Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-MUROJA'AT (DIALOG SUNNAH-SYI'AH) Bagian 2

Al-MUROJA'AT (DIALOG SUNNAH-SYI'AH) Bagian 2

Written By Unknown on Rabu, 28 Februari 2018 | Februari 28, 2018


SURAT 11

1] MEMUJI TEKS KAMI YANG JELAS
2] MEMIKIRKAN BAGAIMANA BERKOMPROMIKAN MEREKA DENGAN KEPERCAYAAN MAJORITI
3] MEMINTA PETUNJUK YANG JELAS DARI AL-KITAB SEPINTAS LALU PADA TEKS PELENGKAP
Thul-Qi`da 20, 1329 H.

1] Saya telah diberikan penghormatan untuk menerima surat kamu yang mulia yang mana saya dapati ianya sahih pada tajuk utama. Limpahan banjir dari kefasihan kamu telah menenggelamkan puncak yang tinggi. Saya telah meneliti surat kamu dengan teliti, dan saya dapati kamu berpandangan jauh, tegas, bernas di dalam penGhujahan, dan berani bersuara.

2] Setelah menimbangkan hujah kamu secara mendalam dan menggali kepada setiap pembuktian kamu, saya dapati diri saya didalam situasi yang amat merbahaya: Apabila saya melihat kedalam bukti-bukti kamu, saya dapati ianya menyakinkan. Apabila saya mempertimbangkan penjelasan kamu, saya dapati ianya memberi petunjuk. Apabila saya melihat kepada Para Imam dari ‘itra yang disucikan, saya dapati Allah dan RasulNya telah menyanjung status mereka, memaparkan ketinggian dan kemuliaan mereka. Kemudian apabila saya melihat kepada majoriti Muslim, yang mewakili jumlah yang besar dari ummah ini, saya dapati mereka berbeza dengan Ahlul Bayt, bertentangan dengan kewajipan yang dibuktikan. Sekarang saya dapati diri ini akan terbahagi kepada dua bahagian: satu bahagian dari saya condong kepada pembuktian, sedang yang lain mencari perlindungan bersama majoriti kaum Muslim. Saya telah serahkan yang pertama kepada kamu untuk dibimbing, sedangkan yang satu lagi dengan keras menolak kamu.

3] Dari itu, bolehkah kamu tolong kawalkan kedegilan yang kemudian itu dengan bukti yang meyakinkan dari al-Kitab yang mana dengannya boleh mengawal dan mengalihkan dari mengikuti kepercayaan umum? Keamanan keatas kamu.


Yang lkhlas,

‘S’


SURAT 12

PEMBUKTIAN AL-QURAN
Thul-Qida 22, 1329 H.

Kepujian bagi Allah, kamu telah mempelajari al-Kitab sepenuhnya, telah memahami pengertian keduanya, yang terang dan yang tersembunyi. Adakah sesiapa yang disanjung di dalamnya seperti ‘itra yang disucikan? Adakah ayatnya yang jelas, menerangkan sesiapa sebagai ‘bersih dari segala kekotoran’ [1] selain dari mereka? Adakah ayat ‘pembersihan’ telah diwahyukan atas penghormatan pada sesiapa yang lain?[2] Adakah wahyu yang terang yang telah mengarahkan pada mencintai yang lain? [3] Adakah Jibril membawa ayat Mubahala pada memuji yang lain? [4]

Adakah ‘Hal Ata’ telah diwahyukan pada memuji yang lain? Tidak! Saya berani bersumpah dengan Tuhan yang telah menggunakannya dengan tepat untuk mereka; Dialah yang benar lagi adil. [5]

Tidakkah mereka itu ‘Tali Allah’ mengenai mereka, Dia telah berkata: ‘Pegang bersama kepada Tali Allah dan janganlah berpecah [3:103] [6]?

Dan ‘yang benar’ mengenai mereka, Dia telah berkata: ‘Hendaklah kamu semua bersama yang benar.’[9:119][7]

‘Jalan Allah’ mengenainya, Dia telah berkata: ‘Janganlah mengikuti jalan yang berbeza kelak mereka akan memesongkan kamu dari jalan Allah [6:153] [8] merekalah yang ‘diamanahkan dengan penguasaan diantara kamu [4:59] [9] ‘Penjagaan wahyu’ mengenainya, Dia berkata: ‘Tanyalah Penjaga wahyu apabila kamu tidak tahu,’ [21:7] [10] ‘Yang Mukmin’ mengenainya Dia berkata: ‘Sesiapa yang berbeza dengan Rasul, setelah petunjuk menjadi jelas kepada mereka, dan mengikuti jalan lain dari yang mukmin, Kami akan tinggalkan dia di jalan yang dipilihnya dan meletakkan dia kedalam neraka, tempat tinggal yang buruk,’ [4:115] [11] dan bagi ‘petunjuk’ mengenainya Dia berkata: ‘Kamu adalah yang memberi peringatan, dan bagi setiap ummah terdapat seorang petunjuk,’? [12] Tidakkah diantara merekalah yang Allah telah hujani dengan rahmat dan kepada merekalah Dia telah rujuk di dalam Fatiha dan al-Quran, katanya: ‘Bimbinglah kami kejalan yang lurus, jalan bagi ‘mereka’ yang Kamu telah rahmati,’ [13] dan Dia juga telah berkata: ‘Yang ini adalah bersama dengan yang itu dimana Allah telah rahmati bersama diantara para Rasul, mereka-mereka yang benar, para syuhada dan yang adil,’ [4:69]? [14]

Tidakkah Dia telah memberikan kepada mereka penguasaan umum? Tidakkah Dia telah mengkhususkannya hanya kepada mereka selepas Rasul? Bacalah: ‘Pemimpin kamu adalah Allah dan RasulNya dan Mukmin yang mendirikan sholat dan membayar zakat ketika sedang rukuk, sesiapa yang mengambil Allah dan RasulNya dan Mukmin sebagai pemimpin, maka sesungguhnya parti Allahlah yang berjaya,’ [5:58] [15] Tidakkah Dia telah menjadikan keselamatan bagi orang yang bertaubat dan melakukan amal yang baik, semuannya bergantung kepada penerimaan orang itu terhadap bimbingan mereka [ahlul Bayt], kataNya: ‘Aku sesungguhnya Maha Pengampun kepada mereka yang bertaubat, beriman, beramal baik, dan yang menerima petunjuk,’ [20:82] [16]? Tidakkah wilayat mereka sebahagian dari yang ‘diamanahkan’; mengenainya Allah awj telah berkata: ‘Kami tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan juga gunung, tetapi mereka semua menolak untuk menanggongnya disebabkan dari rasa takut yang amat sangat, kemudian manusia menerimanya: dia amat zalim, lagi amat jahil,’ [33:72] ?[17]

Tidakkah mereka yang menjadi ‘kesejahteraan’; dimana Allah telah mengarahkan setiap orang untuk memasukkinya, kataNya: ‘Wahai kamu yang beriman! masuklah kamu semua dengan kesejahteraan, dan janganlah mengikuti langkah syaitan,’ [2:208] [18]. Tidakkah mereka itu ‘rahmat’ mengenainya Allah awj telah berkata: ‘Kamu akan ditanya pada Hari itu mengenai RahmatNya,’ [102:8] [19]? Tidakkah Rasul Allah [sawas] telah diarahkan untuk menyampaikan semua ini? Tidakkah Allah telah menekankan mengenai penyampaian itu di dalam bahasa yang bunyinya seakan mengancam, kataNya: ‘Wahai Rasul! Sampaikan apa yang telah diwahyukan kepada kamu, jika kamu tidak melaksanakannya, maka kamu yang sebenarnya telah tidak menyampaikan pengkhabaranNya sama sekali, dan Allah akan memelihara kamu dari manusia (khianat) [5:70]?[21] Tidakkah Rasul Allah [sawas] telah menyampaikannya pada hari Ghadir, setelah sampai didataran Ghadir dan selesai menyampaikan pengkhabaran tersebut, maka kemudiannya Allah telah mewahyukan ayat tahniah ini: ‘Pada hari ini Aku telah cukupkan agamamu, sempurnakan rahmatKu keatas kamu dan menerima Islam sebagai agama kamu,’ [5:4]? [21]

Tidakkah kamu lihat apa yang Tuhan kamu telah lakukan terhadap orang yang dengan cara terbuka menafikan kata-kata penguasaan mereka, ‘Wahai Allah! Jika pengkhabaran ini yang sebenarnya dari Kamu, maka jatuhkanlah batu keatas kami [22] seperti hujan dari langit, atau jadikan bencana menimpa keatas kami,’? Allah telah lemparkan sebiji batu ‘Sijjil’ kepadanya sebagaimana Dia telah lakukan kepada tentera bergajah. Dia telah mewahyukan ayat ini pada kejadian itu. ‘Sesaorang meminta ditimpakan siksaan yang akan menimpa pada yang kafir - yang tidak dapat dielakkan - . [Siksaan] dari Allah awj, Tuhan pada cara untuk naik’ [70:1-2] Manusia pastinya akan ditanya mengenai ‘penguasaan’ yang sedemikian apabila mereka dibangkitkan semula; sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam penjelasan pada ayat yang berbunyi: ‘Dan ikutlah jejak mereka, kerana mereka mempunyai penguasaan,’ [37:24] [23] Dari itu tidak ada ruang lagi untuk kehairanan, terutama apabila kita dapat membezakan dengan fakta bahawa penguasaan mereka telah dianugerahkan oleh Allah keatas manusia melalui RasulNya, dengan memberikan bukti dan hujah-hujah untuknya, sebagaimana yang ditunjukkan oleh keterangan dari kata-kataNya: '‘Dan tanyakan kepada Rasul siapa yang telah Kami kirimkan sebelum kamu,’ [43:45] [24] Tidak! Bahawasanya Allah telah mengambil janji-janji itu pada hari ‘Alasto’ dari jiwa-jiwa makhluk kejadianNya, bahkan sebelum dijadikan rupa bentuk fizikal mereka lagi, seperti rujukan pada ayat ini: ‘Apabila Tuhan kamu mengeluarkan dari anak-anak Adam – dari pinggul [sulbi] mereka – keturunan-keturunan mereka, telah minta mereka berjanji, bertanya kepada mereka: Tidakkah Aku Tuhan kamu? Mereka berkata: Ya kami mengaku!’ Dikhuatiri kalau-kalau kamu mengatakan pada hari pengadilan: ‘Sesungguhnya kami tidak pernah tahu mengenainya,’ [7:172] Melalui syafaat merekalah Allah telah berikan keampunan kepada Adam yang telah mempelajari ayat-ayat taubat, rujuk kepada bab 2, ayat 37 dari al-Quran [26]

‘Allah tidak mendedahkan mereka kepada azab,’ [27] kerana mereka adalah keselamatan bagi penduduk dunia dan juga suatu cara untuk manusia berdampingan dengan Dia awj. Kepada merekalah manusia merasa dengki dan mengenai itu Allah telah berkata: ‘Haruskan manusia merasa dengki kepada mereka kerana Allah telah mengurniakan kepada mereka keutamaanNya,’ [4:54]? [28] Merekalah yang ‘mempunyai pengetahuan yang mendalam’ mengenai mereka Allah berkata: ‘Mereka yang mempunyai pengetahuan yang mendalam berkata: Kami beriman.’ [3:7]! [29] Merekalah yang akan berada ditempat kedudukan yang tertinggi dan kepada mereka Allah merujuk apabila Dia berkata: ‘Ditempat yang tinggi adalah mereka yang mengenali semua melalui tanda-tanda yang ada padanya,’ [7:48] [30]

Mereka adalah yang benar, mengenai mereka Dia berkata: ‘Diantara yang beriman ada orang yang memenuhi janjinya kepada Allah, sebahagian dari mereka telah wafat, sedang yang lain sedang menunggu, dan mereka tidak berubah walau sedikit pun,’ [33:23] [31] Merekalah yang berterusan memuji Allah. Mengenai mereka Dia telah berkata: ‘Dia telah dipuji diawal pagi dan di ketika malam oleh orang yang tidak condong, oleh perniagaan atau berjual beli, dari menyebut Allah, dan bersholat, atau mengeluarkan zakat, mereka takut pada hari dimana muka dan hati akan berpaling,’ [24:36-37] [32]

Rumah-rumah mereka adalah yang disebutkan di dalam ayat-ayat Allah yang berbunyi: ‘Didalam rumah-rumah yang mana Allah memberikan keizinan untuk ditinggikan dan namaNya disebutkan di dalamnya,’ [33] Allah telah jadikan ruang di dinding, di dalam surah An-Nur [24:35] [34] sebagai contoh kepada cahayaNya.

Allah adalah Cahaya bagi langit dan bumi. Umpama cahayanya adalah ruang di dinding, di dalamnya terdapat pelita: pelita itu ditutup dengan kaca, kaca itu bersinar seperti pancaran bintang terang yang dinyalakan dari pokok yang dirahmati, pokok zaitun, tidak ketimur dan tidak juga kebarat, yang mana minyaknya hampir penuh bercahaya, walaupun api tidak menyentuhnya. Cahaya diatas cahaya! Allah memimpin siapa yang dihajati kepada cahayaNya: Allah jadikan perumpaan itu untuk manusia, dan Allah mengetahui segala sesuatu.’ Mereka adalah yang mula-mula di dalam menerima agama dan melaksanakannya, dan mereka adalah yang terdekat kepada Allah, sebagaimana Dia menyatakan di dalam bab 56, ayat 10 dan 11 [35] Merekalah yang mengesahkan akan kebenaran Rasul [4:69] [36] Merekalah para syuhada dan yang mulia. Mengenai mereka dan pengikutnya Allah telah berkata: ‘Diantara makhluk Kami, terdapat satu ummah memanggil kepada petunjuk sebenar melalui kebenaran, dan merekalah yang amat adil,’ [7:181] [37] Juga Allah telah mengatakan yang berikut mengenai parti mereka dan juga mengenai musuh mereka: ‘Penghuni neraka tidak sama dengan penghuni syurga. Penghuni syurga adalah yang berjaya,’ [38] Mengenai kedua-dua parti Dia juga telah berkata, ‘Haruskah Kami layan mereka yang beriman dan melakukan amal baik seperti Kami layan mereka yang melakukan kerosakan dibumi, atau haruskah Kami samakan yang mulia dengan yang zalim,’ [38:28]? [39] Dia juga telah mengatakan ayat yang berikut mengenai kedua parti: ‘Adakah mereka yang melakukan kerosakan menyangka yang Kami akan layani mereka seperti Kami layan mereka yang beriman dan melakukan amal baik, ketika hidup dan ketika mati? Adalah salah sangkaan mereka,’ [40] Mengenai mereka dan penyokong mereka Dia telah berkata: ‘Mereka yang beriman dan melakukan amal baik adalah makhluk yang terbaik,’ [98:7] [41]

Mengenai mereka dan musuh-musuh mereka Allah telah berkata: ‘Ini adalah dua penentang yang berbeza mengenai Tuhan mereka: mereka yang kafir akan dipakaikan pakaian dari api: cecair mendidih akan dituangkan dikepala mereka,’ [22:19] [42]

Mengenai mereka dan musuh mereka, Allah telah mewahyukan ayat ini: ‘Adakah mereka yang beriman sama seperti mereka yang fasik? Mereka tidak sama. Bagi mereka yang beriman dan beramal baik, tempat tinggal mereka adalah syurga, sebagai balasan terhadap amal baik. Bagi mereka yang fasik, tempat tinggal mereka adalah neraka, setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka akan dikembalikan kedalamnya dan akan dikatakan kepada mereka: Rasakan azab neraka yang kamu telah dustakan,’ [32:19-20] [43]

Mengenai mereka dan manusia yang berbangga kerana menyediakan air bagi para jemaah dan memelihara masjidil haram, Allah telah mewahyukan ayat ini: ‘Adakah kamu kira menyediakan air bagi para jamaah dan memelihara masjidil-haram itu sama setaraf dengan mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad dijalan Allah? Mereka tidaklah sama pada pandangan Allah, dan Allah tidak membimbing mereka yang zalim,’ [9:19] [44]

Mengenai kejayaan mereka di dalam banyak percubaan dan betapa besarnya kesabaran mereka, yang Maha Berkuasa berkata: ‘Diantara manusia terdapat orang yang menjual nyawa mereka untuk kesenangan Allah; Allah Maha Pengasih terhadap hambaNya,’ [2:207] [45] Mengenai bakti mereka dijalan Allah dan susah payah mereka, Allah telah berkata: ‘Allah telah membeli nyawa mereka yang beriman dengan syurga: mereka berperang dijalan Allah dan mereka membunuh atau dibunuh. Itu adalah janji Dia yang sebenar di dalam Taurat, Injil dan al-Quran: Siapakah yang lebih menepati janji dari Allah? Dari itu bergembiralah, dari perniagaan kamu terdapat kejayaan yang besar. Mereka yang berpaling [kepada Allah] bertaubat, menyembah Dia, dan meninggikan Dia, mengembara di dalam kecintaan berjihad kepada Allah, rukuk dan sujud di dalam sholat, menyuruh kepada kebajikan dan melarang dari kejahatan, dan memelihara dari batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah [mereka berbahagia]. Maka sampaikan berita gembira kepada yang beriman,’ [9:111-112] ‘Mereka yang membelanjakan [sedekah] harta di malam dan disiang hari, secara rahsia dan secara terang, mendapat balasan dari Tuhan mereka: pada mereka tidak ada ketakutan, dan tidak juga mereka bersusah hati,’ [2:274] [46]

Mereka hanya mengatakan yang benar. Dia yang Maha Benar sendiri telah menjadi saksi kepadanya, kataNya: ‘Mereka yang datang membawa kebenaran, mempercayai kepadanya, adalah sesungguhnya takut kepada Tuhan,’ [39:33] [47]

Mereka adalah saudara Rasul [sawas] yang taat, kerabatnya, yang Allah telah pilih untuk dipeliharaNya dengan molek dan pemerhatian yang penuh, katanya: ‘Dan beri amaran kaum mu yang terdekat,’ [26:214] Mereka adalah kerabatnya dan “Kerabat mempunyai keutamaan menurut Kitab Allah,’ [8:75; lihat juga 33:6] Pada hari kiamat, mereka akan naik kepada kedudukannya dan bersama dengannya di dalam taman-taman syurga sebagaimana yang disaksikan oleh ayat Allah: ‘Mereka yang beriman dan keluarganya yang mengikuti mereka di dalam beriman – kepada mereka akan Kami satukan kepada keluarganya: Kami tidak akan menyekat mereka dari hasil amal yang mereka lakukan, setiap mereka terikat dengan amalan mereka,’ [52:21] [48] Mereka mempunyai hak untuknya sebagaimana al-Quran telah mengatakan: ‘Dan berikan kerabat yang terdekat hak mereka,’ [17:26] dan mereka berhak seperlima: tidak ada tanggong jawab sesiapa pun yang akan bersih sehingga dia mengeluarkannya: Ketahuilah kamu ini, apa sahaja yang kamu dapati dari keuntungan, seperlima untuk Allah, Rasul dan kerabatnya,’ [8:41] Merekalah yang mana Allah telah utamakan dan telah dianugerahkan seperti yang dimaksudkan di dalam ayat: ‘Apa yang Allah telah berikan kepada RasulNya – yang diambil dari mereka – untuk ini janganlah kamu tuntut sama ada untuk berkuda atau unta, tetapi Allah memberi kuasa kepada RasulNya diatas apa yang Dia suka, dan Allah berkuasa diatas segala sesuatu,’ [59:6] Mereka adalah Ahlul Bayt yang diperkatakan oleh Allah dari itu: ‘Allah menghendakki untuk membersihkan segala kekotoran dari kamu, Ahlul Bayt, dan mensucikan kamu dengan kesucian yang sempurna,’ [33:33] Mereka adalah keluarga Yasin yang mana Allah telah memberikan ucapkan di dalam al-Quran yang suci, dari itu: Kesejahteraan keatas kamu keluarga Yasin,’ [37:130] [49] Dan mereka adalah keluarga Muhammad, keatas mereka ucapan dan selawat telah difardhukan oleh Allah yang berkata: ‘Allah dan para Malaikat mengirimkan selawat keatas Rasul: Wahai kamu yang beriman! Ucapkanlah selawat keatas dia dan ucapkanlah salam kepadanya,’ [33:56] [50]

Sebahagian manusia bertanya kepada Nabi [sawas], ‘Wahai Rasul Allah! Kami tahu bagaimana hendak memberi salam kepada kamu, tetapi bagaimana kami memberikan ucapan kepada kamu dengan berdoa?’ Dia [sawas] menjawab, ‘Katakan, Wahai Allah, Kirimkanlah rahmatMu keatas Muhammad dan keluarga Muhammad,’ menurut daripada hadith. Dari itu dapatlah difahamkan bahawa ucapan kepada mereka adalah sebahagian dari sholat yang difardhukan oleh ayat ini. Itulah makanya para ulama’ telah memasukkan ayat yang disebutkan diatas bersama dengan yang lain di dalam ayat yang memuji mereka. Ibn Hajar telah menulisnya di dalam bahagian 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa diantara ayat-ayat yang memuji mereka [as], [51]. Tempat berehat yang baik untuk mereka, dan ganjaran yang baik, syurga Eden dengan pintu terbuka luas untuk menyambut mereka. [52]

Siapakah yang boleh bertanding dengan mereka? Disisi matahari pengertiannya adalah haba. Membakar, memusnahkan sesiapa yang sanggup untuk bertanding.

Allah telah memilih mereka untuk keutamaanNya, dan merekalah yang paling pantas dari yang lain di dalam menggerjakan amal kebajikan; mereka mewarisi Kitab Allah; mengenai mereka Dia telah berkata di dalamnya: ‘Diantara manusia ada yang menganiaya diri mereka sendiri [dengan mengabaikan para Imam], dan ada manusia yang mencari kebenaran [dengan mengikuti para Imam]: Ini sesungguhnya adalah kurniaan Allah yang besar,’ [35:32] [53]

Ayat-ayat tersebut yang menunjukkan kemuliaan dan ketinggian para Imam, pastinya telah mencukupi. Ibn Abbas telah berkata: Di dalam memuji Ali sahaja 300 ayat telah telah diwahyukan,’ [54] Yang lain mengatakan bahawa satu perempat dari al-Quran telah diwahyukan pada memuji mereka. Ini tidaklah memeranjatkan jika kita fikirkan kepada fakta bahawa mereka dan al-Quran adalah saudara kembar yang tidak akan berpisah diantara mereka.

Mencukupilah untuk kali ini dengan apa yang telah kami katakan disini dari ayat-ayat al-Quran yang sempurna. Terimalah ianya dengan mudah [tanpa prasangka] ketika mundar-mandir [pergi balik] memikirkan, jadikan ianya seperti kedatangan cahaya pagi yang bersinar, memberikan kesenangan dan keindahan, memaafkan dan mendamaikan, dari sesaorang yang sangat memahaminya, kerana tiada siapa yang dapat memberikan penerangan yang lebih baik dari mereka yang dianugerahkan dengan pengalaman, dan keaman bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’


[1] Sebagaimana yang telah tersurat di dalam wahyunya, menurut dari kenyataan Allah: ‘Allah menghendakki untuk menghapuskan segala kekotoran dari kamu Ahlul Bayt [as] dan mensucikan kamu dengan kesucian yang sempurna [33:33]

[2] Tidak! Tiada siapa yang boleh menuntut itu sama sekali. Mereka telah dipilih untuk itu, maka, tiada siapa yang boleh mencapai kedudukan itu, tidak juga bermimpi untuk mendapat apa yang mereka milikki.

[3] Tidak! Allah telah memilih mereka untuk itu dan mengutamakan mereka dari yang lain, kataNya: ‘Katakan [Wahai Muhammad]: Saya tidak meminta dari kamu sebarang ganjaran selain dari berkasih sayang terhadap kerabat ku,’ dan sesiapa yang malakukan kebajikan [berkasih sayang kepada mereka], Kami pasti akan menambahkan kebajikannya; sesungguhnya Allah maha Pengampun {kepada orang yang kasih kepada mereka], berterima kasih [terhadap kasih sayang yang sedemikian] [42:23]

[4] Tidak! Ayat Mubahala telah diwahyukan khusus pada memuji mereka. Allah awj berkata di dalamnya: ‘Katakan [Wahai Muhammad]: ‘Mari kita bawa anak-anak kami dan anak-anak kamu,…. [3:61]

[5] Ini adalah rujukan kepada wahyu Ayat al-`Asr (Bab Masa) mengenai mereka dan musuh mereka, dan sesiapa yang berhasrat untuk memahami perkara ini seperti mana yang diperkatakan di dalam ayat pembersihan, ayat mubahala, ayat menyuruh berkasih sayang kepada kerabat Nabi, dan ayat masa, dia hendaklah merujuk kepada kenyataan kami dalam perkara ini, kerana ianya adalah penawar bagi setiap penyakit. Ia membawa kesedaran pada pihak lawan, dan menjadi pengetahuan bagi mereka yang tidak mengerti, dan pujian kepada Allah.

[6] Di dalam ulasanya pada maksud ayat ini di dalam bukunya Al-Tafsir al-Kabir, Imam al-Tha`labi menyebut dari Aban ibn Taghlib yang menyatakan bahawa Imam Ja`fer al-Sadiq (as) telah berkata: "Kami adalah Tali Allah yang mana Dia telah berkata: ‘Dan berpeganglah kamu semua kepada Tali Allah bersama, dan janganlah berpecah [3:103]. Ibn Hajar telah memuatkan ayat ini bersama diantara yang lain yang diwahyukan pada memuji mereka, yang menjadi no lima dari urutan ayat yang dia senaraikan di dalam bab 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Ketika menerangkan maksudnya pengarang telah menyebutkan dari al-Tha`labi, sepertimana yang kamu telah dengar diatas, menyebut dari Imam Ja`fer al-Sadiq (as). Imam al-Shafi`i telah disebutkan di dalam Rashfatul Sadi oleh Imam Abu Bakr ibn Shihabud-Din sebagai telah berkata:

Apabila saya melihat manusia dibawa pergi kepada laut kesesatan dan kejahilan dari golongan mereka, saya menaikki, dengan nama Allah, Bahtera keselamatan, iaitu, Ahli Rumah dia yang pilihan, penutup para Rasul. Dan saya berpegang teguh kepada Tali Allah, dan itu adalah taat kepada mereka, sabagaimana Dia telah mengarahkan kita untuk berpegang kepada TaliNya.

[7] ‘Yang Benar’ ianya adalah Rasul Allah dan para Imam dari keturunan dia yang suci, menurut dari sahih kami yang berturutan, dan seperti yang disokong oleh al-Hafiz Abu Na`im dan Muwaffaq ibn Ahmed, dan disampaikan oleh Ibn Hajar di dalam penerangannya di dalam bab 5 seksen 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, ms 90, telah menyebutnya dari Imam Zaynul `Abidin (as) di dalam kenyataan yang disebutkan diatas [lihat surat 6]

[8] Imams al-Baqir dan al-Sadiq (as) selalu berkata: "JALAN YANG LURUS disini adalah para Imam, dan jangan ikut jalan yang menyimpang [Imam yang sesat] kerana mereka akan menyimpangkan kamu dari JALAN DIA [dan kami adalah JALAN DIA]’

[9] Di dalam buku sahih, diatas keterangan yang diakui oleh Muslims, Muhammad ibn Ya`qub al-Kulayni, telah menyebutkan dari Burayd al-`Ajli sebagai berkata: Saya bertanya Abu Ja’fer (Imam Muhammad al-Baqir, as) mengenai ayat yang berbunyi: `Taat kepada Allah dan Taat kepada Rasul dan mereka yang diberikan kuasa diantara kamu [4:59]’ dan dia menjawab dengan berkata: Tidakkah kamu melihat kepada mereka [kaum Yahudi] yang telah diberikan sebahagian dari [pengetahuan] al-Kitab? Mereka telah dipelawa kepada Kitab Allah supaya dapat dibuat keputusan diantara mereka, kemudian sekumpulan dari mereka berpatah kebelakang darinya, dan mereka terus berpaling’ [3:23],' bagaimana mereka kini telah percaya kepada sihir dan kezaliman, dan bagaimana mereka katakan kepada yang kafir bahawa mereka lebih dekat kepada Jalan Yang Lurus dari orang yang beriman? Mereka berkata kepada para Imam yang sesat dan para penyeru kepada neraka, bahawa petunjuk mereka lebih baik dari yang dibawa oleh keturunan Muhammad; ‘Tidakkah kamu lihat kepada mereka yang mana sebahagian kitab telah diberikan? Mereka percaya kepada berhala dan tuhan yang palsu dan berkata kepada yang kafir: Ini adalah petunjuk yang lebih baik di dalam jalan yang lurus dari orang yang beriman. Itu adalah orang yang Allah telah kutuk, dan sesiapa yang Allah kutuk, kamu tidak akan dapat carikan untuk mereka para penolong. Atau adakah bagi mereka sebahagian dari kerajaan? Jika ada, mereka tidak akan memberi manusia walaupun sedikit dari bahagian biji kurma,’ [4:51-53] tidak juga mereka akan memperdulikan bidang penguasa Allah, iaitu, Imami dan khalifa, ‘…. Atau mereka merasa dengki kapada orang yang Allah telah menganugerahkan kepadanya keutamaan [4:54]? Kamilah orangnya yang didengki, kerana Imami yang diberikan Allah keatas kami tidak kepada manusia lainnya; Kami berikan kepada keturunan Ibrahim al-Kitab dan kebijaksanaan, dan Kami berikan mereka kerajaan yang luas [4:54] bermaksud Dia jadikan sebahagian mereka Rasul, Nabi dan Imam; maka, bagaimana mereka boleh memperakui adanya itu semua pada keturunan Ibrahim tetapi menafikannya pada keturunan Muhammad [sawas]?! Diantara mereka terdapat yang beriman padanya, dan terdapat diantara mereka yang berpaling darinya, dan cukuplah neraka untuk tempat penyiksaan [4:55]

[10] Menerangkan bab ini, al-Tha`labi menyebutkan Jabir sebagai berkata yang berikut di dalam bukunya Al-Tafsir al-Kabir: "Apabila bab ini diwahyukan, `Ali (as) berkata: `Kami adalah orang yang mengingati,' dan inilah halnya dengan segala para Imam Petunjuk." Ulama Bahraini telah menyebutkan di dalam bab 35 lebih dari 20 hadith sahih yang mempunyai maksud yang serupa.

[11] Ibn Mardawayh, di dalam penerangannya pada bab ini, telah menunjukkan bahawa"... untuk berhujah dengan Rasul" dalam kontek ini bererti untuk menentang baginda mengenai Ali (as), dan Petunjuk yang dirujuk dalam ayat ini"... setelah Petunjuk diperjelaskan kepada dia..‘ adalah Petunjuk yang diberikan oleh Ali [as]. Di dalam buku Tafsir, al-`Ayyashi menyatakan sesuatu seakan-akan sama dengan yang ini, dan di dalam sahihs yang disampaikan berturutan dari punca keturunan yang disucikan, pada menyebut bahawa ‘Jalan bagi mereka yang beriman’ adalah jalan keturunan mereka [as]

[12] Menerangkan ayat ini di dalam Al-Tafsir al-Kabir, al-Tha`labi menyebutkan Ibn `Abbas sebagai berkata: "Apabila ayat ini diwahyukan, Rasul Allah [sawas] meletakkan tangannya di dada dan berkata: ‘Saya adalah yang memberi peringatan dan Ali [as] adalah Petunjuk, dan melalui kamu wahai Ali, Petunjuk dicapai.’ Ramai ulama tafsir dan pengarang buku tradisi menyebutkan Ibn `Abbas dan Muhammad ibn Muslim sebagai berkata: "Saya bertanya Abu `Abdullah (Imam Ja`fer al-Sadiq (as)) mengenai pengertian ayat ini dan dia menjawab: `Setiap Imam adalah Petunjuk bagi eranya.' Imam Abu Ja`fer al-Baqir telah mengatakan yang berikut ini mengenai penjelasannya: `Yang memberi peringatan adalah Rasul Allah, dan yang memberi petunjuk adalah Ali, kemudian dia menambah: Demi Allah, Imami akan berterusan bersama kami sehingga Kiamat tiba.’

[13] Di dalam tafsirannya pada Surat al-Fatiha, al-Tha`labi, di dalam Al-Tafsir al-Kabir, menyebut Abu Buraydah berkata bahawa "al-sirat al-mustaqim (jalan yang lurus) adalah jalan Muhammad (sawas) dan keturunannya (as)." Mentafsirkan sura ini, Waki` ibn al-Jarirah menyebut Sufyan al-Thawri melalui rangkaian penyampai termasuk al-Sadi, Asht, Mujahid, semuanya menyebut Ibn `Abbas berkata: "Bimbinglah kami ke Jalan yang Lurus bererti Bimbinglah kami kepada menyintai Muhammad dan keturunannya.’

[14] Para Imams dari diantara Ahl al-Bayt (as) adalah dengan tidak diragukan lagi ketua bagi siddiqs, syuhada dan yang adil.

[15] Ulama tafsir sebulat suara, seperti al-Qawshaji, imam bagi Ash`aris, telah mengaku pada bab mengenai "Sharh al-Tajrid," mengatakan bahawa ayat ini telah diwahyukan pada menghormati `Ali (as) apabila dia memberikan sedekah ketika mengerjakan solat. Di dalam sahihnya, al-Nisa'i menyebut `Abdullah ibn Salam mengesahkan yang ianya diwahyukan pada penghormatan `Ali (as). Pandangan ini telah disokong oleh pengarang Al-Jami` Baynal Sihah al-Sitta ketika menjelaskan Surat al-Ma'ida. Al-Tha`labi telah menunjukkan ianya diwahyukan pada penghormatan Amirul Mukminin di dalam bukunya Al-Tafsir al-Kabir, sebagaimana yang kami akan terangkan apabila kita membincangkannya nanti.

[16] Di dalam bab 11, Bahagian 1, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, Ibn Hajar mengatakan: "Petunjuk yang dirujuk di dalam bab 8 yang mengatakan: `Sesungguhnya Aku maha pengampun kepada mereka yang bertaubat, beriman dan melakukan amal baik, kemudian menerima petunjuk, ‘ menurut Thabit al-Banni, maksudnya mencari petunjuk dari Ahlul Bayt Nabi [sawas].’ Ini disampaikan juga dari Abu Ja`fer al-Baqir. Ibn Hajar telah menyampaikan beberapa ahadith mengesahkan keselamatan kepada orang yang mencari dan beramal diatas petunjuk mereka [as]. Dia juga merujuk kepada apa yang disebutkan dari kenyataan al-Baqir, merujuk kepada perbualan diantara Imam al-Baqir (as) dan al-Harith ibn Yahya yang mana Imam berkata: "Wahai Harith! Tidakkah kamu melihat bagaimana Allah telah menjadikan ianya jelas bahawa taubat, beriman dan amalan baik tidak mencukupi tanpa mencari petunjuk dari penguasaan kami [as]?’ kemudian dia [as] menyebutkan dari datukandanya Amirul Mukminin sebagai berkata: "Demi Allah! Jika sesaorang bertaubat, beriman dan beramal baik, tetapi dia tidak mencari petunjuk dari penguasaan kami, dan tidak juga mengiktiraf hak kami, kesemua ini tidak akan ada faedahnya.' Abu Na`im hafiz menyebutkan Awn ibn Abu Jahufah yang kemudiannya menyebutkan dari bapanya tradisi yang sama dari `Ali (as). Al-Hakim telah menerbitkan hadith yang sama dari Imams al-Baqir dan al-Sadiq (as), dan dari Thabit al-Banni dan Anas ibn Malik.

[17] Rujuk kepada maksud ayat ini di dalam Al-Safi, dan di dalam buku `Ali ibn Ibrahim, Tafsir, dan kepada tradisi yang disampaikan oleh Sunnis telah menjelaskan maksudnya sebagaimana yang disusun oleh ulama Bahraini di dalam bab 115 dari kerjanya Ghayat al-Maram.

[18] Di dalam bab 224 dari Ghayat al-Maram, ulama Bahraini menyebutkan 12 tradisi dari sahihs mengesahkan kepada fakta bahawa ayat ini telah diwahyukan mengenai kepimpinan Ali dan para Imam dari keturunannya, menolak kepimpinan yang lain. Di dalam bab 223, dia menyebutkan bahawa al-Asfahani al-Amawi menyampaikan yang sama mengenai `Ali (as) tetapi menyebutkan dari punca yang lain.

[19] Di dalam bab 48 dari Ghayat al-Maram, ulama Bahraini menyebut 3 ahadith yang disampaikan oleh Sunnis, mengesahkan kepada fakta bahawa ‘kebahgiaan’ disini adalah rahmat Allah kepada manusia melalui pemerintahan RasulNya, Amirul Mukminin dan Ahl al-Bayt (as). Di dalam bab 49, dia menyebut 12 ahadith dari sahihs yang membayangkan maksud yang sama; maka rujuklah kepadanya jika kamu berhajat.

[20] Hanya seorang fiqah Sunni diantara pengarang buku–buku tradisi, iaitu Imam al-Wahidi, ketika mengulas Surat al-Ma'ida di dalam bukunya Asbab al-Nuzul, menyebut Abu Sa`id al-Khudri sebagai berkata: "Ayat ini telah diwahyukan pada Hari Ghadir Khumm di dalam menghormati `Ali ibn Abu Talib (as)." Imam al-Tha`labi telah memuatkan di dalam Tafsirnya dari 2 punca, dan al-Hamawani al-Shafi`i memuatkan di dalam bukunya Fara'id dari beberapa punca dari Abu Hurayrah, dan ianya disampaikan oleh Abu Na`im di dalam bukunya Nuzul al-Qur'an dari 2 punca: Abu Rafi` dan al-A`mash, keduanya menyebut `Atiyyah. Di dalam Ghyat al-Maram, terdapat 9 ahadith yang disampaikan oleh Sunnis dan 8 sahih oleh Shi`as yang mempunyai maksud yang sama; maka rujuklah padanya di dalam bab 37 dan 38.

[21] Teks ini telah dikatakan oleh Imam Abu Ja`fer al-Baqir (as), kemudian disebutkan oleh Imam Abu `Abdullah al-Sadiq (as). Menurut dari penyampai yang sahih, Sunnis telah memuatkan 6 ahadith di dalam buku-buku tradisi mereka yang pada penghujungnya menyebutkan dari Rasul Allah [sawas], dengan jelas menekankan tema yang sama. Keterangannya ada di dalam bab 39 dan 40 pada buku Ghayat al-Maram.

[22] Imam al-Tha`labi mempunyai keterangan yang khusus pada perkara ini di dalam bukunya Al-Tafsir al-Kabir, dan ianya telah disampaikan oleh ulama Mesir al-Shiblinji yang mengkhususkan biografi `Ali di dalam bukunya Nur al-Absar, ms 171, dimana dia juga menerangkan secara khusus. Al-Halabi menyebutnya pada penghujung bab "Hijjatul Wada` di dalam jilid 3 dari bukunya Al-Sira al-Halabiyya. Al-Hakim menyampaikan pada "Tafsir al-Ma`arij" di dalam bukunya Al-Mustadrak, ms 502, Vol. 2.

[23] Al-Daylami, sama seperti di dalam kes pada penerangan ayat di dalam Al-Sawa`iq al-Muhriqa telah menyatakan bahawa Sa`id al-Khudri menyebut Rasul [sawas] sebagai berkata: "Ikutilah jejak langkah mereka, kerana mereka bertanggong jawab mengenai `wilayat Ali." Al-Wahidi, seperti juga kesnya dengan pengarang Al-Sawa`iq al-Muhriqa, menerangkan ayat ini dengan berkata: "Ianya telah disampaikan mengenai kenyataan Allah: `Ikutilah jejak langkah mereka, kerana mereka bertanggong jawab…..,' bahawa tanggong jawab disini dirujuk kepada pimpinan Ali dan juga Ahl al-Bayt (as),' menambah: "Kerana Allah mengarahkan RasulNya [sawas] untuk menjadikan manusia sedar kepada fakta bahawa dia tidak meminta ganjaran dari mereka kerana menyampaikan pengkhabaran Allah selain dari berkasih sayang kepada kerabatnya…., iaitu, manusia akan ditanya jika mereka benar-benar menyerah kepada wilayat ahl bayt sebagaimana Rasul [sawas] telah mengarahkannya, atau jika mereka telah menghilangkan dan membuangnya, maka ianya telah menjadi perkara yang Allah telah tentukan dan akan menanggong akibat kerana mengenepikannya." Ibn Hajar telah memuatkannya di dalam bab 11 dari bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa diantara ayat-ayat yang menyanjung mereka [as], menjadi no 4 di dalam turutan, dan dia menjelaskannya dengan panjang lebar.

[24] Merujuk kepada apa yang Abu Na’im al-Hafiz telah sebutkan di dalam Hilyat al-Awliya, dan kepada apa yang dirakamkan oleh al-Tha’labi, al-Nisaburi dan al-Barqi mengenai maksudnya di dalam buku tafsir mereka, dan kepada apa Ibrahim ibn Muhammad al-Hamawini dan yang lain sunni telah katakan. Juga rujuk kepada Abu Ali al-Tibrisi telah katakan ketika menerangkan maksudnya di dalam bukunya Mujma`ul Bayan fi Tafsir al-Qur'an, telah menyebutnya dari Amirul Mukminin [as]. Apa yang bab 44 dan 45 dari Ghayat al-Maram menyatakan tentang maksud ayat ini adalah sesuatu yang menghilangkan segala keraguan.

[25] Syarahan kami sendiri mengenai Ahl al-bayt [as], ketika menerangkan ayat ini, mengesahkan kepada fakta ini.

[26] Ibn al-Maghazli al-Shafi`i menyebutkan Ibn `Abbas sebagai berkata: ‘Apabila Rasul Allah [sawas] telah ditanya mengenai perkataan yang diterima oleh Adam dari TuhanNya dan ketika taubatnya telah diterima, dia [sawas] berkata: ‘Dia [Adam] meminta kepada Tuhan dengan keutamaan yang ada pada Tuhan untuk Muhammad, Ali, al-Hasan dan al-Husayn, dan dari itu Tuhan telah menerima taubatnya dan telah mengampunkannya.’ Inilah yang kami fahamkan dari maksud ayat ini.

[27] Rujuk kepada Al-Sawa`iq al-Muhriqa oleh Ibn Hajar yang mentafsirkan ayat Allah awj: "Allah tidak akan menyiksa mereka..." seperti ayat 7 yang telah diwahyukan pada penghormatan terhadap mereka seperti dirakamkan di dalam bab 11 dari buku tersebut dimana pengarang menuliskan pandangan kami yang tercatit disini.

[28] Ini telah diakui oleh Ibn Hajar yang mengatakan ayat ini diantara yang diwahyukan pada menghormati mereka, memberikan no. 6 di dalam bab 11 di bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Ibn al-Maghazli al-Shafi`i, seperti ditunjukkan di dalam penerangan ayat ini di dalam Al-Sawa`iq al-Muhriqa, menyebutkan Imam al-Baqir (as) berkata: "Demi Allah, kamilah orangnya yang didengki." Di dalam bab 60 dan 61 dari Ghayat al-Maram, sebanyak 30 ahadith yang sahih telah dirakamkan dengan maksud ini.

[29] Ini telah disebutkan oleh Thiqatul-Islam Muhammad ibn Ya`qub al-Kulayni yang menyebutkan hadith yang sahih dari Imam al-Sadiq (as) sebagai berkata: "Kami adalah manusia yang mana ketaatan kepada kami telah dimandatkan oleh Allah awj, kamilah yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dan kamilah yang di dengki. Allah awj telah berkata: ‘Atau haruskan mereka dengki manusia [tertentu] yang mana Allah telah berikan keutamaan kepadanya?’ Ini juga telah disebutkan oleh al-Shaykh di dalam bukunya Tahthib, juga menyebut dari Imam al-Sadiq [as].

[30] Sedang dia menerangkan ayat ini di dalam Tafsirnya, al-Tha`labi menyebut Ibn `Abbas berkata: "`A`raf' adalah suatu tempat yang ditinggikan pada Sirat dimana al-`Abbas, Hamzah, `Ali dan Ja`fer yang mempunyai dua sayap mengenali orang yang mencintai mereka dengan tanda putihnya air muka, dan orang yang membenci mereka dengan hitamnya air muka." Al-Hakim, juga telah menyebut `Ali (as) berkata: "Kami akan berdiri, pada Hari Pengadilan, diantara syurga dan neraka, dan kami akan mengenali orang yang menyokong kami dengan tandanya dan akan membenarkan memasukki syurga, dan kami akan mengenali orang yang membenci kami juga dengan tandanya." Salman al-Farisi telah disebutkan sebagai berkata: "Saya telah mendengar Rasul Allah [sawas] berkata: `Wahai `Ali! Kamu dan Para wasi dari keturunan kamu adalah di A`raf.'" Ini telah disokong oleh hadith yang disebutkan oleh Dar Qutni pada penghujung bahagian 2, Bab 9 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Ia menunjukkan bahawa `Ali (as) memberikan ceramah yang panjang kepada 6 orang yang dilantik oleh Umar yang bertanggong jawab terhadap shura yang mana dia mengatakan: "Saya tanya kepada kamu dengan Nama Allah jika sesiapa diantara kamu yang telah dikatakan sama kepada apa yang saya telah diberitahu oleh Rasul Allah [sawas] dan itu adalah: `Wahai `Ali! Kamulah orangnya yang akan memilih ketentuan setiap orang pada Hari Pengadilan sama ada kesyurga atau ke Neraka?" Mereka menjawab: "Sebenarnya, tidak." Ibn Hajar mengatakan yang berikut: "Pengertian hadith ini adalah apa yang sampaikan oleh Antarah dari Imam `Ali al-Rida (as) yang menyebutkan dari Nabi [sawas], yang mengatakan berikut ini kepada `Ali (as): `Wahai `Ali! Kamu adalah orangnya yang akan menentukan manusia sama ada ke Syurga atau ke Neraka pada Hari Pengadilan, memberitahu neraka yang mana kepunyaannya dan yang mana bukan." Ibn Hajar berkata: "Ibn al-Sammak menyampaikan bahawa Abu Bakr telah berkata kepada `Ali (as), semoga Allah merasa senang kepada keduanya, "Saya telah mendengar Rasul Allah berkata: `Tiada siapa yang dapat melepasi Sirat melainkan orang yang dibenarkan oleh `Ali.'"

[31] Di dalam seksen 5, Bab 9, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, Ibn Hajar, ketika membincangkan pembunuhan terhadap `Ali, menunjukkan bahawa apabila `Ali (as) berada diatas mimbar di Kufa, dia telah disuruh untuk menerangkan ayat yang mana terdapat rangkai kata: "Orang yang terbukti benar pada yang dijanjikan kepada Allah," dan dia menjawab dengan berkata: "Wahai Tuhan! Ampunkan mereka; ayat ini telah diwahyukan pada penghormatan terhadap diri saya, bapa saudara saya Hamzah, dan sepupu saya `Ubaydah ibn al-Harith ibn al-Muttalib. `Ubaydah mati sebagai syuhada di Badr; Hamzah mati sebagai syuhada di Uhud; dan diri saya, saya sedang menunggu kematian yang amat pedih, apabila ini akan dibasahi oleh darah dari ini,’ menunjukkan dengan tangannya kepada janggut dan kepala kemudiannya; "Ini adalah suatu janji yang benar yang dijanjikan kepada saya oleh bapa al-Qasim yang tercinta [sawas]." Al-Hakim, ketika menterjemahkan ayat ini seperti yang disebut di dalam buku al-Tibrisi Mujma`ul Bayan fi Tafsir al-Qur'an, mengatakan `Umer ibn Thabit menyebutkan dari Abu Ishaq menyebutkan dari `Ali [as], berkata: "Pada pihak diri kami ayat ini diwahyukan: ‘Orang yang terbukti benar pada yang dijanjikan oleh Allah…. Dan saya demi Allah sedang menunggu, dan saya tidak pernah berubah sama sekali.

[32] Mujahid dan Ya`qub ibn Sufyan menyebut Ibn `Abbas, terjemahan ayat ini dengan mengatakan "Dan apabila mereka melihat perniagaan atau temasya, mereka berlumba padanya, meninggalkan kamu berdiri [solat seorang]," dari itu: "Suatu ketika Dahyah al-Kalbi datang dari Syria pada hari Jumaat dengan aneka barang makanan dan dia sampai kesuatu tempat bernama Ahjar al-Zayt dimana dia memberitahu kehadirannya dengan memukul gendang untuk mengajak manusia kepadanya. Maka manusia berlumba-lumba kepadanya, meninggalkan Rasul [sawas] diatas mimbar berkhutbah dengan hanya `Ali, al-Hasan, al-Husayn, Fatima, Salman, Abu Tharr, dan al-Miqdad. Rasul [sawas] kemudian berkata: `Allah telah melihat kepada masjid ku pada hari Jumaat, dan jika tidaklah kerana mereka-mereka ini, Dia telah membakar kota ini dan membalingkan batu terhadap penduduknya sebagaimana yang Dia lakukan kepada penduduk Lut.' Allah telah mewahyukan pada penghormatan mereka yang kekal dengan Rasul Allah di dalam masjid, ayat yang berbunyi: `Memuji Dia di dalamnya, diwaktu malam dan dipagi hari, orang yang tidak dialihkan oleh perniagaan mahupun berjual beli

[33] Al-Tha`labi, ketika membincangkan maksud ayat ini di dalam bukunya Al-Tafsir al-Kabir, menyebut Anas ibn Malik dan Burayd berkata: "Rasul Allah [sawas] suatu ketika membaca ayat ini berkata `... di dalam rumah-rumah yang Allah menghendakki ianya ditinggikan, dan namaNya disebutkan di dalamnya,' dimana Abu Bakr bangun dan berkata: `Wahai Rasul Allah! Adakah rumah ini [dia menunjukkan kepada rumah yang dihuni oleh Ali dan Fatima] diantaranya?' Rasul menjawab: `Ya; satu dari pilihanNya." Di dalam bab 12 dari Ghayat al-Maram, terdapat 9 hadith sahih yang mana melaluinya cahaya pagi bersinar.

[34] Ini adalah rujukan kepada ayat yang berbunyi: "Persamaan CahayaNya adalah seperti lampu..." Ibn al-Maghazli al-Shafi`i telah menyebut `Ali ibn Ja`fer di dalam Manaqibnya berkata: "Saya tanyakan kepada bapa al-Hasan (Imam al-Kazim [as]) mengenai ayat berbunyi `... seperti lubang didinding dimana lampu...,' dan dia [as] menjawab: `Lubang didinding adalah Fatima, lampu simbul bagi al-Hasan dan al-Husayn, dan `kacanya adalah seperti bintang bersinar,' menunjukkan bahawa Fatima bersinar seperti bintang diantara semua wanita didunia; menerima bekalannya dari pohon rahmat, pokok keluarga Ibrahim, tidak ketimur tidak juga kebarat, tidak yahudi tidak juga kristian, ‘minyaknya seakan bersinar [dengan sendiri]’ menunjukkan pengetahuan hampir sahaja mengatakan dengan sendirinya walaupun tiada api yang menyentuhnya, ‘cahaya diatas cahaya’, di dalamnya terdapat satu Imam selepas yang satu, ‘Allah membimbing siapa sahaja yang dihajati kepada cahayaNya,' menerangkan bahawa Allah membimbing kepada wilayat kami siapa sahaja yang dihajatiNya.'" Mencukupilah terjemahan yang sedemikian yang datangnya dari ahli rumah yang keatasnya wahyu telah diturunkan.

[35] Al-Daylami, seperti di dalam hadith 29, Bahagian 2, seksen 9, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa oleh Ibn Hajar, menyebut `Ayesha, al-Tabrani, Ibn Mardawayh, semuanya mengatakan dari Ibn `Abbas yang mengatakan bahawa Rasul [sawas] berkata: "Yang pertama di dalam mempercayai Nabi adalah 3 orang: Joshua anak lelaki Nun yang pertama percaya kepada Musa (as); yang dirujuk di dalam bab Yasin yang pertama percaya kepada Isa (as), dan yang pertama percaya kepada Muhammad adalah `Ali ibn Abu Talib (as)." Hadith ini disebutkan oleh al-Muwaffaq ibn Ahmed dan seorang faqih Ibn al-Maghazli, keduanya menyebut dari Ibn `Abbas.

[36] Ibn al-Najjar, seperti di dalam hadith 30 rujuk padanya di dalam Al-Sawa`iq al-Muhriqa menyebut Ibn `Abbas sebagai berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Yang siddiqs adalah tiga: Ezekiel, adalah yang pertama pada beriman [kepada Musa] dari diantara keturunan Firaun; Habib al-Najjar, yang dirujuk di dalam bab Yasin, dan `Ali ibn Abu Talib (as)." Abu Na`im dan Ibn `Asakir, seperti di dalam hadith 31 rujuk padanya di Al-Sawa`iq al-Muhriqa menyebut Ibn Abu Layla berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Yang siddiqs adalah 3: Habib al-Najjar, yang beriman dirujuk di dalam bab Ahli Yasin seperti yang dikatakan: `Wahai kaumku, ikutlah pesuruh Allah;' Ezekiel, yang pertama beriman [kepada Musa] dari keturunan Firaun, yang telah berkata: `Adakah kamu membunuh sesaorang kerana mengatakan bahawa Tuhannya adalah Allah?' dan `Ali ibn Abu Talib (as), yang terbaik diantara mereka.'" Sahihs telah disampaikan secara berturutan di dalam mengatakan bahawa dia adalah siddiq yang utama dan faruq yang terbilang.

[37] Yang paling terkenal diantara Imam Sunni, iaitu Muwaffaq ibn Ahmed, telah menyebut Abu Bakr ibn Mardawayh mengatakan dari `Ali (as) berkata: "Ummah ini akan terbahagi kepada 73 golongan, dengan pengecualian satu, semua yang lain akan masuk ke Neraka; Golongan yang bertuah ini adalah yang mana Allah awj telah berkata: `Diantara manusia yang Kami telah jadikan terdapat satu golongan yang membimbing kepada keadilan, dan melalui keadilan sahaja mereka akan mencapai persamaan,' dan mereka termasuklah saya dan shia saya.

[38] Di dalam bukunya Amali, Shaykh al-Tusi menyebut Amirul Mukminin dengan tepat berkata bahawa Rasul Allah [sawas] suatu ketika membaca ayat yang berikut: "Penghuni neraka tidak sama dengan orang penghuni syurga," dimana dia menjelaskan dengan berkata: "Penghuni syurga adalah orang yang mengikuti saya dan mengiktiraf penguasaan `Ali ibn Abu Talib (as) selepas saya." Dia telah ditanya: "Bagaimana dengan penghuni neraka?" Dia menjawab: "Ini termasuklah orang yang tidak puas hati dengan pemerintahan Ali, orang yang akan melanggar bai’ah dan memerangi dia selepas peninggalan saya." Hadith telah disebutkan oleh al-Saduq dari `Ali [as]. Abul-Mu'ayyad Muwaffaq ibn Ahmed telah menyebut Jabir berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Demi Dia yang jiwa saya berada di dalam tanganNya, ini Ali dan shia dia yang akan berjaya di Hari Pengadilan."

[39] Merujuk kepada ayat ini di dalam tafsir `Ali ibn Ibrahim' jika kamu berhajat, atau bab 81 dan 82 dari Ghayat al-Maram.

[40] Ayat ini telah diturunkan pada penghormatan al-Hamzah, `Ali (as), dan `Ubaydah yang keluar untuk bertarong dengan `Utbah, Shaybah, dan al-Walid. Yang beriman adalah Hamzah, `Ali (as), dan `Ubaydah, dan mereka yang zalim adalah ‘Utbah, Shaybah, dan al-Walid. Terdapat banyak ahadith yang sahih yang menyokong hujah ini.

[41] Mencukupi bagi kamu sebagai bukti bahawa Ibn Hajar telah mengakui wahyu ini diturunkan pada penghormatan mereka, menjumlahkannya diantara ayat-ayat yang mengutamakan mereka, memberinya no 11 diantara ayat-ayat yang sedemikian di dalam bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa; maka rujuklah kepadanya untuk melihat ayat-ayat yang kami telah sebutkan di dalam merujuk kepada ayat ini di dalam bab yang memperkatakan ahli sunni memberikan keutamaan kepada shia seperti di dalam buku kami Al-Fusul al-Muhimma.

[42] Al-Bukhari, di dalam keterangannya pada bab al-Quran yang memperkatakan mengenai haji, pada ms 107, jilid 3, dari sahihnya, menyebut ‘Ali [as] sebagai berkata: "Saya adalah orang pertama yang akan melutut untuk menyampaikan pengaduan kepada Allah pada Hari Pengadilan.’ Al-Bukhari kemudian menyebut Qays berkata: "Bagi pihak mereka ayat ini diwahyukan: `Ini adalah dua kumpulan yang telah bawa kes mereka di hadapan Tuhan.' Mereka adalah yang keluar ke Badr untuk menentang ‘Ali [as] dan dua rakan seperjuangannya, Hamzah dan `Ubaydah, iaitu Shaybah ibn Rabi`ah dan 2 rakannya `Utbah ibn Rabi`ah dan al-Walid ibn `Utbah." Pada muka surat yang sama, dia menyebut Abu Tharr berkata bahawa dia biasa bersumpah dengan ayat merujuk kepada 2 kumpulan bertentangan yang mempertikaikan mengenai Tuhan, yang mana telah diwahyukan pada penghormatan ‘Ali [as] dan 2 orang rakan seperjuangannya, dan mengenai `Utbah dan kedua rakannya apabila mereka bertarung di Badr.

[43] Ayat ini telah diwahyukan bagi pihak Amirul Mukminin [as] yang menentang al-Walid ibn `Uqbah ibn Abu Ma`it, dengan tanpa sebarang pertikaian padanya. Ini telah dipastikan oleh ahli-ahli tradisionists dan disahkan oleh ulama tafsir. Imam Abul-Hasan `Ali ibn Ahmed al-Wahidi, ketika membincangkan ayat ini di dalam bukunya Asbab a-Nuzul, menyebut Sa`id ibn Jubayr menyatakan Ibn `Abbas berkata bahawa al-Walid ibn `Uqbah ibn Abu Ma`it suatu ketika berkata kepada ‘Ali [as]: "Saya lebih kuat dari kamu; kata-kata saya lebih lancar, dan saya lebih pantas dari kamu pada mengumpulkan tentera." `Ali (as) berkata: "Janganlah berkata lagi, kerana kamu tidak lebih dari yang fasik," yang mana ayat "Adakah orang yang beriman sama dengan mereka yang fasik? Mereka pastinya tidak sama," telah diwahyukan, menyatakan ‘Ali [as] sebagai yang beriman dan al-Walid ibn `Uqbah sebagai yang fasik.

[44] Ayat ini telah diwahyukan pada penghormatan `Ali (as), bapa saudaranya al-`Abbas, dan Talhah ibn Shaybah yang mula bercakap besar: "Saya yang menjaga Kabah; Saya mempunyai kuncinya, dan kain penutupnya adalah kepunyaan saya." Al-`Abbas berkata: "Saya yang menjaga penyelenggaraannya [siqaya]." `Ali (as) berkata: "Saya tidak tahu apa yang kamu berdua katakan, kerana saya telah mendirikan solat bersama dia [Nabi Muhammad [sawas]] yang memimpin jihad, 6 bulan sebelum sesiapa dari kamu semua," dimana Allah telah mewahyukan ayat tersebut diatas. Ini telah dikatakan oleh Imam al-Wahidi ketika menerangkan maksud ayat ini di dalam bukunya Asbab al-Nuzul menyebutnya dari al-Hasan al-Basri, al-Sha`bi, dan al-Qurtubi. Dia juga menyebut Sirin dan Murrah al-Hamadani berkata bahawa `Ali (as) berkata yang berikut kepada `Abbas satu ketika: "Tidakkah kamu mahu pergi berhijrah? Tidakkah kamu mahu bersama Rasul Allah [sawas]?" Dia menjawab: "Tidakkah aku mempunyai tanggong jawab yang lebih utama dari berhijrah? Tidakkah aku menyediakan air untuk para jamaah yang berkunjung kerumah Allah dan menyelenggara rumahNya?" dimana ayat ini telah diwahyukan.

[45] Pada ms 4, Vol. 3, dari Al-Mustadrak, al-Hakim menyebut Ibn `Abbas berkata: "`Ali telah menukarkan nyawanya dan telah memakai pakaian Nabi." Al-Hakim mengesahkan akan sahihnya hadith ini menurut yang diakui oleh kedua Shaykhs, walaupun keduanya tidak menyampaikan hadith itu sendiri. Di dalam bukunya Talkhis al-Mustadrak, al-Hakim mengakui yang sama pada ms yang dikatakan, menyebutnya dari Imam `Ali ibn al-Husain (as) sebagai berkata: "Yang pertama untuk menukarkan nyawanya untuk keridhaan Allah adalah `Ali ibn Abu Talib (as) yang tidur dikatil Rasul Allah [sawas]," kemudian dia menyebutkan beberapa syair yang ditujukan kepada `Ali (as) bermula dengan yang ini:

Saya telah memelihara dengan nyawa dan tenaga ku;

Dia yang termulia yang berjalan dimuka bumi ini;

Dan tawaf diRumah Lama [Kabah], walaupun sendirian;

Dan juga berkeliling pada Batu Hitam.

[46] Tradisionists, ulama tafsir, dan pengarang yang telah menulis mengenai penyebab-penyebab maka turunnya wahyu al-Quran, semuanya telah menyebutkan Ibn `Abbas menerangkan ayat yang berbunyi: "Mereka yang membelanjakan harta mereka pada sedekah dimalam hari, diwaktu siang, di dalam rahsia dan secara terang-terangan,’ dengan mengatakan: ‘Ayat ini telah diwahyukan pada penghormatan `Ali ibn Abu Talib (as) yang satu ketika mempunyai 4 dirhams; dia membelanjakannya satu darinya pada jalan Allah di malam hari, satu lagi disiang hari, satu secara rahsia, dan pada khalayak ramai yang satu lagi; dari itu ayat ini telah diwahyukan pada menghargai apa yang dia lakukan." Imam al-Wahidi, juga, telah menyebutkan hadith ini dari Ibn `Abbas di dalam bukunya Asbabul-Nuzul. Dia juga menyebut Mujahid sebagai menyampaikannya, dan dia menyampaikan dari al-Kalbi dengan lebih khusus lagi.

[47] Dia yang telah membawa kebenaran adalah Rasul Allah, dan yang beriman dengannya adalah Amirul Mukminin [as], menurut dari hadith al-Baqir, al-Sadiq, al-Kazim, al-Rida, {as], begitu juga dari Ibn `Abbas, Ibn al-Hanafiyyah, `Abdullah ibn al-Hasan, yang syuhada Zayd ibn `Ali ibn al-Husayn, dan `Ali ibn Ja`fer al-Sadiq (as). Amirul Mukminin pernah menggunakan ayat ini sebagai testimoni. Ibn al-Maghazli, di dalam Manaqib, menyebut dari Mujahid sebagai berkata: "Yang telah membawa kebenaran adalah Muhammad [sawas], dan yang telah mempercayai dia [sawas] adalah `Ali (as)." Kedua-dua huffaz, iaitu, Ibn Mardawayh dan Abu Na`im, telah menyebutnya, dan begitu juga yang lain.

[48] Di dalam tafsirannya pada Surat al-Tur di muka surat 468, Vol. 2, dari sahihnya Al-Mustadrak, al-Hakim menyebut Ibn `Abbas menjelaskan ayat yang berbunyi: "Dan mereka yang beriman dan keluarganya mengikuti dia dalam beriman, kepada mereka akan Kami satukan keluarganya: tidak juga Kami mengabaikan mereka dengan ganjaran amal baik mereka sama sekali; bahkan setiap individu akan menikmati apa yang telah mereka lakukan,’ dengan mengatakan: ‘Allah akan meninggikan kedudukan keturunan mereka yang beriman supaya bersama dengannya, mereka akan dapat disatukan di syurga, walaupun jika mereka berada dikedudukan yang rendah sedikit," kemudian dia membaca ayat yang sama lagi dan berkata: "Allah berkata Dia tidak akan mengurangkan ganjaran mereka sama sekali."

[49] Ini adalah ayat ketiga dari yang diperhitungkan oleh Ibn Hajar di dalam bab 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Pengarang terus mengatakan bahawa sekumpulan ulama tafsir telah menyebutkan Ibn `Abbas berkata: "Implikasi [pengertian] ayat ini adalah untuk mengirimkan selawat keatas keturunan Muhammad (as)." Ibn Hajar berkata bahawa al-Kalbi, juga, telah memberikan maksud yang sama, kemudian dia menambah: "Al-Fakhr al-Razi telah mengatakan bahawa keturunan Nabi mempunyai persamaan dengannya di dalam 5 kedudukan: Allah telah mengucapkan kepadanya dengan mengatakan: keamanan keatas kamu, wahai Rasul, dan keatas keturunan Yasin,’ di dalam mengirimkan selawat keatasnya dan mereka di dalam tashahhud, sadaqa, dan tahara, apabila Allah awj berkata: `Taha,' iaitu, tahir, kesucian, dan: `... mensucikan kamu dengan kesucian yang sempurna;' di dalam mencintai mereka, berkata: `Ikutlah aku supaya Allah akan mencintai kamu,' dan juga: `Katakan: Saya tidak meminta kamu sebarang ganjaran selain dari berkasih sayang kepada kerabat saya."

[50] Al-Bukhari telah menyebut di dalam tafsirnya dari al-Quran, di dalam Vol. 3 dari Sahihnya, di dalam bab yang mengatakan pada ayat "Allah dan Para Malaikatnya mengirimkan selawat keatas Muhammad," di dalam tafsirannya Surat al-Ahzab. Ianya juga disebutkan oleh Muslim di dalam bab pada menghantarkan salam keatas Nabi [sawas] di dalam bukunya mengatakan bab solat di dalam Vol. 1 pada Sahihnya, dan ianya telah disebutkan oleh semua tradisionists dari Ka`b ibn `Ajrah.

[51] Rujuk kepada ayat kedua pada ayat ini di muka surat 87.

[52] Al-Tha`labi, ketika membincangkan maksudnya di dalam Al-Tafsir al-Kabir, menyebut hadith yang mana Rasul Allah [sawas] berkata: "Tuba adalah pokok di dalam syurga yang mana akarnya adalah di dalam rumah ku dan dahannya menaungi penduduk syurga." Sebahagian manusia bertanya: "Wahai Rasul Allah! Kami telah bertanya kamu dahulu mengenainya, dan kamu mengatakan kepada kami bahawa akarnya ada di dalam rumah `Ali dan dahannya menaungi penduduk syurga," yang mana dia [sawas] berkata: ‘Tidakkah rumah saya dan rumah ‘Ali adalah sama?"

[53] Thiqatul-Islam al-Kulayni telah menyebut di dalam hadith yang sahih, Salim berkata bahawa dia bertanya Abu Ja`fer (Imam al-Baqir) mengenai maksud ayat: "Kemudian Kami izinkan mereka yang Kami telah pilih dari diantara hamba-hamba Kami untuk mewarisi kitab" Imam [as] menerangnya seperti berikut: ‘Mereka yang bergegas untuk melakukan amal kebajikan adalah para Imam, mereka yang sederhana, adalah orang yang mengetahui nilai para Imam, dan mereka yang melakukan kezaliman terhadap dirinya sendiri adalah orang yang tidak tahu pada perlunya para Imam." Sesuatu yang sama telah disampaikan dari Imams Abu `Abdullah al-Sadiq (as), Abul-Hasan al-Kazim, dan Abul-Hasan al-Rida [as], yang disebutkan oleh al-Saduq, dan oleh ramai lagi diantara penyampai kami. Ibn Mardawayh menyebutkan ‘Ali [as] menerangkan ayat ini seperti: ‘Mereka yang dimaksudkan oleh ayat ini adalah kami,’ dan secara khususnya ada terdapat di dalam buku kami Tanzil al-Ayat , begitu juga di dalam Ghayat al-Maram.

[54] Ini telah disebutkan oleh Ibn `Asakir dari Ibn `Abbas, sebagaimana dinyatakan di dalam seksen 3, bab 9, ms 76, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa.


SURAT 13

HUJAH MENGENAI TRADISI INI ADALAH LEMAH
Thul-Qi`da 23, 1329 H.

Semoga Allah merahmati tangan dan pena kamu! Betapa ditinggikan muka suratnya diatas kedudukan mereka yang mencabar dan menentangnya! Betapa mantap pertahanan penulisannya yang bijak terhadap pandangan pengkritik dan penyelidik! Muka suratnya bergelut menuju satu matlamat, berjalan terus menuju laluan yang dihajati, dengan cara yang penuh bererti. Hujah-hujahnya tidak sampai kepada pendengaran yang bijak tanpa memberikan getaran aklamasi [kekaguman] padanya.

Mengenai surat kamu yang terakhir, curahannya telah melimpahi tebing tertinggi, disokong oleh kata-kata yang sempurna dan pembuktian yang baik, dengan segalanya yang datang dari diri kamu berserta tanggong jawab yang diberikan tanpa sebarang kekurangan di dalam apa sahaja yang diamanahkan kepada kamu. Sesiapa yang mencabar kamu amat buruk di dalam penghujahan, degil, berhujah mengenai kepalsuan dan bertindak seperti yang jahil.

Bagaimana pun penentang kamu boleh berhujah, bahawa mereka yang menyampaikan kata-kata tersebut yang menyokong hujah kamu adalah shia, dan ini tidak boleh diterima oleh sunni. Dari itu, apakah jawapan kamu terhadap ini? Sila tolong berikan jawapannya, jika kamu tidak keberatan, dan sudilah kiranya menerima ucapan terima kasih dari saya. Keamanan keatas kamu.


Yang ikhlas,


‘S’


SURAT 14

1] KESILAPAN HUJAH PENENTANG
2] PENENTANG TIDAK MENGETAHUI SHIA
3] PERBEZAAN PADA PENEKANAN TERHADAP PENGHARAMAN MEMALSUKAN HADITH
Thul-Qi`da 24, 1329 H.

1) Jawapan kami adalah bahawa hujah penentang yang sedemikian itu adalah salah. Ianya tidak berasas, kerana kesilapan yang terdapat pada hujah-hujah yang kecil dan juga yang utama.

Terhadap hujah yang kecil, iaitu, tuntutan yang mengatakan ‘Mereka yang menyampaikan ayat-ayat mengenai hujah-hujah kamu adalah Shia,’ tentunya palsu sebagaimana yang dikatakan oleh penguasa Sunni yang dipercayai, yang juga telah merakamkan kenyataan mereka di dalam pengertian yang sama seperti yang kami telah nyatakan. Musnad mereka yang telah mengesahkan kepada fakta sedemikian, bahawa jumlahnya lebih banyak dari Shia, sebagaimana yang kami telah terangkan di dalam buku kami Tanzilul Ayat al-Bahira, di dalam bab ‘Kemuliaan ‘Itra yang Disucikan’. Kamu boleh juga merujuk kepada Ghayatul Maram yang sudah tersebar meluas dan mudah didapati dimana-mana dunia Islam.

Bagi hujah yang utama, iaitu, tuntutan bahawa Shia tidak dianggap oleh Sunni sebagai yang dipercayai [di dalam menyampaikan hadith], kesalahan ini lebih jelas dari kesilapan hujah yang kecil tadi. Musnad Sunni menjadi saksi terhadap fakta ini, dan penyampai yang mereka bergantung kepada penyampaiannya, adalah penuh dengan nama-nama Shia. Ambil sebagai contoh, Enam buku Sahih mereka, dan manusia lain yang mengguna pakai buku-buku itu sebagai penyampai, orang terkemudian akan dituduh oleh mereka yang mengatakannya dari penyampai [ahadith] sebagai telah menyimpang dari jalan yang lurus, mengecop mereka dengan cop ‘Rafidis’ dan ‘Sesat’. Kepada orang ini dikata ekstremis, fanatik, dan sesat dari jalan yang lurus.

Diantara para penasihat Bukhari adalah orang-orang Shia, yang telah dituduh menjadi ‘Rafidi’ dan dicop dengan kebencian, biar pun begitu, ini tidak pernah menjadikan Bukhari atau yang lainnya meragui terhadap adilnya cara mereka ini berfikir. Orang-orang ini bergantung kepada mereka walaupun di dalam buku-buku sahih, dan merasa senang pada melakukannya. Dari itu, bolehkah sipenentang yang mengatakan bahawa ‘Shia tidak dipercayai oleh Sunni’ dapat menjumpai telinga untuk mendengar semua ini? Sudah pasti tidak!

2] Bagaimana pun penentang yang sedemikian adalah yang jahil. Jika mereka tahu perkara yang sebenar, mereka tentu mengetahui fakta bahawa Shia telah mengikuti jejak langkah dan mencontohi ‘itra yang disucikan. Dari itu keperibadian mereka menyerupai ‘itra, setiap orang yang mereka menaruhkan kepercayaan kepadanya tidak ada yang setanding dengan mereka di dalam kebenaran dan berkepercayaan. Tidak ada tandingan bagi hero-hero mereka yang dipercayai di dalam ketakwaan dan berwaspada [berhati-hati]. Tidak ada perbandingan untuk mereka diantara orang ternama yang dipercayai dengan mereka di dalam kezuhudan, wara’, ibadah, berkeperibadian mulia, disiplin diri, penolakkan nafs dan mengkritik diri. Tidak ada siapa yang setanding mereka di dalam menentukan fakta dan mencari kepadanya dengan penuh teliti dan kesederhanaan.

Jika para penentang dapat menilai mereka, seperti di dalam keadaan sebenar, pasti sipenentang akan meletak kepercayaannya kepada mereka, menyerahkan segala urusannya kepada mereka. Tetapi kejahilan sipenentang terhadap mereka telah menjadikannya tertanya-tanya tanpa haluan mengenai mereka, seumpama orang yang menunggang binatang yang buta dimalam gelap. Dia akan menuduh penjaga bagi Islam seperti Muhammad ibn Ya`qub al-Kulayni, dan yang benar diantara Muslim seperti Muhammad ibn `Ali ibn Babawayh al-Qummi, dan penasihat bagi ummah seperti Muhammad ibn al-Hasan ibn `Ali al-Tusi. Orang-orang ini akan memperkecilkan buku-buku mereka yang mulia, yang telah memelihara pengetahuan keluarga Muhammad [sawas], meragui penasihat-penasihat mereka iaitu orang yang menerajui pengetahuan ini dan yang sama setaraf dengan al-Quran serta telah mengadaikan nyawa mereka [as] untuk mengembangkan ajaran Allah awj, KitabNya, dan RasulNya [sawas] dan para Imam Muslim dan pengikutnya.

3] Kedua-duanya, individu yang baik dan yang jahat telah sama-sama tahu bagaimana orang yang mulia ini menilai kes-kes pemalsuan. Ribuan buku mereka mengutuk pemalsuan, menyatakan pemalsuan terhadap hadith adalah suatu dosa yang dibalas dengan api neraka. Mereka dikenali dengan penilaian mereka terhadap hadith yang sengaja dipalsukan. Mereka menganggapnya seperti membatalkan puasa, yang memerlukan kepada kedua-duanya, penggantian [qadha] dan membayar denda [kaffarah] dari orang yang melakukannya di dalam bulan Ramadan, dan mereka juga dikehendakki melakukan yang sama untuk apa juga yang menyebabkan rosaknya puasa. Fiqah dan hadith mereka amat jelas dalam perkara ini, dari itu, bagaimana sesaorang boleh menuduh penyampaian mereka, sedang mereka semua adalah yang terbaik, lagi mulia, orang-orang yang menghabiskan malam mereka dengan ibadah dan siang harinya berpuasa. Semenjak bila orang-orang yang mulia dari pengikut dan penyokong keluarga Muhammad dituduh [menyimpang], sedangkan Khariji, Murji’is dan Qadris tidak?

Apakah ada lain dari kebencian yang nyata dan kejahilan yang hina? Kami berlindung dengan Allah dari mengabaikan kami, dan dariNya kami meminta pertolongan terhadap akibat yang buruk dari kezaliman dan penindasan. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah awj , dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’


SURAT 15

1] PANCARAN KEBENARAN
2] MEMINTA PENGKHUSUSAN, SUNNI BERGANTUNG KEPADA PENYAMPAI SHIA
Thul-Qi`da 25, 1329 H.

1] Surat kamu yang terakhir amatlah sempurna penyusunannya, kenyataannya jelas, menarik, banyak manfaat, mudah difahami, luas jangkauan, berpandangan jauh dan bernas. Saya telah melihat kedalamnya dengan teliti, dan diantara kandongannya, petunjuk terhadap kejayaan kamu telah terpancar, dan tanda-tanda kemenangan kamu telah kelihatan.

2] Apabila kamu mengatakan bahawa Sunni bergantung pada Shia, bagaimanapun penerangan kamu amat ringkas. Kamu tidak menghuraikan kenyataan kamu dalam perkara ini. Adalah amat baik sekiranya kamu telah menyenaraikan orang-orang itu dengan menyatakan namanya dan menyebutkan tek-tek Sunni yang menunjukkan orang-orang itu adalah Shia dan bahawasanya mereka terus juga dipercayai. Bolehkah kamu tolong berikan senarai itu supaya bendera kebenaran dapat dilihat dan cahaya kepastian bersinar? Keamanan bagi kamu.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 16

SERATUS PENYAMPAI SHIA YANG DIPERCAYAI OLEH SUNNI
ThulI-Hijjah 2, 1329

Ya. Saya akan berikan dengan cara tergesa-gesa apa yang kamu minta, menghadkan diri saya kepada beberapa pesonaliti yang sering dikunjungi oleh manusia dari segala pelusuk, dengan syarat bahawa saya tidak diperlukan untuk menerangkan secara khusus mengenai mereka, oleh kerana tiada ruang untuk itu di dalam penjelasan yang ringkas ini. Disini adalah nama-nama mereka dan nama-nama bapa mereka yang disusun mengikut abjad: [1]

1. Aban ibn Taghlib

Dia orang Kufa, qari al-Quran. Al-Thahbi telah merakamkan biografi dia di dalam bukunya Mizan sebagai berkata, ‘Aban ibn Taghlib, dari Maw, di Kufa, adalah seorang Shia. Dia bagaimanapun adalah orang yang benar; maka kami mempercayai pada kebenarannya dan biarlah dia dihukum diatas bid’ahnya.’ Dia juga berkata bahawa Ahmed ibn Hanbal, Ibn Ma`in dan Abu Hatim telah meletakkan kepercayaan mereka kepadanya. Ibn `Adi menyebut darinya dan berkata bahawa beliau adalah ‘pelampau Shia.’ Al-Sa`di menerangkan mengenai beliau, sebagai orang yang ‘Dengan jelas telah Menyimpang.” Ibn al-Thahbi meneruskan penerangannya terhadap kredibiliti orang ini; yang dikira sebagai penyampai yang dipercayai oleh Muslim dan juga pengarang empat buku Sunan, iaitu Abu Dawud, al-Tirmithi, al-Nisa'i dan Ibn Majah, nama beliau telah diberikan tanda nama merek-mereka yang terkemudian. Rujuk apa yang beliau telah sampaikan di dalam hadith Sahih Muslim, di dalam empat buku Sunan melalui al-Hakam dan al-A`mash, sebagai tambahan kepada Fudayl ibn `Umer. Sufyan ibn `Ayinah, Shu`bah, dan Idris al-Awdi telah menyebutkan hadith dari beliau sebagaimana yang dirakamkan di dalam buku Muslim. Dia telah meninggal, semoga Allah merahmati dia, di dalam tahun 141 H.


2. Ibrahim ibn Yazid

Nama dia adalah Ibrahim ibn Yazid ibn `Umer ibn al-Aswad al-Nakh`i al-Kufi, seorang faqih. Ibunya adalah Malika anak perempuan Yazid ibn Qays al-Nakh`i dan juga adik perempuan kepada al-Aswad, Ibrahim, dan `Abdel-Rahman, anak lelaki Yazid ibn Qays. Seperti bapa-bapa saudara mereka `Alqamah dan Ubay, anak lelaki Qays, mereka semuanya diantara penyampai yang amat dipercayai diantara semua Muslim. Pengarang enam buku Sahih, begitu juga yang lainnya, semua telah bergantung kepada penyampaian mereka, sedangkan telah diketahui bahawa mereka adalah Shia.

Berkenaan orang kita ini iaitu, Ibrahim ibn Yazid, dia telah dijumlahkan diantara pemuka-pemuka Shi`a oleh Ibn Qutaybah pada muka surat 206 dari hasil kerjanya Al-Ma`arif dimana dia menyenaraikan jumlah beberapa orang terkemuka Shia, dan telah mempercayainya dengan tiada keraguan. Rujuklah kepada hadithnya di dalam buku Sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disebutkan oleh ibu kepada bapa saudaranya `Alqamah ibn Qays, dan oleh Humam ibn al-Harith, Abu `Ubaydah ibn `Abdullah ibn Mas`ud, `Ubaydah, al-Aswad ibn Yazid, bapa saudaranya. Rujuk juga kepada hadithnya di dalam buku Sahih Muslim, melalui bapa saudaranya dipihak ibu, ‘Abdul-Rahman ibn Yazid, dan melalui Sahm ibn Munjab, Abu Mu`ammar, `Ubayd ibn Nadlah, dan `Abis. Di dalam kedua sahih, dia telah disebutkan oleh Fudayl ibn `Umer, al-Mughirah, Ziyad ibn Kulayb, Wasil, al-Hasan ibn `Ubaydullah, Hammad ibn Abu Sulayman, dan oleh Sammak. Ibrahim telah dilahirkan pada tahun 50 H., dan dia meninggal pada umur 95 atau 96, empat bulan selepas al-Hajjaj mati.


3. Ahmed ibn al-Mufdil

Dia adalah Ahmed ibn al-Mufdil ibn al-Kufi al-Hafri. Abu Zar`ah dan Abu Hatim menyebut dari beliau dan mempercayainya, sedang mereka benar-benar sedar akan kedudukan dia diantara Shia. Di dalam biografi Ahmed, seperti yang disebutkan di dalam Al-Mizan, Abu Hatim menunjukkan fakta ini dengan mengatakan: "Ahmed ibn al-Mufdil adalah seorang dari ketua Shi`a, dan dia adalah orang yang benar." Al-Thahbi menyebut di dalam bukunya Al-Mizan, dan telah meletakkan pada nama beliau tanda Abu Dawud dan al-Nisa'i, ini menunjukkan bahawa mereka menganggap beliau sebagai penyampai hadith. Rujuk kepada hadithnya di dalam Sahih mereka melalui al-Thawri. Dia menyampaikan melalui Asbat ibn Nasir dan Isra'i.


7. Isma`il ibn `Abbad

Nama penuh dia adalah Isma'il ibn `Abbad ibn al-Abbas al-Taleqani (Abul-Qasim), lebih dikenali sebagai al-Sahib ibn `Abbad. Al-Thahbi seperti yang disebutkan di dalam bukunya Al-Mizan, meletakkan tanda "DT" pada namanya untuk menunjukkan bahawa keduanya; Dawud dan al-Tirmithi bergantung kepadanya di dalam buku sahih mereka [2] Kemudian dia terus menerangkan, beliau sebagai "seorang Shia yang berkebolehan, seorang terpelajar.’ Dia sebagai seorang Shia adalah suatu perkara yang tidak dapat diragukan. Atas sebab ini, dia dan bapanya mendapat markah dan penghormatan yang tinggi di dalam negeri Buwayhid. Dia adalah orang pertama diantara menteri-menteri kerajaan yang mendapat gelaran "sahib" (sahabat, kawan), semenjak beliau seorang remaja, beliau telah bersahabat dengan Mu'ayyed al-Dawlah ibn Buwayh. Gelaran ini telah mengikuti beliau semenjak itu sehinggalah dewasa dan dikenali dengan gelaran tersebut. Kemudian ianya telah digunakan untuk sesiapa yang memegang jawatan dan tanggong jawab yang sama di dalam kementerian. Pertama, dia adalah menteri kepada Mu'ayyed al-Dawlah Abu Mansur ibn Rukn al-Dawlah ibn Buwayh. Selepas yang terkemudian meninggal di dalam bulan Sha`ban tahun 373 di Jurjan, Abul-Hasan `Ali, yang lebih dikenali sebagai Fakhr al-Dawlah, adik kepada Mu'ayyed, mendapat kuasa dan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Sahib. Fakhr al-Dawlah menyanjung tinggi Sahib dan menyempurnakan hajat beliau dengan cara yang sama seperti bapanya sendiri, Abu `Abbad ibn al-Abbas lakukan ketika dia sedang berkhidmat kepada bapa Fakhr al-Dawlah, Rukn al-Dawlah.

Apabila berusia 59 tahun, as-Sahib meninggal pada khamis malam, 24th Safar, 385, di Rayy. Bandar Rayy telah menutup semua kedainya sebagai tanda berkabung, dan manusia berkumpul dihadapan rumahnya sambil menunggu jenazahnya. Fakhr al-Dawlah, bersama menteri-menteri kerajaan dan ketua turus tentera pergi kesana dengan memakai pakaian berkabung. Apabila jenazahnya dibawa keluar dari rumahnya, manusia melaungkan serentak "Allahu Akbar!", mencium bumi tanda menghormati, dan Fakhr al-Dawlah mengikuti jenazah beliau berjalan kaki bersama manusia ramai dan duduk bersama mereka selama 3 hari semasa berkabung. Penyair membacakan sajak, dan ulama mengadakan majlis memperingati sebagai tanda penghormatan, dan beliau telah disanjung oleh semua yang tidak dapat hadir pada pengkebumian itu. Abu Bakr al-Khawarizmi berkata: "Al-Sahib ibn `Abbad dibesarkan dipangkuan kementerian, belajar merangkak dan berjalan dikawasan persekitarannya, telah dibelai dari dada yang penuh kecemerlangan, dan mewarisinya dari bapanya yang terdahulu." Abu Sa`id al-Rustami menggubah rangkap ini pada memujinya:

Dia mewarisi kementerian: sambungan di dalam rantai,

Orang ternama, adalah dia, keturunan orang ternama,

Mengenai kementerian al-Abbas, Abbad sampaikan,

Sedangkan dari Abbad, Isma’il sampaikan.

Di dalam biografi bagi Sahib, al-Tha`alibi berkata: "Saya tidak dapat mencari perkataan yang sesuai untuk dapat menerangkan kedudukan mulia Sahib di dalam ilmu pengetahuan dan sastera, atau penghormatan yang dia nikmati kerana ramah mesra dan bermurah hati atau kebaikannya yang unik, serta memilikki beberapa kemuliaan yang lain lagi. Kenyataan yang terbaik yang saya dapat katakan bagi pihak dirinya, tidak sampai pada melakukan keadilan terhadap yang terkecil diantara kemuliaan dan ketinggiannya, dan penerangan saya yang terbaik tidak sampai untuk berlaku adil kepada kemuliaan keperibadiannya." Sahib telah menulis banyak buku yang amat berharga termasuklah Al-Muhit buku bahasa di dalam 7 jilid; Bab nya tersusun secara abjad. Dia mengumpul librari yang tiada tandingannya. Nuh ibn al-Mansur, seorang dari Raja Sam`an, menulis kepada beliau, mempelawa beliau untuk menjadi pentadbir menteri-menteri kabinet dan mengurus urusan negara. Beliau meminta maaf kepadanya, dengan berkata dia memerlukan 400 unta untuk memindahkan kandungan librarinya. Sebanyak ini mengenai beliau adalah mencukupi.


8. Isma`il ibn `Abdul-Rahman ibn Abu Karimah al-Kufi

Lebih dikenali sebagai al-Sadi, Dia seorang pentafsir al-Quran yang terkenal. Menyebutkan biograpfinya, al-Thahbi menerangkan beliau sebagai ‘dipenuhi dengan Shia." Husayn ibn Waqid al-Maruzi membincangkannya, dengan mengatakan bahawa dia pernah mendengar beliau suatu ketika mengutuk Abu Bakr and `Umer. Walaupun terdapat tuduhan yang sebegini, beliau telah disebutkan oleh al-Thawri dan Abu Bakr ibn `Ayyash dan banyak lagi penulis yang setaraf dengannya. Muslim dan penulis empat buku sahih menganggap beliau sebagai penyampai hadith, sedangkan Ahmed memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau. Ibn `Adi berkata bahawa dia adalah benar. Yahya al-Qattan berkata tidak terdapat kesalahan pada ahadith yang disampaikan oleh beliau. Yahya ibn Sa`id berkata: "Saya tidak pernah mendengar sesiapa yang berkata tidak baik mengenai beliau, al-Sadi; tiada siapa yang pernah meninggalkan beliau." Ibrahim al-Nakh`i suatu ketika melepasi al-Sadi sedang beliau mentafsirkan al-Quran. Ibrahim berkata bahawa al-Sadi mentafsirkan al-Quran menurut cara yang digunakan umum. Jika kamu membaca mengenai al-Sadi di dalam Mizan al-I`tidal, kamu akan dapati yang lebih khusus mengenai apa yang kami sebutkan diatas. Rujuk kepada hadith al-Sadi di dalam Sahih Muslim dari Anas ibn Malik, Sa`d ibn `Ubaydah, dan Yahya ibn `Abbad. Abu `Awanah, al-Thawri, al-Hasan ibn Salih, Za'idah, dan Isra'il semuanya telah menyebutkan dari beliau, sebagai penasihat mereka, seperti mana yang disebutkan di dalam buku sahih yang empat. Dia meninggal pada tahun 127 H.


9. Isma`il ibn Musa al-Fazari al-Kufi

Al-Thahbi: Al-Mizan menyebutkan Ibn `Uday sebagai berkata, "Manusia benci terhadap pandangan Shia nya yang ekstrim’ Al-Mizan juga menyebut `Abdan sebagai berkata: "Hammad dan Ibn Abu Shaybah menentang kami menziarahi beliau." Dia bertanya beliau suatu ketika bagaimana perasaannya dengan ‘yang tidak bermoral yang mengutuk keturunan kita.’ Walaupun terdapat semua ini, keduanya Ibn Khuzaymah dan Abu `Arubah menyebutkan dari beliau, yang juga jurutunjuk di dalam kelas mereka. Dia adalah di dalam kategori yang sama dengan Abu Dawud dan al-Tirmithi yang menyebutkan dari beliau dan bergantung pada penyampaian hadithnya di dalam Sahih mereka. Abu Hatim menyebut beliau dan mengatakan bahawa beliau boleh dipercayai. " Al-Nisa'i berkata "dia adalah benar." Semua ini tertulis di dalam biografi beliau di dalam al-Thahbi: Al-Mizan.

Rujuk kepada hadith beliau di dalam sahih al-Tirmithi dan Sunan Abu Dawud seperti yang disampaikan oleh Malik, Sharik, dan `Umar ibn Shakir, seorang sahabat Anas. Dia meninggal pada tahun 245. Dia adalah anak kepada anak perempuan al-Sadi, walaupun dia menafikannya, dan Allah lebih mengetahui.


10. Talid ibn Sulayman al-Kufi, al-A`raj

Ibn Ma`in menyebut beliau dan berkata: "Dia pernah mengutuk `Uthman. Sebahagian dari pengikut Uthman mendengarnya. Mereka membaling batu kepada beliau, lalu mematahkan kaki beliau, itulah sebabnya maka beliau dapat panggilan "al-A`raj," si tempang. Abu Dawud ada menyebutnya dan berkata beliau adalah Rafidi yang mengutuk Abu Bakr dan `Uthman. Walaupun terdapat semua ini, Ahmed dan Ibn Namir bergantung pada penyampaian hadithnya, walaupun mereka mengetahui beliau adalah Shia. Ahmed telah berkata, "Talid adalah seorang Shi`a, bahkan kami tidak menjumpai apa-apa kesalahan dengan apa yang beliau sampaikan." Al-Thahbi ada menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, menyebut kenyataan mengenai beliau yang diperkatakan oleh mereka yang terpelajar seperti yang tertulis diatas. Dia meletakkan tanda al-Tirmithi pada nama beliau untuk menunjukkan bahawa al-Tirmithi menganggap beliau sebagai penyampai hadith. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih al-Tirmithi melalui `Ata ibn al-Sa'ib dan `Abdel-Malik ibn `Umayr.


11. Thabit ibn Dinar

Thabit lebih dikenali sebagai Abu Hamzah al-Thamali. Beliau seorang Shi`a adalah jelas seperti terangnya matahari. Pengarang Al-Mizan menyebut beliau, mengatakan bahawa nama ‘Uthman telah disebutkan dihadapan beliau. Beliau secara menyindir bertanya: "Siapa dia `Uthman?!" Ianya juga telah dikatakan bahawa al-Sulaymani menjumlahkan Abu Hamzah diantara Rafidis. Al-Thahbi meletakkan tanda al-Tirmithi pada nama Abu Hamzah sebagai petunjuk beliau penyampai hadithnya. Waki` dan Abu Na`im menyebut dari beliau dan menggunakan beliau sebagai penyampai hadith. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih al-Tirmithi melalui Anas dan al-Sha`bi dan yang lain dari kalibar yang sama. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 150 H.


12. Thuwayr ibn Abu Fakhita

Dia lebih dikenali sebagai Abu Jahm al-Kufi, hamba Ummu Hani' yang dibebaskan, anak perempuan Abu Talib. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam Al-Mizan dan menyebut tuduhan Yunus ibn Abu Ishaq bahawa beliau adalah Rafidi. Walaupun begitu keduanya, Sufyan dan Shu`bah telah menyebut dari beliau, dan al-Tirmithi telah menghasilkan sebahagian dari hadith beliau di dalam sahihnya melalui penyampaian dari Ibn `Umer dan Zayd ibn Arqam. Di masa Imam al-Baqir (as), beliau telah mengekalkan ketaatannya kepada Imam, dan beliau telah terkenal dengan sedemikian. Dalam hal ini, beliau telah membuat beberapa dialog yang menarik dengan `Amr ibn Tharr, seorang hakim; dan orang sezamannya, Ibn Qays, dan al-Salt ibn Bahram mengesahkan fakta ini.


13. Jabir ibn Yazid ibn al-Harith al-Ju`fi al-Kufi

Al-Thahbi telah menyatakan biograpi beliau di dalam bukunya Al-Mizan, mengatakan beliau adalah seorang ulama Shi`a. Dia telah menyebut dari Sufyan sebagai berkata bahawa dia mendengar Jabir berkata bahawa pegetahuan Rasul [sawas] telah dipindahkan kepada `Ali (as), kemudian kepada al-Hasan (as), dan seterusnya sehingga sampai kepada Imam Ja`fer al-Sadiq (as), yang sezaman dengannya. Muslim telah menyebut beliau di dalam satu dari bab pertamanya dari sahihnya, menyebutkan al-Jarrah yang telah mendengar Jabir berkata bahawa dia mengetahui 70,000 ahadith dari Rasul semuanya disampaikan melalui bapa Imam Ja`fer al-Sadiq (as) (i.e. Imam Muhammad al-Baqir [as]). Dia juga telah menyebutkan dari Zuhayr sebagai berkata "Saya tahu 50,000 hadith, belum satupun yang saya telah sampaikan."

Satu hari, beliau menyebutkan satu hadith dan berkata, "Ini adalah satu dari 50,000 hadith." Menurut dari biografinya di dalam al-Thahbi, Al-Mizan, setiap kali Jabir menyampaikan hadith melalui al-Baqir (as), beliau berkata: "Pengganti dari pengganti Rasul telah sampaikan kepada saya bahawa..." Di dalam biografinya di Al-Mizan, Ibn `Uday berkata: "Orang awam mengatakan bahawa [Jabir] pernah percaya di dalam perkara kembali semula."

Bergantung kepada penyampaian Za'idah, al-Thahbi telah memasukkan biografinya di dalam Al-Mizan dan berkata: "Jabir al-Ju`fi adalah Rafidi yang mengutuk..." Walaupun begitu, keduanya al-Nisa'i dan Abu Dawud bergantung pada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith yang disampaikan mengenai sujud dengan tidak disengajakan di dalam kedua Sahih. Shihab, Abu `Awanah, dan banyak lagi yang sama kalibar telah menyebut dari beliau. Al-Thahbi, yang memperkatakannya di dalam Al-Mizan, telah meletakkan tanda keduanya Abu Dawud dan al-Tirmithi pada nama beliau untuk menunjukkan pergantungan mereka terhadap penyampaiannya. Dia juga menyebut Sufyan sebagai berkata bahawa Jabir al-Ju`fi adalah orang yang takut kepada Allah ketika menyampaikan hadith, dan bahawa dia telah berkata: "Saya tidak pernah kenal sesiapa yang lebih wara’ dari beliau [Jabir]." Dia juga menyebutkan Shu`bah sebagai berkata bahawa Jabir adalah benar, dan ‘Setiap kali Jabir menyampaikan hadith, kami mendengarnya, kerana beliau amat dipercayai dari semua orang." Waki` pernah berkata, "Jika keraguan bermain difikiran kamu, kamu boleh meragui sesiapa sahaja selain dari Jabir al-Ju`fi," dan bahawa Ibn `Abd al-Hakam mendengar al-Shafi`i berkata bahawa Sufyan al-Thawri berkata kepada Shu`bah: "Jika kamu pernah meragui mengenai Jabir, itu adalah tandanya berakhir persahabatan kita." Jabir meninggal pada tahun 127 atau 128 H, semoga Allah merahmati ruhnya.


14. Jarir ibn `Abdel-Hamid al-Dabi al-Kufi

Di dalam hasil kerjanya Al-Ma`arif, Ibn Qutaybah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shia, sedangkan al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan, menandakan nama beliau untuk menyatakan penerimaannya di dalam Sahih, sebagai penyampai hadith. Dia telah menyanjung beliau dengan berkata: "Beliau adalah ulama dari Rayy yang mana ramai pengarang bergantung pada penyampaiannya," disahkan oleh pendapat ijmak mengenai boleh dipercayai. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih Bukhari dan Muslim yang disampaikan melalui A`mash, Mughirah, Mansur, Isma`il ibn Abu Khalid dan Abu Ishaq al-Shaybani. Qutaybah ibn Sa`id, Yahya ibn Yahya dan `Uthman ibn Abu Shaybah semuanya telah menyebutkan hadith dari beliau sebagaimana yang dituliskan di dalam kedua Sahih. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, di Rayy pada tahun 187 H. Ketika berumur 77.


15. Ja`fer ibn Ziyad al-Ahmar al-Kufi

Abu Dawud telah menyebut beliau dengan berkata: "Beliau adalah Shia yang jujur." Al-Jawzjani telah berkata: "Beliau telah menyimpang dari laluan," bererti dari laluan al-Jawzjani kepada laluan keturunan Rasul [as]. Ibn `Adi telah menerangkan beliau sebagai shia yang wara’. Cucu nya al-Husayn ibn `Ali ibn Ja`fer ibn Ziyad telah berkata: "Datuk saya Ja`fer adalah seorang ketua Shi`a di Khurasan." Abu Ja`fer al-Dawaniqi meminta ikat leher[3] untuk dipasangkan ke leher beliau dan leher sekumpulan Shia yang lain dan ditarik seperti anjing; kemudian dia memenjarakan mereka untuk waktu yang lama. Ibn `Ayinah, Waki`, Abu Ghassan al-Mahdi, Yahya ibn Bishr al-Hariri dan Ibn Mahdi semuanya telah menyebutkan hadith dari beliau, dan sebagai penasihat mereka. Ibn Ma`in dan yang lainnya telah menganggap beliau sebagai penyampai hadith Rasul. Ahmed menyatakan hadith beliau sebagai Sahih, dan tepat. Al-Thahbi ada menyebutnya di dalam Al-Mizan dan menyampaikan apa yang dikatakan diatas, meletakkan tanda keduanya al-Tirmithi dan al-Nisa'i pada nama beliau sebagai tanda kedua mereka itu bergantung pada beliau. Rujuk kepada hadith beliau seperti yang disebutkan di dalam Sahih mereka melalui orang lain yang sama kalibar. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 167 H.


16. Ja`fer ibn Sulayman al-Dab`i al-Basri (Abu Sulayman)

Pada muka surat 206 dari bukunya Ma`arif, Ibn Qutaybah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi`a. Ibn Sa`d telah menyebut beliau dan menekankan bahawa beliau adalah seorang Shi`a dan dipercayai pada menyampaikan hadith. Ahmed ibn al-Miqdam telah menuduh beliau sebagai "Rafidi." Ibn `Adi telah menyebut beliau dengan berkata: "Beliau adalah Shi`a. Tidak terdapat sebarang kecacatan pada penyampaiannya, hadith beliau tidak dapat disanggah, dan saya menganggap beliau sebagai seorang yang hadithnya boleh diterima." Abu Talib telah berkata: "Saya telah mendengar Ahmed berkata bahawa tidak ada sebarang kesalahan dengan ahadith yang disampaikan oleh Ja`fer ibn Sulayman al-Dab`i." Ianya telah dikatakan kepada Ahmed, "Tetapi Sulayman ibn Harb berkata bahawa dia tidak menuliskan hadith dari al-Dab`i." Ahmed menjawab dengan berkata bahawa Ibn Harb tidak melarang sesiapa yang hendak menulis hadith dari al-Dab`i, dan bahawa [ibn Harb perjudis adalah kerana] al-Dab`i seorang Shi`a yang menyampaikan ahadith mengenai `Ali ibn Abu Talib." Ibn Ma`in telah berkata: "Saya telah mendengar cakap-cakap yang tertentu dari `Abdul-Razzaq yang mengesahkan kepercayaannya terhadap madhab’ Shia. Saya berkata kepada dia: "Penasihat kamu, seperti Mu`ammar, Ibn Jurayh, al-Awza`i, Malik, dan Sufyan, semuanya adalah Sunnis. Dimana kamu belajar ini [madhab shia]?’ Dia menjawab: ‘Satu hari, Ja`fer ibn Sulayman al-Dab`i melawat kami, dan saya melihat dia sangat mulia, wara’ dan darinya saya belajar madhab ini.’ Pada pendapat saya, Muhammad ibn Abu Bakr al-Muqaddami telah melihat yang sebaliknya! Dia dengan secara terbuka pernah berkata bahawa Ja`fer belajar "Rafidism" dari `Abdul-Razzaq; dari itu, dia pernah mengutuk yang terkemudian dan berkata: "Tiada siapa yang merosakkan kepercayaan Ja`fer selain dari dia [`Abdul-Razzaq]."

Menyebut dari Sahl ibn Abu Khadouthah, al-Aqili telah berkata: "Saya berkata kepada Ja`fer ibn Sulayman: `Saya telah mendengar bahawa kamu mengutuk Abu Bakr dan Umar,’ Dia menjawab: ‘Mengutuk saya tidak pernah lakukan, tetapi membenci, kamu boleh katakan apa yang kamu suka.’

Bergantung pada Jarir ibn Yazid ibn Harun, Ibn Haban telah berkata di dalam Thiqat, "Bapa saya telah menghantar saya kepada Abu Ja`fer al-Dab`i. Saya berkata kepadanya: Saya telah mendengar kamu mengutuk Abu Bakr and `Umer.' Dia menjawab: `Saya tidak mengutuk mereka. Tetapi jika kamu hendak mengatakan saya bencikan mereka, ikut sukalah,’ dari itu, saya merumuskan bahawa dia adalah Rafidi."

Di dalam biografi Ja`fer di Al-Mizan, al-Thahbi telah memuatkan semua yang diatas dan juga menekankan kepada fakta bahawa beliau adalah seorang yang wara’ ‘alim’ walaupun Shia. Muslim bergantung kepada beliau di dalam Sahihnya, dan menyebutkan sebahagian dari hadithnya yang unik yang tidak diterbitkan ditempat lain, sebagaimana al-Thahbi sendiri telah mengesahkan apabila dia menyampaikan biografi Ja`fer. Rujuk kepada hadithnya di dalam Sahih yang disampaikan melalui Thabit al-Banani, al-Ja`d ibn `Uthman, Abu `Umran al-Jawni, Yazid ibn al-Rashk dan Sa`id al-Jariri. Qatan ibn Nasir, Yahya ibn Yahya, Qutaybah, Muhammad ibn `Ubayd ibn Hasab, Ibn Mahdi dan Musaddid kesemua mereka telah menyampaikan hadith darinya. Sebagai contoh, beliau telah berkata: "Rasul Allah [sawas], telah menghantar satu pasukan tentera Muslim di bawah pemerintahan Ali; dsb." Hadith lain yang beliau sampaikan: "Apa yang kamu mahu dari `Ali? `Ali adalah dari saya, dan saya adalah dari dia. Dia adalah wali (ketua) selepas saya bagi setiap yang beriman" sebagaimana yang tertulis di dalam Sahih al-Nisa'i's dan disampaikan melalui Ibn `Adi dari al-Nisa'i. Al-Thahbi telah menyatakan yang diatas ketika membincangkan Ja`fer di dalam bukunya Al-Mizan. Dia meninggal di dalam bulan Rajab pada tahun 178 H; semoga Allah merahmatinya.


17. Jami` ibn `Umayrah ibn Tha`labah al-Kufi al-Taymi (Taymullah)

Abu Hatim telah menyebut biografi beliau di dalam bukunya Al-Mizan, pada penghujungnya dia mengatakan: "Al-Kufi adalah seorang ternama Shia, yang mana hadith beliau adalah sahih penyampaiannya." Ibn Haban telah menyebutkan beliau dan berkata sebagaimana yang tertulis di dalam Al-Mizan, bahawa beliau adalah “Rafidi." Saya katakan bahawa al-`Ala' ibn Salih, Sadaqah ibn al-Muthanna, dan Hakim ibn Jubayr kesemua mereka telah mendapatkan ilmu pengetahuan dari beliau, sebagai penasihat mereka.

Buku Sunan menyebutkan dari beliau tiga kali. Al-Tirmithi telah menggunakan hadith beliau sebagaimana buku al-Thahbi Al-Mizan mengesahkan. Beliau adalah seorang dari tabi`in. Beliau belajar dari Ibn `Umer dan `Ayesha. Satu ahadith yang dipelajarinya dari Ibn `Umer mengatakan bahawa dia [Ibn Umer] telah mendengar Rasul Allah berkata kepada Ali: "Kamu adalah adikku didunia ini dan juga diakhirat."


18. Al-Harith ibn Hasirah Abul Nu`man al-Azdi al-Kufi

Abu Hatim al-Razi menerangkan beliau sebagai seorang terkemuka Shia. Abu Ahmed al-Zubayri telah mengatakan bahawa dari beliaulah kepercayaan boleh kembali semula. Ibn `Adi menyebut beliau dengan berkata: "Hadithnya telah dituliskan walaupun saya telah melihat kelemahan di dalamnya. Beliau adalah seorang Kufi yang akan di bakar di dalam api, kerana kepercayaan Shi’a nya." Thanij telah berkata: "Saya bertanya kepada Jarir: `Pernahkah kamu bertemu al-Harith ibn Hasirah?' Dia menjawab, `Ya, sebenarnya, Saya pernah. Saya berjumpa dengan beliau, seorang tua yang duduk diam dikebanyakkan masa, dan dia menekankan kepada sesuatu yang dermawan.'" Yahya ibn Ma`in telah menyebut beliau dan berkata: "Dia boleh dipercayai [walaupun] Khashbi [nama seorang yang menghina dan merendahkan Shi`a, tr.]." Al-Nisa'i, juga, mempercayai beliau. Al-Thawri, Malik ibn Maghul, `Abdullah ibn Namir, dan kumpulan yang mempunyai kalibar yang sama dengan mereka, semuanya telah menyebut dari beliau, oleh kerana beliau adalah penasihat mereka yang mana mereka telah percayai.

Al-Thahbi telah menyampaikan biograpfi beliau di dalam bukunya Al-Mizan dengan mengatakan semua yang diatas. Rujuk kepada hadithnya di dalam Sunan melalui Zayd ibn Wahab, `Ikrimah, dan kumpulan dari kelas mereka. Al-Nisa'i menyebut `Abbad ibn Ya`qub al-Rawajni yang menyebutkan rantaian penyampai termasuk `Abdullah ibn `Abdul-Malik al-Mas`udi bahawa al-Harith ibn Hasirah, menurut Zayd ibn Wahab, telah menyampaikan bahawa `Ali (as) telah didengar sebagai berkata: "Saya adalah hamba Allah dan adik kepada RasulNya, tiada siapa yang boleh mengatakan yang sedemikian melainkan dia seorang pendusta."

Al-Harith ibn Hasirah menyampaikan melalui Abu Dawud al-Subai`i, melalui `Umran ibn Hasin, yang berkata: "Saya sedang duduk di dalam kehadiran Rasul Allah [sawas], dengan Ali duduk disebelahnya. Rasul Allah [sawas] telah membaca: `Atau siapa lagi [selain dari Allah] yang akan menolong kepada orang yang memerlukan pertolongan, menghapuskan kesusahannya, dan menjadikan kamu pemerintah dibumi?’ `Ali telah tergerak menggeletar dengannya; dari itu Rasul Allah [sawas] telah menepuk bahu Ali dan berkata: ‘Tiada siapa yang mencintai kamu melainkan mereka yang benar-benar beriman, dan tiada siapa yang membenci kamu melainkan yang hipokrit sehinggalah ke hari pengadilan.'"

Tradisionists seperti Muhammad ibn Kuthayyir dan yang lainnya telah menyebutkan hadith yang dibacakan diatas dari Al-Harith ibn Hasirah. Al-Thahbi telah menyampaikannya ketika mengatakan biograpfi bagi Nafi` ibn al-Harith melalui rantaian penyampai yang sama. Apabila dia sampai kepada Al-Harith ibn Hasirah, dia komen dengan berkata, "Beliau boleh dipercayai; tetapi beliau adalah juga seorang Rafidi."


19. Al-Harith ibn `Abdullah al-Hamadani

Beliau adalah seorang sahabat karib kepada Amirul Mukminin [as] dan seorang tabi'in yang terbaik. Beliau seorang Shi`a yang tidak memerlukan kepada sebarang bukti. Beliau adalah yang pertama yang dihitung oleh Ibn Qutaybah di dalam bukunya Ma`arif sebagai pemuka Shi`a. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, mengakui bahawa beliau adalah ulama yang terkenal dikalangan tabi`in; kemudian dia menyebut kenyataan Ibn Haban sebagai berkata bahawa beliau adalah seorang ‘pelampau’ di dalam kepercayaan Shi`a. Selepas itu, dengan banyaknya, dia menyebutkan mengenai ramai manusia yang marah kepada beliau kerana kepercayaan Shi`anya. Walaupun terdapat semua ini, dia juga merakamkan ijmak mereka, bahawa beliau berpengetahuan tinggi, wara’ dan amat memahami mengenai amalan agama. Dia juga mengaku bahawa ahadith yang disampaikan oleh al-Harith terdapat di dalam empat buku Sunan. Dia menyatakan kepada fakta bahawa Nisa'i, walaupun perjudis, telah bergantung dengan kuat pada penyampaian al-Harith, mengakui bahawa manusia umum walaupun memperkecilkan beliau, tetapi terus juga menyampaikan hadith dari beliau di dalam perkara agama, dan namun begitu al-Sha`bi memanggil beliau pendusta, kemudian dia berpaling dan menyebutkan hadith daripadanya!

Al-Thahbi menyatakan yang berikutnya di dalam bukunya Al-Mizan: "Nyata sekali, al-Nisa'i mendustakan beliau apabila sampai kepada percakapan dan cerita; tetapi apabila beliau menyampaikan hadith, dia mempercayai beliau." Al-Mizan menyebut Muhammad ibn Sirin sebagai berkata: "Terdapat 5 sahabat Ibn Mas’ud yang terkenal. Saya mengetahui empat dari mereka, tetapi saya tertinggal al-Harith, yang saya tidak pernah jumpa. Dia adalah yang terbaik dari mereka semua."

Terdapat kontroversi yang besar mengenai siapakah yang tiga orang lagi, iaitu Alqamah, Masruq, atau `Ubaydah, yang terbaik. Saya katakan bahawa Allah telah membolehkan tradisionists yang dipercayai untuk melakukan keadilan kepada al-Sha`bi dan membuktikan dia sebagai pendusta. Ini telah ditunjukan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam bukunya Jami'` Bayanul `Ilm yang menyebutkan kenyataan jujur yang dibuat oleh Ibrahim al-Nakh`i terhadap pembohongan al-Sha`bi, dia menambah secara lisan: "Saya fikir bahawa al-Sha`bi telah menerima pembalasan yang setimpal kerana mengatakan yang berikut mengenai al-Harith al-Hamadani: `Al-Harith, seorang pendusta, memberitahu saya bahawa ..., etc.'"[4] Ibn `Abd al-Birr telah berkata: "Al-Harith tidak menunjukkan sebarang tanda sebagai seorang pendusta; sebahagian manusia telah merasa sakit hati terhadap beliau kerana cintanya kepada `Ali yang amat mendalam dan telah mengutamakan Ali dari yang lain.

Inilah sebabnya mengapa al-Sha`bi telah mengatakan beliau sebagai pendusta, oleh kerana al-Sha`bi mengutamakan Abu Bakr, dengan mengatakan bahawa Abu Bakar adalah orang yang pertama pada memeluk Islam, dan dia mengutamakan `Umer, juga."

Diantara mereka yang dengki terhadap al-Harith adalah Muhammad Ibn Sa`d yang memuatkan biograpfi al-Harith di dalam jilid 6 pada bukunya Tabaqat, mengatakan bahawa al-Harith berkata ‘yang cemar’ Dengan mengatakan ini dia tidak dapat melakukan apa-apa kepada al-Harith, tidak juga kepada pemuka-pemuka Shi`a yang lain, apabila tiba pada ilmu pengetahuan atau keberanian. Perkataan cemar yang dirujuk Ibn Sa`d adalah tidak lain dari bersekutu kepada keturunan Muhammad dan mengambil mereka sebagai petunjuk di dalam semua perkara sebagaimana Ibn `Abd al-Birr telah mengesahkan di dalam kenyataannya diatas. Al-Harith meninggal pada tahun 65 H; semoga Allah merahmati ruhnya.


20. Habib ibn Abu Thabit al-Asadi al-Kahili al-Kufi

Dia adalah seorang dari tabi`in. Qutaybah, di dalam bukunya Ma`arif, dan Shahristani, di dalam bukunya Al-Milal wal Nihal, keduanya telah memuatkan beliau diantara pemuka Shi`a. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, memberi tanda pada nama beliau dengan petunjuk bahawa pengarang enam Sahih bergantung kepada penyampaian beliau tanpa ragu-ragu. Yahya Ibn Ma`in dan sekumpulan ulama yang lain telah mempercayai beliau.

Bagaimana pun Al-Dawalibi telah mengatakan yang buruk mengenai beliau dan mengkelasifikasinya sebagai ‘lemah’ hanya kerana beliau seorang Shi`a. Apa yang sebenarnya memeranjatkan saya adalah atitiut Ibn `Awn yang tidak dapat mencari sebarang sebab untuk mengadakan keraguan terhadap tradisi Habib, walaupun dia bersungguh-sungguh pada melakukannya; dari itu dia terpaksa memandang rendah kepada beliau dan memanggil beliau ‘peperangan’ ‘bermata-satu’. Kelemahan sebenar sesaorang adalah melakukan dosa dan mengatakan perkataan yang buruk terhadap orang lain, tidak pada kehilangan sebelah mata.

Rujuk kepada tradisi Habib di dalam sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disampaikan melalui Sa`id ibn Jubayr dan Abu Wa'il. Hadith beliau yang disampaikan melalui Zayd ibn Wahab telah dirakamkan hanya di dalam sahih Bukhari. Di dalam sahih Muslim, hadith beliau telah disampaikan melalui Muhammad ibn `Ali ibn `Abdullah ibn `Abbas, dan melalui Tawus, al-Dahhak al-Mashriqi, Abu `Abbas ibn al-Sha`ir, Abu al-Minhal `Abdul-Rahman, `Ata' ibn Yasin, Ibrahim ibn Sa`d ibn Abu Waqqas, dan melalui Mujahid. Di dalam kedua sahih Misar, al-Thawri, dan Shu`bah telah menyebutkan tradisi beliau. Di dalam sahih Muslim, ahadith beliau telah disebutkan oleh Sulayman al-A`mash, Hasin, `Abdul-`Aziz ibn Sayah dan Abu Ishaq al-Shaybani. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 119 H.


21. Al-Hasan ibn Hayy

Nama penuh Hayy adalah Salih ibn Salih al-Hamadani, adik kepada `Ali ibn Salih. Kedua mereka dilahirkan kembar dan berada di senarai teratas bagi orang kenamaan Shi`a. `Ali telah dilahirkan satu jam lebih awal. Tiada siapa pernah mendengar adiknya memanggil beliau dengan namanya yang pertama, sebaliknya dia selalu merujuk kepada beliau sebagai "Abu Muhammad." Ini telah dinyatakan di dalam jilid 6 dari buku Ibn Sa`d Tabaqat, di dalam bab yang mengatakan al-Hasan. Pengarang mengatakan: "Al-Hasan adalah seorang dari kenamaan, tetapi dia telah dijangkiti dengan Shi`ism. Dia telah tidak mengambil bahagian di dalam solat Jum`a, dan dia menyampaikan pada penolakkan pemerintah yang zalim." Dia juga menyebut kepada fakta bahawa manusia tidak pernah meminta Allah mensejahterakan `Uthman.

Ibn Sa`d telah menyebutnya di dalam jilid 6 pada bukunya Tabaqat, dengan mengatakan, "Dia adalah dipercayai; beliau menyampaikan banyak hadith, dan beliau adalah Shi’a." Imam Ibn Qutaybah telah memuatkan nama beliau diantara nama-nama penyampai hadith yang lainnya di dalam buku Ma`arif, menerangkan bahawa beliau adalah Shi’a. Pada penghujung bukunya, dia menuliskan al-Hasan diantara penyampai yang sedemikian. Muslim dan pengarang buku Sunan, semuanya telah bergantung pada penyampaian beliau. Rujuklah kepada hadithnya di dalam Sahih Muslim seperti yang disampaikan oleh Sammak ibn Harb, Isma`il al-Sadi, `Asim al-Ahwal, dan Harun ibn Sa`d. `Ubaydullah ibn Musa al-`Abasi, Yahya ibn Adam, Hamid ibn `Abdul-Rahman al-Rawasi, `Ali ibn al-Ja`d, Ahmed ibn Yunus dan semua mereka yang intelek, berkalibar dan terkenal telah belajar dari beliau.

Di dalam biograpfinya di dalam Al-Mizan, al-Thahbi menunjukkan bahawa Ibn Ma`in dan yang lain telah mempercayai hadith dari beliau. Dia menambah dengan berkata bahawa `Abdullah ibn Ahmed telah menyebutkan dari bapanya sabagai berkata bahawa al-Hasan lebih sahih dari Sharik. Al-Thahbi juga menyatakan bahawa Abu Hatim telah berkata: "Dia dipercayai mempunyai daya ingatan yang baik dan sahih," dan bahawa Abu Zar`ah telah berkata: "Dia mempunyai di dalam dirinya kesempurnaan, fiqh, wara’ dan zuhud," dan bahawa Nisa'i telah mempercayai beliau. Dia juga menyebut dari Abu Na`im sebagai berkata: "Saya telah menyebutkan 800 ahli tradisionists; saya tidak menjumpai seorang yang lebih baik dari al-Hasan ibn Salih," dan bahawa dia juga telah berkata: "saya telah dapati tiada siapa yang tidak bersalah selain dari al-Hasan ibn Salih." Dia menyebut `Ubaydah ibn Sulayman berkata: "Allah merasa malu untuk mencederakan al-Hasan ibn Salih." Dia menyebut Yahya ibn `Ali Bakir meminta al-Hasan ibn Salih: "Terangkan kepada kami bagaimana untuk melakukan mandi jenazah;" dia tidak dapat melakukannya kerana telah dikuasai oleh tangisan. Dia menyebut `Ubaydullah ibn Musa berkata: "Saya pernah membaca al-Quran di kehadiran `Ali ibn Salih. Setelah selesai membaca ayat `Amalkan kesabaran [Wahai Muhammad]!; Kami telah memberikan kepada mereka hanya sampai kepada waktu yang ditentukan,' adiknya jatuh dan berbunyi seperti lembu yang luka; maka Ali mengangkat beliau, menyapu dan mencuci mukanya dan memegangnya supaya tidak jatuh lagi," dan bahawa Waki` telah berkata: "Al-Hasan dan `Ali anak kepada Salih dan ibu mereka membahagikan waktu malam diantara mereka tiga bahagian: setiap mereka bergilir pada bahagian mereka dari itu dapat terus berjaga, menghabiskannya di dalam beribadah dan sanjungan. Apabila ibu mereka meninggal dunia, mereka membahagikan kepada dua. Kemudian Ali meninggal, maka al-Hasan tinggal berjaga sepanjang malam beribadah."

Abu Sulayman al-Darani telah berkata: "Saya tidak pernah melihat sesiapa yang teramat takut dari al-Hasan anak kepada Salih yang berdiri sepanjang malam membaca Bab 78 dari al-Quran dan pengsan bahkan bagun dan terus membaca hingga ke pagi." Dia dilahirkan, semoga Allah merahmatinya, pada tahun 100 H. Dan meninggal pada tahun 169.


22. Al-Hakam ibn `Utaybah al-Kufi

Ibn Qutaybah telah menunjukkan kepada fakta bahawa al-Hakam ibn `Utaybah adalah seorang Shi`a di dalam bukunya Ma`arif dan menjumlahkan beliau diantara kenamaan Shi`a. Keduanya Bukhari dan Muslim bergantung kepada penyampaian beliau. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih mereka seperti yang disampaikan oleh Abu Jahifah, Ibrahim al-Nakh`i, Mujahid, dan Sa`id ibn Jubayr. Di dalam Sahih Muslim, ianya disampaikan oleh `Abdul-Rahman ibn Abu Layla, al-Qasim ibn Mukhaymarah, Abu Salih, Tharr ibn `Abdullah, Sa`id ibn `Abdul-Rahman ibn `Abzi, Yahya al-Jazzar, Nafi` (hamba Ibn `Umer), `Ata' ibn Abu Rabah, `Imarah ibn `Umayr, `Arrak ibn Malik, al-Sha`bi, Maymun ibn Mahran, al-Hasan al-`Arni, Mus`ab ibn Sa`d dan `Ali ibn al-Husayn.

Di dalam kedua sahihs, hadith-hadith beliau telah disebutkan oleh Mansur, Misar dan Shu`bah. Terutama di dalam Sahih Bukhari, hadith-hadith beliau telah disampaikan oleh `Abdul-Malik ibn Abu Ghaniya. Di dalam Sahih Muslim, hadith-hadith beliau telah disampaikan oleh al-A`mash, `Amr ibn Qays, Zayd ibn Abu Anisa, Malik ibn al-Maghul; Aban ibn Taghlib, Hamzah al-Zayyat, Muhammad ibn Jehada, Mutraf dan Abu `Awanah. Beliau meninggal pada tahun 115 H. Pada umur 65 tahun.


23. Hammad ibn `Isa al-Jehni

Dia lemas di Juhfa. Abu `Ali telah menyebut beliau di dalam bukunya Muntahal Maqal. Al-Hasan ibn `Ali ibn Dawud meringkaskan artikal tersebut di dalam karangannya Mukhtasar, di dalam bab pada mengatakan biografi orang-orang tertentu, sekumpulan ulama Shi`a dan pengarang biografi dan kamus, telah menganggap beliau sebagai boleh dipercayai, dari pengikut-pengikut para Imam petunjuk [as]. Dia belajar dari Imam al-Sadiq [as], 70 hadith oleh Rasul [sawas], tetapi beliau tidak menyampaikan lebih dari 20 hadith. Dia telah mengarang beberapa buku yang mana diketahui oleh pengikut kepercayaan kami.

Suatu ketika beliau hadir pada Imam Abul-Hasan al-Kazim [as], dan berkata: "Semoga nyawa saya dipertaruhkan untuk kamu! Tolong doakan kepada Allah untuk merahmati saya dengan sebuah rumah, seorang isteri, seorang anak, seorang orang suruhan dan menunaikan haji setiap tahun." Hammad berkata: "Apabila dia mendoakan untuk saya mengerjakan haji 50 kali, saya telah pasti saya tidak akan hidup lebih dari itu. Saya telah mengerjakan haji tahunan sebanyak 48 kali; ini adalah rumah saya yang dengannya Allah telah merahmati saya; dihujung sana isteri saya disebalik tabir mendengar kepada saya; ini adalah anak saya, dan ini orang suruhan saya; saya telah dirahmati dengan semua ini."

Dua tahun kemudian, dan setelah mengerjakan haji 50 kali, beliau bersama Abul `Abbas al-Nawfali al-Qasir pada menunaikan haji ke 51 kali. Apabila dia sampai ketempat dimana para jamaah memakai pakaian ihram, dia masuk ke sungai Juhfa untuk mandi, tetapi arusnya telah mengatasi beliau, dan dia lemas sebelum dapat mengerjakan hajinya yang ke 51 kali. Kematiannya, semoga Allah merahmati ruhnya, berlaku pada tahun 209 Hij. Tempat lahirnya adalah Kufa, tetapi dia tinggal di Basrah. Dia hidup lebih dari 70 tahun. Kami telah jalankan kajian yang mendalam di dalam biograpfi beliau di dalam buku kami Mukhtasar al-Kalam fi Mu'allifi al-Shi`a min Sadr al-Islam [Sejarah Ringkas Terhadap Pengarang Shi`a Pada Permulaan Islam].

Al-Thahbi telah menyebutkan beliau dan meletakkan "TQ" pada nama beliau sebagai rujukan kepada mereka diantara pengarang Sunan yang telah menyebutkan hadith dari beliau [Tirmithi] dan Dar Qutni, dan telah menyebutkan kepada fakta bahawa beliau telah lemas dalam tahun 208 Hij., dan bahawa beliau telah menyampaikan hadith melalui Imam al-Sadiq (as). Pengarang telah menunjukkan rasa benci kepada beliau, dan mengatakan hadithnya sebagai ‘lemah’ dengan tidak ada sebab melainkan bahawa kepercayaannya adalah Shi`a. Aneh sungguh, Dar Qutni mengatakan hadith beliau ‘lemah’ pada suatu ketika, sedangkan diketika yang lain menggunakannya sebagai penyampai hadith di dalam buku Sunannya sendiri – beginilah caranya sebahagian dari kelakuan manusia!


24. Hamran ibn `Ayinah

Beliau adalah adik kepada Zurarah. Keduanya adalah diantara Shi’a yang amat dipercayai, penjaga shari’a, lautan pengetahuan mengenai keturunan Muhammad [as] Mereka adalah pelita di dalam kegelapan dan tungak bagi petunjuk. Mereka selalu bersama Imams al-Baqir dan al-Sadiq (as) dan menikmati status yang mulia pada mata para Imams diantara keturunan Muhammad. Al-Thahbi menyebut Hamran di dalam bukunya Al-Mizan, menandakan nama beliau dengan ‘Q’ untuk menunjukkan siapakah diantara penyusun Sunan yang bergantung kepada penyampaian beliau [i.e. Dar Qutni.] Kemudian al-Thahbi menambah: "Beliau telah menyampaikan hadith dari Abul Tufayl dan lainnya. Hamzah telah membacakan al-Quran kepada beliau, dan beliau sendiri pernah membacanya dengan tepat dan sempurna." Ibn Ma`in menganggap hadith beliau ‘boleh diabaikan’ sedangkan Abu Hatim menyambutnya sebagai penasihat [mentor]. Sebaliknya Abu Dawud melabel beliau sebagai "Rafidi."


25. Khalid ibn Mukhlid al-Qatwani

Juga dikenali sebagai Abul-Haytham al-Kufi, beliau adalah seorang dari mentor [penasihat] Bukhari, seperti mana yang terkemudian menyatakan di dalam Sahihnya. Ibn Sa`d menyebutnya pada muka surat 283, Vol. 6, di bukunya Tabaqat, sebagai berkata, "Dia adalah pengikut kuat Shi`a. Dia meninggal di Kufa di dalam pertengahan tahun 213 H. semasa pemerintahan al-Ma'mun. Dia adalah pelampau di dalam kepercayaan Shi`a dan penulis telah merakamkan fakta ini."

Abu Dawud menyebut beliau dengan berkata: "Beliau adalah benar; tetapi beliau adalah pengikut Shi`ism." Al-Jawzjani berkata yang berikut mengenai beliau: "Beliau tidak pernah berhenti menolak orang-orang tertentu, secara umum menerangkan kezaliman golongannya." Al-Thahbi menyampaikan biografi beliau di dalam bukunya Al-Mizan, menyebutkan pandangan keduanya Abu Dawud dan Jawzjani seperti yang tertulis diatas. Bahkan keduanya Bukhari dan Muslim telah bergantung kepada penyampaian di dalam beberapa bab di dalam Sahih-sahih mereka. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih Bukhari seperti yang disampaikan dari al-Mughirah ibn `Abdul-Rahman, dan di dalam Sahih Muslim oleh Muhammad ibn Ja`fer ibn Abul Kathir, Malik ibn Anas, dan Muhammad ibn Musa. Kedua Sahih menyebutkan di Al-Mizan beliau dari Sulayman ibn Bilal dan `Ali ibn Mushir. Al-Bukhari menyebut hadith beliau di dalam beberapa tempat pada Sahihnya, tanpa merujuk kepada mana-mana rantaian penyampai, menyebutkan dua hadith beliau dari Muhammad ibn `Uthman ibn Karamah. Muslim menyebutkan hadith beliau seperti yang disampaikan oleh Abu Karib, Ahmed ibn `Uthman al-`Awdi, al-Qasim ibn Zakariyyah, `Abd ibn Hamid, Ibn Abu Shaybah, dan Muhammad ibn `Abdullah ibn Namir. Pengarang bagi Sunan semuanya bergantung kepada penyampaian hadith beliau, sedang mereka sedar akan golongannya.


26. Dawud ibn Abu `Awf (Abul-Hijab)

Ibn `Adi telah menyebut beliau dengan berkata, "Saya tidak boleh bergantung kepada penyampaiannya disebabkan beliau adalah Shi’a. Kebanyakkan dari hadith yang beliau sampaikan adalah berkenaan kemuliaan Ahl al-Bayt."

Pertimbangkanlah keanehan kenyataan yang sedemikian!! Ya tidak ada apa-apa yang menimpa terhadap Dawud dari Nasibis ini, oleh kerana keduanya Sufyans menyebutkan hadith beliau, sebagai tambahan kepada `Ali ibn `Abis dan lainnya yang tergolong di dalam para elit diantara yang terkemuka. Keduanya Abu Dawud dan al-Nisa'i telah bergantung kepada penyampaian beliau, dan begitu juga Ahmed dan Yahya. Al-Nisa'i telah mengatakan yang berikut mengenai beliau: "Tidak ada apa-apa yang salah pada hadith beliau." Abu Hatim telah berkata: "Hadith beliau baik." Al-Thahbi telah menyebutkan testimoni sedemikian di dalam sahihnya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sunan Abu Dawud, di dalam al-Nisa'i's melalui Abu Hazim al-Ashja`i, `Ikrimah, dan lainnya.


27. Zubayd ibn al-Harith ibn `Abdul-Karim al-Yami al-Kufi

Juga dikenali sebagai Abu `Abdul-Rahman, beliau telah disebutkan di dalam Al-Mizan, al-Thahbi dimana pengarang telah berkata: "Beliau adalah tabi’I yang dipercayai dan condong kepada Shi’a.’ Kemudian dia menyebutkan kenyataan untuk membuktikan bahawa hadith Zubayd telah disahkan oleh al-Qattan, dan bahawa terdapat pengkritik dan penilai terkenal yang menganggap beliau sebagai bekepercayaan. Abu Ishaq al-Jawzjani telah menulis perkataan yang menghina mengenai beliau, itu memang khusus terhadap atitiutnya dan juga Nasibis yang lainnya, telah mengatakan:- "Diantara penduduk Kufa, terdapat sekumpulan yang kepercayaan mereka tidak diterima [oleh Nasibis], malah mereka adalah ahli hadith. Diantara mereka adalah: Abu Ishaq, Mansur, Zubayd al-Yami, al-A`mash dan lainnya. Manusia telah menerimanya dengan tiada sebab selain dari kebenaran mereka di dalam menyampaikan hadith, dan penyampaiannya telah mengesahkan kepada kesahihan hadith dari satu dengan yang lainnya,' sehinggalah kepada penghujung kenyataan yang mana kebenaran telah memaksa dia untuk mendedahkannya. Kerap kali kebenaran telah diperkatakan oleh mereka yang berfikiran waras sebagaimana ianya juga diperkatakan oleh mereka yang degil dan keras hati. Bencana apakah yang boleh sampai kepada tunggak pengetahuan yang mulia ini, ahli hadith dalam Islam, jika kritik yang sedemikian tidak menghargai pandangan mereka yang tinggi terhadap kerabat rasul yang suci, yang menjadi pintu keampunan, penyelamat semua makhluk dimuka bumi ini selepas Rasul [sawas] sendiri, bahtera keselamatan ummahnya?

Bencana apa yang dapat menimpa mereka dari kritik yang sedemikian yang tidak mempunyai pilihan melainkan pada meneruskan pencarian, sehinggalah sampai kemuka pintu rumah mereka, dan tanpa pilihan memohon pertolongan mereka?

Jika pemuka-pemuka kaum saya senang dengan saya Maka biarlah penjenayahnya bergeseran dan meradang

Penyampai yang begini tidak memberikan sebarang perhatian kepada al-Jawzjani atau yang lainnya seperti dia, setelah beliau dianggap berkepercayaan oleh pengarang buku-buku Sahih dan Sunan. Rujuk kepada hadith Zubayd di dalam keduanya iaitu Sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disampaikan oleh Abu Wa'il, al-Sha`bi, Ibrahim al-Nakh`i, dan Sa`d ibn `Ubaydullah. Hanya Bukhari menyebut hadith beliau melalui Mujahid. Di dalam Sahih Muslim hadith beliau telah disampaikan oleh Murrah al-Hamadani, Muharib ibn Dithar, Ammarah ibn `Umayr, dan Ibrahim al-Taymi. Hadith beliau yang disebutkan di dalam kedua Sahih seperti yang disampaikan oleh Shu`bah, al-Thawri, dan Muhammad ibn Talhah. Di dalam Sahih Muslim hadith beliau telah disampaikan oleh Zuhayr ibn Mu`awiyah, Fadil ibn Ghazwan, dan Husayn ibn al-Nakh`i. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 124 H.


28. Zayd ibn al-Habab, Abul-Hasan al-Kufi al-Tamimi

Ibn Qutaybah telah memuatkan biograpfi beliau diantara biografi mereka yang dia telah jumlahkan diantara pemuka Shi’a di dalam hasil kerjanya Al-Ma`arif. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, menerangkan beliau sebagai wara’, berkepercayaan, dan benar. Dia menunjukkan beliau telah dikatakan sebagai berkepercayaan oleh Ibn Ma`in dan Ibn al-Madini. Dia juga menyebutkan Abu Hatim dan Ahmed, menerangkan beliau sebagai benar, menambah bahawa ‘Adi telah berkata: "Beliau adalah seorang tradisionists Kufi yang dipercayai, yang mana kepercayaan kepadanyanya tidak diragukan." Muslim telah bergantung kepada penyampaiannya. Rujuk kepada Sahih Muslim yang mengandungi hadith beliau seperti yang disampaikan oleh Mu`awiyah ibn Salih, al-Dahhak ibn `Uthman, Qurrah ibn Khalid, Ibrahim ibn Nafi`, Yahya ibn Ayyub, Saif ibn Sulayman, Hasan ibn Waqid, `Ikrimah ibn `Ammar, `Abdul-`Aziz ibn Abu Salma, dan `Aflah ibn Sa`id. Hadith beliau telah disebutkan oleh Ibn Abu Shaybah, Muhammad ibn Hatim, Hasan al-Hulwani, Ahmed ibn al-Munthir, Ibn Namir, Ibn Karib, Muhammad ibn Rafi`, Zuhair ibn Harb, dan Muhammad ibn al-Faraj.


29. Salim ibn Abul Ja`d al-Ashja`i al-Kufi

Beliau adalah adik kepada `Ubayd, Ziyad, `Umran, dan Muslim, anak lelaki Abul-Ja`d.

Di dalam jilid 6 dari Al-Tabaqat, Sa`d menyebut kesemua mereka pada muka surat 2303 dan pada muka surat seterusnya. Apabila dia sampai kepada Muslim, dia berkata, "Abul-Ja`d mempunyai 6 orang anak lelaki. Dua darinya mengikuti Shi`ism. Mereka adalah Salim dan `Ubayd. Dua yang lain adalah Murji'is, sedang yang selebihnya adalah Kharijites. Bapa mereka pernah berkata: `Apa kena dengan kamu semua? Saya hairan mengapa Allah menjadikan pandangan kamu berbeza amat sangat.'" Ibn Qutaybah telah membincangkannya pada muka surat 156 dari bukunya Ma`arif di dalam bab pada memperkatakan tabi`in Shi`a dan penggantian mereka.

Sekumpulan ulama telah mengesahkan pandangan Salim ibn Abul-Ja`d kepada Shi’a. Qutaybah, pada muka surat 206 dari bukunya Ma`arif, telah memuatkannya diantara pemuka Shi`a, dan begitu juga al-Shahristani di dalam kerjanya Al-Milal wal Nihal di muka surat 27, Vol. 2, di dalam notakaki pada bab mengenai Ibn Hazm. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, mengatakan beliau sebagai tabi’I yang berkepercayaan. Dia juga mengatakan bahawa hadith beliau dari al-Nu`man ibn Bashir dan Jabir telah terjumlah di dalam kedua Sahih. Yang sebenarnya hadith beliau dari Anas ibn Malik dan Karib, telah terjumlah di dalam kedua Sahih sebagaimana ulama hadith telah sedia mengetahui. Al-Thahbi mengatakan bahawa hadith beliau dari `Abdullah ibn `Umer, dan dari Ibn `Umer, terdapat di dalam Sahih Bukhari. Yang terkemudian juga mengandungi hadith beliau dari Ma`dan ibn Abu Talha dan dari bapa yang terkemudian. Hadith beliau telah disebutkan di dalam kedua Sahih oleh al-A`mash, Qatadah, `Amr ibn Murrah, Mansur, dan Hasin ibn `Abdul-Rahman. Dia juga mengetahui hadith yang disebutkan oleh al-Nisa'i dan Abu Dawud di dalam Sunan mereka. Dia meninggal; sama ada pada tahun 87 atau 97 H. semasa pemerintahan Sulayman ibn `Abdul-Malik, atau, sebagaimana sebahagian mereka mengatakan semasa `Umer ibn `Abdul-`Aziz, dan Allah Maha Mengetahui.


30. Salim ibn Abu Hafsah al-`Ijli al-Kufi

Al-Shahristani memuatkannya di dalam buku Al-Milal wal-Nihal diantara pemuka Shi`a. Al-Fallas berkata: "Beliau adalah tradisionist yang ‘lemah’ yang melampau di dalam kepercayaan Shi`a." Ibn `Adi berkata: "Manusia mengkritik terhadap ekstremnya, tetapi saya harap tidak ada apa-apa kesalahan pada hadithnya." Muhammad ibn Bashir al-`Abdi berkata: "Saya telah melihat Salim ibn Abu Hafsah seperti orang yang dungu dengan janggut yang panjang – wahh janggutnya! Dia berkata: Saya harap saya adalah rakan Ali di dalam apa sahaja yang dipunyainya.'"

Al-Husayn ibn `Ali al-Ju`fi telah berkata: "Saya telah melihat Salim ibn Abu Hafsah seperti orang dungu dengan janggut yang panjang yang selalu akan berkata, ‘Kini saya datang, Wahai pembunuh Na’thal, pembasmi Banu Umayyah!'" `Amr ibn al-Salim ibn Abu Hafsah bertanya kepadanya : "Adakah kamu membunuh `Uthman?" Dia menjawab: "Adakah saya?!" `Amr berkata "Ya, kamu lakukan. Kamu tidak mengutuk pembunuhnya." Abu ibn al-Madini telah berkata: "Saya telah mendengar Jarir berkata, `Saya memutuskan persahabatan saya dengan Salim ibn Abu Hafsah kerana dia selalu mempertahankan Shi`as.'" Al-Thahbi mempunyai biografi beliau yang khusus, menyebutkan semua yang diatas. Pada muka surat 234 dari Vol. 6 pada Tabaqat, Ibn Sa`d menyebut beliau dan berkata: "Dia amat kuat berpegang kepada kepercayaan Shi`a. Dia memasukki Mekah semasa pemerintahan `Abbasid dan melaungkan, `Ini saya datang, ini saya datang, Wahai pembunuh Omayyads!' Suaranya agak lantang juga, sehinggakan laungannya telah didengari oleh Dawud ibn `Ali yang bertanya: `Siapakah orang itu?' Manusia memberitahunya bahawa itu adalah Salim ibn Abu Hafsah, dan mereka menjelaskan cerita dan pandangannya."

Al-Thahbi telah menjumlahkan biografi dia di dalam bukunya Al-Mizan memberi komen, "Dia adalah ketua bagi mereka yang memandang rendah kepada Abu Bakr dan `Umer." Walaupun dengan semua itu, keduanya, Sufyans menyebut hadith darinya dan begitu juga Muhammad ibn Fudayl, sedang al-Tirmithi telah bergantung kepada penyampaiannya dan Ibn Ma`in telah menganggap dia sebagai boleh dipercayai. Dia meninggal pada tahun 137 A.H.


31. Sa`d ibn Tarif al-Iskafi al-Hanzali al-Kufi

Al-Thahbi menyebut beliau, menandakan namanya dengan TQ sebagai rujukan kepada pengarang Sunan yang menyebutkan darinya (i.e. al-Tirmithi and Dar Qutni). Al-Thahbi juga menyebut al-Fallas sebagai berkata bahawa Sa`d adalah "lemah, pelampau di dalam kepercayaan Shi`a." Walaupun beliau adalah ‘ekstrimis Shi’a’ al-Tirmithi dan yang lainnya menyebut hadith darinya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih al-Tirmithi seperti yang sampaikan oleh `Ikrimah dan Abul-Wa'il. Beliau juga menyampaikan hadith seperti yang disampaikan oleh al-Asbagh ibn Nabatah, `Uman ibn Talhah dan `Umayr ibn Ma'mun. Isra'il, Haban dan Abu Mu`awiyah semuanya menyebut dari beliau.


32. Sa`id ibn Ashwa`

Beliau telah disebut di dalam buku al-Thahbi, Al-Mizan dimana pengarang telah berkata: "Sa`id ibn Ashwa` adalah kadi Kufa yang jujur dan terkenal. Al-Nisa'i berkata bahawa tidak terdapat kesalahan pada hadith beliau, dan bahawa beliau adalah sahabat al-Sha`bi. Al-Jawzjani menerangkan beliau sebagai pelampau, menyimpang dan fanatik Shi’a."

Keduanya al-Bukhari and Muslim bergantung kepada penyampaiannya di dalam Sahih mereka. Hadithnya dari al-Sha`bi telah dianggap sebagai sahih oleh pengarang kedua buku Sahih. Di dalam kedua buku Sahih Bukhari dan Muslim, hadith beliau telah sebutkan oleh Zakariyyah ibn Abu Za'idah dan Khalid al-Haththa'. Dia meninggal semasa pemerintahan Khalid ibn `Abdullah.


33. Sa`id ibn Khaytham al-Hilali

Ibrahim ibn `Abdullah ibn al-Junayd telah ditanya: "Sa`id ibn Khaytham adalah seorang Shi`a. Apa fikiran awak mengenai dia?" Dia menjawab: "Katakanlah bahawa dia adalah Shi`a, tetapi dia juga boleh dipercayai." Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan, menyebut dari Ibn Ma`in yang menyampaikan juga percakapan yang telah dicatitkan diatas. Dia juga menandakan nama beliau dengan singkatan nama keduanya al-Tirmithi dan al-Nisa'i untuk menunjukkan bahawa kedua pengarang menyebut hadith beliau di dalam Sahih mereka. Dia juga menyatakan fakta bahawa Sa`id membacakan hadith dari Yazid ibn Abu Ziyad dan Muslim al-Malla'i. Sepupunya, Ahmed ibn Rashid, juga menyampaikan hadith beliau.


34. Selamah ibn al-Fudayl al-Abrash

Beliau adalah kadi Rayy dan penyampai tradisi berkaitan kepada peperangan yang mana Rasul [sawas] mengambil bahagian, sebagaimana yang disampaikan oleh Ibn Ishaq. Kunyat (surname) beliau Abu `Abdullah. Di dalam biografinya pada Al-Mizan, Ibn Ma`in berkata: "Selamah al-Abrash al-Razi adalah berkepercayaan Shi`ism dan seorang yang hadithnya selalu disebutkan, dan tidak terdapat kesalahan pada hadithnya." Abu Zar`ah telah juga berkata di dalam Al-Mizan bahawa orang asal Rayy tidak suka kepadanya kerana pandangan agamanya. Yang sebenarnya itu adalah atitiut mereka disebabkan pandangan mereka mengenai semua pengikut keturunan Rasul [sawas]

Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, menandakan nama beliau dengan singkatan nama Abu Dawud dan al-Tirmithi dan berkata : "Dia telah diingati kerana ibadah dan doanya." Dia meninggal pada tahun 191.H. Ibn Ma`in mengesahkan fakta bahawa hadith yang berkaitan dengan ekpedisi ketenteraan Rasul sebagaimana yang disampaikan oleh Selamah adalah lebih dipercayai dari yang lainnya. Zanih telah disebutkan sebagai berkata bahawa dia telah mendengar Selamah al-Abrash berkata bahawa beliau telah mendengar hadith mengenai ekspedisi itu dari Ishaq dua kali, dan bahawa dia telah menulis hadithnya seperti yang dia telah lakukan terhadap ekspedisi tersebut.


35. Selamah ibn Kahil ibn Hasin ibn Kadih ibn Asad al-Hadrami, Abu Yahya

Sekumpulan ulama yang mengikuti majoriti Muslim, seperti Ibn Qutaybah di dalam bukunya Ma`arif, yang menyebut pada muka surat 206 mengenai kecemerlangan beliau, dan al-Shahristani di dalam bukunya Al-Milal wal-Nihal, pada muka surat 27, Vol. 2, telah menjumlahkannya diantara kenamaan Shi`a. Pengarang dari Enam Sahih semuanya telah bergantung pada penyampaiannya, dan begitu juga yang lain. Beliau telah mempelajari hadith dari orang seperti Abu Jahifah, Suwayd ibn Ghaflah, al-Sha`bi, `Ata' ibn Abu Rabah, kesemuanya disebut di dalam Bukhari dan Muslim. Di dalam Muslim, beliau menyebut hadith dari Karib, Tharr ibn `Abdullah, Bakir ibn al-Ashaj, Zayd ibn Ka`b, Sa`id ibn Jubayr, Mujahid, `Abdullah ibn `Abdul-Rahman ibn Yazid, Abu Selamah ibn `Abdul-Rahman, Mu`awiyah ibn al-Suwayd, Habib ibn `Abdullah, dan Muslim al-Batin. Al-Thawri dan Shu`bah, keduanya telah menyebutkan hadith beliau di dalam hasil kerja keduanya, sedangkan di dalam Bukhari, hadith beliau telah disebutkan oleh Isma`il ibn Abu Khalid. Di dalam Muslim, beliau disebutkan oleh Sa`id ibn Masruq, Aqil ibn Khalid, `Abdul-Malik ibn Abu Sulayman, `Ali ibn Salih, Zayd ibn `Abu Anisah, Hammad ibn Selamah, dan al-Walid ibn Harb. Selamah ibn Kahil meninggal pada `Ashura tahun 121H.


36. Sulayman ibn Sa`id al-Khuza`i al-Kufi

Beliau pernah menjadi ketua tertinggi Shi`a di Iraq, pengantara diantara mereka, penasihat dan penjaga mereka. Mereka semua telah bertemu di dalam rumah beliau apabila mereka memberikan bai’ah kepada Imam Husayn (as). Beliau adalah penyampai bagi tawwabin (yang kesal) diantara Shi`as, mereka yang bangun untuk membalas dendam diatas pembunuhan Imam Husayn (as). Mereka terdiri dari 4 000 tentera yang berkhemah di Nakhila pada awal Rabi` al-Thani, 65 H., mereka berarak menuju `Ubaydullah ibn Ziyad dan bertempur dengan tenteranya di Jazira. Mereka bertempur dengan hebatnya sehingga setiap dari mereka semua gugur. Sulayman, juga telah syahid disuatu tempat dipanggil `Ayn al-Warda setelah Hasin memanah beliau dengan anak panah yang membawa maut. Beliau berusia 93 tahun diketika itu. Kepalanya dan juga al-Musayyab ibn Najba telah dibawa sebagai trophi kepada Marwan ibn al-Hakam.

Biografi beliau telah dirakamkan di dalam Vol. 6, Bahagian satu, dari buku Ibn Sa`d', Tabaqat, dan di dalam Isti`ab oleh Ibn `Abd al-Birr. Semua mereka yang menulis cerita para keturunan warisan telah merakamkan biografi beliau dan memuji kemuliaannya, keimanan dan taqwa. Dia menikmati kedudukan yang mulia, dihormati dan dimuliakan dikalangan manusia dan perkataannya berat pada timbangan. Beliaulah orangnya yang membunuh Hawshab, musuh terkenal Amirul Mukminin, di dalam pertarungan dipeperangan Siffin. Sulayman amat tajam penglihatannya terhadap musuh Ahl al-Bayt yang telah menyimpang. Para tradisionists telah meminta pandangannya. Hadith yang beliau sampaikan mengenai Rasul [sawas] adalah yang disampaikanya secara terus atau yang disampaikan oleh Jubayr ibn Mut`im yang bergantung pada penyampaiannya, telah dirakamkan di dalam kedua Sahih Bukhari dan Muslim. Di dalam Muslim beliau telah disebutkan oleh Abu Ishaq al-Subay`i dan `Adi ibn Thabit. Sulyman telah menyampaikan hadith yang tidak dituliskan di dalam mana-mana Sahih. Ini termasuk hadith dari Amirul Mukminin, anaknya Imam al-Hasan al-Mujtaba (as), dan Abiy. Di dalam kerja-kerja selain dari Sahih ini, hadith beliau telah disampaikan oleh Yahya ibn Ya`mur, `Abdullah ibn Yasar, dan oleh yang lainnya.


37. Sulayman ibn Tarkhan al-Taymi al-Basri

Seorang hamba Qays, imam, dia seorang yang amat dipercayai pada penyampaian hadith. Ibn Qutaybah telah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi’a di dalam bukunya Al-Ma`arif. Pengarang dari enam sahih, begitu juga yang lain telah bergantung pada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam kedua Sahih melalui Anas ibn Malik, Abu Majaz, Bakr ibn `Abdullah, Qatadah, dan Abu `Uthman al-Nahdi. Di dalam Sahih Muslim, hadith beliau telah disebut melalui yang lain. Di dalam kedua Sahih hadith beliau telah disebutkan oleh anaknya Mu`tamir, dan oleh Shu`bah dan al-Thawri. Parti yang lain menyebutkan hadithnya di dalam sahih Muslim. Dia meninggal pada tahun 143 H.


38. Sulayman ibn Qarm ibn Ma`ath

Dia juga dikenali sebagai Abu Dawud al-Dabi al-Kufi. Ibn Haban menyebut beliau di dalam buku biografi Sulayman, Al-Mizan. Ibn Haban telah berkata, "Dia seorang Rafidi – begitulah ianya. "Walaupun begitu, Ahmed ibn Hanbal telah mempercayai beliau. Pada penghujung biografi Sulayman seperti yang dirakamkan di dalam Al-Mizan, Ibn `Adi berkata, "Hadith yang disampaikan oleh Sulayman ibn Qarm adalah sahih. Lebih-lebih lagi, hadith beliau lebih dipercayai dari yang disampaikan oleh Sulayman ibn Arqam."

Muslim, al-Nisa'i, al-Tirmithi, dan Abu Dawud semuanya telah menyatakan hadith beliau. Apabila al-Thahbi menyebut beliau, dia meletakkan tanda singkatan nama tradisionists pada nama beliau. Rujuk kepada Sahih Muslim dimana hadith Abul-Jawab telah disampaikan oleh Sulayman ibn Qarm dari al-A`mash, sampai kepada Rasul [sawas]. Hadith itu menyatakan bahawa Rasul [sawas] telah berkata bahawa sesaorang itu akan selalu bersama dengan mereka yang dicinta. Di dalam Sunan, hadith beliau menyabut Thabit melalui Anas berturutan, berkata bahawa Rasul [sawas] telah berkata: "Mencari ilmu adalah wajib keatas setiap Muslim." Dia menyebut al-A`mash dari `Amr ibn Murrah, dari Abdullah ibn al-Harith, dari Zuhair ibn al-Aqmar, dari `Abdullah ibn `Umer yang berkata bahawa al-Hakam ibn Abul `Yang biasa berada dengan Rasul [sawas] kemudian akan pergi menyampaikan hadith baginda [setelah diputar belitkan] kepada Quraysh; dari itu Rasul [sawas] telah mencela kelakuan dia dan kesemua keturunannya sekali, sehingga kehari pengadilan.


39. Sulayman ibn Mahran al-Kahili al-Kufi al-Asla`

Beliau adalah seorang dari kenamaan Shi`a dan tradisionis yang amat dipercayai. Ramai genius diantara ulama Sunni, seperti Ibn Qutaybah di dalam bukunya Ma`arif dan al-Shahristani di dalam bukunya Al-Milal wal-Nihal, dan begitu juga yang lain, semuanya telah memuatkan beliau diantara pemuka Shi`a.

Di dalam biografi Zubayd, al-Jawzjani berkata yang berikut di dalam bukunya Al-Mizan: "Diantara manusia di Kufa, terdapat beberapa orang yang golongannya tidak diterima, sebaliknya mereka adalah pakar di dalam hadith diantara ahli-ahli hadith di Kufa. Diantara mereka adalah: Abu Ishaq, Mansur, Zubayd al-Yami, al-A`mash, dan yang terkemuka lainnya. Manusia hanya menerima mereka kerana mereka itu jujur pada menyampaikan hadith," sehingga penghujung kenyataannya yang dengan nyata telah menunjukkan kejahilan dan perjudisnya mereka. Keburukan apa yang boleh menimpa pemuka tersebut jika Nasibis tidak menghargai tanggong jawab mereka pada menyampaikan perintah Tuhan dan mencari keridhaanNya dengan terus mentaati kepada kerabat Rasul [sawas]? Yang sebenarnya Nasibis ini menerima orang-orang tersebut bukan kerana mereka adalah jujur pada menyampaikan hadith tetapi kerana mereka diperlukan. Jika mereka telah menolak hadith orang-orang ini, kebanyakkan dari hadith-hadith Rasul akan hilang, sebagaimana al-Thahbi sendiri mengakuinya di dalam buku Al-Mizan ketika membincangkan biografi Aban ibn Taghlib. Saya fikir ini adalah kenyataan al-Mughirah: "Abu Ishaq dan A`mash kamu telah membawa Kufa kepada kehancuran" ini telah di katakan, disebabkan oleh kepercayaan orang ini mengenai Shi`a. Selain dari itu keduanya, Abu Ishaq dan al-A`mash adalah lautan ilmu pengetahuan dan penjaga warisan Rasul.

Al-A`mash telah meninggalkan kepada kita banyak insiden yang menarik yang mana telah membayangkan kebesarannya. Satu darinya, sebagai contoh, telah dimuatkan oleh Ibn Khallikan di dalam biografi al-A`mash di dalam Wafiyyat al-A`yan dimana pengarang telah mengatakan:

"Hisham ibn `Abdul-Malik suatu ketika menulis kepada al-A`mash mengatakan: `Tuliskan untuk ku kemuliaan `Uthman dan dosa-dosa `Ali.' Al-A`mash mengambil surat itu dan membalingkan ke dalam mulut unta betinanya. Kemudian dia berpaling kepada si utusan dan berkata: ‘Itulah jawapan saya.' Si utusan bagaimana pun meminta al-A`mash menuliskan jawapan dengan berkata bahawa tuannya telah bersumpah untuk membunuhnya jika dia pulang dengan tidak membawa jawapan. Dia merayu kepada adik al-A`mash supaya menekankan kepadanya untuk menuliskan sesuatu. Akhirnya beliau menulis: `Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih `Uthman mempunyai segala kemuliaan bagi manusia didunia ini, ianya tidak dapat memberikan kamu apa-apa faedah, dan `Ali mempunyai di dalam dirinya segala dosa manusia di dunia ini, ianya tidak dapat mencederakan kamu sedikit pun, dari itu, khuatirlah mengenai jiwa kamu sendiri, dan keamanan bagi kamu.'"

Satu lagi kisah yang disampaikan oleh Ibn `Abd al-Birr di dalam bab pada kenyataan para ulama menilai kerja masing-masing di dalam bukunya Jami` Bayanul `Ilm wa Fada'ilih.[5] Pengarang menyebut dari `Ali ibn Khashram yang berkata, "Saya mendengar Abul-Fadl ibn Musa berkata, `Saya memasuki rumah al-A`mash bersama Abu Hanifah untuk menziarahnya ketika beliau sakit. Abu Hanifah berkata: `Wahai Abu Muhammad! Jika tidaklah kerana saya takuti kedatangan saya ini menjadi gangguan kepada kamu, saya pasti akan datang menziarah kepada kamu dengan lebih kerap lagi'. Al-A`mash menjawab, `Kamu adalah penggacau bagi saya walaupun jika kamu berada dirumah kamu sendiri; dari itu bayangkanlah bagaimana perasaan saya apabila saya terpaksa melihat kepada rupa kamu.'" Abul-Fadl berkata seterusnya, setelah meninggalkan rumah al-A`mash, Abu Hanifah berkata, `Al-A`mash tidak pernah memerhatikan puasanya di bulan Ramadan.' Ibn al-Khashram kemudian bertanya kepada al-Fadl apakah yang dimaksudkan oleh Abu Hanifah. Al-Fadl menjawab, `Al-A`mash umumnya akan memerhatikan suhur semasa bulan Ramadan menurut pada hadith Rasul seperti yang disampaikan oleh Huthayfah al-Yemani.'" Yang sebenarnya, beliau memerhatikan kepada ayat al-Quran: "Dari itu, makan dan minumlah sehingga kamu dapat membezakan antara benang putih dan benang hitam, dari awal pagi, dan sempurnakanlah puasa kamu sehingga malam tiba."

Pengarang dari Al-Wajiza dan Bihar Al-Anwar keduanya telah menyebut dari Hasan ibn Sa`id al-Nakh`i yang menyebut dari Sharik ibn `Abdullah, seorang kadi, berkata, "Saya menziarahi al-A`mash ketika beliau sakit yang membawa kepada kematiannya. Ketika saya berada disana, Ibn Shabramah, Ibn Layla dan Abu Hanifah masuk dan bertanya mengenai kesihatan beliau. Dia memberitahu mereka bahawa dia sedang menderita kesakitan, bahawa dia takut kepada Allah diatas segala dosanya dan hampir sahaja dia akan menangis. Abu Hanifah kemudian berkata kepada beliau: `Wahai Abu Muhammad! Takutlah akan Allah! Lihatlah sekarang kepada diri kamu. Kamu pernah menyampaikan hadith yang tertentu mengenai `Ali yang mana, jika kamu menolaknya, adalah lebih baik untuk kamu.' Al-A`mash menjawab: `Berani kamu kata begitu kepada orang seperti saya?' Bahkan beliau terus mencela dia, dan tidak ada perlunya disini untuk pergi kearah itu. Beliau adalah, semoga Allah merahmati jiwanya, seperti al-Thahbi terangkan di dalam bukunya Al-Mizan, Imam yang dipercayai. Beliau adalah tepat seperti apa Ibn Khallikan telah terangkan ketika membincangkan biografi beliau di dalam bukunya Wafiyyat al-A`yan, seorang yang jujur dan ulama yang mulia. Semua para ulama telah akui jujurnya beliau, saksama dan taqwa. Pengarang dari buku enam Sahih, begitu juga dengan yang lainnya, semuanya telah bergantung kepada penyampaiannya. Rujuk kepada hadithnya di dalam buku Sahih Bukhari dan Muslim dari Zayd ibn Wahab, Sa`id ibn Jubayr, Muslim al-Batin, al-Sha`bi, Mujahid, Abu Wa'il, Ibrahim al-Nakh`i dan Abu Salih Thakwan. Beliau telah menyampaikan di dalam kerja-kerja ini oleh Shu`bah, al-Thawri, Ibn `Ainah, Abu Mua`awiyah Muhammad, Abu `Awanah, Jarir, dan Hafs ibn Ghiyath. Al-A`mash telah dilahirkan pada tahun 61 H. dan meninggal dalam tahun 148 H., semoga Allah merahmati beliau.


40. Sharik ibn `Abdullah ibn Sinan al-Nakh`i al-Kufi, seorang kadi

Imam Abu Qutaybah, di dalam bukunya Ma`arif, tidak ragu-ragu mengatakan bahawa beliau diantara orang kenamaan Shi`a. Pada penghujung biografi Sharik seperti dirakamkan di dalam Al-Mizan, `Abdullah ibn Idris bersumpah bahawa Sharik adalah seorang Shi`a. Abu Dawud al-Rahawi telah disebutkan di dalam Al-Mizan, juga telah mendengar Sharik berkata, "`Ali adalah kejadian yang terbaik; sesiapa yang menafikan fakta ini adalah kafir."[6] Apa yang beliau maksudkan sudah pastinya bahawa `Ali adalah manusia yang terbaik selepas Rasul [sawas] seperti mana semua Shi’a percaya Atas sebab ini, al-Jawzjani, telah disebutkan di dalam Al-Mizan, pada mengatakan beliau sebagai ‘berat sebelah’ bererti condong kepada kepercayaan Ahl al-Bayt dan lebih mengutamakannya dari golongan Jawzjani. Al-Mizan juga menyebut hadith Sharik mengenai Amirul Mukminin. Dia menyebut Abu Rabi`ah dari Ibn Buraydah dari bapanya sehinggalah kepada Rasul [sawas] yang berkata: "Untuk setiap Rasul terdapat wazir dan pewaris. "

Beliau amat bergiat pada mengembangkan pengetahuan mengenai kemuliaan Amirul Mukminin, dan menekan Omayyads untuk mengakuinya dan menyebarkan kemuliaannya [as]. Didalam hasil kerja beliau Durrat al-Ghawwas, al-Hariri, seperti di dalam biografi Sharik di dalam buku Ibn Khallikan Wafiyyat al-A`yan, telah berkata, "Sharik mempunyai seorang kawan Omayyad. Satu hari, Sharik menyebutkan sifat-sifat kecemerlangan ‘Ali ibn Abu Talib (as). Kawannya yang Omayyad berkata bahawa `Ali adalah orang baik.' Ini telah menimbulkan kemarahan Sharik yang berkata, `Adakah itu sahaja yang kamu dapat ucapkan mengenai ‘Ali, bahawa dia seorang yang baik, dan tak ada apa-apa lagi?'"[7]

Pada penghujung biografi Sharik seperti yang tersebut di dalam Al-Mizan, Ibn Abu Shaybah telah menyebut dari ‘Ali ibn Hakim ibn Qadim yang menyatakan bahawa `Ali telah berkata bahawa aduan telah dibawa seorang kepada perhatian Sharik. Orang itu berkata: "Manusia mengatakan bahawa fikiran kamu meragukan." Sharik menjawab: "Kamu jahil! Bagaimana saya boleh merasa ragu?! Saya harap saya ada bersama dengan ‘Ali untuk menjadikan pedang saya menitiskan darah musuhnya."

Sesiapa yang mempelajari cara hidup Sharik akan menjadi yakin bahawa beliau adalah pengikut yang taat pada jalan Ahl al-Bayt (as). Beliau menyampaikan banyak tradisi yang disampaikan oleh kebanyakkan ulama Ahl al-Bayt. Anak lelakinya `Abdul-Rahman telah berkata, "Bapa saya telah mempelajari banyak dari Ja`fer al-Ju`fi, sebagai tambahan kepada 10 000 tradisi yang unik." `Abdullah ibn al-Mubarak telah disebutkan di dalam Al-Mizan sebagai berkata, "Sharik lebih berpengetahuan mengenai hadith orang Kufa dari Sufyan. Beliau adalah musuh ketat kepada musuh-musuh `Ali, dan orang yang mengatakan perkara buruk mengenainya [as]." `Abdul-Salam ibn Harb berkata mengenai beliau: "Mengapa kamu tidak menziarah adik kamu yang sakit?" Dia bertanya: "dan siapakah dia?" Orang itu menjawab: "Malik ibn Maghul." Sharik, sebagaimana tersebut di dalam biografi di dalam Al-Mizan, kemudian berkata: "Sesiapa yang berkata buruk mengenai ‘Ali dan Ammar sudah pasti bukan saudara kepada saya."

Satu ketika nama Mu`awiyah telah disebut dihadapan beliau dan telah dikatakan sebagai ‘berbudi’, seperti yang dirakamkan di dalam biografinya di dalam Al-Mizan begitu juga di dalan buku Ibn Khallikan, Wafiyyat al-A`yan, beliau berkata: "sesiapa yang mengenepikan kesaksamaan dan menentang `Ali tidaklah sekali-kali yang berbudi." Beliau menyampaikan satu hadith dari Asim, Tharr, `Abdullah ibn Mas`ud berturutan yang menunjukkan bahawa Rasul [sawas] telah berkata: "Jika kamu melihat Muawiyah diatas mimbar ku, bunuhlah dia." Ini telah disebutkan oleh al-Tabari, dan al-Tabari pula menyebutnya dari al-Thahbi ketika dia membincangkan biografi Abbad ibn Ya`qub.

Di dalam buku Ibn Khallikan, Wafiyyat termasuk biografi Sharik dimana pengarangnya menyebutkan dialog diantara Sharik dan Mis`ab ibn `Abdullah al-Zubairi, di kehadiran pemerintah `Abbasid al-Mahdi. Mis`ab bertanya kepada Sharik: "Adakah kamu benar-benar memperkecilkan Abu Bakr dan `Umer?" sehinggalah kepada penamat dari insiden itu.

Walaupun terdapat semua itu, al-Thahbi telah menerangkan bahawa beliau sebagai ‘orang dipercayai’ Dia juga menyebutkan dari Ma`in sebagai berkata bahawa Sharik adalah "jujur dan dipercayai." Pada penghujung biografi nya, pengarang mengatakan: "Sharik mempunyai pengetahuan yang tinggi. Ishaq al-Azraq belajar dari beliau 9 000 hadith." Dia juga menyebut dari Tawbah al-Halabi sebagai berkata, "Kami berada di Ramla suatu ketika, dan setiap orang tertanya-tanya siapakah dia orang bagi ummah. Sebahagian manusia mengatakan ianya adalah Lahi`ah, sedang yang lain mengatakan ianya adalah Malik. Kami tanya `Isa ibn Yunus untuk menyatakan pandangan dia. Dia kata: `Orang untuk ummah adalah Sharik,' yang pada ketika itu masih hidup lagi."

Muslim dan pengarang empat buku Sunan semuanya telah bergantung pada penyampaian Sharik. Rujuk kepada hadith beliau seperti yang disebut dan disampaikan oleh Ziyad ibn Alaqah, `Ammar al-Thihni, Hisham ibn `Urwah, Ya`li ibn `Ata', `Abdul-Malik ibn `Umayr, `Ammarah ibn al-Qa`qa` dan `Abdullah ibn Shabramah. Mereka yang menyampaikan ini telah mengatakan dari Ibn Shaybah, `Ali ibn Hakim, Yunus ibn Muhammad, al-Fadl ibn Musa, Muhammad ibn al-Sabah, dan `Ali ibn Hajar. Dia telah dilahirkan sama ada di Khurasan atau Bukhara dalam tahun 95.H., dan dia meninggal di Kufa pada awal sabtu dalam bulan Thul-Qi`dah, 177 atau 178.


41. Shu`bah ibn al-Hajjaj Abul-Ward al-`Atki al-Wasiti (Abu Bastam)

Telah dilahirkan dan tinggal di Basra, Abu Bastam adalah orang pertama di Iraq yang bertanyakan mengenai ahli-ahli tradisionis, dan beliau telah dipuji kerana memberikan pertolongan kepada yang lemah dan diabaikan. Dia dianggap diantara kenamaan Shi’a oleh ramai intelek sunni seperti Qutaybah di dalam bukunya Al-Ma`arif, dan al-Shahristani di dalam bukunya Al-Milal wal-Nihal. Pengarang enam buku sahih telah bergantung kepada penyampaian beliau. Hadith beliau terdapat di dalam buku sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disampaikan oleh Abu Ishaq al-Subai`i, Isma`il ibn Abu Khalid, Mansur, al-A`mash dan yang lainnya. Di dalam buku keduanya Bukhari dan Muslim, hadith beliau telah dibacakan oleh Muhammad ibn Ja`fer, Yahya ibn Sa`id al-Qattan, `Uthman ibn Jabalah dan yang lainnya. Beliau dilahirkan pada tahun 83 dan meninggal pada tahun 160 H., semoga Allah merahmatinya.


42. Sa`sa`ah ibn Sawhan ibn Hajar ibn al-Harith al-`Abdi

Imam Ibn Qutaybah menerangkan beliau pada muka surat 206 di dalam bukunya Ma`arif sebagai seorang pemuka Shi’a yang terkenal. Ibn Sa`d mengatakan pada muka surat 154, Vol. 6, dari bukunya Tabaqat: "[Sa`sa`ah] amat terkenal di seluruh Kufa sebagai pemidato dan sahabat `Ali yang bersama beliau telah disaksikan pada peperangan Unta; bersama dengan saudaranya Zayd dan Sihan anak lelaki Sawhan. Sihan telah dikenali sebagai pemidato sebelum Sa`sa`ah, dan dia adalah pembawa panji-panji semasa peperangan unta.[8] Setelah terbunuh, Sihan telah digantikan oleh Sa`sa`ah. Sa`sa`ah telah menyampaikan hadith dari Imam `Ali (as), dan juga dari ‘Abdullah ibn `Abbas. Beliau seorang tradisionis yang dipercayai walaupun hadith yang disampaikan tidak banyak." Ibn `Abd al-Birr menyebutkan beliau di dalam bukunya Isti`ab dengan berkata: "Dia menerima Islam semasa hidupnya Rasul Muhammad (sawas) walaupun beliau tidak pernah berjumpa baginda, disebabkan beliau masih kanak-kanak ketika itu."

Beliau adalah ketua bagi puaknya, keturunan `Abd al-Qays. Beliau adalah pemidato yang fasih, manusia bijak yang dapat menguasai bahasa. Beliau adalah seorang yang wara’, mulia dan bijaksana. Beliau terjumlah di dalam para sahabat `Ali [as]. Yahya ibn Ma`in telah disebutkan sebagai berkata bahawa Sa`sa`ah, Zayd dan Sihan anak lelaki Sawhan semuanya adalah pemidato, dan bahawa Zayd dan Sihan telah terbunuh semasa peperangan unta. Dia juga menyebutkan masaalah kritikal yang khalifa `Umer tidak dapat selesaikan, maka khalifa telah menyampaikan syarahannya, yang mana dia bertanya kepada manusia untuk memberikan pendapat. Sa`sa`ah, ketika itu seorang remaja, berdiri dan memperjelaskan keseluruhan kerumitannya dan kemudian memberikan pendapat yang mana kemudiannya telah diterima sebulat suara. Ini tidak seharusnya memeranjatkan pembaca kerana keturunan Sawhan adalah diantara pemuka utama kaum Arab, tunggak penghormatan dan kemuliaan. Ibn Qutaybah menyebutkan mereka pada muka surat 138 pada Bab Pemuka-pemuka yang Terkenal dan Orang-orang yang Berpengaruh, di dalam bukunya Ma`arif. Pengarang berkata: "Keturunan Sawhan adalah Zayd ibn Sawhan, Sa`sa`ah ibn Sawhan, Sihan ibn Sawhan, dari Banu `Abd al-Qays." Dia menambah: "Zayd adalah diantara orang yang terbaik. Dia menyampaikan ini dengan berkata bahawa Rasul [sawas] telah berkata: `Sebenarnya Zayd adalah seorang yang baik, dan Jandab – betapa baiknya mereka ini!' Manusia bertanya: `Mengapa baginda menyebutkan mereka ini sahaja?' Rasul menjawab: `Tangan seorang dari mereka akan mendahului badannya memasuki syurga 30 tahun lebih awal, sedang yang seorang lagi akan mengenakan tamparan yang hebat supaya yang benar dapat dibezakan dari yang salah.' Yang pertama telah berlaku, ketika dia mengambil bahagian di dalam peperangan Jalawla’ dimana tangannya telah terpotong. Beliau juga mengambil bahagian di dalam peperangan unta dipihak `Ali (as). Dia berkata kepada Imam: `Wahai Amirul Mukminin! Ianya kelihatan seperti saya akan menemui takdir saya.' Imam (as) bertanya kepada beliau, `Bagaimana kamu mengetahui itu, wahai bapa Sulayman?' Dia menjawab: `Saya telah melihat pada penglihatan saya bahawa tangan saya menjangkau dari syurga untuk membawa saya dari dunia ini.' Dia telah dibunuh oleh `Amr ibn Yathribi, sedangkan saudaranya Sihan telah terbunuh di dalam peperangan unta."

Ianya bukanlah suatu rahsia bahawa ramalan Rasul mengenai tangan Zayd mendahului keseluruh badannya pada memasukki syurga, bahkan ianya telah dianggap oleh semua Muslim sebagai pengeshan terhadap kerasulannya, satu tanda kebenaran bagi agama Islam dan pengenalan kepada manusia yang benar. Semua penulis biografi Zayd telah menyebutnmya.. Rujuklah kepada biografinya di dalam Al-Isti`ab, Al-Isabah, dan yang lainnya. Tradisionis telah merakamkan yang diatas, setiap mereka dengan perkataan mereka tersendiri, dengan tambahan bahawa walaupun beliau seorang Shi’a beliau telah dijanjikan dengan syurga; maka segala pujian bagi Tuhan sekelian alam.

Al-`Asqalani menyebut Sa`sa`ah ibn Sawhan di dalam Bahagian 3 dari bukunya Isaba, dengan berkata: "Beliau menyampaikan tradisi mengenai `Uthman dan `Ali (as). Beliau telah mengambil bahagian di dalam peperangan Siffin dipihak ‘Ali's. Beliau seorang pemidato yang fasih yang berdepan dengan Mu`awiyah." Al-Sha`bi telah berkata: "Saya pernah belajar cara-cara untuk menyampaikan syarahan dari beliau."[9] Abu Ishaq al-Subai`i, al-Minhal ibn `Amr ibn Baridah, dan lainnya telah menyampaikan hadith dari beliau. Al-`Ala'i, menyebutkan pertentangan Ziyad, dengan berkata bahawa al-Mughirah mengusir Sa`sa`ah, menurut dari perintah yang diterima dari Mu`awiyah, dari Kufa ke Jazirah, atau ke Bahrain (sebahagian ahli sejarah mengatakan ke pulau Ibn Fakkan), dimana beliau telah meninggal di dalam buangan sama seperti Abu Tharr al-Ghifari yang telah meninggal sebelum beliau di Gurun Rabatha (selatan Iraq). Al-Thahbi menyebut Sa`sa`ah dan menerangkan beliau sebagai "tradisionis yang terkenal lagi dipercayai," menyatakan testimoni terhadap kejujurannya dari Ibn Sa`d and Nisa'i, dan memberi tanda nama beliau untuk menunjukkan bahawa al-Nisa'i bergantung kepada penyampaiannya. Sesiapa yang tidak bergantung kepada penyampaiannya, yang sebenarnya tidak menganiaya sesiapa melainkan terhadap dirinya sendiri, seperti mana al-Quran telah mengatakan: ‘Kami tidak menganiaya sesiapa; mereka telah menganiaya diri mereka sendiri."


43. Tawus ibn Kisan al-Khawlani al-Hamadani al-Yamani

Beliau adalah bapa `Abdul-Rahman. Ibunya seorang Farsi, dan bapanya adalah Ibn Qasit, seorang hamba Namri bagi Bajir ibn Raysan al-Himyari. Intelek Sunni menganggap beliau seorang Shi’a tanpa sebarang soalan. Diantara pemuka-pemuka Shi’a, al-Shahristani menyebut beliau di dalam bukunya Al-Milal wal-Nihal, dan Ibn Qutaybah di dalam bukunya Al-Ma`arif. Pengarang dari enam buku sahih, begitu juga yang lain, semuanya telah bergantung pada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam kedua sahih dimana beliau menyebutkan dari Ibn `Abbas, Ibn `Umer dan Abu Hurayrah, dan di dalam sahih Muslim dimana beliau menyebut dari `Ayesha, Zayd ibn Thabit, dan `Abdullah ibn `Umer. Hadith beliau telah dirakamkan di dalam sahih Bukhari sahaja yang disampaikan oleh al-Zuhri, dan di dalam Muslim oleh ramai tradisionis yang terkenal. Beliau meninggal di Makah semasa hendak menunaikan fardhu haji, satu hari sebelum hari Tarwiya (i.e.pada 7th Thul-Hijjah), dalam tahun sama ada 104 atau 106 H. Perkebumiannya mendapat perhatian umum. Keranda beliau telah dipikul oleh `Abdullah anak lelaki al-Hasan anak lelaki Amirul Mukminin (as). Dia sedang berebut-rebut dengan yang lain untuk memikulnya, sehinggakan tutup kepalanya jatuh, dan pakaiannya koyak dibahagian belakang oleh kesesakkan, seperti yang disampaikan oleh Ibn Khallikan di dalam buku biografinya bagi Tawus di dalam Wafiyyat al-A`yan.


44. Zalim ibn `Amr ibn Sufyan, Abul-Aswad al-Du'ali

Beliau seorang Shi’a dan taat mematuhinya semasa wilayat Imams `Ali, al-Hasan dan al-Husayn, begitu juga dengan yang lainnya dari ahli Ahlul al-Bayt, keamanan kepada mereka semua, adalah lebih jelas dari sinaran matahari itu sendiri dan tidak memerlukan kepada pembuktian.[10] Kami telah memperkatakannya dengan mendalam di dalam hasil kerja kami Mukhtasar al-Kalam fi Muallifi al-Shi`a min Sadr al-Islam. Beliau adalah seorang Shi’a tiada siapa yang mempertikaikannya. Walaupun terdapat ini semua, pengarang enam buku sahih kesemuanya bergantung kepada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith beliau mengenai `Umer ibn al-Khattab di dalam sahih Bukhari. Di dalam Muslim hadith beliau telah disampaikan oleh Abu Musa dan `Umran ibn Hasin. Di dalam kedua buku sahih, hadith beliau telah disampaikan oleh Yahya ibn Ya`mur. Di dalam Bukhari, `Abdullah ibn Buraydah telah menyebutkan beliau, dan di dalam Muslim, hadith beliau telah disampaikan oleh anak lelakinya Abu Harb. Dia meninggal, semoga Allah merahmatinya, ketika berumur 85 tahun di Basrah pada tahun 99 H. oleh wabak yang menyerang kota tersebut. Beliaulah yang meletakkan asas pada nahu arab menurut tata cara yang dipelajarinya dari Amirul Mukminin [as] sebagaimana kami telah terangkan di dalam buku kami Al-Mukhtasar.


45. `Amr ibn Wa’ilah ibn `Abdullah ibn `Umer al-Laithi al-Makki

Juga dikenali sebagai Abul-Tufayl, beliau telah dilahirkan pada tahun yang sama berlakunya peperangan Uhud i.e. 3.H. Beliau selama lapan tahun berada semasa dengan Rasul [sawas]. Ibn Qutaybah telah memuatkan beliau diantara yang dipanggilnya ‘pelampau Rafidis," mengatakan bahawa beliau adalah pembawa panji-panji al-Mukhtar dan para sahabat yang terakhir mati. Ibn `Abd al-Birr telah menyebut beliau di dalam Bab kunayat di dalam bukunya Isti`ab dengan berkata, "Beliau tinggal di Kufa dan beliau bersama `Ali (as) di dalam semua peperangan. Apabila `Ali (as) telah dibunuh, beliau pergi ke Makah." Dia mengakhirnya dengan berkata, "Beliau seorang terhormat dan bijak, pantas pada memberikan jawapan yang betul, fasih. Beliau juga adalah seorang dari Shi’a `Ali [as]" Dia juga menunjukkan bahawa ‘Suatu ketika Abul-Tufayl menemui Mu`awiyah dan dia bertanya kepada beliau: `Untuk berapa lama kamu berkabung diatas kematian sahabat kamu Bapa al-Hasan (as)?' Beliau menjawab: `Saya bersedih sebanyak mana ibu Musa bersedih ketika berpisah dengan anaknya, dan saya mengadu kepada Allah diatas kekurangan saya.' Mu`awiyah bertanya kepada beliau: `Adakah kamu diantara mereka yang mengenakan kepongan dirumah `Uthman?' Dia menjawab: `Tidak; tetapi saya ada menziarahi dia.' Kemudian Mu`awiyah bertanya lagi: `Apa yang menghalang kamu dari menyelamatkan dia?' Dia membidas: `Bagaimana pula dengan kamu? Apa yang mengahalang kamu dari melakukan itu apabila kamatian telah pasti akan berlaku kepda dia, sedang kamu berada di Syria, seorang ketua diantara orang-orang suruhannya?!' Mu`awiyah menjawab: `Tidakkah kamu lihat bahawa membalas dendam adalah petunjuk terhadap sokongan saya?' `Amir kemudian memberitahu Mu`awiyah bahawa dia bertindak sama seperti apa yang dikatakan di dalam syair yang digubah oleh saudara Ju`f, seorang penyair dimana dia berkata: `Kamu menanggisi kematian ku, bahkan ketika aku hidup, kamu tidak langsung menghilangkan kelaparan yang aku tanggong.'"

Al-Zuhri, Abul-Zubair, al-Jariri, Ibn Abul-Hasin, `Abdul-Malik ibn Abjar, Qatadah, Ma`ruf, al-Walid ibn Jami`, Mansur ibn Hayyan, al-Qasim ibn Abu Bardah, `Amr ibn Dinar, `Ikremah ibn Khalid, Kulthum ibn Habib, Furat al-Qazzaz, dan `Abdul-Aziz ibn Rafi` telah menyampaikan hadith beliau seperti mana terdapat di dalam buku sahih Muslim dan Bukhari. Kerja-kerja Bukhari mengandungi tradisi Rasul [sawas] mengenai haji yang disampaikan oleh Abul-Tufayl. Beliau menerangkan kerekteristik Rasul, dan beliau menyampaikan mengenai ibadah dan tanda-tanda kerasulan dari Ma`ath ibn Jabal, dan beliau menyampaikan mengenai ketentuan dari `Abdullah ibn Mas`ud. Beliau sampaikan dari `Ali (as), Huthayfah ibn al-Yemani, `Abdullah ibn `Abbas dan `Umer ibn al-Khattab, seperti mana yang telah diketahui oleh semua penyelidik hadith Muslim selain daripada pengarang Musnad. Abul-Tufayl, semoga Allah merahmati ruhnya, telah meninggal di Makah pada tahun 100 H. (sebahagian mengatakan pada tahun 102, sedang yang lain mengatakan 120), dan Allah lebih mengetahui.


46. `Abbad ibn Ya`qub al-Asadi al-Ruwajni al-Kufi

Beliau telah disebutkan oleh Dar Qutni yang mengatakan, "`Abbad ibn Ya`qub adalah Shi’a yang jujur" Ibn Hayyan menyebut beliau dan berkata, "`Abbad ibn Ya`qub pernah mempelawa manusia kepada Rafidism." Ibn Khuzaymah berkata, "`Abbad ibn Ya`qub adalah seorang yang mana tradisinya tidak diragukan, walaupun pegangan kepercayaannya dipersoalkan, etc." `Abbad menyampaikan dari al-Fadl ibn al-Qasim, Sufyan al-Thawri, Zubayd, Murrah, bahawa Ibn Mas`ud pernah menterjemahkan ayat "Allah telah menyelamatkan yang beriman dari berperang" (Qur'an, 25:33) untuk menunjukkan bahawa mereka telah diselamatkan dari memerangi `Ali. Dia menyebut dari Sharik, `Asim, Tharr, dari `Abdullah yang telah mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata: "Apabila kamu melihat Mu`awiyah diatas mimbar ku, bunuhlah dia." Hadith ini telah dirakamkan oleh Tabari dan lainnya. `Abbad berkata bahawa sesiapa yang tidak menyebutkan di dalam doa harian mereka bahawa dia melepaskan diri dari musuh keturunan Rasul [as] akan dibangkitkan di dalam golongan mereka. Dia juga mengatakan, "Allah awj adalah terlalu adil untuk membenarkan Talhah dan al-Zubayr memasuki syurga, mereka telah memerangi ‘Ali setelah memberikan sumpah setia mereka kepadanya." Salih al-Jazrah telah berkata: "`Abbad ibn Ya`qub pernah menolak `Uthman." `Abbad al-Ahwazi menyebutkan dari penyampai yang dipercayainya berkata bahawa `Abbad ibn Ya`qub pernah menolak keturunan ‘mereka’. Walaupun terdapt semua ini, para Imams Sunni seperti al-Bukhari, al-Tirmithi, Ibn Majah, Ibn Khuzaymah, dan Ibn Abu Dawud bergantung kepada penyampaiannya, penasihat mereka, kepada beliau mereka telah memberikan sepenuh kepercayaan.

Walaupun dengan perjudis dan penolakkannya, Abu Hatim telah menyebutkan beliau dan berkata bahawa beliau adalah shaykh yang dipercayai. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan dan berkata, "Beliau adalah seorang pelampau Shi’a, ketua pembuat bid’ah; tetapi jujur apabila menyampaikan hadith." Dia terus menyebutkan seperti yang telah diperkatakan diatas mengenai pandangan `Abbad. Al-Bukhari menyebut dari beliau secara terus ketika membincangkan tawhid di dalam sahihnya. Dia meninggal, semoga Allah mencucuri rahmat keatasnya, di dalam bulan Shawwal 150 H. Al-Qasim ibn Zakariyyah al-Mutarraz dengan sengaja telah salah sampaikan kenyataan `Abbad mengenai menggali laut dan aliran airnya, dan kami berlindung dengan Allah dari berkata dusta mengenai mereka yang beriman; sesungguhnya Dialah yang menggagalkan rencana mereka.


47. `Abdullah ibn Dawud

Beliau adalah bapa kepada `Abdul-Rahman al-Hamadani al-Kufi. Beliau tinggal di Al-Harbiyya, di pinggir Basrah. Qutaybah telah menjumlahkan beliau diantara personaliti Shi’a yang terkemua di dalam bukunya Al-Ma`arif, dan al-Bukhari telah bergantung kepada penyampaiannya di dalam buku sahihnya. Rujuk kepada hadith beliau dari al-A`mash, Hisham ibn `Urwah dan Ibn Jurayh. Hadith beliau telah disampaikan di dalam sahih Bukhari oleh Musaddid, `Amr ibn `Ali, dan, disebahagian tempat oleh Nasr ibn `Ali. Dia meninggal pada tahun 212.


48. `Abdullah ibn Shaddad ibn al-Had

Nama penuh Al-Had adalah Usamah ibn `Abdullah ibn Jabir ibn al-Bashir ibn `Atwarah ibn `Amir ibn Malik ibn Laith al-Laithi al-Kufi Abul-Walid, seorang sahabat Amirul Mukminin (as). Ibu beliau adalah Salma anak perempuan `Amis al-Khayth`ami, adik kepada Asma'. Dia adalah sepupu dari pihak ibu kepada `Abdullah ibn Ja`fer dan Muhammad ibn Abu Ja`fer, dan abang kepada `Amara anak perempuan Hamzah ibn `Abdul-Muttalib dari pihak ibu. Ibn Sa`d memuatkan beliau diantara penduduk Kufa yang amat terkenal dengan ilmu fiqh dan berpengetahuan dan tergolong di dalam tabi`in. Pada penutup biografinya, pengarang mengatakan di muka surat 86 di Vol. 6 dari bukunya Tabaqat: "Semasa pemerintahan `Abdul-Rahman ibn Muhammad ibn al-Ash`ath, `Abdullah ibn Shaddad adalah diantara mereka yang membaca al-Quran secara hafalan dan memerangi al-Hajjaj, dan beliau terbunuh semasa peperangan Dujail." Dia juga berkata, "Beliau adalah salah seorang faqih yang jujur yang telah menyampaikan banyak hadith, dan beliau adalah seorang Shi’a."

Peperangan yang dirujukkan diatas berlaku di dalam tahun 81 H. Semua pengarang buku sahih telah bergantung pada penyampaian `Abdullah ibn Shaddad. Hadith beliau telah disampaikan oleh Ishaq al-Shaybani, Ma`bid ibn Khalid dan Sa`d ibn Ibrahim. Hadith mereka dari ‘Abdullah ibn Shaddad terdapat di dalam kedua buku sahih dan juga yang lainnya, sebagai tambahan kepada semua Musnad. Al-Bukhari dan Muslim menyebutkan hadith beliau seperti disampaikan dari `Ali (as), Maymuna dan `Ayesha.


49. `Abdullah ibn `Umer ibn Muhammad ibn Aban ibn Salih ibn `Umayr al-Qarashi al-Kufi

Beliau juga dikenali sebagai Mishkadanah, beliau adalah penasihat kepada Muslim, Abu Dawud, al-Baghwi, dan ramai lagi mereka yang terkenal dan semuanya telah mempelajari hadith dari beliau. Abu Hatim telah menyebut beliau dengan mengatakan tentang kejujurannya. Dia menyebutkan hadith dari beliau dan mengatakan bahawa beliau adalah Shi’a. Salih ibn Muhammad ibn Jazrah telah menyebut beliau dan berkata bahawa beliau adalah ‘pelampau’ Shi’a. Walaupun terdapat semua ini, `Abdullah ibn Ahmed telah menyampaikan hadith bari bapanya. Abu Hatim menyatakan bahawa Mishkadanah seorang yang boleh dipercayai. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam Al-Mizan, menerangkan beliau sebagai "seorang yang jujur yang telah mempelajari banyak hadith dari al-Mubarak, al-Dar Wardi, dan kumpulan ulama dari golongan mereka. Muslim, Abu Dawud, al-Baghwi dan ramai yang lain telah merakamkan banyak hadith dari beliau." Dia telah memberi tanda nama beliau dengan singkatan nama Muslim dan Abu Dawud, menunjukkan dengannya bahawa mereka bergantung kepada hadithnya, dan meyebutkan apa yang ulama diatas telah katakan mengenai beliau. Dia juga telah mengatakan bahawa beliau telah meninggal dalam tahun 239 H. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih Muslim seperti yang disampaikan melalui `Abdah ibn Sulayman, `Abdullah ibn al-Mubarak, `Abdul-Rahman ibn Sulayman, `Ali ibn Hashim, Abul-Ahwas, Husayn ibn `Ali al-Ju`fi dan Muhammad ibn Fudayl. Di dalam bab mengenai dengan penyebab-penyabab pada perpecahan, Muslim menyebut hadith dari beliau secara terus. Abul-`Abbas al-Sarraj telah berkata bahawa beliau meninggal dalam tahun 238 atau 237 H.


50. `Abdullah ibn Lahi`ah ibn `Uqbah al-Hadrami, seorang kadi dan ulama Mesir

Di dalam bukunya Ma`arif, Ibn Qutaybah telah memuatkan beliau diantara shaykh yang terkenal. Di dalam biografi `Abdullah ibn Lahi`ah, di dalam Al-Mizan nya, Ibn `Adi telah menerangkan beliau sebagai ‘pelampau Shi’a’ Menyebut dari Talhah, Abu Ya`li, mereka telah berkata: "Abu Lahi`ah telah berkata: `Hay ibn `Abdullah al-Ghafari telah menyampaikan melalui penyampaian Abu `Abdullah Rahman al-Hibli dari `Abdullah ibn `Umer bahawa ketika baginda sakit (yang membawa kepada kewafataannya), Rasul Allah [sawas] memberitahu kami untuk memanggil adiknya. Kami bawakan kepada beginda Abu Bakr, tetapi baginda berpaling darinya dan berkata: `Saya telah meminta untuk dibawakan adik saya'. Kami kemudian bawakan `Uthman, tetapi sekali lagi Rasul Allah [sawas] berpaling darinya. `Ali (as) kemudiannya telah dibawa kepada baginda. Baginda menutupnya dengan jubah dan miringkan kepada baginda kepada bahu beliau untuk seketika lamanya [seakan baginda membisik sesuatu ketelinga beliau]. Apabila `Ali telah beredar, manusia bertanya kepada beliau: `Apakah yang Rasul [sawas] telah katakan kepada kamu?' Beliau menjawab: `Baginda mengajarkan kepada ku seribu bab dan setiap bab membawa kepada seribu seksen.'"

Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan nya, menandakan nama beliau dengan DTQ untuk menunjukkan siapakan diantara pengarang buku sahih yang menyebutkan dari beliau [i.e. Abu Dawud, al-Tirmithi, dan Dar Qutni. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam sahih al-Tirmithi, Abu Dawud dan semua musnads. Ibn Khallikan sangat menyanjung beliau di dalam Wafiyyat al-A`yan. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam Sahih Muslim seperti yang disampaikan oleh Yazid ibn Abu Habib. Di dalam bukunya Al-Jam` Bayna Kitabay Abu Nasr al-Kalabathi wa Abu Bakr al-Asbahani [Penyusunan kedua buah buku dari Abu Nasr al-Kalabathi dan Abul-Faraj al-Asbahani, al-Qaysarani memuatkan beliau diantara penyampai yang dipercayai oleh Bukhari and Muslim. Ibn Lahi`ah meninggal pada hari Ahad pertengahan Rabi`ul Akhir, 174 H.


51. `Abdullah ibn Maymun al-Qaddah al-Makki

Seorang sahabat Imam Ja`fer ibn Muhammad al-Sadiq (as), penyampaian beliau telah digunakan oleh al-Tirmithi. Al-Thahbi menyebut beliau dan menandakan nama beliau dengan singkatan al-Tirmithi sebagai petunjuk bahawa yang kemudian menyebutkan hadith dari beliau. Dia menambah dengan berkata bahawa beliau menyampaikan hadith yang disampaikan oleh Imam Ja`fer ibn Muhammad al-Sadiq (as), dan dari Talhah ibn `Umer.


52. `Abdul-Rahman ibn Salih al-Azdi

Nama beliau adalah Abu Muhammad al-Kufi. Pelajar dan juga sahabat beliau `Abbas al-Duri berkata bahawa beliau seorang Shi’a. Ibn `Adi menyebutnya dan berkata, "Beliau telah terbakar di dalam api Shi’a." Salih Jazrah berkata bahawa `Abdul-Rahman pernah menentang `Uthman. Abu Dawud berkata bahawa `Abdul-Rahman telah menyusun sebuah buku mengandunggi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh sebahagian para sahabat Rasul [sawas], dan bahawa beliau adalah seorang yang keji. Walaupun terdapat ini semua keduanya `Abbas al-Duri dan Imam al-Baghwi menyampaikan hadith beliau. Al-Nisa'i juga menyebut darinya. Al-Thahbi telah merujuk kepada beliau di dalam Al-Mizan nya dan menandakan nama beliau dengan singkatan al-Nisa'i sebagai petunjuk bahawa yang kemudian telah bergantung kepada beliau. Dia juga telah menyebutkan apa yang para Imams (diantara para Sunnis) telah katakan mengenai beliau seperti tertulis diatas. Dia menunjukkan bahawa Ma`in mempercayai kepada beliau, dan beliau meninggal pada tahun 235. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam buku Sunan seperti yang disampaikan melalui Sharik dan kumpulan terkemuka lainnya.


53. `Abdul-Razzaq ibn Humam ibn Nafi` al-Himyari al-San`ani

Seorang dari pemuka Shi’a dan dari keturunan yang dihormati, beliau telah dijumlahkan oleh Ibn Qutaybah diantara yang terkemuka Shi’a di dalam Ma`arif. Ibn al-Athir, pada muka surat 137, Vol. 6, dari bukunya Al-Tarikh Al-Kamil, menyebutkan kematian `Abdul-Razzaq pada penghujung peristiwa di dalam tahun 211 H. iaitu: "Dalam tahun itu, ahli tradisionis `Abdul-Razzaq ibn Humam al-San`ani, seorang dari penasihat Ahmed, yang Shi`a telah meninggal." Al-Muttaqi al-Hindi menyebut beliau ketika membincangkan hadith no 5994 di dalam bukunya Kanz al-`Ummal, pada muka surat 391, Vol. 6, mengatakan bahawa beliau adalah Shi’a. Al-Thahbi, di dalam Al-Mizan, berkata, "`Abdul-Razzaq ibn Humam ibn Nafi`, penasihat Abu Bakr al-Himyari, adalah seorang Shi’a, seorang pembesar San`a, adalah seorang tradisionis yang amat dipercayai diantara semua ulama." Dia meyampaikan biografi beliau dan menambah: "Beliau mempunyai banyak penulisan, mengarang [khususnya] Al-Jami` Al-Kabir. Beliau adalah pemelihara pengetahuan yang dicari oleh ramai manusia, seperti Ahmed, Ishaq, Yahya, al-Thahbi, al-Ramadi, dan `Abd." Dia membincangkan kerekter beliau dan menyebut al-`Abbas ibn `Abdul-`Azim, yang menuduh beliau sebagai penipu. Dia menyatakan bahawa al-Thahbi telah menolak tuduhan yang sedemikian. Dia berkata, "Bukan sahaja Muslim, tetapi semua mereka yang telah menghafal hadith telah bersetuju dengan al-`Abbas, sedangkan para Imams yang berpengetahuan bergantung kepada penyampaian beliau." Dia terus menyampaikan biografi beliau, dengan menyebut dari al-Tayalisi sebagai berkata: "Saya telah mendengar Ibn Ma`in mengatakan sesuatu yang darinya saya telah yakin bahawa `Abdul-Razzaq adalah seorang Sh’a. Ibn Ma`in bertanya kepadanya: `Guru kamu seperti Mu`ammar, Malik, Ibn Jurayh, Sufyan, al-Awza`i, semuanya adalah Sunnis. Dimana kamu belajar golongan Shi`ism?' Dia menjawab: `Ja`fer ibn Sulayman al-Zab`i suatu ketika datang melawat, dan saya dapati beliau amat dihormati dan mendapat petunjuk yang benar, dari itu saya mempelajari Shi`ism dari beliau.'"

`Abdul-Razzaq, seperti yang disebutkan diatas, dalam kenyataan dimana beliau berkata bahawa beliau adalah seorang Shi’a menunjukkan bahawa beliau telah mempelajari Shi`ism dari Ja`fer al-Zab`i, tetapi Muhammad ibn Abu Bakr al-Muqaddimi memikirkan bahawa Ja`fer al-Zab`i sendiri yang telah mempelajari Shi`ism dari `Abdul-Razzaq. Bahkan dia menolak `Abdul-Razzaq atas sebab ini. Di dalam Al-Mizan, dia telah disebutkan sebagai berkata, "Saya harap saya telah kehilangan `Abdul-Razzaq untuk selamanya. Tiada siapa yang telah merosakkan kepercayaan Ja`fer selain dari dia." Kerosakkan yang dia maksudkan adalah Shi`ism!

Ibn Ma`in sangat bergantung kepada penyampaian `Abdul-Razzaq, walaupun dia telah mengatakan bahawa beliau adalah seorang Shi`a seperti yang dinyatakan diatas. Ahmed ibn Abu Khayth`amah, seperti di dalam biografi Abdel-Razzaq di dalam Al-Mizan, telah berkata, "Ianya telah dikatakan kepada Ibn Ma`in bahawa Ahmed berkata bahawa `Ubaydullah ibn Musa menolak hadith `Abdul-Razzaq kerana beliau adalah seorang Shi’a. Maka Ibn Ma`in menjawab: `Saya bersumpah dengan Allah, Tuhan yang Esa, bahawa `Abdul-Razzaq lebih utama 100 kali dari `Ubaydullah, dan saya telah mendengar hadith `Abdul-Razzaq dan mendapatinya lebih banyak berjilid-jilid dari yang dipunyai `Ubaydullah.'" Juga di dalam biografi `Abdel-Razzaq di dalam Al-Mizan, Abu Salih Muhammad ibn Isma`il al-Dirari telah disebutkan sebagai berkata, "Ketika kami di San`a, tetamu `Abdul-Razzaq, kami mendengar bahawa Ahmed dan Ibn Ma`in, bersama dengan yang lainnya, telah menolak hadith `Abdul-Razzaq, atau mengatakan tidak suka kepadanya, kerana tradisionis adalah seorang Shi’a. Berita itu amat menyedihkan kami. Pada fikiran kami bahawa kami telah membelanjakan wang yang banyak dan bersusah payah untuk datang kesini, semuanya adalah sia-sia sahaja. Kemudian saya bersama dengan rombongan haji yang hendak menuju ke Makah dimana saya bertemu dengan Yahya dan bertanyakan beliau mengenai isu tersebut. Dia, sebagaimana tersebut di dalam biografi `Abdel-Razzaq di dalam Al-Mizan, berkata: `Wahai Abu Salih! Walaupun jika `Abdul-Razzaq meninggalakan Islam sama sekali, janganlah kita menolak hadith darinya.'"

Ibn `Adi telah menyebut beliau dan berkata: "`Abdul-Razzaq telah menyampaikan hadith mengenai kemuliaan, tetapi tiada siapa yang mengesahkannya.[11] Beliau juga menyenaraikan kesalahan-kesalahan orang tertentu, pandangannya telah ditolak oleh yang lain;[12] lebih-lebih lagi beliau dipercayai adalah seorang Shi’a."

Walaupun telah terdapat semua ini, Ahmed ibn Hanbal telah ditanyakan suatu ketika, seperti tertulis di dalam biografi `Abdel-Razzaq di dalam Al-Mizan, sama ada dia mengetahui mana-mana hadith yang lebih baik dari yang disampaikan oleh `Abdul-Razzaq, dan jawapannya adalah negetif. Ibn al-Qaysarani menyatakan pada penghujung biografi `Abdul-Razzaq di dalam bukunya Al-Jami` Bayna Rijalul Sahihain, menyebut dari Imam Ahmed ibn Hanbal sebagai berkata, `Jika manusia mempertikaikan hadith Mu`ammar, maka penyelesainya yang terakhir adalah `Abdul-Razzaq.' Mukhlid al-Shu`ayri berkata bahawa dia suatu ketika berada di dalam kumpulan `Abdul-Razzaq apabila sesaorang menyebut Mu`awiyah. `Abdul-Razzaq, seperti yang disebutkan di dalam biografinya di dalam Al-Mizan, kemudian berkata: `Janganlah merosakkan perjumpaan kita dengan menyebutkan keturunan Abu Sufyan.'" Zayd ibn al-Mubarak telah berkata: "Kami berada di dalam kumpulan ‘Abdul-Razzaq suatu ketika apabila kita memperkatakan hadith ibn al-Hadthan. Iaitu apabila `Umer's berkata kepada `Ali dan al-`Abbas: `Kamu (i.e. `Abbas) telah datang untuk meminta warisan sepupu kamu [Rasul [sawas] sedangkan orang ini (i.e. `Ali) telah datang untuk meminta warisan isterinya dari bapanya, telah dibacakan, `Abdul-Razzaq, sebagaimana yang dinyatakan di dalam biografinya Al-Mizan, berkata: `Hentikanlah yang sungguh memalukan ini, manusia yang biadap sahaja yang menggunakan ‘sepupu’ dan ‘bapa’ sepatutnya Rasul Allah [sawas]!"

Walaupun dengan semua ini, kesemua penyusun Hadith telah merakamkan hadith beliau dan bergantung kepada penyampaiannya. Malah telah diperkatakan, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Khallikan di dalam Wafiyyat al-A`yan, bahawa manusia tidak pergi kepada sesiapa selepas Rasul [sawas] sebegitu kerap seperti yang mereka lakukan kepada `Abdul-Razzaq's. Beliau telah disebutkan oleh Imam yang sezaman dengannya seperti Sufyan ibn `Ayinah, adalah diantara para-para penasihat-penasihat. `Abdul-Razzaq sendiri adalah seorang darinya, Ahmed ibn Hanbal, Yahya ibn Ma`in, dan lain lagi.

Rujuklah kepada hadith beliau di dalam semua buku Sahih, dan juga Musnad, yang mana mengandungi sebahagian dari hadith beliau. Beliau telah dilahirkan, semoga Allah merahmati ruhnya, pada tahun 211 H. Beliau adalah sezaman dengan Abu `Abdullah Imam al-Sadiq (as) untuk selama 20 tahun.[13] Beliau meninggal semasa permulaan Imamate bagi Imam Abu Ja`fer al-Jawad (as), sembilan tahun sebelum Imam wafat.;[14] semoga Allah membangkitkan beliau bersama dengan para Imam ini yang beliau telah berkhidmat kepada mereka [as], adalah untuk mencari keridhaan kepada Allah.


54. `Abdul-Malik ibn `Ayan

Beliau adalah adik kepada Zararah, Hamran, Bakir, `Abdul-Rahman, Malik, Musa, Daris, dan Umm al-Aswad, semuanya keturunan `Ayan, dan semuanya adalah pemuka Shi`as. Mereka telah memenangi piala kemuliaan pada berkhidmat terhadap sharia’ Islam, dan telah menghasilkan keturunan yang mulia lagi dihormati yang patuh kepada golongan dan pandangan agama mereka.

Al-Thahbi menyebut `Abdul-Malik di dalam Al-Mizan, menyebut dari Abu Wa'il dan lainnya yang menyebut Abu Hatim sebagai berkata bahawa beliau telah menyampaikan hadith-hadith yang sahih, dan bahawa Ma`in telah berkata tidak terdapat sebarang kesalahan dengan hadith-hadith beliau, sedangkan penyampai yang lain mengesahkannya: Maka beliau adalah jujur, tetapi Rafidi, juga." Ibn Ayinah telah berkata: "`Abdul-Malik, seorang Rafidi, telah menyampaikan hadith kepada kami." Abu Hatim berkata bahawa beliau adalah dikalangan yang mula-mula untuk mempercayai Islam Shi`a, dan bahawa hadith beliau adalah sahih. Keduanya, Sufyans telah menyampaikan hadith beliau dan penyampai yang lain telah menyampaikan dengan lebih sempurna susunannya.

Di dalam buku Al-Jami` Bayna Rijalul Sahihain, Ibn al-Qaysarani, seperti yang disebutkan oleh Sufyan ibn A`yinah, mempunyai sesuatu untuk mengatakan mengenai beliau: "`Abdul-Malik ibn `Ayan, adik kepada Hamran al-Kufi, adalah seorang Shi`a yang mana hadithnya mengenai tawhid dirakamkan oleh Bukhari seperti yang disampaikan oleh Abu Wa'il, dan mengenai iman seperti yang dirakamkan di dalam Muslim."

Beliau meninggal ketika era Imam al-Sadiq (as) yang mendoakan supaya rahmat Allah dicucuri kepadanya. Abu Ja`fer ibn Babawayh telah menyampaikan bahawa Imam al-Sadiq (as), bersama dengan pengikutnya menziarahi pusara beliau di Madina. Semoga beliau dikurniakan ganjaran yang baik dan hidup aman selama-lamanya.


55. `Ubaydullah ibn Musa al-`Abasi al-Kufi

Beliau adalah penasihat al-Bukhari, seperti yang diakuinya sendiri pada muka surat 177 dari buku Sahihnya. Ibn Qutaybah telah memasukkan beliau diantara ahli tradisionis di dalam hasil kerjanya Al-Ma`arif, dengan mengatakan bahawa beliau adalah seorang Shi’a. Apabila dia menyebut semula semua ahli terkemuka Shi’a di dalam bab pada menyebutkan golongan-golongan di muka surat 206 dari bukunya al-Ma`arif, dia menjumlahkan `Ubaydullah diantara mereka. Pada muka surat 279, Vol. 6, dari buku Tabaqat, Ibn Sa`d menyatakan biografi `Ubaydullah dengan tidak lupa untuk menyatakan bahawa beliau adalah Shi’a, dan bahawa beliau menyampaikan hadith pada menyokong Shi`ism, dari itu menurut Ibn Sa`d, telah melemahkan hadithnya pada mata orang ramai. Dia juga menambah bahawa `Ubaydullah juga amat faham dengan al-Quran yang suci. Dia merakamkan pada muka surat 139, Vol. 6, dari bukunya Al-Kamil tarikh beliau meninggal pada penghujung peristiwa yang berlaku dalam tahun 213 H., dengan mengatakan: "`Ubaydullah ibn Musa al-`Abasi, seorang ahli perundangan agama, adalah seorang Shi’a yang telah mengajar al-Bukhari, seperti yang diakui oleh dia sendiri di dalam Sahihnya." Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan dengan berkata, "Ubaydullah ibn Musa al-`Abasi al-Kufi, adalah penasihat al-Bukhari, adalah tidak dipertikaikan lagi akan kejujuran beliau, tetapi beliau adalah juga seorang Shi’a yang menyeleweng." Bahkan pengarangnya mengakui bahawa keduanya Abu Hatim dan Ma`in telah mempercayai hadith beliau. Dia berkata, "Abu Hatim telah berkata bahawa hadith yang disampaikan oleh Abu Na`im adalah lebih sahih, bahkan `Ubaydullah adalah lebih sahih dari mereka semua apabila tiba pada hadith yang disampaikan oleh Isra'il."

Ahmed ibn `Abdullah al-Ajli telah berkata, "`Ubaydullah ibn Musa mempunyai pengetahuan mendalam mengenai al-Quran, telah menyampaikan banyak darinya. Saya tidak pernah melihat beliau sombong atau bangga dan beliau tidak pernah dilihat ketawa terbahak-bahak." Abu Dawud berkata, "`Ubaydullah ibn al-`Abasi adalah seorang pengikut Shi’a yang kuat." Pada penghujung biografi Matar ibn Maymun di dalam Al-Mizan, al-Thahbi mengatakan : "`Ubaydullah, seorang Shi’a yang dipercayai." Ibn Ma`in pernah belajar hadith dari

`Ubaydullah ibn Musa dan `Abdul-Razzaq, setelah dia mengetahui bahawa keduanya adalah Shi’a. Di dalam buku al-Thahbi Al-Mizan, ketika menuliskan biografi `Abdul-Razzaq, pengarang menyebutkan dari Ahmed ibn `Ali Khaythamah sebagai berkata, "Saya bertanya kepada Ibn Ma`in berkaitan dengan apa yang saya dengar mengenai penolakkan Ahmed terhadap hadith `Ubaydullah ibn Musa's kerana beliau adalah seorang Shi’a. Ibn Ma`in menjawab: `Saya bersumpah dengan Allah, yang tiada sekutu bagiNya, bahawa `Abdul-Razzaq lebih utama dari `Ubaydullah seratus kali ganda, dan saya telah mendengar hadith dari `Abdul-Razzaq lebih banyak dari yang saya dengar dari ‘Ubaydullah.'"

Sunnis, sama seperti semua yang lain, bergantung pada hadith yang disampaikan oleh `Ubaydullah di dalam buku-buku Sahih mereka. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam kedua Sahih yang disampaikan oleh Shayban ibn `Abdul-Rahman. Sahih Bukhari menyebut hadith beliau oleh al-A`mash ibn `Urwah dan Isma`il ibn Abu Khalid. Hadith beliau yang dirakamkan di dalam Sahih Muslim telah dilaporkan dari Isra'il, al-Hasan ibn Salih, dan Usamah ibn Zayd. Al-Bukhari menyebut dari beliau secara terus. Beliau juga disebutkan secara terus oleh Ishaq ibn Ibrahim, Abu Bakr ibn Abu Shaybah, Ahmed ibn Ishaq al-Bukhari, Mahmud ibn Ghaylan, Ahmed ibn Abu Sarij, Muhammad ibn al-Hasan ibn Ashkab, Muhammad ibn Khalid al-Thahbi, dan Yusuf ibn Musa al-Qattan. Muslim menyebutkan hadith beliau seperti yang dilaporkan oleh al-Hajjaj ibn al-Sha`ir, al-Qasim ibn Zakariyyah, `Abdullah al-Darmi, Ishaq ibn al-Mansur, Ibn Abu Shaybah, `Abd ibn Hamid, Ibrahim ibn Dinar, dan Ibn Namir. Al-Thahbi menyatakan di dalam Al-Mizan bahawa `Ubaydullah meninggal pada tahun 213 H. dan menambah , "Beliau amat terkenal dengan zuhudnya, dikagumi dan bertakwa.." Beliau meninggal pada awal bulan Thul-Qi`da; semoga Allah memuliakan tempat beliau bersemadi.


56. `Uthman ibn `Umayr `Abdul-Yaqzan al-Thaqafi al-Kufi al-Bijli

Beliau juga dikenali sebagai `Uthman ibn Abu Zar`ah, `Uthman ibn Qays, dan `Uthman ibn Abu Hamid. Abu Ahmed al-Zubayri berkata bahawa `Uthman percaya kepada ‘kembali semula’. Ahmed ibn Hanbal berkata, "Abu Yaqzan telah terjumlah di dalam yang ditolak oleh Ibrahim ibn `Abdullah ibn Hasan." Ibn `Adi berkata yang berikut ini mengenai beliau: "Beliau telah memeluk golongan yang jahil dan percaya kepada ‘kembali semula’ walaupun penyampai hadith yang berkepercayaan telah menyebutkan hadith dari beliau, setelah mengetahui bahawa beliau adalah lemah." Perkara yang sebenarnya adalah, bahawa apabila ada sesaorang yang hendak memperkecilkan ahli trdisionis Shi’a dan memandang rendah kebolehan mereka, mereka menuduh orang-orang itu telah mengajar kepada konsep ‘akan kembali semula’. Itulah yang mereka lakukan kepada `Uthman ibn `Umayr, sehinggakan bahawa Ibn Ma`in telah berkata: "Tidak terdapat sebarang kesalahan terhadap hadith `Uthman."

Walaupun terdapat banyak serangan terhadap beliau, al-A`mash, Sufyan, Shu`bah, Sharik dan ahli terkemuka lainnya tidak teragak-agak untuk menyebutkan hadith beliau. Abu Dawud, al-Tirmithi dan yang lainnya telah menyebutkan dari beliau di dalam sunan mereka. Rujuklah kepada hadith beliau seperti yang mereka rakamkan melalui Anas dan lainnya. Al-Thahbi telah mendokumenkan biografi beliau dan menyebutkan kenyataan dari ulama yang terkemuka seperti yang tertulis diatas, dan meletakkan tanda DTQ pada nama beliau untuk menunjukkan siapakan diantara pengarang sunan yang menyebutkan hadith dari beliau.


57. `Adi ibn Thabit al-Kufi

Ibn Ma`in telah menerangkan bahawa beliau sebagai ‘pelampau Shi’a’, sedangkan Dar Qutni memanggil beliau "Rafidi, pelampau, tetapi boleh dipercayai." Al-Jawzjani berkata bahawa beliau telah ‘menyimpang’ Al-Mas`udi berkata, "Kami tidak pernah melihat orang yang begitu lantang pada menyampaikan pandangan Shi’a nya dari `Adi ibn Thabit." Di dalam Al-Mizan nya, al-Thahbi menerangkan beliau sebagai "Seorang ulama Shi’a, yang paling jujur diantara mereka semua, kadi dan Imam bagi masjid mereka. Jika semua Shi’a adalah seperti beliau, tuduhan terhadap mereka akan berkurangan.’ Kemudian dia terus menulis biografi beliau dan menyebutkan pandangan dari para ulama yang dituliskan diatas. Dia menyebutkan ulama yang mengatakan beliau jujur adalah seperti Dar Qutni, Ahmed ibn Hanbal, Ahmed al-`Ajli, Ahmed al-Nisa'i, dan meletakkan pada nama beliau singkatan nama pengarang dari buku sahih yang menyebutkan hadith dari beliau.

Rujuklah kepada hadith beliau di dalam kedua buku Sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disampaikan oleh al-Bara' ibn `Azib, `Abdullah ibn Yazid (datok sebelah ibunya), `Abdullah ibn Abu Awfah, Sulayman ibn Sard, dan Sa`id ibn Jubayr. Hadithnya yang disampaikan oleh Zarr ibn Habish dan Abu Hazim al-Ashja`i telah dirakamkan di dalam sahih Muslim. Hadith beliau telah disampaikan oleh al-A`mash, Mis'ar, Sa`id, Yahya ibn Sa`id al-Ansari, Zayd ibn Abu Anisa, dan Fudayl ibn Ghazwan.


58. `Atiyyah ibn Sa`d ibn Janadah al-`Awfi

Beliau adalah Abul-Hasan al-Kufi, seorang tabi`I yang terkenal. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam Al-Mizan, menyebutkan dari Salim al-Muradi sebagai berkata bahawa `Atiyyah pengikut kepada Shi`ism. Imam Ibn Qutaybah telah memuatkan beliau diantara ahli tradisionis di dalam Ma`arif , cucu yang mengikuti jejaknya, al-`Awfi, adalah al-Husayn ibn `Atiyyah, seorang kadi, telah menambah, "`Atiyyah, seorang pengikut Shi’a, telah menjadi seorang ahli perundangan agama semenjak pemerintahan al-Hajjaj." Ibn Qutaybah telah menyebut beberapa orang Shi’a yang terkenal di dalam bab mengenai golongan di dalam bukunya Ma`arif, menyenaraikan `Atiyyah al-`Awfi diantara mereka. Ibn Sa`d menyebut beliau pada muka surat 212, Vol. 6, dari bukunya Tabaqat menunjukkan kepercayaan beliau yang kuat kepada Shi`ism. Bapanya, Sa`d ibn Janadah, adalah seorang sahabat `Ali (as). Suatu ketika dia menziarah Imam di Kufa dan berkata: "Wahai Amirul Mukminin! Saya telah direstui dengan seorang anak lelaki, bolehkan Imam memilihkan namanya?" Imam menjawab: "Ini adalah satu hadiah (`atiyyah) dari Allah; dari itu , namakan dia `Atiyyah."

Ibn Sa`d telah berkata: "`Atiyyah ibn al-Ash`ath keluar bersama pasukan tentera untuk memerangi al-Hajjaj. Apabila tentera al-Ash`ath melarikan diri, `Atiyyah lari ke Parsi. Al-Hajjaj menulis arahan kepada Muhammad ibn al-Qasim memerintahkan dia untuk memanggil beliau supaya mengadap kepadanya dan memberikan kepada beliau pilihan sama ada menolak ‘Ali atau disebat dengan 400 sebatan, serta janggut dan kepalanya dicukur. Maka dia memanggil beliau dan membacakan surat al-Hajjaj kepada beliau, tetapi `Atiyyah enggan untuk mematuhinya, dari itu beliau disebat dengan 400 sebatan serta janggut dan kepalanya dicukur. Apabila Qutaybah menjadi gabenor Khurasan, `Atiyyah memberontak menentang dia dan terus tinggal disitu sehingga `Umer ibn Habirah menjadi pemerintah Iraq. Pada masa itu barulah beliau menulis surat kepada dia meminta izin untuk pergi kesana. Kebenaran diberikan, beliau datang ke Kufa dimana beliau tinggal dan meninggal pada tahun 11 H." Pengarang menambah, "Sebenarnya beliau adalah seorang yang jujur, dan beliau telah menyampaikan banyak hadith yang sahih."

Kesemua keturunan beliau adalah pengikut keturunan Muhammad [as] yang ikhlas. Diantara mereka ada yang terkemuka dengan personaliti yang dikagumi seperti al-Husayn ibn al-Hasan ibn `Atiyyah yang telah dilantik sebagai gabenor bagi daerah Al-Sharqiyya menggantikan Hafs ibn Ghiyath, seperti yang tercatit di muka surat 58 pada rujukan yang sama, kemudian dia telah dipindahkan kepada pasukan al-Mahdi. Dia meninggal pada tahun 201 H. Seorang lagi adalah Sa`d ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn `Atiyyah, juga seorang tradisioni, yang menjadi gabenor Baghdad.[15] Dia pernah menyebut hadith dari bapanya Sa`d dan dari bapa saudaranya al-Husayn ibn al-Hasan ibn `Atiyyah.

Kembali semula kepada cerita `Atiyyah al-`Awfi. Beliau dianggap penyampai yang dipercayai oleh Dawud dan al-Tirmithi. Rujuk kepada hadith beliau di dalam buku sahih mereka dari Ibn `Abbas, Abu Sa`id dan Ibn `Umer. Beliau juga telah mempelajari hadith dari `Abdullah ibn al-Hasan yang menyebutkan dari bapanya yang menyebutkan dari neneknya al-Zahra', ketua wanita disyurga. Anaknya al-Hasan ibn `Atiyyah telah mempelajari hadith dari beliau, begitu juga dengan al-Hajjaj ibn Arta'ah, Mis`ar, al-Hasan ibn Adwan dan lainnya.


59. Al`ala' ibn Salih al-Taymi al-Kufi

Di dalam biografi Al`ala' di dalam Al-Mizan, Abu Hatim mengatakan yang berikut mengenai beliau: "Beliau adalah salah seorang seniors Shi`as." Walaupun begitu, Abu Dawud dan al-Tirmithi telah bergantung kepada penyampaian beliau. Ma`in mempercayai beliau. Keduanya Abu Hatim dan Abu Zar`ah berkata bahawa tidak terdapat kesalahan dengan hadith beliau. Rujuk kepada hadith beliau di dalam kedua buku sahih al-Tirmithi dan Abu Dawud dari Yazid ibn Abu Maryam dan al-Hakam ibn `Utaybah, sebagai tambahan kepada semua buku musnad sunni. Abu Na`im dan Yahya ibn Bakir menyebut beliau, dan begitu juga dengan ramai mereka yang terkemuka. Beliau hendaklah dibezakan dari Al`ala' ibn Abul-`Abbas, seorang penyair Makah. Yang terkemudian adalah seorang shaykh Sufyani.

Hadith beliau telah disampaikan oleh Abul-Tufayl. Dia berkedudukan lebih tinggi dari Abul-`ala' ibn Salih; beliau adalah orang Kufa; sedangkan penyair itu orang Makah. Keduanya telah disebutkan di dalam buku al-Thahbi, Al-Mizan, dimana pengarangnya telah tersalah sebut pada kenyataan yang mengatakan mereka adalah senior Shi`a. Al`ala' sipenyair telah mengubah syair pada memuji Amirul Mukminin [as] ini telah menjadi bukti yang kuat untuk menunjukkan ketaatan beliau dan pada memaparkan kebenaran mengenai Imam. Dia juga mempunyai rangkap syair yang disanjung oleh Allah, RasulNya dan juga mereka yang beriman.


60. `Alqamah ibn Qays ibn `Abdullah al-Nakh`i, Abu Shibil

Beliau adalah bapa saudara al-Aswad dan Ibrahim, anak kepada Yazid. Beliau adalah juga pengikut keturunan Muhammad (sawas). Al-Shahristani, di dalam Al-Milal wal-Nihal, telah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi`a. beliau adalah ketua diantara tradisionis yang disebutkan oleh Abu Ishaq al-Jawzjani yang dengan bencinya telah berkata, "Disana terdapat sekumpulan manusia diantara penduduk Kufa yang mana golongan mereka, Shi`ism telah tidak diterima umum, mereka adalah ketua diantara tradisionis Kufa.." `Alqamah dan adiknya `Ali telah menjadi sahabat Imam `Ali (as). Mereka berdua telah mengambil bahagian di dalam peperangan Siffin dimana `Ali telah gugur syahid. Dia biasanya digelar "Abul-Salat" (orang yang selalu solat) disebabkan dia selalu solat. `Alqamah telah membasahkan pedangnya dengan darah mereka yang zalim. Kakinya tergelincir, bahkan beliau terus berperang dijalan Allah, kekal menjadi musuh Mu`awiyah sehingga beliau meninggal. Abu Bardah menjumlahkan nama `Alqamah diantara agen [emissari] kepada Mu`awiyah semasa pemerintahannya, tetapi `Alqamah membantah dan bahkan menulis kepada Abu Bardah dengan berkata: "Tolong buangkan nama saya (dari senarai); tolong buangkan." Ini telah dirakamkan oleh Ibn Sa`d di dalam biografi nya untuk `Alqamah pada muka surat 57, Vol. 6, dari buku Tabaqat.

Cara fikiran `Alqamah yang saksama dan dihormati dikalangan Sunnis tidak boleh dipertikaikan, walaupun mereka telah mengetahui bahawa beliau berkepercayaan Shi`a. Pengarang enam buku sahih, dan begitu juga yang lain, semuanya telah bergantung kepada penyampaian beliau. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam sahih Muslim dan Bukhari dari Ibn Mas`ud, Abul-Darda'ah dan `Ayesha. Hadith beliau mengenai `Uthman dan Abu Mas`ud telah dirakamkan di dalam sahih Muslim. Di dalam kedua-dua buku sahih, hadith beliau telah disampaikan oleh sepupunya Ibrahim al-Nakh`i. Di dalam sahih Muslim, hadith beliau telah disampaikan oleh `Abdul-Rahman ibn Yazid, Ibrahim ibn Yazid, dan al-Sha`bi. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, dalam tahun 62 H. in Kufa.


61. `Ali ibn Badimah

Al-Thahbi menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan menyebut dari Ahmed ibn Hanbal yang berkata, "Beliau telah menyampaikan hadith yang sahih," bahawa beliau adalah yang awal dari pengikut Shi`ism, dan Ibn Ma`in telah mempercayai beliau, dan beliau telah menyampaikan hadith dari Makrimah dan yang lainnya, dan bahawa keduanya Shu`bah dan Mu`ammar telah mempelajari hadith dari beliau. Dia telah memberi tanda nama beliau untuk menunjukkan pengarang sunan yang telah menyebut hadith dari beliau.


62. `Ali ibn al-Ja`d

Beliau adalah Abul-Hasan al-Jawhari al-Baghdadi, seorang hamba Banu Hashim. Seorang dari penasihat al-Bukhari, beliau telah dijumlahkan oleh Qutaybah diantara pemuka Shi`as di dalam bukunya Al-Ma`arif. Biografi nya di dalam Al-Mizan menunjukkan bahawa selama 60 tahun, `Ali biasa berpuasa selang sehari. Al-Qaysarani menyebut beliau di dalam bukunya Al-Jami` Bayna Rijalul Sahihain, mengatakan bahawa al-Bukhari sahaja telah menyebutkan 12 000 hadith yang disampaikan oleh `Ali ibn al-Ja`d. Dia meninggal dalam tahun 203 pada umur 96 tahun.


63. `Ali ibn Zaid

Nama penuh beliau adalah `Ali ibn Zaid ibn `Abdullah ibn Zuhayr ibn Abu Malika ibn Jad`an Abul-Hasan al-Qarashi al-Taymi al-Basri. Ahmed al-`Ajli telah menyebut beliau dengan berkata bahawa beliau mengikuti perundangan Islam Shi’a. Yazid ibn Zari` telah berkata bahawa `Ali ibn Zaid adalah seorang Rafidi. Walaupun terdapat semua ini, para bijak pandai diantara tabi`in, seperti Shu`bah, `Abdul-Warith, dan banyak lagi mereka yang terkenal semuanya telah menyebutkan hadith dari beliau. Beliau adalah seorang dari tiga pakar perundangan agama yang mana dengannya Basrah telah menjadi terkenal, yang lainnya adalah Qatadah dan 'Ash`ath al-Hadani. Mereka semuanya buta. Apabila al-Hasan al-Basri meninggal, mereka mengsyorkan kepada `Ali supaya menggantikan tempatnya disebabkan oleh kelayakkan beliau. Beliau amat dihormati, dan hanya mereka yang ternama sahaja yang menjadi sahabat beliau, sesuatu yang tidak dapat dinikmati oleh kebanyakkan Shi’a pada ketika itu.

Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan dengan menyebutkan fakta yang diatas mengenai beliau. Di dalam buku Al-Jami` Bayna Rijalul Sahihain, al-Qaysarani menyebut biografi beliau dan mengatakan bahawa Muslim telah menyebutkan hadith beliau yang disampaikan oleh Thabit al-Banani, dan bahawa dia telah belajar mengenai jihad dari Anas ibn Malik. Dia meninggal, semoga Allah merahmatinya, dalam tahun 131 H.


64. `Ali ibn Salih

Dia adalah adik kepada al-Hasan ibn Salih. Kami telah mengatakan mengenai kemuliaan beliau apabila kami mengatakan biografi saudaranya al-Hasan. Beliau adalah seorang dari ulama Shi’a yang awal, sama seperti saudaranya. Di dalam bab ‘penjualan’, Muslim bergantung kepada penyampaiannya.

`Ali ibn Salih telah menyampaikan hadith dari Salameh ibn Kahil, sedang Waki` telah menyebutkan dari beliau, mereka juga keduanya adalah Shi’a. Beliau telah dilahirkan, semoga Allah merahmati ruhnya, bersama saudara kembarnya di dalam tahun 100 H., dan meninggal pada tahun 151H.


65. `Ali ibn Ghurab Abu Yahya al-Fazari al-Kufi

Ibn Hayyan telah menerangkan beliau sebagai ‘pelampau Shi’a’ Mungkin atas sebab ini al-Jawzjani mengenepikan beliau sama sekali. Abu Dawud telah berkata bahawa `hadith Ali telah ditolak, sedangkan keduanya Ibn Ma`in dan Dar Qutni mempercayai beliau. Abu Hatim telah berkata bahawa tiada kesalahan dengan hadith beliau. Abu Zar`ah berkata bahawa dia menganggap beliau sebagai jujur. Ahmed ibn Hanbal berkata, "Saya dapatinya boleh dipercayai." Ibn Ma`in menerangkan beliau sebagai "orang miskin, dari orang yang dipercayai," sedangkan al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan menyatakan yang setuju dan yang bertentangan mengenai hadith beliau seperti yang dikatakan diatas, dan menandakan nama beliau dengan SQ untuk menyatakan pengarang Sunan yang mana bergantung kepada penyampaian beliau. Beliau menyampaikan hadith dari Hisham ibn `Urwah dan `Ubaydullah ibn `Umer.

Pada muka surat 273, Vol. 6, dari buku Tabaqat, Ibn Sa`d berkata yang berikut mengenai beliau: "Isma`il ibn Raja' menyebutkan hadith beliau mengenai apa yang al-A`mash telah katakan mengenai `Uthman." Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, di Kufa pada awal Rabi`ul-Awwal 184, semasa pemerintahan Harun.


66. `Ali ibn Qadim Abul-Hasan al-Khuza`i al-Kufi

Beliau adalah penasihat Ahmed ibn al-Furat, Ya`qub al-Faswi dan sekumpulan yang sama setaraf dengan mereka yang telah mempelajari hadith dari beliau. Ibn Sa`d menyebut beliau pada muka surat 282, Vol. 6, dari bukunya Tabaqat dan menerangkan bahawa beliau sebagai ‘Pelampau Shi’a’ Mungkin atas sebab ini sahaja, Yahya menganggap hadith beliau ‘lemah’ Abu Hatim berkata bahawa beliau adalah jujur. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan, seperti pandangan yang diatas mengenai beliau, dan menandakan nama beliau untuk menunjukkan bahawa Abu Dawud dan al-Tirmithi keduanya telah menyebutkan hadith dari beliau. Hadith beliau telah dirakamkan di dalam buku mereka dari Sa`id ibn Abu `Urwah dan Qatar. Dia meninggal, semoga Allah merestui ruhnya, di dalam tahun 213 H. semasa pemerintahan al-Ma'mun.


67. `Ali ibn al-Munthir al-Tara'ifi

Beliau adalah professor kepada al-Tirmithi, al-Nisa'i, Ibn Sa`id, `Abdul-Rahman ibn Abu Hatim, dan yang terkemuka lainnya yang telah mempelajari hadith dari beliau dan bergantung kepada penyampaiannya. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan, menandakan nama beliau dengan TSQ sebagai petanda yang pengarang sunan tersebut telah menyebutkan hadith dari beliau. Beliau menyebut yang berikut dari al-Nisa'i: "`Ali ibn al-Munthir adalah seorang pengikut shi’a yang kuat, dan amat dipercayai." Dia mengatakan bahawa Ibn Hatim telah berkata bahawa beliau amat jujur dan dipercayai, dan bahawa beliau menyampaikan hadith dari Fudayl, Ibn `Ayinah dan al-Walid ibn Muslim. Al-Nisa'i mengesahkan bahawa beliau adalah pengikut Shi’a yang kuat," dan bahawa dia bergantung kepada hadith dari beliau yang mana telah dirakamkan di dalam kedua buku Sahih. Ini yang sebenarnya telah menyediakan juadah untuk difikirkan oleh mereka yang meragui beliau. Al-Munthir, semoga Allah merahmati beliau, meninggal pada 256 H.


68. `Ali ibn al-Hashim ibn al-Barid Abul-Hasan al-Kufi al-Khazzaz al-`Aithi

Beliau adalah seorang dari penasihat Imam Ahmed. Abu Dawud menyebut beliau dan menerangkannya sebagai seorang Shi’a yang pasti." Ibn Haban berkata bahawa beliau adalah seorang ‘Pelampau Shi’a’. Ja`fer ibn Aban berkata, "Saya telah mendengar Ibn Namir berkata bahawa `Ali ibn Hashim adalah seorang pelampau di dalam kepercayaan Shi’a." Al-Bukhari telah berkata bahawa keduanya `Ali ibn Hashim dan bapanya amat kuat peganggannya kepada kepercayaan Shi’a. Mungkin atas sebab itu al-Bukhari telah menolak hadith beliau, tetapi semua lima yang lain dari pengarang Sahih telah bergantung kepada penyampaiannya. Ibn Ma`in dan yang lainnya telah mempercayai beliau, sedangkan Abu Dawud telah mengatakan beliau sebagai tradisionis yang amat dipercayai. Abu Zar`ah telah mengatakan bahawa beliau adalah jujur, dan al-Nisa'i telah menyatakan bahawa tidak ada apa-apa kesalahan kepada hadith beliau. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan, dan menyebutkan apa yang telah disebutkan diatas.

Al-Khatib al-Baghdadi, di dalam bab pada mengatakan kerekter `Ali di dalam bukunya Tarikh (history), Vol. 12, muka surat 116, menyebutkan Muhammad ibn Sulayman al-Baghindi sebagai berkata bahawa `Ali ibn Hashim ibn al-Barid adalah jujur orangnya, seorang yang mengikut kepercayaan Shi`ism. Dia juga menyebut dari Muhammad ibn `Ali al-Ajiri sebagai berkata: "Suatu ketika saya bertanya Abu Dawud mengenai `Ali ibn Hashim ibn al-Barid. Dia mengesyorkan bahawa saya tanya kepada `Isa ibn Yunus. Isa berkata: `Beliau terdiri dari mereka yang memanggil kepada Shi`ism.'" Semua ini adalah benar. Dia juga menyebutkan dari al-Jawzjani sebagai berkata bahawa Hisham ibn al-Barid dan anaknya `Ali ibn Hashim adalah pelampau di dalam golongan mereka yang rusak."

Walaupun terdapat semua ini, pengarang lima buku sahih bergantung pada `Ali ibn Hashim. Rujuk kepada hadith beliau mengenai perkahwinan di dalam sahih Muslim seperti yang disampaikan oleh Hisham ibn `Urwah, dan di dalam bab yang mengatakan meminta kebenaran seperti yang disampaikan dari Talha ibn Yahya. Hadith beliau di dalam sahih Muslim telah disampaikan oleh Abu Mu`ammar Isma`il ibn Ibrahim dan `Abdullah ibn Aban. Ahmed ibn Hanbal, juga, telah menyampaikan hadith beliau, sebagai tambahan kepada kedua anak Shaybah, dan dari kumpulan kelas mereka yang menyampaikan hadith yang mana penasihat mereka adalah tidak lain dari `Ali ibn Hashim. Al-Thahbi berkata, "Dia meninggal, semoga Allah merahmati beliau, dalam tahun 181H.," dengan menambah, "Hadith beliau mungkin yang terawal dari hadith penasihat Imam Ahmed."


69. `Ammar ibn Zurayq al-Kufi

Al-Sulaymani memanggil beliau "Rafidi," seperti al-Thahbi nyatakan ketika membincangkan `Ammar di dalam Al-Mizan. Walaupun terdapat tuduhan yang sedemikian, Muslim, Abu Dawud dan al-Nisa'i bergantung pada penyampaian beliau. Rujuk kepada hadith beliau di dalam Sahih Muslim seperti yang disampaikan oleh al-A`mash, Abu Ishaq al-Subai`i, Mansur, dan `Abdullah ibn `Isa. Hadith beliau telah disampaikan di dalam Sahih Muslim oleh Abul-Jawab, Abul-Hawas Salam, Ibn Ahmed al-Zubayri, dan Yahya ibn Adam.


70. `Ammar ibn Mu`awiyah, or Ibn Abu Mu`awiyah

Beliau juga telah dipanggil Khabab, atau Ibn Salih al-Dihni al-Bijli al-Kufi, Abu Mu`awiyah. Beliau adalah seorang dari wira Shi’a yang mengalami penderitaan yang banyak di dalam mempertahankan keturunan Muhammad [as] sehinggakan bahawa Bishr ibn Marwan melumpuhkan beliau [memotong urat dibelakang lutut] hanya kerana beliau seorang Shi’a. Beliau adalah penasihat kepada kedua Sufyan, sebagai tambahan kepada Shu`bah, Sharik, dan al-`Abar, semuanya telah mempelajari hadith dari beliau dan bergantung kepada penyampaian beliau. Ahmed, Ibn Ma`in, Abu Hatim dan manusia yang lain juga bergantung kepada penyampaiannya. Muslim dan empat pengarang sunan telah menyebutkan hadith beliau. Al-Thahbi telah menulis biografi beliau di dalam Al-Mizan dan menyebutkan pandangan yang ditulis diatas mengenai beliau seorang Shi’a dan tradisionis yang dipercayai, serta menambah bahawa tiada siapa yang mengatakan sesuatu yang buruk mengenai beliau, melainkan al-`Aqili, dan bahawa tiada salah bagi beliau melainkan menjadi seorang Shi’a. Rujuk kepada hadith beliau mengenai Haji di dalam sahih Muslim dari Abul-Zubayr. Dia meninggal dalam tahun 133; semoga Allah merahmati beliau.


71. `Amr ibn `Abdullah Abu Issaq al-Subai`i al-Hamadani al-Kufi

Beliau adalah seorang Shi’a menurut Ibn Qutaybah di dalam Ma`arif, dan di dalam buku Shahristani Al-Milal wal Nihal. Beliau adalah seorang dari ketua tradisionis yang mana golongannya; di dalam cabang dan akar umbinya, tidak disukai oleh Nasibis disebabkan kepada fakta bahawa Shi’a telah mengikuti jejak langkah Ahl al-Bayt, mendapatkan cara-cara ibadah melalui ketua mereka di dalam semua perkara agama. Atas sebab ini al-Jawzjani telah berkata di dalam biografi Zubayd di dalam Al-Mizan: "Diantara penduduk Kufa, terdapat satu kumpulan yang mana golongan mereka tidak diterima umum; tetapi mereka adalah ketua kepada tradisionis Kufa, seperti Abu Ishaq, Mansur, Zubayd al-Yami, al-A`mash dan yang lain lagi. Manusia telah menerima mereka kerana kejujuran mereka pada menyampaikan hadith; tanpa sebarang tambahan padanya."

Diantara apa yang Nasibis telah tolak adalah hadith Abu Ishaq yang ini:

‘Seperti pengarang Al-Mizan telah tunjukkan, Amr ibn Isma’il telah menyebut dari Abu Ishaq yang mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata, ‘Ali adalah umpama sebatang pokok yang mana akarnya adalah saya, dahannya adalah ‘Ali, buahnya adalah al-Hasan dan al-Husayn, dan daunnya adalah Shi’a. '"

Yang sebenarnya, kenyataan al-Mughirah "tiada siapa yang menyebabkan penduduk Kufa untuk mendapat bencana melainkan Abu Ishaq dan al-A`mash" adalah sesuatu yang tidak boleh diterima melainkan hanya kerana yang sebenarnya mereka adalah Shi’a dan mereka taat kepada keturunan Muhammad [as]. Mereka telah menjadi penjaga semua hadith yang menyebutkan sifat-sifat ahlul bayt [as]. Manusia ini adalah lautan ilmu, dan mereka amat patuh kepada perintah Allah. Mereka dipercayai oleh kesemua pengarang enam Sahih dan yang lain juga. Rujuklah kepada hadith Abu Ishaq di dalam kedua buku sahih dari al-Bara' ibn `Azib, Yazid ibn Arqam, Harithah ibn Wahab, Sulayman ibn Sard, al-Nu`man ibn Bashir, `Abdullah ibn Yazid al-Khadmi, dan `Amr ibn Maymun.

Beliau telah disebutkan di dalam kedua buku sahih oleh Shu`bah, al-Thawri, Zuhayr, dan oleh cucunya Yusuf ibn Ishaq ibn Abu Ishaq. Ibn Khallikan berkata di biografi Amr di dalam Al-Wafiyyat bahawa `Amr telah dilahirkan 3 tahun sebelum `Uthman memegang tampuk pemerintahan ummah Islam, dan bahawa dia meninggal sama ada dalam tahun 127 atau 128, atau 129, sedangkan keduanya Yahya ibn Ma`in dan al-Mada'ini berkata bahawa dia meninggal dalam tahun 132, dan Allah maha mengetahui.


72. `Awf ibn Abu Jamila al-Basri, Abu Sahl

Beliau amat terkenal dengan "al-A`rabi" [bedouin], walaupun asalnya bukan dari padang pasir. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan dan berkata bahawa "Beliau juga digelar `Awf yang Benar, sedangkan sebahagian mengatakan bahawa beliau mengikuti Shi`ism; walaupun begitu, sekumpulan ulama telah mempercayai beliau." Dia juga menyebut dari Ja`fer ibn Sulayman yang menerangkan beliau sebagai seorang Shi’a dan menyebut dari Bandar yang memanggil beliau "Rafidi." Ibn Qutaybah telah menjumlahkan beliau di dalam bukunya Al-Ma`arif diantara pemuka Shi’a. Beliau telah mengajarkan hadith kepada Ruh, Hawdah, Shu`bah, al-Nadr ibn Shamil, `Uthman ibn al-Haytham dan ramai yang lain lagi dari kaliber yang sama. Pengarang dari enam buku sahih dan juga yang lainnya telah bergantung kepada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam sahih Bukhari dari al-Hasan dan Sa`id, anak kepada al-Hasan al-Basri, Muhammad ibn Sirin dan Siyar ibn Salamah. Hadith beliau di dalam sahih Muslim telah disampaikan oleh Al-Nadr ibn Shamil. Hadith beliau dari Abu Raji' al-`Ataridi terdapat di dalam kedua sahih. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, dalam tahun 146 H.


73. Al-Fadl ibn Dakin

Nama beliau yang sebenar adalah `Amr ibn Hammad ibn Zuhayr al-Malla'i al-Kufi, dan beliau amat terkenal dengan nama Abu Na`im. Beliau adalah penasihat al-Bukhari, sebagaimana yang diakui di dalam buku sahihnya sendiri. Sekumpulan ulama yang elit, seperti Ibn Qutaybah di dalam Al-Ma`arif, telah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi’a. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan dan berkata: "Saya telah mendengar ibn Ma`in berkata: `Jika nama sesaorang disebutkan di dalam kehadiran Abu Na`im dan dia mengatakan bahawa orang itu adalah baik, maka yakinlah bahawa orang itu adalah Shi’a; sedangkan jika dia melabelkan orang itu sebagai Murji', maka yakinlah bahawa orang itu adalah sunni yang baik.'" Al-Thahbi berkata bahawa kenyataan itu membuktikan bahawa Yahya ibn Ma`in condong kepada mempercayai ‘kembali semula’. Ianya juga membuktikan orang itu menganggap al-Fadl sebagai pengikut Shi’a yang kuat.

Di dalam biografi Khalid ibn Mukhlid di dalam Al-Mizan, al-Thahbi menyebut dari al-Jawzjani yang berkata bahawa Abu Na`im mengikuti golongan Kufi, i.e. Shi`ism. Untuk menjumlahkan semua fakta yang sebenar, al-Fadl ibn Dakin adalah seorang Shi`a dan tidak pernah dipertikaikan. Namun begitu semua pengarang buku sahih yang enam telah bergantung kepada beliau. Rujuk kepada hadith beliau di dalam sahih Bukhari dari Humam ibn Yahya, `Abdul-`Aziz ibn Abu Salamah, Zakariyyah ibn Abu Za'idah, Hisham al-Distwa'i, al-A`mash, Misar, al-Thawri, Malik, Ibn `Ayinah, Shaybah, dan Zuhayr. Hadith beliau di dalam sahih Muslim yang disampaikan oleh Saif ibn Abu Sulayman, Isma`il ibn Muslim, Abu `Asim Muhammad ibn Ayyub al-Thaqafi, Abul Amis, Musa ibn `Ali, Abu Shihab Musa ibn Nafi`, Sufyan, Hisham ibn Sa`d, `Abdul-Wahid ibn Ayman, dan Isra'il. Al-Bukhari menyebut dari beliau secara terus, sedang Muslim menyebut hadith beliau seperti yang disampaikan oleh Hajjaj ibn al-Sha`ir, `Abd ibn Hamid, Ibn Abu Shaybah, Abu Sa`d al-Ashajj, Ibn Namir, `Abdullah al-Darmi, Issaq al-Hanzali, dan Zuhayr ibn Harb.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 133, dan meninggal di Kufa pada hari khamis malam pada hari terakhir bulan Sha`ban, 210, semasa pemerintahan al-Mu`tasim. Ibn Sa`d menyebut beliau pada muka surat 279, Vol. 6, dari buku Tabaqat, mengatakan beliau sebagai yang dipercayai, jujur, dan seorang yang telah banyak menyampaikan hadith dan yang mengesahkannya."


74. Fadil ibn Marzuq al-Aghar al-Ruwasi al-Kufi, Abu `Abdul-Rahman

Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Mizan dan menerangkan beliau sebagai seorang Shi’a yang amat terkenal, menyebut dari Sufyan ibn `Ayinah dan Ibn Ma`in yang mengesahkan fakta ini. Dia menyebut Ibn `Adi sebagai berkata bahawa dia berharap semoga tidak ada apa-apa kesalahan terhadap hadith yang disampaikan beliau, kemudian dia menyebut dari al-Haytham ibn Jamil sebagai berkata bahawa dia suatu ketika menyebut Fadl ibn Marzuq dan menerangkan, beliau sebagai ‘seorang dari Imam petunjuk.’

Di dalam sahihnya, Muslim bergantung kepada penyampaian hadith dari Fadil yang berkaitan dengan solat seperti yang disampaikan oleh Shaqiq ibn `Uqbah, dan berkenaan dengan zakat oleh `Adi ibn Thabit. Hadith beliau yang mengatakan berkenaan dengan zakat seperti yang dirakamkan oleh Muslim telah disampaikan oleh Yahya ibn Adam dan Abu Usamah. Didalam Sunan, hadith beliau telah disebutkan oleh Waki`, Yazid, Abu Na`im, `Ali ibn al-Ja`d dan ramai yang lain. Zayd ibn al-Habab yang sebenarnya telah berdusta mengenai apa yang dikatakan dari hadith beliau pada mengatakan perlantikkan `Ali (as) sebagai Amr oleh Rasul [sawas]. Dia meninggal, semoga Allah merahmatinya, di dalam tahun 158.


75. Fitr ibn Khalifah al-Hannat al-Kufi

`Abdullah ibn Ahmed suatu ketika bertanya kepada bapanya mengenai Fitr ibn Khalifah. Dia menjawab, "Beliau adalah penyampai hadith yang sahih. Hadith beliau membayangkan atitiut orang yang bertanggong jawab, tetapi beliau juga seorang pengikut Shi’a." `Abbas telah menyebut dari Ibn Ma`in yang berkata bahawa Fitr ibn Khalifah adalah seorang Shi’a yang dipercayai. Ahmed berkata: "Fitr ibn Khalifah telah dipercayai oleh Yahya, tetapi beliau seorang pelampau Khashbi." Mungkin atas sebab ini, Abu Bakr ibn `Ayyash telah berkata, "Saya tidaklah meninggalkan tradisi yang disampaikan oleh Fitr ibn Khalifah melainkan kerana beliau dari golongan yang tidak baik," iaitu bukan terdapat apa-apa kesalahan, melainkan dia seorang Shi`a. Al-Jawzjani berkata: "Fitr ibn Khalifah telah menyimpang dari laluan." Ketika dia sakit, dia telah didengar oleh

Ja`fer al-Ahmar sebagai berkata: "Tidak ada yang lebih mengembirakan saya dari mengetahui bahawa setiap rambut yang ada pada badan saya terdapat malaikat yang memuji Allah awj bagi pihak diri saya kerana cinta saya terhadap ahlul bayt [as]." Fitr ibn Khalifah menyampaikan hadith dari Abul-Tufayl, Abu Wa'il, dan Mujahid. Hadith beliau telah disebutkan oleh Usamah, Yahya ibn Adam, Qabisah dan yang lainnya dari kaliber yang sama. Ahmed dan yang lainnya telah mempercayai beliau. Murrah telah mengatakan yang berikut ini mengenai beliau, "Beliau adalah seorang penyampai hadith yang bertanggong jawab, yang telah menghafal semua yang disampaikannya dengan cara ingatan." Ibn Sa`d berkata, "Beliau adalah Insha-Allah dipercayai." Al-Thahbi membincangkan beliau di dalam Mizan, menyatakan pandangan para ulama, seperti yang dituliskan diatas mengenai dengan kerekternya. Ibn Sa`d telah menyebut perkara yang sama pada muka surat 253, Vol. 6, dari Tabaqat.

Apabila Qutaybah menyebut para Shi’a yang terkenal di dalam Ma`arif, dia menyenaraikan Fitr ibn Khalifah diantaranya. Al-Bukhari telah menyebutkan hadith Fitr seperti yang disampaikan oleh Mujahid. Al-Thawri telah menyebut hadith Fitr yang mengatakan dengan kesopanan seperti yang dirakamkan di dalam kerja al-Bukhari. Pengarang dari keempat sunan, dan juga yang lain, semuanya telah menyebutkan hadith dari Fitr. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, di dalam tahun 153 H.


76. Malik ibn Isma`il ibn Ziyad ibn Dirham Abu Hasan al-Kufi al-Hindi

Beliau adalah seorang dari penasihat Bukhari seperti yang dinyatakan di dalam sahihnya. Ibn Sa`d menyebut darinya pada muka surat 282, Vol. 6, dari buku Tabaqat. Dia mengakhiri dengan mengatakan bahawa "Abu Ghassan adalah dipercayai, jujur, dan pengikut Shi’a yang kuat." Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Mizan, yang membuktikan beliau boleh dipercayai dan bermaruah, menyatakan bahawa beliau telah mempelajari golongan Shi’a dari gurunya al-Hasan ibn Salih, dan bahawa Ibn Ma`in telah mengatakan bahawa tiada siapa di Kufa yang lebih tepat pada menyampaikan hadith dari Abu Ghassan, dan bahawa Abu Satim telah berkata: "Pada bila-bila masa saya melihat kepada beliau, dia kelihatan seakan baru sahaja meninggalkan kuburannya, dengan dua tanda sujud yang terdapat pada dahinya."

Al-Bukhari telah menyebutkan dari beliau secara terus di dalam banyak bab pada sahihnya. Muslim telah menyebut hadith beliau pada hukuman jenayah di dalam buku sahihnya seperti yang disampaikan oleh Harun ibn `Abdullah. Mereka yang menyampaikan hadith beliau di dalam Bukhari adalah: Ibn `Ayinah, `Abdul-Aziz ibn Abu Salamah, dan Isra'il. Keduanya al-Bukhari dan Muslim menyebut hadith beliau dari Zuhayr ibn Mu`awiyah. Dia meninggal, semoga Allah merahmati beliau, di Kufa pada tahun 219.


77. Muhammad ibn Khazim

Beliau amat dikenali sebagai Abu Mu`awiyah al-Darir al-Tamimi al-Kufi. Al-Thahbi menyebut beliau dengan berkata, "Muhammad ibn Khazim al-Darir adalah disahkan benar; saya tidak menjumpai sama sekali hadith beliau yang lemah, saya akan bincangkan mengenai beliau dalam bab kunyat." Apabila pengarang menyebut beliau pada bab yang diperkatakan, dia menyatakan: "Abu Mu`awiyah al-Darir adalah seorang yang amat terkenal dan seorang Imam hadith yang berkepercayaan," dan dia terus mengatakan: "Al-Hakim telah mengatakan bahawa kedua shaykh bergantung kepada penyampaiannya, dan beliau amat terkenal sebagai pelampau Shi’a."

Kesemua enam pengarang buku sahih telah bergantung pada penyampaiannya. Al-Thahbi telah menandakan nama beliau dengan ‘A’ untuk menunjukkan bahawa semua ahli tradisionis bergantung kepada penyampaiannya. Rujuk kepada hadith beliau di dalam sahih Bukhari dan Muslim dari al-A`mash dan Hisham ibn `Urwah. Sahih Muslim mengandongi hadith yang lain yang dia sampaikan melalui penyampai lain yang dipercayai. Di dalam sahih Bukhari, hadith beliau telah disampaikan oleh `Ali ibn al-Madini, Muhammad ibn Salam, Yusuf ibn `Isa, Qutaybah, dan Musaddad. Di dalam sahih Muslim, beliau telah disebutkan oleh Sa`d al-Wasiti, Sa`d ibn Mansur, `Amr al-Naqid, Ahmed ibn Sinan, Ibn Namir, Issaq al-Hanzali, Abu Bakr ibn Abu Shaybah, Abu Karib, Yahya ibn Yahya, dan Zuhayr. Musa al-Zaman telah dimenyampaikan hadith beliau didalam kedua sahih. Muhammad ibn Khazim telah dilahirkan pada 113, dan dia meninggal pada tahun 195; semoga Allah merahmati beliau


78. Muhammad ibn `Abdullah al-Dabi al-Tahani al-Nisaburi, Abu `Abdullah al-Hakim

Beliau adalah seorang Imam yang huffaz, yang telah menghafal keseluruh al-Quran dan hadith secara ingatan, dan telah mengarang lebih kurang seribu buku. Beliau telah menjelajah keseluruh pelusuk untuk mencari ilmu dan mempelajari hadith dari lebih kurang 2 000 orang guru. Beliau boleh dibandingkan dengan ulama yang amat terkenal dimasa beliau seperti al-Sa`luki. Imam ibn Furk dan para Imam yang lain menganggap status beliau lebih utama dari kedudukan mereka. Mereka menghargai beliau dan juga sumbangannya; mereka memuji nama dan reputasi beliau, dengan tidak meragui kepakaran beliau sama sekali. Kesemua ulama sunni yang tidak dapat mencapai setaraf beliau telah merasa cemburu terhadap beliau. Beliau adalah wira Shi’a, pemelihara syariat Islam.

Pengarang Al-Mizan menyampaikan biografi beliau dan menerangkan sebagai, ‘Imam yang berkepercayaan dan seorang Shi’a yang terkenal.’ Dia menyebutkan dari Ibn Tahir sebagai berkata: "Saya bertanya Abu Isma`il `Abdullah al-Ansari mengenai al-Hakim Abu Abdullah. Dia berkata: `Beliau seorang Imam Hadith, seorang Rafidi yang durjana.'" Al-Thahbi telah menyatakan beberapa kenyataan beliau yang menarik, seperti katanya bahawa Dia yang pilihan [sawas] telah dilahirkan siap berkhatan, dengan senyuman pada wajah baginda, dan bahawa `Ali (as) adalah seorang wasi. Pengarang menambah yang berikut: "Beliau adalah seorang yang dipercayai dan berpengetahuan pada apa yang disampaikannya dan telah diterima oleh semua, itu adalah satu fakta yang sebenar." Beliau telah dilahirkan pada bulan Rabi` al-Awwal tahun 321, dan meninggal dalam bulan Safar tahun 405, semoga Allah merahmati ruh beliau.


79. Muhammad ibn `Ubaydullah ibn Abu Rafi` al-Madani

Beliau, Abu `Ubaydullah, saudara beliau al-Fadl dan `Abdullah anak lelaki `Ubaydullah, datuk beliau Abu Rafi`, bapa saudara beliau Rafi`, al-Hasan, al-Mughirah, `Ali, dan anak-anak lelaki mereka dan juga cucu-cucu mereka, semuanya adalah diantara keturunan Shi’a yang baik. Buku-buku yang mereka karang, mengesahkan betapa dalam penglibatan mereka di dalam Shi’a, seperti yang kami sebutkan di dalam seksen 2, Bab 12, dari buku kami Al-Fusul al-Muhimmah.

Ibn `Uday menyebut Muhammad ibn `Ubaydullah ibn Abu Rafi` al-Madani, dengan menambah, pada penghujung biografinya di dalam Mizan, bahawa beliau adalah diantara Kufi Shi`as. Apabila al-Thahbi menyatakan biografinya di dalam bukunya Mizan, dia menandakan dengan TQ sebagai petunjuk, pengarang sunan mana yang menyebut hadith dari beliau (i.e. Tirmithi and Dar Qutni). Dia juga menyebut bahawa beliau menyebutkan hadith dari bapa dan datuknya, dan bahawa Mandil dan `Ali ibn Hashim menyebutkan hadith beliau. Hadith beliau juga disebutkan oleh Haban ibn `Ali, Yahya ibn Ya`li dan lainnya. Muhammad ibn `Ubaydullah ibn Abu Rafi` al-Madani mungkin juga telah menyampaikan hadith dari saudaranya `Abdullah ibn `Ubaydullah yang telah terkenal sebagai tradisionis oleh para penyelidik hadith. Al-Tabarani di dalam Al-Mu`jam al-Kabir telah bergantung kepada penyampaian Muhammad ibn `Ubaydullah ibn Abu Rafi` al-Madani yang menyebutkan dari bapa dan datuknya dengan berkata bahawa Rasul Allah [sawas] telah berkata kepada `Ali (as), "Yang pertama memasukki syurga adalah saya dan kamu, kemudian al-Hasan dan al-Husayn, dengan keturunan kita dibelakang, dan Shi’a kita dikanan dan kiri kita.’

80. Muhammad ibn Fudayl ibn Ghazwan Abu `Abdul-Rahman al-Kufi

Ibn Qutaybah telah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi’a di dalam hasil kerjanya Al-Ma`arif, dan Ibn Sa`d telah menyebut beliau pada muka surat 271, Vol. 6, dari Tabaqat, dengan mengatakan, "Beliau adalah jujur dan tradisionis yang dipercayai, telah menyampaikan banyak hadith; beliau juga seorang Shi’a, dan sebahagian ulama [atas sebab ini] telah tidak bergantung pada penyampaiannya." Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bab yang mengandongi sebab yang telah diketahui umum, iaitu reputasi bapanya pada penghujung bukunya Mizan, menerangkan dia sebagai seorang Shi’a yang jujur. Dia juga menyebut beliau di dalam bab yang mengandongi nama pertama mereka adalah Muhammad, telah menerangkan bahawa beliau adalah ‘seorang yang benar dan terkenal’ dengan menambah bahawa Ahmed telah menerangkan, beliau sebagai seorang Shi’a yang mana hadithnya adalah sahih, dan bahawa Abu Dawud telah menerangkan beliau, sebagai seorang Shi’a di dalam prefession [kepercayaan](!), dengan menambah bahawa beliau seorang yang berpengetahuan dan juga penyampai hadith, bahawa beliau mempelajari al-Quran dari Hamzah, dan bahawa beliau telah mengarang banyak buku, Ibn Ma`in telah mempercayai beliau dan Ahmed berkata baik mengenai beliau. Al-Nisa'i telah berkata bahawa tiada sebarang kesalahan dengan hadith beliau.

Pengarang dari enam buku sahih, dan juga yang lainnya, telah bergantung pada penyampaiannya. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam Bukhari seperti yang disampaikan oleh Muhammad ibn Namir, Ishaq al-Hanzali, Ibn Abu Shaybah, Muhammad ibn Salam, Qutaybah, `Umran ibn Maysarah, dan `Amr ibn `Ali. Hadith beliau yang disampaikan di dalam Bukhari adalah oleh `Abdullah ibn `Amir, Abu Karib, Muhammad ibn Tarf, Wasil ibn `Abd al-A`la, Zuhayr, Abu Sa`d al-Ashajj, Muhammad ibn Yazid, Muhammad ibn al-Muthanna, Ahmed al-Wak`i, dan `Abdul-`Aziz ibn `Umer ibn Aban. Beliau meninggal, semoga Allah merahmati beliau, di Kufa pada tahun 194 atau 195 H.


81. Muhammad ibn Muslim ibn al-Ta'ifi

Beliau adalah seorang sahabat Imam Abu `Abdullah al-Sadiq [as], yang terkenal. Shaykh al-Ta'ifa Abu Ja`fer al-Tusi telah menyebut beliau di dalam buku Rijal al-Shi`a, dan al-Hasan ibn `Ali ibn Dawud telah menjumlahkan beliau di dalam bab, tradisionis yang amat dipercayai di dalam bukunya Al-Mukhtasar. Al-Thahbi memuatkan biografinya dan menyebut Yahya ibn Ma`in dan lainnya yang mengatakan bahawa beliau adalah jujur. Dia menambah dengan mengatakan bahawa al-Qa`nabi, Yahya ibn Yahya, dan Qutaybah semuanya telah menyampaikan tradisi beliau, dan bahawa `Abdul-Rahman ibn Mahdi pernah menyebut Muhammad ibn Muslim ibn al-Ta'ifi dan berkata: "Buku beliau [tradisi] semuanya adalah sahih," dan bahawa Ma`ruf ibn Wasil berkata: "Saya melihat Sufyan al-Thawri yang ketika bersama dengan Muhammad ibn Muslim ibn al-Ta'ifi, sedang mencatitkan hadith beliau." Bahkan mereka yang melebelkan beliau sebagai ‘lemah’ hanya melakukannya atas dasar bahawa beliau adalah Shi’a, walaupun begitu perjudis mereka tidak merugikan beliau. Hadith beliau dari ‘Amr ibn Dinar mengenai wudu’ terdapat di dalam sahih Muslim. Menurut dari Tabaqat Ibn Sa`d, seperti yang dinyatakan pada muka surat 381, Vol. 5, hadith beliau telah disebutkan oleh Waki` ibn al-Jarrah dan 100 orang yang lainnya. Pada tahun itu, nama beliau Muhammad ibn Muslim ibn Jummaz meninggal di Medina. Ibn Sa`d telah memuatkan kedua biografinya didalam Vol. 5 pada Tabaqat.


82. Muhammad ibn Musa ibn `Abdullah al-Qatari al-Madani

Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam Mizan; menyebut dari Abu Hatim yang mengesahkan beliau adalah Shi’a. Dia juga menyebut dari al-Tirmithi yang berkata bahawa beliau adalah dipercayai, dan dia menandakan nama beliau dengan singkatan Muslim dan juga pengarang Sunan sebagai petunjuk terhadap pergantungan mereka kepada penyampampaiannya. Rujuklah hadith beliau mengenai makanan di dalam sahih Muslim yang disampaikan dari `Abdullah ibn `Abdullah ibn Abu Talha. Beliau juga telah disebutkan oleh al-Maqbari dan sekumpulan yang ternama lainnya. Mereka yang lain yang telah menyebutkan hadith beliau adalah: Ibn Abu Fadik, Ibn Mahdi, Qutaybah, dan lainnya yang sama kaliber.


83. Mu`awiyah ibn `Ammar al-Dihni al-Bajli al-Kufi

Beliau adalah diantara Shi’a yang sangat dihormati dan disanjung, berkedudukan dan dipercayai. Bapa beliau `Ammar adalah satu contoh yang baik bagi kesabaran dan keteguhan di dalam memegang prinsip pada keadilan, dia adalah suatu model [contoh] yang Allah telah ketengahkan bagi mereka yang sabar menderita untuk kekal di jalanNya. Orang yang zalim telah melumpuhkan nya [dengan memotong urat dibelakang lutut] kerana menjadi seorang Shi’a, seperti yang kami telah nyatakan diatas, tanpa kejayaan pada memalingkannya, sehinggalah dia meninggalkan dunia ini untuk mendapatkan ganjarannya. Anaknya Mu`awiyah telah diberikan dengan layanan yang sama, dan bapa adalah model bagi anaknya.

Beliau telah bersama dengan Imams al-Sadiq dan al-Kazim [as], dan mempelajari dari mereka dengan banyaknya. Beliau telah mengarang banyak buku – seperti yang ditunjukkan diatas – dan beliau telah disebutkan oleh penyampai Shi’a seperti Ibn Abu `Umayr dan lainnya. Muslim dan al-Nisa'i telah bergantung pada penyampaiannya. Hadith beliau mengenai Haji telah disebutkan di dalam sahih Muslim oleh al-Zubayr. Di dalam Muslim, beliau telah disebutkan oleh keduanya Yahya ibn Yahya dan Qutaybah. Beliau juga telah menyampaikan hadith yang disebutkan oleh bapanya `Ammar, dan dari kumpulan ulama yang terkenal dan hadith yang sedemikian terdapat di dalam musnads Sunni. Dia meninggal, semoga Allah merahmati beliau, pada tahun 175 H.


84. Ma`ruf ibn Kharbuth al-Karkhi[16]

Al-Thahbi menerangkan beliau di dalam Mizan sebagai "Shi`a yang jujur," menandakan nama beliau dengan singkatan nama al-Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud untuk menunjukkan bahawa mereka menyebutkan hadith daripada beliau. Dia juga menyebutkan Abul Tufayl berkata bahawa Ma`ruf menyampaikan beberapa hadith beliau. Hadith beliau telah disebutkan oleh `Asim, Abu Dawud, `Ubaydullah ibn Musa dan lainnya. Dia juga menyebutkan Abu Hatim sebagai berkata bahawa yang terkemudian mencatatkan hadith beliau.

Ibn Khallikan menyebut beliau di dalam bukunya Wafiyyat dan menerangkan beliau sebagai seorang, orang suruhan `Ali ibn Musa al-Rida [as], Dia terus memuji beliau, menyebutkan kenyataan yang mana beliau berkata, "Saya telah sampai kepada kehadarat Allah, meninggalkan segala-galanya dibelakang saya, dengan penggecualian terhadap melayani ketua saya `Ali ibn Musa al-Rida [as]," Apabila Ibn Qutaybah membincangkan beberapa pemuka-pemuka Shi’a di dalam kerjanya Al-Ma`arif, dia memasukkan Ma`ruf ibn Kharbuth diantara mereka. Muslim telah bergantung kepada penyampaian Ma`ruf ibn Kharbuth; rujuklah kepada hadith beliau di dalam bab hajj di dalam sahihnya dari Abul Tufayl. Dia meninggal di Baghdad pada tahun 200 H.;[17] pusara beliau adalah mausoleum [tempat ziarah]. Sirri al-Saqti adalah seorang dari muridnya.


85. Mansur ibn al-Mu`tamir ibn `Abdullah ibn Rabi`ah al-Salami al-Kufi

Beliau adalah seorang sahabat kepada Imams al-Baqir and al-Sadiq (as), dan beliau telah menyampaikan hadith daripada mereka, seperti mana pengarang Muntahal Maqal fi Ahwal al-Rijal telah nyatakan. Ibn Qutaybah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi’a di dalam bukunya Al-Ma`arif. Al-Jawzjani telah menjumlahkan beliau diantara penyampai ‘yang mana golongannya tidak disenangi oleh orang-orang yang tertentu, di dalam asas dan juga cabang-cabang agama, disebabkan kerana taat kepada apa yang mereka pelajari dari keturunan Muhammad [as]. Dia berkata: "Diantara penduduk Kufa, terdapat sekumpulan mereka yang mana kepercayaan mereka tidak disenangi, mereka adalah ketua bagi tradisionis Kufa, seperti Abu Ishaq, Mansur, Zubayd al-Yami, al-A`mash dan lain lagi yang terkenal. Manusia telah menerima mereka hanya kerana mereka menyampaikan hadith dengan jujur."[18] Mengapa mereka sangat benci terhadap manusia yang sangat jujur ini? Adakah kerana mereka berpegang kepada ‘Dua Perkara yang Berat?’ Atau adakah kerana mereka telah menaikki ‘Bahtera Keselamatan’? Atau adakah kerana mereka memasukki kota pengetahuan.

Nabi melalui pintunya, iaitu Pintu bagi Keampuanan? Atau adakah kerana mereka mencari perlindungan dengan ‘Penyelamat bagi seluruh alam ini’? Atau adakah kerana mereka taat kepada wasiat Rasul iaitu berbaik-baik dengan keturunan baginda? Atau kerana hati mereka telah terserah kepada Allah dan tangisan mereka kerana takut kepadaNya, seperti yang telah diketahui mengenai mereka?

Menyebutkan biografi Mansur ibn al-Mu`tamir ibn `Abdullah ibn Rabi`ah, Ibn Sa`d berkata yang berikut ini mengenai Mansur pada muka surat 235, Vol. 6 dari Tabaqat: "Beliau telah menjadi buta kerana terlalu banyak menangis, kerana takut kepada Allah. Beliau selalu membawa sapu tangan kerana hendak mengeringkan air matanya. Sebahagian mereka mengatakan bahawa beliau berpuasa dan beribadah selama 60 tahun." Bolehkan manusia yang berkualiti bergini menjadi beban kepada manusia? Sebenarnya, tidak, tetapi kita telah dijangkiti oleh sebahagian manusia yang tidak tahu apakah pengertian saksama; maka kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita kembali.

Di dalam biografi Mansur ibn al-Mu`tamir ibn `Abdullah ibn Rabi`ah, Ibn Sa`d juga menyebut Hammad ibn Zayd berkata, "Saya telah melihat Mansur di Mekah, dan saya fikir dia tergolong kepada mereka Khashbis, tetapi saya tidak fikir bahawa dia berdusta apabila dia menyebutkan hadith." Lihatlah terhadap pandangan yang merendahkan, dengki, menghina dan permusuhan secara terang yang terdapat pada keterangan itu. Betapa terkejutnya saya apabila saya mempertimbangkan kenyataannya: ‘Saya tidak fikir bahawa dia berkata dusta…..’ Seakan berkata dusta adalah satu amalan bagi mereka yang ikhlas kepada keturunan Muhammad

[as]. Seolah-olah Mansur sahaja yang jujur, dan bukannya semua tradisionis Shi’a yang lain. Memberikan panggilan... seolah-olah Nasibis tidak dapat mencarikan nama yang mana mereka memanggil Shi`as selain dari panggilan yang salah seperti Khashbis, Turabis, Rafidis, etc. Seakan mereka tidak pernah mendengar perintah Allah: "Dan janganlah bertukar-tukar nama yang keji; apakah jenis kefasikkan untuk menggunakan nama yng buruk selepas menerima keimanan (Qur'an, 49:11)." Ibn Qutaybah telah menyebut "Khashbis" di dalam bukunya Al-Ma`arif dan berkata: "Ini adalah Rafidis. Ibrahim al-Ashtar bertemu `Ubaydullah ibn Ziyad di dalam medan pertemporan. Kebanyakkan dari orang-orang Ibrahim mempunyai pengadang dari kayu; dari itu mereka telah dilabelkan sebagai `khashbis,' orang yang mempunyai kaitan dengan pengadang yang disebabkan oleh kebencian." Yang sebenarnya, Shi’a digelar yang sedemikian adalah untuk menghina dan memandang rendah kepada mereka, dan juga pada senjata kayu mereka, yang dengannya mereka dapat memukul Ibn Marjanah, pengasas bagi golongan Nasibis, dari itu dengannya telah dapat membakar semangat golongan yang menyimpang ini, pembunuh bagi keturunan Muhammad [as]. "Allah telah memotong ekor bagi mereka yang melakukan kezaliman, segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam ini (Qur'an, 6:45)." Dari itu tidak terdapat sebarang celaan kepada panggilan yang mulia ini, tidak juga sebarang kecacatan di dalam persamaan kepada Turabis, dari Abu Turab (Imam `Ali, as); kami berbangga dengannya.

Kita telah teralih. Marilah kita kembali kepada topik utama, dan mengatakan bahawa ijmak tradisionis telah bergantung kepada Mansur. Atas sebab ini semua pengarang sahih yang enam dan juga yang lainnya telah bergantung kepada penyampaian beliau, setelah mengetahui beliau adalah Shi’a. Rujuklah kepada hadith beliau di dalam Sahih Bukhari dan Muslim dari Abu Wa'il, Abul Duha, Ibrahim al-Nakh`i dan yang terkemuka lainnya. Beliau menyebut dari Shu`bah, al-Thawri, Ibn `Ayinah, Hammad ibn Zayd dan lainnya yang amat terkenal pada penyampaian hadith yang sedemikian. Ibn Sa`d telah berkata bahawa Mansur telah meninggal pada penghujung tahun 132, dan menambah, "Beliau amat dipercayai pada menyampaikan banyak hadith, beliau sangat mulia dan dihormati, semoga Allah merahmati beliau."


86. Al-Minhal ibn `Amr al-Kufi, seorang tabi`i

Beliau seorang Shi’a yang amat terkenal di Kufa. Atas sebab ini, al-Jawzjani telah kategorikan hadith beliau sebagai ‘lemah’, mengatakan beliau sebagai ‘pengikut golongan yang salah’. Ibn Hazm telah berkata buruk mengenai beliau dengan cara yang sama, dan Yahya ibn Sa`d, juga telah merabit-rabitkan [koyak] nama beliau. Ahmed ibn Hanbal mengatakan yang sebaliknya. Dia berkata: "Abu Bishr lebih berharga kepada saya dari pancutan air yang sejuk, dan beliau lebih dipercayai dari yang lainnya.."

Selain dari menjadi pengikut Shi’a yang kuat, telah menyatakan secara umum walaupun semasa al-Mukhtar, Beliau tidak diragui oleh ulama mengenai ketepatan hadith yang beliau sampaikan. Beliau disebutkan oleh Shu`bah, al-Mas`udi, al-Hajjaj ibn Arta'ah, dan ramai lagi dari intelektual yang berkaliber. Beliau dipercayai oleh Ibn Ma`in, Ahmed al-`Ijli dan lainnya. Di dalam Mizan, al-Thahbi menyebut penilaian mereka kepada beliau seperti yang dituliskan diatas, memberi tanda nama beliau dengan singkatan Bukhari dan Muslim sebagai petunjuk bahawa keduanya menganggap hadith beliau boleh dipercayai. Rujuk kepada hadith beliau di dalam sahih Bukhari dari Sa`id ibn Jubayr. Di dalam sahih Bukhari, di dalam seksen pengarang bagi Tafsir, hadith beliau telah disampaikan oleh Zayd ibn Abu Anisa. Al-Mansur ibn al-Mu`tamir telah menyebut dari beliau di dalam bab para Rasul.


87. Musa ibn Qays al-Hadrami, Abu Muhammad

Al-`Aqili menerangkan beliau sebagai "pelampau Rafidi." Suatu ketika, Sufyan bertanya beliau mengenai Abu Bakr. Beliau menjawab: "`Ali lebih bererti kepada saya." Musa ibn Qays menyampaikan hadith dari Salamah ibn Kahil, Iyad ibn Iyad, berakhir dengan Malik ibn Ja`na yang melaporkan bahawa "Saya mendengar Umm Salamah berkata bahawa `Ali adalah bersama dengan yang benar; sesiapa yang mengikuti dia adalah pengikut yang benar, dan sesiapa yang meninggalkan dia, pastinya telah meninggalkan yang benar; ini telah ditentukan." Ianya juga telah disampaikan oleh Abu Na`im al-Fadl ibn Dakin dari Musa ibn Qays. Musa ibn Qays telah menyampaikan hadith yang memuji ahlul bayt berjilid-jilid banyaknya sehingga menimbulkan kemarahan al-`Aqili yang berkata kepada beliau apa yang dia telah katakan [yang diatas]. Ibn Ma`in telah mempercayai dan bergantung kapada beliau. Abu Dawud dan Sa`d ibn Mansur keduanya telah bergantung pada penyampaiannya di dalam sunan mereka. Al-Thahbi telah menulis biografinya di dalam Mizan, mengatakan mengenai beliau dengan apa yang telah ditulis diatas. Rujuk kepada hadith beliau di dalam sunan dari Salamah ibn Kahil dan Hajar ibn `Anbasah. Hadith beliau telah disampaikan oleh Dakin, `Ubaydullah ibn Musa dan penyampai lain yang dipercayai. Dia meninggal, semoga Allah merahmati beliau, semasa pemerintahan al-Mansur.


88. Naif` ibn al-Harith Abu Dawud al-Nakh`i al-Kufi al-Hamadani al-Subay`i

Al-`Aqili menerangkan beliau sebagai "pelampau Rafidi." Al-Bukhari berkata: "Manusia berkata keji mengenai beliau [kerana beliau seorang Shi’a]." Sufyan, Hamam, Sharik dan sekumpulan ulama yang terkenal dengan kaliber yang sedemikian semuanya menyebutkan dari beliau. Al-Tirmithi bergantung kepada beliau di dalam sahihnya. Semua pengarang musnads telah merakamkan hadith beliau. Rujuk hadith beliau di dalam Tirmithi dan lainnya dari Anas ibn Malik, Ibn `Abbas, `Umran ibn Hasin dan Zayd ibn Arqam. Al-Thahbi telah menulis biographinya dan mengatakan apa yang telah dikatakan diatas.


89. Nuh ibn Qays ibn Rabah al-Hadani

Beliau juga dikenali sebagai al-Tahi al-Basri. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Mizan, menerangkan hadith beliau sebagai sahih, dengan menambah bahawa Ahmed dan Ibn Ma`in mempercayai beliau. Dia juga menyebut Abu Dawud sebagai berkata bahawa beliau adalah Shi’a. Al-Nisa'i telah berkata bahawa tiada kesalahan dengan hadith beliau, dan telah meletakan pada nama beliau singkatan nama Muslim dan pengarang sunan sebagai petunjuk bahawa mereka semua menyebut hadith beliau. Di dalam sahih Muslim, hadith beliau mengenai minuman telah disebutkan oleh Ibn `Awn. Hadith beliau pada etika berpakaian terdapat di dalam sahih Muslim juga sama seperti yang disampaikan oleh adiknya Khalid ibn Qays. Di dalam Muslim beliau telah sebutkan oleh Nasr ibn `Ali. Di dalam kerja selain dari Muslim, hadith beliau telah disebutkan oleh al-Ash`ath dan oleh banyak lagi dari kaliber yang sama. Nuh ibn Qays ibn Rabah melaporkan dari Ayyub, `Amr ibn Malik dan sekumpulan manusia yang lain.


90. Harun ibn Sa`d al-`Ijli al-Kufi

Al-Thahbi menyebut beliau dan meletakkan nama singkatan Muslim pada nama beliau sebagai petunjuk bahawa Muslim menyebut hadith dari beliau, kemudian dia menerangkan beliau sebagai ‘benar di dalam haknya’ tetapi dia juga memanggil beliau "Rafidi yang dibenci" yang menyebutnya dari `Abbas dari Ibn Ma`in bahawa beliau adalah pelampau Shi’a. Beliau telah mempelajari hadith dari `Abdul-Rahman ibn Abu Sa`id al-Khudri, yang kemudiannya menyebut dari Muhammad ibn Abu Hafs al-`Attar, al-Mas`udi, dan Hasan ibn Hayy. Abu Hatim berkata bahawa tiada ada sebarang kesalahan pada hadith beliau. Saya teringat satu dari hadithnya yang menerangkan api neraka; ianya dirakamkan di dalam sahih Muslim seperti yang disampaikan oleh al-Hasan ibn Salih dari Harun ibn Sa`d al-`Ijli, dari Salman.


91. Hashim ibn al-Barid ibn Zayd Abu `Ali al-Kufi

Al-Thahbi menyebut beliau dan meletakkan singkatan nama Abu Dawud dan al-Nisa'i pada nama beliau untuk menunjukkan bahawa beliau adalah seorang dari penyampainya, menyebutkan Ibn Ma`in dan yang lainnya pada mengesahkan beliau sebagai yang dipercayai, sebagai tambahan dari testimoni nya sendiri yang mengatakan beliau "Rafidi." Dia menyebutkan Ahmed sebagai berkata bahawa tiada kesalahan dengan hadith beliau. Hashim menyampaikan hadith dari Zayd ibn `Ali dan Muslim al-Batin, dan dia disebutkan oleh al-Kharibi dan anak lelakinya `Ali ibn Hashim, yang mana kami telah rujuk diatas, sebagai tambahan kepada sekumpulan ulama yang terkenal. Hashim taat kepada Shi`ism, dan ini telah diperjelaskan apabila kita bincangkan `Ali ibn Hashim.


92. Hubayrah ibn Maryam al-Himyari

Beliau adalah seorang dari sahabat Imam `Ali (as), sama setaraf hanya dengan al-Harith di dalam keikhlasan dan persahabatan mereka. Al-Thahbi menyebut beliau dan meletakkan pada nama beliau singkatan nama pengarang sunan sebagai rujukan bahawa beliau adalah seorang penyampai kepada musnad mereka, kemudian dia menyebutkan Ahmed sebagai berkata, "Tiada kesalahan dengan hadith beliau, dan beliau adalah lebih berharga kepada kami dari al-Harith." Al-Thahbi menyebut dari Ibn Kharash menerangkan Hubayrah sebagai ‘lemah’; dia pernah menyerang yang luka di Siffin." Al-Jawzjani mengatakan yang berikut mengenai beliau: "Beliau adalah pengikut al-Mukhtar yang akan membunuh mereka yang cedera di dalam peperangan Khazir."

Al-Shahristani, di dalam bukunya Al-Milal wal Nihal, telah mengatakan beliau adalah diantara pemuka Shi`a, fakta yang telah dipercayai oleh semua. Hadith beliau dari `Ali (as) tidak dipersoalkan di dalam sunan, dan beliau telah disebutkan oleh keduanya Abu Ishaq dan Au Fakhita."


93. Hisham ibn Ziyad Abul Miqdam al-Basri

Al-Shahristani telah menulis beliau di dalam Al-Milal wal Nihal diantara pemuka shi’a. Al-Thahbi menyebut beliau dua kali: satu pada abjad index, dan satu lagi di dalam bab kunayat, meletakkan Q pada nama beliau untuk menunjukkan bahawa Dar Qutni penulis sunan, bergantung kepada penyampaian beliau. Rujuk kepada hadith beliau di dalam sahih Tirmithi dan hasil kerja-kerja yang lain seperti yang disampaikan dari al-Hasan dan al-Qardi. Beliau telah disebutkan oleh Shayban ibn Farukh, al-Qawariri dan lainnya..


94. Hisham ibn `Ammar ibn Nasr ibn Maysarah, Abu al-Walid

Beliau juga dikenali sebagai al-Zafri al-Dimashqi. Beliau seorang dari penasihat Bukhari seperti yang nyatakan di dalam sahihnya. Ibn Qutaybah mengatakan bahawa beliau adalah seorang diantara pemuka Shi`a apabila dia menyebutkan beberapa orang dari mereka di dalam bab golongan di dalam bukunya Al-Ma`arif. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Mizan, menerangkan beliau sebagai "Imam, pemidato, qari Damascus, seorang tradisionis dan juga ulama, seorang jujur yang telah menyampaikan banyak hadith, miskipun beliau mempunyai beberapa [ideologi] yang salah, etc."

Al-Bukhari menyebut beliau secara terus di dalam bab "mereka yang secara suka-rela memberikan tambahan masa untuk membayar balik pinjaman" di dalam bab jual beli pada sahihnya dan di dalam lain bab yang para penyelidik telah terbiasa. Bab yang sedemikan, saya percaya, ada pada bukunya Al-Maghazi, bukunya mengenai minuman, dan pada bab sifat-sifat para sahabat Rasul [sawas]. Hisham ibn `Ammar menyampaikan hadith dari Yahya ibn Hamzah, Sadaqah ibn Khalid, `Abdul-Hamid ibn Abul `Ishrin dan lainnya. Pengarang Al-Mizan berkata: "Ramai yang menyebut hadith beliau; mereka datang ketempat beliau untuk belajar bagaimana untuk membaca al-Quran dan pada penyampaian hadith. Hadith beliau telah disebutkan oleh al-Walid ibn Muslim, seorang dari penasihatnya, sedang beliau sendiri menyampaikan hadith dari Abu Lahi`ah. `Abdan telah berkata bahawa tiada tradisionis yang serupa dengan beliau didunia ini, sedangkan yang lain mengatakan bahawa Hisham seorang yang bercakap lepas, bijak, mudah untuk difahami dan beliau mempunyai ilmu yang banyak."

Seperti Shi’a yang lain, Hisham ibn `Ammar percaya bahawa gaya bahasa al-Quran hanya diciptakan oleh Allah awj. Apabila Ahmed [ibn Hanbal] mendengar mengenainya, seperti mana yang dinyatakan oleh pengarang Al-Mizan di dalam biografi, Hisham ibn `Ammar, dia membalas dengan berkata, "Saya telah mengetahui beliau sebagai perosak, semoga Allah membakar beliau." Ahmed juga telah menjumpai buku yang ditulis oleh Hisham yang mana terdapat syarahan beliau yang berkata: "Pujian bagi Allah yang telah menunjukkan diriNya kepada makhluknya melalui dari apa yang telah dijadikanNya." Ini telah membuat Ahmed menjadi amat marah, sehinggakan dia meminta semua orang yang pernah bersolat dibelakang Hisham supaya mengulangi solat mereka. Ahmed tidak dapat melihat kenyataan Hisham yang jelas pada mengatakan bahawa Allah amat unggul dari boeh dilihat, maha tinggi dari mereka yang bertanyakan mengenaiNya dengan ‘bagaimana’ atau ‘dimana’, mencukupilah dengan kesyukuran dari makhluknya. Kenyataan beliau boleh dibandingkan dengan sesaorng yang mengatakan: Dia telah menunjukkan mukjizatNya didalam semua kejadian yang diciptakanNya," atau ianya mungkin boleh jadi lebih tepat dan sesuai dari yang terkemudian; tetapi para ulama dari kaliber yang sama mengatakan terhadap sesama mereka dibahagian yang mereka suka atau sebaliknya, masing-masing adalah setinggi mana darjah pengetahuan mereka. Hisham ibn `Ammar telah dilahirkan pada tahun 153, dan meninggal pada permulaan Muharram tahun 245 H.; semoga Allah merahmatinya.


95. Hashim ibn Bashir ibn al-Qasim ibn Dinar al-Wasiti, Abu Mu`awiyah

Tempat lahir beliau adalah Balkh. Datuknya al-Qasim telah berpindah ke Wasit untuk memulakan perniagaan. Ibn Qutaybah menulis beliau di dalam Al-Ma`arif diantara pemuka Shi`a. Beliau adalah penasihat Imam Ahmed ibn Hanbal dan semua mereka yang sama kaliber. Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bukunya Al-Mizan, menandakan nama beliau dengan petunjuk bahawa semua pengarang buku enam sahih bergantung kepada penyampaian beliau, dan menerangkan beliau sebagai seorang yang telah menghafal keseluruh al-Quran. Berkata al-Thahbi: "Beliau adalah seorang ulama yang amat terkenal. Beliau belajar hadith dari al-Zuhri dan Hasan ibn `Abdul-Rahman. Hadith beliau telah disebutkan oleh al-Qattan, Ahmed, Ya`qub al-Dawraqi, dan oleh ramai yang lain."

Rujuklah kepada hadith beliau di dalam buku sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disampaikan oleh Hamid al-Tawil, Isma`il ibn Abu Khalid, Abu Ihaq al-Shaybani, dan oleh yang lain. Beliau telah disebutkan di dalam kedua buku oleh `Umer, al-Naqid, `Amr ibn Zararah, dan Sa`id ibn Sulayman. Di dalam Bukhari, hadith beliau telah disebutkan oleh `Amr ibn `Awf, Sa`d ibn al-Nadir, Muhammad ibn Nabahan, `Ali ibn al-Madini, dan Qutaybah. Di dalam Muslim, beliau disebutkan oleh Ahmed ibn Hanbal, Shurayh, Ya`qub al-Dawraqi, `Abdullah ibn Mu`it`, Yahya ibn Yahya, Sa`id ibn Mansur, Ibn Abu Shaybah, Isma`il ibn Salim, Muhammad ibn al-Sabah, Dawud ibn Rashid, Ahmed ibn Mani`, Yahya ibn Ayyub, Zuhayr ibn Harb, `Uthman ibn Abu Shaybah, `Ali ibn Hajar, dan Yazid ibn Harun. Dia meninggal, semoga Allah merahmati beliau, di Baghdad dalam tahun 183 H. ketika berumur 79.


96. Waki` ibn al-Jarrah ibn Malih ibn `Adi

Kunyat beliau adalah "Abu Sufyan," kerana anak lelaki beliau Sufyan al-Ruwasi al-Kufi. Beliau adalah dari suku kaum Qays Ghilan. Di dalam buku Ma`arif, Ibn Qutaybah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi`a. Di dalam bukunya Tahthib, Ibn al-Madani telah berkata bahawa Waki` berpegang kepada Shi`ism. Marwan ibn Mu`awiyah tidak pernah meragui bahawa Waki` adalah "Rafidi."

Suatu ketika Yahya ibn Ma`in melawat Marwan dan mendapati dia dengan papan tulis yang menggandongi kenyataan mengenai orang itu dan orang ini. Diantara kandongannya adalah kenyataan yang menerangkan Waki` sebagai Rafidi. Ibn Ma`in berkata kepada Marwan: "Waki` lebih baik dari kamu." "Lebih baik dari saya?!" bentak Marwan. Ibn Ma`in menjawab: "Ya, lebih baik dari kamu." Ibn Ma`in membayangkan bahawa Waki` telah mengetahui mengenai dialog ini dan dia bertindak dengan mengatakan, "Yahya adalah seorang sahabat kami." Ahmed ibn Hanbal telah ditanya, "Jika terdapat kepincangan di dalam penyampaian hadith diantara Waki` dan Abdul-Rahman ibn Mahdi, hadith siapa yang kamu terima?" Ahmed menjawab bahawa dia sendiri lebih mengutamakan hadith `Abdul-Rahman atas sebab yang dia nyatakan. Diantaranya adalah yang ini: "`Abdul-Rahman tidak pernah mengatakan sesuatu yang menghinakan mengenai keturunan kita, tidak seperti Waki` ibn al-Jarrah." Ini telah disokong oleh kenyataan yang dirakamkan oleh al-Thahbi pada penghujung biografi al-Hasan ibn Salih dimana dia mengatakan bahawa Waki` pernah berkata: "Al-Hasan ibn Salih, dalam pandangan saya, adalah seorang Imam hadith." Sebahagian manusia berkata kepada beliau, "Tetapi dia tidak memintakan keamanan Allah untuk `Uthman." Beliau berkata, "Adakah kamu meminta Allah merahmati ruh al-Hajjaj?" ini telah menyamakan `Uthman dengan al-Hajjaj.

Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam Al-Mizan dengan menyatakan pandangan yang diatas mengenai beliau. Kesemua pengarang sahih yang enam dan juga yang lainnya telah bergantung pada penyampaian beliau. Rujuk kepada hadith beliau di dalam sahih Bukhari dan Muslim seperti yang disampaikan oleh al-A`mash, al-Thawri, Shu`bah, Isma`il ibn Abu Khalid, dan `Ali ibn al-Mubarak. Beliau telah disebutkan di dalam kedua buku oleh Ishaq al-Hanzali dan Muhammad ibn Namir. Al-Bukhari menyebut hadith beliau seperti yang disampaikan oleh `Abdullah al-Hamidi, Muhammad ibn Salam, Yahya ibn Ja`fer ibn A`yan, Yahya ibn Musa, dan Muhammad ibn Muqatil. Di dalam buku Muslim, beliau telah disebutkan oleh Zuhayr, Ibn Abu Shaybah, Abu Karib, Abu Sa`d al-Ashajj, Nasr ibn `Ali, Sa`d ibn Azhar, Ibn Abu `Umer, `Ali ibn Kashram, `Uthman ibn Abu Shaybah, dan Qutaybah ibn Sa`d. Dia meninggal, semoga Allah merahmati ruhnya, di Fid apabila beliau di dalam kumpulan kafilah yang pulang dari haji, dalam bulan Muharram tahun 197 H. ketika berumur 68.


97. Yahya ibn al-Jazzar al-`Arni al-Kufi

Beliau adalah seorang sahabat Amirul Mukminin [as]. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan dan menandakan nama beliau untuk menunjukkan bahawa Muslim dan pengarang sunan bergantung kepada penyampaian beliau, pengarang menerangkan bahawa beliau adalah seorang yang jujur dan dipercayai, menyebut dari al-Hakam ibn Atbah yang berkata bahawa Yahya ibn al-Jazzar adalah "pelampau" dalam pandangan Shi’anya. Ibn Sa`d telah menyebut beliau pada muka surat 206, Vol. 6, dari bukunya Tabaqat dengan berkata: "Yahya ibn al-Jazzar patuh kepada Shi`ism, dan beliau adalah pelampau pada melakukannya; bahkan ramai yang telah berkata bahawa beliau amat dipercayai, dan beliau banyak menyapaikan hadith."

Saya telah melihat bagaimana sahih Muslim telah menggandongi satu hadith mengenai ibadah yang beliau telah sampaikan dari `Ali, dan yang lain lagi mengenai iman yang disampaikan dari `Abdul-Rahman ibn Abu Layla. Al-Hakam ibn `Utayba dan al-Hasan al-`Urfi telah menyebutkan hadith beliau di dalam Muslim dan lainnya.


98. Yahya ibn Sa`id al-Qattan

Kunyat beliau adalah "Abu Sa`id." Beliau adalah hamba kepada Banu Tamim al-Basri, dan beliau adalah tradisionis yang amat terkenal pada masa itu. Qutaybah telah menjumlahkan beliau diantara pemuka Shi`a di dalam Ma’arif. Pengarang dari enam sahih dan yang lainnya telah bergantung pada penyampaian beliau. Hadith beliau dari Hisham ibn `Urwah, Hamid al-Tawil, Yahya ibn Sa`id al-Ansari dan lainnya berdiri teguh di dalam Bukhari, Musaddad, `Ali ibn al-Madini dan Bayan ibn `Amr. Di dalam buku Muslim hadith beliau telah disampaikan oleh Muhammad ibn Hatim, Muhammad ibn Khalad al-Bahili, Abu Kamil Fadl ibn Husayn al-Jahdari, Muhammad al-Muqaddimi, `Abdullah ibn Hashim, Abu Bakr ibn Abu Shaybah, `Abdullah ibn Sa`d, Ahmed ibn Hanbal, Ya`qub al-Dawraqi, Ahmed ibn `Abdah, `Amr ibn `Ali, dan `Abdul-Rahman ibn Bishr. Dia meninggal, semoda Allah merahmati ruhnya, dalam tahun 198 H. ketika berumur 78.


99. Yazid ibn Ziyad al-Kufi, Abu `Abdullah

Beliau adalah hamba kepada Banu Hashim. Al-Thahbi menyebut beliau di dalam Al-Mizan, meletakkan pada nama beliau singkatan nama Muslim dan empat pengarang sunan untuk menunjukkan bahawa mereka semua menyebutkan hadith dari beliau. Dia menyebutkan bahawa Abu Fadl berkata: "Yazid ibn Ziyad adalah seorang Imam Shi`a yang terkemuka" Al-Thahbi telah mengakui bahawa beliau adalah seorang ulama Kufa yang amat terkenal. Walaupun dengan semua ini, ramai yang telah menyerang beliau, persediaan menentang beliau dengan segala cara pada penghinaan dan tuduhan disebabkan bahawa, bergantung dari Abu Barzah atau mungkin Abu Bardah, beliau telah menyampaikan satu hadith yang mengatakan yang berikut: "Kami berada bersama Rasul [sawas] apabila telah kedengaran nyanyian. Kemudian `Amr ibn al-`Aas dan Mu`aiyah datang dengan sambil menyanyi. Rasul [sawas] berkata: `Wahai Tuhan yang Perkasa! Libatkanlah kedua orang ini di dalam permusuhan, dan balingkan mereka kedalam api neraka.'" Rujuk kepada hadith beliau mengenai minuman di dalam sahih Muslim dari `Abdul-Rahman ibn Abu Layla seperti yang disampaikan dari Sufyan ibn `Ayinah. Dia meninggal, semoga Allah merahmati beliau, dalam tahun 136 ketika berumur lebih kurang 90 tahun.


100. Abu `Abdullah al-Jadali

Al-Thahbi telah menyebut beliau di dalam bab kunayat, meletakkan pada nama beliau "DT" untuk menunjukkan bahawa beliau adalah diantara yang dipercayai oleh keduanya Dawud dan Tirmithi di dalam buku sahih mereka, kemudian dia menerangkan bahawa beliau adalah seorang "Shi`a." Dia menyebutkan dari al-Jawzjani yang berkata bahawa beliau adalah pembawa panji-panji al-Mukhtar. Dia juga menyebutkan dari Ahmed yang menerangkan beliau sebagai yang boleh dipercayai." Al-Shahristani telah menjumlahkan beliau sebagai diantara pemuka Shi`a di dalam bukunya Al-Milal wal Nihal. Ibn Qutaybah telah menjumlahkan beliau diantara penganut kuat "Rafidis" di dalam bukunya Al-Ma`arif. Rujuk kepada hadith beliau di dalam buku sahih keduanya Tirmithi dan Abu Dawud dan juga buku musnads sunni yang lain.

Ibn Sa`d menyebut beliau pada muka surat 159, Vol. 6, dari buku Tabaqat dimana dia berkata bahawa, "Abu `Abdullah al-Jadali seorang penganut kuat Shi`a. Sebahagian mengatakan beliau mengetuai pasukan polis al-Mukhtar, dan bahawa beliau telah dihantar kepada `Abdullah ibn al-Zubayr bersama dengan 800 orang untuk menghapuskan mereka dan menyokong Muhammad ibn al-Hanafiyyah terhadap perancangan Ibn al-Zubayr." Yang sebenarnya Ibn al-Zubayr telah mengenakan kepongan kepada rumah Ibn al-Hanafiyyah dan Banu Hashim, menggelilingi rumah mereka dengan kayu api di dalam persediaan untuk membakar mereka hidup-hidup, kerana mereka tidak mahu memberikan bai’ah kepadanya, tetapi Abu `Abdullah al-Jadali telah menyelamatkan mereka dari bencana tersebut; semoga Allah memberikan ganjaran kepada beliau dari apa yang telah dilakukan untuk ahli rumah Rasul [as]

Sebanyak ini telah mengakhiri apa yang kami telah dapat mengatakan di dalam keadaan tergesa-gesa, 100 wira Shi’a, yang mana penyampaian hadith mereka telah dipercayai oleh sunni. Mereka ini adalah pemelihara pengetahuan ummah. Melalui mereka, sunnah Rasul telah dikekalkan, dan mereka telah dicari oleh pengarang buku sahih dan musnad. Kami telah sebutkan mereka dengan nama-nama mereka, dan menyatakan teks sunni yang telah mengesahkan mereka sebagai Shi’a, dan terus juga terima penyampaiannya, seperti yang kamu telah minta. Saya fikir mereka yang menimbulkan bantahan akan melihat kesilapan mereka pada mengatakan bahawa sunni tidak bergantung pada penyampaian hadith dari Shi’a. Mereka akan mengetahui bahawa kriteria penyampaian hadith adalah kejujuran dan tepat, tidak kira dari golongan mana mereka datang, Sunni ataupun Shi’a. Jika segala hadith yang dismpaikan oleh Shi’a semuanya ditolak, maka sebahagian besar dari sunnah Rasul [sawas] akan hilang, seperti al-Thahbi sendiri telah mengakui ketika menyampaikan biografi Aban ibn Taghlib di dalam bukunya Al-Mizan. Tidak ada testimoni yang lebih baik dari itu.

Kamu, semoga Allah menjadikan kemenangan kepada yang benar melalui diri kamu, telah tahu bahawa terdapat beberapa orang dari keturunan Shi’a, selain dari mereka yang telah dinyatakan diatas, dimana jumlah mereka berlipat kali ganda dari yang seratus ini, yang mana sunni telah bergantung kepada penyampaian hadith dari mereka. Terdapat mereka ‘yang lain’, golongan ini mempunyai kaliber yang lebih tinggi; mereka menyampaikan hadith yang lebih sahih, dan yang mempunyai lebih pengetahuan. Dan diri mereka lebih hampir kepada era Rasul [sawas], dengan senioriti pada memeluk kepercayaan Shi’a. Mereka adalah sahabat Shi’a rasul [sawas], semoga Allah meridhai mereka semua. Kami telah memperkatakan dengan nama mereka yang mulia pada penghujung kerja kami dari Al-Fusul al-Muhimmah. Terdapat juga mereka diantara tabi’in yang dipercayai yang mana penyampaian hadith mereka telah diterima. Setiap seorang dari mereka adalah jujur dan telah menghafal keseluruh al-Quran, dan hujah-hujah mereka bernas dan tidak dapat dibangkang. Diantara mereka yang sedemikian, terdapat mereka yang telah syahid ketika menyokong peperangan sampingan dan utama, Peperangan Unta, Siffin, Al-Nahrawan, yang berlaku di Hijaz begitu juga di Yemen, ketika Bisr ibn Arta'ah menyerang mereka, ketika permusuhan al-Hadrami yang telah dihantar ke Basrah oleh Mu`awiyah. Mereka juga termasuk yang syahid pada Peperangan Taff bersama dengan Ketua Remaja Disyurga [Imam Husayn ibn `Ali, as], dan mereka yang telah syahid bersama dengan cucunya Zayd, dan ramai lagi yang terpaksa menghadapi bermacam-macam kezaliman dan tuduhan, di dalam membalas terhadap pembunuhan beramai-ramai kepada keturunan Muhammad [as]. Diantara mereka ada yang dibunuh hanya kerana berpegang teguh kepada kepercayaan mereka. Yang lainnya secara kejam telah diusir dari tempat kediaman mereka, dan mereka yang telah memilih kepada taqiyya, takut akan keselamatan nyawa mereka atau disebabkan kerana fizikal yang lemah, seperti al-Ahnaf ibn Qays, al-Asbagh ibn Nabatah, Yahya ibn Ya`mur; beliau inilah yang pertama menggunakan titik kepada huruf abjad Arab, al-Khalil ibn Ahmed al-Farahidi, yang menemui perundangan kepada nahu Arab dan penelitiannya, Ma'ath ibn Muslim al-Harra, yang meletakkan asas kepada sains ta’arif di dalam bahasa Arab, dan ramai lagi yang lain, jika biografi mereka sepenuhnya hendak dituliskan, ianya akan memerlukan jilid-jilid buku yang tebal.

Kita ketepikan kebencian Nasibis terhadap manusia ini melalui cara mereka menyerang dengan mengatakan hadith manusia-manusia ini sebagai ‘lemah’, dan mereka memamah nama-nama manusia mulia ini, dari itu telah merugikan mereka dengan pengetahuan yang berfaedah darinya. Terdapat ratusan Shi’a yang berkepercayaan yang telah menghafal hadith, umpama rumah-api untuk petunjuk yang telah diabaikan oleh sunni. Untuk manusia ini, Shi’a telah mengadakan angka-angka petunjuk dan bibliografi yang menggandungi cerita-cerita mereka. Kerja-kerja ini telah membuktikan sejauh mana khidmat manusia ini terhadap agama dan syariah. Sesiapa yang menyelidikki manusia ini, akan mendapati golongan mereka adalah model terhadap kejujuran, kebenaran, wara’, zuhud, ibadah, dan keikhlasan dalam membawa ummah hampir kepada Allah awj, kepada RasulNya [sawas], kepada kitabNya dan juga kepada para Imam kaum Muslim, begitu juga kepada orang awamnya. Kita berdoa kepada Allah untuk membolehkan kami dan juga diri kamu untuk mendapat manfaat dari rahmatNya; Dia yang maha pemurah.


Yang ikhlas,


‘Sh’


[1] Surat ini telah menjadi amat panjang kerana topiknya memerlukan ianya menjadi yang sedemikian. Ulama tidak akan bosan dengan panjangnya, disebabkan oleh kandongannya yang memuatkan faedah yang tidak ternilai dan yang dicari oleh penyelidik dan pengkritik. Selain dari yang itu, biarlah mereka yang bosan membaca sebahagian darinya, dan biarlah mereka menilai yang lainnya dengan saksama, kemudian beralihlah kepada surat yang ke 17, surat selepas ini. Kerana takut membosankan kamu dengan surat yang panjang ini, kami telah menahan dari memuatkan lis-lis buku yang mengandongi maklumat yang berharga dan juga menarik.

[2] Setelah menyebutkan Isma`il ibn `Abbad, al-Thahbi terkeluar dari caranya yang biasa pada menentukan di dalam bukunya Al-Mizan, menyenaraikan beliau sebelum Isma`il ibn Aban al-Ghanawi dan Isma`il ibn Aban al-Azdi. Yang sebenarnya dia telah membuat kesalahan yang besar terhadap dirinya sendiri, dengan mengenepikan segala hak yang asas.

[3] Kollar yang diletakkan pada leher anjing; maksudnya disini adalah waktu untuknya pergi telah tiba apabila tali telah di ikatkan pada lehernya.

[4] Lihat muka surat 196 versi pendek bagi Al-Jami` Baynal `Ilmi wa Fad'ilih oleh ulama sekarang Shaykh Ahmed ibn `Umer al-Muhammasani al-Beiruti.

[5] Rujuk pada muka surat 199 dari ringkasannya di dalam buku yang ditulis oleh seorang ulama Shaykh Ahmed ibn `Umer al-Muhammasani al-Beiruti.

[6] Ibn `Adi menyebut rantaian penyampai termasuk al-Husayn ibn `Ali al-Sukuni al-Kufi, Muhammad ibn al-Hasan al-Sukuni, Salih ibn al-Aswad, al-A`mash, dan `Atiyyah, mengatakan bahawa Jarir telah ditanya suatu ketika: "Bagaimana kedudukan status `Ali's diantara kalangan kamu?" Jarir menjawab: "Beliau adalah manusia yang terbaik" Ini telah disebutkan oleh Muhammad Ahmed al-Thahbi di dalam biografi Salih ibn Abul-Aswad di dalam Al-Mizan. Walaupun dengan al-Thahbi seorang fanatik yang ekstrem, apa yang dapat disebutkan didalam komennya kepada hadith ini adalah kenyataannya: "Dia mungkin bermaksud semasa hidupnya dia [`Ali]."

[7] Kenyataan dia "Betapa agungnya, `Ali," walaupun satu pujian, tidak membawa apa-apa kebaikan kepada kedudukan status Imam [as], walaupun datang dari seorang pengikutnya. Penolakkan Sharik terhadap pujian yang begitu lemah dan ancaman kemarahan beliau adalah menurut pada norma tradisi diperbolehkan. Terdapat perbezaan diantara kenyataan Omayyad durjana yang membayangkan "Betapa agungnya, `Ali," setelah mendengarkan kemuliaan-kemuliaan `Ali yang tak terucapkan, begitu juga dengan ayat-ayat dari al-Quran.

[8] Beliau juga seorang dari mereka yang ditugaskan untuk memerangi petualang seperti mana Ibn Hajar katakan ketika kita membincangkan Sihan ibn Sawhan di dalam bahagian 1 dari bukunya Al-Isabah.

[9] Telah dikatakan kepada al-Sha`bi, seperti yang disebutkan di dalam biografi Rashid al-Hijri di dalam buku al-Thahbi Al-Mizan, "Apa kenanya dengan kamu? Mengapa kamu mencari kesalahan dengan sahabat `Ali? Tidakkah kamu belajar apa yang kamu telah belajar dari mana-mana mereka?" Dia bertanya: "Dari siapa?" Mereka menjawab: "Dari al-Harith dan Sa`sa`ah." Dia berkata: "Berkenaan dengan Sa`sa`ah, beliau adalah, pemidato yang fasih, dan saya belajar darinya bagaimana hendak menyampaikan syarahan, dan sebenarnya al-Harith adalah pakar dalam bidang mathematics, dan dari dia saya pelajari yang sama."

[10] Mencukupi untuk kamu pada pengesahan bukti kepada fakta, apa yang disebutkan oleh Ibn Hajar di dalam biografi nya di bahagian 3 dari bukunya Isabah, Vol. 2, muka surat 241.

[11] Ya, beliau telah dipersetujui oleh mereka yang adil, dan mereka telah memuatkan di dalam sahih mereka dengan kepuasan. Mereka yang menentangnya adalah Nasibis dan Kharijites. Ini termasuk apa yang disampaikan oleh Ahmed ibn al-Azhar, yang telah diterima sebuat suara sebagai penyampai hadith yang dipercayai, dengan berkata: "`Abdel-Razzaq telah mengajarkan kepada saya beberapa hadith yang pilihan yang mana beliau telah mengetahuinya melalui rantaian penyampai yang termasuk Mu`ammar, al-Zuhri, dan `Ubaydullah dan berakhir dengan Ibn `Abbas yang mengatakan bahawa Rasul Allah [sawas] memandang sekali kepada ‘Ali dan berkata: `Kamu adalah ketua pada kehidupan ini, dan ketua pada kehidupan yang mendatang; sesiapa yang mencintai kamu mencintai saya, dan sesiapa yang membenci kamu membenci saya; mereka yang kamu cinta dicintai Allah, dan mereka yang kamu tidak suka telah dibenci oleh Allah; malang bagi mereka yang membenci kamu.'" Ini telah disebutkan oleh al-Hakim pada muka surat 128, Vol. 3, dari bukunya Al-Mustadrak, diikuti oleh komen pengarang: "Ini adalah hadith yang sahih menurut pengesahan dari kedua shaykh." Diantara lain adalah apa ‘Abdel-Razzaq telah sampaikan dari Mu`ammar, dari Ibn Najih, dari Mujahid, fdari Ibn `Abbas yang berkata bahawa Fatima (as) pernah berkata: "Wahai Rasul Allah! Kamu telah mengahwinkan saya kepada pemberi nafkah yang tidak mempunyai wang." Dia berkata: "Tidakkah kamu merasa gembira bahawa Allah telah melihat kepada penduduk dunia dan telah memilih diantara mereka dua orang, dan Dia menjadikan seorang darinya bapa kamu dan yang lainnya suami kamu?" Hadith ini telah disebutkan oleh al-Hakim pada muka surat 129, Vol. 3, dari bukunya Al-Mustadrak melalui Sarih ibn Younus, Abu Hafs, al-A`mash, Abu Salih, sehinggalah kepada Abu Hurayrah.

[12] Allah melarang bahawa mereka yang mempunyai perasaan benci, hanya Mu’awiyah dan kumpulannya yang zalim yang mempunyai perasaan yang sedemikian. Diantara kebencian yang sedemikian yang disampaikan oleh `Abdel-Razzaq melalui rantaian penyampai yang termasuk juga: Ibn `Ayinah, `Ali ibn Zayd ibn Jath'an, Abu Nadrah, sehinggalah kepada Abu Sa`d yang menyebutkan dari Rasul [sawas] yang berkata: "Jika kamu melihat Mu’awiyah duduk diatas mimbar saya, bunuhlah dia."

[13] Sebab untuk ini adalah yang sebenarnya bahawa beliau [as] meninggal pada tahun 148 ketika berumur 65.

[14] Pemergian Imam al-Jawad [as] berlaku pada tahun 220; beliau berusia 25 tahun. Mereka telah melakukan kesilapan, mereka yang mengatakan bahawa `Abdel-Razzaq menyampaikan hadith dari al-Baqir, kerana al-Baqir [as] wafat pada tahun 114 ketika berumur 57 tahun, 12 tahun sebelum `Abdel-Razzaq dilahirkan.

[15] Ini boleh diambil dari biographi datuknya Sa`d ibn Janadah di dalam bahagian 1 dari Al-Isabah.

[16] Sebahagian mengatakan "Ibn Fayruz," yang lain mengatakan "Ibn Fayruzan," sedang yang lain lagi memanggil dia "Ibn `Ali."

[17] Sebahagian mengatakan dalam tahun 201, sedang yang lain mengatakan pada tahun 204.

[18] Seperti di dalam biografi Zubayd al-Yami di dalam Al-Mizan. Kami telah menyebutkan kenyataan ini dari al-Jawzjani ketika membincangkan biografi-biografi Zubayd, al-A`mash, dan Abu Ishaq, dan kami muatkan komen yang berharga mengenai mereka.


SURAT 17

1] MENGHARGAI SENTIMEN PEMBINCANG
2] TERIMA, TIDAK ADA BANTAHAN JIKA AHLEL SUNNAH BERGANTUNG PADA PENYAMPAIAN SHI’A
3] KEPERCAYAANNYA KEPADA KEAJAIPAN AHL AL-BAYT
4] DILEMMA UNTUK BERTOLAK-ANSUR PERKARA YANG DIATAS DENGAN APA YANG DILAKUKAN OLEH AHL AL-QIBLA
Thul-Hijjah 3, 1329 H.

1] Saya bersumpah demi mata mu, bahawa saya belum pernah melihat sesiapa yang lebih berhati mulia, cepat di dalam menanggani sesuatu tajuk, tekun, berpandangan dalam, bernas dalam penghujahan, jelas dalam pembuktian, selain dari kamu. Surat kamu telah sampai seperti berarusnya air terjun, dan penjelasan kamu telah mengawal segala pancaindera dan sentimen saya. Surat kamu yang terakhir telah memulas leher manusia [untuk melihat kembali kearah yang betul], dan menghancurkan kepala kepalsuan.

2] Sunni tidak lagi punya sebarang alasan untuk tidak bergantung kepada saudaranya Shi’a, jika ianya jujur. Pandangan kamu dalam perkara ini amatlah jelas, dan bahawa penentang kamu tidak lebih dari fanatik yang tidak diterima. Hujah mereka bahawa adalah salah untuk bergantung kepada Shi’a bertentangan dengan apa yang dilakukan, dan apa yang mereka lakukan sebenarnya bertentangan dengan hujah-hujah mereka. Hujah dan amalan mereka tidak berlumba di dalam satu arena yang sama, tidak juga mereka menuju kematlamat yang satu, disebabkan oleh pergeseran diantara mereka yang menyebabkan mereka untuk terus bergeseran. Atas sebab ini, hujah mereka telah terbukti salah, sedangkan kamu kekal mantap. Dalam masa yang begitu singkat, kamu telah menghasilkan, apa yang saya anggap sebagai satu penulisan yang mana tajuknya adalah, ‘Perawi Shi’a Pada Menyokong Perawi Sunni,’ mungkin agak sesuai. Objektif sebenar kami bukanlah untuk mempertahankan golongan ini atau itu; atau menang berhujah, bahkan saya berharap ianya akan insya Allah, membawa pembaharuan yang cemerlang di dalam dunia Islam.

3] Kami percaya di dalam mukjizat Allah, yang terdapat pada ketua kami Amirul Mukminin, dan pada mereka Ahlul al-Bayt [as], lebih dari apa yang kamu katakan.

4] Persoalannya sekarang, mengapa manusia ahl al-qibla berpaling dari mengikuti laluan para Imam Ahl al-Bayt [as]? Mengapa manusia tidak menyembah Allah melalui konsep usul dan furu’ Ahl al-Bayt? Mengapa manusia tidak mengambil kata-kata Ahl al-Bayt sebagai muktamad di dalam perkara yang pertikaikan? Mengapa ulama ummah tidak menyelidik pandangan Ahl al-Bayt? Mengapa manusia sebaliknya menentang ideologi Ahl al-Bayt? Ulama ummah selalunya, dari anak kepada bapa, saya merujuk kepada manusia-manusia tertentu, selain dari Ahl al-Bayt, tidak dinafikan telah melakukan itu [menentang Ahl al-Bayt]. Jika ayat-ayat al-kitab dan juga teks sunnah adalah seperti apa yang kamu katakan, Ahl al-Qibla tentunya tidak berpaling dari Imam Ahl al-Bayt, tidak juga manusia akan menerima sebarang pilihan yang lain darinya. Tetapi manusia tidak faham pada ayat-ayat al-kitab dan teks sunnah, selain daripada sanjungan kepada Ahl al-Bayt [inilah yang difahami manusia dari isi kandongan teks]., dan pada perlunya mencintai dan menghormati mereka [itu sahaja]. Manusia yang terdahulu [ulama ummah] lebih dekat kepada kebenaran dan lebih memahami akan maksud sunnah dan ayat-ayat al-kitab [‘dan ikuti petunjuk mereka [6:90] Wassalam.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 18

1] UCAPAN PENGHARGAAN KEMBALI
2] KESILAPAN PEMBINCANG DI DALAM MENILAI SECARA UMUM MENGENAI AHL AL-QIBLA
3] AHLI POLITIK UMMAHLAH YANG BERPALING DARI AHL AL-BAYT
4] PARA IMAM AHL AL-BAYT [TIDAK DIPERSOALKAN] TIDAKLAH LEBIH RENDAH DARI YANG LAINNYA
5] HAKIM YANG JUJUR DARI MAHKAMAH MANA YANG MENGATAKAN PENGIKUTNYA ‘SESAT’?
Thul-Hijjah 4, 1329 H.

1] Terima kasih kerana memandang tinggi kepada saya yang da’if ini, dan saya menghargai sanjumgan kamu terhadap kandungan isi surat saya; dari itu saya merasa rendah hati dengan sanjungan yang sedemikian dan saya tunduk diketulusan budi pada menghormati kebesaran dan martabatnya

2] Tetapi saya meminta kamu untuk memikirkan semula apa yang kamu telah katakan mengenai manusia yang berpaling dari Ahl al-Bayt, mengatakan manusia secara umum semuanya Ahl al-Qibla. Saya ingatkan kamu bahawa separuh dari Ahl al-Qibla adalah Shi’a Muhammad [sawas] yang belum lagi berpaling dan tidak akan berpaling dari para Imam Ahl al-Bayt dari segi keimanan pada asas dan juga cabangnya. Ini adalah pandangan mereka bahawa mengikuti golongan Ahl al-Bayt [as] adalah satu dari arahan yang wajib yang ditekankan di dalam al-Quran dan juga sunnah; maka mereka menyembah Allah awj pada setiap waktu dan dimana saja. Inilah petunjuk dari generasi mereka begitu juga dari keturunan baginda semenjak dari Rasul Allah [sawas] wafat.

3] Manusia yang telah berpaling dari kepercayaan Ahl al-Bayt, di dalam perkara yang berkaitan pada asas dan cabang agama adalah ahli politik ummah, manusia inilah yang mengawal arah haluannya agama, disebabkan berpalingnya manusia ini dari cara penggantian Rasul [sawas], menukarkan penggantian itu dengan cara pilihanraya; walaupun manusia ini telah tahu dengan pasti bahawa kedudukan itu telah diperuntukkan kepada Amirul Mukminin ‘Ali ibn Abu Talib [as]. Manusia ini telah melihat bahawa Arab tidak akan menerima penggantian yang sedemikian jika ianya terhad kepada satu dinasti; dari itu manusia ini telah mula mentafsirkan teks [ayat al-Quran], merampas kuasa melalui pilihanraya supaya setiap orang dari manusia-manusia boleh menikmati kedudukan tersebut sekarang ataupun kemudiannya. Maka ianya bermula dikala ini dan diketika itulah. Manusia ini telah mengorbankan segala kaedah dan kekuatannya untuk mengekalkan dan terus menyokong prinsip ini, serta menghapuskan segala aliran dan pandangan yang berbeza. Keazaman inilah yang telah memaksa manusia ini supaya berpaling dari kepercayaan Ahl al-Bayt. Manusia ini mula mentafsirkan ayat al-Quran atau sunnah untuk bermaksud perlunya pada mengikuti konsep tersebut. Jika manusia ini telah tunduk kepada bukti yang jelas, dan merujukkan orang-orang elit dan orang-orang awam kepada Ahl al-Bayt di dalam perkara yang berkaitan dengan asas dan cabang agama, maka manusia ini tidak punya pilihan selain dari mematuhi kepada prinsip Ahl al-Bayt. Maka akan jadilah manusia ini diantara penyeru kepada Ahl al-Bayt yang terkemuka. Tetapi ini tidak sealiran dengan kehendak, perancangan dan politik manusia ini. Sesiapa yang melihat dengan teliti dalam perkara ini akan mendapati bahawa berpaling dari Imam Ahl al-Bayt dan golongannya adalah seperti berpaling dari pemerintahan mereka [as], yang hanya setanding sahaja kepada Rasul Allah [sawas], dan bahawa terjemahan terhadap hujah mengenai kepimpinnan mereka yang khusus telah digunakan setelah terjemahan hujah mengenai kepimpinan mereka secara umum, jika tidak, tiada siapa yang akan berpaling dari mereka.

4] Tinggalkan teks dan hujah-hujah mereka ditepi, dan lihatlah kepada mereka [Ahl al-Bayt] sedang kita juga lihat pada yang terdahulu [para Imam sunni], adakah kamu dapati mereka [Ahl al-Bayt], di dalam pengetahuan, amalan, atau ibadah, kurang dari Imam al-Ash’ari, atau Imam yang empat, atau mana-mana yang lainnya? Dan jika jawapannya Tidak, jadi mengapa yang lain mesti diikuti? Kepimpinan hendaklah diberikan kepada mereka yang paling berkelayakan.

5] Hakim jujur yang mana telah menentukan bahawa manusia yang berpegang kepada tali mereka [as] dan mengikuti jejak langkah mereka [as] adalah sesat?

Sunni telah melampaui pada memberikan hukuman tersebut, dan keaman bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’


SURAT 19

1] TIDAK ADA HAKIM YANG JUJUR MENGATAKAN PENGIKUT AHL AL-BAYT SESAT
2] MENGIKUTI GOLONGAN MEREKA ADALAH MENJALANKAN TANGGONG JAWAB
3] BOLEHLAH DIKATAKAN BAHAWA MEREKA MEMPUNYAI KEUTAMAAN UNTUK MEMIMPIN
4] MEMINTA TEKS YANG BERKAITAN DENGAN KHALIFA
Thul-Hijjah 5, 1329 H.

1] Tidak; hakim yang jujur tidak akan melebelkan orang yang berpegang pada tali Ahl al-Bayt, yang mengikuti jejak langkah mereka, sebagai ‘sesat’, tidak juga Ahl al-Bayt, lebih rendah dari lain-lain Imam.

2] Taat kepada golongan mereka [Ahl al-Bayt] adalah wajib, dan meyakinkan pada diri, sama seperti taat kepada mana-mana empat golongan yang lain; tidak ada keraguan mengenainya.

3] Bolehlah dikatakan bahawa 12 Imam kamu adalah lebih utama untuk diikuti dari keempat-empat Imam atau yang lainnya, kerana kesemuanya [as] mengikuti satu golongan yang mereka telah teliti, bersetuju dan sepakat.

Sebaliknya, Imam yang empat perbezaan diantara mereka terdapat di dalam semua pekara perundangan, meninggalkan puncanya sebagai eksklusif, tidak diperiksa. Telah diketahui umum bahawa jika sesaorang meneliti sesuatu, usahanya tidak setaraf dengan Imam yang 12. Ini adalah jelas bagi setiap orang yang mempunyai minda yang sihat, dan ianya tidak meninggalkan sebarang hujah bagi orang yang zalim. Ya, Nasibis mungkin mempertikai rujukan golongan kamu kepada Imam Ahl al-Bayt, dan saya mungkin, dilain waktu, meminta kamu membuktikan kesalahan Nasibis.

4] Untuk kali ini, saya meminta kamu untuk meneruskan pada menunjukkan apa yang kamu kata sebagai kenyataan menamakan ‘Ali ibn Abu Talib [as] sebagai pengganti kepada Rasul [sawas]. Hasilkan hujah kamu dari rujukan sunni, dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 20

1] RUJUKAN UMUM KEPADA TEKS [NAS]
2] RUJUKAN, MEMBERI PERINGATAN KEPADA AHLI TERDEKAT [KERABAT]
3] PERAWI SUNNI TERHADAP HADITH INI
Thul-Hijjah 9, 1329 H.

1] Sesiapa yang mengetahui biografi Rasul [sawas], terutama penyelidikkan terhadap keperibadian baginda ketika meletakkan asas kepada kerajaan Islam dan sistem perundangannya, mendirikan asas-asasnya, mengeluarkan perundangan dan menguruskan segala urusannya bagi pihak Allah awj….., akan mendapati ‘Ali

[as] wazir bagi Rasul [sawas], penyokong yang menentang musuhnya, pemelihara pengetahuannya, pewaris bagi kerajaanya, penggantinya, dan yang berkuasa selepasnya. Sesiapa yang mempelajari kenyataan-kenyataan dan tindakkan Rasul [sawas], ketika ditempat kediaman atau diperjalanan, akan dapati kenyataan beginda [sawas] berturutan dalam keadaan sebegini dari mula baginda memulakan seruan sehinggalah baginda wafat.

2] Rujuklah kepada kenyataan pada permulaan dakwah, sebelum Islam disebarkan di Mekah secara terbuka, apabila Allah awj mewahyukan kepada baginda ayat: ‘Dan berilah peringatan keluarga terdekat [26:214] Baginda mempelawa mereka kerumah bapa saudaranya Abu Talib. Mereka semua lebih kurang 40 orang. Diantara mereka adalah bapa saudaranya Abu Talib, al-Hamzah, al-Abbas dan Abu Lahab. Hadith mengenai perkara ini telah disampaikan oleh sunni secara turutan. Pada penghujung kenyataan baginda kepada mereka, Rasul Allah [sawas] berkata: ‘Wahai ketrurunan Abdul-Muttlib! Saya bersumpah dengan Tuhan bahawa setahu saya tidak ada orang muda diantara kaum Arab yang telah membawa sesuatu kepada orangnya yang lebih baik dari apa yang saya bawakan kepada kamu. Saya bawakan untuk kamu yang terbaik dalam hidup ini, dan untuk kehidupan yang akan datang, dan Tuhan telah memerintahkan saya untuk mengajak kamu kepadaNya. Dari itu, siapakah diantara kamu yang akan menyokong saya dalam perkara ini dan menjadi saudara saya, pelaksana wasiat saya dan pengganti saya?’

Kesemua yang mendengar, dengan pengecualian ‘Ali, yang termuda diantara mereka, mendiamkan diri. “Ali bertindak dengan mengatakan: ‘Saya, Wahai Rasul Allah, bersedia menjadi wazir kamu dalam perkara ini.’ Rasul Allah [sawas] kemudian memegang ‘Ali pada lehernya dan berkata: ‘Ini adalah saudara saya, pelaksana wasiat dan wazir saya, dari itu dengarkanlah dia dan patuhlah kepadanya.’ Mereka yang hadir tertawa dan terus mengatakan kepada Abu Talib, ‘Allah telah memerintahkan kamu supaya dengar kepada anak kamu dan taat kepadanya!’

3] Kebanyakkan dari mereka yang telah mempelajari tradisi Rasul secara hafalan dan telah menyampaikan hadith dengan tepat seperti yang diatas. Diantara mereka adalah: Ibn Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Abu Hatim, Ibn Mardawayh, Abu Na`im, al-Bayhaqi di dalam bukunya Al-Dala'il, keduanya al-Tha`labi dan al-Tabari di dalam tafsiran pada Surat al Shu`ara' di dalam buku mereka Al-Tafsir al-Kabir, di Vol. 2 dari buku al-Tabari Tarikh al-Umam wal Muluk. Ibn al-Athir telah menyampaikannya sebagai fakta yang tidak boleh dipertikaikan di dalam Vol. 2 dari bukunya Al-Kamil apabila dia menyebutkan bagaimana Allah awj mengarahkan RasulNya untuk menyampaikan dakwahnya secara umum [terbuka], Abul-Fida dalam Vol. 1 dari buku Tarikh ketika membincangkan siapakah yang pertama pada memeluk Islam, Imam Abu Ja`fer al-Iskafi al-Mu`tazili di dalam bukunya Naqd al-Uthmaniyyah menyatakan ketepatannya,[1] al-Halabi di dalam bab pada tempat persembunyian Rasul di rumah Arqam di dalam bukunya yang terkenal Sirah.[2]

Di dalam kontek yang sama, dengan perkataannya yang seakan serupa, hadith ini telah disampaikan oleh ramai ahli-ahli hadith dan kebanyakkan dari penyampai hadith sunni yang dipercayai seperti al-Tahawi, Diya' al-Maqdisi di dalam bukunya Mukhtara, dan Sa`id ibn Mansur di dalam Sunan. Rujuklah kepada apa yang Ibn Hanbal telah rakamkan dari hadith `Ali's pada muka surat 111 dan 159 dari Vol. 1 buku Musnad. Dia juga menunjukkan pada permulaan muka surat 331 dari Vol. 1 pada Musnad, kepada hadith yang sangat penting [bererti] dari Ibn `Abbas menggandongi 10 kerekteristik [sifat keutamaan] yang mana ‘Ali membezakan dirinya dari manusia lainnya. Hadith ini juga telah diterbitkan di dalam Nisa'i,dari Ibn `Abbas, pada muka surat 6 dari bukunya Khasa'is al `Alawiyyah, dan pada muka surat 132, Vol. 3, dari buku Hakim, Mustadrak. Al-Thahbi telah menyebutkan di dalam bukunya Talkhis, bersumpah tentang sahihnya. Rujuk kepada Vol. 6 dari Kanz al-`Ummal yang mengandongi semuanya secara khusus [mendalam][3] Rujuk juga kepada Muntakhabul Kanz yang disebutkan di nota kaki oleh Musnad Imam Ahmed; rujuk kepada notakaki pada muka surat 41 dan 43 pada Vol. 5 dari buku tersebut untuk semuanya secara khusus. Ini, kami percaya mencukupi untuk memberikan bukti yang nyata, dan keamanan dengan kamu.


Yang ikhlas,

Sh

[1] Seperti pada muka surat 263, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh Ibn Abul Hadid, edisi Egyptian. Seperti juga bukunya Naqd al-`Uthmaniyya, adalah sebuah buku yang unik, perlu diberikan perhatian bagi mereka yang mencari kebenaran. Pada muka surat 257 dan muka surat seterusnya sehingga muka surat 281, Vol. 3, dari Sharh, pada penghujung komen di dalam rumusan syarahan "qasi`a" .

[2] Rujuk pada muka surat 4 dari bab tersebut, atau kepada muka surat 381 dari jilid pertama pada Al-Sira al-Halabiyya. Ibn Taymiyyah amat tidak adil sekali, dan penilaiannya adalah disebabkan oleh kefanatikan yang telah diketahui umum. Hadith ini telah disebutkan oleh seorang sosiologis Mesir Muhammad Hasanayn Haykal; rujuk kepada ruangan kedua muka surat 5 dari penambahan pada isu 2751 di dalam surat khabar Al-Siyasa bertarikh Thul-Qi`da 12, 1350, dan kamu akan menjumpainya disana, diterangkan secara mendalam. Jika kamu rujuk kepada ruangan 4 pada muka surat 6 dari penambahan kepada isu 2785 di dalam suratkhabar yang sama, kamu akan dapati pengarangnya menyebutkan hadith ini dari Muslim's: sahih, Ahmed's: musnad, `Abdullah ibn Ahmed's: Ziyadat al-Musnad, Ibn Hajar al-Haithami's: Jami`ul Fara'id, Ibn Qutaybah's: `Uyun al-Akhbar, Ahmed ibn `Abd Rabbih's: Al-`Iqd al-Farid, `Amr ibn Bahr al-Jahiz di dalam penulisannya mengenai keturunan Hashim, dan Imam Abu Ishaq al-Tha`labi's: Tafsir. Hadith ini juga disebutkan oleh pengarang British Georges di dalam bukunya yang terkenal A Treatise on Islam, diterjemahkan kedalam bahasa Arab oleh seorang atheis dari keturunan Protestant yang mengelar dirinya sebagai Hashim al-`Arabi. Kamu boleh juga menjumpai hadith ini pada muka surat 79 pada buku treatise versi Arabic, edisi ke 6. Disebabkan oleh terlalu terkenal hadith ini dapat menikmati, dari beberapa penulis yang bukan Arab telah memuatkannya kedalam buku-buku mereka, terutama dalam bahasa Peranchis, Inggeris dan Jerman. Di dalam bukunya Heroes and Hero Worship, Thomas Carlyle menyebutnya secara ringkas.

[3] Rujuk kepada hadith 6008 pada muka surat 392, dan kamu akan menjumpai ianya disebutkan dari Ibn Jarir, sedangkan hadith 1045 pada muka surat 396 telah disebutkan dari Ahmed's: Musnad dan dari al-Dia al-Maqdisi's: Al-Mukhtara, dan dari al-Tahawi. Ibn Jarir telah mengesahkannya. Juga rujuk kepada hadith 6056 pada muka 397 dan kamu akan dapati ianya disebutkan dari Ibn Ishaq, Ibn Jarir, Ibn Abu Hatim, Ibn Mardawayh, Abu Na`im, al-Bayhaqi pada bahagian cabang agama, dan di dalam Dala'il, dan hadith 6102 pada muka surat 401 dan kamu akan menjumpainya disebut dari Ibn Mardawayh, dan hadith 6155 pada muka surat 408, kamu akan dapatinya disebut dari Ahmed's: Musnad dan dari Ibn Jarir dari Al-Diya fil Mukhtara. Sesiapa yang menyelidikki Kanz al-`Ummal akan dapati hadith ini di dalam beberapa tempat dikeseluruhan buku tersebut. Jika kamu melihat pada muka surat 255, Vol. 3, dari Sharh Nahjul Balaghah oleh seorang Mu`tazilite Imam Ibn Abul-Hadid, atau pada penghujung penerangan dari syarahan "qasi`a" di dalamnya kamu akan menjumpai hadith ini dengan lengkap.

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: