Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 20, 21, 22 dan 23)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 20, 21, 22 dan 23)

Written By Unknown on Selasa, 06 Maret 2018 | Maret 06, 2018


Bab 20

Sesungguhnya Ahl Al-Zikr Yang Allah Perintahkan MakhlukNya Supaya Bertanya Kepada Mereka Merupakan Para Imam A.S (inna ahl al-Zikr al-Ladhin amara llahu bi-suaali-him hum al-Aimmati a.s).

(113)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Abdullah bin 'Ajalan, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Rasulullah s.a.w telah bersabda: Al-Zikr adalah aku dan para imam (a.s) adalah ahl al-Zikr. Dan firman-Nya "Sesungguhnya al-Qur'an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab" Abu Ja'far a.s telah berkata: Kamilah kaumnya dan kamilah yang dipertanggungjawabkannya [untuk menjawab soalan-soalan kamu].

(114)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada bapa saudaranya Abd al-Rahman bin Kathir berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui"

Beliau a.s telah berkata: Al-Zikr adalah Muhammad s.a.w dan kamilah keluarganya yang dipertanggungjawabkan (nahnu ahlu-hu al-Mas'uluun). Aku telah bertanya kepadanya tentang firman-Nya "Sesungguhnya al-Qur'an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab" Beliau a.s telah berkata: Kepada kamilah ia dimaksudkan, kamilah ahl al-Zikr dan kamilah yang dipertanggungjawabkan [untuk menjawab soalan-soalan kamu].

(115)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya' berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s, maka aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Beliau a.s telah berkata: Kamilah ahl al-Zikr dan kamilah yang dipertanggungjawab [untuk menjawab soalan-soalan kamu]. Aku telah berkata: Kamulah yang ditanya dan kamilah orang yang mesti bertanya? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Adakah hak kami bertanya kamu? Beliau a.s telah berkata: Ya. Aku telah berkata: Adakah hak ke atas kamu menyahuti seruan kami? Beliau a.s telah berkata: Tidak. Ini terserah kepada kami, jika kami mahu, kami akan melakukannya dan jika kami mahu, kami tidak melakukannya. Tidakkah anda mendengar firman Allah "Inilah anugerah kami, maka berikanlah atau tahanlah dengan tiada pertanggungjawab"

(116)-4. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada 'Asim bin Hamid, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya al-Qur'an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab" Maka Rasulullah s.a.w adalah al-Zikr (peringatan) dan Ahl al-Baitnya a.s adalah yang akan dipertanggungjawab dan merekalah ahl al-Zikr.

(117)-5. Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Hammad, daripada Ruba'i, daripada al-Fudhail, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah "Sesungguhnya al-Qur'an itu peringatan kepadamu dan kaummu dan kamu akan diminta pertanggunganjawab" Beliau a.s telah berkata: Al-Zikr adalah al-Qur'an, kamilah kaumnya dan kamilah yang akan dipertanggungjawab.

(118)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail, daripada Mansur bin Yunus, daripada Abu Bakr al-Hadhrami berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far a.s, tiba-tiba al-Ward; saudara lelaki al-Kumait telah datang dan berkata: Allah telah menjadikan diriku tebusan anda, aku telah memilih untuk anda tujuh puluh soalan, tetapi tidak satu pun terlintas di hatiku sekarang. Beliau a.s telah berkata: Tidak satu soalan pun, wahai al-Ward? Beliau telah berkata: Ya, baru sekarang satu soalan terlintas di hatiku. Beliau a.s telah berkata: Apakah dia? Beliau telah berkata: Tentang firman Allah "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Siapakah mereka? Beliau a.s telah berkata: Kami. Aku telah berkata: Adakah wajib ke atas kami bertanya kepada kamu? Beliau a.s telah berkata: Ya. Aku telah berkata: Adakah wajib ke atas kamu menyahuti kami? Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepada kami.

(119)-7. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-'Alaa' bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya mereka di sisi kami menyangka bahawa firman Allah "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Sesungguhnya mereka itu adalah golongan Yahudi dan Nasrani. Beliau a.s telah berkata: Jikalau begitu, mereka menyeru kamu kepada agama mereka! Beliau a.s telah berkata dengan tangannya ke dadanya-Kamilah ahl al-Zikr dan kamilah al-Mas'uluun (yang bertanggungjawab).

(120)-8. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata: Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Apa yang wajib ke atas para imam tidak wajib ke atas Syiah mereka dan apa yang wajib ke atas Syiah kami, tidak wajib ke atas kami, Allah telah memerintahkan mereka supaya bertanya kepada kami. Dia telah berfirman "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Maka Dia telah memerintahkan mereka supaya bertanya kepada kami dan tidaklah wajib ke atas kami menjawabnya. Jika kami mahu, kami menjawabnya dan jika kami mahu, kami tahan (tidak menjawabnya).

(121)-9. Ahmad bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abu Nasr berkata: Aku telah menulis kepada al-Ridha a.s sepucuk surat antara apa yang aku telah menulisnya: Firman Allah a.w ""Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (ahl al-Zikr) jika kamu tidak mengetahui" Dan firman Allah a.w "Tidak sepatutnya bagi mereka yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya" Sesungguhnya difardukan ke atas mereka bertanya dan tidak difardukan ke atas kamu menjawabnya? Beliau a.s telah berkata: Allah telah berfirman "Jika mereka tidak menjawab kepadamu, ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka. Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya"


Bab 21

Sesungguhnya Mereka Yang disifatkan Allah Di Dalam Kitab-Nya Dengan Ilmu Adalah Para Imam A.S (inna man wasafa-hu llahu ta'ala fi kitabi-hi bi al-'Ilm hum al-Aimmatu a.s)

(122)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Abdullah bin al-Mughirah, daripada 'Abd al-Mu'min bin al-Qasim al-Ansari, daripada Sa'd bin Jabir, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui? "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya kamilah orang yang mengetahui dan mereka yang tidak mengetahui adalah musuh kami dan Syiah kami adalah Ulu al-Albab.

(123)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Adakah sama mereka yang mengetahui dengan mereka yang tidak mengetahui? "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran" Beliau a.s telah berkata: Kamilah orang yang mengetahui sementara musuh kami tidak mengetahui dan Syiah kami adalah Ulu al-Bab.


Bab 22

Sesungguhnya Orang Yang Mendalam Ilmunya, Mereka Adalah Para Imam A.s (inna al-Rasikhin fi al-'Ilm hum al-Aimmahtu a.s)

(124)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada al-Ayyub bin al-Hurr dan 'Umran bin Ali, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Kamilah orang yang mendalam ilmunya (al-Rasikhun) dan kami mengetahui takwilnya.

(125)-2. Ali bin Muhammad, daripada Abdullah bin Ali, daripada Ibrahim bin Ishaq, daripada Abdullah bin Hammad, daripada Buraid bin Mu'awiyah, daripada salah seorang daripada mereka berdua a.s tentang firman Allah a.w "Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan mereka yang mendalami ilmunya" Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling mendalam ilmunya. Sesungguhnya Allah telah mengajarnya segala ilmu yang diturunkan kepadanya sama ada merupakan tanzil atau takwil. Allah tidak menurunkan sesuatu sehingga Dia mengajar takwilnya kepadanya. Dan para wasi selepasnya mengetahui semuanya. Adapun mereka yang tidak mengetahui takwilnya apabila seorang alim berkata pada mereka tentang ilmu, maka Allah memberi jawapan kepada mereka di dalam firman-Nya "Mereka telah berkata: Kami beriman kepadanya; semuanya itu dari sisi Tuhan kami" Al-Qur'an adalah khas dan umum, muhkam dan mutasyabih, nasikh dan mansukh. Justeru, orang yang mendalam ilmunya (al-Rasikhun) mengetahuinya.

(126)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ali bin Hassan, daripada 'Abd al-Rahman bin Kathir, daripada Abu Abdillah a.s berkata: Al-Rasikhun fi al-'Ilm adalah Amir al-Mukminin dan para imam a.s selepasnya.


Bab 23

Sesungguhnya Para Imam A.S Dikurniakan ilmu Dan Ditetapkannya Di Dalam Dada Mereka (inna al-Aimmata a.s qad uutu al-'Ilma wa- uthbita fi suduri-him)

(127)-1. Ahmad bin Mihran, daripada Muhammad bin Ali, daripada Hammad bin Isa, daripada al-Husain bin al-Mukhtar, daripada Abu Basir berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata tentang firman Allah a.w "Sebenarnya al-Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu" Lalu beliau a.s telah memberi isyarat dengan tangannya kepada dadanya.

(128)-2. Daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Mahbub, daripada 'Abd al-'Aziz al-'Abdi, daripada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Sebenarnya al-Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu" Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam a.s.

(129)-3. Dan daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Uthman bin Isa, daripada Sammaa'ah, daripada Abu Basir berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata tentang ayat ini "Sebenarnya al-Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu"… Kemudian beliau a.s telah berkata: Adapun kemudian daripada itu, demi Allah, wahai Abu Muhammad, Dia tidak berfirman di antara dua kulit mashaf [mengenai ayat tersebut selain daripada kami]? Aku telah berkata: Siapakah mereka? Aku telah menjadikan diriku tebusan anda? Beliau a.s telah berkata: Siapakah mereka selain daripada kami (para imam a.s)?

(130)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Yazid Sya'ar, daripada Harun bin Hamzah, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Aku telah mendengarnya berkata tentang firman-Nya "Sebenarnya al-Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu" Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam a.s secara khusus.

(131)-5. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin al-Fudhail berkata: Aku telah bertanya kepadanya tentang firman Allah a.w "Sebenarnya al-Qur'an itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalan dada mereka yang diberi ilmu" Beliau a.s telah berkata: Mereka adalah para imam a.s secara khusus.

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: