BAHAGIAN KESEMBILAN
Umpama ilmu Ahlu l-Bait a.s, hukum mengingkari imam daripada Allah, kegembiraan kepada mukmin, kelebihan keadilan dan beramal dengannya, bilangan para nabi a.s, Musa dan kaumnya yang tersesat di jalan dan lain-lain.
Umpama Ilmu Ahlu l-Bait A.S
Ishaq bin ‘Ammar daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya umpama Ali bin Abu Talib a.s, dan umpama kami selepasnya pada umat ini sepertilah Nabi Musa, dan Nabi Khidir a.s, Nabi Musa a.s telah memohon untuk bercakap dengan Nabi Khidir a.s, dan meminta persahabatan dengannya, kisah mereka berdua telah diceritakan oleh Allah di dalam Surah al-A‘raf (7) :144 “bahawa Allah telah berkata kepada Musa wahai Musa sesungguhnya Aku telah memilih kamu dari manusia yang lain untuk membawa risalah-Ku dan untuk berbicara langsung dengan-Ku, sebab itu berpegang teguhlah kepada apa yang Aku telah berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur”
Kemudian Dia berfirman di dalam Surah yang sama:145 “Dan telah kami tuliskan untuk Musa pada Lauh-lauh segala sesuatu sebagai pelajaran dan penjelasan bagi segala sesuatu”
Nabi Khidir a.s telah memiliki ilmu yang tidak ditulis di lauh-lauh (alwah) Musa, tetapi Musa a.s telah menyangka bahawa semua perkara yang beliau perlukan di dalam kenabiannya, dan semua ilmu telah ditulis untuknya di lauh-lauh sebagaimana mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah ulama dan fuqaha’, diberi semua kefahaman, dan ilmu di dalam agama yang diperlukan umat kepadanya.
Mereka mengesahkan bahawa ia adalah daripada Rasulullah s.a.w, lalu mereka mempelajari dan menghafaznya. Sebenarnya bukan semua ilmu Rasulullah s.a.w mereka telah mempelajarinya, dan bukan semuanya daripada Rasulullah s.a.w, malah mereka tidak mengetahuinya. Suatu perkara sama ada yang halal atau yang haram ditanya kepada mereka, tetapi mereka tidak mempunyai hadis Rasulullah s.a.w tentang perkara tersebut, dan mereka pula menjadi malu apabila kejahilan dikaitkan kepada mereka, mereka tidak suka mereka ditanya, kerana mereka tidak dapat menjawabnya, lantas orang ramai menuntut ilmu dari galiannya. Justeru itu, mereka telah mengguna pendapat (al-Ra‘yu), dan kias di dalam agama Allah, dan meninggalkan hadis Rasulullah s.a.w.
Mereka mendekati Allah dengan berbagai bid‘ah, Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap bid‘ah adalah sesat. Jika mereka bertanya sesuatu tentang agama Allah, dan mereka tidak mengetahui hadis Rasulullah s.a.w, maka hendaklah mereka kembalikan kepada Allah, kepada Rasulullah s.a.w, dan kepada Uli l-Amri daripada mereka, nescaya ali Muhammad akan memberitahu kepada mereka, tetapi permusuhan (al-‘adawah) dan hasad telah menghalang mereka dari menuntut ilmu daripada kami, tetapi Nabi Musa a.s tidak pernah mempunyai perasaan hasad kepada Nabi Khidir a.s, beliau telah mengetahui keilmuan Nabi Khidir a.s, lalu beliau telah mengakuinya, dan tidak berhasad dengki kepadanya sebagaimana umat ini telah berhasad dengki kepada kami selepas Rasulullah s.a.w akan keilmuan kami, dan apa yang telah kami warisi daripada Rasulullah s.a.w. Mereka tidak gemar kepada keilmuan kami, tidak sebagaimana Musa a.s yang telah gemar kepada Khidir a.s,lalu menjalinkan persahabatan dengannya, mempelajari keilmuannya, manakala beliau telah bertanya Nabi Khidir a.s, maka beliau mengetahui bahawa Musa tidak mampu untuk meneruskan persahabatan dengannya, dan tidak boleh menanggung keilmuannya, serta tidak boleh bersabar dengannya pada masa itu, Nabi Khidir a.s berkata kepadanya: Sesungguhnya anda tidak mampu bersabar bersama aku. Musa berkata kepadanya: Kenapa aku tidak bersabar? Maka Khidir berkata: Bagaimana anda boleh bersabar di atas perkara yang anda tidak mengetahui beritanya, Musa berkata kepadanya dengan rendah diri supaya Khidir menerimanya: Anda akan mendapati aku seorang yang bersabar dan aku tidak akan menderhaka anda walau sedikit.
Khidir telah mengetahui bahawa Musa tidak bersabar di atas keilmuannya, begitulah, demi Tuhan, wahai Ishaq, keadaan kadi-kadi mereka, fuqaha’ mereka, dan kumpulan mereka hari ini, mereka tidak mampu menanggung, demi Tuhan, keilmuan kami, mereka tidak boleh menerimanya, mereka tidak mampu, dan mereka tidak akan menerimanya, mereka tidak akan bersabar sebagaimana Musa tidak bersabar di atas keilmuan Khidir ketika beliau bersahabat dengannya, dan melihat apa yang beliau telah melihat tentang keilmuannya. Demikianlah ia di sisi Musa merupakan perkara yang dibencinya (makruhan), dan ia di sisi Allah adalah suatu keredaan iaitu kebenaran, begitulah keadaan ilmu kami di sisi orang-orang jahil merupakan ilmu yang dibenci (makruhan), dan tidak diambil-kira sedangkan ia di sisi Allah adalah kebenaran[326].
Abu Ayyub, daripada Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aurat mukmin ke atas mukmin itu adalah haram,dan berkata: Barangsiapa yang telah mengintai mukmin di rumahnya, maka dua matanya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu. Barangsiapa yang memasuki rumah mukmin tanpa izinnya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu. Barangsiapa yang telah mengingkari seorang nabi yang diutus akan kenabiannya, dan membohonginya, maka darahnya adalah mubah.
Hukum Mengingkari Imam Daripada Allah
Beliau berkata: Maka aku berkata:Apa pendapat anda bagi mereka yang telah mengingkari seorang imam daripada kamu apakah keadaannya? Beliau berkata: Barangsiapa yang telah mengingkari seorang imam daripada Allah, membebaskan diri daripadanya, dan daripada agamanya, maka beliau adalah seorang kafir, terkeluar dari Islam, kerana imamah adalah daripada Allah, agamanya adalah agama Allah. Barangsiapa yang telah bebas daripada agama Allah, maka beliau adalah seorang yang kafir, darahnya adalah mubah pada masa itu melainkan beliau kembali bertaubat kepada Allah dari apa yang dikatakannya, beliau berkata: Barangsiapa yang telah memusnahkan seorang mukmin kerana mahukan hartanya, dan dirinya, maka darahnya adalah mubah bagi mukmin pada masa itu.
Muhammad bin al-Husain daripada Ibn Mahbub daripada Hisyam bin Salim daripada Habib al-Sajistani daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Allah berfirman: Aku akan mengazabkan setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang bukan daripada Allah sekalipun rakyat baik dan bertakwa, dan Aku akan mengampuni setiap rakyat di dalam Islam yang telah mentaati seorang imam yang adil daripada Allah sekalipun rakyat itu zalim dan jahat.
Memasukkan Kegembiraan Kepada Mukminin
Al-Sayyari, daripada Muhammad bin Jumhur berkata: Al-Najjasyi adalah seorang lelaki di kalangan peniaga, menjadi gabenor di al-Ahwaz dan Faris, berkata: Maka sebahagian pekerja-pekerjanya berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya di dewan al-Najjasyi, kharaj untuk aku, beliau adalah seorang yang mentaati anda, tidakkah anda fikir untuk menulis surat kepadanya? Beliau berkata:Maka beliau telah menulis surat kepadanya: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, buatlah saudara anda gembira, nescaya Allah akan menggembirakan anda.
Beliau berkata: Apabila beliau telah mendapatkan surat itu, beliau memasuki majlisnya, kemudian beliau telah menyerahkannya kepadanya, dan berkata: Ini adalah surat Abu Abdullah a.s, lalu beliau mengucupnya dan meletakkannya di hadapannya, beliau berkata kepadanya: Apakah hajat anda? Beliau berkata: Kharaj untuk aku di dewan anda, beliau berkata kepadanya: Berapa dirham? Beliau berkata: Sepuluh ribu dirham.
Beliau berkata: Lalu beliau menyeru penulisnya,dan memerintahnya supaya menunaikannya, kemudian beliau mengeluarkan namanya dari dewan. Kemudian beliau telah memerintahnya supaya diberikan kepadanya sebagai penerima, kemudian beliau berkata: Adakah aku telah menggembirakan anda? Maka beliau berkata: Ya.
Beliau berkata: Maka beliau telah memerintah untuknya sepuluh ribu dirham lagi, beliau berkata kepadanya: Adakah aku telah menggembirakan anda (sarartu-ka)? Maka beliau berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Kemudian beliau telah memerintah untuknya seekor binatang tunggangan, seorang hamba perempuan dan seorang hamba lelaki, kemudian beliau telah memerintah untuknya satu bekas pakaian. Dan setiap kali beliau berkata kepadanya: Adakah aku telah menggembirakan anda? Setiap kali beliau berkata kepadanya: Ya, beliau menambahkan lagi untuknya sehingga selesai, kemudian beliau berkata: Bawalah hamparan rumah ini di mana aku telah duduk di atasnya ketika anda memberi surat maulaku kepada aku, dan kemukakanlah kepada aku segala hajat anda.
Beliau berkata: Beliau telah melaksanakan kesemuanya. Kemudian lelaki itu keluar dan datang kepada Abu Abdullah a.s. Lalu beliau menceritakan kepadanya segala-galanya. Beliau a.s telah bergembira apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu. Maka lelaki itu berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, seolah-olah beliau telah menggembirakan anda dengan apa yang beliau telah berikan kepada aku, beliau berkata: Ya, demi Allah, sesungguhnya beliau telah menggembirakan Allah dan Rasul-Nya(la-qad sarra l-Laha wa Rasula-hu)[327].
Ibrahim bin Ishaq daripada Abdullah bin Hammad daripada Sudair daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya aku akan menggembirakan anda? Aku berkata: Ya, Allah telah menjadikan aku tebusan anda, beliau berkata: Tiada penguasa yang zalim pada masa dahulu, dan pada masa akan datang melainkan bersamanya seorang yang kuat daripada Allah yang akan mempertahankan para wali-Nya dari kejahatan mereka[328].
Muhammad bin al-Husain daripada Isa bin Hisyam daripada Abd al-Karim daripada al-Halb daripada Abu Abdullah a.s berkata: Keadilan itu adalah lebih manis daripada air yang mengenai orang yang dahaga (al-‘Adl ahla min al-Ma’ yusibu-hu al-zam’an). Alangkah luasnya keadilan jika keadilan dilaksanakan sekalipun sedikit.
Daripada Muhammad bin Isa daripada saudaranya Ja‘far bin Isa daripada Ishaq bin ‘Ammar berkata: Seorang lelaki telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang keterlibatannya dengan kerja penguasa? Beliau berkata: Mereka melibatkan diri kamu atau kamu melibatkan diri kamu dengan mereka? Beliau berkata: Tidak, mereka yang melibatkan kami, beliau berkata: Tidak mengapa[329].
Ali bin Ibrahim al-Ja‘fari daripada Muslim maula Abu al-Hasan a.s berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepadanya: Turki itu lebih baik atau mereka itu? Beliau berkata: Apabila kamu datang ke Turki mereka akan memisahkan di antara kamu dan agama kamu? Beliau berkata: Aku berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Mereka akan memisahkan di antara kamu dan agama kamu? Beliau berkata: Aku berkata: Tidak, malah mereka akan bekerja keras untuk membunuh kita, beliau berkata: Jika mereka memulakan peperangan ke atas mereka, maka perangilah mereka dengan mereka atau menolong menentang mereka.[330]
Kelebihan Keadilan Dan Beramal Dengannya
Ibrahim bin Ishaq daripada Abdullah bin Hammad daripada ‘Umru bin Syamr daripada Jabir daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Barangsiapa yang telah berjalan kepada penguasa yang zalim, lalu beliau telah memerintahnya supaya bertakwa kepada Allah, menasihatinya, dan menakut-nakutkannya, maka pahalanya adalah seperti pahala ibadat jin dan manusia, dan seperti amalan mereka[331].
Daripada Ibn Mahbub daripada Mu‘awiyah bin Wahab daripada Abu Abdullah a.s berkata: Keadilan itu adalah lebih manis dari madu (al-‘Adl ahla min al-Syhadi), lebih lembut dari keju (al-Yanu min al-Zabadi), dan lebih sedap baunya dari minyak wangi (atyabu rihan min al-Miski).[332]
Ahmad daripada bapanya daripada Abdullah bin al-Mughirah daripada Muhammad bin Sinan daripada Talhah bin Zaid daripada Abu Abdullah a.s bahawa sesungguhnya bapanya berkata: Barangsiapa yang telah mendatangi seorang imam yang zalim, lalu beliau membaca al-Qur’an ke atasnya bertujuan untuk mendapat habuan dunia, maka pembaca itu akan dilaknati (lu‘ina al-Qari’u ) setiap huruf sepuluh laknat sementara pendengarnya pula dilaknati (lu‘ina al-Mustami‘) setiap huruf dengan satu laknat.
Abu al-Hasan Dengan Harun al-Rasyid
Abdullah bin Muhammad al-Sa’i daripada al-Hasan bin Musa daripada Abdullah bin Muhammad al-Nahiki daripada Muhammad bin Sabiq bin Talhah al-Ansari berkata: Di antara apa yang telah dikatakan oleh Harun ketika Abu al-Hasan dibawa kepadanya: Apakah rumah ini? Maka beliau berkata: Ini adalah rumah orang-orang fasiq, beliau membaca Surah al-A‘raf (7): 146 “Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dan tanda-tanda kekuasan-Ku .Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-Ku, mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang membawa mereka kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat kami dan mereka selalu lalai daripadanya”
Harun berkata kepadanya: Rumah siapakah ini? Beliau berkata: Ia adalah untuk syi‘ah kami beberapa ketika dan selain daripada mereka adalah (rumah) fitnah, beliau berkata: Apakah gerangan tuan rumah ini yang tidak mengambilnya (teladan)? Beliau berkata: Diambil daripadanya di dalam keadaan membangun, dan beliau tidak mengambil daripadanya melainkan ia telah dibangunkan, beliau berkata: Di manakah syi‘ah anda? Lalu Abu al-Hasan a.s membaca Surah al-Bayyinah (98 ):1 “Orang-orang kafir iaitu Ahli kitab dan orang-orang musyrik tidak akan meninggalkan agama mereka sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata”
Beliau berkata: Harun berkata kepadanya:Jika begitu kami ini orang-orang kafir? Beliau berkata: Tidak, tetapi sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ibrahim (14) :28 “ Orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan ”, lantas beliau memarahinya ketika itu, dan mengasarinya.
Abu al-Hasan telah berhadapan dengannya dengan kata-kata seumpama ini, dan ia tidak menakutkannya. Ini adalah bertentangan dengan pendapat yang mengatakan bahawa beliau telah melarikan diri daripada Harun kerana takut[333].
Agama Dan Kuasa Adalah Dua Saudara Kembar
Sebahagian mereka meriwayatkan bahawa beliau berkata:Agama dan kuasa adalah dua saudara kembar (ikhwani tauamani) yang tidak dapat dipisahkan, agama adalah asas sementara kuasa (al-Sultan) adalah pengawal. Apa yang tidak ada asas akan musnah, dan apa yang tidak ada pengawal akan hilang[334].
Kenapakah Rasulullah S.A.W Dinamakan al-Ummiyyu
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Barqi daripada Ja‘far bin Muhammad al-Sufi berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin al-Ridha a.s, aku telah berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, kenapa di namakan Rasulullah s.a w dengan al-Ummiyyu? Beliau berkata: Apakah orang ramai berkata? Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, mereka berkata: Sesungguhnya beliau dinamakan al-Ummiyyu kerana beliau tidak pernah menulis. Beliau berkata: Mereka telah berbohong, maka laknat Allah adalah ke atas mereka.
Bagaimana ia boleh terjadi begitu sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Jumu‘at (62):2 “Dialah yang mengutus kepada kaum Makkah seorang rasul di antara mereka yang membacakan ayat-ayatnya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmat”, bagaimana beliau mengajar mereka perkara yang beliau sendiri tidak mengetahuinya, demi Allah, bahawa Rasulullah s.a.w membaca dan menulis dengan tujuh puluh dua atau tujuh puluh tiga bahasa, beliau dinamakan al-Ummiyyu kerana beliau adalah daripada ahli Makkah, dan Makkah adalah ibu segala kampung (Ummu al-Qura) sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-An‘am (6): 92 “agar kamu memberi peringatan kepada penduduk Ummu al-Qura (Makkah)”[335]
Bilangan Para Nabi A.S
Sekumpulan daripada para sahabat kami, daripada Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib berkata: Sebilangan para sahabat kami telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Husain daripada Abu al-Khattab daripada Ali bin Asbat daripada al-Hasan bin Ziad daripada Safwan bin Mihran al-Jamal daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata kepada aku: Wahai Safwan, adakah anda mengetahui berapakah Allah telah mengutus nabi? Beliau berkata: Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, beliau berkata: Allah telah mengutus seratus empat puluh empat ribu nabi, begitu juga bilangan para wasi dengan kebenaran di dalam percakapan, menunaikan amanah, zuhud di dunia. Allah tidak mengutus seorang nabi yang lebih baik daripada Muhammad, dan Allah tidak mengutus seorang wasi yang lebih baik daripada wasinya[336].
Beliau berkata: Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada bapanya daripada al-Husain bin al-Hasan bin Abban daripada Muhammad bin Urmah daripada Ali bin Muzahhar daripada al-Hasan al-Mithami daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Dhar berkata: Wahai Rasulullah, berapa orang Allah telah mengutus nabi? Beliau bersabda: Tiga ratus dua puluh ribu nabi, beliau berkata: Wahai Rasulullah, berapa orang kah bilangan para rasul? Tiga ratus dan belasan orang, beliau berkata: Berapakah kitab yang telah diturunkan Allah? Beliau bersabda: Seratus dua puluh kitab, Dia telah menurunkan ke atas Idris lima puluh mashaf iaitu Ukhnukh; orang pertama yang telah mengguna khat di dalam tulisan, Dia telah menurunkan ke atas Nuh sepuluh mashaf, Dia telah menurunkan ke atas Ibrahim sepuluh mashaf. Dia telah menurunkan Taurat ke atas Musa, Zabur ke atas Daud, Injil ke atas Isa, dan al-Qur’an ke atas Muhammad s.a.w.[337]
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa beliau berkata: Rasul pertama yang diutus adalah Adam a.s, dan yang paling akhir adalah Muhammad s.a.w. Bilangan para nabi adalah seratus dua puluh empat ribu, dan para rasul di kalangan mereka adalah tiga ratus lima orang. Lima di kalangan mereka adalah Ulu al-‘Azm: Nuh Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad s.a.w. Lima adalah di kalangan Arab: Hud, Salih, Syu‘aib, Ismail, dan Muhammad s.a.w. Lima di kalangan mereka adalah Hebrew: Adam, Thith, Idris, Nuh, dan Ibrahim a.s. Nabi pertama di kalangan Bani Israel adalah Musa, dan yang akhir mereka adalah Isa. Dan kitab yang diturunkan ke atas para nabi seratus empat kitab. Di antaranya diturunkan ke atas Adam lima puluh mashaf, ke atas Idris tiga puluh, ke atas Ibrahim dua puluh, ke atas Musa Taurat, ke atas Isa Injil, dan ke atas Muhammad s.a.w adalah al-Furqan[338].
Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib, daripada Ahmad bin Abu Abdullah daripada bapanya daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada ‘Umar bin Abban daripada sebahagian daripada mereka berkata: Lima di kalangan para nabi adalah Siriyaniyyun: Adam, Thith, Idris, Nuh dan Ibrahim. Lisan Adam adalah berbahasa Arab iaitu bahasa ahli syurga. Apabila beliau menderhaka Tuhannya, lisannya berbahasa Arab Siriyaniyyah.
Beliau berkata: Lima di kalangan mereka adalah berbangsa Hebrew: Ishaq, Ya‘qub, Musa, Daud, dan Isa. Di kalangan Arab: Hud, Salih, Syu‘aib, Ismail, dan Muhammad s.a.w. Lima di kalangan mereka diutus pada zaman yang sama: Ibrahim, Ishaq, Ismail, Ya‘qub, dan Lut a.s. Allah telah mengutus Ibrahim, dan Ishaq di bumi al-Muqaddasah. Ya‘qub diutus ke Mesir, Ismail ke bumi Jurhum yang tinggal di sekitar Ka‘bah selepas ‘Amlaq bin Ludin bin Sam bin Nuh. Lut diutus kepada empat bandar: Sodom, ‘Amur, San‘an, dan Daruma. Tiga di kalangan para nabi terdiri daripada raja: Yusuf, Daud, dan Sulaiman a.s. Dan raja dunia adalah dua mukmin dan dua kafir: Adapun dua orang mukmin adalah Dhu l-Qurnain, dan Sulaiman a.s. Adapun dua orang kafir adalah Nimrud bin Kusy bin Kan‘an dan Bakht Nasr[339].
Musa Dan Kaumnya Yang Tersesat Jalan
Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr daripada Abban daripada Abu Hamzah daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Musa telah sampai ke tanah al-Muqaddasah, beliau berkata kepada mereka: Masuklah ke tanah al-Muqaddasah yang telah difardukan Allah kepada kamu, janganlah kamu berpaling belakang, nescaya kamu akan rugi, mereka berkata: Sesungguhnya di dalamnya terdapat kaum yang perkasa. Kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar darinya.
Jika mereka keluar darinya, maka kami akan memasukinya. Dua orang daripada mereka yang takut di mana Allah telah kurniakan nikmat ke atas keduanya berkata: Masuklah kepada mereka melalui pintu, dan apabila kamu memasukinya, maka kamulah yang menang. Mereka berkata: Pergilah kamu, dan Tuhan kamu, serta kamu berdua berperanglah, sesungguhnya kami di sini duduk sahaja.
Beliau berkata: Wahai Tuhanku, aku tidak memiliki selain diriku, dan saudaraku, maka pisahlah di antara kami dan kaum yang fasiq. Manakala mereka enggan memasukinya, maka Allah mengharamkannya ke atas mereka, lalu mereka tersesat pada empat farsakh selama empat puluh tahun di bumi, maka janganlah kamu berputus asa ke atas kaum yang fasiq.
Abu Abdullah a.s berkata: Apabila waktu petang tiba, seorang daripada mereka berkata: Kamu telah menyambut waktu petang untuk musafir, lalu mereka memulai perjalanan mereka di dalam keadaan yang tidak stabil; mereka hanya berpusing-pusing di sekitar rumah mereka sahaja, mereka berkata: Kamu telah tersalah jalan, mereka tinggal di dalam keadaan sedemikian selama empat puluh tahun, dan diturunkan ke atas mereka Manna dan Salwa sehingga mereka binasa melainkan dua orang lelaki: Yusyu‘ bin Nun, dan Kalib bin Yufna serta anak-anak mereka yang telah tersesat di kawasan sekitar empat farsakh, apabila mereka mahu memulakan perjalanan,pakaian mereka menjadi terapung-apung.
Beliau berkata: Bersama-sama mereka batu dan apabila mereka bermalam, Musa memukulnya dengan tongkatnya, lalu terpancar dua belas pancutan air, setiap kabilah mempunyai satu pancaran air. Apabila mereka berjalan, air itu kembali memasuki batu itu. Dan batu itu di letakkan di atas binatang kenderaan[340].
Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan Bani Israel supaya memasuki tanah al-Muqaddasah yang Allah memfardukan ke atas mereka, tetapi telah ternyata bahawa anak-anak para nabi telah memasukinya.
Al-Sadiq a.s berkata tentang firman-Nya di dalam Surah Yunus (10): 89 “Sesungguhnya telah diperkenankan permohonan kamu berdua”. Beliau berkata: Ia telah mengambil masa selama empat puluh tahun[341].
Daripada Abu Basir daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Jibrail berkata: Aku telah berkata kepada Tuhanku tentang Fir‘aun, maka aku berkata: Wahai Tuhanku, Engkau membiarkannya sedangkan beliau berkata: Aku adalah tuhan kamu yang paling tinggi, maka Allah berfirman: Yang berkata sedemikian adalah orang seperti kamu (innama yaqulu hadha mithlu-ka).
Daripada Abdullah bin Jundab daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s berkata: Apabila Musa sampai di laut, maka Fir‘aun dan tenteranya telah mengikutinya. Beliau berkata: Kuda Fir‘aun telah takut untuk memasuki laut, lantas Jibrail telah menjelma untuknya di atas kereta kuda. Apabila kuda Fir‘aun telah melihat kereta kuda, lalu ia mengikutinya, Fir‘aun dan para sahabatnya telah memasuki laut, dan mereka tenggelam[342].
Para Imam Di Sudut Perintah Dan Larangan Adalah Sama
Daripada Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ziad mereka berdua berkata: Adakah para imam sebahagian mereka lebih alim daripada sebahagian yang lain? Beliau berkata: Ya, ilmu mereka tentang halal , haram, dan tafsir al-Qur’an adalah satu (‘ilmu-hum bi l-Halali wa l-Harami wa tafsiri l-Qur’an wahidun)[343].
Daripada Muhammad bin Isa daripada Yunus daripada beberapa lelakinya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Tiada sesuatu yang keluar dari sisi Allah melainkan dimulai dengan Rasulullah, kemudian dengan Amir al-Mukminin, kemudian dengan mereka selepasnya supaya ilmu yang akhir mereka di sisi yang pertama mereka (li-yakuna ‘ilmu akhiri-him min ‘inda awwali-him), dan yang akhir mereka tidaklah lebih alim daripada yang pertama mereka.
Daripadanya, daripada bapanya daripada Muhammad bin al-Husain daripada Abu Daud al-Mustariq daripada Tha‘labah daripada sebahagian daripada para sahabatnya daripada Abu Abdullah atau Abu Ja‘far a.s berkata: Yang pertama kami adalah bukti di atas yang akhir kami (awwalu-na dalilun ‘ala akhiru-na). Dan yang akhir kami membenarkan yang pertama kami(wa akhiru-na musaddiqun li-awwali-na). Sunnah pada kami adalah sama (wa al-Sunnah fi-na s.a.wa’). Kerana Allah apabila telah menetapkan satu hukum, maka Dia melaksanakannya.
Daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w dan kami tentang perintah, larangan, halal, dan haram kami menjalankan perkara yang sama (najri majra wahidan). Adapun Rasulullah, dan Ali a.s mempunyai kelebihan mereka berdua.[344]
Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada al-Humairi daripada Muhammad bin al-Walid, dan Muhammad bin Abd al-Hamid daripada Yunus bin Ya‘qub daripada Abd al-A‘la bin A‘yan berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Yang pertama kami adalah bukti ke atas yang akhir kami, dan yang akhir kami membenarkan yang pertama kami, dan Sunnah pada kami adalah sama, sesungguhnya Allah apabila Dia menetapkan hukuman, maka Dia melaksanakannya.
Daripada Ali bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ali bin al-Sanadi, daripada Muhammad bin ‘Umru daripada Abu al-Sabah maula Ali Sam, berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, aku dan Abu al-Maghra, tiba-tiba seorang lelaki daripada keluarga kulit hitam telah masuk dan berkata: Salam ke atas kamu wahai Amir al-Mukminin rahmat Allah dan berkat-Nya ke atas anda, Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Salam di atas anda dan rahmat Allah ke atas anda.
Kemudian beliau telah menariknya dan mendudukkannya di sisinya; maka aku telah berkata kepada Abu al-Maghra atau Abu al-Maghra berkata kepadaku: Sesungguhnya aku tidak melihat seorang pun yang memberi salam dengan perkataan Amir al-Mukminin melainkan ke atas Amir al-Mukminin Ali a.s. Maka Abu Abdullah a.s berkata kepadaku: Wahai Abu al-Sabah, sesungguhnya seorang hamba tidak akan mendapat hakikat iman sehingga beliau mengetahui bahawa apa yang ada pada yang akhir kami adalah apa yang ada pada yang pertama kami.[345]
Daripada Malik bin ‘Atiyyah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Adakah para imam berbeza tentang kelebihan mereka? Beliau berkata: Adapun tentang halal, dan haram, maka ilmu mereka adalah sama, tetapi kelebihan mereka berbeza selain daripada itu[346].
Daripada Ahmad bin ‘Umar berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Tidak sempurna iman seorang hamba sehingga beliau mengetahui bahawa apa yang berlaku pada yang akhir kami adalah apa yang berlaku kepada yang pertama kami, mereka dari segi ketaatan, hujah, halal, dan haram adalah sama, dan bagi Muhammad dan Amir al-Mukminin a.s kelebihan mereka sendiri.
Daripada Ahmad bin ‘Umar daripada Abu al-Hasan berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri ke atas makhluk-Nya melainkan dengan imam hidup yang dikenali (imam hayyin yu‘rafu).
Daripada al-Ridha a.s berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri melainkan dengan imam hidup yang dikenali (inna al-Hujjata la taqumu li-l-Lahi ‘ala khalqi-hi illa bi-imam hayyin yu‘rafu)[347].
Barangsiapa Yang Telah Mati Tanpa Imam, Maka Beliau Telah Mati Sebagai Seorang Jahiliah
Daripada ‘Umar bin Yazid, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Barangsiapa yang telah mati tanpa imam, maka beliau telah mati sebagai seorang jahiliah; imam hidup yang beliau mengetahuinya. Maka aku berkata: Aku tidak mendengar bapa anda menyebutnya, iaitu imam yang hidup. Beliau berkata: Demi Allah, Rasulullah s.a.w telah bersabda sedemikian. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang telah mati, tanpa mentaati imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai seorang jahiliah(man mata wa-laisa la-hu imam yasma‘u la-hu wa yuti‘u mata maitatan jahiliyyatan)[348].
Daripada Abu Jarud berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Barangsiapa yang telah mati, tanpa mentaati imam hidup yang zahir, maka beliau mati sebagai seorang jahiliah[349]. Beliau berkata: Aku berkata: Imam yang hidup, aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau berkata: Imam yang hidup (imam hayyun).
Daripada Daud al-Raqiy daripada hamba yang soleh(Khidir a.s) berkata: Sesungguhnya hujah tidak berdiri bagi Allah ke atas makhluk-Nya melainkan dengan imam hidup yang dikenali[350].
Khazanah Bumi Dan Anak Kuncinya Untuk Para Imam
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada ‘Umar bin Abd al-Aziz daripada seorang lelaki daripada al-Husain bin Ahmad al-Khaibari daripada Yunus bin Zabyan, Mufadhdhal bin ‘Umar, Abu Salmah al-Sarraj, dan al-Husain bin Thaubar bin Abu Fakhitah mereka berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s berkata: Bagi kami khazanah bumi dan segala anak kuncinya, jika aku mahu, nescaya aku akan menendang dengan salah satu kaki aku ke tanah supaya bumi mengeluarkan emas, kemudian beliau telah menendang dengan salah satu kakinya, maka beliau telah menggariskannya di tanah satu garisan (khattan), maka tanah itu terbuka.
Kemudian beliau memukul dengan tangannya, lalu terkeluar jongkong emas, lalu beliau telah mengambilnya. Beliau berkata: Lihatlah padanya dengan baik sehingga kamu tidak mengesyakinya, kemudian beliau berkata: Lihatlah ke dalam tanah, tiba-tiba jongkong emas bertimbun-timbun banyaknya bersinar-sinar, sebahagian daripada kami berkata kepadanya: Kamu telah dikurniakan dengan apa yang telah dikurniakan kepada kamu sedangkan syi‘ah kamu masih berhajat? Beliau berkata: Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan syi‘ah kita dunia dan akhirat, dan akan memasukkan mereka syurga-syurga-Nya (wa yudkhilu-hum jannati al-Na‘im), dan memasukkan musuh kita neraka Jahim (wa yudkhilu ‘aduwwa-na nar al-Jahim )[351].
Ahmad bin Muhammad bin Yahya al-‘Atar daripada bapanya daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisaburi, berkata: Abdullah bin Muhammad al-Yamani telah memberitahu kami daripada Muni‘, daripada Mujasyi‘ daripada al-Mu‘alla daripada Muhammad bin al-Faidh daripada Muhammad bin Ali as. Berkata: Tongkat Musa pada asalnya adalah milik Adam, kemudian telah jatuh kepada Syu‘aib. Kemudian kepada Musa, dan sesungguhnya tongkat itu di sisi kami sekarang, ia berwarna hijau seperti dahulu ketika ia dicabut dari pohonnya, ia akan bercakap, jika diminta berbuat demikian. Ia disediakan untuk al-Qaim kita, beliau akan melakukannya sebagaimana dilakukan oleh Musa, ia adalah menakutkan, dan akan menelan apa saja yang diperintahkan kepadanya, ia membuka dua bibir mulutnya; salah satunya di bumi, dan yang satu lagi ke atas dengan jarak empat puluh hasta, ia akan mematuk mangsanya dengan lidahnya[352].
Ahmad bin Muhammad, dan Fidhalah daripada Abu Basir, dan Zararah daripada Abu Ja‘far a.s: Asif hanya melihat di belakang dan di hadapannya sekelip mata sahaja, kemudian beliau melihat kepada Sulaiman, kemudian beliau menghulurkan tangannya, maka beliau mendapatinya di hadapannya.
Ali bin Mihziyar menyebutnya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Hammad bin ‘Uthman daripada Zararah, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sahabat Sulaiman tidak lebih dari menggerakkan anak jari tangannya begini, maka beliau dapat membawa singgahsana ratu Saba’. Hamraan berkata kepadanya: Bagaimana ini –aslaha-ka l-Lahu- Beliau berkata: Sesungguhnya bapa aku berkata: Sesungguhnya bumi ini dilipatkan untuknya apabila beliau mahu melipatkannya (Inna al-Ardh tuwiyat lahu idha aradha tawa-ha).
Mukjizat Ali Bin Musa al-Ridha A.S
Muhammad bin Isa bin Ubaid daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Qasim berkata: Ibrahim bin Musa telah memberitahu kepada aku, berkata: Aku telah berkali-kali meminta sesuatu daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s dan beliau menjanjikannya kepada aku. Pada suatu hari beliau telah keluar menyambut gabenor Madinah, dan aku telah berada bersama-samanya.
Lalu beliau datang berdekatan kota polan, dan turun di bawah pohon-pohon, dan aku telah turun bersama-samanya serta tiada orang yang ketiga bersama-sama kami. Aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda di dalam perayaan ini yang telah merahmati kita, aku tidak memiliki walaupun satu dirham, lantas beliau memecahkan tanah dengan tongkatnya dengan kuat, kemudian beliau memukulnya dengan tangannya, kemudian beliau telah mengambil darinya satu jongkong emas sambil berkata: Gunalah untuk faedah anda, dan sembunyikan apa yang anda telah melihatnya (Fa-tanawala-ha sabikata dhahabin fa-qala:Istanfi‘ bi-ha wa- ktum ma ra’ai-ta)[353]
Mukjizat Amir al-Mukminin A.S
‘Umru bin Ali bin ‘Umar bin Yazid daripada Ali bin Mitham al-Tammar, daripada mereka yang telah memberitahunya daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau bersama-sama para sahabatnya di Masjid Kufah, maka seorang lelaki telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku, sesungguhnya aku hairan dengan dunia ini di tangan mereka itu, dan tidak di tangan anda? Beliau berkata: Wahai polan, anda fikir kami mahu dunia, tetapi kami tidak diberikannya? Kemudian beliau memegang segenggam anak batu, maka tiba-tiba ia bertukar menjadi permata, lalu beliau berkata: Apakah ini? Aku berkata: Ini adalah permata yang bermutu. Beliau berkata: Jika kami menghendakinya, nescaya kami dapat, tetapi kami tidak menghendakinya. Kemudian beliau melontarnya, maka ia kembali menjadi anak batu[354].
Ali bin Ibrahim al-Ja‘fari telah memberitahu kepada aku berkata:Abu al-Abbas telah memberitahu kepada aku daripada Muhammad bin Sulaiman al-Hadha’ al-Basri daripada seorang lelaki daripada al-Hasan bin Abu al-Hasan al-Basri berkata: Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada kami dan aku pada masa itu adalah seorang kanak-kanak yang sudah baligh, maka beliau telah memasuki rumahnya-Hadis adalah panjang-Kemudian beliau keluar dan diikuti oleh orang ramai, apabila sampai di al-Jabanah, beliau telah turun lalu dikelilingi oleh orang ramai, kemudian beliau telah menggaris dengan tongkatnya satu garisan, maka beliau telah mengeluarkan satu dinar.
Kemudian beliau telah menggariskan satu garisan yang lain, lalu beliau mengeluarkan satu dinar sehingga beliau telah mengeluarkan tiga dinar, kemudian beliau telah membalikkannya dengan tangannya sehingga orang ramai telah melihatnya. Kemudian beliau mengembalikannya, dan menanamnya semula dengan ibu jarinya, dan beliau berkata: Ia akan menguji orang yang baik dan jahat selepas aku. Kemudian beliau telah menaiki baghal betina Rasulullah s.a.w, dan kembali ke rumahnya, lalu kami telah mengambil alamat dan kami kembali ke tempat tadi, kami telah menggalinya sehingga kami sampai ke tempat yang keras, tetapi kami tidak mendapatinya, ada orang berkata kepada al-Hasan: Wahai Abu Sa‘id, apakah anda melihat sedemikian daripada Amir al-Mukminin? Beliau berkata: Adapun aku, maka aku tidak mengetahuinya bahawa perbendaharaan bumi tersembunyi melainkan kepada orang sepertinya.
Al-Kumait Dan Abu Ja‘far A.S
Daripadanya berkata: Al-Husain bin Ahmad bin Muslimah al-Lu’-lu’ telah memberitahu kami daripada Muhammad al-Muthanna daripada bapanya daripada Uthman bin Yazid daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s: Aku telah datang kepadanya, lalu aku telah mengadu kepadanya hajat aku, beliau berkata: Wahai Jabir, kami tidak memiliki walaupun satu dirham.
Beliau berkata: Aku tidak menunggu lama sehingga al-Kumait datang kepadanya, dan berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku mengemukakan qasidah untuk anda? Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan qasidah untuknya, maka beliau berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham, dan bayarkan kepada al-Kumait, kemudian beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan ku untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang lain pula?
Beliau berkata: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan kepadanya qasidah yang lain pula. Beliau berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan bayarkannya kepada al-Kumait, lalu budak itu telah membayarnya kepada al-Kumait. Kemudian beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku untuk mengemukakan kepada anda qasidah yang ketiga? Beliau berkata kepadanya: Teruskanlah, lalu beliau mengemukakan qasidah untuknya, beliau a.s berkata: Wahai budak, keluarkan dari rumah itu sepuluh ribu dirham lagi, dan bayarkannya kepada al-Kumait, maka al-Kumait berkata kepadanya: Demi Allah, aku bukanlah memuji kamu kerana dunia yang aku menuntut daripada kamu. Aku tidak kehendaki demikian itu selain mahukan perhubungan dengan Rasulullah s.a.w, dan apa yang Allah telah mewajibkannya bagi kamu ke atasku tentang kebenaran.
Beliau berkata: Abu Ja‘far a.s telah menyerunya dan berkata: Wahai budak, kembalikannya kepada tempatnya. Jabir berkata: Aku telah mendapati sesuatu pada diri aku, dan aku berkata: Beliau a.s telah berkata kepadaku: Aku tidak memiliki walaupun satu dirham sedangkan beliau telah memerintah untuk al-Kumait tiga puluh ribu dirham? Beliau berkata: Wahai Jabir, berdirilah, maka masuklah rumah itu.
Beliau berkata: Aku pun berdiri dan memasuki rumah itu, maka aku tidak mendapati di dalamnya sesuatu, lalu aku keluar kepadanya, maka beliau berkata kepada aku: Kami tidak menyembunyikan sesuatu daripada kamu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, lalu beliau memasukkan aku di dalam rumah itu, kemudian beliau telah menendang dengan kakinya, tiba-tiba emas seperti tengkuk unta telah keluar, maka beliau berkata kepada aku: Wahai Jabir, lihatlah kepada ini, dan janganlah anda memberitahu kepada sesiapapun melainkan kepada orang yang anda percaya di kalangan saudara-saudara anda. Sesungguhnya Allah telah memberikan kami kemampuan untuk melakukan apa yang kami kehendaki (Inna l-Laha qad aqdara-na ‘ala ma nuridu). Jika kami kehendaki, nescaya kami menerajui bumi keseluruhannya[355].
Dialog Amir al-Mukminin A.S Dengan Abu Bakr
Sa‘d berkata: ‘Ubbad bin Sulaiman telah memberitahu kepada kami daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya Sulaiman daripada ‘Uthaim bin Aslam daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar al-Duhni daripada Abu Abdullah a.s berkata: Abu Bakr telah mendatangi Ali a.s, dan berkata kepadanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak pernah memberitahu kepada kami tentang urusan anda selepas hari wilayah, aku naik saksi bahawa anda adalah maulaku mengakui wilayah anda.
Aku telah memberi salam kepada anda pada masa Rasulullah sebagai pemimpin mukminin (bi-imrati l-Mu’minin), dan Rasulullah s.a.w telah memberitahu kami sesungguhnya anda adalah wasinya, pewarisnya dan khalifahnya pada ahlinya dan perempuan-perempuannya (akhbara-na rasulullah anna-ka wasiyyu-hu wa warisu-hu wa khalifatu-hu fi-ahli-hi wa nisa’i-hi), tetapi beliau tidak memberitahu kami bahwa anda khalifahnya selepasnya (wa lam yukhbir-na bi-anna-ka khalifatu-hu min ba‘di-hi).
Justeru itu, tiada apa-apa di antara kami dan anda, dan tiada dosa di antara kami dan Allah a.w (la dhanba baina-na wa baina l-Lahi a.w), maka Ali a.s berkata kepadanya: Jika aku memperlihatkan Rasulullah s.a.w sehingga beliau memberitahu anda bahawa aku adalah lebih berhak (aula) dengan jawatan khalifah (araiatu-ka rasulallah hatta yukhbira-ka bi-anni aula) dan anda jika tidak menjauhinya, nescaya anda kafir (wa anna-ka in lam tanahha ‘an-hu kafar-ta) apakah pendapat anda? Beliau berkata : Jika aku melihat Rasulullah s.a.w sehingga beliau memberitahu sebahagian daripadanya, maka aku memadai dengannya (in raaitu rasulallah hatta yukhbira-ni bi-ba‘dhin hadha aktafai-tu bi-hi).
Beliau berkata: Beliau telah berjanji dengan aku selepas aku menunaikan solat maghrib, beliau berkata: Beliau telah kembali selepas solat maghrib, lalu beliau memegang tangannya, dan mengeluarkannya ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w sedang duduk ke arah kiblat, lantas beliau bersabda: Wahai ‘Atiq[356], anda telah merampas hak Ali, dan anda telah menduduki majlis kenabian (wathab-ta ‘ala ‘Ali wa jalas-ta majlisa al-Nubuwwati). Aku telah memberitahu kepada anda perkara ini, justeru itu cabutlah pakaian yang anda memakainya, berilah ia kepada Ali, jika tidak, maka janji anda adalah neraka (fa-khalli-hi li- ‘Ali wa illa fa-mau‘idu-ka al-Nar)
Beliau berkata: Kemudian beliau telah memegang tangannya, dan mengeluarkannya, kemudian Nabi s.a.w berdiri meninggalkan mereka berdua, Amir al-Mukminin a.s telah datang kepada Salman dan berkata kepadanya: Wahai Salman, tidakkah anda telah mengetahui bahawa perkara itu telah berlaku sedemikian? Salman berkata: Beliau akan mengisytiharkannya dan akan mendedahkannya kepada sahabatnya, serta akan memberitahu kepadanya tentang berita itu, lalu Amir al-Mukminin a.s tersenyum dan berkata: Sama ada beliau akan memberitahu sahabatnya, maka ia akan melakukannya, kemudian beliau berkata: Tidak, mereka berdua tidak akan menyebutnya sehingga hari Kiamat, mereka berdua lebih melihat kepada diri mereka berdua tentang perkara itu.
Maka Abu Bakr telah berjumpa dengan ‘Umar, beliau berkata: Sesungguhnya Ali telah mendatangkan perkara sedemikian, telah melakukan sedemikian dan berkata kepada Rasulullah sedemikian, maka ‘Umar berkata kepadanya: Celaka anda, alangkah ceteknya akal anda, demi Tuhan, anda berada di sana pada masa itu adalah sebahagian sihir Ibn Abu Kabsyah[357] (Waila-ka ma aqalla ‘aqla-ka fa wa-l-Lahi ma anta fi-hi al-Sa‘at illa min ba‘dhi sihri ibni Abu kabsyah) Anda telah melupai sihir Bani Hasyim, dan di mana boleh Muhammad kembali (qad nasai-ta sihra Bani Hasyim wa min aina yarji‘u Muhammad wa la yarji‘u man mata), kerana orang yang telah mati tidak akan kembali lagi. Sesungguhnya anda padanya adalah sebesar-besar sihir Bani Hasyim (inna ma anta fi-hi a‘zamu min sihri Bani Hasyim), maka pakailah pakaian ini dan teruskanlah[358].
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Hakam bin Miskin daripada Abu Sa‘id al-Makari daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr dan berkata kepadanya: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, jika beliau telah memerintah aku, nescaya aku telah melakukannya, beliau berkata: Datanglah dengan kami kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau datang ke masjid Qaba, tiba-tiba Rasulullah s.a.w sedang solat, manakala beliau selesai solat, maka Ali a.s berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berkata kepada Abu Bakr: Tidakkah Rasulullah s.a.w telah memerintahkan anda supaya mentaati aku? Beliau berkata: Tidak, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku telah memerintahkan anda, maka taatlah kepadanya (qad amartu-ka fa-ati‘-hu).
Beliau berkata: Abu Bakr keluar dan bertemu dengan ‘Umar di dalam keadaan ketakutan (dha‘run), lalu ‘Umar berdiri seraya berkata kepadanya: Apakah gerangan anda? Beliau berkata kepadanya: Rasulullah bersabda sedemikian, ‘Umar berkata kepadanya: Celakalah umat yang telah melantik anda untuk urusan mereka! Tidakkah anda mengetahui sihir Bani Hasyim?[359]
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada khalid bin Madi al-Qalanisi daripada Muhammad bin Hammad daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalisi daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s berkata: Setelah Abu Bakr dilantik menjadi khalifah, ‘Umar datang kepada Ali a.s dan berkata kepadanya: Tidakkah anda mengetahui bahawa Abu Bakr telah dilantik khalifah? Ali a.s berkata kepadanya: Siapakah yang telah menjadikannya khalifah? ‘Umar berkata: Muslimun telah meredai dengan perkara tersebut.
Ali a.s berkata kepadanya: Demi Allah, alangkah cepatnya mereka menyalahi Rasulullah s.a.w, dan membatalkan janjinya, dan mereka telah menamakannya bukan dengan namanya. Demi Allah, Rasulullah s.a.w tidak melantiknya. ‘Umar berkata kepadanya: Anda sentiasa berbohong ke atas Rasulullah pada masa hidupnya dan selepas kematiannya. Lantas Ali a.s berkata kepadanya: Datang bersama kami, wahai Umar bagi mengetahui siapakah di kalangan kita pembohong ke atas Rasulullah s.a.w pada masa hidupnya dan selepas kematiannya. Umar telah datang bersama-samanya ke kubur, tiba-tiba tertulis padanya “Adakah anda telah mengingkari (kafar-ta), wahai ‘Umar, dengan Yang telah menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian Dia telah menjadikan anda seorang lelaki”. Ali a.s berkata kepadanya: Demi Allah, Allah telah mendedahkan keburukan anda pada masa hidup rasul dan selepas kematiannya[360].
Daripadanya, daripada Muhammad bin Hammad daripada Abu Ali daripada Ahmad bin Musa daripada Ziad bin al-Mundhir daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s telah bertemu dengan Abu Bakr di sebahagian jalan di Madinah, dan berkata kepadanya: Anda telah melakukan kezaliman (zalam-ta wa fa‘al-ta). Abu Bakr berkata: Siapakah yang mengetahuinya? Beliau a.s. berkata: Rasulullah s.a.w mengetahuinya. Abu Bakr berkata: Apakah hubunganku dengan rasul sehingga dia mengetahui keadaanku sedemikian. Jika beliau s.a.w. mendatangi aku di dalam tidurku dan memberitahuku keadaan itu, maka aku boleh mengakuinya. Beliau a.s. berkata: Aku akan membawa anda (udkhilu-ka) kepada Rasulullah s.a.w. Maka beliau membawanya ke dalam masjid Quba’, tiba-tiba Rasulullah s.a.w berada di masjid Quba’, dan berkata kepadanya: Jauhilah dari menzalimi Amir al-Mukminin.
Beliau berkata: Maka beliau telah keluar dari sisinya, lalu ‘Umar bertemu dengannya (Abu Bakr) dan memberitahu kepadanya perkara tersebut. Maka ‘Umar berkata kepada Abu Bakr: Diam, tidakkah anda telah mengetahui sejak lama dahulu tentang sihir Bani Hasyim bin Abd al-Muttalib?[361]
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada al-Rabi‘ bin Muhammad al-Musalli daripada Abdullah bin Sulaiman daripada Abu Abdullah a.s berkata: Apabila Ali a.s dikeluarkan di dalam keadaan dua tangannya terikat, beliau telah berhenti di kubur Nabi s.a.w, dan berkata: Wahai Ibn Umm, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan hampir mereka membunuh aku.
Beliau berkata: Satu tangan telah keluar dari kubur Rasulullah s.a.w, mereka mengetahui bahawa itulah tangan Rasulullah s.a.w, dan suaranya terhadap Abu Bakr: Wahai ini Adakah anda telah kafir dengan Yang telah menjadikan anda dari tanah, kemudian air mani, kemudian menjadikan anda seorang lelaki”[362]
Imlak Jibrail Ke Atas Amir al-Mukminin A.S.
Ali bin Ismail bin Isa daripada Safwan bin Yahya daripada Rifa‘ah bin Musa daripada Abu Abdullah a.s sesungguhnya Rasulullah s.a w telah mengimlakkan mashaf ke atas Ali a.s. Setelah sampai separuhnya, Rasulullah s.a.w telah meletakkan kepalanya di pangkuan Ali, kemudian Ali a.s telah menulis sehingga memenuhi mashaf (imtala’at). Apabila Rasulullah s.a.w mengangkat kepalanya, beliau bersabda: Siapakah yang telah mengimlakkannya ke atas anda wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah, beliau bersabda: Malah Jibrail telah mengimlakkannya ke atas anda[363].
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, Ahmad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Mahbub daripada Hanan bin Sudair daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali a.s, dan menyeru dengan daftar, lalu beliau mengimlakkan ke atasnya di bahagian dalamnya, kemudian beliau tertidur, lantas Jibrail mengimlakkan pada bahagian luarnya, kemudian Rasulullah s.a.w terjaga, dan bersabda: Siapakah yang telah mengimlakkan ini wahai Ali? Beliau berkata: Anda wahai Rasulullah s.a.w, maka beliau berkata: Aku telah mengimlakkannya ke atas anda bahagian dalamnya sementara Jibrail telah mengimlakkan ke atas anda bahagian luarnya[364].
Keadaan Mu‘awiyah di Barzakh
Ayyub bin Nuh dan al-Hasan bin Ali bin Abdullah bin al-Mughirah daripada al-Abbas bin ‘Amir al-Qasbani daripada Abban bin Uthman daripada Basyir bin al-Nabal daripada Abu Ja‘far a.s: Aku telah berada di belakang bapa aku a.s di atas baghalnya, tiba-tiba aku telah melihat seorang lelaki di tengkuknya rantai besi, dan seorang lelaki sedang mengikutinya, maka beliau berkata: Wahai Ali bin al-Husain, berilah aku air, maka lelaki yang mengikutinya berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberinya air, beliau adalah Mu‘wiyah la‘ana-hu l-Lahu.
Ali bin Muhammad al-Hijjal daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’ daripada Muhammad bin Sinan daripada Abd al-Malik bin Abdullah al-Qummi daripada saudaranya Idris bin Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Manakala aku dan bapa aku sedang menuju ke Makkah, bapa aku telah mendahului aku pada satu tempat bernama Dhajanan, tiba-tiba seorang lelaki di tengkuknya rantai yang ditariknya, datang kepada aku dan berkata: Berilah aku air, berilah aku air (isqini) lalu bapa aku telah melaung kepada aku: Janganlah anda memberi air kepadanya, tidak, Allah tidak akan memberi air kepadanya.
Beliau berkata: Di dalam keadaan mencari air, seorang lelaki mengikutinya, menarik rantainya dengan tarikan yang kuat, lalu menolaknya ke neraka[365].
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari daripada Abban bin Uthman daripada Basyir al-Nabbal berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah berada bersama-sama bapa aku di ‘Asfan atau di Dhajanan, lantas baghalnya telah melarikan diri, tiba-tiba seorang lelaki di tengkuknya rantai besi, dan sebahagiannya di tangannya menariknya, maka beliau berkata: Berikan aku air, seorang lelaki berkata: Janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberi air kepadanya (la saqahul-Lahu). Aku telah berkata kepada bapa aku: Siapakah ini? Beliau berkata: Ini adalah Mu‘awiyah.
Daripadanya daripada al-Husain bin Sa‘id daripada Ibrahim bin Abu al-Bilad daripada Ali bin al-Mughirah berkata: Abu Ja‘far telah berada di Dhajanan, maka beliau telah berkata sebanyak tiga kali: Allah tidak akan mengampuni anda, apabila beliau berkata: Adakah kamu tahu kepada siapakah kamu berkata? Atau sebahagian daripada para sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Mu‘awiyah bin Abu Sufyan telah melalui di hadapan aku di dalam keadaan menarik rantai besinya sehingga lidahnya terkeluar meminta aku supaya aku memohon ampun untuknya, kemudian beliau berkata: Ia adalah satu lembah dari lembah-lembah Jahanam.
Daripadanya, daripada Ali bin al-Hakam daripada Malik bin ‘Atiyyah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah menjadi tawanan bersama-sama bapa aku di dalam perjalanan ke Makkah dan kami telah menaiki dua unta, manakala kami sampai di lembah Dhajanan, seorang lelaki telah keluar di tengkuknya rantai besi yang sedang ditariknya, maka beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, berilah aku air, maka Allah akan memberi air kepada kamu, lantas seorang lelaki lain mengikutinya, lalu beliau menarik rantai besi, dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, janganlah anda memberi air kepadanya, Allah tidak akan memberinya air, maka bapa aku telah berpaling kepada aku dan berkata: Wahai Ja‘far, adakah anda telah mengenalinya? Ini adalah Mu‘awiyah la‘ana-hu l-Lahu.[366]
Dua Orang Fasiq DiKeluarkan Secara Segar, Lalu Disula
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’ daripada Abu Saghar Ahmad bin Abd al-Rahim daripada al-Hasan bin Ali; seorang lelaki yang bekerja sebagai pemungut zakat khalifah Makmun berkata: Aku dan seorang lelaki daripada sahabat kami telah bertemu dengan Abu Tahir bin Isa bin Abdullah al-‘Alawi, Abu Sakhar berkata: Aku telah menyangkanya daripada anak lelaki ‘Umar bin Ali. Beliau telah tinggal di Dar al-Saidiyyin. Kami telah bertemu dengannya pada waktu Asar di tangannya bekas air yang beliau menyapu dengannya, kami telah memberi salam kepadanya, maka beliau menjawab salam kami.
Kemudian beliau telah memulakan percakapan dengan kami, dan berkata: Adakah orang lain bersama-sama kamu berdua? Kami berkata: Tidak. Kemudian beliau telah berpaling ke kiri dan ke kanan adakah beliau sedang melihat kepada seseorang? Kemudian beliau berkata: Abu Jundi telah memberitahu aku sesungguhnya beliau telah berada bersama-sama Abu Ja‘far Muhammad bin Ali a.s di Mina sedang melontar jamrat dan Abu Ja‘far a.s telah melontar beberapa batu kecil (al-Jamrat), lalu beliau telah menyempurnakannya. Dan masih tertinggal di tangannya beberapa batu kecil, maka beliau telah menghitungnya lima batu kecil. Kemudian beliau telah melontar dua biji batu kecil ke satu sudut dan tiga biji batu kecil ke satu sudut yang lain.
Maka aku berkata kepadanya: Beritahu aku, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apakah ini, aku telah melihat anda telah melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh seorang pun sebelum ini (sana‘ta syai’an ma sana‘a-hu ahadun qat). Sesungguhnya anda telah melontar dengan lima batu kecil selepas itu, tiga di satu sudut dan dua di satu sudut yang lain (thintaini fi nahiyatin wa thalathata fi nahiyatin)? Beliau berkata: Ya, sesungguhnya pada setiap musim haji dua orang yang fasiq dikeluarkan (idha kana kullu mausimin ukhrija al-Fasiqani) secara segar, lalu disula di sini (fa-sulibaa ha-huna). Tidak dapat melihat kepada mereka berdua melainkan oleh imam yang adil (la yara-huma illa imam ‘adil). Justeru itu, aku telah melontar kepada yang pertama[367] dua batu kecil dan yang akhir [368] dengan tiga batu kecil kerana yang akhir itu lebih jahat daripada yang pertama (li-anna al-Akhara akhbathu min al-Awwali)[369].
Mentaati Para Wasi Adalah Difardukan
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada al-Qasim bin al-Jauhari daripada al-Husain bin Abual-‘Ala’ berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s : Adakah mentaati para wasi difardukan? Beliau berkata: Mereka itulah yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Nisa’ (4):59 “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, Rasul-Nya, dan Uli l-Amri di kalangan kamu”
Dan merekalah yang telah difirmankan Allah di dalam Surah al-Ma’idah (4):55 “sesungguhnya wali kamu adalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang mendirikan solat, dan memberi zakat di dalam keadaan rukuk”
Daripadanya, daripada Mu‘ammar bin Khallad berkata: Seorang lelaki farsi telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s, maka beliau berkata: Mentaati kamu satu fardu (ta‘atu-kum muftaradhah)? Beliau berkata: Ya, maka beliau berkata: Seperti mentaati Ali bin Abu Talib a.s? Beliau berkata: Ya[370].
Ahmad bin Ahmad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Umru bin Maimun, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya kami pasti mengetahui lelaki apabila kami telah melihatnya dengan hakikat iman dan hakikat nifak (Inna la-na‘rifu al-Rajula bi-haqiqati al-Iman wa bi-haqiqati al-Nifaq)[371]
Muhammaad bin Hammad al-Kufi, daripada saudaranya Ahmad bin Hammad, daripada Nasr bin Muzahim, daripada Umru bin Syamr daripada Jabir bin Yazid daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (mithaq) syi‘ah kita dari salbi Adam, lantaran itu, kami mengetahui cinta pencinta (hubba al-Muhibb) sekalipun beliau melahirkan sebaliknya dengan lidahnya. Kami mengetahui kemarahan pemarah (bughdha al-Mubghidh) sekalipun beliau melahirkan kecintaan kepada kami Ahlu l-Bait[372].
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal bin Jamil, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata tentang firman Allah a.w di dalam Surah al-Nur (24) : 35 “Allah adalah cahaya langit dan bumi umpama cahaya-Nya” adalah Muhammad s.a.w “ di dalamnya ada pelita besar” adalah ilmu “ pelita itu di dalam kaca”. Kaca adalah Amir al-Mukminin a.s dan ilmu Nabi Allah adalah di sisinya[373].
Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id daripada Fadhalah bin Ayyub daripada ‘Umar bin Abban al-Kalbi daripada Adam bin al-Hasan, daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Telah sampai berita kepada aku bahawa Allah a.w telah bercakap secara rahsia dengan Ali a.s (naja)? Maka beliau a.s berkata: Ya, munajat telah berlaku di antara Allah a.w dan Ali a.s di Taif, Jibrail telah turun dan berkata: Sesungguhnya Allah telah mengajar Rasul-Nya haram, halal, dan takwil, maka Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali semuanya[374].
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam, daripada Abdullah bin Bakir al-Hajari, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali bin Abu Talib adalah hibatullah (pemberian Allah) kepada Muhammad s.a.w, beliau telah mewarisi ilmu para wasi, dan ilmu para nabi dan rasul sebelum Muhammad s.a.w[375].
Muhammad bin Abd al-Hamid al-‘Attar daripada Mansur bin Yunus, daripada ‘Umar bin Udhinah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Jibrail telah turun ke atas Muhammad s.a.w dengan dua biji buah delima (rummanataini) dari syurga, lantas Ali a.s bertemu dengannya, maka beliau berkata: Apakah dua biji buah delima di tangan anda? Beliau berkata: Adapun ini adalah untuk kenabian (al-Nubuwwah) di mana anda tidak ada bahagian dan ini adalah ilmu, kemudian Rasulullah s.a.w telah membelahnya, lalu memberi separuhnya kepada Ali a.s, dan Rasulullah s.a.w telah mengambil separuhnya, kemudian beliau bersabda: Anda adalah bersyarikat dengan aku (anta syariki) dan aku adalah bersyarikat dengan anda (wa ana syariku-ka fi-hi). Tiada satu huruf yang telah diajar oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w melainkan beliau s.a.w telah mengajarnya kepada Ali a.s (illa ‘allama-hu ‘aliyyan). Kemudian ilmu itu telah berakhir kepada kami (thumma intaha al-‘ilmu ilai-na), dan beliau telah meletakkan tangannya di atas dadanya[376].
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Muhammad bin ‘Adhafir, daripada Abu Ya‘qub al-Ahwal berkata: Kami beberapa orang telah keluar bersama-sama Abu Basir, lalu kami datang ke rumah Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya ilmu Ali bin Abu Talib a.s adalah daripada ilmu Rasulullah s.a.w, maka beliau telah mengajarnya kepada kami, oleh itu sembahlah Allah, kerana dengan-Nyalah kejayaan[377].
Ahmad dan Abdullah kedua-duanya adalah anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada Mu‘ammar bin Khallad, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait akan mewarisi yang kecil kami (yatawarathu asaghiru-na)daripada yang besar kami perkara yang sama.
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-khattab, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada ‘Anbasah bin Bijad al-‘Abid, daripada al-Mughirah al-Hawari maula Abd al-Mu’min al-Ansari, daripada Sa‘d bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata di atas mimbar: Kamu bertanyalah kepada aku sebelum kamu ketiadaan aku (saluni qabla an tufqiduni). Demi Allah, tiada bumi yang subur dan yang gersang, dan tiada kumpulan yang menyesatkan seratus atau kumpulan yang memberi hidayat kepada seratus melainkan aku telah mengetahui pemimpinnya dan penariknya. Aku telah memberitahunya kepada seorang lelaki daripada keluargaku di mana yang besar mereka akan memberitahunya kepada yang kecil mereka sehingga hari Kiamat.
Ahmad dan Abdullah, kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin al-Husain bin al-Khattab daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Suwaid bin Ghuflah berkata: Aku telah berada di sisi Amir al-Mukminin a.s, tiba-tiba seorang lelaki telah mendatanginya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah datang dari Wadi al-Qura, dan Khalid bin ‘Urfatah telah mati, maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya beliau belum mati, lalu lelaki itu telah mengulanginya. Maka beliau a.s berkata: Beliau belum mati, beliau telah menentang dengan mukanya, lelaki itu telah mengulanginya pada kali yang ketiga, maka beliau berkata: Subhanallah! Aku telah memberitahu kepada anda bahawa sesungguhnya beliau telah mati dan anda masih berkata bahawa beliau belum mati? Ali a.s berkata: Demi Yang diri aku di tangan-Nya bahawa beliau tidak akan mati sehingga beliau mengetuai tentera yang sesat di mana pembawa benderanya adalah Habib bin Jammaz[378].
Beliau berkata: Habib bin Jammaz telah mendengar kata-kata tersebut, lalu beliau telah mendatangi Amir al-Mukminin a.s, dan berkata kepadanya: Aku menyeru anda dengan nama Allah tentang diri aku bahawa aku adalah syi‘ah anda. Anda telah menyebut aku dengan satu perkara, tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya tentang diri aku, Ali a.s berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah Habib bin Jammaz. Maka Ali a.s berkata kepadanya:Jika anda adalah Habib bin Jammaz, maka andalah yang akan membawa benderanya, lantas Habib meninggalkannya. Abu Hamzah berkata:Demi Allah, Khalid bin ‘Urfatah tidak mati sehingga ‘Umar bin Sa‘id mengutus kepada al-Husain bin Ali a.s, dan menjadikan Khalid bin ‘Urfatah di hadapannya dan Habib bin Jammaz pembawa benderanya (sahib rayati-hi)[379]
Hamzah bin Ya‘la, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada ‘Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Beliau berkata: Wahai Jabir, Sesungguhnya kami jika kami memberitahu kepada kamu dengan pendapat kami dan hawa nafsu kami (lau kunna nuhaddithu-kum bi-ra’yi-na wa hawana), nescaya kami daripada mereka yang binasa, tetapi kami memberitahu kepada kamu hadis-hadis yang kami menyimpannya daripada Rasulullah s.a.w (nuhaddithu-kum bi ahadith naknidhu-ha ‘an rasulillah) sebagaimana mereka itu menyimpan emas mereka dan wang mereka (kama yaknidhu haula’ dhahaba-hum wa waraqa-hum).
Ahmad bin Muhammadd bin Isa, daripada al-Husain bin sa‘id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada Jamil bin Darraj daripada Fudhail bin Yasar, daripada Abu Ja‘far a.s bahawa beliau berkata: Sesungguhnya kami adalah di atas keterangan Tuhan kami (inna ‘ala bayyinatin min rabbi-na). Dia telah menerangkannya kepada Nabi-Nya. Maka Nabi-Nya telah menerangkannya kepada kami, jika tidak, nescaya kami sama seperti mereka saja (laula dhalika la-kunna ka-ha’ula’ al-Nas)[380].
Semua Perkara Dalam Kitab Allah Dan Sunnah-Nya
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin khalid al-Barqi, daripada Ismail bin Mihran, daripada Yusuf bin ‘Umairah, daripada Abu al-Maghra Hamid bin al-Muthanna al-‘Ajali, daripada Sama‘ah bin Mihran, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s, berkata:Aku telah berkata: Adakah semua perkara ada di dalam kitab Allah dan sunnah-Nya atau apakah pendapat anda mengenainya? Beliau berkata: Malah semua perkara ada di dalam kitab Allah dan sunnah-Nya (bal kullu syai’in fi kitab Allah wa sunnati-hi)[381].
Daripadanya, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Safwan bin Yahya daripada Sa‘id bin Abdullah al-A‘raj berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Terdapat di sisi kami bahawa mereka yang memahami agama berkata: Perkara yang kami tidak mengetahuinya apabila dibentangkan kepada kami, lalu kami berkata dengan pendapat kami (bi-ra’yi-na), maka beliau a.s berkata: Mereka telah berbohong, semua perkara ada di dalam al-Kitab, dan al-Sunnah. Daripadanya, daripada al-Hasan bin Fadhdhal, daripada Abu al-Maghra, daripada Sama‘ah, daripada al-‘Abd al-Salih berkata: Aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya beberapa orang daripada para sahabat kita telah bertemu dengan bapa anda dan datuk anda, dan mereka telah mendengar hadis daripada mereka berdua. Kemungkinan ada perkara yang menguji mereka di mana mereka tidak mendapati sesuatu yang membolehkan mereka memberi fatwa atau mereka mempunyai perkara yang hampir sama, adakah boleh mereka mengamalkan kias? Beliau berkata: Tidak, sesungguhnya telah binasa mereka sebelum kamu dengan kias, maka aku telah berkata kepadanya: Kenapa kias tidak diterima? Beliau berkata: Kerana tiada perkara melainkan ada di dalam Kitab dan Sunnah.
Al-Sanadi bin Muhammad al-Bazzaz, daripada Safwan bin Yahya, daripada Muhammad bin Hakim, daripada Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Aku telah berkata kepadanya: Kami telah mempelajari agama daripada kamu dan kami telah meriwayatkan hadis daripada kamu, kemungkinan seorang lelaki datang kepada kami, dan beliau diuji dengan perkara kecil di mana kami tidak mengetahui untuk memberi fatwa tentangnya, tetapi kami mempunyai perkara seumpamanya atau menyerupainya. Adakah boleh kami menggunakan kias akan perkara yang menyerupainya? Beliau berkata: Tidak, kenapa kamu menggunakan kias? Dengan kiaslah telah binasa mereka sebelum kamu, aku berkata: Adakah Rasulullah s.a.w telah mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu? Beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah mengemukakan kepada orang ramai apa yang mereka perlu pada masa hidupnya dan mereka akan memadai dengannya sehingga hari Kiamat. Aku berkata: Adakah sesuatu telah hilang daripadanya (fa-dha‘a min-hu syai’un)? Beliau berkata: Tidak, ia berada di sisi ahlinya (huwa ‘inda ahli-hi )[382].
Rasulullah S.A.W Telah Mengajar Ali A.S Seribu Bab
Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu‘Umair, daripada Murazim bin Hakim al-Azadi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu bab, dan setiap satu bab akan membuka seribu bab(‘allma rasulullah s.a.w ‘aliyyan alfa bab yaftahu kullu bab alfa bab)[383].
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada sebahagian daripada para sahabatnya, daripada Ahmad bin ‘Umar al-Halabi, daripada Abu Basir berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Sesungguhnya syi‘ah bercakap-cakap bahawa Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang dapat membuka seribu bab. Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu bab, dan setiap bab akan membuka seribu bab yang lain, aku telah berkata kepadanya: Adakah ini ilmu? Beliau berkata: Sesungguhnya ia adalah ilmu[384].
Daripadanya,dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Abdullah bin Hilal berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka untuknya seribu bab yang lain, setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain pula.
Daripadanya, dan Ahmad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada [385] al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abd al-Rahman bin Abu Abdullah berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu bab yang akan membuka untuknya seribu bab, dan setiap bab akan membuka untuknya seribu bab yang lain pula[386].
Ya‘qub bin Yazid, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair daripada Ibrahim bin Abd al-Hamid, daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Ali telah berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku seribu bab, setiap bab akan membuka seribu bab yang lain.
Muhammad bin Isa, dan Ibrahim bin Ishaq, daripada Abdullah bin Hammad al-Ansari, daripada Sabah al-Mazni, daripada al-Harith bin al-Hasirah, daripada al-Asbagh bin Nabatah, daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajar aku seribu bab daripada halal dan haram daripada apa yang telah berlaku, dan akan berlaku sehingga hari Kiamat. Setiap bab daripadanya akan membuka seribu bab yang lain. Lantaran itu, ia telah menjadi seratus ribu bab sehingga aku telah diajar ilmu al-Munaya, al-Balaya dan Fasl al-Khitab (kefasihan bercakap).
Ahmad dan Abdullah kedua-duanya anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada bapanya, daripada Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ishaq al-Sabi‘i berkata: Aku telah mendengar sebahagian para sahabat Amir al-Mukminin a.s yang dipercayai berkata: Aku telah mendengar Ali a.s berkata: Sesungguhnya di dalam dadaku ini ilmu yang banyak di mana Rasulullah s.a.w telah mengajarnya kepadaku (inna fi sadri hadha la- ‘ilman jamman ‘allamani-hi rasulullah s.a.w lau ijidu la-hu hafazah yar‘auna-hu haqqa ri‘ayati-hi wa yarwauna-hu ‘anni ka-ma yasma‘una-hu ‘anni idhan la-auda‘tu-hum ba‘dha-hu). Jika aku mendapati untuknya para penghafaz yang menjaganya dengan baik dan meriwayatkannya kepada aku sebagaimana mereka mendengarnya daripadaku, nescaya aku telah menyimpan sebahagiannya kepada mereka. Lantaran itu, banyak ilmu yang diketahuinya, sesungguhnya ilmu adalah pembuka kepada setiap bab dan setiap bab akan membuka seribu bab.
‘Umru Bin Huraith Dan Keburukannya
Al-Mu‘alla bin Muhammad al-Basri, daripada Bustam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Hasan al-‘Abdi, daripada Sa‘d bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memerintah kami berjalan ke al-Mada’in dari Kufah. Lalu kami telah berjalan pada hari Ahad, dan ‘Umru bin Huraith serta tujuh orang yang lain tertinggal ke belakang. Lalu mereka telah keluar ke satu tempat di al-Hirah dinamakan al-Khauranaq, mereka berkata: Kita berkelah, dan apabila tiba hari Rabu, kita keluar dan akan bersama Ali a.s sebelum beliau berhimpun, manakala mereka berehat, tiba-tiba seekor biawak (dhabb)keluar kepada mereka, lantas mereka memburunya, dan ditangkap oleh ‘Umru bin Huraith sambil berkata: Kamu Baiahlah kepada biawak ini, kerana ia adalah Amir al-Mukminin (bayi‘u hadha Amir al-Mu’minin), lalu tujuh orang sahabatnya, dan ‘Umru bin Huraih adalah orang yang kelapan mereka, telah memberi baiah kepadanya.
Mereka telah berjalan pada malam Rabu, dan mereka telah sampai di al-Mada’in pada hari Jumaat di mana Amir al-Mukminin a.s sedang berkhutbah, mereka berlapan tidak berpisah di antara mereka sehingga mereka turun di pintu masjid, manakala memasukinya, Amir al-Mukminin a.s telah melihat kepada mereka, dan berkata:Wahai manusia, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah merahsiakan kepada aku seribu hadis pada setiap hadis seribu bab, dan setiap bab seribu anak kunci dan aku telah mendengar Allah berfirman di dalam Surah Al-Isra’ (17) 71 “Hari kami menyeru setiap manusia dengan imam mereka”, sesungguhnya aku bersumpah dengan Allah untuk kamu bahawa Dia akan membangkitkan pada hari Kiamat lapan orang dengan imam mereka iaitu biawak dan jika aku mahu menamakan mereka, nescaya aku boleh melakukannya.[387]
Kitab-Kitab Di Sisi Para Imam A.S
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Qasim bin Muhammad al-Jauhari, daripada Ali bin Hamzah, daripada Imran bin Ali al-Halabi, daripada Abban bin Taghlab berkata: Abu Abdullah a.s telah memberitahu aku bahawa sesungguhnya di hulu pedang Ali a.s terdapat mashaf di mana Ali a.s telah menyeru al-Hasan kepadanya, lalu beliau telah mengangkatnya kepadanya, dan memberi pisau kepadanya, kemudian berkata kepadanya: Bukalah, maka al-Hasan tidak mampu membukanya, lalu Ali a.s telah membukakannya untuknya.
Kemudian beliau berkata kepadanya: Bacalah, lalu al-Hasan a.s membaca al-Alif , al-Ba’ , al-Sin, al-Lam, dan seterusnya, kemudian beliau telah melipatkannya, lalu memberikannya kepada saudaranya al-Husain, maka beliau tidak mampu membukanya, lalu beliau membukakannya untuknya, kemudian beliau berkata kepadanya: Bacalah, lalu beliau membacanya sebagaimana telah dibaca oleh al-Hasan, kemudian beliau telah melipatkannya, dan memberikannya kepada Muhammad bin al-Hanafiyyah, tetapi beliau tidak mampu membukakannya, maka Ali a.s telah membukakannya untuknya, dan berkata kepadanya: Bacalah, maka beliau tidak dapat mengeluarkan sesuatu daripadanya, lalu beliau telah mengambilnya dan melipatkannya. Kemudian beliau telah menggantungkannya di hulu pedangnya, maka Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah perkara yang terdapat di dalam mashaf itu? Beliau berkata: Iaitu huruf-huruf yang dapat membuka setiap huruf seribu huruf yang lain, Abu Basir berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Dua huruf pun tidak akan keluar kepada orang ramai sehingga hari Kiamat[388].
Rasulullah S.A.W Mengajar Ali A.S Seribu Kalimah
Daripadanya, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s seribu huruf yang dapat membuka seratus ribu huruf dan setiap huruf daripadanya dapat membuka seribu huruf.
Daripadanya, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Uthman bin Isa, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abd al-Rahman bin Abu Abdullah, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu huruf yang dapat membuka seribu huruf, dan setiap huruf daripadanya dapat membuka seribu huruf (yaftahu alfa harfin)[389]
Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah mengajar Ali a.s satu kalimah yang dapat membuka seratus ribu kalimah dan setiap kalimah dapat membuka seribu kalimah.
Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’i daripada Muhammad bin Sinan, daripada Ismail bin Jabir, dan Abd al-Karim bin Abu Dailam, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah berwasiat kepada Ali a.s dengan seribu kalimah(ausa Rasulullah s.a.w ila Ali bi-alfi kalimatin), dan setiap kalimah dapat membuka seribu kalimah (yaftahu kullu kilimatin alfa kalimatin).
Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada maulanya Hamzah bin Rafi‘, daripada Ummu Salmah; isteri Nabi s.a.w berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda ketika sakit yang telah membawa kepada kematiannya: Serukan kepadaku khalilku. Maka ‘Aisyah menghantar utusan untuk menjemput bapanya. Apabila Abu Bakr datang maka Rasulullah s.a.w. menutup mukanya. Maka Abu Bakr pulang. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Panggilkan kepadaku khalilku. Hafsah menghantar utusan kepada bapanya. Justeru itu ‘Umar datang. Rasulullah s.a.w terus menutup mukanya (ghatta rasulullah s.a.w wajha-hu) dan bersabda: Serukan khalilku. Maka Umarpun kembali. Setelah itu, Fatimah memanggil Ali a.s. Apabila Ali a.s datang, maka Rasulullah s.a.w berdiri, lalu beliau a.s. masuk. Kemudian beliau s.a.w. memuliakan Ali a.s dengan kainnya. Fatimah a.s berkata: Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku seribu hadis sehingga aku telah berpeluh dan Rasulullah s.a.w turut berpeluh (fa-haddathani bi-alfi hadith hatta ‘araqtu wa ‘araqa rasulullah s.a.w). Peluhnya telah mengalir ke atasku, dan peluhku telah mengalir ke atasnya (fa-sala ‘alayya ‘araqu-hu wa sala ‘alai-hi ‘araqi )[390].
Keilmuan Para Imam A.S
Ahamad al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada ‘Umru bin Sa‘id al-Mada’ini, daripada Musaddiq bin Sadaqah al-Mada’ini, daripada ‘Ammar bin Musa al-Sabiti, daripada Abu Abdullah a.s berkata:Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s tentang imam adakah belliau mengetahui perkara ghaib (ya‘lamu al-Ghaib)? Beliau berkata: Tidak, tetapi apabila beliau mahu mengetahui sesuatu, maka Allah akan memberitahu kepadanya perkara tersebut (idha arada an ya‘lama al-Sya’ a‘lama-hu l-Lahu dhalika)[391].
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Muhammad bin Abu Hamzah, daripada Ali bin Yaqtin berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan Musa a.s: Ilmu alim kamu secara pendengaran atau ilham? Beliau berkata: Kadang-kala secara pendengaran dan kadang-kala secara ilham atau kedua-duanya sekali (qad yakunu samma‘an wa yakunu ilhaman wa yakunani ma‘an).
Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Abu Nasr, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah ilmu alim kamu (ma ‘ilmu ‘alimu-kum), adakah sebahagiannya dicampak dihatinya (a jumlatun yuqdhafu fi qalbi-hi) atau diperdengarkan di telinganya (au yunkatu fi udhuni-hu)? Beliau berkata: Seperti wahyu ibu Isa.
Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Muhammad bin Hamraan daripada Sufyan bin al-Samt, daripada Abdullah bin al-Najjasyi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Di kalangan kami, demi Allah, ada yang dibisikkan di telinganya (fi-na, wa l-Lahi, man yunqaru fi udhuni-hi ), dan ada yang diberitahu di hatinya (yunkatu fi qalbi-hi), dan ada yang telah berjabat tangan dengan malaikat (tusafihu-hu al-Malaikatu). Aku berkata: Di masa yang lalu, atau hari ini? Beliau berkata: Malah hari ini (bal al-Yaum), wahai Ibn al-Najjasyi- Beliau telah berkata sedemikian sehingga tiga kali.
Al-Hasan bin Ali bin Abdullah bin al-Mughirah, daripada ‘Abis bin Hisyam al-Asadi, daripada Kiram bin ‘Umru al-Khusy‘ami, daripada Abdullah bin Abu Ya‘fur, berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya kami berkata: Sesungguhnya Ali a.s dibisikkan di telinganya (kana yunkatu fi udhuni-hi) dan diberitahu di dadanya (wa yuqaru fi sadri-hi), maka beliau berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang Muhaddathan (boleh bercakap dengan malaikat). Manakala beliau telah melihat aku bahawa kata-katanya telah menjadi berat ke atasku, maka beliau berkata: Sesungguhnya Ali a.s pada hari Bani Quraizah, dan al-Nadhir telah diapit oleh Jibrail di kanannya, dan Mikail di kirinya, mereka berdua sedang bercakap-cakap dengannya (yuhaddithana-hu)[392].
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar al-Qalanisi, daripada al-Harith bin al-Mughirah bin al-Nadhari, daripada Hamraan berkata: Abu Ja‘far a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya Ali a.s adalah Muhaddathan, maka aku pun telah datang kepada para sahabatku, lalu aku berkata: Aku datang kepada kamu dengan berita yang pelik, mereka berkata: Apakah ia? Aku berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Ali adalah seorang Muhaddathan, mereka berkata: Anda jangan melakukan sesuatu melainkan anda bertanya kepadanya siapakah yang bercakap dengannya.
Lalu aku kembali kepadanya dan aku berkata: Sesungguhnya aku telah memberitahu para sahabatku tentang perkara yang anda telah memberitahu aku, maka mereka berkata: Anda jangan melakukan sesuatu melainkan anda bertanya kepadanya siapakah yang bercakap dengannya, maka beliau berkata kepadaku: Malaikat yang bercakap dengannya (yuhaddithu-hu malakun), aku berkata: Anda berkata bahawa beliau seorang nabi? Lantas beliau menggerakkan tangannya begini, beliau berkata: Atau seperti sahabat Sulaiman atau seperti sahabat Musa atau seperti Dhu al-Qarnain atau tidakkah telah sampai berita kepada kamu bahawa beliau berkata: Di kalangan kamu ada orang seumpamanya (wa fi-kum mithlu-hu)[393].
Musa bin Ja‘far bin Wahab al-Baghdadi, daripada Ali bin Asbat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku dan al-Mughirah bin Sa‘id sedang duduk di Masjid, lalu al-Hakam bin ‘Utbah datang kepada kami, dan berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Abu Ja‘far a.s satu hadis di mana aku tidak pernah mendengarnya sebelum ini, maka kami telah bertanya kepadanya tentangnya, tetapi beliau telah enggan memberitahu kami mengenainya, beliau berkata: Ya, kami telah mendapati ilmu Ali a.s di dalam satu ayat pada kitab Allah a.w; Surah al-Hajj (22):52 “ Dan kami tidak mengutus seorang rasul sebelum kamu, dan tidak pula seorang nabi, (dan tidak pula seorang muhaddathin), melainkan apabila ia mempunyai sesuatu keinginan, syaitan pun memasukkan godaan-godaan terhadap keinginan itu”
Maka kami berkata: Ayatnya bukan begitu, maka beliau berkata: Ayat itu terdapat di dalam kitab Ali, aku berkata: Bagaimana muhaddath terjadi? Beliau berkata: Dibisikkan di telinganya (yunkatu fi udhuni-hi), lalu beliau mendengar deringan atau gema (tanin ) seperti deringan atau gema sesuatu terjatuh di dalam mangkuk (ka-tanin al-Tist) atau diketuk di hatinya (yuqra‘u ‘ala qalbi-hi), lalu beliau mendengar ketukan seperti ketukan rantai besi yang terjatuh di dalam mangkuk (fa-yasma‘u waq‘an ka waq‘i al-silsilati yaqa‘u fi al-Tist). Aku berkata: Beliau seorang nabi? Beliau berkata: Tidak, seperti Khidir, dan Dhu al-Qarnain[394].
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Nadhar bin Syu‘aib, daripada ‘Abd al-Ghaffar al-Jazi, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku bercakap tujuh puluh cara (wajhan) untukku; semuanya ada jalan keluar[395].
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abd al-A‘la bin A‘yan berkata: Aku dan Ali bin Hanzalah telah datang kepada Abu Abdullah a.s, maka Ali bin Hanzalah telah bertanya kepadanya tentang satu masalah, maka beliau telah menjawabnya, Ali berkata kepadanya: Jika ia begitu, maka ia adalah begitu, maka beliau telah menjawabnya dengan jawapan yang lain pula, beliau berkata kepadanya: Jika ia begitu, maka ia adalah begitu, maka beliau telah menjawab dengan jawapan yang lain pula sehingga beliau telah menjawab dengan empat jawapan.
Ali bin Hanzalah telah berpaling kepada aku, dan berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya kami telah menguasainya (ahkamna-ha), lantas Abu Abdullah a.s telah menegahnya, dan berkata: Janganlah anda berkata sedemikian wahai Abu al-Hasan, kerana anda adalah seorang lelaki yang warak, sesungguhnya di antara perkara-perkara itu ada perkara-perkara yang sempit waktunya (dhayyiqah), maka ia tidak berlaku melainkan di atas satu cara, di antaranya Jumaat yang hanya mempunyai satu waktu ketika tergelincirnya matahari. Dan di antara perkara-perkara itu terdapat perkara-perkara yang luas waktunya (muwassa‘ah) yang berlaku di atas beberapa cara dan ini adalah di antaranya, demi Allah, di sisiku tujuh puluh cara[396].
Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, dan Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Muhammad bin Hamraan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya kami bercakap dengan satu kalimah yang mempunyai tujuh puluh cara untuk aku semuanya ada jalan keluar.
Ahmad dan Abdullah dua anak lelaki Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin al-Nu‘man al-Ahwal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Kamu adalah orang yang paling alim selama kamu memahami pengertian percakapan kami. Sesungguhnya percakapan kami bertukar kepada tujuh puluh cara (yansarifu ila sab‘in wajhan)[397].
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Abd al-Karim bin ‘Umru, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Aku bercakap dengan satu kalimah yang mempunyai tujuh puluh cara, jika aku kehendaki, aku akan melakukannya menurut caranya yang tersendiri.
Ahmad bin Muhammad bin Isa dan Muhammad bin al-Husain al-Khattab, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Muhammad bin Sinan dan Ali bin al-Nu‘man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah a.w tidak akan meninggalkan bumi melainkan padanya seorang alim yang mengetahui pertambahan dan kekurangan (fi-ha ‘alim ya‘lamu al-Ziyadah wa al-Nuqsan) di bumi. Apabila orang-orang mukmin telah menambahkan sesuatu, maka Dia kembalikannya kepada mereka, dan apabila mereka mengurangkan sesuatu, maka Dia menyempurnakannya untuk mereka, maka beliau berkata: Kamu ambillah ia dengan sempurna (khudhu-hu kamilan). Jika tidak, nescaya urusan mereka akan menjadi kesamaran kepada orang-orang mukmin, lantaran itu, mereka tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan.
Al-Hasan bin Ali bin al-Nu’man, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Bumi tidak akan sunyi melainkan padanya seorang lelaki daripada kami mengetahui kebenaran (lan takhlu al-Ardhu illa wa fi-ha rajulun minna ya‘rifu al-Haqqa). Apabila orang ramai telah menambahkan sesuatu padanya, beliau berkata: Sesungguhnya mereka telah menambahkannya, dan apabila mereka menguranginya, beliau berkata: Mereka telah menguranginya, dan apabila mereka mengakui kekurangannya, maka beliau membenarkan mereka, jika tidak, kebenaran tidak akan dikenali daripada kebatilan.
Referensi:
[326] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, I, 134.
[327] Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 190.
[328] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 220.
[329] Ibid.
[330] Ibid, xxi, 98.
[331] Ibid, xvi, 230.
[332] Ibid, 220.
[333] Ibid, xi, 279.
[334] Ibid, xvi, 214.
[335] Al-Saduq, Ma‘ani al-Akhbar, hlm 20.
[336] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 16.
[337] Ibid.
[338] Ibid, v , 12.
[339] Ibid.
[340] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 264.
[341] Ibid, v, 2.
[342] Ibid.
[343] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 267.
[344] Ibid, vii, 267.
[345] Ibid.
[346] Ibid.
[347] Al-Kulaini, al-Kafi, I , 177.
[348] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 20.
[349] Ibid.
[350] Al-Kulaini, al-Kafi, I , 177.
[351] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 128.
[352] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 328.
[353] Ibid, xii, 14.
[354] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 570.
[355] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 68.
[356] Abu Bakr.
[357] Rasulullah s.a.w.
[358] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 81.
[359] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 87.
[360] Ibid, ix, 563.
[361] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 81.
[362] Ibid, viii, 44.
[363] Ibid, ix, 379.
[364] Ibid.
[365] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, 161.
[366] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 80.
[367] Abu Bakr.
[368] Umar.
[369] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii , 214.
[370] Ibid, vii, 62.
[371] Ibid, vii, 306.
[372] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 306.
[373] Ibid, vii, 64.
[374] Ibid, ix, 474.
[375] Ibid, vii, 318.
[376] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar vii, 317
[377] Ibid.
[378] al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 578.
[379] Ibid.
[380] Ibid, vii, 281.
[381] Al-Kulaini, al-Kafi, I, 62.
[382] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, I, 163.
[383] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 281.
[384] Ibid.
[385] Ibid.
[386] Ibid.
[387] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 615.
[388] Ibid, vii, 288.
[389] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 282.
[390] Ibid, ix, 475.
[391] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 288.
[392] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 292.
[393] Ibid.
[394] Ibid.
[395] Ibid.
[396] Ibid.
[397] Ibid.
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar