Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Ahlul Bait Nabi a.s.: Kata-Kata Terakhir Fatimah al-Zahara’ a.s

Ahlul Bait Nabi a.s.: Kata-Kata Terakhir Fatimah al-Zahara’ a.s

Written By Unknown on Minggu, 25 Februari 2018 | Februari 25, 2018


“Fatimah berkata kepada Ali as: Katalah selamat tinggal kepadaku.

Ali berkata kepada Fatimah as dengan sedih: Selamat tinggal”

Anda mengetahui wahai Ali , ini adalah kata-kataku yang terakhir. Kegembiraan dan kesedihan bercampur dalam diriku; aku gembira kerana kesusahanku akan berakhir dan aku akan berjumpa dengan bapaku.

Aku sedih kerana meninggalkan anda. Selepasku, anda boleh bernikah dengan sesiapa yang anda mahu, tetapi anda mesti bernikah sengan sepupuku Yamamah, dia adalah rapat dengan anak-anakku. Biarlah Fizza tinggal bersama anda sekalipun selepas perkahwinannya. Aku mencintainya seperti anak perempuanku sendiri, mwskipun dia seorang hamba.

Wahai Ali, semadilah aku di waktu malam dan janganlah membiarkan mereka yang memusuhiku (Abu Bakar, Umar dan sahabat-sahabat mereka berdua) hadir di pemakamannku. Ali, biarlah kematianku tidak mendukacitakan anda, berkhidmatlah untuk Islam dan kemanusiaan. Anda mengetahui bagaimana anda mencintai anak-anakku dan berhati-hatilah dengan Husain. Dia sangat mencintaiku dan dia akan kehilanganku dengan dukacita sebagai kehilangan seorang ibu sehingga baru-baru ini dia pernah tidur di dadaku.

Ali, janganlah anda menangis, aku mengetahui kekerasan luaran anda, tetapi anda mempunyai hati yang lembut. Selamat tinggal, Ali.

Ali berkata: Selamat tinggal.

Kemudian Fatimah as memasuki bilik dan sujud. Selepas beberapa ketika, Ali memasuki bilik dan mendapati Fatimah as wafat di dalam keadaan sujud.

Ali as berkata:

Dialah sekuntum bunga yang masih segar di lingkarannya, dia dari syurga dan kembali ke syurga, bauannya masih harum semerbak di dalam pemikiranku”

(Nahj al-Balaghah).

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: