Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » KITAB MUKTAMAR ULAMA‘ BAGHDAD (Dialog Sunnah-Syiah, Abad Ke 5 Hijrah) Bagian 3

KITAB MUKTAMAR ULAMA‘ BAGHDAD (Dialog Sunnah-Syiah, Abad Ke 5 Hijrah) Bagian 3

Written By Unknown on Senin, 26 Februari 2018 | Februari 26, 2018


BAHAGIAN KETIGA

Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr, Raja Mencelah, Dalil Tidak Berimannya Umar, Raja Meminta Penjelasan, Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab, Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi, Dalil Tidak berimannya Uthman Dan Lain-Lain.


Dalil Tidak Berimannya Abu Bakr

Al-‘Abbasi berkata: Apakah dalil tidak berimannya Abu Bakr?

Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil yang kuat tentangnya adalah banyak. Di antaranya: Dia telah mengkhianati Rasulullah pada tempat yang banyak. Di antaranya: Larinya dari tentera Usamah dan penderhakaannya terhadap perintah Rasul di dalam perkara tersebut. Al-Qur’an al-Karim telah menafikan keimanan daripada setiap orang yang menyalahi Rasul, Allah berfirman di dalam Surah al-Nisaa’ (4): 65 “Maka demi Tuhanmu, (mereka pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa di dalam hati mereka suatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”

Abu Bakr telah menderhakai perintah Rasulullah (s.a.w) dan menyalahinya, maka dia termasuk di dalam ayat yang menafikan keimanan orang yang menyalahi Rasul.

Dan tambahan pula bahawa Rasul (s.a.w) telah melaknati orang yang lari atau meninggalkan tentera Usamah. Kami telah menyebut terdahulu bahawa sesungguhnya Abu Bakr telah melarikan diri daripada tentera Usamah: Adakah Rasulullah melaknati mukmin?

Tentu sekali: Tidak.


Raja Mencelah

Raja berkata: Jika begitu, maka benarlah kata-kata al-‘Alawi bahawa Abu Bakr bukan mukmin!

Wazir berkata: Ahl al-Sunnah mempunyai takwil tentang larinya Abu Bakr daripada tentera Usamah.

Raja berkata: Adakah takwil dapat menolak apa yang dilarang, jikalau kita membuka bab ini, nescaya setiap penjenayah akan menakwilkan bagi setiap jenayah yang dilakukannya?

Pencuri berkata: Aku telah mencuri kerana aku seorang fakir. Peminum arak berkata: Aku telah meminum arak kerana aku banyak berdukacita dan penzina berkata …peraturan akan menjadi cacat, orang ramai berani melakukan maksiat, tidak, tidak… takwil tidak akan memanfaatkan kita.

Muka al-‘Abbasi bertukar menjadi merah, dia menjadi bingung, dia tidak tahu apa yang dikatakannya. Akhirnya…dia berkata: Apakah dalil tidak berimannya Umar?


Dalil Tidak Berimannya Umar

Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil adalah banyak, di antaranya: Dia sendiri telah menerangkan bahawa dia bukan seorang mukmin!

Al-‘Abbasi berkata: Di tempat mana?

Al-‘Alawi berkata: Umar berkata: Aku tidak mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) seperti syak aku pada hari al-Hudaibiyyah [24](maa syakaktu fi nubuwwati Muhammad mithla syakki yauma al-Hudaibiyyah). Kata-katanya menunjukkan: Dia sentiasa mengesyaki kenabian Nabi kita Muhammad s.a.w, tetapi syaknya pada hari al-Hudaibiyyah adalah lebih banyak, lebih mendalam dan lebih besar daripada syak-syak sebelumnya, wahai al-‘Abbasi, katakanlah kepadaku dengan nama Tuhan anda: Adakah orang yang mengesyaki kenabian Muhammad (s.a.w) dikira mukmin?

Al-‘Abbasi diam dan menggelengkan kepalanya kerana malu.


Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi bahawa Umar telah berkata sedemikian?

Wazir berkata: Demikianlah telah diceritakan oleh beberapa perawi!

Raja berkata: Sungguh hairan... hairan yang sangat, sesungguhnya aku menyangka Umar adalah golongan yang terdahulu memeluk Islam, imannya sebagai iman contoh, tetapi jelas sekarang bahawa asas keimanannya adalah syak dan subahat!

Al-‘Abbasi Cuba Menghalang Raja Dari Menukar Mazhab

Al-‘Abbasi berkata: Tunggu dahulu, wahai raja, kekalkan anda di atas akidah anda, janganlah anda ditipu oleh al-‘Alawi; pombohong ini.

Raja telah menentang dengan mukanya kepada al-‘Abbasi seraya berkata di dalam keadaan marah: Sesungguhnya wazir Nizam al-Mulk berkata: Bahawa al-‘Alawi benar di dalam kata-katanya dan kata-kata Umar ada di dalam beberapa kitab dan ini si bodoh- Iaitu al-‘Abbasi- berkata: Bahawa al-‘Alawi adalah pembohong. Tidakkah ini satu kedegilan yang nyata?

Suasana majlis tenang dan menakutkan. Raja telah marah dan tidak senang hati dengan kata-kata al-‘Abbasi… al-‘Abbasi dan para ulama Ahl al-Sunnah menunduk, wazir diam. Tetapi al-‘Alawi mengangkat kepalanya melihat ke arah muka raja untuk melihat keputusan?


Saat-Saat Kesusahan Menimpa Al-‘Abbasi

Saat-saat kesusahan menimpa al-‘Abbasi, dia berangan-angan supaya bumi terbelah di bawahnya, lantaran itu dia hilang padanya atau malaikat maut datang untuk mengambil nyawanya dengan segera, kerana malu yang amat sangat dan suasana yang menyusahkan. Sesungguhnya terserlah kebatilan mazhabnya. Terserlah khurafat akidahnya di hadapan raja, wazirnya dan semua ulama dan ketua-ketua tentera…, tetapi apakah yang dia akan lakukannya? Sesungguhnya raja telah menjemputnya untuk soal-jawab bagi membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Lantaran itu, dia mengumpulkan segala kekuatannya dan mengangkat kepalanya seraya berkata: Bagaimana pendapat anda, wahai al-‘Alawi, tentang Uthman tidak beriman di hatinya sedangkan Rasul telah mengahwinkannya dengan dua orang anak perempuannya? Ruqiyyah dan Ummi Kalthum?[25]


Dalil Tidak Beriman-nya Uthman

Al-‘Alawi berkata: Dalil-dalil tentang tidak berimannya Uthman adalah banyak dan mencukupi tentang perkara ini: Sesungguhnya muslimin-sahabat di kalangan mereka- telah berkumpul menentangnya, lalu mereka membunuhnya. Dan kamu berpendapat bahawa Nabi s.a.w bersabda: Umatku tidak berhimpun di atas kesalahan. Maka adakah muslimun- termasuk sahabat-berkumpul untuk membunuh seorang mukmin? ‘Aisyah telah menyamakannya dengan Yahudi, merancang untuk membunuhnya dan berkata: Bunuhlah Na‘lathan-nama seorang lelaki Yahudi, kerana dia telah kafir, bunuhlah Na‘lathan, nescaya Allah membunuhnya[26].

Sesungguhnya Uthman telah memukul Abdullah bin Mas‘ud, seorang sahabat yang mulia sehingga ditimpa penyakit hernia (burut) terlantar di atas hamparan kemudian mati.

Dia telah mengusir Abu Dhar al-Ghiffari, seorang sahabat yang mulia di mana Rasul bersabda: Langit dan bumi sukar mendapati orang yang lebih benar percakapannya daripada Abu Dhar”. Dia telah mengusirnya dan menjauhkannya dari Madinah ke Syam sekali atau dua kali kemudian ke Rabdhah- Iaitu tanah kering di antara Makkah dan Madinah sehingga Abu Dhar mati kelaparan dan dahaga di Rabdhah sedangkan Uthman membahagi-bahagikan harta muslimin kepada kaum kerabatnya daripada Bani Umayyah dan Bani Marwan![27]


Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu benar?

Wazir berkata: Ahli sejarah telah menyebutnya.

Raja berkata: Bagaimana kaum muslimin mengambilnya sebagai khalifah?

Wazir berkata: Secara syura.

Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda berkata apa yang anda tidak tahu!

Raja berkata: Apakah yang anda katakan, wahai al-‘Alawi?


Menjadi Khalifah Dengan Wasiat Umar

Al ‘Alawi berkata: Sesungguhnya wazir telah tersilap di dalam kata-katanya, sesungguhnya Uthman tidak dapat jawatan khalifah melainkan dengan wasiat daripada Umar dan undian tiga orang munafikin sahaja. Mereka adalah Talhah, Sa‘d bin Abi Waqqas dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf. Adakah tiga munafikin ini mewakili semua kaum muslimin?

Kemudian ahli Tawaarikh telah menyebut bahawa mereka yang telah melantik Uthman telah berpaling tadah daripada Uthman manakala mereka melihat kezalimannya, pencabulannya terhadap para sahabat Rasulullah, mesyuaratnya tentang urusan kaum muslimin dengan Ka‘ab al-Ahbar, seorang Yahudi dan pembahagian harta kaum muslimin kepada Bani Marwan. Justeru itu, tidak hairanlah jika mereka bertiga telah menggalakkan orang ramai supaya membunuh Uthman!


Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah benar kata-kata al-‘Alawi?

Wazir berkata: Ya, demikianlah ahli sejarah telah menyebutnya!

Raja berkata: Bagaimana anda berkata Uthman dapat menjadi khalifah dengan syura?

Wazir berkata: Aku maksudkan dengan syura itu adalah mereka bertiga!

Raja berkata: Adakah pemilihan tiga orang itu membenarkan syura?

Wazir berkata: Sesungguhnya mereka bertiga itu telah dijanjikan oleh Rasulullah dengan syurga.


Hadis Sepuluh Orang Dijamin Syurga Adalah Palsu

Al-‘Alawi berkata: Nanti dahulu, wahai wazir, janganlah anda berkata apa yang tidak benar, sesungguhnya hadis “sepuluh orang masuk syurga” adalah pembohongan dan rekaan terhadap Rasulullah (s.a.w)!

Al-‘Abbasi berkata: Bagaimana anda berkata bahawa ia satu pembohongan sedangkan ia diriwayatkan oleh perawi-perawi yang dipercayai?

Al-‘Alawi berkata: Banyak dalil-dalil yang menunjukkan pembohongan hadis ini dan kebatilannya. Aku akan menyebut tiga dalil sahaja untuk anda:

Pertama: Bagaimana Rasulullah menjamin seorang dengan syurga sedangkan dia telah menyakitinya, iaitu Talhah? Sesungguhnya sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah menyebut bahawa sesungguhnya Talhah berkata: Jika Muhammad mati, kami akan bernikah dengan isteri-isterinya selepasnya- atau aku akan mengahwini ‘Aisyah. Lantaran itu, Rasulullah merasa terkilan dengan kata-kata Talhah, lalu Allah menurunkan Surah al-Ahzab (33): 53 “Dan tidak boleh menyakiti (hati) Rasulullah dan tidak (pula) mengahwini isteri-isterinya sesudah dia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah).

Kedua: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair telah memerangi Imam Ali bin Abu Talib a.s dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda tentang hak Ali a.s: Wahai Ali, sesungguhnya peperangan anda adalah peperanganku dan perdamaian anda adalah perdamaianku”[28]. Dan beliau s.a.w bersabda:Barangsiapa yang mentaati Ali, maka sesungguhnya dia mentaati aku dan barangsiapa yang menderhakai Ali, maka dia menderhakai aku”[29]. Beliau s.a.w bersabda: Ali adalah bersama al-Qur’an dan al-Qur’an bersama Ali kedua-duanya tidak terpisah sehingga kedua-duanya dikembalikan kepadaku”. Beliau s.a.w bersabda: Ali bersama kebenaran dan kebenaran bersama Ali yang mana kebenaran berpusing bersamanya di mana dia berpusing”[30]. Adakah orang yang memerangi Rasulullah dan menderhakainya di syurga? Dan adakah orang yang memerangi kebenaran dan al-Qur’an itu seorang mukmin?

Ketiga: Sesungguhnya Talhah dan al-Zubair kedua-duanya telah merancang untuk membunuh Uthman, justeru itu, adakah mungkin Uthman, Talhah dan al-Zubair semuanya di syurga. Sebahagian mereka memerangi sebahagian yang lain sedangkan Rasulullah s.a.w bersabda: Pembunuh dan orang yang dibunuh kedua-duanya di neraka”


Raja Meminta Penjelasan

Raja bertanya kepada Wazir dengan penuh kehairanan: Adakah benar apa yang dikatakan oleh al-‘Alawi?

Wazir berdiam diri tanpa berkata apa-apa. Begitu juga al-‘Abbasi dan kumpulannya berdiam diri tanpa bercakap apa-apa.


Apakah Syaitan Memaafkan Orang Yang Bercakap Benar?

Apakah yang mereka kata? Adakah mereka berkata benar? Adakah syaitan memaafkan orang yang mengakui kebenaran? Adakah nafsu ammarahyang meredai kejahatan sanggup tunduk kepada kebenaran dan kenyataan? Adakah anda terfikir bahawa mengakui kebenaran itu perkara yang mudah dan senang?

Tidak! Sesungguhnya ia adalah perkara yang sukar, kerana ia terpaksa mencabut asabiah jahiliyah dan menyalahi hawa nafsu sedangkan manusia adalah pengikut hawa nafsu dan kebatilan melainkan mukminin yang mana bilangan mereka amat sedikit.

Al ‘Alawi Bersedia Untuk Membawa Kitab-kitab Rujukan

Al-‘Alawi telah memecahkan tabir diam, maka dia berkata: Wahai raja, sesungguhnya wazir, al-‘Abbasi dan ulama mengetahui kebenaran kata-kataku dan kenaran percakapanku serta hakikat hadisku. Sekiranya mereka mengingkari kata-kataku, maka sesungguhnya di Baghdad para ulama yang menyaksikan kebenaran kata-kataku. Sesungguhnya di dalam khazanah Madrasah ini kitab-kitab yang menyaksikan kebenaran kata-kataku, rujukan yang muktabar yang menerangkan kebenaran kata-kataku…. Sekiranya mereka mengakui kata-kataku, maka ini adalah apa yang dikehendaki. Jika tidak, maka aku bersedia sekarang, sekarang membawa kepada anda kitab-kitab, rujukan-rujukan dan saksi-saksi!


Raja Meminta Penjelasan

Raja berkata kepada wazir: Adakah kata-kata al-‘Alawi itu benar bahawa kitab-kitab rujukan menunjukkan kebenaran kata-katanya dan kebenaran percakapannya?
Wazir berkata: Ya.

Raja berkata: Kenapakah anda berdiam diri pada permulaannya?


Mencaci Sahabat

Wazir berkata: Aku benci mencaci sahabat Rasulullah (s.a.w)!

Al-‘Alawi berkata: Hairan! Anda benci perkara itu sedangkan Allah dan Rasul-Nya tidak membencinya, kerana Allah telah memperkenalkan sebahagian sahabat yang munafik dan memerintahkan Rasul-Nya supaya berjihad menentang mereka sebagaimana beliau s.a.w berjihad menentang golongan kafir dan Rasul sendiri telah melaknati sebahagian sahabatnya!


Kata-Kata Semua Sahabat Adil Satu Pembohongan

Wazir berkata: Tidakkah anda mendengar kata-kata ulama: Sesungguhnya semua sahabat adalah adil?

Al-‘Alawi berkata: Aku telah mendengar kata-kata itu, tetapi aku mengetahui bahawa kata-kata itu adalah pembohongan dan rekaan, kerana bagaimana semua sahabat adil sedangkan Allah melaknati sebahagian mereka, Rasul melaknati sebahagian mereka, sahabat pula saling melaknati sesama mereka, memerangi sesama mereka, mencaci sesama mereka dan membunuh sesama mereka?


Bagaimana Kaum Muslimin Mengambil Mereka Sebagai Khalifah Dan Mengikuti Mereka?

Di sini al-‘Abbasi mendapati pintu tertutup di hadapannya, lantas dia datang dari pintu yang lain pula dan berkata: Wahai raja, katakanlah kepada al-‘Alawi bahawa jika ketiga-tiga khalifah itu tidak mukminin, bagaimana kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah dan mengikuti mereka?

Al-‘Alawi berkata:

Pertama: Bukan semua kaum muslimin mengambil mereka sebagai khalifah, hanya Ahl al-Sunnah sahaja.

Kedua: Sesungguhnya mereka yang percaya dengan khilafah mereka terbahagi kepada dua bahagian: Orang yang jahil dan orang yang degil (mu‘aanid). Adapun orang yang jahil, maka dia tidak mengetahui keburukan mereka dan hakikat mereka, mereka menggambarkan mereka sebagai manusia yang baik dan mukminin. Adapun orang yang degil, maka dalil dan bukti tidak memanfaatkannya selama dia berkeras di atas kedegilannya. Allah berfirman di dalam Surah al-A raaf (7): 146 “Jika mereka melihat setiap ayat-Ku mereka tidak beriman kepadanya” Surah al-Baqarah (2): 6 “Sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu memberi peringatan, mereka tidak juga akan beriman”!

Ketiga: Sesungguhnya golongan yang telah memilih mereka sebagai khalifah telah tersilap di dalam pemilihan mereka sebagaimana golongan Nasara telah melakukan kesilapan, mereka berkata “Al-Masih itu putera Allah”. Golongan Yahudi berkata: ‘Uzair adalah putera Allah” Surah al-Taubah )9): 30. Manusia wajib mentaati Allah dan Rasul. Wajib mentaati kebenaran bukan mentaati manusia di atas kesalahan dan kebatilan. Allah berfirman: Taatilah Allah dan Rasul…Surah al-Nisaa’ (4):59.


Raja Meminta Pertukaran Tajuk

Raja berkata: Tinggalkan tajuk ini dan bertukarlah kepada tajuk yang lain.


Kesamaran Ahl Al-Sunnah

Di antara kesamaran Ahl al-Sunnah dan kesalahan mereka bahawa mereka telah meninggalkan Ali bin Abu Talib (a.s.) dan mereka mengikut pendapat mereka yang terdahulu.

Al-‘Abbasi berkata: Kenapa?

Al-‘Alawi berkata: Kerana Ali bin Abu Talib telah dipilih oleh Rasul (s.a.w)[31] sementara mereka bertiga tidak dipilih oleh Rasul. Kemudian dia berkata:

Wahai raja, sesungguhnya anda sekiranya anda memilih seseorang untuk menduduki tempat anda atau khilafah anda, adakah wajib bagi menteri-menteri dan anggota-anggota kerajaan mematuhi anda? Atau mereka berhak memecat khalifah anda dan memilih orang lain di tempat anda?

Raja berkata: Malah, wajib bagi mereka mematuhi khalifahku yang aku memilihnya sendiri, mereka wajib mematuhinya dan mentaati perintahku padanya.


Syi‘ah Mengikuti Khalifah Rasulullah

Al-‘Alawi berkata: Begitulah yang dilakukan oleh Syi‘ah, sesungguhnya mereka telah mengikuti khalifah Rasulullah yang telah dipilih olehnya dengan perintah Allah iaitu Ali bin Abu Talib dan mereka meninggalkan orang selain daripadanya.


Sebab Ali Tidak layak Menjadi Khalifah?

Al-‘Abbasi berkata: Tetapi Ali bin Abu Talib tidak layak menjadi khalifah disebabkan umurnya masih muda [32]semantara Abu Bakr seorang yang tua[33]. Di samping itu Ali bin Abu Talib telah membunuh ketua-ketua Arab dan menghancurkan penglima-penglima mereka[34]. Justeru itu Arab tidak meredainya. Begitu juga Abu Bakr tidak meredainya!


Orang Ramai Lebih Alim Daripada Allah Dan Rasul?

Al-‘Alawi berkata: Adakah anda mendengarnya, wahai raja bahawa al-‘Abbasi berkata: Sesungguhnya orang ramai adalah lebih alim daripada Allah dan Rasul-Nya di dalam menentukan yang paling baik (al-Aslah), al-‘Abbasi tidak mengambil iktibar firman Allah dan sabda Rasul-Nya di dalam pemilihan Ali bin Abu Talib, malah dia mengambil kata-kata orang ramai untuk kepentingan Abu Bakr. Ini bererti bahawa Allah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana tidak mengetahui apa yang paling layak dan paling baik sehingga datang golongan jahil, lalu mereka memilih orang yang paling layak? Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Ahzaab (33): 36 “Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu ketetapan. Akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka susungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata”?

Tidakkah Allah berfirman di dalam Surah al-Anfaal (8): 24 “Wahai golongan yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu”?

Al-‘Abbasi berkata: Tidak sekali, sesungguhnya aku tidak berkata bahawa manusia adalah lebih mengetahui daripada Allah dan Rasul-Nya.

Al-‘Alawi berkata: Jikalau begitu, kata-kata anda tidak mempunyai makna. Jikalau Allah dan Rasul telah memilih seorang tertentu menjadi khalifah, maka wajib anda mematuhinya sama ada orang ramai meredainya ataupun tidak!

Al-‘Abbasi berkata: Tetapi kelayakan Ali bin Abu Talib adalah sedikit?

Al-‘Alawi berkata:

Pertama: Makna kata-kata anda bahawa sesungguhnya Allah tidak mengetahui Ali bin Abu Talib dengan sebenarnya, maka Dia tidak mengetahui kelayakkannya adalah sedikit, justeru itu Dia telah melantiknya menjadi khalifah. Ini adalah kekufuran yang nyata.

Kedua: Sebenarnya kelayakan untuk menjadi khalifah adalah banyak pada Ali bin Abu Talib. Sementara orang lain tidak banyak kelayakan mereka!

Al-‘Abbasi berkata: Apakah kelayakannya?


Catatan Kaki:

[24] Al-Bukhari, Sahih, ii, hlm.111, Muslim, Sahih, hlm.iv, hlm.12, 14.

[25] Mereka berdua adalah anak Khadijah r.a, bukan anak salbi Rasulullah s.a.w.

[26] Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaaghah,ii, hlm.77.

[27] Al-Ya‘quubi, Tarikh, ii, hlm. 161, Ibn ‘Abd al-Birr, al-Isti‘aab, I, hlm.114.

[28] Al-Khawaarizmi, al-Manaaqib, hlm.72 al-Qunduzi al-Hanafi, Yanaabii‘ al-Mawaddah, hlm.130 dan lain-lain.

[29] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-‘Umaal, hadis no.1213, v, hlm 132 dan lain-lain.

[30] Ibn Hajr, al-Sawaa’iq al-Muhriqah, hlm.124.

[31] Al-Tabari, Tarikh, ii, hlm.62, al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al ‘Umaal, vi, 392 dan lain-lain.

[32] Umur Ali a.s ketika itu adalah 33 tahun sementara umur Abu Bakar adalah 59 tahun lebih kurang.

[33] Jika umur menjadi ukuran, maka bapa Abu Bakr lebih layak daripadanya.

[34] Ali a.s telah membunuh mereka kerana Islam.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: