Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Ahlul Bait Nabi a.s.: Putri Rasulullah , Fatimah Zahra a.s.

Ahlul Bait Nabi a.s.: Putri Rasulullah , Fatimah Zahra a.s.

Written By Unknown on Minggu, 25 Februari 2018 | Februari 25, 2018


Aza' ( perkabungan ) puteri Nabi s.a.w 13 Jamadil Awwal

Fatimah a.s adalah cahaya mata Rasulullah s.a.w yang terakhir bersama Khadijah a.s.

Beliau , berdasarkan apa yang diberitahu oleh Imam Sadiq a.s telah lahir pada tanggal 20 Jamadil Akhir lima tahun setelah pengangkatan Rasul ( yakni 8 tahun sebelum Hijrah ). (Dalail Imamah / 10)

Fatimah a.s , menurut keterangan dari Imam Sadiq a.s mempunyai 9 nama di sisi Allah Taala : Fatimah , Siddiqah , Mubarakah , Thahirah , Zakiyyah , Radiyah , Mardiyyah , Muhaddasah dan Zahra. (Khisal 414/2, Dalail Imamah /10)

Manakala Batul, Hason , Hurrah , Sayyidah , Azra' , Haura' , Maryam Kubra , Nuriyyah ,Samawiyyah , Mansurah dan Haniyah juga adalah nama-nama lain bagi Fatimah a.s. (Manaqib ibn Shahir Ashub 357/2 , Al-Iqbal 624)

Nama-nama panggilan beliau ialah Ummul Hasan , Ummul Husain , Ummul Muhsin , Ummul Aimmah , Ummu Abiha dan Ummul Mukminin. (Manaqib ibn Shahr Ashub , Al-Iqbal 624)

Lapan tahun pertama kehidupan Sayyidah Zahra telah dihabiskan di Kota Mekah.
Beliau telah menanggung banyak penderitaan dan telah menyaksikan gangguan-gangguan Quraish ke atas Rasulullah s.a.w. (Sirah ibni Ishak /211)

Dan telah melihat dirinya , keluarga dan orang-orang Islam yang lain berada di dalam pemboikotan ekonomi oleh pihak musuh. Beliau telah kehilangan ibundanya Khadijah pada tahun 10 Be'thah. (Tabaqat ibni Sa'ad 125/1)

Fatimah a.s juga merasa tidak sepi walaupun berada didalam keadaan sedemikian kerana rumahnya menjadi tempat persinggahan malaikat-malaikat langit. Para malaikat begitu akrab dengan ayahandanya. Jibrail a.s membawa ayat-ayat satu demi satu sebagai pemberian dan Fatimah mendengarnya dengan sepenuh hati serta menghafal ajaran-ajaran Rasul s.a.w.

Fatimah a.s ketika berusia 8 tahun ekoran peristiwa Hijrah telah turut berhijrah ke Madinah dan telah memulakan kehidupan yang baru di sana.

Fadhilat-fadhilat kekeluargaan dan kelebihan-kelebihan peribadi Fatimah a.s telah menyebabkan ramai orang meminang beliau. Seorang demi seorang telah datang mengetuk pintu rumah Nabi s.a.w untuk meminang dan telah pulang dengan tangan kosong.

Akhirnya mereka yang telah masuk meminang berkata kepada Ali :
Kamu pergilah meminang beliau . (Tabaqat ibni Sa'ad, Ar Riyadun Nadirah)

Imam Ali a.s yang telah pergi untuk meminang Fatimah dan Rasulullah s.a.w dengan perintah Allah Taala telah menerima Ali sebagai menantu. (Ar Riyadun Nadirah 142/3 dan 145)

Adapun tentang tarikh kesyahidan Fatimah Zahra a.s , Syeikh Tusi dan Sayyid Ibnu Thawus mengatakan tarikhnya ialah 3 Jamadil Akhir dan pendapat ini disokong oleh Syeikh Abbas Qummi.

Manakala Syeikh Kulaini telah meriwayatkan bahawa Fatimah Zahra telah wafat 75 hari setelah kewafatan ayahanda beliau Rasulullah s.a.w maka tarikh kesyahidan beliau ialah 13 Jamadil Awal.

Oleh itu Syeikh Abbas Qummi menyarankan juga supaya diadakan majlis perkabungan untuk beliau pada 13 , 14 dan 15 Jamadil Awal.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: