Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Kitab Al-Ikhtisas (Bagian 6)

Kitab Al-Ikhtisas (Bagian 6)

Written By Unknown on Sabtu, 17 Februari 2018 | Februari 17, 2018


BAHAGIAN KEENAM

Hadis tentang Fadak, Saqifah Bani Sa‘idah, balaghah Nabi s.a.w, mutiara kata Amir al-Mukminin a.s, dialog Abu Hanifah dengan Abu Abdullah a.s, qasidah al-Farazdaq untuk Ali bin al-Husain a.s dan lain-lain


Hadis Tentang Fadak

Abu Muhammad, daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Adillah a.s berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mati, Abu Bakr telah menduduki tempatnya, beliau telah mengutus kepada wakil Fatimah a.s,lalu mengeluarkannya dari Fadak, kemudian Fatimah a.s telah mendatanginya dan berkata: Wahai Abu Bakr! Anda telah mendakwa bahawa anda adalah pengganti bapa aku, menduduki tempatnya, mengutus kepada wakil aku dan mengeluarkannya dari Fadak sedangkan anda mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah menghadiahkannya kepada aku dan sesungguhnya aku mempunyai beberapa saksi.

Maka Abu Bakr berkata kepadanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak meninggalkan pusaka, maka beliau kembali kepada Ali a.s, lalu memberitahunya, Ali a.s berkata kepadanya: Kembalilah anda kepadanya dan berkata: Anda telah menyangka bahawa Nabi s.a.w tidak mewariskan pusakanya sedangkan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan Yahya telah mewarisi Zakaria dan bagaimana aku tidak mewarisi bapa aku? ‘Umar berkata: Anda mahu mengajar kami? Beliau a.s berkata: Sekiranya aku adalah seorang yang mengajar anda, maka sepupu aku, dan suami akulah yang telah mengajar aku.

Abu Bakr berkata: ‘Aisyah dan ‘Umar menjadi saksi sesungguhnya mereka berdua telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Nabi s.a.w tidak mewariskan pusakanya. Fatimah a.s berkata: Ini adalah penyaksian bohong pertama di dalam Islam yang dilakukan oleh mereka berdua. Kemudian beliau berkata: Sesungguhnya Fadak adalah pemberian Rasulullah s.a.w kepada aku dan aku mempunyai beberapa orang saksi, beliau berkata kepadanya: Panggil saksi-saksi anda ke mari, maka Fatimah a.s datang bersama Ummu Aiman dan Ali a.s, Abu Bakr berkata kepada Ummu Aiman: Wahai Ummi Aiman sesungguhnya anda telah mendengar daripada Rasulullah s.a.w bersabda tentang Fatimah?

Maka mereka berdua berkata: Kami telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Fatimah adalah penghulu wanita syurga, kemudian Ummu Aiman berkata: Penghulu wanita syurga mendakwa perkara yang bukan haknya? Dan aku adalah wanita syurga selama aku menjadi saksi apa yang aku telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w.‘Umar berkata: Tinggalkan kami dengan kisah-kisah ini wahai Ummu Aiman, dengan apakah kamu berdua menjadi saksi? Ummu Aiman berkata: Aku duduk di rumah Fatimah a.s dan Rasulullah s.a.w juga duduk sehingga turun Jibrail ke atasnya, dan berkata:Wahai Muhammad! Berdirilah sesungguhnya Allah s.w.t telah memerintah aku supaya menggariskan Fadak untuk anda dengan sayap aku, maka Rasulullah s.a.w berdiri bersama Jibrail.

Kemudian beliau kembali. Maka Fatimah a.s berkata: Wahai bapaku di manakah anda telah pergi? Maka beliau bersabda: Jibrail telah membuat garisan Fadak untuk aku dengan sayapnya dan menetapkan sempadannya untuk aku, Fatimah a.s berkata: Wahai bapa aku, sesungguhnya aku khuatir tanggungan dan keperluan selepas anda, maka berilah ia kepada aku, maka beliau bersabda:Ia adalah pemberian kepada anda. Beliau berkata: Ya, Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Ummu Aiman, saksikanlah, wahai Ali, saksikanlah. Umar berkata: Anda adalah seorang perempuan dan kami tidak mengharuskan penyaksian seorang perempuan seorang sahaja, adapun Ali, maka beliau akan melakukannya untuk dirinya sendiri.

Fatimah berdiri di dalam keadaan marah dan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka berdua telah menzalimi hak anak perempuan Nabi Engkau, maka kuatkanlah tekanan Engkau ke Atas mereka berdua. Kemudian beliau keluar dan dibawa oleh Ali a.s mengelilingi rumah kaum muhajirin dan ansar, al-Hasan dan al-Husain bersama mereka berdua, Fatimah a.s berkata: Wahai, kaum muhajirin dan ansar, tolonglah Allah, kerana aku adalah anak perempuan Nabi kamu, kamu telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w pada hari itu kamu telah memberi baiah kepadanya untuk melindunginya dan zuriatnya daripada sebarang ancaman sebagaimana kamu melindungi diri kamu, dan zuriat kamu.

Beliau berkata: Tetapi tiada seorang pun yang telah menolongnya. Kemudian beliau datang kepada Mu‘adh bin Jabal dan berkata: Wahai Mu‘adh, sesungguhnya aku datang bagi meminta bantuan anda, anda telah memberi baiah kepada Rasulullah s.a.w agar anda menolongnya dan zuriatnya, menghalangnya sebagaimana anda menghalang diri anda dan zuriat anda. Sesungguhnya Abu Bakr telah merampas Fadak daripada aku, dan mengeluarkan wakil aku daripadanya. Beliau berkata: Adakah orang lain selain daripada aku? Beliau a.s berkata: Tiada seorang pun yang telah menyahuti seruan aku. Beliau berkata:Di manakah aku akan mendapatkan pertolongan untuk anda? Maka Fatimah a.s keluar dari sisinya, dan anak lelakinya datang kepadanya dan berkata: Apakah yang membuatkan anak perempuan Muhammad datang kepada anda?

Beliau berkata: Beliau datang untuk mendapatkan pertolongan aku menentang Abu Bakr, kerana beliau telah mengambil Fadak daripadanya, beliau bertanya lagi: Anda tidak menyahut seruannya? Beliau berkata: Aku seorang tidak boleh melakukannya. Beliau berkata: Anda telah enggan menolongnya? Beliau menjawab: Ya, beliau berkata:Apakah yang telah dikatakan kepada anda? Beliau berkata kepada aku: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w.

Maka anak lelakinya berkata: Demi Allah, aku akan menentang anda sepenuhnya sehingga aku membentangkannya kepada Rasulullah s.a.w jika anda tidak menyahuti seruan anak perempuan Muhammad s.a.w, beliau berkata: Fatimah a.s keluar dari sisinya dan berkata: Demi Allah,aku tidak akan bercakap dengan anda sehingga aku dan anda berkumpul di sisi Rasulullah s.a.w, kemudian beliau pulang. Maka Ali a.s berkata kepadanya: Pergi kepada Abu Bakr, kerana beliau adalah lebih lembut daripada sahabatnya dan katakan kepadanya: Anda telah mendakwa tempat bapa aku dan anda khalifahnya.

Anda telah menduduki tempatnya, jika Fadak milik anda kemudian aku meminta anda supaya anda memberinya kepada aku, maka ia wajib diberikan kepada aku. Manakala beliau mendatanginya, beliau berkata kepadanya sedemikian, Abu Bakr berkata: Anda memang benar. Lalu beliau menulis surat tentang pemberian balik Fadak, lantas beliau a.s keluar dan surat telah berada bersamanya, kemudian beliau terserempak dengan ‘Umar, maka beliau berkata: Wahai anak perempuan Muhammad, apakah surat bersama anda? Beliau berkata: Surat yang telah ditulis Oleh Abu Bakr tentang pemberian balik Fadak kepada aku, beliau berkata: Berikan kepada aku.

Fatimah a.s enggan untuk memberikannya kepadanya, lalu ‘Umar menendangnya[198] dengan kakinya pada masa itu beliau sedang mengandung anak lelakinya al-Muhsin. Maka Muhsin telah tergugur dari kandungannya, kemudian beliau telah memukulnya seolah-olah aku sedang melihat kepada subang di telinganya jatuh bertaburan. Kemudian ‘Umar telah mengambil surat tersebut, lalu mengoyaknya. Fatimah a.s pergi dan tinggal tujuh puluh hari di dalam keadaan sakit kerana pukulan ‘Umar, apabila hampir mati, beliau telah menyeru Ali a.s dan berkata: Anda memberi jaminan atau aku wasiatkannya kepada anak lelaki al-Zubair.

Maka Ali a.s berkata: Aku menjamin wasiat anda wahai anak perempuan Muhammad, Fatimah a.s berkata: Aku meminta anda dengan hak Rasulullah s.a.w apabila aku mati, dua lelaki[199] itu tidak akan menyaksikan aku dan tidak akan mengerjakan solat jenazah untuk ku, Ali a.s berkata: Maka bagi anda hak sedemikian, apabila beliau mati, maka Ali a.s telah mengapankannya pada waktu malam. Penduduk Madinah datang pada waktu pagi untuk menghadiri jenazahnya, begitu juga Abu Bakr dan ‘Umar. Ali a.s keluar dari rumahnya kepada Abu Bakr dan ‘Umar, mereka berdua berkata kepadanya: Apakah anda telah lakukan kepada anak perempuan Muhammad, anda telah menyempurnakannya, wahai Abu al-Hasan? Ali a.s berkata: Demi Allah, aku telah menyempurnakannya pada waktu malam.

Mereka berdua berkata: Apakah yang telah membawa anda melakukan sedemikian tanpa memberitahukan kami? Beliau a.s berkata: Fatimah a.s telah memerintah aku sedemikian. ‘Umar berkata: Demi Allah, aku bercadang untuk menggalinya dan mengerjakan solat ke atasnya. Ali a.s berkata: Demi Allah, selama hati aku masih berfungsi, dan pedang Dhu l-Fiqar masih di tangan aku, anda tidak akan dapat menggali kuburnya, dan anda lebih mengetahuinya. Abu Bakr berkata kepada ‘Umar: Pergilah kerana beliau (Ali) adalah lebih berhak dengannya daripada kita, orang ramai pun bersurai[200].


Hadis Tentang Saqifah Bani Sa‘idah

Abu Muhammad daripada ‘Umru bin Abu al-Miqdam daripada bapanya daripada datuknya berkata: Tiada hari yang lebih besar dialami oleh Ali a.s daripada dua hari, pertama adalah hari kematian Rasulullah s.a.w . Kedua adalah hari Saqifah Bani Sa‘idah, demi Allah, aku sedang duduk di Saqifah Bani Sa‘idah di kanan Abu Bakr dan orang ramai sedang memberi baiah kepadanya apabila ‘Umar berkata kepada Abu Bakr: Kenapa anda tidak berbuat sesuatu kepada Ali yang belum memberi baiah kepada anda, utus kepadanya sehingga beliau datang kepada anda untuk memberi baiah?

Beliau berkata: Beliau telah mengutus Qunfudh, dan berkata kepada Ali a.s: Sahutlah seruan khalifah Rasulullah s.a.w? Ali a.s berkata: Alangkah cepatnya anda telah berbohong ke atas Rasulullah s.a.w sedangkan Rasulullah s.a.w tidak melantik seorang pun penggantinya selain daripada aku, Qunfudh kembali dan memberitahu Abu Bakr tentang kata-kata Ali a.s, Abu Bakr berkata: Pergi kepadanya dan katakan kepadanya: Abu Bakr menyeru anda dan datanglah kepadanya sehingga anda memberi baiah, kerana anda seorang lelaki di kalangan muslimin, Ali a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah memerintahkan aku supaya aku tidak keluar sehingga aku menyusun al-kitab (al-Qur’an), kerana ia masih berada di pelepah kurma dan di kulit unta.

Qunfudh kembali lagi kepada Abu Bakr dan memberitahunya tentang kata-kata Ali a.s, lantas ‘Umar berkata kepada Abu Bakr:Berdiri lah anda kepada lelaki itu, maka Abu Bakr, Umar, Uthman, Khalid bin al-Walid, al-Mughirah bin Syu‘bah, Abu ‘Ubaidah, Salim hamba Abu Hudhaifah, dan aku telah berdiri bersama-sama mereka, Fatimah a.s telah menyangka bahawa tiada seorang pun akan memasuki rumahnya melainkan dengan izinnya, maka beliau telah menutup pintunya. Manakala mereka sampai di pintunya, maka ‘Umar telah menendangnya dengan kakinya dan memecahkannya-Ia diperbuat dari pelepah kurma-lalu mereka memasukinya dan mengeluarkan Ali a.s di dalam keadaan terikat.

Fatimah a.s keluar dan berkata: Wahai Abu Bakr dan ‘Umar! Kamu berdua mahu menjadikan aku ibu tunggal daripada suami aku, demi Tuhan, sekiranya kamu berdua tidak berhenti dari melakukannya terhadapnya, nescaya aku akan menguraikan rambut aku, aku akan mengoyakkan poket baju aku, dan aku akan mendatangi kubur bapa ku,dan aku akan mengadu kepada Tuhanku, maka beliau pun keluar dan memegang tangan al-Hasan dan al-Husain menuju ke arah kubur Rasulullah s.a.w. Ali a.s berkata kepada Salman: Wahai Salman, dapatkan anak perempuan Muhammad, kerana aku sedang melihat dua kawasan Madinah sedang bergerak, demi Tuhan,jika beliau melakukan apa yang dikatakannya, nescaya Madinah dan penduduknya akan ditelan bumi, beliau berkata: Salman dapat memintasnya dan berkata: Wahai anak perempuan Muhammad,sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus bapa anda sebagai rahmat,maka kembalilah, Fatimah a.s berkata: Wahai Salman, aku tidak sabar lagi, lantaran itu, tinggallah aku sehingga aku mendatangi kubur bapa aku,maka aku dapat mengadu kepada Tuhanku, Salman berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah mengutus aku kepada anda supaya pulang, beliau berkata: Aku mentaatinya, maka beliau pulang, mereka telah mengeluarkan Ali dari rumahnya di dalam keadaan terikat.

Beliau berkata: Al-Zubair datang di dalam keadaan pedang terhunus seraya berkata: Wahai Bani Abd al-Muttalib! Adakah dilakukan sebegini kepada Ali sedangkan kamu masih hidup? Kemudian beliau telah menerkam kepada ‘Umar untuk memukulnya dengan pedangnya, lantas Khalid bin al-Walid melontar batu ke tangannya, dan ia mengenainya, lalu terjatuh pedang di tangannya. Lantas ‘Umar mengambil pedangnya dan memukulnya ke atas batu, lalu ia pecah.

Ali a.s telah melalui di atas kubur Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai anak lelaki ibu aku, sesungguhnya kaum telah menindas aku dan mereka hampir membunuh aku”. Kemudian Ali a.s dibawa ke Saqifah untuk majlis Abu Bakr, kemudian ‘Umar berkata kepadanya: Baiahlah anda kepada Abu Bakr, maka Ali a.s berkata: Jika aku tidak melakukannya? ‘Umar berkata: Demi Tuhan, kami akan memukul tengkuk anda, Ali a.s berkata: Jika begitu, aku akan menjadi hamba Allah dan saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh? Umar berkata: Adapun hamba Allah yang terbunuh, maka jawapannya: Ya, dan adapun saudara Rasulullah s.a.w yang terbunuh, maka jawapannya: Tidak.-Beliau telah berkata sebanyak tiga kali, ‘Abbas berkata: Berlembutlah kamu semua terhadap anak saudara aku, maka baiahnya kepada anda adalah terletak di atas aku.

Kemudian Abbas telah mengambil tangan Ali a.s dan menyapukannya di atas tangan Abu Bakr, dan mereka telah membiarkan Ali a.s di dalam keadaan marah, lalu beliau mengangkat kepalanya ke langit, kemudian berkata: Wahai Tuhanku, Engkau mengetahui sesungguhnya Nabi Ummiyyi telah bersabda kepada aku: Jika mereka genap dua puluh, maka perangilah mereka iaitu firman Engkau di dalam kitab Engkau Surah al-Anfal (8): 65 “Jika kamu mempunyai dua puluh orang yang sabar di kalangan kamu, mereka akan mengalahkan dua ratus orang”, wahai Tuhanku, sesungguhnya mereka tidak sampai dua puluh orang-sehingga beliau telah berkata sebanyak tiga kali-kemudian beliau pulang[201].


Balaghah Nabi S.A.W


Diriwayatkan oleh sebahagian Bani Hasyim tentang sebuah hadis yang dikaitkan kepada Rasulullah s.a.w secara marfu‘ bahawa seorang lelaki Badwi telah mendatangi Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah boleh seorang lelaki menangguhkan mahar isterinya? Beliau bersabda: Ya, apabila ia seorang fakir, kemudian beliau bertanya : Wahai Rasulullah! Siapakah yang telah mengajar anda?

Beliau bersabda: Allah yang telah mengajar aku, dan aku adalah seorang Arab yang paling fasih walaupun aku daripada Quraisy, dan dididik di rumah Hawazin Bani Sa‘d bin Bakr. Aku telah membesar bagaikan awan, mereka berkata: Inilah awan yang telah meneduhkan kami. Maka beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat bawahannya yang meliputi ufuk langit? Mereka berkata: Alangkah cantik dan kukuh kedudukannya! Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat keseluruhannya? Mereka berkata: Alangkah cantiknya ia di dalam bentuk bulatnya. Beliau bersabda: Bagaimana kamu melihat sinaran dan keputihannya atau jaluran cabangnya yang panjang? Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya telah datang hujan kepada kamu? Mereka berkata: Wahai Rasulullah s.a.w! Kami tidak dapati orang yang lebih fasih daripada anda. Beliau bersabda: Apakah yang menghalang aku, sedangkan aku adalah seorang Arab yang paling fasih. Allah telah menurunkan al-Qur’an dengan bahasa aku, sebaik-baik bahasa sekalipun aku dibesarkan di kalangan Bani Sa‘d[202].


Mutiara Kata Amir al-Mukminin A.S

Diriwayatkan daripada Amir al-Mukminin a.s bahawa beliau berkata: Orang yang bermegah dengan dirinya sendiri adalah lebih mulia daripada orang yang bermegah dengan bapanya, kerana aku adalah lebih mulia daripada bapa aku, dan Nabi s.a.w adalah lebih mulia daripada bapanya, Ibrahim adalah lebih mulia daripada Tarikh.

Ada orang bertanya kepadanya: Dengan apakah kemegahan itu? Beliau berkata: Dengan salah satu daripada tiga perkara:Harta lahir, adab yang baik, dan pertukangan di mana seorang tidak malu dengannya.

Ada orang bertanya Amir al-Mukminin a.s: Bagaimana anda menyambut waktu pagi wahai Amir al-Mukminin? Beliau berkata:Aku menyambut waktu pagi aku dengan memakan rezeki aku, dan menunggu ajal aku, ada orang bertanya kepadanya: Apa pendapat anda tentang dunia? Beliau berkata: Apa aku akan berkata kepada dunia pada awalnya dukacita, dan akhirnya kematian, barangsiapa yang menjadi kaya padanya, hakikatnya ia adalah seorang fakir, dan barangsiapa yang menjadi fakir padanya, maka ia berdukacita, halalnya dihisab, dan haramnya ke neraka.
Ada orang bertanya kepadanya: Siapakah orang yang paling bergembira? Beliau berkata: Orang yang selamat dari balasan,dan mengharap pahala ketika jasad di bawah tanah.

Beliau berkata: Barangsiapa yang telah mengunjungi saudaranya muslim kerana Allah, maka Allah akan menyerunya:Wahai pengunjung! Anda telah melakukan perkara yang baik,dan syurga pun baik kepada anda.

Beliau berkata: Apabila seorang muslim menunaikan hajat seorang muslim, maka Allah akan menyerunya: Di atasKu pahala anda, dan aku tidak reda kepada anda tanpa syurga.
Beliau berkata: Tiga orang yang akan diketawakan Allah kepada mereka pada hari Kiamat: Seorang lelaki berada di atas hamparannya bersama-samanya isterinya yang dicintai, lalu ia mengambil wuduk, memasuki masjid, mengerjakan solat dan bermunajat kepada Tuhannya, seorang lelaki yang berjunub, kemudian tiada air, lantas ia pergi kepada salji dan memecahkannya, kemudian ia memasukinya dan mandi junub, dan seorang lelaki bertembung musuhnya bersama-sama para sahabatnya, tiba-tiba mereka diserang, maka ia ikut berperang sehingga ia terbunuh.
Beliau berkata: Ucapan takziah akan mewarisi syurga, beliau berkata: Apabila anda membawa keranda mayat, nescaya anda keluar daripada dosa sebagaimana anda dilahirkan ibu anda.
Beliau berkata: Siapa yang telah membeli daging kepada keluarganya dengan satu dirham seolah-olah beliau telah memerdekakan hamba daripada anak Ismail.

Beliau berkata: Siapa yang telah meminum lebihan minuman saudaranya kerana mengambil keberkatannya, nescaya Allah menjadikan di antara mereka berdua malaikat yang akan memohon ampun untuk mereka berdua sehingga berlakunya Kiamat. Beliau berkata: Lebihan makanan atau minuman mukmin adalah penyembuhan kepada tujuh puluh penyakit[203].


Dialog Abu Hanifah Dengan Abu Abdullah

Muhammad bin ‘Ubaid daripada Hammad daripada Muhammad bin muslim berkata: Abu Hanifah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s dan berkata: Aku telah melihat anak lelaki anda Musa sedang mengerjakan solat, dan orang ramai melalui di hadapannya, tetapi beliau tidak melarang mereka, dan itulah apa yang telah berlaku, Abu Abdullah a.s berkata: Panggilkan Musa untukku, manakala beliau datang kepadanya, beliau berkata kepadanya: Wahai anak lelaki aku, sesungguhnya Abu Hanifah menyebut bahawa anda sedang mengerjakan solat, dan orang ramai melalui di hadapan anda, tetapi anda tidak melarang mereka, beliau berkata: Ya, wahai bapaku, sesungguhnya yang aku mengerjakan solat kepada-Nya adalah lebih hampir kepadaku daripada mereka, Allah berfirman di dalam Surah al-Qaf (50):16 “Kami lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya”. Lantas Abu Abdullah mendakapnya dan berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, wahai Yang menyimpan segala rahsia![204]

Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, adakah pembunuhan di sisi kamu lebih berat daripada zina? Beliau berkata: Pembunuhan lebih berat daripada zina, beliau berkata: Bagaimana Allah telah memerintah di dalam pembunuhan dua saksi sementara di dalam zina empat saksi? Bagaimana ini boleh didapati dengan kias? Wahai Abu Hanifah, adakah meninggalkan solat lebih berat atau meninggalkan puasa? Beliau berkata: Meninggalkan puasa lebih berat, beliau berkata: Bagaimana seorang perempuan menggantikan puasanya, dan tidak menggantikan solatnya; bagaimana ini boleh didapati dengan kias?

Aduhai anda wahai Abu Hanifah, adakah perempuan lebih lemah di dalam pendapatnya atau lelaki? Beliau berkata: Malah perempuan, beliau berkata: Bagaimana Allah telah menjadikan satu saham untuk perempuan dan dua saham untuk lelaki? Bagaimana perkara ini dapat dilakukan kias? Wahai Abu Hanifah, berak lebih kotor atau air mani? Beliau berkata: Malah berak lebih kotor, bagaimana boleh dilakukan istinja’ daripada berak dan dimandikan junub daripada air mani? Bagaimanakah perkara ini dapat dilakukan dengan kias? Aduhai anda wahai Abu Hanifah, anda berkata aku berkata: Aku akan turun sebagaimana Allah turun? Beliau berkata: Aku minta pertolongan Tuhan dari mengatakannya, beliau a.s berkata: Ya, anda dan para sahabat anda berkata sedemikian tanpa mengetahuinya.

Abu Hanifah berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku sebuah hadis yang kami akan memberitahu kepada orang ramai tentang anda? Beliau a.s berkata: Abu Muhammad bin Ali telah memberitahu aku daripada bapanya Ali bin al-Husain a.s daripada bapanya al-Husain bin Ali a.s daripada bapanya Ali in Abu Talib a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian (al-Mithaq) Ahlu l-Bait daripada setinggi-tinggi tanah ‘illiyyin, dan Dia telah mengambil tanah syi‘ah kita daripada kami. Jika seluruh penduduk langit dan penduduk bumi bekerja keras untuk mengubah sesuatu daripadanya, nescaya mereka tidak mampu melakukannya. Beliau berkata: Abu Hanifah telah menangis, begitu juga para sahabatnya. Kemudian Abu Hanifah keluar, kemudian diikuti oleh para sahabatnya[205].


Hadis Tentang Baghal Betina Abu Hanifah

Daripadanya, daripada Sama‘ah berkata: Seorang lelaki telah bertanya kepada Abu Hanifah tentang (al-Syai’) sesuatu tertentu dan tentang la syai’ (tanpa sesuatu), lalu beliau memberitahunya tentang al-syai’ dan tidak dapat menjawab kepadanya tentang la syai’, lantaran itu beliau berkata kepada lelaki tersebut: Pergilah dengan baghal betina ini kepada imam orang al-Rafidhah (Abu Abdullah), dan juallah kepadanya bi-la syai’, dan terimalah harganya, kemudian lelaki tersebut telah datang bersama baghal tersebut menemui Abu Abdullah a.s, Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Aku telah meminta Abu Hanifah supaya menjual baghal betina ini. Beliau berkata: Beliaulah yang telah memerintahkan aku supaya menjualkannya. Beliau a.s berkata: Berapakah harganya? Beliau berkata: Bi-la syai’, beliau berkata kepadanya: Apakah yang anda katakan? Beliau berkata: Kebenaran yang aku katakan, maka beliau a.s berkata: Sesunguhnya aku telah membelinya daripada anda bi-la syai’.
Beliau berkata: Abu Abdullah telah menyuruh hambanya memasukkan baghal betina tersebut di dalam kandangnya.

Beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah menunggu bayaran selama satu jam, manakala beliau a.s melambatkan pembayarannya, Muhammad bin al-Hasan berkata: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda tentang bayaran? Beliau berkata: Perjanjian adalah pada keesokannya, lantas beliau kembali kepada Abu Hanifah, maka beliau telah memberitahunya tentang perkara tersebut dan meredainya, pada keesokannya, Abu Hanaifah datang kepadanya, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Anda telah datang untuk menerima bayaran baghal betina la syai’?

Beliau berkata: Ya, dan la syai’ adalah bayarannya? Beliau berkata: Ya, maka Abu Abdullah menaiki baghal tersebut sementara Abu Hanifah menaiki binatang lain melintasi padang pasir, apabila hari siang, Abu Abdullah telah melihat kepada maya sedang meninggi seolah-olah seperti air yang sedang mengalir, Abu Abdullah berkata: Wahai Abu Hanifah, apakah di lurahnya seolah-olah ia sedang mengalir? Beliau berkata: Itulah air wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, manakala mereka berdua sampai ke tempat tersebut,maka ianya semakin jauh, lantas Abu Abdullah berkata: Terimalah bayaran baghal betina itu, Allah berfirman Surah al-Nur ( 24) :39 “laksana maya di tanah datar, yang di sangka air oleh orang yang dahaga, tetapi apabila didatanginya air itu, maka dia tidak mendapatinya sesuatupun”

Beliau berkata: Abu Hanifah keluar kepada para sahabatnya di dalam keadaan dukacita, lalu mereka bertanya kepadanya: Apakah gerangan anda wahai Abu Hanifah? Beliau menjawab: Baghal betina aku telah pergi tanpa bayaran sedangkan harga baghal betina itu adalah sepuluh ribu dirham.


Hadis Qasidah Al-Farazdaq Untuk Ali Bin al-Husain A.S

Ja‘far bin al-Husain al-Mu’min - rahimahu llahu- telah memberitahu kami daripada Haidar bin Muhammad bin Nu‘aim yang dikenali dengan Abu Ahmad al-Samarqandi, murid Abu al-Nadhar Muhammad bin Mas‘ud daripada Muhammad bin Mas‘ud berkata: Muhammad bin Ja‘far telah memberitahu kami berkata: Abu al-Fadhl Muhammad bin Ahmad bin Mujahid telah memberitahu kami, berkata: Al-‘Alaa’ bin Muhammad bin Zakaria di Basrah telah memberitahu kami berkata: ‘Ubaidillah bin Muhammad bin ‘Aisyah[206] telah memberitahu kami, lalu berkata: Bapa aku telah memberitahu aku bahawa Hisyam bin Abd al-Malik telah menunaikan fardu haji pada masa pemerintahan Abd al-Malik dan al-Walid, beliau telah melakukan tawaf di Ka‘bah, dan mahu mengucup Hajr al-Aswad, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kesesakan, maka disediakan untuknya mimbar, lalu beliau duduk di atasnya.

Penduduk Syam telah melakukan tawaf bersama-samanya, tiba-tiba Ali bin al-Husain datang memakai pakaian ihram, mempunyai muka yang bersih, memakai bauan, dan di antara dua matanya kesan sujud, beliau mulai melakukan tawaf di Ka‘bah. Apabila beliau sampai di Hajr al-Aswad, orang ramai memberi ruang kepadanya sehingga beliau mengucup Hajr al-Aswad, kerana kehebatan, dan kemuliaannya, maka Hisyam telah menjadi marah, seorang lelaki daripada Syam berkata kepada Hisyam: Siapakah lelaki yang dihormati oleh orang ramai sebegitu rupa sehingga mereka mengosongkan ruang untuknya bagi mengucup Hajr al-Aswad? Hisyam berkata: Aku tidak mengenalinya,aku harap orang-orang Syam tidak mencintainya, maka al-Farazdaq berkata bahawa beliau telah hadir bersama, dan mengenalinya. Lelaki Syam berkata: Siapakah dia wahai Abu Faris?

Beliau menjawab:

Inilah orang yang dikenali jejaknya oleh ahlinya
Baitullah mengenalinya dan syiarnya-syiarnya
Ini adalah anak lelaki sebaik-baik hamba Allah
Inilah seorang bertakwa, bersih, suci ilmunya
Ini adalah Ali Rasulullah s.a.w bapanya
Cahaya petunjuknya menerangi kegelapan
Apabila Quraisy melihatnya dan berkata:
Kepada kemuliaan lelaki ini berakhirnya kemuliaan
Meningkat kemuncak kemuliaan yang tidak
Dicapai oleh Arab Islam dan A‘jam
Hampir dipegang oleh Hajr apabila beliau mengucupnya
Diam kerana malu diam kerana kehebatannya
Ia tidak bercakap melainkan ketika ia senyum
Berpecah cahaya kegelapan daripada cahaya sinarannya
Seperti matahari yang memecahkan cahaya kegelapan
Di tapak tangannya bauan harum telah melekat
Bauannya dari tapak tangan sehingga ke hidungnya
Bertanggung jawab terhadap kaumnya di dalam kesusahan
Lemah lembut dan mempunyai daya tarik menggembirakan
Inilah anak lelaki Fatimah jika anda tidak mengenalinya
Dengan datuknya segala para nabi berakhir
Inilah anak lelaki Fatimah yang dinisbahkan
Di syurga yang kekal namanya ditulis dengan Qalam
Allah telah memuliakannya dan menghormatinya pada awal lagi
Telah berlaku sedemikian untuknya pada awal Lauh
Daripada datuknya kelebihan para nabi terserlah kerananya
Dan kelebihan umat terdahulu terserlah kerana umatnya memecahkan
Segala kefakiran dan kezaliman
Dua tangannya sebagai pembantu untuk manfaat umum
Dua tapak tangannya adalah sama dan tidak pernah menolak
Tingkah lakunya amat menyenangkan tidak takut dengan cabaran
Dihiaskan dengan dua perkara: Akhlak yang baik dan mulia
Melaksanakan ihsan dengan saksama, dan
Tidak mungkir janji, baik jagaannya
Lapang dada menghadapi kesusahan dengan cekal hati
Mencintai mereka adalah perintah agama,dan membenci mereka
Kekafiran,dan mendekati mereka adalah kejayaan dan pegangan
Menolak kejahatan dan bala dengan mencintai mereka
Bertambah ihsan dengannya dan nikmat
Diutamakan selepas menyebut Allah adalah menyebutkan mereka
Pada permulaan kalam dan selepasnya
Jika dikira ahli takwa kesemuanya merekalah para imam mereka
Ditanya sebaik-baik penduduk bumi?Jawapannya adalah mereka
Tidak mampu menandingi mereka dengan kemurahan mereka
Merekalah bagaikan hujan memberi rahmat
Bagaikan singa yang mengawas dan api yang
Membakar
Celaan enggan memasuki halaman mereka
Akhlak mulia diikuti sifat mulia yang berterusan
Kesusahan hidup tidak mengurangkan perkhidmatan mereka
Apatah lagi jika mereka kaya atau tidak mempunyai sesuatu
Mana-mana makhluk tidak di dalam jagaan mereka
Tidak memiliki keistimewaannya, kerana ia adalah nikmat
Siapa yang mengenali Allah akan mengenali
Keistimewaan ini
Agama dari keluarga rumah inilah dianuti oleh umat

Beliau berkata: Hisyam telah pergi dan memerintahkan supaya Farazdaq ditahan, lalu beliau ditahan di ‘Asfan di antara Makkah dan Madinah. Berita penahanannya telah sampai kepada Ali bin al-Husain a.s, maka beliau mengutus kepadanya dua belas ribu dirham, dan berkata: Kami memohon izin wahai Abu Firas, jika kami mempunyai lebih banyak daripada ini, nescaya kami akan memberikannya kepada anda, tetapi beliau telah menolaknya, dan berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, anda tidak berkata melainkan kemarahan untuk Allah dan Rasul-Nya s.a.w, dan aku tidak bergantung kepadanya sedikitpun, lalu beliau menolaknya kepadanya dan akhirnya beliau telah menerimanya, al-Farazdaq telah menghina Hisyam ketika di dalam tahanan, antaranya:

Adakah anda menahanku di antara Madinah
Di mana hati manusia cenderung kepadanya
Menukar kepala bukan kepala sayyid
Mata juling telah hilang keaibannya

Ali bin al-Hasan bin Yusuf telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Ja‘far al-‘Alawi daripada al-Husain bin Muhammad bin Jumhur al-‘Ammi berkata: Far‘an, perawi al-Farazdaq, telah memberitahuku, berkata: Aku telah mengerjakan haji bersama-sama Abd al-Malik bin Marwan, maka beliau telah melihat kepada Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s, lalu menghinanya dengan berkata: Siapakah lelaki ini? Al-Farazdaq berkata:

Inilah anak lelaki sebaik-baik hamba Allah
Inilah yang takwa, bersih, suci ilmunya 

Sehingga beliau menyempurnakan qasidahnya, beliau berkata: Abd al-Malik memberi kepadanya seribu dinar setiap tahun, tetapi beliau tidak memberinya pada tahun itu, lalu al-Farazdaq mengadu kepada Ali bin al-Husain a.s dan memintanya supaya menghubunginya, maka beliau a.s berkata: Aku akan memberi kepada anda harta aku sebagaimana Abd al-Malik telah memberinya kepada anda, beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku tidak mahu membebankan anda sedikit pun, aku mahu pahala daripada Allah pada masa akan datang daripada pahala dunia yang cepat, lantaran itu, beliau telah menghubungi Mu‘awiyah bin Abdullah bin Ja‘far al-Tayyar salah seorang pemuka Bani Hasyim, beliau berkata : Wahai Abu Firas, berapa tahun lagi anda menganggar umur anda? Beliau berkata: Dua puluh tahun, beliau berkata: Ini dua puluh ribu dinar aku memberi kepada anda daripada harta aku, dan maafkan wahai Abu Muhammad, semoga Allah memuliakan anda di dalam urusan anda tanpa sebarang masalah, beliau berkata: Aku telah berjumpa dengan Abu Muhammad. Beliau telah membelanjakan hartanya kepada aku, aku telah memberitahu kepadanya bahawa aku telah mengakhirkan pahalanya di dunia kepada pahala akhirat[207].


Abdullah Bin Abu Ya‘fur

Beberapa orang syeikh kami, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ibn Abu Najran daripada Muhammad bin Abu Yahya daripada Hammad bin ‘Uthman berkata: Aku mahu keluar ke Makkah, maka aku telah mendatangi Ibn Abu Ya‘fur, mengucap selamat tinggal kepadanya, aku berkata: Adakah anda mempunyai hajat kepada sesuatu? Beliau berkata: Ya, anda sampaikan salam aku kepada Abu Abdullah a.s.

Beliau berkata: Apabila aku telah sampai ke Madinah, maka aku telah masuk berjumpa dengan Abu Abdullah a.s. Beliau bertanya kepada aku, kemudian berkata: Apakah Ibn Ya‘fur buat sekarang? Aku berkata: Beliau berada di dalam keadaan baik, aku telah datang mengucap selamat tinggal kepadanya, lalu beliau telah meminta aku menyampaikan salamnya kepada anda. Beliau berkata: wa ‘alai-hi s-Salam, dan sampaikan salam aku kembali dan katakan kepadanya: Peganglah apa yang aku telah janjikan kepada anda[208].

Ja‘far bin al-Husain, daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ibrahim bin Hasyim daripada Ibn Abu ‘Umair berkata: Salman al-Farra’ telah memberitahuku daripada Abdullah bin Abu Ya‘fur berkata: Para sahabat kami telah membayar zakat kepadanya,maka beliau membahagi-bahagikannya di kalangan para sahabatnya di dalam keadaan menangis, Salman berkata: Apakah yang membuatkan anda menangis? Beliau berkata: Aku khuatir mereka melihat pembayaran zakat dari pihak aku[209].


Isa Bin Abdullah al-Qummi

Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahuku daripada Abdullah bin Ja‘far al-Humairi daripada Muhammad bin al-walid al-Khazzaz daripada Yunus bin Ya‘qub berkata: Isa bin Abdullah al-Qummi telah datang berjumpa dengan Abu Abdullah a.s.Apabila beliau ingin pulang, Abu Abdullah a.s berkata kepada khadamnya: Panggil beliau supaya datang, lalu beliau datang kembali, lantas beliau berwasiat kepadanya beberapa perkara, kemudian beliau berkata: Wahai Isa bin Abdullah, sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Taha (20):132 “ Dan perintahlah kepada keluarga mendirikan solat ”, dan sesungguhnya anda adalah di kalangan kami Ahlu l-Bait. Apabila matahari dari sini jaraknya dan dari sini pada waktu asar, maka kerjalah solat enam rakaat.
Beliau berkata: Kemudian beliau mengucap selamat tinggal kepada Abu Abdullah a.s, lalu beliau a.s mengucup di antara dua mata Isa dan pulang, Yunus bin Ya‘qub berkata: Aku tidak pernah meninggalkan solat enam rakaat semenjak aku mendengar Abu Abdullah a.s memberitahu kepada Isa bin Abdullah.
Dan para sahabat Abu Abdullah dan Abu Ja‘far a.s yang masih tidak dapat dikesan adalah Muhammad bin Maskan, Yusuf al-Tatari ‘Umar al-Kardi-diriwayatkan oleh al-Mufadhdhal-Hisyam bin al-Muthanna al-Razi[210].


Hamraan bin A‘yan

Daripada Ibn Abu ‘Umair daripada Hisyam bin al-Hakam daripada Hajr bin Zaidah daripada Hamraan bin A‘yan berkata: Aku berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Aku telah berjanji dengan Allah bahawa aku tidak akan keluar dari Madinah sehingga anda memberitahu aku apa yang aku akan bertanya kepada anda tentangnya, beliau berkata: Abu Abdullah a.s berkata kepada aku: Tanyalah. Beliau berkata: Aku berkata: Adakah aku daripada syi‘ah anda? Beliau berkata: Ya, di dunia dan di akhirat[211].

Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kami daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Ya‘qub bin Yazid daripada Marwak bin Ubaid daripada Hisyam bin al-Hakam daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Sebaik-baik orang yang memberi syafaat adalah aku, dan bapa aku untuk Hamraan bin A‘yan pada hari Kiamat, kami mengambil tangannya sehingga kami memasuki syurga, Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid telah meriwayatkan daripada Ziad bin Marwan al-Qandi daripada Abu Abdullah a.s: Beliau a.s berkata tentang Hamraan: Sesungguhnya beliau adalah lelaki di kalangan ahli syurga[212].


Kelebihan Amir al-Mukminin A.S

Tamim bin Abdullah bin Tamim al-Qurasyi-radhia l-Lahu- telah memberitahu kami berkata: Bapaku telah memberitahuku daripada Ali bin Ahmad bin Ali al-Ansari berkata: Ali bin Mitham telah memberitahuku daripada bapanya berkata: Manakala dibelikan untuk Hamidah ibu Musa bin Ja‘far a.s akan ibu al-Ridha Najmah, Hamidah telah menyebut bahawa beliau telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w di dalam tidurnya bersabda kepadanya: Wahai Hamidah, berikan Najmah kepada anak lelaki anda Musa, kerana beliau akan melahirkan daripadanya sebaik-baik anak di bumi, lantaran itu, beliau telah memberinya kepada Musa a.s.


Najmah Ibu al-Ridha A.S

Manakala beliau melahirkan al-Ridha a.s, beliau dinamakan al-Tahirah, di samping itu beliau mempunyai beberapa nama, antaranya: Najmah, Arwa, Sakan, Samanah, dan Tukattum iaitu namanya yang terakhir, Mitham berkata: Aku telah mendengar bapa aku berkata: Najmah adalah seorang yang masih dara ketika Hamidah membelinya.

Bapaku telah memberitahu kepada kami, berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin al-Mahbub daripada Ya‘qub bin Ishaq daripada Abu Zakaria al-Wasiti daripada Hisyam bin Ahmar berkata: Abu al-Hasan yang pertama a.s berkata: Adakah anda telah mengetahui bahawa seorang ahli al-Maghrib telah datang? Aku berkata: Tidak, beliau berkata: Ya, datanglah bersama-sama kami, kami telah datang bersama-samanya sehingga kami berjumpa dengan seorang lelaki dari al-Maghrib bersama-samanya hamba-hamba, beliau berkata kepadanya: Bentangkan kepada kami, maka beliau pun membentangkan kepada kami sembilan hamba perempuan.

Abu al-Hasan a.s berkata: Kami tidak perlu kepada mereka semua, kemudian beliau berkata : Bentangkan lagi kepada kami. Beliau berkata: Tidak ada hamba perempuan lagi, beliau berkata: Bentangkan kepada kami. Beliau berkata: Demi Allah, kami tidak mempunyai hamba perempuan lagi selain daripada seorang hamba perempuan yang sedang sakit. Beliau berkata: Kenapa anda tidak mahu membentangkannya kepada kami? Lelaki itu enggan melakukannya, kemudian beliau a.s pulang, pada keesokannya, beliau telah mengutus aku kepadanya dan berkata: Katakan kepadanya: Berapakah harga terakhir anda mengenainya, dan apabila beliau berkata: Sekian dan sekian, maka katakan: Aku telah mengambilnya.

Akupun mendatanginya dan berkata: Aku tidak mahu mengurangkan harganya, aku berkata: Aku telah mengambilnya dan ia adalah untuk anda, beliau berkata: Ia adalah untuk anda, tetapi siapakah lelaki bersama-sama anda kelmarin? Aku berkata: Seorang lelaki Bani Hasyim, beliau berkata: Bani Hasyim yang mana satu? Aku berkata: Daripada ketua-ketua mereka, beliau berkata: Aku mahu lebih daripada itu, aku berkata: Aku tidak ada lebih daripada itu, beliau berkata: Aku akan memberitahu kepada anda tentang hamba perempuan ini, aku telah membelinya di pedalaman al-Maghrib.
Tiba-tiba seorang perempuan ahlu l-Kitab telah berjumpa dengan aku dan berkata: Apakah hamba perempuan ini berada bersama-sama anda? Aku berkata: Aku sendiri yang telah membelinya, beliau berkata: Tidak patut hamba perempuan ini berada di sisi anda, sepatutnya ia berada di sisi sebaik-baik orang di bumi, kemudian Najmah telah melahirkan seorang hamba di mana timur dan barat terhutang budi kepadanya, beliau berkata: Aku telah mendatangi Abu al-Hasan Musa a.s dengan Najmah, tidak lama kemudian beliau telah melahirkan Ali al-Ridha a.s.


Empat Perkara Tabi‘i

Abu Ahmad Hani‘ bin Muhammad bin Mahmud al-‘Abdi telah memberitahu kami-radhia l-lahu-berkata: Bapa aku telah memberitahu aku dengan sanad-sanadnya secara marfu‘ bahawa Musa bin Ja‘far a.s telah berjumpa dengan al-Rasyid, dan al-Rasyid berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w: Beritahu kepada aku tentang empat perkara tabi‘i, Musa a.s berkata: Adapun angin, maka malaikat yang memusingkannya. Adapun darah, maka ia adalah hamba; kadangkala menyerang tuannya, adapun kahak, maka ia tidak dapat dirawatnya dengan mudah. Jika ia disekat ia akan meledak. Adapun hempedu, maka ia sepertilah bumi jika ia bergegar, maka akan bergegarlah organ-organ di atasnya, Harun berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, anda telah membelanjakan barang simpanan Allah dan Rasul-Nya kepada orang ramai[213].


Perkara Di Antara Dua Perkara

Seorang lelaki berkata: Disebut di sisi al-Ridha a.s tentang al-Jabr dan al-Tafwidh, maka beliau berkata: Aku akan memberi kepada kamu asas perkara ini, kamu tidak akan bertengkar mengenainya melainkan kamu memusnahkannya, kami bertanya: Apakah pendapat anda mengenainya? Beliau berkata: Sesungguhnya Allah tidak ditaati dengan paksaan, dan tidak ditentang dengan kekuatan, Dia tidak mengabaikan hamba-hamba-Nya di dalam kerajaan-Nya, Dialah Pemilik manakala Dia memberi mereka hak milik. Dan Dialah Penguasa manakala Dia memberi kepada mereka kuasa ke atas sesuatu. Apabila hamba-hamba-Nya mahu melakukan ketaatan, maka Allah tidak menjadi penghalang kepadanya (ketaatan), dan penentangnya. Jika mereka mahu melakukan maksiat,dan jika Allah mahu menghalang mereka, maka Dia boleh melakukannya, dan jika Dia tidak mahu (syaa), dan mereka melakukannya, maka Dia bukanlah yang membuatkan mereka melakukannya, kemudian beliau berkata: Barangsiapa yang memahami garis sempadan percakapan ini, maka beliau telah menentang mereka yang menyalahinya[214].


Manaqib Amir al-Mukminin A.S

Daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Sinan, daripada mereka yang telah memberitahunya, daripada Abd al-Rahim bin al-Qasir berkata: Abu Ja‘far a.s telah memulakan percakapannya dengan aku, dan berkata: Adapun Dhu l-Qurnain telah diberi pilihan dua awan (al-sahabatain). Maka beliau telah memilih awan yang bernama Dhdhalul, dan menyimpan kepada sahabat kamu awan yang bernama al-Sa‘ab, aku bertanya kepadanya apakah itu al-Sa‘ab? Beliau berkata: Awan yang mengandungi guruh, dan petir, maka sahabat kamu menaikinya. Beliau akan menaiki awan, dan melepasi rintangan-rintangan kepada tujuh langit dan tujuh bumi; lima yang membangun dan dua yang rosak[215].

Daripadanya, daripada al-Husain bin Sa‘id daripada Uthman bin ‘Uthman, daripada Sima‘ah bin Mihran daripada Abu Basir daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya Ali a.s telah memiliki apa yang ada di atas bumi dan di bawahnya, kemudian dibentangkan kepadanya dua awan; al-Sa‘bah dan al-Dhdhalul. Adapun al-Sa‘bah adalah pemilikan apa yang terdapat di bawah bumi dan al-Dhdhalul adalah pemilikan di atas bumi,lalu beliau telah memilih al Sa‘bah di atas al-Dhadhalul, maka ia telah berpusing dengan Ali a.s sebanyak tujuh bumi, beliau mendapati tiga bumi telah rosak dan empat masih membangun.

Daripadanya, daripada Muhammad bin Sinan daripada Abu Khalid al-Qamat, dan Abu Salam al-Hanat daripada Surat bin Kulaib daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Adapun Dhu l-Qurnain telah diberi pilih dua awan, maka beliau telah memilih al-Dhdhalul, dan telah menyimpan al-Sa‘ab kepada sahabat kamu, aku berkata: Apakah itu al-Sa‘ab? Beliau berkata: Awan yang mengandungi guruh, dan petir, maka sahabat kamu menaikinya. Beliau akan menaiki awan, dan melepasi rintangan-rintangan kepada tujuh langit dan tujuh bumi; lima yang membangun dan dua yang rosak[216].

Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Husain bin Sa‘id daripada Safwan bin Yahya daripada Mu‘awiyah Ibn ‘Ammar daripada Abu al-Zubair daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Di dalam peperangan Taif beliau telah menyeru Ali a.s, maka Ali a.s bermunajat dengannya, Abu Bakr dan ‘Umar serta orang ramai berkata: Beliau telah bermunajat dengan Ali a.s, tidak dengan kami, Nabi s.a.w berdiri di hadapan orang ramai memberi khutbah, memuji Allah kemudian bersabda: Wahai manusia, kamu berkata: Aku telah bermunajat dengan Ali a.s, sesungguhnya aku, demi Allah, aku tidak bermunajat dengannya, tetapi Allah telah bermunajat dengannya. Mu‘awiyah berkata: Aku telah membentangkannya kepada Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata: Itulah apa yang dikatakannya.

Ali bin Muhammad bin Sa‘d, daripada Hamdan bin Sulaiman al-Nisaburi berkata: Abdullah bin Muhammad al-Yamani telah memberitahu aku daripada Mani‘ daripada Yunus daripada Ali bin A‘yan daripada bapanya daripada datuknya daripada Abu Rafi‘ berkata: Manakala Rasulullah s.a.w mengutus Surah al-Bara’ah kepada Abu Bakr, maka Allah telah menurunkan ke atasnya supaya mengambil Surah al-Bara’ah daripada Abu Bakr, lalu Abu Bakr memberinya kepada Ali a.s.,Ali a.s berkata kepada Rasulullah s.a.w: Berilah wasiat kepada aku, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Allah akan memberi wasiat kepada anda dan bermunajat dengan anda. Justeru itu, Dia telah bermunajat dengan Ali a.s di hari al-Bara’ah sebelum solat pertama sehingga solat Asar.

Dan diriwayatkan dengan sanad-sanad ini daripada Abu Rafi‘ sesungguhnya Allah telah bermunajat dengan Ali a.s pada hari Rasulullah s.a.w dikapankan.

Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid daripada al-Qasim bin ‘Urwah daripada ‘Asim bin Hamid daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar daripada Abu al-Zubair daripada Jabir bin Abdullah, berkata: Pada hari Taif Rasulullah s.a.w telah bermunajat dengan Ali a.s. Abu Bakr dan ‘Umar berkata: Anda telah bermunajat dengannya, tanpa kami, beliau bersabda: Aku bukan bermunajat dengannya, malah Allah telah bermunajat dengannya.

Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Ja‘far bin al-Basyir, dan al-Hasan Ibn Ali bin Fadhdhal daripada al-Muthanna Ibn al-Walid al-Hannat daripada al-Mansur bin Hazim daripada Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bermunajat dengan Ali a.s pada hari Taif, maka para sahabatnya berkata: Wahai Rasulullah, anda telah bermunajat dengan Ali a.s sedangkan beliau yang termuda di kalangan kami, beliau bersabda:Aku bukan bermunajat dengannya, malah Allah bermunajat dengannya.

Daripadanya, dengan sanad-sanad ini, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepada ahli Taif: Wahai ahli Taif! Aku akan mengutus kepada kamu seorang lelaki seperti diri aku sendiri (rajulan ka-nafsi) Allah akan membuka dengannya kebaikan pedangnya dan cemetinya, lantaran itu orang ramai akan menghormatinya. Apabila tiba waktu pagi, beliau telah menyeru Ali a.s, dan bersabda: Pergilah anda ke Taif, kemudian Allah telah memerintahkan Nabi-Nya s.a.w supaya datang kepadanya selepas kedatangan Ali a.s. Apabila beliau s.a.w tiba, Ali a.s telah sampai di kemuncak bukit, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Cekalkan pendirian anda, maka Ali menjadi cekal, kami telah mendengar suara seperti suara guruh[217]. Maka beliau bertanya: Apakah ini wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Sesungguhnya Allah a.w sedang bermunajat dengan Ali a.s[218].


Tentang Muhammad Bin Muslim

Beliau berasal daripada Taif, al-Thaqafi, menetap di Kufah berbangsa Arab, mati pada tahun seratus lima puluh hijrah.

Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin a-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid, daripada Yasin al-Dharir al-Basri, daripada Huraiz daripada Muhammad bin Muslim berkata: Tidak bertelagah di hatiku oleh sesuatu pun melainkan aku telah bertanya Abu Ja‘far a.s sehingga aku telah bertanya kepadanya tiga puluh ribu hadis, dan aku telah bertanya kepada Abu Abdullah a.s enam belas ribu hadis[219].

Ja‘far bin al-Husain daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, daripada Ali bin Hassan daripada Ali bin ‘Atiyyah al-Zayyat yang digelar dengan al-Bawwab, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja‘far a.s: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beritahu aku tentang pembekuan matahari dari fungsinya (rukud)? Beliau berkata: Aduhai anda wahai Muhammad, alangkah kecilnya bangkai anda dan sukarnya masalah anda! Kemudian beliau telah diam selama tiga hari tanpa bercakap dengan aku. Apabila masuk hari keempat, beliau berkata kepada aku: Anda layak untuk menjawabnya.

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu aku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, dan Sa‘d bin Abdullah, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Abdullah bin Muhammad al-Hijjal, daripada al-‘Ala’ bin Razin daripada Abdullah bin Abu Ya‘fur berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya aku bukan setiap masa dapat bertemu anda, aku tidak dapat datang dan seorang lelaki di kalangan sahabat kami datang, lalu bertanya aku,tetapi beliau tidak ada di sisiku setiap kali beliau bertanya aku tentangnya, berkata: Apakah yang menghalang anda daripada Muhammad bin Muslim al-Thaqafi kerana beliau telah mendengar daripada bapa aku, dan beliau di sisinya diredai dan dihormati[220].

Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada Abdullah bin Ja‘far al-Humairi daripada Ahmad bin Hilal al- ‘Abdi daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir daripada Zararah berkata: Abu Karibah al-Azadi,dan Muhammad bin Muslim telah menjadi saksi di sisi Syarik dengan satu penyaksian di mana beliau sebagai kadi, maka beliau telah melihat pada muka mereka berdua sejenak, kemudian berkata: Dua orang ja‘fari dan fatimi, lantas mereka berdua menangis.

Beliau berkata kepada mereka berdua: Apakah yang membuatkan kamu berdua menangis? Mereka berkata: Anda telah mengaitkan kami dengan kaum yang tidak meredai orang seperti kami untuk menjadi saudara-saudara mereka manakala mereka melihat kewarakan kami yang sedikit, dan anda telah mengaitkan kami kepada seorang lelaki yang tidak meredai orang seperti kami menjadi syi‘ahnya, jika beliau menerima kami, kami menerima, maka baginya sebagai kurniaan ke atas kami, Syarik tersenyum, kemudian beliau berkata: Jika mahu menjadi lelaki, maka jadilah lelaki seperti kamu berdua, wahai Walid, lepaskan mereka berdua pada kali ini, dan jangan mereka berdua mengulanginya pada kali kedua, beliau berkata: Kami telah mengerjakan haji, maka kami telah memberitahu Abu Abdullah a.s tentang kisah tersebut, beliau berkata: Allah akan memakaikan Syarik pada hari Kiamat dua kasut dari api neraka[221].

Ahmad bin Harun dan Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar, dan Sa‘d bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada al-Hasan bin Fadhdhal daripada Ali bin ‘Aqabah daripada Abu Kahmasy berkata: Aku telah bertemu dengan Abu Abdullah a.s, maka beliau berkata kepada aku:Muhammad bin Muslim telah memberi penyaksian di sisi Ibn Abu Laila, tetapi beliau telah menolak penyaksiannya? Aku berkata: Ya, beliau berkata: Apabila anda pulang ke Kufah nanti, maka berjumpalah dengan Ibn Abu Laila, dan katakan kepadanya: Aku akan bertanya kepada anda tiga soalan, dan janganlah anda memberi fatwa kepada aku dengan menggunakan kias.

Dan janganlah anda berkata: Sahabat kami berkata, pertama: Tanyakan kepadanya tentang lelaki yang mengesyaki pada dua rakaat pertama daripada solat fardu. Kedua: Tentang lelaki yang terkena air kencing pada tubuhnya atau kainnya bagaimana beliau membasuhnya. Ketiga: Tentang lelaki yang melontar dengan tujuh batu kecil, dan satu daripadanya terjatuh bagaimana beliau akan melakukannya? Apabila tidak ada di sisinya jawapan, maka katakan kepadanya: Ja‘far bin Muhammad berkata kepada anda: Apakah yang telah membawa anda menolak penyaksian seorang lelaki yang lebih arif tentang hukum Allah daripada anda, dan lebih alim tentang Sunnah Rasulullah s.a.w daripada anda?

Abu Kahmasy berkata: Manakala aku sampai di Kufah, aku mendatangi Ibn Abu Laila sebelum aku sampai ke rumahku, aku berkata kepadanya:Aku akan bertanya kepada anda tiga soalan, dan janganlah anda memberi fatwa kepada aku mengenainya dengan menggunakan kias, dan janganlah anda berkata: Sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Bertanyalah, aku berkata: Apakah pendapat anda tentang lelaki yang mengesyaki dua rakaat pertama di dalam solat fardu? Beliau diam seketika, kemudian mengangkat kepalanya kepada ku, dan berkata: Sahabat kami berkata, maka aku berkata kepadanya: Ini adalah syaratku kepada anda, janganlah anda berkata: Sahabat kami berkata, maka beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya, aku berkata kepadanya: Apakah pendapat anda tentang lelaki yang terkena air kencing pada tubuhnya atau kainnya bagaimana beliau membasuhnya?

Beliau diam seketika, kemudian mengangkat kepalanya dan berkata: Sahabat kami berkata, maka aku berkata:Ini adalah syarat aku ke atas anda. Beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya. Aku berkata: Lelaki yang melontar dengan tujuh batu kecil, maka satu batu terjatuh daripadanya bagaimana beliau melakukannya? Beliau telah menggerakkan kepalanya kemudian mengangkatnya, dan berkata: Sahabat kami berkata, aku berkata:Ini adalah syarat ku ke atas anda, beliau berkata: Aku tidak ada jawapan di sisiku mengenainya, aku berkata: Ja‘far bin Muhammad berkata kepada anda: Apakah yang membuatkan anda menolak penyaksian seorang lelaki yang lebih arif tentang hukum Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w daripada anda? Beliau berkata: Siapakah dia? Aku berkata: Muhammad bin Muslim, maka beliau berkata: Ja‘far bin Muhammad telah berkata kepada anda sedemikian? Aku berkata: Allah, Ja‘far bin Muhammad telah berkata kepada aku sedemikian. Beliau berkata: Beliau telah mengutus kepada Muhammad bin Muslim, dan menyerunya, lalu beliau memberi penyaksian di sisinya, maka beliau telah menerima penyaksiannya[222].

Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Ya‘qub bin Yazid daripada Ibn Abu ‘Umair daripada Hisyam bin Salim berkata: Muhammad bin Muslim telah tinggal di Madinah selama empat tahun. Beliau telah berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s bertanya tentang agama, kemudian beliau telah berjumpa dengan Abu Abdullah a.s selepasnya bertanya kepadanya tentang agama. Ibn Abu ‘Umair berkata: Aku telah mendengar Abd al-Rahman bin al-Hajjaj dan Hammad bin ‘Uthman berkata: Tiada seorang syi‘ah yang lebih alim daripada Muhammad bin Muslim[223].

Daripadanya daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibn Fadhdhal daripada Abdullah bin Bakir daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Sesungguhnya aku pada suatu malam sedang tidur di tingkat atas,tiba-tiba seorang telah mengetuk pintu. Aku berkata: Siapakah itu? Beliau berkata: Lihatlah dulu -rahima-ka l-Lahu-, maka aku telah melihat seorang perempuan, beliau berkata: Aku mempunyai seorang anak perempuan yang baru kahwin, mengalami kesakitan melahirkan anak. Beliau sentiasa di dalam kesakitannya sehingga beliau mati sedangkan anaknya sedang bergerak di dalam perutnya, maka apakah yang aku perlu melakukannya? Aku berkata kepadanya: Wahai hamba Allah, Muhammad bin Ali bin al-Husain bin Muhammad al-Baqir a.s telah ditanya tentang perkara yang sama, maka beliau a.s berkata: Perut si mati hendaklah dipecahkan, dan anaknya dikeluarkan.

Wahai hamba Allah, lakukanlah perkara tersebut. Wahai hamba Allah, aku adalah seorang lelaki di dalam persembunyian, siapakah yang telah mengarahkan anda datang kepada aku? Beliau berkata kepadaku: Rahima-ka l-Lahu, aku telah datang kepada Abu Hanifah, maka beliau berkata kepada aku: Aku tidak ada jawapan di sisiku, tetapi anda hendaklah datang kepada Muhammad bin Muslim al-Thaqafi, kerana beliau akan memberitahu anda mengenainya, dan apa yang telah difatwakannya kepada anda, maka anda kembali kepada aku memberitahu aku mengenainya, maka aku berkata kepadanya:Pergilah dengan selamat, pada keesokannya, aku telah keluar ke masjid, tiba-tiba Abu Hanifah sedang bertanya para sahabatnya tentang perempuan tersebut, lantas perempuan itu mengeluarkan suara perlinya, maka Abu Hanifah berkata: Wahai Tuhanku, sembunyilah aku, tinggalkan kami, kerana kami mahu hidup[224].


Abu Ja‘far al-Ahwal Muhammad Bin al-Nu‘man Mu’min al-Taq

Muhammad bin al-Nu‘man bin Abu Tariqah Abu Ja‘far al-Ahwal adalah hamba kepada Bajilah, beliau pernah bekerja sebagai pengurup wang, orang ramai telah memanggilnya syaitan al-Taq, kerana mereka telah mengesyaki pada dirham, lalu mereka membentangkannya kepadanya, beliau berkata kepada mereka: Dirham palsu bersalut perak, mereka berkata: Beliau adalah syaitan al-Taq,tetapi para sahabat kami memanggilnya mukmin al-Taq, beliau adalah di kalangan para mutakallimin syi‘ah, Abu Abdullah a.s telah memujinya tentang perkara tersebut[225].


Jabir Bin Yazid al-Ja‘fi Pengarang Tafsir

Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Ismail daripada Ali bin al-Hakam daripada Ziad bin Abu al-Halal berkata: Para sahabat kami telah berselisih faham tentang hadis-hadis Jabir al-Ja‘fi, maka aku berkata: Aku akan bertanya Abu Abdullah a.s. Manakala aku memasuki rumahnya, beliau telah mula berkata kepadaku: Rahima l-Lahu Jabir al-Ja‘fi, kerana beliau telah membenarkan kami. Allah melaknati al-Mughirah bin Sa‘id, kerana beliau telah membohongi kami[226].

Ja‘far bin al-Husan telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad Ibn Isa daripada Yunus daripada Jamil daripada Abu Abdullah a.s berkata: Manusia telah menjadi murtad (irtadda al-Nasu) selepas al-Husain melainkan tiga orang: Abu Khalid al-Kabili, Yahya bin Ummu al-Tawil, dan Jubair bin Mut‘im, kemudian orang ramai telah memasuki Islam kembali[227].

Daripadanya daripada Ahmad bin Syazan daripada al-Fadhl bin Syazan daripada Ibn Abu Umair daripada Hisyam bin Salim daripada Abu Abdullah a.s bahawa Jubair bin Sa‘id telah menjadi pengikut kepada Ali bin al-Husain a.s. Ali bin al-Husain telah memujinya dan inilah sebab beliau dibunuh oleh al-Hajjaj, beliau adalah seorang yang cekal hati. Diriwayatkan bahawa apabila beliau dibawa di hadapan al-Hajjaj bin Yusuf, maka beliau berkata kepadanya: Anda adalah Syaqiyyun bin Kusair? Beliau berkata: Ibu aku adalah lebih arif dengan nama aku. Beliau telah menamakan aku dengan Sa‘id bin Jubair.

Beliau berkata: Apakah pendapat anda tentang Abu Bakr dan ‘Umar adakah mereka berdua di syurga atau di neraka? Beliau berkata: Jika aku telah memasuki neraka dan aku telah melihat kepada penghuninya, nescaya aku telah mengetahui mereka di dalamnya.Jika aku telah memasuki syurga, dan aku telah melihat kepada penghuninya, nescaya aku telah mengetahui mereka di dalamnya, beliau berkata: Apakah pendapat anda tentang khalifah-khalifah? Beliau berkata: Aku tidak menjadi wakil mereka, beliau berkata: Siapakah di kalangan mereka yang anda paling mencintainya? Beliau berkata: Orang paling diredai oleh Pencipta aku, siapakah di kalangan mereka yang paling diredai oleh Pencipta? Beliau berkata: Orang yang mengetahui rahsia mereka. Beliau berkata: Anda telah enggan membenarkan aku? Beliau berkata: Ya, aku tidak suka membohongi anda[228].


Hammad Bin Isa al-Jahani al-Basri

Beliau adalah berasal dari Kufah, telah tinggal di Basrah, hidup selama sembilan puluh tahun lebih, berkecimpung dengan Abu Abdullah a.s, dan mati di Wadi Qanat di Madinah iaitu wadi yang mengalir dari Syajarah ke Madinah. Beliau telah mati pada tahun dua ratus sembilan hijrah. Ja‘far bin al-Husain al-Mu’mi-rahima-hul-Lahu-telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid daripada Hammad bin Isa berkata: Kami telah memasuki rumah Abu al-Hasan yang pertama a.s, maka aku berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, doakan untuk aku supaya Allah memberi rezeki kepada aku sebuah rumah, isteri, anak, khadam, dan haji setiap tahun, maka beliau berkata: Wahai Tuhanku, selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad, kurniakan kepadanya sebuah rumah, seorang isteri, anak, khadam, dan haji selama lima puluh tahun.

Hammad berkata: Apabila beliau telah mensyaratkan lima puluh tahun, maka aku telah mengetahui bahawa aku tidak boleh mengerjakan haji lebih dari lima puluh tahun, Hammad berkata: Aku telah mengerjakan haji sebanyak empat puluh lapan kali, ini adalah rumahku. Ini ialah isteri aku di balik dinding sedang mendengar percakapanku. Ini adalah anak lelakiku. Ini adalah khadam aku. Maka beliau telah mengerjakan haji selepas percakapan ini dua kali haji, genap lima puluh kali haji, kemudian beliau telah keluar selepas lima puluh kali haji bertemankan Abu al-Abbas al-Naufali al-Qasir. Apabila beliau telah sampai di tempat ihram, beliau telah masuk mandi di wadi, lalu ditenggelami air-rahmatu l-Lahi ‘alai-hi – beliau telah mendatanginya selepas beliau mengerjakan haji lebih daripada lima puluh kali. Beliau telah hidup sehingga di zaman al-Ridha a.s, dan telah mati pada tahun dua ratus sembilan hijrah, beliau adalah dari Juhainah di bahagian Kufah[229].


Huraiz Bin Abdullah Dan Ibn Maskan

Daripadanya daripada Haidar bin Muhammad bin Nu‘aim, Ja‘far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami daripada Ja‘far bin Muhammad bin Mas‘ud, daripada Muhammad bin Mas‘ud al-‘Ayasyi, berkata: Ja‘far bin Ahmad bin Ayyub telah memberitahu aku daripada al-‘Umarki berkata: Ahmad bin Syaibah telah memberitahu aku daripada Yahya bin al-Muthanna daripada Ali bin al-Hasan bin Ribat daripada Huraiz berkata: Aku telah masuk berjumpa dengan Abu Hanifah di sisinya buku-buku yang hampir menghalang di antaranya dan aku, beliau berkata kepada aku: Buku-buku ini semuanya tentang talak dan sumpah (al-Yamin). Beliau mulai membalikkannya dengan dua tangannya, aku berkata: Kami membuat kesimpulan di dalam satu perkataan. Beliau berkata: Apakah dia? Aku berkata: Firman-Nya Surah al-Talaq (65):1 “Hai nabi, apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat iddahnya,dan hitunglah waktu iddah itu “

Beliau berkata kepada aku: Anda tidak mengamalkan suatu perkara melainkan dengan riwayat? Aku berkata: Ya, beliau berkata kepada aku: Apa pendapat anda tentang hamba mukatib dengan harga seribu dirham, tetapi beliau telah membayar hanya sembilan ratus sembilan puluh sembilan dirham, kemudian beliau telah melakukan perkara yang besar iaitu zina bagaimana anda melakukan had ke atasnya? Aku berkata: Di sisiku mengenainya hadis yang telah diberitahu kepada aku oleh Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja‘far a.s bahawa Ali a.s telah memukul dengan tongkat, satu pertiganya, separuhnya, dan setengahnya menurut kadar selayaknya, beliau berkata kepada aku: Sesungguhnya aku akan bertanya anda tentang unta betina yang telah dikeluarkan dari laut? Aku berkata: Jika ia mahu, ia boleh jadi unta betina, dan jika ia mahu, ia boleh menjadi lembu betina, dan jika ia mempunyai sisik, kami memakannya, dan jika tidak, kami tidak memakannya[230].

Abu al-Nadhar Muhammad bin Mas‘ud telah menyebut bahawa Ibn Maskan tidak memasuki rumah Abu Abdullah a.s, kerana khuatir beliau tidak dapat memberi penghormatan sepenuhnya kepada Abu Abdullah a.s. Beliau hanya mendengar daripada para sahabatnya, dan enggan berjumpa dengannya, kerana menghormatinya, Yunus bin Abd al-Rahman telah menyebut bahawa Ibn Maskan seorang lelaki mukmin. Beliau telah menyambut para sahabatnya apabila mereka datang kepadanya, dan mengambil apa (ilmu) yang ada di sisi mereka[231].

Huraiz bin Abdullah telah berpindah ke Sajistan dan dibunuh di sana. Dan sebab pembunuhannya, kerana beliau mempunyai sahabat yang sependapat dengannya, kebanyakan penduduk di Sajistan adalah Khawarij. Para sahabat Huraiz telah mendengar daripada mereka cacian terhadap Amir al-Mukminin a.s, lalu mereka memberitahu Huraiz dan mereka meminta beliau membunuh mereka yang mencaci Amir al-Mukminin a.s, maka beliau telah memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukannya.

Justeru itu, Khawarij mendapati pembunuhan selepas pembunuhan berlaku terhadap mereka. Walaupun begitu mereka tidak mengesyaki syi‘ah melakukannya disebabkan sedikit bilangan mereka. Mereka mencari kaum Murjiah dan memerangi mereka. Keadaan sedemikian berterusan sehingga mereka dapat mengesan Huraiz, lalu mereka menentang syi‘ah. Lantaran itu, para sahabat Huraiz telah berkumpul kepada Huraiz di masjid, dan mereka telah menipu khawarij di masjid, dan menukarkan buminya-rahima-humu l-Lahu-[232].


Pimpinan Imam Dua Belas A.S

Abu Ja‘far Muhammad bin Ahmad al-‘Alawi berkata: Ahmad bin Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu aku daripada bapanya daripada datuknya Ibrahim bin Hasyim daripada Hammad bin Isa daripada bapanya daripada al-Sadiq a.s berkata: Salman al-Farisi-rahmatu l-Lahi ‘alai-hi-berkata: Aku telah melihat al-Husain bin Ali a.s di bilik Nabi s.a.w di dalam keadaan beliau s.a.w sedang mengucup dua matanya, dan dua bibir mulutnya sambil bersabda: Anda adalah sayyid bin sayyid bapa kepada sayyid-sayyid, anda adalah Hujjah bin hujjah bapa kepada hujjah-hujjah, anda adalah imam bin imam, dan bapa kepada sembilan imam daripada keturunan anda, dan yang kesembilan mereka adalah qaim mereka (anta sayyid bin sayyid abu sadah, anta hujjah ibn hujjah abu hujajin, anta al-Imam ibn al-Imam abu al-Aimmah al-Tis‘ah min salbi-ka, tasi ‘u-hum qaimu-hum )[233]

Beliau berkata: Abu al-Hasan Muhammad bin Ma‘qal al-Qarmisini telah memberitahu kami, berkata: Muhammad bin Abdullah al-Misri telah memberitahu kami, berkata: Ibrahim bin Mahzam telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s daripada bapa-bapanya a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Dua belas orang daripada keluarga aku adalah mereka yang telah dikurniakan Allah kefahamanku, dan ilmuku, mereka telah diciptakan daripada tanahku (tinat-i). Maka neraka wail bagi mereka yang mengingkari hak mereka selepasku, mereka yang memutuskan pada mereka perhubungan aku (silat-i), Allah tidak akan memberi mereka syafaat aku[234].

Abu al-Hasan Muhammad bin Ma‘qal telah memberitahu kami berkata: Muhammad bin ‘Asim telah memberitahu kami, berkata: Ali bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Marzuq daripada ‘Amir al-Sarraj daripada Sufyan al-Thauri daripada Qais bin Muslim daripada Tariq bin Syihab berkata: Aku telah mendengar Huzaifah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika keluarnya al-Qaim seorang penyeru dari langit menyeru: Wahai manusia, diputuskan daripada kamu masa penguasa-penguasa zalim, dan urusan pemerintahan akan dipimpin oleh sebaik-baik umat Muhammad s.a.w. Justeru itu, sertailah beliau di Makkah, kemudian al-Nujaba’ (orang-orang cerdik) dari Mesir, dan al-Abdal (perkasa) dari Syam,dan al- ‘Asaib (cekal) dari Iraq.

Di waktu malam seperti rahib, dan di waktu siang seperti singa jantan. Hati mereka seperti besi. Maka mereka akan memberi baiah kepadanya di antara Rukn dan Maqam, Umar bin al-Hasin berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, beritahukan kami tentang lelaki ini? Beliau s.a.w bersabda: Beliau adalah seorang lelaki daripada anak al-Husain seolah-olah beliau di kalangan lelaki Syanwah di Yaman, memakai dua kain daripada kapas, namanya sepertilah nama aku, dan pada masa itu, burung-burung akan menetas di sangkar-sangkarnya, dan ikan-ikan paus di laut-lautnya, sungai-sungai akan mengalirkan air yang banyak, mengeluarkan mata air, bumi akan menjadi subur, pendapatan yang berganda, kemudian Jibrail akan berjalan di hadapannya, dan di belakangnya Israfil. Bumi akan dipenuhi keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman[235].

Beliau berkata: Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Khalid al-Tayalasi daripada al-Mundhir bin Muhammad daripada al-Nasr bin al-Sanadi daripada Abu Daud Sulaiman bin Sufyan al-Mustariq daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Malik bin al-Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah. Sa‘d bin Abdullah berkata: Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab al-Kufi telah memberitahu kami, berkata: Al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal telah memberitahu kami daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Malik al-Jahani daripada al-Harith bin al-Mughirah daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah datang kepada Amir al-Mukminin a.s, maka aku telah mendapati beliau sedang mengetukkan tanah dengan kayu (yankutu). Aku berkata : Wahai Amir al-Mukminin, aku melihat anda sedang berfikir mengetukkan tanah, adakah kehendak anda sendiri melakukannya? Beliau berkata: Tidak, demi Tuhan, aku tidak menghendakinya, mahu pun dunia ini walaupun satu hari, tetapi aku telah memikir tentang maulud (anak kelahiran) daripada zuriat kesebelas daripada anak lelaki aku iaitu al-Mahdi yang akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana ia dipenuhi penindasan dan kezaliman, akan dipenuhi kehairanan dan ghaib, akan sesat sebahagian kaum dan akan mendapat hidayat sebahagian yang lain, aku berkata: Adakah ini akan terjadi? Beliau berkata: Ya, sebagaimana ia dijadikan. Maka di manakah kedudukan anda di dalam perkara ini wahai Asbagh? Mereka itu adalah pilihan umat ini bersama-sama pilihan terbaik keluarga ini, aku berkata: Apakah akan berlaku selepas itu? Beliau berkata: Allah akan melakukan apa yang Dia kehendaki, kerana bagi Allah iradat, permulaan dan matlamat yang banyak[236].


Referensi:

[198] Menendang pintu rumahnya di mana pada masa itu Fatimah sedang berada di balik pintu tersebut.Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xxx, 296.
[199] Abu Bakr dan ‘Umar.
[200] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 103.
[201] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 44.
[202] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi , 230.
[203] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvii, 125.
[204] Al-Kulaini, al-Kafi, iii, 297.
[205] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 176.
[206] Al-Isfahani, al-Aghani, xiv, 75.
[207] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 37.
[208] Ibid, 21.
[209] Ibid.
[210] Ibid, 209.
[211] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm. 117.
[212] Ibid.
[213] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv , 474.
[214] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iii, 6.
[215] Ibid, xiii, 183.
[216] Ibid.
[217] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 380.
[218] Ibid.
[219] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm. 109, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 14.
[220] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.108.
[221] Ibid.
[222] Ibid.
[223] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 224.
[224] Ibid, 230.
[225] Ibid, 224.
[226] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.126.
[227] Ibid, 82.
[228] Ibid.
[229] Ibid, hlm. 204.
[230] Ibid, hlm.244.
[231] Ibid.
[232] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi , 224
[233] Ibid, ix, 158.
[234] Al-Saduq, Kamal al-Din, hlm.164.
[235] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiii, 179
[236] Al-Kulaini, al-Kafi, I, 337.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: