BAHAGIAN KESEBELAS
Keganjilan keadaan dan perbuatan mereka, pembunuhan Mu‘alla bin Khanis, Jangan menjadi tawanan dengan hadis kami, Haudh al-Kauthar, malakut al-Ardh, mukjizat Imam Ja‘far bersama Mu‘alla bin Khanis dan lain-lain.
Keganjilan Keadaan Dan Perbuatan Mereka A.S
Muhammad bin Abdullah al-Razi al-Jamurani, daripada Ismail bin Musa, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abd al-Samad bin Ali berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Ali bin al-Husain, maka Ali bin al-Husain berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah seorang ahli nujum yang mahir, beliau berkata: Maka beliau melihat kepadanya, kemudian berkata: Bolehkah aku menunjukkan kepada anda seorang lelaki yang telah melalui semenjak anda datang kepada kami empat belas alam, dan setiap alam adalah lebih besar daripada dunia tiga kali tanpa bergerak daripada tempatnya (lam yataharak min makani-hi )? Beliau berkata: Siapakah lelaki itu? Beliau berkata: Aku, jika anda mahu, aku akan memberitahu anda apa yang anda telah makan dan apa yang anda telah simpan di rumah anda[456].
Muhammad bin Hassan al-Razi telah memberitahu aku, berkata: Ali bin Khalid, seorang Zaidi- telah memberitahu aku, berkata: Aku telah berada di al-Askar, tiba-tiba berita sampai kepada aku bahawa di sana seorang lelaki yang ditahan, telah dibawa dari Syam di dalam keadaan digari(makbulan). Mereka berkata: Beliau telah membuat ramalan (tanabba’a). Ali bin Khalid berkata: Aku telah datang di pintu penjara. Aku telah melintasi beberapa penjaga pintu sehingga aku sampai kepadanya, tiba-tiba aku mendapatinya seorang lelaki yang mempunyai kefahaman (la-hu fahmun), maka beliau berkata: Aku telah berada di sisi kubur kepala al-Husain bin Ali a.s, ketika aku di dalam ibadatku, tiba-tiba seorang lelaki datang kepada aku, dan berkata: Berdirilah dengan kami, maka akupun berdiri bersamanya.
Manakala aku bersama-samanya (fa-baina ana ma‘a-hu), tiba-tiba aku bersama-samanya di Masjid Kufah (idh ana ma‘a-hu fi masjid kufah), beliau berkata: Beliau mengerjakan solat dan akupun mengerjakan solat bersamanya (fa-salla fa-sallai-tu ma‘a-hu). Manakala aku bersamanya, tiba-tiba kami di masjid Madinah. Beliau mengerjakan solat, maka aku mengerjakan solat bersamanya, beliau berselawat kepada Rasulullah s.a.w dan berdoa untuknya. Manakala aku bersamanya, tiba-tiba kami di Makkah, aku sentiasa bersamanya sehingga beliau menunaikan manasiknya dan aku menunaikan manasikku bersama-nya.
Manakala aku bersamanya, tiba-tiba aku berada di tempat yang aku telah melakukan ibadat kepada Allah di Syam (fa-baina ana ma‘a-hu idh ana bi-maudi‘i al-ladhi kuntu a‘budu l-Laha fi-hi bi al-Syam), dan lelaki itupun meninggalkan tempat itu. Manakala pada tahun berikutnya, pada musim haji, tiba-tiba aku bersamanya, lalu beliau melakukan kepada aku seperti perbuatannya yang pertama, manakala kami selesai dari mengerjakan manasik kami, beliau menghantar aku (warada-ni) ke Syam, dan beliau berdukacita kerana meninggalkan aku (wa hamma bi-mufaraqati), aku berkata kepadanya: Aku bertanya kepada anda dengan hak Yang memberi kuasa kepada anda (sa’al-tu-ka bi haqqi al-Ladhi aqdara-ka) menurut apa yang aku lihat melainkan anda memberitahu aku siapakah anda?
Beliau berkata: Beliau telah menundukkan kepalanya beberapa ketika, kemudian melihat kepada aku sambil berkata: Aku adalah Muhammad bin Ali bin Musa. Beliau berkata: Berita ini tersebar sehingga berakhir kepada Muhammad bin Abd al-Malik al-Zayyat, maka beliau telah mengutus kepada aku, lalu mengambil aku, menggari aku (kabbala-ni) dengan besi, membawa aku ke Iraq dan menahan aku (habasa-ni). Beliau berkata: Aku berkata kepadanya: Bawalah cerita anda ini kepada Muhammad bin Abd al-Malik? Beliau berkata: Siapakah aku untuk mendatanginya dengan cerita ini? Beliau berkata: Maka aku membawanya pensel dan kertas, lalu beliau menulis ceritanya kepada Muhammad bin Abd al-Malik dan menyebut di dalam ceritanya apa yang telah berlaku.
Kemudian beliau menandakan tangan ceritanya, katalah: Kepada Yang telah mengeluarkan anda pada suatu malam dari Syam ke Kufah, dari Kufah ke Madinah, dari Madinah ke Makkah, dan telah mengembalikan anda dari Makkah kepada tempat yang anda telah berada padanya supaya mengeluarkan anda dari tahanan anda, Ali bin Khalid berkata: Urusannya telah mendukacitakan aku, aku berlembut untuknya, dan aku telah menyuruhnya supaya bersabar, kemudian pada suatu hari aku telah kembali kepadanya, tiba-tiba seorang tentera, ketua pengawal, penjaga penjara dan orang ramai telah berhimpun, maka aku berkata: Apakah ini? Maka seorang daripada mereka berkata: Orang yang dibawa (al-Mahmul) dari Syam yang telah membuat ramalan, telah hilang kelmarin dan kami tidak mengetahui sama ada beliau ditelan oleh bumi (khusifat bi-hi al-Ardh) atau disambar oleh burung di udara (ikhtafat-hu al-Tairu)[457].
Pemberitahuan Imam Ja‘far A.S Tentang pembunuhan al-Mu‘alla/Mu‘alli Bin Khanis
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Musa bin Sa‘dan, daripada Hafs al-Abyadh al-Tammar, berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdullah a.s pada hari pembunuhan al-Mu‘alla bin Khanis, dan sulaannya -rahima-hu l-Lahu-, beliau berkata kepadaku: Wahai Hafs, sesungguhnya aku telah memerintahkan al-Mu‘alla bin Khanis dengan satu perintah, tetapi beliau telah menyalahi aku, kemudian beliau diuji dengan besi. Aku telah melihat kepadanya pada suatu hari berada di dalam keadaan yang mendukacitakan, aku berkata: Apakah yang telah terjadi kepada anda wahai Mu‘alla seolah-olah anda telah mengingati keluarga anda harta anda dan tanggungan anda? Beliau berkata: Ya, maka aku berkata: Datanglah berhampiran aku, lalu beliau menghampiri aku, lantas aku menyapu mukanya, maka aku berkata:Di manakah anda melihat anda berada?
Beliau berkata: Aku diperlihatkan di rumah aku, ini adalah isteri aku, dan mereka adalah anak aku, lantas aku meninggalkannya bersama mereka dan aku telah bersembunyi daripada mereka sehingga beliau telah mengambil apa yang diambil oleh seorang lelaki daripada keluarganya, kemudian aku berkata kepadanya: Datanglah berhampiran aku, maka beliau datang berhampiran aku, lantas aku menyapu mukanya (masah-tu wajha-hu). Aku berkata kepadanya:Di mana anda melihat anda sekarang? Beliau berkata: Aku melihat aku bersama anda di Madinah dan ini adalah rumah anda, aku berkata kepadanya: Wahai Mu‘alla, sesungguhnya bagi kami hadis (inna la-na hadithan), siapa yang menjaganya kerana kami, nescaya Allah menjaga ke atasnya agamanya, dan dunianya (man hafaza-hu ‘alai-na hafaza-hu l-Lahu ‘alai-hi dina-hu wa dunya-hu).
Jangan Menjadi Tawanan Dengan Hadis Kami
Wahai Mu‘alla, janganlah kamu semua menjadi orang tawanan di tangan orang ramai dengan hadis kami (la takunu usara’ fi aidi al-Nasi bi-hadithi-na). Jika mereka mahu, nescaya mereka beriman kepada kamu (in sya’u amanu ‘alai-kum) dan jika mereka mahu, mereka membunuh kamu (in sya’u qatalu-kum) Wahai Mu‘alla, sesungguhnya barangsiapa yang menyembunyikan hadis kami yang sulit (man katama al-Sa‘ba min hadithi-na), nescaya Allah menjadikannya cahaya di antara dua matanya, dan Allah memberikannya kemuliaan pada orang ramai. Dan barangsiapa yang menyebarkan hadis kami yang sulit (wa man adha‘a al-Sa‘ba min hadithi-na), beliau tidak akan mati sehingga senjata akan menikamnya (lam yamut hatta ya‘udhdh-hu al-Silahu) atau beliau akan mati digari (au yamutu kablan), wahai Mu‘alla, anda akan dibunuh (wa anta maqtul), maka bersedialah (fa-ista‘id ).[458]
Imam Ja‘far A.S Dan Haudh al-Kauthar
Al-Hasan bin Ahmad bin Salmah al-Lu’lu’, daripada al-Hasan bin Ali bin Baqqah, daripada Abdullah bin Jabalah, daripada Abdullah bin Sinan berkata: Aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s tentang al-Haudh, maka beliau berkata kepadaku: Ia adalah Haudh di antara penglihatanku kepada San‘a’ (haudh ma baina basari ila San‘a’), adakah anda suka melihatnya? Aku berkata kepadanya: Ya, beliau berkata: Maka beliau telah mengambil tangan aku, dan mengeluarkan aku di luar Madinah, kemudian beliau menendang tanah dengan kakinya (fa-dharaba bi-rijli-hi), maka aku telah melihat kepada sungai yang sedang berlari di sudutnya air putih, dan susu daripada salji.
Di tengahnya khamr (arak) yang lebih baik daripada permata nilam, aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripada khamr di antara susu dan air, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah ia keluar dan di manakah tempat berlarinya air? Beliau berkata: Mata-mata air ini telah disebut oleh Allah di dalam kitab-Nya adalah sungai-sungai di Syurga, mata air daripada air, mata air daripada susu, mata air daripada khamr mengalir di sungai ini, dan aku telah melihat di kedua-dua tepinya pohon-pohon padanya hamba-hamba perempuan (jawar) yang berjuntai dengan kepala-kepala mereka.
Aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih baik daripadanya, di tangan-tangan mereka bejana-bejana yang aku tidak pernah melihat secantik itu, bukan daripada bejana-bejana dunia. Maka beliau telah menghampiri salah seorang daripada mereka dan memberi isyarat kepadanya dengan tangannya supaya ia memberikan air kepadanya, maka aku melihat kepadanya, lalu ia condong ke hadapan untuk mencedok air dari sungai. Maka pohon itu condong ke hadapan, lalu ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (nawalat-hu fa-nawala-ni fa-syarab-tu), kemudian beliau memberinya kepadaku, lalu aku meminumnya. Kemudian beliau mengambilnya, dan memberi isyarat kepadanya, maka pohon itu condong bersamanya (fa-malat al-Syajaratu ma‘a-ha), lantas ia mencedok air, kemudian ia memberikannya kepadanya (Abu Abdullah a.s) dan beliau pula memberikannya kepada aku, maka aku meminumnya.
Aku tidak pernah melihat minuman yang lebih lembut, dan lebih lazat daripadanya. Bauannya adalah mewangikan. Aku telah melihat kepada gelasnya, maka aku mendapati tiga warna di dalam minuman itu, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, aku tidak pernah melihat seperti hari ini, dan aku tidak pernah melihat perkara sebegini, maka beliau berkata: Ini adalah perkara yang paling sedikit yang disediakan oleh Allah kepada syi‘ah kita (hadha min aqalli ma a‘ada-hu l-Lahu li-syi‘ati-na). Sesungguhnya mukmin apabila mati, maka rohnya akan sampai ke sungai ini, berehat di taman-tamannya, meminum airnya. Sementara musuh kita apabila mati, maka rohnya akan sampai ke lembah Barhut (wa inna ‘aduwwana idha tuwaffia sarat ruhu-hu ila wadi barhut) dan dikekalkan azabnya, diberi makan zaqum, diberi minum air api neraka (hamim), maka pohonlah perlindungan dengan Allah dari dihantar ke lembah tersebut[459].
Mukjizat Abu Ja‘far al-Baqir A.S Memperlihatkan Malakut al-Ardh Kepada Jabir Bin Yazid
Daripadanya, daripada Muhammad bin al-Muthanna,daripada bapanya, daripada ‘Uthman bin Zaid, daripada Jabir bin Zaid, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya di dalam Surah al-An‘am (6): 75 “ Dan demikainlah kami perlihatkan kepada Ibrahim keagungan langit dan bumi (malakutta al-Samawati wa-al-Ardh) agar Ibrahim termasuk orang-orang yang yakin”. Beliau berkata: Aku telah menundukkan kepalaku ke tanah, lalu beliau mengangkat tangannya ke atas, kemudian berkata: Angkatkan kepala anda, maka aku mengangkat kepala aku, dan aku melihat kepada atap telah tembus sehingga mata aku dapat melihat Kepada cahaya yang terang, lantas mata aku menjadi tercengang tanpanya, kemudian beliau berkata kepada aku: Ibrahim telah melihat keagungan langit dan bumi di dalam keadaan ini.
Kemudian beliau berkata kepada aku: Tunduk, maka aku pun tunduk, kemudian beliau berkata: Angkatkan kepala anda, lantas aku mengangkatkan kepala aku, maka aku mendapati atap masih di dalam keadaan yang terdahulu, kemudian beliau telah mengambil tangan aku, dan berdiri, lalu mengeluarkan aku dari rumah yang aku berada di dalamnya, dan memasukkan aku ke rumah yang lain, lalu beliau menukarkan pakaian yang dipakainya,dan memakai pakaian lain, kemudian beliau berkata kepadaku: Pejamkan mata anda, maka aku pun memejamkan mataku. Beliau berkata: Janganlah anda membuka mata anda (la taftah ‘ainai-ka), maka aku tunggu beberapa ketika, kemudian beliau berkata kepada aku: Anda mengetahui di manakah anda sekarang?
Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Anda di dalam kegelapan yang telah dilalui oleh Dhu al-Qar’nain (anta fi al-Zulmati al-Lati salaka-ha Dhu al-Qur’nain), maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, adakah anda membenarkan aku membuka mata aku, maka aku dapat melihat anda? Beliau berkata kepada aku: Bukalah, sesungguhnya anda tidak akan melihat sesuatu, maka aku pun membuka mataku, tiba-tiba aku mendapati diri aku di dalam kegelapan, aku tidak dapat melihat tempat tapak kakiku berpijak. Kemudian beliau berjalan sedikit, lalu berdiri, maka beliau berkata: Adakah anda mengetahui di manakah anda sekarang?
Maka aku berkata: Aku tidak mengetahui, maka beliau berkata: Anda sedang berdiri di atas ‘Ain al-Hayat (mata kehidupan) yang diminum oleh Khidir a.s, kami berjalan, maka kami pun keluar daripada alam itu kepada alam lain, lalu kami berjalan padanya. Maka kami telah melihatnya seperti keadaan alam kita ini dari segi binaannya, rumah-rumahnya, dan penghuni-penghuninya, kemudian kami keluar kepada alam ketiga, maka ia adalah seperti keadaan alam pertama, dan kedua sehingga kami sampai kepada lima alam (khamsati ‘awalim), beliau berkata: Kemudian beliau berkata kepada aku: Ini adalah malakut al-Ardh yang tidak dilihat oleh Ibrahim a.s.
Sesungguhnya beliau telah melihat malakut al-Samawat iaitu dua belas alam, dan setiap alam adalah seperti keadaan yang anda telah melihatnya, dan setiap kali berlalunya seorang imam (kullama madha minna imammun), maka beliau tinggal di salah satu alam-alam ini sehingga yang akhir mereka adalah al-Qaim pada alam kita di mana kita menjadi penghuninya. Kemudian beliau berkata kepada aku: Pejamkan mata anda, kemudian beliau mengambil tangan aku, maka tiba-tiba kami berada di rumah yang kami telah keluar darinya. Lalu beliau telah mencabutkan pakaian yang sedang dipakainya, dan memakai pakaian sebelumnya, dan kami kembali kepada majlisnya, maka aku berkata kepadanya:Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, berapa lama waktu telah berlalu? Maka beliau berkata: Tiga jam[460].
Mukjizat Imam Ja‘far A.S Bersama Mu‘alla Bin Khanis
Ahmad bin al-Husain bin Sa‘id, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Hammad bin Uthman, daripada al-Mu‘alla bin Khanis berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s di dalam sebahagian keperluannya, maka beliau berkata kepadaku: Kenapa aku melihat anda di dalam keadaan dukacita? Maka aku berkata:Berita yang telah sampai kepada aku mengenai Iraq dan penyakit di sana, maka aku telah teringat kepada keluarga aku, maka beliau berkata kepadaku: Adakah anda akan gembira melihat mereka?
Aku berkata: Aku mahu jika boleh, demi Allah, beliau berkata: Palingkan muka anda, maka aku pun memalingkan muka aku (fa-saraf-tu waj-hi), kemudian beliau berkata: Hadapkan muka anda ke hadapan, maka tiba-tiba rumah aku tergambar di mata aku, maka beliau berkata kepada aku: Masuklah rumah anda, maka aku pun memasukinya, maka aku mendapati semua keluarga aku; kecil, dan besar berada di rumahku, lalu aku menunaikan kemahuanku (fa-qadhai-tu watri), kemudian aku keluar, beliau berkata: Palingkan muka anda, maka aku memalingkannya, kemudian aku tidak melihat sesuatu (fa-saraf-tu-hu fa-lam ara syai’an )[461].
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Muhammad bin Hamraan, daripada al-Aswad bin Sa‘id, berkata: Abu Ja‘far a.s berkata kepada aku: Wahai Aswad bin Sa‘id, sesungguhnya di antara kami dan setiap bumi penyekat (tarran) seperti anda melihat binaan (mathala tarri al-Bana’). Apabila kami diperintah di bumi dengan sesuatu perintah, maka kami menarik penyekat tersebut (fa-jadhab-na dhalika al-Tarr), lalu bumi datang kepada kami dengan segala yang ada padanya sehingga kami melaksanakan padanya apa yang diperintahkan kepada kami daripada perintah Allah s.w.t[462].
Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi, daripada ‘Umru bin Sa‘id al-Thaqafi, daripada Yahya bin al-Hasan bin Furat, daripada Yahya bin al-Mus.a.wir, daripada Abu al-Jarud al-Mundhir bin al-Jarud, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah menaiki gua (al-Ghar), maka Ali bin Abu Talib a.s telah mencarinya, kerana khuatir kaum musyrikin membunuhnya, Rasulullah s.a.w berada di gua Hira’, dan Ali berada di Thabir, maka Rasulullah s.a.w telah melihat Ali , dan berkata:Apakah dengan anda wahai Ali? Maka Ali a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, aku khuatir kaum musyrikin akan membunuh anda, justeru itu, aku mencari anda. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Hulurkan tangan anda kepada aku wahai Ali, lantas bukit bergegar (fa-rajafa al-Jabalu) sehingga beliau melangkah dengan kakinya kepada bukit yang lain, kemudian bukit itu kembali kepada tempatnya yang asal (raja‘a al-Jabalu ila qarari-hi )[463].
Mukjizat Abu al-Hasan Musa Bin Ja‘far A.S
Al-Mu‘alla bin Muhammad al-Basri, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Salih ibn Sa‘id berkata: Aku datang kepada Abu al-Hasan a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, Dalam setiap perkara mereka mahu memadamkan cahaya anda, dan mengabaikan anda sehingga mereka menjatuhkan anda, ini adalah suatu pengkhianatan yang jahat dan bangsat, maka beliau berkata: Di sini anda wahai Ibn Sa‘id?! Kemudian beliau memberi isyarat dengan tangannya dan berkata: Lihatlah, maka aku pun melihat, maka tiba-tiba aku berada di taman-taman yang cantik, dan berseri, padanya perempuan-perempuan yang baik, dan kanak-kanak seolah-olah seperti mutiara yang tersembunyi, burung-burung, kijang-kijang, dan sungai-sungai yang segar mengalir, maka mata aku menjadi lemah, lalu beliau berkata kepada aku: Ini adalah disediakan untuk kami, dan kami bukanlah pengkhianat bangsat[464].
Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ali bin Muhammad, daripada Ishaq al-Jallab berkata: Aku telah membeli kambing yang banyak untuk Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s, maka beliau telah menyeru aku dan memasukkan aku dari lorong rumahnya kepada tempat yang luas yang aku tidak mengetahuinya. Maka aku mulai memisahkan kambing-kambing itu kepada mereka di mana beliau telah perintahkan kepada aku. Lalu beliau telah mengutus kepada Abu Ja‘far a.s, kepada ibunya, serta kepada mereka yang beliau telah perintahkan kepada aku, kemudian aku telah meminta izin daripadanya untuk pulang ke Baghdad menemui bapa aku,iaitu pada hari pertimbangan (al-Tarwiyah)[465].
Beliau telah menulis kepada aku: Supaya anda bermalam besok di sisi kami, kemudian anda pulang”. Beliau berkata: Maka aku telah bermalam, dan apabila datang hari ‘Arafah aku telah bermalam di sisinya. Dan aku telah bermalam pada malam Hari Raya Korban di khemahnya, manakala di waktu sahur, beliau telah datang kepada aku, dan berkata: Wahai Ishaq, berdirilah, beliau berkata: Aku pun berdiri, dan aku membuka mataku (wa fatah-tu ‘aini), tiba-tiba aku berada di pintu (rumah)ku di Baghdad (fa-idha ana ‘ala bAbubi-Baghdad). Lantas aku memasukinya bertemu dengan bapaku, dan para sahabatku datang kepadaku, aku berkata kepada mereka: Aku telah berada di ‘Arafah di kawasan al-‘Askar dan aku telah keluar di Baghdad untuk mengerjakan solat Aidiladha.
Ja‘far bin Muhammad bin Malik al-Kufi, daripada Muhammad bin al-Muaddib, daripada anak lelaki al-Asytar, daripada Muhammad bin ‘Ammar al-Sya‘rani, daripada bapanya, daripada Abu Basir, berkata:Aku berada di sisi Abu Abdullah a.s, dan di sisinya seorang lelaki daripada penduduk Khurasan sedang bercakap dengannya dengan bahasa yang aku tidak memahaminya, kemudian beliau telah kembali kepada sesuatu yang aku telah memahaminya. Maka aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Tekankan tanah itu dengan kaki anda, tiba-tiba tanah itu bertukar menjadi sungai, dan di tepi kedua-duanya panglima-panglima berkuda yang telah menyandarkan tengkuk-tengkuk mereka di atas pemegang-pemegang pelana kuda mereka, maka Abu Abdullah a.s berkata: Mereka itu adalah para sahabat al-Qaim a.s (ashab al-Qaim a.s )[466].
Al-Hasan bin Ali al-Zaituni, dan Muhammad bin Ahmad bin Abu Qatadah, daripada Ahmad bin Hilal, daripada al-Hasan bin al-Mahbub, daripada al-Hasan bin ‘Atiyyah berkata: Abu Abdullah a.s telah berdiri di al-Safa, maka ‘Ubad al-Basri telah berkata kepadanya: Satu hadis yang diriwayatkan daripada anda, beliau berkata: Apakah ia? Beliau berkata: Aku berkata: Kehormatan mukmin itu adalah lebih besar daripada Ka‘bah(hurmatu al-Mu’min a‘zamu min hurmati hadhi-hi al-Bunyah).Beliau berkata: Aku telah berkata sedemikian. Sesungguhnya mukmin jika beliau berkata kepada bukit ini: Datang, maka ia datang, beliau berkata: Aku telah melihat kepada bukit itu telah datang, maka beliau berkata:‘Ala rusuli-ka, sesungguhnya aku tidak akan mengembalikan anda.
Al-Husain bin al-Hasan bin Abban berkata: Al-Husain bin Sa‘id telah memberitahu aku, dan menulisnya kepadaku dengan khatnya di hadapan Abu al-Hasan bin Abban berkata: Muhammad bin Sinan telah memberitahu aku, daripada Hammad al-Batahi, daripada sahabatnya-beliau adalah di kalangan sahabat Amir al-Mukminin a.s-berkata: Sesungguhnya beberapa orang daripada para sahabatnya berkata: Wahai Amir al-Mukminin, sesungguhnya wasi Musa telah memperlihatkan mereka alamat-alamat (kana uri-him al-‘Alamat), dan sesungguhnya wasi Isa telah memperlihatkan mereka alamat-alamat selepas Isa, maka kenapakah anda tidak memperlihatkannya kepada kami?
Maka beliau berkata: Kamu tidak percaya, maka mereka telah mendesaknya, dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, lantas beliau telah mengambil tangan sembilan daripada mereka dan keluar dengan mereka sebelum Abyat al-Hijriyyin berhampiran al-Sibkhah, maka beliau telah bercakap dengan percakapan yang perlahan, kemudian beliau menggali dengan tangannya: Dedahkan penutupan anda, maka tiba-tiba setiap apa yang telah diceritakan Allah tentang syurga berada di depan mata mereka bersama-sama rohnya dan bunga-bunganya, lantas empat daripada mereka telah kembali, dan berkata:Sihir, sihir dan seorang daripada mereka masih cekal masya Allah.
Kemudian beliau telah menduduki satu majlis, kemudian dipindah daripadanya sesuatu percakapan tentang perkara tersebut. Maka mereka berpegang kepadanya, lalu mereka datang dengannya kepada Amir al-Mukminin a.s dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, bunuhlah ia, dan janganlah anda mencemarkan agama Allah, beliau berkata: Apakah yang dilakukannya? Mereka berkata: Kami telah mendengarnya berkata: Begitu dan begini, beliau berkata: Daripada siapakah anda telah mendengar percakapan ini? Beliau berkata: Aku telah mendengarnya daripada polan bin polan, maka Amir al-Mukminin a.s berkata: Seorang lelaki telah mendengar daripada orang lain sesuatu, lalu beliau telah melaksanakannya, tidak ada jalan untuk diambil tindakan di atas perkara ini. Maka mereka berkata: Anda telah mencemarkan agama Allah, demi Allah, kami akan membunuhnya. Beliau berkata: Demi Allah, seorang lelaki daripada kamu tidak akan membunuhnya melainkan keluarganya dibebaskan.
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abd al-Malik bin Abdullah al-Qummi berkata: Saudaraku Idris bin Abdullah telah memberitahu aku, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya dunia di sisi kami Ahlu l-Bait adalah seperti perkara atau benda di hujung jari.
Muhammad bin Harun, daripada Abu Yahya Suhail bin Ziyad al-Wasiti, daripada orang yang telah memberitahunya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Sesungguhnya Allah telah memberi pilihan kepada Dhu al-Qarnain dua awan (al-Sahabataini ):al-Dhalul, dan al-Sa‘ab, lalu beliau memilih al-Dhalul iaitu awan yang tidak mempunyai guruh, dan petir (huwa laisa fi-hi barqun wala ra‘dun). Sekiranya beliau memilih al-Sa‘ab, nescaya beliau tidak akan mendapatkannya, kerana Allah telah menyimpannya untuk al-Qaim a.s.
Mukjizat Dan Kekeramatan Amir al-Mukminin Ali A.S
Ibrahim bin Hasyim, daripada Uthman bin Isa, daripada Abu Ayyub al-Khazzaz, daripada Abu Basir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s ketika diberi pilihan memiliki apa yang ada di atas bumi dan di bawahnya, dibentangkan kepadanya dua awan: Sa‘bah, dan Dhalul. Sa‘bah adalah memiliki apa yang ada di bawah bumi dan Dhalul adalah memiliki apa yang ada di atas bumi, lalu beliau memilih al-Sa‘bah di atas Dhalul, maka beliau menaikinya (fa-rakiba-ha), dan berpusing dengannya tujuh bumi, maka beliau telah mendapati padanya tiga yang telah rosak (thalathata kharaban) dan empat yang sedang membangun (arba‘an ‘awamir).
Al-Mu‘alla bin Muhammad al-Basri, daripada Sulaiman bin Sama‘ah, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Sama‘ah bin Mihran berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdullah a.s, maka langit telah mengeluarkan petir dan guruh (fa-ar‘adat al-Sama’u wa abraqat), lalu Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya petir dan guruh ini adalah daripada perintah sahabat kamu (ma kana min hadha al-Ra‘di wa min hadha al-Barqi fa-inna-hu min amri sahibi-kum), aku berkata: Siapakah sahabat kita itu? Beliau berkata: Amir al-Mukminin a.s.
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada Fadhdhalah bin Ayyub, daripada ‘Umar bin Abban al-Kalbi, daripada Adim bin al-Hurr, daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Berita telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya Tuhan tabaraka wa ta‘ala telah bermunajat dengan Ali a.s (naja ‘aliyyan), Maka beliau berkata: Ya, munajat telah berlaku di Taif di mana Jibrail telah turun di antara kedua (Kanat baina-huma munajat bi al-Taif nazala baina-huma Jibrail)[467].
Ibrahim bin Hasyim, daripada Yahya bin Abu Imran, daripada Yunus, daripada Hammad bin Uthman, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah a.s: Sessungguhnya Salamah bin Kuhail meriwayatkan tentang Ali perkara yang banyak, beliau berkata: Apakah ia? Aku berkata: Beliau telah memberitahu kepada aku bahawa Rasulullah s.a.w telah mengepung ahli Taif, dan sesungguhnya beliau telah bersendirian dengan Ali pada satu hari, maka seorang lelaki daripada para sahabatnya berkata: Aneh, apa yang berlaku kepada kami mengenainya, beliau s.a.w bermunajat dengan kanak-kanak ini semenjak hari ini (yunaji hadha al-Ghulama mundh al-Yaum), maka Rasulullah s.a.w bersabda: Aku bukan bermunajat dengannya, sesungguhnya beliau sedang bermunajat dengan Tuhannya (ma ana bi- munaji-hi inna-ma yunaji rabba-hu). Maka Abu Abdullah a.s berkata: Ya, sesungguhnya ini adalah perkara-perkara (asyya’) diketahui sebahagiannya akan sebahagian yang lain[468].
Ali bin Muhammad bin Ali bin Sa‘d, daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisyaburi berkata: Abdullah ibn Muhammad al-Yamani telah memberitahu aku, daripada Muni‘, daripada Yunus, daripada Ali bin A‘yan, daripada bapanya, daripada datuknya, daripada Abu Rafi‘ berkata: Manakala Rasulullah s.a.w telah menyeru Ali a.s pada hari Khaibar, maka beliau telah meludah pada kedua-dua matanya (fa-tafala fi ‘ainai-hi) seraya bersabda: Apabila anda membukanya, maka berdirilah di kalangan orang ramai, kerana Allah telah memerintahkan aku sedemikian, Abu Rafi‘ berkata: Maka Ali pun telah pergi dan aku bersamanya.
Manakala beliau sampai di waktu pagi di Khaibar, maka beliau telah membukanya (iftata-ha) dan berdiri di kalangan orang ramai, lalu beliau telah memanjangkan wuquf di sana. Maka orang ramai berkata: Sesungguhnya Ali sedang bermunajat dengan Tuhannya (inna ‘aliyyan yunaji rabba-hu). Manakala beliau tinggal selama satu jam, lalu diperintahkan supaya merampas bandar yang beliau telah membukanya. Maka aku telah mendatangi Rasulullah s.a.w. Aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Ali telah berdiri di kalangan orang ramai sebagaimana anda telah perintahkannya. Aku telah mendengar sebahagian daripada mereka berkata: Sesungguhnya Allah telah bermunajat dengannya (inna Allah naja-hu), maka beliau bersabda: Sesungguhnya Allah telah bermunajat dengannya pada hari Taif, hari ‘Aqabah Tabuk, dan hari Khaibar.
Perbezaan Antara Rasul, Nabi Dan Muhaddath
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada bapanya, dan Muhammad bin Khalid al-Barqi, dan al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada al-Qasim bin ‘Urwah, daripada Barid bin Mu‘awiyah al-‘Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang rasul, nabi dan muhddath, maka beliau berkata: Rasul adalah yang didatangi oleh malaikat, dan berdepan dengan mereka, serta menyampaikannya daripada Allah (al-ladhi ta’ti-hi m al-Malaikatu wa yu‘ayinu-hum wa tablughu-hu ‘ani l-Lahi). Nabi adalah yang melihat di dalam tidurnya (al-Ladhi yara fi manami-hi). Maka apa yang beliau telah melihat di dalam tidurnya adalah sebagaimana beliau melihat ketika jaga, dan al-Muhaddath adalah yang mendengar percakapan malaikat (al-Ladhi yasma‘u kalama al-Malaikati)sama ada ia membisikkannya di telinganya (yanquru fi udhunai-hi) atau menerangkannya di hatinya (yankutu fi qalbi-hi )[469].
Daripadanya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr, daripada Tha‘labah bin Maimun, daripada Zararah berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah a.w di dalam Surah Maryam (19): 54 “dia adalah seorang rasul, dan nabi”. Kami telah mengetahui seorang rasul dan siapakah nabi? Maka beliau berkata: Nabi adalah orang yang melihat malaikat di dalam tidurnya, mendengar suara malaikat, tetapi tidak berdepan dengannya. Adapun rasul, maka ia berdepan dengan malaikat, dan bercakap kepadanya, aku berkata: Apakah kedudukan imam? Beliau berkata: Imam mendengar suara malaikat, tetapi tidak melihatnya, dan tidak berdepan dengannya. Kemudian beliau telah membaca ayat ini “ Aku tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi (dan tidak seorang muhaddath )[470].
Al-Haitham bin Abu Masruq al-Nahdi, dan Ibrahim bin Hasyim, daripada Ismail bin Mihran berkata: Al-Hasan bin al-‘Abbas al-Ma‘rufi telah menulis kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku apakah perbezaan di antara rasul, nabi, dan imam? Maka beliau telah menulis kepadanya: Perbezaan di antara rasul, nabi, dan imam. Rasul adalah yang diturunkan Jibrail ke atasnya, maka beliau dapat melihatnya, bercakap kepadanya, dan mendengar percakapannya, dan diturunkan ke atasnya wahyu. Kemungkinan wahyu diberikan di dalam tidurnya seperti Ibrahim. Adapun nabi, kemungkinan beliau telah mendengar percakapan malaikat, kemungkinan beliau dapat melihatnya dan tidak mendengar percakapannya. Adapun imam mendengar percakapan malaikat, tetapi tidak melihatnya.
Ibrahim bin Muhammad al-Thaqafi berkata: Ismail bin Yasar telah memberitahu aku, daripada Ali bin Ja‘far al-Hadhrami, daripada Zararah bin A‘yan berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang firman-Nya “kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi, (dan tidak seorang muhaddath) maka beliau berkata: Rasul adalah yang didatangi Jibrail secara berdepan, maka ia bercakap kepadanya, dan beliau pula melihatnya sebagaimana seorang lelaki melihat sahabatnya. Nabi adalah yang didatangi wahyu di dalam tidurnya seperti mimpi Ibrahim dan Muhammad s.a.w. Di kalangan mereka ada yang terkumpul kerasulan dan kenabian, maka Muhammad s.a.w adalah di antara mereka yang terkumpul kerasulan dan kenabian. Muhaddath mendengar percakapan malaikat, tetapi tidak melihatnya, dan ia tidak mendatanginya di dalam tidurnya[471].
Semua Para Imam Muhaddathun
Daripadanya, Ismail bin Yasar telah memberitahuku, berkata: Ali bin Ja‘far al-Hadhrami telah memberitahu aku, daripada Sulaim bin Qais sesungguhnya beliau telah mendengar Ali a.s berkata: Sesungguhnya aku, dan para wasi aku daripada anak-anak lelaki aku adalah para imam yang mendapat hidayat semua kami adalah muhaddathun, aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, siapakah mereka? Beliau berkata: al-Hasan dan al-Husain, kemudian anak lelaki aku Ali bin al-Husain-beliau berkata: Ali pada masa itu masih menyusu-kemudian lapan orang selepasnya seorang selepas seorang, merekalah Allah telah bersumpah di dalam Surah al-Balad (90):3 “ dan demi bapa, dan anak-anaknya” (wa walidin wa ma walada). Adapun walid (bapa) adalah Rasulullah s.a.w, dan wa ma walada (anak-anaknya) iaitu para wasi.
Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin, adakah dua imam berkumpul? Maka beliau berkata: Tidak, melainkan salah satu daripadanya diam tidak bercakap sehingga berlalunya yang pertama. Sulaim berkata: Aku telah bertanya Muhammad bin Abu Bakr, maka aku berkata: Adakah Ali a.s Muhaddath? Beliau berkata: Ya, aku berkata:Malaikat bercakap kepada para imam (yuhaddithu al-Malaikatu al-Aimmata)? Maka beliau berkata: Tidakkah anda membaca “ dan kami tidak mengutus sebelum kamu seorang rasul, dan tidak seorang nabi, dan (tidak seorang muhaddath). Aku berkata: Adakah Amir al-Mukminin muhaddath? Maka beliau berkata: Ya, dan Fatimah adalah muhaddathah walaupun beliau bukan seorang nabi perempuan (wa lam takun nabiyyatan).
Urusan Keagamaan Diserahkan Kepada Mereka
Ahmad bin Muhammad bin Isa, dan saudaranya Abdullah bin Muhammad, daripada bapa mereka berdua Muhammad bin Isa, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Musa bin Asyim berkata: Aku telah datang kepada Abu Abdullah a.s, maka aku telah bertanya kepadanya tentang satu masalah, maka beliau telah memberi jawapan kepadaku mengenainya dengan satu jawapan. Maka aku duduk, tiba-tiba seorang lelaki datang, maka beliau bertanya kepadanya masalah yang sama, maka beliau telah memberi jawapan kepadanya menyalahi dengan apa yang beliau berikan kepadaku (bi-khilafi ma ajaba-ni).Seorang lelaki yang lain datang, lalu bertanya kepadanya tentang masalah yang sama, maka beliau telah memberi jawapan kepadanya menyalahi apa yang beliau berikan kepadaku dan sahabatku.
Justeru itu, aku takut tentang perkara tersebut, dan ia menjadi besar kepadaku (‘azuma ‘alayya). Manakala mereka keluar, maka beliau telah melihat kepada aku, dan berkata: Wahai Ibn Asyim, seolah-olah anda takut, maka aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya Allah telah menyerahkan (fawwadha) kepada Daud urusan kerajaannya, dan berfirman di dalam Surah al-Sad (38):39 “ inilah anugerah kami, maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungan jawab”. Dan Dia telah menyerahkan kepada Muhammad s.a.w urusan agama-Nya, dan berfirman di dalam Surah al-Hasyr(59):7 “ Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia.Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah”. Dan sesungguhnya Allah telah menyerahkan urusan keagamaan kepada para imam daripada kami (inna l-Laha fawwadha ila al-Aimmati minna), dan kepada kamilah (kembali) apa yang Dia telah serahkan kepada Muhammad s.a.w (wa ilai-na ma fawwadha ila Muhammad s.a.w). Lantaran itu, janganlah anda berdukacita.
Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id, daripada sebahagian daripada sahabatnya, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Hamzah al-Thumali, dan Muhammad bin Khalid al-Tayalasi telah memberitahuku, daripada Saif bin ‘Umairah, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Barangsiapa yang kami telah menghalalkan untuknya sesuatu di mana beliau telah mendapatinya (asaba-hu) daripada orang-orang yang zalim, maka ia adalah halal baginya (fa-huwa la-hu halalun), kerana para imam daripada kami diserahkan urusan keagamaan kepada mereka (mufawwadhun ‘alai-him). Lantaran itu, apa yang dihalalkan oleh mereka, maka ia adalah halal, dan apa yang diharamkan oleh mereka, maka ia adalah haram[472].
Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran, daripada ‘Asim bin Hamid, daripada Abu Ishaq al-Nahwi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah mengajar Nabi-Nya di atas kecintaan kepada-Nya (inna l-Laha addaba nabiyya-hu ‘ala mahabbati-hi), maka Dia berfirman di dalam Surah al-Qalam (68):4 “ Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung”, kemudian Dia telah memberi kuasa kepadanya (fawwadha ilai-hi).
Dan berfirman di dalam Surah al-Hasyr(59):7 “Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia.Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah”. Dan Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4):80 “Barangsiapa yang mentaati rasul, sesungguhnya ia telah mentaati Allh”, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menyerahkan urusan keagamaan (fawwadh) kepada Ali a.s, dan mengamanahkannya kepadanya, maka kamu telah menerimanya sedangkan orang ramai telah mengingkarinya. Lantaran itu, kami adalah antara kamu dan Allah. Allah tidak akan menjadikan kebaikan bagi seorang yang menyalahi perintah kami (ma ja‘ala i-Lahu li-ahadin min khairin fi khilafi amri-na, kerana urusan kami adalah urusan Allah (fa-inna amra-na amru l-Lahi).
Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Ali bin Samit, daripada Adim bin al-Hurr berkata: Musa bin Asyim telah bertanya Abu Abdullah a.s tentang ayat dari kitab Allah, dan aku hadir, maka beliau telah memberitahu ayat tersebut kepadanya. Kemudian seorang lelaki datang, lalu beliau bertanya Abu Abdullah a.s tentang ayat yang sama, maka beliau telah memberitahunya kepadanya, tetapi ia menyalahi apa yang beliau telah memberitahu Musa bin Asyim, kemudian Musa bin Asyim berkata: Maka perasaan tidak puas hati telah timbul seolah-olah hatiku dihiris dengan pisau, dan aku berkata: Kami telah meninggalkan Abu Qatadah di Syam, beliau tidak menyalahi walaupun satu huruf. Sementara Abu Abdullah a.s telah menyalahi semua.
Manakala aku di dalam keadaan sedemikian, seorang lelaki yang lain datang kepadanya, lalu beliau bertanya kepadanya tentang ayat yang sama, lantas beliau telah memberitahu ayat tersebut kepadanya, tetapi ia menyalahi apa yang beliau telah memberitahu aku mengenainya, dan juga menyalahi apa yang beliau telah memberitahu kepada orang yang bertanya kepadanya selepas aku. Apa yang jelas kepada aku bahawa ia adalah suatu yang sengaja dilakukan olehnya (ta‘ammudan).
Maka aku berkata kepada diri aku sesuatu, lalu Abu Abdullah a.s berpaling kepada aku dan berkata: Wahai Ibn Abu Asyim, janganlah anda melakukan begitu dan begini, maka ia jelas datang daripada percakapan diriku, kemudian beliau berkata: Wahai Ibn Asyim, sesungguhnya Allah telah memberi kuasa (fawwadha) kepada Sulaiman bin Daud, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Sad (38):39 “ inilah anugerah kami, maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungan jawab”. Dan Dia telah memberi kuasa kepada Nabi-Nya s.a.w, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Hasyr(59):7 “ Dan apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggallah”.
Apa yang Dia telah memberi kuasa kepada Nabi-Nya s.a.w, maka Dia telah memberi kuasa (tafwidh ) kepada kami. Wahai Ibn Asyim, Allah berfirman di dalam Surah al-An‘am (6):125 “ Barangsiapa yang Allah kehendaki memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya kepada Islam. Dan barangsiapa yang Dikehendaki Allah kesesatannya Dia akan menjadikan dadanya sesak lagi sempit ” Adakah anda mengetahui apakah al-Haraj (sempit)? Aku berkata: Tidak, lalu beliau telah memasukkan anak-anak jari tangannya dengan kuat di mana sesuatu tidak akan keluar atau memasukinya[473].
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abdullah bin Maskan berkata:Abu Abdullah a.s berkata: Tidak, demi Allah, sesungguhnya Allah tidak memberi kuasa (fawwadha) kepada seorang daripada makhluk-Nya melainkan kepada Rasulullah s.a.w, kemudian kepada para imam, maka Dia berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4):105 “ Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu ” Iaitu berlaku kepada para wasi[474].
Muhammad bin Khalid al-Tayalasi, daripada al-Saif bin‘Umairah, daripada Abu Bakr al-Hadhrami, daripada Rafid hamba Ibn Hubairah, berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Apabila anda melihat al-Qaim memberi kepada seorang lelaki seribu dirham, dan beliau memberi kepada anda satu dirham, maka perkara tersebut janganlah membesar di dada anda, kerana urusan itu diberi kuasa kepadanya (fa-inna al-Amra mufawwadhun ilai-hi).
Muhammad bin Khalid al-Tayalasi, dan Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab, daripada Muhammad bin Sinan, daripada ‘Ammar bin Marwan, daripada al-Makhal bin Jamil, daripada Jabir bin yazid, berkata: Aku telah membaca ke atas Abu Ja‘far a.s satu ayat di dalam Surah Ali Imran (3):128 “Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka ” Beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berhasrat bahawa Ali menjadi wali al-Amri selepasnya. Lantaran itu, Allah maksudkan “Tidak ada sedikit pun campur tanganmu dalam urusan mereka ” Maka bagaimana beliau tidak boleh campur tangan sedikit pun di dalam urusan wali al-Amr sedangkan Allah telah memberi kuasa kepadanya? Maka beliau berkata: Apa yang telah dihalalkan oleh Nabi s.a.w, maka ia adalah halal, dan apa yang telah diharamkan oleh Nabi s.a.w, maka ia adalah haram.
Diriwayatkan bahawa Allah a.w mempunyai beberapa hamba-Nya yang istimewa. Dia menghidupkan mereka di dalam kesenangan, Dia mematikan mereka di dalam kesenangan dan Dia memasukkan mereka syurga di dalam kesenangan.
Di dalam satu doa: Wahai Tuhanku, Janganlah Engkau menjadikan kami orang-orang yang pertama, kemudian keluar agama, dan orang-orang yang terakhir, kemudian menjadi perosak. Dan jadilah kami di kalangan orang-orang yang sederhana.
Tentang Penciptaan Adam A.S Dan Zuriatnya Serta Perbezaan Kefakiran Dan Kekayaan
Hisyam bin Salim, daripada Habib al-Sajistani, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Allah apabila Dia mengeluarkan zuriat Adam a.s dari belakangnya untuk mengambil al-Mithaq (perjanjian) tentang ketuhanan-Nya, dan kenabian setiap nabi, maka orang pertama yang mengambil al-Mithaq tentang kenabian adalah Nabi Muhammad s.a.w, kemudian Allah berfirman kepada Adam a.s: Lihatlah, (unzur) beliau berkata: Maka Adam telah melihat kepada zuriatnya di dalam keadaan dharrun (atom?) telah memenuhi langit (mala’u al-sama’). Adam berkata: Wahai Tuhanku, alangkah banyaknya zuriatku! (ma akthara dhuriyyati) Kerana urusan tertentu Engkau telah menciptakan mereka (wa li-amrin ma khalaq-ta-hum), apakah yang Engkau mahu daripada mereka dengan mengambil al-Mithaq ke atas mereka? Allah berfirman: “Mereka akan menyembah-Ku, mereka tidak akan mensyirikkan Aku dengan sesuatu, mereka beriman dengan para rasul-Ku dan mengikuti mereka”.
Adam berkata: Wahai Tuhanku, kenapa aku melihat sebahagian dharr lebih besar daripada sebahagian yang lain, dan sebahagian mereka mempunyai cahaya yang banyak, dan sebahagian mereka mempunyai cahaya yang sedikit, dan sebahagian mereka tidak mempunyai cahaya? Allah berfirman: “ Demikianlah Aku telah mencipta mereka bagi menguji mereka di dalam setiap keadaan (li-abluwa-hum fi kulli halati-him). Adam berkata: Wahai Tuhanku, adakah Engkau membenarkan aku bercakap, maka aku akan bercakap? Allah berfirman kepadanya: “ Bercakaplah, kerana roh kamu adalah daripada roh-Ku, dan tabiat kamu adalah berlainan dengan kewujudan-Ku (kainunati). Adam berkata: Wahai Tuhanku, jika Engkau telah mencipta mereka di atas perkara yang sama, umur yang sama, dan rezeki yang sama, nescaya sebahagian mereka tidak akan menzalimi sebahagian yang lain, dan tidak ada di antara mereka perasaan hasad, kebencian dan pertengkaran di dalam sesuatu perkara.
Maka Allah berfirman: “ Wahai Adam, dengan wahyu-Ku, Aku bercakap, dan dengan kelemahan tabiat kamu, maka aku mengenakan taklif apa yang kamu tidak mengetahuinya. Akulah Allah, Pencipta Yang Maha Mengetahui. Dengan keilmuan-Ku, Aku membezakan antara penciptaan mereka. Dengan kehendak-Ku, urusan-Ku berlalu kepada mereka, dan kepada takdir-Ku, dan tadbir-Ku mereka akan berakhir, tidak ada penukaran (la tabdila) bagi penciptaan-Ku. Sesungguhnya Aku telah menciptakan Jin dan manusia untuk menyembah-Ku. Aku telah menciptakan syurga bagi mereka yang telah menyembah-Ku, dan yang telah mentaati-Ku daripada mereka, dan mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli (wa la ubali).
Aku telah menciptakan neraka bagi mereka yang telah menderhaka kepada-Ku (wa khalq-tu al-Nara li-man ‘asa-ni), tidak mengikuti para rasul-Ku, dan Aku tidak peduli. Aku telah menciptakan kamu, dan zuriat kamu tanpa keperluan-Ku kepada kamu, dan kepada mereka (min ghairi faqati bi ilai-ka wa ilai-him). Sesungguhnya Aku telah menciptakan kamu, dan Aku telah menciptakan mereka kerana menguji kamu, dan menguji mereka siapakah di kalangan kamu yang lebih baik amalan di dunia pada masa hidup kamu dan pada masa kematian kamu, demikianlah Aku telah menciptakan dunia dan akhirat, kehidupan dan kematian, ketaatan dan kemaksiatan, syurga dan neraka.
Demikianlah Aku kehendaki di dalam takdir-Ku dan tadbir-Ku Dan dengan keilmuan-Ku yang menyeluruh pada mereka, maka aku membezakan antara bentuk-bentuk mereka, jasad-jasad mereka, umur-umur mereka, rezeki-rezeki mereka, ketaatan mereka dan kemaksiatan mereka, maka Aku telah menjadikan daripada mereka yang bahagia, dan yang celaka, yang celik dan yang buta, yang pendek dan yang panjang, yang cantik dan yang hodoh, yang alim dan yang jahil, yang kaya dan fakir, yang taat dan yang derhaka, yang sihat dan yang sakit termasuk yang lumpuh dan yang tidak ada sebab kesakitannya, Justeru itu, yang sihat melihat kepada yang berpenyakit, maka ia memuji-Ku di atas kesihatannya. Sementara yang berpenyakit melihat kepada yang sihat, maka ia menyeru-Ku, dan memohon kepada-Ku kesihatannya atau ia bersabar di atas ujian-Ku.
Maka Aku akan memberinya ganjaran yang banyak (jazila ‘ata’i). Dan yang kaya melihat kepada yang fakir, lalu ia memuji-Ku, dan bersyukur kepada-Ku. Sementara yang fakir melihat kepada yang kaya, lalu ia menyeru-Ku dan memohon kepada-Ku rezekinya, mukmin melihat kepada kafir, maka ia memuji-Ku di atas petunjuk-Ku, lantaran itu, Aku telah menciptakan mereka untuk menguji mereka di dalam kesenangan, kesusahan, kesihatan, pemberian, dan halangan. Aku adalah Allah, Raja dan Penguasa. Aku akan meneruskan segala kekuasaan-Ku menurut pentadbiran-Ku, Aku berhak untuk mengubah segala-galanya menurut kehendak-Ku, Aku mendahulukan apa yang Aku melewatkannya, dan sebaliknya Aku melewatkan apa yang Aku telah mendahulukannya. Aku adalah Allah, Pelaku kepada apa yang Aku kehendaki, Aku tidak akan ditanya apa yang aku buat, dan Aku akan bertanya kepada makhluk-Ku daripada apa yang mereka buat[475].
Tingkatan Dalam Warisan
Hisyam, daripada Yazid al-Kinasi, berkata: Abu Ja‘far a.s berkata: Anak lelaki anda adalah lebih aula dengan anda daripada cucu lelaki anda, dan cucu lelaki anda adalah lebih aula daripada saudara lelaki anda, beliau berkata: Saudara lelaki anda seibu dan sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada saudara lelaki anda sebapa. Beliau berkata: Saudara lelaki anda sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada saudara lelaki anda seibu (min ummu-ka). Beliau berkata: Anak saudara lelaki anda daripada bapa anda, dan ibu anda adalah lebih aula dengan anda daripada anak saudara lelaki anda daripada bapa anda.
Beliau berkata: Anak saudara lelaki anda daripada bapa anda adalah lebih aula dengan anda daripada bapa saudara anda (‘ammi-ka). Beliau berkata: Bapa saudara anda (‘ammu-ka) daripada bapanya dan ibunya adalah lebih aula dengan anda daripada bapa saudara anda saudara bapa anda daripada bapanya. Beliau berkata: Bapa saudara anda (‘ammu-ka) saudara lelaki bapa anda daripada bapanya adalah lebih aula dengan anda daripada sepupu anda (bani ‘ammi-ka). Beliau berkata: Anak lelaki bapa saudara anda (sepupu); saudara lelaki bapa anda seibu dan sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada anak lelaki bapa saudara (sepupu) anda; saudara lelaki bapa anda sebapa (min abi-hi). Beliau berkata: Anak lelaki bapa saudara anda (sepupu); saudara lelaki bapa anda seibu dan sebapa adalah lebih aula dengan anda daripada anak lelaki bapa saudara (sepupu)anda; saudara lelaki bapa anda seibu (li-ummi-hi )[476].
Barangsiapa Yang Mengingkari Hak Para Imam A.S Maka Kedudukannya seperti Iblis
‘Umru bin Thabit berkata: Aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s tentang firman Allah s.w.t Surah al-Baqarah (2): 165 “ Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan (andadan) selain daripada Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah ” Beliau berkata: Maka beliau berkata:Mereka, demi Allah, adalah pemimpin-pemimpin; polan dan polan, dan polan (Abu Bakr, Umar, dan Uthman). Mereka telah mengambil mereka bertiga sebagai para imam, tetapi bukan imam yang telah dijadikan oleh Allah untuk manusia sebagai imam. Justeru itu, Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2): 165-167 “ Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa, bahawa kekuatan itu adalah kepunyaan Allah semuanya bahawa Allah amat berat seksa-Nya.Iaitu ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya; dan segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti:” Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka”.Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Mereka, demi Allah, wahai Jabir, para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka.
Abu al-Qasim al-Sya‘rani secara marfu‘, daripada Yunus bin Zabyan, daripada Abd al-Rahman bin al-Hajjaj, daripada al-Sadiq a.s berkata: Apabila al-Qaim menjalankan tugasnya, beliau akan datang ke dataran Kufah, dan memberi isyarat dengan tangannya kepada suatu tempat, kemudian berkata: Kamu gali dari sini, lalu mereka menggali, dan mengeluarkan dua belas ribu baju besi, dua belas ribu pedang, dan dua belas ribu topi besi. Setiap topi besi mempunyai dua muka. Kemudian beliau menyeru dua belas ribu lelaki daripada hamba-hamba Arab dan bukan Arab, lalu beliau memakaikan mereka pakaian seragam. Kemudian berkata: Barangsiapa yang tidak mempunyai pakaian seragam seperti kamu, maka bunuhlah ia (man lam yakun ‘alai-hi mithlu ma ‘alai-kum fa-qtulu-hu).
Al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menjadikan kami hujah-hujah-Nya di atas makhluk-Nya, dan penyimpan amanah ilmu-Nya, maka barangsiapa yang mengingkari kami, maka kedudukannya seperti kedudukan Iblis (fa-man jahada-na kana bi-manzilati Iblis) di dalam kedegilannya kepada Allah ketika Dia telah memerintahnya supaya sujud kepada Adam, dan barangsiapa yang mengenali kami, dan mengikuti kami, maka kedudukannya seperti kedudukan para malaikat (wa man ‘arafa-na wa ittaba‘a-na kana bi-manzilati al-Malaikati) yang diperintahkan oleh Allah supaya sujud kepada Adam, maka mereka telah mentaati-Nya.
Mutiara Kata Dan Nasihat
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu duduk di sisi setiap orang alim yang menyeru kamu melainkan orang alim yang menyeru kamu daripada lima kepada lima: Daripada syak kepada yakin, daripada sombong kepada tawaduk, daripada riyak kepada ikhlas, daripada permusuhan kepada nasihat, dan daripada keinginan hawa nafsu kepada zuhud.
Musa bin Ja‘far a.s berkata: Bercakap dengan seorang yang alim di atas timbunan tahi binatang di kawasan ternakan (al-Mazbalah) itu adalah lebih baik daripada bercakap dengan orang jahil di atas permaidani (al-Zarabi).
Seorang ahli falsafah berkata: Barangsiapa yang tidak memanfaatkan hikmat yang sedikit, maka hikmat yang banyak akan merosakkannya. Sesungguhnya kedudukan orang yang mendengar dengan dua telinganya apa yang tidak disedari oleh hatinya seperti kedudukan orang yang mencampakkan api di dalam air, lantaran itu, ia tidak akan mendapat hajatnya daripadanya.
Dan beliau berkata: Penyuburan jasad adalah makanan, dan penyuburan akal adalah kata-kata hikmat, apabila akal tidak ada penyuburnya, maka ia binasa seperti binasanya jasad ketika tidak ada makanan.
Beliau s.a.w bersabda: Perkukuhkan harta kamu dengan zakat, ubatilah kesakitan kamu dengan sedekah, hadapilah bala dengan doa, kerana harta tidak akan rosak sama ada di darat atau di laut melainkan dengan tidak mengeluarkan zakat.
Sebahagian para falsafah berkata: Sesungguhnya badan apabila ia sakit, maka makanan, minuman dan kerehatan tidak berguna lagi, demikian juga hati apabila cinta kepada dunia dikaitkan dengannya, maka sebarang nasihat tidak berguna lagi.
Allah berfirman kepada Daud: Wahai Daud, berwaspadalah dengan hati yang terpauk dengan syahwat dunia, akalnya terlindung daripada-Ku.
Salman r.a berkata: Sesungguhnya aku khuatir di atas kamu tiga perkara: Tergelincirnya seorang alim, perbahasan seorang munafik, dan dunia yang zalim.
Sebahagian para falsafah berkata: Di antara akhlak ahli syurga adalah empat: Muka yang tersenyum, lidah yang lembut, hati yang pemurah dan tangan yang memberi.
Referensi:
[456] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 9.
[457] Al-Kulaini, al-Kafi, I, 492.
[458] Al-Kasyi, al-Rijal, hal. 420, Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 272.
[459] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 272.
[460] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 129.
[461] Ibid.
[462] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 269.
[463] Ibid.
[464] Al-Kulaini, al-Kafi, I, 498.
[465] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 130.
[466] Ibid.
[467] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 380.
[468] Ibid.
[469] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 293.
[470] Al-Kulaini, al-Kafi, 176.
[471] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 294.
[472] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 260.
[473] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 260.
[474] Ibid.
[475] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ii, 62.
[476] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxiv, 24.
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar