Fasal kedua: Tentang sembahyang (al-Salah), ia mengandungi 73 masalah.
1. Ja`fari: Orang yang pengsan apabila mengiringi waktu, tidak wajib mengerjakan sembahyang dan tidak pula wajib Qada'.
Ahmad bin Hanbal: Wajib Qada' secara mutlak.
Abu Hanifah: Jika dia pengsan di dalam lima waktu, wajib dia mengqadanya. Dan sekiranya dia pengsan di dalam enam waktu, maka dia tidak wajib mengqadanya.[1] Oleh itu kedua-duanya menyalahi akal dan nas.
Adapun sabda Nabi s.`a.w. "Qalam diangkat dari tiga jenis"[2]
Adapun dari segi akal ialah syarat taklif ialah kefahaman. Oleh itu orang yang pengsan tidak ada kefahaman tersebut. Dan Qada' adalah mengikut fardu, dan apabila fardu itu luput, maka Qada' juga luput.
2. Ja`fari: Mendahului sembahyang pada awal waktunya adalah lebih baik melainkan bagi orang yang ingin melakukan sembah yang sunnat atau ingin menunggu imam sembahyang.
Abu Hanifah: Disunatkan mendahulukan sembahyang Subuh bagi orang yang musafir dan melewatkan sembahyang Zuhr dan Jumaat.[3] Lantaran itu ianya menyalahi firmanNya Surah Ali `Imran 3:133; "Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu" dan firmanNya Surah al-Maidah 5:48; "Maka berlumba-lumbalah membuat kebaikan". Dan sabda Nabi s.`a.w. Sembahyang pada awal waktu, akan mendapat keredaan Allah dan sembahyang pada akhir waktu akan mendapat keampunan Allah.[4]
3. Ja`fari: Apabila seorang bersembahyang kemudian berpindah diatas kenderaannya tanpa menghala ke arah Qiblat, maka tidak wajib baginya menghala ke arah perjalanannya (Qiblat).
Syafi`i: Sekiranya dia tidak menghadapi Qiblat dan tidak menghala ke arah perjalanannya, maka sembahyangnya adalah batal.[5] Lantaran itu ianya menyalahi firmanNya Surah al-Baqarah 2:45; "Maka ke manapun kamu menghadap di situlah wajah Allah". Dan ianya juga menyalahi akal kerana arah perjalanan bukan mestinya lurus kadang-kadang ke kanan dan kadang-kadang ke kiri.
4. Ja`fari: Harus sembahyang fardu di atas kenderaan kerana darurat.
Para imam mazhab empat tidak mengharuskannya.[6] Lantaran itu mereka telah menyalahi firmanNy Surah al-Hajj 22:78 "Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan".
Dan firmanNya Surah al-Baqarah 2:185 "Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu" dan firmanNya Surah al-Baqarah 2:286; "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" dan firmanNya Surah al-Talaq 65:7; "Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sekedar) apa yang Allah berikan kepadanya".
Mereka juga menyalahi akal kerana membebankan seseorang dengan apa yang ia tidak mampu adalah mustahil dan meninggalkan sembahyang, sedangkan ia mampu mengerjakannya adalah mustahil.
Dan mereka juga menyalahi Sunnah Rasul s.`a.w. kerana beliau sembahyang fardu di atas kenderaannya di hari hujan.[7]
5. Ja`fari: Wajib takbir permulaan (al-iftitah) dengan lafaz Allahu Akbar.
Abu Hanifah: Boleh dilakukan dengan menggunakan nama-nama Allah sebagai menghormatiNya seperti Allah `Azim, Allah Jalil dan seumpamanya.[8]
Lantaran itu ianya menyalahi Sunnah Nabi s.`a.w. kerana beliau memulakannya dengan takbir Allahu Akbar, dan beliau ber sabda: Sembahyanglah sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang.[9] Dan sabdanya yang masyhur "Ihram (sembahyang) ialah takbir".[10]
6. Ja`fari: Takbir wajib dilakukan di dalam bahasa Arab. Sekiranya seorang itu tidak pandai menyebutkannya, maka hendaklah ia mempelajarinya.
Abu Hanifah: Harus melakukan takbir selain dari bahasa Arab.[11]
Oleh itu ianya menyalahi perbuatan Nabi s.a.w. yang melakukan takbirnya dengan bahasa Arab. Dan beliau bersabda: "Sembahyanglah sebagaimana kamu melihatku sembahyang" dan selain dari bahasa Arab tidak dinamakan takbir.
7. Ja`fari: Sunnat membaca al-Ta`awwuz sebelum membaca al-Fatihah pada rak`at pertama.
Malik: Tidak sunnat, malah tidak boleh membaca al-Ta`awwuz didalam sembahyang fardu.[12] Oleh itu ianya menyalahi firmanNya Surah al-Nahl 16:98; "Apabila kamu membaca al-Qur'an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk". Dan ianya menyalahi Sunnah Rasulullah s.`a.w. kerana beliau selalu membaca "A`udhu bi llahi mina sy-Syaitani r-Rajim".[13]
8. Ja`fari: Wajib membaca al-Fatihah di dalam semhahyang.
Abu Hanifah: Memadai membaca hanya satu ayat sahaja daripada al-Fatihah dan sebahagian ayat selain daripadanya.[14] Lantaran itu ianya menyalahi sabda Nabi s.`a.w. "Tidak sah sembahyang melainkan dengan membaca al-Fatihah" dan sabdanya lagi: "Tidak sempurna sembahyang bagi orang yang tidak membaca al-Fatihah".[15]
9. Ja`fari: Bismillahi r-Rahmani r-Rahim adalah ayat bagi setiap surah.
Abu Hanifah dan Malik: Ianya bukanlah sebahagian daripada ayat bagi setiap surah. Malah Malik benci membacanya di dalam sembahyang.[16] Oleh itu kedua-duanya menyalahi ilmu daruri yang mutawatir bahawa ianya sebahagian daripada ayat.
Dan juga menyalahi firmanNya bahawa al-Fatihah adalah lima ayat sehingga kepada firmanNya Nasta`in.[17]
10. Ja`fari: Menyebutkan perkataan Amin membatalkan sembahyang.
Para imam mazhab empat: Ianya tidak membatalkan sembahyang.[18]
Oleh itu mereka semuanya menyalahi sabda Nabi s.`a.w. yang masyhur "Sesungguhnya sembahyang ini tidak sesuai sesuatupun percakapan manusia".[19] Justeru itu Amin adalah daripada percakapan manusia.
11. Ja`fari: Wajib membaca Surah al-Fatihah pada dua rak`at yang akhir atau tasbih dengan al-Ma'thur iaitu Subhana llah wa l-Hamdu lillah, wa Lailaha illa llah, wa llahu Akbar.
Abu Hanifah: Tidak wajib membacanya, tidak pula mewajibkan tasbih sebagai gantinya, malah mengharuskan "berdiam" tanpa membaca apa-apapun di dalam kedua-dua rak`at yang akhir daripada rak`at yang ketiga di dalam sembahyang Maghrib.[20]
Oleh itu ianya menyalahi Sunnah Nabi s.`a.w. yang melakukannya kerana beliau membaca Surah al-Fatihah sahaja.[21]
12. Ja`fari: Bacaan di dalam sembahyang adalah wajib di dalam bahasa Arab.
Abu Hanifah: Harus membaca beberapa ayat al-Qur'an dengan bahasa Arab ataupun mana-mana bahasa yang diingininya.[22]
Lantaran itu ianya menyalahi firmanNya Surah al-Syu`ara 26:195; "Dengan bahasa Arab yang jelas". Dan firmanNya Surah Yusuf 12:2; "Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Qur'an) dengan berbahasa Arab agar kamu memahaminya". Justeru itu "pembaca" selain dari bahasa Arab bukanlah dia pembaca al-Qur'an.
13. Ja`fari: Wajib melakukan tama'ninah di dalam rukuk begitu juga ketika inhina', kedua-dua tangannya hendaklah sampai kepada kedua-dua lututnya.
Abu Hanifah: Tidak wajib tama'ninah.[23] Oleh itu ianya menyalahi Sunnah Nabi s.`a.w. yang melakukan rukuk dengan tama'ninah dan sabdanya Sembahyanglah sebagaimana kamu melihatku bersembahyang.
14. Ja`fari: Wajib menyebut nama Allah di dalam rukuk dan sujud.
Abu Hanifah, Malik dan Syafi`i: Tidak wajib. Malah Malik berkata: Aku tidak mengetahui "menyebut" nama Allah di dalam sujud.[24] Lantaran itu mereka semua menyalahi perbuatan Nabi s.`a.w. dan sabdanya bahawa beliau telah melakukannya.[25] Dan manakala turunnya firmanNya Surah al-Waqi`ah 56:74; "Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar".
Beliau bersabda "Jadikan "nya" di dalam rukuk kamu" dan manakala turun firmanNya Surah al-A`la 87:1; "Bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhan kamu Yang Paling Tinggi", beliau bersabda: "Jadikan "nya" di dalam sujud kamu".[26]
15. Ja`fari: Wajib mengangkat kepala dari rukuk dan tama'ninah ketika intisab.
Abu Hanifah: Kedua-duanya tidak wajib.[27] Oleh itu ianya menyalahi Sunnah Nabi s.`a.w. kerana beliau telah melakukannya.[28]
16. Ja`fari: Wajib meletakkan dahi di atas tanah di dalam sujud.
Abu Hanifah: Jika ia mahu, ia meletakkan dahinya, dan jika ia mahu, ia boleh meletakkan hidungnya.[29] Lantaran itu ianya menyalahi sabdanya s.`a.w. kerana beliau menyuruh supaya sujud di atas tujuh anggota: "Dua tangan, dua lutut, dua hujung jari (kedua-dua tangan) dan dahinya".[30] Dan sabdanya lagi: "Dijadikan tanah tempat sujud dan bersih".[31]
17. Ja`fari: Wajib meletakkan kedua-dua tangan, dua lutut, dua anak jari kaki ketika sujud di atas tanah.
Abu Hanifah, Syafi`i: Ianya sunnat.[32] Oleh itu kedua-duanya menyalahi perbuatan Nabi s.`a.w. dan sabdanya sebagaimana telah diterangkannya terlebih dahulu. Dan beliau juga bersabda: "Apabila seorang hamba sujud, maka sujud bersamanya tujuh anggota; mukanya, dua tapak tangannya, dua lututnya dan dua tapak kakinya".[33]
18. Ja`fari: Tidak harus sujud di atas sebahagian daripada anggota-anggotanya.
Abu Hanifah: Harus sujud di atas tapak tangannya.[34] Lantaran itu ianya menyalahi perbuatan Nabi s.`a.w. dan sabdanya: "Tidak sempurna sembahyang seorang daripada kamu (sehingga beliau bersabda): Kemudian dia sujud menetapkan dahinya diatas tanah sehingga seluruh anggotanya "tenang"".[35]
19. Ja`fari: Wajib tama'ninah di dalam sujud dan i`tidal.
Abu Hanifah: Tidak wajib tama'ninah di dalam sujud dan tidak wajib mengangkat kepala darinya melainkan sekadar boleh dimasukkan pedang di antara dahinya dan tanah. Di dalam riwayat yang lain pula dia berkata: Tidak wajib mengangkatnya secara mutlak, malah jika digali lubang di bawah dahinya.
Lalu dahinya terjatuh ke arahnya, adalah memadainya dari sujud kedua sekalipun dia tidak mengangkat kepalanya.[36] Oleh itu ianya menyalahi perbuatan Nabi s.`a.w. dan sabdanya kepada orang yang diajar sembahyangnya oleh Nabi s.`a.w.
"Kemudian anda mengangkat kepala anda sehingga anda merasai ketenangan di dalam keadaan duduk".[37]
20. Ja`fari: Disunnatkan duduk selepas mengangkat dari sujud pertama, kedua dan ketiga.
Abu Hanifah: Tidak sunnat.[38] Lantaran itu ianya menyalahi perbuatan Rasulullah s.`a.w. yang duduk pada rak`at pertama ketika beliau mengangkat kepalanya daripada sujud yang akhir. Kemudian dia berdiri dan berpegang atas tanah.[39]
21. Ja`fari: Wajib tasyahhud pertama dan salawat ke atas Nabi s.`a.w.. Abu Hanifah dan Syafi`i: Tidak wajib.[40] Oleh itu mereka berdua telah menyalahi perbuatan Nabi s.`a.w.[41]
22. Ja`fari: Wajib tasyahhud yang akhir dan salawat ke atas Nabi s.`a.w. dan duduk padanya dengan tama'ninah.
Malik: Kedua-duanya tidak wajib.
Abu Hanifah: Tidak wajib duduk tanpa tasyahhud.[42] Lantaran itu mereka berdua telah menyalahi perbuatan Nabi s.`a.w. Ibn Mas`ud berkata: Rasulullah s.`a.w. telah memegang tanganku dan mengajarku tasyahhud seraya bersabda: "Apabila anda berkata begini dan melakukan begini, maka anda telah melaksanakan sembahyang anda".[43]
23. Ja`fari: Keluarnya seseorang itu dari sembahyangnya apabila ia menyempurnakan salawat ke atas Nabi dan keluarganya serta salam.
Abu Hanifah: Seseorang itu keluar dari sembahyangnya apabila dia memberi salam, bercakap atau mengeluarkan "angin".[44]
24. Ja`fari: Percakapan dengan sengaja membatalkan sembahyang sekalipun seorang makmum berkata kepada imamnya: Anda telah melupai.....
Malik: Ianya adalah harus apabila ianya berkaitan dengan muslihat sembahyang.[45] Lantaran itu ianya menyalahi sabda Nabi s.`a.w.: "Sesungguhnya sembahyang kita ini tidak sesuai padanya percakapan manusia".[46]
25. Ja`fari: Orang yang telah didahului oleh kencing, berak atau kentut di dalam sembahyangnya, maka sembahyangnya batal.
Abu Hanifah, Malik, Syafi`i: Dia meneruskan sembahyangnya.[47]
Oleh itu mereka menyalahi akal kerana mereka mengumpulkan dua perkara yang berlawanan iaitu hadas dan sembahyang. Dan jika seorang itu didahului oleh hadas, lalu dia keluar dari sembahyangnya bagi mengulangi wuduknya, tiba-tiba dia muntah atau berhadas dengan sengaja. Syafi`i berpendapat: Ia meneruskan sembahyangnya. Ini adalah lebih pelik dari pendapat pertama.
26. Ja`fari: Seorang yang mampu berdiri tetapi lemah untuk melakukan rukuk, maka dia wajib berdiri di dalam sembahyangnya dan kelemahannya di dalam rukuk tidak dapat mengelakkannya dari "berdiri".
Abu Hanifah: Dia boleh membuat pilihan di antara mengerjakan sembahyang dengan berdiri atau dengan duduk.[48] Oleh itu ianya menyalahi firmanNya Surah al-Baqarah 2:238; "Berdirilah untuk Allah (di dalam sembahyang) dengan khusyuk". Dan ianya juga menyalahi ijmak yang menunjukkan wajib berdiri bagi orang yang mampu. Lantaran itu bagaimana ianya luput dengan kelemahan yang lain?
27. Ja`fari: Sunnat sujud syukur.
Malik: Makruh.
Abu Hanifah: Ianya tidak disunnatkan.[49] Oleh itu mereka berdua menyalahi akal dan nas. Adapun akal kerana pengakuan terhadap nikmat Allah dan mensyukuri nikmatNya adalah wajib.
Dan kesyukuran yang paling memberi kesan ialah meletakkan dahi di atas tanah kerana menghinakan diri kepada Allah S.W.T.
Adapun nas ialah firmanNya Surah al-Baqarah 2:152; "Dan bersyukurlah kepadaku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)ku" dan firmanNya Surah Ibrahim 14:7 "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambahkan (nikmat) kepadamu". Oleh itu martabat syukur yang paling tinggi ialah sujud. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.`a.w. apabila didatangi perkara yang menye nangkannya, beliau terus sujud kerana bersyukur kepada Allah.[50]
28. Ja`fari: Jika sesuatu melintasi di hadapan seorang yang sedang sembahyang, maka sembahyangnya tidaklah batal.
Ahmad bin Hanbal: Jika seekor anjing hitam, perempuan, dan kaledai melintasi di hadapan seorang yang sedang sembahyang maka sembahyangnya batal. Lantaran itu ianya menyalahi sabda Nabi s.`a.w.: "Sembahyang tidak terbatal apabila dilintasi sesuatu. Oleh itu jauhilah diri kalian dari syaitan menurut kemampuan kalian".[51]
29. Ja`fari: Seorang yang murtad apabila meninggalkan sembahyang, puasa, zakat dan haji pada masa murtadnya, atau keadaan Islamnya, maka dia wajib mengqadanya.
Abu Hanifah dan Malik: Dia tidak wajib mengqadanya.[52] Oleh itu ianya menyalahi sabdanya s.a.w. "Sesiapa yang tidur tanpa mengerjakan sembahyang atau melupainya, maka hendaklah dia mengerjakannya apabila dia mengingatinya".[53]
30. Ja`fari: Seorang yang tidak pandai membaca (al-Qira'ah) dan tidak berpeluang belajar, dia boleh bertakbir memuji Allah, dan bertasbih kepadaNya sekadar bacaannya yang dituntut.
Abu Hanifah: Dia mengerjakan sembahyang tanpa membaca sesua tu.[54] Oleh itu ia menyalahi sabda Nabi s.`a.w. "Apabila seorang daripada kamu ingin mengerjakan sembahyang, maka hendaklah ia mengambil wudhu sebagaimana telah diperintahkan oleh Allah. Dan sekiranya bersamanya sesuatu dari al-Qur'an, hendaklah dia membacanya. Dan sekiranya ia tidak mempunyai sesuatupun dari al-Qur'an, maka hendaklah ia memuji Allah dan bertakbir".[55] Lantaran itu perintah di dalam hadis tersebut memberi implikasi wajib.
31. Ja`fari: Batal wuduk jika diambil dengan air yang dirampas.
Para imam mazhab empat: Tidak batal. Oleh itu mereka menyalahi sabdanya s.`a.w.: "Harta seseorang itu tidaklah halal melainkan dengan kerelaan jiwa".[56] Dan sabdanya lagi "Sesiapa yang merampas sesuatu, maka ia bukanlah daripada kita".[57]
Oleh itu mereka juga menyalahi akal kerana mengguna milik orang lain adalah dikeji. Lantaran itu perkara yang keji tidak diperintah untuk dilakukannya sedangkan wudhu adalah diperintahkan untuk dilakukannya. Justeru itu ianya merupa kan wudhu yang tidak dikira dari segi syarah.
32. Ja`fari: Orang yang berjunub boleh melalui kesemua masjid selain dari dua masjid iaitu masjid haram dan masjid Nabi s.`a.w.
Abu Hanifah dan Malik: Ianya tidak harus.[58] Oleh itu mereka berdua menyalahi nas al-Qur'an Surah al-Nisa' 4:43: "Jangan pula hampiri masjid sedang kamu dalam keadaan junub, kecuali sekadar berlalu sahaja".
33. Ja`fari: Tidak harus bagi Musyrikin memasuki mana-mana masjid sama ada dengan izin ataupun tidak.
Abu Hanifah: Harus memasuki semua masjid dengan keizinan.
Syafi`i: Harus memasuki kesemua masjid selain daripada masjid Haram.[59] Oleh itu mereka berdua menyalahi firmanNya Surah al-Taubah 9:28; "Sesungguhnya Musyrikin itu najis, maka janganlah mereka mendekati masjid Haram sesudah ini". Lantaran itu Allah S.W.T. tidak membenarkan Musyrikin menghampiri masjid kerana mereka adalah najis `Aini. Tetapi aneh sekali
Abu Hanifah telah melarang orang-orang Islam yang berjunub melalui masjid, kemudian membenarkan Musyrikin menghampirinya pula. Justeru itu ia telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah S.W.T. dan mengharamkan apa yang dihalalkan olehNya.
34. Ja`fari: Tidak haram mengqada sembahyang fardu di dalam semua waktu.
Abu Hanifah: Haram mengqadanya di dalam waktu yang lima.[60]
Oleh itu ianya menyalahi akal dan nas. Adapun akal, kerana sebahagian dari waktu-waktu tersebut sesuai untuk mengqadanya. Dan menyegerakan perbuatan ta`at adalah dituntut oleh syarah. Lagipun manusia mempunyai banyak halangan dan kemungkinan ia mati sebelum sempat mengqadakan sembahyangnya.
Justeru itu ianya diambilkira.
Adapun firmanNya Surah al-Isra' 17:78; "Dirikanlah sembahyang dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam". Dan sabdanya s.`a.w.: "Sesiapa yang tidur kemudian melupai sembahyangnya maka hendaklah ia mengerjakan sembahyangnya apabila ia mengingatinya".[61]
35. Ja`fari: Qunut adalah sunnat, ianya dilakukan sebelum rukuk.
Abu Hanifah: Ianya bid`ah.
Syafi`i: Ianya dilakukan selepas rukuk. Oleh itu mereka berdua menyalahi sabda Nabi s.`a.w. "Sesungguhnya Nabi s.a.w. membaca Qunut pada setiap sembahyang. Selepas membaca al-Fatihah dan sebelum rukuk.[62]
36. Ja`fari: Sembahyang witr adalah sunnat dan bukan wajib.
Abu Hanifah: Ianya fardu.[63]
Hammad bin Zaid berkata: Aku berkata kepada Abu Hanifah:
Berapakah sembahyang? Dia menjawab: Lima. Aku berkata:
Adakah witr itu fardu? Dia menjawab: Aku tidak mengetahuinya. Oleh itu ianya menyalahi sabda Nabi s.`a.w. bahawa: "Sembahyang itu ialah lima kali sehari semalam".[64]
37. Ja`fari: Sembahyang Duha adalah bid`ah.
Para imam mazhab empat: Ianya sunnat.[65] Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah s.`a.w. yang diriwayatkan oleh al-Humaidi di dalam al-Jami` Baina al-Sahihain daripada Marwan al-`Ajali, dia berkata: Aku berkata kepada Ibn `Umar: Anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: Tidak. Aku pun bertanya lagi: Abu Bakr? Dia menjawab: Tidak. Aku bertanya lagi: Nabi s.`a.w.? Dia menjawab: Tidak.[66] Al- Humaidi pula meriwayatkan dari `Aisyah di dalam Musnad `Aisyah, dia berkata: Sesungguhnya Nabi s.`a.w. tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha.[67] `Abdullah bin `Umar juga berkata: Sembahyang Duha adalah bid`ah dari segala bid`ah.[68]
Referensi:
[1] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 78; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 488.
[2] al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 150.
[3] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 76; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 185, 275.
[4] al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 146.
[5] Al-Syafi`i, al-Umm, I, hlm. 831; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 172.
[6] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 237.
[7] Diriwayatkan oleh buku-buku Sahih dan Musnad mereka.
[8] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 96; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 220.
[9] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 95.
[10] al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 175, 181; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 95.
[11] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 224; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 95.
[12] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 256.
[13] al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 184.
[14] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 98; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 229.
[15] Al-Baghawi, Masabih al-Sunnah, I, hlm. 42; al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 177.
[16] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 257.
[17] Ayat al-Ahkam, I, hlm. 9; al-Durr al-Manthur, I, hlm. 7.
[18] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 250.
[19] Masabih al-Sunnah, I, hlm. 49; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 93; al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 159.
[20] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 98; al-Hidayah, I, hlm. 34; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 238.
[21] Masabih al-Sunnah, I, hlm. 42; Muslim, Sahih, I, hlm. 170.
[22] al-Tafsir al-Kabir, I, hlm. 309, 313; al-Mabsut, I, hlm. 224; al-Hidayah, I, hlm. 30.
[23] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 134; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 105; al-Hidayah, I, hlm. 32.
[24] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 242; al-Hidayah, I, hlm. 32.
[25] al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 190, 192.
[26] al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 192; Masabih al-Sunnah, I, hlm. 45; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 100.
[27] al-Hidayah, I, hlm. 32; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 105; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 234.
[28] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 105; al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 175; Muslim, Sahih, I, hlm. 185.
[29] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 108.
[30] Muslim, Sahih, I, hlm. 183; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 108.
[31] Muslim, Sahih, I, hlm. 183; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 108
[32] al-Hidayah, I, hlm. 33; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 242, 261.
[33] Ayat al-Ahkam, III, hlm. 209.
[34] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 223.
[35] al-Umm, I, hlm. 99.
[36]al-Hidayah, I, hlm. 33.
[37] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 224.
[38] al-Hidayah, I, hlm. 33; al-Fiqh `Ala al-Madhahib, I, hlm. 243.
[39] al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 198; Ahmad, al-Musnad, III, hlm. 436.
[40] al-Umm, I, hlm. 102; al-fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 243, 266; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 101.
[41] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 101; Masabih al-Sunnah, I, hlm. 46; Sahih Muslim, I, hlm. 151, 152.
[42] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 235, 236, 266; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 106.
[43] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 107; al-Muwatta', I, hlm. 113; al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 196.
[44] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 237, 271; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 91.
[45] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 298; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 93.
[46] al-Hidayah, I, hlm. 39; al-Umm, I, hlm. 183.
[47] Ibid.
[48] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 499.
[49] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 470.
[50] Masabih al-Sunnah, I, hlm. 74; al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 225.
[51] al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 184.
[52] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 488.
[53] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 143.
[54] al-Tafsir al-Kabir, I, hlm. 218; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 230.
[55] al-Tafsir al-Kabir, I, hlm. 218; al-Umm, I, hlm. 89.
[56] Masabih al-Sunnah, I, hlm. 11.
[57] Ibid.
[58] al-Jassas, Ayat al-Ahkam, II, hlm. 203; Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 37; al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 121-3.
[59] Ayat al-Ahkam, III, hlm. 88; al-Tafsir al-Kabir, XVI, hlm. 26.
[60] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 81.
[61] Masabih al-Sunnah, I, hlm. 31; al-Bukhari, Sahih, I, hlm. 146.
[62] Mantakhab Kanz al-`Ummal fi Hamisy al-Musnad, II, hlm. 129.
[63] Bidayah al-Mujtahid, I, hlm. 70; Ibn Qutaibah, al-Ma`arif, hlm. 220.
[64] al-Taj al-Jami` Li l-Usul, I, hlm. 133.
[65] al-Fiqh `Ala al-Madhahib al-Arba`ah, I, hlm. 322.
[66] al-Bukhari, Sahih, II, hlm. 70; Ahmad, al-Musnad, II, hlm. 23, 45.
[67] Ahmad, al-Musnad, VI, hlm. 30; al-Muwatta', I, hlm. 167.
[68] Ahmad, al-Musnad, II, hlm. 129.
(Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar