Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Kitab Al-Ikhtisas (Bagian 3)

Kitab Al-Ikhtisas (Bagian 3)

Written By Unknown on Jumat, 16 Februari 2018 | Februari 16, 2018


BAHAGIAN KETIGA

Sejarah Qanbar, Mitham bin Yahya, Rusyaid al-Hajari, Zaid bin Sauhan, al-Asytar al-Nakha‘i, Sufyan bin Laila, nama-nama para syuhada’ Karbala’, Surat bin Kulaib, Ibrahim bin Syu‘aib dan lain-lain


Qanbar Hamba Amir al-Mukminin

Ahmad bin Muhammad bin Yahya telah memberitahu kami daripada Abdullah bin Ja‘far al-Humairi daripada Harun bin Muslim daripada Mas‘dah bin Sadaqah daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya sesungguhnya Ali a.s berkata:

Apabila anda melihat perkara mungkar

Nyalakan api dan panggillah Qanbar[115]

Di dalam riwayat umum: Qanbar telah ditanya: Siapakah anda? Beliau menjawab: Aku adalah hamba kepada orang yang telah memukul dengan dua pedang, telah menikam dengan dua lembing, telah mengerjakan solat ke arah Dua Kiblat, memberi baiah kepada dua baiah, telah berhijrah dua kali dan tidak pernah kafir dengan Allah walaupun sekelip mata.

Aku adalah hamba kepada mukmin yang paling soleh, pewaris para nabi, sebaik-baik wasi, muslim yang lebih besar (kerohaniannya) Ya‘sub (ketua) mukminin, cahaya mujahidin, ketua kepada penangis-penangis, perhiasan kepada para abid, lampu kepada mereka yang terdahulu, cahaya kepada mereka yang melakukan ibadah, sebaik-baik mereka yang merendah diri, lidah Rasul Tuhan alam semesta, wasi yang pertama daripada keluarga Yasin (Muhammad s.a.w), diperkuatkan dengan Jibrail, dibantu dengan Mikail yang kuat, dipuji oleh semua penghuni langit, pemelihara Haram muslimin.

Pejuang menentang musuhnya yang menentang (Nasibiin), pemadam kepada api yang dinyalakan, yang paling “megah” di kalangan Quraisy, yang pertama mengendalikan peperangan secara bijak, Amir al-Mukminin dan wasi Nabinya di alam semesta, yang dipercayai oleh seluruh makhluk, khalifah kepada mereka yang diutus kepadanya, penghulu muslimin dan mereka yang terdahulu, memerangi al-Nakithin, al-Qasitin, pemusnah musyrikin, anak panah kepada munafikin, lisan kalimah Allah dan pembantu-Nya di bumi, tempat simpan ilmu-Nya, gua agama-Nya, Imam kepada mereka yang baik diredai di sisi Yang Maha Tinggi dan Perkasa, pemaaf, pemurah, pemalu, ketawa, berjaga malam, disucikan, sempurna di dalam pengalamannya, memiliki pemerintahan, penyabar, berpuasa, penunjuk, maju ke depan, pemecah al-Ahzab, dan penguasanya, berpegang teguh kepada syariah, tabah hati, peribadi yang kuat, cekal, berani, keras, singa, sempurna akalnya, pandai berkhutbah, pandai berdialog, keturunan yang mulia, cekap di dalam memberi keputusan, mulia di dalam kabilah, keturunan yang bersih, cerdas, pelaksana amanah daripada Bani Hasyim, sepupu Nabi s.a.w, Imam penunjuk, penentang kerosakan, pemurah dan wira kepada semua sayyid[116].


Mitham bin Yahya al-Tammar

Mitham berkata: Demi Tuhan! Aku bukan menangis kerana kata-kata Amir al-Mukminin dan bukan kerana perbuatannya kepada aku, tetapi sesungguhnya aku telah menangis kerana perasaan syak yang telah memasuki aku pada hari di mana tuanku Ali bin Abu Talib a.s memberitahuku. Seorang bertanya kepada Mitham: Apakah yang beliau a.s. katakan kepada anda? Mitham berkata: Aku datang ke pintu, tiba-tiba seorang berkata kepada aku: Anda sedang tidur? Kemudian dia berkata: Wahai orang yang sedang tidur! Janggut anda akan dimerahi darah dari kepala anda. Beliau a.s. berkata: Anda benar, demi Allah ia akan memotong kedua-dua tangan dan kaki anda serta lidah anda. Anda juga akan disula. Aku berkata: Siapakah yang akan melakukannya wahai Amir al-Mukminin? Beliau a.s. berkata: Seorang anak lelaki kepada hamba perempuan; penzina bernama ‘Ubaidillah bin Ziad. Dialah yang akan melakukannya. Perawi berkata: Mitham menjadi marah.

Di dalam riwayat yang lain Mitham berkata kepada ‘Ubaidillah bin Ziad: Akulah al-Sadiq dan hamba al-Sadiq sebaliknya dia (Ibn Ziad) adalah pendusta yang paling jahat. Lalu Ibn Ziad berkata: Aku akan membunuh anda dengan satu pembunuhan yang tidak pernah dilakukan kepada seorang pun dalam Islam. Mitham berkata: Aku berkata: Sesungguhnya tuanku telah memberitahuku bahawa aku akan dibunuh oleh seorang anak zina. Ia akan memotong dua tangan aku dan dua kaki aku serta lidah aku. Kemudian ia akan menyula aku.

Ibn Ziad berkata: Apakah al-‘Atal al-Zanim aku mendapatinya di dalam al-Qur’an? Mitham berkata: Tuanku telah memberitahuku bahawa ia adalah anak lelaki kepada perempuan penzina. Ibn Ziad berkata: Demi Allah, aku akan membohongi anda dan aku akan membohongi tuan anda. Ibn Ziad berkata kepada pengawalnya: Keluarkan Mitham, potong dua tangannya, dua kakinya dan tinggalkan dua lidahnya sehingga dia mengetahui bahawa dia adalah pembohong kepada tuanya yang juga merupakan pembohong.

Mitham berkata: Maka pengawal Ibn Ziad telah mengeluarkan aku dan melakukan perintahnya. Salih berkata: Aku datang kepada bapa aku yang sedang berlumuran darah. Kemudian dia duduk lalu beliau menyeru kepada orang ramai dengan suaranya yang tinggi: Siapa yang menghendaki hadis yang tersembunyi tentang Ali bin Abu Talib Amir al-Mukminin a.s, maka hendaklah dia mendengar. Orang ramai berkumpul beramai-ramai ramai di hadapannya. Dia (Mitham) mulai memberitahu mereka tentang keajaiban Ali a.s.

Salih berkata: Seorang yang paling celaka telah turut mengikuti situasi perkembangan tersebut. Setelah dia melihat orang ramai menulis di sekeliling Mitham, maka dia terus datang kepada Ibn Ziad dan berkata: Allah memperbaiki Amir. Anda telah meninggalkan perkara yang paling buruk padanya. Ibn Ziad berkata: Apakah itu? Dia menjawab: Lidah Mitham. Sesungguhnya Mitham telah menyebarkan perkara yang ajaib. Ibn Ziad berkata: Bersegeralah kepada Mitham dan potonglah lidahnya.

Salih berkata: Pengawal Ibn Ziad bergegas kepada Mitham dan berkata: Keluarkan lidah anda. Mitham berkata: Tidakkah Ibn Ziad menyangka bahawa dia membohongi aku dan membohongi tuanku akan dibinasakan? Kemudian Mitham mengeluarkan lidahnya, lalu lidahnya itu dipotong.

Salih bin Mitham berkata: Bapa aku dihantar ke pokok kurma, dan disula di atasnya. Ali a.s telah memberitahunya di tempat mana Mitham akan disula. Salih bin Mitham berkata: Bapa aku telah mengambil kayu dan menulis nama di atasnya. Mitham telah meletakannya pada tempat yang telah diberitahu oleh Ali a.s. tanpa pengetahuan tukang kayu. Apabila Mitham dibawa kepada kayu tersebut, maka aku telah melihat paku di bawah tapak kakinya di atasnya tertulis: Allah memberi rahmat ke atas Mitham.


Rusyaid al-Hajari

Ja‘far bin al-Husain telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin Abu al-Qasim daripada Muhammad bin Ali al-Sairafi daripada Ali bin Muhammad bin Abdullah al-Khayyat daripada Wahib bin Hafs al-Hariri daripada Abu al-Hasan al-‘Ajali bertanyakan Qanwa binti Rusyaid al-Hajari. Al-Anjali berkata: Aku telah bertanya kepada Qanwa: Beritahu aku apakah yang anda telah mendengar daripada bapa anda? Qanwa berkata: Aku telah mendengar bapa aku berkata: Amir al-Mukminin a.s telah memberitahu aku dengan katanya: Wahai Rusyaid! Bagaimana keadaan kesabaran anda apabila seorang anak zina daripada Bani Umayyah diutus kepada anda, lalu dia memotong dua tangan anda, dua kaki anda dan lidah anda? Maka aku berkata: Wahai Amir al-Mukminin akhirnya ke syurga? Beliau a.s. menjawab: Ya, wahai Rusyaid! Anda bersama aku di dunia dan di akhirat. Qanwa berkata: Demi Allah! Hari telah berlalu sehingga diutus kepadanya seorang anak zina bernama ‘Ubaidillah bin Ziad. Dia telah menyeru supaya bapaku melepaskan dirinya (al-Bara’ah) daripada Amir al-Mukminin a.s, tetapi bapaku enggan melepaskan diri daripadanya.

Maka anak zina itu berkata kepada bapaku: Apakah jenis kematian yang dia telah memberitahu anda bagaimana anda akan mati? Bapaku berkata: Sahabat aku telah memberitahu aku bahawa anda akan menyeruku supaya melepaskan diriku (al-Bara’ah) daripadanya tetapi aku tidak akan melepaskan diriku daripadanya. Dengan itu, anda mendatangiku, memotong dua tanganku, kakiku dan lidahku. ‘Ubaidillah berkata: Demi Allah, aku akan membohongi kata-katanya tentang anda. Mereka memotong dua tangan dan dua kaki bapaku. Mereka telah meninggalkan lidahnya. Setelah itu dihimpunkan dua tangan dan kaki yang telah dipotong. Maka aku berkata kepadanya: Wahai bapaku! Bagaimana anda mendapati kesakitan yang menimpa anda?

Bapaku menjawab: Tidak, wahai anak perempuanku! Ia sepertilah suatu kesesakan di kalangan orang ramai. Kami membawanya keluar dari istana. Orang ramai berkumpul di sekelilingnya. Bapaku berkata: Bawakan kepadaku kertas dan pensel supaya aku imlakkan kepada kamu apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat kerana sebahagian mereka belum mengambilnya daripada aku. Orang ramai membawa kertas dan pensel. Lalu bapaku mengimlakkannya kepada mereka:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Apabila orang yang dilaknati itu pergi, maka bapaku mengimlakkan kepada orang ramai apa yang akan berlaku sehingga hari Kiamat[117]. Kemudian diutus seorang lelaki kepadanya, lalu dia memotong lidah bapaku. Beliau mati pada malam itu juga, Amir al-Mukminin a.s menamakannya Rusyaid al-Balaya, kerana dikurniakan kepadanya ilmu al-Balaya[118] dan al-Manaya[119]. Apabila bapaku bertemu dengan seseorang, dia akan berkata: Wahai polan! Anda akan mati begitu dan begini, anda akan dibunuh wahai polan dengan pembunuhan begitu dan begini. Peristiwa itu akan berlaku sebagaimana dikatakan oleh Rusyaid. Lantaran itu, Amir al-Mukminin a.s berkata kepadanya: Anda adalah Rusyaid al-Balaya dan anda akan dibunuh dengan pembunuhan ini. Maka ia telah berlaku sebagaimana dikatakan oleh Amir al-Mukminin a.s[120].

Daripadanya daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada ‘Uthman bin Isa daripada Abu Jarud berkata: Aku telah mendengar al-Qanwa binti Rusyaid al-Hajari berkata: Bapa aku telah berkata kepadaku: Wahai anak perempuanku! Matikan hadis dengan menyembunyikannya dan jadikan hati sebagai tempat amanah[121].

Di dalam riwayat yang lain daripada al-Qanwa binti Rusyaid berkata: Aku telah berkata kepada bapa aku: Apakah ijtihad anda yang paling penting? Bapaku berkata: Wahai anak perempuanku! Akan datang kaum selepas kita yang mempunyai kecerdikan di dalam agama adalah lebih baik daripada ijtihad kita[122].

Ja‘far bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Muhammad bin al-Husain ibn Abu al-Khattab daripada al-Hasan Mahbub daripada Abd al-Karim secara marfu‘ kepada Rusyaid al-Hajari berkata: Ziad Abu ‘Ubaidillah mencari Rusyaid al-Hajari. Maka Rusyaid telah menyembunyikan diri. Pada suatu hari Rusyaid datang kepada Abu Arakat yang sedang duduk di pintunya bersama beberapa orang sahabatnya. Rusyaid telah masuk ke rumah Abu Arakat menyebabkan Abu Arakat menjadi takut. Dia memasuki rumahnya dan berkata kepada Rusyaid: Celaka anda! Anda telah membunuhku, menjadikan anak aku yatim dan anda telah membinasakan mereka? Rusyaid berkata: Apakah itu? Abu Arakat menjawab: Anda sedang diburu. Anda memasuki rumahku. Orang-orang di sisiku telah melihat anda. Rusyaid menjawab: Tidak seorangpun daripada mereka telah melihat aku.

Abu Arakat berkata: Anda akan menghadapinya. Lalu dia memasukkannya ke dalam rumah dan menutup pintunya. Kemudian Abu Arakat keluar daripada rumah dan berkata kepada para sahabatnya: Aku terkhayal ada seorang lelaki tua baru sahaja memasuki rumahku. Mereka berkata: Kami tidak melihat sesiapapun. Abu Arakat menyatakan perkara yang sama tetapi sahabatnya tetap berkata: Kami tidak melihat sesiapapun. Dia terdiam kerana takut orang lain telah melihatnya. Abu Arakat telah menghadiri majlis Ziad bagi meninjau maklumat mereka tentang Rusyaid. Jika mereka masih menyebutnya, maka dia akan memberitahu mereka bahawa Rusyaid berada di rumahnya dan akan menyerahkan Rusyaid kepada mereka. Abu Arakat berkata: Dia memberi salam kepada Ziad dan duduk di sisinya. Antara mereka berdua terdapat seorang lelaki bernama Latif.

Abd Karim berkata: Tiba-tiba Rusyaid datang dengan menaiki keldai Abu Arakat menghala ke majlis Ziad. Abd Karim berkata: Ketika Abu Arakat melihat keadaan itu, maka wajahnya berubah dan barang di tangannya terjatuh kerana menyangka akan kebinasaannya. Rusyaid turun dari keldainya menuju kepada Ziad dan memberi salam kepadanya. Ziad berdiri memeluk dan mengucup Rusyaid. Kemudian Ziad mulai bertanya kepada Rusyaid: Bagaimana anda datang? Bagaimana ahli keluarga yang anda tinggalkan? Bagaimana anda di dalam perjalanan? Rusyaid memegang janggutnya, kemudian dia berdiri sekejap dan pergi. Abu Arakat berkata kepada Ziad: Aslaha l-Lahu al-Amir! Siapakah orang tua ini? Ziad berkata: Saudara daripada saudara kami daripada penduduk Syam. Dia datang menziarahi kami. Abu Arakat pulang ke rumahnya. Rusyaid ada di rumah sebagaimana beliau telah meninggalkannya, Abu Arakat berkata kepadanya: Jika anda mempunyai keilmuan semacam ini, maka lakukan apa yang anda fikir wajar dan datanglah kepada kami apabila anda mahu[123].


Zaid bin Sauhan

Ja‘far bin al-Husain al-Mu’min dan sekumpulan syeikh kami telah memberitahu kami daripada Muhammad bin Abdullah bin Ja‘far al-Humairi daripada bapanya daripada Musa bin Ja‘far al-Baghdadi daripada Ali bin Ma‘bad daripada Ubaidillah bin Abdullah al-Dahaqan daripada Wasil bin Sulaiman daripada Abdullah bin Sinan daripada Abu Abdullah a.s berkata: Ketika Zaid bin Sauhan berjuang pada Hari Jamal maka Amir al-Mukminin a.s datang kepadanya dan duduk di sisi kepala Ziad bin Sauhan sambil berkata: Semoga Allah memberi rahmat kepada anda wahai Zaid. Anda makan sedikit tetapi pertolongan anda adalah besar.

Beliau a.s. berkata: Zaid mengangkat kepalanya dan berkata: Dan anda, wahai Amir al-Mukminin. Allah akan memberi ganjaran kepada anda. Aku tidak mengetahui anda bagi Allah melaikan sebagai seorang yang alim dan pada Ummi al-Kitab melaikan sebagai seorang yang tinggi dan bijaksana. Sesungguhnya Allah di dalam dada anda adalah besar. Demi Allah! Aku tidak berperang bersama anda di atas kejahilan, tetapi aku telah mendengar Ummu Salamah; isteri Rasulullah s.a.w berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku tuannya, maka Ali juga tuannya. wahai Tuhanku! Berilah penghormatan kepada mereka yang mewalikan Ali. Musuhilah mereka yang bermusuhan dengannya. Tolonglah mereka yang menolongnya. Hinalah mereka yang menghinanya”. Demi Tuhan, sesungguhnya Aku benci menghina anda kerana Allah akan menghina aku[124].


Malik bin al-Harith al-Asytar al-Nakha‘i

Abu Abdullah al-Husain bin Ahmad al-‘Alawi al-Muhammadi, dan Ahmad bin Ali bin al-Husain bin Zanjawaih telah memberitahu kami, mereka berdua berkata: Abu al-Qasim Hamzah bin al-Qasim al-‘Alawi telah memberitahu kami berkata: Bakr bin Abdullah ibn Habib telah memberitahu kami daripada Samurah bin Ali daripada Abu Mu‘awiyah al-Dharir daripada Mujalid daripada Sya‘bi berkata: Abdullah bin Ja‘far yang mempunyai dua sayap telah memberitahu kami berkata: Apabila berita pembunuhan Muhammad bin Abu Bakr oleh Mu‘awiyah bin Khadij al-Sukuni di Mesir sampai kepada Ali bin Abu Talib a.s, maka beliau a.s. begitu sedih dan berkata: Aku tidak akan membiarkan Mesir begitu saja. Aku mahu jika aku dapati seorang yang sesuai untuknya, aku akan menghantarnya ke sana.

Abdullah berkata: Adakah anda mendapati orang yang sesuai? Beliau a.s berkata: Siapakah orangnya? Aku berkata: Al-Asytar. Beliau a.s. berkata: Panggilkan Malik kepada aku. Maka aku memanggilnya. Maka beliau a.s. menulis perjanjian untuk Malik:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Daripada Ali bin Abu Talib kepada sebahagian muslimin yang memarahi kerana Allah ketika maksiat dilakukan di bumi dan kezaliman berleluasa sama ada di darat atau di laut sehingga tidak ada tempat untuk berehat kerana kemungkaran masih tidak berakhir. Salam ‘alaikum. Amma ba‘d, sesungguhnya aku telah kemukakan kepada kamu seorang hamba daripada hamba-hamba Allah di mana beliau tidak tidur pada hari-hari ketakutan, cekal menghadapi musuh, lebih keras ke atas mereka yang jahat (al-Fujjar)dari api yang membakar. Dia adalah Malik bin al-Harith al-Asytar, saudara lelaki Madhhij. Justeru itu, dengarlah kamu kepadanya dan patuhilah dia kerana dia adalah pedang daripada pedang-pedang Allah. Jika dia memerintah kamu supaya menyerang, maka seranglah, jika dia memerintah kami tinggal di satu tempat, maka lakukanlah, jika dia memerintah kamu supaya berbekam, maka lakukanlah kerana dia tidak melakukannya melainkan dengan perintah aku.

Sesungguhnya aku telah mengutamakannya untuk kamu di atas diri aku sendiri supaya menasihati kamu, apatah lagi ketegasannya terhadap musuh kamu. Tuhan kamu akan memelihara kamu dengan hidayat-Nya, dan menjadikan kamu cekal dengan keyakinan. Beliau a.s berkata: Jangan memandang remeh, kerana aku takut bencana ke atas anda akibat dari tindakan Mu‘awiyah dan para sahabatnya. Oleh itu, ikutlah jalan yang lebih tinggi di darat sehingga anda keluar ke Ilah, Kemudian anda lalui pantai sehingga anda sampai kepadanya. Apabila sampai di Ilah, maka keluarlah Nafi‘. Dia adalah hamba kepada ‘Uthman bin ‘Affan. Nafi’ melayan dan berlembut dengan Malik sehingga mendatangkan kepercayaan Malik kepadanya. Malik bertanya kepadanya: Daripada siapakah anda?

Nafi’ berkata: Aku daripada penduduk Madinah. Daripada suku manakah anda? Nafi’ menjawab: Aku bekas hamba ‘Umar bin al-Khattab. Malik berkata: Kemanakah anda mahu pergi? Nafi’ menjawab: Mesir. Malik bertanya: Apakah hajat anda ke sana? Nafi’ menjawab: Aku mahu kenyang dengan roti kerana kami tidak kenyang di Madinah. Malik berkata kepadanya: Ikutlah aku. Aku akan memberi kamu roti yang mengenyangkan kamu. Maka Nafi’ mengikutinya sehingga sampai di al-Qalzam, iaitu tempat berhampiran Mesir yang jaraknya satu malam. Seorang perempuan dari suku Juhainah kepada Malik dan berkata: Apakah makanan yang paling enak di Iraq supaya aku masakkan untuk anda? Beliau berkata: Dua ekor ikan segar. Dia memasak untuknya. Lalu dia makan. Pada kebiasaannya Malik berpuasa pada hari panas namun dia telah memperbanyakkan minuman air sehingga tidak terasa dahaga dan perutnya menjadi buncit kerana banyak meminum air. Nafi‘ berkata kepadanya: Sesungguhnya makanan yang anda makan tidak akan dimasukki racunnya selain daripada madu lebah.

Maka Malik meminta supaya madu lebah diambil dari simpanannya tetapi ia tidak ada pada tempatnya. Lantas Nafi‘ berkata kepadanya: Ia ada di sisiku, bolehkah aku memberinya untuk anda? Malik berkata: Ya, bawalah kepada aku. Kemudian Nafi’ memberikan madu yang dicampurkan dengan racun yang sedia ada bersamanya yang memang disediakan untuk Malik. Malik meminumnya kemudian beliau meninggal dunia pada masa itu juga. Nafi‘ sempat melarikan diri di dalam kegelapan malam. Sebelum mati, Malik memerintah supaya Nafi‘ dicari. Dia telah dicari tetapi tidak ditemui.

Abdullah bin Ja‘far berkata: Mu‘awiyah mempunyai pengintipnya di Mesir, yang bernama Mas‘ud bin Jurjah. Dia menulis surat kepada Mu‘awiyah tentang kematian Malik. Justeru itu, Mu‘awiyah memberi khutbah kepada para sahabatnya secara berdiri dan berkata: Sesungguhnya Ali mempunyai dua orang kanannya. Salah seorang telah dibunuh di Siffin iaitu Ammar dan seorang lagi di bunuh pada hari ini. Sesungguhnya Malik al-Asytar telah melalui Ilah di dalam perjalanannya ke Mesir. Nafi‘ hamba ‘Uthman telah bersahabat dengannya, berkhidmat kepadanya dan berlembut dengannya sehingga dapat menawan hatinya. Dia (al-Asytar) pula merasa senang dengannya. Apabila dia bermalam di al-Qalzam, maka Nafi‘ membawa kepadanya minuman daripada madu yang dicampurkan dengan racun. Dia telah meminumnya, lalu meninggal dunia. Sesungguhnya bagi Allah bala tenteranya daripada madu[125].

Ahmad bin Ali telah memberitahu kami dengan katanya: Abu al-Qasim Hamzah bin al-Qasim al-‘Alawi telah memberitahu kami daripada Bakr bin Abdullah bin Habib daripada Samurah bin Ali berkata: Al-Minwal bin Jubair al-Humairi telah memberitahu kami berkata: ‘Awanah telah memberitahu kami berkata: Setelah sampai berita kematian Malik al-Asytar kepada Ali bin Abu Talib a.s, maka beliau a.s. terus menaiki mimbar memberi khutbah kepada orang ramai dan berkata: Sesungguhnya Malik bin al-Harith telah meninggal dunia, menunaikan janjinya dan berjumpa dengan Tuhannya. Semoga Allah memberi rahmat kepada Malik. Jika ia sebuah bukit, nescaya ia kuat, jika ia sebuah batu, nescaya ia pejal[126]. Bagi Allah penghargaan kepada Malik. Apakah Malik? Adakah kaum wanita dapat melahirkan seorang seperti Malik? Masih wujudkah orang seperti Malik?

‘Awanah berkata: Setelah beliau a.s selesai memberi khutbah, beliau memasuki kediamannya. Beberapa orang Quraisy menyambutnya dan berkata: Sebanyak mana anda berdukacita ke atas kematian Malik ? Beliau a.s. berkata: Demi Allah! Kematiannya telah memuliakan penduduk Maghrib dan menghina penduduk Masyrik.

‘Awanah berkata: Amir al-Mukminin Ali a.s telah menangis dan berdukacita ke atas Malik selama beberapa hari. Beliau a.s berkata: Aku tidak akan dapati orang sepertinya selepas ini buat selama-lamanya (La ara mithla-hu ba‘da-hu abadan).

Ahmad bin Harun al-Fami daripada Muhammad bin al-Hasan daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad ibn Isa daripada Abu Abdullah Muhammad bin Khalid al-Barqi daripada Ahmad bin al-Nadhar al-Khazzaz daripada ‘Umru bin Syamr daripada Jabir al-Ja‘fi daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Tiga orang daripada tabi‘in yang berperang bersama Ali bin Abu Talib telah mati syahid di Siffin dan dijamin syurga oleh Rasulullah s.a.w tanpa melihat mereka. Mereka itu adalah Uwais al-Qarani, Zaid bin Sauhan al-‘Abdi dan Jundub al-Khair al-Azadi, rahmatu l-Lahi ‘laihim[127]..


Sufyan bin Laila al-Hamdani

Ja‘far bin al-Husain al-Mu’min dan sebahagian daripada syeikh kami telah memberitahu kami daripada Muhammad bin al-Hasan bin Ahmad daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Nu‘man daripada Abdullah bin Maskan daripada Abu Hamzah al-Thumali daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Seorang lelaki daripada sahabat Abu al-Hasan a.s datang kepadanya. Dia dikenali dengan nama Sufyan bin Laila. Dalam perjalanan ke rumahnya, dia berjumpa dengan al-Hasan a.s. Pada ketika itu beliau a.s. sedang berselimut di halaman rumahnya. Sufyan bin Laila berkata kepadanya: As-Salamu ‘alai-ka ya mudhilla l-Muslimin (Wahai orang menghina muslimin)!Maka Abu al-Hasan a.s. berkata kepadanya: Turun dahulu, janganlah anda gopoh.

Lantas Sufyan turun dan mengikat binatang tunggangannya di rumah al-Hasan a.s. Kemudian dia berjalan kepadanya. Al-Hasan a.s berkata: Apakah yang anda telah katakan? Sufyan berkata: Aku berkata: Wahai orang yang menghina muslimin. Beliau a.s berkata: Apakah anda tahu mengenainya? Sufyan berkata: Anda telah berpegang kepada urusan umat tetapi anda telah menyelesaikannya dari tengkuk anda dan anda telah menyerahkannya kepada orang yang zalim ini membuat keputusan tanpa menurut hukum Allah. Abu Ja‘far a.s. berkata: Al-Hasan a.s berkata: Aku akan memberitahu anda kenapa aku telah berbuat demikian. Aku telah mendengar bapa aku berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlalu malam dan siang sehingga umat ini diperintah oleh seorang lelaki yang mempunyai saluran makanan yang besar dan luas dadanya. Dia makan tetapi tidak merasa kenyang iaitu Mu‘awiyah. Justeru itu, aku telah melakukan sedemikian. Sufyan berkata: Kecintaan kepada anda? Beliau a.s. berkata: Allah. Beliau a.s. berkata: Allah.

Al-Hasan a.s berkata: Demi Allah! Seorang hamba tidak mencintai kami selama-lamanya sekalipun ia menjadi orang tawanan di Dailam melainkan Allah memberi pahala kepadanya kerana mencintai kami. Sesungguhnya cinta kepada kami dapat menjatuhkan dosa-dosa daripada manusia sebagaimana angin dapat menjatuhkan daun dari pokok ( kama yusaqitu r-Rihu al-Waraq min al-Syajari )[128]


Nama-Nama Para Syuhada’ Bersama al- Husain bin Ali A.S di Karbala’

Al-Abbas bin Ali bin Abu Talib iaitu pembawa air yang telah dibunuh oleh Hakam bin Tufail, ibu kepada al-Abbas dikenali dengan nama Umm al-Banin binti Hizam bin Khalid bin Rabi‘ah bin al-Wahid bin ‘Amir, Ja‘far bin Ali, Abdullah bin Ali bin Abu Talib a.s, ibu mereka berdua adalah Umm al-Banin, Muhammad bin Ali dan ibunya sebagai Umm al-Walad, Abu Bakr bin Ali, ibunya Laila binti Mas‘ud, Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib, ibunya Laila binti Abu Murrah bin ‘Urwah bin Mas‘ud, Abdullah bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib, ibunya al-Ribab binti Amru al-Qais bin ‘Adi, ‘Aun bin Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib, Muhammad bin Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib, Abdullah bin Muslim bin Aqil bin Abu Talib, Muhammad bin Abdullah bin Ja‘far bin Abu Talib, Muhammad bin Abu Sa‘id bin Aqil bin Abu Talib, Abdullah bin Yaqtur; saudara sesusu al-Husain bin Ali bin Abu Talib, Sulaiman hamba al-Husain, Munjih hamba al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s.

Kesemua mereka yang telah mati syahid bersama Abu Abdullah al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s di Karbala, adalah daripada anak-anak Ali, Ja‘far, Aqil dan anak-anak al-Husain serta hamba-hamba mereka.


Nama-Nama Hamba Ali bin al-Husain dan Abu Ja‘far A.S

Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib telah meriwayatkan bahawa sesungguhnya Abu Ishaq namanya adalah ‘Umru bin Abdullah al-Sabi‘. Beliau telah mengerjakan solat malam selama empat puluh tahun dengan wuduk ‘Atamah. Beliau berkhatam al-Qur’an pada setiap malam, tidak ada seorang pun pada zamannya yang lebih kuat beribadat selain daripadanya. Tidak ada seorang pun yang lebih thiqah di dalam hadis di sisi khas dan am selain daripadanya. Beliau adalah di kalangan mereka yang dipercayai oleh Ali bin al-Husain a.s. Beliau dilahirkan pada malam Amir al-Mukminin a.s dibunuh dan mati ketika berusia sembilan puluh tahun. Beliau berasal dari Hamadan. Namanya ‘Umru bin Abdullah bin Ali bin Dhi Humair bin al-Sabi‘ bin Yablu‘ al-Hamdani, ia dinisbahkan kepada al-Sabi‘ kerana tinggal di rumahnya[129].

Ziad bin al-Mundhir al-A‘ma iaitu Abu al-Jarud, Ziad bin AbuRaja’ iaitu Abu Ubaidah al-Hiza’, Ziyad bin Sauqah, Ziad hamba Abu Ja‘far a.s, Ziad bin Abu Ziad al-Munqari, Ziad al-Ahlam daripada sahabat Abu Ja‘far a.s. di kalangan para sahabatnya adalah Abu Basir Laith bin al-Bukhturi al-Muradi, Abu Basir Yahya Ibn Abu al-Qasim, Makfuf hamba Bani Asad. Nama Abu al-Qasim adalah Ishaq dan Abu Basir dipanggil Abu Muhammad.


Surat bin Kulaib al-Asadi

Daripada al-Husain bin Sa‘id berkata: Ahmad bin Muhammad telah memberitahu aku daripada Muhammad bin Ali daripada Ali bin Muhammad daripada Sundal daripada Surat bin Kulaib berkata: Abu Abdullah a.s telah berkata kepada aku: Wahai Surat! Bagaimana anda mengerjakan haji pada tahun ini?

Aku menjawab: Aku telah meminta hutang bagi haji aku. Demi Allah! Sesungguhnya aku mengetahui bahawa Allah akan melaksanakannya untuk aku, haji ku tidak menjadi lebih besar selepas keampunan selain cinta kepada anda dan kepada hadis anda. Beliau a.s berkata: Adapun haji anda, maka Allah telah melaksanakannya dari sisi ku, kemudian beliau a.s. mengangkat musalanya, lalu beliau a.s. mengeluarkan dua puluh dinar. Beliau a.s berkata: Inilah haji anda sebanyak dua puluh dinar. Beliau a.s. seterusnya berkata: Inilah bantuan untuk anda semasa hidup anda sampai anda mati. Surat berkata: Aku telah menjadikan diri aku sebagai tebusan anda, beritahu kepada aku tentang ajal aku adakah ia telah hampir? Beliau a.s. berkata: Wahai Surat! Tidakkah anda meredai bahawa anda akan berada bersama kami dan saudara-saudara anda polan dan polan? Surat berkata: Ya. Sundal berkata: Sembilan bulan selepas itu beliau mati[130].


Ibrahim bin Syu‘aib

Abu al-Abbas Ahmad bin Muhammad bin al-Qasim al-Kufi al-Muharibi berkata: Ali bin Muhammad bin Ya‘qub al-Kufi telah memberitahu aku dengan katanya: Ali bin al-Hasan bin Ali al-Fadhdhal telah memberitahu kepada aku daripada Ali bin Asbat daripada Ibrahim bin Abu al-Bilad-atau Abdullah bin Jundub berkata: Aku telah berada di al-Mauqif. Ketika aku melakukan Ifadhah, aku berjumpa dengan Ibrahim bin Syu‘aib, lalu aku memberi salam kepadanya. Salah satu matanya dijangkiti kemerahan seolah-olah seketul darah.

Aku berkata kepadanya: Anda telah ditimpa kesakitan pada salah satu mata anda. Aku bersimpati dengan anda. Anda sepatutnya mengurangkan tangisan anda. Ibrahim berkata: Tidak, wahai Abu Muhammad! Pada hari ini aku tidak berdoa untuk diri aku sendiri. Abdullah bertanya: Kepada siapakah anda telah berdoa? Ibrahim berkata: Aku telah berdoa untuk saudara-saudara aku kerana aku telah mendengar Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya maka Allah akan mewakilkan kepadanya malaikat yang akan berkata: Dan untuk anda seumpamanya. Lantaran itu, aku mahu berdoa untuk saudara-saudaraku sementara malaikat berdoa untuk aku kerana aku di dalam keadaan syak tentang doa aku untuk diri aku dan aku tidak syak tentang doa malaikat untuk aku[131].


Abdullah bin al-Mughirah al-Khazaz al-Kufi

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kepada aku daripada Muhammad bin al-Hasan al-Saffar daripada Ahmad bin Muhammad daripada al-Hasan bin Ali bin Fadhdhal, berkata: Abdullah bin al-Mughirah berkata: Aku adalah seorang yang berpegang kepada fahaman al-Waqifi. Aku telah mengerjakan haji di dalam keadaan tersebut, apabila aku sampai di Makkah, satu perkara telah membuatkan aku gelisah. Maka aku pun bergantung di al-Multazam. Kemudian aku berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengetahui tuntutanku dan kemahuanku. Maka tunjuklah kepada aku sebaik-baik agama (Khair al-Adyan).

Maka terlintas di hatiku untuk menemui al-Ridha a.s. Maka aku pun datang ke Madinah, lantas aku berdiri di pintunya dan aku berkata kepada hamba lelakinya: Katakan kepada tuan anda: Seorang lelaki daripada Iraq di pintu. Maka aku mendengar seruannya: Masuklah Abdullah bin al-Mughirah. Aku pun masuk. Setelah beliau a.s. melihat kepada ku beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah telah menyahuti doa anda dan telah menunjukkan anda kepada agama anda. Aku berkata: Aku naik saksi bahawa sesungguhnya anda adalah hujah Allah di bumi dan pemegang amanah-Nya di atas makhluk-Nya[132].

Muhammad bin al-Hasan telah memberitahu kami dengan katanya: Dibawa kepada Muhammad bin Musa bin al-Mutawakkil sekeping kertas daripada Abu al-Hasan al-Asadi berkata: Sahal bin Ziad al-Adami telah memberitahu aku bahawa ketika Abdullah bin al-Mughirah mengarang kitabnya, beliau telah berjanji kepada para sahabatnya bahawa beliau akan membacanya kepada mereka di salah satu sudut Masjid. Abdullah mempunyai seorang saudara yang berlainan pemikiran dengannya (mukhalif). Ketika beliau hadir untuk memperdengarkan kitabnya maka saudaranya juga datang dan terus duduk.

Sahal berkata: Abdullah berkata kepada orang ramai: Pulanglah hari ini. Saudaranya berkata: Kemanakah mereka pergi? Sesungguhnya aku datang kerana mereka datang.

Saudaranya berkata: Kenapa mereka telah datang? Abdullah menjawab: Wahai saudaraku! Aku melihat sebagaimana orang yang tidur melihat malaikat sedang turun dari langit. Sahal bertanya: Kenapakah mereka (Malaikat) turun? Seseorang daripada hadirin menjawab: Mereka turun kerana ingin mendengar kitab yang dibacakan Abdullah bin al-Mughirah. Saudaranya berkata: Aku juga datang kerana kitab ini. Sekarang aku bertaubat kepada Allah. Sahal berkata: Abdullah bin al-Mughirah telah mentafsirkan sedemikian[133].


Sa‘d bin Abd al-Malik al-Amawi

Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Kufi al-Khazzaz telah memberitahu aku dengan katanya: Ahmad bin Muhammad bin Sa‘id al-Kufi telah memberitahu aku daripada Ibn Fadhdhal daripada Ismail bin Mihran daripada Abu Masruq al-Nah di daripada Malik bin ‘Atiyyah daripada Abu Hamzah berkata: Sa‘d bin Abd al-Malik datang berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s dalam keadaan menangis sebagaimana menangisnya perempuan. Abu Ja‘far a.s menamakannya Sa‘d al-Khair. Beliau adalah daripada anak Abd al-Aziz bin Marwan.

Sa‘d berkata: Abu Ja‘far berkata kepadanya: Apakah yang membuatkan anda menangis wahai Sa‘d? Dia menjawab: Bagaimana aku tidak menangis. Aku adalah daripada pokok yang dilaknat di dalam al-Qur’an. Maka beliau a.s berkata kepadanya: Anda bukanlah daripada mereka. Anda adalah amawiyyun daripada kami Ahlu l-Bait[134]. Tidakkah anda telah mendengar firman Allah s.w.t yang menceritakan tentang Ibrahim di dalam Surah Ibrahim (14):36 “Maka barangsiapa yang mengikuti ku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan ku”.


Ismail bin Abd al-Rahman al-Ja‘fi

Abu Ghalib Ahmad bin Muhammad al-Zarari berkata: Muhammad bin Sa‘id al-Kufi telah memberitahu aku, berkata: Muhammad ibn Fadhl bin Ibrahim telah memberitahu aku daripada bapanya daripada al-Nu‘man bin ‘Umru al-Ja‘fi berkata: Muhammad bin Ismail bin Abd al-Rahman al-Ja‘fi berkata: Aku dan bapa saudaraku sebelah bapa bernama al-Hasin bin Abd al-Rahman telah datang kepada Abu Abdullah a.s. Maka beliau a.s. pun berkata: Anak lelaki siapakah bersama anda ini?

Dia menjawab: Anak lelaki saudaraku Ismail. Maka beliau a.s berkata: Semoga Allah memberi rahmat kepada Ismail kerana telah melebihi amalan jahatnya. Bagaimana kamu meninggalkannya? Beliau berkata: Dengan sebaik-baik apa yang telah dikurniakan Allah kepada kami kerana mencintai kamu. Kemudian beliau a.s berkata: Wahai Hasin! Janganlah kamu mengecil-ngecilkan kecintaan kepada kami, kerana ia adalah daripada peninggalan yang baik (al-Baqiyat al-Salihat). Beliau berkata: Wahai anak lelaki Rasulullah! Aku bukanlah mengecil-ngecilkannya, tetapi aku memuji Allah di atas dasar kecintaan kepada Ahlu l-Bait a.s[135].


Abu Ahmad Muhammad bin Abu ‘Umair

Beliau berkata: Muhammad bin al-Muhsia al-Sajjad telah memberitahu kami dengan katanya: Ali bin Ibrahim bin Hasyim telah memberitahu kami daripada bapanya berkata: Ibn Abu ‘Umair telah ditahan selama tujuh belas tahun. Maka wangnya sudah tidak ada lagi. Beliau juga telah memberi pinjaman kepada seorang lelaki sebanyak sepuluh ribu dirham.

Beliau berkata: Lelaki itu telah menjual rumahnya dan membayar hutangnya kepada Ibn Abu Umair. Sehubungan dengan itu, Ibn Umair bertanya kepada lelaki itu: Di manakah anda mendapati harta ini; adakah anda telah menemui barang simpanan atau anda telah mewarisinya daripada seseorang? Anda mesti memberitahu aku.

Lelaki itu berkata: Aku telah menjual rumah aku dan berkata: Dhuraih al-Muharibi telah memberitahu aku daripada Abu Abdullah a.s berkata: Seorang lelaki tidak boleh keluar dari tempat lahirnya sedangkan dia berhutang. Aku memerlukan wang tetapi ia bukanlah milik aku[136].

Nama Abu ‘Umair adalah Ziad hamba kepada al-Azadi, orang yang paling dipercayai di kalangan syi‘ah dan umum, paling warak, paling banyak beribadat pada zamannya. Beliau sempat bertemu Musa bin Ja‘far a.s, tetapi tidak meriwayatkan sesuatu daripadanya. Namun demikian dia telah meriwayatkan hadis daripada Abu al-Hasan al-Ridha a.s[137].


Zakaria dan Abu Jarir Zakaria al-Qummiyyain.

Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kami daripada bapanya dan Sa‘d bin Abdullah daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Hamzah bin al-Yas‘ daripada Zakaria bin Adam berkata: Aku datang menemui al-Ridha a.s pada awal malam di Hadathan. Pada masa itu Abu Jarir telah mati. Beliau a.s. bertanya kepada aku mengenai Abu Jarir dan bersimpati ke atasnya. Beliau a.s sentiasa bercakap dengan aku dan aku bercakap dengannya sehingga naik fajar. Kemudian beliau a.s. berdiri dan mengerjakan solat Subuh[138].

Daripadanya daripada bapanya dan Sa‘d daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Muhammad bin Hamzah daripada Zakaria bin Adam berkata: Aku berkata kepada al-Ridha a.s: Sesungguhnya aku ingin keluar daripada keluarga aku kerana ramai mereka yang bodoh.

Beliau a.s berkata: Jangan anda melakukannya kerana penduduk Qum mempertahankan mereka kerana anda sebagaimana dipertahankan penduduk Baghdad kerana Abu al-Hasan a.s[139].

Daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ahmad bin al-Walid daripada Ali bin al-Musayyab berkata: Aku berkata kepada al-Ridha a.s: Rumah aku sangat jauh. Aku tidak boleh datang kepada anda pada setiap masa. Justeru itu, daripada siapakah aku akan mengambil ajaran agama aku? Beliau a.s berkata: Daripada Zakaria bin Adam al-Qummi bersifat amanah terhadap agama dan dunia. Ibn al-Musayyab berkata: Apabila aku pulang, aku datang kepada Zakaria dan aku telah bertanya beliau apa yang aku perlu kepadanya[140].

Ahmad bin Muhammad bin Isa al-Qummi berkata: Abu Ja‘far a.s telah mengutus hamba lelakinya kepada aku bersamanya surat. Beliau a.s. memerintahkan aku supaya datang kepadanya. Aku datang ke Madinah untuk berjumpa dengannya. Abu Ja‘far a.s tinggal di Dar Khan Bazi‘. Aku masuk dan memberi salam kepadanya. Beliau a.s. telah menyebut Safwan, Muhammad bin Sinan kepada aku dan nama orang lain. Aku telah berkata kepada diri aku: Aku akan meminta kasihan belasnya ke atas Zakaria bin Adam dengan harapan beliau a.s menerima apa yang dikatakannya tentang Zakaria. Kemudian aku menarik balik niatku dan berkata kepada diri ku: Siapakah aku untuk membentangkan perkara ini atau seumpamanya kepada tuanku sedangkan beliau a.s. lebih mengetahui apa yang dilakukannya.

Beliau a.s berkata kepada aku: Wahai Abu Ali! Ia bukan seperti Abu Yahya ingin cepat. Dia pernah berkhidmat kepada bapa aku (Al-Baqir a.s.) dan mempunyai kedudukan di sisinya dan di sisiku selepasnya. Bukanlah aku perlu kepada harta (al-Mal) yang ada di sisinya. Muhammad berkata: Aku telah menjadikan diri aku sebagi tebusan anda bahawa Zakaria akan menghantar wang kepada anda. Dia berpesan dengan katanya: Jika aku sampai kepada Abu Ja‘far a.s. maka beritahukan kepadanya bahawa apa yang telah menghalang aku dari menghantar harta itu ialah perselisihan Maimun dan Musafir. Beliau a.s berkata: Bawalah surat aku kepadanya dan perintahkannya menghantar harta kepada aku. Maka aku telah membawa surat itu kepada Zakaria bin Adam, lantas dia mengirim harta tersebut kepada Abu Ja ‘far a.s.[141].

Ja‘far bin Muhammad bin Quluwaih telah memberitahu kami daripada al-Hasan bin al-Bannan daripada Muhammad bin Isa daripada bapanya daripada Ali bin Mahziar daripada sebahagian orang-orang Qum daripada Muhammad bin Ishaq dan al-Hasan bin Muhammad, mereka berdua berkata: Kami telah keluar selepas kematian Zakaria bin Adam untuk mengerjakan haji. Maka kami terjumpa surat (Abu Ja‘far) a.s di sebahagian jalan. Dan apa yang berlaku adalah daripada Qadha’ Allah tentang seorang lelaki yang mati dengan rahmat Allah pada hari beliau dilahirkan, hari beliau dimatikan dan hari beliau akan dibangkitkan.

Zakaria hidup sebagai orang yang arif dengan kebenaran, bersabar, dan berkira untuk kebenaran, melaksanakan apa yang dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya. Beliau mati tanpa belot dan berubah. Allah akan memberi pahala di atas niatnya dan kerjanya. Aku telah menyebut lelaki yang telah diwasiatkan kepadanya tetapi aku tidak menemuinya. Kami mempunyai maklumat mengenainya lebih banyak daripada apa yang kami sebutkan. Iaitu al-Hasan bin Muhammad bin ‘Imran[142].


Al-Mirzaban bin Imran al-Qummi al-Asy‘ari

Ahmad bin Muhammad telah memberitahu kami daripada bapanya daripada Ahmad bin Idris daripada Ahmad bin Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad ibn Isa daripada al-Hasan bin Ali daripada al-Mirzaban bin Imran al-Qummi al-Asy‘ari berkata: Aku berkata kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Aku sedang bertanya anda tentang perkara yang paling penting kepada aku: Adakah aku daripada syi‘ah anda? Beliau a.s berkata: Ya. Al-Mirzaban berkata: Aku bertanya kepada Abu al-Hasan al-Ridha a.s: Adakah nama aku tertulis di sisi anda? Beliau berkata: Ya[143].


Safwan bin Yahya

Muhammad bin Ja‘far al-Muaddib telah menyebutkan bahawa Safwan bin Yahya dipanggil Abu Muhammad adalah hamba kepada Bajilah, Bayya‘ al-Sabiri, orang yang paling dipercayai dan warak pada zamannya di sisi ulama Hadis. Safwan mengerjakan solat sebanyak seratus lima puluh rakaat sehari. Beliau berpuasa selama tiga bulan setahun, mengeluarkan zakat hartanya sebanyak tiga kali setahun. Dia dan Abdullah bin Jundub serta Ali bin Uthman telah membuat perjanjian di Baitu l-Lah al-Haram bahawa jika seorang daripada mereka mati, maka yang hidup akan mengerjakan solatnya, puasanya, hajinya dan zakatnya selama ia masih hidup. Dua sahabatnya itu telah mati dan tinggallah Safwan selepas mereka berdua. Maka Safwan melaksanakan apa yang dia janjikan kepada mereka berdua. Sebahagian jirannya daripada penduduk Kufah di Makkah berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad! Bawalah untuk aku ke rumah dua dinar? Dia berkata kepada mereka: Unta aku sedang mengambil upah sehingga aku menyuruh unta aku melakukannya[144].


Ali bin ‘Ubaidillah bin Ali bin al-Husain A.S 

Ahmad bin Muhammad telah memberitahu aku daripada bapanya daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa daripada Ali bin al-Hakam daripada Sulaiman bin Ja‘far berkata: Ali bin ‘Ubaidillah bin al-Husain bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s telah berkata kepada aku: Aku ingin berjumpa dengan Abu al-Hasan al-Ridha a.s bagi memberi salam kepadanya.

Sulaiman berkata: Apakah yang telah menghalang anda dari melakukannya? Ali berkata: Kemuliaan dan kehibatannya. Sulaiman berkata: Abu al-Hasan a.s. telah menghidap penyakit yang ringan. Orang ramai menziarahinya termasuk diriku. Aku terserempak dengan Ali bin ‘Ubaidillah lalu aku berkata: Apa yang anda kehendaki itu tepat pada masanya. Abu al-Hasan a.s. sedang sakit ringan. Orang ramai menziarahinya. Jika anda mahu berjumpa dengannya, maka inilah harinya.

Sulaiman berkata: Ali bin Abdullah telah menziarahi Abu al-Hasan a.s. Beliau a.s telah menyambutnya dengan penuh kemuliaan. Ali bin Abaidullah begitu gembira dengan sambutan tersebut. Apabila Ali bin Ubaidillah pula jatuh sakit maka Abu al-Hasan a.s menziarahinya pula. Pada ketika itu aku telah berada bersama Ali. Dia duduk bersama Abu al-Hasan a.s sehingga tetamu yang berada di dalam rumahnya keluar[145].

Al-Hasan bin Mahbub daripada Ali bin Hamzah berkata: Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s berkata kepada aku tanpa aku memulakannya: Besok seorang lelaki bernama Ya‘qub dari Maghrib akan berjumpa dengan anda. Dia akan bertanya anda tentang aku. Maka katakan kepadanya: Beliau a.s. adalah imam yang telah diberitahu kepada kami oleh Abu Abdullah a.s. apabila lelaki itu bertanya anda tentang halal dan haram, maka beritahulah kepadanya tentang aku.

Ali bin Hamzah berkata: Aku telah menjadikan diri aku sebagai tebusan anda. Apakah tanda (bentuk fizikalnya)nya? Beliau a.s berkata: Tubuhnya panjang. Jika dia datang, janganlah anda menunjukkannya kepada aku tetapi jika beliau mahu anda menunjukkannya kepada aku, maka lakukanlah.

Ali bin Hamzah berkata: Demi Allah! Ketika aku mengerjakan tawaf, tiba-tiba seorang lelaki panjang tubuhnya datang kepada aku, dan berkata kepada aku: Aku mahu bertanya anda tentang sahabat anda? Aku berkata: Sahabat yang mana? Lelaki itu berkata: Tentang polan dan polan. Ali bin Hamzah berkata: Apakah nama anda? Lelaki itu berkata: Ya‘qub. Ali berkata: Dari manakah anda? Dia berkata: Daripada penduduk Maghrib. Ali berkata: Dari manakah anda telah mengenali aku? Dia berkata: Seorang lelaki datang kepada aku di dalam mimpiku, maka beliau berkata kepada aku: Berjumpalah dengan Ali bin Hamzah dan bertanyalah kepadanya apa yang anda perlu kepadanya. Maka akupun telah bertanya tentang anda dan ditunjukkan kepada aku.

Ali berkata kepadanya: Duduklah di tempat ini sehingga aku menamatkan tawaf aku dan aku akan datang kepada anda insya’ Allah. Aku mengerjakan tawaf, kemudian aku datang kepadanya. Sesungguhnya aku telah bercakap dengan seorang lelaki yang cerdik. Kemudian dia telah meminta aku supaya aku membawanya kepada Abu al-Hasan a.s. Ali memegang tangan lelaki itu dan membawa masuk berjumpa dengan Abu al-Hasan a.s.

Ketika beliau a.s melihatnya, beliau a.s. berkata: Wahai Ya‘qub! Dia menjawab: Labbai-ka. Beliau a.s berkata: Anda telah datang kelmarin dan telah berlaku di antara anda dan saudara lelaki anda perkara yang tidak baik (syarrun) pada suatu tempat. Setelah itu berlaku caci-mencaci antara kamu berdua; ini bukan daripada agama aku dan ini bukan daripada agama bapa-bapa aku. Tiada seorang pun yang memerintah supaya ia dilakukannya. Kamu berdua bertakwalah kepada Allah sahaja tiada sekutu bagi-Nya.

Kamu berdua akan berpisah dengan kematian. Adapun saudara lelaki anda akan mati di dalam perjalanannya sebelum sampai kepada keluarganya. Anda akan menyesal di atas apa yang telah berlaku. Anda telah memutuskan pertalian kerabat. Maka umur kamu berdua dipendekkan. Lelaki tersebut bertanya: Bilakah ajal aku? Beliau a.s. berkata: Ajal anda akan sampai sehingga ibu saudara sebelah bapa anda sampai ke tempatnya. Allah telah memendekkan ajal anda selama dua puluh tahun. Ali berkata: Lelaki itu (Ya‘qub) telah diberitahu bahawa saudara lelakinya mati sebelum sempat sampai di rumahnya. Dia disemadikan di perjalanan[146].


Soalan Abu Hanifah kepada Musa bin Ja‘far dan jawapannya

Beliau berkata: Pada suatu hari Abu Hanifah bertanya kepada Musa bin Ja‘far a.s: Beritahu aku apakah perkara yang lebih dicintai oleh bapa anda gambus atau gitar? Beliau a.s menjawab: Gambus. Beliau a.s. ditanya lagi tentang perkara tersebut. Beliau a.s. menjawab: Beliau (Ja‘far) sukakan gambus dan membenci gitar[147].


Siapa Yang Ada Hajat Kepada Allah dan Ingin Melihat Imam A.S

Abu al-Faraj, daripada Abu Sa‘id Sahl bin Ziad daripada seorang lelaki daripada Abdullah bin Jabalah daripada Abu al-Maghra’ mendengar Musa bin Ja‘far a.s berkata: Sesiapa yang ada hajat kepada Allah mahu melihat kami dan mahu mengetahui tempatnya daripada Allah, maka hendaklah ia mandi tiga malam bermunajat dengan kami. Maka sesungguhnya dia akan melihat kami di dalam tidurnya. Allah akan mengampuninya melalui kami dan tempatnya akan didedahkan kepadanya.

Sayyidi! Aku berkata: Jika seorang lelaki telah melihat anda di dalam tidurnya sedangkan beliau meminum arak? Beliau a.s berkata: Nabidh (arak) bukanlah merosakkan agamanya, sesungguhnya apa yang merosakkan agamanya adalah kerana beliau telah meninggalkan kami Ahlu l-Bait a.s, dan sesungguhnya orang yang paling celaka di kalangan kamu adalah orang yang membohongi kami pada batin dan membenarkan kami pada zahir. Kami adalah anak-anak Nabi Allah, anak-anak Rasulullah s.a.w, anak-anak Amir al-Mukminin a.s dan kekasih Tuhan semesta alam.

Kami adalah anak kunci Kitab, maka dengan kamilah para ulama bercakap, jika tidak, mereka menjadi bisu. Kamilah yang telah mengangkat mercu ketinggian dan kamilah yang telah memperkenalkan kiblat, kamilah Hajr al-Bait (batu Baitu l-Lah). Dengan kamilah Adam diampunkan (bina ghufira li-Adam). Dengan kamilah Ayyub diuji. Dengan kamilah Ya‘qub diuji kehilangan anak-anaknya. Dengan kamilah Yusuf ditahan. Dengan kamilah ditolak bala, dengan kamilah bersinarnya matahari. Kami tertulis di ‘Arasy Tuhan kami: Muhammad adalah sebaik para nabi. Ali adalah penghulu segala wasi, Fatimah adalah penghulu puteri syurga[148]. Aku adalah penamat para wasi. Aku adalah penjaga al-Bab (pintu). Aku adalah sahabat al-Siffin, aku adalah pendendam daripada penduduk Basrah, aku adalah sahabat Karbala’, siapa yang telah mencintai kami dan melepaskan diri daripada musuh kami, maka dia adalah bersama kami, daripada mereka yang dapat berteduh di bayangan yang panjang dan meminum air yang banyak. Hadis ini sangat panjang. Pada akhir riwayatnya dinyatakan: Sesungguhnya Allah telah menyatukan di antara para nabi dan para wasi pada keilmuan dan ketaatan. Dalam hadis riwayat yang lain menyebutkan: Sesungguhnya Dia telah menjadikan kami dua ribu tahun sebelum makhluk lain. Kami telah bertasbih, maka para malaikat ikut bertasbih dengan tasbih kami.

Hadis Abu al-Hasan al-Hadi A.S Bersama Saudaranya Musa bin Muhammad bin Ali bin Musa
Ia adalah hadis yang panjang diriwayatkan oleh Muhammad bin Isa bin ‘Ubaid al-Baghdadi daripada Musa bin Muhammad daripada Ali bin Musa yang telah bertanya kepada Musa bin Muhammad di Baghdad di Dar al-Fatan Musa berkata: Yahya bin Aktham telah menulis kepada aku bertanya aku tentang dua belas masalah. Maka aku pun berjumpa dengan saudara ku (Ali al-Hadi a.s.) dan berkata kepadanya: Aku jadikan diri aku tebusan anda, sesungguhnya Yahya bin Aktham telah menulis kepada ku bertanyakan kepada ku beberapa masalah supaya aku memberi fatwa mengenainya. Maka saudaraku itu ketawa.

Kemudian dia berkata: Adakah anda telah memberi fatwa kepada Yahya? Musa menjawab: Tidak. Saudaranya berkata: Kenapa? Musa menjawab: Aku tidak mengetahuinya. Dia berkata: Apakah ia? Musa berkata: Yahya telah menulis kepada ku sebagaimana berikut:

Pertama: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Naml (27):40 “Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu di dalam al-Kitab: Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu berkelip”. Adakah seorang nabi Allah perlu kepada ilmu Asif?

Kedua: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah Yusuf (12):100 “Dan ia menaikkan kedua ibu bapanya ke atas singgahsana dan mereka merebahkan diri seraya sujud kepadanya” Adakah Ya‘qub dan anak-anaknya telah sujud kepada Yusuf sedangkan mereka adalah para nabi?

Ketiga: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah Yunus (10) :94 “Maka jika kamu (Muhammad) berada di dalam keraguan tentang apa yang kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu”. Siapakah orang yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut? Sekiranya orang yang dimaksudkan itu adalah Rasulullah s.a.w, tidakkah beliau telah mengesyaki apa yang telah diturunkan kepadanya? Dan sekiranya orang yang dimaksudkan itu bukan Rasulullah s.a.w, maka ke atas orang lainkah ayat itu diturunkan?

Keempat: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah Luqman (31) : 27 “Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak habis-habisnya kalimat Allah”. Apakah laut-laut ini? Dan di manakah ia?

Kelima: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Zukhruf (43) :71 “ Di dalam syurga itu terdapat apa yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya ”. Nafsu Adam telah inginkan biji gandum, justeru itu beliau telah memakan dan merasainya, tetapi bagaimana beliau dan isterinya diberi balasan tentangnya sedangkan ia termasuk di dalam apa yang diingini oleh hati?

Keenam: Beritahu aku tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Syura (42) :50 “atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan”. Adakah Allah telah menganugerahkan kepada hamba-hamba-Nya dengan lelaki sedangkan Allah memberi balasan kepada kaum yang telah melakukannya?

Ketujuh: Beritahu aku tentang keharusan penyaksian seorang perempuan sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Talaq(65):2 “Dan saksikanlah dengan dua lelaki yang adil daripada kamu”.

Kelapan: Beritahu aku tentang papak (al-Khuntha ) dan kata-kata Ali mengenainya “Papak diwarisi dari kencingnya” Siapakah yang akan melihat kepada papak apabila dia kencing? Penyaksian jiran terhadap dirinya tidak boleh diterima. Kemungkinan seorang papak itu adalah seorang lelaki sedangkan perempuan melihat kepadanya. Ini adalah perkara yang tidak dihalalkannya. Maka bagaimana ini pula?

Kesembilan: Beritahu aku tentang seorang lelaki yang telah datang kepada sekumpulan kambing, maka dia terlihat seorang penternak melakukan hubungan seks ke atas seekor kambing betina. Apabila pemilik terlihat kepada kejadian itu, maka penternak itu melepaskan kambing itu pergi ke mana-mana bersama-sama kambing-kambing tersebut. Penternak tadi tidak dapat mengenali kambing betina tersebut dan pemiliknya juga tidak mengenali yang mana satu patut disembelihnya?

Kesepuluh: Beritahu aku tentang kata-kata Ali kepada Ibn Jurmuz: “Berilah berita gembira kepada pembunuh Ibn Safiyyah dengan api” Kenapakah beliau a.s. tidak membunuhnya sedangkan beliau a.s. adalah seorang Imam. Sesiapa yang telah meninggalkan satu daripada hudud Allah s.w.t, maka dia telah menjadi kafir melainkan dengan sebab?

Kesebelas: Beritahu aku kenapakah Ahli Siffin dibunuh sama ada yang berhadapan atau yang lari. Sebaliknya di dalam peperangan Jamal mereka yang terluka, mereka yang memasuki mana-mana rumah dan mereka yang telah mencampakkan pedang mereka tidak dibunuh. Mereka juga telah diberi keamanan malah tidak diperintah supaya dilakukan sedemikian. Kenapakah beliau a.s telah melakukan sedemikain? Jika yang pertama betul maka yang kedua adalah salah?

Kedua belas: Beritahu aku tentang solat subuh, kenapa dinyaringkan bacaannya sedang ia daripada solat siang. Sesungguhnya bacaan nyaring adalah di dalam solat malam?

Maka Ali al-Hadi a.s berkata: Tuliskan. aku berkata: Apakah aku akan tulis? Beliau berkata: Tuliskan:

Bismillahi r-Rahmani r-Rahim. Anda telah diilhamkan Allah kecerdikan dan surat anda telah sampai kepada aku. Anda telah menguji kami dengannya, ditambah kedegilan anda untuk mencari jalan bagi mengkritik kami. Walau bagaimanapun Allah akan memberi balasan di atas niat anda dan kami telah menerangkan beberapa masalah yang anda kemukakan kepada kami. Maka tumpulah pendengaran anda kepadanya dan rendahkan fahaman anda untuknya serta tumpukan hati anda sepenuhnya kepadanya. Sesungguhnya aku telah melengkapkan hujah aku wassalam.

Pertama: Anda telah bertanya tentang firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Naml (27):40 “Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu di dalam al-Kitab: Aku akan membawa singgahsana itu sebelum matamu berkelip”. Jawapannya: Dia adalah Asif bin Barkhia. Dalam hal ini, Sulaiman tidak lemah untuk mengetahui apa yang diketahui oleh Asif, tetapi beliau mahu memperkenalkan kepada umatnya yang terdiri daripada Jin. Sulaiman a.s. juga mahu manusia tahu bahawa Asif adalah hujah selepasnya. Apa yang berlaku itu adalah di dalam keilmuan Sulaiman dan beliau telah memberinya kepada Asif dengan perintah Allah. Maka Allah telah memahamkannya tentang perkara tersebut supaya imamahnya tidak dipertikaikan oleh umat sebagaimana Dia telah memahamkan Sulaiman kepada umatnya pada masa hidup Daud bagi membentangkan imamahnya dan kenabiannya selepas Daud bagi menguatkan hujah ke atas makhluk.

Kedua: Mengenai sujud Ya‘qub dan anak-anaknya kepada Yusuf. Jawapannya: Sujud bukanlah untuk Yusuf sebagaimana sujud malaikat kepada Adam yang bukan untuk Adam, malah sujud mereka adalah kerana taat kepada Allah dan menghormati Adam. Lantaran itu, Ya‘qub dan anak-anaknya telah melakukan sujud kerana bersyukur kepada Allah kerana terkumpulnya keluarga mereka. Tidakkah beliau telah berkata di dalam kesyukurannya pada masa itu di dalam Surah Yusuf (12):101“Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian takbir mimpi”

Ketiga: Adapun firman Allah s.w.t di dalam Surah Yunus (10) :94 “ Maka jika kamu (Muhammad) berada di dalam keraguan tentang apa yang kami turunkan kepada mu,maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu”. Jawapannya: Orang yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut adalah Rasulullah s.a.w. tetapi baginda s.a.w. tidak syak apa yang diturunkan kepadanya. Namun mereka yang jahil berkata: Kenapakah Allah tidak mengutus seorang nabi daripada malaikat atau bagaimana Dia tidak membezakan di antaranya dan makhluk-Nya tanpa makan, minum dan berjalan-jalan ke pasar-pasar? Maka Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya s.a.w “maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu” sebagai renungan secara langsung kepada orang-orang jahil. Allah tidak mengutus seorang rasul sebelummu melainkan mereka juga makan dan minum, serta berjalan-jalan di pasar-pasar. Anda menjadi ikutan kepada mereka.

Sesungguhnya Dia berfirman: “jika kamu berada di dalam keraguan” bukan untuk pembahagian kepada syak dan tidak syak sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Ali Imran(3):61“Katakanlah (kepadanya)” Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu wanita-wanita kami dan wanita-wanita kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta” . Jika beliau berkata: Marilah kita bermubahalah dan kami jadikan laknat Allah di atas kamu, maka ianya tidak akan berlaku mubahalah. Sesungguhnya Allah telah mengetahui bahawa Nabi-Nya adalah pelaksana risalah-Nya dan baginda s.a.w. bukanlah daripada golongan pendusta. Demikian juga Nabi s.a.w telah mengetahui bahawa beliau adalah benar apa yang beliau katakan, tetapi beliau mahu menyedarkan mereka dengan dirinya.

Keempat: Mengenai firman firman Allah s.w.t di dalam Surah Luqman (31) : 27 “ Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak habis-habisnya kalimat Allah”. Jawapannya: Demikianlah jika pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sehingga bumi memancarkan mata air, maka tenggelamlah Ashab Taufan, nescaya laut-laut menjadi kering sebelum keringnya kalimat Allah s.w.t.

Iaitu mata air al-Kabrit, mata air al-Yaman, mata air Barhut, mata air al-Tabariyyah, Hammatu Masbadha dipanggil al-Maniyyat, Hammatu Ifriqiyyah dipanggil Baslan, mata air Bahruan dan Bahrun Bahrun; Kamilah kalimaat yang tidak dapat dicapai dan dihitung kelebihan kami (Nahnu al-Kalimaat al-Lati la tudraku Fadha’ilu-na wa la Tustaqsa ).

Kelima: Mengenai syurga yang mengandungi makanan, minuman, tempat bermain dan pakaian yang diingini oleh hati dan dipandang sedap oleh mata, Jawapannya: Allah telah mengharuskan semuanya untuk Adam. Pohon yang dilarang oleh Allah kepada Adam dan isterinya ialah pohon hasad (Syajarat al-Hasad). Dia telah berjanji kepada mereka berdua supaya tidak melihat kepada makhluk-Nya dengan mata hasad tetapi Adam telah terlupa, lalu melihat kepada mereka dengan mata hasad tanpa azam yang mencukupi.

Keenam: Mengenai firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Syura (42) :50 “atau Dia menganugerahkan kedua-dua jenis lelaki dan perempuan ”, Jawapannya: Allah s.w.t akan menganugerahkan kepada lelaki yang taat ialah perempuan bidadari. Jauh sekali Allah maksudkannya seperti yang terdapat di dalam fikiran anda bagi melakukan dosa. Firman-Nya di dalam Surah al-Furqan(25): 68-9 “Barangsiapa yang melakukan sedemikian itu, nescaya dia mendapat pembalasan dosanya, akan dilipatgandakan azab untuknya pada Hari Kiamat dan dia akan kekal di dalam azab itu dalam keadaan terhina”, sekiranya dia tidak bertaubat.

Ketujuh: Mengenai harusnya penyaksian seorang perempuan sahaja sedangkan Allah berfirman di dalam Surah al-Talaq(65):2 “Dan saksikanlah dengan dua lelaki yang adil daripada kamu”, jawapannya: Ianya harus (jaiz) dengan persetujuan. Jika ia tidak disertai persetujuan, maka ia tidak boleh kurang daripada dua orang bagi menyamai seorang lelaki dalam keadaan darurat. Kerana lelaki juga tidak boleh mengambil tempat perempuan. Jika hanya penyaksian seorang perempuan sahaja, maka penyaksiannya diterima bersama sumpahnya (yamini-ha).

Kelapan: Tentang papak (al-Khuntha) dan kata-kata Ali mengenainya “Papak diwarisi dari kencingnya”, jawapannya: Iaitu sebagaimana kata Ali a.s. Kaum yang adil akan melihat kepadanya. Setiap orang daripada mereka akan mengambil cermin dan seorang papak berdiri di belakang mereka dalam keadaan bertelanjang. Kemudian mereka melihatnya di dalam cermin. Mereka akan melihat bayang atau sesuatu yang menyerupainya. Justeru itu, mereka boleh membuat keputusan ke atasnya.

Kesembilan: Adapun seorang lelaki yang telah melihat seorang penternak melakukan hubungan seks ke atas seekor kambing betina. Jawapannya: Jika beliau mengenali kambing itu, maka hendaklah beliau menyembelihnya serta membakarkannya. Jika tidak mengenalinya, maka hendaklah bahagikan kumpulan kambing itu kepada dua bahagian. Jika pengundian itu terjatuh ke atas salah satu bahagian. Maka yang lain itu terselamat. Kemudian hendaklah dipisahkan bahagian yang terkena undian dengan undian yang lain. Bahagian yang lain terselamat. Begitulah seterusnya sehingga tinggal dua ekor kambing betina. Kemudian dibuat undian (Yuqra‘) ke atas salah satu daripada dua ekor kambing betina tersebut. Kambing betina yang terkena undian perlu disembelih dan dibakar. Dengan ini kambing-kambing betina yang lain terselamat.

Kesepuluh: Tentang kata-kata Ali kepada Ibn Jurmuz: “Berilah berita gembira kepada pembunuh Ibn Safiyyah dengan api”. Jawapannya: Ini adalah sabda Rasulullah s.a.w sendiri, bukan hanya kata-kata Ali a.s . Ibn Jurmuz adalah di kalangan mereka yang telah terlibat di dalam peperangan di Nahrawan tetapi Amir al-Mukminin a.s tidak membunuhnya di Basrah, kerana beliau a.s. telah mengetahui bahawa Ibn Jurmuz akan dibunuh di Nahrawan.

Kesebelas: Mengenai soalan anda: kenapakah Ahli Siffin dibunuh sama ada yang berhadapan atau yang lari, sementara di dalam peperangan Jamal mereka yang terluka, mereka yang memasuki mana-mana rumah dan mereka yang telah mencampakkan pedang mereka tidak dibunuh tetapi diberi keamanan, malah tidak diperintah supaya dilakukan sedemikian.

Jawapannya: Kerana Ahli Jamal adalah ketua mereka telah dibunuh. Justeru itu, mereka tidak mempunyai puak untuk dirujukkan. Semua orang telah kembali ke rumah-rumah mereka, tanpa semangat ingin berperang, meninggalkan pengintipan dan tidak menunjukkan penentangan, malah mereka telah meredai penentangan terhadap mereka dihentikan. Lantaran itu, hukumnya adalah hukum menyerah kalah.

Mengenai Ahli Siffin, mereka telah merujuk kepada puak yang sentiasa bersedia dan ketua mereka yang menyediakan kepada mereka berbagai senjata seperti baju besi, lembing dan pedang. Ketua mereka juga menyediakan pemberian dan gaji tertentu, mereka yang terluka dilarikan dan dirawat, kemudian mereka kembali memerangi Ali a.s dan tenteranya. Justeru itu, dua puak; Ahli Jamal dan Ahli Siffin adalah tidak sama di dalam hukum. Jika tidak ada Ali a.s dan hukumannya ke atas Ahli Siffin dan Ahli Jamal nescaya hukuman ke atas penderhaka-penderhaka di kalangan Ahli Tauhid tidak diketahui, tetapi beliau a.s telah menerangkan kesemuanya kepada mereka. Lantaran itu, siapa yang menentangnya, maka pedang dibentangkan ke atasnya atau ia bertaubat daripada perbuatannya.

Kedua belas: Mengenai solat subuh dan kenyaringan bacaan di dalamnya. Jawapannya: Adalah kerana Nabi s.a.w telah mengerjakannya pada akhir kegelapan malam. Lantaran itu, bacaan padanya dikira bacaan pada solat malam. Sesungguhnya aku telah memberitahu anda ke semua soalan anda. Ketahuilah bahawa Allah akan sentiasa menjaga anda dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam[149].


Hadis Hisyam bin al-Hakam dan Pembuktian Kelebihan Ali .A.S

Ahmad bin al-Hasan berkata: Abd al-‘Azim bin Abdullah telah memberitahu kami berkata: Harun al-Rasyid telah berkata kepada Ja‘far bin Yahya al-Barmaki: Sesungguhnya aku ingin mendengar percakapan para mutakallimin tanpa pengetahuan mereka tentang kehadiran aku. Mereka boleh berhujah tentang apa yang mereka mahu. Ja‘far telah memerintah para mutakallimin. Lalu mereka menghadiri majlis di rumahnya. Harun berada di dalam majlis tersebut, mendengar percakapan mereka di balik tabir. Para mutakallimin dan pengerusi majlis serta ahlinya berkumpul menunggu Hisyam bin al-Hakam yang belum datang. Kemudian Hisyam pun datang memakai baju sampai ke lutut dan seluar panjang ke separuh betis. Beliau memberi salam kepada semua secara umum tanpa sesuatu yang khusus kepada Ja‘far.

Seorang lelaki daripada mereka berkata: Kenapa anda mengutamakan Ali ke atas Abu Bakr sedangkan Allah berfirman dalam Surah al-Taubat (9):40 “Sedang dia salah seorang dari dua orang ketika keduanya berada di dalam gua di waktu dia berkata kepada temannya:Janganlah kamu berdukacita (la tahzan) kerana Allah berserta kita”? Hisyam berkata: Beritahu aku tentang dukacitanya Abu Bakr (huznu-hu) pada waktu itu, adakah Abu Bakr telah meredai Allah atau pun tidak? Lelaki yang bertanya tadi terdiam.

Hisyam berkata: Jika anda menyangka bahawa Abu Bakr telah meredai Allah di waktu itu, kenapakah Rasulullah s.a.w telah melarangnya. Baginda s.a.w. berkata kepada Abu Bakr: “Janganlah kamu berdukacita (la tahzan)”. Dalam hal ini, adakah baginda a.s telah melarang Abu Bakr dari mentaati Allah dan meredai-Nya? Jika anda menyangka bahawa Abu Bakr tidak meredai Allah, kenapa anda bermegah dengan sesuatu yang Allah tidak meredainya? Sesungguhnya anda telah mengetahui apa yang telah difirmankan Allah s.w.t ketika Dia berfirman dalam Surah al-Fath(48) : 26 “Lalu Allah menurunkan ketenangan (sakinata-hu) kepada rasul-Nya dan kepada orang-orang mukmin”.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Syurga telah merindu kepada empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, al-Miqdad bin al-Aswad, Ammar bin Yasir dan Abu Dhar al-Ghifari. Aku berpendapat sahabat kami (Ali a.s) telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan (fadhilah) sedangkan sahabat kamu (Abu Bakr) tidak termasuk di dalam hadis tersebut. Justeru itu kami telah melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dalam kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Mereka yang cekal di dalam Islam adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, al-Zubair bin al- ‘Awwam, Abu Dujanah al-Ansari dan Salman al-Farisi. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat anda tidak termasuk. Justeru itu kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dengan kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Para pembaca (al-Qurra’) adalah empat orang: Ali bin Abu Talib, Abdullah bin Mas‘ud, Ubai bin Ka‘ab dan Zaid bin Thabit. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka itu di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat anda tidak termasuk di dalamnya. Justeru itu kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya mereka yang disucikan daripada langit adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru itu, kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu dengan kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya mereka yang baik adalah empat orang: Ali bin Abu Talib a.s, Fatimah, al-Hasan dan al-Husain a.s. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru itu, kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.

Kamu dan kami serta umum telah berkata: Sesungguhnya para syuhada’ adalah empat orang: Ali bin Abu Talib, Ja‘far, Hamzah bin Abu Talib dan Ubaidah bin al-Harith bin Abd al-Muttalib. Aku berpendapat sahabat kami telah termasuk berserta mereka di dalam kelebihan ini sedangkan sahabat kamu tidak termasuk di dalamnya. Justeru itu, kami melebihkan sahabat kami ke atas sahabat kamu di dalam kelebihan ini.

Abd al-‘Azim berkata: Harun telah menggerakkan tabir. Ja‘far memerintah orang ramai supaya keluar, lantas mereka keluar di dalam keadaan ketakutan. Harun telah keluar daripada majlis seraya berkata: Siapakah lelaki ini, demi Tuhan! Aku telah berniat membunuhnya dan membakarnya dengan api[150].


Al-Makmun Meminta Nasihat Ali al-Ridha A.S

Beliau berkata: Al-Makmun telah menulis surat kepada al-Ridha a.s berkata: Berilah nasihat kepada aku, maka beliau a.s telah menulis kepadanya seperti berikut:

Sesungguhnya anda di dunia mempunyai masa

Diterima padanya amalan pelakunya

Tidakkah anda melihat kematian di sekelilingnya

Dirampas daripadanya harapan mereka yang mengharap

Mempercepatkan dosa dengan apa yang anda ingini

Anda mengharap taubat diterima

Kematian mendatangi ahlinya secara mengejut

Apakah amalan seorang yang cekal dan berakal?[151]


Hadis Perkahwinan Anak Perempuan al-Makmun Dengan Abu Ja‘far A.S

Ali bin Ibrahim bin Hasyim secara marfu‘ berkata: Al-Makmun mahu menikahkan Abu Ja‘far Muhammad bin Ali bin Musa a.s akan anak perempuannya Umm al-Fadhl, Ahli keluarganya yang terdekat berkumpul di sekeliling al-Makmun dan berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Kami menyeru anda dengan nama Allah supaya anda mengeluarkan perintah yang kami telah memilikinya dan mencabut daripada kami kemuliaan yang kami telah memakaikannya. Sesungguhnya anda telah mengetahui perkara di antara kami dan keluarga Ali semenjak dulu dan sekarang. Al-Makmun berkata: Diamlah kamu semua. Demi Tuhan! Aku tidak menerima pendapat seseorang daripada kamu dalam urusan ini. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Adakah anda akan menikahkan cahaya mata anda kepada seorang budak (sabiyyyan) yang tidak memahami agama Allah, tidak mengetahui fardu daripada sunat, tidak dapat membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Abu Ja‘far pada masa itu berumur sepuluh atau sebelas tahun. Jika anda bersabar dengannya sehingga beliau belajar peradaban, membaca al-Qur’an, mengetahui yang mana fardu dan yang mana sunat.

Al-Makmun berkata kepada mereka: Demi Allah! Sesungguhnya beliau adalah lebih mendalami agama daripada kamu, lebih alim tentang Allah dan Rasul-Nya, sunatnya dan fardunya, halalnya dan haramnya berbanding kamu. Beliau adalah lebih mengetahui tentang kitab Allah, lebih mengetahui muhkam dan mutasyabihnya, nasikh dan mansuhnya, zahir dan batinnya, khas dan am, takwil dan tanzilnya berbanding kamu. Bertanyalah kepadanya jika perkara itu sebagaimana anda katakan, nescaya aku telah menerima pandangan kamu tentang urusan ini. Namun jika perkara sebagaimana aku katakan, anda mengetahui bahawa lelaki itu adalah lebih baik daripada kamu. Ahli keluarga al-Makmun pun keluar di sisinya dan mengutus kepada Yahya bin Aktham, kadi besar. Mereka menerangkan hajat mereka kepadanya dan berjanji akan memberi hadiah kepadanya jika Yahya bin Akhtam dapat bertanyakan Abu Ja‘far tentang perkara yang beliau a.s tidak tahu untuk menjawabnya di sisi al-Makmun, apabila mereka berkumpul bagi upacara perkahwinannya.

Apabila mereka semua hadir maka Abu Ja‘far a.s juga hadir. Mereka berkata: Wahai Amir al-Mukminin! Ini adalah Yahya bin Aktham sekiranya anda mengizinkannya, maka beliau akan bertanyakan Abu Ja‘far. al-Makmun berkata: Wahai Yahya! Bertanyalah kepada Abu Ja‘far tentang masalah di dalam ilmu fikah supaya kita melihat bagaimanakah kefahamannya.

Yahya berkata: Wahai Abu Ja‘far! Aslaha-ka l-lahu, apakah pendapat anda tentang seorang lelaki di dalam ihram telah membunuh binatang buruan?

Abu Ja‘far a.s berkata: Adakah lelaki itu membunuhnya di dalam ihram atau di luar ihram? Adakah dia seorang yang alim atau seorang yang jahil? Sengaja atau tidak? Seorang hamba atau seorang merdeka? Kecil atau besar? Pertama kali atau mengulang? Daripada jenis burung atau selain daripadanya? Daripada binatang buruan yang kecil atau yang besar? Berterusan ke atasnya atau menyesal? Di waktu malam di sangkarnya atau di siang hari bebas? Di dalam ihram umrah atau haji?

Yahya bin Aktham terpinga-pinga kehairanan dan orang ramai mulai kagum dengan jawapannya, sementara al-Makmun pula lebih bersemangat.

Abu Ja‘far berkata: Wahai Amir al-Mukminin!. Kemudian beliau a.s berkata: Segala puji bagi Allah kerana mengakui akan nikmat-Nya. Tiada tuhan melainkan Allah kerana ikhlas kepada kebesaran-Nya, selawat ke atas Muhammad ketika mengingatinya, adalah kelebihan Allah ke atas manusia yang telah menjadikan mereka kaya dengan perkara yang halal daripada yang haram. Allah berfirman di dalam Surah al-Nur (24) :32 “Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak dari hamba-hamba sahyamu lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui”.

Kemudian Muhammad bin Ali meminang Umm al-Fadhl binti Abdullah dan membayar sebanyak lima ratus dirham sebagai mas kahwin (al-Sadaq). Al-Makmun berkata: Aku telah menikahkan anak perempuan aku kepada anda, adakah anda menerimanya? Abu Ja‘far a.s berkata: Aku menerima perkahwinan ini dengan mas kahwin sebanyak yang tersebut.

Kemudian al-Makmun merayakan majlis tersebut. Orang ramai di semua peringkat menghadirinya, Tiba-tiba kami telah mendengar percakapan seperti ahli pelayaran di dalam soal jawab mereka, sementara pekerja-pekerja sedang menarik bahtera yang dibuat dari perak dengan talinya dari tenungan sutera yang mahal. Mereka merayakan orang-orang kenamaan dengannya, kemudian mereka menolaknya ke tempat umum, orang ramai memuji mereka.

Apabila mereka bersurai, al-Makmun berkata: Wahai Abu Ja‘far? Bolehkah anda menerangkan kepada kami tentang pembunuhan binatang buruan setiap jenis yang anda telah sebutkannya ?

Abu Ja‘far a.s berkata: Ya, wahai Amir al-Mukminin! Sesungguhnya seorang lelaki yang telah membunuh binatang buruan selepas selesai melakukan kerja ihram dan jika binatang itu dari jenis burung yang besar, maka wajib di atasnya menyembelih seekor kambing betina. Jika beliau melakukannya di dalam ihram, maka dendanya berganda. Jika belum menyempurnakan kerja ihram-maka wajib ke atasnya unta. Dan jika beliau membunuh keldai liar (wahsyi) atau burung unta, maka wajib ke atasnya menyembelih unta. Sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau perlu memberi makan enam puluh orang miskin, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau berpuasa lapan belas hari, sekiranya beliau membunuh lembu, maka wajib ke atasnya lembu, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau memberi makan tiga puluh orang miskin, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau berpuasa sembilan hari.

Sekiranya beliau membunuh kijang, maka wajib ke atasnya seekor kambing betina, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau memberi makan sepuluh orang miskin, sekiranya beliau tidak mampu, maka beliau berpuasa tiga hari, sekiranya beliau melakukannya didalam ihram, maka dendanya berganda dan beliau wajib melakukan penyembelihan pada musim haji di Mina sebagai mana orang ramai melakukannya. Sekiranya beliau di dalam umrah, maka beliau melakukan penyembelihan di Makkah dan bersedekah menurut harga binatang yang dibunuhnya sehingga berganda.

Begitu juga sekiranya beliau membunuh arnab, maka wajib ke atasnya bersedekah seekor kambing betina, sekiranya beliau membunuh burung merpati, maka beliau bersedekah dengan satu dirham atau beliau membeli makanan untuk merpati di Makkah, untuk seekor anak ayam adalah satu dirham dan telur adalah satu perempat dirham, adapun perkara selain daripada buruan binatang yang dilakukan dengan kejahilan atau tersalah tidak dikenakan sebarang denda ke atasnya. Setiap apa yang dilakukan oleh seorang hamba, maka kafarahnya dibayar oleh pemiliknya, kerana ia seperti dilakukan oleh pemiliknya. Setiap apa yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum baligh maka tidak dikenakan apa-apa fidyah ke atasnya sekalipun dengan sengaja tetapi Allah akan membalasnya di akhirat.

Jika seorang itu telah membantu atau menunjuk kepada binatang buruan sedangkan beliau masih di dalam ihram, maka ia wajib memberi fidyah dan jika beliau masih berdegil melakukannya selepas membayar fidyah maka ia akan menghadapi balasan di akhirat dan penyesalannya tidak dikira. Jika beliau memburu burung di waktu malam di sarangnya secara tidak sengaja, tidak dikenakan apa-apa fidyah ke atasnya melainkan beliau melakukannya dengan sengaja. Jika beliau memburu binatang di waktu malam atau siang hari, maka wajib ke atasnya fidyah di Mina seperti orang ramai melakukan penyembelihan mereka dan jika beliau di dalam ihram umrah, maka ia melakukan penyembelihannya di Makkah.

Al-Makmun telah memerintahkan supaya dituliskan penerangan tersebut. Kemudian beliau menyeru keluarganya, lalu membacanya kepada mereka dan berkata: Adakah ada di kalangan kamu seorang yang dapat memberi jawapan seperti jawapan ini? Mereka menjawab: Tidak. Demi Tuhan, Kadi pun tidak dapat menjawabnya. Mereka berkata lagi: Wahai Amir al-Mukminin! Anda memang benar dan anda lebih mengetahui mengenainya daripada kami. Aduhai kamu, wahai keluarga aku! Buangkan perangai ini.

Tidakkah kamu mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w telah memberi baiah kepada al-Hasan dan al-Husain sedangkan mereka masih kanak-kanak yang belum baligh, baginda s.a.w. tidak pernah memberi baiah kepada kanak-kanak selain daripada mereka berdua? Atau tidakkah kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Ali telah beriman kepada Nabi s.a.w ketika umur sepuluh tahun? Allah dan Rasul-Nya telah menerima imannya dan tidak menerima iman kanak-kanak yang lain selain daripadanya. Nabi s.a.w tidak pernah menyeru kepada kanak-kanak kepada iman selain daripadanya? Atau tidakkah kamu mengetahui sesungguhnya ia adalah zuriat yang menuruti zuriat awal mereka?

Beliau berkata: Kemudian al-Makmun memerintahkan supaya dihidangkan tiga talam di hadapan Abu Ja‘far, pertama mengandungi kunyit, bauan halus dengan air mawar di bawahnya pula lapisan yang dipenuhi dengan wang kertas. Kedua; satu bekas berisi suapan makanan bagi mereka yang ingin mengambilnya. Ketiga; satu bekas berisi dirham dan dinar. Setelah itu al-Makmun memerintahkan supaya talam yang berisi dengan wang kertas itu dibahagi-bahagikan kepada Bani Hasyim secara khusus dan bekas yang berisi suapan makanan kepada wazir-wazirnya dan bekas yang berisi dengan dirham dan dinar kepada ketua-ketua tenteranya. Al-Makmun sentiasa memuliakan Abu Ja‘far semasa hidupnya sehingga melebihi anak-anaknya sendiri[152].


Pujian Tentang Bandar Qum

Diriwayatkan daripada Ali bin Muhammad al-Askari daripada bapanya daripada datuknya daripada Amir Al-Mukminin a.s berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku diangkat di waktu malam ke langit yang ke empat, aku melihat kepada kubah daripada mutiara yang mempunyai empat tiang dan empat pintu. Semuanya daripada baldu hijau. Aku berkata: Wahai Jibrail! Apakah kubah ini kerana aku tidak melihatnya di langit ke tempat lebih baik daripadanya? Jibrail berkata: Wahai kekasih aku Muhammad! Inilah gambaran bandar yang dinamakan Qum. Hamba-hamba Allah yang beriman akan menunggu Muhammad dan syafaatnya pada hari Kiamat dan hari Hisab. Dukacita dan kesusahan serta perkara-perkara yang tidak diingini akan berlaku ke atas mereka.

Beliau berkata: Aku telah bertanya Ali bin Muhammad al-Askari a.s bilakah mereka menunggu kemenangan (al-faraj)? Beliau a.s. berkata: Apabila keluar air di atas bumi[153].


Hadis Muhammad bin Ali bin Musa al-Ridha A.S dan Bapa Saudaranya Abdullah bin Musa

Ali bin Ibrahim bin Hasyim berkata: Bapa aku telah memberitahu aku berkata: Selepas Abu al-Hasan al-Ridha a.s mati, kami mengerjakan haji, kami datang menemui Abu Ja‘far a.s. Syi‘ah dari setiap negeri sedang menunggu untuk berjumpa dengan Abu Ja‘far a.s, maka bapa saudaranya (‘Ammu-hu) Abdullah bin Musa datang berjumpa dengannya. Beliau adalah seorang syeikh yang agak tua lagi cerdik, sedang memakai kain yang kasar. Di antara dua matanya terdapat kesan sujud. Beliau duduk.

Kemudian Abu Ja‘far keluar dari biliknya memakai pakaian sederhana, berkasut baru warna putih. Abdullah berdiri menyambutnya dan mengucup di antara dua matanya. Semua syi‘ah turut berdiri. Abu Ja‘far a.s duduk di atas kerusi, orang ramai melihat di antara satu sama lain, mereka menjadi tercengang kerana usianya yang masih muda. Seorang lelaki di kalangan mereka segera bertanya bapa saudaranya : Aslaha-ka l-Lahu ! Apakah pendapat anda tentang seorang lelaki yang telah melakukan perkara sumbang kepada binatang (ata bahimatan)? Abdullah menjawab: Anda potong kanannya serta dilakukan hukum had ke atasnya. Jawapan itu menyebabkan Abu Ja‘far a.s memarahinya dan berkata: Wahai bapa saudaraku ! Bertakwalah kepada Allah, bertakwalah kepada Allah, kerana ia adalah perkara yang besar. Bagaimana anda akan berdiri di hadapan Allah s.w.t, dan Dia akan berkata kepada anda: Bagaimana anda memberi fatwa kepada orang ramai apa yang anda tidak mengetahuinya? Bapa saudaranya berkata: Astaghfiru l-Laha, tidakkah bapa anda telah berkata sedemikian mengenainya?

Abu Ja‘far a.s berkata: Sesungguhnya bapa aku ditanya tentang seorang lelaki yang telah menyelongkar kubur seorang perempuan dan mencuri kainnya (nabasya), kemudian dia menyetubuhi mayat itu. Maka bapa aku berkata: Dipotong (jari) kanannya kerana al-Nabasy dan dikenakan had zina, kerana kehormatan mayat sepertilah kehormatan seorang yang hidup. Abdullah berkata: Anda memang benar, wahai sayyidi dan aku mohon taubat kepada Allah, orang ramai terpegun, lalu berkata: Wahai Sayyidana ! Adakah anda membenarkan kami bertanyakan anda? Beliau a.s. berkata: Ya. Lalu mereka bertanya kepadanya beratus soalan di dalam majlis itu. Beliau a.s. memberi jawapannya di dalam majlis tersebut kepada mereka, sedangkan umurnya ketika itu adalah sembilan tahun.


Sebab DiSunatkan Mahar Lima Ratus Dirham

Muhammd bin al-Hasan daripada Ali bin Ibrahim bin Hasyim daripada bapanya daripada Umru bin Uthman al-Khazzaz daripada al-Husain bin Khalid berkata: Aku telah bertanya Abu al-Hasan Musa bin Ja‘far a.s tentang mahar. Bagaimana ia disunatkan menjadi lima ratus dirham? Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas diri-Nya bahawa jika seorang mukmin bertakbir seratus kali, bertasbih seratus kali, bertahmid seratus kali, bertahlil seratus kali, dan berselawat ke atas Muhammad dan keluarganya seratus kali, kemudian dia berkata: Wahai Tuhanku! Kahwinlah aku dengan bidadari, maka Allah akan mengahwinkannya dengan bidadari. Lalu Dia menjadikannya (lima ratus) sebagai maharnya. Allah telah mewahyukan kepada Nabi-Nya supaya menjadikan mahar mukminat (sanna mahra al-Mukminat) adalah lima ratus dirham. Rasulullah s.a.w telah melakukannya[154].


Sebab Pengharaman Arak, Bangkai, Darah dan Daging Khinzir

Muhammad bin Abdullah daripada sebahagian sahabatnya berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s: Kenapakah Allah mengharamkan arak (al-Khamr), bangkai, darah dan daging khinzir?

Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya Allah tidak mengharamkan demikian itu ke atas hamba-hamba-Nya dan menghalalkan mereka selain daripadanya kerana menyukai apa yang diharamkan ke atas mereka dan tidak kerana menakutkan mereka mengenai apa yang Dia menghalalkan kepada mereka, tetapi Allah telah menjadikan makhluk. Allah mengetahui susunan badan mereka. Justeru itu, apa yang mendatangkan kebaikan kepada mereka, maka Allah menghalalkannya sebagai kurniaan-Nya kepada mereka kerana kepentingan mereka. Allah juga mengetahui apa yang akan memudaratkan mereka, lalu Dia melarang mereka darinya dan mengharamkannya. Namun begitu, Allah mengharuskannya bagi orang yang terpaksa (al Mudhttarri), dan menghalalkannya waktu badan mreka tidak boleh berdiri melainkan dengan benda haram itu.

Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya mereka mengambil sekadar yang memadai dan tidak boleh lebih daripada itu. Kemudian beliau a.s. berkata: Adapun bangkai, tidak seorang pun akan mendekatinya dan tidak seorang pun yang akan memakannya melainkan tubuhnya menjadi lemah dan badannya menjadi kurus serta hilang kekuatannya. Orang yang memakan bangkai akan menyebabkan terputus keturunan dan akan mati secara mengejut. Adapun darah, maka ia akan mewarisi penyakit kuning, mulut menjadi panas, angin menjadi busuk, memburukkan akhlak, mengidap penyakit anjing gila, keras hati, kurang kasihan belas dan rahmat sehingga beliau mungkin membunuh anak lelakinya dan kedua-dua ibu bapanya.

Beliau juga boleh melakukannya terhadap saudara terdekatnya atau sahabatnya. Adapun daging khinzir, kerana Allah telah mengubah satu kaum di dalam bentuk khinzir, kera, dan beruang. Lantaran itu, Dia melarang memakan binatang seumpamanya supaya mereka tidak mengambil faedah daripadanya dan meringan-ringankan pembalasannya. Adapun arak, sesungguhnya Allah mengharamkannya kerana perbuatan dan keburukan peminum. Beliau a.s. berkata: Sesungguhnya penagih arak adalah seperti penyembah berhala. Ia akan membuatkannya gementar, hilang kekuatannya dan rosakan maruah. Ia juga akan menyebabkan perbuatan perkara haram seperti menumpahkan darah, melakukan perzinaan terutaman ketika mabuk, akan melakukan perkara yang haram.


Referensi:

[115] al-Kasyi, al-Rijal, hlm. 48, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 629.
[116] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 632.
[117] Ibn al-Syaikh, al-Amali, hlm.103.
[118] Ilmu tentang bencana.
[119] Ilmu tentang kematian.
[120] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, ix, 633.
[121] Ibid.
[122] Ibid.
[123] Ibid.
[124] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.44, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 432.
[125] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 657-8.
[126] Ibid.
[127] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, viii, 522.
[128] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, x, 105.
[129] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 33.
[130] Ibid , 98.
[131] Al-Kulaini, al-Kafi, iv, 465,al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 284.
[132] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.365, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 12.
[133] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 285.
[134] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 97.
[135] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 206.
[136] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 82.
[137] Ibid.
[138] Ibid.
[139] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.366.
[140] Ibid.
[141] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.367, al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 82.
[142] Ibid.
[143] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii , 80-81.
[144] Ibid.
[145] Al-Kasyi, al-Rijal, hlm.365.
[146] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xi, 241.
[147] Ibid, xi, 286.
[148] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, vii, 336.
[149] Al-Hasan bin Ali bin Syu‘bah al-Harrani, Tuhaf al-‘Uqul, 476.
[150] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, iv, 160.
[151] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xii, 32.
[152] Al-Mas‘udi, Fi Ithbat al-Wasiyyah, hlm.169.
[153] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, xiv, 337.
[154] Al-Majlisi, Bihar al-Anwar, v, 376.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: