Bab 86
Tentang Orang Yang Telah Beragama Dengan Agama Allah A.W Tanpa Imam Daripada Allah Jalla Jalalah (fi-man daana llaha a.w bi-ghairi imam mina llahi jalaa jalalah)
(540)-1. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada anak lelaki Abu Basir, daripada Abu al-Hasan a.s tentang firman Allah: "Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun" Beliau a.s telah berkata: Iaitu orang yang telah mengambil pendapatnya sebagai agamanya tanpa [mempercayai] seorang imam daripada para imam petunjuk.
(541)-2. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan bin Yahya, daripada al-'Alaa' bin Razin, daripada Muhammad bin Muslim, berkata: Aku telah mendengar Abu Ja'far a.s telah berkata: Setiap orang yang telah beragama dengan agama Allah dengan melakukan ibadat secara gigih, tetapi tidak ada imam baginya daripada Allah, maka usahanya tidak diterima. Beliau telah tersesat lagi terkeliru dan Allah memarahi amalannya, beliau adalah seperti kambing betina yang tersesat dari pengembalanya dan kumpulannya. Lalu ia telah pergi ke sana dan ke mari pada hari itu. Apabila malam telah tiba, ia telah melihat kepada satu kumpulan binatang tanpa pengembalanya, lalu ia merasa rindu kepadanya dan terpedaya dengannya.
Kemudian ia telah bermalam bersamanya di kandangnya. Apabila pengembala telah menarik [keluar] sekumpulan binatangnya, maka kambing betina itu telah mengingkari pengembalanya dan binatang-binatangnya, lalu ia telah menjadi keliru dengan mencari pengembalanya dan kumpulan [kawan] bintang-binatangnya [yang terdahulu]. Maka ia telah melihat kepada seekor kambing jantan bersama pengembalanya, lalu ia merasa rindu kepadanya dan terpedaya dengannya. Lantas pengembara meraung sambil berkata: Pergilah bersama pengembala anda dan kumpulan anda kerana anda sesat lagi terkeliru dari pengembala dan kumpulan anda, lalu ia telah pergi ke sana dan ke mari dalam keadaan keliru tanpa pengembala untuknya dan kumpulannya yang akan menunjukkannya kepada tempat tinggalnya atau mengembalikannya ke tempatnya.
Ketika ia di dalam keadaan sedemikian, tiba-tiba seekor serigala telah mengambil peluang di atas kesesatannya, lalu memakannya. Demikianlah, demi Allah, wahai Muhammad, sesiapa pada setiap pagi daripada umat ini tidak mempunyai imam untuknya daripada Allah a.w, zahir dan adil, maka beliau menjadi sesat lagi terkeliru. Jika beliau telah mati di dalam keadaan ini, maka beliau telah mati di dalam keadaan kufur dan nifak. Ketahuilah, wahai Muhammad, sesungguhnya para imam yang zalim dan pengikut-pengikut mereka adalah terpisah daripada agama Allah (inna aimmata al-Jauri wa-atba'a-hum la-ma'zuuluun 'an dini llahi), Mereka telah sesat dan menyesatkan (dhallu wa-adhallu). Justeru, amalan-amalan yang mereka lakukan adalah seperti abu yang telah ditiup angin, amalan mereka tidak dinilai sedikitpun, itu adalah kesesatan yang jauh.
(542)-3. Beberapa orang sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ibn Mahbub, daripada 'Abd al-'Aziz al- 'Abdiy, daripada Abdullah bin Abi Ya'fur berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aku bergaul dengan orang ramai, tetapi apa yang lebih mengagumkan aku adalah tentang mereka yang tidak mewalikan kamu, mereka mewalikan polan dan polan, sedangkan mereka mempunyai amanah, [bercakap] benar dan kesetiaan. Adapun mereka yang mewalikan kamu tidak mempunyai amanah, kesetian dan kebenaran? Beliau berkata: Abu Abdillah a.s yang sedang duduk, telah berpaling kepadaku seperti seorang yang marah, kemudian beliau a.s telah berkata: Tiada agama bagi orang yang telah beragama dengan agama Allah dengan mewalikan imam yang zalim, bukan daripada Allah (la dina li-man dana llaha bi-wilayati imam jaa'ir laisa mina llahi) dan tiada celaan ke atas orang yang telah beragama dengan mewalikan seorang imam yang adil daripada Allah.
Aku telah berkata: Tiada agama untuk mereka dan tiada celaan ke atas mereka? Beliau a.s telah berkata: Ya, tiada agama bagi mereka dan tiada celaan ke atas mereka, kemudian beliau a.s telah berkata: Tidakkah anda mendengar firman Allah: "Allah Pelindung (wali) mereka yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya" Iaitu [daripada] kegelapan dosa kepada cahaya taubat dan keampunan kerana mereka mewalikan setiap imam yang adil daripada Allah. Dan Dia telah berfirman: "Dan mereka yang kafir, pelindung-pelindung mereka ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan" Sesungguhnya Dia telah maksudkan bahawa mereka telah berada di atas cahaya Islam, tetapi apabila mereka mewalikan setiap imam yang zalim, bukan daripada Allah a.w, maka mereka telah keluar dengan mewalikan mereka daripada Islam kepada kegelapan kekafiran. Maka Allah telah mewajibkan untuk mereka neraka bersama mereka yang kafir, "Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya"
(543)-4. Daripadanya, daripada Hisyam bin Salim, daripada Habib al-Sajistani, daripada Abu Ja'far a.s telah berkata: Allah berfirman [dalam sebuah hadis kudsi]: Aku akan mengazab setiap rakyat di dalam Islam yang telah berpegang kepada wilayah setiap imam yang zalim, bukan daripada Allah sekalipun rakyat pada amalan meraka baik dan bertakwa. Dan Aku akan mengampunkan daripada setiap rakyat di dalam Islam yang telah berpegang kepada wilayah imam yang adil daripada Allah sekalipun rakyat pada diri mereka sendiri zalim dan jahat"
(544)-5. Ali bin Muhammad, daripada Ibn Jumhur, daripada bapanya, daripada Safwan, daripada Ibn Maskan, daripada Abdullah bin Sinan, daripada Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah tidak malu mengazabkan umat yang telah berpegang kepada imam yang bukan daripada Allah sekalipun amalan mereka baik dan bertakwa dan sesungguhnya Allah malu mengazabkan umat yang telah berpegang kepada imam daripada Allah sekalipun amalan meraka zalim dan jahat".
Bab 87
Sesiapa Yang Telah Mati Dan Tiada Baginya Imam Daripada Para Imam Petunjuk Iaitu Daripada Bab Pertama (man mata wa laisa la-hu imam min aimmati al-Huda wa huwa min al-Bab al-Awwal)
(545)-1. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Ali al-Wasyaa', daripada Ahmad bin 'Aa'idh, daripada Ibn Udhinah, daripada al-Fudhail bin Yasar berkata: Pada suatu hari, Abu Abdillah a.s telah mula berkata kepada kami: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah mati dan tiada di atasnya seorang imam, maka kematiannya adalah seperti kematian [seorang] jahiliyah" (man maata wa-laisa 'alai-hi imam fa-maitatu-hu maitatun jahiliyyatun). Maka aku telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda sedemikian? Maka beliau a.s telah berkata: Ya, demi Allah, baginda s.a.w telah bersabda sedemikian. Aku telah berkata: Setiap orang yang telah mati dan tiada baginya imam, maka kematiannya seperti kematian [seorang] jahiliyah?! Beliau a.s telah berkata: Ya.
(546)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripaeda Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Wasyaa' berkata: 'Abd al-Karim bin 'Umru telah memberitahu kepadaku, daripada Ibn Abi Ya'fur berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang sabda Rasulullah s.a.w: Sesiapa yang telah mati dan tiada baginya imam, maka kematiannya seperti kematian [seorang] jahiliyah". Aku telah berkata: Kematian [orang] kafir? Beliau a.s telah berkata: Kematian [orang] sesat, aku telah berkata: Justeru sesiapa yang telah mati pada hari ini dan tiada baginya imam, maka kematiannya seperti kematian jahiliyyah? Maka beliau a.s telah berkata: Ya.
(547)-3. Ahmad bin Idris, daripada Muhammad bin 'Abd al-Jabbar, daripada Safwan, daripada al-Fudhail, daripada al-Harith bin al-Mughirah berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah mati, tidak mengtahui imamnya, maka beliau mati kematian jahiliyah"? Beliau a.s telah berkata: Ya, aku telah berkata: Jahiliyah mereka yang jahil atau jahiliyah yang tidak mengetahui imamnya? Beliau a.s telah berkata: Jahiliyah kekafiran, nifak dan kesesatan (jahiliyat kufrin wa nifaq wa dhalal).
(548)-4. Daripada sebahagian sahabat kami, daripada 'Abd al-'Azim bin Abdullah al-Hasani, daripada Malik bin 'Aamir, daripada al-Mufadhdhal, bin Za'idah, daripada al-Mufadhdhal bin Umar berkata: Abu Abdillah a.s telah berkata: Sesiapa yang telah berpegang kepada agama Allah tanpa mendengar daripada orang yang benar (imam), maka Allah mewajibkannya kepada kesesatan dan sesiapa yang telah mendakwa mendengar bukan dari pintu yang telah dibuka oleh Allah, maka beliau adalah seorang musyrik. Dan itulah pintu yang diamanahkan di atas rahsia Allah yang tersembunyi
Bab 88
Tentang Orang Yang Telah Mengetahui Kebenaran Daripada Ahlu l-Bait Dan Orang Yang Telah Mengingkarinya (fi-man 'arafa al-Haqq min Ahl al-Bait wa-man Ankara)
(549)-1. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Ali bin al-Hakam, daripada Sulaiman bin Ja'far berkata: Aku telah mendengar al-Ridha a.s telah berkata: Sesungguhnya Ali bin Abdullah bin al-Husain bin Ali bin al-Husain bin Ali bin Abu Talib a.s, perempuannya dan anak-anaknya adalah daripada ahli syurga. Kemudian beliau a.s telah berkata: Sesiapa yang telah mengetahui urusan ini daripada anak Ali dan Fatimah a.s, maka beliau bukanlah seperti manusia [biasa].
(550)-2. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad berkata: Al-Wasyaa' telah memberitahu kepadaku, berkata: Ahmad bin Umar al-Halal telah memberitahu kepadaku telah berkata: Aku telah berkata kepada Abu al-Hasan a.s: Beritahulah kepadaku tentang orang yang telah menentang anda dan beliau tidak mengetahui hak anda daripada anak lelaki Fatimah? Adakah beliau dan semua orang adalah sama di dalam seksaan? Maka Ali bin al-Husain a.s telah berkata: Di atas mereka dua kali seksaan ('alai-him dha'fa al-'Iqab).
(551)-3. Al-Husain bin Muhammad, daripada Mu'alla bin Muhammad, daripada al-Hasan bin Rasyid berkata: Ali bin Isma'il al-Maithamiy berkata: Ruba'i bin Abdullah telah memberitahu kepadaku, berkata: 'Abd al-Rahman bin Abi Abdullah telah berkata kepadaku: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Adakah orang yang ingkar (al-Munkir)urusan ini daripada Bani Hasyim dan selain daripada mereka itu sama? Maka beliau a.s telah berkata kepadaku: Janganlah anda berkata: Orang yang ingkar (al-Munkir), tetapi katalah: Orang yang menentang (al-Jahid) daripada Bani Hasyim dan selain daripada mereka. Abu al-Hasan berkata: Kemudian aku terfikir tentangnya, maka aku telah menyebut firman Allah a.w pada sudara-saudara Yusuf: "Maka Yusuf mengenali mereka, sedang mereka tidak kenal (lagi) kepadanya"
(552)-4. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada Ibn Abi Nasr berkata: Aku telah bertanya al-Ridha a.s, aku telah berkata kepadanya: Adakah orang yang menentang (al-Jahid) di kalangan kamu dan selain daripada kamu itu sama? Beliau a.s telah berkata: Orang yang menentang di kalangan kami baginya dua dosa dan orang yang berbuat baik baginya dua kebaikan.
Bab 89
Perkara Yang Wajib Bagi Manusia Ketika Matinya Imam A.S (ma yajibu 'ala al-Naasi 'inda mudhiyyi al-Imam)
(553)-1. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Safwan, daripada Ya'qub bin Syu'aib berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Apabila sesuatu telah berlaku kepada seorang imam, bagaimana orang ramai akan buat? Beliau a.s telah berkata: Di manakah firman Allah a.w: "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya" Beliau a.s telah berkata: Mereka dimaafkan selama mereka masih menuntut[ilmu] dan begitu juga mereka yang sedang menanti mereka [yang sedang menuntut ilmu] adalah dimaafkan sehingga para sahabat mereka kembali kepada mereka.
(554)-2. Ali bin Ibrahim, daripada Muhammad bin Isa, daripada Yunus bin 'Abd al-Rahman berkata: Hammad telah memberitahu kepadaku, daripada 'Abd al-Rahman al-'Alaa' berkata: Aku telah bertanya Abu Abdillah a.s tentang pendapat umum: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang telah mati dan tiada baginya imam, maka beliau telah mati [seperti] kematian jahiliyah" (man maata wa-laisa la-hu imam, maata maitatan jahiliyyatan" Maka beliau a.s telah berkata: Benar, demi Allah. Aku telah berkata: Sesungguhnya seorang imam telah mati sedang seorang lelaki di Khurasan tidak mengetahui siapakah wasinya, adakah ia dimaafkan?
Beliau a.s telah berkata: Tidak dimaafkan, sesungguhnya apabila seorang imam telah mati, hujah wasinya telah berlaku (efektif) di atas orang yang bersamanya di negari itu dan hak golongan tertentu pula menyampaikannya kepada orang yang tidak hadir ketika kematiannya. Sesungguhnya Allah a.w berfirman: "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya" Aku telah berkata: Satu golongan telah pergi, maka sebahagian mereka telah mati sebelum mereka sampai [di tempat] untuk memberitahukannya [kepada orang ramai]? Beliau a.s telah berkata: Sesungguhnya Allah a.w berfirman: "Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya, maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah"
Maka aku telah berkata: Sebahagian mereka telah sampai ke tempat itu, tetapi mereka telah mendapati anda menutup pintu anda, menutup tirai anda, anda tidak menyeru mereka kepada diri anda dan tiada orang yang akan menunjukkan mereka kepada anda. Justeru bagaimana mereka akan mengetahui perkara itu? Beliau a.s telah berkata: Dengan Kitab Allah yang diturunkan, aku telah berkata: Bagaimana dengan firman Allah? Beliau a.s telah berkata: Aku berpendapat anda telah bercakap tentang perkara ini sebelum hari ini, aku telah berkata: Ya, beliau a.s telah menyebut apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada Ali a.s dan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w daripada wasiatnya kepadanya. Perlantikannya, apa yang akan menimpa mereka, pengakuan al-Hasan dan al-Husain di atas perkara tersebut, wasiatnya kepada al-Hasan dan penerimaan al-Husain untuknya dengan firman Allah: "Mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagiannya lebih berhak terhadap sesamanya di dalam Kitab Allah"
Aku telah berkata: Sesungguhnya orang ramai telah bercakap tentang Abu Ja'far a.s dan mereka berkata: Bagaimana anda telah melangkahi atau mendahului anak-anak lelaki bapanya yang mempunyai kerabat seumpamanya, orang yang lebih muda daripadanya dan anda telah menghadkan [nya] kepada orang yang lebih muda daripadanya, maka beliau telah berkata: Sahabat urusan ini (imam) dikenali dengan tiga perkara yang tidak ada pada orang lain, beliaulah orang yang paling layak (aula) mengikut orang (imam) sebelumnya dan beliaulah wasinya dan di sisinya senjata Rasulullah s.a.w dan wasiatnya yang ada di sisiku, aku tidak pertikaikan tentangnya. Aku telah berkata: Sesungguhnya perkara itu adalah tersembunyi kerana takutkan sultan?
Beliau a.s telah berkata berkata: Beliau tidak akan berada di dalam persembunyian melainkan baginya hujah yang zahir. Sesungguhnya bapaku telah meminta aku supaya menyimpan apa yang ada di sana. Manakala tiba kematiannya, beliau telah berkata kepadaku: Panggillah beberapa orang saksi untukku, lalu aku telah memanggil empat orang saksi daripada Quraisy. Di antara mereka ialah Nafi' maula Abdullah bin Umar, beliau telah berkata: Tulislah, ini adalah apa yang telah diwasiatkan oleh Ya'qub kepada anak-anaknya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali di dalam memeluk agama Islam" . Muhammad bin Ali telah mewasiatkan kepada anak lelakinya Ja'far bin Muhammad dan memerintahkannya supaya mengapankannya dengan burdah yang digunakan di dalam sembahyang jemaah dan memakaikan [di kepala]nya dengan serbannya, kuburnya diratakan dan ditinggikannya sebanyak empat jari.
Kemudian ia dikosongkan daripadanya. Maka beliau telah berkata: Tutuplah, kemudian beliau telah berkata kepada para saksi: Pulanglah, Semoga kamu dirahmati Allah. Maka aku telah berkata kepadanya selepas mereka pulang: Bukan ini, wahai bapaku, anda menjadi saksi ke atasnya? Maka beliau telah berkata: Sesungguhnya aku tidak suka anda dikalahkan dan dikatakan: Bahawa beliau [anda] tidak diwasiatkan, justeru, aku mahu anda mempunyai hujah; apabila seorang lelaki datang ke suatu negeri dan berkata: Siapakah wasi polan, dikatakan: Polan, aku telah berkata: Bolehkah wasiat dikongsi? Beliau (perawi) berkata: Kamu bertanyalah kepadanya a.s, kerana beliau akan menerangkannya kepada kamu.
(555)-3. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad bin Isa, daripada Muhammad bin Khalid, daripada al-Nadhar bin Suwaid, daripada Yahya al-Halabi, daripada Buraid bin Mu'awiyah, daripada Muhammad bin Muslim berkata: Aku telah berkata kepada Abu Abdillah a.s: Aslaha-ka llahu, aduan kamu telah sampai kepada kami dan kami bersimpati dengannya, jika anda telah memberitahu kepada kami atau anda telah mengajar kami, siapa orangnya? Beliau telah berkata: Sesungguhnya Ali a.s adalah seorang yang alim dan ilmu [boleh] diwarisi. Justeru, seorang alim tidak mati melainkan akan tinggal selepasnya orang yang mengetahui seperti ilmunya atau apa yang dikehendaki Allah, aku telah berkata: Adakah orang ramai dimaafkan apabila orang alim (imam) telah mati, sedang mereka tidak mengetahuinya (imam) selepasnya?
Beliau telah berkata: Adapun penduduk negeri ini, maka ia adalah tidak-Iaitu Madinah-Adapun negeri-negeri lain mengikut jarak perjalanan mereka. Sesungguhnya Allah berfirman: "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya" Aku telah berkata: Apa pendapat anda tentang orang yang telah mati pada ketika itu? Beliau telah berkata: Beliau adalah seperti kedudukan orang yang keluar dari rumahnya berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian beliau mati, maka pahalanya adalah di atas Allah. Aku telah berkata: Apabila mereka telah datang, bagaimana mereka [dapat] mengetahui sahabat (imam) mereka? Beliau a.s telah berkata: Beliau akan memberi ketenangan, keamanan dan kehebatan [kepada mereka].
(Dokumen-ABNS)
Posting Komentar