KHUTBAH KEEMPAT
Khutbah al-Iftikhaar.
Pendahuluan, Aku adalah saudara Rasulullah dan pewaris ilmunya, tempat menyimpan hikmahnya, sahabat rahsianya, Allah tidak menurunkan meskipun satu huruf di dalam satu kitab daripada kitab-kitab-Nya melainkan ia untukku dan lain-lain.
Al-Asbagh bin Nubatah meriwayatkan bahawa Amir al-Mukmin a.s berkhutbah: “Aku adalah saudara Rasulullah dan pewaris ilmunya (anaa akhu rasulillah wa waarith ‘ilmi-hi), tempat menyimpan hikmahnya (ma‘dan hikami-hi), sahabat rahsianya (saahib sirri-hi), Allah tidak menurunkan meskipun satu huruf di dalam mana-mana kitab-Nya melainkan ia untukku (ma anzala llahu hurfan fii kitab min kutubi-hi illa wa qad sara ilayya).
Dan ilmuku bertambah tentang apa yang telah terjadi dan apa yang akan terjadi sehingga hari Kiamat (zaada li ‘ilmu ma kaana wa ma yakuunu ilaa yaum al-Qiyaamat), aku dikurniakan ilmu nasab dan ilmu sebab (u‘tiitu ‘ilmu al-Ansaab wa al-Asbaab), aku dikurniakan seribu kunci di mana setiap kunci dapat membuka seribu bab (u‘ititu alfa miftaah yaftahu kullu miftaah alfa bab), aku dibantu dengan ilmu kadar (mudid-tu bi-‘ilmi al-Qadr), sesungguhnya perkara itu akan berlaku kepada para wasiku selepasku (inna dhaalika yajrii fii al-Ausiyaa’ min ba‘di), apa yang berlaku malam dan siang sehingga Allah mewariskan bumi ini dan mereka di atasnya sebaik-baik pewaris (wa ma jaraa al-Lail wa al-Nahaar hatta yaritha llahu al-Ardha wa man ‘alai-ha, wa huwa khair al-Waarithiin) .
Aku dikurniakan al-Sirat , al-Mizan, al-Liwa’ (bendera) dan Kauthar (u‘tiitu al-Sirat wa al-mizan, wa al-Liwa’ wa al-Kauthar), aku didahulukan ke atas Bani Adam pada hari Qiyamat (anaa al-Muqaddam ‘ala Bani Adam yaum al-Qiyamat), aku menghisab makhluk (anaa al-Muhasib li-l-Khalq), akulah yang menentukan kedudukan mereka (anaa munazzilu-hum manaazilu-hum), akulah azab ahli neraka (anaa ‘azab ahl al-Naar), semua itu adalah kelebihan Allah ke atasku (ila kulli dhaalika fadhlun min Allah ‘Alayya), sesiapa yang mengingkari bahawa bagiku pusingan selepas pusingan, kembali selepas raj‘ah atau hadis di mana aku telah berada pada masa yang lama (wa man ankara anna li fii al-Ardh karratan ba‘da karratin wa ‘audan ba‘da raj‘ah, hadiithan kama kuntu qadiiman), maka sesungguhnya dia telah menentang kami (fa-qad radda ‘alai-na), sesiapa yang menentang kami, maka sesungguhnya dia telah menentang Allah (man radda ‘alai-na fa-qad radda ‘alaa llahi).
Akulah sahabat segala dakwah (anaa saahib al-Da‘awaat), akulah sahabat segala sembahyang (anaa saahib al-Salawaat), akulah sahabat segala dendam kasumat (anaa saahib al-Naqamaat), akulah sahabat segala dalil (anaa saahib al-Dalalaat), akulah sahabat segala bukti yang pelik (anaa saahib al-aayaat al-‘Ajibaat), akulah yang alim tentang rahsia di daratan (anaa ‘aalim asraar al-Bariyyaat), aku adalah tanduk daripada besi (anaa qarnun min hadiid) dan aku sentiasa seperti besi (anaa abadan hadiid), aku adalah tempat turunnya para malaikat yang bermacam kedudukan (anaa manzil al-malaikati manaazila-hum).
Akulah yang mengambil perjanjian ke atas roh-roh pada azali (anaa aakhiz al-‘Ahdi ‘alaa al-Arwaah fii al-Azal), akulah yang menyeru kepada mereka: Tidakkah aku ini tuan kamu dengan perintah Yang Maha Perkasa (anaa al-Munaadi lahum alas-tu bi-rabbi-kum bi-amri qayyuum lam yazal), aku adalah kalimat Allah yang bertutur kepada makhluk-Nya (anaa kalimat Allah al-Naatiqatu fii khalqi-hi). Akulah yang mengambil perjanjian ke atas semua makhluk tentang sembahyang (anaa aakhiz al-‘Ahdi ‘alaa jamii‘ al-Khala’iq fii al-Salawaat), akulah pembantu kepada janda-janda dan anak-anak yatim (anaa ghauth al-Aramil wa al-Yatama), akulah pintu bandar ilmu (anaa bab madinat al-‘ilm), aku adalah gua kesabaran (anaa kuhf al-Hilm).
Akulah wakil Allah secara umum (anaa ‘ammat Allah al-Qa’imat), aku adalah sahabat bendera kepujian (anaa saahib liwa’ al-Hamd), aku adalah sahabat dermawan selepas dermawan, jika aku memberitahu kepada kamu, nescaya kamu mengingkarinya (anaa saahib al-Hibaat ba‘d al-Hibaat lau akhbar-tu-kum la-kafartum), akulah pembunuh mereka yang zalim (anaa qatil al-Jababirat), aku adalah simpanan di dunia dan di akhirat (anaa al-Zakhirat fii al-Dunya wa al-Aakhirat), aku adalah penghulu kepada mukminin (anaa sayyid al-Mu’minin), aku adalah bendera bagi mereka yang dapat pertunjuk (anaa ‘alam al-Muhtadiin), aku adalah sahabat (golongan] kanan (anaa saahib al-Yamin), aku adalah keyakinan (anaa al-Yaqiin), aku adalah imam para muttaqin (anaa imam al-Muttaqiin). Aku adalah pendahulu kepada agama (anaa al-Sabiq ilaa al-Diin).
Aku adalah tali Allah yang kukuh (anaa habl Allah al-Matiin), akulah yang memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan dengan pedangku ini (anaa al-Ladhi amla’u-ha ‘adlan kama muliat zulman wa jauran bi-saifii hadha), aku adalah sahabat Jibril (anaa saahib Jibril ), aku adalah pengikut Mika’il (anaa tabi‘ Mikail ), aku adalah pokok pertunjuk (anaa syajarat al-Hudaa), aku adalah bendera takwa (anaa ‘alam al-taqiyyu), aku adalah penghimpun makhluk kepada Allah dengan kalimat di mana dengannyalah berhimpunnya makhluk (anaa haasyir al-Khalq ilaa Allah bi l-Kalamat al-Lati yajma‘ al-Khalaa’iq).
Akulah yang mengeluarkan manusia (anaa munsyi’ al-Anaam), akulah yang mengetahui segala hukum (anaa jami‘ al-Ahkaam), akulah sahabat tongkat yang indah dan unta yang merah (anaa saahib al-Qadhib al-Azhar wa al-Jamaal al-Ahmar), akulah pintu keyakinan (anaa bab al-Yaqiin), aku adalah pemerintah mukminin (anaa amir al-Mukminin), akulah sahabat Khidir (anaa saahib Khidir), akulah sahabat keputihan (anaa saahib al-Baidha’), akulah sahabat yang wangi (anaa sihib al-Faiha’) akulah pembunuh musuh-musuh yang setara (anaa qatil al-Aqran), aku adalah pembinasa kepada mereka yang berani (anaa mubid al-Syaj‘aan), aku adalah sahabat kurun-kurun yang pertama (anaa saahib al-Quruun al-Uulaa).
Aku adalah al-Siddiq yang paling besar (anaa al-Siddiq al-Akbar), aku adalah al-Faaruuq yang paling besar (anaa al-Faaruaq al-A‘zam), aku adalah orang yang bercakap dengan wahyu (anaa mutakallim bi l-Wahyi), aku adalah sahabat bintang-bintang (anaa saahib al-Nujum) dan aku adalah pentadbirnya dengan perintah Tuhanku dan keilmuan Allah yang telah memberi keistimewaan kepadaku dengannya (anaa mudabbiru-ha bi-amri rabbi wa ‘ilm Allah al-Ladhi khassani bi-hi), aku adalah sahabat bendera-bendera kuning (anaa saahib al-Raayaat al-Sufr). Akulah sahabat bendera-bendera merah (anaa saahib al-Raayaat al-Ahmar).
Aku adalah orang yang ghaib yang dinanti-nantikan kerana perkara yang besar (anaa al-Ghaib al-Muntazar li-amri al-‘Azim), akulah pemberi (anaa al-Mu‘ti), akulah yang menghulur bantuan ( anaa al-Mubdhil), aku adalah pemegang tanganku untuk penerimaan (anaa al-Qabidh yadayya ‘ala al-Qabdh), aku adalah orang yang menceritakan tentang diriku (anaa al-Wasif li-nafsi), aku adalah orang yang merenung kepada agama Tuhanku (anaa al-Nazir li-din rabbi), aku adalah penjaga kepada sepupuku (anaa al-Hami li-ibn ‘ammi), aku dimasukkan ke dalam kain kapan (anaa mudarrajat al-Akfan).
Aku adalah wali Kepada Yang Maha Pemurah (anaa wali al-Rahman), aku adalah sahabat Khidir dan Harun (anaa saahib al-Khidir wa Harun), aku adalah sahabat Musa dan Yusyu‘ bin Nun (anaa saahib Musa wa Yusyu‘ bin Nun), aku adalah sahabat syurga (anaa saahib al-Jannati), aku adalah sahabat titisan dan hujan (anaa saahib al-Qatar wa al-Matar), aku adalah sahabat gegaran dan gerhana bulan (anaa saahib al-Zilzal wa al-Khusuf), aku adalah orang yang menakutkan beribu-ribu [orang] (anaa urawwi‘u al-Uluf), aku pembunuh kafir-kafir (anaa qatil al-Kuffar), aku adalah imam kepada mereka yang baik (anaa imam al-Abraa).
Aku adalah Bait Makmur (anaa al-Bait al-Ma’muur), aku adalah langit yang diangkat (anaa al-Suqf al-Marfu‘), aku adalah lautan yang bergelumbang (anaa al-Bahr al-Masjuu), aku adalah batin Haram (anaa batin al-Haram), aku adalah tiang-tiang kepada semua umat (anaa da‘aaim al-Umam), aku adalah sahabat kepada perkara yang besar (anaa saahib al-Amr al-‘Azim), adakah orang yang bertutur denganku ?hal min natiqin yunatiqu-ni), aku adalah neraka (anaa al-Naar), sekiranya aku tidak mendengar kalam Allah dan sabda Rasulullah (s.a.w), nescaya aku meletakkan pedangku pada kamu dan membunuh kamu dengan mereka yang akhir kamu (laula inni asma‘u kalama-llah wa qaula rasulillah (s.a.w) la-wadha‘-tu saifii hadha fii-kum wa qataltu-kum ‘an akhiri-kum).
Akulah bulan Ramadhan (anaa syahr Ramadhan), akulah Lailatu l-Qadar (anaa lailatu –l-Qadar), akulah Ummu al-Kitab (anaa ummu al-Kitab), aku adalah orang yang paling fasih bercakap (anaa afsal al-Khitab), akulah Surah al-Hamdu (anaa surah al-Hamdu), akulah sahabat sembahyang pada masa tempatan dan masa musafiir (anaa saahib al-Salat fii al-Hadhar wa al-Safar), malah kamilah sembahyang, puasa, malam-malam, hari-hari, bulan-bulan, dan tahun-tahun (bal nahnu al-Salat wa al-Siyaam wa al-Layaali wa al-Ayyaam wa al-Syuhuur wa al-A‘waam).
Aku adalah sahabat pengusiran [di mahsyar] dan penyembelihan (anaa saahib al-Hasyar wa al-Nahr), akulah orang yang meringankan beban ke atas umat Muhammad (s.a.w) (anaa al-Wadhi‘‘an ummati Muhammad al-Wazar), akulah pintu sujud (anaa bab al-Sujud), aku adalah seorang hamba (anaa al-‘Abid) dan aku adalah seorang makhluk (anaa al-Makhluq). Aku adalah saksi (anaa al-Syahiid), aku disaksikan (anaa al-Masyhuud), aku adalah sahabat pakaian hijau (anaa saahib al-Sundus al-Akhdhar), aku disebut di langit dan di bumi (anaa al-Mazkuur fii al-Samawaat wa al-Ardh), aku adalah orang yang bersama Rasulullah di langit (anaa al-Madhi ma‘a Rasulullah fii al-Samawaat).
Aku adalah sahabat al-Kitab dan busur panah (anaa saahib al-Kitab wa al-Qaus) . Aku adalah sahabat Syit bin Adam (anaa saahib Syit bin Adam), akulah sahabat Musa Warim (anaa saahib Musa Warim), aku dijadikan contoh (anaa bi tudhrabu al-Amthal), akulah langit yang hijau (anaa al-Sama’ al-Khadhr), akulah sahabat dunia yang berdebu (anaa saahib al-Dunya al-Ghubara’), akulah sahabat hujan selepas putus asa (anaa saahib al-Ghaith ba‘da al-Qunut), inilah aku siapakah orang sepertiku! (ha anaa dha fa-man dha mith-li!), akulah sahabat petir yang paling besar (anaa saahib al-Ra‘du al-Akbar), akulah sahabat lautan yang paling keruh (anaa saahib al-Bahr al-Akdaar), akulah yang bercakap dengan matahari (anaa mukallim al-Syams), akulah petir ke atas musuh-musuh (anaa al-Saa’iqat ‘ala al-A‘daa’).
Akulah pertolongan bagi sesiapa yang mentaati dari persembunyian dan Allah adalah Tuhanku tiada tuhan selain daripadaNya (anaa ghauth man ata‘a min al-Wara wa llahu rabbi la ilaha ghaira-hu), sesungguhnya bagi kebatilan itu ada pusingan dan bagi kebenaran pula ada pusingannya (inna li-l-Batil jaulat wa li-l-Haqq daulat).
Akulah pemerhati dari dekat, justeru tunggulah fitnah Bani Umayyah dan kerajaan Kisra (anaa za‘in ‘an qarib fa-rtaqibu al-fiitnata al-Amawiyyata wa al-Daulata al-Kisrawiyyata), kemudian Bani ‘Abbas menerima dengan kegembiraan dan keburukan (thumma tuqbalu Bani ‘Abbas bi-l-Farah wa al-Ba’si), membina bandar dikenali dengan al-Zaura’ antara Dajlah, Dujail dan al-Furat (wa tabni madinatan yuqalu al-Zaura’ baina Dajlah wa Dujail wa al-Furat), dilaknati mereka yang tinggal di dalamnya (mal‘un man sakanaa-ha) daripadanya akan keluar tiinah (tanah) penguasa-penguasa zalim (min-ha takhruju tiinatu al-Jabbaariin).
Kota-kota dibina dengan megah (tu‘la fii-ha al-Qusuur), tirai-tirai dilabuhkan (wa tasbulu al-Sutur), mereka bermegah dengan kelicikan dan kejahatan (wa yata‘allauna bi-l-Makr wa al-Fujur). Bani ‘Abbas memusingkan empat puluh dua raja menurut bilangan tahun pemerintahan (fa-yatadawilu-ha Bani ‘Abbas ithnain wa arba‘iin malikan ‘ala ‘adadi sini al-Maliki), kemudian berlakulah fitnah yang mengelirukan (thumma al-Fiitnat al-Ghubara’) dan kalung merah berada di tengkuk al-Qaim. Sesungguhnya terdapat sepuluh alamat menunjukkan kedatanganku. Pertamanya pertukaran bendera di Kufah, masjid-masjid tidak berfungsi, tidak ada orang mengerjakan haji, berlakunya gerhana bulan, ledakan di Khurasan, naiknya cekerwala al-Mudhnib, bintang-bintang kelihatan berganding sama, berlaku riuh-rendah, pembunuhan dan rampasan.
Itulah sepuluh alamat, dan daripada satu alamat kepada satu alamat berlaku perkara yang ajaib. Apabila berakhirnya alamat-alamat tersebut, datanglah al-Qaim kami dan berkata: Wahai manusia, bersihkan Tuhan kamu [daripada sifat-sifat makhluk] dan janganlah memberi isyarat kepada-Nya. Sesiapa yang menghadkan Pencipta, maka sesungguhnya dia telah mengingkari kitab yang sedang bercakap, kemudian dia berkata: Alangkah beruntungnya mereka yang mewalikan aku, lalu terbunuh kerana aku, diusir kerana aku (tuubaa li-ahli wilaayati al-Ladhiina yuqtaluun fiiyya au yutraduun min ajlii). Mereka adalah penyimpan [rahsia] Allah di bumi-Nya (hum khuzzaanu llahi fii Masyaariq Anwaar al-Yaqiin fii Asraar Amir al-Mu’minin, hlm. 164-166. Al-Tatnajaini adalah antara alam dunia.
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar