BAHAGIAN KETUJUH
Mashaf al-Zahra’, mukjizat Amir al-Mukminin a.s, hikayat menakjubkan tentang Infak, kejadian roh-roh syi‘ah, kemampuan para Imam a.s, himpunan kebaikan dunia dan akhirat dan lain-lain.
Mashaf al-Zahra’ A.S
Muhammad bin Ma‘qal telah memberitahu kami berkata: Bapa aku telah memberitahu kepada aku daripada Abdullah bin Ja‘far al-Humairi di sisi kubur al-Husain a.s di al-Ha’ir pada tahun dua ratus sembilan puluh lapan hijrah berkata: al-Hasan bin Zarif bin Nasih telah memberitahu kami daripada Bakr bin Salih daripada Abd al-Rahman bin Salim daripada Abu Basir daripada Abu Abdullah a.s berkata: Bapa aku Muhammad telah berkata kepada Jabir bin Abdullah al-Ansari: Sesungguhnya aku ada hajat dengan anda, apabila anda ada masa aku akan bersama-sama anda dan aku akan bertanya kepada anda mengenainya? Jabir berkata kepadanya: Pada bila-bila masa anda kehendaki wahai sayyidi, bapa aku telah berada beberapa hari bersama-samanya. Beliau berkata kepada Jabir: Beritahu kepada aku tentang Lauh yang anda telah melihatnya pada tangan ibu aku Fatimah a.s, dan apa yang telah diberitahu kepada anda oleh ibu aku, dan apa yang tertulis di Lauh ini? Jabir berkata: Aku naik saksi dengan Allah bahawa aku telah memasuki rumah Fatimah a.s pada masa hidup Rasulullah s.a.w, aku telah memberi tahniah kepadanya di atas kelahiran al-Husain a.s, aku telah melihat di tangannya Lauh berwarna hijau. Aku telah menyangkanya zamrud. Aku telah melihat padanya surat berwarna putih seperti cahaya matahari, maka aku telah berkata kepadanya: Dengan nama bapa aku, anda, dan ibu aku apakah Lauh ini? Beliau berkata: Ini adalah Lauh di mana Allah telah menghadiahkannya kepada Rasulullah s.a.w.
Di dalamnya terdapat nama bapa aku, nama aku, nama Ali, nama dua anak lelaki aku, dan nama-nama para wasi daripada anak-anak aku. Maka bapa aku telah memberikannya kepada aku untuk menggembirakan aku dengannya, Jabir berkata: Ibu anda telah memberikannya kepada aku, maka aku telah membacanya, dan membuat salinannya, bapa aku a.s berkata: Adakah anda, wahai Jabir, akan membentangkannya kepada aku? Beliau berkata: Ya. Lalu bapa aku berjalan bersama-samanya menuju ke rumah Jabir, kemudian bapa aku mengeluarkan dari genggamnya mashaf dari kulit nipis sambil berkata: Wahai Jabir, lihatlah pada surat (kitab) anda supaya aku membacanya kepada anda, lantas beliau melihat kepada suratnya,lalu bapa aku membaca kepadanya, ia tidak menyalahi walaupun satu huruf, Jabir berkata: Aku naik saksi dengan Allah sesungguhnya aku telah melihatnya seperti di Lauh tertulis:
Bismillahi r-Rahmani r-Rahim
Surat (kitab) ini adalah daripada Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui untuk Muhammad Nabi-Nya, Duta-Nya, Hijab-Nya,Penunjuk-Nya. Diturunkan oleh al-Ruh al-Amin dari sisi Tuhan semesta alam, hormatilah, wahai Muhammad, akan nama-nama-Ku, bersyukurlah kepada nikmat-nikmat-Ku, dan janganlah Engkau mengingkarinya, sesungguhnya Aku adalah Allah, tiada tuhan melainkan Aku, pemusnah para penguasa, pembantu mereka yang dizalimi.
Pemilik hari Kiamat, sesungguhnya Aku adalah Allah,tiada tuhan melainkan Aku, barangsiapa yang telah berharap selain dari kelebihan-Ku, atau beliau takut selain dari keadilan-Ku, nescaya Aku akan menyeksanya dengan penyeksaan yang belum pernah Aku melakukannya kepada sesiapapun di seluruh semesta. Maka kepada-Kulah engkau sembah, dan kepada Akulah engkau bertawakal. Aku tidak mengutus seorang nabi melainkan aku menyempurnakan hari-harinya, dan tamat masanya melainkan Aku menjadikan untuknya seorang wasi. Sesungguhnya Aku telah melebihkan engkau ke atas para nabi, dan Aku telah melebihkan wasi engkau ke atas para wasi. Aku menghormati engkau dengan dua orang anak lelaki anda selepasnya; al-Hasan dan al-Husain, Aku telah menjadikan al-Hasan galian ilmu-Ku selepas tamat masa bapanya. Aku telah menjadikan al-Husain penyimpan wahyu-Ku, Aku memuliakannya dengan kesyahidan. Dan Aku menamatkannya dengan kebahagiaan. Justeru itu, beliau adalah sebaik-baik mereka yang telah mati syahid, dan yang paling tinggi darjat di kalangan para syahid di sisi-Ku. Aku telah menjadikan kalimat-Ku yang sempurna bersama-nya, dan hujah aku yang kukuh di sisinya.
Dengan ‘itrahnya, Aku memberi pahala dan menyeksa, awal mereka adalah Ali sayyid al-‘Abidin, dan perhiasan kepada para wali-Ku yang lalu, dan anak lelakinya seperti datuknya yang terpuji Muhammad al-Baqir kerana ilmu-Ku, dan galian hikmah-Ku, dan akan binasa mereka yang tidak mempunyai pendirian tentang Ja‘far; penentang kepadanya adalah seperti penentang kepada-Ku. Kata-kata yang tepat bagi-Ku bahawa Aku akan menghormati kedudukan Ja‘far. Aku akan menggembirakannya di kalangan penyokong-penyokong dan pembantu-pembantunya dan para walinya.
Dan selepasnya adalah Musa. Fitnah yang buta dan halus akan berlaku, kerana rancangan jahat tidak terputus, dan hujah-Ku tidak juga tersembunyi. Sesungguhnya para wali-Ku akan meminum gelas yang sempurna. Barangsiapa yang telah menentang seorang daripada mereka, maka sesungguhnya beliau telah mengingkari nikmat-Ku, dan telah mengubah ayat daripada kitab-Ku, dan telah berbohong ke atas-Ku, neraka wail bagi pembohong-pembohong yang menentang selepas Musa, hamba-Ku, kekasih-Ku, dan pilihan-Ku, kerana pembohong kepada salah seorang daripada mereka adalah pembohong kepada semua para wali-Ku. Ali adalah wali-Ku, dan pembantu-Ku.
Siapa yang Aku meletakkan ke atasnya tanggungan kenabian atau Aku mengujinya dengan kekuatan tersebut, akan dibunuh oleh jin yang sombong, di kapankan di bandar yang telah dibina oleh hamba yang soleh (Dhu l-Qurnain) di sisi sejahat-jahat makhluk-Ku. Aku akan menggembirakannya dengan Muhammad anak lelakinya, khalifahnya selepasnya, dan pewaris ilmu-nya. Lantaran itu, beliau adalah galian ilmu-Ku, dan tempat simpan ilmu-Ku, dan hujah-Ku di atas makhluk-Ku. Aku telah menjadikan syurga tempat tinggalnya.
Aku telah memberi syafaat kepadanya bagi membolehkannya menyelamatkan tujuh puluh ribu keluarganya yang layak untuk ke neraka. Aku telah menamatkan kebahagiaan anak lelakinya Ali, wali-Ku dan penolong-Ku, dan saksi kepada makhluk-Ku, pemegang amanah wahyu-Ku. Aku akan mengeluarkan daripadanya seorang pendakwah kepada jalan-Ku dan penyimpan kepada ilmu-Ku al-Hasan, kemudian Aku menyempurnakannya selepasnya anak lelakinya (al-Mahdi) sebagai rahmat kepada alam semesta.
Di atasnya kesempurnaan Musa, kehebatan Isa dan kesabaran Ayyub. Para wali-Ku akan dihina pada zamannya, kepala-kepala mereka menunduk sebagaimana dilakukan oleh orang- orang Turki dan Dailam, mereka akan dibunuh, dibakar, mereka menjadi takut, bumi dimerahi dengan darah-darah mereka, penderitaan dan tangisan berlaku kepada perempuan-perempuan mereka, mereka itu adalah para wali-Ku yang sebenar, dengan mereka Aku menolak segala bala, dan fitnah yang buta, dengan mereka Aku menahan gegeran, dan dengan mereka Aku menolak bencana, ke atas mereka itu adalah selawat dan rahmat daripada Tuhan mereka, dan mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayat.
Abd al-Rahman bin Salim berkata: Abu Basir berkata: Sekiranya anda tidak mendengar hadis selain daripada hadis ini, nescaya ia memadai bagi anda, lantaran itu, jagalah hadis ini melainkan kepada ahlinya[237].
Mukjizat Amir al-Mukminin A.S
Muhammad bin Ali telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ali bin Ibrahim bin Hasyim daripada bapanya daripada Ibn Abu Umair daripada Abban Ahmar berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Wahai Abban, bagaimana orang ramai mengingkari kata-kata Amir al-Mukminin a.s manakala beliau berkata: Jika aku mahu, nescaya aku mengangkat kaki aku ini bagi memukul dada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan di Syam, justeru itu aku membalikkannya dari katilnya” tetapi mereka tidak mengingkari pengambilan Asif ; wasi Sulaiman, akan singgahsana Balqis dan membawanya kepada Sulaiman sebelum berkelip matanya, tidakkah Nabi kita sebaik-baik para nabi dan wasi kita sebaik-baik wasi? Kenapakah mereka tidak menjadikannya (Ali a.s) seperti wasi Sulaiman? Allah telah menghukum di antara kita dan mereka yang mengingkari hak kami, dan mengingkari kelebihan kami[238].
Ahmad bin Abdullah daripada Abdullah bin Muhammad al-‘Abasi berkata:Ahmad bin Salmah telah memberitahu aku daripada al-A‘masy daripada Ziad bin Wahab daripada Abdullah bin Mas‘ud berkata: Aku telah mendatangi Fatimah a.s, maka aku berkata kepadanya: Di manakah suami anda? Beliau berkata: Jibrail a.s telah naik ke langit bersama-samanya. Aku berkata: Kenapa? Beliau berkata: Beberapa malaikat telah berselisih faham tentang sesuatu, maka mereka telah bertanya hukum daripada manusia, maka Allah telah mewahyukan kepada mereka supaya membuat pilihan. Lantas mereka memilih Ali bin Abu Talib a.s[239].
Muhammad bin Ali berkata: Bapa aku telah memberitahu aku daripada Sa‘d bin Abdullah daripada al-Hasan bin Musa daripada Ismail bin Mihran daripada Ali bin Uthman daripada Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya para nabi, anak-anak para nabi, dan pengikut-pengikut para nabi dikhususkan dengan tiga sifat: Kesakitan di badan, takut kepada pemerintah, dan kefakiran.
Sujud Matahari Kepada Allah
Muhammad bin Ahmad al-‘Alawi berkata: Ahmad bin Ziad telah memberitahu kami daripada Ali bin Ibrahim daripada Muhammad ibn Isa bin Ubaid daripada Yunus bin Abd al-Rahman daripada Abu al-Sabah al-Kinani berkata: Aku telah bertanya Abu Abdullah tentang firman-Nya Surah al-Hajj (22):18 “Apakah kamu tiada mengetahui, bahawa kepada Allah sujud apa yang ada di langit, di bumi, matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia?
Beliau a.s berkata: Sesungguhnya bagi matahari tiga sujud setiap hari dan malam, beliau berkata: Sujud pertama apabila falak keluar dari bumi apabila anda melihat warna putih bersinar memanjang sebelum naik fajar, aku berkata: Ya, aku telah menjadikan diri aku tebusan anda, beliau berkata: Itulah fajar al-Kadhib, kerana matahari keluar di dalam keadaan sujud berada berdekatan bumi, dan apabila ia naik dari sujudnya, fajar naik dan masuklah waktu solat. Adapun sujud kedua apabila ia berada berdekatan Arasy, ia menjadi tidak berfungsi (rakadat), kerana melakukan sujud. Apabila ia naik dari sujudnya, maka masuklah waktu gelincir. Adapun sujud ketiga apabila ia ghaib dari ufuknya di dalam keadaan sujud. Apabila ia naik dari sujudnya, maka datanglah malam[240].
Hikayat Menakjubkan Tentang Infak
Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada Muhammad bin Abual-Qasim daripada Muhammad bin Ali al-Kufi daripada Muhammad bin Sinan daripada Ali bin Jamil al-Ghanawi daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Seorang lelaki daripada anak-anak para nabi yang mempunyai harta telah membelanjakan hartanya kepada orang-orang yang lemah, miskin dan berhajat. Kemudian tidak lama selepas itu, beliau mati, isterinya telah mengambil alih di dalam pengurusan hartanya sebagaimana dilakukan olehnya. Kemudian harta telah kehabisan. Seorang anak lelakinya semakin membesar. Beliau selalu berdoa untuk kebaikan bapanya. Pada suatu hari, beliau datang kepada ibunya dan berkata: Apakah keadaan bapa aku? Sesungguhnya aku tidak melalui seorang melainkan aku memintanya supaya beliau berdoa kepada bapa aku, ibunya berkata: Sesungguhnya bapa anda adalah seorang lelaki yang soleh.
Beliau telah mempunyai harta yang banyak, beliau telah membelanjakan hartanya kepada orang-orang yang lemah, miskin dan yang berhajat, apabila beliau mati, aku telah mengambil-alih pengurusan hartanya dan akhirnya hartanya telah kehabisan. Anak lelakinya berkata: Bapa aku akan diberi pahala apa yang beliau belanjakan sedangkan anda adalah seorang yang berdosa, ibunya berkata: Kenapakah begitu wahai anak lelakiku? Beliau berkata: Bapa aku telah membelanjakan hartanya sementara anda membelanjakan harta orang lain. Beliau berkata: Anda memang benar wahai anak lelakiku, dan aku tidak terfikir anda menyusahkan aku. Beliau berkata: Anda di dalam lapangan yang luas. Adakah anda mempunyai sesuatu di mana kita boleh mendapatkan pahala di sisi-Nya? Lantas ibunya memberikan kepadanya seratus dirham, lalu beliau mengambilnya, kemudian beliau keluar bagi mendapatkan pahala di sisi Allah.
Beliau telah melalui seorang mayat lelaki di tengah jalan di dalam keadaan baik dan berkata: Aku tidak mahu perniagaan selepas ini, aku mengambilnya, memandikannya, mengapannya dan mengerjakan solat ke atasnya, serta meletaknya di dalam kubur, maka beliau telah melakukannya dan membelanjakan sebanyak lapan puluh dirham, dan masih berada di sisinya sebanyak dua puluh dirham. Maka beliau keluar untuk mendapat pahala dengan wang tersebut tiba-tiba seorang lelaki berhadapan dengannya dan berkata: Ke manakah tujuan anda wahai Abdullah? Beliau berkata: Aku mahu mencari pahala, beliau berkata:Apakah perkara yang anda miliki bagi mencari pahala?
Beliau berkata: Bersama aku ada dua puluh dirham, beliau berkata: Apa yang anda dapat lakukan dengan dua puluh dirham itu? Beliau berkata: Apabila Allah mahu memberi keberkatan di dalam sesuatu perkara, maka Dia memberkatinya, beliau berkata: Anda memanglah benar, beliau berkata: Aku akan menunjukkan caranya dan adakah anda akan bersepakat dengan aku? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Penghuni rumah ini menghendaki anda menjadi tetamunya selam tiga hari, maka terimalah kehendaknya.
Dan setiap kali khadamnya datang kepada anda, beliau akan membawa bersama-samanya seekor kucing jantan berwarna hitam, maka anda katakan kepadanya: Anda juallah kucing ini dengan bersungguh-sungguh, maka anda seolah-olah memaksanya dan beliau akan berkata: Aku menjualnya kepada anda dengan dua puluh dirham, dan apabila beliau menjualnya kepada anda, maka berilah kepadanya dua puluh dirham, anda ambillah, dan sembelihlah, kemudian ambil kepalanya, dan bakarnya, kemudian ambillah otaknya (dimagh), dan pergilah ke bandar berjumpa dengan seorang raja, kerana raja mereka adalah seorang yang buta, anda beritahu mereka bahawa anda akan mengubatinya (tu‘aliju-hu), dan janganlah anda terasa takut apabila anda melihat mereka yang telah dibunuh dan ditahan olehnya kerana kegagalan mereka mengubatinya.
Sebaliknya beritahu kepadanya bahawa anda akan mengubatinya dan mengenakan syarat rawatannya. Jangan merawatnya lebih daripada satu kali, kerana beliau akan berkata kepada anda: Tambahkan lagi untuk aku. Justeru itu, janganlah anda melakukannya. Kemudian ubatilah beliau pada keesokannya, anda akan melihat apa yang anda suka, maka beliau akan berkata kepada anda: Tambahkan lagi untuk aku, maka anda jangan melakukannya. Apabila datang hari ke tiga, maka anda akan melihat perkara yang anda sukai, beliau akan berkata lagi kepada anda: Tambahkan lagi untuk aku, maka janganlah anda melakukannya. Apabila beliau telah melakukan apa yang disuruhnya, maka raja itu sembuh, dapat melihat, dan berkata: Anda telah mengembalikan penglihatan aku dan aku akan mengahwini anda dengan anak perempuan aku.
Beliau berkata: Aku masih mempunyai ibu, beliau berkata: Tinggallah bersama aku, dan apabila anda mahu keluar, maka keluarlah. Beliau telah tinggal di dalam pemerintahannya selama setahun melaksanakan pentadbirannya dengan baik. Apabila genap setahun, beliau berkata kepadanya: Aku mahu pulang ke kampungku, lalu disediakan kepadanya baju besi, unta betina, kambing, dan bermacam-macam peralatan. Kemudian beliau keluar sehingga sampai di tempat lelaki yang telah dijumpainya dahulu. Tiba-tiba lelaki tersebut masih di dalam keadaan seperti dahulu lagi, lalu beliau berkata: Adakah anda telah menyempurnakannya?
Lelaki itu berkata: Jadilah aku di dalam penyelesaian dahulu (tanpa penyelesaian). Beliau berkata: Kemudian beliau telah mengumpulkan beberapa perkara, dan membahagikannya kepada dua bahagian. Kemudian beliau berkata: Pilihlah, maka beliau telah diberi pilihan satu bahagian daripadanya, kemudian beliau berkata: Adakah anda telah menyempurnakannya? Beliau berkata: Tidak. Beliau berkata: Kenapa? Perempuan yang aku telah mendapatinya. Beliau berkata: Anda memang benar.
Ambillah apa yang ada di tangan aku untuk anda sebagai mengganti tempat perempuan itu, beliau berkata: Tidak, aku tidak akan mengambil apa yang tidak menjadi hak aku, dan aku tidak mahu menjadi kaya dengannya, beliau berkata: Beliau telah meletakkan gergaji di atas kepala perempuan itu, kemudian beliau berkata: potonglah, maka beliau berkata: Anda telah menyempurnakannya, Dan setiap apa yang ada bersama anda adalah untuk anda. Sesungguhnya aku diutus oleh Allah bagi memberi ganjaran kepada anda tentang mayat di atas jalan yang anda telah menyempurnakannya tempoh hari dan inilah sebagai ganjaran perbuatan anda ke atasnya[241].
Hadis al-Mufadhdhal Dan Kejadian Roh-Roh Syi‘ah
Muhammad bin Ali berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu kepada aku berkata: Ali bin Ibrahim telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Isa bin Ubaid daripada Abu Ahmad al-Azadi daripada Abdullah bin al-Fadhl al-Hasyimi berkata: Aku telah berada di sisi Ja‘far al-Sadiq a.s, tiba-tiba al-Mufadhdhal bin ‘Umar datang, apabila beliau melihat kepadanya,beliau ketawa kepadanya, lalu berkata: Datang kepada aku wahai Mufadhdhal.
Demi Tuhanku, sesungguhnya aku benar-benar mencintai anda dan aku mencintai mereka yang mencintai anda, wahai Mufadhdhal, jika semua para sahabat aku mengetahui apa yang anda mengetahui, nescaya dua orang tidak akan berselisih faham, al-Mufadhdhal berkata kepadanya: Wahai anak lelaki Rasulullah, sesungguhnya aku kira ramai yang telah mendapat kedudukan yang lebih daripada kedudukanku.
Beliau berkata: Malah, Allah telah mengurniakan kedudukan (al-Manzila) kepada anda, beliau berkata: Apakah kedudukan Jabir bin Yazid daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan Salman daripada Rasulullah s.a.w, apakah kedudukan Daud bin Kathir daripada kamu? Beliau berkata: Kedudukan al-Miqdad daripada Rasulullah s.a.w.
Beliau berkata: Kemudian beliau datang kepada aku sambil berkata: Wahai Abdullah bin al-Fadhl, sesungguhnya Allah a.w telah menciptakan kami daripada cahaya kebesaran-Nya, menjadikan kami dengan rahmat-Nya, dan Dia telah menjadikan roh-roh kamu daripada kami, lantaran itu, kami terasa kasih kepada kamu, dan kamu terasa kasih kepada kami, demi Tuhan, sekiranya penghuni timur dan barat bekerja keras untuk menambah pada syi‘ah kami seorang lelaki atau mengurangkan seorang lelaki daripada mereka, nescaya mereka tidak mampu melakukannya, kerana mereka tertulis di sisi kami dengan nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka, kabilah mereka dan keturunan mereka, wahai Abdullah bin al-Fadhl, jika anda mahu, nescaya aku memperlihatkan anda nama anda pada mashaf kami.
Beliau berkata: Kemudian beliau telah menyeru supaya dibawa mashaf kepadanya, lalu dibukakannya, maka aku telah mendapatinya putih, tanpa kesan tulisan, aku berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah s.a.w, aku tidak melihat kesan tulisan, beliau berkata: Beliau a.s telah menyapu tangannya ke atasnya, maka aku telah mendapatinya tertulis di bawahnya nama aku, lantas aku terus sujud kepada Allah kesyukuran[242].
Kemampuan Para Imam A.S
Ali bin Ismail bin Isa daripada Musa bin Talhah daripada Hamzah ibn Abdullah al-Ja‘fi berkata: Aku telah memasuki rumah Abu al-Hasan al-Ridha a.s bersama mashaf atau surat daripada Abu Abdullah a.s: Sesungguhnya dunia pada seorang imam bagaikan pecahan buah pala (inna al-Dunya tamathathala li-sahib hadha al-Amri fi mithli filqati al-Jauz) .Beliau berkata: Wahai Hamzah, ini demi Tuhan, adalah benar, pindahlah ia ke dalam bekas kulit[243].
Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Musa bin Sa‘dan daripada Abdullah bin al-Qasim al-Hadhrami daripada Sama‘ah bin Mihran berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya dunia bagi seorang imam bagaikan pecahan buah pala, tiada yang pelik baginya, beliau boleh mengambilnya dari berbagai-bagai sudut sebagaimana seorang daripada kamu boleh mengambil di atas hidangannya apa yang ia mahu.
Daripadanya, daripada Abdullah bin Muhammad, daripada mereka yang telah memberitahunya, daripada Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Hamzah bin Abdullah al-Ja‘fari berkata: Aku telah menulis di belakang kertas bahawa dunia bagi seorang imam bagaikan sebiji buah pala yang dipecahkan. Maka aku telah mengutusnya kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s, aku berkata kepadanya: Sesungguhnya para sahabat kita telah meriwayatkan sebuah hadis di mana aku tidak mengingkarinya, tetapi aku suka mendengarnya daripada anda. Beliau berkata: Beliau a.s telah melihat kepada kertasnya, kemudian melipatkannya sehingga aku menyangka ia telah terkoyak, kemudian beliau berkata: Ia adalah benar, lalu beliau memindahkannya ke dalam bekas kulit, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Himpunan Kebaikan Dunia Dan Akhirat
Amir al-Mukminin a.s berkata: Himpunan kebaikan dunia dan akhirat adalah di dalam penyembunyian rahsia, dan persahabatan dengan orang-orang yang terpilih.
Himpunan kejahatan adalah di dalam pendedahan rahsia, dan persahabatan dengan orang-orang yang jahat[244].
Dua Jenis Kesabaran
Beliau a.s berkata: Kesabaran ada dua: Kesabaran ketika musibah adalah kesabaran yang baik, dan yang lebih besar daripada itu adalah mengingati Allah ketika berdepan dengan apa yang telah diharamkan Allah, maka ia akan menjadi pendinding[245].
Celaan Tidur Keterlaluan
Rasulullah s.a.w bersabda: Jauhilah kamu dari tidur yang keterlaluan, kerana keterlaluan tidur akan menjadikan seorang itu fakir pada hari Kiamat[246].
Hadis Tentang Waktu-Waktu Makruh Jimak
Muhammad bin Ali daripada bapanya daripada Sa‘d bin Abdullah daripada Muhammad bin al-Husain bin Abu al-Khattab daripada Muhammad bin Aslam al-Jili daripada Abd al-Rahman bin Salim al-Asyall daripada bapanya daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku berkata kepadanya: Adakah waktu tertentu yang menjadikan jimak makruh sekalipun ia adalah halal? Beliau berkata: Ya, di antara naik fajar sehingga naik matahari, daripada lenyapnya matahari kepada lenyapnya syafak, pada hari gerhana matahari, pada malam gerhana bulan, di siang dan malam ketika wujudnya angin hitam atau angin merah atau angin kuning.
Di hari dan malam yang berlakunya gegaran bumi, Rasulullah s.a.w telah bermalam bersama salah seorang isterinya di malam berlakunya gerhana bulan tanpa melakukan jimak sehingga pagi, isterinya berkata: Wahai Rasulullah, kemarahan berlaku pada anda pada malam ini? Beliau bersabda: Tidak, tetapi gerhana bulan telah terserlah pada malam ini, maka aku tidak suka persetubuhan pada malam ini, sesungguhnya Allah telah menghina beberapa kaum terdahulu, Dia berfirman di dalam Surah al-Tur(52):44 “ Jika mereka melihat sebahagian dari langit gugur, mereka akan mengatakan:Itu adalah awan yang bertindih-tindih. Maka biarlah mereka sehingga mereka menemui hari mereka yang pada hari itu mereka dibinasakan”
Kemudian Abu Ja‘far a.s berkata: Demi Tuhan, seorang tidak akan menjimak isterinya pada waktu-waktu tersebut sehingga beliau dikurniakan anak yang dicintainya[247].
Doa Dapat Menolak Apa Yang Ditetapkan
Daripada Abd al-Rahman bin Abu Najran daripada Hisyam bin Salim daripada ‘Umar bin Yazid berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Doa dapat menolak apa yang telah ditetapkan, dan apa yang belum ditetapkan(al-Du‘a yaruddu ma quddira wa ma lam yuqaddar). Beliau berkata: Adapun apa yang telah ditetapkan anda telah mengetahuinya, bagaimana dengan apa yang belum ditetapkan? Beliau berkata: Sehingga ia tidak akan terjadi[248].
Mulailah Sedekah Dengan Mereka Dibawah Tanggungan Anda
Daripadanya, daripada Hisyam bin Salim daripada Hasan bin Ali al-Jalal berkata: Datuk aku telah memberitahu kepada aku berkata: Aku telah mendengar al-Husain bin Ali a.s berkata: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Mulailah sedekah dengan mereka di bawah tanggungan anda (ibda’ bi-man ta‘ul); ibu mu, bapa mu, saudara perempuannya, dan saudara lelaki mu, kemudian mereka yang lebih rendah dan seterusnya, dan beliau s.a.w bersabda lagi: Tidak ada sedekah selama kerabat terdekat masih berhajat (La sadaqata wa dhu rahimi muhtajun)
Mukjizat Amir al-Mukminin A.S
Safwan, daripada Abu al-Sabah al-Kinani telah menyangka bahawa beliau seorang penjalin rambut telah memberitahunya bahawa beliau telah berjalan bersama-sama Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s menuju Karbala’ dan telah mengalami dahaga yang amat sangat. Sesungguhnya Ali a.s telah berhenti di suatu tempat, lalu menggali tanah dengan tangannya sehingga terserlah batu berwarna putih, lantas beliau membawanya, dan meletakkannya di suatu sudut, tiba-tiba di bawahnya terpancar mata air berwarna putih, maka beliau meminumnya, dan kami pun ikut meminumnya, kemudian kami memberi minum binatang-binatang ternakan kami, kemudian beliau meratakan tanahnya. Beliau telah meneruskan perjalanannya beberapa ketika kemudian beliau berdiri sambil berkata: Aku berazam ke atas kamu apabila kamu pulang nanti, kamu mencarinya (batu putih).Orang ramai telah mencarinya sehingga mereka menjadi jemu, tetapi mereka tidak mampu mendapatinya, lantas mereka kembali kepada Amir al-Mukminin a.s, dan berkata: Kami tidak mampu mendapatinya[249].
Sekutu Syaitan
Abu Ja‘far daripada bapanya daripada al-Husain bin Muhammad bin ‘Amir daripada bapa saudaranya Abdullah bin ‘Amir daripada Muhammad bin Ziad daripada Saif bin ‘Umairah berkata: Ja‘far bin Muhammad a.s berkata: Barangsiapa yang tidak peduli apa yang beliau katakan dan apa ang dikatakan kepadanya, maka beliau adalah sekutu syaitan, dan barangsiapa cintakan perkara haram, dan syahwat zina, maka beliau adalah sekutu syaitan[250].
Alamat-Alamat Anak Zina
Kemudian beliau a.s berkata: Alamat-alamat anak zina. Pertama: Membenci kami Ahlu l-Bait. Kedua: Cinta kepada perkara yang haram di mana beliau dijadikan daripadanya. Ketiga: Meringan-ringankan agama. Keempat: Buruk pada pandangan orang ramai, tetapi tidak buruk pada saudara-saudaranya melainkan mereka yang dilahirkan bukan daripada hamparan bapanya atau mereka yang telah dikandungkan oleh ibunya di dalam haidnya[251].
Empat Puluh Perisai Ke Atas Hamba Mukmin
Dengan sanad-sanad ini beliau berkata: al-Sadiq a.s berkata: Sesungguhnya bagi Allah s.w.t ke atas hamba-Nya yang mukmin empat puluh perisai, apabila beliau melakukan dosa besar, maka diangkatkan daripadanya satu perisai, apabila beliau mengumpat terhadap saudaranya mukmin dengan suatu perkara yang beliau mengetahuinya daripadanya, maka terbukalah perisai-perisai tersebut daripadanya, dan terdedah penghormatannya di langit di lidah para malaikat, dan di bumi di lidah manusia, apabila beliau melakukan dosa, mereka menyebutnya, dan para malaikat akan berkata: Wahai Tuhanku, hamba Engkau masih melanggar batas sedangkan Engkau telah memerintahkan kami menjaganya, Allah akan berfirman:Wahai malaikat-Ku, jika aku mahu hamba ini kebaikan, nescaya Aku tidak mendedahkan keburukannya. Justeru itu, angkatlah sayap-sayap kamu daripadanya, maka dengan kemuliaan-Ku, dia tidak akan melakukan selepasnya kebaikan selama-lamanya.
Ketakjuban Diri Dan Akibatnya
Abu Ja‘far berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu aku, berkata: Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr al-Bazantiy daripada Abd al-Karim bin Umru daripada Abu al-Rabi‘ al-Syamiy berkata: Abu Abdullah a.s berkata: Barangsiapa yang takjub dengan dirinya, akan binasa (man a‘jaba bi-nafsi-hi halaka), dan barangsiapa yang takjub dengan pendapatnya, akan binasa (man a‘jaba bi-ra’yihi halaka).
Sesungguhnya Isa bin Maryam berkata: Aku telah mengubati pesakit, maka aku telah menyembuhkan mereka dengan izin Allah, aku telah menyembuhkan orang buta, dan orang yang berpenyakit sopak, dan aku menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Aku telah mengubati orang yang mati, maka aku telah menghidupkan mereka dengan izin Allah, dan aku telah mengubati al-Ahmaq (si bodoh), tetapi aku tidak mampu memperbaikinya, ada orang bertanya: Wahai Roh Allah, apakah al-Ahmaq? Beliau berkata: Orang takjub dengan dirinya dan pendapatnya yang melihat kelebihan semuanya untuknya, dan bukan ke atasnya, mewajibkan kebenaran untuk dirinya, dan tidak mewajibkan kebenaran ke atas dirinya, maka itu adalah al-Ahmaq yang tidak ada cara untuk mengubatinya.
Muhammad bin Ali berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahuku, berkata: Abdullah bin Ja‘far telah memberitahuku, berkata: Ahmad bin Muhammad telah memberitahuku daripada bapanya berkata: Abu Ahmad al-Azadi telah memberitahuku daripada Abban bin Taghlab berkata: Sa‘d al-Khaffaf telah memberitahuku daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah bertanya Amir al-Mukminin Ali bin Abu Talib a.s tentang Salman al-Farisi-rahmatullah-Aku berkata: Apa pendapat anda tentangnya? Aku tidak memberi pendapat tentang seorang lelaki yang telah diciptakan dari tanah kami (tinati-na), rohnya disertai dengan roh kami.
Allah telah mengkhususkan ilmu kepadanya pada awalnya dan akhirnya, zahirnya dan batinnya, rahsianya dan terangnya, aku telah hadir di hadapan Rasulullah s.a.w sedangkan Salman di hadapannya. Tiba-tiba seorang lelaki Badwi telah masuk dan mengusirnya dari tempatnya, lalu duduk di tempatnya, lantas Rasulullah s.a.w telah menjadi marah sehingga peluhnya mengalir dari dua matanya, kemudian kedua-dua matanya menjadi merah, beliau bersabda: Wahai Badwi, adakah anda mengusir seorang lelaki yang dicintai Allah di langit, dan dicintai oleh Rasul-Nya di bumi? Wahai Badwi, adakah anda mengusir seorang lelaki di mana Jibrail tidak datang kepada aku melainkan beliau memerintahkan aku daripada Tuhanku menyampaikan salam kepadanya. Wahai Badwi, sesungguhnya Salman adalah daripada aku. Barangsiapa yang tidak melayaninya, maka beliau tidak melayani aku. Barangsiapa yang telah menyakitinya, maka beliau telah menyakiti aku. Barangsiapa yang telah menjauhkannya, maka beliau telah menjauhkan aku. Barangsiapa yang telah mendekatinya, maka beliau telah mendekati aku. Wahai Badwi, janganlah anda mengasari Salman, kerana Allah telah memerintah aku supaya aku memperlihatkannya ilmu masa depan, ilmu tentang bala, keturunan, dan percakapan.
Beliau berkata: Badwi berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, aku tidak menyangka perbuatan Salman sampai kepada peringkat yang anda sebutkan, tidakkah beliau seorang majusi kemudian memasuki Islam? Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Badwi, aku sedang bercakap kepada anda sekarang daripada Tuhanku, dan anda bercakap kepadaku. Sesungguhnya Salman bukanlah seorang majusi, tetapi beliau adalah seorang yang melahirkan syirik, tetapi merahsiakan imannya. Wahai Badwi, tidakkah anda mendengar Allah berfirman di dalam Surah al-Nisa’ (4 ) :65 “maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan. Kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”.
Tidakkah anda mendengar firman-Nya Surah al-Hasyr (59 ) :7 “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka terimalah dia.Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggallah”
Wahai Badwi, ambillah apa yang aku telah berikan kepada anda, nescaya anda di kalangan mereka yang bersyukur, janganlah anda mengingkari, nescaya anda di kalangan mereka yang akan diseksa, terimalah Rasulullah s.a.w dan sabdanya, nescaya anda di kalangan mereka yang aman sejahtera.
Tentang Salman, Abu Dhar, al-Miqdad Dan Ammar
Daripadanya berkata: Muhammad bin Ali telah memberitahu kami daripada bapa saudaranya Muhammad bin Abu al-Qasim berkata: Ahmad bin Muhammad bin Khalid telah memberitahu aku, berkata: Ibn Abu Najran telah memberitahu aku daripada al-‘Ala’ daripada Muhammad bin Muslim daripada Abu Ja‘far Muhammad bin Ali al-Baqir a.s berkata: Aku telah mendengar Jabir bin Abdullah al-Ansari berkata: Aku telah bertanya Rasulullah s.a.w tentang Salman al-Farisi, beliau bersabda: Salman adalah lautan ilmu yang tidak mampu diharungi, Salman dikhususkan dengan ilmu awal dan akhir. Allah memarahi mereka yang memarahi Salman, mencintai mereka yang mencintainya.
Aku berkata: Apakah pendapat anda tentang Abu Dhar? Beliau bersabda:Itu adalah daripada kami. Allah memarahi mereka yang memarahinya, Allah mencintai mereka yang mencintainya, aku berkata: Apakah pendapat anda tentang al-Miqdad? Beliau berkata: Itu adalah daripada kami. Allah memarahi mereka yang memarahinya, Allah mencintai mereka yang mencintainya, aku berkata: Apakah pendapat anda tentang ‘Ammar? Beliau bersabda: Itu adalah daripada kami, Allah memarahi mereka yang memarahinya, Allah mencintai mereka yang mencintainya, Jabir berkata: Aku keluar bagi memberitahu berita gembira kepada mereka. Apabila aku berpaling, beliau s.a.w bersabda: Datang kepada aku wahai Jabir, anda adalah daripada kami. Allah memarahi mereka yang memarahi anda, Allah mencintai mereka yang mencintai anda.
Beliau berkata: Aku berkata: Apakah pendapat anda tentang Ali bin Abu Talib a.s? Beliau bersabda: Beliau adalah diri aku, aku berkata: Apakah pendapat anda tentang al-Hasan dan al-Husain a.s. Beliau bersabda: Mereka berdua adalah roh aku, dan Fatimah adalah ibu mereka berdua adalah anak perempuan aku, ia akan menyakiti aku apa yang telah menyakitinya, menggembirakan aku apa yang menggembirakannya, aku naik saksi, sesungguhnya aku berperang dengan orang-orang yang memerangi mereka, berdamai dengan orang-orang yang berdamai dengan mereka. Wahai Jabir, apabila anda ingin berdoa kepada Allah, dan doa anda dimakbulkan, maka serulah dengan nama-nama mereka, kerana nama-nama mereka adalah paling dicintai oleh Allah a.w[252].
Hadis Tentang Doa Dan Waktu-Waktunya
Daripada Muhammad bin Muslim daripada Abu Abdullah a.s berkata:Datuk aku s.a.w bersabda: Sila berdoa kerana seorang hamba apabila berdoa, kemudian turun bala, lalu dikatakan kepadanya: Suara yang lembut. Apabila beliau tidak berdoa, kemudian turun bala, lalu dikatakan kepadanya: Di manakah anda sebelum hari ini (dengan suara nyaring)?[253]
Al-Sadiq a.s berkata: Barangsiapa yang tidak memohon kepada Allah daripada kelebihan-Nya, beliau akan menjadi fakir.
Dan beliau a.s berkata: Doa dimakbulkan pada empat tempat: Di dalam solat witir, selepas naik matahari, selepas zuhur dan selepas maghrib[254].
Hadis Tentang Para Imam A.S
Daripadanya, berkata: Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Abu Abdullah al-Kufi daripada Musa bin Imran daripada bapa saudaranya (‘amm-hu) al-Husain bin Yazid daripada Ali bin Salim daripada bapanya daripada Sa‘d bin Tarif daripada al-Asbagh bin Nabatah berkata: Aku telah mendengar Ibn Abbas berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Menyebut Allah s.w.t adalah ibadat, menyebut aku adalah ibadat, menyebut ke atasku adalah ibadat, menyebut para imam daripada anak-anaknya adalah ibadat.
Demi Yang telah mengutus aku dengan kenabian, dan telah menjadikan aku sebaik-baik manusia sesungguhnya wasi aku adalah sebaik-baik wasi, sesungguhnya beliau adalah hujah Allah ke atas hamba-Nya, khalifah-Nya ke atas makhluk-Nya, dan daripada anak-anaknya para imam yang memberi petunjuk selepas aku, dengan merekalah Allah menahan azab daripada penduduk bumi, dengan merekalah Allah memegang langit dari jatuh ke atas bumi dengan izin-Nya, dengan merekalah Dia memegang bukit dari condong, dengan merekalah Dia menurunkan hujan ke atas makhluk-Nya, dengan merekalah Dia mengeluarkan tumbuh-tumbuhan.
Merekalah para wali Allah yang sebenar,dan khalifah-khalifah aku yang sebenar. Bilangan mereka adalah seperti bilangan bulan-bulan iaitu dua belas bulan. Bilangan mereka adalah seperti bilangan para naqib Musa bin Imran, kemudian beliau s.a.w membaca Surah al-Buruj (85):1 “Demi langit yang mempunyai gugusan bintang” Kemudian beliau bersabda: Adakah anda wahai Ibn Abbas menetapkan bahawa Allah telah bersumpah dengan langit yang mempunyai gugusan bintang? Aku berkata: Wahai Rasulullah s.a.w apakah itu? Beliau s.a.w bersabda:Adapun al-Sama’ (langit) adalah aku. Adapun al-Buruj (gugusan bintang) adalah para imam selepas aku, yang awal mereka adalah Ali dan yang akhir mereka adalah al-Mahdi a.s[255] .
Hadis Tentang Ziarah Mukmin Kerana Allah
Daripada ‘Umru bin Syamar daripada Jabir daripada Abu Abdullah al-Sadiq a.s berkata: Malaikat telah memohon izin Tuhannya untuk turun ke bumi di dalam bentuk seorang manusia, lalu Dia telah mengizinkannya. Kemudian beliau melalui seorang lelaki di pintu rumahnya bertanyakan tentang seorang lelaki daripada penghuni rumah, malaikat berkata: Wahai hamba Allah, apakah yang anda mahu daripada lelaki yang anda sedang mencarinya? Beliau berkata: Beliau adalah saudara aku di dalam Islam, aku telah mencintainya kerana Allah, aku datang kerana ingin mengucapkan salam kepadanya, beliau berkata: Tiada pertalian darah di antara anda dan beliau, dan bukan pula kerana sesuatu hajat? Beliau berkata: Tidak, melainkan cinta kerana Allah, aku datang kerana ingin mengucapkan salam kepadanya, beliau berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada anda dan Dia berfirman: Aku telah mengampuni kamu kerana cinta kamu kepadanya kerana-Ku.”
Daripadanya beliau berkata: Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami, berkata: Sa‘d bin Abdullah telah memberitahu kami daripada Ahmad bin Muhammad daripada al-Hasan bin al-Mahbub daripada Salih bin Sahal al-Hamdani berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Seseorang muslim yang telah ditanya tentang muslim, lalu beliau membenarkannya, dan akibatnya muslim itu mendapat kemudaratan, maka beliau ditulis di sisi Allah di kalangan pendusta, dan siapa yang telah bertanya tentang muslim, lalu beliau berbohong mengenainya, akibatnya muslim itu mendapat manfaat, maka beliau ditulis di sisi Allah di kalangan mereka yang benar.
Kebaikan
Dan al-Sadiq a.s berkata: Bapa aku telah memberitahuku daripada bapanya a.s berkata: Seorang lelaki dari Kufah telah menulis surat kepada Abu al-Husain bin Ali a.s wahai sayyidi, beritahuku kebaikan dunia dan akhirat, maka beliau a.s menulis: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim.Amma ba‘du, adapun kemudian daripada itu barangsiapa yang menuntut keredaan Allah dengan kemarahan manusia, Allah akan memadainya dengan urusan manusia. Barangsiapa yang menuntut keredaan manusia dengan kemarahan Allah, maka Allah mewakilkannya kepada manusia, wassalam.
Amir al-Mukminin a.s berkata tentang firman-Nya di dalam Surah al-Rahman (55) : 60 “Tidak ada balasan kebaikan melainkan kebaikan” Beliau berkata: Kami telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah s.w.t bermaksud: Tidak ada balasan bagi mereka yang Aku telah mencucuri nikmat tauhid ke atasnya melainkan syurga.
Kelebihan Akhlak Yang Baik
Rasulullah s.a.w bersabda: Jika kamu tidak dapat berkhidmat kepada orang ramai dengan harta kamu, maka berkhidmatlah kepada mereka dengan akhlak kamu.
Rasulullah s.a.w bersabda: Akhlak adalah pemberian daripada Allah a.w. Apabila Dia mencintai seorang hamba, maka Dia mengurniakannya akhlak yang baik, dan apabila Dia memarahi seorang hamba, maka Dia akan mengurniakannya akhlak yang buruk.
Celaan Kepada umpat-umpatan Dan Pendedahan Aurat Muslimin
Beliau berkata: Amir al-Mukminin a.s telah melihat kepada seorang lelaki yang sedang mencela seorang lelaki di sisi al-Hasan a.s, lalu beliau a.s berkata: Wahai anak lelaki aku, bersihkan pendengaran anda daripada perkara seumpama ini, kerana beliau telah melihat kepada seburuk-buruk perkara di dalam bekasnya, lantaran itu kosongkan ia daripada bekas anda[256].
Beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai orang yang memasuki Islam dengan lidahnya, tetapi imannya tidak sampai ke hatinya, janganlah kamu mencela mukminin dan mendedahkan aurat mereka, kerana orang yang mendedahkan aurat mukminin, Allah akan mendedahkan auratnya pula.
Celaan Kepada Pembohongan, Mungkir Janji Dan Khianat
Daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Abu Ja‘far al-Baqir a.s berkata: Barangsiapa yang telah mengetahui seorang hamba daripada hamba Allah berbohong apabila beliau bercakap, mungkir janji apabila beliau berjanji, khianat apabila beliau diamanahkannya. Kemudian beliau menyampaikan amanah kepadanya pula, maka adalah berhak ke atas Allah mengujinya dengan bala mengenainya, kemudian Dia tidak meninggalkannya di atas perbuatannya, dan tidak memberi pahala kepadanya.
Empat perkara Di Dalam Taurat
Daripada Rifa‘ah daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Empat perkara besar, dan empat perkara kecil ditulis di dalam Taurat. Pertama: Barangsiapa menyambut waktu pagi di dalam keadaan dukacita (hazinan), bererti beliau menyambut Allah di dalam keadaan marah (sakhitan). Kedua: Barangsiapa mengadu musibat yang telah menimpanya, maka sesungguhnya beliau mengadu kepada Tuhannya. Ketiga: Barangsiapa mendatangi seorang kaya, lalu beliau memperkecilkan sesuatu perkara bagi mendapatkan ganjaran daripadanya, nescaya hilang dua pertiga agamanya. Keempat: Barangsiapa memasuki neraka daripada umat ini yang membaca al-Qur’an, maka beliau adalah daripada mereka yang mengambil ayat-ayat Allah secara olok-olok. Empat perkara yang kecil: Anda akan dilakukan sebagaimana anda melakukannya.
Barangsiapa memiliki sesuatu, maka beliau tidak akan terasa cukup. Barangsiapa tidak pernah bermesyuarat, akan menyesal. Kefakiran adalah kematian yang paling besar[257]. Daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Sinan daripada sebahagian para sahabatnya daripada Abu Jarud secara marfu’ berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Barangsiapa yang meletakkan dirinya di tempat tohmah, maka beliau tidak boleh mencela mereka yang menyangka jahat terhadapnya. Barangsiapa menyembunyikan rahsianya, maka kebaikan berada di tangannya, dan setiap percakapan melebihi dua orang akan tersebar. Letakkanlah urusan saudara anda di tempat yang paling baik sehingga datang kepada anda perkara yang dapat memenangkan anda.
Janganlah anda menyangka apa yang keluar daripada saudara anda itu jahat semata-mata sedangkan anda akan mendapati kebaikan di dalamnya. Bersahabatlah dengan mereka yang benar,maka berusahalah untuk mendapatkan mereka. Bersedia ketika senang, dan menjadi cekal ketika susah. Bermesyuaratlah dengan mereka yang takutkan Allah. Cintailah saudara-saudara mengikut kadar ketakwaannya. Hati-hati dengan perempuan-perempuan jahat, walaupun yang terbaik di kalangan mereka. Jika mereka menyuruh kamu melakukan kebaikan, maka hadapi mereka sehingga mereka tidak tamak di dalam kemungkaran[258].
Umpatan Adalah Lebih Berat Daripada Zina
Rasulullah s.a.w bersabda:al-Ghaibah (mengumpat) adalah lebih berat daripada zina, ada orang bertanya: Kenapakah begitu wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Orang yang berzina bertaubat, maka Allah akan mengampuninya. Adapun orang yang mengumpat bertaubat, Allah tidak menerima taubatnya sehingga orang yang diumpat itu memaafinya.
Al-Sadiq atau al-Baqir a.s berkata: Seorang hamba itu lebih hampir kepada kekafiran apabila beliau mempersaudarakan seorang lelaki di atas dasar keagamaan, kemudian beliau menghitung kesilapan, dan kesalahannya bagi tujuan mendedahkannya pada suatu hari kelak[259].
Nasihat Abu Abdullah A.S Kepada Hamraan
Daripada Hisyam bin Salim berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata kepada Hamraan bin A‘yan: Wahai Hamraan, lihatlah kepada mereka yang rendah daripada anda dari segi kemampuan, dan janganlah anda melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada anda dari segi kemampuan, kerana itu adalah lebih memanfaatkan anda dari kurniaan Allah kepada anda, dan lebih layak untuk anda mendapat kurniaan tambahan daripada Tuhan anda, dan ketahuilah bahawa amalan sedikit yang berterusan di atas keyakinan itu adalah lebih baik di sisi Allah dari amalan yang banyak tanpa keyakinan.
Ketahuilah bahawa tiada kewarakan yang lebih baik dari menjauhi apa yang diharamkan Allah a.w, dan menahan diri dari menyakiti mukminin, dan berbicara keburukan mereka. Tiada kehidupan yang lebih senang dari akhlak yang baik. Tiada harta yang lebih baik dari memadai apa yang dimiliki. Dan tiada kejahilan yang lebih parah dari ketakjuban diri.
Daripada al-Baqir a.s berkata: Kami telah mendapati di dalam kitab Ali bahawa Rasulullah s.a.w berkata kepada Ali a.s di atas mimbar: Demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia bahawa mukmin tidak pernah dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat melainkan mengikut sangkaan baiknya terhadap Allah a.w, dan menahan diri dari memburukkan mukmin. Demi Allah, tiada tuhan melainkan Dia bahawa Allah tidak akan menyeksa mukmin dengan seksaan selepas taubat dan istighfar kepada-Nya melainkan dengan sangkaan jahatnya terhadap Allah a.w, dan umpatannya kepada mukminin[260].
Al-Sadiq a.s berkata: Barangsiapa yang telah berkata tentang mukmin apa yang dilihat dua matanya, dan apa yang didengari dua telinganya, maka beliau adalah di kalangan mereka yang difirmankan Allah di dalam Surah al-Nur (24) :19 “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat ”
Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang memakan harta saudaranya mukmin atau meminumnya, atau memakainya (secara haram), maka Allah akan memberi makanan kepadanya makanan dari neraka Jahanam, minuman dari neraka Hamim, dan memakaikannya pakaian dari pakaian neraka.
Barangsiapa yang telah meletakkan saudaranya mukmin di tempat yang hina, maka Allah akan meletakkannya di makam angkuh dan riak. Barangsiapa yang telah memperbaharui persaudaraan di dalam Islam, maka Allah akan membina baginya mahligai di syurga dari permata[261].
Rasulullah s.a.w bersabda: Sejahat-jahat manusia pada hari Kiamat adalah al-Muthallath. Ada orang bertanya kepadanya: Apakah itu al-Muthallath, wahai Rasulullah s.a.w? Beliau bersabda: Lelaki berjalan dengan saudaranya kepada imamnya, lalu membunuhnya, lantaran itu beliau membinasakan dirinya, saudaranya, dan imamnya[262].
Beliau s.a.w bersabda: Al-Ghaibah (mengumpat) adalah lebih cepat kepada jasad mukmin daripada pemakan dagingnya[263].
Beliau berkata: Rasulullah s.a.w apabila memberi khutbah, beliau bersabda pada akhirnya: Beruntunglah mereka yang baik akhlaknya, dan bersih tabiatnya, baik dalamannya, dan baik luarannya, berbelanja lebihan hartanya, menahan diri berlebihan di dalam percakapannya, dan memberi kesedaran kepada orang ramai melalui amalan dirinya.
Sebaik-Baik Ibadat Menjaga Kehormatan Perut Dan Kemaluan
Daripada Hamzah al-Thumali daripada Abu Ja‘far al-Baqir, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sebaik-baik ibadat adalah menjaga kehormatan perut dan kemaluan, dan tidak ada perkara yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada doa, kerana doa dapat menolak penetapan yang telah ditetapkan (abrama). Kebaikan yang paling cepat adalah membuat baik, kejahatan yang paling cepat adalah balasan orang yang zalim. Cukuplah seorang itu menjadi malu (‘aib) apabila beliau melihat keaiban orang lain tanpa melihat keaiban dirinya atau beliau menyakiti sahabatnya dengan perkara yang tiada kaitan dengannya atau beliau melarang manusia apa yang beliau sendiri tidak mampu meninggalkannya[264].
Rasulullah s.a.w bersabda: Umat aku yang paling ramai memasuki neraka adalah kerana perut dan kemaluan (al-Farj). Umat aku yang paling ramai memasuki syurga adalah kerana ketakwaan kepada Allah dan akhlak yang mulia.
Al-Sadiq a.s berkata: Empat alamat nifak: Keras hati, keras mata, berterusan melakukan dosa, tamak kepada dunia.
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu melihat kepada banyaknya solat mereka, puasa mereka, banyaknya haji dan zakat mereka, banyak melakukan perkara yang baik, berjaga malam, tetapi lihatlah kepada percakapan yang benar, dan pelaksanaan amanah.
Wasiat Amir al-Mukminin A.S Kepada Muhammad Bin al-Hanafiyyah
Daripada Abu Abdullah a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata di dalam wasiatnya kepada Muhammad bin al-Hanafiyyah: Ketahuilah bahawa lidah adalah anjing yang liar, jika anda membiarkannya, ia akan menggonggong, kadangkala satu kalimat yang diucapkan dapat menghilangkan nikmat, simpanlah lidah anda sebagaimana anda menyimpan emas dan wang anda. Barangsiapa yang tidak mempunyai sifat malu akan membawanya kepada perkara yang tidak diingini. Rasulullah s.a.w bersabda: Allah mencucuri rahmat ke atas seorang hamba yang benar-benar malu kepada-Nya, beliau menjaga kepalanya dan sekelilingnya, perut dan apa yang disimpannya, menyebut kubur dan bala, serta menyebut baginya Ma‘ad di akhirat
Al-Sadiq a.s berkata: Barangsiapa yang meriwayatkan kepada saudaranya satu riwayat bagi tujuan menghinanya, dan merosakkan maruahnya, maka Allah akan meletakkannya di tanah Khubal (neraka) sehingga beliau meninggalkan apa yang dikatakannya.
Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang telah menyebarkan fahisyatan (kejahatan) adalah seperti pelakunya. Barangsiapa yang telah menghina seorang mukmin dengan sesuatu, maka beliau tidak akan mati sehingga beliau melakukannya[265].
al-Sadiq a.s berkata: Apabila berlaku di antara anda dan saudara anda ketegangan, maka janganlah anda menghinanya dengan dosa.
Al-Baqir a.s berkata: Barangsiapa yang menahan dirinya dari kehormatan orang lain, maka Allah akan menjaga kehormatan dirinya pada hari Kiamat. Barangsiapa menahan kemarahannya daripada orang ramai, maka Allah akan menahan dirinya daripada azab pada hari Kiamat.
Daripada Abu Hamzah al-Thumali, daripada Ali bin al-Husain a.s berkata: Sesungguhnya lidah manusia mengawasi anggota-anggotanya setiap hari dan berkata: Bagaimana kamu menyambut waktu pagi? Mereka akan berkata: Dengan baik jika anda meninggalkan kami. Dan mereka akan berkata kepada kami: Allah, Allah, pada kami, dan mereka berkata lagi: Kami diberi pahala dengan anda dan kami diseksa dengan anda.
Mu‘awiyah bin Wahab berkata: Al-Sadiq a.s berkata: Bertindaklah kerana kebenaran, janganlah anda bentangkan apa yang tidak perlu, dan jauhilah apa yang tiada kaitan dengan anda. Jauhilah musuh anda, hati-hatilah tentang sahabat anda di kalangan mereka melainkan beliau seorang yang boleh dipercayai yang bertakwa kepada Allah. Janganlah anda bersahabat dengan orang yang jahat (fajir), dan janganlah anda membiarkannya melihat rahsia anda.
Al-Sadiq a.s berkata: Jauhilah anda bermusuhan dengan seseorang, kerana ia akan mewarisi malu, dan pendedahan aurat.
Al-Sadiq a.s berkata: Banyak bergurau akan menghilangkan air muka, dan banyak ketawa akan menyapu keimanan[266].
Enam Kalimat Bagi Salman
Daripada Abu Abdullah a.s berkata: Salman al-Farisi berkata: Aku menjadi hairan dengan enam perkara. Tiga perkara yang mentertawakan aku, dan tiga perkara yang membuatkan aku menangis. Adapun perkara yang membuatkan aku menangis adalah perpisahan dengan kekasih Muhammad s.a.w, penderitaan pada hari Kiamat, dan berdiri di hadapan Allah s.w.t. Adapun tiga perkara yang mentertawakan aku: Orang yang mengejar dunia sedangkan mati sedang mengejarnya. Orang lalai (ghafil), tetapi ia tidak dilupai, dan orang yang ketawa besar tidak mengetahui adakah Allah telah meredainya atau memarahinya.
Al-Sadiq a.s berkata kepada Ishaq bin Ammar: Wahai Ishaq, layanilah munafik dengan lidah anda, lakukanlah keikhlasan anda kepada mukmin. Jika seorang Yahudi duduk di sisi anda, maka duduklah anda dengan baik bersama-samanya[267].
Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepada anak lelakinya Muhammad bin al-Hanafiyyah: Janganlah anda berkata apa yang anda tidak tahu, dan janganlah anda berkata semua yang anda tahu.
Al-Sadiq a.s berkata: Janganlah anda tertipu oleh orang ramai tentang diri anda, kerana ia akan sampai kepada anda bukan mereka. Janganlah anda menghabiskan siang hari anda dengan itu dan ini, kerana bersama anda ada orang yang menjaga anda. Janganlah anda memperkecilkan kebaikan yang sedikit, kerana anda melihatnya besok boleh menggembirakan anda,janganlah anda memperkecilkan kejahatan yang sedikit, kerana anda akan melihatnya besok boleh mendukacitakan anda. Berbuat baiklah, kerana aku tidak melihat sesuatu yang lebih dituntut, dan lebih cepat didapati dari kebaikan bagi dosa yang lalu. Sesungguhnya Allah berfirman di dalam Surah Hud (11):114 “ Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu dapat menghapuskan perbuatan-perbuatan yang jahat. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat ”
al-Sadiq a.s berkata: Dengarlah kamu semua percakapan daripada aku yang lebih baik daripada dirham-dirham yang mahal. Janganlah anda bercakap melainkan apa yang ada kaitan dengan anda. Tinggalkan percakapan yang banyak tentang anda sehingga anda mendapati tempat yang sewajarnya. Kadangkala seorang itu bercakap benar tetapi tidak pada tempatnya (fa-rubba mutakallimin bi haqqin fi ghairi maudhi‘i-hi). Janganlah anda berhujah dengan orang yang bodoh, dan orang yang lemah lembut, kerana yang lemah lembut akan mengalahkan anda. Sementara yang bodoh akan memburukkan anda. Sebutlah saudara anda apabila beliau tidak berada di hadapan anda dengan sebaik-baik perkataan yang anda paling sukai disebut tentang anda sendiri apabila anda tidak berada di hadapannya. Ketahuilah inilah amalannya, dan beramallah amalan orang yang mengetahui bahawa beliau akan dibalas dengan kebaikan dan akan diambil tindakan dengan jenayah (mujza bi l-Ihsan ma’khudhun bi l-Ajram).
Mukmin Tidak Akan Menjadi Pembohong
Al-Hasan bin Mahbub berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdullah: Adakah mukmin menjadi seorang yang bakhil? Beliau berkata: Ya, beliau berkata: Aku berkata: Adakah beliau menjadi seorang pengecut (jabbanan)? Beliau berkata: Ya, aku berkata: Adakah beliau menjadi seorang pembohong (kadhiban)? Beliau berkata: Tidak, dan tidak pula bersifat dingin, kemudian beliau berkata: Seorang mukmin dari segi tabiatnya (seperti orang lain) boleh melakukan semua perkara selain dari pengkhianatan dan pembohongan[268].
Kelebihan Berdiam Diri
Daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Amir al-Mukminin a.s berkata: Kebaikan terkumpul pada tiga sifat: Perbincangan(al-Nazar), diam (al-Sukut), dan percakapan (al-Kalam). Semua perbincangan yang tidak mengandungi iktibar adalah suatu kelalaian (sahwun). Semua diam yang tidak mengandungi pemikiran adalah suatu kelupaan (ghaflatin). Dan semua percakapan yang tidak mengandungi peringatan adalah percakapan yang bodoh (laghwun). Maka beruntunglah orang yang perbincangannya menjadi iktibar, diamnya menjadi pemikiran, percakapannya menjadi peringatan. Beliau menangis di atas kesalahannya, dan orang ramai terselamat daripada kejahatannya.
Rasulullah s.a.w bersabda: Pembohong tidak berbohong melainkan menghina dirinya sendiri, dan asal ejekan (sukhriyyah) adalah memberi ketenangan kepada pembohong. Daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya a.s berkata: Beruntunglah orang yang diamnya menjadi pemikiran, perbincangannya menjadi iktibar, daya usahanya menjadi rumahnya, menangis di atas kesalahannya,dan orang ramai terselamat daripada tangan dan lidahnya.
Al-Ridha a.s berkata: Alangkah baiknya diam (al-Samt) yang bukan kerana kurang keupayaan atau kelemahan diri. Daud al-Raqiy berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Diam adalah harta yang berharga, perhiasan bagi orang yang lemah lembut, dan penutup kejahilan.
Al-Ridha a.s berkata: Diam adalah satu pintu daripada pintu-pintu hikmat. Sesungguhnya diam akan mendapat kasih sayang, dan petanda kebaikan.
Beliau a.s berkata: Alamat kefahaman itu adalah lemah lembut, keilmuan, dan diam.
Furat bin Ahnaf berkata: Amir al-Mukminn a.s berkata: Berkorbanlah, tetapi janganlah untuk mendapat publisiti. Sembunyikan diri anda supaya tidak disebut. Belajarlah, dan sembunyikanlah. Diamlah, nescaya anda terselamat.
Beliau berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada dadanya sambil berkata: Orang-orang yang baik bergembira dan orang-orang yang jahat meradang.
Al-Sadiq a.s berkata: Seorang mukmin ditulis baik selama beliau berdiam (sakitan). Apabila beliau bercakap, beliau ditulis baik atau jahat.
Beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Seorang lelaki yang baik akan membawa khabar yang baik, dan seorang lelaki yang jahat akan membawa khabar yang jahat.
Daripada Daud al-Raqiy, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Beliau berkata: Wahai Daud, anda memasukkan tangan anda di mulut ikan paus sehingga ke pangkal lengan adalah lebih baik bagi anda dari memohon hajat anda kepada orang yang tidak menghargainya.
Daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada Amir al-Mukminin a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Beruntunglah orang yang telah meninggalkan syahwat semasa kepada masa yang beliau tidak melihatnya[269].
Daripada Abu Hamzah berkata: Aku telah mendengar Fatimah binti al-Husain a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:Tiga sifat orang yang sempurna imannya: Apabila beliau reda, maka redanya tidak akan memasukkannya dalam kebatilan. Apabila beliau marah, maka kemarahannya tidak akan mengeluarkannya daripada kebenaran, dan apabila beliau berkuasa, maka beliau tidak akan memberi perkara yang bukan miliknya[270].
Referensi:
[237] Al-Saduq, Kamal al-Din, hlm. 178.
[238] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 360.
[239] Ibid, ix, 379.
[240] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 129.
[241] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 117.
[242] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 224.
[243] Ibid, vii, 269.
[244] Ibid, xvi, 137.
[245] Ibid, xv, 15.
[246] Ibid.
[247] Al-Kulaini, al-Kafi, v, 198.
[248] Al-Kulaini, al-Kafi, v, 498.
[249] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix , 575.
[250] Al-Saduq, Ma‘ani al-Akhbar, hlm.113.
[251] Ibid.
[252] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vi , 784.
[253] Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 472.
[254] Ibid, 477.
[255] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 161.
[256] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 189.
[257] Ibid, xvii, 170.
[258] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvii , 125.
[259] Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 354.
[260] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi , 189.
[261] Ibid.
[262] Ibid, 191.
[263] Ibid.
[264] Al-Kulaini, al-Kafi, ii ,7.
[265] Al-Kulaini, al-Kafi, ii, 356.
[266] Ibid, 665.
[267] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 43.
[268] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xvi, 168.
[269] Al-Hasan bin Ali bin Syu‘bah al-Harani, Tuhaf al-‘Uqul, hlm. 49.
[270] Al-Majlisi, Buhar al-Anwar, xvi, 125.
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar