Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 16, 17, 18 dan 19)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 16, 17, 18 dan 19)

Written By Unknown on Selasa, 06 Maret 2018 | Maret 06, 2018


Bab 16

Sesungguhnya Para Imam A.S Adalah Mereka Yang Mempunyai Kuasa Dan Merekalah Yang Didengkikan (inna al-Aimmata a.s wullat al-Amri wa hum al-Naas al-Mahsudun)

(95)-1. Al-Husain bin Muhammad bin 'Amir al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad berkata: Al-Hasan ibn Ali al-Wasya' telah memberitahuku, daripada Ahmad bin 'A'idh, daripada ibn Udhinah, daripada Buraid al-'Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan uli al-Amri di antara kamu" Maka beliau a.s telah membaca firman Allah "Apakah kamu tidak memperhatikan mereka yang diberi bahagian dari al-Kitab? Mereka percaya apa yang disembah selain Allah dan taghut dan mengatakan kepada mereka yang kafir bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari mereka yang beriman"

Mereka telah berkata kepada para imam yang sesat dan penyeru-penyeru kepada neraka: Mereka itu adalah lebih benar jalannya daripada keluarga Muhammad "Mereka itulah orang yang dilaknati Allah. Sesiapa yang dilaknati Allah, nescaya kamu sekali-kali tidak akan memperolehi penolong baginya. Atau adakah bagi mereka bahagian dari kerajaan-Iaitu imamah dan khilafah-Jika ada sekalipun, mereka tidak akan memberi sedikitpun (kebajikan) kepada mansia" Kamilah manusia (al-Naas) yang dimaksudkan oleh Allah. Dan naqir adalah noktah di biji kurma. "Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?" Kamilah manusia yang didengkikan di atas kurniaan imamah bukan makhluk Allah yang lain (nahnu al-Naas al-Mahsudun 'ala ma ataa-na llahu min al-Imamati duna khalqi llahi ajma'iin) "Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim"

Beliau a.s telah berkata: Dia telah menjadikan daripada mereka para rasul, para nabi dan para imam a.s, maka bagaimana mereka mengakuinya pada keluarga Ibrahim a.s sedangkan mereka mengingkarinya pada keluarga Muhammad s.a.w "Maka di antara mereka (yang dengki itu) ada yang beriman kepadanya dan di antara mereka ada yang menghalangi (manusia) dari beriman kepadanya. Dan cukuplah (bagi mereka) Jahanam yang menyala-nyala apinya. Sesungguhnya mereka yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

(96)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah "Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?" Beliau a.s telah berkata: Kamilah yang mereka dengkikan (nahnu al-Mahsudun).

(97)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Muhammad bin Ahwal, daripada Humraan bin A'yan berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim" Maka beliau a.s telah berkata: Al-Kitab adalah Kenabian (al-Nubuwwah). Aku telah berkata: Al-Hikmah? Beliau a.s telah berkata: Kefahaman dan hukuman (adil). Aku telah berkata: "Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim" Beliau a.s telah berkata: Ketaatan.

(98)-4. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Hammad bin Uthman, daripada Abu al-Sabah berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.w "Atau adakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang Allah berikan kepada manusia itu?" Beliau a.s telah berkata: Wahai Abu al-Sabah, kamilah, demi Allah, manusia yang di dengkikan (nahnu al-Naas al-Mahsudun).

(99)-5. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Muhammad bin Abu 'Umair, daripada Umar bin Udhinah, daripada Buraid al-'Ajali, daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Sesungguhnya Kami telah memberikan Kitab dan Hikmah kepada keluarga Ibrahim" Beliau a.s telah berkata: Dia telah menjadikan daripada mereka para rasul, para nabi dan para imam a.s, maka bagaimana mereka mengakuinya pada keluarga Ibrahim a.s sedangkan mereka mengingkarinya pada keluarga Muhammad s.a.w. Aku telah berkata: "Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar"? Beliau a.s telah berkata: Kerajaan yang besar (al-Mulk al-A'zim) bahawa Dia telah menjadikan di kalangan mereka para imam; sesiapa yang mentaati mereka, maka sesungguhnya beliau mentaati Allah dan sesiapa yang menderhakai mereka, maka beliau telah menderhakai Allah, maka Dia adalah kerajaan yang besar.


Bab 17

Sesungguhnya Para Imam A.S Merekalah Alamat-Alamat Yang Telah Disebutkan Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya (inna al-Aimmata a.s hum al-'Alamaat al-Lati zakara-ha lluhu a.w fi kitabi-hi).

(100)-1. Al-Hasan bin Muhammad al-Asy'ari, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Abu Daud al-Mustariqq berkata: Daud al-Jassas telah memberitahu kami berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: "Dan alamat-alamat dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk" Beliau a.s telah berkata: Bintang (al-Najm) itu adalah Rasulullah s.a.w dan alamat-alamat itu adalah para imam a.s.

(101)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Asbat bin Salim berkata: Al-Haitham telah bertanya Abu Abdillah a.s dan aku telah berada di sisinya tentang firman Allah a.w "Dan alamat-alamat dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk" Beliau a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w adalah bintang dan alamat-alamat adalah para imam a.s.

(102)-3. Al-Hasan bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya' berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s tentang firman Allah a.w "Dan alamat-alamat dan dengan bintang itulah mereka mendapat petunjuk" Beliau a.s telah berkata: Kamilah alamat-alamat itu dan bintang itu adalah Rasulullah s.a.w.


Bab 18

Sesungguhnya Ayat-Ayat (Tanda-Tanda) Yang Disebut Oleh Allah A.W Di Dalam Kitab-Nya Adalah Para Imam A.S (inna al-Ayat al-Lati dhakara-ha llahu a.w fi kitabi-hi hum al-Aimmatu a.s).

(103)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mua'lla bin Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Ahmad bin Hilal, daripada Umayyah bin Ali, daripada Daud al- Raqiy berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang firman Allah a.s "Tidaklah bermanfaat tanda-tanda (ayat-ayat) dan para rasul yang memberi peringatan (al-Nuzur) bagi mereka yang tidak beriman" Beliau a.s telah berkata: Al-Ayat adalah para imam dan al-Nuzur adalah para nabi a.s.

(104)-2. Ahmad bin Mihran, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Musa bin Muhammad al-'Ajali, daripada Yunus bin Ya'qub secara marfu', daripada Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Mereka telah mendustakan ayat-ayat kami kesemuanya" Iaitu para wasi kesemuanya.

(105)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Ahmad, daripada Muhammad bin Abu 'Umair atau selain daripadanya, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Aku telah berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya Syiah bertanya anda tentang tafsir ayat ini "Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?" Beliau a.s telah berkata: Itu terserah kepadaku, jika aku mahu, aku memberitahukan mereka dan jika aku tidak mahu, aku tidak memberitahukan mereka, tetapi aku akan memberitahukannya kepada anda tentang tafsirnya. Aku telah berkata: "Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?" Beliau a.s telah berkata: Ayat itu adalah tentang Amir al-Mukminin a.s. Amir al-Mukmin a.s pernah berkata: Tidak ada bagi Allah a. w ayat yang lebih besar daripadaku dan tidak ada bagi Allah berita yang lebih besar daripadaku (ma li-llah ayat hiya akbar min-ni wa la li-llah min naba'in a'zamu min-ni).


Bab 19

Apa Yang Difardukan Oleh Allah A. W Dan Rasul-Nya S.A.W Ke Atas Makhluk-Nya Adalah Bersama Para Imam A.S (ma fardha llahu a.w wa rasalu-hu s.a.w min al-Kaun ma'a al-Aimmati a.s)

(106)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasya', daripada Ahmad bin 'Aidh, daripada Ibn Udhainah, daripada Buraid bin Mu'awiyah al-'Ajali berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang firman Allah a.w "Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama mereka yang benar" Beliau a.s telah berkata: Kepada kamilah ayat itu dimaksudkan.

(107)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s telah berkata: Aku telah bertanya beliau a.s tentng firman Allah a.w "Wahai mereka yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah kamu bersama mereka yang benar" Beliau a.s telah berkata: Mereka yang benar(al-Sadiqun) adalah para imam a.s dan mereka yang membenarkan mereka (al-Siddiqun) adalah dengan mentaati mereka.

(108)-3. Ahmad bin Muhammad dan Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin 'Abd al-Hamid, daripada Mansur bin Yunus, daripada Sa'd bin Tarif, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ingin hidup seperti kehidupan yang menyerupai kehidupan para nabi dan mati seperti kematian yang menyerupai kematian para syahid dan mendiami taman-taman (syurga) yang ditanamkan oleh Yang Maha Pemurah, maka hendaklah beliau mewalikan Ali dan mewalikan walinya dan mengikuti para imam selepasnya, kerana merekalah keluargaku, mereka diciptakan daripada tanahku. Wahai Tuhanku, kurnialah kepada mereka kefahamnku dan ilmuku. Dan celakalah bagi mereka yang menyalahi "mereka" daripada umatku. Wahai Tuhanku, janganlah syafaatku sampai kepada mereka" (man ahabba an yahya hayatan tusybihu hayata al-Anbiya' wa yamutu maitatan tusybihu maitata al-Syuhadaa' wa yaskunu al-Jinaan al-Lati gharasa-ha al-Rahman fa-yatawalla 'Aliyyan wa-l-Yuwali waliyya-hu wa l-Yaqtadi bi-al-Aimmati man ba'da-hu, fa-inna-hum 'itrati khuliquu min tinati. Allahumma urzuq-hum fahmi wa 'ilmi wa wailun lil-Mukhalifin la-hum min ummatii, Allahumma la tanal-hum syafa'ati).

(109)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada al-Nadhar bin Syu'aib, daripada Muhammad bin al-Fudhail, daripada Abu Hamzah al-Thumali berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam sebuah hadis Kudsi: Penyempurnaan Hujjah-Ku ke atas mereka yang celaka daripada umatmu adalah apabila seorang itu telah meninggalkan wilayah Ali dan mewalikan musuh-musuhnya, mengingkari kelebihannya dan kelebihan para wasinya selepasnya, kerana kelebihanmu adalah kelebihan mereka, ketaatanmu adalah ketaatan mereka, hakmu adalah hak mereka, menderhakaimu adalah menderhakai mereka. Mereka adalah para imam yang memberi petunjuk selepasmu. Rohmu mengalir pada mereka dan roh yang mengalir padamu adalah daripada Tuhanmu.

Mereka adalah keluargamu daripada tanah (tinah) mu, dagingmu dan darahmu. Sesungguhnya Allah telah mengalirkan pada mereka sunnahmu dan sunnah para nabi sebelummu. Mereka itu adalah penyimpan-penyimpan ilmu-Ku selepasmu. Adalah menjadi hak Aku, sesungguhnya Aku telah memilih mereka, menjadikan mereka ikhlas (kepadaKu) dan Aku pula meredai mereka. Berjayalah orang yang mencintai mereka, mewalikan mereka dan menyerahkan diri kepada mereka kerana kelebihan mereka. Sesungguhnya Jibrail a.s telah mendatangiKu dengan nama-nama mereka, nama-nama bapa mereka, pencinta-pencinta mereka dan mereka yang menyerahkan diri mereka kerana kelebihan mereka.

(110)-5. Daripada beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada Abu al-Maghra, daripada Muhammad bin Salim, daripada Abban bin Taghlab berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ingin hidup kehidupanku, mati kematianku dan memasuki syurga 'Aden yang telah ditanam oleh Allah, Tuhanku dengan tangan-Nya, maka hendaklan beliau mewalikan Ali bin Abu Talib, mewalikan walinya, memusuhi musuhnya dan menyerahkan dirinya kepada para wasi selepasnya, kerana mereka adalah keluargaku daripada dagingku dan darahku, Allah telah memberikan kepada mereka kefahamanku dan ilmuku, kepada Allah aku mengadu [urusan] umatku yang mengingkari kelebihan mereka, memutuskan pada mereka perhubunganku. Demi Allah, mereka akan membunuh anak lelakiku , Allah tidak akan membenarkan syafaatku sampai kepada mereka.

(111)-6. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Musa bin Sa'dan, daripada Abdullah bin al-Qasim, daripada 'Abd al-Qahhar, daripada Jabir al-Ja'fi, daripada Abu Ja'far a.s berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ingin hidup kehidupanku, mati kematianku, memasuki syurga yang telah dijanjikannya oleh Tuhanku dan berpegang kepada sebatang kayu atau tongkat (al-Qadhib) yang telah ditanam oleh Tuhanku dengan tangan-Nya, maka hendaklah beliau mewalikan Ali bin Abu Talib a.s dan para wasinya selepasnya kerana mereka tidak akan memasukkan kamu kepada pintu kesesatan dan tidak mengeluarkan kamu daripada pintu petunjuk.

Janganlah kamu mengajar mereka, kerana mereka lebih mengetahui daripada kamu (fa-la tu'allimuu-hum fa-inna-hum a'lamu min-kum) dan sesungguhnya aku telah memohon kepada Tuhanku supaya tidak memisahkan mereka daripada Kitab (al-Qur'an) sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku di Kolam (al-Haudh) seperti ini-beliau telah memasukkan anak-anak jari kedua-dua tangannya-dan membentangkannya di antara San'a' dan Ilah. Padanya cawan-cawan daripada emas dan perak seperti bilangan bintang-bintang.

(112)-7. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada Muhammad bin Jumhur, daripada Fadhalah bin Ayyub, daripada al-Hasan bin Ziyad, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesungguhnya keselesaan, kerehatan, kenikmatan, pertolongan, kejayaan, keberkatan, kemuliaan (al-Karamah), keampunan, kemaafan, kesenangan, kegembiraan, keampunan, berdekatan, kemenangan, kekuasaan, harapan dan kasih sayang adalah daripada Allah a.w bagi orang yang telah mewalikan Ali dan mengikutinya, membersihkan dirinya daripada musuhnya, menyerahkan dirinya kepada para wasi selepasnya, maka berhak ke atasku memasukkan mereka ke dalam syafaatku dan menjadi hak ke atas Tuhanku menyahuti seruanku kepada mereka kerana mereka adalah pengikut-pengikutku, maka sesiapa yang mengikutiku, maka beliau adalah daripadaku".


Catatan Kaki:

1. Surah al-Nisaa' (4): 80.
2. Surah al-Nisaa' (4):54.
3. Mereka wajib ditaati.
4. Surah al-Nisaa' (4): 54.
5. Surah al-Nisaa' (4):56.
6. Surah al-Maidah (5): 55.
7. Imam Ahlu l-Bait a.s
8. Surah al-Nisaa' (4): 59.
9. Surah al-Ma'idah (5): 55.
10. Surah al-Israa' (17): 71.
11. Surah al-Nisaa' (4):41.
12. Surah al-Baqarah (2): 143.
13. Surah al-Hajj( 22): 78.
14. Surah Hud (11): 17.
15. Surah al-Baqarah (2): 143.
16. Surah al-Hajj (22): 77-76.
17. Surah al-Hajj (22): 78.
18. Surah al-Ra'd (13): 7.
19. Ibid.
20. Surah al-Ra'd (13):7.
21. Surah al-Ra'd (13):7.
22. Kedudukan kamu para imam a.s
23. Kamilah penterjemah kepada wahyu-Nya.
24. Di dalam hadis kudsi.
25. Wajib mengikuti cara ibadat para imam a.s bagi mendapatkan keredaan Allah.
26. Surah al-Nuur (24): 55.
27. Surah al-Taghaabun (64: 8.
28. Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku berperang dengan orang yang memerangi mereka (Ahlu l-Bait a.s) dan aku berdamai dengan orang yang berdamai dengan mereka"
29. Surah al-A 'raaf (7): 157
30. Surah al-Qasas (28):52-54
31. Surah al-Hadiid (57):28
32. Surah al-Taghaabun (64: 8
33. Surah al-Nuur (24):40.
34. Abu Bakr.
35. Umar.
36. Uthman.
37. Umar.
38. Surah al-Nuur (24: 40.
39. Surah al-Hadiid (57):12.
40. Surah al-Saf (61): 8.
41. Ibid.
42. Surah al-Taghaabun (64): 8.
43. Orang dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan yang paling besar.
44. Dapat membezakan kafir dan muslim dengan tanda di muka mereka.
45. Mereka berdua adalah satu cahaya yang dibahagikan kepada dua. Lantaran itu, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Aku daripada Ali dan Ali daripadaku"
46. Muhammad s.a.w.
47. Kelebihan Imam Ali a.s tidak terkira banyaknya, tetapi kelebihan Rasulullah s.a.w mengatasi kelebihan Ali a.s.
48. Peredaran masa. Di dalam ertikata yang lain, Imam Ali a.s adalah sahabat raj'ah yang kembali lagi ke dunia apabila Allah kehendaki.
49. Asal pengertiannya adalah binatang berkaki empat. Manusia adalah separuh binatang di dalam ilmu mantik.
50. Surah al-An'aam (6): 38.
51. Surah al-Ma'idah (5): 3.
52. Surah al-Anbiyaa' (21): 72-73.
53. Surah Ali Imraan (3): 68.
54. Melainkan beliau seorang Imam.
55. Surah al-Taubah (9): 30.
56. Surah al-'Ankabuut (29): 38.
57. Surah al-Qasas (28): 68.
58. Surah al-Ahzab (33): 36.
59. Surah al-Qalam (68): 36-41.
60. Surah Muhammad (47): 24.
61. Surah al-Taubah (9):87.
62. Surah al-Anfaal (8):21-23.
63. Surah al-Baqarah (2): 93.
64. Surah al-Hadiid (57: 21, Surah al-Jumu'ah (62): 4.
65. Surah Yunus (10): 35.
66. Surah al-Baqarah (2): 269.
67. Surah al-Baqarah (2): 247.
68. Surah al-Nisaa' (4):113.
69. Surah al-Nisaa' (4): 54-55.
70. Surah al-Hadiid (57): 21 dan Surah al-Qasas (28): 50.
71. Surah al-Qasas (28): 50.
72. Surah Muhammad (47): 8.
73. Surah al-Mu'min (40): 35.
74. Para imam a.s
75. Imam a.s
76. Surah al-A'raaf (7): 159
77. Penciptaan para imam a.s adalah lebih awal daripada penciptaan makhluk-Nya yang lain.
78. Tentang imamah.
79. Imam a.s
80. Surah al-Nisaa' (4): 59.
81. Surah al-Nisaa' (4): 51-56.
82. Surah al-Nisaa' (4): 54.
83. Ibid.
84. Ibid.
85. Surah al-Nahl (16): 16.
86. Tanda-tanda.
87. Surah al-Nahl (16): 16.
88. Surah al-Nahl (16): 16.
89. Surah Yunus (10): 101.
90. Surah al-Qamar (54): 42.
91. Surah al-Naba' (76):1.
92. Surah al-Naba' (76):1.
93. Surah al-Tubah (9): 119.
94. Surah al-Tubah (9): 119.
95. Roh Rasulullah s.a.w dan roh para imam a.s adalah satu.
96. Al-Husain a.s
97. Di al-Haudh.

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: