Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 98, 99, 100 dan 101)

Al-Kafi (Usul Al-Kafi Kitab Al-Hujjah) Terjemahan Bahasa Indonesia (Bagian 98, 99, 100 dan 101)

Written By Unknown on Jumat, 09 Maret 2018 | Maret 09, 2018


Bab 98

Sesungguhnya Jin Mendatangi Mereka Dan Bertanya Mereka Tentang Tanda-Tanda Agama Dan Merujuk Kepada Mereka A.S (anna al-Jinn ya'tii-him fa-yasaluuna-hum 'an ma'aalimi diini-him wa- yatawajjahuun fi umuuri-him)

(600)-1. Sebahagian sahabat kami, daripada Muhammad bin Ali, daripada Yahya bin Musawir, daripada Sa'd al-Askaf berkata: Aku telah mendatangi Abu Ja'far a.s pada suatu tempat, lalu beliau a.s mulai berkata: Janganlah anda gopoh sehinggalah [sinaran] matahati mengenaiku. Aku mulai mengikuti kebenaran[kata-kata]nya. Tidak lama selepas itu, satu golongan telah keluar ke atasku, mereka sepertilah belalang berwarna kuning memakai jubah yang menunjukkan ibadat mereka, beliau telah berkata: Demi Allah, kecantikan bentuk mereka masih aku ingati. Manakala aku telah datang kepadanya, beliau telah berkata kepadaku: Adakah anda fikir aku mengasihani anda? Aku telah berkata: Ya, demi Allah, aku telah mengingati satu golongan yang telah melalui di [hadapan] aku yang mana aku tidak pernah melihat kaum secantik mereka dengan pakaian seorang lelaki. Warna mereka seperti belalang kuning, menunjukkan ibadat mereka, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Sa'd, anda telah melihat mereka? Aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah berkata: Mereka itu saudara-saudara anda daripada Jin, maka aku telah berkata: Mereka datang kepada anda? Beliau a.s telah berkata: Ya, mereka datang kepada kami, bertanya kami tentang tanda-tanda agama, halal dan haram mereka.

(601)-2. Ali bin Muhammad, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Ali bin Hassan, daripada Ibrahim bin Isma'il, daripada Ibn Jabal, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Kami telah berada di pintu [rumah]nya, tiba-tiba satu golongan telah keluar di hadapan kami seperti golongan Hindu memakai kain sarong dan kain sebai, lalu kami bertanya Abu Abdillah a.s tentang mereka, maka beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah saudara-saudara kamu daripada jin.

(602)-3. Ahmad bin Idris dan Muhammad bin Yahya, daripada al-Hasan bin Ali al-Kufi, daripada Ibn Fadhdhal, daripada sebahagian daripada sahabat kami, daripada Sa'd al-Askaf berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s, aku mahu izinnya, tiba-tiba unta merayau-rayau di pintu[rumahnya] dan suara-suara[nya] telah meninggi, kemudian satu golongan yang berserban telah keluar, mereka seperti Hindu[kehitaman]. Beliau telah berkata: Aku telah datang kepada Abu Ja'far a.s dan aku telah berkata: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, [minta] izin anda kepadaku telah terlewat pada hari ini dan aku telah melihat satu golongan yang berserban telah keluar ke dihadapanku, lalu aku memerhatiikan mereka. Maka beliau a.s telah berkata: Adakah anda mengetahui siapakah mereka itu, wahai Sa'd? Aku telah berkata: Tidak, maka beliau a.s telah berkata: Mereka itu adalah saudara-saudara kamu daripada jin mendatangi kami, lalu mereka bertanya kami tentang halal, haram dan tanda-tanda agama mereka.

(603)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ibrahim bin Abi al-Bilad, daripada Sudair al-Sairafi berkata: Abu Ja'far a.s telah menyuruhku pergi ke Madinah kerana beberapa hajat untuknya, maka akupun telah keluar. Manakala aku berada di antara jalan di al-Rauhaa' di atas kenderaanku, tiba-tiba seorang lelaki sedang mengibarkan kainnya. Beliau telah berkata: Aku telah cenderung kepadanya dan aku telah menyangka bahawa beliau sedang dahaga, lalu aku telah memberikan kepadanya bekas air, maka beliau telah berkata kepadaku: Aku tidak berhajat kepadanya dan ambillah surat ini yang mana tanahnya masih lembab, maka beliau telah berkata: Manakala aku telah melihat kepada capnya , tiba-tiba ia adalah cap Abu Ja'far a.s, maka aku telah berkata: Bilakah janji anda dengan tuan surat ini?

Beliau telah berkata: Sekarang dan di dalam surat itu banyak perkara yang beliau a.s telah menyuruhku melaksanakannya. Kemudian akupun berpaling, maka aku dapati tiada seorangpun di sisiku. Beliau telah berkata: Kemudian Abu Ja'far a.s telah datang, maka aku telah berjumpa dengannya dan berkata kepadanya: Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, seorang lelaki telah datang kepadaku dengan surat anda dan tanahnya masih lembab, lalu beliau a.s telah berkata: Wahai Sudair, sesungguhnya kami mempunyai khadam daripada jin, maka apabila kami mahu [sesuatu dilaksanakan dengan] cepat, kami mengutus mereka.

Di dalam riwayat yang lain beliau telah berkata: Sesungguhnya kami mempunyai pengikut-pengikut daripada jin sebagaimana kami mempunyai pengikut-pengikut daripada manusia, maka apabila kami mahu sesuatu, kami mengutus mereka.

(604)-5. Ali bin Muhammad dan Muhammad bin al-Hasan, daripada Sahl bin Ziyad, daripada orang yang beliau telah menyebutnya, daripada Muhammad bin Jahrasy berkata: Hakimah binti Musa telah meriwayatkan kepadaku, berkata: Aku telah melihat al-Ridha a.s berdiri di pintu al-Hatab sedang bermunajat, tetapi aku tidak melihat seseorangpun [bersamanya], maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, kepada siapakah anda bermunajat?

Maka beliau a.s telah berkata: Ini adalah 'Amir al-Zahraa'i telah datang bertanya dan mengadu kepadaku, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, aku suka mendengar percakapannya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Sesungguhnya jika anda mendengarnya, nescaya anda akan demam setahun, maka aku telah berkata: Wahai sayyidi, aku suka mendengarnya, maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Dengarlah, maka akupun telah minta untuk mendengarnya, maka aku telah mendengar[nya] seperti bunyi-bunyian yang ditiup (al-Safir), lalu aku terkena demam dan aku telah demam selama setahun.

(605)-6. Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Hasan, daripada Ibrahim bin Hasyim, daripada 'Amru bin Uthman, daripada Ibrahim bin Ayyub, daripada 'Amru bin Syamar, daripada Jabir, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Manakala Amir al-Mukminin a.s di mimbar masjid, tiba-tiba seekor ular telah datang dari sudut salah satu daripada pintu-pintu masjid, lantas orang ramai ingin membunuhnya, maka Amir al-Mukminin a.s telah memerintahkan mereka supaya menahan diri mereka[dari melakukannya], lalu ular itu berjalan sehingga berakhir di mimbar.

Kemudian ia memanjangkan tubuhnya, lalu ia memberi salam kepada Amir al-Mukminin a.s, maka Amir al-Mukminin a.s telah menunjukkannya supaya ia "berdiri" sehingga beliau a.s selesai daripada khutbahnya.

Manakala beliau a.s telah selesai daripada khutbahnya, maka beliau a.s berpaling kepadanya dan berkata: Siapakah anda? Ia berkata: 'Umru bin Uthman, khalifah anda ke atas jin, sesungguhnya bapaku telah mati dan ia telah berpesan kepadaku supaya aku datang kepada anda untuk mengetahui pendapat anda dan sesungguhnya aku telah datang kepada anda, wahai Amir al-Mukminin, justeru apakah yang anda akan menyuruh aku [untuk melakukannya] dan apakah pendapat anda?

Maka Amir al-Mukminin a.s telah berkata kepadanya: Aku berpesan kepada anda supaya bertakwa kepada Allah dan anda pulang untuk mengganti tempat bapa anda kepada jin, maka anda adalah khalifah aku ke atas mereka. Beliau telah berkata: 'Amru telah mengucapkan selamat berpisah kepada Amir al-Mukminin dan pulang, maka ia adalah khalifahnya kepada jin. Maka aku telah berkata kepadanya (al-Ridha a.s): Aku telah menjadikan diriku tebusan anda, 'Amru akan mendatangi anda dan adakah ia wajib ke atasnya? Beliau a.s telah berkata: Ya.

(606)-7. Ali bin Muhammad, daripada Salih bin Abi Hammad, daripada Muhammad bin Uramah, daripada Ahmad bin al-Nadhar, daripada al-Nu'man bin Basyir berkata: Aku telah bersahabat dengan Jabir bin Yazid al-Ju'fi, manakala kami di Madinah, beliau telah datang kepada Abu Ja'far a.s dan mengucapkan selamat tinggal kepadanya dan beliau telah keluar dari sisinya di dalam keadaan gembira sehingga kami melintasi al-Ukhairajah-rumah pertama dari Faid ke Madinah-pada hari Jumaat, kemudian kami telah mengerjakan sembahyang al-Zawal (Zuhur dan Asar).

Manakala unta kami bangun, tiba-tiba aku berdepan dengan seorang lelaki yang berbadan panjang bersamanya surat (kitab), lalu Jabir telah mengambilnya daripadanya, lalu mengucupnya (surat) dan meletakkannya di dalam pengawasannya, tiba-tiba surat itu adalah daripada Muhammad bin Ali kepada Jabir bin Yazid dan di atasnya tanah hitam yang masih lembab, maka beliau telah berkata kepadanya: Bilakah janji anda dengan sayyidi? Beliau telah berkata: Sekarang, maka beliau telah berkata kepadanya: Sebelum sembahyang atau selepas sembahyang? Beliau telah berkata: Selepas sembahyang, lalu beliau memecahkan capnya, mula membacanya dengan penuh perhatian sehingga beliau selesai membacanya. Kemudian beliau telah memegang surat itu, maka aku tidak melihatnya tersenyum dan gembira sehingga beliau telah sampai di Kufah. Manakala kami telah sampai di Kufah pada waktu malam, maka akupun tidur. Apabila aku telah bangkit, maka aku telah datang kepadanya kerana menghormatinya, tetapi aku telah mendapatinya telah keluar daripadaku dan pada tengkuknya digantung notis kecil.

Beliau telah menggantungkannya dan beliau telah memanjat batang kayu seraya berkata: "Aku mendapati Mansur bin Jumhur sebagai amir yang tidak diperintahkan" dan beberapa bait syair seumpama ini, lalu beliau melihat pada mukaku dan akupun melihat kepada mukanya, tetapi beliau tidak berkata sesuatupun kepadaku dan aku tidak berkata sesuatupun kepadanya dan aku mulai menangis. Manakala aku telah melihatnya, beliau telah datang kepadaku bersama kanak-kanak dan orang ramai. Beliau telah datang dan memasuki al-Rahbah (perkarangan masjid).

Beliau mulai berpusing-pusing bersama kanak-kanak dan orang ramai pula berkata: Jabir bin Yazid telah dirasuk oleh jin, demi Allah, beberapa hari telah berlalu sehingga sepucuk surat telah sampai daripada Hisyam bin 'Abd al-Malik kepada walinya: Carilah seorang lelaki dipanggil: Jabir bin Yazid al-Ju'fi, potonglah kepalanya dan hantarlah kepalanya kepadaku" Beliau telah berpaling kepada kawan-kawannya, lalu berkata kepada mereka: Siapakah Jabir bin Yazid al-Ju'fi? Mereka telah berkata: Aslaha-ka llahu, beliau dahulunya adalah seorang yang berilmu dan berkebolehan dan [bijak ilmu] hadis.

Beliau telah mengerjakan haji, kemudian dirasuk oleh jin, beliau di al-Rahbah bersama kanak-kanak di atas sebatang kayu sedang bermain bersama mereka, berkata: Beliau telah memerhatikannya, tiba-tiba beliau bersama kanak-kanak sedang bermain-main di atas sebatang kayu, maka beliau telah berkata: Segala puji bagi Allah yang telah memaafkan aku daripada membunuhnya, beliau telah berkata: Tidak berlalu beberapa hari sehingga Mansur bin Jumhur telah datang ke Kufah dan melaksanakan apa yang dikatakan oleh Jabir (membunuhnya).


Bab 99

Tentang Para Imam A.S Sesungguhnya Mereka Apabila Urusan Mereka Terserlah, mereka Menghukum Dengan Hukuman Daud Dan Keluarga Daud Dan Mereka Tidak Bertanya Saksi, Di Atas Mereka Salam [rahmat dan Keredaan] (fi al-Aimmati a.s anna-hum idha zahara amru-hum hakamuu bi-hukmi Daud wa-aali Daud wa-la yas'aluuna al-Bayyinata, a.s wa al-Rahmat wa al-Ridhwaan)

(607)-1. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Abi 'Umair, daripada Mansur, daripada Fadhl al-A'war, daripada Abu 'Ubaidah al-Hadhaa' berkata: Kami telah berada pada zaman Abu Ja'far a.s ketika beliau mati, kami telah menjadi ragu-ragu seperti kambing tanpa pengembala, lalu kami telah berjumpa dengan Salim bin Abi Hafsah, maka beliau telah berkata kepadaku: Wahai Abu 'Ubaidah, siapakah imam anda? Maka aku telah berkata: Para imamku adalah keluarga Muhammad, lalu beliau telah berkata: Anda telah binasa dan membinasakan [orang lain], tidakkah anda dan aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mati dan tiada di atasnya imam, maka beliau telah mati seperti mati jahiliyah"?

Aku telah berkata: Ya, demi Allah, sesungguhnya ia telah berlaku sebelum tiga [hari kematiannya], aku telah datang kepada Abu Abdillah a.s, maka Allah telah memberi pencerahan ilmu, maka aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Sesungguhnya Salim telah berkata kepadaku begitu dan begini, maka beliau a.s telah berkata: Wahai Abu 'Ubaidah, seorang daripada kami tidak akan mati sehingga beliau meninggalkan selepasnya seorang yang akan beramal dengan amalannya dan berjalan dengan perjalanannya dan akan menyeru [orang ramai] kepada apa yang beliau telah menyeru [mereka] kepadanya, wahai Abu 'Ubaidah, sesungguhnya Dia tidak akan menegah apa yang diberikan kepada Daud itu akan diberikan kepada Sulaiman, kemudian beliau a.s telah berkata: Wahai Abu 'Ubaidah, apabila tibanya al-Qaim keluarga Muhammad, beliau akan menghukum dengan hukuman Daud dan Sulaiman tanpa bertanya saksi (keterangan).

(608)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Muhammad bin Sinan, daripada Abban berkata: Aku telah mendengar Abu Abdillah a.s telah berkata: Dunia tidak akan hilang sehingga keluar seorang lelaki daripada kami yang akan menghukum dengan hukuman keluarga Daud dan beliau tidak akan bertanya saksi, beliau akan memberi setiap jiwa akan haknya.

(609)-3. Muhammad, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada 'Ammar al-Sabitiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Dengan apakah kamu akan menghukum apabila kamu menghukum? Beliau a.s telah berkata: Dengan hukum Allah dan hukum Daud. Justeru, apabila sesuatu datang kepada kami dan yang bukan dari sisi kami, roh kudus akan datang kepada kami bagi menyelesaikannya .

(610)-4. Muhammad bin Ahamd, daripada Muhammad bin Khalid, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada 'Umraan bin A'yaan, daripada Ju'aid al-Hamadaani, daripada Ali bin al-Husain a.s, berkata: Aku telah bertanya beliau dengan hukum manakah kamu menghukum? Beliau a.s telah berkata: Dengan hukum keluarga Daud, tetapi jika sesuatu yang menyusahkan kami, roh kudus akan datang kepada kami bagi [menyelesaikan]nya.

(611)-5. Ahmad bin Mihran rahimahu llahu, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Mahbub, daripada Hisyam bin Salim, daripada 'Amamr al-Sabitiy berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apakah kedudukan para imam? Beliau a.s telah berkata: Kedudukan mereka sepertilah kedudukan Dhu al-Nuun, seperti kedudukan Yusya', seperti kedudukan Aasif sahabat Sulaiman, beliau telah berkata: Dengan apakah kamu menghukum? Beliau a.s telah berkata: Dengan hukum Allah, hukum keluarga Daud, hukum keluarga Muhammad s.a.w dan roh kudus akan datang kepada kami bagi [menyelesaikan]nya.


Bab 100

Sesungguhnya Sumber Ilmu Adalah Daripada Rumah Keluarga Muhammad A.S (anana mustaqa al-'Ilm min bait aali Muhammad a.s)

(612)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Mahbub berkata: Yahya bin Abdillah Abi al-Hasan Sahib al-Dailam telah memberitahu kepadaku, berkata: Aku telah mendengar Ja'far bin Muhammad a.s telah berkata-di sisinya beberapa orang daripada ahli Kufah-: Aneh bagi orang ramai kerana mereka telah mengambil ilmu mereka semuanya daripada Rasulullah s.a.w, lalu mereka telah beramal dengannya, mendapat petunjuk dan mereka pula melihat bahawa Ahlu l-Baitnya tidak mengambil ilmunya. Kami adalah Ahlu l-Baitnya dan zuriatnya, pada rumah-rumah kamilah turunnya wahyu dan dari sisi kamilah ilmu telah keluar kepada mereka, adakah mereka melihat bahawa mereka telah mengetahui dan mendapat petunjuk sedangkan kami telah jahil dan sesat, sesungguhnya ini adalah mustahil.

(613)-2. Ali bin Muhammad bin Abdillah, daripada Ibrahim bin Ishaq al-Ahmar, daripada Abdillah bin Hammad, daripada Sabah al-Mazni, daripada al-Harith bin Hasirah, daripada al-Hakam bin 'Utaibah berkata: Seorang lelaki telah berjumpa dengan al-Husain bin Ali a.s di Tha'labiyyah di dalam perjalanannya ke Karbala', lalu beliau telah datang dan memberi salam kepadanya, maka al-Husain a.s telah berkata kepadanya: Dari negeri mana anda [datang]? Beliau telah berkata: Dari ahli Kufah, beliau a.s telah berkata: Adapun kemudian daripada itu, demi Allah, wahai saudara ahli Kufah, jikalaulah aku telah berjumpa dengan anda di Madinah, nescaya aku telah memperlihatkan kepada anda kesan Jibrail a.s di rumah kami dan turunnya dia dengan wahyu ke atas datukku, wahai saudara ahli Kufah, adakah sumber ilmu orang ramai dari sisi kami, maka mereka telah mengetahui[nya] sedangkan kami telah jahil? Ini tidak boleh terjadi.


Bab 101

Tidak Ada Sesuatu Kebenaran Di Tangan Manusia Melainkan Apa Yang Telah Keluar Dari Sisi Para Imam A.S. Dan Sesungguhnya Setiap Sesuatu Yang Tidak Keluar Dari Sisi Mereka, Maka Ia Adalah Batil (anna-hu laisa sya'un min al-Haq fi yadi al-Naasi illa ma kharaja min 'indi al-Aimmati a.s wa-anna kulla syai'in lam yakhruj min 'indi-him fa-huwa baatilun)

(614)-1. Ali bin Ibrahim bin Hasyim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus, daripada Ibn Maskan, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Tidak ada di sisi seorang daripada manusia hak, tidak ada ketepatan dan tidak ada seorang daripada manusia menghukum dengan hukuman yang benar melainkan apa yang telah keluar daripada kami Ahlu l-Bait. Dan apabila urusan mereka telah berbeza, kesalahan adalah daripada mereka dan ketepatan adalah daripada Ali a.s.

(615)-2. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr, daripada Muthanna, daripada Zurarah berkata: Aku telah berada di sisi Abu Ja'far a.s, maka seorang lelaki dari ahli Kufah bertanya kepadanya tentang kata-kata Amir al-Mukminin a.s: Tanyalah aku apa yang kamu mahu, maka janganlah kamu bertanyaku tentang sesuatu melainkan aku menceritakan kepada kamu tentangnya" Beliau a.s telah berkata: Tidak ada seorang di sisinya ilmu tentang sesuatu melainkan ia telah keluar di sisi Amir al-Mukminin a.s, hendaklah manusia pergi ke mana mereka mahu, demi Allah, tidak ada urusan melainkan dari sini dan beliau telah menunjukkan dengan tangannya ke arah rumahnya.

(616)-3. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Wasyaa'. Daripada Tha'labah bin Maimun, daripada Abi Maryam berkata: Abu Ja'far a.s telah berkata kepada Salmah bin Kahil dan al-Hakam bin 'Utbah: Timur dan barat kamu berdua tidak akan mendapati ilmu yang betul (sahih) melainkan ia telah keluar dari sisi kami Ahlu l-Bait.

(617)-4. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada al-Husain bin Sa'id, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Mu'alla bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Beliau telah berkata kepadaku: Sesungguhnya al-Hakam bin 'Utaibah adalah di kalangan mereka yang telah difirmankan oleh Allah: "Di antara mereka ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari Kemudian, pada hal mereka itu sesungguhnya bukan mereka yang beriman" Lantaran itu, hukum sama ada di timur atau di barat, demi Allah, tidak akan menepati ilmu melainkan daripada Ahlu al-Bait yang mana Jibrail telah turun ke atas mereka.

(618)-5. Ali bin Ibrahim, daripada Salih al-Sindi, daripada Ja'far bin Basyir, daripada Abban bin Uthman, daripada Abu Basir berkata: Aku telah bertanya Abu Ja'far a.s tentang penyaksian (syahadah) anak zina adakah ia harus (mubah))? Beliau a.s telah berkata: Tidak, maka aku telah berkata: Sesungguhnya al-Hakam bin 'Utaibah telah menyangka bahawa ia adalah harus. Lantas beliau a.s telah berkata: Wahai Tuhanku, janganlah Engkau mengampuni dosanya, Allah telah berfirman kepada al-Hakam: "Sesungguhnya al-Qur'an itu adalah sebagai peringatan bagimu dan bagi kaummu" Hendaklah al-Hakam pergi ke kanan dan ke kiri, demi Allah, ilmu tidak diambil melainkan daripada Ahlu l-Bait yang mana Jibrail telah turun ke atas mereka.

(619)-6. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada al-Husain bin al-Hasan bin Yazid, daripada Badr, daripada bapanya berkata: Salam Abu Ali al-Khurasani telah memberitahu kepadaku, daripada Salam bin Sa'id al-Makhzumi berkata: Manakala aku sedang duduk di sisi Abu Abdillah a.s, tiba-tiba 'Ubbad bin Kathir, ahli ibadat Basrah dan Ibn Syuraih, fakih ahli Makkah, telah datang kepadanya. Dan di sisi Abu Abdillah a.s adalah Maimun al-Qaddah Maula Abu Ja'far a.s. Maka 'Ubbad bin Kathir telah bertanya beliau a.s, maka beliau telah berkata: Wahai Abu Abdillah a.s, pada berapa kainkah Rasulullah s.a.w telah dikapan? Beliau a.s telah berkata: Pada tiga kain: Dua kain biasa dan satu kain pembungkus.

Seolah-olah beliau a.s telah memperbodoh-bodohkan 'Ubbad bin Kathir tentang perkara itu, maka beliau a.s telah berkata lagi: Sesungguhnya pohon kurma Maryam a.s adalah jenis baik ('ajwah) dan telah diturunkan dari langit (asli). Justeru, apa yang telah tumbuh daripada asalnya dipanggil 'ajwah dan apa yang diambil di merata-rata tempat dipanggil pungutan (luqat). Apabila mereka telah keluar dari sisinya, 'Ubbad bin Kathir telah berkata kepada Ibn Syuraih: Demi Allah, aku tidak mengerti apakah perumpamaan yang telah dikemukakan kepadaku oleh Abu Abdillah?

Maka Ibn Syuraih berkata: Kanak-kanak ini telah memberitahu kepada anda bahawa beliau adalah daripada mereka, lalu beliau telah bertanya kepadanya, maka Maimun telah berkata: Tidakkah anda mengetahui apakah beliau telah katakan kepada anda? Beliau telah berkata: Tidak, demi Allah, beliau telah memberi perumpamaan kepada anda seperti dirinya, beliau menceritakan kepada anda bahawa beliau adalah anak lelaki daripada anak lelaki Rasulullah s.a.w (keturunannya) dan ilmu Rasulullah s.a.w adalah di sisi mereka. Justeru, apa yang telah datang dari sisi mereka, maka ia adalah bertepatan (sawab) dan apa yang telah datang dari selain daripada mereka adalah pungutan (luqat) .

(Dokumen-ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: