Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-MUROJA'AT (DIALOG SUNNAH-SYI'AH) Bagian 1

Al-MUROJA'AT (DIALOG SUNNAH-SYI'AH) Bagian 1

Written By Unknown on Rabu, 28 Februari 2018 | Februari 28, 2018


(Terjemahan bebas daripada buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah-Syi'ah) antara Sayyid Abdul-Husayn Sharafuddin Al-Musawi dengan As-Sheikh Salim al-Busyra, Rektor al-Azhar)



SURAT 1

UCAP SELAMAT KEPADA PEMBINCANG
MEMINTA KEBENARAN UNTUK BERBINCANG
Thul Qi`da 6, 1329 H.

1] Keamanan dan kesejahteraan, serta rahmat Allah kepada yang mulia lagi dihormati Sayyid Abdul-Husayn Sharafuddin Al-Musawi.

Saya tidak tahu dengan tata susila kaum shia, tidak juga dengan budi bicara mereka, kerana saya belum pernah bergaul dengan mana-mana mereka dan saya juga tidak tahu adat resam keturunan mereka; tetapi saya amat berminat untuk berbincang dengan ulama terkemuka mereka, serta bergaul rapat dengan orang-orang awamnya, supaya dapatlah mengalihkan arah haluan serta cuba memahami hala kecenderungan mereka, sehinggalah, dengan pertolongan Allah saya telah dapat berdiri dipantai lautan pengetahuan kamu yang luas, dan kamu telah mengizinkan saya mengecapi secawan penuh darinya; dan dengannya Allah telah menghilangkan kedahagaan itu. Saya bersumpah dengan *kota Ilmu Allah, Datuk mu yang pilihan dan dengan pintunya, keturunan kamu yang disanjung, bahawa saya tidak pernah merasakan kepuasan yang sebegini terhadap kehausan, dan juga begitu mujarab sekali terhadap penyakit, seperti limpahan air yang mengalir. Saya biasa mendengar bahawa kamu, kaum shia, lebih suka mengelakkan diri dari saudara kamu, sunni, dan menjauhkan diri dari mereka, dan bahawa kamu merasakan ketenangan dengan berseorangan, sepi menyendiri dan begitulah seterusnya. Tetapi saya dapati diri kamu begitu menyenangkan, bersungguh-sungguh di dalam perdebatan, sopan santun, bernas dalam penghujahan, mudah mesra, jujur di dalam pertelingkahan, menghargai yang tersalah pemahaman, mulia dalam pencabaran, dari itu saya dapati adalah amat menyenangkan untuk duduk-duduk bersama mereka yang shia, dan begitulah yang dicari-cari oleh mereka dari golongan terpelajar.

2] Sedang saya berdiri dipantai lautan ilmu kamu yang luas, saya meminta izin untuk berenang dan menyelam kedalamnya pada mencari mutiara yang ada padanya. Jika kamu mengizinkan, kita akan menggali sedalam mungkin, hingga keakar umbi pada mencari penyebab-penyebab dan juga halangan-halangan yang tertentu, sehingga sekian lama telah menjadi tanda tanya pada diri saya, jika tidak, maka terpulang segalanya kepada kamu. Di dalam menimbulkan persoalan ini, saya bukannya hendak mencari kesalahan atau kekurangan, tidak juga saya mahu menentang atau menghalang; bahkan saya hanya mempunyai saya tujuan: mencari kebenaran. Apabila kebenaran menjadi nyata, maka ianya berhak untuk diikuti; jika tidak, saya samalah seperti seorang penyair yang berkata:

Kami pada apa yang kami ada, dan kamu pada apa yang kamu tawarkan [ajukan], Adakah semuanya [merasa] puas, walaupun apabila pandangan kita berlainan.

Saya akan, jika kamu izinkan, menghadkan perbincangan saya dengan kamu pada dua tajuk: Satu berkenaan dengan golongan Imami, pada prinsip dan cabang-cabangnya, [1] dan satu lagi menggenai Imami secara umum, iaitu penggantian terhadap Pesuruh Allah [sawas]. Tandatangan saya pada penutup setiap perbincangan adalah ‘S’, dan biarlah kamu memakai ‘Sh’

Terlebih dahulu saya meminta ampun dan maaf diatas segala kesalahan, dan kesejahteraan kepada kamu.


Ikhlas dari,

‘S'


[1] Setelah meminta kebenaran untuk berbincang, dia mula menerangkan perkara-perkara yang perlu diperbincangkan, dengan itu dia telah menunjukkan ketinggian moral dan kecemerlangan dirinya di dalam norma-norma perbincangan. Penggunaan singkatan ‘S’ dan ‘Sh’ adalah amat sesuai bagi meneruskan perbincangan yang sedemikian oleh kerana ‘S’ singkatan untuk ‘Salim’ dan dia adalah sunni, sedangkan ‘Sh’ menunjukkan nama keluarga pengarang ‘Sharafud-Din,’ dan beliau adalah shia.

* Merujuk kepada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan Ath-Thabarani dari Abdullah bin Abbas dan Jabir bin Abdullah al- Anshari, sebagai berikut, ‘Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya.’


SURAT 2

BALASAN UCAP SELAMAT.
KEBENARAN UNTUK PERBINCANGAN DIBERIKAN.
Thul Qi’da 6, 1329 H.

1] Keamanan Allah untuk Maulana Shaykh al-Islam, Kesejahteraan dan RahmatNya.

Surat kamu yang sungguh mulia telah memberi dan menganugerahkan keatas kami dengan banyaknya limpahan kehormatan yang mana telah menjadikan lidah kami amat sukar untuk mengatakan terima kasih dengan secukupnya, dan tidak juga dapat memenuhi bahagian tugasnya disepanjang hayat ini.

Kamu telah meletakkan harapan kamu pada diri kami, dan juga membawa kepada kami permintaan kamu, sedangkan diri kamu adalah harapan bagi setiap orang yang mencari, tempat berteduh bagi mereka yang mencari perlindungan. Saya sendiri telah datang kepada kamu dari Syria untuk menikmati kelazatan ilmu dan mencari kesenangan dari diri kamu, dan saya amat pasti, saya akan mendapati kamu penuh dengan kebajikan, melainkan jika Allah menghendaki yang sebaliknya.

2] Kamu telah meminta kebenaran untuk menyatakan sesuatu. Sedangkan kamu mempunyai kuasa pada memboleh dan melarang. Katakan apa sahaja yang kamu hajati: kamu mempunyai penghormatan itu; hukuman kamu muktamad, penilaian kamu adil; dan keamanan bagi diri kamu.


Ikhlas dari,

‘Sh’


SURAT 3

1] MENGAPA SHIA TIDAK BERPEGANG KEPADA MADHAB MAJORITI [RAMAI]??
2] PERLUNYA PADA PERPADUAN
3] PERPADUAN DICAPAI HANYA DENGAN MENGIKUTI MADHAB MAJORITI
Thul Qi’da 7, 1329 H..

1] Saya tanyakan kepada kamu sekarang, apakah sebabnya kamu [shia] tidak mengikuti madhab majoriti kaum Muslim, maksud saya golongan al-Ash’ari, di dalam menentukan prinsip-prinsip keagamaan dan madhab yang empat di dalam cabang-cabangnya. Ummah Muslim semua bersetuju untuk patuh kepadanya di setiap masa dan ketika, manusia sebulat suara menyatakan betapa adilnya pengasas-pengasas tersebut dan juga ijtihad mereka, beramanah, wara’, zuhud, benar, bermoral yang baik, dan berkedudukan tinggi di dalam pengetahuan dan juga amalan.

2] Betapa besarnya keperluan kita hari ini kepada perpaduan dan persamaan! Ini boleh dicapai melalui kamu, dengan mengikuti golongan-golongan ini sebagaimana yang dipersetujui oleh Muslim secara umum, terutama apabila musuh agama kita telah membuat keputusan untuk menghancurkan kita dengan segala daya yang mungkin. Mereka telah memusatkan fikiran dan hati mereka terhadap matlamat tersebut, sedangkan Muslim masih lagi lena, seolah-olah Muslim masih terus dibuai mimpi, membantu musuh supaya dapat menghancurkan diri mereka sendiri, dengan membiarkan diri dipecah belahkan kedalam kumpulan-kumpulan serta mengoncangkan perpaduan kepada berpuak-puak di dalam kefanatikan, meninggalkan diri mereka terbahagi, berpecah, yang membawa setiap orang kepada kesesatan, tidak berkommunikasi sesama sendiri; makanya, kita semua menjadi mangsa serigala, sedang anjing terus memamah daging kita.

3] Adakah kamu melihat yang lain dari apa yang kami telah katakan disini, semoga Allah membimbing langkah kamu pada menyatukan barisan kita? Katakanlah kepada saya, kerana kamu akan di dengari apabila berkata-kata dan dipatuhi apabila memerintah, dan keamanan kepada kamu.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 4

1] PERUNDANGAN AGAMA MEMBUKTIKAN WAJIB MENGIKUTI GOLONGAN AHLUL BAYT.
2] TIDAK TERDAPAT BUKTI YANG MEWAJIBKAN MENGIKUTI GOLONGAN MAJORITI
3] GENERASI DARI TIGA ABAD PERTAMA TIDAK PERNAH MENGETAHUI GOLONGAN INI
4] KEMUNGKINAN PADA IJTIHAD
5] PERPADUAN BOLEH DICAPAI DENGAN MENGHORMATI GOLONGAN AHLUL BAYT
Thul Qi’da 8, 1329 H.

1] Kami mengikuti, di dalam prinsip keagamaan, pada golongan yang lain dari al-Ash’ari, dan ikutan kami di dalam cabang-cabang Islam, pada yang lain dari madhab yang empat tersebut, bukanlah disebabkan oleh perkauman mahu pun kefanatikan, dan tidak juga disebabkan dari keraguan terhadap ijtihad oleh para-para Imam madhab tersebut, atau terhadap kepintaran mereka, kejujuran, berkepercayaan atau tingginya pengetahuan dan juga amalan mereka.

Bahkan dari pembuktian agama telah mewajibkan keatas kita pada mengikuti golongan para Imam dari Ahli keluarga Nabi; tempat turunnya pengkhabaran, tempat dimana para Malaikat berkunjung, tempat sampainya wahyu dan ilham. Maka kami senantiasa merujuk kepada mereka di dalam semua perkara untuk memahami cabang-cabang agama dan juga doktorinnya, di dalam segala asas dan dasar fiqh, di dalam pengetahuan etnik, tata susila, dan juga kesopanan. Kami telah melakukan semua ini dengan menuruti penilaian maklumat dan bukti, yang menyuruh mengikuti Sunnah ketua para Nabi dan Rasul [sawas].

Jika bukti-bukti itu membolehkan kami berbeza dengan Para-para Imam keturunan Muhammad [as], atau jika kita boleh mencapai kedekatan dengan Allah awj dengan mengikuti golongan yang lain, maka kami telah mengikuti jejak langkah manusia umum; demi memperkukuhkan persahabatan dan memperkuatkan ikatan persaudaraan. Tetapi sebaliknya bukti yang nyata melarang mukmin dari condong pada mengikuti pilihan mereka sendiri

2] Bahkan pihak majoriti tidak dapat membuktikan bahawa golongan mereka lebih utama dari yang lainnya, jauh sekali dari menjadikan ianya wajib untuk diikuti. Kami telah melihat kedalam isi kandungan buku-buku Islam secara teliti dengan mata yang tajam menghalusi, tetapi kami tidak menemui sebarang pembuktian terhadap hujah kamu melainkan dari apa yang kamu telah sebutkan terhadap ijtihad, berkepercayaan, adil dan tingginya kedudukan mereka.

Walau bagaimanapun kamu tentu sedia maklum bahawa berijtihad, berkepercayaan, adil dan tingginya kedudukan bukanlah hak monopoli untuk mereka-mereka sahaja; dari itu, jika kedudukan perkara itu adalah yang sedemikian rupa, bolehkah madhab mereka menjadi wajib, hanya dengan kamu yang mengatakannya?

Saya tidak fikir ada sesiapa yang berani mengatakan bahawa pengetahuan dan amalan mereka melebihi dari para-para Imam kami, iaitu keturunan yang disucikan, bahtera penyelamat ummah, pintu pengampunan, keselamatan dari kesesatan di dalam beragama, lambang bagi petunjuk, itulah dia keturunan Rasul Allah [as] dan peninggalan Baginda [sawas] untuk ummahnya. Baginda [sawas] berkata: ‘Janganlah mendahului mereka pasti kamu akan binasa dan janganlah kamu ketinggalan kerana pasti kamu akan binasa. Janganlah mengajari mereka, kerana mereka lebih mengetahui dari kamu.’ Tetapi inilah hasilnya dari akibat kekuasaan politik pada permulaan Islam

Saya sungguh hairan dengan tuntutan kamu yang mengatakan bahawa generasi terdahulu mengikuti madhab tersebut, setelah mendapatinya yang paling adil dan madhab yang terbaik, dan manusia bersetuju untuk mengikutinya pada setiap masa dan ketika. Kamu katakan begitu seolah-olah kamu tidak mengetahui bahawa mereka yang terdahulu, generasi awal yang terbaik adalah pengikut keturunan Muhammad, dan secara lisan boleh dikatakan separuh dari jumlah penduduk Islam, dan mereka adalah pengikut para Imam dari keturunan Muhammad [sawas]. Mereka tidak mengadakan untuknya sebarang pengganti, dan begitulah semenjak dari hidupnya Ali dan Fatimah [as], sedangkan al-Ash’ari dan para Imam dari keempat madhab dan bahkan bapa-bapa mereka belumpun wujud lagi, sebagaimana yang kamu telah sedia mengetahui.

3] Generasi dari tiga abad pertama tidak pernah mengikuti golongan tersebut sama sekali. Dimanakah madhab-madhab tersebut semasa tiga generasi itu, iaitu generasi yang terbaik pernah wujud? Al-Ash’ari dilahirkan pada 270 H dan mati dalam tahun 320 H. Ibn Hanbal dilahirkan pada 164 H dan mati pada 241 H. Al-Shafi’I dilahirkan pada 150 H dan mati pada 204 H. Malik dilahirkan pada 95 H [1] dan mati pada 179 H. Abu Hanifah dilahirkan pada 80 H dan mati pada 150 H. Shii mengikuti golongan para Imam dari Ahlul Bayt Nabi, dan ahli rumah lebih mengetahui apa yang ada di dalam rumah mereka. Yang bukan shii [diketika itu] mengikuti para sahabat dan tabi’in yang terpelajar, dari itu apa yang membuatkan ‘WAJIB’ diatas semua Muslim, setelah tiga abad berlalu, untuk mengikuti madhab-madhab ini, selain daripada mengikuti salah satu dari yang diikuti oleh mereka yang terdahulu?

Apakah yang membuat manusia mengalihkan tumpuannya dari ahli-ahli yang tiada taranya pada kitab Allah dan dari para sahabatnya, keturunan Rasul Allah dan orang kepercayaannya, bahtera keselamatan ummah, pemimpin, penyelamat dan pintu keampunan?

4] Apakah yang menyebabkan pintu ijtihad ditutup dimuka kaum Muslim, setelah ianya terbuka luas semasa dipermulaan tiga abad; selain dari untuk beralih kepada keengganan, bersenang-senang, bermalas-malas, begitu juga pada penerimaan terhadap rampasan hak dan merasa puas dengan kejahilan?

Siapa yang boleh membuatkan dirinya, secara sedar atau tidak sedar, mengatakan bahawa Allah awj, tidak pernah mengirimkan Nabi atau RasulNya yang terbaik, dengan agama dan kod etika yang terbaik, dan tidak juga Dia mewahyukan kepadanya Kitab dan Peringatan yang terbaik, perundangan dan doktorin, dan tidak juga Dia mencukupkan agama ini untuknya dan menyempurnakan Rahmat keatasnya, dan tidak juga Dia mengajarkannya dengan pengetahuan yang dahulu dan sekarang, melainkan untuk satu tujuan iaitu semua perkara ini akan berkesudahan pada para Imam dari madhab-madhab tersebut supaya dapat dimonopoli untuk diri mereka sendiri? Kemudian mereka akan melarang orang lain semuanya dari mendapatkan dari punca yang lain, seolah-olah agama Islam, di dalam kitab dan sunnahnya, dan di dalam semua tanda-tanda dan pembuktian, adalah harta milik mereka sendiri, dan bahawa mereka melarang penggunaannya dalam apa bentuk juga pun yang bertentangan dengan pendirian mereka …. Adakah mereka itu pewaris Nabi atau adakah

Allah telah menamatkan melalui mereka para pengganti dan para-para Imam; atau telah mengajarkan kepada mereka pengetahuan yang dahulu dan sekarang, dan bahawa Dia telah menganugerahkan keatas diri mereka dengan apa yang tidak pernah dianugerahkan keatas diri makhluk lainnya?

Tidak!!! Mereka samalah seperti ramai yang lain, tunggak dan penjaga ilmu pengetahuan, pemelihara dan penyeru. Mereka yang menyeru kepada pengetahuan adalah jauh dari menutup pintu untuk yang lain atau melarang yang lain dari mencapainya. Mereka tidak pernah mengekang fikiran, tidak juga menghadkan pandangan umum supaya tertumpu kepada diri mereka sahaja, tidak juga mereka dapat menutup hati manusia atau menjadikan yang lain pekak, buta, dunggu, terikat atau dibelenggu. Ini tidak boleh dikatakan perbuatan mereka melainkan ianya adalah suatu tuduhan yang palsu, dan kenyataan dari mereka telah menjadi saksi bagi kami.

5] Marilah kita sekarang menumpukan pada perkara yang mana kamu telah menarik perhatian kami: Perpaduan Muslim. Apa yang saya lihat adalah, perkara ini tidak bergantung pada Shia meninggalkan madhab mereka, tidak juga sunni meninggalkan madhab mereka. Meminta Shia untuk melakukan itu tanpa meminta madhab Sunni yang lain melakukan yang sama adalah sama seperti membuat pilihan yang berat sebelah, atau bahkan memilih pada yang kurang utama. Ianya umpama meminta sesuatu yang diluar kemampuan sesaorang [mustahil bagi shia] sebagaimana yang telah diketahui dari pembukaan kata-kata kami terdahulu.

Ya, perpaduan dan persamaan boleh dicapai, jika kamu boleh membebaskan madhab Ahlul Bayt dan melihat padanya sebagaimana kamu melihat kepada mana-mana madhab yang lain dari kamu, supaya yang Shafi’I, Hanafi, Maliki dan Hanbali boleh menganggap pengikut Ahlul Bayt sama seperti golongan mereka sendiri. Maka barulah perpaduan Muslim akan tercapai, dan mereka dapat bersatu dalam satu lipatan. Perbezaan diantara madhab-madhab sunni tidaklah kurangnya dari perbezaan yang terdapat diantara Sunni dan Shia di dalam aliran pemikiran sebagaimana ribuan buku pada dasar dan cabang agama dari kedua kumpulan telah dedahkan, dari itu, mengapa sebilangan diantara kamu mengutuk Shia kerana berbeza dari Sunni? Mengapa mereka tidak, pada pokok perkara yang sama, mengutuk sunni kerana berbeza dari shia, atau kerana berbeza sesama sunni.

Kalau madhab boleh ada empat, mengapa tidak lima? Bagaimana boleh terjadi, tidak ada masalah pada empat madhab, tetapi tidak pada lima? Bagaimana boleh terjadi apabila empat madhab dikatakan sebagai ‘menyatukan’ Muslim, dan apabila ditambah kepada lima, perpaduan itu hancur dan Muslim berpecah belah sesama sendiri?

Saya harap apabila kamu mempelawa kami kepada ‘satu penyatuan’, kamu hendaklah juga mempelawa pengikut empat madhab yang lain kepada tujuan yang sama. Yang terkemudian itu [empat madhab] akan menjadikan lebih mudah untuk kamu dan juga pada mereka. Tetapi mengapa kamu memilih kami sahaja secara khusus pada ajakan ini? Adakah kamu dapati pengikut Ahlul Bayt yang memecahkan perpaduan sedangkan pengikut yang lain menyatu-padukan hati dan keazaman, walaupun terdapat madhab dan aliran pemikiran mereka berbeza, cita rasa dan kecenderungan mereka amat banyak berlainan? Kami fikir bahawa kamu terlebih baik dari ini, kerana kami tahu akan kecintaan kamu terhadap saudara-saudara kamu, dan keamanan bersama kamu.


Yang ikhlas,

‘Sh’

Di dalam Riwayat Hidup Malik, Ibn Khallikan mengatakan di dalam bukunya Al-a’yan bahawa dia telah berlama-lama di dalam rahim ibunya hingga hampir tiga tahun. Perkara yang sama dinyatakan juga oleh Ibn Qutaybah yang menjumlahkan Malik diantara mereka yang bijak, pada muka surat 170 dari bukunya Al-Ma’arif, telah menyebutkan dirinya pada muka surat 198 diantara orang yang mana ibunya mengandung melebihi dari waktu yang biasa.


SURAT 5

1] PENERIMAAN HUJAH-HUJAH KAMI
2] MEMINTA PEMBUKTIAN YANG KHUSUS
Thul-Qi`da 9, 1329 H.

1] Surat kamu amat nyata, tersusun rapi, lagi berharga. Ianya amat lancar, kuat menuju matlamat dan bernas dalam penghujahan. Ia tidak meninggalkan sebarang usaha pada membuktikan bahawa tidaklah wajib untuk mengikuti madhab mereka yang majoriti di dalam prinsip dan cabang keagamaan, tidak ketinggalan juga pada mengesahkan bahawa pintu ijtihad hendaklah tinggal terus terbuka.

Dari itu, surat kamu adalah kukuh pada dua perkara itu, benar di dalam membuktikan setiap satu darinya, dan kami tidak menafikan penelitian kajian kamu dalam perkara itu, penjelasan kamu terhadap kekaburannya, walaupun kami sebenarnya tidak begitu mahir dalam perkara tersebut namun pandangan kami dalam perkara itu adalah sama seperti kamu.

2] Kami telah tanyakan kepada kamu mengenai apakah alasan kamu untuk tidak menerima madhab yang diikuti oleh majoriti Muslim, dan jawapan kamu adalah kerana ‘pembuktian perundangan agama’, sedangkan kamu diharapkan supaya dapat menerangkannya dengan lebih khusus. Bolehkah kamu memberikan penjelasan mengenainya dengan pembuktian yang positif dari kitab al-Quran atau Sunnah yang mana seperti kamu telah katakan, menghalang Mukmin dari mengikuti kecenderongan dirinya sendiri? Terima kasih, keamanan keatas kamu.

Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 6

1] RUJUKAN PADA PEMBUKTIAN WAJIBNYA MENGIKUTI ‘ITRA
2] AMIRUL-MUKMININ [AS] MENGAJAK KEPADA MENGIKUTI AHLUL BAYT
3] KENYATAAN YANG SAMA DARI IMAM ZAIN-UL-ABIDIN
Thul-Qi`da 12, 1329 H.

Kamu, bersyukur kepada Allah, boleh diyakinkan dengan sedikit bayangan, tanpa perlu kepada penerangan, dan kamu pastinya tidak meragui pada fakta bahawa keturunan yang disucikan [‘itra] adalah lebih cemerlang dari yang lainnya. Kedudukan mereka ini amat jelas: mereka [‘itra] adalah lebih utama dari orang yang berkelayakan dan yang telah dapat menonjolkan diri pada kedudukan yang kelihatan seakan sama. Mereka telah membawa dari Rasul Allah [sawas] pengetahuan para Anbia, dan dari Baginda Rasul, mereka telah memahami perundangan agama dan juga sekular.

1] Dari itu, Nabi telah menjadikan mereka sama, hanya kepada Kitab yang Suci, dan menjadikan mereka model untuk orang yang berfikiran, dan bahtera keselamatan, apabila ribut taufan kemunafikan [hipokrit] melanda keselamatan ummah, melindungi manusia dari kesesatan jika badai perpecahan menyerang, pintu keampunan: sesiapa yang memasukkinya akan diampunkan, dan tali Allah yang kuat, yang tidak akan putus.

2] Amirul-Mukminin telah menyebutkan di dalam syarahan 86 Nahjul-Balagha sebagai berkata:

‘Kemana kamu hendak pergi? [81:26]’ dan ‘Kemana kamu hendak berpaling? [6:95; 10:34; 35:3; 40:62],’ oleh kerana bendera telah dikibarkan tinggi, petunjuknya adalah jelas, dan rumah api telah didirikan? [untuk keselamatan kapal-kapal yang belayar]. Maka kemanakah kamu hendak berpaling?

Pasti tidak!!! Bagaimana mata kamu boleh ditutupkan, sedangkan ada bersama diantara kamu ahli rumah Nabi [‘itra]??? Mereka adalah penegak keadilan, panji-panji agama, lidah kebenaran; dari itu yakinilah mereka sebagaimana kamu meyakini al-Quran dan datangilah mereka sebagaimana unta kehausan menuju ketempat air. Wahai manusia! Ambilah ini [1] dari Nabi yang akhir [sawas]: Siapa sahaja dari diantara kami yang wafat, sesungguhnya dia tidak wafat, dan siapa sahaja yang hancur [sesudah wafat] dari diantara kami sesungguhnya dia tidak hancur; dari itu janganlah mengatakan sesuatu yang kamu tidak tahu, kerana terdapat kebenaran yang sebenar pada apa yang kamu nafikan. Terimalah penghujahan dari mereka yang kamu tidak punya sebarang hujah untuknya, dan itu adalah: ‘Tidakkah aku telah berurusan dengan kamu dengan ‘Perkara Terberat’ [2] al-Quran? Tidakkah saya telah tinggalkan diantara kamu ‘Perkara yang kurang Berat’ [Ahlul Bayt] dan pembentangan panji-panji agama yang kukuh diantara kamu ?’

Dia [as] di dalam syarahan 96 Nahjul-Balagha, ‘Berpeganglah kepada Ahlul Bayt Nabi, contohilah mereka dan ikutilah jejak langkah mereka, kerana mereka tidak akan mengeluarkan kamu dari petunjuk, tidak juga mereka membawa kamu kepada kebinasaan; berhenti ketika mereka berhenti, dan bangun ketika mereka bangun, dan janganlah mendahului mereka kerana kamu akan binasa, dan janganlah kamu ketinggalan dari mereka kerana kamu akan binasa.’ Dia [as] telah menyebutkan mengenai mereka [ahlul bayt] satu ketika di dalam syarahan 237 dari Nahjul-Balagha, katanya: ‘Mereka adalah kehidupan bagi pengetahuan dan matinya kejahilan; kesabaran mereka menunjukkan pengetahuan mereka dan yang dzahir pada diri mereka menyatakan apa yang bathin. Diamnya mereka menunjukkan kebijaksanaan dari berkata-kata. Mereka tidak pernah berbeza dengan kebenaran dan tidak juga berbeza sesama mereka mengenai sesuatu. Mereka adalah tungak Islam dan jalan kepada keselamatan. Melalui mereka keadilan dapat dicapai dan salah laku dibuang serta lidahnya dicabut. Mereka memahami agama dengan penuh kesedaran dan pengertian, tidaklah seperti manusia yang mendengar dan menyampaikan, kerana ‘penyampai’ pengetahuan adalah ramai, tetapi mereka yang memeliharanya amatlah sedikit. ’Dia [as], mengatakan di dalam syarahan 153 Nahjul-Balagha, kata-katanya: ‘Keturunannya [‘itra] adalah yang terbaik, dan keluarga mereka adalah yang terbaik. Pokok mereka adalah pokok yang terbaik: Ianya telah ditanam ditempat yang suci, dan tumbuh menjalar, ianya mempunyai dahan yang panjang dan hasil buahnya tidaklah tidak boleh diperolehi.’

Dia [as] telah disebut di dalam syarahan 153 Nahjul-Balagha sebagai berkata: ‘Kami adalah lambang, sahabat, yang diamanahkan dan pintu-pintu. Rumah tidak seharusnya di masuki melainkan melalui pintunya: Sesiapa yang memasukki dengan cara yang lain akan dikatakan pencuri,’ sehingga dia berkata, pada menerangkan keturunan yang suci [‘itra], ‘ Mereka adalah bahagian yang terpenting al-Quran, dan mereka adalah mutiara yang Maha Penyayang. Mereka mengatakan yang benar apabila berkata-kata; atau apabila mereka berdiam diri, tiada siapa yang boleh berkata-kata mendahului mereka. Dari itu, biarkanlah utusan yang hak berkata-kata yang sebenar kepada ummahnya [sawas], serta menggekalkan penghujahannya.’

Dia [as] mengatakan di dalam syarahan 146 Nahjul-Balagha: ‘Kamu seharusnya mengetahui bahawa kamu tidak akan mengenali petunjuk kecuali kamu mengenali siapa yang meninggalkannya, tidak juga kamu mematuhi al-Kitab [al-Quran] kecuali kami mengetahui siapa yang menyalahinya, dan kamu tidak akan berpegang teguh kepadanya kecuali kamu tahu siapa yang membuangnya, dari itu carilah dia [al-Quran] dari mereka yang memilikkinya, kerana mereka adalah kehidupan kepada pengetahuan dan kematian kepada kejahilan. Merekalah orangnya, yang mana penilaiannya menunjukkan kepada kamu pengetahuannya, diamnya mereka menunjukkan kekuasanya berkata-kata, dzahirnya menunjukkan bathin mereka; mereka tidak melanggar agama, tidak juga mereka berbeza diantara sesama mereka menggenainya, sedangkan diantara merekalah saksi yang benar dan yang berkata-kata tanpa suara.’ [al-Quran]

Terdapat banyak lagi kenyataan-kenyataan menyakinkan yang sama dari dia [as] di dalam perkara itu, pertimbangkanlah yang ini yang dipetik dari syarahan 4 Nahjul-Balagha: ‘Melalui kami, kamu menerima petunjuk di dalam kegelapan, menaiki kekemuncak kemuliaan, dan melalui kami kamu mencapai cahaya dan menerangi malam yang gelap. Semoga telinga yang tidak mahu mendengar kepada seruan dipekakkan.’ [3] Dia telah disebutkan di dalam syarahan 104 dari Nahjul-Balagha sebagai berkata: ‘Wahai manusia! Dapatkanlah cahaya mu dari api lampu penyampai yang mengamalkan apa yang disampaikan, dan minumlah dari mata air yang suci dari segala kekotoran.’

Dia juga berkata yang berikut di dalam syarahan 108: ‘Kami adalah pohon Nubuwah, tempat bagi pengkhabaran, dan kepada merekalah yang mana para malaikat datang berziarah, mutiara pengetahuan, mata air kebijaksanaan. Penyokong dan pencinta kami menunggu rahmat, sedang musuh atau yang menentang kami menunggu kemurkaan.’ [4]

Diantara apa yang dia telah katakan dalam perkara itu adalah syarahan 143 dari Nahjul-Balagha dimana dia berkata: ‘Dimanakah mereka yang mengatakan mempunyai dalamnya ilmu pengetahuan selain dari diri kami sendiri? [ lihat juga al-Quran, 3:7 dan 4:162] Itu adalah satu penipuan dan pencabulan terhadap kami, kerana Allah telah meninggikan kami sedang mereka dihinakan; Dia menganugerahkan keatas kami sedang mereka dijauhkan, dan Dia mengizinkan kami untuk memasukki [kedalam kota ilmu] sedangkan mereka diusir. Melalui kami petunjuk dicapai dan kebutaan [kegelapan] dihapuskan. Pastinya para Imam dari Quraysh telah ditanamkan di dalam tempat peranakan Hashim. Imami tidak akan sesuai untuk orang lain, begitulah juga dengan pemerintahan.’ Kemudian dia mengatakan: ‘Tetapi mereka mengutamakan keuntungan yang sekarang dari yang kemudian, meninggalkan telaga yang suci untuk minum dari telaga yang kotor,’ sehinggalah kepada akhir kenyataannya. Dia juga mengatakan pada penutup syarahan 189 dari Nahjul-Balagha: ‘Sesiapa dari kamu yang mati pada ranjangnya dengan mengetahui akan hak Tuhannya dan mengetahui akan hak Rasul dan keluarganya [Ahlul Bayt] telah mati sebagai syuhadah, dan balasannya terpulanglah kepada Allah, dan dia berhak ganjaran diatas segala amal baik yang dia bermaksud pada melakukannya: Niatnya telah menjadikan terlaksananya ganjaran pada penggunaan pedang [di dalam jihad]

Juga dia [as] telah berkata: ‘Kami adalah yang dimuliakan, keturunan kami adalah keturunan Nabi; parti kami adalah parti Allah awj, sedangkan parti yang menentang kami adalah syaitan, sesiapa yang menyamakan kami dengan musuh-musuh kami pastinya bukan dari pihak kami.’ [5]

Imam al-Mujtaba Abu Muhammad al-Hasan, yang penyabar, ketua remaja disyurga [as], telah berkata yang berikut di dalam satu dari syarahannya: ‘Takutlah kepada Allah mengenai kami, kerana kami adalah pemerintah kamu .’ [6]

3] Setiap kali Imam Abu Muhammad, ‘Ali anak al-Husayn Zainul-Abidin, ketua bagi mereka-mereka yang sujud dalam sholat, membaca ayat suci yang Maha Perkasa: ‘Wahai kamu yang beriman! Takutlah kepada Allah dan bersamalah dengan mereka yang benar,’ [9:119] dia akan membaca doa yang panjang yang mengandungi rayuannya untuk dijumlahkan diantara ‘yang benar’ demi mendapatkan kedudukan yang tinggi. Dia kemudian akan menyatakan bencana-bencana dan bid’ah-bid’ah dari kumpulan yang berpisah dari Imam yang beriman dan dari pohon Nubuwah. Kemudian dia akan berkata: ‘Sebahagian manusia telah tersesat jauh sehingga telah merendahkan kami, membuat alasan pada ayat-ayat al-Quran yang kelihatan sama sahaja kepada mereka, memberikan padanya dengan interpretasi mereka sendiri, dan mengadakan keraguan mengenai ayat yang disampaikan pada memuliakan kami,’ sehinggalah dia akan berkata: ‘Dengan siapakah manusia dari ummah ini hendak berlindung, oleh kerana tungak dari agama ini telah dilupakan dan ummah telah berpecah sesama sendiri dengan persengketaan, setiap parti menuduh yang lain dengan kekufuran, sedangkan Allah telah berkata: ‘Janganlah menjadi seperti mereka yang berpecah dan bertelingkah [sesama sendiri] walaupun setelah mereka menerima keterangan yang nyata [3:104]? Siapakah yang boleh dipercayai pada menyampaikan pembuktian Ilahi dan menerangkan hukum-hukum, selain dari mereka yang arif al-Quran dan dari keturunan Imam Petunjuk, cahaya di dalam kegelapan, mereka yang Allah menjadikan hujahNya terhadap segala hambaNya? Dia tidak pernah meninggalkan kejadianNya begitu sahaja tanpa sebarang Pembuktian. Kenalkah kamu kepada mereka atau telah menjumpai mereka, dari cabang pohon yang dirahmati, peninggalan dari yang elit yang mana Allah telah menghapuskan segala kekotoran, mensucikan mereka dengan sesuci-sucinya, bersih dari segala dosa dan noda serta memerintahkan kecintaan kepada mereka di dalam kitabNya.’ Itu adalah kata-katanya [as][7] Selidiklah dan lihatlah kepada sebutan dari kata-kata Amirul-Mukminin, kamu akan dapati keduanya mewakili golongan pemikiran kaum Shia dalam perkara ini dengan jelas. Pertimbangkanlah kata-kata mereka yang sebanyak ini, sebagai spesimen untuk semua kata-kata yang sedemikian dari para Imam dari Ahlul Bayt. Mereka semua sebulat suara pada perkara ini, dan buku sahih kami adalah mutawatir pada menyebutkan dari mereka [turutan sampaian], dan keamanan untuk kamu.


Yang ikhlas’

‘Sh’

[1] Dia bermaksud untuk mengatakan: ‘Pelajarilah ini dari Rasul Allah [sawas]: ‘Apabila ahli dari Ahlul Bayt Rasul wafat, dia sebenarnya tidak wafat,’ iaitu ruhnya tinggal bersinar dibumi nyata. Ini juga telah diperkatakan oleh Shaykh Muhammad `Abdoh dan lainnya.

[2] Amirul-Mukminin [as] bertindak mengkuti ‘Perkara Yang Berat’ iaitu al-Quran, mewariskan perkara ‘Yang Kurang Berat’ iaitu kedua anaknya. Telah dikatakan bahawa keturunan dia adalah model keperibadian untuk yang lain sebagaimana yang dikatakan oleh Shaykh Muhammad `Abdoh dan pengulas Nahjul-Balagha yang lain.

[3] Di dalam ulasannya, Shaykh Muhammad `Abdoh berkata: ‘Sarar’, disebut seakan ‘sahab’ dan ‘kitab’, adalah malam terakhir bagi sesuatu bulan mengikut kalender lunar yang mana bulan akan lenyap. Maka maksudnya adalah: ‘Kamu memasukki kepada fajar,’ bererti ‘Kamu dahulunya hidup di dalam kegelapan, kegelapan jahiliah dan kesesatan, sehinggalah kamu keluar di dalam cahaya melalui petunjuk dan arahan dari kami, ‘ rujukan itu menunjukkan kepada Muhammad [sawas] dan keturunannya, dan juga sepupunya Imam [as], dia yang menyokong misi baginda.

[4] Lihat kepada penutup syarahan 105, ms 214, jilid 1, Nahjul-Balagha. Ibn Abbas telah berkata: ‘Kami adalah ahli dari Ahlul Bayt Rasul yang mana rumah mereka adalah tempat ziarah para malaikat, iaitu Ahlul Bayt Rasul, dan ahli Ahlul Bayt bagi rahmat dan pengetahuan.’ Dia telah disebutkan sebagai berkata yang sedemikian oleh sekumpulan ahli hadis sunni yang dipercayai dan sebagaimana dikatakan pada penutup pada bab itu pada ciri-ciri kerekter Ahlul Bayt [as] pada ms 142 oleh Ibn Hajar bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa.

[5] Kenyataan ini disebutkan oleh ramai pengarang, termasuk Ibn Hajar pada penutup bab pada ciri-ciri kerekter Ahlul Bayt [as] pada penghujung ms 142 dari buku Al-Sawa`iq al-Muhriqa dimana dia membuat sedikit penipuan mengenai mereka, sungguh besar ketidakadilan yang dilakukan terhadap mereka.

[6] Rujuk kepadanya pada penutup dari bab wasiat Nabi [sawas] di dalam perkara itu pada ms 137 oleh Ibn Hajar' bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa.

[7] Rujuk padanya dimuka surat 90 Al-Sawa`iq al-Muhriqa dimana Ibn Hajar menerangkan pengertian ayat [3:103]: ‘Dan berpeganglah kepada tali Allah kesemua kamu semua’ sebagaimana satu dari banyak yang lain yang dia terangkan di dalan seksen 1, bab 11.


SURAT 7

1] MEMINTA BUKTI DARI KENYATAAN ALLAH DAN RASULNYA
2] PEMBUKTIAN DARI AHLUL BAYT TIDAK BOLEH DITERIMA
Thul-Qi`da 13, 1329 H.

1] Bawakan bukti dari kenyataan Allah dan Rasulnya yang menjadi saksi pada wajibnya mengikuti para Imam diantara Ahlul Bayt secara mutlak, dan tinggalkan kata-kata sesiapa sahaja dalam konteks ini melainkan kenyataan dari Allah dan Rasulnya.

2] Kenyataan para Imam kamu tidak boleh diberikan sebagai hujah terhadap para penentang mereka, kerana hujah yang sedemikian akan menghasilkan putaran hujah logikal sebaliknya, [hujah dari penentang] sebagaimana kamu sedia tahu, dan keamanan keatas kamu.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 8

1] TIADA TUMPUAN DIBERIKAN TERHADAP KENYATAAN KAMI TERDAHULU
2] KESILAPAN PADA PERLUNYA PUTARAN HUJAH LOGIKAL
3] HADITH DUA PERKARA BERAT
4] KESINAMBUNGANNYA [TAWATUR] [URUTAN PENYAMPAI HADIS TERSEBUT]
5] TIDAK BERPEGANG KEPADA ‘ITRA AKAN SESAT
6] PERSAMAAN MEREKA KEPADA BAHTERA NUH, PINTU KEAMPUNAN, DAN TERSELAMAT DARI PERSELISIHAN AGAMA
7] APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AHLUL BAYT DALAM KONTEKS INI
8] HUJAH PADA PERSAMAAN BAHTERA NUH DAN PINTU KEAMPUNAN
Thul-Qi`da 15, 1329 H.

1] Kami tidak mengabaikan pada menyatakan pembuktian kami dari hadith Rasul [sawas]. Yang sebenar, kami telah merujuk kepadanya dipermulaan surat kami, yang dengan jelas menyatakan bahawa mengikuti para Imam dari Ahlul Bayt adalah wajib mutlak. Kami katakan begitu, apabila kami menyatakan bahawa dia [sawas] telah membandingkan mereka [as] dengan Kitab Suci, menjadikan mereka sebagai model untuk orang yang diberikan fikiran, menyamakan mereka dengan bahtera keselamatan, penyelamat ummah, pintu keampunan – kesemuanya adalah rujukan yang disebutkan dari buku-buku sahih yang teksnya jelas dan diketahui umum. Kami juga telah mengatakan bahawa kamu akan berpuas hati hanya dengan pembayang, tidak secara khusus, tanpa memerlukan kepada penerangan yang selanjutnya.

2] Maka kenyataan dari Imam kami, sebagaimana kami telah terangkan, adalah sesuai untuk digunakan sebagai hujah terhadap penentang mereka, dan digunakan dengan cara yang tidak boleh dianggap sebagai membalas hujah dengan cara yang keji, sebagaimana kamu telah sedia tahu.

3] Ambillah sebagai contoh, kenyataan Rasul [sawas] yang mana kami telah rujuk, yang dengannya baginda telah menyentuh kedalam hati mereka yang jahil dengan perasaan takjub, dan menjadi seruan kepada mereka yang lalai, sebagaimana disebutkan oleh al-Tirmithi dan al-Nisa’I dari Jabir, dan mereka seterusnya telah disebutkan oleh al-Muttaqi al-Hindi dipermulaan bab, mengenai orang yang berpegang kepada Kitab dan Sunnah di dalam bukunya Kanzul-Ummal, jilid 1, ms 44, sebagai berkata:

‘Wahai manusia! Saya meninggalkan bersama kamu Kitab Allah dan Ahlul Bayt ku [‘itra]. Selagi kamu

berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat.’

Dia [sawas] juga telah berkata:

‘Saya telah meninggalkan bersama kamu, yang selagi kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat selepas saya: Kitab Allah, tali yang merentang dari langit sampai ke bumi, dan ‘itra saya, Ahlul Bayt saya. Keduanya tidak akan berpisah sehinggalah mereka sampai kepada saya di Tasik, dari itu, lihatlah bagaimana kamu menggantikan saya di dalam memperlakukan terhadap mereka.’ [1] Dia [sawas] juga telah berkata:

‘Saya meninggalkan diantara kamu dua pengganti: Kitab Allah, tali yang merentang dari langit sampai kebumi – atau diantara langit dan bumi - dan Ahlul Bayt saya [‘itra], mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik.’ [2]

‘Saya meninggalkan diantara kamu ‘Dua Perkara Berat’: Kitab Allah dan Ahlul Bayt saya, mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik.’ [3]

Dia [sawas] telah berkata: ‘Saya fikir, saya akan dipanggil dan akan menyahut panggilan itu, dan saya akan meninggalkan diantara kamu Dua Perkara Berat, Kitab Allah dan keturunan saya, Ahlul Bayt saya. Yang Maha Suci dan Maha Agung telah mengatakan kepada saya bahawa mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik; maka lihatlah bagaimana kamu menggantikan saya di dalam memperlakukan terhadap mereka.’ [4]

Setelah pulang dari Haji Selamt Tinggal [Wida’], dia [sawas], berkhemah di Ghadir Khumm dan meminta supaya kawasan dibawah beberapa pohon yang rendang dibersihkan, kemudian baginda berkata di dalam syarahannya:

‘Ianya kelihatan seolah-olah saya akan dipanggil dan akan menyahut panggilan itu, dan saya akan meninggalkan bersama kamu Dua Perkara Berat, satu darinya lebih berat dari yang lain: Kitab Allah, dan Ahlul Bayt saya; maka lihatlah bagaimana kamu menggantkan saya pada memperlakukan terhadap mereka, kerana mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik.’ Kemudian dia [sawas] menambah:

‘Allah awj adalah Pemimpin saya, dan saya adalah pemimpin terhadap setiap mukmin.’ Setelah mengatakan itu, dia mengambil tangan Ali dan berkata: ‘Kepada sesiapa yang saya adalah pemimpinnya, ini Ali adalah pemimpinnya. Wahai Allah! berbaiklah kepada sesiapa yang berbaik dengan Ali, dan jadilah musuh kepada sesiapa yang menentang dia, dst.’ [5]

Abdullah ibn Hantab telah berkata: ‘Rasul Allah [sawas] menyampaikan syarahannya kepada kami di al-Juhfa

dimana dia bertanya kepada kami: ‘Tidakkah saya mempunyai kuasa [hak] yang lebih diatas diri kamu dari diri

kamu sendiri?’ Yang hadir disana menjawab: ‘Ya sebenarnya, Wahai Rasul Allah!’ Kemudian dia berkata:

‘Maka saya akan mempersoalkan kamu mengenai yang dua ini: al-Quran dan ‘itra saya.’ [6]

4] Buku-buku sahih yang mengatakan wajib pada mengikuti Dua Perkara Berat adalah berturutan melalui lebih dari 20 sahabah, yang mana kesemuanya sepakat dalam perkara ini. Rasul Allah [sawas] telah menekankan perkara ini di beberapa kejadian: pada hari Ghadir Khumm, pada hari Arafat diwaktu Haji Wida’, selepas meninggalkan Taif, dari atas mimbarnya di Madina, dan di dalam biliknya yang suci ketika dia sakit, apabila biliknya dipenuhi oleh para sahabah. Dia berkata di dalam insiden yang terakhir: ‘Wahai ummah! Saya rasa saya akan mati tidak lama lagi, dan terhadap tugas saya, saya telah memberitahu kepada kamu dahulu, dan untuk tidak meninggalkan sebarang alasan bagi kamu, maka: Saya akan meninggalkan bersama kamu Kitab Allah awj dan ‘itra saya, Ahlul Bayt saya.’ Setelah selesai, dia mengambil tangan Ali dan mengangkatnya sambil berkata: ‘Ini Ali adalah bersama al-Quran, dan al-Quran bersama dengan Ali: mereka tidak akan berpisah diantaranya sehingga mereka sampai kepada saya di Tasik.’ [7]

Kumpulan majoriti yang terpelajar telah mengesahkan yang diatas. Bahkan Ibn Hajar, pada menyebutkan tradisi Dua Perkara Berat, telah berkata, ‘Maka ketahuilah, bahawa tradisi yang menyuruh berpegang kepada keduanya datang melalui banyak cara dan telah disebutkan oleh lebih dari 20 sahabah.’ Dia berkata lagi, ‘Disini keraguan timbul mengenai bilakah dia mengatakannya. Sebahagian ahli tradisionalis mengatakan dia berkata di Arafat semasa Haji perpisahan dan yang lain mengatakan dia berkata di Madina ketika dia sedang sakit, dan biliknya dipenuhi oleh para sahabah. Sekumpulan yang lain mengatakan bahawa dia membuat kenyataan itu di kawasan paya Khumm, dan terdapat yang lain lagi yang mengatakan bahawa dia berkata secara berdakwah setelah meninggalkan Taif seperti mana yang disebutkan diatas.’ Ibn Hajar berkata selanjutnya, ‘Tidak terdapat sebarang pertentangan disini, kerana tidak ada sebarang bantahan terhadap dia mengulanginya pada tempat-tempat tersebut dan yang lainnya, itu hanya sekadar untuk menunjukkan betapa besarnya perhatian yang baginda berikan terhadap al-Quran dan ‘itranya yang suci,’ sehinggalah kepenghujung kenyataannya. [8] Mencukupi bagi para Imam dari ‘itra yang disucikan, kepada fakta yang menunjukkan bahawa kedudukan mereka adalah sama seperti Kitab Allah yang mana kepalsuan tidak dapat sampai kepada mereka dari hadapan mahupun dari belakang. Ini semestinya testimoni [keterangan] yang lengkap, yang boleh menarik manusia dengan tengkoknya dan mewjibkan mereka untuk mematuhi golongan ini. Muslim sebenar tidak akan menerima sebarang gantian [subtitiut] terhadap Kitab Allah; dari itu bagaimana manusia boleh menyimpang dari jalan mereka [as] yang hanya setara dengan al-kitab?

5] Inti pati dari kata-katanya [sawas]: ‘Saya meninggalkan keatas kamu yang mana, selagi kamu berpegang teguh kepadanya, ianya tidak akan membiarkan kamu sesat: Kitab Allah dan ‘itra saya; sesungguhnya sesiapa yang tidak berpegang teguh kepada keduanya serentak maka akhirnya akan tersesat juga. Ini telah disokong oleh kata-katanya [sawas] di dalam tradisi ‘Dua Perkara Berat’, sebagaimana Tabrani menyebutkannya, ‘Janganlah mendahului mereka, kelak kamu akan binasa dan jangan ajari mereka, kerana mereka lebih mengetahui [berilmu] dari kamu.’ Ibn Hajar telah berkata: ‘Di dalam kenyataannya [sawas], ‘Janganlah mendahului mereka, kelak kamu akan binasa, dan jangan ajari mereka kerana mereka lebih mengetahui dari kamu,’ terdapat bukti bahawa sesiapa diantara mereka yang telah ditinggikan kedudukannya dengan keistimewaan pengetahuan agamanya, maka dia mestilah diutamakan dari semua yang lain,’ sehingga kepenghujung kenyataannya. [9]

6] Apa yang membuatnya wajib mengikuti dan merujuk kepada Ahlul Bayt adalah hadith Rasul Allah [sawas]: ‘Persamaan Ahlul Bayt saya yang berada diantara kamu adalah seumpama Bahtera Nuh: Sesiapa yang menaikkinya akan terselamat, dan sesiapa yang tertinggal akan karam,’ [10] dan kenyataannya [sawas]: ‘Dan persamaan Ahlul Bayt saya yang berada diantara kamu adalah umpama ‘Pintu Keampunan Bani Israel: Sesiapa yang memasukkinya akan diampunkan.’ [11] Juga pertimbangkanlah kenyataannya [sawas], ‘Bintang-bintang dilangit menyelamatkan penghuni bumi dari karam, dan Ahlul Bayt saya menyelamatkan ummah ini dari persengketaan [di dalam perkara agama]. Jika satu kaum dari suku Arab berbeza [mengenai perundangan Allah awj] dari mereka [Ahlul Bayt], maka kesemuanya kemudian akan berbeza dan menjadi parti syaitan.’ [12] Kenyataan ini benar-benar telah mencukupi untuk mewajibkan ummah pada mengikuti mereka dan untuk memeliharanya dari berbeza dengan mereka. Saya tidak fikir bahawa terdapat mana-mana bahasa manusia yang lebih jelas dari hadith ini pada menyokong hujah saya.

7] Apa yang dimaksudkan oleh perkataannya [sawas], ‘Ahl al-Bayt’ [i.e. ahli rumah] disini adalah kesempurnaan, kesaksamaan mereka, sebagai para Imam, ini bukan sekadar kesempurnaan pada diri sahaja, kerana status ini tidak mempunyai erti jika hanya setakat testimoni [keterangan] untuk pembuktian Allah – terutama terhadap mereka yang berdiri menegakkan perundanganNya – sebagaimana hujah dan pengetahuan akan memerintahkan.

Sekumpulan majoriti yang terpelajar telah sama mengakuinya, seperti Ibn Hajar di dalam bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Sebahagian dari mereka telah berkata bahawa apa yang mungkin dimaksudkan dengan `Ahl al-Bayt' adalah penyelamat, dari kumpulan mereka yang terpelajar, kerana mereka adalah seumpama bintang petunjuk; apabila tersesat, penghuni bumi akan dapat keselamatan dari apa yang mereka telah diperingatkan dari bencana. Ibn Hajar berkata: ‘Itu akan terjadi semasa al-Mehdi [as] akan muncul, dan tradisi menunjukkan bahawa Isa akan sholat dibelakangnya, dan anti-Isa akan dibunuh pada masa itu; selepas itu, kejadian yang luar biasa akan berlaku satu demi satu,’ sehinggalah kepenghujung kenyataannya yang disebutkan di dalam penghuraian pada ayat 7, di dalam bab 11, ms 91, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Ditempat yang lain dia menunjukkan bahawa Rasul Allah [sawas] telah ditanya: ‘Bagaimana manusia hidup selepas mereka?’ dan dia menjawab: ‘Mereka akan hidup seperti keldai yang tulang belakangnya patah.’ [13]

8] Kamu tahu bahawa menyamakan mereka dengan Bahtera Nuh menunjukkan bahawa sesiapa mengikuti mereka di dalam perkara berkaitan dengan agama, mendapatkan cabang-cabang dan asas agama dari para Imam [as] yang mulia, sudah pastinya akan terselamat dari api neraka, dan sesiapa yang tertinggal dibelakang adalah umpama mereka yang mencari perlindungan semasa banjir besar dengan gunung-gunung supaya ianya dapat menyelamatkan mereka dari ketentuan Allah, tetapi dia akhirnya akan tenggelam di dalam air bah selepas itu dia menjadi orang yang pertama dicampakkan kedalam api, semoga Allah menyelamatkan kita darinya.

Sebab mengapa mereka [as] telah dibandingkan kepada Pintu Keampunan adalah bahawa Allah telah menjadikan Pintu itu simbol [lambang] kehinaan dihadapan kebesaranNya dan penyerahan diri kepada PengadilanNya, dari itu ianya menjadi sebab kepada pengampunan. Inilah hujah pada persamaannya. Ibn Hajar, di dalam penghuraian pada bab 7 al-Quran, di dalam bab 11, ms 91, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, telah menerimanya dengan berkata, selepas menyebutkan yang ini dan tradisi sama yang lain, ‘Sebab bagi persamaan mereka kepada Bahtera adalah bahawa sesiapa yang mencintai dan menghormati mereka seumpama bermaksud mengucapkan terima kasih kepada Dia yang memberikan mereka penghormatan, mengikuti petunjuk dari golongan mereka [as] yang terpelajar, akan terselamat dari kegelapan persengketaan, dan sesiapa yang tertinggal dibelakang akan lemas di dalam lautan yang tidak berterima kasih dan akan lenyap dilaluan manusia yang zalim.’ Kemudian dia menambah yang berikut: ‘Sebagai Pintu Keselamatan [bermaksud persamaan mereka kepadanya], Allah telah menjadikan memasukki kepada pintu, yang mungkin adalah pintu Shittim atau Jerusalem, dengan rasa hina diri, meminta keampunan, suatu sebab untuk keselamatan, dan Dia [juga] telah menjadikan kecintaan kepada Ahlul Bayt suatu sebab untuk keselamatan bagi ummah ini.’ [14] Buku-buku sahih berturut-turut menyatakan bahawa mengikuti Ahlul Bayt adalah wajib terutama pada menyebutkan kesucian ‘itra. Jika saya tidak menahan pena saya dari membosankan kamu, saya pasti akan menerangkan dengan lebih mendalam lagi, tetapi apa yang saya katakan disini pastinya telah mencukupi untuk tujuan ini. Wassalam.


Yang ikhlas,

‘Sh’

[1] Al-Tirmithi menyebutnya dari Zayd ibn Arqam. Ini adalah hadith 874 dari ahadith yang disebutkan di dalam ms 44, Vol. 1, dari Kanz al-`Ummal.

[2] Imam Ahmed memasukkannya diantara ahadith yang disampaikan oleh Zayd ibn Thabit dari 2 punca, satu darinya disebutkan pada permulaan ms 182, dan yang satu lagi pada penutup ms 189, Vol. 5, dan juga oleh Ibn Abu Shaybah, Abu Ya`li, dan Ibn Sa`d, dari Abu Sa`id. Ianya hadith 945 pada ms 47, Vol. 1, dari Kanz al-`Ummal.

[3] Ianya dimuatkan oleh al-Hakim pada ms 148, Vol. 3, dari Al-Mustadrak. Komen pengarangnya adalah: "Ini adalah satu hadith yang mana penyampainya adalah dipercayai menurut kedua Shaykh, walaupun yang kemudian [para shaykh tersebut] tidak menyampaikannya." Al-Thahbi memuatkannya di dalam jilid yang ringkas dari Al-Mustadrak, mengesahkan kesahihannya, kerana telah disahkan oleh kedua Shaykhs.

[4] Telah dimuatkan oleh Imam Ahmed di dalam hadith yang disampaikan oleh Abu Sa`id al-Khudri dari 2 punca, satu darinya disebutkan pada ms 17, dan yang lain pada penghujung ms 26, Vol. 3, dari Al-Musnad. Ianya juga disebutkan oleh Ibn Abu Shaybah, Abu Ya`li, dan Ibn Sa`d dari Abu Sa`id. Ianya adalah hadith 945 sebagaimana dinyatakan di dalam ms 47, Vol. 1, dari Kanz al-`Ummal.

[5] Ianya disebutkan secara berturutan oleh al-Hakim dari Zayd ibn Arqam pada ms 109, Vol. 3, dari buku Al-Mustadrak. Pengarangnya menambah: "Hadith ini sahih menurut dari kedua Shaykhs yang tidak menyampaikannya sama sekali." Dia menyebutkannya dari punca yang lain dari Zayd ibn Arqam pada ms 533, Vol. 3, dari bukunya Al-Mustadrak, dengan menambah: "Hadith ini disampaikan oleh penyampai yang berkepercayaan, malahan mereka berdua (kedua Shaykhs) tidak menerbitkannya sendiri." Al-Thahbi telah memuatkannya di dalam bukunya Talkhis, mengesahkan ianya sahih.

[6] Al-Tabrani telah memasukkannya, seperti yang dirujuk di dalam buku Nabhani', Al-Arba`in, dan di dalam buku Sayyti, Ihya'ul Mayyit. Kamu tahu yang sebanarnya khutba dia [sawas], tidak terhad kepada sebanyak ini, kerana tiada siapa yang menyampaikan sebanyak ini boleh mengatakan bahawa dia mendengarnya sendiri. Tetapi politik telah mengikat kebanyakkan lidah ahli tradisionalis [hadith] dan merantai pena kebanyakkan penulis. Walaupun dengan semua ini, setitik yang sedemikian dari lautan telah mencukupi; segala puji bagi Allah.

[7] Merujuk kepadanya pada penutup seksen 2, Bab 9, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa oleh Ibn Hajar, selepas 40 ahadith yang dirujuk pada seksen itu di muka surat 57.

[8] Merujuk kepadanya di dalam penghuraian bab keempat: "Dan tahan mereka, kerana mereka akan ditanya [37:24)," yang disebutkan di dalam seksen satu, Bab 11, dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, pada penghujung ms 89.

[9] Merujuk kepadanya di dalam bab yang memperkatakan wasiat Nabi pada ms 135 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, kemudian tanyakan kepada dia mengapa dia mengutamakan mengikuti al-Ash`ari di dalam asas agama, dan kepada empat madhab di dalam cabang-cabangnya, dan bagaimana dia boleh menganggap manusia lain lebih utama dari Ahlul Bayt di dalam penyampaian hadith, manusia seperti `Umran ibn Hattan dan yang sama dengannya diantara yang Kharijites, mengutamakan yang lain dari mereka Ahlul Bayt di dalam penghuraian Kitab, seperti Muqatil ibn Sulayman, seorang Murji'ite yang mempercayai bahawa Allah mempunyai bentuk fizikal, dan mengutamakan orang-orang ini di dalam sains etika, akhlak, kesopanan dan fisikologi Ma’ruf dan yang sama dengannya, dan bagaimana dia mengenepikan adik Rasul Allah dan juga walinya, yang telah melaksanakan segala wasiatnya, untuk kedudukan khalifa secara umum dan juga perwakilan bagi Rasul [sawas]. Kemudian tanyakan kepadanya bagaimana dia memilih keturunan Rasul Allah [sawas], keturunan penakut. Apakah yang akan dilakukan oleh manusia yang berpaling dari keturunan suci Muhammad [sawas]; yang berkedudukan mulia dan patuh kepada agama; dan mengikuti jejak langkah orang yang menentang mereka terhadap hadith sahih: Dua Perkara Berat dan yang sama sepertinya? Dan bagaimana dia boleh mengatakan dia berpegang teguh kepada ‘itra dan menaikki Bahtera dan juga memasukki Pintu Keampunan?

[10] Al-Hakim menyebutnya dari Abu Tharr pada ms 151, Vol. 3, dari bukunya Sahih Al-Mustadrak.

[11] Al-Tabrani menyebutnya di dalam buku Al-Awsat dari Abu Sa`id. Ianya adalah 18 dari yang 25 Al-Arba`in (40) ahadith dari Nabhani, Al-Arba`in Al-Arba`in (1600 ahadith), ms. 216.

[12] Ini disebutkan oleh al-Hakim pada ms 149, Vol. 3, dari Al-Mustadrak dari Ibn `Abbas. Al-Hakim menambah: "Ini adalah hadith yang sahih, walaupun (kedua Shaykhs, i.e. Bukhari and Muslim) tidak menulis di dalam buku mereka.

[13] Rujuk kepada penutup bab ramalan Rasul [sawas] akan waktu-waktu yang sukar sebelum wafatnya, pada penghujung ms 143 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa. Kami tanyakan Ibn Hajar: "Jika inilah status yang dinikmati oleh ulama Ahlul Bayt [as], maka mengapa kamu berpaling dari mereka?’

[14] Pertimbangkan kenyataan ini darinya, kemudian katakan kepada saya mengapa dia tidak mengikuti petunjuk para Imamnya di dalam cabang dan asas bagi keagamaan, atau pada prinsip dan asas perundangan atau di dalam sains hadith dan juga al-Kitab, atau apa sahaja yang berkaitan dengan etika, akhlak dan kesopanan, dan mengapa dia tertinggal dibelakang; dari itu dia telah lemas di dalam lautan bersama mereka yang menolak pertolongan Allah, melarikan diri di dalam tempat-tempat orang yang zalim. Semoga Allah mengampunkan dia terhadap penipuannya terhadap kami dan secara zalim menyerang kepercayaan kami.


SURAT 9

1] MINTA TAMBAHAN TEKS YANG BERKAITAN
Thul Qi`da 17, 1329 H.

Janganlah berhentikan pena kamu, dan janganlah risau pada membosankan saya. Saya semuanya telinga pada mendengarkan hujah-hujah kamu, dada saya terbuka di dalam mempelajari dari kamu, hati saya menjadi tenteram dan jiwa saya aman dan damai.

Segala pembuktian dan hujah-hujah yang kamu nyatakan telah menjadikan saya lebih berminat lagi untuk mengetahui, dengannya telah hilanglah kebosanan dari saya. Kirimkanlah kepada saya lebih banyak lagi kata-kata kamu yang menambat hati dan dari pengakuan-pengakuan mereka yang genius. Saya dapati dari kata-kata kamu suatu pencarian oleh mereka yang bijak, dan ianya lebih mententeramkan hati saya dari air laut biru yang jernih, maka berilah kepada saya lebih banyak lagi, semoga Allah merahmati orang tua mu, dan keamanan bagi kamu.


Yang ikhlas,

‘S’


SURAT 10

1] SEPINTAS LALU PADA TEKS PELENGKAP
Thul-Qi`da 19, 1329 H.

Jika kamu merasa senang menerima surat saya, dan jika kamu telah menatapinya dengan penuh kepuasan, maka dapatlah saya meletakkan harapan untuk kemenangan saya kepada kamu dan juga mengakhiri usaha saya ini dengan kejayaan. Sesiapa yang berniat jujur, mempunyai atitiut yang baik sedang dia merendahkan diri, peramah, mulia, dimahkotakan dengan pengetahuan, sopan santun dengan kesabaran, sudah pasti kebenaran terdapat di dalam apa yang dia perkatakan dan tuliskan, sedang kesaksamaan dan kejujuran berada ditangan dan dilidahnya.

Kepada kamulah saya seharusnya mengucapkan terima kasih, apabila kamu meminta untuk ditambahkan, kerana siapakah lagi yang lebih mulia, berbudi dan rendah hati? Demi untuk menyampaikan permintaan dan menyejukan mata kamu, saya suka untuk menyatakan yang berikut:

Kedua mereka al-Tabrani di dalam Al-Mujma` al-Kabir dan Rafi`I di dalam Musnad, menyebutkan Ibn `Abbas, sebagai berkata bahawa ‘Rasul Allah [sawas] telah berkata: ‘Biarlah sesiapa yang suka hidup seperti saya dan mati seperti saya dan tinggal di syurga Eden yang telah disediakan oleh Tuhanku, mengambil Ali sebagai ketuanya selepas saya, dan hendaklah dia patuh kepada sesiapa saja yang dilantik olehnya sebagai pengganti dirinya, dan hendaklah dia mencontohi Ahlul Bayt saya selepas saya, kerana mereka adalah keturunan saya: mereka telah dijadikan dari acuan saya dan dirahmati dengan kebijaksanaan dan pengetahuan saya. Malang bagi orang yang menolak mereka dan memisahkan saya dari mereka! Semoga Allah tidak mengizinkan mereka menikmati syafaat saya.’ [1]

Al-Matir, al-Barudi, Ibn Jarir, Ibn Shahin, dan Ibn Mundah kesemuanya telah menyebutkan dari Ishaq yang mengatakan dari Ziyad ibn Matraf sebagai berkata: ‘Saya telah mendengar Rasul Allah berkata: ‘Sesiapa yang berhasrat untuk hidup seperti saya dan mati seperti saya dan memasukki Taman yang telah dijanjikan oleh Tuhanku, Taman yang abadi, maka hendaklah dia mengambil Ali dan keturunannya selepas saya sebagai ketua, kerana mereka tidak akan membiarkan kamu tanpa pertunjuk, tidak juga membiarkan kamu sesat.’ [2] Begitu juga Zayd ibn Arqam telah disebutkan dalam satu hadith sebagai berkata: ‘Rasul Allah [sawas] telah berkata: ‘Sesiapa yang berhasrat untuk hidup seperti saya dan mati seperti saya dan tinggal di Taman yang abadi yang dijanjikan kepada saya oleh Tuhanku, hendaklah dia mengambil Ali sebagai ketua, kerana dia tidak akan membiarkan kamu tanpa pertunjuk, tidak juga membiarkan kamu sesat.’ [3]

Juga, pertimbangkanlah hadith ini yang disampaikan oleh Ammar ibn Yasir: ‘Rasul Allah [sawas] telah berkata: Saya menasihati sesiapa yang percaya kepada saya dan yakin terhadap kebenaran saya untuk menerima pemerintahan Ali ibn Abu Talib, barang siapa yang menerima dia sebagai pemerintah telah menerima saya seperti itu juga, dan sesiapa yang mencintai dia telah mencintai saya juga, dan sesiapa yang mencintai saya telah mencintai Allah. Sesiapa yang membenci dia telah membenci saya, dan sesiapa yang membenci saya telah membenci Allah awj.’ [4]

Ammar menyebutkan dari yang lain dengan mengatakan hadith ini: ‘Wahai Tuhan! Sesiapa yang percaya kepada ku dan yakin kepada kebenaran ku, hendaklah dia mengambil Ali sebagai ketuanya, kerana kerajaannya adalah yang saya juga, dan kerajaan saya adalah kerajaan yang Maha Berkuasa Allah juga.’ [5] Dia [sawas] suatu ketika menyampaikan syarahan dimana dia berkata: ‘Wahai manusia! Penghormatan, kemuliaan, keutamaan dan pemerintahan adalah untuk Rasul Allah dan keturunannya, dari itu janganlah membiarkan kepalsuan memesongkan kamu.’ [6]

Dia [sawas] berkata: ‘Di dalam setiap generasi ummah saya terdapat ahli dari keturunan saya, yang hanya sama kedudukan dengan diri saya, dan yang memelihara agama ini dari diubah oleh mereka yang keji dan di-interpretasikan oleh mereka yang jahil. Ketahuilah bahawa para Imam kamu adalah wakil kamu kepada Allah; maka, lihatlah siapa yang kamu kirimkan kepada Dia sebagai wakil kamu.’ [7]

Dia [sawas] telah juga berkata: ‘Janganlah mendahului mereka, kelak kamu akan binasa, tidak juga kamu tertinggal jauh dibelakang kerana kamu juga akan binasa. Janganlah mengajari mereka, kerana mereka lebih berpengetahuan dari kamu.’ [8]

Dia [sawas] telah berkata: ‘Anggaplah Ahlul Bayt saya yang berada diantara kamu sebagaimana kamu menganggap kepala kepada tubuh badan; dan mata pada kepala, kerana kepala dipandu oleh mata.’ [9]

Dia [sawas] berkata: ‘Kekalkan kecintaan kepada kami, Ahlul Bayt, kerana sesiapa mengadap Allah dengan mencintai kami akan masuk kesyurga melalui syafaat kami. Saya bersumpah dengan Dia yang memilikki jiwa saya bahawa amalan baik bagi semua yang beriman tidak bermanfaat bagi dirinya melainkan melalui pengiktirafan akan hak-hak kami.’ [10]

Dan dia [sawas] juga telah berkata: ‘Pengetahuan dari keturunan Muhammad membawa keselamatan dari api neraka, dan mencintai Ahlul Bayt adalah berjalan pada jalan yang lurus. Bersekutu dengan keturunan Muhammad terselamat dari siksaan.’ [11]

Dia [sawas] telah berkata: ‘Kaki mana-mana hamba Allah tidak akan dapat bergerak pada hari pengadilan melainkan dia akan ditanya empat perkara: Bagaimana dia menghabiskan usianya, untuk apa dia menghabiskan tenaganya, bagaimana dia mendapatkan dan membelanjakan hartanya, dan mengenai kecintaan terhadap kami, Ahlul Bayt.’ [12]

Dia [sawas] telah berkata: ‘Jika sesaorang berdiri di dalam sholat diantara Rukn dan Maqam [suatu tempat diantara penjuru Kabah dan Maqam Ibrahim], membenci keturunan Muhammad, dia pasti akan memasukki api neraka.’ [13]

Dia [sawas] telah juga berkata: ‘Sesiapa yang mati kerana cintanya kepada ‘itra Muhammad, mati sebagai syahid. Sesiapa yang mati kerana kecintaannya kepada ‘itra Muhammad, mati sebagai mukmin yang sempurna imannya. Sesiapa yang mati kerana mencintai anak-anak Muhammad akan diberikan khabar gembira tentang memasukki syurga oleh malaikat maut, kemudian oleh Munkir dan Nakir. Sesiapa yang mati kerana mencintai keturunan Muhammad akan dibawa kesyurga seperti pengantin lelaki dibawa kerumah penganti perempuan. Sesiapa yang mati mencintai ‘itra Muhammad akan mempunyai dua pintu yang melihat kesyurga di dalam kuburnya. Allah akan menjadikan kuburan sesiapa yang mati pada mencintai anak-anak Muhammad tempat ziarah para Malaikat Rahmat. Sesiapa yang mati pada mencintai ‘itra Muhammad mati dalam mematuhi Sunnah dan ijmak

Sesiapa yang mati dengan membenci ‘itra Muhammad akan datang pada hari pengadilan dengan tertulis diantara matanya: ‘Dia akan keciwa dengan Rahmat Allah,’ sehingga keakhir syarahannya yang tidak ada bandingan, [14] dengan syarahan ini dia, [sawas] bermaksud untuk memperbetulkan kecondongan dan keinginan nafsu manusia.

Implikasinya adalah bahawa semua tradisi ini dipersetujui sebulat suara, terutama yang disampaikan melalui pengesahan dari ‘itra yang suci. Status mereka tentu tidak akan disahkan jika mereka tidak menjadi pembuktian terhadap Allah dan pengasas bagi perundanganNya, merekalah yang mewakili Rasul Allah di dalam menyuruh atau menegah, pengganti baginda didalam maksud bahasa yang lebih mudah. Sesiapa yang mencintai mereka, telah mencintai Allah dan RasulNya juga, dan sesiapa yang membenci mereka adalah musuh Allah dan RasulNya.

Dia [sawas] telah berkata: ‘Tiada yang mencintai mereka melainkan yang takut kepada Allah dan mukmin yang ikhlas, dan tiada yang membenci mereka melainkan si hipokrit durjana.’ [15] Dengan sebab ini al-Farazdaq, seorang penyair, telah mengatakan rangkap ini di dalam sanjungannya terhadap mereka:

Kamu; kecintaan sesaorang yang bererti keimanan, membenci tanda kekufuran; Hampir kepada kamu adalah terselamat dan juga keselamatan.

Jika yang wara’ semua dihitungkan, kepada mereka kamulah Imam; dan itulah yang sebenar.

Jika seorang ditanya: ‘Siapakah manusia terbaik?’

Kamulah jawapannya

Amirul-Mukminin [as] pernah berkata:

‘Sayalah yang paling mulia diantara keturunan ku, yang paling bersopan ketika muda, dan yang paling bijak ketika tua. Melalui kami Allah menghapuskan dusta, dan melalui kami Dia menjadikan gigi musang yang liar tidak berfungsi. Melalui kami Allah mengobati kegersangan kamu, dan melalui kami Dia membebaskan kamu. Melalui kamilah Allah memulakan dan mengakhirkan.’ [16]

Mencukupilah kepada kami untuk mengutamakan mereka dari yang lain, dengan fakta yang sesungguhnya bahawa Allah awj sendiri telah mengutamakan mereka dari yang lain, dengan menjadikan pengucapkn selawat keatas mereka sebagai sebahagian yang wajib di dalam sholat fardu, tidak kira jika orang yang mengucapkan selawat itu adalah yang Siddiq [Abu Bakar] atau Faruq [Umar], yang mempunyai satu cahaya, atau dua cahaya [Uthman], atau yang banyak cahaya. Tidak! Setiap orang yang menyembah Allah dengan melakukan apa yang telah diwajibkanNya pada menyembah Dia, ketika melakukan itu manusia telah mengirimkan kesejahteraan keatas mereka, sebagaimana manusia menyembah Dia ketika menjadi saksi melalui dua bahagian sahadah. Ini yang sebenarnya adalah satu status yang mana semua ummah telah menundukkan kepala kepada mereka, dan dihadapan mata siapa sahaja yang kamu sebut sebagai imam telah menyerah kepada mereka. Imam al-Shafi’I, semoga Allah merestui dia, telah berkata: [17]

Wahai ahli rumah Rasul! Mencintai kamu adalah fardu

Yang Allah wajibkan di dalam wahyuNya yang suci

Memberi kamu kehormatan yang besar terpuji,

Jika siapa tidak mengirimkan kesejahteraan keatas kamu semua

Ianya seakan dia tidak melakukan sholat sama sekali

Marilah kita merasa puas dengan sebanyak ini dari sunnah yang suci pada menerangkan fakta bahawa mengikuti sunnah mereka adalah wajib; begitu juga pada mencontohi mereka. Di dalam Kitab Allah awj terdapat ayat-ayat yang jelas yang mengatakan itu juga adalah wajib. Kepada ayat-ayat tersebutlah kami berhasrat untuk menarik kesedaran serta penghujahan yang sesitif kepada kamu. Kamu boleh dipuaskan dengan hanya bayangan petunjuk, dan mencukupi dengan isyarat untuk menarik perhatian kamu; segala puji tertentu bagi Allah; Tuhan sekelian alam.


Yang ikhlas,

‘Sh’

[1] Hadith ini, seperti yang dituliskan, adalah hadith 3819 yang telah dimuatkan pada ms 217, Vol. 6 dari Kanz al-`Ummal. Dia juga menyebutnya di dalam Muntakhab al-Kanz; maka, rujuklah pada teks yang terkemudian pada permulaan notakaki di muka surat 94 dari Vol. 5 di dalam Ahmed buku Musnad, walaupun pengarangnya mengatakan: "Mereka telah dianugerahkan dengan kefahaman saya," sepatutnya "kefahaman dan pengetahuan." Penyalinnya mungkin telah melakukan kesalahan. Al-hafiz Abu Na`im, di dalam bukunya Hilyat al-Awliya', juga telah menyebutkannya, dan dia kemudiannya telah disebutkan oleh ulama Mu`tazilite pada ms 450, Vol. 2, dari ulasannya pada Nahjul Balaghah, edisi Egypt. Dia juga menyebutkan sesuatu yang sama pada ms 449 dari Abu `Abdullah Ahmed ibn Hanbal di dalam kedua-dua Musnadnya dan dalam bukunya berjudul Manaqib `Ali ibn Abu Talib (as).

[2] Hadith ini no 2578 yang disebutkan di dalam Kanz al-`Ummal, Vol. 6, ms 155. Ianya juga disebutkan oleh Muntakhab al-Kanz; maka, rujuklah pada yang kemudian dan baca ayat yang akhir pada notakaki di muka surat 32, Vol. 5, yang menyebutkan dari Ahmed Musnad. Ianya juga disebutkan oleh Ibn Hajar al-`Asqalani secara ringkas di dalam biography Ziyad ibn Mutraf di dalam bahagian satu dari bukunya Isaba, kemudian dia menambah: "Hadith ini disebutkan oleh Yahya ibn Ya`li al-Muharbi, tradisionalis yang lemah." Ini adalah pelik datangnya dari al-`Asqalani, kerana Yahya ibn Ya`li, menurut dari ulama ijmak dari golongan ulama hadith, dia boleh dipercayai. Di dalam Sahihnya, al-Bukhari menyebut hadith dari dia yang berkenaan dengan perjanjian Hudaybiya. Dia juga mengajarkan hadith kepada Muslim Ghaylan ibn Jami`. Lebih-lebih lagi, al-Thahbi, di dalam bukunya Mizan, mengambil dia sebagai yang boleh dipercayai, dan juga ramai pengesahan yang lain yang dipercayai oleh kedua shaykh dan juga yang lainnya.

[3] Ini telah disebutkan oleh al-Hakim pada penghujung ms 128, Vol. 3, dari buku sahihnya Al-Mustadrak. Dia menambah yang berikut: "Semua penyampai hadith ini adalah berkepercayaan, dan mereka (kedua Shaykhs) tidak menyebutnya" Ianya telah disebutkan oleh al-Tabrani di dalam bukunya Al-Jami` al-Kabir, dan oleh Abu Na`im di dalam bukunya berkenaan dengan cemerlangnya para sahabah. Ianya adalah hadith 2577 yang dimuatkan di dalam Kanz al-`Ummal pada ms 155, Vol. 6. Pengarang juga menyebut di dalam bukunya Muntakhab al-Kanz; maka rujuklah pada notakaki di muka surat 32, Vol. 5, dari Musnad.

[4] Al-Tabrani telah menyebutnya di dalam Al-Jami` al-Kabir, dan begitu juga Ibn `Asakir di dalam buku sejarahnya, dan ia adalah hadith 2571 yang dimuatkan di dalam Kanz al-`Ummal pada penghujung ms 154, Vol. 6.

[5] Al-Tabrani telah menyebutnya di dalam Al-Jami` al-Kabir seperti yang disampaikan oleh Muhammad ibn Abu `Ubaydah ibn Muhammad ibn `Umayr ibn Yasir yang menyebut dari bapanya dan dari datuknya `Ammar. Ianya adalah hadith 2576 yang dimuatkan di dalam Kanz al-`Ummal, ms 155, Vol. 6. Ianya juga disebutkan di dalam Muntakhab al-Kanz.

[6] Ianya disebutkan oleh Abul Shaykh di dalam hadith yang panjang dan disampaikan oleh Ibn Hajar pada penghujung maqsad 4 dari Maqasid ketika menerangkan, pada ms 105 dari bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa, ayat mengarahkan berkasih sayang kepada kerabat Rasul setelah penelitiannya, dan di dalam maqsad utama dari bukunya Ghayat Al-Maram. Jangan mengabaikan kenyataannya: "Janganlah bersama mereka yang zalim."

[7] Ini disebutkan oleh al-Malla di dalam Sirat, seperti juga penghuraian ibn Hajar's pada ayat "Dan ikutlah jejak langkah mereka, kerana mereka akan dipersoalkan" di dalam Al-Sawa`iq al-Muhriqa, ms90, mencadangkan.

[8] Ini disebutkan oleh al-Tabrani yang membicangkan hadith Dua Perkara Berat, dan dia disebutkan oleh Ibn Hajar apabila yang terkemudian menerangkan maksud ayat bab 4 ""Dan ikutlah jejak langkah mereka, kerana mereka akan dipersoalkan" ayat yang dia bincangkan di dalam bab 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa, ms 89.

[9] Ini disebutkan oleh sekumpulan pengarang buku tradisi dari Abu Tharr, dan ianya disampaikan oleh Imam al-Sabban ketika memuji kecemerlangan Ahl al-Bayt (as) di dalam kerjanya Is`af al-Raghibin, dan oleh Shaykh Yusuf al-Nabhani pada ms 31 dari Al-Sharaf al-Mu'abbad, dan oleh ramai penyampai yang lain. Ini adalah teks yang menekankan terhadap kepimpinan mereka dan menunjukkan bahawa petunjuk kepada kebenaran boleh dicapai hanya melalui mereka.

[10] Ini disebutkan oleh al-Tabrani di dalam Al-Awsat sebagaimana yang disampaikan oleh al-Sayyuti di dalam Ihya'ul Mayyit; oleh al-Nabhani di dalam 40 [ahadith]; oleh Ibn Hajar di dalam bab perbincangan pada arahan kecintaan kepada mereka di dalam Al-Sawa`iq al-Muhriqa, sebagai tambahan kepada banyak lagi dari penyampai yang terkemuka; maka, pertimbangkan kenyataannya: `Tidak ada amalan baik yang memberi manfaat kepada dirinya melainkan dia mengetahui akan hak kami.’ Katakanlah kepada saya apakah hak-hak itu, yang dijadikan oleh Allah sebagai pra syarat pada penerimaan amal yang baik. Tidakkah ianya pada mentaati mereka dan mendapatkan keridhaan Allah melalui mengikuti JALAN MEREKA YANG LURUS? Apakah dia arahan yang mana keduanya, kerasulan dan khalifa mempunyai pengertian yang sebegitu besar? Tetapi kita telah dinodai oleh manusia yang tidak mahu memikirkan; maka, ‘Kita adalah kepunyaan Allah, dan kepadaNyalah kita akan kembali.’

[11] Ini disebutkan oleh kadhi `Iyaz di dalam bab menerangkan fakta bahawa untuk memuliakan Rasul [sawas] dan pada menyenangkan dia adalah pada menyenangkan ‘itra dan keturunan dia, sebagaimana ditunjukkan pada permulaan ms 40, Bahgian 2, dari buku Al-Shifa yang telah dicetak di Istanbul pada 1328 H. Kamu mengerti bahawa ‘mengenali’ mereka di dalam teks ini tidak bererti hanya mengenali nama dan orangnya, dan bahawa mereka adalah kerabat Rasul Allah, bahkan Abu Jahal dan Abu Lahab mengenali semua mereka, tetapi ianya bermaksud mengiktiraf pada fakta bahawa mereka adalah penguasa selepas Rasul [sawas], seperti mana dia sendiri telah mengatakan: ‘Sesiapa mati dengan tidak mengetahui Imam semasanya telah mati sebagai seorang jahiliah,’ dan pengertian mencintai mereka dan wilayatnya adalah kecintaan dan wilayat yang diwajibkan keatas manusia ‘mereka yang mengikuti kebenaran,’ i.e. Para Imams sebenar, faktanya adalah nyata.

[12] Fakta ini adalah disebabkan bahawa Allah telah menganugerahkan kepada mereka status khas yang memerlukan ketaatan kepada mereka. Mencintai mereka sedemikian mendapat ganjaran. Hadith ini disampaikan oleh al-Tabrani dari Ibn `Abbas, dan ianya disampaikan oleh al-Sayyuti di dalam Ihya'ul Mayyit, dan oleh al-Nabhani di dalam Al-Arba`in, selain dari banyak lagi pengarang yang terkenal.

[13] Ini telah disebutkan oleh al-Tabrani dan al-Hakim, dan terdapat juga di dalam Nabhani, Al-Arba`in, di dalam Sayyuti Ihya'ul Mayyit dan di dalam yang lain. Hadith ini adalah sama kepada katanya [sawas], seperti satu hadith yang kamu telah dengar, "Demi Dia yang memilikki jiwa saya, tidak ada amalan baik yang bermanfaat tanpa pengiktirafan akan hak kami.’ Jika membenci mereka tidaklah bererti membenci kepada Allah dan RasulNya, tentulah amalan baik orang yang membenci mereka tidak dibatalkan walaupun jika orang itu menghabiskan usianya diantara Rukn dan Maqam [bagi Ibrahim [as] bersholat dan berdoa, jika begitu; mereka masih belum dapat menikmati status yang sedemikian. Al-Hakim dan Ibn Hayyan, di dalam sahih, seperti yang dikatakan di dalam Nabhani, Al-Arba`in Arba`in dan Sayyuti, Ihya'ul Mayyit, dari Imam al-Hasan, cucu Rasul, yang berkata kepada Mu`awiyah ibn Khadij suatu ketika: "Berwaspada pada membenci kami, kami Ahl al-Bayt (as), kerana Rasul Allah telah berkata: `Sesiapa membenci atau dengki kepada kami akan diusir pergi dari Tasik [Kawthar] dengan cabuk api neraka.'" Rasul Allah [sawas] memberikan syarahan dan berkata: "Wahai manusia! sesiapa yang membenci kami, kami Ahl al-Bayt (as), akan dibangkitkan pada hari pengadilan sebagai yahudi.’ Hadith ini disebutkan oleh al-Tabrani di dalam Al-Awsat seperti dinyatakan di dalam al-Sayyuti, Ihya'ul Mayyit dan Nabhani, Al-Arba`in Arba`in dan di dalam buku-buku yang lain.

[14] Ini disebutkan oleh Imam al-Tha`labi di dalam penerangannya pada ayat perintah, cinta kepada Ahl al-Bayt (as) di dalam Al-Tafsir al-Kabir dari Jarir ibn `Abdullah al-Bijli dari Rasul Allah [sawas]. Al-Zamakhshari mengambilnya sebagai sahih di dalam penghuraian ayat yang sama di dalam bukunya Al-Kashshaf; maka rujuklah kepadanya.

[15] Al-Malla telah merakamkan ini di dalam maqsad yang kedua pada bab 14 dari al-Quran yang suci di dalam babnya sendiri iaitu bab 11 dari Al-Sawa`iq al-Muhriqa.

[16] Ini telah disebut oleh `Abdul-Ghani ibn Sa`d di dalam bukunya Eizah al-Ishkal. Ini adalah hadith 6050 yang telah dimuatkan di dalam Kanz al-`Ummal pada penghujung ms 396, Vol. 6.

[17] Dua syair ini dari al-Shafi`i telah diketahui umum dan tersebar luas. Ramai pengesah yang dipercayai telah mengakui fakta ini, dan menunjukkan bahawa al-Shafi’I sendiri yang mengubahnya. Diantara mereka ialah: Ibn Hajar, yang menyebutnya ketika menerangka ayat "Allah dan Para Malaikat berselawat keatas Nabi [sawas]," pada ms 88 pada bukunya Al-Sawa`iq al-Muhriqa; al-Nabhani pada ms 99 dari bukunya Al-Sharaf al-Mu'abbad, Imam Abu Bakr ibn Shihabud-Din di dalam bukunya Rashfatul Sadi, dan oleh ramai yang lain.

(Dokumen-ABNS/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: