Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Kitab Abu Hurairah (Bagian 7)

Kitab Abu Hurairah (Bagian 7)

Written By Unknown on Selasa, 27 Februari 2018 | Februari 27, 2018


61. Beberapa perkara baru tentang Abu Hurairah


(1) Imam Ahmad ibn Hanbal dalam Musnadnya[147], sebuah riwayat Abu Hurairah menerusi Muhammad bin Ziad yang berkata: Ketika Marwan menjadi gabenor di Madinah dalam zaman kekuasaan Mu‘awiyah, biasanya dia melantik Abu Hurairah menjalankan kewajibannya. Kemudian Abu Hurairah biasanya menghentakkan kakinya dan melaungkan: “ Sila beri laluan, sila beri laluan, gabenor datang, gabenor datang.”

(2) Ibn Qutaibah al-Daynawari telah menceritakan dalam kitabnya, al-Ma‘arif[148] mengenai Abu Hurairah daripada Abu Raf‘i yang berkata: Marwan menlantik Abu Hurairah melaksanakan kewajibannya sebagai gabenor di Madinah. Dia kemudian akan menunggang kaldai dengan meletakkan pelana keras dan menutup kepalanya dengan pelepah tamar. Sekiranya dia berjumpa seseorang, dia akan berkata: “ Tolong beri jalan, gabenor datang.” Kadang-kala dia melintasi kanak-kanak yang sedang bermain permainan gagak pada waktu malam. Mereka tidak dapat melihat sesuatu sehinggalah dia berada di khalayak mereka. Kemudian dia akan menghentakkan kakinya. Diceritakan juga oleh Ibn Sa‘d dalam kitab Tabaqat,[149] mengenai Abu Hurairah daripada beberapa sumber.

(3) Abu Nu‘aim menceritakan dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,[150]mengenai Abu Hurairah dengan sumbernya sampai kepada Tha‘labah bin Abi Malik al-Qarzi yang menceritakan: Abu Hurairah muncul di pasar membawa seikat kayu yang dijunjung di atas kepalanya sedangkan pada masa itu dia sedangkan menjalankan kewajiban sebagai pengganti Marwan, lalu dia melaungkan: “berilah laluan untuk gabenor, wahai Ibn Abi Malik.” Aku berkata kepadanya: Ini dah cukup untukmu.” Dia berkata sekali lagi: “ berilah laluan kepada gabenor,” dan ikatan kayu itu berada di atas kepalanya.

(4) Abu Nu‘aim turut menceritakan dalam Hilyat al-Awliya’,[151]mengenai Abu Hurairah menerusi Ahmad ibn Hanbal, daripada Abi ‘Ubaidah Haddad, daripada ‘Uthman al-Syahham daripada farqad al-Sabkhi yang menceritakan: “ Abu Hurairah sedang melakukan Tawad sambil berkata: “ Celakalah perutku ini, apabila aku memenuhkannya, ia menyusahkanku dan apabila aku mengosongkannya ia mencelakakanku.”

(5) Al-Zamakhsyari menceritakan dalam kitabnya, Rabi‘ al-Abrarbahawa Abu Hurairah biasanya mengatakan: “ Ya Allah, kurniakanlah gigi yang dapat mengunyah, perut yang hadam dan isi perut atau usus yang mudah kosong.”

(6) Dalam kitab yang sama, diceritakan bahawa Abu Hurairah suka akan Muzirah. Muzirah ialah sejenis makanan yang disediakan bersama susu yang menjadikannya masam. Justeru, biasanya dia makan bersama-sama Mu‘awiyah, tetapi apabila sampai waktu salat, dia akan mendirikan salat yang diimamkan ‘Ali (‘a.s). Apabila ditanyakan kepadanya dikatakan: “ Muzirah Mu‘awiyah sungguh enak dan indah sedangkan salat di belakang ‘Ali (‘a.s) memberikan pahala yang lebih.” Oleh kerana alasan inilah, dia dikenali Syaikh al-Muzirah. Cerita ini menunjukkan bahawa Abu Hurairah ada dalam Perang Siffin, tetapi dia tetap mempertahankan keputusan yang tidak memihak di antara kedua-dua kumpulan dengan dua wajah dan dua lidah, yang bertujuan agar dia tidak memudaratkan dirinya untuk pergi kepada parti atau kumpulan yang menang pada akhirnya.

Masih terdapat satu tempat di antara Syria dan ‘Iraq berdekatan Siffin, sebuah binaan yang dikenali sebagai tempat Abu Hurairah. Orang ramai menceritakan bahawa sepanjang beberapa hari dalam Perang Siffin, Abu Hurairah biasanya menunaikan salat bersama orang-orang ‘Ali (‘a.s), sementara makan pula bersama-sama Mu‘awiyah dan ketika peperangan bertambah hebat, dia akan pergi ke kawasan berbukit yang berhampiran. Apabila ditanya mengenainya dia berkata: ‘Ali lebih mengetahui (alim), manakala Mu‘awiyah pula lebih selamat.”

(7) Abu Nu‘aim menceritakan dalam kitabnya,[152] Hilyat al-Awliya’daripada Abu ‘Uthman al-Nahdi bahawa pada suatu ketika, Abu Hurairah dalam perjalanan ketika orang ramai berhenti dan bersedia menyiapkan makanan. Mereka mencari Abu Hurairah yang sedang sibuk menunaikan salat. Lalu dia berkata: “ Aku berpuasa.” Ketika mereka hampir selesai, dia pun datang dan mulai makan. Orang ramai melihat kepada Rasulullah (s.‘a.w) yang berkata: “ Kenapakah kamu melihatku. Dia telah memberitahuku bahawa dia berpuasa.” Justeru Abu Hurairah berkata: “ Dia benar. Aku terdengar Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Berpuasa pada seluruh bulan Ramadan ditambahi berpuasa 3 hari dalam setiap bulan menjadikan seseorang seolah-olah berpuasa sepanjang masa,” dan aku telah berpuasa 3 hari dalam bulan itu. Lantaran itu, aku makan sebagai mengurangkan kesukaran daripada Allah dan sedang berpuasa untuk menambahkan limpah rahmat daripada-Nya.”

(8) Al-Bukhari telah menceritakan dalam kitab Sahihnya[153] daripada Muhammad bin Sirin, dan demikianlah juga Abu Nu‘aim telah menceritakan dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,[154] bahawa: “ Kami bersama-sama Abu Hurairah dan dia berpakaian dengan dua helai, diperbuat daripada kain daripada tumbuhan rami yang dengannya dia gunakan untuk membersihkan hidungnya. Kemudian dia berkata: “ Alangkah gembiranya Abu Hurairah sedang membersihkan hidungkan dengan kain tumbuhan rami, biarpun kamu telah menyaksikanku berdengkur di tempat antara mimbar Nabi (s.‘a.w) dan rumah ‘A’isyah sedangkan sesiapa pun boleh datang dann meletakkan kakinya ke tengkukku kerana percaya aku gila. Sebenarnya ia bukanlah kerana gila tetapi lebih kerana kelaparan.”

(9) Perkara baru mengenainya adalah dia biasanya bermain sidrsejenis permainan. Ibn al-Athir menulis tentang pengertiannya dalam kamus besarnya, al-Nihayah seperti berikut: Seseorang telah dikatakan menceritakan: “ Aku lihat Abu Hurairah bermain Sidr…” Kemudian dia menambahkan: “ Sidr ialah sejenis permainan melibatkan perjudian…” Kamus besar, Lisan al-‘Arab turut memberikan pengertian yang sama kepada perkataan tersebut dengan tambahan bahawa terdapat sebuah hadith oleh Yahya ibn Abi Kathir mengenainya hingga dikatakan: “ Sidr merupakan permainan syaitan yang lebih ringan bermaksud bahawa ia perbuatan syaitan.”

(10) Berbicara mengenai pengertian Aqrab dalam kitab Hayat al-Hayawan, al-Damiri menyatakan bahawa ia permainan “ syatranj ” (catur) sambil menambahkan bahawa Saluki menceritakan ia sah daripada ‘Umar ibn al-Khattab, khalifah kedua, Abu Basr serta Abu Hurairah, manakala Abu Hurairah bermain permainan ini sudah lumrah diketahui dalam kitab-kitab hukum Islam. Dia juga turut mengatakan bahawa Ajiri telah menceritakan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Sekiranya kamu melintasi orang-orang yang sedang bermain dengan permainan catur dan silap mata, jangan berikan salam kepada mereka.”


62. Kematian Abu Hurairah dan keturunannya yang masih selamat

Kematian Abu Hurairah berlaku di istana dekat Abiq. Dia kemudian dibawa ke kota Madinah di mana anak-anak ‘Uthman bin ‘Affan (Khalifah ketiga) mengusung kerandanya ke maqam al-Baqi‘ sebagai balasan terhadap penghormatannya kepada bapa mereka. Salat jenazahnya dipimpin oleh al-Walid bin ‘Utbah bin Abi Sufyan, gabenor Madinah, kerana Marwan dipecat. Al-Walid memimpin salat jenazahnya selepas mendirikan salat ‘Asr bersama-sama orang ramai. Mereka yang hadir terdiri daripada Ibn ‘Umar, Abu Sa‘id al-Khudri dan yang lain-lain seperti mereka.

Al-Walid kemudian menulis kepada bapa saudaranya, Mu‘awiyah, seorang khalifah memberitahunya tentang kematian Abu Hurairah dan dia membalas balik: “ Carilah orang-orang yang masih ada dan bayarkanlah mereka 10 000 dinar. Jagalah kaum kerabatnya dan berbuat baiklah dengan mereka, kerana dia merupakan salah seorang yang membantu ‘Uthman dan bersama-sama dengannya dalam rumahnya.

Kematiannya berlaku pada tahun 57 atau menurut sumber lain 58 manakala yang lain-lain menyebutkan 59 Hijrah pada usianya 78 tahun.

Di antara kaum kerabatnya yang masih ada yang kami ketahui ialah anaknya, Muharrir bin Abu Hurairah dan anak perempuannya yang dia selalu sebutkan: “ Bapaku tidak membenarkanku memakai emas kerana takutkan api neraka.” Diketahui juga bahawa Muharrir mempunyai seorang anak bernama Naim. Dialah yang menceritakan tentang datuknya bahawa dia memiliki tali dengan 1000 biji manik dan dia tidak akan tidur kecuali dia menyebutkan mengenainya.

Diceritakan juga daripadanya bahawa seseorang bertanya kepada Nabi (s.‘a.w): “ Berilah nasihat kepadaku tentang apa yang patut aku tukarkan?” Nabi (s.‘a.w) berkata: : Kamu patut berurusan dalam urusan pakaian kerana ia menggembirakan penjual kain bahawa orang ramai patut berpakaian cantik dan mengikut stail moden.”

Ibn Sa‘d telah menyebutkan Muharrir dalam kitabnya, Tabaqatdan menunjukkan susurgalur keturunannya yang berkait dengan Dus. Dia mati semasa pemerintahan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Dia sangat sedikit meriwayatkan hadith.


Referensi:

[147] Ibn Hanbal, Musnad, II, h.43.

[148] Ibn Qutaibah, al-Ma‘arif, h.94.

[149] Ibn Sa‘d, Tabaqat, IV, (Bab II), h.6.

[150] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, I, h.382.

[151] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, I, h.382.

[152] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, I, h.386.

[153] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.175.

[154] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, I, h.379.



63. Glosari

Bani Umaiyyah

Kaum kerabat dan keturunan Umaiyyah dikenali sebagai Bani Umaiyyah termasuklah rangkaian khalifah diketuai Mu‘awiyah yang berkuasa selepas kesyahidan ‘Ali (‘a.s) dan perjanjian damai dengan Imam al-Hasan (‘a.s).


Bi‘thah

Permulaan kenabian Nabi Muhammad (s.‘a.w)


Dinar

Wang emas bersamaan dengan 20 Dirham


Dirham

Wang perak


Fiqh

Nama digunakan kepada hukum-hakam Islam dalam pelbagai subjek.


Fitrah

Zakat yang wajib dikeluarkan oleh setiap muslim yang berada pada Hari Raya ‘Aid al-Fitri – 1 Syawwal


Haj atau Hajj

Menziarahi Ka‘bah (Baitullah di Makkah) dengan melakukan amalan-amalannya


Hanafi 

Merujuk kepada madhhab fiqh Islam yang mengikuti tafsiran hukum Islam yang dihubungkan kepada Abu Hanifah al-Nu‘man bin Thabit, yang kini merupakan kumpulan majoriti umat Islam


Junub (daripada Janabat)

Keadaan seseorang sebelum melakukan mandi wajib selepas mengadakan hubungan kelamin atau mengeluarkan mani


Kursi (ayat 

Ayat al-Qur’an yang di dalamnya perkataan kursi(bermaksud kerusi) disebutkan


Qunut

Bahagian salat yang dilakukan seseorang yang bersalat untuk memohon kepada Allah mengurniakan ganjaran tertentu sebagaimana dia kehendaki


Raka‘at 

Bahagian yang membahagikan setiap bahagian salat pada umumnya terdiri daripada perbuatan berdiri sementara waktu, ruku‘, dua sujud dan akhirnya duduk sementara waktu dengan setiap satu disertai bacaan-bacaan tertentu.


Syahadatain 

Dari segi bahasa, dua penyaksian iaitu menyaksikan dalam bentuk tertentu bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu rasul Allah.


Tasbih

Dari segi bahasa, mengagungkan atau membesarkan Allah. Juga dipakai merujuk kepada suatu tali yang pada kebiasaannya mengandungi 100 biji manik digunakan untuk mengulang-ulangkan perkataan atau kalimah tertentu yang dibaca untuk mengagungkan atau membesarkan Allah.


Ummah atau Ummat

Kata nama digunakan kepada sekumpulan orang yang mengikut Nabi (s.‘a.w) iaitu orang-orang Islam merupakan umat Nabi Muhammad (s.‘a.w). Oleh yang demikian, ia juga turut digunakan kepada umat muslim secara keseluruhannya.


Umm al-Mu’minin (Jamak Ummahat al-Mu’minin) 

Dari segi bahasa, ibu kaum mu’minin. Gelaran pelengkap digunakan kepada seorang atau beberapa orang isteri Nabi Muhammad (s.‘a.w) dalam bentuk bilangan tunggal atau jamak mengikut peristiwa.


Wudu’ 

Membasuh tangan, muka dan lain-lain mengikut cara yang telah ditentukan pada umumnya ketika hendak menunaikan salat sebagai suatu tuntutan awal.


Zakat

Mengeluarkan cukai yang telah diwajibkan Islam ke atas harta.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: