51. Cerita khayalan kelima menunjukkan kebaikan berbuat baik
Al-Bukhari[110] menceritakan bahawa Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa:
“ Allah mengampuni perempuan pelacur yang melintasi seekor anjing yang berdiri di tepi sebuah lubang (berair) dalam keadaan dahaga yang amat sangat. Lalu dia menanggalkan kasutnya, mengikatkannya dengan kain penutup muka dan menimba air dengannya dan memberi anjing itu minum. Oleh kerana itu, Allah mengampuninya sebagai balasan.”
52. Cerita khayalan dengan tujuan yang sama seperti yang terdahulu
Al-Bukhari[111] menceritakan daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa:
“ Seorang lelaki sedang berjalan di jalanan apabila dia merasa terlalu dahaga. Dia melintasi sebuah telaga, turun ke dalamnya, minum dan keluar daripadanya. Kemudian dia terlihat seekor anjing tercungap-cungap dan menjilat tanah kerana dahaga. Lalu dia turun ke dalam telaga dan mengisi kasutnya dengan air dan membawanya ke atas dengan mulut. Kemudian dia memberi minum anjing itu. Allah menghargai perbuatannya dan mengampuni dosa-dosanya.”
Kritikan
Cerita ini dan cerita sebelumnya, kedua-duanya adalah cerita dongeng dan khayalan belaka yang dihasilkan oleh Abu Hurairah untuk menunjukkan akibat baik dengan melakukan perbuatan yang baik dan sifat mengasihani dan menggalakkan amalan berbuat baik dan berakhlak mulia.
53. Kekufuran melampaui batas yang Allah ampuni
Muslim[112] menceritakan daripada Mu‘ammar yang mengatakan bahawa al-Zuhri berkata kepadanya:
“ Izinkan aku menceritakan dua buah hadith yang pelik kepadamu? Hamid bin ‘Abd al-Rahman menceritakan daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) berkata: Seorang lelaki melakukan perbuatan yang keterlaluan terhadap dirinya. Apabila maut mendatanginya dia meninggalkan wasiat kepada anak-anaknya: “ Apabila aku mati, bakarlah aku, kemudian hancurkankan debu-debuku, dan lepaskannya ke udara di lautan lepas, kerana demi Allah, sekiranya Tuhanku dapat mengambilku Dia akan memberikan hukuman yang Dia tidak pernah berikan kepada sesiapa.” Mereka pun melakukannya berdasarkan wasiat itu. Kemudian Allah memerintahkan bumi: “ Keluarkan, apa yang kamu ada,” dan di situ dia berdiri. Allah kemudian berkata kepadanya: “ Apa yang membuatkanmu melakukan apa yang telah kamu lakukan itu?” Dia menjawab: “ Kemurkaanmu, Ya Tuhan.” Lalu Allah mengampuninya.”
Al-Zuhri juga turut mengatakan bahawa Hamid bin ‘Abd al-Rahman menceritakan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.‘a.w) berkata:
“ Seorang wanita masuk neraka kerana seekor kucing yang diikatkannya dengan tidak diberikan makanan dan tidak pula dibenarkan mencari makanannya sendiri daripada serangga di bumi.”
Kritikan
Mengenai wanita dengan kucing itu, sekiranya dia seorang mu’minah, justeru seperti kata ‘A’isyah ketika mendengar cerita ini, dia lebih bernilai di hadapan Allah untuk dihukum dengan api neraka kerana seekor kucing. Sekiranya dia seorang kafir, dia akan dihukum kerana itu.
Mengenai lelaki yang melakukan perbuatan keterlaluan, menurut riwayat hadith ini, tidak melayakkan diberikan pengampunan kerana dia bukan sahaja tetap dalam keadaan kufur sepanjang hidupnya bahkan pada masa matinya juga tetap bersikap ingkar dan berputus asa terhadap rahmat Allah dan cuba meletakkan dirinya yang berdasarkan fikirannya, kekuasaan Allah tidak akan dapat mencapainya, walaupun kekuasaan Allah meliputi segala sesuatu . Oleh sebab itulah, dia membuat wasiat yang amat buruk yang membayangkan sifat putus asa daripada rahmat Allah dan penafian kekuasaan Allah. Sudah pasti, orang kafir sepertinya tidak patut dan tidak layak sama sekali mendapat pengampunan menurut persepakatan pendapat.
Bahkan sekiranya diandaikan bahawa wasiat orang yang berdosa itu menjadi penyebab kepada pengampunan, adalah tidak mungkin bahawa Nabi (s.‘a.w) akan menceritakannya tanpa memberikan peringatan berbentuk larangan melakukan perbuatan seperti itu, kerana sekiranya dia meriwayatkannya tanpa arahan seperti itu, sebagaimana yang Abu Hurairah tunjukkan baginda lakukan, orang mu’min akan tersesat, dan ini dengan jelas menunjukkan bahawa mustahil ia dikatakan perbuatan Nabi (s.‘a.w).
54. Orang berdosa bertaubat kepada Allah kemudian kembali melakukan dosa berulang kali lalu Allah mengatakan kepadanya: “ Buatlah apa yang kamu suka, kerana Aku telah mengampunimu.”
Menurut Muslim, Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa:
“ Seorang telah melakukan dosa, lalu mengatakan: Ya Allah, ampunilah dosaku. Allah berkata: Hamba-Ku melakukan dosa lalu kemudian menyedari bahawa dia mempunyai Tuhan Yang Maha Mengampuni dosanya dan menghitung dosanya. Kemudian orang itu kembali (pada asalnya) dan melakukan dosa sekali lagi. Lalu dia berkata: Ya Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah berkata: Hamba-Ku melakukan dosa dan memperhitungkannya. Kemudian dia sekali lagi kembali (kepada asalnya) dan membuat dosa lagi sambil berkata: Ya Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah berkata: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia menyedari bahawa dia mempunyai Tuhan Yang Maha Mengampuni dosa dan memperhitungkan dosanya. Lakukanlah apa sahaja yang kamu kehendaki kerana Aku telah mengampunimu.”
Kritikan
Hadith ini seperti yang terdahulu dari segi logik, tujuan dan stailnya, merupakan salah satu yang dikemukakan oleh Abu Hurairah daripada cerita-cerita khayalannya, seperti cerita-cerita yang pernah disampaikan wanita tua, tukang-tukang cerita di mana dia bertujuan untuk menunjukkan kebesaran sifat Maha Pengampun Allah, sedangkan hakikatnya adalah bahawa pengampunan Allah dan rahmat-Nya amat luas sehingga memerlukan mana-mana bentuk cerita dongeng untuk mengesahkan kepercayaan kepadanya. Pada hakikatnya, ia telah diperkukuhkan dengan akal dan juga menerusi ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith yang telah diakui umum bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga semua agama yang lain.
Jelaslah, Allah tidak sama sekali menghendaki manusia melakukan apa yang dilarang. Bagaimana mungkin seseorang boleh melakukan dosa, kemudian memohon keampunan, seklai lagi melakukan dosa dan kemudian memohon keampunan atas perlakuan dosanya dan mengulanginya semula sehingga akhirnya Allah membenarkannya melakukan dosa kerana Dia (Allah) telah mengampuninya. Apakah pula perbuatannya sehingga membolehkan seseorang diandaikan layak untuk mendapat keizinan untuk melakukan dosa sedangkan telah diketahui bahawa bahkan para nabi, rasul dan wali tidak diberikan kelonggaran seperti itu.
Banyak sekali cerita-cerita khayalan para penzalim yang disampaikan oleh Abu Hurairah untuk mengurangkan kadar perbuatan jenayah mereka sebagai contoh, dia mengatakan:
“ Aku dengar Nabi (s.‘a.w) mengatakan: Malaikat maut mendekati seorang yang hampir mati tetapi tidak menemui sebarang kebaikan pada dirinya. Dia membuka hatinya, tetapi di situ juga dia tidak temui sebarang kebaikan. Lalu dia membuka tulang rahangnya dan mendapati tepi lidah menyentuh bahagian atas rahangnya mengucapkan La ilaha illa Allah. Lalu Allah mengampuninya.”[113]
Di antara riwayat-riwayat yang mengandungi cacian dan fitnah manusia ini dapatlah dikemukakan seperti berikut:
Salat telah disiapkan dan saf-saf disediakan. Apabila Nabi (s.‘a.w) berdiri di atas kain sajdahnya, dia teringat bahawa dia dalam keadaan junub (yang memerlukan mandi wajib).
Kita hanya dapat melepaskan diri daripada tuduhan-tuduhan seperti itu terhadap Nabi (s.‘a.w) kerana telah diketahui umum bahawa dia (Nabi) sentiasa memelihara diri dalam keadaan bersih dan suci pada setiap masa, iaitu dengan berwudu’ dan pada hakikatnya para nabi terlepas sama sekali daripada kekotoran seperti itu.
Dalam suasana yang sama adalah riwayatnya yang menafikan kemuliaan Nabi (s.‘a.w) ke atas Musa atau hadithnya bahawa sesiapa sahaja mengatakan bahawa Nabi (s.‘a.w) lebih utama dan mulia daripada Yunus bin Matta adalah pendusta, sedangkan seluruh umat Islam bersepakat bahawa Nabi (s.‘a.w) merupakan manusia paling utama dan mulia daripada sekalian nabi, sebagaimana diperkukuhkan dengan hujah-hujah yang jelas, sahih dan benar.
Demikian juga tentang riwayatnya menyebutkan bahawa tiada perbuatan seseorang yang menyebabkannya masuk neraka. Orang ramai berkata: “ Kamu juga tidak termasuk, wahai Nabi. Katanya: Aku juga (tidak termasuk).[114]
Inilah batasan menentang ayat-ayat al-Qur’an sebagai contohnya:
“ Inilah ganjaran pahala bagimu atas perbuatan yang kamu lakukan.”
Manakala hadith ini: Tiada nabi diutuskan melainkan dia biasanya memberikan binatang makan rumput.”[115]
Kenyataan itu sudah melampaui batas dengan menjatuhkan kedudukan para nabi.
Hadith ini pula menyebutkan: Nabi Ibrahim dikhitankan selepas melangkaui usia 80 tahun.[116]
Hadith ini pula menyebutkan: (Nabi) ‘Isa melihat seseorang mencuri lalu berkata kepadanya, Adakah kamu mencuri? Katanya: Tidak, demi Dia, tiada tuhan melainkan Dia. Justeru dia mengakui dan mengesahkannya dan menafikan apa yang dilihatnya itu.[117]
Hadith ini pula: Apabila Allah menciptakan Adam, Dia menggosok belakangnya dan dari situ keluarlah setiap ruh yang akan diciptakan sehingga ke hari Qiyamah seperti debu, kemudian Dia menjadikan kilauan cahaya di antara kedua mata setiap orang kemudian Dia meletakkannya di hadapan Adam. Adam bertanya: Siapakah mereka, Ya Tuhanku.” Allah menjawab: Keturunanmu. Di antara mereka, Adam perhatikan seorang yang mempunyai kilauan cahaya antara dua matanya yang menghairankannya, lalu dia berkata: Siapakah dia? Allah berkata: Inilah anakmu, Dawud. Adam berkata: Berapakah usia yang Kamu anugerahkan kepadanya? Allah berkata: 60 tahun. Katanya: Ya Tuhanku, tambahilah 40 tahun daripada usiaku kepadanya, menjadikan usianya 100 tahun. Allah berkata: Apabila ia dicatat dan dicapkan, ia tidak dapat diubah lagi. Kini, apabila usia Adam sudah sampai, malaikat maut datang kepadanya untuk mematikannya, Adam berkata: “ Bukankah 40 tahun daripada usiaku masih ada.” Malaikat maut berkata kepadanya: “Bukankah kamu telah memberikannya kepada anakmu, Dawud?” Lantas, Adam menyangkalnya dan begitulah juga keturunannya.[118]
Demikianlah hadithnya yang hampir sama dengan dia menunjukkan keadaan luarbiasa, di antara contoh-contohnya di sini sebelum menutup perbincangan ini sebagai tambahan kepada apa yang telah pun diperlihatkan dalam halaman-halaman yang lebih awal:
Pertama, hadithnya menunjukkan bahawa berdasarkan percanggahannya sendiri, dia bersama-sama dengan Ala’ bin al-Hadrami apabila dia diutus dalam suatu ekspedisi ketenteraan seramai 4000 orang menuju ke arah Bahrain. Lalu mereka berjalan sehingga sampai ke sebuah teluk yang tidak pernah dilalui mahupun direntasi. Kemudian Ala’ memegang tali kekang kudanya dan melintasi permukaan air sementara tenteranya mengikutinya. Abu Hurairah menambah: “ Demi Allah, tiada kaki, kasut mahupun kuku yang basah.”
Kritikan
Sekiranya hadith ini benar, setiap orang dalam kumpulan tentera yang mengandungi 4000 orang sahabat akan menceritakannya sebagai suatu hadith yang tampak begitu jelas dengan para perawi (sanad) yang bersambung-sambung. Tetapi pada hakikatnya ia tidak mempunyai kekuatan sanad kecuali kepada Abu Hurairah sahaja. Apalah malangnya!
Kedua, hadith tentang Mizwad (bekas bekalan). Abu Hurairah berkata: Aku menghadapi tiga nasib malang yang tiada taranya dalam Islam. Kematian Nabi (s.‘a.w), akulah sahabatnya yang rendah diri, pembunuhan ‘Uthman dan kemudian kehilangan mizwad. Orang ramai bertanya kepadanya apa yang dimaksudkan mizwad. Katanya: “ Kami berada bersama-sama Nabi (s.‘a.w) dalam suatu perjalanan apabila baginda bertanyakanku: Adakah kamu mempunyai sesuatu?” Aku berkata: “ Buah tamar dalam bekas bekalanku.” Dia berkata: “ Keluarkanlah.” Aku keluarkan tamar itu dan menyerahkannya kepadanya. Dia menyentuhnya dan berdoa dengannya sambil berkata: “ Bilang sampai sepuluh.” Aku bilang sampai sepuluh dan mereka makan sehingga mereka kekenyangan. Selepas itu, perkara yang sama berlaku sehingga seluruh tentera dapat makan dan buah tamar itu tetap bersama denganku dalam bekas bekalanku. Kemudian dia berkata: “ Wahai Abu Hurairah, bila sahaja kamu ingin makan sesuatu daripadanya, letakkanlah ia dalam tanganmu dan janganlah ragu-ragu.” Lalu, aku makan daripadanya sepanjang hayat Nabi (s.‘a.w), sepanjang hayat Abu Bakr, sepanjang hayat ‘Umar, dan sepanjang hayat ‘Uthman, namun sebaik sahaja ‘Uthman terbunuh aku telah kehilangan apa yang ada di tanganku dan juga bekas bekalanku. Patutkah aku memberitahumu berapa banyak aku makan daripadanya? Aku makan daripadanya sebanyak 200 muatan (unta)!”
Kritikan
Tidak ragu-ragu lagi bahawa Nabi (s.‘a.w) biasanya memberi makan sejumlah besar tetamu daripada bekalan yang sedikit dalam beberapa kejadian, dan ia dianggap sebagai suatu mu‘jizat dan bukti perutusannya. Namun begitu, hadith ini secara khusus merupakan ciptaan Abu Hurairah sebagai suatu cara untuk memberikan sumbangan untuk kepentingan Bani Umaiyyah dengan mengada-adakan kegemparan tentang pembunuhan ‘Uthman dengan cara memperlihatkan pakaiannya yang bersalut darah dan jari jemari tangan isterinya yang terpotong, dan dengan cara itu, menyebabkan orang ramai menangisi dan meratapi kematiannya.
Abu Hurairah kelihatan memiliki sebuah bekas yang jauh lebih besar daripada mizwad (bekas bekalan)nya, yang dengannya dia dapat mengeluarkan hadith dalam apa jua corak, teks atau bentuk yang dia sukai, bila sahaja dia kehendaki dan dalam keadaan bagaimana dia citrakan kerana kerapkali apabila dia meriwayatkan sesuatu dia ditanya: “ Adakah kamu mendengarnya sendiri daripada Nabi (s.‘a.w)?” dan dia akan menjawab: “ Tidak, tetapi ia adalah daripada bekas Abu Hurairah.” Sudah jelas ketakjuban Abu Hurairah adalah terlalu banyak untuk dapat dimuatkan dalam satu jilid.
55. Abu Hurairah mengaitkan cerita atau riwayatnya sendiri kepada Nabi (s.‘a.w)
Adalah menjadi kebiasaan bagi Abu Hurairah mengaitkan (hadith) secara langsung kepada Nabi (s.‘a.w), walaupun hadith-hadith itu diterimanya daripada orang perantara. Dengan kata-kata lain, dia tidak membuat sebarang perbezaan di antara apa yang dia dengari sendiri daripada Nabi (s.‘a.w) secara langsung dan apa yang dia perolehi menerusi orang lain. Contoh, riwayatnya bahawa Nabi (s.‘a.w) berkata kepada bapa saudaranya, Abu Talib: “ Ucapkanlah La ilaha illa Allah, aku akan menjadi saksi untukmu pada Hari Qiyamah….” dan sebagainya. Sudah diketahui umum bahawa Abu Talib wafat 20 tahun sebelum Abu Hurairah datang ke kota Hijaz dari tanah tumpah darahnya, Yaman dan kerana itu, tidak timbul persoalan dia mendengarnya secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w) yang menyebutkan demikian tetapi Abu Hurairah meriwayatkannya tanpa menyebutkan nama orang tengah atau perantara seolah–olah dia melihat dengan matanya sendiri bahawa Nabi (s.‘a.w) berbicara dengan bapa saudaranya, Abu Talib dan benar-benar mendengar kata-katanya.
Sekali lagi, Abu Hurairah menceritakan bahawa ketika ayat “wa andhir ‘asyirata-ka’l-aqrabin,” diwahyukan, Nabi (s.‘a.w) berdiri di antara bapa-bapa saudaranya sambil berkata: “Wahai kaum Quraisy, aku tidak dapat menyelamatkanmu daripada Allah….” Di sini sekali lagi, semua ulama bersepakat bahawa ayat ini diwahyukan semasa zaman-zaman awal kenabian baginda (s.‘a.w) bahkan sebelum ia diketahui umum sementara pada masa itu, Abu Hurairah masih lagi berada di Yaman sebagai seorang bukan Islam kerana dia hanya datang ke kota Hijaz kira-kira 20 tahun selepas penurunan wahyu tersebut. Bagaimana mungkin dia boleh mendakwa: Nabi (s.‘a.w) berdiri sambil berkata,” seolah-olah dia hadir dalam peristiwa itu dan melihat semua yang berlaku dalam kejadian itu dengan matanya sendiri dan mendengar semua perkataan itu dengan telinganya ketika ia ditutur atau diucapkan di tempat itu.
Demikianlah juga, katanya: Nabi (s.‘a.w) selalu berdoa dalamqunutnya: “ Ya Allah, ampunilah Salma bin Hisyam; Ya Allah ampunilah Walid bin Walid; Ya Allah ampunilah ‘Ayyasy bin Abi Rabi‘ah; Ya Allah ampunilah orang-orang mu’min yang lemah (yang orang-oang kafir dapat tawan kembali daripada berhijrah….)”
Tokoh ulama semasa yang terulung pada zaman ini, Muhammad Amin al-Misri telah juga merujuk kepada sikap dan tabiat Abu Hurairah apabila dia menyebutkan: Adalah jelas bahawa Abu Hurairah tidak hanya membataskan dirinya kepada apa yang dia sendiri dengar daripada Nabi (s.‘a.w) bahkan dia juga menceritakan daripada Nabi (s.‘a.w) apa yang dia terima menerusi orang lain.
Hakikatnya, Abu Hurairah sendiri mengakui kenyataan ini. Contoh, ketika dia menceritakan hadith yang dikatakan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa seseorang yang berada dalam keadaan berjanabah (berhadath besar) pada waktu subuh tidak harus berpuasa, dan ‘A’isyah serta Umm Salmah menafikannya, dia mengembalikan hadith itu sebaliknya kepada Fadl bin ‘Abbas dengan mengatakan bahawa dia tidak mendengarnya daripada Nabi (s.‘a.w), tetapi daripada Fadl bin ‘Abbas. Apakah hadith ini palsu atau sahih, kenyataannya adalah bahawa Abu Hurairah di sini dengan sendirinya mengakui bahawa dia memperolehinya daripada Fadl dan bukannya secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w).
Mungkin dapat dihujahkan untuk menyokong Abu Hurairah bahawa ia tidak memberikan kesan kepada kesahihan hadith itu sekiranya ia diterima walaupun tidak langsung daripada Nabi (s.‘a.w) , tetapi menerusi seorang perawi selama mana diterangkan bersumber daripada Nabi (s.‘a.w) pada akhirnya. Ini bukanlah alasan yang kukuh kerana kaedah ilmu hadith menghubungkan kepada kesahihan, kejujuran dan kesepaduan semua perawi yang mungkin terlibat dalam periwayatan hadith daripada Nabi (s.‘a.w) hingga ke peringkat terakhir sewaktu ia dicatatkan. Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu kewajiban bagi setiap orang (perawi) yang tidak menerima hadith itu secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w) menyatakan nama perawi yang menerimanya secara langsung daripada Nabi (s.‘a.w) dan juga nama-nama semua orang yang menjadi perawi hingga kepada perawi yang terakhir. Ini merupakan suatu kewajiban bertujuan untuk menguji kesahihan hadith itu menerusi penglibatan hanya para perawi yang benar dan boleh dipercayai, dan hal ini tidak mungkin berlaku sekiranya nama walaupun salah seorang daripada perantara (orang tengah) tidak diketahui. Kesimpulan perbincangan ini menunjukkan bahawa oleh kerana Abu Hurairah selalu membuangkan nama-nama perawi yang menjadi perantaraan dalam kebanyakan hadith yang diriwayatkannya menyebabkan ia boleh dipersoalkan kecuali hadith-hadith itu diakui oleh orang lain menerusi para perawi yang tidak terputus, yang kesahihannya dapat diperiksa dan diuji. Oleh kerana itu, hadith-hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah sendirian gagal diterima sebagai hadith yang sahih dan boleh dipercayai.
56. Abu Hurairah mendakwa dia hadir sedangkan dia sebenarnya tidak hadir
Riwayat-riwayat Abu Hurairah turut diragukan kerana dalam beberapa keadaan, dia mendakwa hadir di tempat itu sedangkan sebenarnya dia tidak hadir dan tidak mungkin dapat hadir kerana alasan-alasan yang dapat ditolak lagi.
Contoh, katanya: Aku memanggil Ruqaiyyah, anak perempuan Nabi (s.‘a.w), isteri ‘Uthman ketika dia sedang memegang sikat di tangannya. Katanya: “ Nabi (s.‘a.w) baru sahaja pergi daripadaku, selepas aku menyikat rambutnya. Dia berkata kepadaku: “ Bagaimana kamu mendapati Abu ‘Abdullah (iaitu ‘Uthman).” Aku berkata: “Baik.” Dia pun berkata: “ Layanilah dia dengan penuh hormat kerana di kalangan sahabatku, dia mempunyai akhlak yang hampir sama denganku.”
Al-Hakim telah menceritakan hadith ini dalam al-Mustadrak[119] dengan menyebutkan bahawa sumber hadith tersebut adalah sahih tetapi teksnya (matan) tidak dapat dipercayai kerana Ruqaiyyah telah wafat 3 tahun selepas Hijrah pada masa kemenangan al-Badr sedangkan Abu Hurairah memeluk Islam selepas kemenangan Khaybar pada tahun 7 Hijrah. Kenyataan yang sama dicatatkan oleh al-Dhahabi dalam Talkhis al-Mustadrakmengenai hadith ini.
Berhubung dengan sifat terlupa Nabi (s.‘a.w), Abu Hurairah menceritakan: Kami bersalat zuhr atau ‘Asr bersama-sama dengan Rasulullah (s.‘a.w) apabila baginda mengakhirinya dengan hanya dua raka‘at. Justeru itu, Dhu al-Yadain berkata kepada baginda: “ Adakah kamu mengqasarkan (memendekkan) salat atau kamu terlupa.” Namun demikian, Dhu al-Yadain telah pun mati syahid dalam peperangan al-Badr lama dahulu sebelum Abu Hurairah menganuti Islam seperti yang telah diperlihatkan sebelumnya.
Banyak kali juga, Abu Hurairah mengucapkan kata-kata ini untuk meraikan kejayaan: “Kami telah menakluki Khaybar, ketika dia tidak memperolehi emas atau perak sebagai harta rampas perang tetapi hanya bebiri dan kambing, lembu, unta dan sedikit harta seperti …….” Walaupun telah disepakati bahawa dia memang tidak pernah hadir pada masa penaklukan Khaybar. Oleh kerana itulah, para pensyarah kedua-dua kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim turut sama meragui kesahihan ayat tersebut: “ kami menakluki Khaybar,” dan hanya benar-benar dapat mengambilnya sebagai merujuk kepada umat Islam secara umum.
Biasanya, dia juga mengatakan: “ Kami mengambil bahagian dalam Perang Khaybar bersama-sama dengan Nabi (s.‘a.w)…”[120]Sebentar tadi telah pun disebutkan bahawa Abu Hurairah tidak pernah hadir dalam Perang Khaybar kerana dia menganuti Islam selepas kemenangan di Khaybar.
Dia juga turut berkata: “ Aku melihat 70 orang ahli Suffah, tiada seorang pun mempunyai sehelai kain menutupi badan mereka.” Kini, fakta menunjukkan bahawa 70 orang ahli Suffah telah mati syahid dalam Perang Bi’r al-Ma‘unah yang meletus pada bulan Safar tahun 4 selepas Hijrah lama sebelum Abu Hurairah menerima Islam atau datang dari tanah tumpah darahnya, Yaman. Bagaimanakah dia boleh mengatakan bahawa dia melihat mereka?
Sememangnya cukup jelas bahawa Abu Hurairah biasanya menceritakan daripada Nabi (s.‘a.w) apa yang dia sendiri tidak benar-benar mendengar daripada baginda (s.‘a.w) dan dia turut menunjukkan dirinya hadir sedangkan dia memang tidak pernah hadir. Cukup menghairankan bahawa para pengarang Sahih telah memenuhkan kitab mereka dengan cerita-ceritanya tanpa mengambilkira atau mempertimbangkan aspek-aspek tabiatnya yang amat penting ini dalam menyampaikan riwayat hadith tersebut, dan tidak pula menguji hadith-hadith itu menurut ukuran yang diterimapakai bagi mengesan pemalsuan dan rekacipta sementara orang ramai pula pada umumnya hanya mengikut pengarang-pengarang kitab Sahih dan melakukan perkara yang sama berkaitan dengan hadith-hadith tersebut tanpa menguji kesahihan dan kebenarannya.
57. Penolakan hadith-hadith Abu Hurairah oleh tokoh-tokoh terawal
Pada masa Abu Hurairah masih hidup itu sendiri, ramai orang menolak dan membenci cerita atau riwayatnya kerana dia menceritakannya dalam jumlah yang sangat besar dan telah menerimapakai gaya atau stail rekaannya sendiri yang agak aneh, yang menimbulkan keraguan dalam pemikiran orang ramai dan mereka enggan menerima hadith tersebut, dari kedua-dua aspek, kualiti dan bilangan (kuantiti).
Abu Hurairah sendiri berkata dalam nada sesal dan tidak berdaya: “ Orang ramai mengatakan bahawa Abu Hurairah menceritakan hadith yang terlalu banyak, namun Allah akan ditemui jua. Mereka juga mengatakan bahawa Muhajirin dan Ansar tidak meriwayatkan hadith sedemikian banyak.” Di sini dia dengan jelas menunjukkan bahawa kedua-dua aspek, bilangan dan kualiti riwayatnya tidak disukai orang ramai. Dia juga turut memberikan amaran kepada mereka dengan Allah dan Hari Pengadilan ketika mereka semua akan menemui-Nya. Dalam kata-katanya yang lain, dia dengan terang mengatakan: “ Namun mengenai dua baris ayat dalam al-Qur’an, aku tentu tidak meriwayatkan sesuatu kepadamu sama sekali, iaitu:
“ Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknat.”[121]
Ia telah diriwayatkan oleh kedua-dua tokoh, al-Bukhari dan Muslim.masing-masing dalam kitab Sahih mereka.
Hujah yang sama telah diterangkan lebih lanjut oleh Abu Zarrin yang mengatakan: Abu Hurairah datang kepada kami, sambil memukul-mukul dahinya dengan tangannya seraya berkata: “ Lihatlah di sini, adakah kamu, orang ramai bermaksud mengatakan bahawa aku berdusta dengan nama Rasulullah (s.‘a.w) bertujuan memberikan petunjuk kepadamu sedangkan aku sendiri tidak mendapat petunjuk.”
Ketika Abu Hurairah datang ke ‘Iraq bersama-sama Mu‘awiyah dan melihat sebilangan besar orang yang datang menyambutnya, dia pun berlutut di Masjid Kufah, kemudian batuk beberapa kali agar orang ramai memberikan perhatian kepadanya dan apabila semua orang berkumpul di sekelilingnya, dia mengungkapkan kepada mereka: “ Wahai penduduk ‘Iraq, adakah kamu aku berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya (s.‘a.w) dan menjadikan diriku layak dihumbankan ke neraka…” dan kemudian dia terus melemparkan segala bentuk tuduhan dan kesalahan ke atas ‘Ali (‘a.s) hanya semata-mata untuk menyenangkan tuannya dan juga musuh-musuh ‘Ali (‘a.s) dengan kata-kata yang penuh dengan pendustaan dan rekaan.[122]
Ibn Qutaibah telah mencatatkan dalam kitabnya, Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith[123] bahawa Nizam mengatakan bahawa ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s) dan ‘A’isyah seringkali mendustakan Abu Hurairah. Bahkan ketika cuba mendebatkan Nizam dan mempertahankan Abu Hurairah, Ibn Qutaibah mengakui seperti berikut: Berhubung dengan keterangan Nizam bahawa ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s) dan ‘A’isyah seringkali mengenepikan Abu Hurairah, hakikatnya adalah bahawa Abu Hurairah berada dalam kumpulan bersama-sama Nabi (s.‘a.w) untuk hanya 3 tahun sahaja dan orang ramai telah meriwayatkan begitu banyak cerita daripadanya. Oleh yang demikian, apabila dia menceritakan lebih banyak daripada apa yang diceritakan berbanding dengan para sahabat yang lain termasuklah sahabat-sahabat besar atau sahabat-sahabat yang terkemuka dalam Islam, mereka menyalahkannya dan mendustakannya dengan mengatakan “ bagaimana kamu mendengar semuanya itu secara bersendirian, dan siapakah lagi yang mendengarnya bersama-samamu?” ‘A’isyah merupakan tokoh yang paling keras mendustakannya kerana hayatnya yang lebih panjang seperti hayatnya juga.
‘Umar juga turut bersikap keras terhadap sesiapa sahaja yang banyak meriwayat tanpa mendapat pengukuhan dan pengesahan terhadap riwayat itu…” Dengan cara ini jugalah, dia (Ibn Qutaibah) mengakui keterangan Nizam itu. Hanya kebenaran jualah yang pasti menyingkapkan kebenaran pada akhirnya.
Para sahabat besar dan bahkan orang-orang selepas mereka tetap mendustakan Abu Hurairah sepanjang hayat mereka dan tidak teragak-agak melakukannya, tetapi kebanyakan manusia muslim yang datang selepas mereka mulai mengelakkan diri daripada mendustakannya kerana mereka berpegang kepada kepercayaan tentang “ semua sahabat adalah adil,” pada umumnya dan enggan melakukan penyelidikan atau pengkajian terhadap akhlak mereka sebagai suatu prinsip asas. Dengan cara ini, mereka meletakkan pelbagai bentuk halangan atau rintangan kepada akal dan pemikiran mereka, membutakan mata dan menutupi telinga mereka sama seperti yang digambarkan dalam ayat al-Qur’an:
“ Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).”[124]
Walau bagaimanapun, para Imam di kalangan Ahl al-Bait (‘a.s) iaitu kaum kerabat Rasulullah (s.‘a.w) menilai semua sahabat berdasarkan penilaian sahabat terhadap diri mereka sendiri. Oleh itu, berhubung dengan Abu Hurairah, pendapat mereka adalah sama seperti ‘Ali (‘a.s), ‘Umar, ‘Uthman dan ‘A’isyah sebutkan di atas, dan semua pengikut mereka iaitu golongan Syi‘ah sama ada yang awal atau yang akhir sentiasa mengikuti mereka dalam perkara ini mulai pada zaman Amir al-Mu’minin ‘Ali (‘a.s) hingga ke hari ini.
Berhubung dengan pendapat tokoh-tokoh lain, pandangan beberapa orang tokoh terkemuka dicatatkan seperti di bawah:
Imam Abu Ja‘far Askafi mengatakan: Abu Hurairah dianggap sebagai seorang gila oleh para ketua kami dan tidak boleh diterima sebagai perawi. Beliau juga mengatakan: Khalifah ‘Umar memukulnya dengan tali cemeti sambil berkata “ kamu menyampaikan riwayat yang keterlaluan banyaknya daripada Nabi (s.‘a.w) dan aku pasti akan memerangimu kerana kamu melakukan penddustaan terhadap Nabi (s.‘a.w).”
Sufyan al-Thauri menceritakan daripada Mansur, daripada Ibrahim al-Taimi yang mengatakan: Orang ramai tidak mengakui hadith-hadith Abu Hurairah kecuali yang berkaitan dengan syurga dan neraka.
Abu Usamah menceritakan daripada A‘masy yang mengatakan: Ibrahim merupakan seorang yang boleh dipercayai dalam hadith. Justeru apabila aku mendengar hadith, aku pergi kepadanya dan menyebutkan di hadapannya. Pada suatu hari aku membawa beberapa buah hadith kepadanya yang diceritakan daripada Abu Salih, seterusnya daripada Abu Hurairah. Katanya: Maafkan aku dalam persoalan Abu Hurairah kerana orang ramai biasanya menolak kebanyakan hadith daripadanya.
Telah diceritakan daripada ‘Ali (‘a.s) bahawa beliau berkata: Pembohong besar di kalangan manusia atau katanya, di kalangan manusia yang hidup terhadap Nabi (s.‘a.w) ialah Abu Hurairah al-Dusi.
Abu Yusuf menanyakan Abu Hanifah bahawa dalam sesuatu persoalan yang kita bertembung dengan sebuah hadith dikatakan daripada Nabi (s.‘a.w) tetapi berbeza sama sekali dengan pendapat kita, apakah yang harus kita lakukan terhadapnya. Katanya: “ Sekiranya ia disampaikan menerusi sanad (perawi) yang benar, kita hendaklah mengamalkannya dan mengenepikan pendapat kita.” Kemudian aku berkata: “ Apakah pula katamu mengenai Abu Bakr dan ‘Umar.” Dia berkata: “ Dalam urusan mengenai mereka, aku menegahmu daripada memberikan pendapat.” Aku berkata lagi: “ ‘Ali (‘a.s) dan ‘Uthman pula.” Dia berkata: “ Kedua-duanya sama sahaja.” Apabila dia melihat bahawa aku menamakan para sahabat seorang demi seorang, lalu dia berkata: “ Semua sahabat adalah adil melainkan beberapa orang sahaja,” dengan mengecualikan Abu Hurairah dan Anas bin Malik.
Ringkasnya, sudah jelas bahawa Abu Hanifah dan para sahabat lain biasanya menolak hadith-hadith Abu Hurairah apabila ia bercanggah dengan pendapat mereka. Sebagai contoh: Abu Hurairah dan semua sahabat bersepakat bahawa salat akan terbatal disebabkan perbuatan bercakap sama ada terlupa, jahil atau kerana sesuatu yang seolah-olah menunjukkan orang yang melakukannya itu sudah selesai. Madhhab Fiqh Hanafi adalah jelas dalam persoalan itu dan pendapat yang sama dipegang oleh Sufyan al-Thauri. Ini bermakna bahawa mereka tidak memberikan perhatian dan penekanan langsung kepada hadith Abu Hurairah di mana dia menceritakan bahaw: Nabi (s.‘a.w) pada suatu ketika terlupa dan mengakhiri salat empat raka‘at dalam dua raka‘at, kemudian baginda bangkit daripada tempat salatnya and pergi ke biliknya. Kemudian baginda datang kembali ketika itu ditanyakan kepadanya: “ Adakah kamu mengqasarkan (memendekkan) salat atau terlupa.” Baginda membalas: Aku tidak mengqasarkan dan bukan terlupa.” Kemudian mereka berkata: “ Tetapi kamu melakukan dua raka‘at sahaja bersama-sama kami.” Selesai soal-jawab di antara baginda dengan mereka, baginda percaya apa yang mereka katakan. Justeru dengan bersandarkan dua raka‘at terdahulu itu, baginda menyempurnakan salat kemudian bersujud sahwi (sujud kerana terlupa).
Atas dasar inilah, Imam Malik, Imam al-Syafi‘i dan Imam Ahmad berpendapat bahawa bercakap kerana terlupa semasa bersalat, atau keyakinan orang yang menunaikan salat bahawa dia tidak terikat lagi dengannya tidak menyebabkannya terbatal. Bagimanapun, sebaliknya Abu Hanifah tidak menerima dan mengakui hadith Abu Hurairah kerana dia berpendapat salat terbatal dalam keadaan seperti itu.
Sebelum menamatkan perbincangan, kami kemukakan di bawah ini beberapa contoh yang menunjukkan kedudukan Abu Hurairah pada pandangan beberapa orang sahabat:
(1) Menurut Musaddad dalam Musnadnya, dan Ibn Hajar dalamIsabahnya, Abu Hurairah dikatakan berkata: Apabila ‘Umar mendapat tahu tentang hadith-hadithku, dia mengutus kepadaku dan berkata: Adakah kamu bersama-sama kami pada hari kami berada dalam rumah si-polan dan si-polan?” Aku berkata: “ Ya.” Dia berkata: “ Nabi (s.‘a.w) berkata pada hari itu, barang siapa berdusta terhadapku dengan sengaja, maka sedialah tempatnya di neraka.”
Ini merupakan petunjuk paling jelas bahawa Abu Hurairah bukanlah di kalangan orang-orang yang meriwayatkan hadith semasa ‘Umar bahkan bukan pula termasuk orang-orang yang ‘Umar lihat atau dengar meriwayatkan hadith. Namun begitu, apabila dia mendapat tahu beberapa buah hadith Abu Hurairah menerusi orang-orang lain dan keanehannya memeranjatkannya, dia menghantar peringatan kepadanya untuk memberikan amaran terhadap perkara tersebut dengan pembalasan neraka.
(2) Menurut Ibn ‘Asakir dalam kitabnya, Kanz al-‘Ummal[125] ‘Umar pada suatu kali memperingatkan Abu Hurairah dengan katanya: “ Hentikanlah menyampaikan riwayat daripada Nabi (s.‘a.w) atau sekiranya tidak, aku akan campakkanmu ke bumi Dus atau bumi monyet.”
(3) Menurut Imam Abu Ja‘far Askafi, seperti yang telah disebutkan terdahulu, pada suatu kali ‘Umar begitu marah terhadap Abu Hurairah kerana meriwayatkan hadith keterlaluan banyaknya daripada Nabi (s.‘a.w) lalu memukulnya dengan tali cemetinya sambil memperingatkannya dengan kata-katanya: Kamu sudah keterlaluan, dan kerana itu aku terpaksa menentangmu disebabkan pendustaanmu terhadap Nabi (s.‘a.w).
(4) ‘Umar melucutkannya dari Bahrain selepas memukulnya sehingga bahagian belakangnya berdarah dan dia mengambil balik 10 000 dirham harta Bait al-Mal daripadanya dan memberikan peringatan kepadanya dengan kata-kata yang kesat seperti yang diperlihatkan dalam keterangan Abu Hurairah semasa pemerintahan dua orang khalifah.
(5) Menurut Muslim dalam Sahihnya,[126] ‘Umar memukul Abu Hurairah pada masa hayat Nabi (s.‘a.w) begitu teruk sehingga jatuh terduduk.
(6) Abu Ja‘far Askafi telah menceritakan bahawa ketika ‘Ali (‘a.s) terdengar mengenai Abu Hurairah meriwayatkan hadith, beliau berkata: “ Dia manusia paling banyak berdusta,” atau katanya: “ pendusta paling besar terhadap Rasulullah (s.‘a.w) di kalangan manusia yang hidup ialah Abu Hurairah.”
(7) Abu Hurairah selalu mengatakan: “ Sahabatku menceritakan kepadaku,” atau “ aku melihat sahabatku,” atau “ sahabatku Nabi (s.‘a.w) telah berkata kepadaku.” Apabila ia disampaikan kepada ‘Ali (‘a.s), beliau berkata: “ Bilakah masanya Rasulullah (s.‘a.w) menjadi sahabatmu, wahai Abu Hurairah?”
(8) Menurut al-Hakim dalam kitabnya, al-Mustadrak[127] ketika hadith-hadith Abu Hurairah sampai kepada pengetahuan ‘A’isyah, dia mengutuskan seseorang kepadanya dan berkata: “ Apalah hadith-hadith ini yang sampai kepada kami bahawa kamu menceritakan sesuatu daripada Nabi (s.‘a.w). Adakah kamu mendengar lain daripada apa yang kami dengar, adakah kamu melihat lain daripada apa yang kami lihat?” katanya, “ Wahai Umm al-Mu’minin, cermin dan logammu menjauhkanmu daripada Nabi (s.‘a.w).”
(9) Abu Hurairah menceritakan bahawa anjing, wanita dan kaldai membatalkan salat lalu ‘A’isyah menolaknya dengan berkata: “ Aku melihat Nabi (s.‘a.w) menunaikan salat di tengah-tengah katil sedang aku pula berada di atas katil menjadi hadangan antara baginda dengan Qiblah.”
(10) Abu Hurairah menceritakan sebuah hadith yang menentang berjalan di atas sebelah kaki sahaja. Ketika ‘A’isyah mendapat tahu mengenainya, dia berjalan di atas sebelah kaki dan berkata “ Aku pasti akan menentang Abu Hurairah dalam persoalan ini.”
(11) Abu Hurairah menceritakan bahawa sesiapa berada dalam keadaan berjunub menjelang subuh (dalam keadaan berhadath besar) tidak harus berpuasa. Dia telah ditolak dalam hal ini oleh ‘A’isyah dan Umm Salmah seperti yang telah dinyatakan sebelumnya.
Hadith ini dan dua hadith yang terdahulu boleh diperolehi di dalam Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith oleh Ibn Qutaibah.[128]
(12) Dua orang menemui ‘A’isyah dan berkata mengenai Abu Hurairah yang telah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w) bahawa ada tanda ramalan pada wanita dan binatang, yang menjadikan ‘A’isyah hilang sabar dan berkata: “ Demi Allah yang mewahyukan al-Qur’an kepada Abu al-Qasim (s.‘a.w), barang siapa meriwayatkannya daripada Rasulullah (s.‘a.w) bercakap dusta.”
(13) Pada suatu kali, Abu Hurairah duduk di sebelah tempat ‘A’isyah dan menceritakan hadith-hadith daripada Nabi (s.‘a.w) ketika ‘A’isyah sedang membaca tasbih. Selepas selesai, dia mengatakan: “ Bukankah sesuatu yang menghairankan Abu Hurairah menceritakan hadith-hadith daripada Nabi (s.‘a.w) dan membuatkan aku mendengarnya ketika aku pula sedang sibuk membaca Tasbihsementara dia akan pergi dari situ sebelum aku selesai. Sekiranya aku dapat menangkapnya, aku akan menafikannya.”
Hadith ini dan hadith yang terdahulu kelihatan dalam kitab Ibn Qutaibah, Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith.[129]
(14) Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Apabila seseorang daripada kamu terjaga daripada tidur, dia hendaklah membasuh kedua-dua tangannya sebelum meletakkannya ke pinggan kerana tiada seorang pun tahu ke mana kedua-dua tangan itu pergi.”
‘A’isyah menolak hadith ini dan enggan menerimanya sambil berkata: “ Apakah yang boleh kita lakukan dengan mihras (bekas air yang berat daripada batu yang dipotong).[130] Walau bagaimanapun, dapatlah diperhatikan bahawa ‘A’isyah kelihatan enggan mengakui kesahihan hadith ini kerana dia tidak yakin dan percaya kepada Abu Hurairah.
(15) Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi (s.‘a.w): “ Sesiapa yang mengusung keranda hendaklah berwudu’.”
Ibn ‘Abbas tidak mengakui kesahihan hadith ini sebaliknya terus menolaknya sambil berkata: “ Wudu’ tidak wajib semasa mengusung keranda kayu. Perkara ini juga telah diceritakan oleh sebilangan besar ulama yang terpercaya termasuklah juga Ahmad Amin dalam Fajr al-Islam.[131]
(16) Ibn ‘Umar selalu meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) membenarkan membunuh anjing kecuali anjing yang digunakan untuk memburu, untuk mengawal kambing dan bebiri atau untuk menjaga ternakan. Disampaikan untuk perhatian Ibn ‘Umar bahawa Abu Hurairah menambah dalam hadith itu, anjing yang menjaga lading. Ibn ‘Umar tidak mengakuinya tetapi sebaliknya menolaknya dengan mengatakan: “ Abu Hurairah mempunyai sebuah ladang, lalu dia mengadakan sedikit tambahan dalam hadith Nabi (s.‘a.w) bertujuan untuk menjaga anjingnya dan juga ladangnya sebagai mengambil sikap berhati-hati. Hadith ini kelihatan dalam kitab Muslim, Sahih.[132]
(17) Ibn ‘Umar tidak mengesahkan hadith Abu Hurairah mengenai landak dan terus meragui kesahihannya.
(18) Ibn ‘Umar terdengar Abu Hurairah meriwayatkan hadith bahawa barang siapa menyertai upacara pengusungan jenazah, akan mendapat satu bahagian pahala lalu menyatakan: Abu Hurairah telah menyampaikan hadith yang keterlaluan banyaknya.” Dia tidak mengakui kesahihannya sehinggalah dia menghantarkannya kepada ‘A’isyah untuk mendapatkan pandangannya. ‘A’isyah turut meriwayatkannya dan barulah selepas itu, dia mengakui kesahihannya. Hadith ini telah dibuktikan benar. Muslim telah menyebutkannya dalam kitabnya, Sahih.[133]
(19) Amir bin Syuraih bin Hani turut melakukan perkara yang sama apabila dia terdengar Abu Hurairah menceritakan bahawa: “ Barang siapa mengingini bertemu Allah, Allah suka bertemu dengannya, dan barang siapa membenci bertemu Allah, Allah juga tidak suka bertemu dengannya. Dia tidak mengakui kesahihan Abu Hurairah sehingga dia bertanya ‘A’isyah mengenainya dan ‘A’isyah turut meriwayatkannya sambil memahamkan maksud hadith itu kepadanya. Hadith ini juga telah dibuktikan benar.[134]
Berhubung dengan persoalan mengenai keadilan semua sahabat, tidak ada bukti yang menyokongnya. Bahkan para sahabat sendiri tidak menyedarinya. Malahan sekiranya diandaikan hadith itu benar, kita sebaiknya mengikutinya sebagai penghormatan kepada sahabat yang kedudukan mereka tidak diketahui, dan bukannya menghormati sahabat yang ditolak oleh setiap orang termasuk ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s) dan ‘A’isyah atau seseorang yang patut ditentang kerana ada bukti yang jelas sementara menentang Abu Hurairah pula, kita memang mempunyai bukti yang cukup jelas.
58. Protes Abu Hurairah terhadap orang-orang yang menyalahkannya
Abu Hurairah biasanya memprotes terhadap orang-orang yang mendustakannya atau mencari kesalahannya. Dia berkata: Orang ramai berkata bahawa Abu Hurairah terlalu banyak menyampaikan riwayat, hanya kepada Allahlah tempat kembali. Mereka juga mengatakan bahawa golongan Muhajir dan Ansar tidak meriwayatkan seperti mana dirinya. Apa yang pasti saudara-saudaraku di kalangan Muhajirin biasanya menghabiskan masa berjualbeli di pasar manakala saudara-saudaraku di kalangan Ansar pula melibatkan diri dalam hartabenda mereka. Di pihak yang lain pula, aku tidak punya apa-apa dan senitasa bersama-sama Nabi (s.‘a.w) sekadar untuk mengisi perutku. Oleh itu, aku hadir sedangkan mereka pula tidak hadir dan aku menghafal sedangkan mereka pula terlupa, dan pada suatu hari Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Tidak ada seorang pun di antaramu harus menggulungkan kainnya sehingga aku menghabiskan ucapanku ini kemudian dia hendaklah menyimpannya dalam dadanya agar dia lupa segala kata-kataku itu.” Justeru aku membentangkan pakaian bercorak kerana aku tidak mempunyai pakaian lain sehinggalah Nabi (s.‘a.w) selesai mengucapkan kata-katanya, kemudian aku menyimpannya dalam dadaku. Lantaran itu, demi Dia yang mengutuskannya dengan kebenaran, aku tidak lupa segala sesuatu daripada kata-katanya sehingga ke hari ini. Demi Allah, bagaimanapun bagi dua ayat al-Qur’an aku tidak akan sekali-kali menceritakan sesuatu kepadamu, iaitu:
“ Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati. Kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”[135]
Apa yang pasti, Abu Hurairah terpaksa memperlihatkan hadith ini untuk menentang orang-orang yang mendustakannya dalam kedua-dua perkara berkaitan bilangan hadith dan juga kandungan (kualiti) hadith tersebut. Namun apa yang jelas ini merupakan hadith palsu yang paling buruk dan jauh menyimpang daripada kebenaran. Tidaklah perlu ia diberikan perhatian sama sekali namun pada hakikatnya kedua-dua orang tokoh hadith besar telah memasukkannya sebagai hadith yang sahih dengan senang hati, begitu jelas sekali berdasarkan kepada pegangan mereka yang menganggap baik tentang sahabat secara keseluruhan walaupun dengan melakukan demikian, mereka jelas sekali berlawanan dengan logic dan bahkan keadilan itu sendiri. Terdapat beberapa perkara pokok untuk menggolongkan hadith itu sebagai hadith palsu:
Pertama: Abu Hurairah mengandaikan bahawa jual dan beli di pasar menjauhkan golongan Muhajirin daripada Nabi (s.‘a.w) sementara penglibatan golongan Ansar pula dalam urusan hartabenda mereka menjadikan mereka berada dalam keadaan seperti itu juga. Namun demikian, apakah pula nilai pendapat ini di hadapan ayat al-Qur’an yang cukup jelas dan ketara ini yang menyebutkan:
“ Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jualbeli daripada mengingati Allah.”[136]
Malang sekali kenyataan yang sengaja diada-adakan bahawa Abu Hurairah mengatakan dia biasanya tetap bersama-sama di sisi Nabi (s.‘a.w) ketika ketua dan pemimpin lain tidak hadir, dan dia mengatakan demikian tanpa sedikit pun penyesalan atau sanggahan kerana pastinya, dia melakukannya pada zaman Mu‘awiyah ketika pada masa itu, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s), Talhah, Zubair, Salman, ‘Ammar, Miqdad, Abu Dhar dan lain-lain dari kalangan kelompok tersebut telah tidak ada lagi. Sememangnya dia telah mengatakan sesuatu yang besar. Alangkah jauhnya persoalan tersebut daripada reality? Orang ramai sudah sedia mengetahui perhubungan di antara kedudukan ‘Ali (‘a.s) dengan Nabi (s.‘a.w) iaitu hubungan darahnya, keluarbiasaannya, sentiasa bersama-sama dengan Nabi (s.‘a.w) dalam ketenteraan semenjak masih kanak-kanak, Nabi (s.‘a.w) mendakapkannya ke dadanya, menempatkannya di tempat tidurnya agar menyentuhi tubuhnya supaya ‘Ali (‘a.s) dapat menciumi bauan kenabiannya, dan Nabi (s.‘a.w) biasanya mengunyahkan sesuatu lalu memberi ‘Ali (‘a.s) makan. Justeru, tidak ditemui sebarang bentuk pendustaan dalam kata-katanya atau kekurangan dalam perbuatannya. Allah juga telah menempatkan ‘Ali (‘a.s) dari segi akhlak dan budi pekerti yang hampir sama dengan Nabi (s.‘a.w), sementara ‘Ali (‘a.s) pula biasanya mengikuti Nabi (s.‘a.w) seperti seekor anak unta mengikuti langkah ibunya. Nabi (s.‘a.w) pada setiap hari mengangkat kedudukannya semakin lama semakin tinggi dalam ilmu dan akhlak, dengan memerintahkannya mengikuti jejak langkahnya. Pada masa-masa tersebut, hanya terdapat dua orang sahaja iaitu ‘Ali (‘a.s) dan Umm al-Mu’minin Khadijah sentiasa berada bersama-sama dengan Rasulullah (s.‘a.w). Justeru itu, ‘Ali (‘a.s) menyaksikan cahaya wahyu dan menciumi haruman kenabian baginda. Sebagai tambahan kepada keistimewaan-keistimewaan tersebut, beliau juga merupakan pintu ilmu Rasulullah (s.‘a.w), pemberi hukum yang terbaik di kalangan manusia muslim, penyimpan rahsia Rasulullah (s.‘a.w), pewaris kekuasaan baginda, pengganti kepimpinan baginda, pengelak segala kebimbangan Nabi (s.‘a.w), pemilik pendengaran yang sentiasa sedar, pemilik khazanah ilmu dalam kitab Allah. Adakah mungkin orang yang mempunyai keperibadian seperti ini melupakan sebarang perbuatan atau perkataan Rasulullah (s.‘a.w.) yang dikatakan dipelihara oleh Abu Hurairah dalam ingatannya, ataupun beliau menyembunyikan segala sesuatu sedankan Abu Hurairah pula mendedahkannya. Sesungguhnya ini merupakan tuduhan yang amat berat.
Lanjutan dari itu juga, di kalangan golongan Muhajirin, hanya terdapat sedikit sahaja bilangan orang yang melibatkan diri dalam jualbeli di pasar. Sebagai contoh, mereka ialah Abu Dhar, Miqdad, ‘Ammar dan 70 orang ahli Suffah yang merupakan sahabat Abu Hurairah dan seperti yang telah disebutkannya, tidak pernah memiliki sehelai kain pun pada diri mereka sedangkan dia sendiri memiliki kedua-duanya, kain cawat dan juga selimut. Bagaimana mungkin dapat diterima akal kebanyakan mereka tidak meriwayatkan hadith-hadith sampai ke tahap seperti Abu Hurairah lakukan atau sampai ke tahap keterlaluan sama seperti yang dilakukan Abu Hurairah. Sebenarnya, jumlah keseluruhan hadith mereka jauh lebih sedikit berbanding hadith-hadith yang secara khusus diriwayatkan Abu Hurairah seorang diri.
Keadaan yang sama juga berlaku kepada golongan Ansar. Kebanyakan mereka bukanlah orang berada dan berharta, seperti Abu Hurairah andaikan itu. Di kalangan mereka ada yang langsung tidak memiliki apa-apa seperti Salman al-Farisi yang dikatakan oleh Rasulullah (s.‘a.w): “ Salman ialah daripada kami, Ahl al-Bait,” dan telah dicatatkan mengenainya dalam kitab al-Isti‘ab, bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Sekiranya agama itu berada di bintang Surayya, Salman akan dapat mencapainya.” Sementara itu sekali lagi dalam kitab al-Isti‘ab, ‘A’isyah mengatakan sesuatu mengenainya: “ Pada suatu malam Nabi (s.‘a.w) mengizinkan Salman seorang diri mendengarnya sedemikian lama hingga dibimbangi dia mungkin mengatasi yang lain.” Selanjutnya, menurut kitab al-Isti‘ab lagi, ‘Ali (‘a.s) mengatakan sesuatu mengenai dirinya: “ Pasti, Salman seumpama Luqman al-Hakim kerana dia memiliki keilmuan masa silam dan masa depan. Dia merupakan lautan ilmu yang tidak pernah ketandusan.” Berhubung dengan dirinya juga, Ka‘b al-Ahbar mengatakan seperti yang dicatatkan dalam kitab al-Isti‘ab: “ Salman penuh dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan…..” dan orang ramai sudah sedia mengetahui bahawa Abu Ayyub al-Ansari tidak memiliki sebarang harta duniawi, kecuali sepasang selipar, untuk menjauhkannya daripada ilmu atau perbuatan-perbuatan yang saleh. Kedudukan yang sama terdapat pada diri Abu Sa‘id al-Khudri, Abu Fadl al-Ansari dan tokoh-tokoh lain seumpama mereka yang kesemuanya di kenali termasuk di kalangan tokoh ilmuan dan pemimpin golongan Ansar.
Perlu juga diingat bahawa masa Nabi (s.‘a.w) bukanlah dihabiskan begitu sahaja, tetapi setiap masa baginda, sama ada siang atau malam diperuntukkan untuk perkara-perkara tertentu dengan teratur. Oleh itu, untuk tujuan menyampaikan ilmu baginda telah tetapkan masa tertentu yang tidak bertembung dengan urusan berjualbeli di pasar ataupun masa-masa melibatkan urusan hartabenda. Dengan demikian, golongan Muhajirin dan juga Ansar tidak pernah menggagalkan diri untuk hadir pada masa itu kerana mereka benar-benar memerlukan ilmu bukan seperti yang dibayangkan oleh orang-orang yang berfikiran cetek.
Kedua, sekiranya Nabi (s.‘a.w) mengatakan sesuatu kepada para sahabatnya bahawa sesiapa yang membentangkan kain mereka sehingga selesai kata-kataku dan sebagainya …. Adalah benar, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abu Hurairah, sudah tentulah mereka akan melompat ke atasnya dengan penuh semangat, kerana penghormatan tidak boleh diperolehi semata-mata dengan melakukan perjalanan atau ilmu boleh dijamin hanya dengan menghabiskan wang. Lebih dari itu, apakah yang ada di sana untuk menghalangi mereka daripada mencapainya atau menghentikan mereka daripada membentangkan kain mereka untuk mengejarnya? Kenapakah mereka mengelakkan diri daripada melakukan demikian kerana ia samalah seperti menjauhkan diri daripada mencari ilmu dan menyembunyikan sesuatu yang Nabi (s.‘a.w) mengajak mereka kepadanya. Sudah pasti, ia bukanlah demikian dan kita tidak dapat fikirkan demikian mengenai mereka, khususnya kerana mereka semua memang bersemangat mengikuti perintah Rasulullah (s.‘a.w) dan mengejar apa sahaja yang baginda seru kepadanya.
Ketiga, sekiranya riwayat Abu Hurairah itu memang benar, para sahabat sewajarnya bertaubat dan menyesal dengan begitu sekali kerana mencuaikan diri untuk mencapai kemuliaan yang sangat besar dan memperolehi ilmu yang begitu banyak. Kekecewaan mereka akan berpanjangan kerana kegagalan membentangkan kain mereka kepada Nabi (s.‘a.w) walaupun tiada masalah atau usaha diperlukan untuk melakukannya. Sebenarnya mereka sudah sepatutnya mempersalahkan satu sama lain dan meletakkan kesalahan kepada satu sama lain kerana memilih untuk tidak melakukannya. Pada masa yang sama, mereka sepatutnya merasa cemburu terhadap Abu Hurairah kerana kejayaannya mengatasi mereka biarpun sebenarnya dia hanya mempunyai sehelai kain sahaja sementara tiada seorang pun di kalangan mereka yang memiliki dua helai kain atau lebih. Oleh kerana kita tidak pernah bertembung dengan sesuatu seperti itu, ia menunjukkan dengan jelas bahawa seluruh cerita atau riwayat ini merupakan cerita rekaan Abu Hurairah.
Keempat, sekiranya benar apa yang diceritakan oleh Abu Hurairah, orang lain yang Nabi (s.‘a.w) turut sampaikan kata-kata baginda dalam kejadian membentangkan kain mereka itu harus turut menyampaikan riwayat tersebut. Sebenarnya mereka patut menganggap cerita itu sebagai salah satu tanda kenabian, lambing kemuliaan Islam dan bukti yang menyokong agama itu. Cerita atau riwayat mengenainya tentulah tetap berlanjutan dan mereka pasti menjadikannya terang benderang seumpama matahari di siang hari. Oleh kerana perkara itu tidak pernah wujud, kita hanya dapat menganggapkannya sebagai rekaan Abu Hurairah.
Kelima, terdapat kepelbagaian dalam riwayat tentang kejadian ini oleh Abu Hurairah sendiri. Menurut keterangan A‘raj yang kelihatan dalam Sahih al-Bukhari,[137] Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda pada suatu hari kepada para sahabat baginda: “ Tidak wajar bagi setiap seorang daripada kamu membentangkan kainnya sehingga kata-kataku ini berakhir dan kemudian membungkuskanya ke arah dadanya agar dia tidak lupa sesuatu daripada kata-kataku itu.” Justeru, aku membentangkan kain bercorakku kerana aku tidak mempunyai kain yang lain selain darinya sehingga Nabi (s.‘a.w) mengakhiri kata-kata baginda dan aku membungkuskannya ke dadaku. Demi Dia yang mengutuskannya dengan kebenaran, sampai ke hari ini aku tidak lupa sesuatu daripada kata-kata baginda itu.
Di tempat yang lain pula seperti dicatatkan oleh al-Maqbari, dia meriwayatkannya seperti berikut: Aku berkata, wahai Rasulullah (s.‘a.w), aku mendengar sebuah hadith daripadamu dan aku terlupa mengenainya.” Kata baginda: “ Bentangkan kain selimutmu.” Kemudian dia gerakkan tangan di atasnya, lalu berkata: “ Bungkuskanlah.” Aku membungkuskannya, dan selepas dari itu aku tidak lagi terlupa.
Kini, menurut bentuk riwayat yang diberitahu oleh A‘raj, perkara itu berlaku di antara Nabi (s.‘a.w) dan para sahabatnya menunjukkan bahawa Nabi (s.‘a.w) memanggil semua sahabat agar membentangkan pakaian mereka sebagai suatu pemahaman tentang sifat terlupa mereka, sedangkan dalam bentuk riwayat yang lain dicatatkan menerusi al-Maqbari, perkara itu berlaku di antara Abu Hurairah sebagai seorang darinya dan Nabi (s.‘a.w) menunjukkan bahawa Abu Hurairah mengadu kepada Nabi (s.‘a.w) tentang sifat pelupanya. Selanjutnya, bentuk riwayat yang lain menerusi A‘raj merujuk kepada tidak melupakan ucapan kata-kata Nabi (s.‘a.w) manakala bentuk riwayat yang dicatatkan menerusi al-Maqbari merujuk kepada bebas daripada sifat pelupa secara umumnya, iaitu setiap perkara sama ada ia merupakan hadith atau sesuatu yang lain.
Masih ada satu lagi bentuk riwayat hadith ini. Muslim telah menceritakan dalam Sahihnya,[138] daripada Ibn Musayyab di mana Abu Hurairah dikatakan telah mengatakan: “ Selepas hari itu aku tidak lagi terlupa sesuatu yang Nabi (s.‘a.w) ceritakan kepadaku.” Bentuk riwayat ini menerangkan keadaan lebih bebas daripada sifat pelupa berbanding dengan bentuk riwayat menerusi A‘raj tetapi lebih kurang sedikit berbanding dengan al-Maqbari.
Kemudian terdapat bentuk riwayat Ibn Sa‘d dalam kitabnya,Tabaqat[139] bersumberkan Amr bin Mardas bin ‘Abd al-Rahman al-Jundi menunjukkan bahawa Abu Hurairah berkata: Nabi (s.‘a.w) berkata kepadaku, “ bentangkanlah pakaianmu.” Lalu aku membentangkannya. Kemudian baginda menceritakan kepadaku sepanjang hari. Kemudian aku membungkuskan pakaianku ke arah dadaku and aku tidak lagi terlupa sesuatu daripada kata-kata baginda. Di sini adalah wajar diperlihatkan bahawa kata-kata “ baginda menceritakan sepanjang hari “ kelihatan hanya dalam bentuk riwayat ini dan tidak ada dalam riwayat-riwayat yang lain.
Kitab al-Isabah oleh Ibn hajar mengandungi suatu lagi bentuk riwayat hadith bersama dengan yang lain dan menunjukkan bahawa Abu Hurairah pergi menemui Nabi (s.‘a.w) sewaktu baginda sakit. Lalu dia memberikan salam kepadanya ketika dia sedang berdiri dan Nabi (s.‘a.w) bersandar ke dada ‘Ali (‘a.s) manakala tangan ‘Ali (‘a.s) di dada Rasulullah (s.‘a.w) mengurut-urutkannya. Kaki Nabi (s.‘a.w) diluruskan. Nabi (s.‘a.w) berkata: “ Datang ke mari, wahai Abu Hurairah.” Dia pergi lebih dekat. Kata baginda: “ Datanglah lebih hampir, wahai Abu Hurairah.” Dia datang lebih dekat. Baginda sekali lagi berkata: “ Dekatlah lagi wahai Abu Hurairah.” Dia pun mendekatkan diri lebih hampir sehingga jarinya mencecah jari Nabi (s.‘a.w). Kemudian baginda berkata: “ Duduklah.” Lalu dia pun duduk. Kemudian baginda berkata: “ Letakkanlah pakaianmu di sebelah berdekatan denganku.” Abu Hurairah memegang pakaiannya, membukanya dan membentangkannya dekat Nabi (s.‘a.w). Nabi (s.‘a.w) kemudian berkata kepadanya: “ Haruskah aku memberitahumu cara bertindak yang kamu tidak patut tinggalkan selama hayatmu.” Katanya: “ Silalah beritahu.” Kemudian baginda berkata: “ Kamu hendaklah mandi pada hari Jumaat dan hendaklah melakukannya pada awal pagi dan tidak melibatkan diri dalam perkara-perkara yang sia-sia., dan aku nasihatkan kepadamu berpuasa selama 3 hari setiap bulan kerana ia seolah-olah seperti berpuasa selama sepanjang tahun. Dan aku nasihatkanmu mendirikan dua raka‘at salat subuh, tidak sekali-kali meninggalkannya, walaupun kamu mendirikan salat sepanjang malam, kerana salat dua raka‘at itu mengandungi banyak keistimewaan. Nabi (s.‘a.w) mengulanginya sebanyak 3 kali, kemudian baginda berkata: “ Bungkuslah pakaianmu.” Lalu aku membungkusnya ke dadaku.
Menurut Abu Hurairah seperti dipetik oleh Ibn Hajar dalam kitabnya, al-Isabah,[140]
Abu Ya‘la turut menceritakan menerusi al-Walid bin Jami‘ bahawa Abu Hurairah meriwayatkan: Aku mengadu kepada Nabi (s.‘a.w) mengenai kelemahan ingatanku sewaktu baginda berkata: “ Bukalah kain selimutmu.” Kemudian dia membukanya sambil berkata: “Sekarang gulungkanlah ia ke dadamu.” Aku lalu menggulungkannya. Selepas dari itu, aku tidak pernah lupa mana-mana hadith.
Sekali lagi, menurut Ibn Hajar dalam al-Isabahnya, Abu Ya‘la seterusnya menceritakan menerusi Yunus bin ‘Ubaid daripada Hasan al-basri daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Sesiapa yang mengambil daripadaku suatu ayat, dua ayat atau tiga daripadanya agar mengikat mereka dan menyebarkannya.” Justeru, aku membentangkan kain selimutku di hadapan baginda sementara aku bercakap. Seterusnya aku menggulungkannya. Aku harap aku tidak melupakan sesuatu daripada kata-kata baginda.
Imam Ahmad juga turut meriwayatkan bentuk hadith ini.
Abu Nu‘aim juga dalam kitabnya, Hilyat al-Awliya’,[141]diceritakan daripada ‘Abdullah bin Abi Yahya daripada Sa‘id bin Abi Hind daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa Nabi (s.‘a.w) bersabda: “ Wahai Abu Hurairah, tidak mahukan engkau menanyakanku perkara-perkara penting di bahuku dan berharga yang rakan-rakanmu tanyakan. Aku berkata: “ Aku mohon kepadamu supaya mengajarkan kami apa yang Allah telah memberitahumu.” Kemudian aku mengeluarkan pakaian berwarna di belakangku dan membentangkannya di antara diriku dan dirinya. Ia seperti aku masih melihat Kemudian Nabi (s.‘a.w) menceritakan kepadaku sedangkan aku mendengarnya dengan penuh perhatian. Kemudian baginda menyuruhku mengambil balik pakaian dan menggulungkannya ke arah diriku. Sebagai kesudahannya, aku tidak pernah terlupa lagi suatu patah perkataan daripada apa yang disampaikan kepadaku.
Kini, sesiapa yang mengkaji hadith ini dalam segala bentuknya sebagai diriwayatkan menerusi pelbagai rangkaian perawinya, dia akan mendapati perbezaan dalam perkataan dan juga dari segi logik dengan setiap sumber perawi dan melihat bahawa tiada perkataan mahupun logik membawanya kepada satu matlamat bahkan ia tidak juga menuju ke arah yang sama kerana setiap satu daripadanya bercanggah di antara satu sama lain. Oleh yang demikian, hadith ini dengan jelas bukanlah hadith yang sahih.
Keenam, Abu Hurairah berkata: Lalu aku membentangkan pakaian bercorakku itu, kerana aku tidak ada pakaian yang lain. Ini bermaksud bahawa dia berkeadaan telanjang. Kedudukan ini sudah tentu tidak dapat diterima. Untuk menyelesaikan kedudukan ini, al-Qastalani dan Zakariyya al-Ansari dalam syarah-syarah mereka cuba mentafsirkannya dengan maksud dia membentangkan sebahagian sahaja daripada pakaian itu. Bagaimanapun, ini tidak dapat disokong oleh kata-kata Abu Hurairah sendiri.
Ketujuh, dalam kandungan hadith itu sendiri cerita yang digambarkan dalam hadith yang sedang dibincangkan menunjukkan cerita dongeng pada umumnya direka oleh seseorang yang tidak berilmu tinggi dan ia tidaklah sama sekali berbeza daripada ciptaan para penjahat. Dalam mana-mana keadaan, ia sama sekali tidak boleh diambil kira sebagai mu‘jizat Rasulullah (s.‘a.w).
59. Beberapa mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) yang menakjubkan
Mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) yang hakiki membingungkan bukan sahaja orang yang bijaksana dengan cahaya kebenarannya dan mengalahkan para penzalim yang besar di bumi ini dengan kecemerlangan sifat tabi‘inya dan penerimaan kejadian itu hingga menyebabkan mereka menundukkan kepala mereka dalam keadaan mengaku kalah dan mengakui kebesarannya.
Di sini ada beberapa contoh mu‘jizat:
(1) Ketika Nabi (s.‘a.w) mengutuskan ‘Ali (‘a.s) ke Yaman, baginda menepuk dada ‘Ali (‘a.s) dengan tangan baginda sambil berkata: “ Ya Allah, berilah petunjuk kepada hatinya dan perkukuhkan lidahnya.” ‘Ali (‘a.s) telah menceritakan bahawa selepas itu beliau tidak teragak-agak membuat keputusan di antara dua kumpulan.[142]
(2) Ketika Allah mewahyukan ayat: “ agar diperhatikan oleh telinga yang mendengar,”[143] Nabi (s.‘a.w) mengatakan kepada ‘Ali (‘a.s): “ Aku memohon Allah menjadikannya pada telingamu.” ‘Ali (‘a.s) telah menceritakan bahawa selepas itu beliau tidak lagi terlupa segala sesuatu dan bagaimana dapat beliau lupa?[144]
(3) Pada peristiwa Khaybar, ‘Ali (‘a.s) memegang panji-panji, Nabi (s.‘a.w) berkata: “ Ya Allah, perkuatkanlah dia terhadap kepanasan mahupun kesejukan.” ‘Ali (‘a.s) berkata: “ Selepas dari itu, keadaan panas ataupun sejuk tidak lagi memberikan masalah kepadaku.” Pada hakikatnya, selepas itu ‘Ali (‘a.s) biasanya keluar pada musim sejuk dengan dua helai pakaian, sehelai kain dan selimut manakala pada musim panas pula dengan baju panjang luar yang agak tebal, memperlihatkan kebenaran mu‘jizat Nabi (s.‘a.w) dan meninggalkan kesan yang berkekalan. Keterangan ini diberikan oleh Imam Ahmad ibn Hanbal dalam kitab Musnadnya, juga oleh Ibn Abi Syaibah, Ibn Jarir dan lain-lain dan diakui benar dalam kitab Muntakhab Kanz al-‘Ummal pada bahagian tepi kitab Musnad oleh Imam Ahmad ibn Hanbal.[145]
(4) Ketika Jabir mengadu kepada Nabi (s.‘a.w) mengenai hutang bapanya, dia pergi bersama-sama dengannya ke kawasan pembantingannya dan berpusing mengelilinginya sambil berdoa mengharapkan kemurahan di dalamnya. Kemudian dia duduk di sana dan para pemiutang juga turut datang ke sana. Baginda membayar semua hutang kepada mereka sementara bakinya masih ada untuk Jabir dalam jumlah yang sama dengan apa yang mereka kutip itu.
(5) Apabila Rasulullah (s.‘a.w) berkehendakkan kebaikan kepada seseorang, baginda akan berdoa untuknya, dan sekiranya berkehendakkan keburukan baginda akan memohon keburukan untuknya sebagaimana baginda lakukan terhadap Mu‘awiyah ketika baginda bersabda: “ Allah tidak akan memenuhkan perutnya, atau sebagaimana baginda lakukan terhadap Hakam bin Abi al-‘As.
Dalam mana-mana keadaan, kita tidak dapati mana-mana perbuatan Nabi (s.‘a.w) seperti yang pernah dilaporkan oleh Abu Hurairah yang terlalu jauh daripada kebijaksanaan baginda yang begitu terserlah yang daripadanya, mata orang yang sesat turut memperolehi cahaya, dan darinya mercu ketinggian petunjuk biasanya muncul, seperti menyelesaikan kesukaran yang membingungkan dan menyimpangkan diri menerusi lorong-lorong kegelapan dan kejahilan.
60. Sekilas pandang tentang kebaikan Abu Hurairah
Kami telah meneliti semua kitab hadith yang mu‘tabar untuk mencari kemuliaan Abu Hurairah sekiranya ada diriwayatkan oleh Nabi (s.‘a.w), tetapi malangnya kami tidak menemui sesuatu kecuali Abu Hurairah sendiri sebagaimana dapat dilihat dengan jelas daripada contoh berikut.
Pengarang kitab al-Isti‘ab mengatakan sesuatu mengenainya: Abu Hurairah menganuti Islam pada tahun berlakunya Perang Khaybar, mengambil bahagian dalam perang itu bersama-sama Nabi (s.‘a.w) dan kemudian merapatkan diri selamanya dengan Rasulullah (s.‘a.w) bukannya kerana cintakan ilmu, sekadar berpuashati hanya untuk mengisi perutnya. Justeru, tangannya biasanya berada pada tangan Rasulullah (s.‘a.w) dan dia biasanya pergi bersama baginda ke mana sahaja baginda pergi. Dia merupakan orang yang paling kuat ingatan di kalangan semua sahabat Nabi (s.‘a.w). Dia hadir mendengar Nabi (s.‘a.w) kerana tiada orang lain di kalangan semua Muhajirin dan Ansar hadir, kerana golongan Muhajirin sibuk dalam mengejar perniagaan sedangkan golongan Ansar pula melibatkan diri dalam perniagaan harian. Nabi (s.‘a.w) sendiri menyaksikan bahawa dia mengingini ilmu dan hadith seperti dikatakannya kepada baginda: “Wahai Rasulullah (s.‘a.w) Aku telah mendengar banyak hadith daripadamu dan aku bimbang mungkin aku lupa.” Nabi (s.‘a.w) berkata kepadanya: “ Bentangkanlah pakaianmu.” Aku lalu membentangkannya dan Nabi (s.‘a.w) menggerakkan tangan baginda ke atasnya dan kemudian berkata: “ Gulungkanlah ia.” Selepas itu, aku tidak lupa segala sesuatu.
Kelebihan-kelebihan ini dan yang lain-lain sepertinya merupakan kandungan (teks) hadith-hadith yang Abu Hurairah sendiri ceritakan dan kita tidak pula dapat mencari mana-mana autoriti untuknya kecuali dirinya sendiri. Perkara yang sama juga membabitkan semua aspek yang diceritakan daripadanya sebagaimana kebanyakan ulama sudah pun sedia maklum.
Marilah kita menganalisis kenyataan tersebut. Oleh kerana Abu Hurairah menganuti Islam dalam tahun berlakunya Perang Khaybar, ia dibuktikan menerusi riwayat-riwayat selain daripada dirinya sendiri, namun begitu sama ada Abu Hurairah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut bersama-sama dengan Rasulullah (s.‘a.w) , kami tidak pula temuinya diriwayatkan oleh mana-mana orang yang lain selain daripada Abu Hurairah sahaja, dan para cendikiawan dan ilmuan yang telah menjelaskan dakwaannya yang mengakui kehadirannya dalam peperangan itu dengan cara yang berbeza-beza.
Dalam persoalan dia mendekatkan diri kepada Nabi (s.‘a.w) dan terus berada di situ bukannya kerana cintakan pengetahuan dan merasa puas dengan hanya mengisi perutnya dan tangannya dalam genggaman tangan Nabi (s.‘a.w), oleh yang demikian dia akan pergi ke mana sahaja Nabi (s.‘a.w) pergi, inilah perkara yang Abu Hurairah dakwakan tetapi pemberatan untuk membuktikan kesahihannya tergantung kepadanya. Dalam hubungan ini, dia berkata: “ Aku datang ke Madinah sementara Nabi (s.‘a.w) pula di Khaybar, dan pada masa itu aku berusia lebih 30 tahun. Justeru aku tinggal dengannya sehingga baginda wafat. Biasanya aku bergilir-gilir dengannya dalam rumah isteri-isterinya. Aku bekerja sebagai orang suruhannya, aku berperang dalam peperangan bersama dengannya dan melakukan haji dengannya. Aku mengatasi semua manusia dalam ilmu mengenai hadith-hadithnya. Demi Allah, terdapat orang yang bersama dengannya lebih awal berbanding denganku, tetapi setelah mengetahui keakrabanku dengannya biasanya mereka menanyakanku tentang hadith-hadithnya. Mereka termasuklah ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali (‘a.s), Talhah, Zubair …… “ dan lain-lain.
Sikap Abu Hurairah yang tidak sedikit pun merasa malu meriwayatkan hadith seperti itu benar-benar memeranjatkan, kerana ia jelas sekali berlawanan dengan kenyataan dan jauh sekali daripada kebenaran, tetapi bagi mereka yang benar-benar mengetahui fakta tersebut akan mengetahui bahawa dia tidak meriwayatkan hadith itu pada zaman para sahabat terdahulu, ulama dan anggota-anggota masyarakat yang penting. Hanya selepas kematian hampir semua sahabat itu dan penaklukan bumi yang lain seperti Syria, ‘Iraq, Mesir, Afrika dan Iran ketika sebilangan besar sahabat berkurangan sementara bilangan orang muslim di kawasan yang dikuasai bertambah dan mereka tidak pernah mengetahui sesuatu pada zaman Nabi (s.‘a.w), lalu Abu Hurairah memberanikan diri dengan mulai meriwayatkan hadith. Cara ini sebenarnya merupakan masa ketika kebanyakan pendusta mendapati diri mereka berada bersama di alam yang baru di mana hanya beberapa orang sahaja mengetahui kedudukan pada zaman awal Islam. Mereka mendapati orang ramai di persekitaran yang baru hanya bersetuju sahaja dengan mereka dan menerima sebagai suatu ibadat apa sahaja yang mereka dengar daripada mereka. Ini adalah kerana pada pandangan kumpulan baru ini, para pendusta tersebut mewakili kumpulan terakhir dari kalangan sahabat besar Nabi (s.‘a.w) yang dikatakan pemelihara segala perbuatan dan pemegang amanah perutusan baginda (s.‘a.w) yang baik, yang kerana itu bertanggungjawab kepada penyebarannya. Pada masa yang sama, pemerintahan Bani Umaiyyah mengabadikan segala usaha untuk menyokong mereka dan dalam keadaan inilah ia menggalakkan mereka untuk menceritakan segala bentuk hadith yang salah dan tidak dapat dibuktikan, walaupun hadith itu mungkin bercanggah dengan hukum-hakam Islam atau tidak dapat diterima akal, ataupun penuh dengan kekejian atau pendustaan, kerana ia bersesuaian dengan tujuan dan perintah dalam polisi mereka yang zalim kerana mereka menjadikan agama Allah sebagai dalih atau helah, menganggap semua makhluk Allah sebagai pengikut setia mereka manakala harta Allah sebagai hak milik mereka. Dengan cara ini, kumpulan pendusta ini memberikan khidmat sebagai alat pemerintah jahat dan zalim ini. Di pihak mereka pula, para pemerintah tersebut menaungi dan dan membantu mereka dengan menggunakan pelbagai cara menerusi kekuasaan mereka yang zalim itu secara berleluasa. Ini kerana para pendusta tersebut terbukti menjadi anggota yang berkhidmat kepada mereka, iaitu sebagai lidah kepada tuntutan mereka dan mata kepada semua perancangan mereka yang dapat dilihat. Jelaslah bahawa orang-orang seperti inilah yang dikatakan oleh al-Qur’an sebagai:
“ Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya: “ Ini daripada Allah.”[146]
Demi Allah, seseorang yang memberikan perhatian secara serius akan merasa hairan tokoh-tokoh hadith yang terkemuka seperti al-Bukhari, Muslim, Ahmad ibn Hanbal dan lain-lain dalam kelompok yang sama, yang menggunakan akal fikiran untuk mengkaji tetapi kemudian tunduk akur seperti orang-orang yang bisu dan bebal berhadapan dengan apa yang Abu Hurairah dan lain-lain yang seumpama mereka inginkan. Terlalu banyak persoalan menjelma dalam benak fikiran di sini. Contohnya, adakah mereka mempunyai keberanian untuk mengetahui bila ‘Ali (‘a.s), ‘Umar, ‘Uthman, Talhah, Zubair dan lain-lain dari kalangan tokoh-tokoh terdahulu pernah bertanya sesuatu kepadanya? Adakah persoalan yang mereka tanyakannya pada masa jaga, tidur atau dalam keadaan khayal? Apakah pula hadith yang mereka tanyakan? Siapakah lagi selain daripada Abu Hurairah telah meriwayatkan perkara tersebut mengenai mereka? Pengarang kitab terkemuka manakah telah menyebutkan nama salah seorang daripada mereka yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah walaupun sebuah hadith sekalipun? Bilakah pula mereka bergantung kepada riwayatnya?
Kenyataannya adalah bahawa kami tidak pernah mendapatinya meriwayatkan (hadith) semasa mereka masih ada, atau dia berani menyampaikan riwayat di hadapan mereka. Di satu pihak lagi, mereka biasanya merendah-rendahkan kedudukannya dan seringkali pula mendustakannya sebagaimana yang telah dibicarakan dengan panjang lebar dalam halaman-halaman terdahulu.
Marilah kita terus menganalisis petikan daripada kitab al-Isti‘ab. Berkenaan dengan kenyataannya bahawa Abu Hurairah merupakan tokoh yang paling kuat hafalan di kalangan semua sahabat Nabi (s.‘a.w), ia hanya diambil daripada hadithnya yang terdahulu: “ Aku merupakan orang yang paling mengetahui hadith dari sekalian orang.” Berhubung mengenai keterangan, “ dia hadir mendengar Nabi (s.‘a.w) kerana tiada seorang pun dari kalangan golongan Muhajirin dan Ansar menghadirkan diri…” ia diambil daripada riwayat yang dia kemukakan mengenai pembentangan kainnya dan persoalan tersebut telahpun dibincangkan dengan panjang lebar untuk menunjukkan kepalsuannya.
Berkenaan dengan kenyataannya bahawa Nabi (s.‘a.w) sendiri menyaksikan bahawa dia suka akan ilmu dan hadith adalah diambil daripada keterangan Abu Hurairah sendiri: Aku kata, Wahai Rasulullah (s.‘a.w), siapakah orang yang bernasib baik diberikan syafa‘atmu? Baginda membalas: “ Ketika aku memperhatikan keinginanmu kepada hadith, aku fikir tidak ada orang lain kecuali engkau berada dalam kedudukan yang baik untuk menanyakan soalan ini.” Ia telah diceritakan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya menerusi al-Maqbari daripada Abu Hurairah. Ibn Hajar turut memasukkannya ke dalam kitabnya, al-Isabah merujuk kepada Abu Hurairah. Turut sama diceritakan dalam kitab yang sama bahawa Abu Hurairah biasanya berkata: “ Aku tetap berada bersama Nabi (s.‘a.w) selama 3 tahun ketika tiada seorang pun kecuali aku yang amat suka akan hadith-hadith daripada baginda.”
Sebagaimana yang telah diperlihatkan dalam halaman-halaman terdahulu, keistimewaan-keistimewaan yang didakwanya itu termasuklah seperti berikut:
· Bekas bekal (Mizwad) yang daripadanya seramai lebih daripada 200 orang dapat makan.
· Hambanya yang dibebaskan atas nama Allah.
· Dua buah bekas ilmunya, salah satunya dia bukakan manakala yang kedua dia tidak bukakannya.
· Doa Nabi (s.‘a.w) untuknya dan untuk ibunya.
· Dia berjalan di atas air sehingga melintasi seluruh teluk tanpa dibasahi air walaupun sebelah kaki.
Dilihat dari analisis setiap daripada keistimewaan tersebut yang dikemukakan dalam halaman-halaman sebelumnya, seseorang sudah tentu akan ketawa dan menangis pada masa yang sama. Dalam keadaan yang amat menyedihkan ini kita hanya dapat mengucapkan ayat al-Qur’an berikut:
“ Inna li-Llah wa inna ilaihi raji‘un (Daripada Allah kita datang kepada Allah pula kita kembali).”
Referensi:
[110] Al-Bukhari, Sahih, II, h.35; IV, h.36.
[111] Al-Bukhari, Sahih, II, h.35; IV, h.36.
[112] Muslim, Sahih, II, h.444.
[113] Lihat: Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, IX, h.125.
[114] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.6.
[115] Al-Bukhari, Sahih, II, h.22.
[116] Al-Bukhari, Sahih, IV, h.65.
[117] Al-Bukhari, Sahih, II, h.168 (Bab wa udhkur fi al-kitab Maryam…)
[118] Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, II, h.325. al-Dhahabi turut mengesahkannya dalam kitab Talkhis al-Mustadrak.
[119] Lihat: Al-Hakim, al-Mustadrak, II, h.48.
[120] Lihat: Al-Bukhari, Sahih, III, h.34.
[121] Al-Qur’an, surah al-Baqarah (2): 159.
[122] Lihat: Syarh Nahj al-Balaghah, I, h.359.
[123] Lihat: Ibn Qutaibah, Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith, h.27.
[124] Al-Qur’an, surah al-Baqarah (2): 18.
[125] Ibn ‘Asakir, Kanz al-‘Ummal, V, h.239. (Hadith no.4885).
[126] Muslim, Sahih, I, h.34.
[127] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, h.509.
[128] Ibn Qutaibah, Ta’wil Mukhtalaf al-Hadith, h.27.
[129] Ibn Qutaibah, ibid, h.126.
[130] Lihat: Ahmad Amin, Fajr al-Islam, h.259.
[131] Ahmad Amin, ibid, h.259.
[132] Lihat: Muslim, Sahih, I, h.625.
[133] Muslim, Sahih, I, h.349; al-Hakim, al-Mustadrak, III, h.510.
[134] Ibid.
[135] Al-Qur’an, surah al-Baqarah (2): 159-160.
[136] Al-Qur’an, surah al-Nur (24): 37.
[137] Al-Bukhari, Sahih, II, h.34.
[138] Lihat: Muslim, Sahih, II, h.358.
[139] Ibn Sa‘d, Tabaqat, IV, h.56.
[140] Ibn Hajar, al-Isabah, h.381 (dalam keterangan mengenai Abu Hurairah)
[141] Abu Nu‘aim, Hilyat al-Awliya’, h.381 (dalam keterangan mengenai Abu Hurairah).
[142] Lihat: Al-Isti‘ab dan kitab-kitab lain. Ahli-ahli hadith menceritakan hadith ini menerusi rangkaian perawi yang dipercayai.
[143] Al-Qur’an, surah al-Haqqah (69): 12.
[144] Lihat: Al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf; al-Tha‘labi, Tafsir al-Tha‘labi, al-Razi dan lain-lain.
[145] Ibn Hanbal, al-Musnad, V, h.44.
[146] Al-Qur’an, surah al-Baqarah (2): 79.
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar