Pesan Rahbar

Sekilas Doa Arafah Imam Husain as dan Doa Arafah Imam Husain as

Doa Arafah (Bahasa Arab: دعاء العرفة ) adalah diantara doa-doa Syiah yang menurut riwayat dibaca oleh Imam Husain as pada hari ke-9 Dzul...

Home » » Raudhat Al-Kaafi/Furuu‘ Al-Kaafi (Bagian 2)

Raudhat Al-Kaafi/Furuu‘ Al-Kaafi (Bagian 2)

Written By Unknown on Selasa, 27 Februari 2018 | Februari 27, 2018


BAHAGIAN KEDUA

Khutbah Al-Talutiyyah Amir Al-Mukminin A.S, Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka, Hadis Abu Abdullah A.S Bersama Al-Mansur, Hadis Musa A.S, Wasiat Abu Abdullah A.S, Tujuh Orang Bani Hasyim Dan Lain-Lain.


Khutbah Al-Talutiyyah Amir Al-Mukminin A.S.

5. Muhammad bin Ali bin Mu‘ammar, daripada Muhammad bin Ali berkata: Abdullah bin Ayyub al-Asy‘ari telah memberitahu kami daripada ‘Umru al-Auzaa‘i daripada ‘Umar bin Syamar, daripada Salmah bin Kuhail daripada Abu al-Haitham al-Tihan bahawa Amir al-Mukminin a.s telah memberi khutbah di Madinah, berkata:

Segala puji bagi Allah Yang tiada tuhan melainkan Dia. Dia telah hidup tanpa kaif (bagaimana?), tiada bagi-Nya kaana (telah berlalu) yang memberi implikasi kaifa, aiana (di mana?), fi syai’in (pada sesuatu) dan ‘ala syai’in (di atas sesuatu) yang memberi implikasi tempat. Dia bukanlah Qawiyyu (Yang Kuat) selepas Dia menjadikan sesuatu. Dia bukanlah lemah (dha‘iifan) sebelum Dia menjadikan sesuatu. Dia bukanlah merasa takut sebelum Dia menciptakan sesuatu. Dia tidak menyerupai sesuatu. Dia bukanlah sunyi daripada kerajaan sebelum menjadi sesuatu. Dia tidak sunyi daripada sesuatu selepas kehilangannya. Dia adalah Tuhan Yang Hidup tanpa hayat. Dia adalah Raja sebelum kewujudan rakyat dan Raja selepas ketiadaan rakyat.

Tiada bagi Allah kaifa, aina dan had yang boleh diketahui. Tiada sesuatu yang menyerupaiNya. Dia tidak menjadi tua kerana kekekalan-Nya. Dia tidak menjadi lemah kerana ketakutan. Dia tidak takut sebagaimana takutnya makhluk-Nya kepada sesuatu, tetapi Dia mendengar tanpa pendengaran (sam‘), melihat tanpa penglihatan (basar), kuat tanpa kekuatan daripada makhluk-Nya. Penglihatan dan pendengaran tiada mencapaiNya. Apabila Dia kehendaki sesuatu Dia tidak perlu mesyuarat, demonstrasi dan pengalaman. Dia tidak bertanya kepada seseorang mengenai sesuatu daripada makhluk-Nya apa yang Dia kehendaki.

Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan tetapi Dia mencapai penglihatan. Dia adalah halus dan pakar. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah sahaja dan aku naik saksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya. Dia telah mengutusnya dengan petunjuk dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya ke atas segala agama sekalipun dibenci oleh musyrikun. Maka beliau s.a.w telah menyampaikan risalah dengan dalil yang terang.

Wahai umat yang telah ditipu (khudi‘at), lalu tertipu (fa-inkhda‘at), dan mengetahui penipuan orang yang menipunya (‘arafat khadi‘ata man khada‘a-ha), lantas berkeras di atas apa yang diketahuinya dan mengikut hawa nafsunya dengan angkuh. Kebenaran terserlah kepadanya, tetapi ia menentangnya. Jalan yang terang diselewengkannya. Demi Yang memecahkan biji-bijian dan menghidupkan jiwa, sekiranya kamu mengambil ilmu daripada galiannya, meminum air daripada kemanisannya, menyimpan kebaikan pada tempatnya, mengambil jalan yang terang dan benar, nescaya kamu berjaya dan mendapat cahaya Islam.

Lantaran itu, kamu dapat makan dengan mewah tanpa bebanan, dan tiada seorang muslim pun akan menzalimi kamu, begitu juga orang yang membuat perjanjian dengan kamu. Tetapi kamu telah memilih jalan kegelapan, lalu dunia menggelapkan kamu, menutup ke atas kamu pintu-pintu ilmu. Justeru kamu bercakap menurut hawa nafsu dan berselisih faham mengenai agama kamu. Lalu kamu memberi fatwa mengenai agama Allah tanpa ilmu. Kamu telah mengikuti golongan yang sesat, lalu mereka menyesatkan kamu.

Kamu telah meninggalkan para imam, lalu mereka meninggalkan kamu (tarak-tum al-A’immah fa-tarakuu-kum). Kemudian kamu mulai menghukum dengan hawa nafsu kamu. Apabila disebut sesuatu perkara, maka kamu bertanya ahli al-Dhikr. Dan apabila mereka memberi fatwa kepada kamu, maka kamu berkata itulah ilmu yang sebenar. Bagaimana kamu telah meninggalkannya dan menyalahinya pula? ! Betapa sedikit apa yang kamu dapat daripada semua tanaman kamu dan kamu akan mendapatinya tidak menepati sasaran (wakhim) apa yang kamu lakukan.

Demi Yang memecahkan biji-bijian dan menghidupkan jiwa, sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa akulah sahabat kamu (khalifah) yang diperintahkan ke atas kamu. Sesungguhnya akulah orang yang alim kamu dan dengan ilmunya (ilmuku) akan membawa kejayaan kepada kamu. Akulah wasi nabi kamu dan orang pilihan Tuhan kamu. Lisan cahaya kamu dan orang yang alim mengenai kepentingan kamu.

Sedikit demi sedikit akan turun ke atas kamu apa yang dijanjikan dan apa yang telah diturunkan ke atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu. Allah akan bertanya kepada kamu mengenai para imam kamu, bersama-sama mereka kamu akan dihimpunkan dan kepada Allah nanti kamu akan pergi. Demi Allah sekiranya aku mempunyai bilangan para sahabat Talut atau bilangan ahli Badr, mereka seramai bilangan kamu, nescaya aku akan memukul kamu dengan pedang sehingga kamu cenderung kepada kebenaran dan menyahutinya. Itu adalah lebih baik, wahai Tuhanku, hukumlah di antara kami dengan kebenaran dan Engkau adalah sebaik-baik hakim.

Kemudian beliau a.s keluar daripada masjid dan melihat tiga puluh ekor biri-biri, lalu beliau berkata: Demi Allah sekiranya aku mempunyai lelaki yang ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya seramai bilangan biri-biri ini, nescaya aku memecat anak lelaki [19]kepada perempuan[20] pemakan lalat daripada kekuasaannya. (la-azal-tu ibna aakilati al-Dhubaan ‘an mulki-hi).

Beliau berkata: Apabila tiba waktu petang, tiga ratus enam puluh lelaki telah memberi baiah kepadanya di atas dasar kematian (‘ala al-Maut). Amir al-Mukminin a.s berkata : Mereka tidak menepati janji mereka supaya bercukur kepala (muhalliqan ) melainkan Abu Dhar, al-Miqdad, Huzaifah bin al-Yaman dan ‘Ammar bin Yasir. Salman adalah yang paling akhir datang di kalangan mereka.

Kemudian beliau a.s mengangkat tangannya ke langit dan berkata: Sesungguhnya mereka telah menentang aku sebagaimana Bani Israel menentang Harun. Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyi dan apa yang kami luahkan, tiada sesuatupun di bumi dan di langit tersembunyi daripada Engkau. Matikanlah aku sebagai seorang muslim dan kaitkanlah aku dengan orang-rang yang soleh.

Beliau a.s berkata: Sekiranya tiada perjanjian yang dijanjikan oleh Nabi al-Ummiyyi kepadaku, nescaya aku menyerang golongan yang menentang aku. Aku akan kirimkan kepada mereka petir maut, tetapi sedikit sahaja yang mengetahui.


Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka.

6. Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Sahal bin Ziad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya berkata: Aku berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba Abu Basir datang. Beliau kelihatan resah dengan nafas yang tinggi. Apabila beliau duduk, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, apakah keresahan ini? Maka beliau berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, wahai anak lelaki Rasulullah, umurku telah tua, tulangku menjadi reput dan ajalku semakin hampir, tetapi aku masih tidak mengetahui mengenai apa yang akan berlaku kepadaku di akhirat kelak.

Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, anda yang berkata sedemikian? Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kenapa aku tidak boleh berkata sedemikian? Maka beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa Allah memuliakan pemuda-pemuda (al-Syabaab) daripada kamu dan malu kepada golongan tua (al-Kuhul)? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bagaimana Dia memuliakan pemuda-pemuda di kalangan kita dan Dia malu kepada golongan tua?

Beliau a.s. berkata: Dia memuliakan pemuda-pemuda daripada kamu supaya Dia tidak menyeksa mereka dan Dia malu kepada golongan tua daripada kamu supaya Dia tidak menghisabkan mereka. Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, adakah ini khusus untuk kita atau untuk semua ahli tauhid? Beliau a.s berkata: Tidak, demi Tuhan ia khusus untuk kamu dan bukan untuk orang lain. Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kami telah melakukan perkara yang buruk, belakang kami telah pecah, hati kami telah mati, penguasa-penguasa telah menghalalkan darah kami di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh para ulama mereka[21].

Beliau a.s. berkata: al-Rafidhah? Abu Basir berkata: Ya. Beliau a.s. berkata: Bukan mereka yang telah menamakan kamu dengannya, malah Allah yang telah menamakan kamu dengan nama tersebut. Tidakkah kamu mengetahui, wahai Abu Muhammad, bahawa bersama Fir‘aun adalah tujuh puluh lelaki daripada Bani Israel yang beragama dengan agamanya. Ketika ternyata bagi mereka kesesatan Fir‘aun dan hidayat Musa, maka mereka Rafadhuu (menolak) Fir‘aun.

Kemudian mereka menyertai Musa dan berada di dalam kem Musa dan dikenali sebagai orang yang kuat beribadat dan berijtihad. Mereka telah menolak Fir‘aun. Maka Allah telah mewahyukan kepada Musa supaya menetapkan nama ini untuk mereka di dalam Taurat. Sesungguhnya aku telah menggunakan nama mereka, kemudian Allah menyimpan nama ini sehingga Dia menamakan kamu dengannya. Wahai Abu Muhammad, mereka telah menolak kebaikan dan kamu menolak kejahatan. Manusia telah berpecah kepada beberapa golongan dan Syi‘ah, tetapi kamu telah menjadi Syi‘ah Ahlu l-Bait Nabi kamu. Maka kamu telah berpegang kepada apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan kamu memilih apa yang telah dipilihkan oleh Allah. Maka bergembiralah dan berikan khabar gembira ini kepada mereka.

Kamu, demi Tuhan, dirahmati, diterima kebaikan kamu, diampuni kejahatan kamu. Siapa yang tidak berjumpa dengan Allah seperti kamu, maka Allah tidak akan menerima amalan baiknya dan tidak memaafkan kejahatannya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya meluruhkan dosa-dosa daripada belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pohon pada masa luruhnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Syura (42):5 “Para malaikat bertasbih dan memuji Tuhan mereka dan memohon ampun bagi golongan yang ada di bumi” Istighfaruu-hum. Permohonan ampun oleh para malaikat adalah untuk kamu bukan untuk alam ini. Adakah aku telah menggembirakan kamu, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Ahzab (33):23 “Di antara golongan mukmin itu ada golongan yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur,dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu,dan mereka sedikit pun tidak mengubah(janjinya)”

Demi Allah, sesungguhnya Dia tidak maksudkan selain daripada kamu, kerana kamu telah menyempurnakan perjanjian kamu (mithaqa-kum) mengenai wilayah kami dan kamu tidak menukarkan kami dengan orang selain daripada kami. Jika kamu tidak berbuat sedemikian, nescaya Allah akan menghina kamu sebagaimana Dia telah menghina orang lain selain daripada kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-A‘raaf (7):102 “Dan kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji, sesungguhnya kami mendapati kebanyakan mereka golongan yang fasiq”. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Zukhruf (43): 67 “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali golongan yang bertakwa” Makhluk, demi Tuhan, besok menjadi musuh selain daripada kami dan Syi‘ah kami. Allah tidak maksudkan dengan al-Muttaqiin selain daripada kami dan selain daripada Syi‘ah kami. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beliau a.s berkata: Allah telah mengumpulkan kami, wali kami dan musuh kami di dalam satu ayat di dalam Kitab-Nya Surah al-Zumar (39):9 “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran” Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, demi Tuhan, Dia tidak mengecualikan seorang di kalangan para wasi dan pengikut mereka selain daripada Amir al-Mukminin a.s, dan Syi‘ahnya. Allah berfirman di dalam Surah al-Dukhaan (44) :41-2 “Iaitu hari seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikit pun dan mereka tidak akan dapat pertolongan, kecuali golongan yang diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang”

Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan dengan “rahmat” selain daripada Amir al-Mukminin a.s dan Syi‘ahnya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya, maka Dia telah mewajibkan keampunan untuk kamu. Dia berfirman dalam Surah al-Zumar (39):53 “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya” Demi Tuhan, Dia tidak maksudkannya selain daripada kamu. Adakah aku telah mengembirakan kamu, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut dan melindungi kamu daripada syaitan yang dilaknati di dalam Kitab-Nya Surah al-Hijr (15): 42 dan Surah al-Israa’(17): 65 “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka”

Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kita dan selain daripada Syi‘ah kita (ma‘anna ghaira-na wa ghaira syi‘ati-na). Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Nisa’ (4): 69 “Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama dengan golongan yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para siddiqin, golongan yang mati syahid dan golongan soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya”

Muhammad s.a.w adalah al-Nabiyyin, kami adalah al-Siddiqin dan al-Syuhada’, dan kamu adalah al-Salihun. Kamu dinamakan dengan al-Salihin sebagaimana Allah telah menamakan kamu. Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kamu. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Sad (38):62 “Dan (golongan derhaka) berkata: Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai golongan jahat” Kamu yang akan dicari di neraka berada di syurga, demi Tuhan, kamu dihormati. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, tiada satu ayatpun yang membawa kepada syurga dan menyebut ahlinya dengan kebaikan melainkan ia adalah untuk kita dan Syi‘ah kita. Tiada satu ayatpun yang menyebut ahlinya dengan kejahatan dan membawanya ke neraka melainkan ia adalah untuk musuh kita (hiya fi ‘aduwwi-na) dan orang yang menyalahi kita (man khaalafa-na). Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, bukan di atas millah (agama) Ibrahim selain daripada kita dan Syi‘ah kita, sementara orang lain terlepas daripadanya. Wahai Abu Muhammad, adakah aku telah menggembirakan anda? Di dalam riwayat yang lain, Abu Basir berkata: Cukuplah.


Hadis Abu Abdullah A.S Bersama Al-Mansur Sewaktu Pembarisannya.

7. Muhammad bin Yahya, daripada Ahmad bin Muhammad, daripada sebahagian sahabatnya dan Ali bin Ibrahim, daripada bapanya daripada Ibn Abi ‘Umair, daripada Muhammad bin Abu Hamzah, daripada Hamraan berkata: Abu Abdullah a.s berkata bahawa mereka telah menyebut di sisinya mengenai kejahatan Syi‘ah di sisi mereka, lalu beliau a.s berkata: Sesungguhnya aku telah berjalan bersama-sama Abu Ja‘far al-Mansur[22] yang berada di atas kuda di dalam pembarisannya. Di hadapan dan di belakangnya beberapa ekor kuda sedangkan aku berada di atas seekor keldai di sampingnya.

Al-Mansur berkata kepadaku: Wahai Abu Abdullah, sepatutnya anda bergembira dengan kekuatan yang dikurniakan Allah kepada kita dan memberikan kita kemuliaan, tetapi janganlah anda memberitahu orang ramai bahawa anda dan keluarga anda (ahli baiti-ka) adalah lebih berhak daripada kami, nanti anda menentang kami melalui mereka. Abu Abdullah a.s berkata: Sesiapa yang mengangkat perkara ini kepada anda daripadaku, maka dia berbohong. Al-Mansur berkata kepadaku : Adakah anda mahu bersumpah apa yang anda katakan?

Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya orang ramai adalah sahirah[23]; mereka suka merosakkan hati anda terhadapku. Kami lebih berhajat kepada anda daripada anda berhajat kepada kami, lalu beliau berkata kepadaku: Adakah anda teringat pada suatu hari aku telah bertanya kepada anda adakah kita mempunyai raja? Anda berkata: Ya, perkara itu sudah lama, ia adalah panjang dan lebar. Kamu sentiasa menangguhkan urusan kamu dan kelapangan dunia kamu sehingga kamu mengenakan darah haram daripada kami pada bulan Ramadhan di negeri Haram. Justeru aku mengetahui bahawa beliau telah menghafaz hadis, maka aku berkata: Mudah-mudahan Allah a.w mencukupkan anda dan aku bukan menentukan anda dengan perkara ini. Sesungguhnya ia adalah hadis yang anda riwayatkan.

Mudah-mudahan orang lain daripada keluarga anda akan melaksanakannya. Lantas beliau terdiam. Apabila aku pulang ke rumahku, beberapa pengikut aku datang kepadaku, berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, demi Allah, aku telah melihat anda sewaktu pembarisan Al-Mansur. Anda berada di atas keldai dan beliau berada di atas kuda. Beliau telah memuliakan anda dengan bercakap-cakap dengan anda seolah-olah anda di bawahnya. Aku berkata: Di antara aku dan diri aku, ini adalah hujah Allah di atas makhluk-Nya dan sihib al-Amr (imam) yang diikuti. Dan yang seorang lagi, pelaku kezaliman, membunuh anak-anak nabi, mengalirkan darah di bumi dengan cara yang dibenci oleh Allah sedangkan beliau di dalam pembarisannya.

Ketika anda berada di atas seekor keldai, aku didatangi oleh perasaan syak sehingga aku takut di atas agamaku dan diriku. Abu Abdullah a.s berkata: Sekiranya anda melihat para malaikat di sekeliling aku, di hadapan, di belakang, di kanan dan di kiriku, nescaya anda memperkecilkan al-Mansur dan memperkecilkan kudanya. Maka beliau berkata: Sekarang hatiku menjadi tenang (sakana qalbi).

Beliau a.s berkata: Bilakah mereka akan berhenti rehat? Aku berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa setiap sesuatu ada masanya. Beliau a.s berkata: Ya, maka aku berkata: Adakah ilmu anda memanfaatkan anda bahawa perkara ini apabila ia datang, maka ia adalah lebih cepat daripada kelipan mata? Sesungguhnya jika anda mengetahui keadaan mereka di sisi Allah, maka anda akan lebih memarahi mereka. Sekiranya anda bekerja keras atau seluruh ahli bumi bekerja keras untuk memasukkan mereka (ke neraka) sejajar dengan dosa mereka, nescaya mereka tidak mampu. Lantaran itu, syaitan tidak akan menggoda anda kerana kemuliaan adalah untuk Allah, Rasul-Nya dan mukminin, tetapi munafikin tidak mengetahui.

Tidakkah anda mengetahui bahawa sesiapa yang menanti urusan kita, bersabar di atas kesakitan dan ketakutan, maka dia nantinya di dalam kumpulan kita (fi zumrati-naa). Apabila anda melihat kebenaran telah mati, ahlinya tiada lagi dan anda melihat kezaliman meliputi seluruh negara, anda melihat al-Qur’an telah diselewengkan, berlakulah apa yang sepatutnya tidak berlaku mengikut hawa nafsu. Anda melihat agama tidak berfungsi lagi, anda melihat ahli kebatilan menguasai ahli kebenaran, anda melihat kejahatan secara terang-terangan tanpa larangan dan pelakunya dimaafkan.

Anda melihat kefasiqan terserlah; lelaki memadai dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan, anda melihat mukmin berdiam diri, kata-katanya tidak diterima, anda melihat orang yang fasiq tidak dimengenai pembohongannya, anda melihat orang muda memperkecilkan orang tua, anda melihat pertalian silaturahim terputus, anda melihat orang yang dipuji kerana kefasiqannya, tetapi kata-katanya tidak ditolak, anda melihat hamba lelaki (ghulam) melakukan apa yang dilakukan oleh perempuan.

Anda melihat perempuan mengahwini perempuan, anda melihat pujian menjadi banyak, anda melihat lelaki membelanjakan hartanya bukan kerana ketaatan kepada Allah, tidak dilarang, anda melihat pemerhati (al-Nazir) berlindung dengan Allah apabila dia melihat kesungguhan mukmin menentang perkara tersebut. Anda melihat jiran menyakiti jirannya, tanpa penentangan, anda melihat orang kafir bergembira apabila dia melihat apa yang berlaku ke atas mukmin, berpesta apabila dia melihat kerosakan di bumi. Anda melihat khamr diminum secara terang-terangan dan ia dapat mengumpulkan golongan yang tidak takutkan Allah a.w.

Anda melihat perkara yang baik (ma‘ruf) menjadi hina, anda melihat orang fasiq melakukan apa yang tidak dicintai Allah dan dipuji. Anda melihat Ashaab al-Aayaat (para imam a.s) dihina dan golongan yang mencintai mereka juga dihina. Anda melihat jalan kebaikan terputus, dan jalan kejahatan dilalui. Anda melihat Baitullah diperintahkan supaya ditinggalkan. Anda melihat lelaki berkata apa yang dia tidak melakukannya. Anda melihat lelaki menggemukkan diri mereka untuk lelaki dan perempuan pula untuk perempuan.

Anda melihat hasil pendapatan lelaki daripada duburnya dan pendapatan perempuan daripada farajnya. Anda melihat perempuan menghadiri majlis sebagaimana dihadiri oleh lelaki. Anda melihat sifat kewanitaan pada anak-anak lelaki Abbas terserlah. Mereka menzahirkan inai dan menyikat rambut sebagaimana seorang isteri melakukannya kepada suaminya. Mereka memberi harta kepada lelaki kerana faraj mereka.

Orang yang mempunyai harta adalah lebih mulia daripada mukmin. Riba adalah terserlah tanpa malu lagi. Zina adalah menjadi kemegahan wanita. Isteri menggalakkan suaminya supaya mengahwini lelaki. Anda melihat kebanyakan orang ramai dan sebaik-baik perkara adalah orang yang menolong perempuan kerana kefasiqan mereka. Anda melihat mukmin dukacita, hina dan diperkecil-kecilkan. Anda melihat bid‘ah dan zina terserlah. Anda melihat orang ramai berpegang kepada penyaksian palsu. Anda melihat perkara yang haram dihalalkan dan perkara yang halal diharamkan.

Anda melihat agama dengan pendapat (al-Ra’yi). Kitab dan hukumnya ditangguhkan. Anda melihat di waktu malam tanpa sembunyi melakukan kemaksiatan kepada Allah. Anda melihat seorang mukmin tidak mampu menentangnya melainkan dengan hatinya. Anda melihat betapa banyaknya harta dibelanjakan di dalam kemurkaan Allah a.w. Anda melihat penguasa-penguasa mendekatkan diri mereka dengan golongan kafir dan menjauhi golongan yang baik.

Anda melihat penguasa-penguasa menerima rasuah di dalam pemerintahan, dan anda melihat wilayah boleh ditambahkan. Memadai dinikahkan perempuan-perempuan yang mempunyai pertalian kerabat sahaja. Anda melihat seorang lelaki dibunuh semata-mata kerana tuduhan dan sangkaan. Anda melihat lelaki malu untuk menyetubuhi perempuan dan anda melihat lelaki memakan hasil pelacuran isterinya. Anda melihat isteri memaksa suaminya dan melakukan apa yang suaminya tidak gemari dan membelanjakan harta suaminya.

Anda melihat lelaki menjadikan isteri dan hamba perempuannya sebagai buruh dan meredai dengan makanan dan minuman yang sedikit. Anda melihat iman kepada Allah adalah banyak, tetapi ia dilakukan secara pembohongan. Anda melihat perjudian terserlah.

Anda melihat khamr dijual secara terang-terangan tanpa halangan. Anda melihat wanita mengorbankan diri mereka kepada golongan kafir. Anda melihat tempat-tempat hiburan terserlah, tiada seorang pun berani melarang orang lain dari mendekatinya. Anda melihat orang yang mulia dihina oleh orang yang takutkan penguasa. Anda melihat orang yang paling hampir dengan penguasa-penguasa adalah orang yang dipuji kerana mencaci kami Ahlu l-Bait (man yumtadahu bi-syamti-na ahli l-Bait).

Anda melihat orang yang mencintai kami dibohongi (yuzawwar) dan tidak diterima penyaksiannya. Anda melihat pembohongan ditingkatkan bagi menentangnya. Anda melihat al-Qur’an telah menjadi keberatan kepada orang ramai mendengarnya, orang ramai lebih senang mendengar kebatilan. Anda melihat jiran menghormati jirannya kerana takutkan lidahnya. Anda melihat hukum hudud ditangguhkan dan dilakukan mengikut hawa nafsu. Anda melihat masjid dihiasi.

Anda melihat orang yang paling benar di sisi orang ramai adalah pembohong yang licik. Anda melihat kejahatan terserlah dan cacian dilakukan. Anda melihat kezaliman tersebar. Anda melihat umpatan digalakkan. Anda melihat amalan haji dan jihad bukan kerana Allah. Anda melihat kuasa mukmin dihina oleh orang kafir. Anda melihat kerosakan digantikan dengan pembangunan. Anda melihat pendapatan lelaki daripada penipuan timbangan. Anda melihat pengaliran darah dipandang ringan. Anda melihat lelaki mengejar pangkat kerana dunia dan memasyhurkan dirinya dengan kejahatan lidahnya bagi menjaga dirinya.

Anda melihat solat dipandang ringan. Anda melihat lelaki di sisinya harta yang banyak, tetapi tidak pernah mengeluarkan zakat hartanya. Anda melihat mayat dicuri dari kuburnya dan dijual kain kapannya. Anda melihat hasutan semakin banyak. Anda melihat lelaki menjadi mabuk tanpa mempedulikan orang ramai. Anda melihat binatang-binatang ternakan disetubuhi. Anda melihat lelaki keluar surau dan kembali tanpa pakaian di atasnya.

Anda melihat hati manusia telah menjadi keras dan mata mereka menjadi keras, dan sukar menasihati mereka. Anda melihat riba terserlah dan berlumba-lumba dengannya. Anda melihat orang yang mengerjakan solat supaya dia dilihat oleh orang ramai. Anda melihat seorang fakih berkhidmat bukan kerana agama, mengejar dunia dan pangkat. Anda melihat orang ramai bersama orang yang menang. Anda melihat orang yang mencari rezeki yang halal dihina dan orang yang mencari rezeki yang haram dipuji dan diperbesar-besarkan.

Anda melihat al-Haramain dilakukan pada kedua-duanya perkara yang dibenci oleh Allah, tiada yang menghalangnya daripada amalan yang buruk. Anda melihat piano secara terang-terangan di al-Haramain. Anda melihat lelaki bercakap sesuatu kebenaran, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, lalu seorang akan menasihatinya pada dirinya dan berkata: Ini adalah perkara yang tidak benar.

Anda melihat orang ramai melihat di antara satu sama lain, lalu mengikut ahli kejahatan. Anda melihat jalan kebaikan sunyi tanpa dilalui orang. Anda melihat mayat digerakkan, tetapi seorang pun tidak merasa takut dengannya. Anda melihat setiap tahun meningkatnya kejahatan dan bid‘ah. Anda melihat orang ramai hanya mengikut golongan kaya. Anda melihat orang yang berhajat diberi sesuatu kepadanya dengan ketawa dan dilakukan bukan kerana Allah.

Anda melihat ayat-ayat di langit[24] tidak ditakuti oleh seorang pun. Anda melihat orang ramai bersekedudukan sebagaimana binatang-binatang. Tiada yang melarangnya kerana takut. Anda melihat lelaki membelanjakan banyak harta pada bukan ketaatan kepada Allah dan menghalang harta yang sedikit kerana ketaatan kepada Allah. Anda melihat penderhakaan kepada kedua-dua ibu bapa terserlah, tidak melayani ibu bapa sehingga kedua-duanya menjadi orang yang paling buruk di sisi anaknya. Malah anaknya bergembira jika berbohong kepada mereka berdua.

Anda melihat wanita-wanita menguasai semua perkara menurut hawa nafsu mereka. Anda melihat anak lelaki menipu bapanya, menentangnya dan bergembira dengan kematian ibu bapanya. Anda melihat lelaki apabila berlalu hari tanpa melakukan dosa besar; pengurangan timbangan, meminum minuman yang memabukkan, dia akan berdukacita di atas kehilangan hari tersebut. Anda melihat penguasa memonopoli makanan, anda melihat khamr digunakan di dalam perubatan. Anda melihat orang ramai sama sahaja di dalam meninggalkan makruf dan melarang kemungkaran..

Anda melihat pengaruh munafikin terserlah dan pengaruh ahli kebenaran menurun. Anda melihat azan dibayar dan solat dibayar. Anda melihat masjid-masjid dipinggirkan, hanya didatangi oleh mereka yang tidak takutkan Allah bagi tujuan mengumpat dan memakan daging-daging ahli kebenaran. Mereka bercakap-cakap mengenai minuman yang memabukkan. Anda melihat orang yang mabuk mengerjakan solat bersama orang ramai. Apabila dia mabuk, maka dia dihormati dan dilayani, tanpa diberi balasan kerana kemabukannya.

Anda melihat orang yang memakan harta anak yatim dipuji kerana kebaikannya. Anda melihat para kadi memberi hukuman menyalahi hukum Allah. Anda melihat penguasa-penguasa mempercayai pengkhianat kerana ketamakan. Anda melihat harta pusaka diperuntukkan oleh penguasa-penguasa untuk ahli fasiq dan orang berani menentang Allah. Mereka mengambil apa yang mereka mahu dan meninggalkan apa yang mereka tidak mahu. Anda melihat mimbar-mimbar masjid diperintahkan supaya bertakwa, tetapi orang yang berkata tidak beramal dengan apa yang dikatakannya.

Anda melihat solat dipandang ringan. Anda melihat sedekah diberikan bukan kerana Allah. Ia diberikan di atas permintaan. Anda melihat orang ramai mementingkan perut dan kemaluan, mereka tidak peduli apa yang mereka makan dan apa yang mereka kahwini. Anda melihat dunia mendatangi mereka dan anda melihat bendera-bendera kebenaran diturunkan. Justeru berhati-hatilah dan pohonlah kejayaan kepada Allah.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia di dalam kemurkaan Allah, tetapi Dia menangguhkannya [azab] kerana sebab-sebab tertentu. Lantaran itu, berwaspadalah supaya Allah melihat anda menyalahi perbuatan mereka jika Dia menurunkan azab kepada mereka. Jika anda berada di kalangan mereka, maka anda bersegera kepada rahmat Tuhan. Jika anda terlewat, mereka diuji. Sedangkan anda telah keluar daripada keadaan mereka yang berani menentang Allah. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala mereka yang melakukan kebaikan dan sesungguhnya rahmat Allah adalah hampir kepada mereka yang membuat baik.


Hadis Musa A.S.

8. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada ‘Umru bin ‘Uthman, daripada Ali bin Isa secara marfuu’ berkata: Sesungguhnya Musa a.s telah dimunajatkan oleh Allah t.w, lalu Dia berfirman kepadanya: Wahai Musa, janganlah kamu berangan-angan panjang umur di dunia, maka ia akan mengeraskan hati kamu dan orang keras hatinya adalah jauh daripada-Ku.

Wahai Musa, jadilah kegembiraan kamu pada-Ku, kerana kegembiraan-Ku adalah ketika Aku ditaati, maka Aku tidak akan diderhakai. Matikan hati kamu dengan ketakutan. Sembunyikan pakaian kamu yang sederhana dengan hati yang baru daripada penghuni bumi, meskipun kamu dikenali oleh penghuni langit. Hiasilah rumah-rumah dengan lampu-lampu malam dan berdoalah kepada Aku sebagai doa golongan yang sabar. Meraunglah kepada Aku kerana dosa kamu yang banyak seperti raungan orang berdosa yang lari daripada musuhnya. Pohonlah pertolongan kepada Aku, kerana Aku adalah sebaik-baik penolong.

Wahai Musa, sesungguhnya Aku adalah Tuhan kepada hamba-hamba-Ku, hamba-hamba-Ku adalah di bawah-Ku dan kepada-Ku mereka kembali. Janganlah kamu memberi amanah kepada anak lelaki kamu melainkan ia seperti kamu mencintai para salihin.

Wahai Musa, basuh dan mandilah serta hampirilah para salihin. Wahai Musa, jadilah kamu imam mereka di dalam solat dan imam di dalam pertengkaran mereka. Hukumlah di antara mereka menurut apa yang Aku telah turunkan kepada kamu. Sesungguhnya Aku telah menurunkan kepada kamu hukum yang terang, hujah yang pemutus dan cahaya yang bercakap pada mereka yang terdahulu dan terkemudian.

Aku berwasiat kepada kamu, wahai Musa, dengan wasiat yang penuh kasihan belas dan dengan Isa bin Maryam, pemilik keldai betina, pemilik jubah, minyak zaitun, mihrab dan selepasnya pemilik unta betina merah, baik dan bersih. Umpamanya di dalam Kitab kamu seperti mukmin yang menguasai Kitab kesemuanya, rukuk, sujud, pengasih, dan warak. Saudara-saudaranya adalah golongan miskin dan penolong-penolongnya adalah kaum yang lain. Pada zamannya akan berlaku gempa bumi dan pembunuhan, harta yang sedikit, namanya Ahmad, Muhammad al-Amin daripada golongan awal yang sedikit.

Dia beriman dengan semua kitab, membenar semua para rasul dan para nabi. Umatnya dirahmati dan mendapat berkat selama mereka berada di dalam agama yang sebenar. Mereka mempunyai waktu tertentu untuk mengerjakan solat sebagai tugasan seorang hamba kepada Tuhannya. Justeru kamu ikutilah dia, kerana dia adalah saudara kamu.

Wahai Musa, sesungguhnya dia adalah seorang ummiyyu hamba yang benar dan diberkati sebagaimana ia di dalam ilmu-Ku dan demikianlah Aku telah menciptakannya. Dengannya Aku membuka hari Kiamat dan dengan umatnya Aku menamatkan segala anak kunci dunia. Lantaran itu, hadapilah kezaliman Bani Israel supaya mereka tidak memadamkan namanya dan menghinanya, tetapi mereka akan melakukannya. Cinta-Ku kepadanya adalah suatu kebaikan. Lantaran itu, Aku bersamanya dan Aku daripada partinya. Dia adalah daripada parti Aku dan parti mereka akan menang.

Maka sempurnalah sudah kalimat-Ku bahawa Aku akan menzahirkan agamanya di atas segala agama. Aku akan disembah pada setiap tempat. Aku akan menurunkan kepadanya al-Qur’an (al-Furqan) sebagai penyembuh kepada apa yang ada di dada daripada kekotoran syaitan. Justeru berselawatlah ke atasnya, kerana Aku sendiri berselawat ke atasnya begitu juga para malaikat-Ku.

Wahai Musa, engkau adalah hamba-Ku dan Aku adalah Tuhan engkau. Janganlah engkau menghina orang yang hina dan miskin. Janganlah engkau menggembirakan orang yang kaya dengan suatu pemberian yang menyenangkan. Jadilah engkau seorang yang khusyuk ketika mengingati Aku dan ketika membaca Taurat sebagai seorang yang tamak kepada nikmat-Ku. Bacalah kepada Aku kelazatan Taurat dengan suara yang khusyuk dan dukacita. Ketenangan ketika mengingatiKu. Sembahlah Aku dan janganlah melakukan syirik kepada-Ku, sesungguhnya Aku adalah Tuan Yang Besar (al-sayyid al-Kabir).

Sesungguhnya Aku telah menjadikan engkau daripada air mani yang hina, daripada campuran tanah yang hina. Kemudian ia menjadi seorang manusia. Maka Akulah yang membuatnya (saani‘u-hu). Maha Suci zat-Ku dan Maha Suci pembuatan-Ku. Tiada sesuatu yang menyerupai-Ku dan Aku sentiasa hidup tanpa kematian.

Wahai Musa, jadilah engkau jika berdoa kepada-Ku, seorang yang takut dan lemah, tutuplah muka engkau untuk-Ku dengan tanah (‘affir wajha-ka) dan sujudlah kepada-Ku dengan kemuliaan badan engkau. Berdoalah kepada-Ku di dalam keadaan berdiri. Bermunajatlah kepada-Ku dengan perasaan takut daripada hati yang lemah. Amallah Taurat-Ku pada masa hidup engkau, memberitahu kepada golongan yang jahil yang memuji-Ku dan memberi ingat kepada mereka mengenai nikmat-Ku. Katakan kepada mereka supaya mereka tidak melampaui batas kerana azab-Ku adalah pedih.

Wahai Musa, apabila tali anda terputus daripada-Ku, maka ia tidak akan bersambung dengan tali lain selain daripada-Ku. Justeru sembahlah Aku dan berdirilah di hadapan-Ku sebagai seorang hamba yang hina dan miskin. Cacilah diri engkau, kerana ia adalah lebih layak dengan celaan dan janganlah engkau memanjangkan Kitab-Ku kepada Bani Israel. Lantaran itu, cukuplah dengan ini sebagai penasihat dan pencerahan kepada hati engkau. Ia adalah firman Tuhan alam semesta.

Wahai Musa, apabila engkau menyeru kepada-Ku dan mengharapkan Aku, maka Aku akan mengampuni engkau di atas apa yang berlaku daripada engkau. Langit bertasbih kepada-Ku dengan rendah diri dan para malaikat kerana takutkan Aku mereka berkhidmat. Bumi bertasbih kepada-Ku kerana tamak. Malah semua makhluk bertasbih kepada-Ku. Kemudian hendaklah engkau mengerjakan solat, kerana solat adalah daripada-Ku dan ia mengandungi janji-Ku. Di antara janji-Ku adalah zakat, korban daripada harta yang baik, kerana Aku tidak akan menerimanya melainkan yang baik dan semata-mata kerana-Ku.

Sertailah bersamanya [solat) akan silaturahim, kerana Aku adalah Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku telah menciptakannya daripada rahmat-Ku supaya hamba-hamba-Ku berkasih sayang. Bagi-Ku kuasa mengenainya di akhirat. Aku memutus sesiapa yang memutus silaturahim dan menyambung sesiapa yang menyambungkannya. Demikianlah Aku lakukan kepada orang yang mensia-siakan urusan-Ku.

Wahai Musa, hormatilah peminta sedekah apabila dia mendatangi engkau dengan penolakan yang baik atau pemberian yang sedikit, kerana engkau akan didatangi oleh orang yang bukan jin dan bukan manusia. Malaikat Tuhan yang menguji engkau bagaimana engkau menangani apa yang sewajarnya atau bagaimana pengorbanan engkau?

Justeru khusyuklah kepada-Ku dengan membaca al-Kitab dan ketahuilah bahawa Aku menyeru engkau dengan seruan Pemilik akan hamba-Nya dengan tujuan menyampaikan kemuliaan kedudukannya. Itu adalah antara kelebihan Aku kepada engkau dan bapa-bapa engkau yang terdahulu.

Wahai Musa, janganlah engkau melupai Aku pada setiap masa. Janganlah engkau bergembira dengan harta yang banyak, kerana melupai Aku akan mengeraskan hati dan memiliki harta yang banyak akan membanyakkan dosa. Bumi mentaati-Ku, langit mentaati-Ku dan laut mentaati-Ku. Lantaran itu, derhaka kepada-Ku adalah kecelakaan daripada jin dan manusia. Aku Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Pemurah pada setiap zaman, Aku mendatangi kesusahan selepas kesenangan dan kesenangan selepas kesusahan, raja-raja selepas raja-raja. Kerajaan-Ku adalah selama-lamanya tanpa hilang. Tiada suatu pun yang terlindung daripada-Ku baik di bumi mahupun di langit. Bagaimana ia tersembunyi daripada-Ku sedangkan Akulah yang melakukannya dan bagaimana hemah atau cita-cita engkau selain daripada apa yang ada di sisi-Ku dan kepada Aku engkau pasti akan kembali.

Wahai Musa, jadilah Aku sebagai pelindung engkau. Letakkanlah simpanan engkau yang baik. Takutlah kepada-Ku dan janganlah engkau takutkan kepada selain daripada-Ku dan kepada-Ku engkau kembali. Wahai Musa, kasihanilah orang yang lebih rendah daripada engkau dan janganlah engkau hasad kepada orang yang melebihi engkau, kerana hasad akan memakan kebaikan seumpama api memakan kayu.

Wahai Musa, sesungguhnya dua orang anak lelaki Adam telah melakukan tawaduk di dalam satu kedudukan bagi mencapai kelebihan-Ku dan rahmat-Ku, lalu kedua-duanya telah melakukan pengorbanan, maka Aku tidak menerimanya melainkan daripada golongan yang bertakwa. Maka keadaan mereka berdua Aku telah mengetahuinya, maka bagaimana engkau percaya kepada sahabat selepas saudara lelaki dan wazir (pembantu) anda (Harun)?

Wahai Musa, tinggalkan kemegahan dan keangkuhan. Ingatlah bahawa engkau adalah penghuni kubur. Justeru ia akan menghalang engkau daripada syahwat. Wahai Musa, bersegeralah bertaubat dan akhirilah dosa. Berwaspadalah di hadapan-Ku di dalam solat dan janganlah engkau mengharapkan selain daripada-Ku. Ambillah Aku sebagai perisai di dalam kesusahan dan benteng di dalam segala perkara.

Wahai Musa, bagaimana makhluk akan khusyuk kepada-Ku sedangkan ia tidak mengetahui kelebihan-Ku. Bagaimana ia mengetahui kelebihan-Ku ke atasnya sedangkan ia tidak melihat kepada-nya, malah ia tidak beriman kepada-nya. Bagaimana ia beriman kepada-Nya sedangkan ia tidak mengharapkan kepada pahala-Nya. Bagaimana ia tidak mengharapkan pahala-Nya sedangkan ia mencukupi dengan dunia, lalu mengambilnya sebagai tempat tinggal dan cenderung kepadanya sebagaimana cenderungnya golongan yang zalim.

Wahai Musa, berlumba-lumbalah dengan ahli kebaikan, kerana kebaikan adalah seperti namanya dan tinggallah kejahatan dengan segala fitnahnya. Wahai Musa, jadilah lidah engkau di sebalik hati engkau, nescaya engkau akan terselamat. Berzikirlah kepada-Ku dengan banyak di waktu malam dan siang, nescaya engkau akan mendapat ganjaran yang banyak. Dan janganlah engkau mengikut kesalahan, nescaya engkau akan menyesal, kerana kesalahan tempatnya adalah neraka.

Wahai Musa, tuntutlah percakapan daripada orang yang meninggalkannya kerana dosa. Duduklah bersama mereka dan ambillah mereka sebagai saudara. Bersahabatlah dengan mereka, nescaya mereka akan bersahabat dengan engkau. Wahai Musa, bahawa sesungguhnya kematian akan mendatangi engkau, tiada mustahil lagi. Lantaran itu, berbekallah dengan bekalan orang yang akan memanfaatkan bekalannya. Wahai Musa, apa yang dikehendaki kerana Aku, maka banyaknya adalah sedikit. Dan apa yang dikehendaki selain daripada-Ku, maka sedikitnya adalah banyak.

Perbaikilah hari-hari depan engkau dan renunglah pada hari apakah ia. Bersedialah untuk menjawabnya, kerana engkau bertanggungjawab, ambillah nasihat engkau daripada masa, kerana masa panjangnya adalah pendek dan pendeknya adalah panjang. Setiap sesuatu akan binasa. Justeru beramallah seolah-olah engkau melihat pahala amalan engkau. Dengan demikian, engkau lebih tamak untuk melakukan amalan akhirat. Kerana apa yang “kekal” di dunia, maka ia telah berlalu. Setiap pelaku hendaklah melakukannya dengan sedar.

Justeru bermuhasabahlah diri engkau, mudah-mudahan engkau akan berbahagia besok; hari pertanyaan dan di sana akan rugilah mereka yang rugi. Wahai Musa, campaklah dua tangan engkau di hadapan-Ku dengan rendah diri seperti perbuatan seorang hamba yang meraung kepada tuannya. Jika engkau melakukan sedemikian, maka engkau akan dirahmati dan Aku adalah semulia-mulia kuasa yang berkuasa.

Wahai Musa, pohonlah kelebihan-Ku dan rahmat-Ku, kerana kedua-duanya di tangan-Ku, tidak dimiliki oleh seorangpun selain daripada-Ku. Lihatlah ketika engkau memohon kepada-Ku, bagaimana Aku menyukai engkau apa yang ada di sisi-Ku. Setiap orang yang melakukannya ada ganjaran baginya. Kekufuran dibalas menurut perbuatannya.

Wahai Musa, jagalah diri engkau daripada dunia, kerana ia bukanlah untuk engkau dan Aku bukanlah juga pemiliknya. Ia adalah negeri bagi golongan yang zalim melainkan pelaku kebaikan di dunia, maka baginya sebaik-baik tempat. Wahai Musa, apa yang Aku perintahkan engkau melakukannya, maka dengarlah dan lakukanlah. Ambillah hakikat Taurat kepada dada engkau dan bangkitlah kerananya pada waktu-waktu malam dan siang. Jangan biarkan golongan yang mencintai dunia menguasai dada engkau, lalu mereka menjadikannya sarang burung.

Wahai Musa, golongan yang mencintai dunia dan ahlinya saling memfitnah di kalangan mereka bagi mendapat perhatian. Mukmin adalah orang yang dihiasi akhirat, lalu dia melihat kepadanya apa yang baik. Nafsunya telah menghalang di antaranya dan kelazatan hidup. Seperti penunggang yang sampai kepada matlamatnya sentiasa berdukacita. Alangkah baik baginya jika didedahkan perkara yang sebenar bagi menepati kegembiraannya.

Wahai Musa, dunia adalah air mani, tiada pahala bagi seorang mukmin dan tiada dendam bagi seorang yang jahat. Kecelakaan yang berpanjangan bagi orang yang menjual pahala akhiratnya dengan sesuap [makanan]atau seteguk [air] yang tidak lama. Justeru jadilah engkau sebagaimana Aku memerintahkan engkau dan setiap urusan-Ku ada penunjuk.

Wahai Musa, apabila engkau melihat orang yang kaya datang, maka katakan kepadanya: Dosa yang engkau segerakan untuk-ku akan menerima balasannya. Apabila engkau melihat orang yang fakir datang, maka katakan kepadanya: Selamat datang dengan lambang golongan yang soleh. Janganlah engkau menjadi seorang penguasa yang zalim dan janganlah engkau menjadi sahabat kepada golongan yang zalim.

Wahai Musa, umur meskipun panjang dicela juga akhirnya. Tiada kemudaratan apa yang dijauhkan daripada engkau apabila engkau memuji ketika ketiadaannya. Wahai Musa, Kitab telah menerangkan kepada engkau mengenai apa yang akan terjadi kepada engkau. Bagaimana engkau dapat tidur dengan tenang atau bagaimana mereka akan merasai kelazatan hidup jika mereka tidak melampaui kelalaian, mengikut hawa nafsu? Dan ia mendukacitakan golongan yang benar.

Wahai Musa, suruhlah hamba-hamba-Ku supaya menyeru-Ku selepas mereka mengakui bahawa Aku adalah Maha Pemurah, menyahuti seruan golongan yang terpaksa, Aku adalah Fakir Yang Maha Kaya, Aku sentiasa Mulia dan Perkasa.

Lantaran itu, sesiapa yang berlindung kepada engkau di kalangan mereka yang bersalah, maka katakan kepada mereka: Selamat datang dengan sepenuhnya, pohonlah keampunan untuk mereka, jadilah engkau seperti salah seorang daripada mereka, janganlah engkau melambat-lambatkan kelebihan yang Aku kurniakan kepada engkau dan beritahu mereka supaya memohon kepada-Ku akan kelebihan-Ku dan rahmat-Ku, kerana ia tidak dimiliki oleh seorang pun selain daripada-Ku dan Aku mempunyai kelebihan yang besar.

Alangkah beruntungnya engkau, wahai Musa, menjadi gua kepada mereka yang bersalah, teman kepada mereka yang terpaksa, dan pemohon keampunan untuk mereka yang berdosa. Sesungguhnya engkau mendapat keredaan-Ku. Justeru serulah Aku dengan hati yang bersih (al-Qalb al-Naqiyy) dan lidah yang benar. Jadilah engkau sebagaimana Aku perintahkan engkau. Taatilah perintah-Ku. Janganlah engkau berucap suatu perkara yang engkau sendiri tidak melakukannya.

Hampirilah Aku, kerana Aku adalah hampir. Aku tidak meminta engkau supaya melakukan apa yang tidak dapat ditanggung oleh engkau, sesungguhnya Aku telah meminta engkau supaya menyeru-Ku, lantaran itu Aku menyahuti seruan engkau. Engkau memohon kepada-Ku, maka Aku akan kurniakannya kepada engkau, engkau menghampiri-Ku, maka Akulah yang membuat keputusan dan kepada-Ku sempurnanya wahyu (tamaam tanziili-hi).

Wahai Musa, Lihatlah kepada bumi, kerana ia adalah hampir kepada kubur engkau dan renunglah dengan dua mata engkau ke langit, kerana padanya para malaikat yang besar. Tangisilah selama engkau di dunia, takutilah kebinasaan (al-Mahalik) dan janganlah terpedaya oleh perhiasan dunia. Janganlah engkau meredai kezaliman dan janganlah engkau menjadi orang zalim, kerana Aku menunggu orang yang zalim sehingga Aku memberi hak kepada orang yang dizalimi.

Wahai Musa, sesungguhnya kebaikan (al-Hasanah) mempunyai sepuluh kali ganda pahala dan daripada satu kesalahan saja akan membawa kepada kebinasaan. Janganlah engkau melakukan syirik kepada-Ku, kerana ia tidak halal bagi engkau untuk melakukannya terhadap-Ku. Hampirilah Aku, berdoalah kepada-Ku dengan doa seorang yang tamak kepada apa yang ada di sisi-Ku dan menyesal apa yang dilakukan oleh kedua-dua tangannya. Kerana kehitaman malam akan dihilangkan oleh siang hari. Begitulah kejahatan akan dihilangkan oleh kebaikan. Kegelapan malam mendatangi cahaya siang, begitulah kejahatan mendatangi kebaikan, lalu menguasainya.


Wasist Dan Nasihat Abu Abdullah A.S

9. Ali bin Muhammad, daripada Muhammad bin al-Husain dan Humaid bin Ziyad, daripada al-Hasan bin Muhammad al-Kindi, daripada Ahmad bin al-Hasan al-Mithami, daripada seorang lelaki daripada para sahabatnya, berkata: Aku telah membaca jawapan daripada Abu Abdullah a.s kepada seorang daripada sahabatnya, Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana Allah telah memberi jaminan kepada orang yang bertakwa kepada-Nya bahawa Dia akan memalingkannya daripada apa yang dibencinya kepada apa yang dicintainya dan memberi rezeki kepadanya dengan banyak. Justeru janganlah kamu di antara orang yang takutkan dosa hamba-hamba-Nya, lalu melepaskan balasan daripada dosanya. Kerana Allah tidak akan ditipu mengenai syurga-Nya dan tidak akan dicapai apa yang ada di sisi-Nya melainkan dengan mentaatiNya- insya’ Allah.


Allah Telah Memilih Tujuh Orang Bani Hasyim

10. Beberapa orang daripada sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada Aisyam bin Asyim daripada Mu‘awiyah bin ‘Ammar, daripada Abu Abdullah a.s berkata: Nabi s.a.w telah keluar pada suatu hari di dalam keadaan gembira, maka orang ramai berkata kepadanya: Semoga Allah menggembirakan anda, wahai Rasulullah s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya tiada satu hari dan satu malam berlalu melainkan bagiku pada kedua-duanya hadiah daripada Allah (fi-hi-ma tuhfatun min Allah). Sesungguhnya Tuhanku telah memberi hadiah yang paling istimewa kepadaku pada hari ini. Sesungguhnya Jibrail telah datang kepadaku, lalu dia memberi salam kepadaku daripada Tuhanku dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah telah memilih daripada Bani Hasyim tujuh orang. Allah tidak pernah menjadikan orang terdahulu dan terkemudian seperti mereka. Anda, wahai Rasulullah s.a.w, Ali bin Abu Talib, wasi anda, penghulu para wali. Al-Hasan, al-Husain, Hamzah, bapa saudara anda di sebelah bapa sebagai penghulu para syahid, Ja‘far sepupu anda, dia akan berterbang di syurga bersama para malaikat di mana dia kehendaki dan di kalangan kalian adalah al-Qaim di mana Isa bin Maryam akan melakukan solat di belakangnya apabila Allah menurunkannya ke bumi daripada zuriat Ali dan Fatimah daripada anak lelaki al-Husain a.s.


Pengertian Firman Allah Surah Al Jaasyiah (45) : 29 “Inilah kitab Kami yang menuturkan terhadap kamu dengan benar”

11. Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman al-Dailami al-Misri, daripada bapanya, daripada Abu Basir, daripada Abu Abdullah a.s, berkata: Aku berkata kepadanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-Jaathiah (45) 29 “ Inilah kitab Kami yang menuturkan terhadap kamu dengan benar” Maka beliau a.s berkata: Sesungguhnya Kitab tidak pernah atau tak akan menuturkan kebenaran, tetapi Rasulullah s.a.w yang menuturkan dengan Kitab (al-Natiq bi al-Kitab). Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami tidak membacanya sedemikian (la naqra’u-ha hakadha), maka Abu Abdullah as. berkata: Demikianlah, demi Allah, Jibrail telah menurunkannya ke atas Muhammad s.a.w, tetapi ia merupakan sebahagian daripada tahrif pada kitab Allah[25].


Pengertian Firman Allah Surah Al-Syams (91) : 1“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari”

12. Sekumpulan daripada sahabat kami, daripada Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya (daripada Abu Muhammad), daripada Abu Abdullah a.s berkata: Aku telah bertanya kepadanya mengenai firman Allah a.s di dalam Surah Asy-Syams (91):1“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari”, maka beliau a.s berkata: Asy- Syams (matahari) adalah Rasulullah s.a.w. Dengannyalah Allah telah menerangkan kepada manusia akan agama mereka. Aku berkata: Wa l-Qamari idha ma talaa-ha (dan bulan apabila mengiringinya?) Maka beliau a.s berkata: Al-Qamar (bulan) itu adalah Amir al-Mukminin a.s di mana Rasulullah s.a.w telah mengurniakan kepadanya ilmu.

Aku berkata: Wa l-Laili idha yaghyaa-ha (dan malam apabila menutupinya”? Maka beliau a.s berkata: Al-Lail (malam) adalah para imam yang zalim selain daripada keluarga Rasulullah s.a.w. mereka menduduki tempat di mana keluarga Rasulullah s.a.w lebih layak dengannya. Justeru mereka menutup agama Allah dengan kezaliman, lalu Allah menceritakan perbuatan mereka di dalam firman-Nya “Dan malam apabila menutupinya”. Aku berkata: Wa n-Nahari idha jallaa-ha (dan siang apabila menampakkannya?) Beliau a.s berkata: Itulah imam daripada zuriat Fatimah a.s. yang akan ditanya mengenai agama Rasulullah s.a.w, lalu ia menjelaskannya kepada siapa yang bertanya kepadanya. Lantaran itu, Allah a.w menceritakan firman-Nya “Dan siang apabila menampakkannya”


Takwil Firman Allah “ Sudah datangkah kepadamu berita (mengenai) hari pembalasan?” Surah Al-Ghaasyiah(88):1

13. Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya, daripada Abu Abdullah a.s , berkata: Aku berkata: “ Sudah datangkah kepadamu berita (mengenai) hari pembalasan?” Surah al-Ghaasyiah(88):1. Beliau a.s berkata: Al-Qaim akan membalas mereka dengan pedang. Aku berkata: “Banyak muka pada hari itu tunduk terhina”? Beliau a.s berkata: Tunduk tanpa penentangan. Aku berkata: ‘amilatun [bekerja keras] beliau a.s berkata: Ia bekerja keras tanpa menurut hukum Allah (‘amilat bi-ghai ma anzala l-Lah). Aku berkata: Nasibatun (penuh dengan penentangan?) Beliau a.s berkata: Menentang para imam (nasabat ghaira wulaat al-Amr). Aku berkata: Taslaa naaran hamiyatan (memasuki api yang sangat panas), beliau a.s berkata: Memasuki api peperangan di dunia pada masa al-Qaim dan pada hari akhirat api neraka.


Takwil Firman Allah “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh” Surah Al-Nahl (16):38

14. Sahl, daripada Muhammad, daripada bapanya, daripada Abu Basir, berkata: Aku berkata kepada Abu Abdullah a.s mengenai firman-Nya Surah al-Nahl (16):38 “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh: “Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati “(Tidak demikian) bahkan Allah akan membangkitkannya), sebagai suatu janji yang benar, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”? Beliau a.s berkata kepadaku : Wahai Abu Basir, apa pendapat anda mengenai ayat ini?

Aku berkata: Sesungguhnya musyrikin menyangka dan bersumpah kepada Rasulullah s.a.w bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati. Maka beliau a.s berkata: Binasalah orang yang berkata sedemikian, dan bertanyalah kepada mereka, adakah musyrikin bersumpah dengan Allah atau dengan al-Lata dan al-‘Uzza? Aku berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, maka teranglah kepadaku. Maka beliau a.s berkata kepadaku: Wahai Abu Basir, sekiranya al-Qaim kita datang, maka Allah akan membangkitkan satu kaum di kalangan Syi‘ah kita dengan sarung-sarung pedang mereka berada di atas bahu-bahu mereka, lalu al-Qaim menyampaikannya kepada satu kaum di kalangan Syi‘ah kita yang belum mati dan mereka berkata: Polan telah dibangkitkan, begitu juga polan dan polan telah dibangkitkan daripada kubur-kubur mereka dan mereka bersama al-Qaim.

Kemudian al-Qaim menyampaikan perkara tersebut kepada satu kumpulan di kalangan musuh kita, lalu mereka berkata: Wahai kumpulan Syi‘ah, alangkah dustanya kamu, ini adalah kerajaan kamu, tetapi kamu bercakap bohong, demi Allah, mereka tidak pernah hidup dan mereka tidak akan hidup sehingga hari Kiamat. Maka Allah menceritakan percakapan mereka di dalam firman-Nya “Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh:“Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati”


Takwil Firman Allah “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri” Surah Al-Anbiyaa’ (21): 12

15. Ali bin Ibrahim, daripada bapanya, daripada Ibn Fadhdhal, daripada Tha‘labah bin Maimun daripada Badr bin al-Khalil al-Asadi berkata: Aku telah mendengar Abu Ja‘far a.s berkata mengenai firman Allah di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21): 12 “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya. Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu(yang baik), supaya kamu ditanya”, maka beliau a.s berkata: Apabila al-Qaim datang dan diutus kepada Bani Umayyah di Syam, lalu mereka lari ke Rom.

Maka golongan Rom berkata kepada mereka: Kami tidak akan membenarkan kamu masuk sehingga kamu menjadi kristian (tatanassaru). Lantas mereka menggantungkan salib di tengkuk-tengkuk mereka. Kemudian mereka dibenarkan masuk. Apabila para sahabat al-Qaim datang kepada mereka, mereka menuntut keamanan dan perdamaian. Lantas para sahabat al-Qaim berkata: Kami tidak akan melakukannya sehingga kamu memulangkan kepada kami golongan kami di pihak kamu. Kemudian mereka memulangkan mereka semua kepada para sahabat al-Qaim.

Justeru Allah berfirman “Maka tatkala mereka merasakan azab kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya. Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu(yang baik), supaya kamu ditanya” Al-Qaim akan bertanya mereka mengenai barang simpanan sedangkan beliau a.s lebih mengetahui mengenainya. Justeru mereka berkata di dalam Surah al-Anbiyaa’ (21):14-15 “Aduhai, celaka kami, sesungguhnya kami adalah golongan yang zalim” “ Maka tetaplah demikian keluhan kami, sehingga kami jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi” dengan pedang.


Risalah Pertama Abu Ja‘far A.S Kepada Sa‘d Al-Khair

16. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘ dan al-Husain bin Muhammad al-Asy‘ari, daripada Ahmad bin Muhammad bin Abdullah, daripada Yazid bin Abdullah, daripada orang yang telah memberitahunya, berkata: Abu Ja‘far a.s telah menulis surat kepada Sa‘d al-Khair:

Bismillahir Rahmanir Rahim

Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, bahawa aku berwasiat kepada kamu supaya bertakwa kepada Allah, kerana ia akan mendatangkan keselamatan daripada kerosakan dan harta rampasan daripada kehancuran. Sesungguhnya Allah akan mempertahankan hamba-Nya dengan takwa selama dia menggunakan akalnya. Lalu Dia menampakkannya dengan takwa. Dengan takwa telah berjaya Nuh dan mereka bersamanya di dalam bahteranya. Dengan takwa Salih dan mereka bersamanya terselamat daripada petir.

Dengan takwa telah berjaya golongan yang sabar daripada kebinasaan dan bagi mereka saudara-saudara yang mengikut jalan tersebut mencari kelebihan. Mereka telah meninggalkan kezaliman dan syahwat apabila contoh-contoh yang baik telah sampai kepada mereka daripada al-Kitab. Mereka memuji Tuhan di atas rezeki yang dikurniakan kepada mereka dan merekalah ahli kepujian. Mereka mencela diri mereka kerana keterlanjuran dan merekalah ahli celaan.

Mereka mengetahui bahawa kemurkaan Allah yang Maha Mengetahui adalah kepada orang yang tidak menerima keredaan-Nya. Sesungguhnya Dia menghalang orang yang tidak menerima pemberian-Nya. Sesungguhnya sesatlah orang yang tidak menerima hidayat-Nya. Kemudian Dia membolehkan orang yang melakukan kejahatan bertaubat dengan melakukan kebaikan. Dia telah menyeru hamba-hamba-Nya di dalam al-Kitab dengan suara yang lembut, tidak terputus dan Dia tidak menghalang doa hamba-hamba-Nya.

Justeru Allah melaknati mereka yang menyembunyikan apa yang diturunkan oleh-Nya dan menetapkan ke atas diri-Nya rahmat, lalu rahmat-Nya mendahului kemurkaan-Nya. Lantaran itu, ia akan berkesudahan dengan kebenaran dan keadilan. Ia tidak memulakan kemurkaan kepada hamba-Nya sebelum mereka memarahi-Nya. Itu adalah daripada ilmu yakin dan ilmu takwa. Setiap umat Allah mengangkat ilmu Kitab (ilmu agama) daripada mereka ketika mereka meninggalkannya (kitab) dan mewalikan musuh mereka ketika mereka melantiknya (tawalluu-hu). Contoh-contoh mereka meninggalkan Kitab, mereka mengadakan huruf-hurufnya dan menukarkan had-hadnya (aqaamuu hurufa-hu wa–harrafu hududa-hu). Justeru mereka meriwayatkannya, tetapi tidak menjaganya. Golongan jahil kagum dengan penghafazan mereka mengenai riwayat. Sementara para ulama pula meninggalkan al-Ri‘aayah (kefahaman). Di antara contoh-contoh peninggalan mereka akan Kitab Allah bahawa mereka melantik golongan yang tidak mengetahui, lantas mereka dikuasai oleh hawa nafsu dan membawa mereka kepada keburukan. Justeru mereka mengubah agama. Kemudian mereka mewariskannya kepada golongan yang bodoh dan kanak-kanak. Justeru umat mengeluarkan perintah manusia selepas perintah Allah, lalu menentang perintah-Nya.

Sejahat-jahat pelaku kezaliman yang menukarkan wilayah Allah dengan wilayah manusia, ganjaran manusia selepas ganjaran Allah. Keredaan manusia selepas keredaan Allah. Demikianlah ia berlaku kepada umat dan para mujtahid mereka menjadi kagum mengenai ibadat berdasarkan kepada kesesatan tersebut. Justeru ibadat mereka menjadi fitnah kepada mereka dan pengikut-pengikut mereka. Pada para rasul menjadi ikutan kepada ahli ibadat bahawa seorang nabi di kalangan para nabi sudah sempurna ketaatannya, kemudian ia menderhakai Allah, lalu ia dikeluarkan daripada syurga dan ditinggalkan di dalam perut ikan paus. Kemudian ia tidak dapat diselamatkan melainkan dengan pengakuan kesalahannya dan bertaubat.

Kemudian ketahuilah mereka seumpamanya seperti pendeta-pendeta Yahudi dan paderi-paderi Kristian yang bekerja untuk menyembunyikan al-Kitab (kitmaan al-Kitab) dan mengubahnya (tahriif), maka perniagaan mereka tidak menguntungkan dan mereka tidak pula mendapat hidayat. Kemudian ketahuilah bahawa golongan seperti mereka di kalangan umat ini telah mengadakan huruf-huruf al-Qur’an dan menukarkan had-hadnya, maka mereka adalah bersama pembesar-pembesar [negara].

Apabila berlaku perpecahan di kalangan pemimpin-pemimpin hawa nafsu, maka mereka pula bersama pemimpin-pemimpin yang memiliki dunia yang banyak dan itulah pengetahuan mereka yang sentiasa di dalam ketamakan. Suara Iblis sentiasa didengari di lidah-lidah mereka dengan penuh kebatilan. Para ulama sabar di atas kejahatan mereka dan mereka pula menghina para ulama dengan bebanan. Para ulama pada hakikatnya, juga pengkhianat, jika mereka menyembunyikan nasihat (katamuu al-Nasihat) ketika mereka melihat seorang yang sesat, maka mereka tidak menunjukkannya atau seorang mati, maka mereka tidak menyempurnakannya. Maka sejahat-jahat apa yang mereka buat kerana Allah telah membuat perjanjian ke atas mereka di dalam al-Kitab supaya mereka menyuruh melakukan kebaikan dan melarang kejahatan. Menolong di atas kebaikan dan takwa dan tidak menolong di atas dosa dan permusuhan.

Justeru para ulama jahil sentiasa gigih [di dalam perjuangan mereka] dan jika anda menasihati mereka, maka mereka akan berkata: Anda telah melampau (tughta). Dan jika mereka mengetahui kebenaran yang mereka tinggalkan, maka mereka akan berkata: Anda telah menyalahi [kami]. Jika mereka ditinggalkan, maka mereka akan berkata: Anda telah meninggalkan [kami]. Jika mereka berkata: Kemukakan bukti kamu di atas apa yang kamu katakan? Maka mereka akan berkata: Anda telah melakukan nifaq (naafaq-ta). Jika mereka ditaati, maka mereka akan berkata: Anda menderhakai Allah a.w. Justeru golongan jahil akan binasa di atas apa yang mereka tidak mengetahui, tidak memahami apa yang mereka baca. Mereka membenarkan al-Kitab ketika diperkenalkannya (al-Ta‘rif) dan membohonginya ketika diceritakan mengenai tahriifnya.

Mereka sepertilah pendeta-pendeta Yahudi dan paderi-paderi Kristian sebagai pemimpin-pemimpin hawa nafsu, ketua-ketua kepada keburukan. Sementara yang lain pula duduk di antara kesesatan dan petunjuk tidak mengetahui di antara dua golongan tersebut. Mereka berkata: Orang ramai tidak mengetahui perkara ini, lalu mereka membenarkan bahawa Rasulullah s.a.w telah meninggalkan mereka di dalam keadaan malamnya lebih cerah daripada siangnya. Bid‘ah tidak zahir pada mereka dan sunnah tidak ditukar pada masa mereka serta tidak ada khilaf di kalangan mereka.

Tetapi apabila manusia menutupi kegelapan kesalahan mereka, maka terjadilah dua imam (imamaini). Seorang imam menyeru kepada Allah t.w dan seorang imam menyeru kepada neraka. Maka ketika itu syaitan bertutur dengan suaranya yang tinggi di atas lisan para walinya. Kemudian syaitan bersyarikat di dalam harta dan anak dengan orang yang bersyarikat dengannya. Lalu dia melakukan bid‘ah, meninggalkan Kitab dan Sunnah.

Kemudian para wali Allah bercakap dengan hujah, mereka mengambil al-Kitab dan hikmah. Lantaran itu, pada hari itu, terpisahlah ahli kebenaran dan ahli kebatilan, lalu ahli kebatilan menjadi hina, lantas mengadakan gencatan senjata dengan ahli hidayah, tetapi membantu ahli kesesatan seperti golongan bersama polan dan seumpamanya. Lantaran itu, kenalilah golongan ini. Adapun golongan yang lain, maka perhatikan mereka betul-betul, mereka adalah golongan yang cerdik (al-Nujabaa’), sentiasalah bersama mereka, nescaya ia akan menggembirakan keluarga anda. Kerana mereka yang rugi adalah mereka yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarga mereka pada hari Kiamat. Itu adalah kerugian yang besar.

Setakat ini sahaja riwayat al-Husain dan di dalam riwayat Muhammad bin Yahya ada sedikit tambahan seperti berikut:

Mereka mempunyai keilmuan mengenai jalan yang benar. Jika mereka menempuhi bala, maka janganlah anda melihat kepada mereka, kerana ia akan berakhir. Kemudian ia akan bertukar menjadi senang. Ketahuilah bahawa saudara-saudara yang boleh dipercayai merupakan barang simpanan kepada orang lain. Sekiranya sangkaan anda akan hilang daripadaku, nescaya aku akan mendedahkan kepada anda beberapa perkara benar yang aku sembunyikan, tetapi aku tetap ingin menjaga anda. Kerana seorang itu tidak dikatakan al-Haliim (lemah lembut) jika dia tidak menjaga seseorang pada tempat takwa. Lemah lembut itu adalah pakaian orang yang alim. Justeru janganlah anda menanggalkannya. Wa al-Salam.


Risalah Kedua Abu Ja‘far A.S Kepada Sa‘d Al-Khair

17. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Muhammad bin Ismail bin Bazi‘, daripada Hamzah bin Bazi‘ berkata: Abu Ja‘far a.s telah menulis surat kepada Abu Sa‘d al-Khair seperti berlkut:

Bismillahir Rahmanir Rahim

Amma ba‘d, adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya surat anda telah sampai kepadaku bahawa anda menyebut padanya mengenai makrifat yang tidak wajar ia ditinggalkan (ma la yanbaghi tarku-hu) dan ketaatan orang yang Allah meredai akan keredaannya, maka anda telah menerimanya untuk diri anda selama diri anda tergadai. Sekiranya anda meninggalkannya, nescaya anda takjubkan diri anda sendiri. Sesungguhnya keredaan Allah, ketaatan kepada-Nya dan nasihat-Nya tidak diterima, tidak didapati dan dikenali melainkan pada hamba-hamba yang pelik (ghurabaa’).

Sunyi daripada manusia di mana orang ramai mengambilnya sebagai bahan ketawa, kerana mereka lontarkan kepada mereka dengan perkara-perkara yang mungkar. Beliau a.s berkata: Mukmin tidak benar-benar mukmin sehingga ia menjadi orang yang paling dimarahi oleh orang ramai daripada bangkai keldai (al-Mu’min la yakuna mu’minan hatta yakuuna abghadha ila l-Naasi min jifati l-Himaar). Sekiranya anda tidak ditimpa bala sebagaimana ia telah menimpa kami, maka anda akan menjadikan fitnah orang ramai itu seperti azab Allah-Aku melindungi anda dan kami dengan Allah daripada perkara tersebut- nescaya kedudukan anda yang jauh menjadi dekat kepadaku. Ketahuilah, semoga Allah mencucuri rahmat kepada anda bahawa sesungguhnya kecintaan kepada Allah tidak dapat dicapai melainkan dengan kemarahan kebanyakan orang ramai. Begitu juga wilayah-Nya tidak dapat dicapai melainkan dengan memusuhi mereka. Hanya golongan yang sedikit sahaja yang dapat mencapainya. Ia daripada Allah bagi mereka yang mengetahui.

Wahai saudaraku sesungguhnya Allah a.w telah menjadikan bersama setiap rasul segelintir ahli ilmu menyeru mereka yang sesat kepada petunjuk dan mereka pula bersabar menanggung segala kesusahan. Mereka menyahuti orang yang menyeru kepada Allah dan mereka menyeru kepada Allah, maka Allah memberi mereka petunjuk. Lantaran itu, mereka mempunyai kedudukan yang tinggi. Jika musibat berlaku kepada mereka, maka mereka menghidupkan orang mati dengan Kitab Allah, mereka memperlihatkan orang buta dengan cahaya Allah. Berapa ramai orang yang menjadi mangsa kepada pembunuhan Iblis, maka mereka menghidupkannya. Berapa ramai orang yang sesat mereka telah menunjukkan jalan. Mereka mengorbankan darah mereka tanpa membinasakan orang ramai. Alangkah baiknya kesan mereka ke atas orang ramai dan alangkah jahatnya kesan orang ramai ke atas mereka.


Amir Al-Mukminin Menyerupai Isa bin Maryam A.S

18. Daripada beberapa sahabat kami, daripada Sahl bin Ziyad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya, daripada Abu Basir berkata: Manakala Rasulullah s.a.w duduk pada suatu hari, tiba-tiba Amir al-Mukminin a.s datang, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Sesungguhnya anda menyerupai Isa bin Maryam. Jikalaulah beberapa golongan daripada umatku tidak akan berkata kepada anda sebagaimana golongan Nasrani telah berkata kepada Isa bin Maryam, nescaya aku berkata kepada anda perkataan di mana jika anda melalui di hadapan orang ramai, nescaya mereka akan mengambil tanah di bawah kedua-dua tapak kaki anda bagi mendapatkan berkat[26].

Lantas dua orang Badwi, al-Mughirah bin Syu‘bah dan beberapa orang Quraisy bersama-sama mereka menjadi marah, mereka berkata: Allah tidak meredainya (Rasulullah s.a.w) kerana membuat perumpamaan sepupunya dengan Isa bin Maryam. Maka Allah menurunkan firman-Nya ke atas Nabi-Nya di dalam Surah al-Zukhruf (43):57-60 “Dan tatkala putera (Isa) Maryam dijadikan perumpamaan tiba-tiba kaumnya (Quraisy) bersorak kerananya. Dan mereka berkata: Manakah yang lebih baik tuhan-tuhan kami atau dia (Isa)? Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah sahaja, sebenarnya mereka kaum yang suka bertengkar. Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang kami berikan kepadanya nikmat(kenabian) dan kami jadikannya sebagai tanda bukti (Kekuasaan Allah) untuk Bani Israel. Dan jika kami kehendaki, kami jadikan daripadamu (iaitu daripada Bani Hasyim) sebagai gantimu di muka bumi malaikat-malaikat yang turun-temurun”. Lalu al-Haris bin ‘Umru al-Fihri menjadi marah dan berkata: Wahai Tuhanku, jika inilah kebenaran di sisi Engkau bahawa Bani Hasyim akan mewarisi seorang selepas seorang, maka hujanilah kami dengan batu daripada langit atau bawalah kepada kami azab yang pedih.

Maka Allah menurunkan firman-Nya menyahuti seruan al-Harith di dalam Surah al-Anfaal (8): 33 “ Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedangkan kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka sedangkan mereka minta ampun”. Kemudian beliau s.a.w bersabda kepadanya: Wahai ‘Umru, sama ada anda bertaubat atau anda meninggalkan tempat ini? Maka ‘Umru berkata: Wahai Muhammad, malah anda menjadikan sesuatu di tangan anda ke atas semua Quraisy sedangkan Bani Hasyim telah mendapat penghormatan Arab dan bukan Arab?

Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Itu bukanlah urusanku, itu adalah urusan Allah, maka ‘Umru berkata: Hatiku tidak mahu bertaubat, tetapi aku akan pergi jauh daripada anda, lalu dia pergi menaiki kenderaannya. Apabila dia sampai di luar Madinah, maka serpihan batu terkenanya, lalu memusnahkannya. Kemudian wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w di dalam Surah al-Ma‘aarij (70):1-3 “Seorang peminta telah meminta kedatangan azab yang bakal terjadi. Untuk golongan kafir(dengan wilayah Ali), yang tidak seorang pun dapat menolaknya, (yang datang) dari Allah, Yang mempunyai tempat-tempat naik”

Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kami tidak membacanya sedemikian (la naqra’u-ha ha-kadhaa), maka beliau a.s berkata: Demikianlah, demi Tuhan, Jibrail telah menurunkannya kepada Muhammad s.a.w. Demikianlah ia, demi Tuhan, terdapat di dalam mashaf Fatimah a.s. Maka Rasulullah s.a.w bersabda kepada munafikin di sekelilingnya: Pergilah kepada sahabat kamu. Sesungguhnya telah datang kepadanya apa yang dia pohonkan. Allah berfirman di dalam Surah Ibrahim (14): 15 “Dan mereka memohon kemenangan (ke atas musuh-musuh mereka) dan binasalah semua orang yang berlaku sewenang-wenang lagi keras kepala”


Takwil Firman Allah Surah Al-Ruum (30) : 41 “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut”

19. Muhammad bin Yahya, daripada Muhammad bin al-Husain, daripada Ali bin al-Nu‘man, daripada Ibn Maskan, daripada Muhammad bin Muslim, daripada Abu Ja‘far a.s mengenai firman-Nya di dalam Surah al-Rum(30): 41 “Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan manusia, supaya Allah merasakan mereka sebahagian (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali(ke jalan yang benar)” Beliau a.s berkata: Itu, demi Tuhan, ketika kaum Ansar berkata: Seorang amir daripada kami dan seorang amir daripada kamu”.


Tasfsir Firman Allah Surah Al-A‘raaf (7) : 56 “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya”

20. Daripadanya, daripada Muhammad bin Ali, daripada Ibn Maskan, daripada Maisar, daripada Abu Ja‘far a.s berkata: Aku bertanya mengenai firman Allah di dalam Surah al-A‘raaf (7): 56 “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya”, maka beliau a.s berkata: Wahai Maisar, sesungguhnya bumi adalah rosak, maka Allah memperbaikinya dengan nabi-Nya s.a.w, oleh itu Dia berfirman di dalam Surah al-A‘raaf (7): 56 “Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya”.


Catatan Kaki:

[19] Abu Bakr.

[20] Ibu Abu Bakr gemar memakan lalat.

[21] Penguasa menindas kami, mengusir kami, memenjarakan kami dan membunuh kami dengan pertolongan ulama mereka yang jahat.

[22] Khalifah al-Mansur al-Dawaniq.

[23] Tukang sihir.

[24] Gerhana bulan dan matahari.

[25] Al-Suyuti, al-Itqaan, iii, hlm. 82, al-Durr al-Manthur, v, hlm. 180 meriwayatkan daripada ‘Aisyah bahawa dia berkata: Surah al-Ahzab dibaca pada zaman Rasulullah s.a.w sebanyak 200 ayat, tetapi pada masa Uthman menulis mashaf ia tinggal hanya 73 ayat sahaja.

[26] Di antara kelebihan Imam Ali a.s.

(AB-Perlak1/Berbagai-Sumber-Lain/ABNS)
Share this post :

Posting Komentar

ABNS Video You Tube

Terkait Berita: