Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 24, 25, 26, 27 dan 28)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 24, 25, 26, 27 dan 28)

Written By Unknown on Selasa, 06 Maret 2018 | Maret 06, 2018


Bab 24

Tentang Hamba-Hamba Yang Telah Dipilih Oleh Allah Dan Mewariskan Mereka Dengan Kitab-Nya, Mereka Adalah para Imam A.S (fi anna man istafa-hu llahu min 'ibadi-hi wa-auratha-hum kitaba-hu hum al-Aimmatu a.s)

(132)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Hammad bin Isa, daripada 'Abd al-Mu'min, daripada Salim berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba-Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih cepat berbuat kebaikan" Beliau a.s telah berkata: Al-Sabiq bi al-Khairat (yang cepat berbuat kebaikan) itu adalah Imam dan al-Muqtasid (yang pertengahan) adalah orang yang mengenali imam a.s dan al-Zalim li-nafsi-hi (yang menzalimi dirinya sendiri) adalah orang yang tidak mengetahui imam a.s.

(133)-2. Al-Husain, daripada Mu'alla, daripada al-Wasya', daripada 'Abd al-Karim, daripada Sulaiman bin Khalid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w "Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba-Kami" Beliau a.s telah berkata: Apa pendapat kamu mengenainya? Aku telah berkata: Kami telah berpendapat: Sesungguhnya ia adalah untuk keturunan Fatimah a.s? Beliau a.s telah berkata: Ia bukanlah sebagaimana anda katakan, kerana seorang yang telah menunjukkan pedangnya dan menyeru orang ramai kepada penentangan tidak termasuk di dalam ayat ini. Maka aku telah berkata: Apakah pengertian "yang menzalimi dirinya"? Beliau a.s telah berkata: Orang yang duduk di rumahnya tanpa mengetahui hak seorang imam a.s. Dan "yang pertengahan": Orang yang mengetahui hak seorang imam a.s dan "yang cepat berbuat kebaikan": Imam a.s.

(134)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan, daripada Ahmad bin 'Umar berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w "Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada mereka yang Kami pilih di antara hamba-hamba-Kami" Beliau a.s telah berkata: Anak-anak lelaki Fatimah a.s, "yang cepat kepada kebaikan": Imam a.s, "yang pertengahan": Yang mengetahui imam a.s dan "yang menzalimi dirinya": Yang tidak mengetahui imam a.s.

(135)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Abu Wallad berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah tentang firman Allah a.w "Mereka yang telah Kami berikan al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya" Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s.


Bab 25

Sesungguhnya Para Imam Di Dalam Kitab Allah Ada Dua Jenis: Imam Yang Menyeru Kepada Allah Dan Imam Yang Menyeru Kepada Neraka (inna al-Aimmata fi kitabi llahi imamani: Imam yad'u ila llahi wa imam yad'u ila al-Naari)

(136)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Mahbub, daripada Abdullah bin Ghalib, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Apabila turunnya ayat "Suatu hari Kami panggil setiap umat dengan pemimpinnya (imamnya)" Mereka yang beragama Islam telah berkata: Wahai Rasulullah, tidakkah anda imam kepada manusia semuanya? Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku adalah Rasulullah kepada semua manusia, tetapi akan ada selepasku para imam ke atas manusia daripada Allah di kalangan keluargaku, mereka akan berada bersama orang ramai, tetapi orang ramai mendustakan mereka. Mereka akan dizalimi oleh para imam kafir lagi sesat serta pengikut-pengikut mereka. Justeru sesiapa yang mengikuti mereka, membenarkan mereka, maka beliau adalah daripadaku dan bersamaku dan beliau akan bertemu denganku. Sesiapa yang menzalimi mereka, mendustakan mereka, maka beliau bukanlah daripadaku dan bersamaku dan aku bersih daripadanya"

(137)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Yahya, daripada Talhah bin Zaid, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya para imam di dalam Kitab Allah ada dua jenis, Allah telah berfirman "Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin (imam) yang memberi petunjuk dengan perintah Kami" Bukan dengan perintah manusia, mereka mendahulukan perintah Allah sebelum perintah mereka, hukum Allah sebelum hukum mereka. Dia telah berfirman "Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka" Mereka mendahulukan perintah mereka sebelum perintah Allah, hukum mereka sebelum hukum Allah. Mereka mengikut hawa nafsu mereka, menyalahi apa yang ada di dalam Kitab Allah a.w.


Bab 26

Sesungguhnya Al-Qur'an Memberi Petunjuk Kepada Imam A.S (inna al-Qur'an yahdi li-al-Imam)

(138)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Hasan bin Mahbub berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w "Bagi setiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapa, kaum kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya. Dan mereka yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka" Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya ia dimaksudkan dengan para imam a.s, kerana merekalah Allah telah bersumpah setia dengan kamu.

(139)-2. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abu 'Umair, daripada Ibrahim bin 'Abd al-Hamid, daripada Musa bin Akil al-Namiri, daripada al-'Ala' bin Siyabah, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus" Beliau a.s telah berkata: Ia memberi petunjuk kepada imam a.s.


Bab 27

Sesungguhnya Nikmat Yang Telah Disebut Oleh Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (anna al-Ni'mata al-Lati dhakara-ha llahu a.w fi kitabi-hi al-Aimmatu a.s)

(140)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Bustam bin Murrah, daripada Ishaq bin Hassan, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Ali bin al-Husain al-'Abdi, daripada Sa'd al-Asqaaf, daripada al-Asbagh bin Nubatah berkata: Amir al-Mukminin a.s telah berkata: Apakah gerangan kaum yang telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w dan berpaling daripada wasinya? Mereka tidak takut bahawa azab akan turun kepada mereka, kemudian beliau a.s telah membaca ayat "Tidakkah kamu perhatikan mereka yang telah menukar nikmat (ni'mat) Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kehinaan? Iaitu Jahannam, mereka masuk ke dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman" Kemudian beliau a.s telah berkata: Kamilah nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya dan dengan kamilah akan berjaya mereka yang berjaya pada hari Kiamat.

(141)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad secara marfu' tentang firman Allah a.w "Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" Adakah kamu mendustakan seorang nabi atau seorang wasi? Ayat ini diturunkan di dalam Surah al-Rahmaan.

(142)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Abdullah bin 'Abd al-Rahman, daripada al-Haitham bin Waqid, daripada Abu Yusuf al-Bazzaz berkata: Abu Abdillah a.s telah membaca ayat "Maka ingatlah nikmat-nikmat Allah supaya kamu mendapat keberuntungan" Beliau a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui apakah nikmat-nikmat Allah (alaa' Allah)? Aku telah berkata: Tidak, beliau a.s telah berkata: Nikmat Allah yang paling besar ke atas makhluk-Nya adalah wilayah kami"

(143)-4. Al-Husain bin Muhammad, dariapda Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Tidakkah kamu perhatikan mereka yang telah menukar nikmat-nikmat) Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kehinaan? Iaitu Jahannam, mereka masuk ke dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman" Beliau a.s telah berkata: Ia dimaksudkan dengan Quraisy secara langsung; mereka yang telah memusuhi Rasulullah s.a.w dan melakukan peperangan terhadapnya serta menentang wasiat wasinya.


Bab 28

Sesungguhnya Mutawassimiin Yang Disebut Oleh Allah Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (anna al-Mutawassimiin al-Ladhina zakara-humu llahu fi kitabi-hi hum al-Aimmatu a.s)

(144)-1. Ahmad bin Mihran, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Ibn Abi 'Umair berkata: Asbat Bayya' al-Zutti telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, lalu seorang lelaki bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin). Sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus" Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang mengetahui tanda-tanda (al-Mutawassimun) dan jalan (al-Sabil) pada kami adalah lurus.

(145)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Salmah bin al-Khattab, daripada Yahya bin Ibrahim berkata: Asbat bin Salim telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah berada di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba seorang lelaki dari Hit (di Iraq) telah datang dan berkata: Mudah-mudahan Allah membuatkan semua perkara baik untuk anda, apakah pendapat anda tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin) Beliau a.s telah berkata: Kamilah al-Mutawassimun dan jalan (al-Sabil) pada kami adalah lurus"

(146)-3. Muhammad bin Ismail, daripada al-Fadhl bin Syadhan, daripada Hammad bin Isa, daripada Ruba'i bin Abdullah, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin" Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jagalah diri kamu dari firasat mukmin, kerana beliau melihat dengan cahaya Allah a.w sebagaimana firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda"

(147)-4. Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada 'Abis bin Hisyam, daripada Abdullah bin Sulaiman, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda (al-Mutawassimiin). Beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah para imam a.s. dan "Sesungguhnya ia adalah jalan yang lurus" Beliau a.s telah berkata: Ia tidak akan terkeluar daripada kami selama-lamanya.

(148)-5. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Aslam, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada 'Umru bin Syamir, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Amir al-Mukmin a.s telah berkata tentang firman-Nya "Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memerhatikan tanda-tanda" Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah al-Mutawassim dan aku selepasnya dan para imam daripada zuriatku adalah al-Mutawassimuun.

Dan di dalam manuskrip yang lain daripada Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Muhammad bin Aslam daripada Ibrahim bin Ayyub dengan sanad-sanad seumpamanya.

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: