Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » , » Mengenang Zainab binti Jahsy

Mengenang Zainab binti Jahsy

Written By Unknown on Selasa, 02 Januari 2018 | Januari 02, 2018


Zainab binti Jahsy

Zainab binti Jahsy (Bahasa Arab: زینب بنت جحش) adalah salah seorang isteri Nabi Muhammad Saww. Dia sebelumnya bernikah dengan Zaid bin Haritsah anak asuhan Rasulullah Saww, namun tidak lama keduanya berpisah. Untuk mengubah tradisi jahiliyah yang menyamakan sepenuhnya anak asuhan sebagaimana anak kandung, Nabi Muhammad Saww bernikahi dengan bekas isteri anak asuhannya itu.

Pernikahannya dengan Zainab menyebabkan Nabi Muhammad Saww dilecehkan dan diolok-olok, yang menjadi penyebab turunnya ayat mengenai perintah berhijab. Demikian pula,pernikahannya dengan Zainab menimbulkan kecemburuan dari sebahagian isteri Nabi Saww yang lain, yang kemudian menjadi penyebab turunnya surah at-Tahrim.

Zainab dikenali sebagai susuk peribadi yang sederhana dan zuhud. Sehingga disaat dia meninggal dunia, tidak ada satu dirham pun yang dia tinggalkan. Dia wafat di Madinah pada tahun 20 H dan dimakamkan di Pemakaman Baqi`.


Nama dan Nasab

Nama ayah Zainab Jahsy bin Rayyab dari suku Ghanm dan dari kabilah Asad bin Khuzaima, [1] yang setelah hijrah ke Mekah, bergabung dengan Bani Umayyah sehingga termasuk dalam suku Quraisy. [2] Ibunya bernama Umaima binti Abdul Muththalib, mak cik Rasulullah Saww. [3]

Sebelumnya Zainab bernama Barra, yang kemudian setelah bernikah dengan Rasulullah Saww, Rasulullah Saww memanggilnya dengan nama Zainab. [4]


Kelahiran

Tidak ada catatan sejarah yang pasti mengenai tahun kelahiran Zainab. Namun mengingat tahun wafatnya 20 H pada masa kekhalifahan Umar bin Khattab, sementara banyak sejarahwan yang menyebutkan sewaktu wafat usianya 53 tahun [5] maka setidaknya dapat dibuat perkiraan, dia lahir pada tahun 33 sebelum hijrah atau sekitar 10 tahun sebelum Bi’tsat.

Ibnu Hajar berpendapat, usia Zainab sewaktu meninggal dunia adalah 50 tahun. [6] Sementara Ibnu Sa’ad [7] meriwayatkan dari Waqidi, usia Zainab ketika dinikahi Rasulullah Saww 35 tahun [8]. Sehingga diperkirakan kelahirannya sekitar 29 atau 30 tahun sebelum hijrah. Ibu Akasyah bin Mahsahn juga menyebutkan sewaktu hijrah ke Madinah usia Zainab saat itu sekitar 30 tahun. [9]


Hijrah

Zainab dan sejumlah dari keluarga Jahsy termasuk di antara mereka yang pertama berhijrah ke Madinah. [10] Rumah keluarga Jahsy yang ditinggalkan di Mekah, oleh Abu Sufyan dijual ke Amr bin ‘Alqama. [11]


Keperibadian

Sepeninggal Zainab, tidak ada sedikit pun harta berharga yang ditinggalkannya. Sebab semasa hidupnya dia dikenali sebagai peribadi yang dermawan. [12] Nabi Muhammad Saww mengenalnya sebagai susuk isteri yang lembut dan penyayang. Nabi Muhammad Saww pernah bersabda kepada semua isterinya, bahawa yang paling pertama menyusulnya setelah kematiannya, adalah yang paling dermawan di antara isteri-isterinya. [13]

Zainab hanya dalam beberapa jam, 12 ribu dirham yang merupakan pemasukan tahunannya telah dia habiskan untuk dibahagikannya kepada pelayan-pelayannya, kepada anak-anak yatim, kaum janda serta orang-orang yang lebih memerlukannya. Kedermawanannya itu, banyak diriwayatkan oleh para sejarahwan. [14]

Mengenai Zainab, Aisyah menyebutnya sebagai perempuan yang bertakwa, suka membantu, jujur, gemar bersedekah dan berbakti pada orang tua. Aisyah berkata tidak ada yang lebih dikenalinya paling memerhatikan nasib anak-anak yatim dan kaum janda daripada Zainab. [15] Aisyah menyebut Zainab adalah isteri yang paling dicintai Rasulullah Saww setelah dirinya. [16]

Ibnu Abd al-Barra dan Ibnu Jauzi menukil riwayat daripada Aisyah, bahawa dia bersama dengan Zainab adalah isteri-isteri terbaik Nabi Muhammad Saww. [17] [18]


Periwayatan

Zainab termasuk perawi langsung hadis daripada Rasulullah Saww. [19] Bukhari dan Muslim mendokumentasikan sejumlah hadis yang diriwayatkan oleh Zainab. [20] Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar, Ummu Habibah dan Muhammad bin Abdullah bin Jahsy diantara perawi yang meriwayatkan hadis Nabi Saww yang didapatnya daripada Zainab. [21]

Riwayat daripada Thabari dengan sanad yang mursal menyebutkan, fukaha Hijaz menyebutkan Nabi Muhammad Saww wafat di rumah Zainab. [22]


Pernikahan dengan Rasulullah Saww

Tuduhan Berlebihan Musuh

Isu pernikahan Rasulullah Saww dengan Zainab oleh kelompok munafikin dan musyrikin dijadikan bahan untuk mencela dan mengolok-olok Nabi Muhammad Saww. Sebahagian kelompok munafik menghembuskan fitnah bahawa berpisahnya Zaid dengan Zainab kerana ketertarikan Nabi Saww kepada kecantikan Zainab. Mereka pun mereka cerita mengenai hal tersebut [23] yang cerita tersebut memiliki beragam versi.

Versi cerita yang paling masyhur menyebutkan, sewaktu Nabi Muhammad Saww melihat Zainab, Zaid sedang tidak berada di rumah. [24] Namun versi riwayat Ibnu Habib [25] menyebutkan, Zaid ada di rumah, namun sedang pergi mengambil wudhu. Oleh sebahagian mufassir, kisah tersebut dinilai sebagai penyebab turunnya ayat 37 dari surah al-Ahzab. [26]

Dengan melihat kitab-kitab tafsir klasik yang ada, menunjukkan mufassir generasi awal, kemungkinan besar menjadikan kisah-kisah yang popular dikalangan masyarakat menjadi sumber rujukan. [27] Ibnu Hajar menyebutkan, lemahnya sanad dari kisah-kisah yang beredar mengenai isu yang mengawali perceraian Zaid dengan Zainab. [28] Namun tetap sahaja kisah-kisah yang hanya bersumber daripada satu pihak tersebut yang diterima menjadi penyebab pernikahan Nabi Muhammad Saww dengan Zainab. [29]

Pernikahan Nabi Saww dengan Zainab juga dijadikan kaum Nashrani di masa itu sebagai bahan untuk menyerang keperibadian Nabi dan mengesankan citra buruk pada Islam. [30] Kemungkinan yang pertama kali menggunakan peristiwa ini sebagai bantahan atas kenabian Nabi Muhammad Saww dalam keyakinan Kristen adalah John Damascene dalam buku The Fountain of Knowledge. [31] Setelah itu menjadi bahagian yang tidak terpisah daripada literatur Kristen dalam kaitannya dengan polemik terhadap Islam. Terkadang kisah mengenai peristiwa tersebut mengalami perubahan sebagaimana yang mereka nukilkan daripada kitab-kitab Ahlusunnah, dan menjadikannya sebagai sumber rujukan. [32]


Jawaban

Ulama-ulama Islam memberikan sejumlah jawapan dan bantahan daripada syubhat-syubhat tersebut. Sumber penolakan kaum Musyrikin dan Munafikin atas pernikahan Nabi Muhammad Saww dengan bekas isteri anak angkatnya dikeranakan tradisi jahiliyah penduduk Mekah yang memperlakukan anak angkat sebagaimana anak kandung, sehingga hukum-hukum yang berkaitan dengan anak angkat juga berlaku untuk anak asuhan. Kisah tersebut termuat dalam ayat 36-39 surah al-Ahzab. [33]

Bernikah dengan sepupu adalah tindakan yang sah dalam Islam, sehingga perkahwinan Nabi Muhammad Saww dengan puteri mak ciknya bukan masalah. Namun mengenai apa yang telah disebutkan bahawa Nabi Saww bernikahi Zainab kerana tertarik dengan kecantikannya, [34] maka harus dikatakan bahawa Nabi Saww tahu bahawa Zainab adalah perempuan yang santun dan cantik sebelum pernikahannya dengan Zaid bin Haritsah; bahkan saat itu Nabi Saww sendiri yang meminta Zaid bernikahi Zainab.

Nabi Saww memiliki rasa kasih sayang secara khusus pada Zaid [35], yang satu atau dua tahun setelah Bi’tsah, baginda memerdekakan hambanya, Ummu Aiman untuk kemudian dinikahkan dengan Zaid. Dari pernikahan Zaid dan Ummu Aiman, lahirlah Usamah bin Zaid. [36]


Pelamaran Nabi Muhammad Saww

Setelah Zainab hijrah ke Madinah, Nabi Muhammad Saww melamar Zainab untuk Zaid. Zainab kala itu menganggap bahawa dirinya dilamar untuk Nabi Saww sendiri. Namun setelah tahu, Nabi Saww melamarnya untuk Zaid, dia sempat menolak namun sedar bahawa itu kehendak Nabi Saww, maka dia pun ridha dan bersetuju berlangsungnya pernikahan tersebut. [37]

Ahli tafsir pada umumnya berpendapat peristiwa dilamarnya Zainab oleh Nabi Muhammad Saww untuk Zaid mengiringi turunnya ayat 36 surah al-Ahzab yang dengan turunnya ayat tersebut, Zainab tidak lagi punya pilihan selain, selain bersetuju dengan pernikahannya dengan Zaid. [38]


Perpisahan dengan Zaid

Walaupun selalu bersama[39]namun Zaid mengeluhkan akhlak buruk Zainab kepada Rasulullah Saww, yang mana Rasulullah Saww minta ia bersabar dan bertahan bersama isterinya.[40]Sampai akhirnya Nabi Muhammad Saww meminta agar Zaid menceraikan isteri setelah ada perintah dari Allah Swt agar keduanya berpisah.

Menurut majoriti sejarahwan, perceraian antara Zainab dan Zaid terjadi pada tahun ke-5 H atau setelah terjadinya perang Muraisa’ pada bulan Sya’ban. [41]


Pernikahan dengan Rasulullah Saww

Nabi Muhammad Saww atas perintah daripada Allah Swt supaya bernikah dengan Zainab. Hikmah disebalik pernikahan tersebut adalah untuk merombak tradisi jahiliyah penduduk Mekah yang memberlakukan sama taraf antara anak asuhan dengan anak angkat. [42]

Diriwayatkan sendiri dari Zainab, dia bernikah tanpa mahar dengan Rasulullah Saww dan Nabi Saww memperkenalkan Zaid sebagai pewaris dan puteranya. [43]

Dikeranakan pernikahan Nabi Muhammad Saww dengan Zainab adalah ketetapan langit, maka Nabi Saww memperlakukan Zainab lebih istimewa berbanding dengan isterinya yang lain. [44]Pada majlis pernikahannya dengan Zainab, Nabi Saww menyembelih seekor kambing [45] dan melayani tamu-tamunya dengan itu. [46]

Pernikahan Nabi Muhammad Saww dengan Zainab berlangsung pada awal bulan Dzulqa’dah pada tahun ke-5 H, yang saat itu Zainab sedang berusia 35 tahun. [47]


Turunnya Ayat Hijab

Ayat hijab turun setelah pernikahan Nabi Muhammad Saww dengan Zainab untuk menghindarkan gangguan dari sejumlah kaum Munafikin. Dengan matan yang berbeza-beza, riwayat mengenai turunnya ayat hijab tersebut dicatat oleh Ibnu Sa’ad [48]dan Tabrani [49] serta dinukil oleh ulama ahli tafsir dengan menyebut turunnya ayat 58 dan 59 surah al-Ahzab tersebut untuk menghindarkan isteri Nabi Saww dari gangguan. [50]

Zainab adalah isteri yang sangat dicintai dan disayangi Rasulullah Saww dan memiliki posisi yang istimewa di sisi Rasulullah Saww. Hal itulah yang menimbulkan kecemburuan dari beberapa isteri Nabi Saww yang lain. Ayat-ayat bagian awal surah at-Tahrim turun berkenaan dengan peristiwa yang dipicu oleh kecemburuan tersebut. [51] Keistimewaan yang dimiliki Zainab menyebabkan dia dibenci oleh Shafiyah binti Haiya bn Akhthab. [52]

Zainab ikut berserta Rasulullah Saww pada perang Hunain [53]dan pasca wafatnya Rasulullah Saww dia berkata tidak akan pernah lagi keluar menunggangi haiwan tunggangan, meskipun itu untuk melakukan haji. [54]

Nabi Saww berkata kepada Umar yang memarahi Zainab, supaya tahu bahawa Zainab itu Awwah (orang yang rendah hati) dan banyak merintih di sisi Allah Swt. Zainab itu memiliki sifat Nabi Ibrahim dalam dirinya. [55]


Pada Pemerintahan Umar

Pada masa kekhalifahan Umar, wilayah kekuasaan Islam sangat luas. Khalifah Umar melakukan pelbagai penaklukan di wilayah jazirah Arab. Sebagaimana isteri-isteri Nabi Saww yang lain, Zainab juga mendapatkan harta dari Baitul Mal sebesar 12 ribu dirham setiap tahunnya. Namun Zainab hanya mendapatkan pada tahun pertama, sebab tahun setelahnya dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Bagi Zainab harta yang didapatkan daripada penaklukan adalah fitnah dan berharap dari Allah Swt agar dia dihindarkan dari harta yang didapati dari penaklukkan dan penjajahan. [56]


Wafat

Zainab adalah isteri yang pertama kali menyusul Rasulullah Saww ke haribaan-Nya. [57] Da wafat pada tahun ke 20 H [58]. Solat jenazah untuknya diimami oleh Umar bin Khattab yang saat itu menjadi khalifah. [59]

Ibnu Sa’ad, [60] Dzahabi, [61] dan sejumlah perawi lainnya menukilkan bahawa pada proses pemakaman Zainab, Umar bin Khattab pada awalnya memerintahkan hanya untuk para mahramnya saja yang bisa melihat langsung proses pemakaman tersebut untuk menjaga kemuliaan isteri Nabi Saww tersebut. Sebab saat itu Zainab hendak dimakamkan tidak dengan keranda jenazah. Namun Asma binti ‘Umais pada saat itu mengusulkan untuk digunakan keranda jenazah sehingga masyarakat umum mampu mengikuti proses pemakaman tersebut. [62]

Umar bin Khattab menerima usulan tersebut dan selanjutnya memberlakukannya untuk setiap jenazah perempuan yang hendak dimakamkan agar menggunakan keranda jenazah sehingga tidak terlihat oleh pandangan umum. [63]


Proses Pemakaman

Pemakaman Zainab dengan menggunakan keranda jenazah dikenali sebagai yang pertama dalam masyarakat Islam waktu itu. Ketika ditanyakan kepada Asma binti ‘Umais dibalik saranan penggunaan peti untuk jenazah Zainab, dia berkata, dia pernah melihat tradisi penduduk Habasyah menggunakan keranda pada prosesi pemakamanan jenazah. [64] Sementara keranda jenazah telah digunakan pada prosesi pemakaman jenazah Sayidah Fatimah az-Zahra Sa, hanya kerana prosesi pemakamannya diadakan tidak secara terbuka, sehingga pemakaman Zainablah yang dikenal sebagai yang pertama menggunakan keranda jenazah untuk memuliakan isteri Nabi Saww sehingga jenazahnya tidak terlihat oleh umum. [65]


Makam

Zainab dimakamkan di Pemakaman Baqi di samping rumah Aqil dan rumah Muhammad bin Hanifah. [66] Hadir pada prosesi pemakamannya, Usama bin Zaid, sepupu-sepupu dan semua kerabatnya. [67]

Pada hari saat Zainab dimakamkan, udara kota Mekah sangat panas, kerana itu Khalifah memerintahkan untuk diatas makamnya dibuatkan tenda, dan makamnya yang pertama kali memiliki tenda untuk memudahkan orang untuk menziarahinya. [68]


Warisan

Satu-satunya harta warisan yang ditinggalkan Zainab adalah rumahnya, yang ditinggalinya semasa hidup. Namun pada saat perluasan Masjid Nabawi, rumah tersebut terpaksa dirobohkan pada masa kekuasaan Walid bin Abd al-Mulk. Pihak penguasa memberikan ganti rugi kepada pewarisnya sebesar 50000 dirham. [69]


Catatan Kaki :

1. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 101; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1849; Ibnu Abi al-Hadid, jld. 9, hlm. 242.

2. Lihat. Baladzuri, j;d. 1, hlm. 521-522.

3. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 101; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1849; Ibnu Abi al-Hadid, jld. 9, hlm. 242.

4. Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1849; Mahab al-Din Thabrisi, jld. 161; Ibnu Hajar, jld. 7, hlm. 668.

4. Lihat. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 115; Ibnu Jauzi, jld. 2, hlm. 49.

6. Ibnu Hajar, jld. 7, hlm. 670.

7. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 114.

8. Lihat. Ibnu Hajar, jld. 7, hlm. 670.

9. Ibnu Sa’ad, jld. 1, hlm. 115.

10. Ibnu Hisyam, jld. 2, hlm. 114; Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 101; Dzahabi, jld. 2, hlm. 211.

11. Ibnu Hisyam, jld. 2, hlm. 114-115, 145.

12. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 114.

13. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 108; Abu Na’im Isfahani, jld. 2, hlm. 54; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1850-1851.

14. Lihat. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 103-110; Ibnu Hajar, jld. 7, hlm. 670.

15. Ibnu Sa’ad, jld.8, hlm. 108-110; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1851; Ibnu Hajar, jld. 7, hlm. 671.

16. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 114.

17. Ibnu Abd al-Barr, jld.4, hlm. 1851.

18. Ibnu Jauzi, jld. 2, hlm. 48.

19. Lihat. Tabrani, jld. 24, hlm. 51-57.

20.Dzahabi, jld. 2, hlm. 218.

21. Lihat. Mazi, jld. 35, hlm. 184.

22. Thabari, Tarikh, jld. 3, hlm. 187.

23. Lihat. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 101-102; Baladzuri, jld. 1, hlm. 522; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1849-1850.

24. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 101-102; Thabari, Tarikh, jld. 2, hlm. 562-566; Thabrani, jld. 24, hlm. 44.

25. Ibnu Habib, hlm. 85.

26. Lihat. Thabari, Tafsir; Ibnu Abi Zaminain, pada ayat yang dimaksud.

27. Lihat. Thabrani, jld. 24, hlm. 44.

28. Ibnu Hajar, jld. 7, hlm. 668.

29. Dairah al-Ma’arif Islam.

30. Dairah al-Ma’arif Islam.

31. Lihat. Sahas, hlm. 91; Hoyland, hlm. 276.

32. Lihat. Kindi, hlm. 58; Sahas, hlm. 91; Daniel, hlm. 30-31, 119-125, 313.

33. Lihat. Sayid Murtadha Allamalhuda, hlm. 175-177.

34. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 101-102; Qomi, jld. 2, hlm. 172-173.

35. Ibnu Sa’ad, jld. 3, hlm. 40, 42-44; Ibnu Abd al-Barr, jld. 2, hlm. 543, 546.

36. Lihat. Ibnu Sa’ad, jld. 3,hlm. 45; Ibnu Abd al-Barr, jld. 2, hlm. 546.

37. Ibnu Sa’ad, jld.8, hlm. 101; Thabrani, jld. 24, hlm. 39, 40, 45; Abu Na’im Isfahani, jld. 2, hlm. 51-52.

38. Lihat. Muqatil bin Sulaiman; Thabari, Tafsir pada ayat yang dimaksud; Ibnu Abi Zaminain, pada ayat yang dimaksud menukil riwayat yang menyebutkan ayat tersebut berkenaan dengan Ummu Kultsum bin ‘Uqbah bin Abi Mu’ith dan Zaid bin Haritsah.

39. Abu ‘Ubaidah, hlm. 62; Abu Na’im Isfahani, jld. 2, hlm. 52.

40. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 103; Baladzuri, jld. 1, hlm. 522; Thabrani, jld. 24, hlm. 41.

41. Lihat. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 114; Baladzuri, jld. 1, hlm. 521; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1849, yang sependapat dengan pendapat Qitadah; Abu ‘Ubaidah, hlm. 61; Baladzuri, jld. 1, hlm. 521; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1849, yang menyebutkan waktu berpisahnya Zainab dengan Zaid pada tahun ke-3 H, meskipun Baladzuri menyebut bahawa pendapat tersebut tidak dapat dipastikan.

42. Lihat. Qs. Ahzab: 37; Ibnu Hajar, jld. 7, hlm. 667; Ibnu Hisyam, jld. 2, hlm. 646.

I43. Ibnu Sa’ad, jld. 3, hlm. 42; Ibnu Abd al-Barr, jld. 2, hlm. 543; Ibnu Hajar, jld. 2, hlm. 599.

44. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 103; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1850.

45. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 103.

46. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 105, 106, 107; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1849.

47. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 114; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1849.

48. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 105-107.

49. Thabrani, jld. 24, hlm. 46-50.

50. Lihat. Maqatil bin Sulaiman; Thabari, Tafsir, pada ayat yang dimaksud; Thabari, Tafsir; Ibnu Abi Zaminain, pada ayat yang dimaksud, mengenai penyebab turunnya ayat ini, ia menukil khusus dari Ummu Salamah dan Aisyah.

51. Lihat. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 107; Bukhari, jld. 6, hlm. 166-167, jld. 7, hlm. 232; Muslim, jld. 4, hlm. 184-185.

52. Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1850.

53. Waqidi, jld. 3, hlm. 926; Thabari, Tarikh, jld. 3, hlm. 83.

54. Waqidi, jld. 3, hlm. 1115.

55. Abu Na’im Isfahani, jld. 2, hlm. 53-54; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1852: Ibnu Hajar, jld. 7, hlm. 669.

56. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 110; Lih. Dzahabi, jld. 2, hlm. 214.

57. Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1850.

58. Lihat. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 115; Thabrani, jld. 24, hlm. 38; Ibnu Abd al-Barr, jld. 4, hlm. 1852.

59. Ibnu Habib, hlm. 88; Mazi, jld. 35, hlm. 185.

60. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 111.

61. Dzahabi, jld. 2, hlm. 212-213.

62. Ibnu Qutaibah, hlm. 555.

63. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 112; Ibnu Qutaibah, hlm. 555.

64. Kulaini, jld. 3, hlm. 251; Ibnu Babwaih, jld. 1, hlm. 194; Abu Na’im Isfahani, jld. 2, hlm. 43.

65. Lihat. Ibnu Qutaibah, hlm. 555; Thabrisi, jld. 1, hlm. 278; Mahab al-Din Thabari, hlm. 166.

66. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 109; Baladzuri, jld. 1, hlm. 524.

67. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 111-112, 113-114; Baladzuri, jld. 1, hlm. 524.

68. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 112-113; Lih: Ibnu Habib, hlm. 88; Baladzuri, jld. 1, hlm. 524.

69. Ibnu Sa’ad, jld. 8, hlm. 114; Dzahabi, jld. 2, hlm. 218.

(Islam-Muhammadi/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: