Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Kelebihan Ahlul Bait a.s dan Syi‘ah Mereka

Kelebihan Ahlul Bait a.s dan Syi‘ah Mereka

Written By Unknown on Senin, 26 Februari 2018 | Februari 26, 2018


36. Sahl, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah dan Abdullah bin Bakir daripada Sa‘id bin Yassar berkata: Aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Al-Hamdulillah, terjadinya golongan Murjiah, golongan Haruriyyah (Khawarij), Qadariyyah (Mu‘tazilah) dan kamu dinamakan al-Turabiyyah[1] dan Syi‘ah Ali. Demi Allah tiada tuhan yang lain melainkan Dia Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, Rasul-Nya s.a.w, keluarga Rasulullah s.a.w (ali rasulullah s.a.w) dan Syi‘ah ali Rasulullah s.a.w. Mereka sahaja yang dimaksudkan dengan manusia (al-Naas). Ali adalah orang yang paling layak dan aula selepas Rasulullah s.a.w. Beliau a.s mengulanginya sebanyak tiga kali.


Menghidupkan Urusan Mereka Dan Menunggu Kejayaan Mereka.


37. Daripadanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Ali bin ‘Uqbah, daripada Umar bin Abban al-Kalbi, daripada Abd al-Hamid al-Wasiti, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku berkata kepadanya: Aslaha-ka llahu, sesungguhnya kami telah meninggalkan kedai-kedai kami (aswaaqa-na) kerana menunggu urusan ini (li-hadha al-Amr) sehingga hampir lelaki di kalangan kami ditanya apa yang ada ditangannya?

Beliau a.s berkata: Wahai Abu Abd al-Hamid, adakah anda berpendapat sesiapa yang menahan dirinya (habisa nafsa-hu) kerana Allah, Dia tidak menjadikan baginya jalan keluar? Tentu sekali, Allah akan menjadikan dirinya jalan keluar (makhrajan). Allah memberi rahmat kepada hamba-Nya yang menghidupkan urusan kami (amra-na).

Aku berkata: Aslaha-ka llahu, sesungguhnya Murjiah berkata bahawa tidaklah wajib ke atas kami percaya kepada orang yang kami percaya sekarang sehingga beliau datang; kamu berkata bahawa kami dan kamu adalah sama. Beliau a.s berkata: Wahai Abd al-Hamid, benar kata-kata mereka bahawa sesiapa yang bertaubat, Allah menerima taubatnya. Tetapi sesiapa yang menyembunyikan nifak, maka Allah tidak memaksanya melainkan ke atas dirinya.

Sesiapa yang menentang urusan kami, Allah akan mensia-siakan darahnya. Allah akan menyembelih mereka di atas Islam sebagaimana tukang sembelih menyembelih kambingnya[2]. Aku berkata: Kami dan orang lain pada hari itu sama saja? Beliau a.s berkata: Tidak, kamu, pada hari itu, pada tempat yang tinggi di bumi dan pemerintahnya. Ia akan berlaku sedemikian di dalam agama kita. Aku berkata: Jika aku mati sebelum mendapati al-Qaim a.s? Beliau a.s berkata: Sesungguhnya orang yang berkata di kalangan kamu: Apabila aku mendapati al-Qaim daripada keluarga Muhammad s.a.w, nescaya aku menolongnya (in adrak-tu qaim ali Muhammad nasar-tu-hu), maka beliau adalah seperti orang yang menghunus pedangnya bersama-samanya (ka l-Muqari‘ ma‘a-hu bi-saifi-hi) dan orang yang mati syahid di dalam peperangan bersamanya mendapat pahala dua syahid.


Catatan Kaki:

[1] Dinisbahkan kepada Abu Turab iaitu pengikut-pengikut Amir al-Mukminin a.s. Beliau a.s dikenali dengan Abu Turab.
[2] Allah mengazabkan mereka dengan berbagai-bagai cara.

Dikutip dari Al-Raudhah min Al-Kafi oleh Al-Kulaini (W 328/29 H).

(AB-Perlak/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: