Silaturahim (bahasa Arab: صِلَةُ الرَّحِمِ) adalah interaksi dan pertemuan dengan keluarga untuk saling membantu dan mempereratkan persaudaraan dan hubungan kerabat. Menjalin hubungan silaturahim merupakan salah satu bentuk akhlak Islami yang ditegaskan dalam al-Quran dan banyak hadis. Mereka yang meninggalkan silaturahim disebut dalam al-Quran sebagai golongan perosak dan yang mendapatkan laknat Allah swt . Dalam sejumlah riwayat juga disebutkan silaturahim sebagai salah satu amalan terbaik setelah iman, yang pertama membela di hari Kiamat, sebaik-baik akhlak seorang Mukmin dan faktor terpenting penyebab panjangnya usia.
Dalam sebuah hadis Qudsi, silaturahim disebut sebagai rahmat Allah swt dan barang siapa yang meninggalkannnya akan dijauhkan daripada rahmat-Nya. Silaturahim terkadang termasuk sunnah dan dalam keadaan tertentu diwajibkan. Memutuskan hubungan silaturahim dengan keluarga adalah salah satu bentuk dosa besar meskipun kepada anggota keluarga yang berakhlak buruk dan pendosa.
Silaturahmi kerap kali dilakukan untuk memeriahkan suasana-suasana tertentu seperti perayaan Aidil Fitri dan Aidil Adha, bulan Ramadhan, memasuki peristiwa tahun baru dan pada peringatan-peringatan peristiwa penting lainnya.
Defenisi
Silaturahim terdiri daripada dua unsur kata, iaitu “silah” (صلة) dan “ar-rahim” (الرَّحِم). Akar kata “silah” صلة berasal daripada (وصل) yang bererti menyambungkan dua unsur. Sementara “rahim” (رَحِم ) bererti rahim iaitu rahim dalam perut ibu. Kata “rahim” dalam “silaturahim” bererti menyambungkan hubungan kekeluargaan dan kekerabatan.
Secara terminologi silaturahim dapat diertikan, berinteraksi dan bertemu dengan sanak saudara dan kaum kerabat supaya boleh saling membantu dan mempereratkan hubungan kekerabatan.
Di antara nama dan sifat Allah swt yang indah adalah Rahman dan Rahim, yang berasal daripada akar kata ‘rahima’. Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan, “Aku adalah Tuhan yang Rahman. Aku menciptakan rahim, dan namanya Ku ambil daripada nama-Ku. Kerana itu barang siapa yang bersilaturahim maka Aku akan menyambungkannya dengan rahmat-Ku, dan barangsiapa yang memutuskan silaturahim maka akan Ku jauhkan daripada rahmat-Ku.”
Batasan Keluarga
Batasan keluarga dalam pandangan masyarakat umum dapat dibahagi kepada dua defenisi:
Keluarga yang berdasarkan nasab. Iaitu adanya hubungan keluarga dan kekerabatan kerana adanya hubungan darah, misalnya: ayah, ibu, anak-anak kandung, saudara kandung, pak cik, mak cik, datuk, nenek dan semua orang yang terkait dengan mereka yang memiliki hubungan darah. Silaturahmi dengan kelompok ini wajib hukumnya dan jika diberikan hadiah, tidak diperbolehkan untuk menolak atau mengembalikannya.
Keluarga yang disebabkan adanya faktor-faktor tertentu seperti terjalinnya hubungan pernikahan seperti antara keluarga pihak lelaki dengan keluarga pihak perempuan. Mengenai apakah wajib hukumnya menjalin silaturahmi terdapat perbezaan pendapat.
Di antara semua anggota keluarga, kedudukan orang tua (ayah dan ibu) sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran memiliki posisi yang paling utama. Allah swt setelah memerintahkan menyembah-Nya dan beriman pada Tuhan yang Esa, Dia memerintahkan untuk berbuat baik pada kedua orangtua.
وَقَضَیٰ رَ بُّک أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِیاهُ وَبِالْوَالِدَینِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا یبْلُغَنَّ عِندَک الْکبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ کلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْ هُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا کرِ یمًا
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS. al-Isra: 23)
Arham Ruhani
Pada sejumlah riwayat sebagaimana yang disampaikan Nabi Muhammad saww dan Aimmah as, silaturahim bukan hanya berlaku untuk keluarga namun juga wajib hukumnya menjalin hubungan silaturahim dengan Nabi Muhammad saww dan Aimmah as. Nabi Muhammad saw bersabda, “Aku dan Ali adalah bapak dari umat ini.”[11]
Sementara itu ulama-ulama memperluaskan lagi makna silaturahim dengan juga menyebut silaturahim juga berlaku untuk menyambungkan hubungan dengan alim ulama dan menyampaikan akan pahalanya yang besar. [Note 3]
Tingkat berikutnya adalah antara saudara seagama. Bahawa sesama muslim harus memiliki hubungan yang dekat satu sama lain, kerana itu wajib hukumnya untuk menjaga jalinan silaturahim. Dalam al-Quran disebutkan, “sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara” (اِنّما المِؤمنونَ إخوةٌ).
Imam Ja’far al-Shadiq as berkata, “Orang-orang yang beriman itu bersaudara satu sama lain dan keturunan daripada satu ayah dan ibu yang sama. Jika salah satu daripada mereka bersedih maka yang lainnya tidak dapat tidur kerana turut merasakan kesedihan itu.”
Keutamaan Silaturahim
Silaturahim adalah salah satu amalan yang ditekankan pentingnya dalam al-Quran dan al-Hadis. Dipesankan untuk menjaga kehormatan keluarga dan membantu mereka dalam masalah kesulitan ekonomi.
وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِی تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ کانَ عَلَیکمْ رَقِیبًا
Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (QS. an-Nisa: 1).
وَبِالْوَالِدَینِ إِحْسَانًا وَ ذِی الْقُرْبَیٰ وَ الْیتَامَیٰ وَالْمَسَاکینِ وَ قُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا
Dan berbuat kebaikanlah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia… (QS. al-Baqarah: 83).
وَلَا یأْتَلِ أُولُو الْفَضْلِ مِنکمْ وَالسَّعَةِ أَن یؤْتُوا أُولِی الْقُرْبَیٰ وَالْمَسَاکینَ وَ الْمُهَاجِرِینَ فِی سَبِیلِ اللَّـهِ
Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka (tidak) akan memberi (bantuan) kepada kaum kerabat(nya), orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah. (QS. an-Nur: 22)
dan beberapa lagi ayat lainnya.
Berulangnya satu tema yang sama dalam al-Quran menunjukkan pentingnya hal tersebut. Menurut ayat al-Quran, pada hari kiamat nanti umat manusia akan ditanyai mengenai silaturahim. Al-Quran juga melaknat mereka yang memutuskan tali silaturahim dan Allah swt menjauhkan mata dan telinganya daripada memahami kebenaran.
Dalam riwayat dan kehidupan Ahlul bayt as dijelaskan mengenai sedemikian pentingnya membantu, menolong, mendukung dan mencintai keluarga dan sedemikian buruknya memutuskan tali silaturahim itu. Pada riwayat Syiah, memutuskan silaturahim menjadi penyebab jauhnya kasih sayang dan rahmat Allah swt kepada para pelakunya.
Menurut riwayat, sedemikian besarnya nilai silaturahim di sisi Allah swt sampai jika seorang fasik memiliki hubungan yang dekat dengan kaum dan keluarganya, Allah swt akan memberikan keluasan rezeki padanya. Namun sebaliknya, meskipun seseorang ahli solat dan ahli puasa, namun memutuskan silaturahim, selain mendapat azab di akhirat, di dunia juga usia dipendekkan dan rezekinya dipersempitkan oleh Allah swt. [20] Allamah Majlisi meriwayatkan dalam Biharul Anwar jilid 71 pada bab silaturahim sebanyak 110 hadis dan pada bab hak-hak ayah, ibu dan anak 102 riwayat mengenai pentingnya silaturahim.
Falsafah Pentingnya Silaturahim
Alasan ditekankan dalam Islam menjaga hubungan silaturahim dengan keluarga adalah untuk menguatkan hubungan sosial dalam sebuah kumpulan besar masyarakat baik itu dalam sisi penguatan ekonomi dan sistem sosial mahupun daripada dimensi maknawi dan akhlak, yang kesemua itu hanya boleh terwujud jika dimulai daripada lingkungan keluarga yang lebih kecil. Dengan adanya menguatkan unit-unit keluarga kecil, maka sistem sosial yang lebih besar dengan sendirinya juga akan menjadi kuat. Oleh itu, Islam memerintahkan agar penguatan itu dimulai dari unit terkecil iaitu keluarga. Penguatan itu dapat dilakukan melalui terjalinnya silaturahim yang berkesinambungan.
Dalam sebuah hadis disebutkan, “Terjalinnya silaturahim dapat menyebabkan terjaganya ketenteraman kota-kota.”
Pada khutbah Sayidah Fatimah sa yang terkenal, disebutkan dengan bertambahnya generasi, adalah dalil dan falsafah diwajibkannya silaturahim. Dalam pandangan beberapa orang ahli psikologi, menjalin hubungan yang erat dengan keluarga dan kaum kerabat memberikan kesan positif yang luar biasa bagi perkembangan jiwa dan emosional seseorang selain itu dapat memanjangkan usia, disebabkan kesihatan jiwa berkait erat dengan kesihatan fizik dan kadar stress seseorang.
Manfaat Silaturahim
Silaturahim tidak hanya memberikan manfaat yang besar secara psikologi, material namun juga bagi kehidupan ukhrawi. Di antara manfaat silaturahim berdasarkan hadis-hadis daripada Maksumin as adalah seperti berikut:
1. Mendapat kecintaan daripada Allah swt
2. Mendapat dukungan daripada Allah swt
3. Mendapatkan kebaikan
4. Terhindar daripada keburukan
5. Mengindarkan dari bala bencana
6. Dimudahkan hisab di hari kiamat
7. Dimudahkan melalui jambatan sirath
8. Mencegah daripada perbuatan dosa
9. Menjadi kafarah daripada dosa-dosa
10. Menjaga turunnya nikmat-nikmat
11. Mendapat balasan surga
12. Mensucikan amal-amal
13. Menjauhkan daripada kemiskinan dan memperluas rezeki
14. Terkabulnya hajat-hajat
15. Menyebabkan kesejahteraan
16. Menghilangkan kebencian.
17. Mendapatkan balasan pahala di dunia
18. Mendapat pahala 100 orang syahid pada silaturahim yang sempurna
19. Memperbaiki akhlak
20. Menjadi penyayang
21. Menggembirakan hati
22. Memperpanjang usia
23. Memakmurkan kehidupan
24. Mempermudah sakaratul maut
Kesan Memutuskan Silaturahim
Memutuskan silaturahim adalah salah satu dosa besar yang secara tegas dilarang Allah swt dalam al-Quran dan hadis-hadis Maksumin as. Bahkan dosa silaturahim disejajarkan dengan dosa berbuat syirik kepada Allah swt. Berikut ini kesan buruk memutuskan silaturahim:
1. Mendapat laknat Allah swt
2. Disegerakan azabnya di dunia
3. Dijauhkan dari syurga
4. Tidak beruntungnya sejumlah pekerjaan
5. Tidak mendapat pertolongan daripada malaikat rahmat
6. Jatuhnya kekayaan masyarakat ke tangan-tangan orang jahat
7. Dijauhkan daripada rahmat Allah swt
Peringkat Silaturahim
Silaturahim kadangkala diwajibkan dan kadangkala disunnahkan. Di antara bentuk silaturahim adalah saling mengunjungi satu sama lain, menjenguk jika sakit dan memberikan bantuan apapun yang diperlukan, baik dalam bentuk perhatian mahupun yang sifatnya material serta saling menjaga kehormatan satu sama lain. Memutuskan silaturahmi juga memiliki peringkat-peringkat serta bentuk-bentuk yang secara umum berlaku dalam masyarakat.
Sebahagian daripada fuqaha berkeyakinan jika sebahagian daripada keluarga mendapat kunjungan ke rumahnya menjadi penyebab ketidak senangan atau menjadi penyebab kita mendapat penghinaan, maka kewajiban silaturahim tidak menjadi hilang melainkan tetap menjalin hubungan silaturahim dalam bentuk yang lain.
Silaturahim Harta
Pada kewajipan penggunaan harta, keluarga harus lebih diutamakan. Al-Quran menyebutkan bahawa membantu kaum kerabat merupakan salah satu kewajiban. Keluarga memiliki hak atas harta-harta yang dimiliki seseorang. Allah swt berfirman,
و آتِ ذَا القُربی حَقَّهُ و المِسکینَ [63]
(Dan berikanlah kepada kerabat dan orang-orang miskin haknya). Imam Ali as berkata, “Barangsiapa yang mendapatkan harta daripada Allah swt harus memberikan hak kepada kaum kerabatnya.”[64]
Silaturahim dengan Pelaku Dosa
Jika ada daripada anggota keluarga yang ahli maksiat dan tidak memperhatikan masalah-masalah agama, maka satu-satunya alasan yang membolehkan untuk memutuskan silaturahim dengannya adalah jika dengan itu dia dapat menjauh daripada perbuatan dosanya, atau tidak melakukan dosa yang jauh lebih besar. [65]
Pengecualian dalam Silaturahim
Islam tidak menganjurkan umat Islam untuk bersilaturahim dengan anggota keluarga kafir dan musyrik yang memiliki permusuhan dan kebencian kepada Islam. Al-Quran dalam hal ini menyampaikan, “Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman meminta ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahanam.” (QS. at-Taubah: 113) [66]
Dalam surah at-Taubah disebutkan Nabi Ibrahim as memohonkan ampun untuk pak ciknya yang kafir dan melakukan salah satu bentuk daripada silaturahim, namun kemudian dia menyedari bahawa hal tersebut tidak semestinya dilakukannya kerana pak ciknya memilih untuk menjadi musuh Allah swt. Oleh itu, Nabi Ibrahim as memutuskan silaturahim dengan pak ciknya itu.
(Islam-Muhammadi/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar