripada Muhammad bin Umar, daripada Ibn Adhinah berkata: Aku telah mendengar Umar bin Yazid berkata: Ma‘ruuf bin Kharbuudh telah memberitahuku daripada Ali bin al-Husain a.s bahawa sesungguhnya beliau a.s berkata: Orang yang sentiasa melakukan [maksiat] adalah fasiq, orang yang sentiasa bertengkar adalah faajiir (jahat) dan orang yang banyak percakapannya selain daripada zat Allah adalah pendosa (aathiman).
Apabila Ibrahim A.S Melihat Janggutnya.
588. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abi Nasr, daripada Abban bin Uthman daripada al-Hasan bin ‘Ammaarah, daripada Na‘aim al-Qadhaa‘i, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Ibrahim a.s melihat janggutnya pada waktu pagi, lalu beliau a.s berkata: Segala puji bagi Allah Tuhan alam semesta yang telah menyampaikan aku ke tahap ini; aku tidak pernah menderhakai Allah walaupun sekelip mata.
Hadis Mengenai Malaikat Maut Dan Khabar Gembira Untuk Ibrahim A.S.
589. Abban bin Uthman, daripada Muhammad bin Marwan, daripada orang yang telah meriwayatkannya, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Allah mengambil Ibrahim a.s sebagai khaliilan (teman), maka malaikat maut telah mendatanginya di dalam bentuk seorang muda yang berkulit putih di atasnya dua kain putih dan di kepalanya sedang mengeluarkan air dan minyak. Lalu Ibrahim a.s memasuki rumahnya. Beliau a.s telah menyambutnya di luar rumah. Ibrahim a.s adalah seorang yang paling cemburu.
Apabila beliau a.s keluar rumah, beliau a.s menutup pintunya dan mengambil anak kuncinya bersamanya[157]. Kemudian beliau a.s kembali, lalu membukanya, tiba-tiba seorang lelaki yang tampan berdiri, lalu memegang tangannya dan berkata: Wahai hamba Allah, siapakah yang telah memasukkan anda ke rumahku? Maka dia berkata: Tuannya yang telah memasukkan aku ke rumahnya, maka beliau a.s berkata: Tuannya adalah lebih berhak dengannya daripada aku, maka siapakah anda? Dia berkata: Akulah malaikat maut, lantas Ibrahim a.s terkejut dan berkata: Anda datang kepadaku untuk mengambil nyawaku? Dia berkata: Tidak, tetapi Allah telah mengambil seorang hamba sebagai khaliil. Justeru aku datang untuk memberitahunya mengenai khabar gembira, Ibrahim a.s berkata: Siapakah dia? Dia berkata: Anda, lalu beliau a.s masuk berjumpa dengan Sarah dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Allah telah mengambil aku sebagai seorang khaliilan.
Hadis Mengenai Malaikat Maut Dan Ibrahim A.S
590. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu ‘Umair, daripada Sulaim al-Faraa’ daripada orang yang telah menyebutnya, daripada Abu Abdullah a.s seumpamanya selain daripada beliau a.s berkata di dalam hadisnya: Sesungguhnya malaikat manakala dia berkata: Tuannya telah memasukkan aku di dalamnya, maka Ibrahim a.s telah mengetahui bahawa dia adalah malaikat maut, maka beliau a.s berkata kepadanya: Siapakah yang telah menurunkan anda? Dia berkata: Aku datang untuk memberitahu seorang lelaki bahawa sesungguhnya Allah telah mengambilnya sebagai khaliil, maka Ibrahim a.s berkata: Siapakah lelaki itu? Maka malaikat maut berkata kepadanya: Apakah anda mahu daripadanya? Ibrahim a.s berkata kepadanya: Aku akan berkhidmat kepadanya sepanjang hidupku, maka malaikat maut berkata kepadanya: Andalah dia.
Hadis Mengenai Ibrahim A.S Dan Seorang ‘Abid.
591. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Malik bin ‘Atiyyah daripada Abi Hamzah al-Thumaali, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa Ibrahim a.s telah keluar pada suatu hari dengan untanya, lalu beliau a.s melalui di suatu tempat, tiba-tiba seorang lelaki sedang sembahyang, maka Ibrahim a.s berdiri dan mengaguminya. Beliau a.s duduk sambil menunggunya selesai sembahyang.
Manakala dia sembahyang agak lama, maka Ibrahim a.s menggerakkannya dengan tangannya dan berkata kepadanya: Sesungguhnya aku ada hajat, lalu lelaki itu memendekkan sembahyangnya, maka Ibrahim a.s duduk dan berkata kepadanya: Kepada siapakah anda sembahyang? Maka dia berkata: Kepada Tuhan Ibrahim, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Siapakah Tuhan Ibrahim? Dia berkata: Dialah yang telah menciptakan anda dan menciptakan aku, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Aku mengagumi anda, aku suka mempersaudarakan anda kerana Allah. Di manakah rumah anda jika aku mahu menziarah anda dan berjumpa dengan anda? Lelaki itu berkata kepadanya: Rumahku di balik laut ini dan musala aku adalah di tempat ini jika anda mahu berjumpa dengan aku insyaa’ Allah.
Lelaki itu berkata kepada Ibrahim a.s: Adakah anda ada hajat? Ibrahim a.s berkata: Ya, maka dia berkata: Apakah dia? Anda menyeru Allah dan aku akan mengaminkan doa anda, aku berdoa dan anda mengaminkan doaku, maka lelaki itu berkata: Untuk apakah kita menyeru Allah? Maka Ibrahim a.s berkata: Untuk golongan mukmin yang berdosa. Lelaki itu berkata: Tidak, maka Ibrahim a.s berkata: Kenapa? Maka lelaki itu berkata: Sesungguhnya aku telah menyeru Allah semenjak tiga tahun, tetapi aku tidak melihat jawapan-Nya sehingga pada masa ini. Justeru aku merasa malu kepada Allah untuk berdoa kepada-Nya sehingga aku mengetahui bahawa Dia telah menyahuti doaku.
Ibrahim a.s berkata: Kenapa anda telah berdoa kepada-Nya, maka lelaki itu berkata kepadanya: Sesungguhnya aku di musala aku ini, pada suatu hari, tiba-tiba seorang budak yang warak melaluiku, cahaya bersinar daripada dahinya, dia mempunyai beberapa ekor lembu dan di belakangnya beberapa ekor kambing yang mengikutinya dengan teratur, ia mengagumkan aku, maka aku berkata kepadanya: Wahai budak, siapakah pemilik lembu dan kambing ini? Maka dia berkata: Pemiliknya adalah Ibrahim, aku berkata: Siapakah anda? Maka dia berkata: Aku adalah Ismail bin Ibrahim, khaliil al-Rahmaan.
Lalu aku berdoa kepada Allah dan memohon kepada-Nya supaya menemukan aku dengan khaliil-Nya Ibrahim, maka Ibrahim a.s berkata kepadanya: Akulah Ibrahim khalil al-Rahmaan dan budak itu adalah anak lelakiku, maka lelaki itu berkata pada masa itu juga: Segala puji bagi Allah kerana menyahuti seruanku, kemudian lelaki itu mengucupya dan memeluknya, kemudian dia berkata: Adapun sekarang, maka berdirilah dan berdoalah sehingga aku mengaminkan doa anda, lalu Ibrahim a.s berdoa untuk mukminin dan mukminat serta semua pelaku dosa daripada hari itu dengan keampunan dan keredaan, lelaki itu telah mengaminkan doanya.
Abu Ja‘far a.s berkata: Doa Ibrahim a.s meliputi mukminin dan mukminat daripada Syi‘ah kami.
Kata-Kata Ali Bin Al-Husain A.S.
592. Ali bin Muhammad, daripada beberapa orang sahabatnya secara marfuu’ berkata: Ali bin al-Husain a.s apabila membaca Surah al-Nahl (16): 18 “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya” beliau a.s berkata: Subhanallah kerana Dia tidak menjadikan pada seorang untuk mengetahui semua nikmat-Nya melainkan secara taqsiir sebagaimana Dia tidak menjadikan pada seorang untuk mengetahui nikmat-Nya secara menyeluruh, kerana dia mengetahui bahawa ia tidak dapat dicapai olehnya.
Lalu Dia bersyukur kepada golongan yang arif yang hanya mengetahui makrifat-Nya secara taqsiir, kemudian Dia menjadikan makrifat mereka secara taqsiir itu sebagai terima kasih kepada-Nya sebagaimana Dia telah mengetahui bahawa golongan yang alim juga tidak akan mencapainya, justeru Dia telah menjadikannya suatu iman sebagai tanda daripada-Nya bahawa Dia telah memberi peluang kepada hamba-hamba-Nya [untuk mengenalinya], lantaran itu mereka tidak melampauinya. Sesungguhnya seorang hamba tidak akan mencapai hakikat ibadat kepadanya di dalam erti kata yang sebenar[158]. Maha Tinggi bagi Allah Tuhan semesta alam.
Tidak Seorang Keluar Menentang Hisyam Melainkan Dia Membunuhnya.
593. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada ‘Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada ‘Anbasah bin Bijad al-‘Abid, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Kami telah berada di sisinya dan mereka telah menyebut Sultan Bani Umayyah, maka Abu Ja‘far a.s berkata: Tidak seorang keluar menentang Hisyam melainkan dia membunuhnya, kemudian beliau a.s telah menyebut kerajaannya selama dua puluh tahun, lalu kami terkejut, maka beliau a.s berkata: Apakah gerangan kamu jika Allah kehendaki menghancurkan kekuasaan mereka, maka Dia memerintahkan malaikat supaya mempercepatkan perjalanan falak, lalu Dia menetapkan apa yang Dia mahu? Maka kami telah berkata kepada Zaid dengan kata-kata ini, maka beliau berkata: Sesungguhnya aku telah menyaksikan Hisyam bahawa Rasulullah (s.a.w) sedang dicaci di sisinya (Hisyam), tetapi beliau tidak mengingkarinya dan tidak mengubahkannya. Demi Allah, sekiranya tidak ada orang lain melainkan aku dan anak lelakiku, nescaya aku keluar menentangnya[159].
Khabar Muhammad Bin Abdullah Bin Al-Hasan Bin Ali A.S.
594. Dengan sanad-sanad ini, daripada ‘Anbasah, daripada Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba Muhammad bin Abdullah datang, lalu beliau memberi salam, kemudian beliau pergi. Kemudian Abu Abdullah a.s telah berlinang dua matanya, maka aku berkata kepadanya: Aku telah melihat anda melakukan kepadanya perkara yang mana anda tidak pernah melakukannya? Beliau a.s berkata: Aku telah mengasihaninya, kerana beliau mengaitkan kepada dirinya perkara yang bukan haknya[160], aku tidak mendapatinya di dalam kitab Ali a.s bahawa beliau di kalangan khalifah-khalifah umat ini atau di kalangan raja-rajanya.
Apakah Pengertian Al-Fataa?
595. Ali bin Ibrahim secara marfuu’ berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepada seorang lelaki: Apakah pengertian al-Fataa (pemuda) di sisi kamu? Pemuda itu memberi jawapan kepadanya[161], maka beliau a.s berkata: Tidak, al-Fataa al-Mu’min (pemuda adalah mukmin), sesungguhnya Ashaab al-Kahf adalah syeikh-syeikh (orang tua), lalu Allah menamakan mereka fityah (pemuda) dengan iman mereka.
Tafsir Firman Allah Surah Sabaa’ (34): 19 “Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami”
596. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Jamil bin Salih, daripada Sudair berkata: Seorang lelaki telah bertanya Abu Ja‘far a.s mengenai firman Allah di dalam Surah Sabaa’ (34): 19 “Mereka berkata: “Ya Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami”, maka beliau a.s berkata: Mereka adalah golongan yang mempunyai kampung-kampung yang menghubungkan di antara satu sama lain, sebahagian mereka melihat kepada sebahagian yang lain dan mereka telah mengubahkan apa yang ada pada diri mereka[162].
Lalu Allah menghantar ke atas mereka banjir yang besar, kemudian ia menenggelamkan kampung-kampung mereka, merosakkan rumah-rumah mereka serta menghilangkan harta-harta mereka. Kemudian Dia menukarkan taman-taman mereka yang banyak kepada dua taman sahaja. Satu taman mengeluarkan makanan yang “berduri” dan satu taman mengeluarkan bunga teratai. Kemudian Allah telah berfirman di dalam Surah Sabaa‘ (34): 17 “Demikianlah kami memberi balasan kepada mereka kerana kekafiran mereka. Dan kami tidak menjalankan azab melainkan kepada golongan yang sangat kafir”.
Sifat-Sifat Ahlu l-Bait A.S.
597. Al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Mu‘alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa’ daripada Abu Basir, daripada Ahmad bin Umar berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata setelah didatangi oleh seorang lelaki yang berkata kepadanya: Sesungguhnya kamu Ahlu Bait rahmat yang dikhususkan oleh Allah dengannya, maka beliau a.s berkata kepadanya: Begitu juga kami dan segala puji bagi Allah bahawa kami tidak memasukkan seorang di dalam kesesatan dan kami tidak mengeluarkan seorang daripada petunjuk[163]. Sesungguhnya dunia tidak akan berlalu sehingga Allah mengutus seorang lelaki daripada kami Ahlu l-Bait yang beramal dengan Kitab Allah yang mana beliau tidak akan melihat pada kamu perkara yang mungkar melainkan beliau mengingkarinya.
Catatan Kaki:
[132] Abu Abdullah a.s membaca khaalafuu bukan khullifuu.
[133] Abu Abdullah a.s telah membaca al-Taa’ibiin al-‘Aabidiin sebagai ‘ataf kepada al-Mu’miniin di dalam Surah al-Taubah(9):111.
[134] Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 394, al-Turmudhi, Sahih, v, hlm 191 menyatakan bahawa Surah al-Dhaariyaat (51): 58 telah diubah dari teks asalnya “Innii anaa al-Razzaaq” kepada “Inna llaha huwa al-Razzaaq”, iaitu teks sekarang.
[135] Abu Abdullah a.s telah membaca ayat di atas sedemikian. Justeru perbezaannya adalah pada perkataan naa (kami). Sementara mashaf Uthman menyebut kum (kamu).
[136] Abu Abdullah a.s membaca ‘alaa rasuli-hi sementara mashaf Uthman hanya membaca ‘alai-hi (rasul).
[137] Menguasai kami.
[138] Ia menunjukkan kelebihan para Imam Ahlum l-Bait a.s
[139] Iaitu pertukaran bentuk manusia kepada bentuk binatang sebagai suatu azab ke atas mereka.
[140] Bilangan penempatan tentera.
[141] Tidak terhad kepada bilangan tertentu.
[142] Berkhidmat di dalam peperangan.
[143] Tanpa berhenti.
[144] Menyamar sebagai seorang lelaki yang kuat ibadat.
[145] Khutbah ini telah diriwayatkan juga melalui sanad-sanad yang lain.
[146] Diubah atau ditafsirkan menurut penguasa.
[147] Al-Bukhari di dalam Sahihnya, vi, hlm. 210 menyatakan bahawa Surah al-Lail (92): 3 telah ditambah perkataan “Maa khalaqa”. Justeru ayat yang asal ialah “wa al-Dhakari wa al-Unthaa”, tanpa ‘Maa khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Dardaa’, kemudian ia dicatat oleh Muslim, Sahih, 1, hlm. 565; al-Turmudhi, Sahih, v, hlm.191.
[148] Guru-guru al-Qur’an yang sedemikian rupa.
[149] Mereka tidak boleh dipercayai lagi, kerana menjual agama dengan dunia.
[150] Jemaah ahli kebenaran sekalipun sedikit.
[151] Tidak mahu mencari kebenaran.
[152] Mereka memahami suatu perkara secara terbalik; mereka menganggap bahawa golongan mukmin di sisi Allah dan Rasul-Nya adalah kafir dan golongan yang kafir di sisi Allah dan Rasul-Nya adalah mukmin.
[153] Al-Suyuti, al-Itqaan, ii, hlm. 82 meriwayatkan bahawa ‘Aisyah menyatakan bahawa Surah al-Ahzab (33): 56, pada masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca “ wa ‘ala lladhiinaa yusalluuna al-Sufuuf al-Uwal” selepas “inna llaha wa malaikata-hu yusalluunaa ‘alaa al-Nabi… ‘Aisyah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf.
[154] Seorang imam di kalangan para Imam Ahlu l-Bait a.s
[155] Secara hafazan sahaja.
[156] Al-Qur’an dan Hadis.
[157] Mengunci Sarah di dalamnya.
[158] Hanya golongan tertentu sahaja.
[159] Ini bererti bahawa jika Rasulullah s.a.w dan keluarganya dicaci, maka para hadirin yang mampu hendaklah mempertahankan maruah mereka a.s.
[160] Menuntut jawatan khalifah.
[161] Mengikut pengertian al-Fataa dari segi bahasa.
[162] Tidak bersyukur kepada nikmat Allah.
[163] Kedatangan Imam al-Mahdi adalah satu kepastian.
BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.
al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.
al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.
al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.
al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.
al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.
____________, Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.
al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.
Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.
al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.
al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.
Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.
Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.
Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.
Ibn Abu al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.
Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.
Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.
al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.
al-Kulaini, Usuul al-Kaafi, Beirut 14o5 H.
__________ , Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1405 H.
al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.
Ibn al-Nadim, al-Fihris , Baghdad, 1391H.
Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.
Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.
____________, Fath al-Bari, Cairo, 1965.
____________, Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.
Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.
al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.
Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.
Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.
Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.
____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.
Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.
al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1993.
Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.
Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.
____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.
Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,
Beirut, 1967.
Muslim, Sahih, Cairo, 1967.
al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.
al-Nasa’i, al-Khasaa’is, Beirut, 1959.
____________, al-Sunan, Cairo, 1958.
al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H,
al-Qurtubi, al-Jaami‘ li Ahkaam al-Qur’an, Cairo, 1381 H
al-Saduq , al-Amali , al-Najaf, 1389 H
_________, Ma ani al-Akhbar, al-Najaf , 1391 H
al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.
Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwaas, Cairo, 1381 H.
al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.
al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.
____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368
_________, al-Itqaan fi ‘Ulum al-Qur’an, Cairo, 1387
Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958
al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382
____________, Jaami al-Turmudhi‘, Cairo, 1380
al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar