KITAB MUKTAMAR ULAMA‘ BAGHDAD
(Dialog Sunnah-Syiah, Abad Ke 5 Hijrah)
______________________________________
Diterjemahkan dari buku aslinya Kitab Muktamar Ulama‘ Baghdad
Karya Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri
Cetakan Bahasa Arab: Qum, 1399 H
--------------------------------------------------------------------
Hak Terjemahan Dilindungi Undang-Undang.
--------------------------------------------------------------------
Cetakan Ketiga: Oktober, 1994
_____________________________________________________
Edisi Bahasa Arab
Kitab Muktamar Ulama’ Baghdad,
Cetakan ke 3, Qum, 1399 H
------------------------------------------------------------------------------
Edisi Bahasa Malaysia
__________________________________________________
Copyright @ AB-Perlak. All rights reserved.
_____________________________________________
PRAKATA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Al-Hamdulillahi Rabbi l-‘Alamin. Selawat dan salam kepada Muhammad dan keluarganya yang suci serta para sahabat yang terpilih. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya Kitab Muktamar Ulama‘ Baghdad adalah tulisan Thiqat al-Jalil Abi al-Hijaa’ Syibl al-Daulat Muqaatil bin ‘Atiyyah bin Muqaatil al-Bakri. Beliau adalah di kalangan mereka yang telah menghadiri muktamar antara Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad pada bulan Sya‘ban (sebelum 12 haribulan Ramadan, 485 hijrah). Iaitu tarikh kematian Nizam al-Mulk. Kemungkinan muktamar ini telah diadakan pada bulan Sya‘ban di tahun yang sama; iaitu 485 hijrah.
Muktamar ini adalah dibawah naungan Sultan Malik Syah Saljuqi dan diselenggarakan oleh wazirnya bernama Khawajah Nizam al-Mulk Abi al-Hasan al-Khurasaani. Kitab Muktamar Ulama‘ Baghdad ini dicetak oleh Hajjatu l-Islam Sayyid Hidatatullah al-Mustarhami al-Isfahani al-Jarquuni di Qum pada tahun 1399 H (cetakan ke 3/4). Manuskrip buku ini telah didapati di Maktabah Raja Mahmud Abad pada tahun 1300H dengan khat penulis: Muqaatil bin ‘Atiyyah yang asalnya bermazhab Hanafi, kemudian bertukar kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas.
Buku ini telah diberi kata pengantar oleh Ayatullah al-‘Uzma Abi al-Mu‘aali al-Sayyid Syihab al-Din al-Husaini al-Mar‘asyi al-Najafi. Antaranya beliau berkata: Sekiranya Ahl al-Sunnah membacanya dengan insaf, nescaya mereka akan dapat manfaatnya”
Akhirnya beliau berkata:
“Aku berharap daripada saudara-saudaraku di kalangan Syi‘ah keluarga Rasul s.a.w membacanya dan mengambil pencerahan daripada cahaya-cahayanya, mudah-mudahan Allah menjaga mereka daripada setiap penyakit, memberi taufik kepada mereka bagi mendapatkan ilmu agama dan hukum syarak”
Muqaatil berkata: “Sesungguhnya aku telah menghadiri muktamar dan dialog di Baghdad. Aku telah menulis setiap apa yang berlaku di muktamar itu, tetapi aku membuang apa yang tidak perlu dan sekarang aku mengemukakan [kepada anda] apa yang telah berlaku di muktamar itu di dalam buku ini.
Muktamar tersebut berlangsung selama tiga hari, diwakili oleh sepuluh orang ulama Ahl al-Sunnah dan sepuluh orang ulama Syi‘ah yang pakar di dalam sejarah, hadis, tafsir dan debat. Nizam al-Mulik sebagai pengurusi muktamar. Ia telah berjalan mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama oleh Ahl al-Sunnah dan Syi‘ah, dihadiri oleh Malik Syah, ketua-ketua tentera, para ulama dan lain-lain selama tiga hari berturut-turut.
Muktamar ini diadakan atas desakan Malik Syah yang tidak berpuas hati dengan seorang ulama sunni yang mengkafirkan seorang ulama Syi‘ah bernama al-Husain bin Ali al-‘Alawi, kerana baginya Sunnah dan Syi‘ah adalah muslimun. Beliau adalah seorang yang mempunyai fikiran terbuka, ingin mengetahui kebenaran. Di samping itu, beliau menghabiskan masanya dengan permainan dan perburuan.
Di akhir muktamar, selepas berdialog, beliau mengisytiharkan diri nya sebagai seorang Syi‘ah dengan meninggalkan mazhab moyangnya Ahl al-Sunnah (Hanafi). Kerana beliau yakin bahawa kebenaran adalah di pihak Syi‘ah.
Pada muktamar yang sama, Nizam al-Mulk (bapa mentua penulis) mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Syi‘ah, kerana kekuatan hujah dan dalil Syi‘ah. Kemudian diikuti pula oleh para hadirin yang lain. Meskipun begitu, terdapat para ulama yang masih kekal dengan mazhab Ahl al-Sunnah kerana mengikuti moyang mereka yang terdahulu. Malik Syah dan Nizam al-Mulk yang berfikiran terbuka tidak memaksa mereka supaya mengikuti mazhab Syi‘ah, kerana ia terserah kepada kehendak mereka.
Disebabkan kefanatikan dan kedengkian, golongan Ahl al-Sunnah telah merancang untuk membunuh mereka berdua, kerana mereka berdua, mengikut pandangan Ahl al-Sunnah, menjadi sebahagian faktor pertukaran mazhab beramai-ramai daripada mazhab Ahl al-Sunnah kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas di Baghdad.
Akhirnya mereka telah berjaya membunuh Nizam al-Mulk pada 12 haribulan Ramadan 485 hijrah. Kemungkinan beberapa minggu selepas diadakan muktamar di Madrasah Nizamiyyah. Kemudian mereka membunuh pula Malik Syah Saljuqi. Mereka berdua telah dibunuh pada jalan Allah, kerana mengikuti kebenaran mazhab Syi‘ah, mazhab Ahl al-Bait Rasulullah s.a.w. Semoga Roh mereka diberkati Allah. Terjemahan buku ini adalah khusus untuk mereka yang berpegang kepada mazhab Syi‘ah Imam Dua Belas atau mazhab Ja‘fari SAHAJA.
Penterjemah: 18 hb. Oktober, 1994.
_________________________________________________________________
KANDUNGAN
BAHAGIAN PERTAMA
Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog, Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi‘ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan Lain-Lain.
Pendahuluan
Latar belakang Malik Syah dan Nizam al-Mulk
Sebab yang mencetuskan dialog
Dialog raja dengan wazirnya tentang Syi‘ah
Cadangan bagi mengadakan dialog antara Sunnah dan Syi‘ah
Keengganan Nizam al-Mulk untuk mengadakan dialog
Desakan raja Malik Syah supaya diadakan dialog
Demi kebenaran
Penawar dan penyelesaiannya
Kekhuatiran Nizam al-Mulik untuk mengadakan muktamar
Persedian dialog hanya lima belas hari
Syarat-syarat dialog
Pembukaan muktamar
Dialog tentang sahabat
Wazir mahu campur tangan
Al-‘Abbasi cuba mendapat Sokongan Raja
Rasul Mencaci Abu Bakr dan Umar
Raja meminta penjelasan
Raja meminta pertukaran tajuk
Al-Qur’an
Raja meminta penjelasan
BAHAGIAN KEDUA
Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Penyelewengan al-Qur’an, Raja Meminta Pertukaran Tajuk, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.
Khalifah
Raja meminta penjelasan
Mengikuti mereka terdahulu
Khalifah Rasulullah
Raja meminta penjelasan
Raja meminta pertukaran tajuk
Penyelewengan al-Qur’an
Raja meminta pertukaran tajuk
Sifat Tuhan
Raja meminta penjelasan
Muhkamah dan mutasyaabihah
Raja meminta pertukaran tajuk
Penyelewengan dan kebatilan Ahl al-Sunnah
Raja meminta penjelasan
Rasulullah s.a.w syak pada kenabiannya
Raja meminta penjelas
Mencaci Rasulullah s.a.w
Raja mencelah
Khurafat-khurafat Ahl al-Sunnah
Raja meminta pertukaran tajuk
Mengaitkan perkara yang tidak layak
Raja mencelah
Raja meminta pertukaran tajuk
Syi‘ah mengingkari iman mereka bertiga
BAHAGIAN KETIGA
Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr, Raja Mencelah, Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi, Raja Meminta Penjelasan Dan Lain-Lain.
Dalil tidak berimannya Abu Bakr
Raja mencelah
Dalil tidak berimannya Umar
Raja meminta penjelasan
Al-‘Abbasi cuba menghalang raja dari menukar mazhab
Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi
Dalil tidak berimannya Uthman
Raja meminta penjelasan
Menjadi khalifah dengan wasiat Umar
Hadis sepuluh orang dijamin syurga adalah palsu
Raja meminta penjelasan
Apakah syaitan memaafkan orang yang bercakap benar?
Al-‘Alawi bersedia untuk membawa kitab-kitab rujukan
Raja meminta penjelasan
Mencaci sahabat
Kata-kata semua sahabat adil satu pembohongan
Bagaimana kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka
Raja meminta pertukaran tajuk
Kesamaran Ahl al-Sunnah
Syi‘ah mengikuti khalifah Rasulullah s.a.w
Sebab Ali a.s tidak layak menjadi khalifah
Orang ramai adalah lebih alim daripada Allah dan Rasul?
BAHAGIAN KEEMPAT
Kelayakan Ali A.S Menjadi Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Penentangan Umar Terhadap Rasulullah S.A.W, Raja Meminta Penjelasan, Raja Mencelah, Raja Tertarik Tentang Mut‘ah, Raja Meminta Hadirin Turut Berdialog Dan Lain-Lain.
Kelayakan Ali a.s menjadi khalifah
Raja meminta penjelasan
Penentangan Umar terhadap Rasulullah s.a.w
Raja meminta penjelasan
Raja mencelah
Raja tertarik tentang mut‘ah
Raja meminta para hadirin turut berdialog
Raja meminta pertukaran tajuk
Pembukaan Umar
Raja memarahi pembukaan Umar dan seumpamanya
Raja meminta al-‘Abbasi menjawab
Ikutilah khalifah Rasulullah s.a.w yang sah
Pembukaan Ali bin Abu Talib
Sebab-sebab kebencian kepada Abu Bakr
Raja meminta penjelasan
Jenayah Khalid bin al-Walid dan zinanya
Umar mahu membunuh Khalid, Abu Bakr menegahnya
Raja meminta penjelasan
BAHAGIAN KELIMA
Ahl Al-Sunnah Merupakan Musuh-Musuh Ali Bin Abu Talib?, Abu Talib Seorang Mukmin, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Mengakui Abu Bakr Telah Bersalah, Raja Menjadi Hairan, Abu Bakr Dan Umar Merampas Fadak Daripada Fatimah, Kebenaran Bersama Syi‘ah Dan Lain-Lain.
Ahl al-Sunnah merupa musuh-musuh Ali bin Abu Talib?
Abu Talib seorang mukmin
Raja meminta penjelasan
Perasaan dengki Ahl al-Sunnah terhadap Ali bin Abu Talib a.s
Raja meminta penjelasan
Al-‘Abbasi mengakui Abu Bakr telah bersalah
Raja mencelah
Raja meminta penjelasan
Fatimah a.s memarahi Abu Bakr dan Umar
Raja meminta penjelasan
Raja menjadi hairan
Abu Bakr dan Umar merampas Fadak daripada Fatimah a.s
Raja mencelah
Rasul s.a.w melantik khalifah-khalifah selepasnya
Raja meminta penjelasan
Nama-nama Imam Dua Belas
Raja meminta penjelasan
Bagaimana manusia boleh kekal dalam masa yang begitu panjang?
Raja meminta penjelasan
Al-‘Abbasi khuatir orang awam cenderung kepada Syi‘ah
Raja meminta penjelasan
Para imam mazhab empat
Mazhab Ja‘fari
Mati sebagai seorang jahiliyah
Raja meminta penjelasan
Kebenaran bersama Syi‘ah
Raja mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi‘ah
Wazir mengisytiharkan diri sebagai seorang Syi‘ah
Sebahagian mereka kekal di atas mazhab mereka
Rancangan jahat
Kematian Nizam al-Mulk dan Malik Syah Saljuqi
Sebuah qasidah
Aku menghadiri muktamar dan dan menulis buku ini
Bibliografi
Indeks
*****
BAHAGIAN PERTAMA
Bismillahir Rahmanir Rahim
Pendahuluan, Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk, Sebab Yang Mencetuskan Dialog, Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah, Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi‘ah, Demi Kebenaran, Syarat-Syarat Dialog Dan Lain-Lain.
Pendahuluan
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Muhammad yang berbangsa Arab diutuskan sebagai rahmat kepada semesta alam dan keluarganya yang suci serta para sahabatnya yang setia.
Wa ba‘du, dan selepas itu, maka ini adalah Kitab Muktamar Ulama’ Baghdad sebagai hasil dialog di antara Sunnah dan Syi‘ah yang telah dianjurkan oleh raja yang disegani Malik Syah Saljuqi di bawah penyeliaan seorang alim yang juga disegani wazir Nizam al-Mulk.
Latar Belakang Malik Syah Dan Nizam al-Mulk
Sesungguhnya Malik Syah bukanlah seorang yang fanatik buta, mengikut bapa-bapa dan moyang-moyangnya dengan perasaan asabiah buta. Malah beliau adalah seorang pemuda yang mempunyai minda terbuka, cintakan ilmu dan para ulama. Pada masa yang sama beliau leka dengan permainan dan perburuan.
Wazirnya Nizam al-Mulk adalah seorang lelaki yang bijaksana dan zuhud, mempunyai kemahuan yang kuat, mencintai kebaikan dan ahlinya. Sentiasa ingin mengetahui hakikat sesuatu perkara. Beliau amat mencintai keluarga Rasulullah s.a.w. Beliaulah yang telah mengasaskan Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Beliau telah memberi gaji bulanan kepada ahli ilmu. Dan beliau mengasihani golongan fakir dan miskin.
Sebab Yang Mencetuskan Dialog
Pada suatu hari seorang alim yang masyhur bernama al-Husain bin Ali al-‘Alawi, seorang pemuka ulama Syi‘ah telah datang kepada Malik Syah. Manakala beliau keluar dari sisi Malik Syah, seorang di kalangan hadirin telah memperolok-olokkannya dan menjeling kepadanya, maka Malik Syah berkata: Kenapa anda telah memperolok-olokkannya? Lelaki itu berkata: Tidakkah anda mengetahui, wahai raja, bahawa dia adalah di kalangan golongan kafir di mana Allah telah memurkai dan melaknati mereka? Raja berkata di dalam keadaan hairan, kenapa? Tidakkah dia seorang muslim?
Lelaki itu berkata: Tidak, dia adalah seorang Syi‘ah!
Raja berkata: Apakah pengertian Syi‘ah? Tidakkah Syi‘ah satu golongan daripada golongan muslimin?
Lelaki itu berkata: Tidak, sesungguhnya mereka tidak mengakui khilafah Abu Bakr, Umar dan Uthman.
Raja berkata: Adakah di sana orang Islam yang tidak mengakui kepimpinan mereka bertiga?
Lelaki itu berkata: Ya, mereka itu adalah Syi‘ah.
Raja berkata: Jika mereka tidak mengakui kepimpinan para sahabat tersebut, kenapa orang ramai menamakan mereka muslimin?
Lelaki itu berkata: Justeru itu, aku telah berkata kepada anda bahawa sesungguhnya mereka adalah kafir…, maka raja berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wazir Nizam al-Mulk mesti datang bagi menjelaskan hal ini.
Dialog Raja Dengan Wazirnya Tentang Syi‘ah
Raja telah memerintahkan Nizam al-Mulik supaya datang kepadanya dan bertanya kepadanya tentang Syi‘ah: Adakah mereka muslimun?
Nizam al-Mulk berkata: Ahl al-Sunnah berselisih pendapat, maka sebahagian mereka berkata bahawa Syi‘ah adalah muslimun, kerana mereka mengucap “Tiada tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah pesuruh Allah, mereka sembahyang dan mereka berpuasa. Sebahagian lain pula berkata bahawa sesungguhnya mereka adalah kafir.
Raja berkata: Berapakah bilangan mereka? Nizam al-Mulk berkata: Aku tidak menghitung bilangan mereka dengan tepat, tetapi mereka mewakili separuh bilangan muslimin lebih kurang (taqriiban)[1].
Raja berkata: Adakah separuh muslimin kafir? (fa-hal nisfu muslimin kuffaar). Wazir berkata: Ahli ilmu menganggapkan mereka kafir, tetapi aku tidak mengkafirkan mereka.
Cadangan Bagi Mengadakan Dialog Antara Sunnah Dan Syi‘ah
Raja berkata: Adakah anda, wahai wazir, boleh mengumpulkan para ulama Syi‘ah dan Sunnah supaya kita dapat mengetahui hakikat sebenar?
Wazir berkata: Ini adalah satu perkara yang susah, aku khuatir keselamatan raja dan negaranya!.
Raja berkata: Kenapa?
Keengganan Nizam Al-Mulk Untuk Mengadakan Dialog
Wazir berkata: Kerana persoalan Syi‘ah dan Sunnah bukanlah perkara yang mudah, malah ia adalah persoalan hak dan batil. Sesungguhnya darah telah banyak mengalir kerananya, banyak perpustakaan dibakar kerananya, wanita-wanita ditawan kerananya, kitab-kitab banyak dikarang kerananya dan telah berlaku peperangan kerananya.
Desakan Raja Malik Syah Supaya Diadakan Dialog
Raja yang muda itu merasa hairan tentang keadaan ini, lalu beliau berfikir dengan serius, kemudian berkata: Wahai wazir, sesungguhnya anda mengetahui bahawa Allah telah mengurniakan kepada kita kerajaan yang besar, tentera yang ramai, maka kita wajib bersyukur kepada Allah di atas nikmat ini dan kesyukuran kita itu adalah dengan mengetahui hakikat sebenar; kita menunjuk orang yang sesat kepada jalan yang benar.
Demi Kebenaran
Pasti salah satu daripada dua golongan ini di atas kebenaran dan yang satu lagi di atas kebatilan, kita mesti mengetahui kebenaran, maka kita mengikutnya dan kita mesti mengetahui kebatilan, maka kita meninggalkannya. Justeru itu, anda hendaklah menyediakan, wahai wazir, muktamar seumpama ini dengan kehadiran para ulama Syi‘ah dan Sunnah, kehadiran ketua-ketua tentera, penulis-penulis dan semua pembesar negara. Apabila kita melihat bahawa sesungguhnya kebenaran itu bersama Ahl al-Sunnah, maka kita masukkan Syi‘ah kepada Ahl al-Sunnah dengan kekuatan.
Wazir berkata: Apabila Syi‘ah tidak mahu memasuki mazhab Ahl al-Sunnah apakah anda akan melakukannya?
Raja berkata: Kita bunuh mereka!
Wazir berkata: Adakah boleh membunuh separuh bilangan muslimin?
Penawar Dan Penyelesaiannya?
Raja berkata: Apakah penawar dan penyelesaian?
Wazir berkata: Anda tinggalkan perkara ini.
Dialog di antara raja dan wazirnya yang bijaksana telah berakhir, tetapi raja telah menghabiskan masa satu malam berfikir dengan serius mengenainya tanpa tidur sehingga pagi. Bagaimana perkara yang penting ini tidak dipatuhi? Pada pagi hari raja telah memanggil Nizam al-Mulk dan berkata kepadanya: Baiklah kita memanggil ulama dua golongan itu, kita akan melihat sepanjang perbincangan di antara dua golongan itu, kebenaran di pihak mana. Apabila kebenaran bersama mazhab Ahl al-Sunnah, kita menyeru Syi‘ah dengan hikmah, nasihat yang baik dan kita menggalakkan mereka dengan harta dan pangkat sebagaimana Rasulullah s.a.w telah melakukannya kepada golongan yang dijinakkan hati mereka (muallaf). Dengan itu kita boleh berkhidmat kepada Islam dan kaum muslimin.
Kekhuatiran Nizam Al-Mulik Untuk Mengadakan Muktamar
Wazir berkata: Pendapat anda itu baik, tetapi sesungguhnya aku khuatir tentang muktamar ini!
Raja berkata: Kenapa khuatir?
Wazir berkata: Aku khuatir Syi‘ah akan mengalahkan Ahl al-Sunnah dan hujah-hujah mereka mengatasi hujah-hujah kita, justeru itu, orang ramai akan terjatuh di dalam syak dan kesamaran!
Raja berkata: Adakah itu boleh terjadi?
Wazir berkata: Ya, kerana Syi‘ah mempunyai dalil-dalil yang pemutus, hujah-hujah yang terserlah daripada al-Qur’an dan hadis-hadis yang membenarkan mazhab mereka dan kebenaran akidah mereka![2].
Persedian Dialog Hanya Lima Belas Hari
Raja tidak berpuas hati dengan jawapan wazirnya, lalu berkata kepadanya: Tidak dapat dielakkan daripada mengadakan dialog di antara dua golongan itu supaya kebenaran terserlah kepada kita dan kita membezakannya dari kebatilan. Kemudian wazir meminta tangguh sebulan bagi melaksanakan perintahnya, tetapi raja yang muda itu tidak menerima penangguhan itu. Dan akhirnya beliau menentukan masa hanya lima belas hari sahaja.
Di dalam lima belas hari, wazir Nizam al-Mulk telah mengumpulkan sepuluh orang lelaki di kalangan ulama Ahl al-Sunnah yang besar, pakar di dalam bidang sejarah, fikah, hadis, Usul dan debat. Sebagaimana beliau mengumpulkan sepuluh orang ulama di kalangan Syi‘ah yang besar.
Syarat-Syarat Dialog
Dialog adalah pada bulan Sya‘ban[3] di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad dan beliau telah menetapkan bahawa muktamar diadakan dengan syarat-syarat berikut:
Pertama: Perbincangan akan berterusan daripada waktu pagi sehingga petang dikecualikan pada masa sembahyang, makan dan rehat.
Kedua: Perbincangan mestilah bersandarkan kepada rujukan-rujukan yang dipercayai dan kitab-kitab yang muktabar, bukan secara dengar kata orang atau propaganda.
Ketiga: Perbincangan yang berlaku di muktamar ini hendaklah ditulis.
Pembukaan Muktamar
Pada hari yang ditetapkan, raja, wazirnya dan ketua-ketua tenteranya duduk dan para ulama Ahl al-Sunnah duduk di kanannya. Sementara para ulama Syi‘ah duduk di kirinya. Wazir Nizam al-Mulk telah membuka muktamar dengan Bismillahir Rahmanir Rahim, selawat kepada Muhammad dan keluarganya serta para sahabatnya. Kemudian beliau berkata: Dialog mestilah bersih, dan matlamatnya adalah untuk mencari kebenaran. Justeru itu, janganlah menyebut seorang sahabat Rasulullah s.a.w dengan cacian atau kejahatan.
Dialog Tentang Sahabat
Pembesar ulama Ahl al-Sunnah bernama Syeikh al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya aku tidak boleh berbincang dengan mazhab yang mencaci semua sahabat.
Pembesar ulama Syi‘ah bernama al-Husain bin Ali dikenali dengan al-‘Alawi berkata: Siapakah yang mengkafirkan semua sahabat?
Al-‘Abbasi berkata: Kamu Syi‘ahlah yang mengkafirkan semua sahabat (yukaffiruuna kulla al-Sahabat).
Al-‘Alawi berkata: Kata-kata anda ini menyalahi kenyataan. Tidakkah di kalangan para sahabat itu adalah Ali a.s, al-‘Abbas, Salman Ibn ‘Abbas, al-Miqdad, Abu Dhar dan lain-lain, adakah kami Syi‘ah mengkafirkan mereka?
Al-‘Abbasi berkata: Aku maksudkan dengan semua sahabat itu adalah Abu Bakr, Umar, Uthman dan pengikut-pengikut mereka.
Al-‘Alawi berkata: Anda telah bercanggah dengan diri anda sendiri, tidakkah ahli ilmu Mantiq menetapkan bahawa (mujibat juz’iyyahbertentangan dengan (saalibat Kulliyyah), anda berkata pada satu ketika bahawa Syi‘ah mengkafirkan semua sahabat dan anda berkata pula bahawa Syi‘ah mengkafirkan sebahagian sahabat.
Wazir Mahu Campur Tangan
Di sini Nizam al-Mulk mahu bercakap, tetapi seorang alim Syi‘ah tidak membiarkannya, lalu berkata: Wahai wazir yang mulia, tiada seorang yang berhak bercakap melainkan apabila kami lemah dari menjawabnya. Jika tidak, ia akan bercampur-aduk dengan perbincangan dan mengeluarkan percakapan dari tempatnya, tanpa keputusan.
Kemudian seorang alim Syi‘ah berkata: Ternyata, wahai al-‘Abbasi, bahawa kata-kata anda bahawa Syi‘ah mengkafirkan semua sahabat adalah pembohongan yang jelas.
Al-‘Abbasi tidak dapat menjawabnya, maka mukanya kemerahan kerana malu, kemudian berkata: Tinggalkan kami daripada perkara ini, tetapi adakah kamu Syi‘ah mencaci Abu Bakr, Umar dan Uthman?
Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya di kalangan Syi‘ah ada golongan yang mecaci mereka dan ada golongan yang tidak mencaci mereka.
Al-‘Abbasi berkata: Dan anda, wahai al-‘Alawi, daripada golongan mana?
Al-‘Alawi berkata: Di kalangan mereka yang tidak mencaci sahabat, tetapi aku berpendapat bahawa sesungguhnya golongan yang mencaci sahabat mempunyai logik mereka. Dan cacian mereka kepada mereka bertiga tidak membawa kepada apa-apa; tidak kafir, tidak fasiq dan tidak pula berdosa kecil [4].
Al-‘Abbasi berkata: Adakah anda telah mendengar, wahai raja, apa yang sedang dikatakan oleh lelaki ini?
Al-‘Abbasi Cuba Mendapat Sokongan Raja
Al-‘Alawi berkata: Wahai al-‘Abbasi, sesungguhnya percakapan yang anda tujukan kepada raja itu adalah satu kesalahan, kerana raja mengumpulkan kita untuk berbincang dengan hujah dan dalil, bukan dengan hukuman senjata dan kekuatan.
Raja berkata: Apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu adalah betul, apakah jawapan anda, wahai al-‘Abbasi?
Al-‘Abbasi berkata: Jelas sekali bahawa barangsiapa yang mencaci sahabat adalah kafir.
Al-‘Alawi berkata: Ia jelas di sisi anda dan bukan di sisiku, apakah dalil kekafiran orang yang mencaci sahabat berdasarkan ijtihad dan dalil, adakah anda mengakui bahawa orang yang dicaci oleh Rasul berhak dicaci?
Al-‘Abbasi berkata: Aku mengakuinya.
Rasul Mencaci Abu Bakr Dan Umar
Al-‘Alawi berkata: Maka Rasul telah mencaci Abu Bakr dan Umar.
Al-‘Abbasi berkata: Di manakah beliau s.a.w telah mencaci mereka? Ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah.
Al-‘Alawi berkata: Ahli sejarah di kalangan Ahl al-Sunnah telah menyebut bahawa Rasul telah menyediakan tentera di bawah pimpinan Usamah dan beliau s.a.w telah menjadikan Abu Bakr dan Umar di dalamnya dan bersabda:Allah melaknati orang yang mengundurkan diri daripada tentera Usamah”(La‘ana llahu man takhallafa ‘an jaisyi Usamah) Kemudian Abu Bakr dan Umar telah mengundurkan diri[5]daripada tentera Usamah. Justeru itu, laknat Rasul meliputi mereka. Barangsiapa yang dilaknati Rasul, maka berhak bagi orang muslim melaknatinya pula.
Di sini al-‘Abbasi menggelingkan kepalanya tanpa berkata apa-apa.
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazir: Adakah apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi itu benar?
Wazir berkata: Ahli Tawaarikh telah menyebutnya[6].
Al-‘Alawi berkata: Jika mencaci sahabat adalah haram, kenapakah kamu tidak mengkafirkan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan, kamu tidak menghukum kefasikannya dan kejahatannya, kerana dia telah mencaci Imam Ali bin Abu Talib a.s selama empat puluh tahun. Kemudian cacian kepadanya berterusan kepada tujuh puluh tahun? [7]
Raja Meminta Pertukaran Tajuk
Raja berkata: Potong percakapan ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.
Al-Qur’an
Al-‘Abbasi berkata: Di antara bid‘ah-bid‘ah kamu Syi‘ah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an!
Al-‘Alawi berkata: Malah bid‘ah-bid‘ah kamu Ahl al-Sunnah bahawa kamu tidak mengakui al-Qur’an. Dalilnya kamu berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah dikumpulkan oleh Uthman, adakah Rasul jahil apa yang dilakukan oleh Uthman; beliau s.a.w tidak mengumpulkan al-Qur’an sehingga Uthman datang dan mengumpulkannya, kemudian beliau berkata: Bagaimana al-Quran tidak dikumpulkan pada zaman Nabi sedangkan Nabi memerintahkan kaumnya dan para sahabatnya supaya mengkhatamkan al-Qur’an dan bersabda: Barangsiapa yang mengkhatamkan al-Qur’an baginya pahala”Adakah boleh Nabi s.a.w memerintahkan supaya al-Qur’an dikhatamkan sedangkan ia belum dikumpulkan, dan adakah kaum muslimin di dalam kesesatan sehingga Uthman menyelamatkan mereka? [8]
Raja Meminta Penjelasan
Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi bahawa al-Qur‘an dikumpulkan oleh Uthman?
Wazir berkata: Demikianlah ahli Tafsir dan Tawaarikh menyebutnya[9].
Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya Syi‘ah percaya bahawa al-Qur’an telah dikumpulkan pada masa Rasul sebagaimana kamu melihatnya sekarang, tanpa kurang meskipun satu huruf, tanpa penambahan meskipun satu huruf. Adapun Ahl al-Sunnah berkata: Sesungguhnya al-Qur’an telah ditambah dan dikurangkan, didahului dan dikemudiankan. Sesungguhnya Rasul tidak mengumpulkannya, tetapi Uthmanlah yang telah mengumpulkannya apabila beliau memegang jawatan khalifah.
Catatan Kaki :
[1] Bilangan Syi‘ah pada abad ke 5 hijrah hampir separuh bilangan keseluruhan kaum muslimin.
[2] Nizam al-Mulk telah mengetahui kekuatan hujah Syi‘ah dan kebenaran akidah mereka, tetapi tidak mahu mengikutinya.
[3] Kemungkinan muktamar telah diadakan pada bulan Sya‘ban tahun 485 hijrah.
[4] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 378-385 (Bab fi al-Haud) hadis no.578, 584, 585, 586, 587, 590 meriwayatkan bahawa para sahabat Nabi s.a.w telah murtad selepas kematiannya. Nabi s.a.w bersabda: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka adalah para sahabatku (ashaabi). Dijawab: Sesungguhnya anda tidak mengetahui bid‘ah-bid‘ah (ahdathuu) yang dilakukan oleh mereka selepas anda. Sesungguhnya mereka telah menjadi murtad ke belakang”. Hanya hadis no. 587 meriwayatkan bahawa “Hanya sedikit daripada mereka terselamat seperti unta yang terpisah daripada pengembalanya” Ini disebabakan mereka telah mengubah sunnah Rasulullah s.a.w. Lihat juga, Muslim, Sahih, iv, hlm.1793-6 (Kitab al-Fadhaa’il) hadis no.26, 28, 29, 31 dan 32.Hadis no. 26 meriwayatkan “kerana kamu tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh mereka (sahabat) selepas anda meninggalkan mereka. Maka aku bersabda: Terjauh, terjauh daripada (rahmat) mereka yang telah mengubah (baddala) sunnahku selepasku”.
[5] Melarikan diri.
[6] Ibn Sa‘d, Tabaqaat, bhg.2, ii, hlm.41, Ibn ‘Asaakir, Tarikh, ii,hlm.391, Ibn al-Athir, al-Kaamil, ii,hlm.129, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal,v, hlm.312.
[7] Ibn al-Athir, al-Kamil, ix, hlm. 102, Ibn al-Jauzi, al-Muntazam, vii, hlm. 283.
[8] Al-Baihaqi, al-Sunan, ii, hlm. 41, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal, I, 281.
[9] Ibid.
(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Posting Komentar