Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » KITAB MUKTAMAR ULAMA‘ BAGHDAD (Dialog Sunnah-Syiah, Abad Ke 5 Hijrah) Bagian 2

KITAB MUKTAMAR ULAMA‘ BAGHDAD (Dialog Sunnah-Syiah, Abad Ke 5 Hijrah) Bagian 2

Written By Unknown on Senin, 26 Februari 2018 | Februari 26, 2018


BAHAGIAN KEDUA

Khalifah, Raja Meminta Penjelasan, Mengikuti Mereka Terdahulu, Khalifah Rasulullah, Raja Meminta Pertukaran Tajuk, Penyelewengan al-Qur’an, Sifat Tuhan, Muhkamah Dan Mutasyaabihah Dan Lain-Lain.


Khalifah

Al-‘Abbasi berkata: (Dia telah mengambil peluang): Adakah anda telah mendengar, wahai raja, sesungguhnya lelaki ini tidak menamakan Uthman khalifah, dia menamakannya amir sahaja.

Al-‘Alawi berkata: Ya, Uthman bukanlah seorang khalifah.


Raja berkata: Kenapa?

Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah percaya kebatilan khilafah Abu Bakr, Umar dan Uthman!

Raja berkata: (Dengan hairan dan tanda tanya) kenapa?

Al-‘Alawi berkata: Sesungguhnya Uthman telah dilantik melalui enam ahli majis syura [10] yang ditetapkan oleh Umar. Semua ahli majlis syura yang enam tidak melantik Uthman, hanya beliau dilantik oleh tiga atau dua orang daripada mereka. Justeru itu, kesahihan Uthman bergantung kepada Umar. Dan Umar berkuasa melalui wasiat Abu Bakr. Justeru itu, kesahihan Umar bergantung kepada Abu Bakr. Abu Bakr berkuasa melalui perlantikan kumpulan yang kecil di bawah penguasaan pedang dan kekuatan. Lantaran itu, kesahihan khilafah Abu Bakr bergantung kepada senjata dan kekuatan. Lantaran itu, Umar berkata tentang haknya: Baiah orang ramai kepada Abu Bakr adalah sercara faltatan jahiliyah[11]. Allah telah menjaga muslimin akan kejahatannya. Barangsiapa yang kembali kepadanya, maka kamu bunuhlah dia.

Abu Bakr sendiri berkata: Pecatlah aku, kerana aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu sedanagkan Ali di sisi kamu. Justeru itu, Syi‘ah percaya bahawa khilafah mereka bertiga adalah batil daripada asasnya.


Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi tentang kata-kata Abu Bakr dan Umar?

Wazir berkata: Ya, demikianlah apa yang disebutkan oleh ahli sejarah![12]


Mengikuti Mereka Terdahulu

Raja berkata: Kenapakah kita menghormati mereka bertiga?
Wazir berkata: Kerana mengikuti mereka terdahulu yang baik (al-Salaf al-Salih)!

Al-‘Alawi berkata kepada raja: Wahai raja, katakanlah kepada wazir: Adakah kebenaran lebih berhak diikuti atau orang yang terdahulu (al-Salaf al-Salih)? Tidakkah mengikuti mereka terdahulu (Salaf) yang menyalahi kebenaran itu terkandung di dalam firman Allah dalam Surah al-Zukhruf (43): 23 “Sesungguhnya kami mendapati bapa-bapa kami menganut suatu agama dan sesungguhnya kami adalah pengikut jejak-jejak mereka”?!


Khalifah Rasulullah

Raja berkata: (Ditujukan kepada al-‘Alawi) Jikalaulah mereka bertiga bukan khalifah Rasulullah, maka siapakah khalifah Rasulullah?

Al-‘Alawi berkata: Khalifah Rasulullah adalah Imam Ali bin Abu Talib.

Raja berkata: Kenapa dia menjadi khalifah?

Al-‘Alawi berkata: Kerana Rasul telah menentukannya sebagai khalifah selepasnya. Rasul telah memberi isyarat kepada khilafahnya pada tempat yang banyak. Di antaranya di satu tempat di antara Makkah dan Madinah bernama Ghadir Khum [13]. Beliau s.a.w telah mengangkat tangan Ali dan bersabda kepada muslimin: Barangsiapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya, wahai Tuhanku, hormatilah orang yang mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusuhan dengannya, tolonglah orang yang menolongnya, hinalah orang yang menghinanya”.

Kemudian beliau s.a.w turun dari mimbar dan berkata kepada kaum muslimin- Bilangan mereka melebihi seratus dua puluh ribu orang-Berilah salam kepada Ali untuk kepemimpinan muslimin” Mereka telah datang kepada Ali seorang demi seorang seraya berkata kepada Ali: Al-Salamu ‘alaika ya Amir al-Mu’minin. Kemudian Abu Bakr dan Umar datang, lalu memberi salam kepada Ali a.s bagi kepemimpinan muslimin. Umar berkata: Alangkah beruntungnya anda wahai Ibn Abi Talib, anda telah menjadi maulaku dan maula semua mukmin dan mukminat[14]. Justeru itu, khalifah yang sah bagi Rasulullah adalah Ali bin Abu Talib.


Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazirnya: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?
Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah dan ahli tafsir telah menyebutnya.


Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.


Penyelewengan Al–Qur’an

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnhya Syi‘ah berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif).

Al-‘Alawi berkata: Malah ia masyhur di sisi kamu, wahai Ahl al-Sunnah, sesungguhnya kamu berkata tentang penyelewengan al-Qur’an![15]

Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah pembohongan yang jelas.

Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu meriwayatkan di dalam kitab-kitab kamu bahawa sesunggunya ayat tentang al-Gharaaniq telah turun ke atas Rasulullah, kemudian ia dimansuhkan dan dibuang daripada al-Qur’an?

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang didakwa oleh al-‘Alawi?

Wazir berkata: Ya, demikianlah telah disebutkan oleh ahli Tafsir.

Raja berkata: Bagaimana dipegang atau dipercayai Qur’an yang diselewengkan?

Al-‘Alawi berkata: Ketahuilah, wahai raja, sesungguhnya kami tidak berkata sedemikian. Sesungguhnya ini adalah pendapat Ahl al-Sunnah. Justeru itu, al-Qur’an di sisi kami boleh dipercayai, tetapi al-Qur’an di sisi Ahl al-Sunnah tidak boleh berpegang kepadanya!

Al-‘Abbasi berkata: Beberapa hadis terdapat di dalam kitab-kitab kamu dan daripada para ulama kamu?

Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis itu, pertamanya: Sedikit, kedua: Ia adalah mauduk dan dipalsukan di mana musuh-musuh Syi‘ah telah menciptakannya untuk mencemarkan imej Syi‘ah. Ketiga: Perawi-perawinya dan sanad-sanadnya tidak benar. Dan apa yang dipindahkan daripada ulama, maka ia tidak boleh dipegang. Sesungguhnya para ulama kami yang besar di mana kami berpegang kepada pendapat mereka, tidak berkata tentang penyelewengan al-Qur’an (tahriif). Mereka tidak menyebut ayat-ayat al-Qur’an tentang pujian kepada berhala-berhala sebagaimana kamu menyebutnya bahawa kamu berkata: Dia berfirman[16]:

Itulah al-Gharaaniq yang tinggi
Daripadanyalah syafaat diharap-harapkan


Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.


Sifat Tuhan

Al-‘Alawi berkata: Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Allah perkara yang tidak layak dengan kebesaran-Nya.

Al-‘Abbasi berkata: Seumpama apa?

Al-‘Alawi berkata: Umpamanya mereka berkata: Sesungguhnya Allah mempunyai jisim seperti manusia ketawa dan menangis, bagi-Nya tangan, kaki, mata, aurat dan kemasukan satu kaki-Nya ke dalam neraka pada hari Kiamat[17], sesungguhnya Dia turun dari langit kepada langit dunia di atas seekor keldai kepunyaan-Nya!

Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang menghalangnya daripada perkara tersebut sedang al-Qur’an menjelaskannya di dalam Surah al-Fajr (89):22 “Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris”, Firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68): 42 “Pada hari betis disingkapkan” dan firman Allah di dalam Surah al-Fath (48):10 “Tangan Allah di atas tangan mereka”. Hadis telah menceritakan bahawa sesungguhnya Allah memasukkan satu kaki-Nya pada neraka!

Al-‘Alawi berkata: Adapun hadis tersebut adalah batil di sisi kami, satu pembohongan dan rekaan semata-mata, kerana Abu Hurairah dan orang seumpamanya telah membohongi Rasulullah (s.a.w) sehingga Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis dan mencegahnya[18].


Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir-: Adakah benar bahawa Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahkan hadis?

Wazir berkata: Ya, dia telah melarangnya sebagaimana di dalam kitab-kitab Tawaarikh.

Raja berkata: Bagaimana kita berpegang dengan hadis Abu Hurairah?

Wazir berkata: Kerana ulama telah berpegang kepada hadis-hadisnya.

Raja berkata: Jikalaulah begitu, ulama mesti lebih alim daripada Umar, kerana Umar telah melarang Abu Hurairah dari memindahklan hadis kerana pembohongannya terhadap Rasulullah, tetapi ulama mengambil hadis-hadisnya yang bohong?!

Al-‘Abbasi berkata: Lihatlah, wahai al-‘Alawi, sekiranya hadis-hadis tentang Allah tersebut tidak benar, tetapi apakah yang anda lakukan dengan ayat-ayat al-Qur’an tadi?


Muhkamah Dan Mutasyaabihah

Al-‘Alawi berkata: Al-Qur’an ada ayat-ayat Muhkamaah yang merupakanUmmu al-Kitab dan ada ayat-ayat Mutasyaabihaah, ada zahir dan batin. Justeru itu, ayat Muhkamah yang zahir diamalkan menurut zahirnya. Adapun ayat Mutasyaabihah diturunkan di dalam bentuk majaaz dan kinaayah. Jikalau tidak, maka maknanya tidak sah pada akal dan syarak. Umpamanya apabila anda membawa pengertian firman Allah di dalam Surah al-Fajr (89):22 “Dan datanglah Tuhan mu; sedang malaikat berbaris” di atas pengertian zahirnya, maka anda bertentangan dengan akal dan syarak, kerana akal dan syarak menghukum kewujudan Allah pada setiap tempat dan setiap tempat tidak sunyi daripada-Nya selama-lamanya. Ayat tersebut pada zahirnya menunjukkan Allah itu berjisim dan jisim baginya ruang dan tempat. Ini bererti jika Allah berada di langit, maka Dia tidak berada di bumi. Jika Dia berada di bumi, maka Dia tidak berada di langit, ini adalah tidak benar pada akal dan syarak.

Al-‘Abbasi telah gementar di hadapan logik ini dan tercengang untuk menjawabnya. Kemudian dia berkata: Aku tidak boleh menerima percakapan ini dan wajib di atas kita mengambil pengertian zahir kesemua ayat al-Qur’an.

Al-‘Alawi berkata: Apakah anda lakukan dengan ayat-ayatMutasyaabihah? Anda tidak boleh mengambil pengertian semua ayat al-Quran secara zahir, jika tidak, sahabat anda yang sedang duduk di sisi anda bernama syeikh Ahmad Uthman (Seorang yang buta penglihatannya, di kalangan sepuluh wakil Ahli al-Sunnah) daripada ahli neraka?


Al-‘Abbasi berkata: Kenapa?

Al-‘Alawii berkata: Kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Israa’ (17) 72 “Dan barangsiapa yang buta di dunia ini, nescaya di akhirat nanti ia akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan (yang benar)”, syeikh Ahmad adalah seorang buta di dunia, maka dia di akhirat akan lebih buta dan lebih tersesat dari jalan yang benar, adakah anda reda dengan perkara ini, wahai syeikh Ahmad?

Syeikh Ahmad berkata: Tidak sekali-kali, sesungguhnya apa yang dimaksudkan dengan orang yang buta (al-A‘maa) di dalam ayat: Orang yang menyeleweng dari kebenaran.

Al-‘Alawi berkata: Jikalaulah begitu keadaannya, maka tetaplah bahawa manusia tidak boleh beramal dengan semua ayat al-Qur’am secara zahir.


Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Dari sini perdebatan sekitar zahir al-Qur’an telah berlaku dengan hangat. Al-‘Alawi telah mengalahkan al-‘Abbasi dengan dalil dan hujah sehingga raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan tukarlah kepada tajuk yang


Penyelewengan Dan Kebatilan Ahl Al-Sunnah

Al-‘Alawi berkata: Di antara penyelewengan dan kebatilan kamu-Ahl al-Sunnah tentang Allah bahawa kamu berkata: Sesungguhnya Allah memaksa hamba-hamba-Nya untuk melakukan maksiat dan perkara-perkara yang haram, kemudian Dia menyeksa mereka kerananya?

Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah benar, kerana Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 88 “Barangsiapa yang disesatkan Allah” dan di dalam Surah al-Taubah (9): 93 “Dan Allah telah mengunci mati hati mereka”.

Al-‘Alawi berkata: Adapun kata-kata anda bahawa ia ada di dalam al-Qur’an, maka jawapannya: Sesungguhnya al-Qur’an ada majaaz dan adakinayaat. Maka apa yang dimaksudkan dengan al-Dhalaal (kesesatan) bahawa Allah meninggalkan manusia yang celaka dan membiarkannya sehingga dia sesat iaitu sebagaimana kata-kata kita: Sesungguhnya kerajaan telah merosakkan orang ramai”. Ini bererti kerajaan telah meninggalkan mereka dengan keadaan mereka tanpa mengambil berat tentang nasib mereka, ini adalah yang pertama dan kedua: Tidakkah anda mendengar firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7): 28 “Sesungguhnya Allah tidak menyuruh perbuatan yang keji”, firman-Nya di dalam Surah al-Insaan (76): 3 “Sesungguhnya Kami telah menunjukkannya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada yang kafir” dan firman-Nya di dalam Surah al-Balad (90): 10 “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan”. Ketiga: Tidak harus pada akal bahawa Allah menyuruh kepada kemaksiatan, kemudian Dia menyeksa pelakunya. Ini adalah jauh sekali daripada orang awam melakukannya dan bagaimana dengan Allah Yang Maha Adil dan Maha Tinggi. Maha Suci Allah daripada apa yang dikatakan oleh musyrikin dan golongan yang zalim.

Raja berkata: Tidak, tidak, tidak mungkin Allah memaksa manusia melakukan kemaksiatan, kemudian menyeksanya, ini adalah satu kezaliman. Sesungguhnya Allah adalah bersih daripada kezaliman dan kejahatan. Allah berfirman di dalam Surah Ali Imraan (3): 182 “Sungguhnya Allah tidak menganiaya hamba-hamba-Nya”, tetapi aku tidak fikir bahawa Ahl al-Sunnah berpegang kepada kata-kata al- ‘Abbasi?


Raja meminta Penjelasan

Kemudian raja berpaling kepada wazir sambil berkata: Adakah Ahl al-Sunnah berpegang atau berpendapat sedemikian?

Wazir berkata: Ya, ia adalah masyhur di kalangan Ahl al-Sunnah berpegang sedemikian!

Raja berkata: Bagaimana mereka berkata dengan apa yang menyalahi akal?

Wazir berkata: Bagi mereka takwilan dan dalil-dalil.

Raja berkata: Sekalipun ada takwil dan dalil, maka ia tidak masuk akal dan aku tidak berpendapat selain daripada pendapat Sayyid al-‘Alawi bahawa Allah tidak memaksa seseorang ke atas kekafiran dan kemaksiatan, kemudian menyeksanya di atas perkara tersebut.


Rasulullah S.A.W Syak Pada Kenabiannya

Al-‘Alawi berkata: Kemudian sesungguhnya Ahl al-Sunnah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah mengesyaki pada kenabiannya sendiri.

Al-‘Abbasi berkata: Ini adalah pembohongan yang nyata.

Al-‘Alawi berkata: Tidakkah kamu melihat di dalam kitab-kitab kamu menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak terlambat Jibrail ke atasku sekali melainkan aku menyangka bahawa dia turun kepada Ibn al-Khattab” (Ma abta’a Jibrail ‘alayya marratan illaa wa zanan-tu anna-hu nazala ‘ala Ibn al-Khattab) sedangkan di sana terdapat beberapa ayat al-Qur’an yang menunjukkan bahawa Allah telah mengambil perjanjian daripada Nabi Muhammad s.a.w di atas kenabiannya?


Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi bahawa hadis ini ada di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?

Wazir berkata: Ya, ia ada di dalam beberapa kitab Ahl al-Sunnah[19].

Raja berkata: Ini adalah kafir secara langsung (al-Kufr bi-‘Aini-hi).


Mencaci Rasulullah S.A.W

Kemudian Ahl al-Sunnah mengatakan di dalam cacian mereka bahawa Rasulullah s.a.w telah membawa ‘Aisyah di atas bahunya bagi membolehkannya melihat ahli musik, adakah ini layak dengan makam Rasulullah dan kedudukannya?

Al-‘Abbasi berkata: Ia tidak memudaratkan [nya ][20].

Al-‘Alawi berkata: Adakah anda akan melakukannya sedangkan anda seorang lelaki biasa, adakah anda membawa isteri anda di atas bahu anda untuk membolehkannya melihat ahli musik??


Raja Mencelah

Raja berkata: Orang yang mempunyai sedikit malu dan cemburu tidak akan reda dengan perkara ini, bagaimana dengan Rasulullah yang menjadi cotoh “malu dan cemburu” serta keimanan. Adakah benar perkara ini ada di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah?

Wazir berkata: Ya, ia ada di dalam sebahagaian kitab-kitab Ahl al-Sunnah!

Raja berkata: Bagaimana kita beriman dengan seorang nabi yang mengesyaki pada kenabiannya sendiri?

Al ‘Abbasi berkata: Riwayat ini mesti ditakwil?

Al-‘Alawi berkata: Adakah riwayat ini layak ditakwil? Adakah anda mengetahui, wahai raja, bahawa Ahl al-Sunnah mempercayai khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan?

Al-‘Abbasi berkata: Khurafat-khurafat dan kebatilan-kebatilan yang mana anda maksudkan?


Khurafat-Khurafat Ahl Al-Sunnah

Al-‘Alawi berkata: Aku telah menerangkan kepada anda bahawa kamu Ahl al-Sunnah berkata:

1. Sesungguhnya Allah adalah seperti manusia bagi-Nya tangan, kaki, pergerakan dan diam.
2. Sesungguhnya al-Qur’an telah diselewengkan dan padanya pertambahan dan kekurangan[21].
3. Sesungguhnya Rasul melakukan perkara-perkara yang tidak dilakukan oleh manusia biasa seperti memikul ‘Aisyah di atas bahunya.
4. Sesungguhnya Rasul telah mengesyaki kenabiannya sendiri.
5. Sesungguhnya mereka yang telah datang sebelum Ali bin Abu Talib telah bersandar kepada pedang dan kekuatan untuk menegakkan diri mereka dan tanpa sandaran yang sah bagi mereka.
6. Sesungguhnya kitab-kitab mereka meriwayatkan bahawa Abu Hurairah dan seumpamanya adalah terdiri di kalangan mereka yang memalsukan hadis-hadis, di kalangan dajal-dajal dan ahli kebatilan yang lain.


Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan tukar kepada tajuk yang lain.


Mengaitkan Perkara Yang Tidak Layak

Al-‘Alawi berkata: Kemudian bahawa sesungguhnya Ahl al-Sunnah mengaitkan kepada Rasulullah s.a.w perkara yang tidak layak walaupun kepada manusia biasa!

Al-‘Abbasi berkata: Seperti apa?

Al-‘Alawi berkata: Seperti mereka berkata: Sesungguhnya Surah ‘Abasa (80): 1-2 “Dia bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya” telah diturunkan tentang Rasul [22]!

Al-‘Abbasi berkata: Apakah yang menghalangnya?

Al-‘Alawi berkata: Yang menghalangnya adalah firman Allah di dalam Surah al-Qalam (68): 4 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” dan firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 107 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainklan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” Adakah masuk akal bahawa Rasul yang disifatkan oleh Allah dengan akhlaknya yang agung dan menjadi rahmat kepada alam semesta melakukan perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan terhadap orang buta mukmin?


Raja Mencelah

Raja berkata: Adalah tidak masuk akal bahawa perbuatan ini keluar daripada Rasul kemanusiaan dan nabi rahmat. Jikalaulah begitu, wahai al-‘Alawi, kepada siapakah ayat ini diturunkan?

Al-‘Alawi berkata: Hadis-hadis sahih dari keluarga Rasulullah di mana al-Qur’an telah turun di rumah mereka berkata: Sesungguhnya ayat tersebut telah turun tentang Uthman bin ‘Affan. Ia berlaku apabila Ibn Ummi Maktum berjumpa dengan Rasulullah, lantas Uthman menentangnya dan memalingkan belakangnya kepadanya.

Di sini Sayyid Jamal al-Din; seorang ulama Syi‘ah yang hadir di dalam muktamar berkata: Telah berlaku kepadaku tentang kisah ini bersama Surah ini bahwa salah seorang ulama Nasara berkata kepadaku: Sesungguhnya Nabi kami adalah lebih baik daripada nabi kamu Muhammad (s.a.w). Aku berkata: Kenapa?

Dia berkata: Sesungguhnya nabi kamu mempunyai akhlak yang jahat bermasam muka kepada golongan yang buta dan memalingkan belakangnya kepada mereka. Sementara nabi kami Isa mempunyai akhlak yang baik menyembuhkan golongan yang buta dan berpenyakit sopak.

Aku berkata: Wahai Masihi, ketahuilah sesungguhnya kami adalah Syi‘ah, kami berpendapat bahawa Surah telah turun tentang Uthman bin ‘Affan dan bukan tentang Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya nabi Kami Muhammad s.a.w mempunyai akhlak yang baik, sifat yang terpuji sebagaimana Allah berfirman di dalam Surah al-Qalam (68): 4 “Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” dan firman-Nya di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 107 “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”

Orang Masihi itu berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar kata-kata ini daripada seorang khatib di Baghdad!

Al-‘Alawi berkata: Apa yang masyhur di sisi kami bahwa sebahagian perawi yang jahat telah mengaitkan kisah ini kepada Rasulullah bagi melepaskan Uthman bin ‘Affan. Justeru itu, mereka telah mengaitkan pembohongan kepada Allah dan Rasul sehingga mereka membersihkan khalifah-khalifah mereka!


Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bercakaplah tentang tajuk yang lain.


Syi‘ah Mengingkari Iman Mereka Bertiga

Al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya Syi‘ah mengingkari iman ketiga-tiga khalifah, pendapat ini tidak benar, kerana jikalaulah mereka tidak mukminin, kenapakah Rasulullah s.a.w telah menjalani hubungan perkahwinan dengan mereka (musaaharah)?

Al-‘Alawi berkata: Syi‘ah percaya sesungguhnya mereka bertiga tidak mukminin dari segi hati dan batin mereka (qalban wa baatinan) sekalipun mereka menzahirkan Islam secara lidah dan kezahiran[23]. Rasul yang mulia telah menerima Islam setiap orang yang mengucap dua kalimah syahadat sekalipun dia seorang munafik yang sebenar, tetapi beliau s.a.w telah memberi layanan kepada mereka dengan layanan muslimin. Lantaran itu, hubungan perkahwinan Nabi dengan mereka (musaaharah al-Nabi la-hum) dan hubungan mereka dengan Nabi adalah dari bab ini!


Catatan Kaki:

[10] Ahli majlis syura: Sa‘d bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin ‘Auf, Talhah bin ‘Ubaidillah, al-Zubair bin al ‘Awwam dan Ali bin Abu Talib a.s. Umar telah memerintahkan 50 orang tentera supaya mengawal majlis syura dalam masa tiga hari dan berkata kepada mereka: Jika seorang daripada mereka menentang dan lima bersetuju, maka bunuhlah dia. Jika dua menentang dan empat bersetuju, maka bunuhlah kedua-duanya. Dan jika tiga menentang dan tiga bersetuju, maka pilihlah pihak yang ada Abd al-Rahman bin ‘Auf, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 24. Ini bererti jika Ali a.s menentang, maka beliau akan dibunuh. Peristiwa di majlis syura ini adalah sama dengan peristiwa di Saqifah Bani Sa’idah di mana-kedua-duanya menolak perlantikan Ali a.s sebagai khalifah. Renunglah kelicikan Umar!

[11] Tergesa-gesa atau keterlanjuran. Lihat umpamanya, Tarikh al-Khulafaa’, hlm. 67, al-Shahrastaani, al-Milal wa al-Nihal, 1, hlm. 23, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm.8.

[12] Ibid.

[13] Seramai 110 orang sahabat yang menyaksikan perlantikan Ali a.s oleh Rasulullah s.a.w sebagai khalifah di Ghadir Khum tercatat nama-nama mereka di dalam kitab-kitab Ahl al-Sunnah, lihat al-Amini, al-Ghadir, I, hlm.14- 158.

[14] Ibn Hanbal, al-Musnad, iv, hlm.281, Khatib Baghdad, Tarikh Baghdad, viii, hlm 290, Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm. 107.

[15] Al-Bukhari, Sahih, viii, hlm. 208 menyatakan bahawa ayat al-Raghbahadalah sebahagian daripada al-Qur’an, iaitu “Laa targhabuu ‘an aabaa’i-kum”, tetapi ia tidak wujud di dalam al-Qur’an yang ada sekarang. Muslim,Sahih, ii, hlm.726 menyatakan bahawa Abu Musa al-Asy‘ari membaca selepas (Surah al-Saf 61:2) “ Fatauktabu syahaadatan fi a‘naaqi-kum…, tetapi ia tidak dimasukkan di dalam al-Qur’an sekarang.

[16] Lihat, umpamanya, al-Baidhawi, Anwar al-Tanzil, ii, hlm 320 tentang Surah al-Najm (53): 19-20 dan lain-lain.

[17] “Sesungguhnya neraka Jahannam tidak akan penuh sehingga Allah meletakkan kaki-Nya, maka neraka Jahannam berkata:”cukup, cukup” Ahmad bin Hanbal, al-Musnad, iii, hlm.314, al-Bukhari, Sahih, iii, hlm.127, Muslim, Sahih, ii, hlm.482.

[18] Ibn ‘Abd al-Rabbih, al-‘Add al-Fariid, I, 26, Ibn Kathir,Tarikh, viii, hlm 113,

[19] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah, iii, hlm.124.

[20] Perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w itu, tidak merendahkan kedudukannya mengikut al-‘Abbasi.

[21] Al-Bukhari, Sahih, vi, hlm. 210 menyatakan bahwa (Surah al-Lail 92:3) telah ditambah perkataan “Maa khalaqa”, Lantaran itu, ayat asalnya “Wa al-Dhakari wa al- Unthaa” tanpa “Maa khalaqa”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu al-Dardaa’, kemudian ia dicatat pula oleh Muslim, Sahih, I, hlm.565, al-Turmudhi, Sahih, v, v, hlm. 191. Al-Suyuti, al-Itqaan, ii, hlm. 82 meriwayatkan bahawa ‘Aisyah menyatakan (Surah al-Ahzab33: 56) pada masa Nabi s.a.w adalah lebih panjang, iaitu dibaca “ Wa ‘ala al-Ladhiina yusalluna al-Sufuuf al-Uwal” selepas “ Inna llaha wa malaikata-hu yusallaana ‘Ala al-Nabiy” ‘Aisyah berkata: Iaitu sebelum Uthman mengubah mashaf-mashaf”

[22] Ahl al-Sunnah berpendapat ganti nama “Dia” di dalan ayat tersebut kembali kepada Rasulullah s.a.w dan bukan kepada Uthman bin ‘Affan.

[23] Ali a.s berkata di dalam khutbahnya: "Khalifah-khalifah sebelumku telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi Rasulullah s.a.w dengan sengaja. Mereka melanggar janji mereka dengan beliau dengan mengubah sunnah-sunnah beliau. Sekarang jika aku memaksa mereka supaya meninggalkannya dan mengembalikan keadaan sebagaimana di zaman Rasulullah s.a.w, nescaya tenteraku akan bertaburan lari dariku, meninggalkanku bersendirian atau hanya sedikit sahaja di kalangan Syi'ahku yang mengetahui kelebihanku, dan imamahku melalui Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w akan tinggal bersamaku. Apa pendapat kalian, sekiranya aku menempatkan Maqam Ibrahim pada tempat yang telah ditempatkan oleh Rasulullah s.a.w.

Mengembalikan Fadak kepada pewaris-pewaris Fatimah (a.s), mengembalikan timbangan dan ukuran seperti yang lazim di zaman Rasulullah s.a.w, mengembalikan tanah kepada orang yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w, mengembalikan rumah Ja'far kepada pewaris-pewarisnya dan memisahkannya dari masjid (kerana mereka telah merampasnya dan memasukkannya ke dalam masjid); mengembalikan hukum-hukum yang kejam yang dipaksa oleh khalifah-khalifah yang terdahulu ke atas wanita-wanita yang secara tidak sah telah dipisahkan dari suami mereka, mengembalikan jizyah kepada Bani Taghlab, mengembalikan tanah Khaibar yang telah dibahagi-bahagikan, memansuhkan dewan-dewan pemberian dengan meneruskan pemberian kepada semua orang sebagaimana dilakukan pada masa Rasulullah s.a.w tanpa menjadikannya tertumpu di kalangan golongan kaya, memulihkan pajak bumi, menyamakan kaum Muslimin di dalam masalah nikah kahwin, melaksanakan khums sebagaimana difardukan Allah (swt).

Memulihkan Masjid Nabi seperti bentuknya yang asal pada zaman Nabi s.a.w, menutup pintu-pintu yang dibuka (selepas kewafatan Rasul) dan membuka pintu-pintu yang ditutup (selepas kewafatan Rasul), mengharamkan penyapuan di atas al-Khuffain, mengenakan hukum had ke atas peminum nabidh, memerintahkan halal mut'ah wanita dan mut'ah haji sebagaimana pada zaman Nabi s.a.w, memerintahkan takbir lima kali dalam solat jenazah, mewajibkan kaum Muslimin membaca Bismillahir Rahmanir Rahim dengan suara yang nyaring pada masa solat, mengeluarkan orang yang dimasukkan selepas Rasulullah s.a.w di dalam masjidnya, di mana Rasulullah s.a.w telah mengeluarkannya, memasukkan orang yang dikeluarkan selepas Rasulullah s.a.w (beliau sendiri) di mana Rasulullah s.a.w telah memasukkannya, memaksa kaum Muslimin dengan hukum al-Qur'an dan talak menuruti Sunnah, mengambil zakat menurut jenis-jenisnya, mengembalikan wuduk basuh dan solat kepada waktunya, syariatnya dan tempatnya, mengembalikan ahli Najran ke tempat-tempat mereka, mengembalikan layanan terhadap tawanan perang Farsi dan bangsa-bangsa lain kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.

Sekiranya aku melaksanakan semua ini, nescaya mereka mengembara meninggalkanku. Demi Allah ketika aku perintahkan mereka supaya tidak melakukan solat jama'ah di masjid pada bulan Ramadhan kecuali solat-solat fardu dan memberitahu kepada mereka bahawa solat sunat berjama'ah (Taraawih) adalah bid'ah, sekelompok tenteraku yang pernah berperang di pihakku mulai berteriak: "Wahai kaum Muslimin! Ali ingin mengubah sunnah Umar dan bermaksud menghentikan kita dari melakukan solat-solat sunat Taraawih pada bulan Ramadhan sehingga aku khuatir mereka akan memberontak. Pada masa yang sama aku sedang menghadapi perpecahan di kalangan umat dan ketaatan mereka kepada pemimpin-pemimpin mereka yang sesat yang hanya menyeru mereka ke neraka (a’immah dhalalah wa al-Du‘ati ila al-Nar).

Aku telah dikurniakan saham kerabat di dalam firman-Nya Surah al-Anfal (7): 41 “ Jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang kami turunkan kepada hamba kami (Muhammad) di hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan.”. Maka kamilah yang dimaksudkan dengan dhi l-Qurba (kerabat) di mana Allah telah meletakkan kami selepas diri-Nya dan Rasul-Nya s.a.w sebagaimana firman-Nya Surah al-Hasyar (59): 7 “Untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, golongan miskin dan ibnu ssabil (adalah untuk kami secara khusus) agar harta itu tidak hanya beredar di kalangan golongan kaya di kalangan kamu. Apa yang diberikan rasul kepada kamu, maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya” bagi golongan yang telah menzalimi mereka sebagai rahmat daripada-Nya untuk kami dan kekayaan yang Allah kurniakan kepada kami dan Dia telah berwasiat kepada nabi kami mengenainya.

Dia tidak menjadikan sedekah sebagai saham kami. Dia telah memuliakan kami Ahlu l-Bait dengan tidak memakan sedekah orang ramai (ausakh al-Nas). Justeru itu mereka telah membohongi Allah, membohongi Rasul-Nya dan menentang kitab-Nya yang bertutur dengan hak kami. Mereka telah menghalang kami daripada fardu yang difardukan oleh Allah untuk kami. Inilah yang dihadapi oleh Ahlu l-Bait nabi selepas nabi kita s.a.w. Allah menentang mereka yang telah menzalimi kami dan tiada helah dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Perkasa” Lihat Raudhat al-Kaafi, Beirut, 1985, viii, hlm. 51-51 (hadis no.21).

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: