BAHAGIAN KELIMA
Surat Ibn Di’bin tentang tujuh puluh kelebihan Amir al-Mukminin a.s, deringan telinga, alamat bencana di dalam setahun, ujian Amir al-Mukminin a.s, kisah keislaman Jin dan lain-lain.
Surat Ibn Di’bin Tentang Tujuh Puluh Kelebihan Amir al-Mukminin A.S
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Abdullah-Rahimahu l-Lah- telah memberitahu kami, berkata: Ahmad bin Ali bin al-Hasan bin Syazan telah memberitahu kami, berkata: Abu al-Husain Muhammad bin Ali bin al-Fadhl bin ‘Amir al-Kufi telah meriwayatkan kepada kami, berkata: Abu Abdullah al-Husain bin al-Farazdaq al-Fazari al-Bazzaz telah memberitahu kami, berkata: Abu Isa Muhammad bin Ali bin ‘Umaraih al-Tahan iaitu al-Qarraq telah memberitahu kami, berkata: Abu Muhammad al-Hasan bin Musa telah memberitahu kami, berkata: Ali bin Asbat telah memberitahu kami daripada beberapa orang sahabat daripada Ibn Di’bin[189] berkata: Aku telah berjumpa dengan orang ramai sedang bercakap-cakap tentang sifat-sifat keistimewaan Arab.
Mereka berkata: Jika Allah mengutus kepada kita seorang nabi, nescaya sebahagian para sahabatnya mempunyai tujuh puluh sifat terpuji, dunia dan akhirat. Maka mereka memikir dan mencari-cari adakah akan terkumpul sepuluh sifat yang terpuji pada seorang lelaki, apatah lagi tujuh puluh sifat. Mereka tidak dapat mencari sifat-sifat yang terkumpul untuk dunia dan akhirat. Mereka hanya dapat mencari sepuluh sifat yang terkumpul untuk dunia sahaja dan bukan untuk akhirat. Mereka telah mendapati Zuhair bin Hubab al-Kalbi, mereka mendapatinya sebagai penyair, doktor di dalam perubatan, pahlawan, ahli nujum, seorang yang dihormati (syarif), perkasa, tukang tilik, orang yang arif tentang nasab, tukang tenung nasib dengan menggunakan burung dan penghalang (zajir). Mereka telah menyebut bahawa Zuhair telah hidup selama tiga ratus tahun.
Ibn Di’bin berkata: Kemudian mereka telah memikir dan mencari-cari di kalangan orang Arab yang mengetahui ilmu pemikiran (ahli al-Nazar), maka sifat-sifat tersebut tidak juga terkumpul pada seorang untuk agama dan dunia melainkan pada Ali bin Abu Talib a.s sama ada mereka suka ataupun tidak. Lantaran itu, mereka dengki kepada Ali a.s. sehingga merosakkan hati dan amalan mereka. Ali a.s. adalah orang yang lebih berhak dan lebih aula daripada mereka, kerana Allah a.w. memusnahkan rumah-rumah musyrikin dengan tangan Ali a.s. menolong Rasul s.a.w. Agama telah menjadi kuat dengan pembunuhan ke atas musyrikin oleh Ali a.s. di dalam peperangan bersama Nabi s.a.w.
Ibn Di’bin berkata: Kami bertanya kepada mereka: Apakah sifat-sifat tersebut (al-Khisal )? Mereka menjawab: keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan menemaninya (al-Mu’asat li-al-Rasul), mengorbankan diri kerananya, menjaga kehormatannya (al-Hafizah), menolak kesusahan daripadanya, membenarkan Rasul s.a.w dengan janji, zuhud dan meninggalkan angan-angan, pemalu, murah hati, kefasihan bercakap, kepimpinan, lemah lembut, keilmuan, keputusan yang tepat, keberanian, meninggalkan kegembiraan ketika menang, tidak melahirkan kesukaan, meninggalkan penipuan dan kelicikan. Tidak mengudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah) sedangkan dia mampu melakukannya. Kecintaan yang ikhlas kepada Allah s.w.t, memberi makan kepada orang miskin kerana mencintai-Nya. Memandang rendah kemenangan yang dicapai di dunia, tidak melebihkan dirinya dan anak-anaknya di atas seorang pun rakyatnya.
Makanannya adalah yang paling rendah yang dimakan oleh rakyatnya, pakaiannya adalah yang paling murah yang dipakai oleh seorang Islam, pembahagiannya adalah saksama, keadilannya pada semua rakyat, maju di dalam peperangannya, orang ramai pernah menghinanya, tetapi dia menganggap hinaan itu sebagai ujian bagi mentaati Allah, mempunyai kekuatan menghafaz. orang Arab menamakannya sebagai akal sehingga dinamakan dengan telinga yang jaga (uzunun wa‘iyah), bersifat pemaaf, menyebarkan hikmat, mengeluarkan kalimat, menyampaikan nasihat, keperluan orang ramai apabila dia berada di hadapan mereka.
Percakapannya diambil, menjelaskan kesamaran kepada orang ramai, mempertahankan mereka yang dizalimi, menolong mereka di dalam kecemasan, mempunyai maruah, menjaga kehormatan perut dan kemaluan, menjaga hartanya dengan baik supaya dia tidak mengguna harta orang lain, tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah), tidak mengadu kesakitan kerana luka-luka yang dialaminya, menyembunyikan kelukaannya dari kepala hingga ke kakinya hampir seribu luka pada jalan Allah, menyuruh melakukan kebaikan.
Melarang melakukan keburukan, melaksanakan hukuman sekalipun ke atas dirinya sendiri, tidak menyembunyikan keredaan Allah ke atas anak-anaknya, memberi pengakuan kepada orang ramai tentang kelebihannya yang diturunkan di dalam al-Qur’an dan manaqibnya yang diceritakan oleh orang ramai mengenainya daripada Rasulullah s.a.w. Dia tidak pernah membantah Rasulullah s.a.w walaupun satu perkataan, tidak pernah meninggalkan sebarang fardu, penyaksian orang ramai bahawa dia melaksanakan tugasnya untuk mereka dan menahan dirinya daripada dunia mereka. Dia tidak menerima rasuah di dalam penghukuman, mempunyai hati yang cerdik, cekal menghadapi tentangan Khawarij ke atasnya. Dia tinggal seorang diri di atas mimbar masjid sedangkan orang ramai melarikan diri.
Orang ramai bercakap-cakap bahawa burung telah menangis kerana Ali a.s. Riwayat Ibn Syihab al-Zuhri mengatakan bahawa batu Bait al-Maqdis bertukar tempat ketika pembunuhan Ali a.s. dan mendapati darah di bawahnya. Perkara ini adalah besar sehingga paderi-paderi bercakap-cakap mengenainya, penyeruannya kepada orang ramai supaya bertanya kepadanya tentang fitnah yang menyesatkan seratus orang dan memberi hidayat kepada seratus orang. Riwayat orang ramai tentang keajaibannya menceritakan tentang Khawarij dan pembunuhan mereka, tidak melahirkan kemampuannya yang luar biasa, malah melahirkan tangisan, menunjukkan kelemahan diri kepada Allah s.w.t sehingga Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah tangisan ini wahai Ali? Beliau a.s. menjawab: Aku menangis kerana keredaan Rasulullah terhadap aku.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan Rasul-Nya telah meredai anda. Beliau a.s. tidak merasai kesejukan pada hari sejuk, tidak merasai kepanasan pada hari panas, tidak merasai panas dan sejuk, menghunus pedang pada jalan Allah, memberi penerangan kepada orang ramai tentang hukum Allah ke atas makhluk-Nya, mempunyai bonggol seperti lembu jantan yang jauh dari dua bahunya, mempunyai dua lengannya yang kuat. Tidak seorang pun dapat menghadapi Ali a.s. melainkan beliau a.s. menahannya atau membunuhnya.
Ibn Di’bin berkata: Kami berkata: Apakah pengertian al-Mu’asat li-al-Rasul (keakraban kepada Rasulullah s.a.w dan menemaninya)? Mereka berkata: Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya Quraisy telah bersepakat untuk membunuh aku, maka anda tidurlah di atas hamparan aku, Ali a.s berkata: dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, aku mendengar dan mentaati Allah dan Rasul-Nya. Lalu beliau a.s tidur di atas hamparan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. meninggalkan tempatnya dengan perlahan-lahan. Ali a.s tidur di atas hamparannya dan Quraisy mengawalnya.
Kemudian mereka menangkapnya dan berkata: Andalah yang telah menipu kami sejak awal malam; mereka memotong sebatang kayu, lalu memukulnya hampir membinasakannya. Kemudian beliau a.s. melepaskan dirinya daripada tangan mereka dan Rasulullah s.a.w mengutus kepadanya ketika berada di dalam gua supaya beliau a.s. menghantarkan kepadanya tiga ekor unta: “Seekor untuk aku, seekor untuk Abu Bakr dan seekor untuk pemandu jalan. Anda bawalah anak-anak perempuan aku sehingga anda datang kepada aku”. Maka Ali a.s telah melaksanakan apa yang diperintahkannya.
Ibn Di‘bin berkata: Apakah maksud menjaga kehormatan(al-Hafizah)? Mereka berkata: Beliau a.s berjalan kaki dan membawa anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w di atas belakangnya. Ali a.s. menyembunyikan dirinya pada siang hari dan berjalan kaki dengan mereka sehingga sampai ke tempat Rasulullah s.a.w. Dua kakinya berdarah beberapa ketika, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda mengetahui apakah yang telah diturunkan kepada anda? Maka baginda s.a.w memberitahu kepada Ali a.s. tentang apa yang tidak boleh ditukar ganti sekiranya beliau a.s. kekal di dunia, tetapi dunia tidaklah kekal.
Baginda s.a.w. bersabda: Telah turun kepada anda Surah Ali Imran (3):195 “Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya: Sesungguhnya aku tidak akan menghilangkan amal di antara kamu, baik lelaki (min zakarin) atau perempuan (untha) sebahagian kamu adalah keturunan sebahagian lain. Maka orang-orang yang berhijrah dari kampung halamannya dan diseksa pada jalanKu yang berperang dan dibunuh, pastilah akan Ku hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah aku akan memasukkan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik”
Zakarin (lelaki) di dalam ayat tersebut adalah anda sendiri dan untha (perempuan) adalah anak-anak perempuan Rasulullah s.a.w. Ibn Di‘bin berkata: Apakah maksud menolak kesusahan daripadanya (daf‘ al-Dhaim)? Mereka berkata: Apabila Rasulullah s.a.w dikepong di lorong bukit, maka Abu Talib membelanjakan hartanya dan menghalangnya daripada beberapa kabilah Quraisy. Abu Talib berkata sedemikian kepada Ali yang berada bersama-sama Rasulullah s.a.w di dalam urusannya, khidmatnya, membantunya dan menjaganya.
Ibn Di‘bin berkata: Apakah maksud “membenarkannya dengan janjinya” (al-Tasdiq bi l-Wa‘di) Mereka berkata: Rasulullah s.a.w. sendiri berkata kepada Ali a.s sedemikian. Baginda s.a.w. memberitahu kepada Ali a.s. tentang pahala yang banyak bagi mereka yang berjihad dengan baik dengan harta, diri dan niat yang baik. Maka beliau a.s. tidak cepat untuk mendapatkan sesuatu daripada pahala dunia sebagai ganti kepada pahala di akhirat. Beliau a.s. tidak melebihkan dirinya ke atas seseorang di sisinya. Beliau a.s. meninggalkan pahalanya di dunia bagi mengambil sepenuhnya di akhirat. Beliau a.s. berjanji kepada Allah bahawa beliau tidak akan mendapati dunia melainkan kadar yang paling minimum. Beliau a.s. tidak melebihkan dirinya di atas kepenatan badannya dan keringatnya melainkan beliau a.s. kemukakannya untuk Allah. Maka Allah berfirman di dalam Surah al-Baqarah (2) : 110 “Dan kebaikan apa saja yang kamu lakukan, kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah “
Ibn Di‘bin berkata: Ada orang telah bertanya kepada mereka: Apakah maksud zuhud di dunia (al-Zuhdu fi al-Dunia)? Mereka berkata: Beliau a.s memakai kain daripada kapas dan memotong lengan baju yang melebihi anak jarinya. Beliau a.s. memendekkan lengan baju yang panjang dan menyempitkan behagian bawahnya. Panjang lengan baju ialah tiga jengkal. Panjang bahagian bawah pula ialah dua belas dua belas jengkal. Panjang bahagian badan ialah enam jengkal. Ibn Bi‘din berkata: Kami bertnya: Apakah maksud “meninggalkan angan-angan” (tark al-Amal )?
Mereka menjawab: Ada orang bertanya kepada Ali a.s.: (Tangan baju) ini engkau telah memetong lebih singkat daripada jarimu. Kenapakah engkau tidak melipat lengan bajumu?. Beliau a.s. berkata: Perkara ini (potong) lebih cepat daripada itu (melipatnya). Bani Hasyim berkumpul dan meminta kepadanya. Mereka mendesak supaya beliau a.s. memberi pakaiannya kepada mereka. Beliau a.s. memakai pakaian orang ramai. Maka berpindahlah miliknya dengan sebab tuntutan itu. Meka beliau a.s. pun memberikan reaksi sedih dan hiba kepada mereka. Beliau a.s. berkata: Dengan nama bapa aku dan ibu aku, sesiapapun tidak akan kenyang dengan roti gandum sehingga dia berjumpa dengan Allah. Beliau a.s. berkata: Ini adalah pakaian sederhana yang memuaskan orang miskin dan orang mukmin pula boleh menutup dengannya.
Ibn Di‘bin berkata: Apakah yang di maksudkan dengan pemalu (al-Haya’)? Mereka berkata: Beliau a.s. tidak pernah menyerang sesiapapun yang mahu membunuhnya dalam keadaan mendedahkan auratnya melainkan beliau a.s meninggalkan penyerang itu kerana malu.
Ibn Di‘bin berkata: Apakah maksud al-Karam (kemuliaan) ? Mereka berkata: Sa‘d bin Abu Waqqas berkata kepada Ali a.s ketika dia bermalam bersamanya di al-‘Azzab pada permulaan hijrah: Apakah yang telah menghalang anda untuk meminang anak perempuan Rasulullah s.a.w? Beliau a.s berkata: Aku berani untuk meminang anak perempuan Rasulullah s.a.w? Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w mempunyai hamba perempuan pun aku tidak berani. Sa‘d menceritakan kata-kata Ali kepada Rasulullah s.a.w. Maka Baginda s.a.w berkata kepadanya: Katakan kepada Ali a.s. bahawa beliau a.s. akan melakukannya. Sesungguhnya aku akan melakukannya. Apabila Sa‘d memberitahunya, beliau a.s. menangis. Kemudian beliau berkata: Aku bergembira kerana Allah telah mengumpulkan menantunya bersama kerabatnya.
Justeru itu, al-karam adalah orang yang merendahkan dirinya dan meninggalkan kemuliaan ke atas orang lain. Kemuliaan Abu Talib telah diketahui umum, Ali a.s adalah sepupu Rasulullah s.a.w di sebelah bapanya dan sebelah ibunya. Bapanya adalah Abu Talib bin Abd al-Muttalib bin Hasyim dan ibunya adalah Fatimah binti Asad bin Hasyim yang didoakan oleh Rasulullah s.a.w pada liang kuburnya. Baginda s.a.w telah mengapankan Fatimah binti Asad dengan bajunya dan membalut dengan kainnya. Baginda s.a.w. memohon kepada Tuhan supaya tidak luntur kapannya dan tidak mendedahkan auratnya. Malaikat kubur tidak menyiksanya. Baginda s.a.w. memujinya ketika kematiannya, menyebut kebaikannya dan pendidikannya untuknya iaitu di sisi bapa saudaranya Abu Talib dan bersabda: Seorang pun tidak boleh memberi manfaat kepada aku selain daripadanya.
Kemudian tentang kefasihan bercakap (al-Balaghah). Orang ramai datang kepada Ali a.s. ketika beliau a.s. turun daripada mimbar dan berkata: Kami tidak pernah mendengar seorang pun wahai Amir al-Mukminin, yang lebih fasih daripada anda. Maka beliau a.s. tersenyum dan berkata: Apa yang menghalang aku? Aku adalah kelahiran Makkah, dan beliau tidak menambahkan mereka selain dua perkataan tersebut.
Kemudian tentang khutbahnya, tidak terdapat daripada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian yang pernah mendengar khutbah dan percakapannya seumpamanya. Sebahagian ahli dewan menyangka bahawa jika tidak ada percakapan Ali bin Abu Talib a.s dan khutbahnya, serta balaghahnya, nescaya seorang pun tidak dapat menulis surat kepada panglima tentera atau kepada rakyat dengan baik.
Kemudian tentang kepimpinan (al-Ri’asah ), maka semua mereka yang telah memerangi dan menentangnya adalah di atas kejahilan dan kesesatan. Mereka berkata: Kami menuntut darah Uthman. Tidak ada pada diri mereka keupayaan untuk menuntut kepimpinannya menentangnya. Beliau a.s berkata: Aku menyeru kamu kepada Allah, kepada Rasul-Nya supaya melaksanakan ikrar kamu dengan Allah dan Rasul-Nya yang mewajibkan ketaatan dan menyahuti Rasulullah s.a.w kepada ikrar dengan kitab dan Sunnah.
Kemudian tentang lemah lembut (al-Hilmu). Safiyyah binti Abdullah bin Khalaf al-Khaza‘i pernah berkata kepada Ali a.s.: Semoga Allah menjadikan perempuan-perempuan anda yatim kerana anda sebagaimana anda telah menjadikan perempuan-perempuan kami yatim. Semoga Allah menjadikan anak-anak lelaki anda yatim kerana anda sebagaimana anda telah menjadikan anak-anak lelaki kami yatim daripada bapa-bapa mereka. Maka orang ramai datang kepadanya dengan cepat. Ali a.s berkata: Tahankan diri kamu daripada perempuan itu, lalu mereka menahan diri mereka daripadanya. Lantas perempuan itu berkata kepada keluarganya: Celakalah kamu yang telah berkata sedemikian; mereka telah mendengar percakapan Ali a.s dengan kagum kerana lemah lembutnya (hilmu-hu) terhadapnya.
Kemudian tentang ilmu (al-‘Ilm). Berapa banyak perkataan yang telah dikatakan ‘Umar kepadanya: Jika tidak ada Ali, nescaya binasalah ‘Umar (Laula ‘Ali la-halaka ‘Umar).
Kemudian tentang mesyuarat (al-Musywarah) pada setiap perkara yang telah berlaku di antara mereka sehingga beliau a.s. menunjukkan jalan keluar kepada mereka.
Kemudian tentang penghakiman (al-Qadha’). Beliau a.s. tidak pernah berkata kepada seorang pun yang datang kepadanya: Datanglah besok atau menolaknya. Sesungguhnya beliau a.s. akan menyelesaikan penghakiman pada tempat itu juga. Kemudian apabila lelaki itu datang kembali, maka beliaulah yang memulakannya.
Kemudian tentang keberanian (al-Syaja‘ah). Tidak terdapat orang-orang terdahulu atau orang-orang yang terkemudian yang mempunyai keberanian seperti Ali a.s. Beliau a.s. tidak pernah berpaling belakang kepada musuhnya, membunuh sesiapa yang bertarung (yabruzu ilai-hi) dengannya, tidak pernah menjadi pengecut kepada sesiapa yang mencabarnya (da‘a-hu ila mubarazati-hi). Beliau a.s. tidak memukul atau menikam seseorang secara panjang, malah beliau a.s. mengeratnya (qudda-hu). Beliau a.s. tidak memukul atau menikam seseorang secara melintang melainkan beliau a.s. memotongnya kepada dua bahagian (qata‘a-hu bi-nisfaini). Mereka telah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w telah membawanya di atas kuda. Maka beliau a.s. berkata: Demi bapa aku, anda dan ibu aku, apakah perlu aku kepada kuda, aku tidak mengikut sesiapapun. Aku tidak lari daripada seseorang pun (wa-la afirru). Apabila aku menghunus pedang, aku tidak akan meletakkannya melainkan (wa idha artadai-tu saifi lam adha‘-hu illa li l-Ladhi artadi la-hu)kepada orang yang aku hunus untuknya.
Kemudian beliau a.s. meninggalkan kegembiraan (tark al-Farah) dan meninggalkan kesukaannya (tark al-Marah) ketika sampai berita gembira kepada Rasulullah s.a.w tentang pembunuhan mereka yang terbunuh di Uhud daripada tentera musuh tetapi beliau a.s tidak bergembira dan bermegah dengannya. Sebaliknya Abu Dujanah bermegah dan berjalan di antara dua saf dalam keadaan bermegah diri. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya perjalanan anda sedemikian dimurkai Allah melainkan pada tempat ini.
Kemudian apabila beliau a.s. melakukan di Khaibar apa yang telah dilakukan sebelumnya. Maka larilah mereka yang pernah lari dalam peperangan sebelumnya. Rasulullah s.a w bersabda: Aku akan memberi bendera kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya (la a‘tiyanna al-Rayata rajulan yuhibbu l-Laha wa rasula-hu). Sementara Allah dan Rasul-Nya mencintainya pula dan bukan lari (wa yuhibbu-hu l-Lahu wa rassulu-hu laisa bi-farrar) di dalam peperangan.
Sabdanya bahawa ‘beliau tidak lari” adalah sebagai satu sindiran kepada mereka yang telah lari di dalam peperangan sebelumnya. Beliau a.s. membukanya dan membunuh musuhnya, membawa pintu kota Khaibar seorang diri. Ianya tidak mampu dibawa oleh empat puluh orang lelaki. Berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w. maka baginda s.a.w. bangun di dalam keadaan gembira. Apabila sampai berita kepada Ali a.s bahawa Rasulullah s.a.w datang kepadanya, beliau a.s pergi kepadanya. Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: Telah sampai kepada aku ujian anda, maka aku meredai anda. Lantas Ali a.s menangis pada masa itu juga.
Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Tahankan diri anda, apakah yang membuatkan anda menangis? Beliau a.s. berkata: Kenapa aku tidak menangis sedangkan Rasulullah s.a.w meredai aku? Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah, para malaikat-Nya dan Rasul-Nya meredai anda. Baginda s.a.w. bersabda lagi: Jika aku tidak takut sebahagian umat aku akan berkata sebagaimana telah berkata orang-orang Kristian tentang Isa bin Maryam, nescaya aku akan berkata kepada anda pada hari ini mengenai perkataan yang orang-orang Islam sama ada sedikit ataupun ramai, akan mengambil tanah di bawah dua tapak kaki anda kerana mendapatkan berkat.
Kemudian beliau a.s. meninggalkan penipuan, tipu helah dan kelicikan. Orang ramai berkumpul, lalu mereka berkata kepadanya: Tuliskan, wahai Amir al-Mukminin, kepada orang yang menyalahi anda tentang wilayahnya, kemudian pecatlah dia. Lantas beliau a.s. berkata: Penipuan, tipu helah dan kelicikan adalah di neraka.
Kemudian beliau a.s. meninggalkan perbuatan mengkudungkan anggota badan musuh (al-Muthlah). Beliau a.s. berkata kepada anak lelakinya al-Hasan a.s: Wahai anak lelakiku, bunuhlah pembunuh aku, dan jauhilah dari mengkudungkan anggota badannya kerana Rasulullah s.a.w membencinya sekalipun terhadap anjing yang ganas.
Kemudian cinta mendekatkan diri kepada Allah dengan bersedekah. Rasulullah s.a.w bersabda kepada Ali a.s: Apakah anda telah lakukan pada malam anda? Beliau a.s. berkata: Kenapa wahai Rasulullah s.a.w? Baginda s.a.w. bersabda: Telah diturunkan kepada anda empat ayat. Beliau a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, bahawa bersama aku empat dirham, aku telah bersedekah satu dirham pada waktu malam, satu dirham pada siang hari, satu dirham secara rahsia dan satu dirham secara terang-terangan. Baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada anda Surah al-Baqarah (2):274 “Orang-orang yang menafkahkan hartanya pada waktu malam dan siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhan mereka.Tidak ada ketakutan kepada mereka dan mereka tidak (pula) bersedih”
Kemudian baginda s.a.w bersabda kepadanya: Adakah anda telah melakukan sesuatu selain daripada ini? Sesungguhnya Allah telah menurunkan ke atas anda tujuh belas ayat; Surah al-Insan (76) :5-22 “ Sesungguhnya orang-orang yang membuat kebaikan minum dari gelas yang campurannya adalah air kafur” sehingga firman-Nya “ Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu,dan usahamu adalah disyukuri ” Dan firman-Nya “Dan mereka memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin anak yatim dan orang yang ditawan”
Al-‘Alim berkata: Walaupun Ali tidak menyebut “kerana Allah” di dalam ayat di atas, tetapi di dalam ayat berikutnya perkataan “ kerana Allah” di sebut. “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharap Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak (pula) terima kasih” kerana Allah telah mengetahui di hati Ali a.s bahawa beliau a.s telah memberi makanan kerana Allah. Lantaran itu, Dia telah memberitahunya apa yang Dia mengetahui daripada hatinya tanpa memperkatakannya.
Kemudian tentang hinanya habuan dunia yang didapatinya. Beliau a.s. mengumpul harta kemudian memasukinya dan berkata:
Inilah jenayah ku dan pilihannya padanyaKerana setiap buah,tangannya ke mulut jua
Beliau berkata: Aku adalah ketua mukminin, harta adalah ketua orang-orang yang zalim. Beliau a.s. tidak menunjukkan kelebihan dirinya (taraka al-Tafdhil), dan anak-anaknya ke atas seorang pun ahli Islam. Adik perempuannya bernama Ummu Hani’ bin Abu Talib datang kepadanya, lalu beliau a.s memberi kepadanya dua puluh dirham. Ummu Hani’ bertanya hamba perempuannya yang bukan Arab berkata: Berapakah Amir al-Mukminin a.s memberi kepada anda? Dia berakta: Dua puluh dirham. Maka Ummi Hani’ kembali ke rumah di dalam keadaan marah. Beliau a.s berkata kepadanya: Pulanglah anda, semoga dirahmati Allah, kami tidak dapati di dalam kitab Allah kelebihan Ismail ke atas Ishaq.
Diutus kepadanya anak-anak perempuan Kaisar. Beliau a.s. berkata kepada mereka: Aku akan mengahwini kamu? Mereka berkata kepadanya: Kami tidak berhajat untuk berkahwin dengan anda, kerana tiada kufu bagi kami melainkan anak-anak lelaki anda jika anda mengahwinkan kami dengan mereka, maka kami reda.
Beliau a.s tidak suka mengutamakan anak-anaknya daripada orang lain. Diutus kepadanya dari Basrah hadiah dari kapal karam yang tidak diketahui nilainya, anak perempuannya Umm Kalthum berkata kepadanya: Wahai Amir al-Mukminin! Bolehkah aku memakainya? Ia akan berada di leher aku? Beliau a.s berkata: Wahai Abu Rafi‘, Masukkannya ke dalam Baitulmal.
Setelah dilantik (sebagai khalifah), beliau a.s. berdiri memberi khutbah di Madinah: Wahai kaum muhajirin dan ansar! Wahai kaum Quraisy! Ketahuilah, demi Tuhan, aku tidak membezakan di kalangan kamu selama aku ada kaitan di Yathrib. Adakah kamu melihat aku menegah dengan diriku dan anak-anak aku dan memberi kepada kamu. Aku akan menyamakan di antara si hitam dan si merah? ‘Aqil bin Abu Talib berdiri dan berkata: Anda akan menjadikan aku dan si hitam di bandar Sudan itu sama? Beliau a.s berkata kepadanya: Duduklah anda, semoga dirahmati Allah, adakah orang lain akan bercakap? Tidak ada kelebihan anda ke atas mereka melainkan orang pertama memeluk Islam (sabiqah) atau takwa.
Kemudian tentang pakaian (al-Libas) Ziad bin Siddad al-Harithi sahabat Rasulullah s.a.w. meminta tolong ke atas saudaranya Ubaidillah bin Siddad dan berkata: Wahai Amir al-Muminin! Saudaraku telah pergi beribadat. Dia enggan tinggal bersama aku di rumahku. Dia memakai pakaian yang paling murah. Ubaidillah berkata: Wahai Amir al-Mukminin, aku telah menghiaskan diri aku dengan hiasan anda dan aku telah memakai pakaian anda. Amir al-Mukminin a.s berkata: Anda janganlah berbuat demikian, kerana imam muslimin apabila mengendalikan urusan mereka, memakai pakaian yang paling murah yang pernah dipakai oleh orang-orang fakir mereka supaya orang fakir tidak memberontak dengan kefakirannya, lalu membunuhnya. Justeru itu, aku memberitahu anda bahawa anda pakailah pakaian kaum anda yang paling baik. Surah al-Dhuha (93):11“Dan terhadap nikmat Tuhanmu,maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya” Beramal dengan nikmat adalah lebih aku sukai dari bercakap mengenainya.
Kemudian tentang pembahagian sama rata (al-Qasm) dan keadilan kepada rakyat. Beliau a.s. melantik Ammar bin Yasir dan Abu al-Haitham al-Taihan menjaga Baitulmal. Beliau a.s. menulis: Arab, Quraisy, Ansar dan bukan Arab, malah setiap orang Islam yang terdiri daripada kabilah Arab atau bukan Arab adalah sama di dalam pembahagian. Sahal bin Hanif dan hambanya yang berkulit hitam datang kepada Ali a.s. dan bertanya: Berapakah anda akan memberi kepada hamba ini? Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Berapakah anda akan mengambilnya untuk anda? Sahal berkata: Tiga dinar, orang ramai telah mengambil tiga dinar.
Beliau berkata: Mereka telah memberi kepada hambanya jumlah yang telah diambil olehnya iaitu sebanyak tiga dinar. Apabila orang ramai mengetahui bahawa tidak ada kelebihan sesama mereka melainkan dengan takwa kepada Allah, maka Talhah dan al-Zubair mendatangi Ammar bin Yasir dan Abu al-Haitham bin al-Taihan. Lalu mereka berdua berkata: Wahai Abu Yaqzan, benarkan kami berjumpa dengan sahabat anda. Beliau berkata: Sahabat aku telah membenarkannya. Beliau a.s mengambil bakulnya dan peralatannya, lalu pergi bekerja di kebun kurma di Bi’r al-Malik untuk menanam pokok kurma. Ini sebahagian keadilannya terhadap rakyat dan pembahagiannya yang sama rata.
Ibn Di’bin berkata: Kami bertanya: Apakah makanan rakyat yang paling rendah? Beliau berkata: Orang ramai bercakap-cakap bahawa makanannya adalah roti dan daging. beliau memakan gandum dan minyak zaitun. Beliau cepat menamatkan makanannya supaya tidak ditambah pada makanannya. Suatu ketika beliau a.s. mendengar kuali di rumahnya, lantas beliau a.s. bangun sambil berkata: Pada zimmah Ali bin Abu Talib kuali yang menggerodak. Orang memberitahunya tentang keadaan itu lalu keluarganya menjadi takut. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya beliau adalah isteri anda telah menyembelih unta di kampungnya, lalu diambil sebahagian daripadanya untuknya. Keluarganya telah menghadiahkannya kepadanya. Beliau a.s berkata: Makanlah dengan baik.
Ada orang berkata: Amir al-Mukminin a.s tidak pernah mengadu kesakitannya melainkan ketika saat kematiannya. Beliau a.s. takut menerima hadiah daripada rakyat kerana penerimaan hadiah oleh pemerintah adalah suatu pengkhianatan kepada kaum muslimin.
Ada orang berkata: Apakah ketahanan (al-Saramah)? Dia menjawab: Beliau a.s telah pulang daripada peperangannya. Maka beliau a.s. berkhemah di kebun kurma, orang ramai kembali ke rumah mereka dan meminta kebenarannya. Mereka berkata: Pedang-pedang kami telah menjadi tumpul dan mata lembing kami telah hilang kesannya, lantaran itu, izinlah kami pulang. Kami akan kembali lagi dengan semangat baru, tetapi beliau tetap di kemnya di kebun kurma dan berkata: Sesungguhnya panglima perang berjaga malam, dahaga air pada siangnya, tidak bersama-sama perempuan-perempuannya dan anak-anaknya, beliau bukanlah pulang ke rumah dan kembali kepadanya.
Beliau bukanlah orang yang bermukim, kemudian tinggal di kemnya, apabila beliau melihat semuanya ini, beliau memasuki Kufah dan menaiki mimbar, lantas berkata: Kamu adalah singa yang garang ketika kelaparan dan serigala yang pantas, tetapi kamu bukanlah menentang musuh dengan kekuatan kamu. Wahai mereka yang mempunyai badan yang satu, tetapi nafsu yang berbeza, tiada kekuatan dakwah mereka bagi menyeru kamu, tiada rehat bagi hati mereka yang menentang kamu bersama mana-mana imam selepas aku. Di negeri manakah selepas ini kamu mengelak dari berperang? Beliau a.s pada peperangannya yang terakhir amat berdukacita dan marah sehingga orang ramai menghinanya.
Ibn Bi‘din berkata: Apakah itu penghafazan (al-Hifz)? Dia berkata: Orang Arab menamakannya al-‘Aql, apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w kepadanya beliau a.s. menghafaznya. Beliau a.s. menyedari apa yang diturunkan kepada Nabi-Nya, tidak sesuatu yang pelik turun dari langit melainkan beliau a.s. bertanya kepada nabi tentang ayat itu sehingga turun ayat dalam Surah al-Haqah (69):12 “agar diperhatikan oleh telinga yang mahu mendengar” Beliau a.s. merupakan telinga yang mendengar. Pada suatu hari beliau a.s datang ke pintu Rasulullah s.a.w. Para malaikat memberi salam kepada rasul. Beliau a.s. berdiri sehingga mereka selesai memberi salam kepadanya. Kemudian beliau a.s. memasuki rumah Rasulullah s.a.w dan berkata kepadanya: Wahai Rasulullah! Lebih empat ratus malaikat telah memberi salam kepada anda, beliau s.a.w bersabda: Apakah yang membuatkan anda mengetahuinya? Ali a.s berkata: Aku telah menghafaz bahasa-bahasa mereka (hafaztu lughaata-hum). Setiap Malaikat telah memberi salam kepada rasul dengan bahasa yang berbeza daripada yang lain.
Al-Sayyid Ismail al-Humairi berkata:
Beliau terus memasukkan dua tapak tangannya mendengar
Seolah-olah beliau menghitungnya dari ahli kampung kami
Membawa kepadanya barang berharga
Bahtera India membawa nakhoda di kalangan kami
Ibn Di’bin berkata: Ahli kampung kami adalah orang dari negeri Syam. Ahlinya adalah sebaik-baik kaum.
Ibn Di’bin berkata: Aku mendapati orang ramai memandang rendah mana-mana percakapan yang tidak dapat menyerupai percakapannya. Mereka berkata: Ali a.s berdiri dan bercakap dari gelincir matahari sehingga jatuh matahari. Mereka mendengarnya dan berkata: Demi Tuhan, aku tidak datang kepada kamu secara sukarela, tetapi aku telah mendatangi kamu kerana cintakan kamu….
Kemudian tentang hikmat, dan pengeluaran kalimat dengan bijaksana. Mereka tidak pernah mendengarnya daripada orang lain seumpamanya. Beliau a.s berkata kepada seorang lelaki: Kamu dilarang, tetapi tidak berhenti, menyuruh manusia apa yang tidak memberi faedah, menuntut lebihan apa yang ada dan menghilangkan apa yang diberikan, kamu mencintai orang-orang yang soleh, tetapi tidak beramal dengan amalan mereka, kamu memarahi orang-orang yang jahat, tetapi kamu adalah seorang daripada mereka, menyegerakan perkara dunia yang binasa, meninggalkan perkara akhirat yang kekal, membenci kematian kerana dosa-dosanya dan tidak meninggalkan dosa-dosanya di dalam hidupnya.
Kemudian orang lain berhajat kepadanya sedangkan beliau a.s. tidak berhajat kepada mereka. Beliau a.s. sentiasa mempunyai tempat di kalangan manusia seperti kedatangan Yahudi bertanyakan kepadanya secara degil, kemudian beliau a.s. memberitahu mereka apa yang ada di Taurat tentang mereka. Ramai orang Yahudi memeluk Islam kerananya!. Adapun tidak berhajatnya beliau a.s. kepada orang ramai, kerana beliau a.s. tidak pernah berada di pintu seorang daripada mereka bertanyakan kepadanya walaupun satu kalimat dan beliau a.s. tidak mengambil faedah sekalipun satu huruf daripadanya.
Kemudian mempertahankan orang yang dizalimi dan menolong orang di dalam kesusahan. Orang-orang Kufah mengatakan bahawa pada suatu hari Sa‘id bin al-Qais al-Hamdani melihatnya dalam keadaan cuaca panas terik di suatu kawasan. Lalu Sa‘id berkata: Wahai Amir al-Mukminin, di saat ini anda berada di sini? Beliau a.s berkata: Aku keluar kerana ingin menolong orang yang dizalimi atau menolong orang di dalam kesusahan. Tiba-tiba seorang perempuan datang kepadanya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Suami aku telah menzalimi aku dengan menyerang aku. Dia bersumpah untuk memukul aku. Datanglah kepadanya bersama-sama aku. Beliau a.s menundukkan kepalanya, kemudian mengangkatnya sambil berkata: Tidak, demi Tuhan, sehingga diambil daripada orang yang dizalimi akan haknya tanpa teragak-agak lagi. Di manakah rumah anda?
Perempuan itu berkata: Di tempat itu dan itu. Beliau a.s. menuju bersama-samanya sehingga sampai di rumahnya. Perempuan itu berkata: Inilah rumah aku. Beliau a.s memberi salam. Kemudian seorang pemuda keluar dengan memakai kain yang berwarna-warni. Beliau a.s berkata: Bertakwalah anda kepada Allah. Sesungguhnya anda telah menakut-nakutkan isteri anda. Pemuda itu menjawab: Apakah kaitan anda di dalam perkara ini? Demi Tuhan, aku akan membakarnya dengan api kerana kata-kata anda. Beliau a.s berkata: Aku memerintahkan anda perkara yang baik dan melarang anda perkara yang mungkar. Sekarang anda menolak perkara yang baik, maka bertaubatlah anda. Jika tidak, aku akan membunuh anda. Orang ramai datang untuk bertanya Amir al-Mukminin a.s tentang apa yang berlaku. Kemudian pemuda itu menyesal di atas perbuatannya dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, maafkan kami, semoga Allah memaafkan anda.
Demi Tuhan, aku akan menjadikan bumi tempat anda berpijak sebagai ingatan, lantas beliau menyuruh isterinya masuk ke dalam rumah. Beliau membaca “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia ” Segala puji bagi Allah yang telah membaiki aku dan isteri aku, Allah berfirman Surah al-Nisa’ (4):114 “Tidak ada kebaikan pada kebanyaakan bisik-bisikan mereka, kecuali bisikan daripada orang yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia.Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keridhaan Allah, maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang besar”
Kemudian tentang maruah, menjaga perut, kemaluan dan pembaikan harta. Adakah kamu melihat seorang yang memukul bukit dengan tukul. Kemudian keluar darinya longgokan emas seperti tengkuk unta yang disembelih. Setiap kali ia keluar, beliau a.s. berkata: Beritahu berita gembira kepada pewaris. Kemudian beliau a.s. menjadikan ketulan itu sebagai sedekah sehingga Allah mewariskan bumi ini kepada siapa di atasnya bagi memalingkan neraka dari mukanya dan memalingkan mukanya dari neraka.
Ibn Di’bin berkata: Beliau a.s telah membawa karung yang mengandungi tiga ratus ribu biji kurma. Ada orang bertanya beliau mengenainya, beliau telah menanam semua biji tersebut dan kesemuanya telah tumbuh.
Kemudian beliau tidak menunjukkan kelemahan dan penyerahan kepada musuh (al-Wahn wa al-Istikanah). Beliau a.s. kembali dari peperangan Uhud dengan lapan puluh luka-luka. Beliau memasukkan pembalut di satu tempat dan mengeluarkannya dari tempat yang lain. Maka Rasulullah s.a.w. datang melawatnya. Beliau a.s pada masa itu sepertilah seketul daging di atas hamparan. Apabila Rasulullah s.a.w melihatnya, baginda s.a.w terus menangis dan bersabda: Sesungguhnya seorang lelaki yang ditimpa begini kerana Allah, maka berhak bagi Allah melakukan sesuatu untuknya dan beliau juga melakukan sesuatu untuk Allah.
Maka Ali a.s berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, segala puji bagi Allah yang tidak melihat aku lari daripada anda dan aku tidak melarikan diri aku. Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku kenapakah aku telah dihalang untuk menjadi syahid? Baginda s.a.w. bersabda: Sesungguhnya ia akan berlaku kepada anda Insya’ Allah. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Abu Sufyan menghantar perjanjian di antara kita dan kamu “singa merah”. Beliau a.s berkata: Dengan nama bapa aku, anda dan ibu aku, demi Allah, jika aku dibawa oleh beberapa orang lelaki berhadapan musuh, nescaya aku tidak akan lari daripada anda.
Kemudian turun ayat di dalam Surah Ali Imran (3):146 “ Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana menimpa mereka di jalan Allah, tidak lesu dan tidak pula menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar ” dan turun ayat sebelumnya kepadanya a.s Surah Ali Imran (3) : 145 “Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya .Barangsiapa yang menghendaki pahala dunia, nescaya kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa yang menghendaki pahala akhirat, maka kami berikan kepadanya pahala akhirat.Dan kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur”
Kemudian beliau a.s. tidak mengadu (al-Syikayah) tentang kesakitan lukanya. Dua orang perempuan telah mengadu kepada Rasulullah s.a.w mengenai kesakitan lukanya dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w ! Kami khuatir tentang bahaya lukanya dan kesakitan yang dialaminya. Kesan lukanya ketika beliau a.s. mati adalah seribu luka dari kepala sehingga kepada kakinya.
Kemudian tentang menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Beliau a.s berkhutbah: Wahai manusia! Perintahkan manusia supaya melakukan kebaikan dan melarang kemungkaran, kerana kedua-duanya tidak akan mendekatkan ajal dan tidak melewatkan rezeki.
Mereka menyebutkan bahawa beliau a.s mengambil wuduk bersama-sama orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghimpitkannya. Lalu beliau memukulnya dengan cemeti sambil berkata: Ini bukan caranya anda melakukan kepada aku. Jika orang yang lebih lemah daripada aku datang dan anda melakukan kepadanya perkara yang sama, maka anda bertanggung jawab. Pada suatu hari beliau a.s. berteduh di sebuah kedai daripada hujan. Lalu beliau a.s. diusir oleh tuan kedai tersebut yang tidak mengenalinya. Kemudian beliau a.s. menjalankan hudud sekalipun ke atas dirinya dan anak-anaknya. Sementara orang ramai tidak menjalankannya ke atas orang-orang kenamaan. Adakah seseorang pernah mendengar bahawa seorang kenamaan telah dijalankan had ke atasnya oleh seseorang selain daripadanya? Di antaranya adalah ‘Ubaidillah bin ‘Umar bin al-Khattab, Qudamah bin Maz‘un dan al-Walid bin ‘Uqbah bin Abu Mu‘it telah meminum arak. Orang ramai menahan diri mereka dari menjalankan had ke atas mereka dan terus pulang ke rumah mereka. Tetapi beliau a.s memukul mereka dengan tangannya, kerana khuatir hukum hudud dibekukan.
Beliau a.s. tidak menyembunyikan apa yang telah berlaku terhadap anak perempuannya Ummi Kalthum. Ketika seorang gabenor menghadiahkan minyak wangi kepadanya. Beliau a.s menaiki mimbar dan berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya Ummi Kalthum binti Ali telah mengkhianati kamu dengan minyak wangi. Demi Tuhan, jika beliau mencurinya, nescaya aku akan memotong tangannya sebagaimana aku memotong tangan perempuan-perempuan kamu.
Kemudian tentang ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan tentang kelebihannya adalah tidak terkira banyaknya. Kemudian mereka bersepakat bahawa beliau a.s tidak pernah membantah Rasulullah s.a w sekalipun satu kalimah. Tidak pernah berganjak dari tempat yang diutusnya. Beliau a.s. memberi khidmat kepada Rasulullah s.a.w pada masa musafirnya, memenuhi bekas airnya, mengupas kulit gandum, mengawal di hadapannya dengan pedang sehingga baginda s.a.w memerintahnya supaya duduk atau pulang.
Beliau a.s. diutus beberapa kali untuk mendapat air dari Juhfah. Orang lain tidak membawa air pulang kerana kesukaran mendapatkannya. Kemudian beliau a.s. datang dan membawa air pulang dengan banyak sehingga dialu-alukan oleh para malaikat. Rasulullah s.a.w. memberitahunya tentang perkara tersebut dan bersabda: Itulah Jibrail dengan seribu malaikat, Mikail dengan seribu malaikat, dan Israfil dengan seribu malaikat.
Sayyid Ismail al-Humairi berkata:
Itulah dia orang yang telah diberi salam pada suatu malam
Ke atasnya Mikail,dan Jibrail
Mikail dengan seribu dan Jibrail dengan
Seribu kemudian diikuti Israfil
Orang ramai memasuki rumahnya satu hari sebelum kesyahidannya. Mereka memberi penyaksian sesungguhnya beliau a.s. telah melaksanakan tugasnya terhadap mereka dengan saksama. Tidak menerima rasuah di dalam penghakiman mereka, tidak mengambil harta dari Baitulmal walaupun seberat tali unta. Beliau a.s. tidak makan melainkan sekadar mencukupi dirinya. Mereka juga memberi penyaksian bahawa sesungguhnya mereka yang paling jauh kedudukannya adalah mereka yang paling hampir kepadanya[190].
Barangsiapa Yang Berdering Telinganya, Maka Hendaklah Dia Berselawat Kepadaku
Al-Fazari berkata: Abu Isa telah memberitahu kami, berkata: Abu Muhammad al-Hasan bin Musa telah memberitahu kamu, berkata: Muhammad bin ‘Umar al-Ansari telah memberitahu kami daripada Mu‘ammar daripada bapanya daripada datuknya berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang berdering telinganya (tannat udhunu-hu), maka hendaklah beliau berselawat kepada aku. Sesiapa yang menyebut namaku dengan baik, maka Allah akan menyebutnya dengan baik. Dengan sanad yang sama beliau berkata: Apabila Rasulullah s.a.w mengambil wuduk untuk mengerjakan solat, baginda s.a.w. menggerakkan cincinnya sebanyak tiga kali.
Alamat-Alamat Bencana Di Dalam Setahun
Ketahuilah apabila bintang Zuhrah seiring dengan bintang Marikh pada satu buruj, maka binasalah raja Rom atau bencana yang besar menimpa negara Rom.
Apabila Zuhrah seiring dengan Zuhal, maka pada tahun itu akan berlaku kesusahan dan kesempitan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan al-Musytari, maka orang ramai akan mendapat kesenangan hidup.
Apabila Zuhrah seiring dengan ‘Atarid, maka akan berlaku pertumpahan darah dan pembukaan yang besar.
Apabila Bahram seiring Zuhal pada satu buruj, maka raja yang buminya bertepatan dengan buruj akan binasa.
Apabila Bahram dan al-Musytari berhimpun pada satu buruj, seorang raja yang besar akan binasa.
Apabila Zuhal dan ‘Atarid berhimpun, akan berlaku ketakutan dan kesusahan kepada pedagang-pedagang. Demikian juga akan berlaku kepada ahli sastera.
Apabila berhimpun Zuhal dan al-Musytari pada satu buruj, dunia akan berubah di dalam semua keadaan dan urusan manusia juga akan mengalami perkara yang sama. Khawarij akan keluar di segenap penjuru terutamanya di Jilan dan dari Dailam akan keluar kaum Kurdi. Mereka akan membunuh orang ramai dengan kejam, melahirkan ketakutan dan kesusahan, tabiat orang ramai akan berubah; akan hilang sifat malu dan sifat kemanusiaan daripada mereka. Sifat tamak menguasai mereka. Akan bertambah kerosakan, terutamanya pada perempuan sehingga mereka menggugurkan anak-anak mereka, melahirkan anak-anak haram, menumpahkan darah, pembunuhan dan kelaparan.
Apabila berhimpun al-Musytari dan ‘Atarid, dunia akan ditimpa penyakit taun dan berlaku permusuhan di kalangan manusia.
Apabila bulan menaiki di atas Zuhal, raja segala raja akan mati.
Apabila berhimpun Bahram dan ‘Atarid pada Scorpio, maka itu adalah bukti pembunuhan raja Babylon.
Apabila al-Musytari dan Zuhrah berhimpun pada Scorpio, itu adalah bukti ketakutan dan penyakit di Babylon.
Apabila berhimpun matahari ke arah Scorpio, itu adalah bukti perpecahan Rom dan pembunuhan raja mereka.
Apabila berhimpun Marikh dan ‘Atarid ke arah Scorpio, itu adalah bukti kemusnahan istana raja Babylon dan Farsi.
Apabila berhimpun matahari dan bulan ke arah Scorpio dan Bahram pada Saratan, maka jika anda mampu untuk memasuki mana-mana lubang di bumi, maka anda boleh melakukannya.
Apabila Zuhrah dan al-Musytari berhimpun, maka perempuan-perempuan menjadi takut kepada suami-suami mereka secara permusuhan.
Apabila turunnya Kiyawan al-Tarfah, maka akan berlakulah taun di Iraq dan orang ramai akan mati.
Apabila turunnya al-Tarfah ke atas yang lain, maka akan berlaku di bumi Iraq pembunuhan dan fitnah.
Apabila turunnya al-Nathbarah, akan bertukar propensi di Iraq dan orang ramai akan menghadapi bala yang besar.
Apabila turunnya Kiyawan al-Ghafar, maka akan berlaku di Iraq peperangan dan fitnah dan apabila turunnya Kiyawan Jubhah, akan berlaku kematian kepada lembu, binatang buas dan ganas.
Apabila turunnya Kiyawan dan al-Musytari ke arah al-Iklil dan al-Qalb, akan berlaku di timur dan barat taun yang kuat. Ramai orang akan mati, akan berlaku kerosakan dan bencana di bumi dan kebanyakannya berlaku kepada manusia. Raja-raja dan para ulama dibunuh sebaliknya orang bawahan akan memerintah.
Ketahuilah bahawa bersama-sama matahari planet-planet yang lain yang mempunyai pengikut-pengikutnya. Apabila planet timbul pada satu buruj, maka bumi yang terkena buruj tersebut akan berlaku bala, kejahatan dan fitnah.
Apabila anda melihat planet merah di mana anda tidak dapat mengenalinya, dan ia tidak berjalan menurut perjalanan bintang-bintang, berpindah dari satu tempat kepada tempat yang lain bentuknya seperti tiang, maka itu adalah bukti peperangan, bala, pembunuhan pembesar-pembesar, banyak kejahatan dan kesusahan pada manusia[191].
Surat Tentang Ujian Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib A.S
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Diriwayatkan bahawa Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s sedang duduk di masjid dan di sisinya sekumpulan orang ramai. Mereka berkata kepadanya: Beritahukan kami sesuatu, wahai Amir al-Mukminin. Maka beliau a.s. berkata: Aduhai kamu, sesungguhnya percakapan aku sulit dan menyulitkan (inna kalami sa‘bun wa mustas‘abun), tidak dapat difahami melainkan oleh mereka yang alim. Mereka berkata: Anda mesti memberitahu kami sesuatu. Beliau a.s. berkata: Datanglah bersama kami, lantas beliau memasuki rumah dan berkata: Akulah yang telah tinggi dan perkasa(‘alau-tu fa-qahar-tu).
Akulah yang menghidupkan dan mematikan (uhyi wa umitu). Akulah yang pertama dan yang akhir, yang zahir dan batin. Lantas mereka memarahinya dan berkata: Beliau a.s. telah menjadi kafir (kafara) dan mereka terus berdiri. Maka Ali a.s berkata kepada pintu: wahai pintu, tutup dan berkata: Tidakkah aku telah berkata kepada kamu: Sesungguhnya percakapan aku sulit dan menyulitkan, tidak boleh difahami melainkan oleh mereka yang alim? Datang, aku akan menerangkannya kepada kamu.
Adapun kata-kata aku: Akulah yang telah tinggi dan perkasa, maka akulah yang telah meninggikan kamu dengan pedang ini, maka aku telah menguasai kamu sehingga kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Adapun kata-kata aku, aku menghidupkan dan mematikan, maka akulah yang menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan akulah yang mematikan bid‘ah. Adapun kata-kata aku: Akulah yang pertama, maka akulah yang pertama beriman dengan Allah dan menerima Islam. Adapun kata-kata aku, akulah yang akhir, maka akulah yang terakhir meletakkan kain ke atas Nabi s.a.w dan mengapankannya. Adapun kata-kata aku, akulah yang zahir dan yang batin, maka di sisi aku ilmu zahir dan batin. Mereka berkata: Anda telah menyelamatkan kami dan Allah telah menyelamatkan anda[192].
Ja‘far bin Ahmad bin Isa bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib daripada Ya‘qub al-Kufi berkata: Musa bin Ubaid telah memberitahu kami daripada Umru bin Abu al-Miqdam daripada Abu Ishaq daripada al-Harith daripada Jabir daripada Abu Ja‘far daripada Muhammad bin al-Hanafiyyah berkata: Ketua Yahudi datang kepada Ali bin Abu Talib a.s selepas beliau a.s. kembali daripada peperangan Nahrawan. Beliau sedang duduk di masjid Kufah, berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya aku ingin bertanyakan anda tentang perkara-perkara yang tidak diketahui akannya melainkan oleh seorang nabi atau wasi nabi.
Beliau a.s berkata: Tanyalah apa yang terlintas di hati anda, wahai saudara Yahudi. Yahudi berkata: Sesungguhnya kami dapati di dalam kitab bahawa sesungguhnya Allah a.w apabila mengutus seorang nabi, Dia memerintahkan supaya nabi itu mengambil daripada ahli baitnya orang yang akan melaksanakan perintah Tuhannya pada umatnya selepasnya serta membuat perjanjian kepadanya tentang mereka supaya beliau mematuhinya dan beramal dengannya pada umatnya selepasnya. Sesungguhnya Allah s.w.t menguji para wasi pada masa hidup para nabi dan menguji mereka selepas kematian para nabi. Beritahu kepada aku berapa kali Allah menguji para wasi pada masa hidup para nabi? Berapa kali Dia menguji mereka selepas kematian para nabi? Dan apakah kesudahan perintah para wasi apabila Allah meredai ujian mereka?
Ali a.s berkata kepadanya: Demi Yang telah membelah laut untuk Bani Israel, dan Yang telah menurunkan Taurat ke atas Musa. Jika aku memberitahu anda dengan benar apa yang anda akan kemukakannya adakah anda akan memperakuinya? Ketua Yahudi berkata: Ya. Beliau a.s berkata: Demi Yang tiada tuhan selain daripada-Nya, jika aku membenarkan anda, adakah anda akan menerima Islam? Ketua Yahudi berkata: Ya. Ali a.s berkata: Sesungguhnya Allah menguji para wasi pada masa hidup para nabi pada tujuh tempat bagi menguji ketaatan mereka.
Apabila Allah telah meredai mereka dengan ujian itu, maka Dia memerintahkan para nabi supaya mengambil mereka sebagai para wali pada masa hidup mereka dan para wasi selepas kematian mereka. Justeru itu, Allah menjadikan ketaatan kepada para wasi di tengkuk umat sebagai sambungan kepada ketaatan kepada para nabi a.s. Kemudian Allah menguji para wasi selepas kematian para nabi pada tujuh tempat bagi menguji kesabaran mereka. Apabila Allah telah meredai mereka dengan ujian itu, maka Dia akan mengakhiri mereka dengan kesyahidan bagi menghubungi mereka dengan para nabi. Justeru itu, Allah telah menyempurnakan kebahagiaan untuk mereka.
Ketua Yahudi berkata kepadanya: Anda memang benar wahai Amir al-Mukminin. Beritahu kepada kami berapa kali Allah a.w telah menguji anda pada masa hidup Muhammad s.a.w? Dan berapa kali Dia telah menguji anda selepas kematiannya? Dan bagaimanakah kesudahan perintah anda? Lantas Ali a.s memegang tangannya dan berkata: Bangun bersama kami, aku akan memberitahu anda mengenainya wahai saudara Yahudi. Sebahagian daripada para sahabatnya berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, beritahu kepada kami mengenainya bersamanya. Beliau a.s berkata: Aku khuatir hati kamu tidak boleh menanggungnya. Mereka berkata: Kenapa begitu, wahai Amir al-Mukminin?
Beliau a.s. berkata: Kerana beberapa perkara yang telah jelas kepada aku tentang beberapa orang daripada kamu. Al-Asytar terus berdiri dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin, beritahulah kepada kami perkara tersebut, demi Allah, sesungguhnya kami mengetahui bahawa sesungguhnya tiada di atas bumi ini seorang wasi nabi selain daripada anda dan kami mengetahui bahawa Allah tidak akan mengutus seorang nabi selepas nabi kita, dan sesungguhnya ketaatan kepada anda adalah di atas tengkuk kami bersambung dengan ketaatan kepada nabi kita. Maka Ali a.s pun duduk berhadapan ketua Yahudi dan berkata: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Allah a.w telah mengujiku pada masa hidup Nabi kami s.a.w pada tujuh tempat. Maka Dia telah mendapati aku mengenainya -tanpa membersihkan diri aku dengan nikmat Allah- mentaati-Nya (muti‘an la-hu).
Ketua Yahudi berkata: Tentang apa, tentang apa wahai Amir al-Mukminin? Beliau a.s berkata: Pertamanya Allah s.w.t telah mewahyukan kepada Nabi kami tentang kenabian, kemudian kerasulan. Aku adalah yang termuda di dalam keluarga aku. Aku telah memberi perkhidmatan aku kepadanya di rumahnya dan aku melaksanakan suruhannya di hadapannya. Maka baginda s.a.w menyeru yang muda dan yang tua mereka kepada syahadah “tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya beliau adalah pesuruh-Nya”. Lantas mereka menentangnya, menjauhinya dan menyisihkannya, kerana semua orang menentangnya.
Mereka membesar-besarkan apa yang telah dibentangkan kepada mereka kerana hati mereka tidak dapat menanggungnya dan akal mereka tidak dapat memahaminya. Aku telah menyahut seruan Rasulullah s.a.w seorang diri di dalam keadaan segera, taat dan yakin, tanpa menimbulkan sesuatu di hati aku. Kami tinggal di dalam keadaan sedemikian selama tiga musim, pada masa itu tidak ada makhluk di muka bumi mengerjakan solat dan memperakui apa yang dikurniakan Allah kepada Rasul-Nya selain daripada aku dan anak perempuan Khuwailid-rahima-ha l-Lah- Kemudian baliau s.a. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ianya begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Kedua: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Quraisy sentiasa berfikir dan bekerja keras untuk membunuh Nabi s.a.w sehingga ke akhir hari mereka berkumpul bersama-sama Iblis laknatu l-Lah yang telah hadir di dalam majlis tersebut di dalam bentuk seorang lelaki Thaqif yang buta sebelah matanya. Iblis telah berusaha keras sehingga mereka bersepakat untuk melantik seorang lelaki dari setiap kabilah. Kemudian setiap lelaki daripada mereka mengambil pedangnya. Kemudian mereka akan mendatangi Nabi s.a.w yang sedang tidur di atas hamparannya, lalu mereka membunuhnya dengan pedang-pedang mereka semua dengan satu pukulan seorang lelaki. Lantaran itu, mereka membunuhnya dan apabila mereka membunuhnya, Quraisy tidak akan menyerahkan lelaki mereka untuk diadili. Justeru itu, darahnya akan menjadi sia-sia, maka Jibrail a.s telah turun ke atas Nabi s.a.w, lalu memberitahu kepadanya mengenai hal itu dan menceritakan malam yang mereka akan berkumpul untuk membunuh nabi s.a.w. dan waktu mereka akan mendatangi rumahnya.
Lalu Jibrail memerintah nabi s.a.w. supaya keluar untuk ke gua Hira’. Rasulullah s.a.w memberitahu aku tentang berita tersebut dan memerintahkan aku supaya aku tidur di tempat tidurnya bagi mempertahankan dirinya dengan diri aku. Aku telah mempercepatkan diri aku kerana mentaatinya dan bergembira dengannya dan diri aku. Aku tidur di atas hamparannya. Beberapa orang lelaki Quraisy di dalam diri mereka untuk pembunuhan Nabi s.a.w. Apabila mereka memasuki rumah yang aku tidur di dalamnya maka aku bangkit dengan pedangku, lalu aku mempertahankan diri aku daripada mereka sebagaimana telah diketahui oleh orang ramai. Kemudian beliau a.s. berhadapan dengan para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Ketiga: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya dua anak lelaki Rabi‘ah dan anak lelaki ‘Utabah adalah pahlawan Quraisy telah menyeru untuk bertarung di hari Badr. Tidak ada makhluk yang telah menyahuti cabarannya. Rasulullah s.a.w telah membangkitkan semangat aku bagi menentang mereka sedangkan aku adalah sahabat yang paling muda dan kurang pengalaman di dalam peperangan. Maka Allah telah membunuh Walid dan Syaibah dengan tangan aku di samping orang-orang kenamaan Quraisy yang aku telah membunuh mereka pada hari itu. Ini tidak termasuk mereka yang telah dijadikan sebagai tawanan aku, sepupu aku telah mati syahid pada hari itu-rahimahu l-Lah-Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keempat: Wahai saudara Yahudi, Quraisy dan Arab telah berkumpul dan mengadakan perjanjian di kalangan mereka bahawa mereka tidak akan berpaling ke belakang sehingga mereka membunuh Rasulullah s.a.w, dan membunuh kami bersamanya Bani ‘Abd al-Muttalib. Mereka melengkapkan diri mereka dengan peralatan perang sehingga mereka bertapak di Madinah di dalam keadaan masih percaya kepada perancangan mereka. Maka Jibrail telah turun ke atas Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya tentang perkara tersebut. Rasulullah s.a.w telah mempersiapkan dirinya bersama-sama Muhajirin dan Ansar. Quraisy datang dan berkhemah di al-Khandaq (parit), menyangka bahawa mereka kuat sedangkan kami lemah. Rasulullah s.a.w. menyeru mereka dengan kekerabatan dan silaturahim, tetapi mereka menolaknya. Malah mereka lebih sombong lagi. Pahlawan mereka pada masa itu adalah ‘Umru bin ‘Abd Wuddin menjerit seperti unta ganas menyeru untuk bertarung memegang lembingnya pada satu masa dan memegang pedangnya pada masa yang lain pula.
Tiada seorang pun berani tampil menentangnya. Rasulullah s.a.w telah membangkitkan semangat aku dan memakaikan aku kainnya dengan tangannya, serta memberikan kepada aku pedangnya Dhu l-Fiqar. Maka aku keluar menuju kepadanya sementara perempuan-perempuan Madinah menangis kerana kasihan kepada aku bagi menentang Ibn ‘Abd Wuddin al-‘Amiri, maka Allah telah membunuhnya dengan tangan aku. Arab tidak mengakui orang lain sebagai pahlawan selain daripadanya. Al-‘Amiri memukul aku dengan pukulan ini –Beliau a.s. telah memberi isyarat kepada tubuhnya. Allah telah mengalahkan Quraisy dan Arab dengan pukulan aku terhadap mereka. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Kelima: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya penduduk Makkah datang kepada kami semenjak awal lagi telah mengumpul kabilah-kabilah Arab dan Quraisy bagi menuntut bela di atas kematian kaum musyrikin Quraisy pada hari Badr dan al-Khandaq. Maka Jibrail a.s turun ke atas Rasulullah s.a.w memberitahu kepadanya tentang perkara tersebut. Lantas Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya membuat persiapan di Uhud. Musyrikin menentang kami secara serentak. Beberapa kaum muslimin mati syahid dan yang lain menerima kekalahan.
Semoga Allah memaafkan mereka. Aku telah berada bersama-sama Rasulullah s.a.w sementara Muhajirin dan Ansar pulang ke rumah mereka di Madinah. Semua berkata: Nabi s.a.w telah dibunuh dan para sahabatnya juga telah dibunuh. Allah telah menghina kaum musyrikin, aku telah mengalami luka di hadapan Nabi s.a.w melebihi tujuh puluh luka di antaranya di sini dan di antaranya di sini. Kemudian beliau a.s. telah menunjukkannya dengan tangannya. Semoga Allah memberi pahala-Nya kepada aku pada hari itu, Insya’ Allah. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keenam: Wahai saudara Yahudi, kami telah datang bersama Rasulullah s.a.w. di bandar sahabat anda Khaibar yang dikawal oleh lelaki Yahudi dan pahlawan-pahlawan daripada Quraisy. Kami bertembung dengan mereka seperti bukit yang terdiri daripada kuda, senjata, dan tentera yang ramai. Semuanya menyeru untuk bertarung dan memulakan peperangan tiada seorang pun di kalangan sahabat kami bertarung melainkan mereka membunuhnya sehingga aku diseru untuk bertarung. Setiap orang telah mementingkan dirinya, sebahagian daripada sahabat aku berkata kepada yang lain: Hentam mereka, wahai Abu al-Hasan, bangun. Maka Rasulullah s.a.w telah mendorong aku bagi menentang mereka.
Maka tidak seorang pun daripada mereka bertarung dengan aku melainkan aku telah membunuhnya. Tidak berdiri seorang panglima berkuda di hadapan aku melainkan aku menikamnya, aku telah menerkam kepada mereka seperti terkaman seekor singa jantan kepada mangsanya sehingga aku telah memasuki bandar mereka seorang diri. Aku telah membunuh siapa saja daripada lelaki mereka padanya dan aku telah menawan perempuan-perempuan mereka sehingga aku telah membuka Khaibar seorang diri, tiada seorang pun yang telah menolong aku selain daripada Allah. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Ketujuh: Wahi saudara Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila mengarahkan bagi pembukaan Makkah, baginda s.a.w. suka memaafkan mereka dan menyeru mereka kepada Allah a.w pada kali terakhir sebagaimana baginda s.a.w. menyeru mereka kepada-Nya pada permulaannya. Baginda s.a.w. menulis kepada mereka memberi peringatan kepada mereka tentang azab Tuhan mereka, mengharap mereka mendapat pengampunan daripada Tuhan mereka dan baginda s.a.w. membentangkan kepada mereka akhir Surah al-Bara’ah. Semua para sahabatnya menjadi keberatan untuk membawa Surah al-Bara’ah kepada penduduk Makkah.
Apabila baginda s.a.w. melihat keadaan sedemikian, maka baginda s.a.w. melantik seorang lelaki[193] untuk membawanya kepada penduduk Mekah. Maka Jibrail datang kepadanya dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya tidak boleh menunaikan tugasan daripada anda melainkan seorang lelaki daripada keluarga anda. Lantas Rasulullah s.a.w. memberitahu perkara tersebut kepada aku dan mengarah aku supaya membawanya kepada penduduk Makkah. Lantaran itu, aku mendatangi Makkah dan penduduknya sebagaimana kamu telah mengetahui sikap mereka terhadap aku. Maka aku menyampaikan perutusan Nabi s.a.w dan aku telah membaca suratnya kepada mereka. Semuanya telah menemui aku dengan ugutan dan kecaman, melahirkan kemarahan dan kebencian daripada lelaki dan perempuan mereka. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Beliau a.s. berkata: Wahai saudara Yahudi, ini tujuh tempat di mana aku berserta Rasulullah s.a.w telah diuji oleh Allah. Maka Dia telah mendapati aku mengenainya, dengan kurniaan-Nya, taat kepada-Nya, tiada seorang pun yang menghadapi ujian seperti aku. Jika aku berkata sedemikian, nescaya kata-kata aku akan menggemparkan mereka, kerana Allah telah melarang mengangkat diri sendiri. Mereka berkata: Anda memang benar wahai Amir al-Mukminin. Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah memberi kelebihan kepada anda dengan kekerabatan anda dengan Nabi kita s.a.w, dan Dia telah membahagiakan anda dengan menjadikan anda sebagai saudaranya (akha-hu), kedudukan anda dengannya sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa.
Dia telah melebihkan anda di beberapa tempat di mana anda telah menyertainya, saat-saat kesusahan yang anda telah mengalaminya, simpanan pengalaman anda yang anda sebutkan dan lebih banyak daripada itu anda tidak menyebutnya di mana tiada seorang muslim setanding dengan anda, orang yang berkata sedemikian adalah orang yang telah menyaksikan anda di kalangan kami bersama Rasulullah s.a.w dan orang yang telah menyaksikan anda di kalangan kami selepasnya.
Lantaran itu, beritahu kepada kami, wahai Amir al-Mukminin, tentang ujian Allah terhadap anda selepas Nabi kita s.a.w di mana anda telah menghadapinya dan anda telah bersabar ke atasnya. Jika kami mahu, kami boleh memberitahu anda perkara yang kami mengetahuinya, tetapi kami suka mendengar daripada anda perkara tersebut sebagaimana kami telah mendengarnya daripada anda tentang ujian Allah terhadap anda pada masa hidupnya, maka anda telah mentaati-Nya mengenainya.
Beliau a.s. berkata: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Allah telah menguji aku selepas kematian Nabi-Nya pada tujuh tempat. Maka Dia telah mendapati aku padanya, tanpa meninggi diri aku, dengan kurniaan-Nya dan nikmat-Nya, seorang yang sabar.
Pertama: Tiada terdapat untuk aku secara khusus dan bagi muslimin secara umum seorang yang aku telah menemaninya. Aku berpegang kepadanya, aku meminta tidur kepadanya secara pura-pura. Aku mendekati diri kepada Allah dengan mentaatinya, aku bergembira ketika senang, berehat ketika susah selain daripada Rasulullah s.a.w.
Baginda s.a.w. yang telah mendidik aku ketika kecil, menolong aku, ketika besar, memaksa aku daripada keyatiman, dan membebaskan aku dari meminta-minta, menjaga aku dari pencarian aku, menanggung diri aku, keluarga aku dan anak-anak. Ini adalah pengurusan dunia. Baginda s.a.w. telah mengkhususkan aku dengan darjat-darjat yang membawa aku kepada tempat yang tinggi di sisi Allah. Telah berlaku kepada aku dengan kematian Rasulullah s.a.w perkara yang aku tidak pernah menduganya bahawa jika bukit dibawa secara paksa, nescaya ia akan berlaku. Aku melihat orang ramai di kalangan keluarga aku di antara kesedihan dan tidak dapat mengawal diri serta tidak tahan menanggung kesusahan. Aku telah membawa diri aku bersabar selepas kematiannya.
Aku terus berdiam diri dan melakukan perkara yang telah diperintahkan Allah kepada aku; menyempurnakan jenazah dan mengerjakan solat ke atasnya, meletaknya di liang kubur, menghimpunkan amanah Allah, kitab-Nya, janji-Nya yang kami telah menanggungnya untuk makhluk-Nya. Kami telah meletaknya kepada mereka. Air mata, kecaman nafas, penderitaan dan musibat yang besar tidak melalaikan aku dari melakukan hak yang wajib bagi Allah dan Rasul-Nya ke atas aku. Aku telah menunaikan apa yang diperintahkan kepada aku. Maka aku telah menghadapinya dengan penuh kesabaran dan perhitungan. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Kedua: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah melantik aku menjadi amir pada masa hidupnya ke atas semua umatnya (ammara-ni fi hayati-hi ‘ala jami‘i ummati-hi) dan telah mengambil baiah daripada mereka yang telah menghadirinya di kalangan mereka dengan ketaatan kepada perintah aku. Baginda s.a.w. telah memerintahkan penyaksi (al-Syahid) menyampaikannya kepada yang ghaib (al-Ghaib) tentang perkara tersebut. Maka akulah penyampai perintah Rasulullah s.a.w kepada mereka apabila aku telah menghadirinya dan aku menjadi Amir ke atas mereka yang telah berada bersama-sama aku di kalangan mereka apabila aku berpisah dengan Rasulullah s.a.w. Tiada sebarang pertengkaran daripada seorang makhluk yang meresahkan jiwa aku di dalam suatu perkara pada masa hidup Nabi s.a.w dan selepas kematiannya.
Kemudian Allah telah memerintahkan Rasul-Nya supaya mengarahkan tentera yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid bergerak ke sasarannya pada saat baginda s.a.w. sakit yang membawa kepada kewafatannya. Rasulullah s.a.w tidak meninggalkan seorang pun daripada kabilah-kabilah Arab, Quraisy, Aus, Khazraj dan orang lain yang baginda s.a.w. khuatir akan menentang aku.
Begitu juga baginda s.a.w. tidak meninggalkan seorang pun di kalangan mereka yang melihat aku dengan mata kemarahan (‘Ain al-Baghdha’) yang terdiri daripada mereka yang aku terpaksa membunuh bapa, saudara atau kerabat mereka melainkan baginda s.a.w telah mengarahkan mereka supaya berada di dalam tentera tersebut. Begitu juga beliau tidak meninggalkan Muhajirin, Ansar, muslimin dan orang lain yang terdiri daripada mualaf dan munafikin supaya menyertai tenteranya bagi membersihkan hati mereka yang tinggal bersama-sama aku di Madinah dengan kehadirannya s.a.w. Dan supaya tiada seorang pun yang akan berkata sesuatu yang aku tidak suka di sisi Rasulullah s.a.w. Dan tiada seorang pun yang menentang al-Wilayah dan pelaksanaan urusan rakyat selepasnya. Kemudian perintah akhirnya mengenai urusan umatnya adalah penerusan tentera Usamah; supaya tidak seorang pun daripada mereka tersebut meninggalkannya.
Aku tidak menyedari selepas kematian Rasulullah s.a.w melainkan beberapa lelaki[194] yang telah diutus bersama-sama Usamah dan tenteranya telah meninggalkan pusat tentera mereka. Kumpulan itu telah menuju ke tempat lain dan menyalahi perintah Rasulullah s.a.w. Mereka bersegera untuk membatalkan perjanjian yang telah di meterai oleh Allah kepada aku dan Rasul-Nya di tengkuk mereka. Maka mereka telah membatalkannya, sebaliknya mereka telah menjadikan perjanjian untuk mereka dengan suara yang bising, tanpa berbicara dengan seorang pun daripada kami Bani ‘Abd al-Muttalib.
Atau meneruskan istiqamah baiah aku di tengkuk mereka. Mereka telah melakukan semua ini ketika aku sibuk dengan urusan penyempurnaan jenazah Rasulullah s.a.w, kerana ia adalah yang terpenting dan lebih berhak untuk dimulai dengannya. Semuanya wahai saudara Yahudi, menjadikan hati aku berat dan bencana menimpa aku adalah besar. Maka aku telah bersabar ke atasnya, kerana ia (khilafah) berlaku sebaik saja peristiwa kematian rasul. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Ketiga: Wahai saudara Yahudi, al-Qaim selepas Nabi s.a.w. pernah berjumpa dengan aku memohon maaf pada setiap hari pemerintahannya. Beliau juga berjumpa dengan orang lain mengenai apa yang telah dilakukannya tentang hak aku dan penolakan baiah aku. Beliau telah meminta penyelesaian aku, maka aku berkata: Hari-harinya akan berlalu, hak aku akan kembali kepada aku di mana Allah telah menjadikannya untuk aku sebagai perkara yang mudah tanpa aku melakukan sesuatu pada Islam seperti apa yang dilakukan olehnya. Kerana hampir masanya dengan jahiliah di dalam tuntutan hak aku secara pertelingkahan, kemungkinan ada orang berkata mengenainya: Ya dan ada pula orang berkata: Tidak. Maka ia bertukar daripada kata-kata kepada perbuatan, sebahagian daripada para sahabat Rasulullah s.a.w yang istimewa, yang lebih terkenal dengan nasihat kerana Allah, Rasul-Nya s.a.w, kitab-Nya dan agama-Nya Islam telah datang kepada aku baik secara rahsia atau terang-terangan menyeru aku supaya mengambil balik hak aku. Mereka akan mengorbankan diri mereka untuk menolong aku agar mereka dapat mengembalikan hak baiah aku di tengkuk mereka. Maka aku berkata: Sabar sedikit, mudah-mudahan Allah mengembalikan perkara tersebut dengan mudah, tanpa pertengkaran dan penumpahan darah.
Orang ramai menjadi tidak menentu selepas kematian Rasulullah s.a.w. Orang-orang yang tidak layak telah berebut-rebut untuk mendapatkan jawatan khalifah selepas kematiannya. Sebahagian mereka berkata: Amir hendaklah daripada golongan kami, orang yang berkata sedemikian adalah mereka yang mahu jawatan khalifah diambil oleh orang lain selain daripada aku. Manakala hampir kematian al-Qaim (Abu Bakr) dan telah berlalu hari-harinya, jawatan khalifah telah berpindah kepada sahabatnya (‘Umar) selepasnya. Perkara ini merupakan saudara kembar kepada perkara yang lalu dan kedudukan aku adalah sama sahaja.
Beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. berkumpul dan berkata kepada aku sebagaimana mereka telah berkata kepada aku pada kali pertama. Kata-kata aku yang kedua dan pertama adalah sama; aku terus bersabar, yakin dan kasihanbelas terhadap kumpulan yang telah dijinakkan oleh Rasulullah s.a.w dengan kelembutan dan kekuatan, dengan pengorbanan dan pedang sehingga mereka dapat tinggal dengan aman, kenyang, gembira, pakaian, tempat tinggal dan kain selimut sedangkan kami Ahlu Bait Muhammad s.a.w tidak mempunyai rumah yang beratap.
Tidak berpintu dan tidak pula berpagar selain daripada pelepah kurma dan seumpamanya dan tidak mempunyai halaman dan kain selimut. Kebanyakan kami hanya mempunyai satu kain untuk mengerjakan solat dan menghabiskan siang dan malam dengan kelaparan. Kadangkala Allah telah mengurniakan kepada kami al-Fai’ dan menjadikan hak kami secara khusus, tanpa menjadikannya hak orang lain. Demikianlah keadaan kami sebagaimana aku telah katakan. Rasulullah s.a.w dapat mempengaruhi pemilik-pemilik harta kerana menjinakkan mereka.
Maka aku adalah orang yang lebih berhak untuk tidak memecah-belah kumpulan yang telah dijinakkan oleh Rasulullah s.a.w dan tidak membawanya kepada rancangan yang tidak sampai kepada matlamatnya atau kehabisan ajalnya. Jika aku melantik diri aku (nasab-tu nafsi) dan aku menyeru mereka supaya menolong aku nescaya mereka di sisi aku. Dalam keadaan ini urusan aku akan berada di atas salah satu kedudukan sama ada menjadi pengikut yang berjuang (mutbi‘un muqatil) atau akan dibunuh (maqtul ). Jika ia tidak mengikut orang ramai atau ia menjadi hina dan menjadi kafir dengan kehinaannya jika ia tidak menolong aku atau tidak mentaati aku. Sesungguhnya telah diketahui umum bahawa kedudukan aku di sisinya s.a.w sepertilah kedudukan Harun di sisi Musa. Ini bererti sebarang penentangan terhadap aku atau tidak mentaati aku adalah menepati penentangan kaum Musa terhadap Harun dan tidak mentaatinya.
Aku telah melihat orang ramai berebut-rebut untuk mendapatkannya, menolak nafas panjang dan terus bersabar sehingga Allah membukanya atau melaksanakan apa yang disukai-Nya. Bagi menambah habuan aku daripada Allah aku terus mengiringi kumpulan yang aku telah katakan kepada kamu. Urusan Allah adalah kadar yang telah ditetapkan, jika aku tidak mempertahankan diri aku di dalam keadaan ini, wahai saudara Yahudi, kemudian aku menuntut hak aku, nescaya aku adalah orang yang paling layak di kalangan mereka yang telah menuntutnya, kerana keilmuan para sahabat Rasulullah s.a.w tentang hak aku termasuk para sahabat yang berada di hadapan anda.
Aku pernah mempunyai ramai pengikut, mempunyai keluarga yang mulia, mentaati perintah, mempunyai hujah yang paling terang, mempunyai manaqib dan athar yang banyak, Islam awal, kekerabatan aku, lebih-lebih lagi hak aku dengan wasiat yang tidak ada jalan keluar bagi sesiapapun daripadanya dan baiah yang terdahulu di tengkuk mereka bagi mereka yang telah memberi baiah kepadanya. Sesungguhnya Nabi s.a.w telah mati dan sesungguhnya wilayah umat adalah di tangannya dan di rumahnya, bukan di tangan mereka yang telah merampasnya dan bukan di rumah mereka, malah di rumah Ahlu Baitnya yang telah disucikan Allah daripada kotoran dosa merupakan Uli al-Amri selepasnya. Bukan orang lain di dalam semua keadaan. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keempat: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Umar selepas sahabatnya pernah bermesyuarat dengan aku di dalam beberapa perkara yang sukar, lalu beliau melaksanakannya menurut pendapat aku. Aku dan sahabat aku tidak mengetahui seorang pun yang telah berbincang dengannya selain daripada aku dan tiada seorang pun yang ingin menjadi khalifah selepasnya selain daripada aku. Apabila datang angan-angannya tanpa kesakitan sebelumnya dan tanpa perintah yang dikeluarkan ketika kesihatannya, maka aku tidak syak lagi bahawa aku akan mengembalikan hak aku dengan mudah dan itulah yang aku tuntut. Sesungguhnya Allah akan melakukan perkara itu di atas sebaik-baik yang aku harapkan. Di antara perbuatannya ialah, dia telah mengakhiri urusannya dengan melantik enam orang dan akulah yang keenam mereka. Umar telah menyamakan aku dengan mereka. Dia tidak menyebut tentang waris aku dengan Rasulullah s.a.w sebagaimana dia tidak menyebut tentang kekerabatan aku, menantu dan nasab, tiada seorang daripada mereka telah memeluk Islam lebih awal daripada aku, dan tidak mempunyai athar seperti athar-atharku, malah dia telah menjadikan syura di kalangan kami, dia telah menjadikan anak lelakinya hakim ke atas kami dan memerintahnya supaya memenggal leher kami berenam jika kami tidak melaksanakan perintahnya. Cukuplah dengan kesabaran ini wahai saudara Yahudi.
Mereka telah menghabiskan hari-hari mereka semuanya, setiap orang bercakap untuk dirinya, dan aku telah menahan diriku daripadanya. Hanya apabila mereka bertanya kepada aku tentang urusanku, maka aku berbincang dengan mereka pada hari-hari aku dan hari-hari mereka mengenai athar-atharku dan athar-athar mereka. Aku menerangkan kepada mereka apa yang mereka tidak mengetahuinya tentang hak aku ke atasnya dan bukan hak mereka. Aku telah menyebut kepada mereka tentang janji Rasulullah s.a.w untuk aku ke atas mereka dan sokongannya terhadap baiah aku di tengkuk mereka, cinta kepada pemerintahan dengan menggunakan kekuatan tangan dan lidah di dalam suruhan dan larangan, cenderung kepada dunia dengan menuruti orang-orang sebelum mereka bagi merampas apa yang tidak dijadikan Allah untuk mereka.
Aku telah memberi ingatan kepada setiap orang daripada mereka tentang hari-hari Allah dan apa yang akan terjadi kepada setiap orang daripada mereka. Apabila mereka tidak mendapati aku selain daripada hujah yang terang berpandukan al-Kitab dan wasiat Rasulullah s.a.w untuk memberi setiap orang daripada mereka apa yang telah dijadikan Allah untuknya dan menegahnya apa yang tidak dijadikan Allah untuknya. Maka makin bertambah kedegilan mereka, lantas mereka memindahkannya daripada aku kepada Ibn ‘Affan kerana tamak dunia. Ibn ‘Affan tidak layak jika dibandingkan dengan mereka yang berada di dalam majlis itu. Kemudian aku tidak mengetahui ke manakah mereka telah menghabiskan “waktu petang” mereka sehingga mereka telah melahirkan kesesalan mereka dan berpatah-balik menentangnya.
Setiap orang mencela dirinya dan mencela para sahabatnya. Kemudian hari-hari tidak lama berlalu dengan Ibn ‘Affan sehingga mereka telah mengkafirkannya (akfaru-hu), melepaskan diri mereka daripadanya (tabarra’u min-hu). Kemudian Ibn ‘Affan telah mendatangi para sahabatnya secara khusus dan semua para sahabat Rasulullah s.a.w secara umum meminta mereka supaya menarik balik baiah mereka kepadanya dan dia akan bertaubat kepada Allah daripada kesalahannya. Ini adalah lebih besar daripada peristiwa yang lalu, tetapi aku terus bersabar di atas penderitaan ini . Ahli majlis syura dahulu telah datang kepada aku, setiap orang telah meminta aku supaya membuang Ibn ‘Affan dan mengambil hak aku daripadanya. Setiap orang telah memberi sokongannya dan baiahnya sehingga mati di bawah bendera aku atau Allah mengembalikan kepada aku hak aku.
Kemudian selepas itu sekali lagi mereka diuji mengenainya dengan bermacam-macam ujian, sekali dengan mencukur kepala, sekali dengan janji-janji pengasingan diri dan sekali dengan menepati tempat-tempat tertentu, semuanya janji-janji kosong yang tidak ditepati. Demi Tuhan, wahai saudara Yahudi, aku tidak bertindak kali ini sebagaimana aku tidak bertindak di masa-masa yang lalu, kerana aku melihat pengekalan jawatan mereka lebih baik daripada memusnahkannya. Aku telah mengetahui sesungguhnya jika aku menanggungnya di atas panggilan maut, aku dapat melakukannya, adapun tentang diri aku semuanya telah mengetahui bahawa kematian di sisi aku sepertilah kedudukan minuman air sejuk pada hari panas terik bagi mereka yang amat dahagakan air (inna l-Mauta ‘indi bi-manzilati al-Syurbati al-Baridati fi l-Yaumi al-Syadidi l-Harri min dhi al- ‘atasyi al-Sada).
Sesungguhnya aku telah berjanji kepada Allah dan Rasul-Nya apabila bapa saudara aku (‘ammi) Hamzah, saudara aku Ja‘far dan sepupu aku ‘Ubaidah di dalam suatu urusan kerana Allah dan Rasul-Nya, maka mereka telah mendahului aku, dan aku telah tinggal selepas mereka. Maka Allah telah menurunkan ayat Surah al-Ahzab (33):23 “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur.Dan di antara mereka ada(pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah”
Adapun mereka yang telah gugur adalah Hamzah, ‘Ubaidah dan Ja‘far, sementara aku sedang menunggu. Wahai saudara Yahudi, aku tidak akan merubah. Apa yang telah membuatkan aku menahan diri aku daripada Ibn ‘Affan adalah kerana aku telah mengetahui tentang akhlaknya bahawa dia akan menyeru keluarganya sama ada yang jauh mahu pun yang dekat untuk membunuhnya atau memecatnya. Lantaran itu aku berada di dalam keadaan ‘uzlah. Maka aku telah bersabar dan aku tidak bercakap mengenainya walaupun satu huruf selain daripada “Tidak” dan bukan “Ya”. Kemudian satu kumpulan datang kepada aku. Aku -Allah telah mengetahui- benci kerana aku tahu ketamakan mereka mengumpul harta dan bersuka ria di bumi. Mereka menyedari bahawa perkara sedemikian tidak ada di sisi aku. Apabila mereka tidak mendapatinya di sisi aku, mereka telah mencari alasan yang lain. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Kelima: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya mereka yang telah memberi baiah kepada aku. Apabila mereka menarik baiah daripada aku, mereka mengajak seorang perempuan untuk menentangku aku sekalipun aku pemimpin perempuan itu dan wasi ke atasnya. Mereka membawa perempuan itu di atas unta betina dan memaksanya supaya bermusafir melintasi padang pasir dan daratan. Anjing al-Hauab telah menyalaknya. Alamat penyesalan terserlah pada mereka setiap detik dan keadaan. Satu kumpulan telah memberi baiah kepada aku kali kedua selepas baiah pertama pada masa hidup Nabi s.a.w sehingga mereka datang kepada penduduk setempat, tangan mereka pendek, janggut mereka panjang, akal mereka kecil, pendapat mereka adalah ganjil, jiran Badwi yang mengharungi lautan!.
Maka ‘Aisyah membawa mereka untuk menentang aku dengan pedang-pedang mereka tanpa ilmu, melontar anak-anak panah mereka tanpa fahaman. Aku berdiri di atas dua perkara. Kedua-duanya aku tidak menyukainya. Jika aku menegah diri aku, nescaya mereka tidak akan kembali dan jika aku meneruskannya, nescaya aku akan sampai kepada perkara yang aku tidak menyukainya. Lantaran itu, aku telah mengemukakan hujah di dalam bentuk amaran dan peringatan; aku menyeru perempuan itu supaya kembali ke rumahnya dan mereka yang telah membawanya supaya setia dengan baiah mereka terhadap aku dan tidak membatalkan janji Allah pada aku yang telah memberi kepada mereka setiap perkara yang aku mampu melakukannya.
Aku berbincang dengan mereka. Maka ada yang kembali. Aku memberi peringatan kepada mereka, maka ada yang menerimanya. Kemudian aku berhadapan dengan orang ramai dan mengemukakan perkara yang sama. Namun mereka menjadi lebih bertambah jahil dan melampau. Apabila mereka enggan melainkan ‘Aisyah untuk memimpin mereka, maka ke atas merekalah kekalahan dan penyesalan. Pada merekalah kehancuran dan pembunuhan. Aku telah membawa diri aku pada perkara yang aku tidak dapat mengelakkannya.
Aku berusaha sehingga ke akhirnya sebagaimana aku telah berusaha pada peringkat awalnya; menahan diri dari melakukannya. Kamu melihat aku, jika aku menahan diri aku, sebagai seorang yang menolong mereka melakukan kerosakan dan pembunuhan, menjadikan perempuan yang kurang akal sebagai hakim dalam semua perkara seperti yang dilakukan oleh bangsa Rom, raja Saba’ dan umat yang terdahulu. Maka aku terjebak dengan perkara yang aku tidak menyukainya dan aku membiarkan perempuan dan tenteranya melakukan apa yang mereka kehendaki sebagaimana aku telah perjelaskan kedudukan dua golongan ini. Aku tidak gopoh di dalam perkara ini melainkan selepas aku melakukan apa yang sepatutnya; aku telah menangguhkannya, membuat penelitian, menghantar utusan, bercakap secara lisan, memberi peringatan, memberi amaran dan memberi kepada mereka apa yang sepatutnya, tetapi mereka enggan melainkan peperangan. Maka Allah “menyampaikan” (balagha) kepada aku dan kepada mereka apa yang Dia kehendaki dan Dia menjadi saksi di atas perkara tersebut. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Keenam: Wahai saudara Yahudi, Tahkim dua orang hakim dan memerangi anak lelaki kepada perempuan yang memakan hati (akilati al-Akbad) iaitu seorang taliq yang menentang Allah, Rasul-Nya dan mukminin semenjak pembukaan Makkah secara kekerasan. Aku telah mengambil baiahnya dan baiah bapanya untuk aku bersamanya pada hari itu dan pada tiga tempat selepasnya. Sebelum itu bapanya adalah orang yang pertama yang memberi salam kepada aku sebagai wali mukminin dan mendesak aku supaya bangkit menentang mereka yang telah merampas hak aku sebelum aku. Dia memperbaharui baiahnya kepada aku pada setiap kali beliau datang kepada aku. Dia menguap di hadapan aku hasil daripada pemakanan harta muslimin dan menguasai mereka bagi mendapatkan sedikit perkara yang akan binasa dan meluputkan banyak perkara yang kekal.
Apa yang paling pelik sekali adalah apabila dia melihat Tuhanku mengembalikan hak aku kepada aku dan meletakkannya (hak) kepada tempatnya. Terputus harapannya untuk menjadi orang keempat pada agama Allah dan pada amanahnya yang kami telah membawanya sebagai hakim. ‘Umru bin al-‘As telah lari daripada aku, lalu dipujuk oleh Mu‘awiyah supaya menyokongnya. Kemudian dia telah bersama Mu‘awiyah selepas ditawarkan kepadanya untuk menjadi gabenor Mesir. Lantaran itu, adalah haram ke atasnya mengambil al-Fai’ di atas pembahagiannya walaupun satu dirham.
Dan haram ke atas mereka yang bertanggung-jawab di dalam harta mereka menyampaikan dirham kepadanya di atas haknya dan mengampuninya di atas apa yang diambilnya. Dia mulai memerintah negeri dengan zalim. Siapa yang memberi baiah kepadanya, maka dia meredainya. Dan siapa yang menyalahinya, maka dia akan menentangnya. Kemudian dia menghadapi aku dengan menarik balik baiahnya kepada aku, mengubah suasana negara timur dan barat, utara dan selatan. Berita itu sampai kepada aku mengenai perkara tersebut. Maka seorang lelaki yang mempunyai mata sebelah dari Thaqif telah mendatangi aku, memberi isyarat kepada aku supaya aku melantik Mu‘awiyah pada tempatnya. Dengan ini aku senang memecatnya selepas itu. Aku telah bermesyuarat dengan orang yang aku percayai nasihatnya untuk Allah, Rasul-Nya, untuk aku dan mukminin. Maka nasihatnya tentang Mu‘awiyah adalah seperti pendapat aku. Dia telah melarang aku untuk melantiknya dan memberi peringatan kepadaku supaya tidak melibatkan Mu‘awiyah dengan urusan muslimin supaya menyaksikan bahawa aku tidak mengambil orang-orang yang sesat sebagai pembantu. Aku telah mengarah seorang saudara di Jilah satu kali dan saudara al-Asy‘ariyyin satu kali supaya tidak menyokongnya.
Kedua-dua orang tersebut cenderung kepada dunia mereka dan menurut hawa nafsunya. Apabila aku melihatnya melampaui hukum-hukum Allah dengan angkuh, maka aku telah bermesyuarat dengan para sahabat Muhammad di kalangan ahli Badr di mana Allah telah meredai mereka dan mereka pula telah meredai-Nya ketika mereka memberi baiah dan lain-lain. Semua pendapat mereka selari dengan pendapat aku di dalam memerangi Mu‘awiyah. Maka aku telah bertindak bersama para sahabat aku bagi menentangnya dengan menghantar surat-surat aku pada setiap tempat menyerunya supaya kembali kepada hakikatnya; mematuhi aku.
Sebaliknya dia telah bertindak menentang aku dan bercita-cita ke atas ku dan mengenakan syarat-syarat kepada aku yang tidak diredai Allah, Rasul-Nya dan muslimin. Di antara syaratnya dia meminta aku supaya menyerahkan para sahabat Muhammad s.a.w yang terpilih kepadanya. Antaranya; ‘Ammar bin Yasir. Orang seperti Ammar, demi Tuhan, sewaktu kami telah datang bersama Nabi s.a.w. Maka baginda s.a.w tidak menghitung kami berlima melainkan Ammar keenam mereka, dan tidak menghitung kami berempat melainkan Ammar adalah kelima mereka. Mu‘awiyah telah mensyaratkan supaya mereka dikembalikan kepadanya supaya dia dapat membunuh dan menyulakan mereka.
Darah Uthman telah mengalir, demi Tuhan, Mu‘awiyah tidak berkumpul untuk mempertahankan Uthman dan tidak pula mengumpulkan orang ramai bagi membunuhnya melainkan dia dan para sahabatnya daripada pokok yang dilaknati di dalam al-Qur’an. Setelah aku tidak menyahuti syaratnya, dia meneruskan keangkuhannya dan kezalimannya, memerintahkan mereka yang tidak berfikiran jauh, lalu mereka mematuhinya. Dia telah memberi kepada mereka apa yang mereka kehendaki. Aku membentangkan mereka kepada Allah selepas memberi peringatan dan keuzuran.
Setelah aku mendapatinya lebih bertambah keangkuhan dan kezaliman, maka kami telah menghadapinya dengan peperangan sehingga Allah memberikan kami kemenangan ke atas musuh-musuh-Nya dan musuh kami, bendera Rasulullah s.a.w berada di tangan kami. Allah sentiasa memburu parti syaitan dengannya sehingga beliau (Mu‘awiyah) mati. Dia adalah pembawa bendera bapanya. Aku telah memeranginya bersama-sama Rasulullah s.a.w pada semua tempat, lantaran itu dia tidak dapat menyelamatkan dirinya melainkan melarikan diri. Lantas dia menunggang kudanya dan membalikkan benderanya tanpa mengetahui bagaimana dia akan bertindak. Lalu dia meminta pertolongan dengan pendapat ‘Umru bin al-‘As supaya mashaf-mashaf diangkat di hadapan orang ramai dan berkata: Sesungguhnya anak lelaki Abu Talib dan partinya adalah ahli yang berwawasan dan rahmat.
Sesungguhnya mereka telah menyeru anda kepada kitab Allah pada peringkat pertama dan akan menyahuti anda pada peringkat kedua. Maka Mu‘awiyah menerima pendapatnya, kerana tidak ada jalan lain bagi mengelakkan dirinya daripada pembunuhan selain daripadanya. Justeru itu dia mengangkat beberapa mashaf dan menyeru orang ramai kepada apa yang ditulisnya. Maka beberapa orang sahabat aku telah cenderung kepada mashaf-mashaf tersebut selepas kehilangan pilihan mereka dan kegigihan mereka di dalam memerangi musuh-musuh Allah dan musuh-musuh mereka di atas kesedaran mereka. Mereka menyangka bahawa Mu‘awiyah setia kepada seruannya . Justeru itu, mereka telah menerima seruannya dan datang kepada aku. Maka aku berkata kepada mereka: Itu adalah tipu muslihat daripadanya dan ‘Umru bin al-‘As bersama-samanya. Sesungguhnya tipu muslihat adalah lebih hampir kepada mereka berdua daripada kesetiaan kepada seruan mereka. Tetapi mereka dipihakku tidak menerima kata-kata aku. Mereka juga tidak mematuhi perintah aku.
Malah mereka enggan kecuali dari menerima seruan Mu‘wiyah. Aku suka atau tidak dan aku mahu atau tidak sehingga sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Sekiranya beliau (Ali a.s) tidak melakukannya, maka kaitlah beliau dengan anak lelaki ‘Affan atau tolakkannya kepada anak lelaki Hindun sekali gus. Maka aku berusaha dengan keras -Allah telah mengetahui usaha aku- Aku tidak meninggalkan satu tujuan pun di dalam diri aku melainkan aku telah menyampaikannya supaya mereka menerima aku dan pendapat aku tetapi mereka tidak melakukannya sehingga aku meminta mereka supaya bersabar seketika. Namun mereka juga tidak mahu melakukannya selain daripada syeikh ini- Beliau a.s. memberi isyarat dengan tangannya kepada Asytar- dan sekumpulan keluarga aku.
Demi Allah, tidak ada yang telah menghalang aku dari meneruskan wawasan aku melainkan aku khuatir dua orang ini akan dibunuh- Beliau a.s. telah memberi isyarat dengan tangannya kepada al-Hasan dan al-Husain a.s- Maka dengan ini akan terputuslah keturunan Rasulullah s.a.w dan zuriatnya bagi umatnya. Aku juga khuatir dua orang ini akan dibunuh -Beliau a.s. telah memberi isyarat dengan tangannya kepada Abdullah bin Ja‘far dan Muhammad bin al-Hanafiyyah r.a. Sesungguhnya aku mengetahui jika aku tidak mempunyai kedudukan ini, nescaya mereka berdua tidak akan mengambil sikap sedemikian. Justeru itu, aku telah bersabar di atas apa yang dikehendaki oleh mereka serta apa yang telah diketahui oleh Allah mengenainya terlebih dahulu.
Apabila kami meletakkan pedang-pedang kami dari menentang mereka, maka mereka meminta supaya diadakan penghakiman (tahkim ) di dalam perkara tersebut; mereka telah memilih pendapat-pendapat dan meninggalkan mashaf-mashaf dan hukum al-Qur’an. Maka aku enggan dihakimi sedemikian pada agama Allah yang Esa, kerana penghakiman sedemikian adalah salah. Tanpa syak lagi, setelah mereka juga enggan, maka aku mahu seorang daripada keluarga aku menjadi hakim atau orang yang aku meredai pendapatnya dan akalnya. Orang yang aku percaya dengan nasihatnya, kasih sayangnya dan agamanya. Aku telah mengemukakannya tanpa menamakan sesiapapun daripada keluarga aku. Tetapi anak lelaki Hindun menghalangnya.
Aku telah menyeru kebenaran kepadanya, tetapi dia telah membelakangi, malah dia telah memaksa kezalimannya ke atas kami. Semuanya kerana para sahabat aku mematuhinya di dalam perkara tersebut. Mereka juga enggan kecuali mengalahkan aku secara tahkim, maka aku telah melepaskan diri aku kepada Allah daripada mereka dan aku telah menyerahkan perkara tersebut kepada mereka. Maka mereka telah memilih seorang yang kurang ilmu[195] untuk mewakili mereka. Kemudian wakil tersebut telah ditipu oleh ‘Umru bin al-‘As. Penipuan itu terserlah di timur dan di barat. Orang terkena tipu pula melahirkan penyesalan yang tidak terhingga. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Ketujuh: Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah berjanji kepada aku supaya aku berperang pada saat hari-hari akhir aku ke atas sekumpulan daripada para sahabat aku. Mereka itu berpuasa di siang hari dan bangkit mengerjakan solat di waktu malam, membaca kitab Allah. Mereka terkeluar daripada agama kerana perselisihan mereka dengan aku. Peperangan mereka (muharabati-him )terhadapku seperti keluarnya anak panah dari lontaran. Di kalangan mereka adalah Dhu al-Thadyah yang telah mengakhiri aku dengan pembunuhan mereka dengan kebahagiaan. Setelah aku kembali ke tempat aku ini -selepas majlis tahkim- sebahagian daripada mereka mengeluarkan kata-kata cacian sesama mereka kerana telah menyokong tahkim dua lelaki dan mereka tidak mendapati jalan keluar selain berkata: Amir kita sepatutnya tidak memberi baiah kepada mereka yang telah bersalah di kalangan kita.
Dan beliau sepatutnya meneruskan pendapatnya untuk membunuh dirinya dan mereka yang telah menyalahinya di kalangan kita. Sesungguhnya beliau telah menjadi kafir kerana mengikuti kita. ketaatannya kepada kita adalah di dalam kesalahan. Justeru itu, pembunuhannya adalah halal bagi kita. Lantas mereka bersepakat di dalam keadaan tersebut dan keluar dengan angkuh dan menyeru dengan suara yang tinggi: La hukma illa li-l-Lah (tiada penghakiman melainkan untuk Allah). Kemudian mereka telah berpecah kepada tiga golongan, satu golongan di Nakhilah dan golongan kedua di Haraura’ dan golongan yang ketiga melintasi ke arah timur sehingga menyeberangi Dajlah. Golongan ini telah menguji setiap muslim yang telah dijumpainya.
Barangsiapa yang telah memberi baiah kepada mereka, maka mereka membiarkannya hidup. Sesiapa yang telah menyalahi mereka akan dibunuh. Maka aku keluar kepada golongan pertama dan kedua satu demi satu menyeru mereka kepada ketaatan kepada Allah, mengikuti kebenaran dan kembali kepada-Nya. Kedua-dua golongan ini enggan melainkan pedang. Maka aku pun menyerahkan penghakiman mereka kepada Allah. Allah telah membunuh mereka. Jika mereka tidak menentang aku, nescaya aku telah mendapat sokongan yang kuat. Tetapi Allah telah kehendaki sedemikian. Kemudian aku telah menulis kepada golongan ketiga. Aku mengarahkan utusan aku kepada mereka.
Mereka terdiri daripada para sahabat yang mulia, ahli ibadat dan zuhud di dunia, tetapi mereka enggan melainkan mengikut dua golongan yang terdahulu. Lantas aku mempercepatkan pembunuhan mereka, aku keluar sehingga aku telah memotong Dajlah daripada mereka. Aku mengutus al-Asytar, al-Ahnaf bin Qais al-Kindi dan Sa‘id bin Qais al-Kindi kepada mereka. Setelah mereka enggan melainkan pedang maka aku memerangi mereka. Wahai saudara Yahudi, sesungguhnya Allah telah membunuh mereka sehingga individu yang terakhir. Pada ketika itu mereka berjumlah empat ribu orang atau lebih. Tetapi tidak ada seorang pun yang terlepas dariku. Aku mengeluarkan Dhu al-Thadyah yang telah terbunuh ke hadapan. Mereka melihatnya. Dia mempunyai payu dara seperti payu dara seorang wanita. Kemudian beliau a.s. berpaling kepada para sahabatnya dan berkata: Tidakkah ia begitu? Mereka menjawab: Ya, wahai Amir al-Mukminin.
Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya aku telah melaksanakan tujuh dan tujuh perkara, wahai saudara Yahudi dan masih tinggal yang lain di mana aku telah menghampirinya. Maka para sahabat Ali a.s. menangis dan begitu juga ketua Yahudi. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin, beritahu kepada kami tentang perkara yang lain itu? Beliau a.s. berkata: Perkara yang lain itu adalah akan menjadi merah di tempat ini -Beliau a.s. memberi isyarat dengan tangannya kepada janggutnya-daripada tempat ini -Beliau a.s. memberi isyarat kepada pangkal lehernya.
Beliau a.s. berkata: Maka telah berlakulah riuh-rendah dengan tangisan di masjid Jamik sehingga semua orang di dalam rumah di Kufah keluar dalam keadaan takut dan ketua Yahudi telah memeluk Islam di tangan Amir al-Mukminin a.s serta merta. Beliau terus menetap di Kufah sehingga terbunuhnya Amir al-Mukminin a.s. Setelah beliau a.s. dibunuh maka Ibn Muljam –la‘ana-hu l-Lah- ditangkap. Ketua Yahudi tersebut datang dan berdiri di hadapan al-Hasan a.s. Orang ramai di sekelilingnya sementara Ibn Muljam di hadapannya. Dia berkata: Wahai Abu Muhammad, bunuhlah dia, nescaya Allah membunuhnya. Sesungguhnya aku telah membaca di dalam kitab-kitab yang telah diturunkan ke atas Musa bin Imran; ini adalah jenayah yang paling besar di sisi Allah daripada jenayah anak lelaki Adam yang telah membunuh saudaranya dan pembunuh unta betina kaum Thamud[196].
Percakapan Jin Tentang Kenabian Nabi S.A W
Abu Muhammad daripada Sabah al-Mazni daripada al-Harith bin al-Hasirah daripada al-Asbagh bin Nabatah sesungguhnya beliau berkata: Kami berada bersama-sama Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s pada hari Jumaat di Masji selepas solat Asar. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tinggi, kelihatan seperti seorang Badwi. Lalu memberi salam kepadanya.
Ali a.s berkata kepadanya: Apakah yang dilakukan oleh Jin sahabat anda yang datang kepada anda? Lelaki itu berkata: Sesungguhnya dia masih mendatangiku sehingga aku berdiri di hadapan anda wahai Amir al-Mukminin. Ali a.s berkata: Dia (jin) telah menceritakan kepada aku tentang kaumnya. Maka lelaki itupun pun duduk dan kami telah mendengar katan-katanya. Dia berkata: Sesungguhnya aku tinggal di Yaman sebelum Allah mengutus Nabinya s.a.w. Tiba-tiba seorang Jin telah datang kepada aku pada pertengahan malam. Lalu dia menendang aku dengan kakinya dan berkata: Duduk, maka aku pun duduk di dalam keadaan ketakutan. Jin itu berkata: Dengarlah. Aku berkata: Apakah yang akan aku dengar? Dia berkata:
Aku telah menjadi hairan kepada jin dan kesamarannya
Dinaiki oleh unta cantik pakaiannya
Datang ke Makkah mencari petunjuk
Jin yang bersih tidak sama dengan yang kotornya
Datanglah kepada yang terpilih daripada Bani Hasyim
Lontarlah dengan dua mata anda kepada ketuanya
Lelaki itu berkata: Demi Allah, Jin itu menceritakan kepada aku sesuatu tentang anak lelaki Hasyim. Aku berharap agar dia menerangkannya kepada aku. Sesungguhnya aku telah menghabiskan malam aku di dalam keadaan dukacita. Tiba-tiba Jin itu datang lagi kepada aku pada pertengahan malam ketika aku sedang duduk. Lalu dia menendang aku dengan kakinya dan berkata: Duduklah. Maka aku pun duduk di dalam ketakutan. Jin itu berkata: Dengarlah. Aku berkata: Apakah yang akan aku dengar? Dia berkata:
Aku telah menjadi hairan dengan jin dan berita-berita
Dinaiki oleh unta cantik warna dengan pakaian
kelengkapannya
Datang ke Makkah mencari petunjuk
Jin mukmin tidak sama dengan jin kafirnya
Datanglah kepada yang terpilih daripada Bani Hasyim
Di antara bukit-bukit dan batu-batunya
Aku berkata: Dia telah bercakap sesuatu tentang Bani Hasyim dan aku berharap dia dapat menerangkannya kepada aku. Aku menghabiskan malam aku di dalam keadaan dukacita. Tiba-tiba dia datang lagi kepada aku pada pertengahan malam dan aku duduk. Lalu dia menendang aku dengan kakinya dan berkata: Duduklah. Maka aku pun duduk di dalam ketakutan. Dia berkata: Dengarlah. Maka aku berkata: Apakah yang akan aku dengar? Dia berkata:
Aku telah menjadi hairan dengan jin dan fikirannya
Dinaiki oleh unta cantik warna dengan bonggolnya
Datang ke Makkah mencari petunjuk
Tidak sama jin yang benar dengan pembohongnya
Datanglah kepada yang terpilih daripada Bani Hasyim
Ahmad adalah sebaik-baik tuannya
Aku berkata: Demi Tuhan, aku telah faham. Maka di manakah beliau? Jin berkata: Beliau telah lahir di Makkah sedang menyeru kepada syahadah tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah. Maka unta akupun memulakan perjalanannya pada waktu pagi menuju ke arah Makkah.
Orang yang pertama aku jumpa ketika aku memasuki Makkah adalah Abu Sufyan- beliau adalah seorang syeikh yang sesat- Aku telah memberi salam kepadanya dan bertanya tentang Bani Hasyim. Maka Abu Sufyan berkata: Mereka hidup mewah melainkan anak yatim Abu Talib telah merosakkan agama kami. Aku bertanya: Apakah namanya? Muhammad atau Ahmad. Aku berkata: Di manakah beliau? Abu Sufyan berkata: Beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid dan tinggal bersama-samanya. Kemudian aku menaiki unta aku sehingga aku berakhir ke pintu rumahnya.
Maka aku pun mengikat unta aku kemudian aku mengetukkan pintunya. Khadijah bertanya kepada aku: Siapakah ini? Aku berkata: Aku mahu Muhammad. Khadijah berkata: Pergilah anda kepada pekerjaan anda. Anda tidak Mahu Muhammad berehat di bayang rumahnya. Kamu mengusir dan mengepungnya. Pergilah kepada pekerjaan anda. Aku berkata: Rahima-ki l-Lah- Aku adalah seorang lelaki datang dari Yaman. Mudah-mudahan Allah melimpahkan kurniaan-Nya ke atas aku dengan Muhammad dan janganlah anda menghalang aku berjumpa dengannya. Maka aku telah mendengar beliau berkata: Wahai Khadijah, bukalah pintu itu. Lalu Khadijah membukanya. Maka aku memasukinya. Aku melihat cahaya di mukanya. Kemudian aku berpusing di belakangnya. Maka ia tertulis : Aku adalah nabi yang terakhir” di sebelah bahu kanannya. Maka aku pun mengucupnya. Kemudian aku telah berdiri di hadapannya dan aku berkata:
Jin mendatangi aku selepas ketenangan dan ketiduran
Tidak mungkin apa yang aku telah membacanya pembohong
Tiga malam kata-katanya setiap malam
Telah datang kepada anda rasul daripada Lu’i bin Ghalib
Aku telah menunggang unta yang kuat antara bumi yang jauh
Kami telah percaya wahyu Engkau, wahai Yang Maha Kuasa
Walaupun menghadapi berbagai-bagai kesulitan
Aku naik saksi tiada tuhan selain daripada-Nya
Sesungguhnya andalah diperintahkan ke atas setiap yang ghaib
Sesungguhnya anda adalah rasul mursal sebagai wasilah
Kepada Allah wahai anak lelaki yang paling mulia
Jadilah aku sebagai pemberi syafaat di hari yang tiada syafaat
Kepada Allah tanpa memerlukan Sawad bin Qarib.
Nama lelaki itu adalah Sawad bin Qarib. Maka aku pun kembali dan demi Tuhan, telah beriman kepadanya s.a.w. Kemudian dia menyertai perang di Siffin bersama-sama Amir al-Mukminin a.s dan mati syahid[197].
Referensi:
[189] Namanya Abu al-Walid Isa bin Yazid bin Bakr ibn Di’bin, tinggal di Hijaz semasa pemerintahan Musa al-Hadi al-‘Abasi.Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 450.
[190] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 450-454.
[191] Al-Majlis, Bihar al-Anwar, xiv, 173.
[192] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 645.
[193] Abu Bakr.
[194] Abu Bakr dan ‘Umar serta kumpulan mereka.
[195] Abu Musa al-Asy‘ari.
[196] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 300-305.
[197] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi, 320, xiv, 592.
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar