Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Syarah Ziarah Asyura

Syarah Ziarah Asyura

Written By Unknown on Selasa, 02 Januari 2018 | Januari 02, 2018


Madrasah Cinta Hussain


Muqadimah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا اَبا عَبْدِاللهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا بْنَ رَسُولِ اللهِ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا بْنَ اَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ وَابْنَ سَيِّدِ الْوَصِيِّينَ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا بْنَ فَاطِمَةَ سَيِّدَةِ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا ثَارَ اللهِ وَابْنَ ثَارِهِ وَالْوِتْرَ الْمَوْتُورَ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ وَعَلَى اْلاَرْوَاحِ الَّتِي حَلَّتْ بِفِنَائِكَ عَلَيْكُمْ مِنِّي جَمِيعًا سَلاَمُ اللهِ اَبَداً مَا بَقيتُ وَبَقِىَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

Beberapa tahun lalu, al faqir menjadikan syarah Ziarah Asyura tajuk ceramah pada malam-malam majlis Musibah Imam Hussin a.s. Amat disayangkan ceramah-ceramah tersebut tidak dirakamkan untuk dijadikan sebagai salah satu khazanah ilmu dikalangan para pencinta Ahlu Bait di tanah air. Oleh disebabkan itu, al fakir melihat satu kemestian untuk memjelaskan isi kandungan serta tafsiran Ziarah Asyura. Sudah tentu ini bukan tugas mudah. Berjam-jam waktu diperlukan untuk mengumpulkan bahan. Setelah itu berjam-jam lagi waktu diperlukan untuk membaca dan memilah-milah bahan bacaan. Seterusnya adalah menyusunnya dalam bentuk penulisan.

Penulisan ini akan dilakukan secara bertahap. Insyallah akan dijangkakan akan selesai menjelang Arbain Hussini tahun ini (2016) atau tahun 1438 hijrah. Tujuan utama dari penulisan ini sudah tentunya atas niat Taqarub kepada Allah S.W.T. Selanjutnya sebagai sedikit khidmat kepada maktab Hussini dan madrasah penantian Al Muntaza a.j. Al faqir juga mengharapkan penulisan ini dapat memperkayakan khazanah tulisan ilmiah dalam bahasa melayu dan menjadi bahan bacaan serta kajian untuk para pencinta Ahlu Bait.

Tugas utama al faqir adalah menyusun kembali dengan bentuk perbahasan mudah dari sumber-sumber dari bahasa Arab dan Farsi. Namun begitu sumber utama penulisan adalah dari kitab ‘Madrase Isqe Hussini’ gabungan ceramah dan tulisan Ayatullah Al Uzma Sheikh Jawadi Amoli. Oleh dikeranakan kecetekan ilmu, al faqir menjauhkan diri dari memberi pandangan peribadi. Semua yang ditulis berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh para ulamak Ahlu Bait. Mereka adalah pewaris ilmu Ahlu Bait dan menjadi kewajipan al faqir untuk menukilkan pandangan mereka sebagai bacaan para pencinta Ahlu Bait semua.

Semoga usaha kecil ini akan memberikan menafaat bersama dan akan menyemarakan kecintaan kita kepada Imam Hussin a.s. secara khusus dan maktab suci mazhab Ahlu Bait a.s. secara amnya. Diharap juga penulisan ini dapat membangkitkan motivasi di dalam diri para pencinta Ahlu Bait terhadap taklif mereka untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis Hussini.

أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚوَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚعَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ


Keberkataan berterusan membaca Ziarah Asyura

Terdapat banyak kisah yang menyebutkan bahawa membaca Ziarah Asyura berterusan dapat memberikan keberkataan dan natijah yang luar biasa. Antara kisah-kisahnya adalah:

1. Seorang ulamak menukilkan kisah dari Marhum Ayatullah Uzma Bahaudinni. Beliau berkata ‘aku sentiasa membaca Ziarah Asyura. Aku akan mula membaca Ziarah Asyura setelah keluar dari rumah untuk menuju ke arah Haram (Hazrat Ma’summah),. Pada satu hari ketika menghampiri haram, dalam keadaan ‘mukasyafa’, aku dapat mendengar dinding-dinding mengucapkan salam ke atas Aba Abdillah…

2. Dinukilkan dari Marhum Ayatullah Uzma Sheikh Abdul Karim Haeri. Beliau berkata, pada satu malam aku bersama dengan putera ustazku Marhum Ayatullah Uzama Mirza Shirazi duduk belajar dengannya di atas bumbung rumahnya di kota Samarra. Tiba-tiba datang guruku Marhum Ayatullah Fisyarki. Wajahnya menunjukan dirinya dalam keadaan sedih dan bimbang. Ini disebabkan tersebarnya wabak penyakit yang mematikan di Iraq.

Mendengar itu, Marhum Mirza Shirazi berkata ‘apakah kalian menerima aku sebagai seorang mujtahid? Kami yang hadir berkata, sudah tentu. Apakah kalian menerima keadilanku? Kami juga menjawab, sudah tentu. Maka dengan ini aku mengarahkan setiap Syiah, lelaki dan wanita di kota Samarra ini membaca Ziarah Asyura dengan niat mewakili Saidatina Nargis, ibu Imam Al Mahdi a.j. Beliau memiliki kedudukan tinggi di sisi puteranya (Imam Mahdi) dengan wasilahnya, wabak ini tidak akan memberi kesan ke atas orang-orang Syiah.

Seberapa segera kami menyampaikan perintah beliau kepada masyarakat Syiah di Samarra. Kesan bacaan Ziarah Asyura menyebabkan tidak ada orang Syiah yang mati disebabkan wabak yang melanda.

3. Ayatollah Shahid Quddusi berkata ‘Marhum Allamah Tabatabie’ tidak pernah meninggalkan bacaan Ziarah Asyura pada bulan Muharam dan Safar. Beliau seringkali menekankan atas pembacaan Ziarah Asyura.

4. Ayatollah Uzma Jawadi Amoli berkata: Imam masjid Muhammadiah di Qom, Hujjatul Islam Sayed Hussin Barqa’ie berkata kepadaku ‘satu ketika aku mengalamai kecelakaan, aku lupa semua perkara. Malah anak-anak dan anggota keluargaku sendiri aku tidak kenal. Namun satu perkara sahaja yang masih aku ingat, iaitu Ziarah Asyura.

5. Hujjatul Islam Firdausi berkata: ketika Imam Khomeini berada di Paris, beliau setiap hari membaca Ziarah Asyura pada waktu khusus. Suatu hari aku menghadap Imam pada waktu tersebut kerana menyampaikan satu khabar yang penting. Setelah menerima khabar tersebut, Imam berkata kepadaku, ‘lain kali jangan ganggu aku pada waktu sebegini dan biarkan aku bersendiri untuk membaca Ziarah Asyura. Apa yang kita miliki datang dari Asyura dan Sayyed Asy Syuhada.

6. Marhum Ayatullah Uzma Araki berkata: Salah satu janji Marhum Ayatullah Uzma Sheikh Muhammad Hussin Isfahani kepada dirinya dan Tuhan adalah membaca Ziarah Asyura. Setelah itu baru beliau memulakan kerja-kerja ilmiah dan ibadahnya. Beliau berdoa kepada Allah supaya hal itu dapat ia lakukan hingga hari akhir hidupnya. Pada penghujung nyawanya, beliau membaca Ziarah Asyura sebelum tidur dan pada malam itu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

7. Doktor Muhammad Hadi Amini, putera Marhum Allamah Amini penulis kitab Al Ghadir menceritakan: Pada satu hari selepas empat tahun kewafatan ayahku, aku bermimpi bertemu dengan ayahku sebelum masuk waktu solat subuh. Aku mencium tangannya dan aku dapati dia berada dalam keadaan gembira. Aku bertanya kepadanya sebanyak tiga kali tentang amalan yang paling berfaedah kepadanya hingga membuatnya kelihatan gembira. Ayahku berkata, hanya Ziarah Imam Hussin. Aku berkata ‘sekarang ini jalan ziarah untuk orang Iran telah ditutup dan tidak mungkin untuk berziarah kepada Imam Hussin’. Ayahku berkata ‘hadiri majlis duka Imam Hussin maka kau akan dapat ganjaran ziarah kepadanya’. Pada penghujungnya, ayahku berkata ‘anakku, telah aku katakan dan akan aku katakan lagi, jangan sesekali meninggalkan Ziarah Asyura. Sentiasa membacanya, kerana Ziarah Asyura memiliki kesan dan keberkahan yang banyak serta menyebabkan kebahagian dunia dan akhirat.


Muqadimah Ziarah Asyura

Makna Ziarah

Ziarah memiliki makna berbagai, antaranya memalingkan diri dari yang lain. Oleh kerana itu yang melakukan ziarah dipanggil sebagai ‘Za’ir’. Sebahagian lagi mengatakan bahawa seorang yang melakukan ziarah menganggap yang diziarahi memiliki kedudukan yang tinggi dan memiliki keinginan untuk dekat kepadanya. Sebahagian pula mengatakan ziarah adalah berpergian untuk bertemu dengan para Aulia Allah. Ini kerana perbuatan ini memalingkan diri dari alam meterial dan memusatkan tumpuan kepada alam rohani walau diri tetap berada di dalam alam material. (Al Misbahul Munir, bab kalimat za wa ra)


Hakikat Ziarah

Ziarah adalah kehadiran maknawi pencinta di hadapan yang dicintai. Pertemuan kerinduaan penziarah dengan yang diziarahi. Jelmaan kecintaan kepada yang dicintai. Penyerahan jiwa kepada pemilik jiwa. Penghormatan dan taat setia seorang perajurit kepada atasnya. Pernyataan tunduk yang beragama kepada agama dan pemimpin agama. Pengumuman kesetiaan yang jujur seorang murid kepada gurunya. Ziarah adalah perjalanan kerinduaan, penuh dengan kesedaran dan kecintaan yang bermula dari mahkota hati. Bermula dari hati dan penghujungnya akan bersemayam di hati yang dicintai.


Berbagai kesan dari Ziarah

Terdapat banyak sekali riwayat yang datang dari Ahlu Bait a.s. supaya Syiah mereka sentiasa mengingati mereka dan memelihara ajaran mereka. Seterusnya mengembangkan ajaran mereka kepada yang lain. Semua hal ini dapat dihidupkan dengan memiliki hubungan dengan mereka. Antara cara memiliki hubungan dengan para maksumin adalah dengan menziarahi mereka. Di sini akan disebutkan beberapa kesan dari ziarah kepada para maksumin a.s.


Pertama: Keberkatan Maknawi di dunia dan akhirat.

1. Mendapatkan keridhaan dan taqarub kepada Allah dengan menziarahi maksumin.

2. Maqam para maksumin adalah tempat terbaik untuk dikabulkan doa, khususnya maqam Imam Hussin.

3. Memperbaharui ikatan dengan para maksumin yang juga ikatan manusia kepada Allah S.W.T.

4. Jalan untuk pengampunan dosa dan dapat menahan diri dari mengulangi kesalahan di waktu akan datang.

5. Mendapatkan jaminan keselamatan pada hari akhirat.


Kedua: Keberkataan budaya dan kemasyarakatan

1. Mengujudkan ikatan silaturahmi dengan sesama saudara seiman.

2. Dapat menghilangkan rasa bangga diri dengan apa yang miliki. Mengujudkan rasa tanggung jawab ke atas sesama mukmin dan manusia keseluruhannya.


Ketiga: Keberkataan Marifat

Di dalam riwayat, ziarah selalunya dituntut bersama dengan marifat . setiap kali bila disebutkan tentang ganjaran ziarah, pasti disebutkan bersamanya marifat. Apabila kita meneliti bacaan ziarah, kita akan dapati disitu mengandungi unsur-unsur marifah. Bermula dengan Tauhid, Keadilan Allah, Nubuwah dan Imamah. Bacaan ziarah juga membawa kita memahami kedudukan tinggi para maksumin a.s. Disebutkan hakikat ziarah adalah berdiri langsung di hadapan Insan Kamil, tiada penghalang antara dia dan kita. kita langsung berhadapan dengannya, mengucapkan salam kepadanya dan ketika membaca zairah, kita berbicara dengannya. Insan Kamil akan menjawab salam kita dan akan menyambut pembicaraan kita serta mengaminkan doa kita.


Keempat: Keberkataan Siasah

Ziarah adalah ikatan kita dengan memahami kedudukan para maksumin. Siapa mereka dan siapa musuh-musuh mereka. Ini akan membawa kita mengenali cara kehidupan mereka dan cara kehidupan musuh-musuh mereka. Dengan ini kita akan dapat mengenal siapa yang perlu diikuti pada era Ghaibah Sahibuz Zaman ajf.


Takbir, adab pertama Ziarah Asyura

Berasaskan riwayat, Imam Muhammad Al Baqir a.s. memerintahkan supaya membaca takbir sebagai abad pertama sebelum membaca Ziarah Asyura. Sudah tentu perintah ini memiliki hikmahnya tersendiri. Takbir ini bukan hanya sekadar untuk bertabaruk dan sebagai mensucikan amalan. Takbir di dalam Ziarah Asyura juga sebagai lambang kesucian dan memurnikan Tauhid. Oleh sebab itu, kita perlu melihat makna takbir dan keberkahannya terlebih dahulu.


Makna Takbir الله اکبر

Terdapat empat kemungkinan dalam makna Takbir.

1. Akbar memberi makna besar. Oleh itu Allahu Akbar memberi erti Allah Maha Besar.

2. Akbar memberi erti sifat yang lebih besar atau agung bila dinisbahkan kepada ‘setiap sesuatu’. Oleh itu makna Allahu Akbar adalah Allah Maha Besar dari setiap sesuatu.

3. Memberi erti kesempurnaan Sifat dan keagungannya tanpa dinisbahkan kepada apapun, Maha Besar dari yang disifati atau Maha Agung dari apa yang disifati, atau dikenali dengan KeagunganNya.

4. Sifat yang Maha Tinggi dan Maha Agung.


Dua makna yang pertama tidak benar. Hal ini dikeranakan makna besar bertentang dengan kenyataan. Dan jika makna Allahu Akbar adalah Allah Maha Besar dari setiap sesuatu, pertama perlu dibayangkan sesuatu untuk dinisbahkan dengan Allah. Ini memberi erti Allah diukur dengan kewujudan yang terbatas dan setelah itu baru dikatakan Allah Maha Besar. Sudah tentu pandangan sedemikian batil kerana meletakan Allah menjadi wujud yang terbatas. Sedangkan Allah adalah wujud yang tidak memiliki batas.

Oleh itu perlu dikatakan bahawa Allah adalah Maha Agung dari apa yang disifati. Tidak ada yang boleh diqiaskan dengan Allah. Tidak ada yang berhak untuk mensifati Allah kecuali hamba-hambaNya yang telah ia ikhlaskan.

سُبحانَ اللَّهِ عَمّا یَصِفونَ . إِلّا عِبادَ اللَّهِ المُخلَصینَ

Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifati. Kecuali hamba-hamba Allah yang telah diikhlaskan. (As Shaffat, 159-160).

Hanya mereka yang telah diikhlaskan hati mereka oleh Allah sahaja yang mampu mensifati Allah S.W.T. Hal ini disebabkan mereka telah mencapai kedudukan tinggi dalam marifah. Hati mereka mutlak milik Allah dan diri mereka mutlak tunduk dan patuh kepada Allah. Mereka telah sampai kepada kedudukan yang mana mereka dimuliakan oleh Allah. Mereka menjadi tempat penyimpan rahsia Allah. Di dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman:

كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَ بَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَ لِسَانَهُ الَّذِي يَنْطِقُ بِهِ

…Aku menguasai pendengaran yang ia dengar dengannya, penglihatan yang ia melihat dengannya dan lidah yang ia berbicara dengannya… (Al Kafi, Kitabul Iman, J 2, ms 352, H 7).

Jika seseorang telah mengetahui Keagungan Allah, pastinya ia akan tunduk kepadaNya. Secara naluri, manusia akan tunduk dihadapan yang agung. Hal ini disebabkan ia mengetahui bahawa dirinya tidak sempurna dan dihadapannya adalah yang sempurna. Ia akan tunduk di hadapan yang sempurna. Namun sering kali manusia salah dalam mengenali wujud yang sempurna. Akhirnya kebanyakkan manusia menyembah kepada yang disangkakan sebagai Tuhan.

Dari empat makna Takbir, hanya makna ketiga sahaja yang sesuai dengan Tauhid yang murni. Allahu Akbar, Allah Maha Agung dari apa yang disifati.


Tauhid

Tauhid adalah asas terpenting dalam Usoluddin. Seluruh akidah dibina dari Tauhid. Tugas utama para Anbia yang diutus oleh Allah adalah menyampaikan Tauhid dan menafikan segala bentuk syirik dari Allah S.W.T.

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

Sesungguhnya telah kami untuk seorang Rasul dikalangan semua umat, para Rasul ini (menyeru untuk) beribadahlah kepada Allah dan jauhilah Thaqut. (An Nahl, 63).


Terdapat lima tahapan dalam perbahasan Tauhid:

1. Tauhid pada Zat. Terdapat tiga makna dalam Tauhid pada Zat.

a) Esa, tidak berkomposisi. Basit – abstrak – tidak berkomponen.

b) Oneness – Tunggal, tidak ada seumpamaNya.

c) Mutlak, tidak ada syarik untukNya.


2. Tauhid dalam Sifat. Sifat-Sifat Allah adalah Zat Allah sendiri (exactness)

3. Tauhid dalam penciptaan.

4. Tauhid dalam Rubbubiyah.

5. Tauhid dalam Ibadah.


Penerangan secara rinci tentang Tauhid perlu kepada perbahasan yang berbentuk kelas. Kefahaman yang hanya berasaskan kepada bacaan tanpa memiliki asas yang benar akan mengakibatkan kecelaruan dalam kefahaman.


Para Ulamak akhlak mengketogerikan hubungan insan dengan Tauhid kepada empat bentuk.

1. Mereka yang mengakui Tauhid di lidah mereka. Namun hati mereka tetap mengingkarinya. Mereka ini adalah orang-orang munafiq atau yang takut kepada kekuatan Islam.

2. Mereka yang mengakui Tauhid dengan lidah dan hati. Mereka adalah orang-orang mukmin.

3. Mereka yang menyaksikan KeEsaan Allah S.W.T. Dalam menyaksikan berbagai bentuk ciptaan dalam alam, mereka melihat semuanya adalah ciptaan dan makhluk Allah. Ini adalah maqam golongan Muqarabun.

4. Mereka yang tidak melihat kecuali melihat Allah. Ini adalah maqam fana yang dimiliki oleh ahli marifat.


Ciri mereka yang telah mencapai kemurnian dalam bertauhid

1. Hanya bertawakal kepada Allah.

2. Taat mutlak kepada Allah.

3. Menjauhi diri dari dosa dan berlaku zalim.

4. Jika melakukan kesalahan, mereka akan menganggap diri mereka adalah perlaku kezaliman. (Sebagaimana Nabi Yunus)

5. Mereka melihat bahawa seluruh yang ada berada di bawah kekuasaan dan pengaturan Allah.

6. Hukum dan pemerintahan adalah milik Allah S.W.T.



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا اَبا عَبْدِاللهِ

Salam ke atasmu wahai Aba Abdillah

Kedudukan Salam dalam budaya Wahyu

Salam adalah doa yang setiap hari akan diucapkan oleh seorang muslim apabila bertemu dengan muslim yang lain. Dengan salam, seorang muslim akan mendoakan saudara muslimnya segala kebaikan di dunia dan akhirat serta menjauhkannya dari segala bentuk bala.

Sebelum Islam, Salam memberi erti aman. Masyarakat Arab sebelum Islam tinggal dalam kabilah mereka. Mereka memiliki ketaasuban yang tinggi terhadap kabilah mereka. Musuh kabilah akan dianggap sebagai musuh utama mereka. Namun begitu jika musuh mereka datang dan mengucapkan salam, maka musuh itu akan aman di sisi mereka.

Di dalam Islam, semua perkara yang ditekankan untuk dilaksanakan pastinya mengandungi hikmah. Imam Hussin a.s. berkata:

Mengucapkan salam terdapat 70 ganjaran. 69 kembali kepada pemberi salam dan satu kepada yang menjawab salam. (Tahaful Uqul, ms 246).

Dinukilkan juga dari beliau:

Orang bahkil adalah yang bakhil untuk memberi salam. (Tahaful Uqul, ms 246)


Hakikat Salam

Salam memberi erti aman dan kesejahteraan. Salah satu dari adab Islam adalah orang-orang beriman saling memberi dan menjawab salam. Tujuannya adalah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan.

Salam adalah antara nama-nama Allah yang Maha Indah.

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Di dalam Al Quran, kata Salam digunakan dalam bentuk yang berbagai:

Pertama: Pujian:

سَلَامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ (الصافات 79)

وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ (الصافات 181)

سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ (الصافات 109)

سَلَامٌ عَلَى مُوسَى وَهَارُونَ (الصافات 120)


Kedua: Keselamatan dan bantuan:

قِيلَ يَا نُوحُ اهْبِطْ بِسَلَامٍ (هود 48)

Difirmankan Wahai Nuh, turunlah dengan selamat..


Ketiga: Sebagai sunnah yang baik:

فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ (النور 61)

Maka ucapkan salam ke atas diri kalian sendiri..


Keempat: Untuk mengelak berbicara panjang ketika berhadapan orang yang jahil.

وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا (آلفرقان 63)

Dan jika orang-orang jahil berbicara dengan mereka, mereka ucapkan salam perpisahan.


Kelima: Kalimah Mubarakah dan Tayibah

فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً (النور 61)

Maka apabila kalian memasuki rumah-rumah hendaklah kalian memberi salam kepada diri kalian sendiri, salam yang ditetapkan dari sisi Allah, yang diberi berkatan lagi penuh kebaikan.

(Islam-Muhammadi/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: