Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Kitab Al-Ikhtisas (Bagian 10)

Kitab Al-Ikhtisas (Bagian 10)

Written By Unknown on Sabtu, 17 Februari 2018 | Februari 17, 2018


BAHAGIAN KESEPULUH

Para imam mengetahui semua lisan dan bahasa, di sisi mereka kitab-kitab para nabi a.s, mereka mengetahui percakapan binatang, mereka mengetahui semua keadaan manusia ketika melihat mereka, para imam a.s adalah Mutawassimin dan lain-lain.


Para Imam Mengetahui Semua Lisan Dan Bahasa

Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid dan Ibrahim bin Mihziyar berkata: Aku telah menghantar hamba aku yang berbangsa Slav kepada Abu al-Hasan ketiga a.s, maka hamba aku telah kembali kepadaku dengan pelik, aku berkata kepadanya: Apakah dengan anda wahai anak lelakiku? Beliau berkata: Bagaimana aku tidak merasa pelik, beliau a.s sentiasa bercakap dengan aku di dalam bahasa Slav seolah-olah beliau adalah seorang daripada kami, aku telah menyangka bahawa beliau telah mengguna bahasa ini supaya hamba-hamba lain tidak mendengar apa yang berlaku di kalangan mereka.

Ahmad bin Muhammad, daripada Abu al-Qasim Abd al-Rahman bin Hammad al-Kufi dan Abdullah bin ‘Imran, daripada Muhammad bin Basyir, daripada seorang lelaki, daripada ‘Ammar bin Musa al-Sabiti berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepada aku: Wahai ‘Ammar, lalu beliau meletakkan kain ke atas aku, aku berkata: Aku tidak pernah melihat seorang nabati yang lebih fasih daripada anda di dalam bahasa Nabatiyyah, beliau berkata: Wahai ‘Ammar, di dalam semua bahasa.

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin ‘Imran al-Halabi, daripada saudara Malih berkata: Abu Yazid Furqad telah memberitahu aku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s. Beliau telah mengutus hambanya berbangsa a‘jam [398]di dalam satu hajat, maka hambanya telah kembali kepadanya. Lalu beliau mulai mengubah perutusannya, tetapi ia tidak menghairankannya sehingga aku telah menyangka bahawa beliau a. s akan memarahinya. Beliau berkata: Bercakaplah di dalam bahasa mana yang anda kehendaki, sesungguhnya aku memahami tentang kamu. Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada seorang lelaki namanya Masma‘ bin Abd al-Malik, laqabnya adalah Kardin, daripada Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata: Aku telah datang kepadanya, dan di sisinya anak lelakinya Ismail.

Kami pada masa itu akan berimamkannya selepas bapanya, maka beliau telah menyebut kepada aku hadis yang panjang bahawa beliau telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata tentangnya menyalahi apa yang kami telah menyangkanya. Aku telah mendatangi dua lelaki daripada ahli Kufah yang berkata mengenainya. Lalu aku telah memberitahu mereka berdua, maka seorang daripada mereka berdua berkata:Aku telah mendengar, aku telah mentaati dan aku telah meredai.

Sementara yang lain pula berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mendengar, aku tidak reda, dan aku tidak mentaati sehingga aku mendengarnya daripadanya. Kemudian beliau telah keluar menuju Abu Abdullah a.s, lalu aku telah mengikutinya. Apabila kami berada di pintu, maka mereka berdua telah meminta kebenaran masuk, maka beliau telah membenarkan aku masuk sebelumnya, kemudian beliau telah membenarkannya masuk, manakala beliau masuk, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai polan, adakah setiap seorang daripada kamu dibawa datang dengan kitab yang berterbangan? Sesungguhnya apa yang telah diberitahu kepada anda oleh polan itu adalah benar.

Maka beliau berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya aku suka mendengarnya daripada anda sendiri, lantas beliau berkata: Sesungguhnya polan itu adalah imam anda, dan sahabat anda selepas aku, iaitu Abu al-Hasan Musa a.s-tidak akan menuntutnya di antara aku dan beliau (Musa a.s) melainkan pembohong, maka beliau telah berpaling kepada seorang lelaki dari Kufah yang pandai berbicara di dalam bahasa Nabatiyyah, maka beliau berkata kepadanya: Dirqihi (percakapan?), lalu Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Dirqihi di dalam bahasa Nabatiyyah, kamu ambillah.

Muhammad bin Jazak, daripada Yasir al-Khadim berkata: Hamba-hamba Abu al-Hasan a.s di rumahnya terdiri daripada bangsa Slav dan Rom. Abu al-Hasan a.s adalah rapat dengan mereka. Beliau telah mendengar mereka di waktu malam merepek dengan bahasa Slav dan Roman, mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mengeluarkan darah kami di negara kami pada setiap tahun, kemudian kita tidak melakukannya di sini. Pada keesokannya, Abu al-Hasan a.s telah bertemu dengan seorang doktor, lalu beliau berkata kepadanya: Keluarkan darah polan. Kemudian beliau berkata: Wahai Yasir, janganlah anda mengeluarkan darah anda.

Yasir berkata: Darah aku telah dikeluarkan, lalu tanganku menjadi kehijauan. Maka beliau a.s berkata: Wahai Yasir, apakah telah terjadi kepada anda? Maka aku telah memberitahunya, lalu beliau berkata: Tidakkah aku telah melarang anda dari melakukannya, hulurkan tangan anda, lalu beliau menyapukan tangannya ke atas tanganku, dan meludahnya (wa tafila fi-ha). Kemudian beliau telah berwasiat kepada aku supaya aku tidak makan malam. Selepas itu aku telah terlupa, lalu aku makan malam, lantas beliau memukul aku[399].

Ya‘qub bin Yazid, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada sebahagian lelakinya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Al-Hasan bin Ali a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah dua bandar; satu di timur dan satu lagi di barat, di atasnya dinding dari besi, dan di atas setiap bandar seratus ribu daun dari emas, di dalamnya seratus ribu bahasa, setiap bahasa bercakap berlainan dengan bahasa sahabatnya dan aku mengetahui semua bahasa (ana a‘rifu jami‘ al-Lughat), apa yang ada pada kedua-duanya, di antara kedua-duanya, dan hujah di atas kedua-duanya selain daripada aku, dan saudaraku al-Husain[400].

Musa bin ‘Umar bin Yazid al-Saiqal, daripada Ali bin Ismail al-Maithami, daripada Sama‘ah bin Mihran daripada seorang syeikh di kalangan sahabat kita, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Kami telah datang kerana ingin bertemu dengannya. Apabila kami sampai di Dahliz, kami telah mendengar bacaan di dalam bahasa Siryaniyyah dengan suara yang baik, dibaca dan ditangisi sehingga sebahagian kami turut menangis.[401]


Di Sisi Mereka Kitab-kitab Para Nabi

Ibrahim bin Hasyim, daripada al-Hasan bin Ibrahim, daripada Yunus, daripada Hisyam bin al-Hakam di dalam satu hadis tentang Barihah; seorang Nasrani yang telah datang bersama Hisyam sehingga beliau bertemu dengan Abu al-Hasan a.s, maka beliau berkata: Wahai Barihah, bagaimana keilmuan anda tentang kitab anda? Beliau berkata: Aku mengetahui dengannya (an bi-hi alimun). Beliau berkata: Bagaimana kepercayaan anda dengan takwilnya? Aku tidak yakin keilmuanku tentangnya. Lalu Musa a.s mula membaca Injil, Barihah berkata:Al-Masih telah membaca sedemikian dan bacaan ini tidak dibaca melainkan oleh al-Masih a.s. Kemudian Barihah berkata: Aku telah mencarinya selama lima puluh tahun, lalu beliau menerima Islam di tangannya[402].

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Maithami, daripada Abban bin Uthman al-Fazari, daripada Musa bin Akil al-Namiri, berkata: Kami telah datang di pintu Abu Ja‘far a.s, lalu kami meminta kebenarannya, tiba-tiba kami telah mendengar suara dibaca di dalam bahasa Ibrani, lantas kami menangis apabila kami mendengar suaranya, kami telah menyangka bahawa beliau telah mengutus kepada seorang lelaki ahlu l-Kitab untuk membaca ke atasnya. Maka kami telah masuk, tetapi kami tidak melihat seorang pun di sisinya, kami berkata: Aslaha-ka l-Lahu, kami telah mendengar di dalam bahasa Ibrani, kami telah menyangka bahawa anda telah mengutus kepada seorang lelaki di kalangan ahlu l-Kitab supaya membacanya untuk anda.

Beliau berkata: Tidak, tetapi aku telah menyebut munajatnya, maka aku telah menangis kerananya, kami berkata: Apakah munajatnya? Beliau berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau akan mengazabkan aku selepas segala ibadat aku yang berpanjangan kepada Engkau (ya rabb a tura-ka mu‘adhdhibi ba‘da tuli qiyami la-ka wa ‘ibadati iyya-ka), Engkau akan menyeksa aku selepas solatku kepada-Mu(wa mu‘adhdhibi ba‘da salati la-ka), beliau mulai menghitung amalan-amalannya, maka Allah telah mewahyukan kepadanya bahawa Aku tidak akan mengazabkan kamu, lalu beliau berkata: Wahai Tuhanku, apakah yang menghalang Engkau berfirman: Tidak, selepas ya, sedangkan aku adalah hamba Engkau (ana ‘abdu-ka), dan di dalam genggaman Engkau. Maka Allah telah mewahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya Aku apabila Aku berfirman sesuatu, maka Aku menunaikannya (inni idha qultu qaulan wafai-tu)[403].


Mereka Mengetahui Percakapan Burung

Ya‘qub bin Yazid, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada mereka yang meriwayatkannya, daripada Ali bin Ismail al-Maithami, daripada Mansur bin Yunus, daripada Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah berada bersama-sama Ali bin al-Husain a.s di rumahnya. Dan di rumahnya terdapat pohon di mana di atasnya burung-burung sedang berkicau, beliau berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan mereka? Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya, beliau berkata: Mereka sedang bertasbih kepada Tuhan mereka, dan sedang mencari rezeki mereka (yusabbihna rabba-hunna wa yatlubna rizqqa-hunna)[404].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Ismail bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Malik bin ‘Atiyyah, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah berada bersama-sama Ali bin al-Husain a.s. Apabila burung-burung berterbangan dan berkicauan, maka beliau berkata: Wahai Abu Hamzah, adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh mereka? Aku berkata: Aku tidak mengetahuinya. Beliau berkata: Mereka sedang mentakdiskan Tuhan mereka, dan memohon kepada-Nya makanan harian mereka(quta yaumi-hinna). Kemudian beliau berkata: Wahai Abu Hamzah, kami telah diajar percakapan burung dan dikurniakan kepada kami setiap sesuatu (‘Ullamna mantiqa al-Tairi wa uti-na min kulli syai’in)[405].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Khalid bin Muhammad al-Barqi, daripada sebahagian daripada lelakinya secara marfu‘ daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Seorang lelaki telah membaca ayat di dalam Surah al-Naml (27 : 16 “Kami diajar percakapan burung, dan kami diberi segala sesuatu”. Abu Abdullah a.s berkata: Tidak ada padanya “min”, tetapi ia adalah “uti-na kulla syai’in”.

Daripadanya, daripada Ahmad bin Yusuf, daripada Ali bin Daud al-Haddad, daripada Fudhail bin Yassar, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah berada di sisinya, tiba-tiba aku melihat kepada sepasang burung merpati di sisinya; yang jantan telah mengeluarkan kata dengan manja dan lembut kepada yang betina (hadala al-Dhakaru ‘ala al-Untha). Maka beliau berkata: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh merpati jantan itu? Ia berkata: Wahai sayangku, dan isteriku, Allah tidak mencipta makhluk yang paling aku cintai daripada anda melainkan maulaku Ja‘far bin Muhammad a.s[406].

Ali bin Ismail bin Isa, daripada Muhammad bin ‘Umru bin Sa‘id al-Zayyat, daripada bapanya, daripada al-Faidh bin al-Mukhtar, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Sulaiman bin Daud a.s berkata: “kami diajar percakapan burung, dan kami dikurniakan daripada setiap sesuatu (min kulli syai’in)”. Demi Allah, kami diajar percakapan burung dan kami dikurniakan setiap sesuatu (kulla syai’in)

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada al-Nadhar bin Syu‘aib, daripada ‘Umar bin Khalifah, daripada Syaibah, daripada al-Faidh, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai manusia, kami telah diajar percakapan burung, dan kami dikurniakan setiap sesuatu, sesungguhnya ini adalah kelebihan yang besar.

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada sebahagian daripada sahabatnya berkata:Abu Abdullah a.s telah dihadiahkan dengan tiga ekor burung; fakhitah, wirsyan, dan ra‘ibi, burung yang pertama berkata: Aku telah kehilangan kamu, aku telah kehilangan kamu, maka jauhilah ia sebelum ia meninggalkan kamu, Abu Ja‘far a.s telah memerintahkan supaya ia disembelih. Adapun burung yang kedua berkata: Kamu telah disucikan, kamu telah disucikan, lantas beliau telah memberikannya kepada seorang sahabatnya. Adapun burung yang ketiga, maka ia berada di sisiku, aku menemaninya.


Mereka Mengetahui Percakapan Binatang-Binatang Yang Lain

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahamad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zararah, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Seekor unta milik seorang lelaki Madinah, apabila ia lanjut usia, seorang daripada mereka berkata: Bagaimana jika kita menyembelihnya? Unta itu kemudian datang kepada Rasulullah s.a.w, dan mulai mengeluarkan suaranya. Lantas Rasulullah s.a.w mengutus kepada pemiliknya. Apabila beliau datang, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Unta ini telah menyangka bahawa ia pada usia muda sehingga lanjut usianya telah bekerja keras untuk kamu, kemudian kamu mahu menyembelihnya pula, pemiliknya berkata:Ia benar, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu menyembelihnya, maka tinggalkannya dan tinggalkannya[407].

Daripadanya, daripada al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Abu al-Qasim Abd al-Rahman bin Hammad al-Kufi, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Abu Khalid, berkata: Aku telah keluar bersama Ali bin al-Husain a.s ke Makkah. Apabila kami telah memasuki al-Abwa’, beliau masih di atas kenderaannya dan aku terus berjalan. Beliau a.s telah terserempak dengan seekor kambing jantan, tiba-tiba seekor kambing betina telah tertinggal dari kumpulan kambing jantan, ia telah mengembek, dan berpaling, tiba-tiba seekor anak kambing betina telah mengembek untuk mendapatinya, manakala anak kambing betina berdiri, maka kambing betina mengembek, lalu diikuti oleh anak kambing betina itu, maka Ali bin al-Husain a.s berkata: Wahai Abd al-Aziz, apakah yang telah dikatakan oleh kambing betina (al-Na‘jatu) itu? Beliau berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak mengetahuinya Beliau berkata: Sesungguhnya ia berkata: Pergilah bersama-sama kambing jantan itu, kerana saudara betinanya pada tahun pertamanya telah tertinggal pada tempat ini, lalu ia telah dimakan oleh serigala (fa-akala-ha al-Dhi’bu)[408].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahmad bin al-Hasan bin Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Sesungguhnya beberapa ekor serigala telah datang kepada Rasulullah s.a.w kerana menuntut rezekinya (makanannya). Maka beliau s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: Jika kamu setuju maka aku akan menyelesaikan hal ini dengan cara kamu menyempurnakan tuntutan serigala ini. Dengan itu, ia tidak akan memusnahkan harta kamu walaupun sedikit. Tetapi jika kamu enggan memenuhinya maka ia akan menggangu kamu. Oleh itu, kamu hendaklah mengawal harta kamu? Sahabat berkata: Malah kami enggan sekalipun ia akan menggangu kami sebagaimana yang ia telah lakukan. Kami akan mengawalnya menurut apa yang kami mampu[409].

Ali bin Muhammad bin al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abu al-Jarud, daripada Ali bin Thabit, daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Apabila kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w, tiba-tiba seekor unta datang berlutut di hadapannya, dan mengeluarkan suaranya, serta berlinang air matanya, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Siapakah yang memiliki unta ini? Ada orang berkata: Ia adalah milik seorang Ansar, maka beliau berkata: Ia milik aku, lalu ia diberikan kepadanya.

Beliau s.a.w bersabda: Unta anda mengadu dan berkata sesuatu, pemiliknya berkata: Apakah yang dikatakannya? Ia berkata: Anda sentiasa menekannya supaya bekerja keras dan membuatnya lapar, beliau berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, kami akan meringankannya dari kerjanya dan akan mengenyangkannya. Ia benar, wahai Rasulullah s.a.w, kami tidak memiliki unta yang lain selain daripadanya, dan aku adalah seorang lelaki yang banyak tanggungan. Beliau s.a.w bersabda: Ia berkata kepada anda: Perintahlah aku supaya bekerja keras, dan kenyangkanlah aku, pemiliknya berkata: Ya, wahai Rasulullah s.a.w, kami akan meringankannya dari kerjanya dan akan mengenyangkannya (nukhaffifu ‘an-hu wa nusybi‘-hu), maka unta itu pun berdiri, dan pergi.

Dengan sanad-sanad ini, daripada Jabir bin Abdullah berkata: Pada suatu hari kami telah berada di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba seekor unta datang sehingga berlutut di hadapan Rasulullah s.a.w, mengeluarkan suaranya dan air matanya mengalir. Beliau bersabda: Siapakah pemilik unta ini? Mereka berkata: Milik polan. Beliau bersabda: Bawa ia datang ke sini, lalu ia datang, beliau bersabda kepadanya: Unta kamu menyangka bahawa kamu memeliharanya pada masa kecil, kemudian pada masa besar, kamu memaksanya bekerja, kemudian kamu mahu menyembelihnya pula, maka beliau berkata kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah s.a.w, sesungguhnya kami ada walimah, maka kami mahu menyembelihnya pada walimah tersebut. Beliau bersabda: Tinggalkannya untuk aku, tinggalkannya untuk aku, lalu Rasulullah s.a.w melepaskannya (i‘taqa-hu). Kemudian ia digemukkan sehingga kulitnya tidak mempunyai ruang lagi.

Al-Hasan bin Musa al-Khasysyab, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Rasulullah s.a.w pada suatu hari duduk di kalangan para sahabatnya, tiba-tiba seekor unta telah mendatanginya sehingga ia telah memukul bahagian depan tengkuknya (jirani-hi) ke bumi, dan mengeluarkan suara, maka seorang lelaki di kalangan sahabat berkata: Wahai Rasulullah, adakah unta ini sujud kepada anda? Jika ia sujud kepada anda, maka kami adalah berhak untuk melakukannya, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak, malah sujudlah kepada Allah.

Sesungguhnya unta ini telah datang kerana ia mengadu tentang pemilik-pemiliknya; mereka telah memeliharanya di masa kecil, dan menggunakannya apabila ia besar, dan apabila umurnya meningkat, mereka mahu menyembelihnya pula, lantaran itu, ia telah mengadu perkara tersebut. Maka seorang lelaki di kalangan sahabat telah mengingkari kata-kata Rasulullah s.a.w, lalu Abu Basir berkata: Adakah lelaki itu ‘Umar? Beliau berkata: Anda yang berkata sedemikian. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Jika aku telah memerintah sesuatu supaya ia sujud kepada sesuatu, nescaya aku telah memerintah seorang isteri supaya sujud kepada suaminya, kemudian Abu Abdullah a.s mulai berkata: Tiga binatang yang telah bercakap pada masa Rasulullah s.a.w: Unta, serigala, dan lembu betina. Adapun unta, maka percakapannya anda telah mendengarnya. Adapun serigala, maka ia telah datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu mengadu tentang kelaparannya.

Lantaran itu, beliau telah menyeru para sahabatnya. Beliau s.a.w. telah bercakap kepada mereka mengenai keperluan serigala itu, tetapi sahabat kedekut memenuhi keperluannya(fa-syahhu). Kemudian serigala itu datang pada kali kedua. Lalu ia telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w. Beliau s.a.w. menyeru sahabatanya. Mereka juga kedekut memenuhi keprluan serigala itu. Kemudian ia telah datang pada kali ketiga, lalu mengadu. Maka beliau s.a.w. menyeru sahabatnya. Tetapi mereka kedekut untuk memenuhi keperluannya. Kemudian Rasulullah s.a.w menyeru pemilik-pemilik kambing dan bersabda sebanyak tiga kali: Berilah sesuatu kepada serigala. Tetapi mereka juga kedekut memenuhi tuntutan itu. Maka beliau s.a.w. bersabda kepada serigala: Ambillah. Adapun lembu betina, kerana ia telah berkata kepada Nabi s.a.w di kebun kurma Bani Salim, maka ia berkata: Wahai ali Dhuraih, amalan yang berjaya, di dalam bahasa Arab yang fasih; tiada tuhan melainkan Allah, Tuhan semesta alam, dan Muhammad adalah Rasulullah, serta Ali adalah penghulu para wasi, selawat Allah ke atas mereka berdua.

Ya‘qub bin Yazid, daripada Abd al-Hamid bin Salim al-‘Attar, daripada Harun bin Kharijah atau orang yang selain daripadanya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Seekor unta betina telah berkata: Mereka telah mengejar Nabi s.a.w (nafaru bi-al-Nabi) pada suatu malam: Tidak, demi Allah, aku sentiasa stabil jika aku dipotong kepada beberapa keratan.

Abdullah bin Muhammad, daripada Muhammad bin Ibrahim berkata: Basyir dan Ibrahim bin Muhammad telah memberitahuku, daripada bapa mereka berdua, daripada Hamraan bin A‘yan, daripada Abu Muhammad Ali bin al-Husain a.s berkata: Beliau telah duduk bersama-sama sekumpulan para sahabatnya, tiba-tiba seekor kijang betina telah datang kepadanya, lalu ia telah menggerakkan ekornya, dan telah memukul dengan dua tangannya, maka Abu Muhammad a.s berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh kijang betina ini? Mereka berkata: Tidak, beliau berkata: Kijang betina ini menyangka bahawa polan bin polan adalah seorang lelaki daripada Quraisy yang telah memburu anaknya yang baru berjalan pada hari ini.

Sesungguhnya ia telah datang pada hari ini supaya aku meminta pemburu meletakkan anak kecilnya (al-Khasyfu) di hadapannya bagi menyusukannya. Kemudian Abu Muhammad berkata kepada para sahabatnya: Berdirilah bersama kami, lalu mereka berdiri. Kemudian mereka membawa pemburu itu datang, lalu berkata kepada Abu Muhammad: Bapa aku dan ibu aku menjadi tebusan anda, apakah yang telah membuat anda datang ke mari? Beliau berkata: Aku meminta dengan hak aku ke atas anda melainkan anda mengeluarkan kepada aku anak kijang yang anda telah memburunya pada hari ini, lalu beliau mengeluarkannya dan meletakkannya di hadapan ibunya, lantas ia menyusukannya.

Ali bin al-Husain a.s berkata: Aku memohon anda supaya memberi anak kijang itu kepada kami, beliau berkata: Aku telah melakukannya, lalu beliau telah menghantar anak kijang itu bersama ibunya, kemudian kijang betina itu pergi sambil menggerakkan ekornya, Ali bin al-Husain berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh kijang betina itu? Mereka berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Ia berkata:Allah akan kembalikan ke atas kamu setiap yang hilang daripada kamu, dan Dia mengampuni Ali bin al-Husain sebagaimana beliau telah mengembalikan kepadaku anakku[410].

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Abd al-Rahman bin Abu Hasyim, daripada Abu Sulaiman Salim bin Mukarram al-Jamal, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s bersama-sama para sahabatnya di dalam perjalanan ke Makkah, tiba-tiba seekor serigala telah melalui di hadapannya, dan para sahabatnya sedang makan, Ali bin al-Husain a.s berkata kepada mereka: Adakah kamu akan memberi janji kepada Allah bahawa kamu tidak akan mengancam serigala ini sehingga aku menyerunya datang kepada kita? Mereka telah berjanji kepadanya, maka beliau berkata: Wahai serigala, datanglah, lantas serigala itu datang berlutut di hadapannya

Kemudian beliau mencampakkan makanan kepadanya, lalu ia berpaling untuk memakannya, lantas beliau berkata kepada mereka: Adakah kamu akan memberi kepada aku janji daripada Allah bahawa kamu tidak mengancamnya dan aku akan menyerunya supaya ia datang lagi, mereka telah memberi janji kepadanya, lalu beliau telah menyerunya, kemudian ia datang, seorang daripada para sahabatnya telah bermasam muka, lalu Ali bin al-Husain a.s berkata: Siapakah di kalangan kamu yang telah menyalahi janji aku? Maka seorang lelaki di kalangan mereka berkata: Wahai anak Rasulullah s.a.w, akulah yang telah bermasam muka, tetapi aku tidak memahaminya aku memohon keampunan Allah, lalu beliau a.s diam[411].

Ahmad bin al-Hasan, daripada Ahmad bin Ibrahim, daripada Abdullah bin Bakir, daripada ‘Umar bin Taubat, daripada Sulaiman bin Khalid berkata: Manakala Abu Abdullah al-Balkhi bersama-sama Abu Abdullah a.s, kami telah berada di sisinya, tiba-tiba seekor kijang jantan telah menggerakkan ekornya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Lakukanlah jika Allah kehendaki, kemudian datanglah kepada kami (if‘al in sya’ Allah thumma iqbal ‘alai-na) Maka Abu Abdullah a.s berkata: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh kijang jantan itu? Allah, Rasul-Nya dan anak lelaki Rasul-Nya yang lebih mengetahui.

Beliau berkata: Sesungguhnya ia telah datang kepada aku dan memberitahu aku bahawa sebahagian penduduk Madinah telah mengenakan perangkap kepada kijang betinanya, lalu beliau telah mengambilnya sedangkan ia mempunyai dua ekor anak kecil yang masih tidak dapat berdiri dan tidak mampu mencari makan sendiri. Maka ia telah meminta aku supaya mereka melepaskan kedua-duanya, dan ia telah berjanji kepada aku bahawa apabila ia menyusu kedua-duanya sehingga boleh berdiri dan kuat, maka ia akan memulangkan kedua-duanya kepada mereka, beliau a.s berkata: Aku telah memintanya bersumpah di atas perkara tersebut. Maka kijang jantan itu berkata: Aku bebaskan diri aku daripada wilayah kamu Ahlu l-Bait jika aku tidak melaksanakannya (bari‘-tu min wilayati-kum in lam ufi), dan aku akan melakukannya jika Allah kehendaki (wa ana fa‘ilu dhalika in sya’ Allah). Al-Balkhi berkata kepadanya: Inilah sunnah kepada kamu seperti sunnah Sulaiman a.s.[412]

Al-Hasan bin Muhammad al-Qasyani, daripada Abu al-Ahwas Daud bin asad al-Misri, daripada Muhammad bin Jamil berkata: Ahmad bin Harun bin Muwaffaq maula Abu al-Hasan a.s telah memberitahu aku, berkata: Aku telah mendatangi Abu al-Hasan a.s untuk memberi salam kepadanya, maka beliau telah berkata kepada aku: Naiklah(irkab), kami berjalan-jalan mengelilingi harta-hartanya.

Beliau berkata: Aku telah menaiki binatang tunggangan, lalu aku telah sampai ke tempat simpanan hartanya, aku telah sampai ke tempat pengaliran air dan di sisinya tanaman yang menghijau. Aku telah duduk sehingga beliau datang dengan menaiki seekor kuda, aku pun berdiri, lalu aku mengucup pahanya dan apabila beliau turun daripada kudanya, aku telah cuba mengambil tali kudanya, tetapi beliau enggan, beliau sendiri yang telah melakukannya. Kemudian beliau telah duduk, dan bertanya kepada aku tentang kedatangan aku pada masa itu waktu maghrib, maka aku telah memberitahu kepadanya bahawa aku telah datang pada waktu asar, kemudian Abu al-Hasan a.s berkata: Tidak dikurniakan kepada Daud dan keluarganya sesuatu melainkan dikurniakan kepada Muhammad, malah keluarga Muhammad lebih banyak (lam yu‘ta Daud wa ali Daud syai’un illa wa qad u‘tia Muhammad wa ali Muhammad aktharu)[413].

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ali bin Muhammad al-Hannat, daripada Muhammad bin Sakin, daripada ‘Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Manakala Ali bin al-Husain a.s bersama-sama para sahabatnya, tiba-tiba seekor kijang betina datang dari padang pasir sehingga ia berdiri dan mengeluarkan suaranya. Seorang daripada sahabatnya berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah, apakah yang dikatakan oleh kijang betina ini? Beliau berkata: Seorang Quraisy telah mengambil anak kecilnya (khasyfa-ha) kelmarin, dan ia tidak menyusunya semenjak kelmarin. Ali bin al-Husain a.s telah mengutus kepada lelaki tersebut supaya menghantarkannya kepadanya, lalu lelaki itu menghantarkannya kepadanya. Apabila ia melihat anak kecilnya, ia mengeluarkan suaranya, dan memukul dengan tangannya, lalu dilepaskannya bersama-sama anak kecilnya. Mereka berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, apakah yang dikatakan olehnya? Beliau berkata: Ia telah menyeru kepada Allah untuk kamu, dan membalas kepada kamu kebaikan[414].

Al-Sanadi bin Muhammad al-Bazzaz, daripada Abban bin ‘Uthman, daripada ‘Umru bin Sahban, daripada Abdullah bin al-Fadhl, daripada Jabir bin Abdullah berkata: Apabila Rasulullah s.a.w pulang daripada peperangan Bani Tha‘labah bin Ghatafan, tiba-tiba seekor unta datang kepada Rasulullah s.a.w dari celah-celah rumah, lalu meletakkan bahagian tengkuknya ke tanah, kemudian mengeluarkan suaranya. Rasulullah s.a.w bersabda: Adakah kamu mengetahui apakah yang dikatakan oleh unta ini? Mereka berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui, beliau bersabda: Sesungguhnya ia telah memberitahu aku bahawa pemiliknya telah menggunakannya sehingga lanjut usia. Sekarang mahu menyembelihnya, dan menjual dagingnya pula.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Jabir, pergi bersama-samanya kepada pemiliknya, dan datang bersama-samanya, aku berkata: Aku tidak mengetahui pemiliknya, beliau bersabda: Ia akan menunjukkannya kepada anda, beliau berkata: Aku telah keluar bersama-samanya sehingga aku berakhir di perkampungan Bani Waqif. Lalu ia memasuki di celah-celah lorong, tiba-tiba aku dapati aku berada di dalam satu majlis, mereka berkata: Wahai Jabir, kenapakah anda telah meninggalkan Rasulullah s.a.w, dan bagaimana anda telah meninggalkan Muslimin? Aku berkata: Mereka berada di dalam keadaan baik, tetapi siapakah di kalangan kamu pemilik unta ini?

Seorang daripada mereka berkata: Aku, maka aku berkata: Sahutlah seruan Rasulullah s.a.w Beliau berkata: Kenapa dengan aku? Unta anda telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w, maka aku, unta dan pemiliknya datang kepada Rasulullah s.a.w, lalu beliau bersabda kepadanya: Sesungguhnya unta anda telah memberitahu aku bahawa anda telah menggunakannya di dalam pekerjaan anda sehingga lanjut usianya, dan sekarang anda mahu menyembelihnya dan menjual dagingnya pula, lelaki itu berkata: Ia benar, wahai Rasulullah, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Juallah ia kepada aku, lelaki itu berkata: Ia adalah untuk anda wahai Rasulullah, beliau berkata: Malah juallah ia kepada aku, maka Rasulullah s.a.w telah membelinya daripadanya. Kemudian beliau telah memukul di bahagian mukanya, kemudian beliau meninggalkannya hidup di luar Madinah.

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami, daripada Hisyam bin Salim al-Jawaliqi, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berada bersama-sama Abu Ja‘far a.s di antara Makkah dan Madinah. Aku menjadi tawanan di atas keldai aku sementara beliau di atas baghal betinanya, tiba-tiba seekor serigala datang dari puncak bukit sehingga berakhir kepada Abu Ja‘far a.s, lalu beliau menghentikan baghalnya, kemudian serigala telah menghampirinya sehingga beliau telah meletakkan tangannya di atas pelana keldainya, dan memanjangkan tengkuknya kepada telinganya, lalu beliau telah mendekatkan telinganya beberapa ketika.

Kemudian beliau berkata kepadanya: Pergilah, aku telah melakukannya. Aku berkata kepadanya: Aku telah melihat perkara yang pelik, beliau berkata: Anda mengetahui apakah yang dikatakan olehnya? Aku berkata: Allah, Rasul-Nya, dan anak lelaki Rasul-Nya lebih mengetahui. Beliau berkata: Serigala berkata: Sesungguhnya isteriku di atas bukit itu menghadapi kesukaran beranak, lantaran itu berdoalah kepada Allah supaya membebaskannya dan janganlah Dia membiarkan keturunan aku menguasai ke atas seorang pun di kalangan syi‘ah kamu, maka aku berkata: Aku telah melakukannya[415].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahmad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Ali bin al-Husain a.s telah memiliki unta betina di mana beliau telah menaikinya di dalam mengerjakan haji sebanyak dua puluh dua kali haji, ia tidak pernah menyerang sesiapa. Beliau berkata: Ia tidak datang kepadaku selepas kematiannya melainkan sebahagian Mawali telah mendatangi aku. Mereka berkata: Sesungguhnya unta betina telah keluar, lalu mendatangi kubur Ali bin al-Husain a.s, kemudian ia berlutut di atasnya, dan memasukkan bahagian tengkuknya sambil mengeluarkan suaranya, aku berkata: Dapatkannya, dapatkannya, bawakan ia kepada aku sebelum mereka mengetahuinya atau melihatnya. Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Unta betina itu tidak pernah melihat kuburnya sebelumnya[416].

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Muhammad bin abu ‘Umair daripada Hafs bin al-Bukhturi daripada mereka yang telah menyebutnya, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Ali bin al-Husan a.s telah mati, seekor unta betina miliknya telah datang dari tempat ternakannya ke kuburnya, lalu memukul kuburnya dengan bahagian tengkuknya, dan berguling di atasnya. Sesungguhnya bapa aku telah pergi haji dan umrah dengan menaikinya, dan ia tidak pernah menyerang sesiapa[417].


Jika Anda Menyebut Uthman, Maka Aku Akan Mencaci Ali

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasya’, daripada Kiram bin ‘Umru bin al-Khasy‘ami, daripada Abdullah bin Talhah, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang cicak (al-wazagh), beliau berkata: Ia adalah najis dan maskhun (asalnya manusia). Apabila anda membunuhnya, maka mandilah (fa-ghtasil). Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya bapa aku telah duduk di dalam bilik dan bersama-samanya seorang lelaki yang sedang bercakap dengannya, tiba-tiba seekor cicak mengeluarkan lidahnya, lalu bapa aku berkata kepada lelaki itu: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh cicak ini? Lelaki itu berkata: Aku tidak mengetahui apa yang dikatakan olehnya, beliau berkata: Ia berkata: Demi Allah, jika anda menyebut Uthman, nescaya aku akan mencaci Ali sehingga kamu berdiri dari sini (lain zakarta Uthman la-asubanna ‘aliyyan hatta taquma min ha-huna)[418].

Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Fudhail bin al-A‘war berkata: Seorang daripada sahabat kami telah memberitahuku, berkata: Di sisi Abu Ja‘far a.s adalah seorang lelaki di kalangan sahabatnya sedang bercakap dengannya mengenai Uthman, tiba-tiba seekor cicak telah mengeluarkan suaranya di atas dinding, maka Abu Ja‘far a.s berkata kepadanya: Adakah anda mengetahui apakah yang dikatakan oleh cicak ini? Beliau berkata: Tidak, beliau a.s berkata: Cicak berkata: Anda hendaklah berhenti dari menyebut Uthman atau aku akan mencaci Ali[419].


Mereka Mengetahui Semu Keadaan Manusia Ketika Melihat Mereka

Al-Sanadi bin al-Rabi‘ al-Baghdadi, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Ali bin Gharab, daripada Abu Bakr bin Muhammad al-Hadhrami, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya tiada makhluk melainkan tertulis di antara dua matanya mukmin atau kafir (inna-hu laisa min makhluq illa baina-‘ainai-hi maktubun mu’min au kafir), ia adalah terlindung daripada kamu (mahjub ‘an-kum), tetapi tidak terlindung daripada para imam daripada ali Muhammad s.a.w, kemudian tiada seorang pun yang berjumpa dengan mereka melainkan mereka mengenalinya sama ada mukmin atau kafir. Kemudian beliau membaca ayat di dalam Surah al-Hijr (15):75 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda” Maka merekalah al-Mutawassimin.[420]


Para Imam Adalah al-Mutawassimin

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada ‘Umru bin Uthman al-Khazzaz, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada ‘Umru bin Syamr, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Manakala kami bersama-sama Amir al-Mukminin a.s telah berada di Masjid Kufah, tiba-tiba seorang perempuan telah datang kepadanya memusuhi suaminya, lalu beliau a.s telah menetapkan hukuman ke atasnya bagi pihak suaminya,tetapi beliau memarahinya, dan berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak dapat menerima hukuman anda. Anda tidak menghukum dengan saksama, anda tidak berlaku adil terhadap rakyat, dan hukuman anda di sisi Allah tidak diredai, maka beliau telah melihat kepadanya dengan penuh perhatian, kemudian berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ti)wahai perempuan berani melulu (jari’ah), wahai perempuan ang buruk akhlak (badhiyyah), wahai perempuan yang suka membuat bising(al-Sakhabah), wahai perempuan yang datang Haid dari duburnya (salaqlaqiyyah), wahai perempuan yang mandul.

Beliau berkata: Perempuan itu telah berpaling di dalam keadaan lari, dan berkata: Celakalah aku, celakalah aku, celakalah aku. Anda wahai anak lelaki Abu Talib, telah mendedahkan tabir yang dirahsiakan (hatak-ta sitran kana masturan ). Beliau berkata: ‘Umru bin Huraith telah datang kepadanya, dan berkata: Wahai hamba Allah, anda telah mengemukakan ke atas kami percakapan di mana anda telah merahsiakannya, kemudian Ali telah menyebut percakapannya kepada anda, lantaran itu, anda telah melarikan diri ke belakang? Beliau berkata: Sesungguhnya Ali, demi Allah, telah memberitahu aku perkara yang benar yang aku telah merahsiakannya kepada suami aku semenjak berkahwin dan juga kepada ibu bapa aku. ‘Umru telah kembali kepada Amir al-Mukminin a.s memberitahunya apa yang telah dikatakan oleh perempuan itu, dan berkata kepadanya: Aku tidak mengenali anda dengan ilmu ramalan (al-Kahanah)? Ali a.s berkata kepadanya: Aduhai anda, ia bukanlah suatu ramalan daripada aku, tetapi Allah telah mencipta roh-roh sebelum Dia mencipta badan-badan selama dua ribu tahun, manakala Dia telah menyusunkan roh-roh pada badan-badannya, maka Dia telah menulis di antara mata mereka kafir dan mukmin, dan apa yang diuji ke atas mereka; amalan baik dan buruk mereka adalah sekadar ujian semata-mata, kemudian Dia telah menurunkan al-Qur’an ke atas Nabi-Nya s.a.w, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Hijr (15 ): 75 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda”.

Maka Rasulullah s.a.w adalah al-Mutawassim, kemudian aku selepasnya dan para imam daripada zuriat aku, merekalah al-Mutawassimun, manakala aku memerhatikannya, aku mengetahui apa yang ada padanya melalui tanda-tandanya[421].

Al-Hasan bin Musa al-Khasyab, daripada Ali bin al-Hassan, dan Ahmad bin al-Husain, daripada Ahmad bin Ibrahim, dan al-Hasan bin al-Barra’, daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah mengerjakan haji bersama-sama Abu Abdullah a.s. Sesungguhnya aku telah bersamanya di beberapa jalan, tiba-tiba beliau menaiki bukit, dan melihat kepada orang ramai, kemudian berkata: Alangkah banyaknya bising (ma akthara al-Dhajij)? Daud bin Kathir al-Raqiy berkata kepadanya: Wahai Anak lelaki Rasulullah, adakah Allah akan menerima doa orang ramai yang aku sedang melihat kepada mereka sekarang?

Beliau berkata: Aduhai Abu Sulaiman, sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni orang yang mensyirikkan-Nya. Sesungguhnya penentang wilayah Ali adalah seperti penyembah berhala (inna al-Jahida li-wilayati Ali a.s ka-‘abidi wathanin), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadi tebusan kamu, adakah kamu mengetahui pencinta-pencinta kamu di kalangan pembenci-pembenci kamu? Beliau berkata: Aduhai Abu Sulaiman, sesungguhnya tiada seorang hamba yang dilahirkan melainkan ditulis di antara dua matanya mukmin atau kafir (inna-hu laisa min ‘abdin yuladu illa kutiba baina ‘ainai-hi mu’min au kafir). Dan seorang lelaki akan datang kepada kami mewalikan kami, dan membebaskan dirinya daripada musuh kami, maka ia dilihat tertulis di antara dua matanya mu’min (inna al-Rajula la-yadkhalu ilai-na wa yatabarra’u min ‘aduwwi-na fa-yura maktuban baina ‘ainai-hi mu’min) Allah berfirman di dalam Surah al-Hijr (15):75 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda”. Justeru itu, kami mengetahui musuh kami daripda wali kami[422].

Ya‘qub bin Yaid, daripada Muhammad bin Abu‘Umair, daripada Asbat bin Salim Bayya’ al-Zatti berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, seorang lelaki dari Hiyati telah bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w di dalam Surah al-Hijr (15):75-76 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda.Dan sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus”. Beliau berkata: Kamilah al-Mutawassimun dan al-Sabil (jalan) kepada kami adalah lurus (muqim).

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Umar bin Abd al-‘Aziz, daripada seorang lelaki, dan daripada beberapa orang di kalangan sahabat kami seperti Bakkar bin Kardam, Isa bin Sulaiman, daripada Abu Abdullah a.s, mereka berkata: Kami telah mendengarnya berkata: Seorang perempuan yang kasar telah datang, dan Amir al-Mukminin a.s berada di atas mimbar. Beliau telah membunuh saudara lelakinya dan bapanya, lalu berkata kepadanya: Ini adalah pembunuh orang-orang yang aku cintai (qatil al-Ahibbah). Maka Amir al-Mukminin a.s telah melihat kepadanya, dan berkata: Wahai perempuan yang suka membuat bising, wahai perempuan yang berani melulu, wahai perempuan yang buruk akhlak, wahai perempuan yang ingkar, wahai perempuan yang tidak datang haid seperti perempuan lain. Lantas perempuan itu melarikan diri.

Kemudian diikuti oleh ‘Umru bin Huraith-penyokong Uthman-maka beliau berkata: Wahai perempuan, kami sentiasa mendengar perkara-perkara yang pelik, kami belum mengetahui kebenarannya atau kebatilannya. Ini adalah rumah aku, maka masuklah, aku mempunyai hamba-hamba perempuan, maka mereka akan melihat kepada perkara-perkara tersebut sama ada benar atau batil kata-katanya. Aku akan memberi kepada anda sesuatu, beliau memasuki rumahnya,lantas beliau memerintah hamba perempuannya melihat kepadanya, tiba-tiba sesuatu terlekat di lututnya, perempuan itu berkata: Wahai celakalah baginya, Ali telah melihat sesuatu yang tidak dilihat selain daripada ibu aku dan bidan aku, beliau berkata: ‘Umru bin Huraith telah memberi sesuatu kepadanya[423].

Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Sulaiman daripada bapanya Sulaiman al-Dailami, daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar al-Duhani, daripada Abu Abdullah a.s tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Rahman (55): 41 “ Orang-orang yang berdosa dikenal dengan tanda-tandanya, lalu dipegang ubun-ubun dan kaki mereka”

Beliau berkata: Wahai Mu‘awiyah, apakah pendapat mereka tentang ayat ini? Aku berkata: Mereka berkata: Sesungguhnya Allah mengenali orang-orang yang berdosa dengan tanda-tanda mereka pada hari Kiamat, lalu diperintahkan mereka diambil di ubun-ubun dan kaki mereka, kemudian mereka akan dicampak ke neraka, beliau berkata kepada aku: Bagaimana Allah Yang Maha Perkasa perlu untuk mengenali makhluk dengan tanda-tanda mereka sedangkan Dialah yang telah menciptakan mereka? Aku berkata: Apakah itu, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda? Beliau berkata: Iaitu jika Qaim kita datang, maka Allah akan kurniakan kepadanya tanda-tanda, lalu dipegang ubun-ubun, dan kaki-kaki orang kafir, kemudian beliau akan memukul mereka dengan pedang (yakhbitu bi-al-Saifi khabtan).

Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid dan Ibrahim bin Ishaq bin Ibrahim, daripada Abdullah bin Hammad al-Ansari, daripada al-Harith bin Hasirah, daripada al-Asbagh bin Nabatah, berkata: Kami telah bersama-sama Amir al-Mukminin a.s di Kufah, dan beliau pada masa itu sedang memberi al-‘Ata’ (pemberian) di Masjid, tiba-tiba seorang perempuan datang, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, anda telah memberi al ‘Ata’ kepada semua yang hidup selain daripada suku Murad, anda tidak memberi sesuatu kepada mereka, beliau berkata: Anda diam, wahai perempuan yang berani melulu, wahai perempuan yang buruk akhlak, wahai perempuan yang suka membuat bising, wahai perempuan yang haidnya keluar melalui duburnya.

Beliau berkata: Perempuan itu telah melarikan diri, dan keluar dari Masjid, lalu diikuti oleh ‘Umru bin Huraith sambil berkata kepadanya: Wahai perempuan, Ali telah berkata sesuatu kepada anda, adakah benar kata-katanya? Beliau berkata: Demi Allah, beliau tidak berbohong, dan apa yang beliau telah katakan kepada aku terdapat pada diri aku. Seorang pun tidak dapat mengetahuinya melainkan Allah yang telah menciptakan aku, dan ibu aku yang telah melahirkan aku. Kemudian ‘Umru bin Huraith kembali dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah mengikuti perempuan itu, lalu aku telah bertanya kepadanya apa yang anda telah katakan kepadanya pada tubuhnya, maka beliau telah mengakui kesemuanya (aqarrat bi-dhalika kulli-hi), maka dari manakah anda telah mengetahui semuanya? Beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengajarnya seribu bab halal, dan haram, dan setiap bab akan membuka seribu bab sehingga aku mengetahui ilmu al-Munaya, al-Wasaya, dan Fasl al-Khitab sehingga aku telah mengetahui perempuan-perempuan yang bersifat lelaki dan lelaki yang bersifat perempuan (hatta ‘alim-tu al-Mudhakkarat min al-Nisa’ wa al-Muannathin min al-Rijal)[424].

Al-Husain bin Ali al-Dinuwari, daripada Muhammad bin al-Hasan berkata: Ibrahim bin Ghiyath telah memberitahuku daripada ‘Umru bin Thabit, daripada Ibn Abu Habib, daripada al-Harith al-A‘war berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s di dalam majlis kehakiman, tiba-tiba seorang perempuan yang memusuhi suaminya telah bercakap dengan hujahnya sementara suami telah bercakap dengan hujahnya, lalu beliau mengeluarkan hukum ke atas perempuan itu, lantas beliau menjadi marah, kemudian beliau berkata: Demi Allah, wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya anda telah menghukum aku dengan zalim, apakah ini Allah telah memerintah anda (wa ma bi-hadha amara-ka Allah)?.

Lantas beliau berkata kepadanya: Ya salfa muhayya’, ya ‘, ya qarda’, malah aku telah menghukum anda dengan kebenaran yang aku telah mengetahuinya. Apabila beliau telah mendengar kata-kata itu, lantas beliau melarikan diri, tanpa memberi apa-apa jawapan, lalu ‘Umru bin Huraith mengikutinya dan berkata: Demi Allah, wahai hamba Allah, aku telah mendengar daripada anda perkara yang pelik dan aku telah mendengar Amir al-Mukminin berkata kepada anda perkataan yang membuat anda lari dari sisinya tanpa anda menjawabnya, beliau berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya beliau telah memberitahuku perkara yang tidak diketahui oleh seorang pun melainkan Allah dan aku.

Tentang sebab aku telah lari dari sisinya adalah kerana aku khuatir bahawa beliau akan memberitahu kepada aku perkara yang lebih besar daripada itu (makhafatan an yukhbiruni bi-a‘zam mimma raman-ni bi-hi). Kesabaran aku di atas satu perkara itu adalah lebih elok daripada aku bersabar di atas satu perkara selepas satu perkara yang lain pula datang. ‘Umru berkata: Beritahu aku, mudah-mudahan Allah memaafi anda-Apakah yang telah dikatakan oleh beliau kepada anda? Beliau berkata: Wahai hamba Allah, sesungguhnya aku tidak akan memberitahunya kepada anda, kerana apa yang beliau telah katakan kepada aku adalah perkara yang aku benci, selain daripada itu, ia adalah buruk (qabih)jika lelaki mengetahui keaiban (‘uyub) yang terdapat pada perempuan.

Beliau berkata kepadanya: Demi Allah, anda tidak mengetahui aku dan aku pula tidak mengetahui anda, kemungkinan anda tidak melihat aku lagi selepas ini, dan aku pula tidak melihat anda selepas hari ini. ‘Umru berkata: Manakala beliau melihat aku seakan-akan merayu kepadanya, maka beliau berkata: Tentang kata-katanya ya salfa‘,maka demi Allah, beliau tidak berbohong kepada aku, sesungguhnya aku tidak datang haid seperti perempuan biasa. Adapun kata-katanya Ya muhayya’, sesungguhnya aku, demi Allah, adalah teman kepada wanita (sahibatu al-Nisa’) dan aku bukanlah teman kepada lelaki, tentang kata-katanya ya qarda‘, kerana aku adalah perosak rumah suami aku, dan aku tidak tinggal di dalamnya, beliau berkata kepada perempuan itu: Aduhai, siapakah yang telah mengajarnya perkara ini? Adakah anda melihatnya seorang ahli sihir, seorang tukang tenung atau seorang yang mengguna khadam? Beliau telah memberitahu anda apa yang terdapat pada anda? Ini adalah ilmu yang banyak.

Beliau berkata kepadanya: Sejahat-jahat apa yang anda telah katakan, wahai Abdullah, sesungguhnya beliau bukanlah seorang ahli sihir, bukan seorang tukang tenung, dan bukan seorang yang mengguna khadam, tetapi beliau adalah ahlu bait kenabian (ahli bait al-Nubuwwah), wasi Rasulullah s.a.w, dan pewarisnya, beliau memberitahu kepada orang ramai apa yang telah diberitahu kepadanya oleh Rasulullah s.a.w, dan beliau s.a.w telah mengajarnya, kerana beliau adalah hujah Allah di atas makhluk ini selepas Nabi-Nya s.a.w. Kemudian ‘Umru bin Huraith telah datang ke majlisnya, maka Amir al-Mukminin a.s. berkata kepadanya: Wahai ‘Umru, dengan apakah anda menghalalkan kata-kata anda kepada aku? Demi Allah, perempuan itu mempunyai kata-kata yang lebih baik tentang aku daripada anda. Aku dan anda akan berdiri di hadapan Allah, kemudian anda akan melihat bagaimana anda dapat melepaskan diri anda (tatakhallasu) daripada Allah.

Beliau berkata: Aku bertaubat kepada Allah (ana taibun ila Allah)dan kepada anda di atas apa yang telah berlaku, maka pohonlah keampunan-Nya untuk aku, nescaya Allah akan mengampuni anda, beliau berkata: Tidak, demi Allah, aku tidak akan memaafkan anda tentang dosa ini selama-lamanya (la aghfiru la-ka hadha al-Dhanbu abadan) sehingga aku dan anda berdiri di hadapan orang yang tidak akan menzalimi anda walaupun sedikit(hatta aqifu ana wa anta baina yadayya man la yazlimu-ka syai’an)[425].

Al-Hasan bin Ali bin al-Mughirah, daripada ‘Abis bin Hisyam, daripada Abd al-Samad bin Basyir, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang imam, adakah Allah telah menyerahkan kepadanya (a fawadha l-Lahu ilai-hi) sebagaimana Dia telah menyerahkannya kepada Sulaiman? Beliau berkata: Ya, itu berlaku apabila seorang lelaki telah bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, maka beliau telah menjawabnya, dan orang lain bertanya kepadanya tentang perkara yang sama, lalu beliau menjawabnya bukan seperti jawapannya yang pertama.

Kemudian orang lain pula telah bertanya kepadanya, lalu beliau menjawabnya tidak seperti jawapannya yang pertama dan kedua. Kemudian beliau berkata: Inilah pemberian kami, maka peganglah atau berilah tanpa hisab. Demikianlah bacaan di dalam mashaf Ali a.s, aku berkata: Aslaha-ka l-Lahu, ketika beliau menjawab kepada mereka dengan jawapan ini, imam mengetahui mereka? Beliau berkata: Maha Suci Tuhan, tidakkah anda mendengar Allah berfirman di dalam Surah al-Hijr (15):75-76 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda” Mereka adalah para imam.Dan sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus” tidak akan terkeluar daripada mereka selama-lamanya, kemudian beliau berkata kepadaku: Ya, sesungguhnya seorang imam apabila beliau melihat kepada seorang lelaki, beliau akan mengetahuinya dan mengetahui apa yang ada padanya, beliau mengetahui warnanya dan jika beliau mendengar percakapannya di balik dinding, nescaya beliau mengetahuinya.

Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah al-Rum (30 ) :22 “ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi, dan berlain-lainan bahasa mu, dan warna kulit mu. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui”. Maka merekalah para ulama. Beliau tidak mendengar sesuatu daripada bahasa yang bercakap melainkan beliau telah mengetahuinya, sama ada ia seorang yang berjaya atau seorang yang binasa. Justeru itu, beliau memberi jawapan yang sesuai dengan mereka[426].

Al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba‘i bin Abdullah, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah di dalam Surah al-Hijr (15):75 “Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda”, beliau berkata: Mereka adalah para imam, Rasulullah s.a.w bersabda: Takutlah firasat mukmin, kerana beliau melihat dengan cahaya Allah.

Ali bin Ismail bin Isa, daripada Muhammad bin ‘Umru bin Sa‘id al-Zayyat, daripada Muhammad bin Hamzah bin Abyadh, berkata: Ali bin ‘Atiyyah telah memberitahu kami, berkata: Manakala kami berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki telah datang kepada kami, lalu beliau telah mengelipkan matanya kepada beberapa orang syi‘ah. Maka Abu Abdullah a.s telah menentangnya dengan mukanya, kemudian Abu Abdullah a.s telah melihatnya secara berdepan, maka lelaki itu terfikir bahawa Abu Abdullah a.s belum memahaminya, lalu beliau mengulangi percakapannya. Lantas Abu Abdullah a.s memegang janggutnya dengan tangan kirinya, kemudian beliau menggerakkannya sehingga aku menyangka bahawa ia akan terus berada di tangannya, kemudian beliau berkata: Jika aku mewalikan lelaki, dan aku membebaskan diri aku daripada mereka menurut apa yang sampai kepada aku tentang mereka, nescaya sejahat-jahat uban, adalah uban aku ini[427].

Al-Hasan bin Ali al-Zaituni, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Dharis al-Kinasi, berkata: Kami telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki yang aku mengenalinya datang kepadanya, lalu beliau telah menyebut seorang lelaki daripada para sahabat kami, dan menghinanya di sisi Abu Abdullah a.s, tetapi beliau tidak menjawabnya, lelaki itu menyangka bahawa Abu Abdullah a.s tidak mendengarnya, lalu beliau mengulanginya, Abu Abdullah a.s tidak berpaling kepadanya, lelaki itu menyangka bahawa Abu Abdullah a.s tidak mendengarnya, lalu beliau mengulanginya pada kali ketiga. Lantas Abu Abdullah a.s menghulur tangannya kepada janggut lelaki itu, lalu memegangnya, kemudian beliau menggerakkannya sebanyak tiga kali sehingga aku menyangka bahawa janggutnya masih berada di dalam tangannya, kemudian beliau berkata: Jika aku tidak mengetahui lelaki melainkan menurut apa yang di disampaikan kepada aku tentang mereka, maka sejahat-jahat uban, adalah uban aku, kemudian beliau menghembuskan sisa janggut yang terlekat di tapak tangannya.


Di sisi kami Ahlu l-Bait Benteng Ilmu Dan Pintu Hikmah

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Hasan bin Ali bin al-Nu‘man, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata:Aku telah mendengarnya berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi faedah kepada orang ramai dan kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pintu hikmah, dan pencerahan urusan (dhiya’ al-Amr) manusia[428].

Ya‘qub bin Yazid, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Hisyam bin ibn Salim, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Di sisi orang ramai (al-‘Ammah) hadis-hadis Rasulullah perlu disahkan? Beliau berkata:Ya, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami benteng ilmu (ma‘aqil al-‘ilmi) dan pemutus di antara manusia (wa faslun ma baina al-Nas)[429].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada Ali bin Hammad, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami Ahlu l-Bait asas ilmu, keasliannya, cahayanya, dan tunjangnya (usul al-‘ilmi wa ‘ura-hu wa dhiyau-hu wa awakhi-hi).

Ya‘qub bin Yazid, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Hisyam bin Salim, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya kami mendapati sesuatu dari hadis-hadis kami di tangan orang ramai, maka beliau berkata: Mudah-mudahan anda tidak terfikir bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai- Beliau telah memberi isyarat dengan tangannya di kanannya, kirinya, di hadapannya, dan di belakangnya- Sesungguhnya kami Ahlu l-Bait di sisi kami benteng ilmu, pencerahan urusan, dan pemutus di antara orang ramai[430].

Ibrahim bin Hasyim, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Hisyam bin Salim, daripada al-Hasan bin Yahya, berkata:Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya kami Ahlu al-Bait di sisi kami benteng ilmu, peninggalan kenabian, ilmu al-Kitab, dan pemutus di antara orang ramai.

Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Abu Abdullah Zakaria bin Muhammad al-Mu’min, daripada Abdullah bin Maskan, dan Abu Khalid al-Qammat, dan Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberi ilmu yang banyak kepada orang ramai, dan di sisi kami keaslian ilmu, pintu hikmah, benteng ilmu, pencerahan urusan, dan tunjangnya. Barangsiapa yang telah mengenali kami, maka makrifatnya akan memberi manfaat kepadanya (fa-man‘arafa-na nafa‘at-hu ma ‘rifatu-hu), dan diterima daripadanya amalannya. Barangsiapa yang tidak mengenali kami, maka makrifatnya tidak memberi faedah kepadanya dan amalannya tidak akan diterima[431].

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Safwan bin Yahya, daripada Abu Khalid bin al-Qammat, daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Apakah kedudukan para ulama? Beliau berkata: Sepertilah Dhu l-Qurnain, sahabat Sulaiman, dan sahabat Musa[432].

Ya’qub bin Yazid, dan Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Ziad bin Marwan al-Qandi, daripada Muhammad bin ‘Ammar, daripada al-Fudhail bin Yassar berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s bagaimana Amir al-Mukminin a.s mengenakan hukuman ke atas peminum arak (syarib al-Khamr)? Beliau berkata: Beliau telah mengenakan hukum hudud ke atasnya. Aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau mengenakan hukum hudud, aku berkata: Jika ia mengulanginya? Beliau berkata: Beliau akan membunuhnya. Aku berkata: Bagaimana beliau mengenakan peminum minuman yang memabukkan (al-Muskir)? Beliau berkata: Hukumannya adalah sama. Aku berkata: Barangsiapa yang meminum minuman yang memabukkan seperti orang yang meminum minuman khamr? Beliau berkata: Ia adalah sama. Maka aku telah memperbesarkan perkara itu. Beliau berkata kepada aku: Wahai Fudhail, janganlah anda memperbesarkan perkara tersebut, sesungguhnya Allah telah mengutus Muhammad sebagai rahmat kepada alam semesta. Dan sesungguhnya Allah telah mendidik Nabi-Nya, maka beliau telah memperbaiki adabnya.

Manakala beliau telah mempelajari segala adab, Dia telah menyerahnya kepadanya. Lantaran itu, Allah telah mengharamkan al-Khamr, dan Rasulullah s.a.w telah mengharamkan segala yang memabukkan, maka Allah telah mengharuskannya untuknya pula. Allah telah menjadikan Makkah sebagai tanah haram sementara Rasulullah s.a.w telah menjadikan Madinah sebagai tanah haram, maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Allah telah mewajibkan pusaka daripada keturunan salbi sementara Rasulullah s.a.w telah memberi bahagian datuk (al-Jadd), maka Allah telah mengharuskannya untuknya. Kemudian beliau berkata: Wahai Fudhail, barangsiapa yang mentaati Rasul, maka beliau telah mentaati Allah[433].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Muhammad bin Yahya al-Khasy‘ami, daripada Abd al-Rahim al-Qasir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak diturunkan kitab (lam yanzil bi-hi kitab), dan sunnah, beliau mengambil bahagian (rajama) mengenainya, lalu menepati sasarannya (fa-asaba). Abu Ja‘far a.s berkata: Ia adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan(al-Mu‘dilat )[434].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Isa bin Imran al-Halabi, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Abd al-Rahim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s apabila dikemukakan kepadanya perkara yang tidak didatangi (lam yaji’) oleh kitab dan sunnah, beliau mengambil bahagian mengenainya, lalu menepati sasarannya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abd al-Rahim, itu adalah di antara perkara-perkara yang menyulitkan.


Penciptaan Syi‘ah Dua Ribu Tahun Sebelum Adam

Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada Khalaf bin Hammad, daripada Sa‘d bin Tarif al-Iskaf, daripada al-Asbagh bin Nabatah bahawa Amir al-Mukminin a.s telah menaiki mimbar, lalu beliau memuji Allah, dan bersyukur kepada-Nya, kemudian berkata: Sesungguhnya syi‘ah kita adalah dari tanah yang tersimpan(tinah makhdhunah) sebelum Allah mencipta Adam dua ribu tahun (qabla an yakhluqa Adam bi-alfai ‘am), ia tidak dipisahkan oleh perkara yang ganjil (la yasyudhdh min-ha syadhdhun), dan tidak dimasuki padanya oleh sesuatu (wala yadkhulu fi-ha dakhilun), sesungguhnya aku mengenali mereka ketika aku melihat mereka (wa inni la-a‘rifu-hum hina anzuru ilai-him), kerana Rasulullah s.a.w telah meludahkan pada mataku ketika aku menghidapi penyakit mata (lamma tafila fi ‘aini wa kuntu armadu), dan beliau bersabda: Wahai Tuhanku, hilangkanlah daripadanya kepanasan dan kesejukan, perlihatkanlah kepadanya sahabatnya daripada musuhnya”. Justeru itu, aku tidak lagi menghidapi penyakit mata, kepanasan, dan kesejukan. Aku mengetahui sahabat aku daripada musuh aku (a’rifu sadiqi min ‘aduwwi).

Lantas seorang lelaki berdiri di kalangan orang ramai, kemudian berkata: Demi Allah, wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda (bi-wilayati-ka), dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta). Demi Allah, aku tidak mengetahui nama anda di kalangan nama-nama syi‘ah (fa-wallah ma a‘rifu isma-ka fi al-Asma’) dan muka anda di kalangan muka-muka syi‘ah (wa la wajha-ka fi al-Wujuh), tanah anda bukan dari tanah syi‘ah (wa inna tinata-ka la-min ghairi tilka al-Tinati).

Kemudian lelaki itu terus duduk, sesungguhnya Allah telah mendedahkan keburukannya dan menampakkannya kepada orang ramai, kemudian seorang lelaki yang lain berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda dan sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku menampakkan kepada anda secara terang-terangan, maka Ali a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), tanah anda adalah dari tanah tersebut, dan di atas wilayah kami diambil perjanjian anda (wa ‘ala wilayati-na ukhidha mithaqu-ka). Sesungguhnya roh anda adalah dari Roh-roh mukminin, maka ambillah pakaian untuk kefakiran (fa-itakhidh li-al-Faqri jilbaban). Demi Yang diri aku di tangan-Nya sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kefakiran itu adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir dari puncak lembah ke bawahnya (al-Faqru asra‘u ila muhibbi-na min al-Saili min a‘la al-Wadi ila asfali-hi)[435].

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada al-Husain bin ‘Alwan al-Kalbi, daripada Sa‘d bin Tarif, daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah berada bersama-sama Amir al-Mukminin a.s, maka seorang lelaki telah datang kepadanya, dan terus memberi salam kepadanya, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku, demi Allah, benar-benar mencintai anda kerana Allah, aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan, dan aku berpegang kepada agama Allah dengan wilayah anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada wilayah anda secara terang-terangan.

Di tangan Amir al-Mukminin sebatang kayu (‘ud). Beliau telah menundukkan kepalanya (ta’taa ra’sa-hu), kemudian beliau menggariskan di tanah dengan kayu tersebut beberapa ketika, kemudian beliau mengangkat kepalanya kepadanya sambil berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memberitahu aku seribu hadis, dan setiap hadis seribu bab, dan sesungguhnya roh-roh mukminin bertemu di udara (taltaqi fi al-Hawa’), lalu roh-roh tadi membaui (fa-tasyammu) dan mengenali di antara satu sama lain, dan apa yang ia kenali, akan bertaut, dan apa yang ia mengingkarinya, maka ia akan bertentangan (fa-ma ta‘arafa min-ha i’talafa wa ma tanakara min-ha ikhtalafa).

Demi Allah, anda telah berbohong (kadhab-ta), aku tidak mengenali muka anda di kalangan muka-muka syi‘ah, dan nama anda di kalangan nama-nama syi‘ah, kemudian seorang lelaki lain telah datang kepadanya, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya aku mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku mencintai anda secara terang-terangan. Beliau berkata: Beliau telah menggaris pada tanah kali kedua dengan sebatang kayu, kemudian beliau mengangkat kepalanya (rafa‘a ra’sa-hu) dan berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), sesungguhnya tanah kita tanah yang tersimpan (inna tinata-na tinatun makhdhunatun) di mana Allah telah mengambil perjanjiannya (mithaqa-ha ) dari salbi Adam yang tidak dipisahkan oleh sesuatu yang ganjil, dan tidak dimasuki oleh sesuatu selain daripadanya, pergilah, dan ambillah pakaian untuk kefakiran. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali bin Abu Talib, demi Allah, kefakiran adalah lebih cepat kepada pencinta-pencinta kami daripada banjir kepada perut lembah (butnu al-Wadi)[436].

‘Ubad bin Sulaiman, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya Sulaiman al-Dailami, daripada Harun bin al-Jaham, daripada Sa‘d bin Tarif al-Khaffaf, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s pada suatu hari duduk di Masjid, dan para sahabatnya di sekelilingnya, seorang lelaki di kalangan syi‘ahnya telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya Allah mengetahui bahawa aku berpegang kepada agama-Nya dengan mencintai anda secara rahsia sebagaimana aku berpegang kepada agama-Nya dengan mencintai anda secara terang-terangan, aku mewalikan anda secara rahsia sebagaimana aku mewalikan anda secara terang-terangan. Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Anda memang benar (sadaq-ta), maka ambillah pakaian untuk kefakiran, kerana kefakiran adalah lebih cepat kepada syi‘ah kami daripada banjir kepada perut wadi.

Beliau berkata: Lelaki itu pulang di dalam keadaan menangis gembira kerana kata-kata Amir al-Mukminin a.s: Anda memang benar, beliau berkata: Di sana seorang lelaki di kalangan khawarij, dan seorang sahabatnya yang dekat dengan Amir al-Mukminin a.s, maka salah seorang daripada mereka berdua berkata: Demi Allah, aku tidak melihat seperti hari ini bahawa seorang lelaki telah datang kepadanya, dan berkata kepadanya: Sesungguhnya aku mencintai anda, maka beliau berkata: Anda memang benar (sadaq-ta).

Sahabatnya pula berkata kepadanya: Aku tidak mengingkarinya, tetapi adakah di sana peluang apabila dikatakan kepadanya: Aku mencintai anda bahawa beliau akan berkata: Anda memang benar? Adakah anda mengetahui bahawa aku mencintainya? Beliau berkata: Tidak, beliau berkata: Aku akan berdiri, dan berkata kepadanya sebagaimana telah dikatakan oleh lelaki itu, maka beliau akan menjawab kepada aku sebagaimana beliau telah menjawab kepadanya. Beliau berkata: Ya, maka lelaki itu berdiri, maka beliau telah berkata kepadanya sebagaimana dikatakan oleh lelaki yang pertama. Beliau telah melihat kepadanya dengan penuh perhatian, kemudian beliau berkata kepadanya: Anda telah berbohong (kadhab-ta), tidak, demi Allah, anda tidak mencintai aku, dan aku pula tidak mencintai anda (la wallahi, ma tuhibbuni wala uhibbu-ka) .

Beliau berkata: Lelaki khawarij itu telah menangis, kemudian berkata: Wahai Amir al-Mukminin, anda telah memalukan aku dengan perkara ini sedangkan Allah telah mengetahui sebaliknya. Lantaran itu, hulurkan tangan anda, nescaya aku memberi baiah kepada anda. Ali berkata: Di atas apa? Beliau berkata: Di atas apa yang telah dilakukan oleh Zuraiq[437], dan Habtar [438]. Maka beliau berkata kepadanya: Aku tampar anda, Allah telah melaknati mereka berdua (la‘ana l-Lahu al-Ithnaini), demi Allah, seolah-olah aku melihat anda telah dibunuh di atas kesesatan, dan anda dipijak oleh binatang-binatang Iraq, dan kaum anda tidak akan mengenali anda, beliau berkata: Tidak lama selepas itu, ahli Nahrawan keluar bagi menentangnya, dan lelaki itu telah keluar bersama-sama mereka dan dibunuh[439].


Sekiranya Ilmu Mereka Tidak Bertambah, Nescaya Mereka telah kehabisan Ilmu

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sekiranya ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu (Laula anna nazdadu la-anfad-na) Aku berkata: Kamu bertambah sesuatu (ilmu) yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w? Beliau berkata: Sesungguhnya apabila berlaku sedemikian, ia dibentangkan ke atas Rasulullah s.a.w, kemudian ke atas para imam a.s[440].

Daripadanya, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Muhammad bin Rabi‘, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu, aku berkata: Kamu bertambah sesuatu (ilmu) yang tidak ada di sisi Rasulullah s.a.w (tazdadun syai’an laisa ‘anda rasulillah)? Beliau berkata: Apabila begitu, ia telah mendatangi(ata) Rasulullah s.a.w, lalu memberitahunya, kemudian mendatangi Ali, lalu ia memberitahunya (fa-akhbara-hu), kemudian mendatangi seorang selepas seorang sehingga berakhir kepada Sahib al-Amr[441].

Musa bin Ja‘far bin Muhammad, daripada bapanya Ja‘far bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Isa bin Abdullah al-Asy‘ari, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami hamba Abu Abdullah a.s, daripada bapanya Sulaiman, berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah mendengar anda berkata bukan sekali: Jika ilmu kami tidak bertambah, nescaya kami kehabisan ilmu, beliau berkata: Adapun tentang halal dan haram, maka sesungguhnya Allah telah menerangkannya kepada Nabi-Nya dengan sempurna. Justeru itu, seorang imam tidak ditambah ilmunya tentang halal, dan haram.

Aku berkata kepadanya: Apakah tambahan itu? Beliau berkata: Semua perkara selain daripada halal dan haram, aku berkata: Kamu bertambah sesuatu yang tersembunyi ke atas Rasulullah s.a.w, dan beliau tidak mengetahuinya (tazdadun syai’an yukhfa ‘ala rasulillah s.a.w wa la ya‘lamu-hu)? Beliau berkata: Tidak, sesungguhnya ilmu keluar dari sisi Allah, maka malaikat membawanya kepada Rasulullah s.a.w, dan berkata: Wahai Muhammad, Tuhan anda memerintah anda dengan perkara tertentu, maka beliau berkata: Pergilah kepada Ali, lalu malaikat membawanya kepada Ali a.s, Ali a.s berkata: Pergilah kepada al-Hasan, demikianlah malaikat membawanya kepada seorang selepas seorang sehingga ia datang kepada kami. Dan mustahil imam mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh Rasulullah s.a.w, dan imam sebelumnya (wa muhal an ya‘lama al-Imamu syaian lam ya‘lam-hu rasulullah s.aw wa al-Imam min qabli-hi).

Muhammad bin Isa bin Ubaid, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada sebahagian para sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Tiada sesuatu yang keluar dari sisi Allah a.w sehingga ia bermula dengan Rasulullah s.a.w, kemudian dengan Ali a.s, kemudian dengan seorang selepas seorang supaya yang akhir kami tidaklah lebih mengetahui daripada yang pertama kami (laisa syai’un yakhruju min ‘indi l-Lahi a.w hatta yabda’u bi-rasulillah s.a.w thumma bi- ali a.s thumma bi-wahidin wahidin li-kaila yakuna akhiru-na a‘lamu min awwali-na).

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Uthman bin Isa, daripada Sama‘ah bin Mihran, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai dua ilmu; ilmu yang Dia telah memberitahu kepada para malaikat-Nya (‘ilman azhara ‘alai-hi malaikata-hu), para rasul-Nya, dan para nabi-Nya. Semua itu kami telah mengetahuinya (qad ‘alimna-hu), dan ilmu yang Dia tidak memberitahu kepada sesiapa (‘ilman ista’thara bi-hi), tetapi apabila terserlah bagi-Nya sesuatu daripadanya(bada la-hu fi syai’in min-hu), maka Dia memberitahu kami perkara tersebut (a‘lamana dhalika), dan Dia membentangkannya ke atas para imam sebelum kami (wa ‘arada ‘ala al-A’immati al-ladhina kanu qabli-na).

Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Yunus bin Abd al-Rahman, daripada Hisyam bin Salim, daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Percakapan yang aku telah mendengarnya daripada Abu al-Khattab, maka beliau berkata: Bentangkannya kepada aku, maka aku berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya kamu mengetahui halal dan haram, dan kata pemutus di antara orang ramai, maka beliau diam. Apabila aku mahu berdiri, beliau mengambil tanganku, dan berkata: Wahai Muhammad, demikianlah ilmu al-Qur’an, halal dan haram menjadi sebahagian ilmu yang berlaku pada malam dan siang (yahduthu fi al-Laili wa al-Nahar)[442].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada ‘Umar bin Abd al- ‘Aziz, daripada seorang lelaki, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Ali bin al-Husain a.s, berkata: Aku berkata kepadanya: Setiap apa yang berada di sisi Rasulullah s.a.w, maka sesungguhnya ia telah diberikan kepada Amir al-Mukminin a.s (kullu ma kana ‘anda rasulillah s.a.w fa-qad u‘ti-hi amir al-Mu’minin a.s), kemudian al-Hasan a.s selepas Amir al-Mukminin, kemudian al-Husain a.s selepasnya.Kemudian setiap imam sehingga berlakunya Kiamat berserta pertambahan (al-Ziyadah) yang berlaku pada setiap tahun, dan pada setiap bulan? Maka beliau berkata: Ya, demi Allah, pada setiap masa[443].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya bin Imran al-Halab, daripada al-Harith bin al-Mughirah al-Nasri, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Kamu berhati-hatilah di dalam percakapan, kerana kami mengetahuinya[444].

Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Abu Abdullah Zakaria bin Muhammad al-Mu’min, daripada al-Hakam bin Aiman, daripada al-Harith bin al-Mughirah, dan Abu Bakr Muhammad al-Hadhrami, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Beliau berkata: Tidak berlaku (sesuatu) sebelum kamu melainkan kami telah mengetahui mengenainya (ma yahduthu qabla-kum illa ‘alim-na bi-hi). Aku berkata: Bagaimana begitu? Beliau berkata: “Seorang penunggang” datang memberitahu kami mengenainya (ya’ti-na bi-hi rakibun yadhribu).

Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far bin Wahab al-Baghdadi, daripada Ali bin Ma‘bad, daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat, daripada Ali bin ‘Abd al-‘Aziz, daripada bapanya, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Manakala Abd al-Malik bin Marwan dilantik menjadi khalifah dengan aman, beliau menulis surat kepada al-Hajjaj dengan tulisannya. Beliau menulis padanya: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim, daripada Abdullah: Abd al-Malik bin Marwan kepada al-Hajjaj bin Yusuf: Amma ba‘d. Adapun kemudian daripada itu, cukuplah darah Bani Abd al-Muttalib, kerana aku telah melihat keluarga Abu Sufyan manakala mereka terjebak di dalamnya, mereka tidak dapat bertahan lama, wassalam.

Beliau telah menulis surat ini secara rahsia, tidak diketahui oleh seorang pun. Beliau mengirimnya melalui pos, berita ini telah sampai kepada Ali bin al-Husain a.s pada masa itu juga, lalu beliau memberitahu kepada Abd al-Malik bahawa masa kerajaannya ditambah sedikit, kerana beliau telah menghentikan kezaliman terhadap Bani Hasyim, beliau telah memerintah supaya ditulis kepada Abd al-Malik, dan memberitahunya bahawa Rasulullah s.a.w telah datang kepadanya di dalam tidurnya memberitahunya akan perkara tersebut, Ali bin al-Husain a.s telah menulis kepada Abd al-Malik tentang perkara tersebut[445].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Muhammad bin Ismail bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada ‘Urwah ibn Musa al-Ja‘fi, berkata: Pada suatu hari Abu Abdullah a.s telah berkata kepada kami, dan kami sedang bercakap-cakap di sisinya: Pada hari ini mata Hisyam bin Abd al-Malik telah pecah di dalam kuburnya, kami berkata:Bilakah beliau mati? Beliau berkata: Pada hari yang ketiga, maka cukuplah bagi kami kematiannya (fa-hasbu-na mautu-hu). Kami telah meminta perkara itu, maka ia telah berlaku.


Bumi Dilipatkan Untuk Mereka A.S

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Yusuf bin ‘Umairah, daripada Daud bin Furqad, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki di kalangan kami telah mengerjakan solat ‘atamah (satu pertiga malam) di Madinah, dan beliau telah datang kepada kaum Musa di dalam satu urusan di mana mereka telah bertengkar mengenainya di kalangan mereka. Dan beliau kembali pada malamnya, lalu mengerjakan solat al-Ghadat (pagi)di Madinah (Inna rajulan minna salla al-‘Atamata bi al-Madinati wa ata qauma musa fi amrin fa-tasyajaru fi-hi fi-ma baina-hum wa ‘ada min lailati-hi fa-salla al-Ghadata bi al-Madinati )[446].

Ali bin Ismail bin Isa daripada Muhammad bin ‘Umru bin Sa‘id al-Zayyat, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Jabir bin Yazid, berkata: Pada suatu hari aku telah duduk di sisi Abu Ja‘far a.s, lalu beliau berpaling kepadaku, dan berkata: Wahai Jabir, adakah anda mempunyai keldai untuk anda naiki, anda dapat berjalan di antara timur dan barat di dalam satu malam? Aku berkata: Tidak, maka beliau berkata: Aku benar-benar mengetahui seorang lelaki di Madinah yang mempunyai keldai yang beliau naiki, lalu beliau datang ke timur dan barat di dalam satu malam (Inni la-a‘rifu rajulan bi al-Madinati la-hu himarun yarkabu-hu fa-ya’ti al-Masyriqa wa al-Maghriba fi lailatin )[447].

Abdullah bin ‘Amir bin Sa‘id, daripada al-Rabi‘, daripada Ja‘far bin Basyir al-‘Ajali, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada kami telah datang kepada kaum Musa di dalam suatu perkara di kalangan mereka, lalu beliau mendamaikan di antara mereka dan kembali (inna rajulan minna ata qauma musa fi syai’in kana baina-hum fa-aslaha baina-hum wa raja‘a)

Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan Ahmad bin al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, daripada Abdullah bin Bakir, daripada Zararah berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya di Madinah seorang lelaki telah datang di tempat anak Adam, maka beliau telah melihatnya terpasung (ma‘qulan) bersama-samanya sepuluh orang yang diwakilkan untuk mengawalnya. Pada musim panas mereka menghadapi matahari bersama-samanya, dan menyalakan api di sekelilingnya (wa yuqidun haula-hu al-Nar). Dan pada musim sejuk mereka mencurahkan air sejuk ke atasnya (fa-idha kana al-Syita’ sabbau ‘alai-hi al-Ma’ al-Barid). Setiap kali seorang lelaki daripada sepuluh itu mati, penduduk kampung akan mengeluarkan seorang lelaki bagi menggantikan tempatnya, maka beliau berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, apakah cerita anda, kenapakah anda diuji sebegini? Maka beliau berkata: Anda telah bertanya kepada aku tentang satu masalah yang tidak seorang pun bertanya kepada aku sebelum anda, sesungguhnya anda adalah seorang yang paling bodoh (la-ahmaq) atau anda seorang yang paling cerdik (la-akyasu). Maka Aku berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Adakah beliau akan diazabkan di akhirat? Beliau berkata: Beliau berkata: Allah akan mengumpulkan ke atasnya azab dunia dan akhirat[448].

Salmah bin al-Khattab, daripada Sulaiman bin Sama‘ah, dan Abdullah bin Muhammad, daripada Abdullah bin al-Qasim ibn al-Harith, daripada Abu Basir, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesunggunya para wasi dilipatkan bumi untuk mereka dan mereka mengetahui apa yang ada di sisi para sahabat mereka (inna al-Ausiya’ la-tutwa lahum al-Ard wa ya‘lamuna ma ‘anda ashabi-him )[449].

Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-‘Ala bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah telah diambil dari bahagian bukit kepada golongan yang difirmankan Allah a.w di dalam kitab-Nya Surah al-A‘raf (7 ) :159 “Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan”, kerana pertengkaran yang telah berlaku di antara mereka, kemudian beliau kembali[450].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abu Abdullah Muhammad bin Khalid al-Barqi, daripada sebahagian para sahabat kami, daripada Yunus bin Ya‘qub, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya seorang lelaki daripada kami telah mendatangi kaum Musa di dalam suatu perkara di antara mereka, lalu beliau telah mendamaikan di antara mereka, kemudian beliau telah melalui seorang lelaki yang dipasung (bi-rajulin ma‘qul) di atasnya pakaian yang bersih bersertanya sepuluh orang yang diwakilkan untuk mengawalnya di mana pada musim sejuk,mereka mencurahkan air sejuk ke atasnya, dan pada musim panas, mereka menyalakan api di sekelilingnya.

Apabila seorang daripada sepuluh mati, maka penduduk kampung akan menggantikannya dengan lelaki yang lain, lantaran itu, orang ramai akan mati, dan sepuluh tidak akan berkurangan, maka beliau berkata kepadanya: Apakah urusan anda? Beliau berkata: Jika anda seorang yang alim, maka aku tidak akan memperkenalkan diri aku, al-‘Ala’ berkata: Muhammad bin Muslim berkata: Mereka berpendapat bahawa ia adalah anak lelaki Adam, dan mereka juga berpendapat bahawa ia adalah Abu Ja‘far a.s Sahib hadha al-Amr.

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Mankhal ibn Jamil, daripada Jabir bin Yazid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Jabir, adakah anda memiliki keldai yang akan membawa anda dari timur ke barat di dalam masa satu hari? Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan, wahai Abu Ja‘far, bagaimanakah untuk aku semua ini? Abu Ja‘far a.s berkata: Itulah Amir al-Mukminin a.s, tidakkah anda mendengar sabda Rasulullah s.a.w tentang Ali a.s: Demi Allah, anda akan sampai kepada sebab-sebab-nya, dan demi Allah, anda akan menaiki awan (la-tablughanna al-Asbab wa-l-Lahi la-tarkabanna al-Sahab).

Ali bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-Hasan bin al-Husain al-Lu’lu’, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Wahai Abu al-Fadhl, sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah diambil sebelum terbitnya matahari, dan sebelum tenggelamnya matahari kepada golongan yang difirmankan oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-A‘raf (7) :159 “ Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan ”, kerana pertengkaran yang berlaku di antara mereka. Lalu beliau telah mendamaikan di kalangan mereka (fa-aslaha baina-hum), dan kembali tanpa duduk (wa raja‘a wa lam yaq‘ud). Lantas beliau melalui air kamu, kemudian meminumnya(fa-marra bi-nutfi-kum fa-syariba min-hu), dan terus melalui di pintu anda, lalu mengetuk lingkaran pintu anda (wa marra ‘ala babi-ka fa-daqqa ‘alaika halqata babi-ka), kemudian beliau kembali ke rumahnya tanpa duduk (thumma raja‘a ila manzili-hi wa lam yaq‘ud)[451].

Ali bin Ismail bin Isa, daripada ‘Umru Sa‘id al-Zayyat, daripada bapanya, daripada Abdullah bin Maskan, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui seorang lelaki daripada penduduk Madinah yang telah diambil dari bahagian bukit bumi kepada golongan yang difirmankan Allah a.w di dalam kitab-Nya Surah al-A‘raf (7) :159 “ Dan di antara kaum Musa itu terdapat suatu umat yang memberi petunjuk dengan hak dan dengan yang hak itulah mereka menjalankan keadilan”, kerana pertengkaran yang telah berlaku di antara mereka, kemudian beliau kembali tanpa duduk, kemudian beliau melalui air kamu, lalu meminumnya-Iaitu air Furat- Kemudian datang kepada anda, wahai Abu al-Fadhl, lalu mengetuk pintu anda, dan beliau juga telah melalui seorang lelaki yang dipasung kerana pembunuhan(ma‘qul), di atasnya kain yang bersih bersama-samanya sepuluh orang yang diwakilkan untuk mengawalnya.

Pada musim panas mereka menyalakan api di sekelilingnya, dan memusingkannya menurut pergerakan matahari. Setiap seorang daripada sepuluh itu mati, penduduk kampung akan menggantikannya dengan seorang yang lain. Lantaran itu, orang ramai akan mati, dan sepuluh orang tidak akan berkurangan, maka seorang lelaki tertentu telah melalui di hadapannya dan berkata kepadanya: Apakah cerita anda? Lelaki yang dipasung itu berkata: Jika anda seorang yang alim, maka aku tidak akan memperkenalkan diriku, dan urusanku. Dikatakan bahawa beliaulah anak lelaki Adam yang menjadi pembunuh (inna-hu ibn adama al-qatilu). Muhammad bin Muslim berkata: Lelaki seorang lagi itu adalah Abu Ja‘far a.s (wa kana al-Rajulu aba Ja‘far a.s.)[452]

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami, daripada ‘Umar bin Abban al-Kalbi, daripda Abban bin Taghlab berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, maka seorang lelaki daripada ulama ahli Yaman telah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Yamani! Adakah pada kamu para ulama? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Sesungguhnya beliau berjalan pada satu malam kadar perjalanan sebulan (inna-hu yasiru fi lailatin wihidatin masirata syahrin), menahan burung terbang dan menjejaki segala kesan.

Beliau berkata kepadanya: Orang alim di Madinah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim Madinah (‘ilmu ‘alim al-Madinah)? Beliau berkata: Beliau berjalan satu pagi kadar perjalanan setahun (inna-hu yasiru fi sabahin wahidin masirarata sanatin) seperti matahari apabila diperintah, sesungguhnya matahari pada hari ini tidak diperintah, tetapi apabila diperintah, ia akan melintasi dua belas maghrib (idha umirat taqta‘ ithna ‘asyara maghriban), dua belas masyrik, dua belas matahari, dua belas bulan, dua belas daratan, dan dua belas alam, beliau berkata:Apa yang ada lagi pada tangan orang Yaman itu, aku sendiri tidak mengerti apa yang dikatakan olehnya, lalu Abu Abdullah a.s telah menahan dirinya dari bercakap[453].

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Abu ‘Umair, daripada Abu Ayyub Ibrahim bin Uthman al-Khazzaz, daripada Abban bin Taghlab berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki daripada penduduk Yaman telah datang kepadanya, maka beliau berkata kepadanya: Wahai saudara Yaman, adakah di sisi kamu para ulama? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Beliau berjalan satu malam kadar perjalanan satu bulan, beliau dapat menahan burung terbang dan menjejaki segala kesan.

Maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Orang alim Madinah adalah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim Madinah? Beliau berkata: Beliau berjalan satu jam di siang hari kadar perjalanan matahari satu tahun (yasiru fi sa‘atin min al-Nahar masirata al-Thamsyi sanatan) sehingga beliau melintasi dua belas alam seperti alam kamu ini, mereka tidak mengetahui bahawa sesungguhnya Allah telah mencipta Adam dan Iblis, beliau berkata: Maka mereka mengetahui kamu (fa-ya‘rifuna-kum )? Beliau berkata: Ya, Allah tidak mewajibkan ke atas mereka selain daripada wilayah kami (wilayata-na) dan pembebasan daripada musuh kami (wa al-Bara’ata min ‘aduwwi-na)[454].

Ahmad bin al-Husain berkata: Al-Hasan bin al-Barra’ , daripada Ali bin Hassan, daripada Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba seorang lelaki daripada penduduk Yaman telah memberi salam, maka beliau telah menjawab salamnya, kemudian beliau berkata kepadanya: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Beliau dapat menahan burung terbang, dan menjejaki segala kesan di dalam satu jam kadar perjalanan satu bulan bagi penunggang yang cergas. Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya orang alim Madinah adalah lebih alim daripada orang alim kamu, beliau berkata: Apakah kadar keilmuan orang alim kamu? Beliau berkata: Orang alim Madinah bukan sahaja dapat menjejaki segala kesan, dan menahan burung terbang, malah mengetahui di dalam satu detik kadar perjalanan matahari, melintasi dua belas planet, dua belas daratan, dua belas lautan, dan dua belas alam, maka orang Yaman itu berkata kepadanya: Aku jadikan diri aku tebusan anda, aku tidak fikir orang lain mengetahui perkara ini dan aku tidak mengerti apakah itu semua, lalu beliau keluar[455].


Referensi:

[398] Selain daripada bahasa atau bangsa Arab.
[399] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 321.
[400] Ibid.
[401] Ibid.
[402] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 319.
[403] Ibid.
[404] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 415.
[405] Ibid.
[406] Ibid.
[407] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 660.
[408] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 8.
[409] Ibid.
[410] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 9.
[411] Ibid, xiv, 749.
[412] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 415.
[413] Ibid.
[414] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 9.
[415] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 67.
[416] Ibid, vii, 416.
[417] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 14.
[418] Ibid.
[419] Ibid.
[420] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 117.
[421] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 117.
[422] Ibid.
[423] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 580.
[424] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 459.
[425] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 579.
[426] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 116.
[427] Ibid, vii, 307.
[428] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, i, 136.
[429] Ibid.
[430] Ibid.
[431] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, i, 136.
[432] Ibid, vii, 393.
[433] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 262.
[434] Ibid.
[435] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 304.
[436] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 426.
[437] Abu Bakr.
[438] 'Umar.
[439] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 580.
[440] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 298.
[441] Ibid, vii, 296.
[442] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 318.
[443] Ibid, 297.
[444] Ibid, xi, 34.
[445] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 147.
[446] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 270.
[447] Ibid.
[448] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 68.
[449] Ibid, vii, 270.
[450] Ibid.
[451] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 68.
[452] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 68.
[453] Ibid, vii, 270.
[454] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 20.
[455] Ibid, vii, 368.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: