Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Kitab Al-Ikhtisas (Bagian 12)

Kitab Al-Ikhtisas (Bagian 12)

Written By Unknown on Sabtu, 17 Februari 2018 | Februari 17, 2018


BAHAGIAN KEDUA BELAS

Wasiat Luqman, Salman al-Farisi, khutbah Rasulullah s.a.w, para nabi a.s menyeru kepada wilayah Ali a.s, kata-kata al- Sadiq a.s, hadis Abu Bakr al-Arjani, syurga dan lain-lain


Wasiat Luqman al-Hakim Kepada Anak Lelaki-nya

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim

Daripada al-Auza‘i bahawa Luqman al-Hakim-rahima-hu l-Lahu-apabila keluar daripada negerinya, beliau tinggal di sebuah kampung di al-Mausil dikenali sebagai Kumlis. Beliau berkata: Manakala beliau telah berada di dalam kesusahan dan dukacita, dan tiada seorang pun yang membantunya di atas urusannya, beliau menutup pintu, dan memasukkan anak lelakinya memberi nasihat kepadanya, maka beliau berkata:

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya dunia adalah lautan yang dalam, telah binasa padanya manusia yang ramai.Bersedialah daripada amalannya, dan ambillah bahtera, pakaiannya takwa kepada Allah, kemudian naikilah gelombang bahtera, anda akan selamat dan sesungguhnya aku khuatir anda tidak akan selamat.

Wahai anak lelakiku, bahtera adalah iman, layarnya adalah tawakal. Penghuninya adalah kesabaran, pengayuhnya adalah puasa, solat, dan zakat.

Wahai anak lelakiku, barangsiapa yang menaiki laut tanpa bahtera, maka beliau akan tenggelam.

Kurangkan bercakap, ingatlah kepada Allah a.w pada setiap tempat, kerana Dia telah memberi amaran, dan peringatan kepada anda, membuat anda melihat dan mengajar anda.

Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat orang ramai sebelum mereka mengambil nasihat anda.

Wahai anak lelakiku, ambillah nasihat dengan yang kecil sebelum yang besar mengambil nasihat anda.

Wahai anak lelakiku, kuasailah diri anda ketika marah sehingga anda tidak menjadikan Jahanam sebagai kayu api.

Wahai anak lelakiku, kefakiran itu adalah lebih baik daripada anda melakukan kezaliman.

Wahai anak lelakiku, jauhilah anda dari meminta berhutang, maka anda akan mengkhianati agama.

Wahai anak lelakiku, jauhilah dari meminta dihina, maka anda akan dihina.

Wahai anak lelakiku, jauhilah anda keluar dari dunia sebagai seorang fakir, anda meninggalkan urusan anda, dan harta anda di sisi orang lain untuk menilainya, kerana anda menjadikannya sebagai tuannya (amir ).

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya Allah telah menggadaikan manusia dengan amalan mereka, maka neraka wail untuk mereka lantaran apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka dan hati-hati mereka.

Wahai anak lelakiku, dunia tidak menjadi aman selama dosa-dosa dan syaitan berada padanya.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang-orang yang baik di kalangan orang-orang yang terdahulu telah diuji, maka bagaimana orang-orang yang terakhir akan selamat daripadanya?

Wahai anak lelakiku, jadikan dunia penjara anda, maka akhirat akan menjadi syurga anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda tidak dibebankan untuk mengangkat gunung, anda tidak dibebankan apa yang anda tidak mampu, janganlah anda membawa bala di atas bahu anda, dan janganlah anda membunuh diri anda dengan tangan anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya anda sebagaimana anda menanam anda akan mengetam, dan sebagaimana anda beramal anda akan dapat sesuatu.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjiran dengan raja-raja, maka mereka akan membunuh anda, dan janganlah anda mentaati mereka, maka anda akan menjadi kafir.

Wahai anak lelakiku, berjiranlah dengan orang-orang miskin, khususnya orang-orang fakir di kalangan muslimin.

Wahai anak lelakiku, jadilah kepada anak yatim sebagai bapa yang penuh kasihan belas, dan bagi ibu tunggal sebagai suami yang penyayang.

Wahai anak lelakiku, bukan setiap orang yang berkata: Wahai Tuhanku, ampunilah aku diampuni, sesungguhnya Dia tidak akan mengampuni melainkan orang yang beramal kerana mentaati Tuhannya.

Wahai anak lelakiku, jiran dahulu kemudian rumah. Wahai anak lelakiku, teman sebelum berjalan.

Wahai anak lelakiku, sekiranya rumah tidak didirikan dengan gopoh, nescaya seorang lelaki itu tidak akan berjiran dengan jiran yang jahat.

Wahai anak lelakiku, berseorangan itu lebih baik daripada sahabat yang jahat.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya sahabat yang baik itu adalah lebih baik dari berseorangan.

Wahai anak lelakiku, memindahkan batu dan besi itu adalah lebih baik daripada sahabat yang jahat.

Wahai anak lelakiku, aku telah memindahkan batu dan besi, maka aku tidak dapati sesuatu yang lebih berat daripada sahabat yang jahat.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat tidak akan selamat. Dan barangsiapa yang memasuki tempat-tempat jahat akan dituduh.

Wahai anak lelakiku, barangsiapa yang tidak menahan lidahnya akan menyesal.

Wahai anak lelakiku, orang yang membuat baik akan dibalas dengan ihsannya, dan orang yang jahat akan mencukupi anda dengan keaibannya, jika anda berusaha keras untuk melakukan lebih banyak daripada apa yang dilakukannya dengan dirinya, maka anda tidak mampu melakukannya ke atasnya.

Wahai anak lelakiku, siapakah yang menyembah Allah, maka Dia menghinanya, dan siapakah yang mencari-Nya, maka beliau tidak mendapati-Nya?

Wahai anak lelakiku, siapakah yang telah menyebut-Nya, maka Dia tidak menyebutnya, dan siapakah yang telah bertawakal kepada Allah, maka Dia telah menyerahkannya kepada orang lain, dan siapakah yang telah merendah diri kepada-Nya, maka Dia tidak memberi rahmat-Nya?

Wahai anak lelakiku, bermesyuaratlah dengan orang tua, dan janganlah pula terasa malu bermesyuarat dengan orang muda.

Wahai anak lelakiku, jauhilah bersahabat dengan orang-orang yang fasiq, mereka sepertilah anjing-anjing, kerana jika mereka mendapati sesuatu di sisi anda, mereka akan memakannya jika tidak mereka akan mencela anda dan menghina anda. Sesungguhnya cinta di kalangan mereka adalah sejenak.

Wahai anak lelakiku, bermusuhan dengan mukminin itu adalah lebih baik daripada bersahabat orang yang fasiq.

Wahai anak lelakiku, jika anda menzalimi mukmin, maka beliau tidak akan menzalimi anda, anda menuntut ke atasnya, maka beliau meredai anda, sementara orang fasiq Allah tidak menjaganya, maka bagaimana beliau akan menjaga anda.

Wahai anak lelakiku, jika banyak berkawan, maka anda tidak aman daripada musuh, kerana dengki di dada mereka seperti air di bawah abu.

Wahai anak lelakiku, mulailah salam kepada orang ramai, dan berjabat tangan sebelum bercakap.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berebut-rebut dengan orang ramai, maka mereka akan memarahi anda, janganlah anda menguasai mereka, nescaya mereka akan menghina anda. Jangan jadi manis, maka mereka akan memakan anda dan janganlah jadi pahit, nescaya mereka akan membuang anda.

Wahai anak lelakiku, takutkan Allah sehingga anda tidak berputus asa daripada nikmat-Nya, dan berharaplah kepada-Nya sehingga anda tidak aman daripada “helah-Nya.”

Wahai anak lelakiku, tegahlah diri anda daripada hawa nafsu, kerana jika anda tidak menegah nafsu anda daripada hawanya, anda tidak akan memasuki syurga.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya semenjak anda turun daripada perut ibu anda, anda telah berdepan dengan akhirat, dan membelakangi dunia, kerana anda jika anda mendapati masa depannya adalah lebih baik dari membelakanginya.

Wahai anak lelakiku, tinggallah tabiat suka memaksa, dan sombong, serta kemegahan diri, maka anda akan berjiran dengan Iblis di rumahnya.

Wahai anak lelakiku, ketahuilah sesungguhnya barangsiapa yang berjiran dengan Iblis, akan terjatuh di rumah kehinaan, beliau tidak mati dan hidup padanya.

Wahai anak lelakiku, celakalah bagi orang bersifat ingin berkuasa, dan sombong, bagaimana seorang yang dijadikan daripada tanah membesar diri, dan kepada tanah beliau kembali, kemudian beliau tidak mengetahui kepada syurga beliau masuk, maka beliau mendapat kemenangan atau kepada neraka beliau masuk, maka beliau telah rugi besar. Bagaimana merasa sombong orang yang datang dari lubang kencing dua kali.

Wahai anak lelakiku, bagaimana anak Adam tidur sedangkan mati menuntutnya, bagaimana beliau lupa sedangkan beliau tidak dilupai.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya orang pilihan Allah, kekasih-Nya, dan para nabi-Nya a.s telah mati, dan orang yang jauh daripada mereka di kekalkan , kemudian ditinggalkan.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda bersetubuh dengan hamba perempuan anda sekalipun ia menakjubkan anda, tegahlah nafsu anda daripadanya dan bernikahlah dengannya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda mendedahkan rahsia anda kepada isteri anda, dan janganlah anda jadikan majlis anda di pintu rumah anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya perempuan dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkuk. Jika anda membetulkannya, nescaya ia akan pecah, dan jika anda tinggalkannya, maka ia akan terus bengkuk. Lantaran itu, biarlah mereka tinggal di rumah. Jika mereka melakukan kebaikan, maka terimalah kebaikan mereka. Dan jika mereka melakukan kejahatan, maka bersabarlah kerana itu adalah suatu yang perlu kepada kecekalan.

Wahai anak lelakiku, perempuan ada empat jenis: Dua baik dan dua dilaknati. Adapun salah satu daripada yang baik itu adalah yang mulia pada kaumnya, tetapi hina pada dirinya; apabila diberi, beliau berterima kasih, dan jika diuji, maka ia bersabar, sedikit di tangannya adalah banyak, dan baik di dalam rumahnya. Kedua: Yang penyayang, dan beranak (al-Wadud al-walud), ia merujukkan kebaikan kepada suaminya. Beliau adalah seperti ibu yang penyayang, mengasihi yang besar mereka, dan penyayang kepada yang kecil mereka, mencintai anak suaminya sekalipun mereka bukan daripadanya, kebaikan yang menyeluruh, meredai suaminya, baik pada dirinya, keluarga , harta dan anak. Beliau adalah seperti emas merah, maka beruntunglah bagi orang yang dikurniakannya.

Jika beliau berada bersama suaminya, beliau membantunya, dan jika suaminya tidak ada, beliau menjaganya. Adapun salah satu daripada yang dilaknati adalah yang merasa besar pada dirinya, hina pada kaumnya; apabila diberi, beliau memarahi, dan apabila ditegah, maka beliau mencaci, dan memarahi. Suaminya tidak senang dengannya sedangkan jirannya senang dengannya, maka beliau adalah seperti singa, jika anda berjiran dengannya, maka beliau akan memakan anda, dan jika anda melarikan diri daripadanya, maka beliau akan membunuh anda, dan yang kedua dilaknati adalah apabila beliau berada di sisi suaminya, beliau cenderung kepada jirannya, cepat marah, dan cepat menangis, jika berada bersama suaminya, maka beliau tidak dapat manfaatkannya. Dan jika suaminya tidak ada di rumah, maka beliau mengejinya, beliau adalah seperti tanah yang kering apabila dicucuri air, ia akan melimpah dan tenggelam, dan jika ia ditinggalkan, maka ia akan kering kembali, dan jika beliau mendapat anak, maka beliau tidak akan manfaatkannya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berkahwin dengan hamba perempuan anda, nanti anak anda dijual di hadapan anda sedangkan ia adalah perbuatan anda sendiri.

Wahai anak lelakiku, sekiranya perempuan dirasai seperti arak, nescaya lelaki tidak akan mengahwini perempuan jahat selama-lamanya.

Wahai anak lelaki ku, berbuat baik kepada orang yang telah berbuat jahat kepada anda, dan janganlah anda mengejar dunia, kerana anda di dalam kelalaian kepadanya, sebaliknya lihatlah ke mana anda akan pergi.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda memakan harta anak yatim, pada hari Kiamat anda akan didedahkan keburukan anda dan dibebankan supaya mengembalikannya kepadanya.

Wahai anak lelakiku, jika seorang dapat mengelakkan dirinya daripada orang lain, nescaya anak dapat mengelakkan dirinya daripada bapanya.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya neraka meliputi alam sejagat, lantaran itu, seorang itu tidak dapat melepaskan dirinya daripadanya melainkan orang yang dirahmati Allah, dan hampir dirinya kepada-Nya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda terpedaya dengan lidah yang jahat, kerana ia tertulis di hatinya di mana anggota badanya akan bercakap, dan menjadi saksi terhadapnya.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda mencaci orang ramai, justeru itu anda akan mencaci kedua ibu bapa anda.

Wahai anak lelakiku, janganlah kebaikan anda menakjubkan anda, dan janganlah anda membesar-besarkan perbuatan baik anda, nescaya anda binasa.

Wahai anak lelakiku, dirilah solat, perintahlah keluarga anda melakukan kebaikan, melarang kemungkaran, dan bersabarlah di atas apa yang telah menimpa anda, kerana itu adalah daripada perkara yang perlu kepada kecekalan.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda melakukan syirik kepada Allah, kerana syirik adalah kezaliman yang besar.

Wahai anak lelakiku, janganlah anda berjalan di bumi dengan angkuh, kerana anda tidak dapat mencarikan bumi dan tidak dapat mengatasi bukit yang panjang.

Wahai anak lelakiku, setiap hari anda akan didatangi hari baru. Ia akan menyaksikan anda di sisi Tuhan Yang Mulia.

Wahai anak lelakiku, anda akan dimasukkan ke dalam kapan anda, di kubur anda dan amalan anda akan menjadi penentu anda.

Wahai anak lelakiku, bagaimana anda menduduki rumah orang yang anda memarahinya? Atau bagaimana anda berjiran dengan orang yang anda menderhakanya?

Wahai anak lelakiku, tinggalkan apa yang tiada kaitan dengan anda, dan teruskan apa yang ada kaitan dengan anda, kerana yang sedikit daripadanya akan mencukupi anda. Sementara yang banyak daripadanya tiada kaitan dengan anda.

Wahai anak lelaki ku, janganlah anda benarkan diri anda dipengaruhi oleh orang lain dan janganlah anda mewariskan harta anda kepada musuh anda.

Wahai anak lelakiku, sesungguhnya halal yang sedikit dikira, bagaimana dengan haram yang banyak?

Wahai anak lelaki ku, elakkan melihat kepada apa yang anda tidak memilikinya, dan panjangkan tafakur anda pada malakut langit dan malakut bumi, gunung, dan segala ciptaan Allah, maka ia adalah cukup untuk menjadi penasihat hati anda.

Wahai anak lelaki ku, terimalah nasihat bapa yang penuh kasih sayang.

Wahai anak lelakiku, beramallah dengan ilmu anda sebelum datang ajal anda, sebelum bukit dipaksa berjalan dan dihimpunkan matahari dan bulan.

Wahai anak lelaki, sesungguhnya hari Kiamat adalah hari langit dan bumi dilipat, malaikat turun bersaf-saf takut kepada Tuhan, sementara anda dibebankan supaya melintasi titian, amalan anda menjadi penentu, dan diletakkan di atas timbangan dan disebarkan keputusannya.

Wahai anak lelaki, anda telah mempelajari tujuh ribu ilmu hikmat, maka jagalah empat daripadanya, nescaya anda akan bersama aku di syurga:

Kuasailah bahtera anda, kerana lautan adalah dalam, ringankan muatan anda, kerana rintangan adalah banyak, gandalah bekalan, kerana perjalanan adalah jauh, dan ikhlaslah di dalam amalan anda, kerana pengkritik sedang memerhatikan anda[477].


Kelebihan Salman al-Farisi

Berita telah sampai kepada aku bahawa Salman-r.a-telah memasuki majlis Rasulullah s.a.w pada suatu hari, lalu mereka telah menghormatinya, dan mengutamakannya kerana haknya, usianya, dan keistimewaannya dengan Rasulullah s.a.w dan keluarganya, maka Umar telah datang, dan melihat kepadanya sambil berkata: Siapakah orang asing ini yang terserlah di hadapan Arab? Maka Rasulullah s.a.w menaiki mimbar dan bersabda: Sesungguhnya manusia semenjak Adam kepada hari kita ini seperti gigi sisir (asnan al-Musyti), tiada kelebihan di antara Arab dan bukan Arab, tiada kelebihan bagi yang merah di atas yang hitam melainkan dengan takwa, Salman adalah lautan yang tidak akan kering, simpanan yang tidak akan habis, Salman adalah di kalangan kami Ahlu l-Bait, Salman dikurniakan hikmat, dan hujah.

Beliau berkata: Salman dan Ja‘far al-Tayyar telah disebut di hadapan Ja‘far al-Sadiq a.s ketika itu beliau sedang bertongkat. Sebahagian mereka telah melebihkan Ja‘far al-Tayyar ke atas Salman, dan Abu Basir berada di sana, sebahagian mereka berkata: Salman dahulu adalah seorang beragama majusi, kemudian memeluk Islam, maka Abu Abdullah a.s terus duduk di dalam keadaan marah dan berkata: Wahai Abu Basir, sesungguhnya Allah telah menjadikannya seorang ‘alawi selepas beliau pada lahirnya seorang majusi, dan Dia telah menjadikannya seorang Quraisy selepas beliau menjadi seorang farsi, maka selawat Allah ke atas Salman. Adapun Ja‘far al-Tayyar baginya keadaan tertentu di sisi Allah, beliau berterbang bersama malaikat di syurga.

Abu Abdullah al-Barqi berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Ghaith al-Isfahani, dan beliau adalah di kalangan sahabat Dhirar, maka aku berkata kepadanya: Apakah hujah anda ke atas orang yang menyalahi anda? Beliau berkata: Ijmak, maka aku berkata: Beliau tidak memahami masalah, maka aku telah mengulanginya selama tiga kali, dan setiap kali beliau berkata: Ijmak, maka aku berkata kepadanya: Kenapa anda tidak faham? Beliau berkata kepadaku: Bagaimana begitu? Aku berkata: Aku telah bertanya kepada anda tentang hujah bagi orang yang menyalahi anda, aku berkata: Jika ijmak maka seorang pun tidak akan menyalahi anda, beliau berkata: Aku akan kembalikan kepada anda. Maka aku berkata: Tambah lagi, maka beliau berkata: Apakah hujah anda ke atas orang yang menyalahi anda?

Maka aku berkata: Seorang lelaki amanah yang disucikan, seorang yang alim, tidak sesat dan menyesatkan, tidak bersalah, dan tidak jahil, orang ramai memerlukan kepadanya sedangkan beliau tidak memerlukan mereka kerana Allah telah menjadikan di sisinya ilmu, dan kelebihan. Beliau berkata: Ini tidak ada pada umat, maka aku berkata: Tidakkah jika beliau ada pada umat ini lebih baik? Beliau berkata: Ya, tetapi ia tidak ada pada umat ini. Aku berkata kepadanya: Apakah yang membuat anda berkata sedemikian bahawa ia tidak ada pada umat ini, atau Allah tidak menciptakan seumpamanya untuk kebaikan makhluk-Nya sedangkan anda tidak pernah memeriksa semua makhluk. Anda tidak pernah melintasi daratan, lautan, pantai, gunung, dan anda tidak mengetahui pilihan kebaikan daripada kejahatan, maka daripada manakah hujah anda sedangkan anda jahil dengan makhluk-Nya?

Beliau berkata: Abu al-Hasan al-Basri berkata: Kasihan manusia, tersembunyi ajalnya, menjadi tawanan kelaparan, menjadi gadaian kenyang, sesungguhnya orang yang boleh disakiti pepijat, dibusukkan oleh peluh, dan dibunuh oleh lubang, adalah lemah.

Beliau berkata: Seorang lelaki telah datang kepada Ali bin al-Husain a.s mengadu keadaannya, maka beliau berkata: Kasihan manusia, setiap hari menghadapi tiga musibat, jika dikira satu musibat sahaja, nescaya perkara dunia menjadi kecil, adapun musibat yang pertama: Pada setiap hari umurnya berkurangan, dan beliau berkata: Jika beliau mendapati hartanya berkurangan, maka beliau berdukacita tentangnya, dirham meninggalkannya dan umur pula ia tidak dapat mengembalikannya. Musibat kedua: Beliau menerima rezekinya, dan jika rezekinya halal, maka ia akan dihisab, dan jika ia haram, maka ia akan diseksa, beliau berkata: Musibat yang ke tiga adalah lebih besar lagi, ada orang bertanya: Apakah ia? Tiada satu hari yang berlalu melainkan ia mendekati akhirat, pengembaraan yang beliau tidak mengetahui sama ada ke syurga atau ke neraka.

Beliau berkata: Hari yang paling besar kepada manusia adalah hari beliau dilahirkan daripada ibunya.


Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W

Beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah berkhutbah manakala beliau mahu keluar ke Tabuk dan bersabda: Selepas beliau memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya, wahai manusia sesungguhnya percakapan yang paling benar adalah kitab Allah, dan ikatan yang paling kuat adalah kalimah takwa, sebaik-baik agama adalah agama Ibrahim a.s, dan sebaik-baik sunnah adalah sunnah Muhammad. Dan percakapan yang paling mulia adalah menyebutkan Allah (dhikr Allah), dan sebaik-baik cerita adalah al-Qur’an, sebaik-baik perkara adalah yang asli (benar), dan sejahat-jahat perkara adalah yang bid‘ah, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk para nabi dan sebaik-baik pembunuhan adalah pembunuhan syahadah.

Dan yang paling buta adalah kesesatan selepas petunjuk, sebaik-baik amalan adalah apa yang manfaatkannya, sebaik-baik petunjuk adalah yang diikuti (dan diredai Allah). Dan sejahat-jahat buta adalah buta hati. Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Apa yang sedikit dan mencukupi itu adalah lebih baik daripada perkara yang banyak, tetapi melalaikan. Sejahat-jahat keuzuran adalah ketika mati datang, sejahat-jahat penyesalan adalah pada hari Kiamat. Sebahagian manusia tidak datang Jumaat melainkan setelah diberi peringatan. Di kalangan mereka menyebut Allah sepintas lalu. Kesalahan yang paling besar adalah lidah pembohong. Sebaik kekayaan adalah kekayaan diri, sebaik-baik bekalan adalah takwa, punca hikmat adalah takutkan Allah, sebaik-baik apa yang dicampak ke hati adalah keyakinan, dan syak akan membawa kepada kekafiran.

Ratapan yang melampau adalah daripada amalan jahiliah. Khianat adalah daripada api neraka Jahanam atau kemabukan adalah daripada api neraka, syair adalah daripada Iblis, arak adalah pengumpul segala dosa, perempuan adalah daripada kesamaran Iblis, perasaan muda adalah cabang daripada kegilaan, sejahat-jahat pendapatan adalah pendapatan riba, sejahat-jahat makanan adalah memakan harta anak yatim, orang yang bahagia adalah orang yang menerima nasihat orang lain, orang yang celaka adalah orang yang celaka di dalam perut ibunya, sesungguhnya seorang daripada kamu akan sampai ke tempat empat hasta, dan urusan terakhirnya.

Pemilik amalan adalah dikira akhirnya, pembohongan adalah riba yang paling meningkat, setiap yang datang adalah dekat, celaan mukmin adalah fasiq, pembunuhan mukmin adalah kafir, memakan dagingnya adalah maksiat, kehormatan hartanya adalah seperti kehormatan darahnya, barangsiapa yang menentang Allah, akan membohonginya, barangsiapa yang memaafinya, Allah akan memaafinya. Barangsiapa yang memendamkan kemarahan, akan diberi ganjaran oleh Allah, barangsiapa yang bersabar di atas bala, akan digantikan oleh Allah. Barangsiapa yang mencari nama, akan “didengari” Allah. Barangsiapa yang buta, maka Dia akan memperlihatkannya. Barangsiapa yang menderhaka Allah, akan diseksa oleh Allah, wahai Tuhanku, ampunilah aku dan umat aku, wahai Tuhanku, ampunilah aku dan umat aku, dan aku memohon istighfar untuk aku dan kamu.


Kata-Kata al-Sadiq A.S: Janganlah Anda Berkata: Ama‘a‘aah

Ibn Mahbub daripada al-Fadhl bin Yunus al-Katib: Beliau berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far bin Muhammad a.s telah berkata kepadaku: Sampaikanlah kebaikan, katalah kebaikan, dan janganlah anda menjadi ama‘a‘aah, aku berkata : Apakah itu ama‘a‘aah? Beliau berkata: Anda berkata: Aku bersama orang ramai, dan aku adalah seperti seorang daripada orang ramai sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya di sana terdapat dua perkara: Perkara yang baik dan perkara yang jahat. Apakah gerangan perkara yang jahat kamu lebih mencintai daripada perkara yang baik?


Para Nabi Menyeru Kepada Wilayah Ali Bin Abu Talib

Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah al-Khzzaz, daripada Abu Hafs al- ‘Abdi, daripada Abu Harun al-‘Abdi, daripada Abu Sa‘id al-Khudri berkata: Aku telah melihat Rasulullah s.a.w, dan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ali, sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi melainkan Dia menyerunya kepada wilayah anda sama ada secara sukarela atau paksaan (ma ba‘atha l-Lahu nabiyyan illa wa qad da‘a-hu ila wilayati-ka ta’i‘an au karihan).


Hadis Abdullah bin Abu Bakr al-Arjani Bersama Abu Abdullah A.S

Daripadanya, daripada bapanya, dan al-‘Abbas bin Ma‘ruf, daripada Abdullah bin al-Mughirah berkata: Abdullah bin Abd al-Rahman bin al-Assam telah memberitahuku, daripada Abdullah bin Bakr al-Arjani berkata: Aku telah menemani Abu Abdullah a.s di perjalanan Makkah ke Madinah, maka beliau telah bermalam di di satu tempat bernama ‘Asfan, kemudian kami telah melalui di Jabl Aswad ke arah kanan yang menakutkan (wahsyun).

Maka aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, alangkah bukit ini menakutkan! Aku tidak pernah melihat di dalam perjalanan aku sebuah bukit yang lebih menakutkan? Maka beliau berkata: Wahai Ibn Bakr, adakah anda mengetahui bukit manakah ini? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Bukit ini bernama al-Kamd iaitu terletak di atas salah satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam, di dalamnya pembunuh-pembunuh bapa aku al-Husain bin Ali a.s, berlari di bawahnya air neraka Jahanam yang panas, mereka tidak akan keluar daripada Jahanam, daripada tempatnya, daripada dosa-dosa, daripada tanah Khubal, daripada Ladha, daripada al-Hatamah, daripada Saqar, daripada Jahim, daripada al-Hawiyah, daripada Sa‘ir. Aku tidak melalui bukit ini melainkan aku melihat mereka berdua[478] sedang memohon pertolongan daripada aku, dan merendah diri kepada aku, dan sesungguhnya aku sedang melihat kepada pembunuh-pembunuh bapa aku, maka aku berkata kepada mereka berdua: Sesungguhnya mereka itu telah melakukan kepada kami apa yang mereka telah melakukannya.

Sementara kamu berdua telah meletakkan asas tersebut tanpa kasihan belas kepada kami (assastu-ma wa lam tarhamu-na) manakala kamu memerintah, kamu telah membunuh kami, menghalang kami, merampas hak kami, kamu telah mengguna kekerasan terhadap kami. Maka Allah tidak akan memberi rahmat-Nya kepada orang yang mengasihani kamu berdua apa yang kamu telah melakukannya. Allah tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya, dan yang paling merendah diri kepada aku adalah yang kedua. Kemungkinan aku berdiri kerana ingin menyenangkan apa yang terlintas di hatiku, kemungkinan aku melipatkan bukit al-Kamd di mana mereka berdua berada di dalamnya aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, apabila anda melipatkan bukit itu apakah yang anda akan mendengarnya? Beliau berkata: Aku mendengar suara mereka sedang menyeru: Datang kepada kami, kami akan berbicara dengan anda, kami sedang bertaubat, tiba-tiba aku mendengar laungan dari bukit berkata:Janganlah anda bercakap dengan mereka, dan berkatalah kepada mereka: Diamlah padanya, dan janganlah kamu bercakap.

Aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, siapakah bersama mereka berdua? Beliau berkata: Setiap Fir‘aun yang menentang Allah sebagaimana diceritakan oleh Allah. Setiap orang yang telah mengajari hamba-hamba-Nya kekufuran, aku berkata: Siapakah mereka? Beliau berkata: Seperti Qurus yang telah mengajar orang-orang Yahudi bahawa ‘Uzair adalah anak lelaki Tuhan, seperti Nustur yang telah mengajar orang-orang Nasrani bahawa al-Masih adalah anak lelaki Tuhan, dan berkata kepada mereka: Mereka adalah tiga, seperti Fir‘aun Musa yang berkata: Aku adalah Tuhan Yang Maha Tinggi. Seperti al-Nimrud yang berkata: Akulah yang telah memaksa penghuni bumi dan aku telah membunuh mereka yang di langit, pembunuh Amir al-Mukminin a.s, pembunuh Fatimah a.s, pembunuh al-Muhsin, pembunuh al-Hasan dan al-Husain a.s.

Adapun Mu‘awiyah dan ‘Umru bin al ‘As mereka berdua tidak tamak untuk dibebaskan. Dan bersama mereka adalah setiap orang yang melakukan permusuhan terhadap kami (kullu man nasaba la-na al-‘Adawata), menentang kami dengan lidahnya, dan tangannya, maka aku berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, di manakah penghabisan bukit ini? Beliau berkata Kepada bumi yang ke enam dan padanya Jahanam iaitu di atas satu lembah daripada lembah-lembah Jahanam. Dan di atasnya para malaikat yang menjaganya di mana bilangannya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit, titisan hujan, dan bilangan air laut. Allah telah mewakilkan setiap malaikat dengan tugasnya, lalu mereka menjaganya, tanpa mengabaikannya


Kitab Sifat Syurga Dan Neraka

Bismillahi r- Rahmani r- Rahim

Abu Ja‘far Ahmad bin Muhammad bin Isa telah memberitahuku, berkata: Sa‘id bin Jinah telah memberitahuku, daripada ‘Auf bin Abdullah al-Azadi, daripada sebahagian sahabatnya, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila Allah t.w.t mahu mencabut roh mukmin, maka Dia berfirman: Wahai malaikat maut! Pergilah kamu dan pembantu-pembantu kamu kepada hamba-Ku, sudah lama dia telah memenatkan dirinya kerana-Ku, maka bawalah ke sini rohnya supaya ia berehat di sisi-Ku, lantas malaikat maut mendatanginya dengan muka yang baik, pakaian yang baik, dan bauan yang wangi. Dia berdiri di pintu tanpa meminta izin penjaga pintu, tidak melintasi hijab, tidak memecahkan pintu, bersamanya lima ratus pembantu, dan bersama mereka bauan yang mewangikan seraya berkata: As Salamu alaika ya waliyya l-Lah, bergembiralah kerana Tuhan anda memberi salam kepada anda, dan sesungguhnya Dia meredai anda tanpa sebarang kemarahan, dan bergembiralah dengan roh dan raihan dan syurga Na‘im.

Beliau berkata: Adapun roh, maka ia berehat dari dunia dan balanya, dan raihan adalah daripada segala bauan syurga, lalu diletaknya di dagunya, maka bauannya akan sampai kepada rohnya, lantaran itu, dia di dalam keadaan rehat sehingga Dia mengeluarkan dirinya, kemudian Ridhwan penjaga syurga akan mendatanginya, lalu dia memberi minuman dari syurga di mana dia tidak akan terasa dahaga di kuburnya, dan pada hari Kiamat, akan memasuki syurga di dalam keadaan gembira (rayyanan), dan dia akan berkata: Wahai malaikat maut, kembalikan rohku sehingga ia mengimbangi jasadku dan jasadku mengimbangi rohku. Beliau berkata: Malaikat maut berkata: Setiap satu daripada kamu akan mengimbangi di antara satu sama lain, maka roh berkata: Allah memberi ganjaran kepada anda daripada jasad sebaik-baik ganjaran. Aku telah bersegera di dalam mentaati-Nya, dan melambatkan di dalam melakukan kemaksiatan kepada-Nya, maka Allah telah memberi ganjaran kepadaku daripada kebaikan jasadku sebaik-baik ganjaran, maka ke atas anda sebaik-baik salam sehingga hari Kiamat, dan jasad pula akan berkata kepada roh perkara yang sama.

Beliau berkata: Malaikat maut akan melaung kepada roh yang baik, wahai roh ang baik, keluarlah anda dari dunia dalam keadaan beriman, dirahmati dan senang hati. Beliau berkata: Malaikat telah berlembut dengannya, segala kesusahannya diatasi, dan dipermudahkan segala-galanya untuknya, maka jadilah dia seekor “ binatang ” yang kekal (sara la-hayawan al-Khuld). Beliau berkata: Kemudian Allah mengutus untuknya beberapa barisan para malaikat yang tidak mengambil nyawanya, maka mereka berdiri di dalam barisan yang teratur di antara rumahnya dan kuburnya, mengucap istighfar untuknya, dan memberi syafaat untuknya. Beliau berkata: Malaikat maut menyambutnya, dan memberi khabar gembira di pihak Allah dengan penuh kehormatan, dan kebaikan sebagaimana seorang bayi bergurau dengan ibunya, kemudian dia mencucurinya dengan minyak dan bauan yang menyenangkan jiwa.

Beliau berkata: Apabila nyawanya sampai di halkum, maka dua malaikat yang menjaganya berkata: Wahai malaikat maut, berlembutlah dengan sahabat kami, maka dia adalah sebaik-baik saudara lelaki, dan sebaik-baik orang yang duduk, dia tidak melakukan apa yang dimurkai Allah. Apabila rohnya keluar, maka ia akan keluar dengan gembira dan diikuti dengan bauan di syurga, dinaikkan ke langit dunia, beliau berkata: Pintu-pintu langit dibuka untuknya, dan penjaga-penjaga pintu berkata: Allah telah menghidupkannya dengan jasadnya, amalannya yang soleh melalui kami dan kami mendengar kemerduan suaranya dengan al-Qur’an.

Beliau berkata: Pintu-pintu langit dan penjaga-penjaganya menangis kerana kehilangannya, dan berkata: Wahai Tuhanku, hamba Engkau ini mempunyai amalan yang soleh, kami mendengar kemerduan suaranya membaca al-Qur’an, lalu mereka berkata: Utuslah kepada kami seorang hamba mengganti tempatnya membaca al-Qur’an supaya dia memperdengarkannya kepada kami, maka Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, maka para malaikat langit akan menyambutnya, memohon syafaat, dan beristighfar untuknya, maka Allah akan berfirman: Rahmat-Ku ke atasnya melalui roh, lalu roh-roh mukminin berjumpa dengannya seperti seorang yang hilang berjumpa dengan sahabatnya. Lalu sebahagian mereka berkata: Tinggalkan roh ini sehingga ia sedar, kerana ia telah keluar daripada dukacita yang besar, sekarang ia berehat. Mereka menyambutnya, dan bertanya kepadanya, dan berkata: Apakah yang telah dilakukan oleh polan dan polan? Jika dia telah mati, mereka menangis dan meminta supaya ia dikembalikan, dan mereka berkata: Kami daripada Allah dan kepada-Nya kami kembali.

Beliau berkata: Beliau berkata: Allah berfirman: Kembalikannya kepadanya, maka daripadanyalah Aku telah menciptakan mereka, dan padanyalah Aku mengembalikan mereka, dan daripadanya Aku mengeluarkan mereka pada kali yang lain pula, beliau berkata: Apabila dibawa di atas kerandanya, maka malaikat menyegarkannya kembali, dan mempertahankannya daripada syaitan yang sedang melihat kepadanya dari jauh, tetapi syaitan tiada kuasa ke atasnya. Apabila mereka membawanya ke kubur, setiap tanah perkuburan bertukar menjadi hijau untuknya, dan berkata: Wahai Tuhanku, jadilah ia di perut aku.

Beliau berkata: Maka ia akan dibawa pada tempat di mana Allah telah menetapkannya untuknya, dan apabila ia diletakkan di lubang lahadnya, maka dijelmakan kepadanya bapanya, ibunya, isterinya, anaknya, dan saudara-saudaranya, beliau berkata: Dia akan berkata kepada isterinya: Apakah yang membuat anda menangis? Beliau berkata: Isterinya akan berkata: Kerana ketiadaan anda dan anda telah membebankan kehidupan kami.

Beliau berkata: Dia akan didatangi gambaran yang cantik, beliau berkata: Dia akan berkata: Siapakah anda? Maka dia berkata: Akulah amalan anda yang baik. Aku adalah benteng anda, dan senjata anda dengan perintah Allah, Dia berkata: Demi Allah, jika aku telah mengetahui sesungguhnya anda pada tempat ini, nescaya aku akan melantik diri aku untuk anda dan harta aku dan anak aku tidak akan memperdayakan aku, Dia berkata: Wahai wali Allah, bergembiralah dengan kebaikan, demi Allah, sesungguhnya ia mendengar bunyi kasut mereka apabila mereka pulang, dan apabila mereka membersihkan tangan mereka dari tanah, dan apabila mereka selesai kerja mereka, maka rohnya dikembalikan kepadanya, tetapi mereka tidak mengetahuinya.

Beliau berkata: Bumi akan berkata kepadanya: Selamat datang wahai wali Allah, sesungguhnya aku telah mencintai anda semasa anda berada di atasku, dan sekarang aku lebih mencintai anda apabila anda berada di dalam perut aku, tentang kemuliaan Tuhanku, maka aku akan melakukan sifat kejiranan yang baik terhadap anda, aku akan menyejukkan tempat tidur anda, aku akan memperluaskan tempat masuk anda. Sesungguhnya aku adalah satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka.

Beliau berkata: kemudian Allah akan mengutus kepadanya seorang malaikat, maka ia akan memukul dengan sayapnya di kanan, di kiri, di hadapan, dan di belakangnya, lalu ia meluaskan untuknya setiap jalan empat puluh cahaya, lalu kuburnya di kelilingi cahaya.

Beliau berkata: Kemudian Munkar dan Nakir mendatanginya iaitu dua malaikat yang hitam mencari kubur dengan taring mereka berdua, suara mereka berdua seperti petir yang memanah, mata mereka berdua seperti kilat yang terang, lalu mereka berdua menakut-nakutkannya, melaung terhadapnya sambil berkata: Siapakah Tuhan anda? Siapakah nabi anda? Apakah agama anda? Dan siapakah imam anda? Jika dia menjawab dengan betul, maka mereka berdua berkata: Anda memang benar, Allah telah memberi hidayah kepada anda, lihatlah di sisi dua kaki anda, tiba-tiba dia berada di pintu neraka, lalu dia berkata: Sesungguhnya kami daripada Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali, ini bukanlah sangkaan aku terhadap Tuhanku, Tuhan segala alam semesta.

Beliau berkata: Mereka berdua berkata kepadanya: Wahai wali Allah, janganlah anda berdukacita, janganlah anda takut, bergembiralah, maka ini bukanlah untuk anda, dan anda bukanlah untuknya. Sesungguhnya Allah mahu memperlihatkannya kepada anda dari sudut manakah Dia telah menjayakan anda, dan dari sudut manakah Dia telah merasakan anda dengan menarik balik keampunan-Nya. Sesungguhnya Dia telah menutup pintu ini daripada anda, dan anda tidak akan memasuki neraka selama-lamanya, lihatlah di sisi kepala anda, tiba-tiba dia berada di syurga bersama isteri-isterinya daripada bidadari-bidadari syurga.

Beliau berkata: Dia melompat untuk memeluk seorang isteri bidadarinya, lalu mereka berdua berkata kepadanya: Wahai wali Allah, sesungguhnya anda mempunyai saudara-saudara lelaki dan perempuan yang belum datang, maka tidurlah dengan senang hati seperti seorang kekasih di dalam keasyikannya sehingga hari Kiamat.

Beliau berkata: Dibuka hamparan untuknya, dan dilebarkannya. Beliau berkata: Demi Allah, dia tidur lebih aman daripada seorang kanak-kanak yang tidur di hadapan ibu, dan bapanya, beliau berkata: Apabila tiba hari Kiamat, lalu dibawa kepadanya sebahagian api neraka, maka dia dapat menepiskannya jika dia sentiasa membaca Surah al-Sajdah (30), dan Surah al-Mulk (67). Surah al-Mulk (67) berdiri di sisinya sementara Surah al-Sajdah (30) datang sambil berkata: Aku datang dengan syafaat Tuhan semesta alam.

Beliau berkata: Kemudian sebahagian azab datang di sebelah kanannya, maka solat berkata: Jauhlah anda daripada wali Allah, maka anda tiada jalan sebelum aku, lalu azab datang di sebelah kirinya, maka zakat berkata: Jauhlah anda daripada wali Allah, anda tiada jalan sebelum aku, kemudian azab datang di sebelah kepalanya, maka al-Qur’an berkata: Jauhlah anda daripada wali Allah, anda tiada jalan sebelum aku, kerana dia telah menyimpan aku di hatinya, dan di lidahnya di mana dia mentauhidkan Tuhanku dengannya, lantaran itu, anda tiada jalan sebelum aku, kemudian sebahagian daripada api neraka keluar di dalam keadaan marah, maka beliau berkata: Dia bukan wali Allah, malah wali kamu berdua (dua Surah). Beliau berkata: Sabar pula berkata di satu sudut kubur: Demi Allah, tiada halangan kepada aku untuk mewalikan wali Allah pada hari ini melainkan aku melihat apa yang ada pada sisi kamu, manakala kamu dapat mengatasi azab kubur, dan rintangannya, maka aku bagi wali Allah adalah simpanan, benteng di sisi neraca, jambatan Jahanam, dan ‘Aradh di sisi Allah.

Amir al-Mukminin Ali a.s berkata: Akan dibuka untuk wali Allah dari tempat tinggalnya di syurga ke kuburnya sembilan puluh sembilan pintu. Rohnya, bauannya, kelazatannya, dan cahayanya akan memasukinya sehingga hari Kiamat, tiada suatu pun yang lebih dicintainya selain daripada berjumpa dengan Allah, beliau berkata: Dia berkata: Wahai Tuhanku, segeralah ke atas aku berlakunya Kiamat sehingga aku kembali kepada keluargaku dan hartaku. Apabila berlaku laungan Kiamat, maka dia akan keluar daripada kuburnya di dalam keadaan menuntut aurat, diberikan ketenangan dan keamanan, diberi berita gembira dengan keampunan, kesenangan, dan kebaikan yang tidak terkira banyaknya.

Lantas dua malaikat yang pernah bersamanya di dalam kehidupan di dunia, menyambutnya, kemudian mereka berdua membersihkan tanah daripada mukanya, dan kepalanya, dan tidak akan berpisah daripadanya, menggembirakannya, dan menyelamatkannya dari setiap ketakutan pada hari Kiamat, mereka berdua berkata kepadanya: Wahai wali Allah, tiada ketakutan dan dukacita ke atas anda pada hari ini, kamilah yang mengurus amalan anda di dalam kehidupan anda di dunia, kamilah para wali anda hari ini di akhirat. Lihatlah kepada syurga-syurga yang kamu mewarisinya berdasarkan apa yang kamu lakukannya.

Beliau berkata: Lalu dia berdiri di bayang ‘Arasy, kemudian Tuhan mendekatinya sehingga berlaku di antaranya dan di antara Tuhannya hijab daripada cahaya, maka malaikat berkata kepadanya: Selamat datang, di antaranya diserikan mukanya, digembirakan hatinya, dan dia menjadi panjang tujuh puluh hasta daripada kegembiraannya, mukanya seperti bulan, panjangnya seperti panjangnya Adam. Betuknya seperti bentuk Yusuf, lidahnya seperti lidah Muhammad s.a.w, hatinya seperti hati Ayyub. Setiap kali dosanya diampuni, dia sujud, maka Dia berfirman: Wahai hamba-Ku, bacalah kitab anda, dan janganlah kamu takut.

Beliau berkata: Yang Maha Perkasa akan berfirman: Adakah kami telah menambahkan kejahatan anda, dan kami mengurangkan ke atas kamu kebaikan kamu? Beliau berkata: Dia berkata: Wahai Tuan-Ku, Engkaulah yang melakukan keadilan dan Engkaulah sebaik-baik orang yang membuat keputusan.

Beliau berkata: Hamba-Ku, tidakkah kamu terasa malu, tanpa melakukan muraqabah kepada-Ku, dan tidak pula takut kepada-Ku? Dia berkata: Sayyidi, sesungguhnya aku telah melakukan kejahatan, tetapi Engkau tidak mendedahkan diri aku mengenainya, sesungguhnya semua makhluk sedang melihat kepada aku, beliau berkata: Yang Maha Perkasa berfirman: Demi kemuliaan-Ku, wahai pelaku kejahatan, aku tidak akan mendedahkan keburukan kamu pada hari ini.

Beliau berkata: Kejahatan di antaranya dan Allah adalah tersembunyi sementara kebaikan menjadi terserlah kepada orang ramai. Beliau berkata: Setiap kali Dia mengaibkannya dengan dosa, dia berkata: Sayyidi, Engkau mengutus aku ke neraka adalah lebih baik daripada Engkau memalukan aku, beliau berkata: Lantas Yang Maha Perkasa meredainya.

Beliau berkata: Dia berfirman: Adakah kamu teringat pada hari tertentu kamu telah memberi makan seorang yang lapar, dan kamu telah menyambungkan ikatan persaudaraan dengan saudara mukmin, kamu telah memberi pakaian pada suatu hari, kamu telah melakukan amalan haji menyeru-Ku di dalam ihram, kamu telah berjaga malam, kamu telah menunduk pandangan kamu kepada-Ku. Adapun kebaikan yang kamu lakukan, maka ia adalah disyukuri. Adapun kejahatan yang kamu lakukan, maka ia diampuni. Lantaran itu, palingkan muka kamu, apabila dia berpaling, tiba-tiba dia “melihat” kepada Yang Maha Perkasa, maka pada masa itu, mukanya berseri, hatinya bergembira, lalu diletakkan mahkota di atas kepalanya, dan di tangannya perhiasan yang bermacam-macam.

Kemudian Dia berfirman: Wahai Jibrail, pergilah bersama hamba-Ku, perlihatkan kepadanya kemuliaan-Ku, lalu dia keluar dari sisi Tuhan dan mengambil kitabnya dengan tangan kanannya, lalu dia membentangkannya kepada mukminin, dan mukminat sambil menyeru “Ambillah, bacalah kitabku ini. Sesungguhnya aku yakin bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku maka orang itu berada di dalam kehidupan yang diredai ” Surah al-Haqah (67 ):19 . Dan apabila sampai ke pintu syurga, dikatakan kepadanya: Ambillah pasport, dia berkata: Inilah pasport aku tertulis di dalamnya:


Bismillahi r –Rahmani r -Rahim

Ini adalah pasport laluan daripada Allah Yang Maha Mulia Lagi Bijaksana untuk polan bin polan daripada Tuhan alam semesta,maka seorang penyeru menyeru orang ramai : Sesungguhnya polan bin polan telah bahagia dengan kebahagiaan yang tidak akan membawa kecelakaan selama-lamanya.

Beliau berkata: Maka dia pun masuk, tiba-tiba dia berada di sebatang pokok yang mempunyai bayang yang panjang, air yang dicurahkan, buah yang tersedia diberi nama Ridhwan. Keluar daripada betisnya dua air mata yang sedang mengalir, lalu dia pergi kepada salah satu daripadanya dan setiap kali dia melaluinya, maka dia mandi dan keluar, dan di atasnya nikmat yang banyak, kemudian dia meminum daripada yang satu lagi, maka tidak terdapat sebarang kesakitan, dan penyakit pada perutnya sebagaimana firman-Nya Surah al-Insan (76 ): 21 “dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih”. Kemudian malaikat menyambutnya dan berkata kepadanya: Anda telah baik, maka masuklah bersama orang-orang yang masuk, maka dia pun masuk, tiba-tiba dia berada di sebatang pokok di mana dahan-dahannya adalah mutiara, dan cabang-cabangnya adalah daripada perhiasan yang bermacam-macam. Dan buah seperti payudara hamba-hamba perempuan yang masih dara, malaikat menyambutnya dengan unta-unta dan segala perhiasan, mereka berkata: Wahai wali Allah, naikilah apa yang anda kehendaki, pakailah apa yang anda kehendaki.

Beliau berkata: Lantas dia menaiki apa yang dia kehendaki, dan memakai apa yang dia ingini ketika berada di atas unta daripada cahaya, pakaiannya dan perhiasannya daripada cahaya berjalan di rumah cahaya bersamanya malaikat, budak-budak daripada cahaya, semuanya daripada cahaya sehingga malaikat terasa takut dan berkata: Ketepikan kamu semua, maka sesungguhnya rombongan Yang Maha Pengampun telah datang.

Beliau berkata: Lalu dia melihat kepada istananya yang pertama daripada perak diserikan dengan permata yaqut, isteri-isterinya menjaganya. Mereka berkata: Selamat datang, selamat datang, bermalamlah dengan kami. Beliau berkata: Malaikat berkata: Bergembiralah, wahai wali Allah, kerana ini adalah untuk anda, sehingga berakhir kepada istana yang dihiasi dengan permata nilam, maka malaikat berkata: Bergembiralah wahai wali Allah, kerana ini adalah untuk anda dan orang lain juga.

Beliau berkata: Kemudian dia mendatangi istana daripada permata nilam yang berwarna merah, maka malaikat berkata kepadanya: Bergembiralah, wahai wali Allah, kerana ini adalah untuk anda dan orang lain.

Beliau berkata: Dia berjalan sehingga sampai kepada seribu istana, semuanya dapat ditembusi oleh penglihatannya, dan dia dapat berjalan pada miliknya lebih cepat daripada kelipan mata, dan apabila dia sampai ke istananya yang paling jauh, dia memalingkan kepalanya, maka malaikat berkata: Apakah terjadi dengan anda, wahai wali Allah? Beliau berkata: Dia berkata: Hampir penglihatan aku hilang, mereka berkata: Wahai wali Allah, bergembiralah, kerana di syurga tiada orang yang buta, dan pekak, kemudian dia mendatangi sebuah istana, lalu dia melihat batinnya daripada zahirnya, dan melihat zahirnya daripada batinnya di mana batu batanya daripada perak, emas, permata nilam, dan mutiara yang diharumi dengan bauan dan diserikan dengan cahaya yang bersinar-sinar. Lelaki melihat mukanya di dinding dan berkata: Akhirnya adalah minuman.

Kemudian Nabi s.a.w telah menyebut bidadari, lalu Umm Salmah berkata: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku, wahai Rasulullah, tidakkah bagi kami kelebihan ke atas mereka? Beliau berkata: Ya, dengan solat anda, puasa anda, dan ibadat anda kepada Allah seperti kedudukan yang zahir ke atas yang batin, beliau telah memberitahu bahawa bidadari telah diciptakan oleh Allah di syurga bersama pokoknya, dan Dia telah menahan mereka untuk suami-suami mereka di dunia, setiap orang daripada mereka mempunyai tujuh puluh pakaian. Keputihan betis-betis mereka dapat dilihat dicelah-celah tujuh puluh pakaian sebagaimana anda melihat minuman merah di gelas yang putih atau seperti tali yang putih di permata nilam yang merah. Dia menyetubuhinya (yujami‘u-ha) kadar kekuatan seratus orang lelaki muda di dalam keadaan nafsu berahi selama empat puluh tahun, mereka adalah di dalam keadaan dara sunti. Apabila dia berkahwin, dia masih dara “Tidak disentuhi oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula oleh Jin” Surah al-Rahman (55 ):56 dan 74 “Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik” Surah al-Rahman (55):70, iaitu akhlak yang mulia, dan muka yang cantik. Surah al-Rahman (55) :58 “ Seakan-akan bidadari itu seperti yaqut dan marjan “

Beliau berkata: Sesungguhnya di syurga sebuah sungai di kedua tepinya hamba-hamba perempuan, beliau berkata: Allah mewahyukan kepada mereka: Dengarlah hamba-hamba-Ku, pujian-Ku, tasbih-Ku, maka mereka mengangkat suara-suara mereka dengan nada yang bermacam-macam di mana orang ramai tidak pernah mendengarnya sebelumnya. Dialah yang menggembirakan ahli syurga, dan seorang wali Allah diselia oleh seorang perempuan yang bukan daripada perempuan-perempuannya di sebalik tabir, mereka memenuhi istana-istananya dengan berbagai-bagai cahaya. Seorang wali Allah menyangka bahawa dia diselia oleh Allah atau malaikat-Nya, lalu dia mengangkat kepalanya, tiba-tiba dia berada di sisi isterinya yang hampir cahaya isterinya menghilangkan cahaya dua matanya.

Beliau berkata: Lalu bidadari menyerunya bahawa sesungguhnya telah hampir waktu kami, anda menjadikan giliran untuk kami, beliau berkata: Dia berkata kepadanya: Siapakah anda? Beliau berkata: Aku adalah di kalangan mereka yang telah disebutkan Allah di dalam al-Qur’an Surah Qaf (50): 35 “ Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki, dan pada sisi Kami ada tambahannya”, maka dia menyetubuhinya kadar kekuatan seratus pemuda, dan dia memeluknya selama tujuh puluh tahun mengikut umur orang-orang yang terdahulu.

Dan dia tidak mengetahui sama ada dia melihat kepada mukanya atau kepada belakangnya atau kepada betisnya. Setiap kali dia melihat kepada sesuatu daripadanya, maka dia hanya melihat mukanya sendiri disebabkan cahayanya dan kebersihannya. Kemudian perempuan lain yang lebih cantik daripada yang pertama menyelianya dan berkata: Sesungguhnya telah hampir waktu bagi kami, anda menjadikan giliran bagi kami, beliau berkata: Maka dia berkata kepadanya: Siapakah anda? Dia berkata: Aku adalah di kalangan orang yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Qur’an Surah al-Sajdah (32):17 “Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu ang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan di atas apa yang mereka kerjakan” .

Beliau berkata: Tidak seorang pun yang akan memasuki syurga melainkan mempunyai lima ratus pasangan daripada bidadari, dan setiap bidadari itu tujuh puluh hamba lelaki, dan tujuh puluh hamba perempuan. Mereka sepertilah permata nilam dan mutiara yang belum disentuhi oleh tangan, dan dilihat oleh mata. Baginya tujuh puluh istana dan setiap istana tujuh puluh bilik.

Dan setiap bilik tujuh puluh katil, dan setiap katil tujuh puluh tilam di atasnya seorang bidadari “yang berlari di bawahnya sungai-sungai” Surah al-Talaq (65 ):11, yang terdiri daripada air yang bersih. “Dan sungai-sungai pula adalah daripada susu yang tidak akan berubah rasanya” Surah Muhammad (47):15 “Dan sungai-sungai daripada madu yang ditapis” yang tidak keluar daripada binatang ternakan, dan yang tidak keluar daripada perut lebah “ dan sungai-sungai daripada arak, lazat bagi peminum-peminum”, tidak dipijak oleh mana-mana lelaki dengan kaki-kaki mereka. Apabila mereka inginkan makanan, maka burung-burung putih akan membawanya, mengangkat sayap-sayap mereka. Mereka makan daripada warna apa yang mereka ingini sama ada di dalam keadaan duduk atau bersandar.

Jika mereka inginkan buah-buahan, maka dahan-dahan pokok akan memanjangkan kepada mereka, lalu mereka makan apa yang mereka ingini. Dia berfirman di dalam Surah al-Ra‘d (13):23-4 “ malaikat-malaikat memasuki tempat-tempat mereka dari segala pintu : Salam ke atas kamu di atas kesabaran kamu, maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu”. Sementara mereka berada di dalam keadaan sedemikian, mereka mendengar suara di bawah Arasy: Wahai ahli syurga, bagaimana kamu melihat masa depan kamu? Mereka berkata : Sebaik-baik masa depan adalah masa depan kami, dan sebaik-baik pahala adalah pahala kami. Sesungguhnya kami telah mendengar suara, tetapi kami ingin melihat kepada cahaya kebesaran Engkau iaitu sebesar-besar pahala kami, sesungguhnya Engkau telah berjanji, dan Engkau tidak akan mungkir janji.

Lantas Allah memerintahkan hijab-hijab, maka berdirilah tujuh puluh ribu hijab, lalu mereka menaiki unta dan keldai di atas mereka segala perhiasan, lalu mereka berjalan pada bayang pokok sehingga mereka berakhir di Dar al-Salam iaitu Dar Allah, Dar al-Baha’ dan al-Nur, dan Dar al-Karamah, maka mereka mendengar suara, lalu mereka berkata: Ya sayyidi, Kami telah mendengar kelazatan percakapan Engkau, lantaran itu, perlihatkanlah kepada kami cahaya zat Engkau, lantas Allah melakukan tajalli sehingga mereka melihat kepada cahaya zat-Nya yang tersembunyi daripada setiap orang yang melihat. Mereka tidak dapat mengimbangi diri mereka, sehingga mereka sujud, mereka berkata: Maha Suci Engkau, kami tidak menyembah Engkau dengan sewajarnya, wahai Yang Maha Besar.

Beliau berkata: Dia berfirman wahai hamba-hamba-Ku, angkatlah muka kamu, kerana ini bukan tempat bekerja. Ini adalah tempat kemuliaan dan nikmat. Segala kepenatan telah hilang daripada kamu. Apabila mereka mengangkat kepala mereka, maka muka mereka berseri-seri daripada cahaya zat-Nya sebanyak tujuh puluh kali ganda, kemudian Allah berfirman: Wahai Para malaikat-Ku, berikan kepada mereka makan dan minum, lalu mereka membawa makanan yang bermacam-macam di mana mereka tidak pernah melihatnya sebelumnya dari segi kelazatan madu, keputihan salji, dan kelembutan keju, beliau berkata: Allah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, berikan mereka minuman, beliau berkata: Mereka membawa minuman, lalu wali Allah mengambilnya dan meminumnya.

Beliau berkata: Allah berfirman: Wahai para malaikat-Ku, berikan mereka bauan, lalu angin datang kepada mereka dengan bauan yang lebih putih daripada salji yang dapat mengubah muka-muka mereka, dan dahi-dahi mereka ia dinamakan al-Muthirah, justeru itu, ia membolehkan mereka melihat kepada cahaya zat-Nya. Mereka berkata: Ya sayyidu-na, cukuplah bagi kami menikmati kelazatan percakapan Engkau, dan melihat cahaya zat Engkau, kami tidak mahu menukarkannya lagi.

Allah Berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui bahawa kamu mencintai isteri-isteri kamu, dan isteri-isteri kamu pula mencintai kamu, maka mereka berkata: Apakah yang Engkau paling mengetahui pada jiwa hamba-hamba Engkau? Maka Dia berfirman: Bagaimana Aku tidak mengetahui sedangkan Aku telah menciptakan kamu, dan Aku telah menetapkan roh-roh kamu pada badan-badan kamu, kemudian Aku mengembalikannya ke atas kamu selepas mati, maka Aku berkata: Sediakan kepada hamba-hamba-Ku sebaik-baik tempat tinggal, kembalilah kepada isteri-isteri kamu, beliau berkata: Mereka berkata: Wahai sayyidu-na, jadikanlah syarat bagi kami, Dia berfirman: Sesungguhnya kamu pada setiap Jumaat satu lawatan (zaurah )di antara Jumaat kepada Jumaat yang lain adalah tujuh ribu tahun menurut kiraan kamu.

Beliau berkata: Maka mereka pun pulang, lalu diberi setiap seorang lelaki daripada mereka sebiji delima hijau, dan pada setiap biji delima itu tujuh puluh pakaian yang tidak pernah dilihat oleh makhluk. Mereka berjalan didahului oleh kanak-kanak sehingga mereka memberitahu berita gembira kepada isteri-isteri mereka yang sedang berdiri di pintu-pintu syurga, beliau berkata: Apabila dia menghampiri isterinya, lalu dia melihat pada muka suaminya, lalu dia mengingkarinya tanpa sebarang sangkaan jahat, dia berkata: Wahai kekasih aku (habibi), anda telah keluar dari sisi aku, anda bukanlah semacam ini, beliau berkata: Dia berkata: Wahai kekasihku (habibati), anda mencela aku kerana kau menjadi begini?

Sesungguhnya aku telah melihat kepada cahaya zat Tuhan-Ku, lalu mukaku berseri daripada cahaya zat-Nya, kemudian dibentangkan kepadanya, lalu dia melihat kepadanya satu kali lihat, maka dia berkata: Wahai kekasihku (habibati) sesungguhnya aku telah keluar dari sisi anda dan aku bukanlah begini? Maka dia berkata: Wahai kekasihku (habibi) anda mencela aku kerana aku menjadi begini sesungguhnya aku telah melihat kepada muka orang telah melihat (wajhi al-Nazir ) cahaya zat Tuhanku, lalu muka aku berseri-seri daripada muka orang yang telah melihat kepada cahaya zat Tuhanku tujuh puluh kali ganda, lalu dia berpaut kepadanya, maka Allah “ketawa” kepada mereka, maka mereka menyeru dengan suara mereka “Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita daripada kami sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun.

Beliau berkata: Kemudian Tuhan mengizinkan kepada para nabi, lalu seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan, lalu para malaikat berbaris, dan cahaya di hadapan mereka, kemudian ahli syurga melihat kepadanya, lantas mereka memanjangkan tengkuk mereka kepadanya, mereka berkata: Siapakah ini, sesungguhnya ia begitu mulia di sisi Allah? Beliau berkata: Malaikat berkata: Makhluk ini diciptakan dengan tangan-Nya, dan ditiupkan padanya dengan roh-Nya, dan diajari dengan nama-nama, maka ini adalah Adam yang telah diizinkan oleh Allah.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini? Malaikat berkata: Ini adalah al-Khalil Ibrahim yang telah diizinkan oleh Allah.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini? Malaikat berkata: Ini adalah Musa bin Imran di mana Allah telah bercakap dengannya dengan satu percakapan, dan ia telah diizinkan oleh Allah.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini yang telah diizinkan oleh Allah? Malaikat berkata: Ini adalah roh Allah dan kalimat-Nya, ini adalah Isa bin Maryam.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini yang telah diizinkan oleh Allah? Malaikat berkata: Ini adalah seorang yang telah dipilih dengan wahyu, yang diamanahkan ke atas risalah-Nya, penghulu anak Adam, ini adalah Nabi Muhammad s.a.w, dan ia telah diizinkan oleh Allah.

Beliau berkata: Kemudian seorang lelaki keluar di dalam satu perarakan dikelilingi oleh para malaikat yang teratur sayap-sayap mereka, dan cahaya di hadapan mereka, beliau berkata: Maka ahli syurga memanjangkan tengkuk mereka untuk melihat kepadanya, dan berkata: Siapakah ini? Malaikat berkata: Ini adalah saudara lelaki Rasulullah di dunia dan di akhirat.

Beliau berkata: Kemudian diberi keizinan kepada para nabi, para siddiqin, para syahid, lalu diletakkan ke atas para nabi mimbar-mimbar daripada cahaya, bagi para siddiqin katil-katil daripada cahaya, dan bagi para syahid kerusi daripada cahaya, kemudian Allah berfirman: Selamat datang dengan rombongan-Ku, pelawat-pelawat-Ku, dan jiran-jiran-Ku, wahai para malaikat-Ku, berikan mereka makan, lalu diberikan kepada mereka makanan yang tidak pernah dilihat oleh mereka sebelumnya perasa madu, kelembutan keju, dan keputihan salji, kemudian Dia berfirman: Wahai para malaikat-Ku berikan mereka buah-buahan yang bermacam-macam yang mereka tidak pernah melihatnya sebelumnya; yang segar manis, keputihan salji, dan kelembutan keju.

Beliau berkata: Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Jika satu biji daripada sebiji buah delima itu terjatuh, maka ia akan menutupi semua muka lelaki. Kemudian Dia berfirman: Wahai para malaikat-Ku, Pakaikan mereka, beliau berkata: Lalu mereka pergi kepada pokok-pokok di syurga yang dikilatkan dengan cahaya Yang Maha Pemurah, lalu mereka tertarik kepadanya. Kemudian Dia berfirman: Berikan mereka bauan, lalu angin di bawah Arasy mendatangi mereka, dan angin itu dinamakan al-Muthirah. Ianya lebih putih daripada salji, akan mengubah muka-muka mereka, dahi-dahi mereka, dan lambung mereka, kemudian Allah s.w.t akan melakukan tajalli sehingga mereka dapat melihat kepada cahaya zat-Nya yang tersembunyi daripada mata yang melihat.

Mereka berkata: Maha Suci Tuhan, Kami tidak menyembah Engkau dengan sewajarnya, wahai Yang Maha Besar. Kemudian Tuhan berfirman: Bagi kamu setiap Jumaat satu lawatan di antara Jumaat dan Jumaat tujuh ribu tahun menurut kiraan anda Daripadanya, daripada ‘Auf bin Abdullah, daripada Jabir bin Yazid al-Ja‘fi daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Syurga adalah ditegah atau diharamkan ke atas para nabi sehingga aku memasukinya (al-Jannatu muharramatun ‘ala al-Anbiya’ hatta adkhula-ha), dan ditegah atau diharamkan ke atas semua umat sehingga syi‘ah kami Ahlu l-Bait memasukinya (wa muharramatun ‘ala al-Umam hatta yadkhula-ha syi‘atu-na Ahl al-Bait )[479].

Daripadanya, daripada ‘Auf bin Abdullah, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Tuhan berfirman: Kamu masuklah syurga dengan rahmat-Ku, selamatkan daripada neraka dengan keampunan-Ku, bahagikan syurga dengan amalan kamu, maka dengan kemuliaan-Ku, Aku akan meletakkan kamu di tempat yang kekal, dan mulia, apabila mereka memasukinya, mereka akan menjadi sepanjang Adam enam puluh hasta, dan semuda umur Isa tiga puluh tiga tahun, di atas bahasa Arab Muhammad serta di atas bentuk Yusuf dari segi kecantikan, kemudian muka mereka disinari cahaya, dan di atas hati Ayyub dari segi keselamatan daripada kedengkian[480].

Daripadanya, daripada ‘Auf bin Abdullah, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya syurga itu adalah empat sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Rahman (55 ):46 “ Dan bagi orang yang takut saat maqam Tuhannya ada dua syurga” iaitu seorang lelaki menentang syahwat dunia iaitu maksiat, lalu dia mengingati makam Tuhannya, lantas dia meninggalkan maksiatnya itu, kerana takut kepada-Nya, maka ini adalah ayatnya mengenainya. Justeru itu, dua syurga ini adalah bagi mukminin, dan orang-orang yang terdahulu.

Adapun firman-Nya Surah al-Rahman (55): 62 “ dan selain dari dua syurga itu ada dua syurga lagi”, beliau berkata: Selain dari dua syurga itu dari segi kelebihan, bukan dari segi keakraban, kedua-duanya untuk Ashab al-Yamin iaitu syurga al-Na‘im, dan syurga al-Ma’wa. Dan pada empat syurga ini terdapat buah-buahan yang banyak seperti daun kayu, dan bintang-bintang. Di atas empat syurga ini ada dinding yang mengelilinginya, panjangnya lima ratus tahun perjalanan, batu bata daripada perak, emas, mutiara, dan yaqut dilekatkan dengan warna kuning, dan di atasnya cahaya yang bersinar-sinar, seorang lelaki dapat melihat mukanya di dinding, dan satu dinding mempunyai lapan pintu dan setiap pintu mempunyai dua daun.

Daripadanya, daripada ‘Auf bin Abdullah, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Tanah syurga batu marmarnya adalah perak, debunya adalah kekuningan, bauannya adalah wangi, dan anak batunya daripada mutiara dan yaqut.

Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Katil-katilnya daripada mutiara, dan yaqut sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Waqi‘ah (56): 15, 34 “ Mereka berada di atas katil-katil yang bersalutkan emas dan mutiara”, dan “ dan hamparan yang tebal lagi empok” , dan Surah al-Mutaffifin (83) :23 “ di atas bangku panjang yang rendah mereka melihat”

Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Rasulullah s.w.a bersabda: Sesungguhnya sungai-sungai syurga berlari tanpa alur lebih putih daripada salji, lebih manis daripada madu, lebih lembut daripada keju, anak batu sungainya adalah daripada mutiara dan yaqut. Sungai-sungainya berlari di atas kehendak wali Allah, tanpa mengurangkan sesuatu jika semua penghuni dunia menikmatinya.

Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya kurma syurga, dan pelepahnya adalah daripada emas merah, buah kecilnya seperti permata jed hijau, pelepahnya daripada mutiara putih, buahnya yang segar adalah lebih segar daripada perak, lebih manis daripada madu, lebih lembut daripada keju, tandannya dua belas hasta, tiada sesuatu pun yang dapat menguranginya dan apabila dipetik, maka Allah mengembalikannya sebagaimana sebelumnya, Surah al-Waqi‘ah (56 )33 “yang tidak berhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya”

Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, daripada Nabi s.a.w tentang firman-Nya di dalam Surah al-Ra‘d (13):29 “ bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik” iaitu sebaik-baik tempat kembali. Adapun Tuba adalah pokok di syurga di mana pokoknya di dalam rumah Muhammad s.a.w. Jika seekor burung terbang dari batangnya ke cabangnya, maka ia tidak akan sampai kepadanya sehingga ia mati tua, dan di atas setiap daunnya ada malaikat yang berzikir kepada Allah, tiada satu rumah pun di syurga melainkan ada dahan pokok Tuba di tepi pagar syurga, ia akan membawa untuk mereka apa yang mereka kehendaki daripada segala perhiasannya,dan buah-buahnya tanpa mengurangi sesuatu sebelumnya.

Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Sesungguhnya ahli syurga adalah seorang yang senang, dan dihormati, seorang ahli syurga dikurniakan kekuatan seratus orang lelaki di dalam makanan, minuman, syahwat dan jimak, kekuatan makanannya adalah kekuatan seratus lelaki, dan ia akan menikmati kelazatan makanannya selama empat puluh tahun. Allah telah memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya, dan badan-badan mereka dengan sutera putih, perhiasan kuning, dan pakaian yang hijau.

Daripadanya, daripada ‘Auf, daripada Jabir, daripada Abu Ja‘far a.s, berkata: Sesungguhnya ahli syurga terus hidup tanpa mati, sedar tidak pernah tidur, kaya tidak pernah miskin, bergembira tanpa dukacita, ketawa tanpa menangis, dihormati tanpa dihina, sentiasa gembira tanpa merana, makan tanpa lapar, minum tanpa dahaga, memakai pakaian tanpa bertelanjang, selalu ziarah, kanak-kanak memberi salam kepada mereka, di tangan-tangan mereka cerek-cerek daripada emas dan perak, berehat di atas katil-katil panjang sedang melihat sesuatu, kehormatan daripada Allah mendatangi mereka secara berterusan, kami memohon kepada Allah syurga dengan rahmat-Nya, sesungguhnya Dia adalah berkuasa di atas setiap sesuatu[481].


Bab Sifat Neraka

Sa‘id bin Junah, berkata: ‘Auf bin Abdullah al-Azadi telah memberitahuku, daripada Jabir bin Yazid al-Ja‘fi, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Apabila Allah menghendaki mengambil roh orang kafir, Dia berfirman: Wahai malaikat maut, pergilah anda, dan pembantu-pembantu anda kepada musuh-Ku, sesungguhnya Aku telah mengujinya, maka Aku telah memperbaiki ujiannya, dan Aku telah menyerunya kepada Dar al-Salam, maka dia telah enggan selain dari mencela-Ku, mengingkari-Ku, dan nikmat-Ku, dan dia telah mencela-Ku di atas Arasy-Ku, lantaran itu, maka cabutlah rohnya sehingga kamu mencampakkannya di neraka.

Beliau berkata: Malaikat maut akan mendatanginya dengan muka yang membenci, dua matanya seperti guruh, dan suaranya seperti petir, warnanya seperti malam yang gelap, jiwanya seperti percikan api neraka, kepalanya di langit dunia, satu kaki di timur, dan satu kaki di barat, dua tapak kakinya di udara bersama-samanya besi yang banyak cabang, dan bersamanya lima ratus para malaikat yang mempunyai cambuk daripada Jahanam, kemudian malaikat Sahqata’il, penjaga Jahanam memasukinya, lalu memberinya minuman daripada neraka, tetapi dia masih dahaga sehingga dia memasuki Jahanam, apabila seorang melihat kepada malaikat maut, maka akalnya melayang (tara ‘aqlu-hu), dia berkata: Wahai malaikat maut, kembalikan aku, beliau berkata: Malaikat maut berkata: Tidak, ini adalah kalimat yang telah diperkatakannya, beliau berkata: Dia berkata: Wahai malaikat maut, kepada siapakah aku akan meninggalkan hartaku, keluargaku, anakku di dunia? Dia berkata: Tinggalkan mereka selain daripada anda, dan keluarlah anda ke neraka.

Beliau berkata: Lalu dia memukulnya dengan cambuk besi dengan pukulan yang menepati segala urat dan ikatan tulang, kemudian dia menariknya, lalu rohnya di tarik melalui dua tapak kakinya. Dan apabila ia sampai ke dua lututnya, dia memerintahkan pembantu-pembantunya supaya memukulnya dengan cambuk, kemudian dia mengangkatnya, dan membiarkan ia merasa kesakitannya sebelum ia keluar daripada tubuhnya seolah-olah dia dipukul dengan seribu pedang, jika dia mempunyai kekuatan Jin dan manusia, nescaya dia mengadu kesakitan pukulan cambuk tersebut, demikianlah keluarnya roh orang kafir daripada segala urat, anggota, sambungan tulang, dan rambut. Apabila ia sampai di halkum, maka malaikat memukul mukanya, dan duburnya. Firman-Nya di dalam Surah al-Ahqaf (46):20 “ Dan pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kamu telah fasiq”, dan firman-Nya di dalam Surah al-Furqan (25):22 “ Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa, dan mereka berkata:Hijran mahjura”, maka mereka berkata: Syurga diharamkan ke atas kamu.

Beliau berkata: Rohnya keluar, lalu malaikat maut meletakkannya di antara tukul dan besi landasan, lalu tepi-tepi anak-anak jarinya dipecahkan, dan dicungkil dua matanya, kemudian bau busuknya naik ke atas di mana penghuni langit menderita daripadanya, lalu mereka berkata: Laknat Allah ke atas roh kafir yang busuk telah keluar daripada dunia, lantas Allah melaknatinya dan dilaknati oleh orang yang melaknatinya, dan apabila dibawa rohnya ke langit dunia, maka pintu-pintu langit dunia ditutup sebagaimana firman-Nya Surah al-A‘raf (7):40 “ sekali-kali tidak akan dibukakan kepada mereka pintu-pintu langit, dan tidak pula mereka masuk syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat”, Allah berfirman: Kembalikannya kepadanya, maka di antaranya Aku telah menciptakan mereka, dan padanya, Aku akan kembalikan mereka, dan daripadanya Aku mengeluarkan mereka pada kali yang lain pula.

Dan apabila katilnya dibawa, maka syaitan juga akan membawanya, dan apabila sampai ke kuburnya, maka bumi berkata: Wahai Tuhanku, janganlah menjadikannya di perut aku sehingga diletakkan pada tempat yang telah ditetapkan Allah, dan apabila diletakkan di lahadnya, maka bumi berkata: Bukan selamat datang untuk anda wahai musuh Allah, demi Allah aku telah membenci anda ketika anda berada di atasku, dan aku pada hari ini lebih membenci anda ketika anda berada di perut aku, demi kemuliaan Tuhanku, aku akan menyakiti kejiranan anda, aku akan menyempitkan tempat masuk anda, aku akan menakutkan tempat tidur anda, dan aku akan menukarkan makanan anda, sesungguhnya aku adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka.

Kemudian Mungkar dan Nakir datang kepadanya, mereka adalah dua malaikat yang berwarna hitam, dan biru, mencari kubur dengan taring mereka berdua, percakapan mereka seperti petir, dan penglihatan mereka seperti kilat, mereka berdua menakut-nakutkannya, dan melaung-laungkan kepadanya serta berkata: Siapakah Tuhan kamu, apakah agama kamu, siapakah nabi kamu, dan siapakah imam kamu? Dia berkata: Aku tidak mengerti, beliau berkata: Mereka berdua berkata: Seorang yang syak di dunia, maka dia juga syak pada hari ini, kamu tidak mengerti dan tidak dapat petunjuk.

Beliau berkata: Mereka berdua memukulnya, dan semuanya mendengar pukulannya di timur dan di barat melainkan Jin dan manusia, beliau berkata: Kekuatan laungannya membuatkan ular berlindung di dalam tanah, dan binatang liar berlindung di hutan, tetapi kamu tidak mengetahuinya, beliau berkata: Kemudian dua ekor ular hitam dan biru mengazabkannya lima jam di siang hari, dan enam jam di waktu malam, kerana ia bersembunyi daripada orang ramai, tetapi tidak bersembunyi dengan Allah, maka jauhlah bagi mereka yang tidak beriman.

Beliau berkata: Kemudian Allah menguasainya dengan dua malaikat yang buta, dan pekak bersama mereka berdua dua tukul besi daripada api neraka memukulnya dengan tepat, lalu dia melaung, tetapi mereka berdua tidak mendengarnya sehingga hari Kiamat.

Apabila laungan hari Kiamat, maka kuburnya menyala, Dia berkata: Neraka bagi aku, apabila kubur aku menyalakan api, lalu seorang penyeru berkata: Sesungguhnya neraka, dan kehinaan sudah hampir kepada anda, berdirilah daripada api kubur kepada api yang tidak akan padam, kemudian dia keluar dari kuburnya di dalam keadaan dukacita, dan dua matanya menjadi biru, hidungnya menjadi panjang, hatinya gerhana, menunduk kepalanya, lalu amalannya yang buruk datang, dan berkata: Demi Allah, aku tidak mengetahui anda melainkan anda melengah-lengahkan ketaatan kepada Allah, tetapi bersegera kepada kemaksiatan-Nya, anda telah menaiki aku di dunia, maka aku akan menaiki anda pada hari ini sebagaimana anda telah menaiki aku, dan aku akan memandu anda ke neraka.

Beliau berkata: Kemudian dia menduduki di atas dua bahunya, lalu menendang tengkuknya hingga berakhir ke neraka Jahanam. Apabila dia melihat kepada malaikat telah bersedia rantai besi dan belenggu untuknya, dan terserlah kemarahan mereka, lalu dia berkata: Neraka Wail untuk aku, mudah-mudahan aku tidak diberi kitab, lalu Allah berfirman: Bawakan dia ke neraka, maka bumi di bawahnya menjadi api, dan matahari di atasnya juga menjadi api, lalu api datang mengelilingi tengkuknya, kemudian dia menangis panjang, api berkata kepadanya: Allah telah menyeksa anda kerana anda menderhaka-Nya.

Beliau berkata: Kemudian mashaf atau kitab datang berterbangan di belakangnya, lalu terjatuh di sebelah kirinya, kemudian malaikat datang, lalu menebuk dadanya ke belakangnya, kemudian tangan kanannya diikat ke belakang.

Kemudian dikatakan kepadanya: Bacalah kitab anda, beliau berkata: Dia berkata: Wahai malaikat, bagaimana aku akan membacanya sedangkan Jahanam di hadapan aku? Beliau berkata: Allah berfirman: Ketukkan tengkuknya, pecahkan kepalanya sehingga kepada dua kakinya, kemudian Dia berfirman: Ambillah dia, dan seksalah dia, beliau berkata: Tujuh puluh ribu malaikat yang ganas segera datang untuk menghormati firman-Nya. Di kalangan mereka ada yang menarik janggutnya, dan ada yang memecahkan tulang-tulangnya.

Beliau berkata: Dia berkata: Kenapa kamu semua tidak kasihanilah aku? Beliau berkata: Mereka berkata: Wahai si celaka (syaqiyyun), bagaimana kami mengasihani anda sedangkan anda tidak dikasihi oleh Yang Paling Mengasihani, adakah ini menyakitkan anda? Beliau berkata: Dia berkata: Ia sangat menyakitkan aku, beliau berkata: Mereka berkata: Wahai si celaka, bagaimana jika kami mencampakkan anda ke neraka? Beliau berkata: Lantas malaikat menolaknya di dadanya, maka dia jatuh ke neraka (yahwi) selama tujuh puluh ribu tahun, beliau berkata: Mereka berkata: Sepatutnya kami telah mentaati Allah dan Rasul-Nya, beliau berkata: Maka kekal bersamanya batu di kanannya dan syaitan di kirinya, batu daripada api neraka, membakar mukanya, Allah menciptakan untuknya tujuh puluh kulit, dan setiap kulit tebalnya empat puluh hasta mengikut hasta malaikat yang mengazabkannya, dan di antara satu kulit kepada kulit yang lain adalah empat puluh hasta.

Dan di antara kulit ke kulit yang lain pula ular-ular, cengking-cengking daripada neraka, dan ulat-ulat daripada neraka di mana kepalanya seperti bukit besarnya, dua pahanya seperti bukit Warqan iaitu bukit di Madinah, belalainya adalah lebih panjang daripada belalai gajah yang dapat menariknya dengan kuat, dua telinganya merupakan telaga yang dalam, dan di antaranya api yang menyala,api menyelar dari duburnya kepada hatinya, diikat dengan tujuh puluh rantai, dan setiap rantai itu tujuh puluh hasta, jika diletakkan satu rantai kecil ke atas bumi, nescaya ia menjadi cair.

Beliau berkata: Di atasnya tujuh puluh pakaian daripada neraka menutupi muka-muka mereka dengan api neraka, di atasnya songkok daripada api neraka, tidak ada pada tubuhnya tempat kosong melainkan terkena api neraka, di atas kepalanya mahkota enam puluh hasta daripada api neraka. Kepalanya ditebok sebayak tiga ratus enam puluh lubang, dan setiap lubang akan mengeluarkan asap pada setiap penjuru, otaknya cair sehingga mengalir ke arah dua bahunya, dan seterusnya akan mengalirkan tiga ratus enam puluh sungai daripada nanah, tempat tinggalnya sempit seperti anak panah pada lubangnya.Ini membuatkan muka-muka mereka menjadi hitam. Badan mereka menjadi besar,kuku-kuku mereka tumbuh seperti kuku kucing, dan helang yang memakan dagingnya, menyakiti tulangnya, meminum darahnya di mana ia tiada makanan dan minuman selain daripadanya.

Kemudian dia menolak d dadanya dengan satu kali tolak, lalu dia terjatuh menjunam ke neraka al-Hatamah selama tujuh puluh tahun, dan apabila ia jatuh, lalu diketuk ke atasnya dan syaitannya, kemudian syaitannya menariknya dengan rantai besi, setiap kali ia terjatuh, dia melihat kepada mukanya yang buruk, beliau berkata’ dia berkata: Mudah-mudahan di antara aku dan anda sejauh dua masyrik, maka anda adakah sejahat-jahat sahabat, aduhai anda! Anda telah menggoda aku sehingga aku menanggung azab Allah, lalu dia berkata: Wahai si celaka, bagaimana aku membuatkan anda menanggung azab Allah sedang aku dan anda pada hari ini bersyarikat di dalam azab Allah.

Kemudian dia memukul di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh tahun sehingga ke neraka ‘Ain dipanggil Aniyah sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Ghasyiah (88):5 “diberi minum dari sumber air yang sangat panas (aniyah )” Iaitu sumber air yang paling panas semenjak Allah menciptakan Jahanam, setiap lembah neraka tidur, tetapi mata Air itu tidak pernah tidur dari kepanasannya, malaikat berkata: Wahai golongan yang celaka, dekatilah, dan minumlah daripadanya, dan apabila mereka menentangnya, maka malaikat memukul mereka dengan tukul besi, dan dikatakan kepada mereka Rasailah azab yang membakar disebabkan apa yang dilakukan oleh tangan-tangan kamu dan sesungguhnya Allah tidaklah zalim kepada hamba-hamba-Nya.

Beliau berkata: Kemudian mereka dibawa datang dengan gelas daripada besi yang mengandungi minuman dari mata Air Aniyah, dan apabila ia didekatkan kepada mereka, lantas mulut-mulut mereka hangus, dan bertaburan daging muka mereka, dan apabila mereka meminumnya pula, maka perut dan kulit mereka terseksa.

Kemudian dia memukul di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh ribu tahun sehingga sampai ke neraka al-Sa‘ir. Dan apabila ia sampai ke neraka al-Sa‘ir, maka ia menyelar muka-muka mereka dan ketika itu mata mereka menjadi buta

Kemudian dia memukulnya di kepalanya dengan satu pukulan yang menjatuhkannya selama tujuh puluh tahun sehingga berakhir ke pokok al-Zaqum iaitu pokok yang keluar dari neraka Jahim seperti kepala syaitan, di atasnya seribu dahan daripada api neraka, dan setiap dahan mempunyai tujuh puluh ribu buah daripada api, dan setiap buah seperti kepala syaitan dari segi keburukan, dan kebusukannya, terjuntai di atas batu yang licin seperti cermin, di antara tunjang batu dan pokok al-Zaqum adalah tujuh puluh tahun, dahan-dahannya meminum air daripada api, buah-buahnya daripada api dan cabang-cabangnya daripada api, lalu dikatakan kepadanya: Wahai si celaka, naiklah, dan setiap kali dia menaikinya, dia tergelincir, dan setiap kali dia tergelincir, dia menaikinya pula, maka keadaannya sedemikian selama tujuh puluh ribu tahun di dalam azab.

Dan apabila dia memakan buahnya, dia mendapatinya lebih pahit daripada kesabaran, lebih busuk daripada bangkai, lebih keras daripada besi, dan apabila jatuh ke dalam perutnya, maka ia akan menggelegak di dalam perutnya seperti menggelegaknya neraka Hamim, mereka mengingati makanan yang baik yang mereka telah makan di dunia, di dalam keadaan sedemikian, malaikat menarik mereka, lalu mereka berada di dalam kegelapan. Apabila mereka menetap di neraka, lalu diperdengarkan kepada mereka jeritan ikan di dalam kuali.

Kemudian dia mencampakkan dirinya dari pokok ke lembah api cair yang lebih panas, lalu mencampakkannya di pantainya, ia mempunyai pantai-pantai seperti pantai-pantai kamu ini, kemudian dibawa kepada mereka jenis binatang-binatang seperti ular, jengking, dan baghal hitam, setiap jengking mempunyai enam puluh sengatan, dan setiap sengatan mempunyai racun. Ada pun ular, maka ia berwarna hitam dan biru, tujuh puluh ribu ular, dan tujuh puluh ribu jengking bergantungan kepada seorang lelaki, kemudian dicampak ke neraka selama tujuh puluh ribu tahun, tidak membakarnya, kerana ia memadai dengan racunnya, kemudian tujuh puluh ribu lelaki bergantungan di dahan-dahan pokok al-Zaqum, tanpa cenderung ke bawah dan tidak pula pecah Badan-badan mereka dijilat api ke hati, lalu kulit menjadi masak dan daging menjadi cair.

Yang Maha Perkasa, dan Maha Hidup memarahi dan berfirman: Wahai Malik, katakan kepada mereka: Kamu rasailah, kami tidak menambah selain daripada azab, wahai Malik, seksa mereka, seksa mereka, kemarahan-Ku bertambah ke atas orang yang telah mencela-Ku di atas Arasy-Ku, dan meringan-ringankan tentang hak-Ku, Aku adalah Raja Yang Perkasa, lalu Malik menyeru: Wahai orang yang sesat, angkuh, menentang nikmat di dunia, bagaimana kamu dapati sentuhan Saqar?

Beliau berkata: Mereka berkata: Hati-hati kami telah masak, dan daging-daging kami telah dimakan, dan tulang-tulang kami telah dipecahkan, maka tiada bagi kami orang yang kami boleh meminta pertolongan, dan membantu kami, beliau berkata: Malik berkata: Demi kemuliaan Tuhan-Ku, aku tidak akan menambahkan kamu selain daripada azab, lalu mereka berkata: Jika Tuhan kami mengazabkan kami, maka Dia tidak menzalimi kami sedikit pun, beliau berkata: Malik berkata:“Mereka mengakui dengan dosa-dosa mereka,maka kebinasaanlah bagi penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala” Surah al-Mulk (67):11.

Kemudian Yang Maha Perkasa marah dan berfirman: Wahai Malik, seksalah, seksalah, lalu Malik mengutus ke atas mereka awan hitam yang meneduhi penghuni-penghuni neraka, kemudian menyeru mereka, lalu yang pertama mereka, yang akhir mereka, yang lebih baik mereka dan yang lebih buruk mereka mendengarnya, Malik berkata: Apakah yang kamu mahu jika aku menurunkan hujan ke atas kamu? Mereka berkata: Air sejuk, alangkah dahaganya! Alangkah lamanya kehinaan! Kemudian dia menurunkan hujan batu, besi ke atas mereka.

Lantas muka, dan dahi mereka menjadi masak, dan mata mereka buta serta tulang-tulang mereka pecah, mereka menyeru pada masa itu, celakalah kami! Apabila tulang-tulang tercerai daripada daging, Allah bertambah marah, dan berfirman: Wahai Malik, tambahkan kepanasan ke atas mereka seperti kayu api di neraka, kemudian pukulkan gelombang roh-roh mereka selama tujuh puluh musim panas di neraka, kemudian ditutup ke atas mereka beberapa pintu, dari pintu ke pintu jaraknya lima ratus tahun perjalanan,tebalnya pintu adalah lima ratus tahun perjalanan, kemudian setiap lelaki daripada mereka adalah di dalam tiga tabut (kotak besi) daripada besi neraka.

Mereka tidak mendengar sebarang percakapan selama-lamanya selain daripada tepikan baghal, jeritan keldai, dan salakan anjing, pekak, bisu, tiada percakapan bagi mereka selain daripada suara penderitaan, kemudian ditutup ke atas mereka beberapa pintu di mana roh tidak dapat memasuki mereka, dan penderitaan tidak akan keluar daripada mereka selama-lamanya, tiada bagi mereka malaikat yang memberi syafaat kepada mereka, dan juga mereka tidak mempunyai sahabat yang setia. Allah melupai mereka, dan memadamkan ingatan mereka daripada hati hamba-hamba-Nya, dan mereka tidak mengingati mereka selama-lamanya, maka kami memohon perlindungan daripada Allah Yang Maha Pengampun, dan Maha Pemurah daripada neraka dan apa yang ada di dalamnya, dan daripada amalan yang mendekati diri ke neraka, sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Pemurah.

Apa pendapat anda tentang seorang lelaki yang telah memerdekakan seorang hambanya di waktu isyak di ‘Arafah? Beliau berkata: Memadai bagi hamba tersebut haji Islam, dan diberikan kepada tuannya dua pahala: Pahala kemerdekaannya dan pahala haji.


Pahala Cinta Kerana Allah

Diriwayatkan daripada al-Barra’ bin ‘Azib berkata: Aku telah berada bersama Rasulullah s.a.w pada suatu hari, maka beliau bersabda: Adakah kamu mengetahui manakah iman yang lebih kukuh? Kami berkata: Solat, beliau bersabda: Sesungguhnya solat adalah kebaikan, tetapi ia bukanlah solat, kami berkata: Zakat, maka beliau bersabda: Zakat adalah kebaikan, tetapi ia bukan zakat, lalu kami telah menyebutkan semua syariah Islam, maka beliau s.a.w bersabda: Iman yang paling kukuh adalah bahawa anda mencintai seorang lelaki kerana Allah dan memarahinya kerana Allah[482].

Diriwayatkan daripada sebahagian mereka dengan sanad-sanad yang dikaitkan kepadanya, berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di syurga beberapa tiang daripada emas di atasnya beberapa bandar daripada jed hijau yang menyinari penghuni-penghuni syurga seperti planet menyinari di ufuk langit, kami berkata: Bagi siapakah ini wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Bagi orang-orang yang bercinta kerana Allah (al-Mutahabbin fi l-Lahi).

Diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Lidah kebenaran itu lebih baik bagi seseorang itu daripada harta yang beliau makan,dan mewariskannya. Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w bersabda: Periksalah manusia, kerana seorang lelaki akan tertarik kepada orang yang dikaguminya, seorang ahli syair berkata:

Ikhlaskan kasih sayang anda yang mulia sesungguhnya

Setiap yang mulia akan menjaga ihsannya

Bersaudaralah dengan lelaki yang mempunyai maruah

Kematian adalah lebih baik daripada saudara yang hina.


Referensi:

[477] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 325.
[478] Abu Bakr dan Umar.
[479] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, 353.
[480] Ibid.
[481] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, 353.
[482] Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 125.



BIBLIOGRAFI

Abu al-Fida’, Tarikh, Cairo, 1364

Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, Beirut, 1382 H.

al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, Baghdad, 1959.

al-Baladhuri, Ansab al-Asyraf, Tunis, 1384 H.

al-Bukhari, Sahih, Beirut, 1377 H.

al-Darimi, al-Sunan, Cairo, 1385 H.

al-Dhahabi, al-Talkhis, Cairo, 1969.

____________,Mizan al-I‘tidal, Cairo, 1978.

al-Fadhl bin Syadhan al-Naisaburi, al-Idhah, Beirut, 1990.

Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, Cairo, 1382H.

al-Haithami, Majma‘al-Zawa’id, Baghdad, 1378 H.

al-Hakim, al-Mustadrak Baina al-Sahihaini, Cairo, 1969.

Al-Hasan bin ‘Ali bin al-Husain bin Syu‘bah, Tuhaf al-‘Uqul

‘an Ali al-Rasul, al-Najaf , 1380 H.

Al-Kasyi, al-Rijal, Baghdad, 1389 H.

Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘ab fi Ma‘rifah al-Sahabah, Cairo, 1365 H.

Ibn ‘Abd Rabbih, ‘Iqd al-Farid, Tunis, 1378 H.

Ibn Abual-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Baghdad, 1382 H.

Ibn al-Athir al-Jazari, Usd al-Ghabah, Baghdad, 1969.

Ibn Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, Cairo, 1956.

al-Kanji al-Syafi‘i, Kifayah al-Talib, Teheran, 1378 H.

al-Kulaini, Usul al-Kafi, Beirut 1413 H

­­__________ , al-Raudhah min al-Kafi, Beirut, 1412

al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, Baghdad, 1959.

Ibn al-Nadim, al-Fihris , Baghdad, 1391H.

Ibn ‘Asakir, Mukhtasar Tarikh Dimasyq, 1386 H.

Ibn Hajr al-‘Asqalani, al-Isabah fi Ma‘rifah al-Sahabah, Beirut, 1953.

____________,Fath al-Bari, Cairo, 1965.

____________,Tahdhib al-Tahdhib, Hyderabad, 1328 H.

Ibn Hajr al-Makki, al-S.a.wa‘iq al-Muhriqah, Baghdad, 1374 H.

al-Halabi, al-Sirah al-Halabiyyah, Beirut, 1987.

Ibn Hazm al-Andalusi, al-Muhalla, Beirut, 1401 H.

Ibn Hisyam, Sirah Ibn Hisyam, Beirut, 1987.

Ibn Kathir, al-Tafsir, Cairo, 1958.

____________,al-Bidayah wa al-Nihayah, Cairo, 1365 H.

Ibn Majah, al-Sunan, Baghdad, 1367 H.

al-Majlisi, Muhammad al-Baqir, Bihar al-Anwar , Beirut 1412 H

Malik bin Anas, al-Muwatta’, Tunis, 1972.

Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-‘Uqba, Tunis, 1376 H.

____________, al-Riyad al-Nadirah, Cairo, 1389 H.

Muhsin al-Amini, al-Ghadir fi al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Adab,

Beirut, 1967.

Muslim, Sahih, Cairo, 1967.

al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Ummal, Hyderabad, 1374 H.

al-Nasa’i, al-Khasa’is, Beirut, 1959.

____________, al-Sunan, Cairo, 1958.

al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ al-Mawaddah, Baghdad, 1395 H.

al-Saduq , al-Amali ,al-Najaf, 1389 H

_________, Ma ani al-Akhbar, al-Najaf , 1391 H

al-Salih al-Hanafi , al-Kaukab al-Durriyy, Tunis, 1367 H.

Sibt Ibn al-Jauzi, Tadhkirah al-Khawwas, Cairo, 1381 H.

al-Syablanji al-Syafi‘i, Nur al-Absar, Cairo, 1367 H.

al-Syarif al-Radhi, Nahj al-Balaghagh, Beirut, 1984.

Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, Cairo, 1961.

____________, Tarikh al-Khulafa’, Cairo, 1368

Al-Tabari, Tarikh, Beirut, 1958

al-Turmudhi, Sahih, Cairo, 1382 H.

al-Ya‘qubi, Tarikh, Beirut, 1379 H.

al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, Cairo, 1957.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: