Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 13 dan 14)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 13 dan 14)

Written By Unknown on Selasa, 06 Maret 2018 | Maret 06, 2018


Bab 13

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Cahaya Allah A.W (anna al-A'immah a.s nuru llah a.w)

(84)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Ali bin Mirdas berkata: Safwan bin Yahya dan al-Hasan bin Mahbub telah meriwayatkan kami daripada Abu Ayyub, daripada Abu Khalid al-Kaabili berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah kami turunkan" Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Khalid, cahaya, demi Allah, adalah cahaya para imam daripada keluarga Muhammad s.a.w sehingga hari Kiamat. Mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah yang Dia telah menurunkannya dan mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah di langit dan di bumi.

Demi Allah, wahai Abu Khalid, cahaya Imam pada hati mukminin adalah lebih bercahaya daripada matahari yang bersinar di siang hari (la-nur al-Imam fi qulub al-Mu'minin anwar min al-Syams al-Mudhi'ah bi al-Nahar). Mereka, demi Allah, menyinari hati mukminin. Allah menghalang cahaya mereka daripada sesiapa yang Dia kehendaki, lalu hati mereka menjadi gelap. Demi Allah, wahai Abu Khalid, seorang hamba tidak mencintai kami dan mewalikan kami (wa llahi, ya Aba Khalid, la yuhibbu-na 'abdun wa yatawallaa-na) sehingga Allah membersihkan hatinya (hatta yutahhira llahu qalba-hu) dan Allah tidak membersihkan hati seorang hamba sehingga beliau menyerahkan dirinya kepada kami (wa la yutahirru llahu qalba 'abdin hatta yusallima la-na) serta berdamai dengan kami (wa yakun silman la-na). Apabila beliau berdamai dengan kami, maka Allah melindunginya dari ketakutan Hisab dan menyelamatkannya dari ketakutan yang lebih besar pada hari Kiamat"

(85)-2. Ali bin Ibrahim dengan sanad-sanadnya, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah "Mereka yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang mereka mendapatinya tertulis di dalam Turat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang makruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka mereka yang beriman kepada-nya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang diturunkan kepadanya, maka itulah mereka yang beruntung" Beliau a.s telah berkata: Cahaya pada ayat ini adalah [Ali] Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s.

(86)-3. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin Abd al-Jabbar, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Abu Jarud berkata: Aku telah berkata kepada Abu Ja'far a.s: Allah telah kurniakan kepada Ahlu l-Kitab kebaikan yang banyak. Beliau a.s telah berkata: Apakah itu? Aku telah berkata: Firman Allah "Golongan yang telah Kami datangkan kepada mereka al-Kitab sebelumnya al-Qur'an, mereka beriman dengan al-Qur'an itu. Apabila dibacakan kepada mereka, mereka telah berkata: Kami beriman kepadanya; sesungguhnya al-Qur'an itu suatu kebenaran dari Tuhan kami sesungguhnya kami sebelumnya adalah mereka yang membenarkan(nya). Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka"

Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah telah kurniakan kepada kamu sebagaimana Dia telah kurniakan kepada mereka. Kemudian beliau a.s telah membaca firman-Nya: "Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan berimanlah kepada Rasul-Nya, nescaya Allah memberikan rahmat-Nya kepadamu dua bahagian dan menjadikan untukmu cahaya dan dengan cahaya itu kamu dapat berjalan dengannya" Iaitu Imam yang kamu ikutinya"

(87)-4. Ahmad bin Mihran, daripada Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Ali bin Asbaat dan al-Hasan bin Mahbub, daripada Ayyub, daripada Abu Khalid al-Kabiliy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah mengenai firman Allah "Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah kami turunkan" Maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu Khalid, cahaya, demi Allah, adalah cahaya para imam daripada keluarga Muhammad s.a.w sehingga hari Kiamat. Mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah yang mana Dia telah menurunkannya dan mereka, demi Allah, adalah cahaya Allah di langit dan di bumi. Demi Allah, wahai Abu Khalid, cahaya Imam pada hati mukminin adalah lebih bercahaya daripada matahari yang bersinar di siang hari (la-nur al-Imam fi qulub al-Mu'minin anwar min al-Syams al-Mudhi'ah bi al-Nahar). Mereka, demi Allah, menyinari hati mukminin. Allah menghalang cahaya mereka daripada sesiapa yang Dia kehendaki, lalu hati mereka menjadi gelap dan Dia menutup mereka dengannya"

(88)-5. Ali bin Muhammad, dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Hasan bin Syammun, daripada Abdullah bin Abd al-Rahman al-Assam, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada Salih bin Sahal al-Hamdani berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata mengenai firman Allah "Allah adalah cahaya langit dan bumi perumpamaan cahaya-Nya adalah sebuah lubang yang tak tembus (Fatimah a.s) yang di dalamnya ada pelita besar (al-Hasan). Dan pelita itu di dalam kaca (al-Husain), kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara (Fatimah a.s adalah bintang yang bercahaya di antara wanita dunia) yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya (Ibrahim a.s), pohon zaiton yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat (bukan yahudi dan bukan pula kristian) minyaknya hampir-hampir menerangi (hampir-hampir ilmunya terpancar) walaupun tidak disentuh api, cahaya di atas cahaya (Imam daripadanya selepas Imam). Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki (Allah membimbing kepada para imam a.s mereka yang Dia kehendaki) Dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan kepada manusia"

Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah "Atau seperti gelap gulita di lautan yang dalam yang diliputi oleh ombak" Beliau a.s telah berkata: Orang yang pertama (al-Awwal) dan sahabatnya (wa sahibu-hu) "gelap gulita yang ditutupi oleh ombak" Orang yang ketiga (al-Thalith) di atasnya awan yang gelap gulita (orang yang kedua) yang bertindih-tindih (Mu'awiyah la'ana-hu llahu dan fitnah Bani Umayyah) apabila dia mengeluarkan tangannya (mukmin di dalam kegelapan fitnah mereka) dia tidak dapat melihatnya dan sesiapa yang Allah tidak menjadikan cahaya untuknya (Imam daripada anak lelaki Fatimah a.s) tidak ada baginya cahaya (Imam pada hari Kiamat).

Dan beliau a.s telah berkata mengenai firman Allah "Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin lelaki dan perempuan sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka" : Pada hari Kiamat para imam mukminin berjalan di hadapan mukminin dan di kanan mereka sehingga mereka ditempatkan bersama penghuni syurga"

Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Musa bin al-Qasim al-Bajaliy dan Muhammad bin Yahya, daripada Umar Kiyy bin Ali, daripada Ali bin Ja'far a.s, daripada saudara lelakinya Musa a.s seumpamanya.

(89)-6. Ahmad bin Idris, daripada al-Husain bin Abdullah, daripada Muhammad bin al-Hasan dan Musa bin Umar, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Muhammad bin Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau a.s mengenai firman Allah t.w "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka" Beliau a.s telah berkata: Mereka ingin memadamkan wilayah Amir al-Mukminin a.s dengan mulut-mulut mereka". Aku telah berkata: Firman-Nya "Dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya" Beliau a.s telah berkata: Allah akan menyempurnakan imamah dan imamah adalah cahaya sebagaimana firman-Nya "Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada cahaya yang telah kami turunkan" Beliau a.s telah berkata: Cahaya itu adalah Imam (al-Nur huwa al-Imam)"


Bab 14

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Tiang-Tiang Bumi (anna al-A'immah hum arkaan al-Ardh)

(90)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali dan Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada al-Mufadhdhal bin Umar, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Apa yang dibawa oleh Ali, maka aku menerimanya dan apa yang beliau a.s menegahnya, maka aku meninggalkannya. Kelebihan yang dikurniakan kepadanya adalah seperti kelebihan Muhammad s.a.w, tetapi kelebihan Muhammad s.a.w adalah di atas semua makhluk Allah a.w. Sesiapa yang mengambil pengecualian daripada hukum-hukumnya, maka beliau sepertilah mengambil pengecualian daripada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menolak mana-mana hukumnya sama ada kecil atau besar, maka beliau berada di atas batasan syirik kepada Allah (wa al-Raadd 'alai-hi fi saghirah au kabirah 'ala hadd al-Syirk bi-llah).

Amir al-Mukminin a.s adalah pintu Allah yang tidak dimasuki kecuali menerusinya (baab Allah al-Ladhi la yu'ta illa min-hu), jalan-Nya yang mana orang yang berjalan selain daripada jalannya akan binasa (sabilu-hu al-ladhi man salaka bi-ghairi-hi halaka). Demikianlah ia berlaku kepada para imam petunjuk seorang selepas seorang (waahid ba'd waahid), Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya dan Hujjah-Nya yang sampai kepada mereka yang berada di bumi dan di bawah bumi. Amir al-Mukminin a.s pernah berkata beberapa kali: Akulah pembahagi (yang dilantik oleh) Allah di antara syurga dan neraka (ana qasiim Allah bain al-Jannah wa al-Nar).

Akulah al-Faaruq yang paling besar (ana al-Faruq al-Akbar) , akulah sahabat tongkat dan tanda (ana sahib al-'Asa wa Misam) yang mana semua para malaikat, Roh dan para rasul telah mengakuiku sebagaimana mereka telah mengakui Muhammad s.a.w (wa laqad aqarrat li jami' al-malaikat wa al-Ruh wa al-Rusul bi-mithli ma aqarru bi-hi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya aku telah dibebankan sebagaimana baginda s.a.w dibebankan oleh Tuhan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dipanggil dan dipakaikan kepadanya, maka begitu juga aku akan dipanggil dan akan dipakaikan untukku.

Baginda s.a.w akan disoal, maka aku juga akan disoal dan aku akan menjawab sebagaimana jawapannya. Aku telah dikurniakan beberapa sifat keistimewaan yang mana tiada seorangpun yang telah mendahuluiku kepadanya sebelumku. Aku telah diajar ilmu kematian (al-Manaaya), ilmu bala (al-Balaaya), dan ilmu keturunan (al-Ansaab) serta kefasihan bercakap (fasl al-Khitab). Tidak ada perkara yang telah berlaku, hilang dari ilmuku dan tidak ada perkara yang jauh dariku akan terlepas dariku. Aku memberi khabar gembira dengan izin Allah, aku melaksanakan [apa] yang datang daripadaNya. Semua ini adalah daripada Allah dan Dia telah kurniakan kuasa kepadaku mengenainya menurut ilmu-Nya"

Al-Hasan bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur al-'Amiy, daripada Muhammad bin Sinan berkata: Al-Mufadhdhal telah meriwayatkannya kepada kami, berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata, kemudian beliau a.s telah menyebut hadis yang pertama.

(91)-2. Ali bin Muhammad, dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahal bin Ziyad, daripada Muhammad bin al-Walid Syabab al-Sairafi berkata: Sa'id al-A'raj telah memberitahu kepada kami, lalu berkata: Aku dan Sulaiman bin Khalid telah berjumpa dengan Abu Abdillah a.s, lalu beliau a.s telah mula bercakap dengan kami: Wahai Sulaiman, apa yang datang daripada Amir al-Mukminin a.s, mestilah diterima dan apa yang ditegah olehnya, mestilah dihentikan.

Kelebihan yang dikurniakan kepadanya adalah seperti kelebihan Muhammad s.a.w, tetapi kelebihan Muhammad s.a.w adalah di atas semua makhluk Allah a.w. Sesiapa yang mengambil pengecualian daripada hukum-hukumnya, maka beliau sepertilah mengambil pengecualian daripada [hukum-hukum] Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang menolak mana-mana hukumnya sama ada kecil atau besar, maka beliau berada di atas batasan syirik kepada Allah (wa al-Raadd 'alai-hi fi saghirah au kabirah 'ala hadd al-Syirk bi-llah).

Amir al-Mukminin a.s adalah pintu Allah yang tidak dimasuki kecuali menerusinya (baab Allah al-Ladhi la yu'ta illa min-hu), jalan-Nya yang mana orang yang berjalan selain daripada jalannya akan binasa (sabilu-hu al-ladhi man salaka bi-ghairi-hi halaka). Demikianlah ia berlaku kepada para imam petunjuk seorang selepas seorang (waahid ba'd waahid), Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya dan Hujjah-Nya yang sampai kepada mereka yang berada di bumi dan di bawah bumi.

Amir al-Mukminin a.s pernah berkata beberapa kali: Akulah pembahagi [yang dilantik oleh] Allah di antara syurga dan neraka (ana qasiim Allah bain al-Jannah wa al-Nar). Akulah al-Faaruq yang paling besar (ana al-Faruq al-Akbar), akulah sahabat tongkat dan tanda (ana sahib al-'Asa wa Misam) yang mana semua para malaikat, Roh dan para rasul telah mengakuiku sebagaimana mereka telah mengakui Muhammad s.a.w (wa laqad aqarrat li jami' al-malaikat wa al-Ruh wa al-Rusul bi-mithli ma aqarru bi-hi Muhammad s.a.w).

Sesungguhnya aku telah dibebankan sebagaimana beliau s.a.w dibebankan oleh Tuhan. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dipanggil dan dipakaikan kepadanya, maka begitu juga aku akan dipanggil dan akan dipakaikan untukku. Beliau s.a.w akan disoal, maka aku juga akan disoal dan aku akan menjawab sebagaimana jawapannya.

Aku telah dikurniakan beberapa sifat keistimewaan yang mana tiada seorangpun yang telah mendahuluiku kepadanya sebelumku. Aku telah diajar ilmu kematian (al-Manaaya), ilmu bala (al-Balaaya), dan ilmu keturunan (al-Ansaab) serta kefasihan bercakap (fasl al-Khitab). Tidak ada perkara yang telah berlaku, hilang dari ilmuku dan tidak ada perkara yang jauh dariku akan terlepas dariku. Aku memberi khabar gembira dengan izin Allah, aku melaksanakan [apa] yang datang daripadaNya. Semua ini adalah daripada Allah dan Dia telah kurniakan kuasa kepadaku mengenainya menurut ilmu-Nya"

(92)-3. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ali bin al-Hassan berkata: Abu Abdillah al-Riyaahi telah meriwayatkan kepadaku, daripada Abu al-Samit al-Hilwaani, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Kelebihan Amir al-Mukminin a.s adalah: Aku menerima apa yang dibawa olehnya dan aku menghentikan apa yang dilarang olehnya. Kewajiban mentaatinya adalah selepas Rasulullah s.a.w seperti ketaatan kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kelebihan adalah kepada Muhammad s.a.w.

Orang yang mendahuluinya adalah seperti orang yang mendahului Allah dan Rasul-Nya (al-Mutaqaddim baina yadai-hi ka al-Mutaqaddim 'ala Allah wa Rasuli-hi). Orang yang memikirkan sesuatu melebihi Ali a.s adalah seperti orang yang memikir sesuatu melebihi Rasulullah s.a.w. (al-Mutafadhdhil 'alai-hi ka al-Mutafadhdhil 'ala Rasulillah s.a.w) Orang yang menentangnya sama ada kecil atau besar adalah di atas batas syirik dengan Allah. Kerana Rasulullah s.a.w adalah pintu Allah yang tidak boleh dimasuki melainkan menerusinya dan jalan-Nya yang mana sesiapa yang berjalan akan sampai kepada Allah a.w. Demikianlah keadaan Amir al-Mukminin a.s dan para imam a.s selepasnya, seorang selepas seorang. Allah telah menjadikan mereka tiang-tiang bumi yang kukuh bersama penghuninya, penolong Islam dan ikatannya menurut jalan petunjuk.

Seorang tidak mendapat hidayah kecuali dengan hidayah mereka dan tidak tersesat orang yang keluar daripada petunjuk kecuali dengan mengabaikan hak mereka. Mereka adalah penjaga ilmu Allah, kemaafan dan peringantan-Nya yang diturunkan. Hujah yang sampai kepada penghuni bumi. Ia akan berlaku kepada yang akhir mereka sebagaimana telah berlaku kepada yang pertama mereka.

Tidak ada seorangpun akan sampai ke peringkat itu melainkan dengan pertolongan Allah. Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Akulah pembahagi di antara syurga dan neraka (ana qasiin baina al-Jannah wa al-Nar), akulah al-Faruq yang paling besar, akulah Imam bagi mereka selepasku (al-Imam li-man ba'di) dan pelaksana bagi mereka sebelumku. Tidak seorangpun yang akan mendahuluiku kecuali Ahmad s.a.w .

Sesungguhnya aku dan beliau s.a.w di atas jalan yang satu selain beliau s.a.w dipanggil dengan namanya dan aku dikurniakan dengan enam perkara : Ilmu tentang kematian, ilmu tentang bala, ilmu wasiat, ilmu kefasihan bercakap. Sesungguhnya aku adalah sahabat al-Karraat dan pusingan. Akulah sahabat tongkat dan tanda serta al-Daabah yang bertutur dengan manusia"

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: